Friday, January 30, 2009

Sukan: Jaguh Kampung, Jaguh Dunia

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[UPDATE, 31 Januari]

DALAM kita berbincang mengenai ketidaktentuan hala tuju sukan negara dan kontroversi yang sering melandanya, izinkan saya mensemasakan berita mengenai projek KLIA EAST@Labu yang tidak kurang kontroversinya itu.

Menurut Malaysiakini, projek RM1.6 bilion itu nampaknya telah digugurkan berikutan pertemuan di antara Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Mohd Najib Abdul Razak, dengan pencadangnya iaitu Sime Darby Berhad dan AirAsia Berhad.

Memetik sumber-sumber, portal berita bebas itu berkata, sebaliknya Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), pemilik dan pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), telah diberikan keizinan untuk meneruskan rancangan asal membina terminal tambang murah (LCCT) baru di KLIA.

Tetapi Bernama memetik Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat, semalam sebagai berkata keputusan mengenai cadangan itu akan diketahui dua atau tingga minggu lagi.

Apapun, rancangan Sime Darby dan AirAsia itu mendapat tentangan hebat daripada orang ramai dan MAHB yang melihatnya sebagai persaingan yang merugikan kerana masih banyak kemudahan di lapangan terbang itu belum digunakan sepenuhnya.

Inilah cagangan kedua Sime Darby yang dibatalkan akibat tentangan hebat masyarakat. Yang pertama adalah cadangannya mengambil alih Institut Jantung Negara (IJN). Reaksi negatif dan pembatalan dua cadangan ini pasti menjejas imej dan perancangan perniagaan Sime Darby.

Ini menimbulkan tanda tanya mengenai keberkesanan serta ketelusan pengurusan syarikat gergasi itu yang terbentuk hasil penggabungan tiga syarikat perladangan milik Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu Sime Darby, Golden Hope Plantations dan Kumpulan Guthrie dua tahun lalu.

[Posting Asal]

PEMBAHAS Sinbad kata dia tengok saya dalam Astro bercakap fasal sukan. Itu rancangan lama. Saya dan tiga ahli penal lain berbincang tajuk “Jaguh Kampung, Jaguh Dunia.”

Saudara Sinbad minta saya ulas fasal sukan. Saya tak pandai sukan. Dan saya pun bukan jenis yang kuat bersukan. Not the athletic type, kata orang putih.

Masa kanak-kanak ada kawan-kawan yang kata saya “ponen”. Tapi saya main juga bola sepak, sole, randas (rounders) dan sepak raga dengan budak-budak pondok berdekatan rumah saya.

Daripada dulu hingga sekarang saya suka berkebun. Itulah bentuk senaman yang saya buat hampir setiap hari. Saya berkebun bunga dan sayur-sayuran. Kalau memelihara ikan dan memancing boleh dianggap bersenam, saya bersenamlah seadanya.

Masa kanak-kanak dan waktu sekolah menanglah kita minat bola. Kita semua nak jadi (Datuk) Abdul Ghani Minhat, Raja Bola yang mengharumkan nama Malaysia dalam arena bola sepak Asia pada tahun 1950-an hingga penghujung 1960-an.

Waktu itu pasukan bola Malaysia hebat. Selalu di tempat teratas dalam carta bola sepak Asia. Selalu johan Merdeka Cup.

Setiap kampung ada pasukan bola. Padang bola dengan padang ragut sama. Tiang gol kita buat daripada buluh. Pada musim kemarau kita main bola dalam bendang yang kering kontang. Kita tak pakai kasut dan selalu “aim” betis kering lawan.

Budak-budak kampung waktu itu kurus dan renjong sebab makan ala kadar dan sering diserang bermacam-macam penyakit macam demam kura (malaria), lelah dan jangkitan pelbagai jenis cacing sehingga boroi perut. Kudis buta, kurap, panau, hingus dan telinga bernanah perkara biasa.

Tetapi yang selamat dan tak mati selalunya menjadi kuat, tahan lasak dan gigih – kuat bersawah, kuat menternak kerbau lembu dan kuat bersukan. Ada juga yang berjaya menjadi orang profesional.

Malangnya selepas menikmati kesenangan hasil kemajuan ekonomi, ramai kawan-kawan saya yang satu sekolah dengan saya di Sekolah Melayu Pendang, di Saint Michael School dan Maktab Sultan Abdul Hamid di Alor Star kena kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Ramai sudah meninggal dunia atau kena potong sana sini.

Waktu itu kita main bola kerana minat dan kerana hendak naikkan nama kampung. Setiap kampung ada youth club, ada pasukan bola dan ada gelanggang silat.

Di Kedah, jaguh dan juara bola selalunya pasukan estet macam Harvard Estate dan Sungai Tok Pawang Estate.

Sekarang kampung tak ada padang bola lagi. Kalau ada pun ditumbuhi rumput dan lalang. Padang ragut sudah dipugar menjadi sawah atau kampung. Ada tidak pun padang sekolah dan padang di kompleks sukan daerah.

Banyak punca dan situasi yang menyebabkan mutu dan pencapaian sukan negara semakin hari semakin meragukan.

Mungkin kita boleh mempertimbangkan fakta dan faktor berikut:-

1. Sistem pendidikan yang terlampau mengutamakan peperiksaan dan pencapaian akademik;

2. Kedudukan dan keutamaan sukan yang sekadar melepas batuk di tangga dalam sistem kokurikulum;

3. Sistem persekolahan yang tidak memberi pengiktirafan yang secukupnya kepada kebolehan dan bakat istimewa (special skills and talents) murid;

4. Kegiatan sukan terlalu kerap dilanda kemelut politik, sama ada politik persatuan atau campur tangan parti-parti politik;

5. Sukan terlalu bergantung kepada naungan dan bantuan kewangan daripada kerajaan;

6. Ini memberikan alasan kepada kerajaan dan parti-parti politik masuk campur dalam pentadbiran dan urusan badan-badan dan pasukan-pasukan sukan;

7. Boleh dikatakan hampir semua badan sukan utama dipimpin atau dinaungi oleh orang politik atau isteri, anak dan menantu mereka;

8. Kerana pendedahan yang kurang profesional dan mirip kepada sensasi oleh media massa, khas televisyen, ahli sukan kita mudah dirosakkan oleh kemasyhuran, glamour, sanjungan dan kekayaan;

9. Peranan media massa, khasnya TV, adalah penting untuk memberikan galakan kepada ahli sukan dan untuk menjana penajaan dan pengiklanan;

10. Tetapi liputan yang terlalu mengutamakan aspek-aspek sensasi seperti kisah peribadi, gaya hidup dan pendapatan ahli sukan kerap menimbulkan kesan negatif;

11. Sistem pendidikan dan latihan sukan tidak memberi perhatian yang secukupnya kepada aspek-aspek saintifik seperti psikologi, perubatan dan pemakanan menyebabkan ahli sukan kita kurang kekuatan fizikal dan ketahanan mental; dan

12. Pasaran sukan kita tidak cukup besar dan kuat di segi kewangan untuk menampung sukan profesional kecuali bagi sukan massa seperti bola sepak.

Sukar membuat ramalan mengenai hala tuju dan prestasi sukan negara buat beberapa waktu akan datang.

Apa yang terpaksa diterima adalah hakikat bahawa Malaysia adalah antara negara paling terkebelakang dalam carta sukan antarabangsa berbanding bilangan penduduk dan taraf ekonomi.

Pada sukan Olimpik Beijing tahun lalu, Malaysia dengan penduduk seramai 24 juta hanya memperoleh satu pingat perak dan menduduki tempat ke-74.

Bandingkan dengan Jamaica dengan penduduk 2.8 juta dan lebih miskin daripada negara kita menduduki tempat ke-13 dengan enam emas, tiga perak dan dua gangsa.

Ini sekali gus menjadikannya negara membangun paling berjaya di Sukan Olimpik.

Kita boleh belajar sesuatu daripada Jamaica yang pada Olimpik lalu mempersembahkan kepada dunia pelari sensasi, Hussain (Ussain) Bolt dan sebelum itu Merlene Joyce Ottey.

Dan siapa tidak kenal “No Woman, No Cry” Bob Marley?

Tuesday, January 27, 2009

Lompat Katak, Ikan Karing dan Cerut Seratus Ringgit


A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PEMBAHAS “Hang Jebat” menghantar komen ringkas berbunyi: “Dah lama Datuk tak sembang sikit tentang kopi tiam, teh si kosong, capati dan ulam-ulam..”

Terima kasih kepada Sdr Hang Jebat dan semua pembahas, followers (pengikut) dan pembaca blog.

Baiklah, kita tinggalkan sebentar para pembesar politik kita dalam dunia mereka yang penuh muslihat dan tipu helah dengan harapan mereka memikirkan harga diri dan mandat yang kita bagi sebelum mereka lompat melompat macam katak mengawan pada malam berhujan.

Kalau nak melompat juga kerana kecewa atau hendak kaya, silalah kosongkan kerusi dan kembalikan mandat kepada rakyat. Hormatilah proses pilihan raya. Jangan jadi hantu raya dan manusia haloba.

Kalau Umno dikatakan busuk, janganlah pula parti-parti pembangkang dan penyokong mereka, khasnya PKR, yang membuat tuduhan itu menjadi hapak dan masam semata-mata kerana mereka dulu dari Umno. Jangan jadi 2x5.

Terima kasih kerana semakin kurang pembahas yang menghantar ulasan menggunakan pengenalan “anonymous” tanpa nama. Komen menggunakan “anonymous’ sahaja tetap tidak akan dilayan.

Secara kebetulan, kedai kopi kegemaran saya bernama Killiney Kopitiam di Damansara Uptown tutup dua hari kerana Tahun Baru Cina.

Jadi pagi Isnin saya sarapan di Kanna Curry House, Seksyen 17, Petaling Jaya. Sebelah petang saya pergi ke Curve, juga di Damansara, kerana di situ ada beberapa buah kopitiam – ketagih teh si kosong (teh susu cair tidak manis tanpa gula).

Saya berhenti makan gula dan minum kopi sudah lebih 30 tahun. Bukan kerana kesihatan tetapi tiba-tiba pada suatu hari teh tanpa gula rasa lebih sedap dan susu tidak manis rasa lebih lazat. Cuba try!

Saya memang kaki kedai kopi. Saya hampir-hampir tidak pernah sarapan di rumah. Pagi saja saya angkut keluarga ke kedai kopi.

Asal usulnya tok wan (nenek lelaki) saya. Boleh kata setiap hari tak bersekolah, dia bawa saya ke kedai kopi Mamak atau Cina di pekan kecil Tanah Merah, Pendang, Kedah untuk minum teh dan makan roti canai, roti Benggali atau mi rebus kuah sotong kering.

Selain Killiney Kopitiam, Kanna dan Raju di Jalan Chantek off Jalan Gasing, ada beberapa buah lagi kedai kopi yang kerap saya kunjungi di sekitar PJ, Subang Jaya dan Kelana Jaya.

Ada milik Melayu, ada milik Cina, ada milik India Muslim dan ada milik India Hindu. Inilah kepelbagaian Malaysia yang tidak siapa pun pertikai dan yang saya rindukan setiap kali saya ke luar negara.

Ini pun sebahagian daripada kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Penduduk Malaysia pelbagai bangsa sudah mula berniaga. Kalau dulu boleh kata semuanya Cina. Bila Tahun Baru Cina, makan sardin dengan ikan keringlah kita. Semua kedai dan pasar tutup.

