Monday, April 15, 2019

ECRL Baru Lebih Murah, Lestari dan Mesra Alam


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Tun Daim runding dan meterai  syarat yang lebih menguntungkan kita
PERJANJIAN Tambahan pembinaan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang ditandatangani di Beijing pada 12 April lalu mempunyai banyak implikasi penting.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam sidang akhbar khas mengenainya di Putrajaya hari ini menyebut kesediaan China mengiktiraf kedudukan kewangan Malaysia sebagai perkara penting yang menyumbang kepada kejayaan rundingan semula tersebut.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) membantah projek era Barisan Nasional (BN) itu kerana jelas terdapat unsur-unsur yang membebankan, merugikan dan mencurigakan.

Perjanjian Tambahan yang dirundingkan oleh Tun Daim Zainuddin itu membuktikan secara sahih kecemerkapan, ketidaktelusan dan sikap sambil lewa kerajaan dahulu dalam merancang dan merundingkan projek tersebut.

Perjanjian Tambahan atau dalam bahasa Inggeris “Supplementary Agreement (SA)” itu ditandatangani di Beijing di antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRLSB) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC).

Malaysia diwakili di upacara itu oleh Daim manakala China oleh Dr Ning Jizhe, Naib Presiden Suruhanjaya Kebangsaan Bagi Pembangunan dan Reformasi. 

Perjanjian asal ditandatangani oleh kerajaan BN pada bulan November 2016.

Mohd Najib Abdul Razak menyaksikan Perjanjian 2016
Antara ciri utama dan implikasi Perjanjian Tambahan adalah:

1. ECRL akan menjadi projek persepakatan jangka panjang antara Malaysia dan China serta pemangkin kepada perluasan kerjasama ekonomi.

2. Kos dikurangkan sebanyak 32.8 peratus yang berupa penjimatan RM21.5 bilion. Kos baru adalah RM44 bilion berbanding kos asal RM65.5 bilion. Kos pembinaan setiap kilometer dikurangkan daripada RM95.5 juta kepada RM68.7 juta.  

3. Kos pembiayaan pinjaman dijimatkan sebanyak RM5 bilion untuk tempoh 20 tahun kerana berjaya dikurangkan daripada RM19.4 bilion kepada RM14 bilion. Komponen tempatan dinaikkan daripada 30 peratus kepada 40 peratus.

4. Laluan dipendekkan kepada 640 Km daripada 688Km dan dijajarkan semula bagi mengurangkan kemungkinan kesan negatif terhadap alam semula jadi yang sensitif seperti Banjaran Titiwangsa, Klang Gate Quartz Ridge dan biosfera Orang Asli. Panjang terowong dikurangkan daripada 16Km kepada 7Km.

5. Bilangan negeri yang mendapat faedah bertambah daripada empat kepada lima, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan (baru) dan Selangor. Wilayah Persekutuan Putrajaya juga akan diliputi oleh laluan baru itu.

6. Penjajaran semula akan mewujudkan jambatan darat (land bridge) di antara Pelabuhan Kuantan dengan Pelabuhan Klang yang dengan itu memperbaiki potensi pengangkutan kargo ECRL.

7. Ia juga akan menghubungkan ECRL dengan Rel Ekspres KLIA (ERL) dan laluan MRT2 di stesen Putrajaya Sentral yang sekali gus memperbaiki keterkaitan penumpang Pantai Barat dengan KLIA.

Laluan baru ECRL lebih mencakupi
8. Penumpang Komuter dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) KTM dari selatan akan bersambung dengan laluan ECRL di stesen Bangi/Kajang.

9. Perjanjian tambahan itu jaga mengandungi beberapa ciri yang lebih saksama dan menguntungkan kedua-dua buah negara untuk jangka sama panjang.

10. Yang penting dan istimewa adalah pihak China bukan lagi sekadar memberi pinjaman dan membina projek tersebut. Sekarang ia akan bersama-sama dengan kita memastikan projek ini lestari dan menguntungkan. Maksudnya, China akan turut menanggung risiko dan meraih faedahnya.

