Friday, November 29, 2019

Isu Debu Chin Peng: Petanda Masyarakat Yang Keliru


A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Perjanjian Damai Tiga Pihak di Hatyai tahun 1989
BAGI orang Islam, mereka tentu tahu bahawa perintah pertama yang Allah Taala turunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ialah supaya menyuruh umat manusia membaca – “Iqra”.

Tetapi rasanya itulah perintah Allah yang paling diabaikan oleh orang Islam – tidak terkecuali orang Melayu Malaysia.

Orang Melayu Malaysia ini unik kerana mereka adalah anggota satu-satunya bangsa di dunia yang wajib beragama Islam.

Arab yang sebangsa dengan Rasul Allah itu pun tidak diwajibkan beragama Islam. Maka ada orang Arab yang beragama Kristian dan tinggal di negara-negara Arab sendiri.

Kalau orang Melayu Malaysia membaca, tidaklah perlu mereka bertegang leher berbahas secara tidak rasional mengenai debu Chin Peng yang dibawa balik ke Malaysia untuk disemadikan.

Tetapi betullah kesimpulan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor bahawa orang yang berbahas itu tidak pun membaca sejarah Perjanjian Hatyai tahun 1989.

Seperti kata Abdul Rahim, orang yang membantah pembawaan balik debu mayat Chin Peng patut baca baik-baik kandungan perjanjian tiga pihak yang membabitkan kerajaan Malaysia, Thailand dan bekas Parti Komunis Malaya (PKM) itu.

Malangnya orang Malaysia, khususnya orang Melayu, bukanlah manusia yang gemar membaca, utamakan sejarah dan berbahas secara rasional.

Maaf cakaplah kalau saya kata, majoriti orang Malaysia adalah manusia yang malas membaca, malas berfikir, tidak gemarkan sejarah dan sangat mudah lupa.

Sebab itulah saya berulang kali kata, Malaysia tidak akan menjadi negara maju atau amat sukar menjadi negara maju dalam pengertian sebenar.

Untuk menjadi negara maju, kita mestilah bertamadun. Untuk menjadi negara bertamadun, kita mestilah banyak membaca, kita mesti berilmu dan kita mesti berbudi pekerti tinggi.

Fakta Sejarah

Abdul Rahim seorang bangsa Malaysia yang amat patriotik. Kalau ada orang yang berhak membantah kepulangan debu Chin Peng, maka orang itu adalah Abdul Rahim.

Sebelum menjadi KPN, beliau adalah Pengarah Cawangan Khas yang sejak sebelum Merdeka lagi berada di barisan hadapan dalam peperangan melawan komunis.

Tetapi Abdul Rahim juga adalah orang yang diberi kepercayaan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada akhir tahun 1980-an untuk mencari penyelesaian mutakhir kepada isu PKM.

Untuk setahun lebih kami, para pengarang waktu itu, mendapat taklimat “off-the-record” daripada Abdul Rahim mengenai kemajuan rundingan dengan PKM. Kami kemudiannya pergi ke Hatyai bagi menyaksi dan melaporkan penandatangan perjanjian itu pada 2 Disember 1989.

Sekarang beliau diberikan pula tugas oleh Dr Mahathir untuk menjadi orang tengah dalam usaha membawa perdamaian dan keamanan ke Selatan Thai. 

Malangnya, hari ini orang yang tidak tahu apa-apa mengenai peristiwa itu, termasuk sesetengah pengarang dan wartawan, bertindak seolah-olah mereka adalah pakar yang tahu segala-galanya.

Inilah masalah dan petanda kepada sebuah masyarakat yang tidak membaca, tidak berfikir dan tidak artikulat. Bangsa yang emosi dan naik angin tanpa sebab.

Minda Terjajah

Di sinilah saya sentiasa mengutuk Inggeris sebagai bangsa penjajah yang amat licik sehinggakan racun minda yang mereka suntikkan ke dalam jasad bangsa-bangsa yang mereka jajah masih berkesan sampai hari ini.

