Wednesday, October 02, 2019

Maladi Melayu: Ramai Tetapi Tidak Kuat


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Wildebeest: Bergantung kepada bilangan tetapi terus menjadi mangsa
1. BILANGAN yang besar secara logiknya bererti kekuatan.

2. Manusia dan haiwan bergantung kepada bilangan untuk kekuatan.

3. Kekuatan memperkukuhkan jaminan keselamatan dan kelangsungan (survival).

4. Oleh kerana itulah haiwan mangsa bergerak berkumpulan dan haiwan pemangsa memburu dalam kumpulan keluarga yang kukuh.

5. Mereka bertindak demikian kerana naluri (instinct).

6. Manusia bertindak dengan serupa tetapi lebih terperinci dan kompleks kerana selain “instinct” manusia berfikir.

7. Kemampuan berfikir memisahkan manusia daripada haiwan dan meletakkan darjatnya di atas haiwan.

8. Manusia yang tidak menggunakan daya fikir samalah darjatnya dengan haiwan.

9. Tetapi bagi manusia, bilangan yang ramai sahaja tidak menjamin kemajuan, keselamatan dan kelangsungan.

10. Manusia memerlukan kecerdikan (intelek) dan kepandaian. Ilmu sahaja tidak bermakna kalau tidak disertai kepandaian menggunakannya.

11. Sebab itulah nenek moyang kita menyebut mengenai cerdik pandai. Seorang cerdik yang berintelek tinggi (IQ tinggi) tidak berguna kalau tidak pandai menggunakan ilmu yang dipelajarinya.

12. Hari ini, banyak orang cerdik tetapi tidak pandai sebab tidak tahu menggunakan ilmu yang dipelajari dan malas menggunakan tulang empat kerat.

13. Masyarakat Malaysia, khususnya Melayu dan Bumiputera, dikatakan semakin hari semakin tidak pandai walaupun pelajaran tinggi.

14. Akibat maladi (penyakit) ini, majoriti orang Melayu dan Bumemiputera tidak pun sedar bahawa mereka lemah dalam semua bidang dan dieksploitasi walaupun bilangan mereka ramai.

15. Malah oleh sebab bilangan yang ramai itulah mereka dijadikan mangsa eksploitasi sejak turun-temurun.

16. Ironinya tidak ramai orang Melayu dan Bumiputera sedar hal ini. Seperti ribuan haiwan “wildebeest” yang menyerbu Sungai Mara untuk ke seberang yang subur sehingga terlupa buaya-buaya lapar yang menunggu untuk membaham mereka, maka lebih kurang begitulah orang Melayu dan Bumiputera.

Gambar hiasan: Melayu mudah teruja dengan bayangan kekuatan
17. Akibat penyakit malas berfikir dan suka bersenang-senang maka jadilah orang Melayu dan Bumiputera yang ramai itu “mangsa” golongan pemangsa sama ada pemangsa politik, aristokrasi atau ekonomi.

18. Mula-mula orang Melayu dijadikan mangsa oleh golongan aristokrat yang memperkenalkan diri sebagai dewan dari kayangan, maharaja, raja, sultan, penghulu, panglima dan sebagainya.

19. Sebab itulah sebelum dan ketika zaman penjajahan Eropah di alam Melayu wujud beratus-ratus empayar dan kesultanan Hindu-Budha-Islam.

20. Semua mereka menggunakan konsep kedaulatan dan taat setia yang berpaksikan agama dan adat resam sebagai asas penguasaan (subjugation) ke atas umat.

21. Bangsa penjajah sekadar meneruskan kaedah ini dengan memperalatkan golongan aristokrat, agama dan perdagangan. Hanya Portugis menggunakan kekerasan kerana mereka lebih memegang kepada perang salib (crusade) dan penyebaran agama Kristian sedangkan Inggeris dan Belanda bermotifkan ekonomi.

22. Maka selama hampir 450 tahun (1511 hingga 1957), bangsa-bangsa penjajah bersekongkol dengan aristokrat Melayu, agamawan dan pedagang, termasuk migran, bagi memecah dan memerintah bangsa Melayu.

23. Penjajah Eropah “menfrancaiskan” agama Islam, bahasa Melayu dan adat resam Melayu kepada raja-raja Melayu yang patuh kepada mereka sebagai cara mendapatkan taat setia orang Melayu.

24. Mereka mengamalkan dasar “tokenism” dengan kononnya memberi keistimewaan kepada orang Melayu, misalnya dengan mewujudkan tanah rizab Melayu yang hanya sesuai untuk pertanian cukup makan dan dihalang daripada bersaing dengan kepentingan komersial mereka. Tanah rizab Melayu tidak diboleh ditanam dengan getah.