Oh ya, kalau ke Terengganu, saya mesti singgah di Hai Peng di Kemaman (Kemamang, kata orang Terengganu). Roti bakar dan nasi dagangnya nombor satu.

Orang Terengganu dengan orang Kedah memang “tak boleh setuju”. Di Kedah, banyak perkataan yang berakhir dengan “ng” disudahi dengan “n” sahaja. Maka kucing jadi kucin, pening jadi penin dan kuning jadi kunin.

Sebaliknya di Terengganu, banyak perkataan berakhir dengan “n” disudahi dengan “ng”. Maka makan jadi makang, ikan jadi ikang dan jalan jadi jalang.

Saya ada satu penjelasan saja. Zaman dulu kala orang Terengganu langgar Kedah dan rampas huruf “g” dan bawa balik ke Terengganu. Sebab itulah Kedah kurang “g” dan Terengganu lebih “g”.

Apa kata sahabat saya (Datuk Haji) Manja Ismail profesional, orang kuat Berita Harian dari Terengganu? Mungkin BH boleh buat penyelidikan terperinci macam mana pusing jadi pusin di Kedah dan makan jadi makang di Terengganu.

Apa pun, nasi dagang Terengganu memang sedap – A1. Dan ketika pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini, saya dapati ada beberapa kedai dan gerai yang roti canainya sangat bagus – tidak manis dan tidak dibanjiri minyak. Sambal bilisnya terasa syurga.

Semasa di KT saya dan blogger Pahit Manis tinggal di sebuah rumah kampung milik seorang kawan di pinggir pantai di Batu Rakit.

Derai ombak pecah di pantai dan desir angin membelai daun nyior melegakan lara, meringankan tekanan jiwa dan membawa kembali kenangan lama.

Satu saja yang mendukacitakan saya. Pantainya dinodai sampah sarap yang dilambakkan oleh ombak. Apabila saya baca tulisan pada botol-botol dan kotak plastik yang terdampar, saya dapati labelnya dalam bahasa Vietnam.

Apakah ini bermakna sampah sarap dari Vietnam dihanyutkan ombak ke pantai Terengganu atau dicampakkan ke laut oleh kapal nelayan dari negara tersebut?

Alangkah eloknya jika pihak berkuasa mengambil sedikit daya usaha membersihkan pantai yang indah itu?

Pejabat Pelajaran Negeri atau Daerah boleh menjadikan pembersihan pantai sebagai kegiatan kokurikulum yang berterusan.

Saya yakin murid-murid suka dan memberi kesedaran jangka panjang mengenai kebersihan dan alam sekitar serta ilmu kelautan.

Zaman saya bersekolah dulu, membersihkan alam sekitar adalah kegiatan luar bilik darjah dan aktiviti cuti sekolah, sama ada sebagai kegiatan sukarela atau kerana menjalani hukuman.

Di Sekolah Menengah Saint Michael di Alor Setar pada pertengahan tahun 1960-an saya dihukum mencuci tandas dan padang perbarisan selama dua minggu kerana gagal ujian Ilmu Hisab (kini Matematik) tiga kali berturut-turut.

Pada musim kemarau, kami bergotong-royong membersihkan paya nipah dan menerung (sejenis rumput) di belakang sekolah kami. Sambil-sambil itu kami mencari ikan karing (labeobarbus tambra). Orang Kedah kata ikan karim.

Sekarang tidak ramai lagi kanak-kanak yang gemarkan kegiatan outdoor (luar rumah) seperti menangkap ikan karing, ikan sepila (sepilai, kata orang Kedah) dan menjerat burung pipit, murai, merbah, merbuk, tekukur dan ruak-ruak.

Kini mereka menonton TV yang sarat dengan program yang mengkhayalkan dan mendangkalkan minda. Mereka main computer game – ada juga yang memberi ilmu -- melepak di kompleks beli-belah.

Kalau mahu memelihara ikan atau burung mereka ke kedai membelinya. Dulu kita tangkap sendiri kerana ibu bapa miskin. Pada musim-musim tertentu, seperti banjir (bah kata orang Kedah) atau kemarau panjang, nak makan pun tak cukup.

Makan ubi kayu rebus atau nasi berlaukkan sepat kering adalah perkara biasa. Sekarang nak “boycott” McDonald, KFC dan Pizza Hut kerana marahkan Amerika dan Israel pun susah sebab anak-anak asyik tanya dan kita sendiri ketagih.

Tapi saya bertuah kerana tok wan saya pandai memasak. Dia sering menjadi ketua “gedehok” yang tugasnya memasak di majlis kenduri kahwin.

Sebagai ketua tukang masak dia mendapat keistimewaan –daging batang pinang, hati, paru-paru, jantung dan lidah – yang dibakar dan dicicah air asam. Kami tumpang sekaki.

Untuk upahan dia mendapat sedikit duit, gula, kopi, teh, kuih-muih, tembakau dan paling istimewa rokok kegemarannya, Rough Rider buatan W.D. & H.O. Wills dari England.

Walaupun tok wan saya sudah lama meninggal dan saya tidak merokok, namun saya menyimpan sekotak rokok Rough Rider di pejabat saya sebagai kenang-kenangan.

Hari ini rokok Rough Rider tak ada lagi. Sekarang, khabarnya, orang muda kita yang berkelulusan tinggi dari universiti “ivy league” di luar negara hisap cerut import RM100 sebatang.

Friday, January 23, 2009

Umno: Antara Kelangsungan dan Kepupusan

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 25 Januari]

PERKHIDMATAN sistem pesanan ringkas (SMS) The Star melaporkan yang Ahli Dewan Undangan Barisan Nasional bagi kerusi Bota di Perak, Nasarudin Hashim, telah keluar Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Dengan tindakan Nasarudin itu, perwakilan BN dalam DUN Perak jatuh kepada 27 manakala perwakilan Pakatan Rakyat naik kepada 32.

Sekiranya berita The Star itu sah, saya, secara peribadi, berasa adalah lebih elok, lebih sopan, lebih berprinsip dan lebih demokratik jika Nasarudin mengosongkan kerusi Bota supaya pemilih boleh menentukan sekali lagi parti mana mereka mahu.

Perbuatan melompat parti, tidak kira ke parti mana, adalah perbuatan keji, tidak berprinsip dan tidak demokratik. Ia mengkhianati pilihan majoriti.

Pada Pilihan Raya Umum Mac 8, 2008 lalu, jelas pemilih mahukan BN apabila mereka memberikan Nasarudin 6,556 undi berbanding 4,488 undi kepada calon PKR Kapten (Bersara) Usaili bin Alias.

[Posting Asal]

SAYA mulakan posting kali ini dengan mengucapkan terima kasih kepada pembahas, pengikut (followers) dan pembaca blog ini.

Setakat ini, “followers” sudah berjumlah 218 sejak ciri pengikut ini diperkenalkan oleh Blogger.Com beberapa bulan lalu. Terima kasih kepada para “followers” kerana memilih dan membuat pautan (link) kepada blog kita ini.

Namun saya dukacita kerana masih ada pembahas yang menghantar ulasan menggunakan pengenalan “anonymous” tanpa sebarang nama di hujungnya.

Kalau pembahas terpaksa menggunakan “anonymous” tolonglah beri pengenalan -- samaran pun tak mengapa -- di hujung komen.

Ini akan memudahkan saya membezakan antara seorang pembahas “anonymous” dengan pembahas “anonymous” yang lain.

Begitu juga masih ramai pembahas yang menghantar ulasan yang mengandungi unsur-unsur fitnah, tuduhan dan hasutan yang tidak membolehkan saya menyiarkannya tanpa risiko disaman atau dikenakan tindakan undang-undang.

Kali ini saya ingin mengambil sedikit ruang untuk membuat respons dan kesimpulan secara am kepada komen-komen yang disiarkan dalam blog ini mengenai Umno dan politik semasa.

Berikutan keputusan luar dugaan pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lalu dan keputusan dua pilihan raya kecil selepas itu –Permatang Pauh pada 26 Ogos, 2008 dan Kuala Terengganu pada 17 Januari lalu – ramai pembahas mencurigai kelangsungan (survival) Umno dan Barisan Nasional.

Ini tidaklah menghairankan kerana inilah prestasi terburuk Umno dan BN (dulu Perikatan) sejak pilihan raya umum 1969.

Lagipun saya tahu bahawa ramai pembaca dan pembahas blog ini bukan ahli atau penyokong Umno. Malah ramai adalah ahli dan penyokong parti-parti lawan Umno manakala yang lain tidak berparti atau berkecuali.

Tetapi di kalangan pembahas yang jelas ahli dan penyokong Umno pun ramai yang tidak berpuas hati dan marah dengan kepemimpinan (leadership) parti mereka sehingga ada yang tidak lagi yakin dengan kelangsungannya.

Namun saya memberanikan diri untuk menurunkan beberapa fakta sejarah dan semasa sambil bertanya beberapa soalan kerana pada pandangan saya, Umno masih jauh daripada fasa nazak.

Justeru itu, saya mengajak pembaca dan pembahas mempertimbangkan soalan, hujah dan persoalan berikut:-

1. Ketidakyakinan dan kemarahan bukan terhadap Umno sebagai wadah perjuangan tetapi kepada kepemimpinannya yang dianggap lemah, rasuah, angkuh dan mementingkan diri sendiri;

2. Perjuangan Umno untuk agama, bangsa dan negara tetap relevan selagi agama Islam dan bangsa Melayu penting kepada negara Malaysia;

3. Kematian Umno akan mengurangkan lagi kepelbagaian suara orang Melayu yang sudah pun lemah dan kacau berbanding kaum Cina dan India yang sangat mengutamakan kepelbagaian suara;

4. Lihat sajalah bagaimana kaum Cina menggalak dan mempertahankan kepelbagaian suara melalui pertubuhan politik, pendidikan, sosial, perniagaan, kebudayaan dan kesenian;

5. Lihatlah bagaimana orang India yang berupa kaum bukan Bumiputera yang terkecil di Malaysia berjaya menguasai pertubuhan-pertubuhan profesional, pergerakan buruh dan yang terbaru mempelopori pergerakan haram Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf);

6. Sekiranya Umno terkubur, adakah Pas mampu mengambil alih dan mengisi kekosongan yang ditinggalkannya itu?;

7. Ramai ahli dan penyokong Umno mungkin berpindah kepada Pas. Tetapi adakah mampu Pas mempertahan dan mengekalkan sifat, ciri dan tradisinya dengan kemasukan besar-besaran bekas ahli dan penyokong Umno?;

8. Adakah Pas akan terus menjadi parti yang padu, tidak mementingkan diri dan mesra rakyat apabila ia menjadi terlalu besar dan pelbagai dengan kemasukan bekas ahli dan penyokong Umno?;

9. Walaupun sejarah Pas bermula dengan Hizbul Muslimin pada tahun 1948, namun Pas dalam bentuknya sekarang adalah hasil daripada pemberontakan golongan ulama dan nasionalis-agama dalam Umno pada awal tahun 1950an;

10. Adakah Umno akan ditolak juga walaupun barisan kepemimpinan yang berwibawa dipilih pada pemilihan Majlis Tertingginya Mac ini?;

11. Atau adakah perwakilan Umno akan terus bebal dan bermata duitan dengan memilih calon-calon yang hambar, rasuah, rendah moral dan ketinggalan zaman?;

12. Adakah mereka akan memilih orang baik, orang mesra dan orang pemurah yang sering bertegur sapa dengan mereka, membawa mereka bercuti di luar negara, memberi mereka kontrak dan menganugerahkan mereka gelaran datuk?;

13. Adakah mereka akan memilih anak-menantu orang ternama kerana keturunan dan darah warna biru mereka atau mereka akan memilih calon yang berwibawa, berkebolehan dan bersih daripada rasuah tanpa mengira darah dan keturunan?;

14. Adakah kepemimpinan Umno pasca-Abdullah Ahmad Badawi akan mengembalikan kuasa dan penghormatan kepada ahli atau terus tunduk kepada broker kuasa ala Tingkat Empat?; dan

15. Setelah membuka pintu kuala atas nama kebertanggungjawaban, ketelusan, keterbukaan dan globalisasi, adakah Umno dan BN mampu membersihkan sampah sarap yang keluar masuk muara?