Minda ramai orang di negara-negara bekas tanah jajahan mereka, termasuk yang lahir selepas kemerdekaan, masih terjajah. Segala sesuatu mengenai Inggeris masih disanjung.

Realitinya adalah PKM menjadi parti politik sah dan bersenjata atas kehendak dan ikhsan Inggeris sendiri.

Inggerislah yang memberi senjata kepada PKM apabila ia berjuang bersama Inggeris menentang Jepun. Kemudian senjata itu digunakan untuk melawan Inggeris selepas Perang Dunia Kedua.

Tidak ada yang lebih jelas mengenai penaklukan minda oleh Inggeris ini daripada ketaksuban orang Malaysia terhadap bola Inggeris.

Walaupun bola Inggeris tidak cemerlang namun ia terus menjadi sanjungan orang kita. Mereka tidak peduli atau tahu bahawa bola Inggeris adalah jauh lebih inferior daripada negara-negara kecil di Eropah, Afrika, Amerika Selatan dan Asia.

Tapi mereka sanggup tidak tidur malam untuk melihat Manchester United yang tidak hebat mana pun berlawan dengan Liverpool atau Arsenal.

Manakala mereka kutuk kekejaman Israel dan Amerika Syarikat, mereka lupa atau tidak tahu pun bahawa yang merampas bumi Palestin dan memberikannya kepada orang Yahudi adalah Inggeris.

Inggeris pegang mandat ke atas Palestin tapi diserahkan kepada Yahudi
Natijahnya, kalau orang Malaysia, khususnya Melayu, tidak mahu terus bodoh dan diperbodohkan, mereka wajib membaca, berfikir dan berhujah sebagai manusia yang bertamadun.

Kalau tidak, janganlah marah atau kecewa seandainya mereka sekali lagi dijajah dan diperhambakan bukan oleh mana-mana bangsa penjajah tetapi oleh kebodohan mereka sendiri yang kian hari kian terserlah dipamerkan di media sosial.

Ketakutan atau kebencian terhadap debu Chin Peng dan perkara-perkara abstrak ini adalah simptomatik kepada sebuah masyarakat yang lemah sejarah, emosional dan, mungkin juga seperti kata Abdul Rahim, rasis.

Wallahuaklam.

27 comments:

Law and justice said...

Datuk
it's all much ado about nothing.
UMNO sec general Annuar said he doesn't see any issue, respect the wishes of the dead and their kin if they brought the ashes back.

Tun Mahathir asked in a similar thread, why there is so much fuss about bringing back the ashes of Chin Peng to Malaysia.

Other Communist Party of Malaya (CPM) leaders had returned to Malaysia without uproar, and those who tortured Malaysians in the past – like the Japanese – were also forgotten.
"We have allowed Shamsiah Fakeh to return and no one complained, perhaps because she is a Malay. Rashid Maidin too came back to Malaysia," he said this during an interview with the media in South Korea.

So really, why so much being stirred up, all for the sake of some ashes which we have no sentiments about, but only by the family. Both Annuar and Tun said the right thing, and they have our respect for saying so! Let sleeping dogs die, and let's allow our IGP to focus on more serious issues facing the country.

Manora Pokok Sena said...

Dato, isu pokok bukannya jasat/ debu atau rasis. Isu utama ialah grorify the event dan gunakan tarkh 16 Sep utk bawa balik debu tu. Depa tau, ramai lagi bekas polis , tentera dan orang awam yg terinaya masih hidup dan sensitif mengenainya, and yet depa gembar gemburkannya. Ramai lagi bekas polis dan tentera yg tercedaera masih hidup. Untuk apa, dan apakah motifnya. Adakah ia direka dan disengajakan?. Pd saya tidak timbul langsung isu bangsa disini. Kita faham apa yg ada dlm perjanjian. Kita faham sebelum perjanjian, ramai tidak bersetuju kerana PKM telah tewas dan mati, dan perjanjian ini memberi nyawa/nafas baru pd mereka yg menyokong perjuangan asalnya. And yet, kerajaan ketika itu, teruskan juga. Kita terima kerana mungkin kerajaan punya alasan tertentu, dgn harapan jagalah airmuka dan sensitiviti bekas pejungang dulu. Perjuangan mereka, jangalah dikhianati. Kita sedih sensitiviti ini tidak dihormati dan dipelihari. Biarlah PDRM siasat motif sebenar mereka. Pandangan saya.