25. Tetapi sampai hari ini pun majoriti orang Melayu masih tidak sedar kerana minda mereka masih terjajah seperti yang dimanifestasikan oleh kegilaan terhadap Kelab Bola Manchester United dan semua yang kebaratan.

26. Orang Melayu marah dan benci kepada Amerika dan Israel kerana menakluki Palestin. Orang Melayu lupa atau mungkin tidak tahu bahawa negara Israel adalah anak kandung British. Merekalah yang mewujudkan Israel dengan merampas wilayah Palestin.

27. Kemudian pada zaman merdeka, hegemoni ke atas orang Melayu berpindah daripada penjajah kepada gerakan politik kebangsaan yang dipelopori oleh orang Melayu sendiri.

28. Gerakan politik Melayu mendapat anjakan setelah Raja-raja Melayu sekali lagi masuk perangkap Inggeris selepas Perang Dunia Kedua. Inggeris yang kalah kepada Jepun dan lari bertempiaran meninggalkan Tanah Melayu masih dihormati dan ditakuti oleh Raja-raja Melayu.

29. Hatta dalam rundingan kemerdekaan pun, orang Melayu dipujuk agar mengalah dan menerima lebih sejuta migran dari negeri China dan India menjadi warganegara.

30. Sebagai ganti dan sebagai jaminan, orang Melayu diberikan beberapa keistimewaan tetapi itu pun tanpa menafikan hak asasi bangsa-bangsa lain. Orang Melayu ada hak istimewa tetapi bangsa-bangsa lain tidak rugi apa-apa pun malah dalam banyak hal mereka lebih berjaya daripada orang Melayu.

31. Di mana orang Melayu berada selepas 62 tahun Merdeka telah banyak dihuraikan jadi tidak perlulah diulangi lagi.

32. Persoalannya sekarang ialah apakah jawapan kepada maladi Melayu ini?

33. Mungkin ada dan mungkin tiada bergantung kepada pilihan orang Melayu sendiri. Kalau ada, apakah alasan dan landasannya?

34: (i) Fahami dan ingati sejarah. Ahli falsafah George Santayana memberi kata dua: “Those who cannot remember the past are condemned to repeat it.” (Sesiapa yang tidak ingat masa lampau akan mengulangi kesilapan lalu);

(ii) Kuasai dan dalami ilmu dalam segala bidang, kuasai sebanyak bahasa yang boleh dan cubalah bertatih tanpa tongkat manalah tahu orang Melayu juga boleh berjalan tegak, kuat dan laju;

(iii) Kerja kuat dan kerja dengan bijaksana. Jangan curi tulang dengan tidur di surau atas alasan pergi sembahyang;

(iv) Jangan terlalu taasub dalam berpolitik. Jadikan politik cara bukan matlamat;

(v) Hormat ketua kerana budi dan imannya (budiman) bukan kerana kehebatan kuasanya, pejabatnya, rumahnya dan istananya; dan

(vi) Buang mentaliti hamba dan kompleks rendah diri.

Kata Hang Tuah: “Takkan Melayu hilang di dunia.” Tetapi di tanah Melayu ramai Melayu sudah hilang arah tujuan. Merdeka pada nama kerana jiwa tetap jiwa hamba.

Wallahuaklam. Terima kasih.

Nota kaki: Intipati pidato di majlis “Sepagi dengan Datuk A Kadir Jasin” di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 23 September lalu. 

11 comments:

herman adnan said...

KESIMPULAN:
Selagi Melayu masih menganggap ISLAM sebagai 'agama' dan 'religion' maka gelap lah Dunia
P/s: ISLAM merupakan 'ad-deenil Haq' dan 'the way of life' (CARA HIDUP YANG SEBENAR)

wansee c said...

Diberi betis, hendak paha. Bangsa yang tak pernah bersyukur. Setelah merasai kuasa, mereka mula menuntut ini dan itu. Apabila tuntutan tidak diendahkan, pelbagai karenah ditunjukkan. Ada yang menghitamkan jalur putih bendera Malaysia, yang lain pula sengaja mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik, dan yang terbaru, tidak menghormati Lagu Kebangsaan. Ini jelas menonjolkan kecetekan mentaliti golongan ini yang tak pernah mengenang budi dan tak menghargai toleransi yang diberikan. Kalau ada masa kelapangan, cubalah rujuk kembali sejarah tanah air dan serantau ini. Buatlah perbandingan nasib diri dengan negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan sebagainya. Sekurang-kurangnya pemerintah Melayu tidak pernah merampas hak asasi bangsa minoritinya. Jangan sampai suatu hari nanti apabila kehilangan segala kenikmatan ini, baru mahu menyesal. Renungilah sejenak.

budak jawa said...

