Monday, June 15, 2020

Ada Percubaan Jadikan PNB "Gravy Train"




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger.

Zeti dan Abdul Jalil: Jadi mangsa kerana bongkar keburukan 
KALAU orang Melayu kenal diri dan mengamalkan ciri-ciri bangsa dan agama mereka maka jadilah mereka insan yang unggul, iaitu seorang yang berbudi kerana dia Melayu dan beriman kerana dia Muslim.

Insan budiman kerana berbudi dan beriman.

Tetapi maaf cakaplah kalau saya ulang sebut bahawa sangat banyak Melayu hari ini yang palsu budi dan imannya.

Bangsa sekadar slogan politik dan agama bahan peragaan untuk dihebahkan melalui tampalan media sosial.

Walaupun semakin ramai Melayu berpendidikan tinggi tetapi ramai tidak kenal diri. Mereka menjadi hamba kepada kejahilan dan kemiskinan, feudalisme dan kebergantungan.

Akibatnya banyak usaha murni untuk membawa kebaikan kepada bangsa Melayu dan agama Islam, khususnya dan negara, amnya bukan saja menjadi sia-sia malah ditentang habis-habisan.

Cerita Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dinyahkan daripada jawatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas dan Abdul Jalil Rasheed daripada kerusi yang sama di Permodalan Nasional Berhad (PNB) adalah petanda kehilangan budi dan iman orang Melayu.

Orang Melayu yang diuar-uarkan sebagai sabar dan bertolak ansur sedang dihasut supaya mengamuk atas nama maruah Melayu dan pemerintahan Melayu-Islam.

Dendam Neo-Kleptokrasi

Maka ahli profesional dan eksekutif Melayu taraf dunia yang dilantik oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) – yang ada DAP di dalamnya – untuk membersihkan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada korupsi elit politik era kleptokrasi Umno-Barisan Nasional telah dan sedang dibuang secara sistematik.

Kalau kerajaan Umno-BN zaman kleptokrasi Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak korup dan hegemonik, kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin adalah semberono (reckless) dan pendendam (vengeful).

Lebih malang bagi ahli profesional Melayu, kaki pukul (hatchetman) yang dihantar untuk membelasah mereka adalah teknokrat Melayu sendiri.

Maaf cakaplah kalau saya kata bahawa dalam konteks ini, Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul Abdul Aziz, perlu menilai dirinya sendiri kerana besar kemungkinan beliau kini menjalankan peranan itu.

Ini adalah kerana sebagai Menteri Kewangan beliau mempunyai kuasa yang amat luas ke atas GLIC dan GLC. Siapa lagi kalau bukan beliau yang memecat ahli profesional Melayu dan membawa masuk ahli politik sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah?

Wan Zulkiflee ditunjukkan pintu keluar kerana mempertahankan hak Petronas daripada dijadikan pertaruhan dalam perjudian politik Muhyiddin untuk mendapat sokongan elit politik Sarawak dan mungkin juga selepas ini, Sabah. 

Dua buah negeri Borneo ini adalah pengeluar utama minyak dan gas di mana peranan Petronas adalah besar.

Abdul Jalil, anak pegawai imigresen dari Raub, Pahang telah berjaya dihambat keluar daripada PNB atas alasan keraguan mengenai persekolahannya – beza di antara London School of Economics & Politics (LSE) dan University of London. Beliau meletakkan jawatan hari ini.

Isu persekolahan beliau hanyalah alasan. Kalau pihak berkuasa pasaran modal di Singapura, Hong Kong dan United Kingdom yang lebih tinggi piawaiannya boleh memberi lesen kepada Abdul Jalil mengapakah tiba-tiba persekolahan beliau menjadi isu kepada Muhyiddin dan Zafrul serta budak-budak mereka?

Mengapa ia menjadi isu kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) sekarang apabila ia telah meluluskan permohonan beliau pada bulan September lalu?

Jumpa Najis

Jawapannya adalah Abdul Jalil dan Pengerusi baru PNB, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, telah mula menemui dan mengambil tindakan ke atas pelaburan-pelaburan PNB yang meragukan dan bermasalah.

