Sunday, January 03, 2021

Mengharapkan Annus Mirabilis 2021

 A Kadir Jasin 

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 

Lapan puluh peratus rakyat  dijanjikan vaksin

1. Tidak syak lagi,  tahun 2020 yang baru tiga hari berlalu adalah "annus horribilis" dalam sejarah dunia pasca-Perang Dunia Kedua.

 

2. Dalam bahasa Latin is bermaksud tahun yang teruk atau celaka. Tidak ada yang lebih teruk dan tragis bagi tahun 2020 daripada wabak besar Covid-19.

 

3. Setelah lebih sedikit setahun dunia bertarung dengan pandemik ini barulah nampak cahaya di hujung terowong dengan penemuan penawar untuknya. Sehingga 31 Disember lalu, lebih 7.2 juta kes telah dilaporkan di seluruh dunia dengan 411,000 kematian. Maksudnya dalam 5 atau 6 orang mati bagi setiap 100 yang dijangkiti.

 

4. Sehingga 1 Januari 2021, negara kita telah mencatatkan 115,078 kes dengan 474 kematian atau 2.42 kematian dalam setiap 100 jangkitan. Syabas dan terima kasih tidak terhingga kepada setiap petugas barisan hadapan, khususnya kakitangan perubatan.

 

5. Maka dengan menadah tangan ke langit, kita memohon kepada Tuhan agar tahun baru 2021 ini akan menjadi tahun "annus mirabilis" - tahun sejahtera.

 

6. Insya Allah jika wabak rasuah tidak menjangkiti usaha mengawal dan seterusnya menyekat pandemik ini, 80 peratus rakyat Malaysia akan mendapat suntikan vaksin mencegah virus Corona baru tidak lama lagi. Ada laporan mengatakan seawal bulan depan.

 

7. Vaksin adalah ubat pencegah jangkitan yang mengandungi bahagian yang lemah atau tidak aktif sesuatu organisme (antigen). Fungsinya adalah menggerakkan sistem pertahanan badan apabila berlaku serangan.

 

8. Vaksin terbaru, termasuk untuk Covid-19, mengandungi "blueprint" bagi menggalakkan (atau mengajar) badan penerima menghasilkan antigen sendiri bagi melawan jangkitan. Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan antigen sebagai bahan (protein atau toksin) yang merangsang pembentukan atau pengeluaran antibodi. Antibodi adalah kemampuan badan mempertahankan diri daripada serangan penyakit. 

 

9. Maka sekali lagi kita menadah tangan ke langit memohon kepada Tuhan agar cakap-cakap mengenai rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pencarian keuntungan melampau dalam pembelian vaksin Covid-19 ini adalah khabar angin semata-mata.

 

10. Tetapi secara peribadi saya memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar membuka mata kerana belanja lebih RM2 bilion bagi membeli vaksin itu boleh menyebabkan ramai dewa, dewi dan manusia biasa gelap mata.

 

11. Pada 28 Disember, Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah, dilaporkan berkata Malaysia membayar RM2.05 bilion untuk membeli 26.5 juta dos vaksin Covid-19.

 

12. Tapi tugas dan tanggungjawab kita bukan sekadar menangani pandemik Covid-19 tetapi juga ekonomi dan politik yang juga dalam kegawatan. Ekonomi akan pulih seiring dengan kejayaan mengawal Covid-19 tetapi kemelut politik lebih sukar untuk diatasi.

 

Sekian. Terima kasih.

 

3 comments:

OKJ said...

Salam Dato’

Covid, ekonomi dan politik

Saya juga mengharapkan tahun 2021 akan menjadi lebih baik. Dan Alhamdulillah, Menteri Kesihatan kita kata akan ada sejuta vaksin dr Pfizer pada bulan depan utk front liners dulu. Macamtulah sepatutnya keputusan kerajaan, kena cepat bukannya terhegeh hegeh nak tunggu tunggu lagi.

InsyaAllah, bila wabak Covid 19 berakhir, ekonomi Malaysia akan berkembang maju semula. Sekolah, university, tourism akan berjalan seperti biasa. Cuma industry penerbanagan rasanya akan terjejas lagi sehingga tahun hadapan. Orang masih lagi takut nak naik kapal terbang. Saya sendiri pun takut lagi nak naik kapal terbang. Hehehe…….

Tentang politik pulak, saya rasa ianya akan lebih straight forward apabila parlimen dibubarkan pada Mac 2021 dan PRU pada May 2021 nanti sebelum parlimen bersidang. Majority ahli UMNO nakkan UMNO, PAS dan Bersatu Bersama GPS akan terus bergabung dan memenangi lebih 2/3 kerusi parlimen. Maka terbentuklah kerajaan orang Melayu Islam. Cuma pemimpin2 yg bermasalah saja yg cuba nak sabotaj utk selamatkan diri sendiri macam sekarang. Biasalah tu, asam garam kehidupan.