Yg bosan said...

Dato..maaf saya kata..

Yg bosan said...

Dato..maaf cakap..org melayu bukan la malas nak baca..bukan juga mudah nak lupa spt tun m..dulu masa sbg org umno bukan main menentang kepulangan jasad atau debu bapa komunis chin peng ini..namun setelah berada di dalam kem yg sama dgn parti rasis DAP, begitu mudah beliau tukar pandangan..bekas tentera, rakyat awam dan keluarga mereka tidak pernah lupa dgn kekejaman komunis. Apa yh tun m katakan amat menguris hati rakyat malaysia terutamanya org melayu. Kita faham majority bangsa DAP mmg inginkan kepulangan debu bapa komunis ini. Kita pun nampak jelas bagaimana kuatnya cengkaman DAP dalam rejim ph-dap ini. Segalanya nesti memeuaskan hati bangsa DAP. Pengganas LTTE pun mesti dilepaskan dari Sosma. Pengganas d Malaysia hanyalah Melayu Islam. Seorang melayu pasti d penjara hanya jeran mempunyai buku atau risalah ISIS. Tetapi bangsa DAP terang2an menyokong kumpulan pengganas LTTE mesti d lepaskan. Arwah Adib hingga sekarang masih belum mendapat keadilan. Namun AG lebih ambik berat pada org DAP Teoh beng hock. Rakyat (maksud saya org melayu) sedang melihat, betapa kerajaan ph-dap bersikap berat sebelah cenderong pada bangsa DAP. Datangnya GE 15, pasti org melayu akan tumbangkan rejim ph-dap ini.in sya Allah.

herman adnan said...

Syabas, Tahniah & Sekalung Penghargaan yang Tertinggi buat KPN Rahim
2. Saya yakin Leadership by Example Dan kita perlu lebih ramai KPN Rahim

KESIMPULAN:
hujah versus Hujah

P/s:
IQ + (EQ × SQ) = PQ

-herman adnan-

wansee c said...

It is all water under the bridge. Let bygones be bygones. Move on to more important agendas in rebuilding a better Malaysia to live in. So stop all the futile squabbles as the deceased has already been cremated into ashes. That is past history now.

mrjantan said...

Sepatutnya depu chin peng itu dibuang ke tandas di hatyai jerr.. Apa perlunya dibawa balik ke banjaran titwangsa dan laut lumut..
Sepatutnya bahlol kadir ni baca juga penghakiman mahkamah rayuan sebelom ini berkaitan kes abu mayat chin peng..
Sepatutnya atok mahathir lebih peka kepada kehendak bangsa melayu.. Perasaan keluarga polis. Tentera, dari menjadi talibarut dan tukang angguk DAP..

BRM.Galaxy.Tab said...

Apa nak diagungkan sgt dgn bangkai si celaka bangsat cheebai peng tu. Dh mampus di thailand, tabur jer la debu bangkai si peng tu kat thailand, tak pun gi hantar ke china. Bangsat betul la nk pertahankan si bangkai. Hidupnya bangsat, mati nya pun masih bangsat. Itu lah pengakhiran jd bangkai seludup, tak diterima bumi.

zrembau said...

Dah tua tapi bodoh. Baik ko mampus. Ko yang bodoh.

Abitpusher said...

Rpk pun dah taruk dato'. Betul jugak point Rpk. Dato pun jangan malas baca apa Tun M kata tahun 2013. Ke buat2 tak tahu. Lawak la.

Syed Hassan said...