11. Oleh sebab itulah ditandatangani juga Memorandum Persefahaman terikat di mana MRLSB dan CCCC akan menubuhkan syarikat usaha sama operasi dan penyelenggaraan atas nisbah pemilikan 50:50.

12. Dalam bahasa yang mudah, China tidak boleh lepas tangan begitu saja setelah projek siap dibina dan meninggalkan kita untuk memikul segala beban dan risikonya. Melalui persetujuan ini, untung rugi akan dirasai bersama.

13.Dengan menjadikan ECRL sebagai pemangkin, Malaysia dan China akan memperluaskan kerjasama ekonomi. Perbincangan telah dimulakan bagi mewujudkan koridor pelaburan di hentian-hentian strategik sepanjang laluan ECRL yang melibatkan usaha sama Malaysia-China.

14. Secara langsung, pemikiran baru ini akan menyumbang ke arah menjadikan projek "Satu Kawasan Satu Laluan" atau “One Belt One Road” (OBOR) China lebih mesra rakan kongsi.

15. Dengan kata lain, China tidak lagi sekadar membina dan membiayai projek di negara asing menggunakan jenama OBOR tetapi turut sama memastikan projek itu lestari dan menguntungkan kedua-dua pihak.

16. Salah satu masalah besar yang dihadapi negara yang terbabit dengan OBOR adalah projek yang dibangunkan tidak mempunyai daya maju dan apabila hutang tidak dapat dibayar balik China mengambil alihnya. Ia merugikan negara tuan rumah dan mencemarkan imej China.

17. Penerusan ECRL dalam bentuk baru turut dihubungkaitkan dengan hubungan dagangan sedia ada antara kedua-dua negara, khususnya dalam bidang pertanian di mana kelapa sawit menjadi komponen penting.

18. Dr Mahathir berkata, China akan menimbang untuk menambah pengimportan minyak kelapa sawit.

19. Kerajaan tidak membuat U-turn. Dari awal lagi, pandangan PH adalah perjanjian asal yang dirundingkan dan ditandatangani oleh kerajaan BN membebankan negara dan perlu dirundingkan semula jika ECRL hendak diteruskan.

20. Pertama, kerajaan PH percaya melalui rundingan semula segala aspek negatif boleh dihapuskan dan syarat-syarat yang lebih baik diperoleh. Maka untuk tujuan itu bekas Menteri Kewangan dua kali, Tun Daim Zainuddin dilantik menjadi perunding.

21. Kedua, China adalah rakan perniagaan kita yang kedua terbesar selepas Singapura dan diikuti oleh Amerika Syarikat, Hong Kong (yang juga berupa wilayah khas China) dan Jepun. Jadi kita tidak boleh dan tidak mampu menyisihkan China.

22. Ketiga, kita terpaksa menerima hakikat dan menyiapkan diri kerana China sedang bergerak pantas bagi mengambil alih kedudukan Amerika sebagai ekonomi terbesar di dunia.

23. Jadi Perjanjian ECRL yang ditambah baik ini adalah jawapan semasa dan jangka panjang kepada usaha mengembalikan perhubungan Malaysia-China ke landasan yang betul dan menguntungkan kedua-dua negara.

24. Ia juga membuktikan di luar pertikaian bahawa PH membuat andaian yang betul  iaitu ECRL seperti yang dimeterai oleh kerajaan BN terlalu mahal dan membebankan negara.

25. Kita ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Daim dan pasukannya yang bekerja keras dalam diam-diam bagi menyelesaikan kemelut ini supaya tepung tidak tumpah dan rambut tidak putus,

Wallahuaklam. Terima kasih.

NOTA Kaki: Untuk butir lengkap, pembaca dan semua pihak yang berminat boleh mendapat maklumat lanjut DI SINI.

19 comments:

Jon said...

Aikkkk.

Dulu ECRL 100% MALAYSIA punya..

Loni ECRL 50/50 plak dgan CHINA..

Ape crite ni dato??

Kena "pulas telinga" ke dato??

Hikhikhik

wansee c said...

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tun M dan Tun Daim serta pasukannya atas kejayaan besar dan bersejarah ini. Hanya Tuhan saja dapat membalas segala jasa yang telah disumbangkan demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyatnya. TQVM Sir.