Aslm dakj,

saya setuju dengan artikel dato kecuali point 30.

Sebenarnya apa yang disebut hak istimewa orang melayu ini bukanlah satu keistimewaan tetapi kompromi orang melayu.

Apa yang istimewanya kalau sebelum ini tanah melayu ini 100% milik bangsa melayu tetapi tiba-tiba orang melayu terpaksa berkongsi negara ini dengan kaum pendatang?

Istimewa itu kalau kedudukan kita bertambah baik. Yang mendapat hak keistimewaan itu sebenarnya adalah kaum pendatang yang diterima sebagai warganegara pada masa tersebut. Daripada pendatang dapat jadi warganegara, kan istimewa tu. Dapat pula mengekalkan identiti dan budaya. Mengaut kekayaan. Duduk dalam kelompok sendiri.

Sapalah punya keputusan pada masa itu. Tak tahulah apa yang berlaku. Dan samada terdapat unsur-unsur rasuah untuk memberikan taraf kewarganegaraan kepada pendatang pada waktu itu.

Kalau difikir logik, mana ada negara dan rakyat yang boleh menerima pendatang sebagai warganegara secara longgok sebegitu. Kalau tak percaya tanyalah rakyat malaysia sekarang. Waima rakyat malaysia yang asal-usul keturunannya pendatang pun takkan setuju pada hari ini supaya kaum pendatang diberikan taraf warganegara sewenang-wenangnya.

Sebenarnya usaha-usaha untuk membangunkan bumiputera bukanlah satu dasar yang rasis. Ini kerana sebagai kaum yang membentuk majoriti mereka perlu memainkan peranan aktif dalam membangunkan ekonomi negara. Mereka tidak boleh pasif. Ibarat sampan yang ada 10 orang di dalamnya. Tentulah lebih laju kalau 10 orang penumpang mendayung berbanding 2 atau 3 orang sahaja yang mendayung. Lagipun, tiada pula polisi kerajaan yang menindas bangsa lain. Malah orang-orang terkaya di malaysia ini semuanya turut dibantu oleh kerajaan.

Oleh itu, orang melayu jangan apologetik. Ini zaman globalisasi, jadilah warganegara global merantau dan mengenali bangsa-bangsa di dunia. Dari situ barulah kita boleh memajukan diri dan menguasaiekonomi di peringkat global. Mesti berusaha keras dan menjadi pendokong usaha kerajaan. Jangan jadi parasit pokok tumpang yang hanya menyenangkan diri sendiri atas kesusahan kerajaan dan rakyat lain.

Ayuh bangun atas semangat positif untuk memajukan agama, bangsa dan negara. Bukan bersikap reaktif atas tindakan pihak lain. Kita ada tanggungjawab besar. Kalau orang lain tidak hormat kota jangan salahkan mereka kerana orang yang lemah memang tidak akan dihormati apatahlagi kalau yang lemah itu ingin menjadi pemimpin. Lebih buruk lagi kalau lemah dan tidak amanah.

Wallahualam.

Budak jawa

The Torch said...

@ budak jawa

This boy is obviously ignorant despite the country spending trillions of ringgit on NEP which was to educate people like him.

He wrote: "Kalau difikir logik, mana ada negara dan rakyat yang boleh menerima pendatang sebagai warganegara secara longgok sebegitu."

The answer to your question is The United States of America. Where they even welcome Melayu Nazi like you.

At the base of the Statute of Liberty it is written: "Give me your tired, your poor, Your huddled masses yearning to breathe free, The wretched refuse of your teeming shore. Send these, the homeless, tempest-tossed to me, I lift my lamp beside the golden door!"

You can probably find immigrants from any other countries in America. My own two sisters proudly carry their American passports.

Can the Melayu in this country please stop being so patronising?

You are weak because you obsess about things that are not important in nation building. You are collectively a narcissistic, rent-seeking race. You hold two green coconuts to find a missing plane. You reproduce like rabbits without considering how to feed or educate them, using some stupid phrase like "rezeki" as an idiotic excuse.

You are jealous of others' accomplishment without looking at yourself in the mirror, while hurling insults like pig and communist at them. You didn't even bother to find out how they accumulate their knowledge and wealth. You just assume they simply got their money by illegal means such and drug and prostitution.