Pandangan Melayu yg sentiasa rasa dia je yg bijak.. Dia orang je yg membaca. Dia mcm nak nafikan Melayu yg membaca sejarah PKM sehingga proses damai 1989 faham isi kandung perjanjian damai tersebut. DKJ hanya mantan wartawan. Kalaulah dia seorang mantan warga ATM yg cacat anggota badan skrg ni, baru dia rasa marah. Dan ayat2 tulisan di atas pasti dia sendiri marah.

Cukup2lah berjiwa barua DAP.

malaysia dilanggar todak said...

Tak masuk akal dok tak dok punya ramai orang India tiba-tiba nak bunuh Adib seorang.Contohnya,dalam situasi pergaduhan beramai-ramai,mana mungkin hanya seorang manusia sahaja yang mengalami lebam,dan lebam itu pulak cuma satu sahaja yang terdapat pada satu-satunya mangsa.Sementara ramai lagi terlibat langsung tidak cedera dan berbekas.Apakah mereka sekadar berbalas-balas senyuman?

Unknown said...

Bukan org melayu secara secara definisi mesti beragama Islam. Org kazakh pun perlu beragama Islam.

A KADIR JASIN said...

Assalamualaikun Tuan Syakh Syed Hassan, minta maaf Tuan Syakh, ana masih wartawan tuan. Boleh jadi maksud Tuan Syakh, ana bukan pengarang lagi. Itu betul. Ana bekas pengarang. Syukran.

A KADIR JASIN said...

Pembahas zrembau, mohon bertanya, apa agama dan bangsa Tuan?

Harap Tuan bukan Islam dan bukan Melayu.

Kalau Tuan Islam dan Melayu, amat malulah agama Islam dan bangsa Melayu dengan bahasa dan hujah yang Tuan gunakan.

Terima kasih.

kusufian write said...

Nanti nak pencen bole samakan taraf chin peng, kit siang, guan eng dengan TunDrM..
Tun ginggggggggg!

NamaSamaran said...

D Kadir Jasin. Faktanya ,Melayu terpelajar dan celik sejarah juga mengutuk isu abu Chin Peng ini.
Janganlah kerana orang orang Melayu marah ,anda mengambil peluang untuk menghentam mengata orang Melayu malas membaca,buta sejarah dsb nya. Mengapa jiwa wartawan anda gagal menyentuh dan mengesan motif pihak pemuja Chin Peng ini membuat sidang akhbar tentang kejayaan membawa pulang abu Chin Peng ?
Alih2 perkara yang di sentuh adalah Melayu malas membaca ,buta sejarah ,isu Palestin yg dekat dihati Melayu & suka buang masa tengok bola liga Inggeris .Adakah anda ingin menampakkan sikap yang selari dengan kehendak Tun Mahathir?
Kenapa anda sebagai Wartawan Tulin tidak mengambil sikap seperti Pemimpin dan Peguam Hindraf..contohi mereka.Walaupun mereka tahu anggota bawahan mereka ramai yang kurang cerdik tetapi Pemimpin mereka menonjolkan sifat2 baik anggota bawahan mereka.
Sekarang ini tentu anda dapat rasai apa pandangan orang2 Melayu kebanyakan terhadap orang macam anda,Tun Mahathir & pengampu nya ,puak2 pengampu DAP dalam PAN,PKR,BERSATU .
Lebih baik anda muhasabah diri sebelum orang Melayu meludah setiap kali mendengar nama anda KADIR JASIN .

Nenekghuffran said...

Salam DAKJ....