Jawapan kepada soalan dan persoalan di atas akan menentukan sama ada Umno terus kekal sebagai parti dominan politik Malaysia seperti yang diuar-uarkan oleh para pembesarnya atau hanyut dibawa arus perubahan seperti yang diramalkan oleh penentang-penentangnya.

Kita tidak perlu tunggu lama untuk memperoleh jawapan kepada sesetengah soalan dan persoalan ini. Kita hanya perlu menunggu hingga bulan Mac ini apabila Umno memilih barisan kepemimpinannya.

Pilihan yang betul boleh mengembalikan tuah dan pilihan yang silap akan membawa padah yang lebih parah.

Tuesday, January 20, 2009

Believe In Me: Barack Obama

A Kadir Jasin

[ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

TODAY, Jan. 20, Barack Obama will be sworn in as the 44th President of the United States of America, making him the first mixed parentage person to hold the post in 332 years.

He is half white and half black. His father was a Black African from Kenya and his mother a White woman from Kansas.

The 47-year old Obama won a landslide victory in the Nov. 4, 2008 presidential election, thanks in part to the unpopularity of the George W. Bush Republican presidency and the financial meltdown that occurred just months earlier.

Thus it’s both a boom and a bane for President Obama to take office at this critical juncture. He inherits a very sick US and global economy, and a string of disastrous foreign policy misadventures of his warlike predecessor.

So, what does his inauguration has in store for the US and world? A lot -- whether we like it or not. Briefly:

The economy

He has no choice but clear the mess created during the Bush two-term presidency. Just days ago he had asked the outgoing Bust Administration for the remaining $350 billion (RM1,260 billion) in the Wall Street rescue money.

So it can be expected that he will disburse the fund, which, hopefully, will send positive ripples around the globe. Even we in Malaysia need it given the state of economy and our stock market.

America and the world do buy we cannot sell, plain and simple. That an average of 6,000 American families are losing their homes everyday cannot be good news for us.

“I felt it would be irresponsible for me, with the first $350 billion already spent, to enter into a new administration without any potential ammunition should there be any potential emergency or weakening of the financial systems,” Obama said after meeting the visiting Mexican president, Felipe Calderon.

Obama’s Economic Policy Platorm

1. To restore fairness to the tax code and provide 95 percent of working Americans the tax relief they need. They will create a new "Making Work Pay" tax credit of up to $500 per person, or $1,000 per working family;

2. To provide tax relief for small businesses and startups. He promises to eliminate all capital gains taxes on startup and small businesses to encourage innovation and job creation; and

3. To Fight for fair trade. He promises to fight for a trade policy that opens up foreign markets to support good American jobs. They will use trade agreements to spread good labor and environmental standards around the world.

Foreign Policy

Obama’s foreign policy platform states, among other things, that:-

1. Secure loose nuclear materials from terrorists – Obama and Vice Presiden Joseph Robinette "Joe" Biden will secure all loose nuclear materials in the world within four years, and will negotiate a verifiable global ban on the production of new nuclear weapons material to curb the spread of nuclear weapons;

2. Pursue tough, direct diplomacy without preconditions to end the threat from Iran: Obama will present the Iranian regime with a clear choice. If Iran abandons its nuclear program and support for terrorism, they would offer incentives like membership in the World Trade Organization. If Iran continues its troubling behavior, Obama will step up our economic pressure and political isolation;

3. Renew American diplomacy: Obama will renew American diplomacy to meet the challenges of the 21st century. They will rebuild our alliances. And they would be willing to meet with all nations, friend and foe, to advance American interests.

On Israel

1. Ensure a Strong U.S.-Israel Partnership: Barack promises to strongly support the U.S.-Israel relationship, believe that our first and incontrovertible commitment in the Middle East must be to the security of Israel, America's strongest ally in the Middle East. They support this closeness, stating that that the United States would never distance itself from Israel;

2. Support Israel's Right to Self Defense: During the July 2006 Lebanon war, Barack Obama stood up strongly for Israel's right to defend itself from Hezbollah raids and rocket attacks, cosponsoring a Senate resolution against Iran and Syria's involvement in the war, and insisting that Israel should not be pressured into a ceasefire that did not deal with the threat of Hezbollah missiles. He believes strongly in Israel's right to protect its citizens; and

3. Support Foreign Assistance to Israel: Obama has consistently supported foreign assistance to Israel. They defend and support the annual foreign aid package that involves both military and economic assistance to Israel and have advocated increased foreign aid budgets to ensure that these funding priorities are met. They have called for continuing U.S. cooperation with Israel in the development of missile defense systems.

On Iraq

1. Obama will responsibly end the war in Iraq. Immediately upon taking office, Obama promises to give his Secretary of Defense and military commanders a new mission in Iraq: successfully ending the war. The removal of our troops will be responsible and phased;

2. Encourage political accommodation. Obama will press Iraq's leaders to take responsibility for their future and to substantially spend their oil revenues on their own reconstruction; and

3. Increase stability in Iraq and the region. Obama will launch an aggressive diplomatic effort to reach a comprehensive compact on the stability of Iraq and the region. They also will address Iraq's refugee crisis.

Trivia

The inauguration celebrations, how much will they cost?
The short answer, according to the US media reports, is more than $150 million (RM540 million) — the most expensive ever. (By comparison, George W. Bush's 2005 inauguration cost $42.3 million (RM152 million) and Bill Clinton managed with $33 million (RM119 million) in 1993.

And President Bush has to declare an emergency in Washington D.C. in order to supplement the $15-million (RM54 million) Congress has already allotted for security measures.

The reason? Obama received Secret Service protection very early in his presidential campaign and record crowds -- anywhere from 1.5 to 3 million -- are expected to converge on the US capital.

The Homeland Security Secretary, Michael Chertoff, to the Associated Press: “This will be the most security, as far as I'm aware, that any inauguration's had."

But at the end of the day, a US President is a US President. He will always be under the spell of the lobbyists, the big companies and, not to forget, the omnipresent and omnipotent Jewish-Israel lobby.

“I am asking you to believe. Not just in my ability to bring about change in Washington…. I’m asking you to believe in yours.” – Barack Obama.

PS: The information is mostly from Obama’s official website.

Sunday, January 18, 2009

Pengundi Masih Marah Kepada BN

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[Versi Yang Dirombak/Revised Version)

PADA hari Jumaat, 16 Januari, akhbar arus perdana Berita Harian menyiarkan tajuk berita berbunyi “Harapan BN Cerah” dan meramalkan parti kerajaan pusat itu akan mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Akhbar kembarnya, New Straits Times pula berkata : “Barisan Upbeat, Pas Edgy” (Barisan Yakin, Pas Gementar).

BH menokok tambah dengan menyiarkan temu ramah dengan Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak di mana Timbalan Presiden Umno itu menyangkal persamaan antara Kuala Terengganu dan Permatang Pauh.

Utusan Malaysia memilih tajuk berita yang lebih neutral berbunyi “Jangan Terpengaruh Serangan Peribadi” dan semalam (17 Januari) menyiarkan tajuk ringkas “Siapa Pilihan Pengundi?”

Ternyata sekali BH dan NST membuat ramalan yang songsang sama ada kerana maklumat dan perisikannya tidak tepat atau kerana mahu menjaga hati pihak-pihak tertentu.

Seperti umum sudah maklum BN gagal mempertahankan Kuala Terengganu malah telah kalah dengan teruk.

Calonnya, Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon Pas, Abdul Wahid Endut dengan 2,631 undi. Dia memperoleh 30,252 undi berbanding Abdul Wahid yang memperoleh 32,883 undi.

Pengundi Kuala Terengganu nampaknya tidak termakan janji melangit yang dibuat oleh Umno dan BN malahan ahli dan penyokong Umno sendiri nampaknya masih marah dan menyimpan dendam terhadap kepemimpinan parti mereka.

Kekalahan ini pastinyalah memberi kesan yang besar kepada BN dan Umno, khasnya kepada Mohd Najib yang menjadi kepala perang Umno dan BN walaupun beliau berkata kekalahan itu tidak bermakna pengundi menolak BN dan memberi undi tidak percaya kepadanya.

Kekalahan ini sedikit sebanyak membayangkan yang pengundi Kuala Terengganu belum bersedia untuk memberi “endorsement” kepada beliau atau kepada proses pemulihan Umno dan BN yang diuar-uarkan itu.

Bagi Umno dan BN, kegagalan mempertahankan Kuala Terengganu memberi gambaran bahawa penolakan terhadapnya semakin meluas sejak pilihan raya umum Mac lalu.

Ini tentunya akan menyukarkan lagi kedudukan Mohd Najib apabila beliau mengambil alih pemerintahan negara Mac ini.

Tetapi seandainya beliau faham sentimen pengundi dan bersedia membuat perubahan yang drastik ke atas Umno, BN dan kerajaan selepas mengambil alih pemerintahan beliau mungkin dapat meredakan kemarahan pengundi khasnya dan rakyat jelata amnya.

Kekalahan di Kuala Terengganu adalah sumpahan dan bala yang sangat besar kepada Umno dan BN kerana ia adalah kerusi BN dan terletak di dalam negeri yang memberi sokongan yang sangat kuat kepada BN pada pilihan raya umum Mac lalu.

Gagal menakluki semula Permatang Pauh Ogos lalu tidak teruk kerana ia kubu Anwar Ibrahim dan terletak di dalam negeri yang menolak BN pada pilihan raya umum lalu.

Sekiranya Umno dan BN gagal memahami sebab musabab kekalahannya di Kuala Terengganu dan mengambil tindakan mengatasi kesilapannya, tragedi yang sama akan menimpanya pada pilihan raya kecil yang lain dan, yang lebih mendesak, pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak tidak lama lagi.

Jelas daripada keputusan Kuala Terengganu bahawa pemilihan calon dan penanganan isu tempatan adalah kunci kejayaan dalam pilihan raya kecil.

Nyata andaian umum mengenai ketidaksuaian calon BN tetap apabila dia bukan sahaja gagal mempertahankan kerusi Kuala Terengganu sebaliknya kalah dengan teruk.

Janji pembangunan, penaburan wang dan kempen yang keterlaluan menyebabkan ramai pemilih berasa jijik. Begitu juga dengan peranan media massa arus perdana yang tidak berpijak kepada realiti apabila membuat laporan dan analisis menyokong Umno dan BN.

Boleh jadi juga pengundi masih belum puas hati dengan perubahan yang berlaku di Umno dan BN maka mereka terus menghukum Umno dan BN walaupun Abdullah sudah berjanji akan mengundurkan diri dan menyerahkan jawatan kepada Mohd Najib Mac ini.

