Sunday, July 05, 2020

Akaun Internet Palsu Tidak Jamin Kerahsiaan Pemiliknya




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger.

Bilik kawalan dan pemantauan Internet CIA

 PERINGATAN: Apa yang anda baca sekarang dan yang akan tulis dalam ruangan komen akan dibaca oleh umum dan besar kemungkinan dipantau oleh agensi perisikan.

Anda mungkin menggunakan butir-butir palsu dan nama samaran untuk mewujudkan akaun anda, tetapi di mana pun anda berada di dunia ini, pergerakan anda tetap diketahui.

Kalau anda seorang yang diklasifikasikan sebagai “terrorist” (pengganas) berbahaya, Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) boleh melancarkan drone (pesawat terbang tanpa pemandu) untuk membunuh anda.

Agensi perisikan kita pun mempunyai kepakaran untuk mengesan akaun palsu. Sebab itulah sudah ramai pengguna akaun palsu dan akaun “anonymous” yang dikenal pasti, disiasat, dihadapkan ke mahkamah dan dihukum kerana melakukan pelbagai kesalahan, khususnya menghasut.

Anda mungkin berasa selamat dan gembira kerana beranggapan anda telah berjaya menyembunyikan identiti anda apatah lagi mendapat bayaran untuk masuk ke laman saya ini dan mana-mana juga laman, sama ada untuk berbahas secara sopan atau sekadar melakukan “spam”, mencarut dan memaki-hamun.

Anggapan bahawa kaedah komunikasi Internet adalah bebas, percuma dan selamat adalah salah sama sekali khususnya mengenai kerahsiaan.

Mungkin ramai sudah tahu tetapi saya rasa banyak lagi yang belum tahu bahawa Internet yang sedang kita gunakan untuk mengakses laman ini adalah produk ketenteraan.

Ia adalah hasil penyelidikan ketenteraan Amerika melalui projek Arpa yang bertujuan mewujudkan saluran komunikasi barisan hadapan pasukan tentera Amerika. Setelah pihak tentera berjaya mewujudkan platform komunikasi yang selamat untuk kegunaan mereka, aplikasi sampingan Internet dibebas dan diperluaskan bagi tujuan awam mulai tahun 1969.

Masakan satu alat (tool) yang dicipta untuk tujuan ketenteraan dan kemudiannya dibenarkan untuk kegunaan awam bebas daripada pemantauan dan perisikan keselamatan?

Tentunya tidak.

Semua Dipantau

Komunikasi Internet digunakan untuk menyalurkan pelbagai platform media sosial seperti blog ini, Facebook, YouTube, WhatsApp, Messenger, WeChat, Instagram, QQ, Tumblr, Qzone, Tik Tok dan Twitter.

Jadi, walaupun pemilik akaun media sosial berasa bangga dan gembira menyebarkan “spam” untuk tujuan berseronok-seronok atau mendapatkan bayaran (dedak) dengan menggunakan akaun palsu (fake accounts) namun siapa mereka dan dari mana mereka beroperasi tetap diketahui.

Facebook dianggarkan mempunyai 2.23 bilion MAUs (monthly active users/pengguna aktif bulanan) dan ramai daripada mereka adalah pemegang akaun palsu yang diwujudkan khas untuk “spamming”, penandaan (tagging) iklan dan yang paling luas adalah menipu untuk mendapatkan wang.

Pemilik dan pengguna akaun palsu selalunya menggunakan nama, gambar profil dan pengenalan diri yang luar biasa atau pelik.

Daripada cara mereka menyamarkan diri kita sudah boleh mengagak status pendidikan, sosial, keintelektualan, budi pekerti, afiliasi politik dan matlamat mereka.

Umumnya pengguna akaun palsu ini tidak ada keyakinan diri atau bermotif jahat, mencari makan sebagai pendedak dan soldadu siber parti politik.

Sayugia diulang sebut bahawa istilah “dedak” ini tercetus di kalangan penggiat media sosial Umno, khususnya blogger pada tahun 2014 berikutan herdikan Presiden Umno dan Perdana Menteri ketika itu, Mohd Najib Abdul Razak terhadap blogger Umno. Mohd Najib melabelkan mereka bangang kerana mengkritik parti sendiri. Tonton Di Sini.

Dalam konteks yang lebih khusus, penggunaan media sosial di Malaysia mendedahkan banyak ciri yang boleh dijadikan petunjuk tentang tahap kesihatan mental masyarakat kita.

Kita akan mendapati ramai pengguna media sosial, khususnya yang menggunakan akaun palsu, tidak berakhlak, cetek pengetahuan, terbelenggu pemikiran dan tidak toleransi.

Dalam bahasa yang mudah, media sosial mendedahkan kehambaran pemikiran, nilai moral dan iman kelompok masyarakat yang umumnya amat taasub dengan jenama Melayu-Islam, maruah Melayu dan slogan agama, bangsa dan negara.