Di sini, saya mengutuk sekeras-kerasnya usahawan Melayu yang berjaya kerana bantuan kerajaan, termasuk melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) tetapi masih bergantung kepada kerajaan dan menjadikan PNB “gravy train” mereka.

Saya kenal ramai daripada mereka. Malah saya kenal ibu bapa mereka. Saya menulis seawal tahun 1980-an tentang bagaimana ibu bapa mereka mendapat kontrak dan konsesi di bawah DEB.

Sehingga ini, saya telah berjaya mendapat maklumat mengenai dua atau tiga kes yang mungkin menjadi punca tercetusnya usaha untuk menyingkirkan Abdul Jalil. Satu mengenai pembelian tanah dan satu lagi mengenai pelaburan dalam kegiatan minyak dan gas.

Saya akan menyebut hanya satu kes dulu kerana ia sudah pun dibincangkan secara meluas sejak 2017 lagi. Yang lain itu, tunggu dulu. Kita tengok apa pengganti Abdul Jalil akan buat.

Kes ini adalah berkaitan penjualan sebidang tanah kerajaan seluas 19.14 ekar berhampiran Istana Negara kepada Jakel Land Sdn Bhd dengan harga RM646 juta atau 22 peratus di bawah harga yang diiklankan.

Kita semua tahu bahawa Jakel adalah syarikat anak emas zaman Mohd Najib. Baru-baru ini ia menjadi berita besar apabila salah seorang adik beradiknya menuduh “orang Melayu tak pandai baca”.

Apa kena mengena Jakel dengan PNB? Jakel Land Sdn Bhd adalah perkongsian sama rata di antara Jbiz Development Sdn Bhd (mewakili Jakel) dengan Symphony Life Bhd dan PNB.

Yang menjadi masalah dan persoalan adalah mengapa hanya PNB yang mengeluarkan lebih banyak duit untuk bayar harga tanah tersebut sedangkan nisbah pegangan saham sama iaitu masing-masing 33.3 peratus. Nampak seolah-oleh peranan Jakel cuma mendapatkan kebenaran membeli tanah dan Symphony menjadi pemaju.

Saya dimaklumkan yang PNB telah memberi “pinjaman” RM225 juta kepada syarikat usaha sama itu. Keseluruhan jumlah yang ditanggung oleh PNB adalah RM250 juta manakala Symphony dan Jakel hanya mengeluarkan RM25 juta setiap satu.

Jakel mendakwa dirinya 100 peratus Bumiputera. Kepala empayar adik-beradik ini ialah Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel.

Mohamed Feroz saudagar nombor satu Jakel
Symphony pula adalah syarikat senaraian Bursa Malaysia yang dimiliki oleh Tan Sri Azman Yahya yang terkenal sebagai Pengarah Urusan Danaharta zaman krisis ekonomi Asia 1997-98.

Diura-urakan yang Ahmad Zulqarnain dari Khazanah Nasional Berhad akan mengambil tempat Abdul Jalil. Beliau pernah bekerja di bawah Azman di Symphony (dulunya Bolton Bhd) dan Danaharta.

Azman adalah salah seorang ahli lembaga Pengarah Khazanah yang dilantik oleh Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak ketika menjadi Perdana Menteri merangkap Pengerusi Khazanah.

Peralat PNB

Bagi usahawan Bumiputera yang cuba memperalatkan PNB dengan melobi Muhyiddin dan Zafrul supaya memecat Abdul Jalil atau bertindak dengan cara yang menguntungkan mereka, saya kata "sialan kamu".

Tidak cukup lagikah apa yang kamu dan ibu bapa kamu dapat daripada kerajaan sehingga mahu memperkudakan PNB?

PNB adalah instrumen DEB yang bertujuan memberi peluang kepada Bumiputera miskin memiliki sebahagian kecil kekayaan negara. Itu pun mereka hendak “pelekoh” juga?

Kesimpulannya, kalau inilah cara kerajaan Melayu-Islam PN mempolitikkan GLIC dan GLC, kesudahannya hanya profesional dan eksekutif yang tidak berjiwa rakyat dan “mediocre” saja akan bersedia bekerja dengannya.