Majoriti orang Melayu sekarang adalah sesat. Mereka sesat dalam Agama, budaya dan pemikiran.Saya setuju dan faham apa yang Dato cuba sampaikan cuma bukannya Melayu malas membaca tapi malas menggunakan akal. Ini kita boleh tahu daripada hujah/komen mereka.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم,
Baguih hang punya coretan kali ni.
Cuma ada aku nak singgong satu pekara, maghap no.. hang nulih
“ Orang Melayu Malaysia ini unik kerana mereka adalah anggota satu-satunya bangsa di dunia
yang wajib beragama Islam.”
Pekataan ‘unik’ aku rasa tak berapa tepat, yg aku tau, dua bangsa lagi selain melayu yg etniknya
dikaitkan dgn Islam, iaitu bangsa Bosnia (k), dan afghan.
Hang munkin bulih rujuk atau selam bab ‘ethnoreligious’ :
“In general, ethnoreligious communities define their ethnic identity not only by ancestral heritage nor simply by religious affiliation but normally through a combination of both. An ethnoreligious group has a shared history and a cultural tradition – which can be defined as religious – of its own. In many cases ethnoreligious groups are ethno-cultural groups with a traditional ethnic religion; in other cases ethnoreligious groups begin as communities united by a common faith which through endogamy developed cultural and ancestral ties.[1][2] The legal assignment what is an ethnoreligious group can differ from the above given definition.

Some ethnoreligious groups' identities are reinforced by the experience of living within a larger community as a distinct minority. Ethnoreligious groups can be tied to ethnic nationalism if the ethnoreligious group possesses a historical base in a specific region.[3] In many ethnoreligious groups emphasis is placed upon religious endogamy, and the concurrent discouragement of interfaith marriages or intercourse, as a means of preserving the stability and historical longevity of the community and culture. (Wikipedia).”

Negeri2 etnnik dikaitkan dgn Islam ni menjadi sasaran serangan yg cukop dahsyat,
baik dlm keadaan perang mau pon keadaan nampak aman. Aku ingatkan aku dan jugak hang keh Srebeniza.
“ Srebrenica massacre - Wikipedia
The Srebrenica massacre, also known as the Srebrenica genocide was the July 1995 genocide of more than 8,000 ...
Deaths: 8,372
Date: 11–22 July 1995
Perpetrators: Army of Republika Srpska; Scorpions paramilitary group
Location: Srebrenica, Bosnia and Herzegovina”

Dlm keadaan nampak aman, dan perang, jarom2 ( dan serangan2 ) di pasang dari macam2 sudut, misainya
dlm projek2 dan kempen ‘hak asasi manusia’, memperkasa atau menaik tarap wanita dll.

Maghap Kadiag no dan terima kasih banyak pasai tazkirah ringkaih hang bekenaan ‘iqro’.
Semuga Allah S.W.T. ambik kira ‘amar ma’ruf hang...

Aku
Aku.

Nenekghuffran said...

Salam DAKJ...

Melayu bukannya malas membaca tetapi malas menggunakan akal. Sebab itulah kebanyakan mereka menjadi sesat. Mereka sesat dalam jati diri dan harga diri.Kenapa jadi begitu?.... Saya fikir Dato dan saya tahu sebabnya.

Unknown said...

arwah bapak Aku kene tembak dgn komunis yg ketua dia chin peng...
engkau mase Tu kat mane...goyang telur?..
lagi mau ckp bnyak..

Samgalaxy said...

Datuk.
Amat malang pengarang hebat spt Datuk masih lagi cuba menggunakan skill penulisan utk membentuk minda masyarakat supaya sentiasa angguk dgn cara Datuk dan taukeh2 Datuk.
Masalahnya buka orang Melayu tidak membaca atau ingin membesarkan isu abu mayat Bapak Komunis. Isunya, kenapa ianya pada tarikh 16hb Sept, kenapa perlu sidang akhvar secara besar besaran utk memperlihatkan kehebatan pengkhianat ini memperlekehkan emosi kaum keluarga mangsa2 yg terkorban ditangan sysitan2 ini? Kenapa Datuk pun bersama mereka?

Fazenne said...

Kerana dunia... Chin Peng dah jadi suci. 10 tahun lepas, serunya, jgn dibagi muka akan komunis. Tp skrg, menjadi penjilat abu komunis. Melayu malas membaca katanya...

Maka biarlah aku bertanya kpd diri. Agama apakah anutan kamu? Siapakan saudara kamu? Chin Peng?

Yg benarnya... Sejarah tidak akan pernah melupakan si Kitol.

Semoga nanti, jasadmu juga menjadi abu...