Wallahuaklam. Terima kasih.

36 comments:

Pewaris Melayu said...

Cybertrooper belaan pemimpin ketuanan melayu yang melampau bijaksana hingga boleh di scam berbilion wang titik peluh rakyat tidak takut ini semua. Kemuskilan: Kalau dah mengaku di scam dan berbilion ringgit wang rakyat digunakan, bila nak memohon maaf dari rakyat atas bijaksana yang melampau ini??? Ini berapa besar punya haram...

KLVC said...

buta kayu sunggoh la hang ni pak kadiaq

john01 said...

Test is

ezzack said...

Kau sememangnya bodoh la kadiq itu je nak cakap melalut apa sampai ke USA bila dikecam netizen Malaysia...sebab benda yg kau tulis menampakkan kebebalan diri sendiri Sebab tu orang kecam la... Be a professional sikit jgn nampak kebudakkan umur dah lanjut rumah kata pergi kubur kata mari dah pun... Ape benda la kau ni

Penyokong Muafakat Nasional said...

Hahahaha...mana superring saya? Nak makan selepas baca artikel ni...hahaha

Unknown said...

Kadir tua keparat

Fade Azmi said...

Sembang la ang kadiaq..pompang2 isi pon xdak..skrg org sudah boleh berfikir...hang pon guna media sosial hang taboq fitnah merata, lepas tu bila kena kecam ,buat posting kt blog plak ke? Buat la posting fb kadiaq weii..tisu

Brahim Nyior said...

Bersedia untuk dikecam jika kita bersedia mengecam orang. Itulah hakikatnya dalam dunia maya

Unknown said...

Tapi saya bot..bagaimnaa nk trace?🤣🤣

SK said...

apa merepek ni En Kadir..

oh i'm not a bot neither a fake acc.

Mahazir Ibrahim said...

Sudah-sudahlah Pak Kadir, kembalilah ke tikar sejadah, rakyat Malaysia sudah bosan dengan fitnah-fitnah dan penipuan-penipuan puak-puak PH..

Yang Sudah Tu, Sudah lah said...

Terima kasih kepada Datuk kerana memberi ingatan dan penjelasan mengenai penggunaan internet.

Tetapi yang saya tidak faham mengapa apabila berbicara politik yang bersifat negatif Datuk masih juga terbiasa mengaitkan dengan umno atau Najib di sini mengenai istilah dedak.

Yang lain2 saperti Bersatu sendiri, Amanah, PKR, DAP, Warisan dll tidak ada element2 negatif ke.

Mengapa dalam tajuk ini Datuk tidak menyeret sama cyber trooper DAP iaitu redbean trooper yang juga di percayai mengguna identiti palsu.

Sekian.

Unknown said...

Terkucil pulak Pak Kadir ni

afath de rossi said...

assalam Pak Kadir,
wow!! penulisan kali ini memberi makna dan tafsiran yang membawa pelbagai maksud tersurat dan tersirat.
Pak Kadir,
saya berharap dan amat berbesar hati agar Pak Kadir sentiasa jika di beri keizinan Allah untuk terus berkarya meluahkan isi hati terutamanya dalam bidang politik tanahair kita..
Ini kerana, daripada penulisan-penulisan sebegini, saya dapat membaca dan membuat keputusan sewajarnya dari sudut seorang pengundi yang menentukan hala tuju negara kita..
Pelbagai ragam, karenah, kecenderungan serta sifat sebenar politikus di tanahair kita ini mutakhir ini dapat kita simpulkan adalah amat menjijikan dan penuh dengan kepalsuan demi memuaskan hawa nafsu pelbagai pihak yang bersekongkol untuk merebut kelebihan berkuasa tanpa hala tuju, cita-cita, aspirasi yang jitu hanya membawa kepada kerosakan yang akan menjadi barah dalam negara kita yang akan menjangkit pelbagai sektor kehidupan, masyarakat, struktur organisasi yang seterusnya akan mempengaruhi cara kita membuat keputusan dan menjalankan kehidupan seharian kita dulu, kini dan selama-lamanya hingga menjadi budaya dan meruntuhkan negara kita dengan ke arah "low class mentality country" dan pelbagai lagi penghinaan dasyat dan jijik dan kecelakaan yang besar.
BTW Pak kadir,
ada pihak yang cuba menganggu gugat kehidupan Pak Kadir ker?? Walaubagaimanapun, saya harap Pak Kadir sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt..
sekian, terima kasih.

Bijan said...

Tok Dir,fb dah tutup ke?

Nurrul Nadrah Md Yusof said...

Oiii.. Agak laa pun nak cakap.. Apsal x allow komen?

Unknown said...

Dia punya semangat macam pakar 🐒🐒

Idham said...

Semoga semua akan terzahir didunia

noris171 said...

dah takdak org nak komen pak kadir..depa takut serangan dron CIA..🤣🤣🤣

A KADIR JASIN said...