Dewan Bahasa mentakrifkan “mediocre” sebagai “tidak berapa baik”.

Cuma satu saja. Kita bernasib kerana keadaan tidak seperti dahulu lagi. Kerajaan dan pesekongkolnya tidak selamat lagi bersembunyi di belakang tembok kuasa, undang-undang dan kerahsiaan.

Media sosial telah memberikan rakyat jelata kuasa untuk memperkasakan mahkamah pendapat umum – the court of public opinion – untuk melawan kerajaan kleptokrasi baru ini.

Namun saya masih ada sedikit keyakinan bahawa masih ada sebilangan kecil melayu profesional yang tidak sanggup menjadi tali barut kepada pencuri dan penyangak kerana di sanubadi mereka tersemat nilai murni untuk melakukan kebaikan kepada negara dan rakyat jelata.

Wallahuaklam. Terima Kasih.

24 comments:

wansee c said...

A den of incorrigible species in Putrajaya. May Allah help send Tun back to us to rectify the situation. He is indeed the one and only real deal. Things are now getting from bad to worst from day to day with najis smearing all over the whole nation. Sob...

XUMNO said...

You seem to forget that your beloved Mahathir and PH rode PNB for 28 months almost to oblivion. Where did the billions, proceeds from disposing PNB properties and interests at pasar-malam prices gone?

Saya... said...

But then zaman Tun he allowed all the UMNO style patronage to go on, he humored BN, MCA, MIC..he allowed them to enrich selves and family. And he seems to only target Najib. Hishamuddin, Azalina and the other thieves, esp NAZRI still free. PH biggest mistake was not sending these crooks to face firing squad ala China. PH allowed these crooks to fester and come back to life with a vengeance and overcome Malaysia, even worse. And he is buddy with Taib, Shafie Apdal. Some crooks seem untouchable. Have you seen how Shafie's second wife lives? Where is the money from...and now as Sabah chief...SHUDDER to think of how the people of Sabah will be ripped off. Taib sampai sekarang you all diam je...rompak berbilion hak Sarawakians. And no comment on Azmin and his wealthy life esp his kids.

Also, as long as no laws on party hopping mid term USING OUR VOTES TO SCREW US BACK, rakyat may as well NOT VOTE EVER AGAIN. What is the BLOODY point? Ditto elections like PD and Kajang...that is also UNETHICAL. NONE of it is...party hopping with no consequence. WHAT A FARKING JOKE!!!

Selagi tiada undang2 mengharamkan musical chairs ni selagi tu demokrasi kita ala Si Badut. How can a rep jump parties to the exact same side the voter sought to oust??? Where is this Art Harun? I thought this would be a great issue of concern!

Orbee said...

Assalamualaikum. Selagi mereka tidak tahu tanggung jawab sebagai pemimpin yg telah di amanahkan maka neraka jahanamlah utk mereka kekal di dalamnya..sesiapa yg tahu setelah mengaji al-Quran & Hadith tidak akan berani utk memegang jawatan sedemikian khuatir mereka akan dicuba/uji keimanannya dan gagal kerana dihantui nafsu, yg berakhirnya mereka di neraka jahanam kekal selama2nya.

asraf said...

Long live the thieves!
Steal all you can!

homesick said...

Can you please stop day dreaming. Only the people can change when they are willing enough to. The corrupted will never change and should never be trusted. You are suppose to trust, serve and believe in god first and foremost, not minions of the devils in disguise

Johan said...

Say betul2 ingin bertemu Datuk dan berbicara bersemuka. Datuk tulus. Saya akan hidangkan harumanis utk Datuk.

Husna said...

I am so sad as so many Malays of understanding are feeling defeated, at how things are turning out. What choice do Malay voters or even a Malaysian voter has, come GE15? Who do they vote for: Corrupt back door government w Umno still buried deep inside or the PKR with Dap? What choice do we have?

Mike said...

It looks like all back to the previous BN style. Same face, same 'modus operandi' and we already saw the result. The doom was repeated. No remorse, no repent, they don't care what it means....:)

mamat said...