You see yourself as holy, much more holier than people with other believe system (it can even be argued that communism is a type of believe system) and therefore more superior than others while you rape 14 year old girls and then try to escape jail by marrying her. The Melayu around you cheer you on and buy you another packet of Tongkat Ali.

This country is doomed because the Melayu love their own BS. They are too proud to admit they are wrong or misguided. When you attend an AA meeting, the first thing you have to do is to acknowledge that you are an alcoholic. And only then you can take the first step of the recovery process.

As far as I'm concern, your community is still sitting at the end of the bar ordering another bottle of vodka.

P.S. There's no way you can get rid of 7 million of us unless you want our motherland's aircraft carrier sail up the Straits of Melaka. So you better get used to the idea of these Pendatang being around RIGHT IN YOUR FACE FOR THE NEXT 500 YEARS.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم ,
Hang nulih :
“Kata Hang Tuah: “Takkan Melayu hilang di dunia.” “
Betoi ka Kadiag....?
Banyak ayat2 yg kata lain, contohnya, macam di bawah ni ( sekali dgn lebih korang maksodnya ) :
1, نَحْنُ قَدَّرْنَا بَيْنَكُمُ الْمَوْتَ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ
Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-sekali tidak akan dapat dikalahkan, (al Waqia’h, ayat 60).
2. عَلَىٰ أَنْ نُبَدِّلَ أَمْثَالَكُمْ وَنُنْشِئَكُمْ فِي مَا لَا تَعْلَمُونَ
untuk menggantikan kamu dengan orang-orang yang seperti kamu (dalam dunia) dan menciptakan kamu kelak (di akhirat) dalam keadaan yang tidak kamu ketahui. (ayat 61).
3. وَرَبُّكَ الْغَنِيُّ ذُو الرَّحْمَةِ ۚ إِنْ يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ وَيَسْتَخْلِفْ مِنْ بَعْدِكُمْ مَا يَشَاءُ كَمَا أَنْشَأَكُمْ مِنْ ذُرِّيَّةِ قَوْمٍ آخَرِينَ
Dan Tuhanmu Maha Kaya lagi mempunyai rahmat. Jika Dia menghendaki niscaya Dia memusnahkan kamu dan menggantimu dengan siapa yang dikehendakkiNya setelah kamu (musnah), sebagaimana Dia telah menjadikan kamu dari keturunan orang-orang lain.(al an a’m, 133).
4. وَكَمْ قَصَمْنَا مِنْ قَرْيَةٍ كَانَتْ ظَالِمَةً وَأَنْشَأْنَا بَعْدَهَا قَوْمًا آخَرِينَ
Dan berapa banyaknya (penduduk) negeri yang zalim yang teIah Kami binasakan, dan Kami adakan sesudah mereka itu kaum yang lain (sebagai penggantinya). (al Anbiya’, ayat 11). (dari Tafsirq.com).
Wallahua’lam,
Maghap Kadiag no.
Aku.

Yg bosan said...

I think it is better for you to go and join with your proud carrying USA passport sisters. Whats the point staying when you are not happy here.Good luck to you.

OKJ said...

Salam Dato Kadir

Maafla kalau asyik saya je yg menghantar komen. Seronok pulak bila dapat diberi peluang memberikan pendapat dlm blog Dato’ ni. TQ Dato’ ye.

OK. Berkenaan dgn topic tentang Melayu ramai ni, bagi saya ianya straightforward je. Dato’ kena ingat kita ni kan mengamalkan demokrasi. Profesor ke, hakim ke, saintis roket ke, saintis NASA ke, billionaire ke, bila mengundi dikira 1 undi je, tak kiralah bijak mana sekali pun atau kaya mana sekali pun individu tersebut. Apala Dato’ ni. Jadi, lebih ramai Melayu, lebih tinggi kebarangkalian manang pilihanraya. Kesmipulannya, lagi ramai lagi kuatlah dalam sistem demokrasi. “As simple as that”’ orang putih kata. Sekian TQ.

budak jawa said...

Pastinya kebenaran itu menyakitkan. Ramai yang meracau pasal motherland lah apa lah bila saya menyatakan fakta sejarah ini. Kahkahkah.

Kelapa Matag said...

You said
"There's no way you can get rid of 7 million of us unless you want our motherland's aircraft carrier sail up the Straits of Melaka."
Our motherland? You see you claimed to be malaysian but your attitude shows otherwise.You dont know the malays in and out. You accused the malays of being racist and hates the 'pendatang' but you yourself refused to understand the malays mentality. Coming from 'pendatang' ancestry, i can attest that the majority of malays are not racist. Only a portion of them have your very same kind of thinking and attitude.