AkuMelayu said...


Dengan pengurangan RM21.5 billion ada kah ia bermakna pekerja-pekerja projek ini, terutamanya rakyat Malaysia akan dibayar gaji lebih rendah dari perancangan asal?

Jojo said...

Datuk,

1. Saya ucapkan tahniah kepada Tun Mahathir kerana melantik perunding berpengalaman dan berpengaruh iaitu Tun Daim untuk berunding dengan China mengenai ECRL.

2. Tahniah diucapkan kepada Tun Daim yang berusaha keras meringankan beban kerajaan dalam projek ECRL ini.

3. Sekali lagi, tiada apa2 penerangan mudah mengenai usaha kerajaan ini oleh Menteri Penerangan. Setakat nak kisah hal2 syarikat telekomunikasi tu, baik hantar orang kuat kementerian saja. Apa yang amat penting sekarang ialah maklumat itu sampai kepada rakyat. Ini penerangan mengenai isu Felda pun tak ada, isu TH pun senyap, isu ECRL yang baru ni pun tak ada, isu 1MDB lagilah tak dengar langsung.

4. Saya bukan nak rasis tapi Menteri Penerangan sepatutnya melayu sebab masalah pemahaman bahasa & budaya. Menteri Hal Ehwal Pengguna kena bagi kat cina sebab senang nak bincang dengan kartel yang kawal harga barang yang majoritinya cina. Menteri Perpaduan sekarang elok ganti dengan yang lain sebab makin teruk hubungan antara kaum dibawah kendalian pengkhianat tu.

5. Pengundi2 muda yang kurang membaca mudah terpengaruh dengan maklumat daripada FB Najib. Pihak kerajaan perlu segera menjawab segala tuduhan tersebut. Tak kan nak tunggu cybertroopers tak bertaulish tolong jawab kot ? Dah jadi kerajaan ni buat kerja professional sikit!

melayu hampa said...

Salam Dato,

komen rata - rata rakyat masih tidak berpuas hati dengan pencapaian kerajaan terkini. Sama ada mustahil buat kerajaan atau pun tidak, kos sara hidup dan nilai duit yg semakin berkurangan masih menjadi belenggu utama rakyat.

Meskipun segala big decision kerajaan yang menyelamatkan negara telah dilakukan dengan berjaya (atau tidak), namun scope kejayaan tidak dekat dengan rakyat dengan bahasa2 ekonomi yang bombastic dan rumit.

fokus kerajaan harus dibahagi kepada 2 cabang utama:
1) long term planning untuk negara
2) immediate isu yang dekat di hati rakyat

setidak2nya PM atau kerajaan harus sentiasa berhubung dengan rakyat tentang focus no.2

suka atau tidak kita masih melihat kepada PM sebagai wira negara.

justeru izinkan saya utk mencadangkan:
1) setiap bulan adakan sesi PM addressing people
2) isu yang dibentangkan hendaklah berupa FAQ
3) concern dan permasalahan atau soalan hendaklah dibanci melalui portal etc (kenapa tidak? kalau rakyat boleh bersatu hati bersusah payah gunakan saluran digital untuk menderma buat negara tempoh lalu)
4) concern yang diterima hendaklah dibahagikan mengikut kelas masyarakat (diff income levels, diff concerns) dengan seimbang

in the end its all about isu pemilikan rumah dan kos sara hidup serta bebanan hutang. (pls refer latest outsyed post)

rakyat hendak lihat ape solution kerajaan yang betul2 akan membawa impact. bukan nada yang sama didendangkan kerajaan lama yang tidak mengubah apa2 (cth bantuan sejuta rumah)

saya setuju dengan kandungan post tersebut. apa guna bantuan sejuta rumah sedangkan masalah pemilikan rumah ini dialami hampir majority rakyat. kalau mampu pn masih dibelenggu hutang yang menggila dek loan rumah.

soalan saya masih sama: kenapa business community yg tamak dilihat terus dilindungi sama ada oleh kerajaan dahulu atau pn lama ? khususnya house developers ? ternampak seolah2 terlalu special community ini sehingga terus dilindungi walaupun nafsu tamak haloba mereka terus menjarah rakyat. langsung tidak ada check and balance kah ? corruption kah ? we should do away dengan subsidy, we should tackle the source of the problem.