RD. said...

Salam Dato AKJ.

Dato pun satu... he he he.

Takkan Dato tak sedar... Melayu sedang dok marah sekarang ni... sebab tu ramai pengomen diatas, marah tak tentu-hala kat Dato.

Marah kat Dr.M, pasai bagi jawatan Menteri KeWANGan kepada kapiaq-Cina... lepas tu, bagi pulak 'kuasa' Peguam Negara (AG-Attorney General) kepada kapiaq-India. Lagi marah la Melayu... kerana kurang-membaca, depa tak sedaq bahawa 'kuasa' AG tidak terpakai dalam situasi dimana terkait Adat-istiadat/resam Melayu dan Agama Islam... 'kuasa' yang termaktub sebagai hak atau milik YDP Agong & Raja-Raja Melayu.

Hakikatnya, Melayu rasa terpinggir di tanahair sendiri... depa keluar ke Bandar-Bandar Besar... semua gedung perniagaan dan kilang-kilang, kebanyakkannya milik Cina.
10 yang terkaya di Malaysia, juga Cina... kalau ada seorang-dua Melayu... yang peliknya, mereka seolah-olah, langsung tidak rasa bangga, malah ada yang tergamak, mencemoh sebagai kroni-Madey atau 'berkat' jadi anak Madey.

Melayu juga tidak bersikap seperti orang-Cina atau India ketika membuang-undi. Orang-kapir tidak taksub kepada mana-mana Party-Politik. Mereka mengundi demi manafaat masyarakat mereka secara keseluruhannya, walaupun dalam PRK. Sebab itu di Tanjong Piai, hampir kesemua yang mengundi PPBM (rakan DAP dalam PH) pada PRU14, beralih kepada calon MCA. Matlamat orang-kapir, adalah untuk menambah seorang lagi Pengubal Undang-Undang yang akan mewakili mereka di Dewan Rakyat atau Parlimen.
Sebaliknya... Orang Melayu, langsung tidak terfikir manafaat kepada Bangsa & Agama. Melayu yang taksub-UMNO, mengundi dengan perasaan marah kepada Dr.M, manakala yang taksub-PAS, m berdendam-kesumat kepada PAN (barua-DAP, kata mereka)... kerana Mat Sabu telah membawa hampir sepuloh Ahli Parlimen, keluar PAS.

Kerana perasaan marah tak tentu-hala, pengundi-Melayu di Tanjong Piai jadi bebal sehingga tidak dapat 'membaca' atau menghayati peringatan yang diberi Dr.M ...

"Jangan mengundi dalam keadaan marah".

Takkan la Dr. M nak cakap... 'Orang Melayu, jangan undi calon Cina-MCA, nanti jumlah Wakil Pengubal Undang-Undang Cina akan bertambah di Parlimen'.

Sudah tentu, beliau akan dianggap racist jika beri peringatan demikian kepada pengundi-Melayu di Tanjong Piai.

Yang pasti, keputusan PRK Tanjung Piai boleh diibaratkan sebagai, Menang Sorak, Kampung Tergadai.

(bersambung)

RD. said...

(sambungan)

Satu lagi Dato... saya rasa Dato 'silap', sejak dari awal lagi. Kata Dato...

"BAGI orang Islam, mereka tentu tahu bahawa perintah pertama yang Allah Taala turunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ialah supaya menyuruh umat manusia membaca – Iqra."

Lepas tu... Dato andaikan pula orang-Melayu kurang-membaca atau tidak suka membaca.

Sebenarnya Dato... orang-Melayu sangat rajin membaca... Kitab Suci Al-Quran. Kebanyakkannya hanya suka dengan 'kemerduan' bunyi Arab, tanpa mengetahui maksudNya... apa yang terkandong dalam Kitab Suci itu. Sebab tu, kursus membaca Al-Quran bercambah... dekat 'Akhir-Zaman' ni. Yang paling untung.... faham-fahan saja la.
'Islam' tak dapat apa, bagi saya... jika tumpuan hanya nakkan bunyi merdu, tanpa mengetahui maksud.