Assamualaikum, salam sejahtera.

Status Facebook saya tak padam. Ada lagi.

Cuma oleh sebab banyak sangat hamba abdi Najib masuk cari makan dengan fitnah, makian dan carutan, saya buka Facebook saya kepada "Friends" saja.

Saya cadangkan mereka yang tidak lagi boleh akses Facebook saya, supaya masuk Facebook Najib.

Terima kasih

Unknown said...

Call it branding but i aint gonna let tony pua screw our malays via kesas highway deal or gamuda or income taxes collection

Unknown said...

Dahtua pun bodoh

..... said...

eh ingat pejuang sgt, hadap la semua kecaman

atiefs said...

Pak Kadir kini hanya mampu menulis untuk kawan² FB yang terhad jumlahnya..

Inilah dia bekas Ketua Pengarang yang sudah tidak mampu berhadapan dengan komen dan reaksi spontan masyarakat umum terhadap tulisannya..

Semuanya gara-gara sebiji bom oleh Najib sebagai tindakbalas terhadap ribuan bom untuk dirinya..

Kalau saya anak Pak Kadir, saya akan kata, "ayah.. cukuplah.. dok rehat baik² di rumah.. bagi orang muda² pulak.."

Unknown said...

Pak Kadiaq bila nak start buat kelas saham.... Saya nak joint... 🙋‍♂️

- Jep Sepah3 -

Unknown said...

Bila izrail datang memanggil..
Jasad terkubur di pembaringan.

tunfatimah said...

Waalaikummusalam Pak Kadir

Celupar mulut Pak Kadir. Hamba abdi najib? Marah betul Pak Kadir? Saya pun teringin hendak marah Pak Kadir .Tapi, saya tidak jumpa perkataan yang sesuai. Lagipun, kata2 kesat Pak Kadir mungkin disebabkan peningkatan umur dan kekecewaan tersendiri Pak Kadir.

p/s Boleh tunjukkan saya kaunter cari makan kelolaan najib?

Noraschid said...

Kat sini, pun tentera bawang akan datang, nak tanya mana pengkalan drone terdekat??

Unknown said...

Assalam Dato' penasihat Tun M,

Sudi-sudilah jengok channel Prihatin TV dan tengok komen2 di bawah tajuk berikut;

1. DADDY SAYS OKAY BOBOI AS DPM II
https://youtu.be/6lb74WPG8XA

2. SIAPA PENGKHIANAT SIAPA PENYELAMAT?
https://youtu.be/sL7JoKiKHfQ

3. TUN M TULIS MELAYU BACUL SEBAB TAKUTKAN DAP..
KAMI KATA : BIARLAH JADI MELAYU BACUL DARI MELIHAT MELAYU DIBAKULKAN..
https://youtu.be/9ISR2yHfU-U

Lihat sendiri statistik prestasi budak2 DAP dari PRU 2 HINGGA 14 dan fikir2kanlah wahai Melayuku!

Anees Khan said...

Salam DAKJ, semoga setiap caci maki kepada Datuk itu ditukar kepada pahala yang besar kepada Datuk.

Saya bukan bertujuan memuji tetapi saya rasa Datuk adalah salah seorang 'wira tak didendang' dalam negara. sesungguhnya Allah SWT sahajalah yang Maha Mengetahui.

Abitpusher said...

Teruk pak kadir kena hentam dengan bossku lately ni. Huhu.

Unknown said...

Salam mesra...nampaknya ada yg terkesan dgn pendedahan2 salah laku mereka...tetiba semua dtg 'attack'....tahniah Dato,..surely 'the pen is mightier than d sword'...

Mcm cacing kepanasan depa...hahahaha..

Unknown said...

ANWAR CHECKMATE TUN M?
https://youtu.be/fsKgKkZV9IM
TUN M HANYA TERSENYUM - ANWAR JANGAN YAKIN SANGAT!

Unknown said...

Assalam DKJ..
Kenapa hantaran kami masih tidak dapat kelulusan tuan ya? Sudahkah tuan layari youtube channel kami dan nilaikanlah sendiri isinya.. kenapa perlu gusar dengan pendapat ikhlas kami ya?

Semoga boleh dipertimbangkan semula kelulusan memasuki blog tuan.

Terima kasih.

cikminah said...

Mengapa pencaci semua suka sangat memaki hamun dan menyerang pribadi orang, langsung tidak hormat pandangan berbeza...?
Mereka anggap semua pandangan berbeza sebagai FITNAH dan CACIAN. Hanya pandangan mereka sahaja yg betul. Inikah cara mereka untuk menarik sokongan pengundi atas pagar....???

wansee c said...

Happy 95th Birthday Day, Tun! May you be always protected and blessed. Looking forward to see you bring forth the no confidence motion and retell the story in your memoirs "A Doctor In The House" from page 684 to 698. It is time to let the younger generation to learn more about the very 'hero' in that specific chapter. Long Live Tun!

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).