Mungkin juga kaedah kempen “carpet bombing” oleh Umno dan BN, dan pergantungannya kepada jentera kerajaan, media massa arus perdana dan orang luar tidak lagi berkesan malah memualkan pemilih.

Kemenangan calon Pas membuktikan yang parti itu serta rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyatnya semakin kuat dan diyakini walaupun wujud perbezaan yang besar antara Pas dan DAP.

Apa pun, semua pihak wajib menerima pilihan yang dibuat oleh pengundi Kuala Terengganu itu.

To recap,

1. Umno and BN are not getting stronger, not yet;

2. The voters are yet to be fully convinced that they have changed;

3. Wan Ahmad Farid being the PM’s political secretary and is linked to Khairy Jamaluddin and 4th Floor was the wrong choice as a candidate;

4. Umno must be brave enough to acknowledge that Abdullah, Khairy, the 4th Floor Boys and some segments of the mainstream media are a liability during the by-election;

5. Mohd Najib is yet to sharpen his skills and be totally accepted as the anointed successor to Abdullah. He has own baggage that he needs to unload;

6. To make thing worse for Umno and the BN, Pas had successfully put up a much better candidate;

7. Umno and the BN have not changed their campaign tactics and styles. It's still the carpet bombing method;

8. The people are put off by the huge police presence and the presence of so many unfamiliar outside campaigners who are unfamiliar with KT;

9. The voters were put off by candidates of the Umno election this March using KT to “canvass” for votes or merely to show their faces to the party bosses;

10. Mixing local, national and international issues (Gaza) confused the voters;

11. Attempt to exploit the Hudud Law to pin down Pas and to stir up squabbles among PR parties backfired or had not affected the oppositions much;

12. The voters are getting more mature. They are not as easily spooked, intimidated and bribed;

13. They know now that the development money is their own money and are, therefore, entitled to it;

14. Mohd Najib, by not accepting defeat with humility, suggests the general arrogance of Umno and BN leaders and their inability to accept the fact that Umno and BN are no longer supreme;

15. Change or Umno and the BN will suffer further humiliation in the coming months and years, starting with the Sarawak state election;

16. For Umno, starts by firing those non-performing staff at its headquarters, remove those state liaison chiefs whose states fell to the opposition parties in the last general elections and not elect them to the Supreme Council in the March party election;

17. Come down from the high chairs. Stop from being treated like Kings, Lords and Masters. Sit on the plastic chairs with the rakyat and the voters. You are Wakil Rakyat. You are elected by them. You are not their Lords and Masters. They are, in fact, your Masters; and

18. They elected you. They never elected your spouses, your children, your sons- and daughters-in-law, your kins and clansmen.

Thank you and God bless.

Wednesday, January 14, 2009

Pengundi KT Mungkin Ulangi Kejutan

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[UPDATE, 16 Jan]

SEKADAR renungan. Berikut adalah tajuk berita akhbar arus perdana yang berkaitan Umno hari ini:-

Utusan Malaysia: Jangan Terpengaruh Serangan Peribadi

Berita Harian: Peluang BN Cerah

New Straits Times: Barisan Upbeat, Pas Edgy (Barisan Yakin, Pas Gementar).

[Original Posting]

SESIAPA sahaja yang berhasrat membuat ramalan mengenai keputusan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu Sabtu ini boleh melakukannya daripada dua sudut.

Pertama sudut sejarah dan kedua daripada perspektif semasa.

Kalau dilihat daripada sudut sejarah, pilihan raya kecil ini, sama dengan PRK sebelumnya – kecuali Permatang Pauh Ogos lalu -- memihak kepada Barisan Nasional.

Tetapi daripada perspektif semasa, Pas mempunyai harapan yang cukup cerah untuk merampas kerusi itu sekali lagi.

Kali terakhir Pas memenangi Kuala Terengganu adalah pada pilihan raya umum 1999 apabila calonnya, Dr Syed Azman Syed Ahmad, mengalahkan Allahyarham Abu Bakar Daud dengan kelebihan 14,132 undi.

Pada PRU itu juga BN kehilangan Negeri Terengganu kepada Pas. Penyingkiran Anwar Ibrahim dan protes terhadap Menteri Besar ketika itu, Wan Mokhtar Ahmad, adalah punca utama kekalahan BN.

Dalam enam PRU daripada PRU 1986, BN memenangi Kuala Terengganu sebanyak empat kali, Pas dan Parti Melayu Semangat 46 masing-masing sekali.

Populariti BN merudum antara PRU 2004 dan 2008. Dalam PRU 2004, Allahyarham Razali Ismail menang dengan kelebihan 1,933 undi. Dalam PRU 2008 dia menang dengan hanya 628 undi.

Sampai hari ini pun kemenangan Razali sering dikaitkan dengan personaliti beliau yang disenangi oleh pengundi.

Sekiranya BN gagal menyekat trend ini dan populariti calonnya, Wan Ahmad Farid Wan Salleh, tidak sehebat Razali atau calon Pas, Abdul Wahid Endut, maka harapannya mempertahankan Kuala Terengganu adalah tipis.

Jika hasil kajian pendapat oleh Merdeka Centre di kalangan 527 pemilih Kuala Terengganu antara 1 hingga 11 Januari boleh dijadikan panduan, maka BN terpaksa melakukan yang terbaik.
Dalam kajian itu, Merdeka Centre mendapati 46 peratus pemilih Melayu dan 56 peratus Cina bercadang mengundi pembangkang.

Walaupun “sampling” kajian itu kecil berbanding bilangan pemilih Kuala Terengganu seramai 80,000, namun ia memberi gambaran yang menarik mengenai kecenderungan pemilih, khasnya pemilih Cina.

Selama ini para pembesar Umno dan BN berulang kali menguar-uarkan pemilih Cina sebagai penentu kemenangan mereka. Dalam erti kata lain, BN mengharapkan majoriti pemilih Cina mengundinya.

Reaksi responden Cina itu cukup menarik kerana pemilih Cina lazimnya tidak menyatakan siapa atau parti mana yang akan mereka undi.

Hasil kajian Merdeka Centre itu juga mengesahkan tanggapan iaitu pemilih Melayu lebih mudah diyakinkan melalui kempen dan propaganda media massa daripada pemilih Cina, khasnya dalam isu ekonomi.

Manakala 70 peratus pemilih yang ditemu ramah oleh Merdeka Centre bersetuju bahawa keadaan di Terengganu dan di seluruh negara sedang bergerak ke arah yang betul, hanya 36 peratus pemulih Cina yang berpendapat begitu.

Ini tidak memeranjatkan kerana pemilih Cina yang tinggal dalam bandar dan terbabit dengan perniagaan umumnya lebih peka terhadap ekonomi dan kerana itu lebih kritikal di dalam membuat penilaian.

Apa pun, keputusan PRK Kuala Terengganu adalah cukup kritikal bagi BN dan Pas.

Bagi BN, khasnya Umno, kemenangan boleh dikira sebagai bukti keberkesanan proses pemulihannya dan sokongan (endorsement) kepada peralihan kuasa Mac ini.

Bagi Pas pula, kemenangan sekali gus mengesahkan bahawa ia boleh berjaya walaupun tanpa sokongan atau persetujuan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam isu-isu pokok seperti Negara Islam dan Hukum Hudud.

Malah pembabitan PKR dan DAP dalam PRK Kuala Terengganu dilihat sebagai membebankan Pas daripada membantunya.

Kesimpulannya, Kuala Terengganu boleh sekali lagi membuat kejutan kerana kejutan sudah sebati dengan pemilih kerusi Parlimen ini.

Mungkin tidak ramai tahu atau sudah lupa bahawa pemilih Kuala Terengganulah yang memberi kemenangan kepada Presiden Parti Negara, Allahyarham Datuk Onn Jaafar, dalam PRU 1959 dengan bantuan Pas.

Sunday, January 11, 2009

Palestin: Antara Emosi dan Realiti

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

RAMAI daripada kita sudah bersembahyang hajat, menunjuk perasaan, menderma, menulis puisi dan membuat deklarasi.

Semuanya atas nama kemanusiaan dan simpati dengan rakyat Palestin yang dibom, ditembak dan diletupkan. Berlinang dan bercurahanlah air mata kita.

Jadi pastinyalah kita marah kalau saya unjurkan bahawa perjuangan Palestin adalah perjuangan sia-sia, perjuangan yang kecewa dan perjuangan yang penuh pura-pura.

Pedih dan menyakitkan hati. Tetapi itulah realitinya sejak penubuhan negara Israel – Medinat Yisra’el – melalui rampasan ke atas British Mandated Palestine oleh pengganas Yahudi pada 14 Mei, 1948.

Sejak itu jugalah jentera propaganda dan peperangan Yahudi bekerja lebih masa mencuba menghalalkan rampasan mereka ke atas Palestin.

Pada mulanya mereka mendakwa kononnya mereka membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Inggeris dan Liga Bangsa-Bangsa.

Izinkan saya sedikit ruang dan masa untuk mengemukakan fakta-fakta berikut untuk pertimbangan pembaca sekalian:

1. Negara-Negara Arab yang berjiran dengan Israel serta merta melanggar negara itu dan mengulanginya beberapa kali dengan mengalami kekalahan teruk;

2. Akhirnya semakin banyak negara Arab sama ada mengiktiraf Israel dan menandatangani perjanjian damai dengannya atau tidak lagi memberi keutamaan kepada isu Palestin;

3. Melalui perang psikologi, Israel dan penyokong Yahudinya dari seluruh dunia menyusup masuk dan menguasai politik, ekonomi serta media massa Amerika Syarikat (AS);

4. Israel dan gerakan Yahudi antarabangsa berjaya menjadikan Amerika boneka, pelindung dan pembiayanya;

5. Menurut John J. Mearsheimer dan Stephen M. Waltdalam tulisan mereka berjudul “The Israel Lobby and U. S. Foreign Policy” (Lobi Israel dan Dasar Luar Amerika Syarikat), Israel menerima bantuan langsung bernilai AS$3 bilion (RM10.62 bilion) setiap tahun atau 20 peratus daripada bantuan luar AS;

6. Setiap orang penduduk Israel menerima subsidi daripada AS bernilai AS$500 (RM1,770) setahun walaupun Israel adalah negara perindustrian yang sama pendapatan per kapitanya dengan Korea Selatan dan Sepanyol;

7. Menurut Perkhidmatan Penyelidikan Kongres Amerika, bantuan kepada Israel bagi tahun 2007 berjumlah tidak kurang daripada AS$2.5 bilion (RM8.85 bilion). Ini tidak termasuk AS$138 juta (488.5 juta) bagi projek pertahanan bersama peluru berpandu dan jaminan hutang sebanyak AS$$1.4 bilion (RM4.95 bilion);

8. Purata AS memberikan AS$6.8 juta (RM24 juta) kepada Israel setiap hari berbanding AS$300,000 (RM1.06 juta) kepada Palestin pada tahun 2007;

9. Janji Amerika membantu Palestin adalah janji kosong sejak daripada tertubuhnya Medinat Yisra’el pada tahun 1948;
10. President Truman dalam ucapannya pada 28 Oktober, 1948 – lima bulan selepas rampasan bumi Palestin oleh Yahudi -- antara lain, berkata: “Adalah tanggungjawab saya memastikan dasar kita di Israel menepati dasar kita di seluruh dunia; kedua adalah hasrat saya membantu membina negara Palestin yang kuat, makmur, bebas, merdeka dan demokratik. Ia perlu cukup luas, cukup bebas dan cukup kuat untuk membolehkan rakyatnya berdikari dan selamat.”