Yang paling bahaya kepada kelangsungan Bangsa Melayu & Agama Islam adalah istilah... 'Akhir Zaman' itu sendiri. Pada saya ia adalah 'racun' yang menyebabkan Melayu-Islam menjadi mundur.

Akibat terlalu 'beriman-pada-hari-kiamat', orang Melayu-Islam akan ketinggalan lebih jauh kebelakang. Maklumlah, apa lagi mahu kejar-dunia bila kiamat sudah dekat. Lebih meningkatlah permintaan dan pertumbuhan Sekolah Tahfiz-haram. Jadinya orang Melayu akan berlumba-lumba belajar 'ilmu persediaan mati' untuk ke Syurga. Lebih ramai ibu-bapa akan dihambat kehendak 'akhir zaman' supaya anak-anak mereka jadi Ustaz & Ustazah dan tidak menitiberatkan lagi ilmu-sains, mathematics bahasa Inggeris atau Mandarin. Bahasa Arab lebih diutamakan. Kita lebih teruja jika anak-anak dapat masuk program Daie TV3 dan jadi Ustaz/Ustazah Celebrity.

Sudah 1,400 tahun Nabi Muhammad SAW tinggalkan kita. Jika kiamat hanya akan terjadi 1,000 tahun lagi... maka ketika itu, scientist, doktor, engineer dan lain-lain kerjaya professional atau technical akan di monopoly oleh bukan-Islam. 1,000 tahun lagi, lebih ramai Melayu akan jadi Ustad & Ustazah. Dengan bertambahnya Agamawan, maka akan lebih banyaklah percanggahan pendapat mengenai hukum-Agama. Jika Agama tidak dipisahkan dari Politik, bermakna Islam akan bertambah berkecamok, haru-biru dan berpecah-belah, lebih-lebih lagi jika Agama ditunggang oleh ahli-politik untuk mendapatkan undi atau sokongan.

Jika 1,000 tahun pun, masih belum kiamat... gamaknya, merempat & bangsatlah Bangsa Melayu & Agama Islam.

Ketika itu... kebarangkalian-besar, orang kapir, terutamanya Yahudi & Kristian sudah cipta kapal-angkasa untuk lari dari Kiamat. Maklumlah, depa pun percaya kepada Hari Kiamat. Mungkin dalam kitab... Tuhan mereka tidak sebut... 'Jangan cuba lari dari Har- Kiamat, kamu pasti tidak berjaya'.

Bezanya dengan kita... Melayu-Islam... kita 'beriman' pada Hari-Kiamat. Tak boleh lari, la kot?
Ehmmm...

RD. said...

Kata Dato AKJ...

"Di sinilah saya sentiasa mengutuk Inggeris sebagai bangsa penjajah yang amat licik sehinggakan racun minda yang mereka suntikkan ke dalam jasad bangsa-bangsa yang mereka jajah masih berkesan sampai hari ini."

Benar Dato... saya pun hairan, mengapa anak-anak muda minat sangat dengan EPL.

Namun dalam aspek 'pecah dan belah', penjajah-British lebih licik.

Mat Sabu dan Party yang ditubuh beliau, Amanah adalah 'bukti' terbaru bahawa Penjahah British sangat licik dalam usaha memecah-belah perpaduan Melayu-Islam... apabila mereka meluluskan permohonan golongan-Agama yang tinggalkan UMNO untuk tubuh Parti lain, guna Agama sebagai wadah perjuangan-politik pada 1955.

Padahal di Negara penjajah sendiri, sejak zaman Oliver Cromwell lagi... sekitar 1650... mereka telah pisahkan Agama dari politik dengan menempatkan golongan Agama mereka disuatu tempat, apa yang dikenali hari ini sebagai Vatican. Sekaligus menamatkan Zaman Dark Ages Eropah.

Maklumlah, pada zaman Dark Ages, Paderi-Paderi memainkan 'peranan' penting di Istana.