Sour Grapes said...

Datuk,
Mr Sour Grapes aka MO1 aka Malu lah Bosku is at it again.
Former PM Najib has criticised the stipulation in the renegotiated East Coast Rail Link (ECRL) deal for the China Communications Construction Company (CCCC) to form a joint venture with Malaysia Rail Link (MRL).

Did the Chinese see him as a stumbling block finally?

Juru Audit said...

Datuk,
Laluan dipendekkan sebanyak 48km (688 tolak 640).
Kos pembinaan sebelum ini ialah RM95.5 juta untuk setiap kilometer.
Penjimatan sepatutnya ialah RM45.84 bilion dan *bukan* RM21.5 bilion.
Ke mana perginya baki RM24.34 bilion (45.84 tolak 21.5)?

Stand up PH said...

Datuk
let's hope the new MB Johore does not start off with kowtowing.
Are Johor excos Mazlan, Hong Pin's heads on chopping block because told to?

Aku said...

Kadiag,
السلام عليكم assalāamu/ 'alaikum; (salam ataih kalian),
Terima kasih banyak ataih usaha hang hebahkan pasai pejanjian baru ECRL, yg “...lebih murah lestari dan mesra”
yg padat dgn banyak maklumat. InsyaAllah, dgn izin Allah S.W.T., projek ni akan bejalan lancag
dan rakyat meni’mati manfa’atnya dgn selamat dan macam hang nulih, lestari.
Hanyasanya aku rasa maklumat macam ni lebih baik/layak supaya jangkawan lebih meluaih,
dibawak media perdana macam RTM ka, TV3/7 ka, atau Bernama ka... Gobind, tulong ambik peratian.

Tapi yg lebih menyusuk, aku tengok ‘basmalah’ di awai ‘coretan’ hang ni,
Aku kopipeh:
“بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم”
Ada empat sabdu atau ‘syaddah’ (yg menunjukkan pengulanggan hurop)
pada hai aku cek dlm al Qur-an, dll., ada tiga sabdu saja, macam ni :
“بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ "
Kod hang bulih rojok member2 hang hak lebih tera atau fakih.
Maghap no,
Aku.

Unknown said...

Teknologi bukan kepada murah n mesra alam..teknologi mampu menguasai n mencipta ekonomi..setakat murah dgn downsizing ITU pemikiran lama...kahkahkahkahkah

Pengundi pekan said...

Perbezaan antara ubat yang pahit dan gula gula yang manis.

Rakyat Malaysia perlu menggunakan minda dengan lebih mendalam dan tidak hanya menerima apa jua yang di berikan oleh pemimpin dengan membuta tuli.

Syabas to MALAY MAIL said...

Datuk,
the ECRL renegotiation is a big win for Malaysia, except of course for Mr Sour Grapes who snipes at the sidelines.
(Btw, what's with FM Lite radio at abut 6.30am news today, it carried the former PM's extract of speech on the reduction in cost and twisting of the details. We should impose a news blackout on his allegations and not give any credence to them.
The Ministry of Communications, pls look into this.


Syabas to The Malay Mail, article
"This is how else the RM24b bailouts for Felda, Tabung Haji could have been used and abused"
The government has allocated RM6.3 billion to rescue Federal Land Development Authority (Felda) and another RM17.8 billion on a restructuring plan for Lembaga Tabung Haji.

In effect, they are bailouts for problems created and entrenched during the previous administration.

The RM24 billion to resuscitate the smallholder farming agency and Muslim pilgrimage fund after years of alleged financial mismanagement and fraud is huge, to say the least.

For perspective, it is the equivalent of nearly 8 per cent of the whole federal Budget for 2019 and could have been used to pay for the RM16.7 billion LRT3 line in its entirety plus change.