[ “It is my responsibility to see that our policy in Israel fits in with our policy throughout the world; second, it is my desire to help build in Palestine a strong, prosperous, free and independent democratic state. It must be large enough, free enough, and strong enough to make its people self-supporting and secure.”]

11. Dan bolehkah Barack Obama diharap untuk mengatasi pembohongan AS selama ini? Pertimbangkan kenyataan beliau ketika kempen pilihan raya Presiden baru lalu yang berbunyi: “Kita jangan sekali-kali mencuba mengatakan apa yang terbaik untuk orang Israel dan keselamatan mereka dan tidak seorang pun Perdana Menteri Israel yang patut diseret ke meja perundingan...”

[We should never seek to dictate what is best for the Israelis and their security interests" and that no Israeli prime minister should ever feel "dragged" to the negotiating table...];

12. Yahudi mempunyai perwakilan yang kuat dalam politik nasional AS. Pada bulan Jun tahun lalu (2008), 7.8 peratus Ahli Kongres adalah Yahudi walaupun penganut agama Yahudi di AS dianggarkan hanya 1.4 peratus daripada penduduknya;

13. Kalau AS menjadi boneka, pelindung dan pembiaya Israel, banyak negara Islam, khasnya negara-negara Arab, menjadi boneka dan pak turut AS;

14. Dari mula lagi banyak negara Arab tidak mahu Hamas berjaya di Palestin. Hamas adalah singkatan kepada Harakat al-Muqāwamat al-Islāmiyyah atau Pergerakan Penentangan Islam yang terdiri daripada pengikut Sunnah. Ia ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Sheikh Ahmed Yassin, Abdel Aziz al-Rantisi dan Mohammad Taha yang berupa penggiat Ikhwanul Muslimin cawangan Palestin pada permulaan gerakan Intifadah pertama;

15. Oleh sebab Hamas diasaskan atas landasan Ikhwanul Muslimin maka ia dicurigai dan ditolak oleh banyak negara Arab. Ikhwanul Muslimin diharamkan atau dikawal kegiatannya di banyak negara Arab;

16. Ikhwanul Muslimin atau Persaudaraan Muslim adalah organisasi Muslim yang diasaskan oleh Hassan al Banna di Mesir pada tahun 1928 berikutan keruntuhan Empayar Ottoman;

17. Pada mulanya Ikhwanul Muslimin menyokong kerajaan sekular Presiden Gamal Abdel Nasser tetapi apabila seorang anggotanya dituduh membunuh Perdana Menteri Mesir, Mahmud Fahmi Nokrashi, pada 28 Dis. 1948, pertubuhan itu diharamkan dan Al Banna sendiri dibubuh oleh agen-agen perisik kerajaan pada bulan Februari tahun berikutnya;

18. Majoriti negara-negara Arab tidak demokratik. Mereka bimbang jika kerajaan Hamas berjaya di Palestin mereka akan menghadapi tekanan daripada rakyat jelata mereka sendiri agar memperkenalkan demokrasi;

19. Negara-negara Arab sendiri terus bercakaran dan serentak itu menjadi tali barut kepada hegemoni AS di Asia Barat seperti yang terserlah dengan sokongan mereka terhadap serangan dan penaklukan AS ke atas Iraq;

20. Akhir sekali, politik Palestin sendiri kucar-kacir akibat ketidaksepaduan sokongan negara-negara Arab dan persengketaan di kalangan pelbagai kelompok agama di Asia Barat, khasnya pergeseran antara pengikut Sunnah dan Syiah.

Bukan tujuan saya melemahkan semangat juang, sokongan dan simpati kita kepada rakyat Palestin. Tetapi fakta-fakta di atas tidak memberikan keyakinan bahawa masalah negara dan rakyat Palestin boleh diselesaikan dengan mudah dan segera.

Untuk mencapai persetujuan mengenai gencatan senjata pun susah. Bayangkan untuk mencapai keamanan yang berkekalan.

Malah, setiap kali bom Israel membunuh orang Palestin dan pengebom berani mati Hamas membunuh orang Yahudi, setiap kali itu jugalah satu generasi baru pejuang di lahirkan.

Thursday, January 08, 2009

IJN; Keputusan Sime Ringankan Beban Kerajaan

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SETIDAK-TIDAKNYA sebatang duri telah dikeluarkan daripada daging Kerajaan Pusat apabila konglomerat perladangan Sime Darby Berhad membatalkan rancangannya menswastakan Institut Jantung Negara (IJN).

Pada 6 Januari ia mengumumkan pembatalan cadangan memohon kelulusan kerajaan untuk menswastakan IJN setalah mengambil kira sentimen umum dan maklum balas mengenainya.

Ketua Eksekutif dan Presiden Kumpulan Sime Darby, Ahmad Zubir Murshid berkata syarikatnya terpaksa menghormati kehendak rakyat yang mahukan IJN kekal dalam bentuknya sekarang.

Baguslah kalau begitu. Tetapi alangkah baiknya jikalau Sime Darby dan pihak-pihak yang bersekongkol dengannya dalam cadangan itu menyelidik pendapat umum dan berfikir terlebih dahulu sebelum membuat cadangan itu.

Walaupun Sime Darby sudah membatalkan hasratnya, imej dan nama baik kerajaan telah pun tercemar. Banyak pihak amat marah dengan kerajaan kerana memberi persetujuan dasar kepada cadangan itu.

Malah kerajaan tidak pun membatalkan cadangan itu walaupun ditentang hebat oleh pelbagai pihak. Kabinet sekadar menangguhkan keputusan mengenai cadangan Sime Darby itu.

Nasib baiklah bagi kabinet kerana kini Sime Darby sendiri mengambil keputusan tidak meneruskan cadangan itu. Sekarang kabinet tidaklah perlu pening kepala lagi.

Keputusan Sime Darby itu tentulah melegakan Umno dan Barisan Nasional yang sedang bertungkus-lumus mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihan raya kecil yang sedang berjalan sekarang.

Sama ada Sime Darby benar-benar membuat keputusan itu atas kehendak dan kesedarannya sendiri atau atas desakan politik, ia akan mengurangkan tekanan ke atas Kerajaan BN.

Lagipun, Sime Darby mempunyai kepentingan yang lebih besar untuk dilindungi agar tidak meletup menjadi satu lagi kontroversi iaitu kebenaran yang diberikan kepadanya untuk memajukan Terminal Tambang Murah baru di Labu, Negeri Sembilan, yang akan disewakan kepada AirAsia.

Ia kini bercadangan memajukan sebuah projek bernilai RM6 bilion bernama "KLIA East@Labu".

Sime Darby terpaksa melancarkan projek-projek baru bukan perladangan bagi mengatasi masalah pergantungan yang keterlaluan terhadap sektor perladangan hasil penggabungan dengan Kumpulan Guthrie dan Golden Hope pada tahun 2007.

Tanpa pendapatan yang lebih besar daripada sektor bukan perladangan, Sime Darby mungkin mengalami masalah keuntungan akibat harga minyak kelapa sawit yang semakin murah sekarang.

Saturday, January 03, 2009

Karpal to Anwar: Respect People's Decision

A Kadir Jasin

[ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

[UPDATE, Jan. 6]

IT’LL be a three-candidate fight for the Kuala Terengganu parliamentary by-election among Barisan Nasional's Wan Ahmad Farid, Pas’ Mohd Abdul Wahid Endut and independent Azharudin Mamat @ Adam.]

[Original Posting]

THE Democratic Action Party appears to be further distancing itself from its Pakatan Rakyat partner Parti Keadilan Rakyat in the latter’s attempt to seize power via crossovers.

The Star Online quoted its Chairman Karpal Singh as saying today in Petaling Jaya that Pakatan Rakyat should only embark on capturing the Federal and state governments during the next general election, and not seize power via the crossovers of Barisan Nasional MPs.

He said the people’s choice during the election should be honoured, and the people would feel cheated if MPs or assemblymen hop over to another party.

“I must make it very clear that I have not at any one time been in support of Anwar’s (Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim) stand on crossovers.

“In fact, as far back as March 23, 2008, I had gone to the extent of saying DAP would support the Barisan-led Federal Government to amend the Constitution to make party-hopping illegal by providing more than the eight MPs required by the Barisan to make up for the two-thirds majority needed to amend the Constitution,” The Star Online quoted him saying in a statement.

Karpal said he had also castigated Kapar MP S. Manikavasagam for wanting to leave PKR, saying that the latter was not elected in his personal capacity and had no right to join another party or remain as independent.

“He should resign so that his constituents can decide whom they wish to have as their representative in Parliament.

“DAP is against elected representatives betraying the sacred trust of their constituents through party-hopping,” he said.

According to The Star, Karpal was responding to a letter written by a reader of The Star, who questioned his principles for supporting Anwar.

He said the reader had labeled him as an unprincipled politician, and should check his facts before criticising.

Karpal said the reader owed him an apology as any criticism must be based on truth.

A few days ago Karpal had demanded that Anwar states his stand on the renewed pledge by Pas to continue pursuing the implementation of the Hudud Law.

These differences, coming as they do at the time when the Kuala Terengganu parliamentary by-election is approaching, may not auger well for the Pakatan Rakyat although the contest for the Malay majority seat will essentially be between Umno and Pas.

Karpal Singh stance appears to differ from that of Lim Kit Siang who enthusiastically supported Anwar’s failed Sept. 16 takeover bid.

These not so subtle differences could also signal the move by Karpal to stamp his mark as the DAP’s chairman and elevating the importance of the post to the same level as Secretary-General, now held by the Penang Chief Minister, Lim Guan Eng.

Traditionally, the Chairman’s post is ceremonial. But given Karpal’s strong personality, it is turning into a substantive post.

In a related development, The Star reported that several Pakatan Rakyat elected representatives have come forward to refute claims that cracks are appearing in the coalition due to the open sparring by its members recently.

They also dismissed claims by the BN that the split occurs on racial lines.

“Open criticism within us is very common as we are very democratic,” said Pas Kota Raja MP Dr Siti Maria Mahmud.

In Umno and BN they are not used to criticising their leadership or speaking up, so it may appear to be a problem for them, she added.

The DAP Pandamaran assemblyman Ronnie Liu concurred, saying that Pakatan Rakyat did not stop anyone from speaking up.

The PKR state executive council member Dr Xavier Jayakumar also dismissed the allegations, saying that the BN should not turn this into a racial issue between an Indian MP and a Malay Mentri Besar.

The PKR state assemblyman for Kota Anggerik and an exco member Yaakob Sapari said it was untrue that Indians have problems with PKR.

Friday, January 02, 2009

Takut Polis Daripada Sayang Nyawa

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

WALAUPUN satu lagi peraturan keselamatan jalan raya, iaitu tali pinggang keselamatan untuk tempat duduk belakang dikuatkuasakan pada 1 Januari, pengguna jalan raya akan terus mati dan cedera.

Jalan raya Malaysia akan terus kekal sebagai antara yang paling tidak selamat di dunia dan pengguna jalan raya Malaysia kekal sebagai antara yang paling jahil dan tidak berdisiplin.

Bukanlah tujuan saya memperkecilkan usaha mempertingkatkan keselamatan jalan raya atau apa jua bentuk keselamatan. Tidak sekali-kali.