Penjajah British juga sudah mengetahui, dari tanah jajahan atau colony mereka di Timur-Tengah, ketika itu... bahawa 'Agama' jika gunakan untuk berpolitik akan memecah-belah perpaduan masyarakat Pak Arab... menyemarakkan permusuhan & persengketaan antara puak yang taksub kepada 'Imam' berlainan, akhirnya kapir-mengapir, berperang dan saling membunuh sesama-sendiri.

Pada masa yang sama, pertelingkahan sesama Pak Arab mengundang campur-tangan kuasa-asing dan mempermudahkan rancangan Penjajah British, Perancis & Italy untuk membahagi-bahagi tanah Pak Arab dikalangan mereka dan menubuh sebuah Negara Zionist Israel diBumi Palestine.
Maklumlah, dalam perkelahian sesama-sendiri, sudah tentu ada pihak yang lemah atau takut kalah, maka dijemputnya bantuan dari pihak-asing. Seronok sangat la penjajah, boleh jual senjata lagi.

Itu belum masuk kisah disebalik tujuan penjajah-British dalam percaturan mereka menobatkan Keluarga Saud sebagai Raja di Arab Saudi.

Di Tanah-Melayu... dulu pun sama... might is right... Penjajah British ada 'kuasa' untuk menobat siapa saja dikalangan Kerabat atau orang-besar Istana, sebagai Raja.

Abdullah Ngah said...


Datuk Kadir Jasin berkata orang Melayu memang merupakan bangsa yang tidak membaca,sedangkan Allah perintah membaca.

Rasa fikir, duduk fikir panjang dengan fikiran datuk Kadir jasin ini, sah datuk sendiri memang orang tidak membaca sebab itu sangat cetek dengan Islam.

Kalau datuk membaca sudah tentu datuk tak kata orang Melayu Malaysia wajib jadi Islam, sedang kan orang Melayu di Malaysia ini sudah ramai yang pilih jadi kafir.

Dan Allah tak pernah mencipta makhlok diatas muka bumi sebagai kafir. Uzai zil pada asalnya berada didalam syurga,bukan kafir.

Azai Zil memilih jadi kafir kerana anggan sujud pada Nabi Adam dengan alasan yang dia lebih mulia berbanding Nabi Adam yang dicipta dari pati tanah.

Demikian juga dengan manusia anak nabi Adam yang memilih jadi kafir kerana tidak bersetuju dengan ayahnya pada hal memilih pasangan hidup sehingga berlaku pembunuhan adik dana bang.

Demikian Anak Nabi Nuh memilih jadi kafir enggan ikut naik atas kapal untuk selamatkan diri.

Oleh itu sangat tidak patut dan tidak masuk akal dengan kata kata datuk bahawa orang melayu wajib jadi islam, seolah olah memaksa orang Melayu jadi islam dan menghalang pilih kafir.

Islam tidak boleh paksa orang kafir jadi islam, tetap Islam wajib menghalang dan mempertahnkan orang Islam dari menjadi kafir.

Memang Datuk Baca dan jahil dengan ajaran islam sehingga tergamak mengatakan Islam mewajibkan orang Melayu jadi islam sepertimana fahaman salah orang Islam di Indonesia bahawa tiada paksaan dalam Islam.

Pada hal Islam tidak boleh paksa orang kafir jadi Islam dan mereka sesiapa sahaja boleh pilih mana mana agama yang mereka mahu amalkan.Tetapi Islam sekali kali tidak membenarkan umatnya jadi kafir.

Barangkali datuk membaca fahaman komunis yang mengatakan agama itu candu yang sangat bercanggah dengan ajaran Islam.sebab itu datuk tergamak mengatakan orang melayu tak membaca dan wajib beragama Islam dan tidak dibenarkan menganut ajaran lain.

Saya masih belum lupa dengan Tan Sri Samad issmail guru wartawana saya empat puluh tahun lepas. Harap harap Datuk jangan jadi macam dia sudahlah yang pernah ditahan kerana berfahaman komunis.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).