Your are marvellous Dato,loves this info

Unknown said...

The one who can rectified all this nouncent is not tun.. but DSAI. 22 years plus 22 months tun have getting a chance but things get worst.

Mika Angel-0 said...

Hebatnya Scribe dalam merungkai sulit niaga tanah. Yalah, pengalamannya menrungkai porak peranda 1MDB pun akibatnya hampir-hampir Jho Low nak kena belasah dengan Bob Kok Beijing. Macau Scam ala Hongkey dari Tanjung.

Syabas, dan kita tunggu apa tindakan melatah 'si-jackal dan hide' terhadap transaksi sebidang tanah yang hampir serupa dengan jualbeli rumah Jalan Pinhorn. Mana nak sama dengan protocol financing Terowong Ajaib di Pulau Pinang, betul tak, Scribe?

Mahathir(laknatullah upon him) kenalah lebih rajin belajar dari DAPig untuk memperbetulkan ekonomi Kedah dahulu yang gamat asyik nak jual kayu balak. Apa Scribe tak sayang lagi Istana Kedah?

Apapun syabas kerana berani hadapi si jackal n hide nanti. Cuma kita tunggu cerita in detail pulalah sensasi orang Kedah perut hijau terdedak short kerbau belaan tokong.

Cubalah nasib dengan angka 107:115, Scribe.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/06/17/crowds-throng-4d-outlets-in-penang-as-they-reopen-for-business

Mika Angel-0 said...

Oh yes, lupa kita.

What really happening to sialan Mirzan San Miguel dengan listing di SGX?

Boleh explicate dalam bahasa indah Scribe?
(Surah 33: 67-68 cuba amalankan)

Hanya Elohim yang tahu

Yang Sudah Tu, Sudah lah said...

Cerita ni macam cerita mengalih perhatian je sbb sekarang dalam keadaan PH dan PH plus dok berbalah sesama sendiri mengenai calun PM dan TPM.

Pada masa yang sama dengar cerita si budak Jalil tu pulak cucu saudara Tun M...pulak dah. Betoi ka Tok Wan? atau Tok Wan nak jawab saperti biasa..saya tak tau, depa tak habak pada saya pun.

Ok, berbalik kepada perebutan calun sebagai PM dan TPM. Katanya nak umum kan pada hari selasa lepas (16hb Jun 2020),lepaih tu tak jadi pulak. Eeehh.. eehhh dok bohong sunat tak habih2 ni. Masa perintah selama 22 bulan dulu pun mcm tu jugak, tak habih2 bohong sunat.

Sebenarnya, kalau Anwar di calunkan sebagai PM, ok lah kepada orang2 PKR, tak ok pulak kepada orang2 Tun M.

Kalau di calunkan Tun M, ok lah kepada orang2 Tun M, tak ok pulak kepada orang2 PKR.

Pada masa yang sama Warisan ok je kalau Tun M di calunkan sebagai PM tapi pada masa yang sama Warisan tak ngam dengan PAS dan Amanah.

Bila di calunkan Mukhriz pulak sebagai TPM... Warisan pulak tak mau dia.

Pening2, kalau begini lah keadaan nya, macam mana kalau depa jadi kerajaan..mungkin jadi saperti satu kapal dua nahkhoda...lingkup negara.

Apa kata DAP kalau....adik angkat dia yang college dropout tu di calunkan sebagai PM?...

Unknown said...

This is fake

awang kualaberang said...

Syaitan KEMBALI berpesta
Sijahil Sialim gilakan kuasa
Sijahil berkata dusta
Sialim bertepuk jual agama
Harta rakyat difaraid berleluasa
Negara menuju jurang binasa

norzah said...

With TSMY doing so well as the PM and Azmin Azmin Ali holding the back-up power for him, Tun M has a difficult task of persuading the people to honour the results of the last GE. Especially so since DSAI and DAP are seen to be the albatross around Tun's neck. The only concern now is that TSMY seems to surrounded by UMNO's bigwigs at Federal and State levels. Appointees by the PH government in key GLCs are being slowly thrown out to be replaced by UMNO politicians. Criminal charges held against UMNO bigwigs are being dropped and they will soon be free to join the Government.