Saya sudah hidup lama dan sudah tengok banyak usaha murni macam ini dibuat. Tetapi sikap rakyat jelata Malaysia sehingga kini belum meyakinkan saya bahawa perubahan positif telah dan akan berlaku.

Sebabnya mudah sahaja. Pengguna jalan raya Malaysia lebih takutkan polis daripada takutkan kematian dan kecederaan.

Majoriti pakai tali pinggang keledar hanya bila nampak polis atau bila ada isyarat daripada kereta yang datang dari hadapan bahawa ada sekatan jalan raya atau perangkap laju.

Kadang-kadang berlaku pelanggaran kerana tergesa-gesa hendak pakai tali pinggang keledar bila terserempak dengan polis.

Penunggang dan pembonceng motosikal pula pakai topi keledar tetapi tidak diikat betul-betul. Cukup untuk tunjuk kepada polis yang mereka pakai topi keledar. Bila berlanggar atau jatuh sendiri, topi keledar tercampak, otak bertaburan di jalan raya.

Bawa bini dan anak kecil dalam kereta Kancil baru duduk di depan. Kereta berlanggar bini yang terlebih berat badan kerana tak jaga makan himpit anak di dashboard. Laki cedera, bini cedera, anak mati tersepit.

Maka media massa arus perdana pun mengisytiharkannya sebagai satu tragedi dan pembesar tertentu pun menyuarakan rasa kecewa. Tragedi? Mungkin bukan tragedi tetapi bala yang datang akibat kekebalan sendiri.

Sayang anak dan bini pun janganlah ajak duduk bersama di depan. Duduklah di belakang dan pakai tali pinggang keledar. Bila dak sampai destinasi, berpeluk ciumlah sepuas-puasnya tanda kasih sayang dan kesyukuran.

Laburlah sikit membeli kerusi keselamatan untuk anak kecil dan bayi. Bukan mudah isteri mengandung sembilan bulan. Kalau berlaku kecelakaan, air mata darah pun tak berguna lagi.

Tapi saya tak yakin undang-undang baru ini akan memberi banyak kesan kalau kefahaman dan sikap tak berubah. Kena faham dulu. Pakai topi dan tali pinggang keledar adalah untuk meningkatkan keselamatan di jalan raya. Bukan kerana takut disaman oleh polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan.

Malah kerana takutkan polis dan JPJlah ramai pemandu kereta dan penunggang motosikal yang tidak teragak-agak menawarkan rasuah apabila ditahan.

Kita harap janganlah pula kerana peraturan baru ini ada orang yang cuba mencari rezeki haram dengan menahan pemandu dan penunggang bukan kerana tujuan keselamatan tetapi untuk mencari habuan.

Apatah lagi selepas Parlimen baru saja meluluskan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia yang tujuannya memesatkan lagi pengawalan dan penghapusan rasuah.

Masa peraturan tali pinggang keledar tempat duduk depan dilaksanakan dulu pun memang hebat operasinya. Tetapi ibarat tahi ayam, tak lama lepas itu hilanglah hangatnya. Macam itu jugalah bila telefon selular diperkenalkan.

Tak boleh silap sikit polis kejar, tahan dan saman. Sekarang tidak ada siapa peduli lagi, termasuk polis. Hatta penunggang motosikal pun guna telefon bimbit sambil menunggang. Hebat!

Kalau nak diikutkan, negara kita ini cukup banyak undang-undang dan peraturan. Meludah di merata tempat pun kesalahan. Membuang sampah pun kesalahan. Menyeberang jalan bukan di tempatnya pun kesalahan.

Tapi disiplin, kesopanan, akhlak dan sikap timbang rasa orang kita di khalayak tak sampai ke mana pun. Kalau kita ke kedai kopi atau gerai makan, budak-budak dari India, Myanmar dan Nepal lebih sopan santun daripada orang kita sendiri.

Bila sudah jadi amalan, tak pakai tali pinggang keledar rasa tak selesa dan tak meyakinkan untuk memandu.

Tuesday, December 30, 2008

Majoriti Akan Tentukan Percaturan Kuala Terengganu

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[UPDATE, 2 Januari]

PAS
malam tadi menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri lima penggal bagi kerusi Wakaf Mempelam, Abdul Wahid Endut, sebagai bakal calonnya bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Abdul Wahid yang lulus ijazah Perikanan dan Sains Laut dari Universiti Putera (Pertanian) Malaysia dikatakan cukup digemari pengundi.

Wakaf Mempelam adalah salah sebuah daripada empat kerusi Dewan Undangan Negeri dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu. Abdul Wahid menang pilihan raya umum lalu dengan majoriti 2,193 undi.

[Posting Asal]

KEMPEN pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Kuala Terengganu bermula awal bagi Barisan Nasional/Umno walaupun penamaan calon hanya akan diadakan pada 6 Januari ini dan pengundian pada 17 Januari.

Pakatan Rakyat yang akan menamakan calonnya hanya pada 1 Januari ini perlu segera memperjelaskan pendiriannya mengenai dasar dan isu yang menjadi pertimbangan pengundi Kuala Terengganu.

Utusan Malaysia melaporkan yang bakal calon BN, Wan Ahmad Farid Wan Salleh, telah mula berkempen dengan menemui pengundi di tempat-tempat awam.

(Saya sengaja menggunakan istilah bakal calon kerana penamaan calon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya belum diadakan dan hanya SPR boleh mengesahkan pencalonan seseorang.)

Utusan melaporkan Wan Ahmad Farid sebagai berkata parti-parti pembangkang, khususnya Pas, tidak mempunyai isu untuk diketengahkan.

Dia berkata begitu ketika bertemu pengundi di Kedai Kopi Ladang, di Kuala Terengganu.

Katanya Pas juga tidak mungkin mampu meraih undi lebih besar apatah lagi mencatatkan kemenangan.

''Pengalaman masa lalu jelas membuktikan rakyat Kuala Terengganu tidak mudah termakan pujuk rayu Pas kerana ia biasanya hanya retorik politik,'' katanya.

Pada pilihan raya umum (PRU) 8 Mac lalu calon BN, Allahyarham Razali Ismail menewaskan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu, dengan majoriti 628 undi.

Sebanyak 80,229 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 79,194 pemilih biasa dan 1,035 pemilih pos layak mengundi pada pilihan raya kecil kali ini.

Dalam hubungan ini, BN nampaknya lebih bersedia daripada Pakatan Rakyat/Pas yang dilaporkan akan menamakan bakal calonnya hanya pada 1 Januari.

Sementara itu, soal-jawab antara parti-parti PR masih terterusan ekoran daripada kenyataan Naib Presiden Pas, Husam Musa, bahawa parti itu tetap komited kepada pelaksanaan Hukum Hudud.

Yang terbaru adalah kenyataan Pengerusi Parti Tindakan Demokrat (DAP), Karpal Singh, bahawa DAP akan menyokong calon Pas hanya jika parti itu tidak meneruskan agenda Negara Islam, Hudud dan Qisas.

Katanya pendirian DAP mengenai isu itu tidak pernah berubah iaitu ia adalah bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau merujuk kepada pernyataan kehakiman (judicial pronouncement) tahun 1988 oleh panel lima hakim Mahkamah Agung yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas bahawa Malaysia adalah negara sekular menurut Perlembagaan dan bukan Negara Islam.

Karpal berkata oleh sebab Husam telah menarik balik kenyataannya, maka DAP akan menyokong calon Pas.

Beliau membuat kenyataan itu sebagai menyanggah tuduhan Presiden MIC, S. Samy Vellu bahawa beliau (Karpal) adalah harimau tanpa taring.

Karpal juga meminta ketua de facto Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim segera membuat pendirian mengenai cadangan Pas itu.

Katanya Anwar tidak boleh berdiam diri terhadap matlamat Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk melaksanakan hudud.

Sementara itu, PKR sendiri sedang mengalami masalah dalaman apabila komponen Indianya yang dilaporkan sebagai tidak berpuasa hati dengan kepemimpinan parti itu, khasnya dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.

Namun, penentuan kemenangan BN/Umno atau PR/Pas di Kuala Terengganu bergantung kepada pemilih majoriti iaitu pemilih Melayu yang berupa 80 peratus daripada pemilih Kuala Terengganu.

Hati dan aspirasi mereka inilah yang perlu ditangani oleh Umno dan Pas bukannya terlalu taasub dengan mantera kononnya hidup mati mereka bergantung kepada pemilih minoriti.

Friday, December 26, 2008

KT Uji Pemulihan BN Selepas Permatang Pauh

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SETELAH gagal menguburkan karier politik Anwar Ibrahim --- mengguna pakai slogan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin --- di Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu, Umno menghadapi cabaran yang lebih besar di Kuala Terengganu 17 Januari ini.

Umno dan Barisan Nasional boleh berdalih dalam kekalahan teruk di Permatang Pauh. Kerusi itu kubu Anwar sejak tahun 1982 dan dipegang bagi pihaknya oleh isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, sejak pilihan raya umum 1999.

Cakap besar dan gagal belajar daripada penolakan pengundi pada pilihan raya umum 8 Mac lalu adalah antara sebab besar Umno dan BN kalah dengan lebih teruk di Parmatang Pauh.

Pertaruhan di Kuala Terengganu lebih besar ertinya bagi Umno dan BN. Tidak seperti Permatang Pauh, Kuala Terengganu adalah milik BN.

Calon BN pada PRU 8 Mac, Allahyarham Datuk Razali Ismail, mengalahkan calon Pas, Mohamad Sabu, dengan kelebihan 628 undi sahaja.

Kerusi ini kini mempunyai 80,229 pemilih berdaftar, termasuk 1,035 pengundi pos, yang terdiri daripada 88.2 peratus Melayu, 10.9 peratus Cina dan 0.6 peratus India.

BN telah menamakan senator Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Ketua Umno bahagian Kuala Terengganu sebagai calonnya manakala Pas akan mengumumkan calonnya pada 1 Januari.

BN meletakkan nilai yang tinggi kepada Kuala Terengganu apabila Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak berkata:

“Kita mesti memenangi Kuala Terengganu kerana kita mahu menjadikannya permulaan kepada pemulihan BN daripada kekalahan di Permatang Pauh."

Soalnya, apakah persediaan BN akan lebih mantap daripada di Parmatang Pauh?

Sama ada dirancang atau spontan, tindakan Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau membangkitkan soal Hukum Hudud dalam perbahasannya dengan Naib Presiden Pas, Husam Musa, boleh menjadi senjata makan tuan.

Walaupun debat itu telah mencetuskan perselisihan faham antara Pas dengan DAP ia boleh juga membawa mudarat kepada Umno.

Kenyataan Husam bahawa Pas akan tetap melaksanakan Hukum Hudud apabila keadaan mengizinkan telah menimbulkan kemarahan orang kuat DAP, Lim Kit Siang, yang berkata Hukum Hudud bercanggah dengan dasar Pakatan Rakyat yang komited kepada pengekalan Malaysia sebagai negara sekular.

Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran, bagaimanapun, yakin pengundi Cina Kuala Terengganu tidak akan terpengaruh dengan isu Hukum Hudud yang katanya dimainkan oleh BN.

Kalau Khairy bercadang memerangkap Pas dengan membangkitkan isu itu, dia mungkin telah melakukan kesilapan taktik yang besar.

Selama ini Pas mendakwa ia tidak dapat melaksanakan Hukum Hudud di negeri-negeri yang diperintahnya kerana dihalang oleh Perlembagaan Persekutuan.