The very clear Malay Mail graphics/visual image of the savings/expenditure of how the RM24 bailout by the PH govt could have been used is a big plus!
We don't need much verbiage, the visual impact is stunnng and understood by all.

Get the PH communications team to show this and spread through TV, audio, social media and go down to the ground and explain to the grassroots that the former PM's regime "mismanaged/stole" the funds for their own pockets and what they lost and the cause of all their sorrows and sufferings now because they had blindly supported the criminals.

And what the PH govt will do to help the rakyat!

Still waiting said...

Datuk,
The prices of high-speed broadband services have reduced by 49 per cent on average since the end of last year, the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) said yesterday.

The commission, in a statement said the success was due to the government's effort last year to reduce the price of broadband through the ‘Double the Speed At Half the Price’ initiative.

Laudable but still short of actual servicing its current streamyx and new customers.
We are still on the queue, still waiting for months to get the available
unifi cards/slots installed by Telekom.
What's all the delay? Minister of Communications Gobind Deo still short of the mark.

Bread and butter issues said...

Datuk,

Minister Mujahid asked Jais to act on forum on "dehijabing".
Mujahid, this is an intellectual discourse only, not a pressure forum.
This kind of moral policing is sheer waste of government money and time.
Why is Indian citizen Zakir naik free to hold talks without issue, even at universities?
A person who is not even a citizen of Malaysia, whereas Malaysians who hold talks gets police investigation. Embarrassing.
Mujahid, there are other bigger issues - bread and butter issues, get your Jais and others over to see how to alleviate poverty, economic and such issues among the muslims.

Aku Bukan Blogger said...

Datuk, siapa Daim untuk tandatangan urusan rasmi kerajaan. Daim bukan perseorangan yg dilantik oleh institusi agong
Malah dia tidak accountable kepada kabinet, cuma kepada Perdan Menteri.

Apa kah Governance standard yg diguna pakai oleh kerajaan? Kalau dalam dunia korperat, ini adalah salah.

Berkaitan ECRL, setelah berhempas pulas dengan berbakul bakul alasan kenapa ECRL perlu di batalkan, sekarang segala cerita karut tentang ECRL di fantasikan dengan berita2 indah.

Di mana kecurian dalam ECRL yang di gembar gemburkan sebelum kemenangan PH mei tahun lalu?

Buktikan kepada rakyat, seret mereka yg terlibat, jangan ckp Najib sahaja mastermind, takkan yang lain lain tu duduk diam?

Door is closed said...

Datuk,
it was reported Bentong folk demand ECRL stop in town.
Well if they can demand for ECRL so can other cities and the list will never end and the cost will balloon up again.
So the revised agreement between Malaysia and China on the number of stations and the slightly revised route must stay. Once a change is accepted, then the avalanche of demands will start. Humans are naturally very greedy as evidenced in the current trial of the former PM, so rules set and must be adhered to. Otherwise corruption, bribery, nepotism, money laundering and who knows even murder are set to roll in.

One candidate only said...

Datuk,

are we reading wrong?
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad told reporters Friday night that the government is still awaiting approval from the Yang di-Pertuan Agong and Conference of Rulers on Putrajaya’s proposed list for the new chief justice.

Why proposed list? It denotes more than one name, and it's been reported there are 3 names on the list. There should only be one name and it should be the recommended candidate.
Is the PH pandering to any party?

Not Najis's money said...

Datuk,
Today's trial documents showed Najis acting like Santa Claus dishing out money that didn't belong to him!
Keeping 99.99% of our money for diamonds, bling bling, repairs, and the rest chicken feed for charity. Does that widow know that the money she received was stolen?
Why didn't he use his own money if he wanted to look good.

Another matter, is Shafee showing off his "glory", his ego, his self importance to the judge? Imagine twice the judge came into court and he had to wait his turn.
Another mockery by Shafee of the court.
Hope the judge will not accept such delays or excuses, if Shafee has his hands full then he should be replaced by members of his own high powered team. He can't be allowed to drag this trial which is of utmost national importance ! Enough of his nonsense !

raj raman said...

Masuk Saku.Apa lagi

rajraman.Organised Political Traders always a business selling their Saliva.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).