Are we going back to the days of "political contribution is not corruption, properly registered and accounted for or not, and political leaders can use it in any way they want." Or worst, the era of kleptocracy?












Mika Angel-0 said...

Not that it has anyyhing to do with you.

https://mocsarawak.wordpress.com/2013/05/04/is-this-the-beginning-of-prime-minister-muhyiddins-tenure/

You lie when you cant neither sit straight or stand true as is the fact with most Kedahans and especially Half-Breed Kedahans. The rest become buddhist lovers.

wansee c said...

Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah sesumpah kacukan ular yang berlidah cabang dan berkulit tembok ini akhirnya terjerat sendiri lalu dibogel dan disiat-siatkan oleh rakan-rakan sekutunya secara terbuka tanpa berselindung. Yuhoo..oo.. kantoi sekantoi-kantoinya. Demi menyelamatkan keadaan dan air mukanya, anjing-anjing belaannya mula dilepaskan seekor demi seekor untuk lawan tetap lawan mempertahankan tuannya dan cuba sedaya-upaya menegakkan benang yang basah-kuyup supaya dia tetap nampak molek macam 'malaikat' di mana sanubarinya meronta-ronta melaung sekuat hati: "saya mesti jadi PM Malaysia sebab saya tak curi, tak khianat, tak fitnah, tak liwat,... sayalah serba-serbi terbaik." Wahai, spesies reptilia yang tak serik dan segan-silu ini, hentilah bersandiwara, ekor awak sudah berlumang penuh dengan tahi busuk. Gila kuasa, sial.

Anonymous said...

salam pak kadiaq'

could the end game be that the kleptokrats be found guilty and also anwar be left out in the dark again? the UMNO ex president and also current president being jailed and anwar being left out in the dark is the final nail in the coffin.
never underestimate the old man strategy. all his moves are done with the end in mind.

'keen observer'

Law and justice said...
This comment has been removed by the author.
Law and justice said...
This comment has been removed by the author.
Law and justice said...

Datuk,
Selangau member of Parliament Baru Bian today urged Gabungan Parti Sarawak (GPS) leaders to back Sabah’s Chief Minister Datuk Seri Shafie Apdal as the prime minister candidate for Pakatan Harapan (PH), as suggested by Tun Dr Mahathir Mohamad.

He said this would be an opportunity to show the rest of the world that Sarawak, Sabah and Peninsular Malaysia are equal partners in the Federation of Malaysia.

“Sabah and Sarawak leaders, if given a chance to be a prime minister, will bring a refreshing change to the government of this nation.

“The leaders of GPS will surely agree that we have every right to contribute in this manner to the way forward in a significant fulfillment of the Malaysia Agreement 1963,” Baru said.

He was commenting on Dr Mahathir’s proposal for Shafie to be the prime minister with PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim and Mahathir’s son Datuk Seri Mukhriz Mahathir as the two deputy prime ministers in the event PH wrests back the federal government.

He said having a prime minister from Sabah will be cause for much joy in the two Borneo states.

“It will finally be a sign of real inclusivity that our people have perhaps never felt and may go a long way in soothing the rising resentment of Sabahans and Sarawakians at the perceived unequal treatment of Sabah and Sarawak and the lack of attention to our needs by the federal government,” he said.

Baru, who is a former federal minister when Dr Mahathir was the prime minister before the collapse of the PH government in February this year, said Shafie is a seasoned politician and leader of a strong party in Sabah.

He said the Sabah leader is eminently qualified for the post, adding that PH leaders should give their support for the proposal as a way to end the impasse over the prime minister-candidate.
“The only requirement in the Federal Constitution is that the person eligible to be appointed as the prime minister by the Yang di-Pertuan Agong should be someone who is likely to command the confidence of the majority under Article 43(2)(a).

“There is, therefore, no impediment to the appointment of Shafie,” he said.

ashhassimoto said...

You think DSAI can do better.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).