Pas hanya perlu memulangkan paku buah keras dengan menyoal Umno mengapa, sebagai parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, ia tidak melaksanakan Hukum Hudud sedangkan ia berkuasa di Parlimen dan boleh meminda Perlembagaan.

Pada teorinya, pelaksanaan apa jua dasar dan hukum oleh kerajaan negeri boleh dilaksanakan jika tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kini, dengan bilangan yang lebih ramai di Parlimen, parti-parti komponen PR boleh memainkan perasan yang lebih besar meminda Perlembagaan.

Dengan membuka semula debat mengenai Hukum Hudud, Pas boleh memalukan BN, khasnya Umno, dengan meminta Parlimen mendebatkan pindaan Perlembagaan bagi membolehkannya melaksanakan hukum itu di Kelantan.

Dengan 23 Ahli Parlimen, Pas boleh memberi kemenangan kepada pindaan itu jika disokong oleh wakil-wakil BN. Atau setidak-tidaknya menguji pendirian Ahli Parlimen Umno dan Ahli Parlimen PKR yang beragama Islam.

Jadi bahas Hukum Hudud yang didalangi oleh Khairy kononnya untuk memerangkap dan memalukan Husam dan Pas itu boleh menjadi senjata makan tuan kepada Umno dan BN dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Hatta inilah juga hujah Kulasegaran. Katanya DAP menghormati hasrat Pas melaksanakan Hukum Hudud tetapi ianya tertakluk kepada parti itu memperoleh sokongan dua-pertiga di Parlimen bagi meminda Perlembagaan Persekutuan.

Soalnya apakah DAP akan menyokong Pas di Parlimen bagi meminda Perlembagaan Persekutuan supaya Hukum Hudud boleh dilaksanakan?

Apatah lagi Kulasegaran sendiri berkata tidak apa yang perlu ditakutkan oleh orang bukan Islam kerana Hukum Hudud hanya untuk orang Islam.

Kesimpulannya, bagi BN mempertahankan Kuala Terengganu adalah lebih penting daripada memenangi Permatang Pauh.

Tetapi jika BN mengulangi kesilapan yang dilakukannya di Permatang Pauh, kemungkinan ia kehilangan Kuala Terengganu adalah besar.

Bagi Pas pula, merampas Kuala Terengganu adalah ibarat pucuk dicita ulam mendatang dan bukanlah suatu yang mustahil kerana ia pernah beberapa kali mengusai kerusi itu.

Ini adalah pertandingan di mana kedua-dua belah pihak boleh menang atau kalah hanya dengan mengelakkan kesilapan.

Tuesday, December 23, 2008

Perselisihan Uji Daya Tahan Pakatan Rakyat

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

DUA perkembangan terbaru yang membabitkan Parti Islam SeMalaysia (Pas) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) boleh memberi kesan terhadap daya tahan dan kelangsungan Pakatan Rakyat.

Pertama tunjuk perasaan Pemuda Pas terhadap pertandingan tarian I-Dance anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang dan kedua kenyataan Naib Presiden Pas, Husam Musa, bahawa parti itu tetap akan melaksanakan Hukum Hudud.

Dalam hal pertama, tindakan Pemuda Pas itu dikesali oleh Ketua Pemuda Sosialis (DAPsy), Loke Siew Foo yang menyifatkannya sebagai mengecewakan.

Manakala dalam peristiwa kedua, supremo (orang kuat) DAP, Lim Kit Siang menyelar Husam dan meminta beliau memberi penjelasan.

Katanya, kenyataan Husam itu boleh menyebabkan keraguan di kalangan pengundi bukan Islam di Kuala Terengganu yang bakal mengundi dalam pilihan raya kecil Parlimen bulan depan.

Dalam satu kenyataan akhbar, Lim berkata: “Hukum hudud bukan dasar Pakatan Rakyat dan adalah tanggungjawab Husam memperjelaskan apa yang beliau sebenarnya katakan.”

Lim bukan sekadar menolak Hukum Hudud, malah mengingatkan Husam bahawa DAP menyertai Pakatan Rakyat dengan Pas dan PKR berlandaskan dasar bahawa “Malaysia kekal sebagai negara sekular berasaskan kontrak sosial yang digubal pada tahun 1957.”

Tindakan Lim Kit Siang merujuk kepada Malaysia sebagai negara sekular tidak memeranjatkan. Itu sememangnya pendirian DAP sejak diasaskan pada tahun 1965.

Apa yang menarik adalah tindakannya mengaitkan hujah itu dengan kontrak sosial yang pada ketika ini semakin dipertikaikan kewujudannya oleh orang bukan Bumiputera.

Apakah ini bermakna bahawa DAP bersedia mengakui kewujudan kontrak sosial dan menerima peruntukannya seperti yang dijelmakan oleh Perlembagaan Persekutuan?

(Antara prinsip utama kontrak sosial adalah keistimewaan hak kepada orang Melayu dan agama Islam dan pemberian kewarganegaraan kepada kaum pendatang pada tahun 1957.)

Apakah perbalahan Pas-DAP ini sekadar tindak tanduk politik menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu atau petanda kepada keretakan yang lebih serius?

Umum maklum bahawa jurang ideologi dan dasar di antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah cukup luas.

Kalau kita menggunakan acuan politik universal, kita boleh mengkategorikan PKR sebagai parti liberal demokrat, Pas sebagai parti agama dan DAP parti sosialis.

Kesediaan dan kejayaan mereka bergabung pada pilihan raya umum 8 Mac lalu adalah kerana keberkesanan Anwar Ibrahim sebagai orang tengah dan kerana ketiga-tiga parti itu menyedari kelemahan Barisan Nasional.

Kemenangan yang tidak mereka duga dalam pilihan raya itu membuatkan mereka menjadi lebih yakin dan mengambil keputusan mengubah kerjasama pilihan raya mereka menjadi parti gabungan Pakatan Rakyat.

Soalnya sampai bilakah ahli dan penyokong mereka perlu atau bersedia menunggu sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan sebagai parti gabungan yang sah?

Sebelum Pakatan Rakyat boleh diperbadankan sebagai pakatan yang tetap, ia perlu diterima dan disahkan dulu oleh ahli ketiga-tiga buah parti terbabit. Kalau tidak silap saya, proses itu belum lagi dilaksanakan.

Soalnya, dengan kerenggangan yang jelas antara Pas dan DAP di peringkat ideologi dan dasar serta di dalam pentadbiran di negeri-negeri yang mereka kuasai, adakah mampu Anwar dan PKR terus menjadi pemangkin, penyatu dan pendamai?

Apatah lagi Anwar dan PKR sendiri mempunyai masalah kewibawaan. Kegagalannya mengotakan janji menumbangkan Kerajaan BN pada 16 September lalu sedikit sebanyak menjejaskan imejnya sebagai Ketua Pembangkang Parlimen dan ketua de fakto Pakatan Rakyat.

Kontroversi yang dicetuskan oleh ahli Parlimennya bagi kawasan Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin pada forum mengenai “memeluk Islam” anjuran Majlis Peguam di Kuala Lumpur pada 9 Ogos lalu mencemarkan perhubungan dengan DAP dan di kalangan ahli PKR sendiri.

Pendirian Zulkifli itu dilihat sebagai berlawanan dengan dasar dan pendirian liberal PKR.

Baru-baru ini pula, Pakatan Rakyat dilihat sebagai telah termasuk perangkap apabila “terpaksa” menyokong beberapa rang undang-undang reformasi Abdullah Ahmad Badawi.

Antaranya rang undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah walaupun mereka tidak puas hati dengan peruntukannya.

Pakatan Rakyat terpaksa menyokong kerana rang undang-undang reformasi Abdullah itu menyamai tuntutan pembangkang selama ini.

Sedikit sebanyak, kesan persengketaan di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat mungkin akan dimanifestasikan dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu di mana Pas akan bertemu Umno.

Friday, December 19, 2008

IJN: For The Health of The People Or Sime Darby?

A Kadir Jasin

[ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

[LATEST]

THE Star online reported that the Cabinet has decided to defer its decision on the proposed privatisation of the National Heart Institute (IJN). Sources told The Star that this was decided at the weekly Cabinet meeting today.

In a related development, the IJN doctors said they are happy to serve the institute in its present form and do not want to be made a scapegoat in the proposed privatisation of the institute.

In a statement signed by 33 of the 35 medical consultants working for IJN, they stressed that the proposed privatisation was not a response towards their demands for better pay.

“We would like to reiterate our commitment to serve IJN in its current form and want to stress that the move must not be seen as a response to our demands for better pay,” it said.

The doctors added that the medical personnel were not at all involved in the negotiations for the proposed takeover.

[ORIGINAL POST]

THE SUDDENESS with which the news that the National Heart Institute (IJN) may be privatised to Sime Darby appeared in the media suggests that conspiracy of sorts is at work.

It becomes even more sinister when such a promise as “guaranteeing low fees for the poor” is made by no less then the Deputy Prime Minister and Minister of Finance, Mohd Najib Abdul Razak, himself.

I read in the newspaper of the same promise made by the Prime Minister, Abdullah Ahmad Badawi and Health Minister, Liow Tiong Lai.

We have seen this line been used before to justify selling public assets to enrich selected individuals and companies before.

We have seen how the original Pantai Hospital was allowed floated on Bursa Malaysia on condition that it continued to provide emergency treatment to all and provide assistance to poor patients.

Did it happen? Instead we heard of the hospital being awarded with long-term government contracts to screen foreign workers (Fomema) and to provide hospital services to government hospitals.

The company itself had been bought and sold several times to generate massive profits for its controlling shareholders -- the last to the Singapore-based Parkway Holdings.

Upon realising that he had allowed the company to fall into foreign hands, Abdullah, who was then also Finance Minister, hastily ordered Khazanah Nasional to buy it back at hefty premiums.

Mohd Najib, the son of the man who was in the forefront of the democratisation of health services with his Rancangan Kesihatan Luar Bandar, should start being truthful to himself and to the great legacy of his father.

As Finance Minister and the chief articulator of the Umno-led BN government he has the power to push through the sale of public assets and to justify it as he had done with the “fatal” backdoor takeover of Golden Hope and Guthrie Corporation by Sime Darby via Synergy Drive, which was the creation of his brother, Mohd Nazir.

Sime Darby was once a diversified and highly regarded company. Today, thanks to the merger and its sudden dependence on palm oil, Sime Darby is suffering.

Could the proposed sale of IJN to Sime Darby be Mohd Najib’s way of helping to prop up the (new) Sime Darby, which is essentially the product of his brother’s market-making?

Why the sudden need to consider selling IJN? We have not heard of the institute suffering any kind of financial problem. Yes, we know the institute is suffering a bit because its world-class specialists and supporting staff are being poached by private hospitals.

Surely making it another private hospital will not solve the core problem of growing staff shortage, which in the first place is caused in part by the proliferation of private hospitals.

Of course we know that some members of the institute’s top management stand to make a lot of money selling their minority shares and options to Sime Darby.

If the government makes the habit of selling premium public assets like IJN to the GLCs and private sector companies for short-term gain and narrow political consideration, the ordinary rakyat will never get to enjoy world-class services.

They will forever be condemned to poorly equipped and staffed government hospitals, which are being deprived of specialists and good doctors on daily basis.

Instead the government should impose a sort of "countervailing tax" on private hospitals and their rich local and foreign patients and use that revenue to train more doctors and build more well-equipped public hospitals.