Unknown said...

Ibrahim Hussain yg mula menghitamkan bendera Malaysia.
'Kita'ada satu masaalah, ia itu tidak bijak mengawal ekonomi maka 'orang lain' mengambil kesempatan ke atas ketidakbijaksanaan kita mengawalnya. Dan jika di fikirlan apabila buat sekelian lama tiada siapa yg mengawal ekonomi itu kecuali kita sendiri, apa lagi yg mahu di fikirkan?
natijahnya, bukan semua kita buat betul dan tidak semua orang lain buat itu salah kerana tidak ada manusia di cipta Tuhan dgn cara yg berlainan. Acuannya tetap sama .salaam

Unknown said...

Maaf menyampuk.melayu masih bertahan disebabkan adanya raja2 melayu. Yg memegang tonggak agama .raja adalah ketua agama hilangnya raja musnahlah agama.maruah melayu terjaga bilamana ia menjaga agama
Bahasa budaya dan adat martabat bangsanya. Bila mana kesemua ini tidak dipelihara hilanglah melayu itu. Usah dikenang barang yg lepas diwaktu ini persiapkan diri menjadi bangsa yg allah jadikan.tiada hindu tiada cina melayu adalah melayu. Tidak boleh diubah dalil bangsa itu allah jadikan lihat dlm al quran surah al hujrat. Mana mungkin kita mengubah apa yg difitrahkan kita pada bangsa. Mulai saat ini melayu kena bangkit membela tanah air bangsanya kena pertahankan bumi melayu agar tidak dijajah oleh bangsa asing .bumi itu penentu pada bangsa bumi juga makhluk gunung ganang juga makhluk allah s.w.t bila dikata bumi penentu pada bangsa maka melayu lah yg berhak atas tanah melayu atau bumi melayu. Maka redho allah atas makhluk yg mendiami bumi ini lebih pd bangsa melayu asal usulnya. Sejarah tidak pernah menipu. Namun sejarah jgn dipandang sepi atas sejarah itu kita kena bangkit bagi meletakan kepentingan bangsa melayu dihadapan. Lihat ciri2 allah jadikan bangsa melayu ini
Usulnya bangsa melayu itu mereka tidak miskin tidak pula kaya dan bukan pemalas sepertimana pm kita pernah berkata. Dah ketentuan bangsa ini allah jadikan bukan utk kepentingan dunia semata.melayu itu sederhana atau lebih kepada zuhud maksud lain mereka hidup atas keperluan.x kaya x miskin tetapi cukup apa yg allah berikan rezeki kpdnya. Matlamat utamanya memikul amanat sebagai khalifah dimuka bumi.penyambung warisan nabi s.a.w junjungan kita. Kita boleh lihat sirah2 nabi muhamad s.a.w adakah beliau mengajak bangsa nya pd saat itu mengejar dunia dr akhirat? Pernah nabi s.a.w umpamakan dunia ini seperti sampah.maka disitulah melayu itu pegang apa yg dikatakan nabi s.a.w dlm hadis.bila dikata sampah siap yg mahu tinggal lama didunia ini.? Tentulah bangsa khuffar kafir yg akan mempertahankan dunia ini.hari ini kita lihat bangsa melayu telah hilang identiti bangsanya kita sudah tidak kenal mana melayu mana kafir..sedangkan kita sedia maklum nabi bersabda barang siapa yg menyerupai sesuatu kaum ya ni kafir maka di juga termasuk dlm golongan itu juga.. melayu pakai seluar jeans pakai tali leher pakai pakaian ala2 barat mereka tergolong kafir..ini yg terkandung dlm budaya melayu..melayu bertanjak melayu bersampin melayu berkeris..ini semua ada pd melayu yg melambangkan melayu..jika kita buang maka kita tidak redho atas apa yg allah jadikan pd bangsa kita. Jgn kita pandang remeh atas 4 ini agama bahasa budaya dan adat. Kerana ini lah pakaian melayu. Hilang 4 ini hilanglah melayu .
Melayu itu min lam alif ya wau
Min itu muhamad
Lam alif itu lailahillah
Ya itu bumi
Wau itu suci
Maka kembalilah menjadi diri sebagai muhamad yg memikul amanat kalimahnlailahillah
Dibumi yg suci ini. Agar bumi melayu terhidar dr bala bencana yg amat besar seperti dinegara2 jiran kita rata2 buminya dilanda malapetaka kerana mereka membuang raja2nya yg dulu sebagai ketua agama dan negara. Wallahualam.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).