Parti parti serpihan seperti Pejuang, Muda dan Amanah akan lenyap ditalkinkan. Tun Mahathir sebaiknya tidak bertanding lagi sebab kemungkinan beliau akan kalah dikawasan yg ditandinginya. Dato Mukhriz juga akan kalah dan tamatlah legasi Tun Mahathir di arena politik tanah air. Tg Razaleigh pun namanya akan tercicir sebab kesilapan beliau sendiri baru baru ini. Dato Najib, Dato Zahid, Ahmad Maslan, Ku Nan, Shahril Samat, nama nama ini pun akan tercicir juga rasanya sebab masalah turun naik court.

Cuma siapa yg sepatutnya menjadi PM ke 9 nanti. Saya rasa TSMY dah tak boleh sebab gagal dalam menangani masalah politik dan ekonomi Malaysia tahun 2020. Kacau bilau jadinya. Azmin Ali juga tak boleh sebab tahu tahu jelah. Saya rasa Tok Mat (Bekas MB N9) paling sesuai sebeb beliau dari pari terkuat iaitu UMNO dan juga beliau Timb presiden UMNO, berpengalaman mentadbir N9. Jatuhnya N9 pada PRU 14 dulu bukannya salah beliau semata mata. Jadi eloklah kita berikan kepadanya peluang kedua. Saya tengok semangat kemelayuannya juga amat tinggi sekali.

TPM pula rasanya eloklah diberikan kepada YB Takiyuddin Hasan dari PAS. Beliau ni bijak orangnya, alim dan petah berkata kata serta tiada apa-apa skandal pun selama ini.

Eh!!! Panjang pulak saya bercerita ni. TQ Dato’ sebab dah start tulis balik dalam blog Dato’ ye.

OKJ said...

Salam Dato Kadir

UMNO minta nyawa dari PAS. UMNO oh UMNO !!!!

Kenapa Dato’ tak sirakan komen pembahas sejak akhir akhir ini. Kalau Dato’ tak nak siarkan, tutup jelah ruang komen tu supaya pembaca semua tahu. Ataupun, Dato’ tulis balik dalam Facebook jelah semula ye.

Semalam, keputusan MKT UMNO memutuskan utk menarik diri dari PN. Tapi mereka pun takut juga sebenarnya, minta PAU utk endorsekan dan minta nyawa dari PAS bersama mereka. Kikiki……… Mereka sebenarnya tahu kalau PAS tak sokong, habislah UMNO pada PRU 15 nanti.

Walaupun saya ahli UMNO, saya merasakan eloklah PAS jangan layan pemimpin UMNO yg sebok nak isi tembolok mereka sendiri je. Berebut tempat bertanding dgn Bersatu. Ttg rakyat ke, Covid ke, Ekonomi ke, mereka peduli apa. Tak guna punya pemimpin UMNO yg macam ni.

Dah masanya PAS memainkan peranan besar dalam situasi sekarang. Eloklah PAS buat syarat jika UMNO tak join PN, PAS tak join MN. Jangan takut PAS. Pemimpin UMNO ni sebenarnya penakut, mereka takut kehilangan kuasa mereka jika UMNO kalah PRU 15 nanti. Silap silap lebih ramai lagi naik turun court. Dan mereka tahu jika tiada sokongan PAS, mereka akan kalah dalam PRU nanti. Dah sampai masanya, pemimpin UMNO dibersihkan dan diganti dgn pemimpin yg betul betul nak bekerja untuk rakyat.

Akhir kata, dato’ siarkanlah komen-komen dlm blog Dato ni ye. Barulah tahu apakah sebenarnya denyut nadi rakyat di luar sana. Sekian TQ.

Faqqirulkhoir said...

Kadiag, assalaa mu 'alaikum,
Lega aku hang balik ke blog hang ni... sikit2 bulih aku tumpang sekaki....
Ni pasai tahun 'malapetaka' atau tahun malang 2020 yg hang coret tu, buat aku
teringat pd
Surah Al-'Asr - سورة العصر yg maksod dia lebih korang lagu ni :
Bismillah
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal solih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan haq serta berpesan-pesan dengan sobar.

Tahun tu malang atau sebaliknya banyak begantung kpd kita maknusia. Maka tu kita kena teruih beriman kpd Allah dan ber'amal dgn yg baik2 dan pesan bepesan atau tegog menegog dgn kebenaran atau yg haq dan dgn sobag. Maghap no.
Aku

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).