I beg Mohd Najib to start thinking seriously about the welfare of the masses like his late father did instead of pushing the country towards exclusivity for the sake of profits and short-term gains. He should start with keeping IJN a public hospital.

The welfare of the poor is batter taken care of and guaranteed by keeping IJN public instead of making low fees for the poor a condition for privatisation.

What is low anyway? An RM300 per outpatient treatment at Petronas’ Prince Court Medical Centre is low to a BMW-driving city slicker. But RM300 is a lot of money to a poor padi farmer.

That Sime Darby is close to the government is neither a guarantee nor a comfort. Sime Darby already owns and operates the Subang Jaya Medical Centre. How many poor people are being treated there at low fees?

Tuesday, December 16, 2008

Guru Umpama Permata Nilam

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PANTUN lama kegemaran saya berbunyi:

Pergi memburu di padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Kalau berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Berguru adalah segala-galanya. Betul berguru jadi pendeta. Silap berguna tidak kenal bahasa.

Atau dalam bahasa basahan orang Utara, boleh gila isin – bukan sekadar gila, tetapi gila campur “insane”.

Saya sangat bernasib baik. Guru-guru saya baik-baik belaka. Selain ibu dan bapa saya, merekalah yang membuatkan saya berada di mana saya kini berada.

Sabtu lalu, 13 Disember, saya dan beberapa orang kawan dari Sekolah Menengah Saint Michael, Alor Star – sekolah kelas dua – menyertai sekumpulan penghayat meraikan seorang guru kami yang sangat berjasa.

Namanya Dato’ Dr Haji Wan Shamsudin Mohd Yusof, guru bahasa dan kesusasteraan Melayu yang “forte”nya adalah sejarah, khasnya sejarah Negeri Kedah dan wilayah-wilayah Islam di persekitarannya.

Dia adalah Tokoh Guru Kedah (1993), Tokoh Guru Kebangsaan (1994) dan Tokoh Guru Suluh Budiman, Universiti Pendidikan Sultan Idris (2002).

Kali ini kami berkumpul di Auditorium Taman Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kedah bagi meraikan satu lagi anugerah yang dilimpahkan kepadanya.

Pada 18 Oktober lalu, dia dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Sejarah) oleh Universiti Utara Malaysia sebagai mengiktiraf pembabitan beliau dalam bidang pendidikan, sejarah, sastera dan budaya.

Seperti kata Prof. Madya Mohd Isa Othman, pensyarah sejarah politik, Pusat Pengajian Jauh, Universiti Sains Malaysia, ramai orang boleh belajar untuk mendapat ijazah doktor falsafah, tetapi doktor kehormat falsafah adalah pengiktirafan sesebuah universiti dan komunitinya terhadap pencapaian dan sumbangan seumur hidup seorang tokoh ilmu.

Maka dalam semangat itulah kami meraikan seorang insan, yang tanpa mengira gelaran dan anugerah yang diperolehnya, tetap Cikgu Wan kepada kami.

Itulah Wan Shamsudin yang kami kenali mulai tahun 1962 di sekolah “kelas dua” Saint Micheal yang terhimpit di antara Gereja Katholik dan paya nipah di Jalan Langgar.

Dia berbasikal ke sekolah, belajar sendiri untuk mengambil sijil HSC dan pada usia 41, masuk Universiti Malaya.

Dan dialah yang “memaksa” saya mewakili darjah dalam pertandingan pidato pelajar Bulan Bahasa Kebangsaan tahun 1965 dan 1966 sehingga berjaya mendapat tempat ketiga di peringkat nasional di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.


( Dari kiri )- Mustaffa Shafie,Izham Shaari, Blogger, Cikgu Wan Shamsudi,Ghani Darus,Mansor Che Din dan Bisharuddin Basha - gambar ihsan Abdul Halim Yaacob.

Saya bernasib baik kerana bukan Cikgu Wan seorang sahaja yang memberi lebih daripada yang dituntut ke atas seorang guru kepada muridnya. Ramai lagi guru penyuluh budi dan iman yang mengilap batu menjadi permata.

Antaranya Cikgu (Dato’) Shaari Abu Bakar, guru besar sekolah Melayu Pendang yang memberi kelas tambahan dan membawa saya dua tahun berturut-turut (1957 dan 1958) untuk mengambil peperiksaan Special Malay Class Entrance Examination.

Master Syed Salim, guru darjah dan guru bahasa Inggeris di Sekolah Rendah Saint Michael yang mengenakan denda duit kalau kami bercakap lain dari bahasa Inggeris –maksudnya bahasa Melayu dan Siam kerana ramai budak-budak Melayu dari pedalaman waktu itu boleh berbahasa Siam.

Mr Kang yang mengajar kami erti kesihatan seperti menggosok gigi, memotong kuku dan menghantar kami ke klinik kerana dijangkiti kutu kepala atau bercacing di dalam perut selaku guru “hai jin!” (hygiene atau kesihatan).

Sebagai budak kampung dan anak rakyat biasa, kami mengalami pelbagai penyakit akibat kurang kebersihan seperti kudis buta, batuk dan berhingus, telinga bernanah, panau, kurap, bisul dan ketuat.

Mr Charles Alexander Westwood, seorang jurutera kereta api (locomotive engineer) yang bertukar kerjaya dan akhirnya menjadi guru besar Sekolah Menengah Saint Michael. Dia mengajar kami erti muhibah dan setia kawan.

Kalau tiada wang saku, dia mengeluarkan wang daripada koceknya sendiri. Kalau kena serangan malaria dan terketar-ketar, dia meminjamkan kotnya dan kalau ibu bapa kesuntukan wang, dia menangguhkan bayaran yuran RM15 sebulan.

Dia begitu kagum dengan kejayaan murid-muridnya dalam pertandingan dan kegiatan Bulan Bahasa Kebangsaan sehingga bersetuju namanya “dibahasa-Melayukan” menjadi Salleh Iskandar Kayubarat – terjemahan literal Charles Alexander Westwood.

Begitu taasub dia dengan nama itu sehingga dia menamakan rumahnya yang diperbuat daripada kayu di Jalan Telok Wan Jah sebagai “Kayubarat”.

Cikgu Zainal Abidin Ismail, guru LI (Language Institute) yang mengajar bahasa Melayu menggunakan loghat Johor kerana mahu mempamerkan hakikat bahawa dia lulus Institut Bahasa di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Dia juga mengajar kami di sebalik kehidupan – bagaimana bercinta, berpuisi dan seloka, menurun nombor ekor dan berangan-angan mengenai skim cepat kaya, membeli nombor ekor di Stesen Bas Jalan Langgar, mencari minyak pengasih dan bercita-cita menjadi orang berjaya dan orang kaya.

(Kebetulan, salah seorang bekas murid Sekolah Menengah Saint Michael adalah jutawan dan dermawan Syed Mokhtar Albukhary.)

Tetapi hati kecilnya mulia. Wang ringgit langsung tidak kira. Rumahnya di Pantai Johor menjadi tempat kami makan, belajar dan bersuka ria. Kereta Volkswagen Beetlenya macam milik kami juga.

Mr Chin Chow Kee yang tidak putus asa mencuba menjadikan setiap kami budak-budak desa seorang “mathematician” walaupun kami buta angka, buka kalkulus dan buta Algebra.

Mr Dorairatnam aka Mohd Yusof Abdullah yang mempertajamkan penguasaan bahasa Inggeris kami dengan menggunakan kaedah luar biasa, termasuk rayuan dan tangisan antara sedar dan tidak sedar akibat terlebih minum “air anggur peram.”

Ustaz Ahmad Saad yang mengajar kami erti iman, ketuhanan dan kelurusan. Dialah manifestasi ungkapan “betul bendul” – begitu lurus sehingga dari masa ke semasa kami mengambil kesempatan meminta wang kocek daripadanya selain meminjam motor skuternya jenis Vespa.

Dan tidak boleh dilupakan Brother Supervisor, Bro. Brenden wakil Gereja Roman Katolik yang menjadi pengasas dan pemilik sekolah kami.

Dialah mengajar kami erti autoriti (kuasa), disiplin, peraturan dan hukuman. Majoriti kami merasa sakitnya dirotan oleh beliau kerana pelbagai kesalahan daripada gagal ujian akademik tiga kali berturut-turut atau bertumbuk dengan pengawas.

Pendidik seperti inilah – antara kesempurnaan dan kecacatan watak, antara menjadi pendidik dan manusia biasa – memberikan kami bukan sekadar ilmu, tetapi pengetahuan, pengalaman dan suntikan semangat yang tidak wujud dalam manual perguruan.

Kepada mereka, kami terhutang budi sampai mati. Kerana merekalah kami boleh berdiri di sini. Moga-moga sumbangan bakti mereka diredai Ilahi dan diteladani para guru generasi ke generasi.

Sebagai bapa, saya terhutang budi kepada guru-guru yang mengajar anak-anak saya (lima semuanya) di atas dedikasi dan simpati mereka.

Nota Kaki: Blogger Che Det (Tun Dr Mahathir Mohamad) akan menandatangani buku Blogging To Unblock di MPH, Midvalley jam 3.30 petang, Khamis 18 Disember. Peminat buku dijemput.

Friday, December 12, 2008

Amaran Mengenai Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[UPDATE – DEC. 15]

MALAYSIAKINI reports that the Sabah JPs (Justices of the Peace) have declared the proposed Judicial Appointment Commission (JAC) Bill as "unconstitutional" as it conflicts with the Federal Constitution.

"The proposed legislation rufns contrary to ... Article 122B and Article 161E (2)(b) of the Federal Constitution," said Dr Lawrence Thien, secretary-general of the Sabah Justices of the Peace Council (MAJAPS).

Under Article 122B of the Federal Constitution, a person is appointed a judge by the Yang Di Pertuan Agong, acting on the advice of the prime minister, after consulting the Conference of Rulers.

Before tendering such an advice, under clause (1) the prime minister shall consult - if the appointment is to one of the high courts - the chief judge of that court.

The Sabah JPs contended that the proposed new procedure under the JAC would be a direct departure from the present mode "and in direct conflict with Article 122B of the Federal Constitution".

[ORIGINAL POSTING]

APABILA seorang bekas Ketua Hakim Negara berkata Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) boleh mencetuskan masalah dan amaran itu pula ditujukan kepada Ahli Parlimen, saya rasa kita, sebagai rakyat jelata, pengundi dan pembayar cukai wajib turut memberi perhatian.

Bekas Ketua Hakim Negara yang baru bersara, Tun Abdul Hamid Mohamad, memberi amaran penubuhan SPK yang sedang dibahaskan di Parlimen boleh mencetuskan masalah bagi pemilihan untuk jawatan-jawatan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan.

Justeru itu, beliau meminta perkara ini difikirkan oleh ahli-ahli Parlimen apabila membahaskan rang undang-undang berkaitan dan membuat keputusan mengenainya.

Untuk faedah para pembaca, pembahas dan “followers” (pengikut) blog ini dan bagi memudahkan pemahaman, saya memetik terus laporan Bernama dalam bahasa Melayu dan Inggeris mengenai amaran Abdul Hamid itu.

Versi bahasa Melayu

Oleh Rozlinda Yahya

PUTRAJAYA, 11 Dis (Bernama) -- Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 yang dibentangkan kali pertama di Dewan Rakyat semalam bakal mencetuskan masalah dalam pemilihan pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata masalah tersebut timbul apabila mesyuarat pemilihan dalam suruhanjaya itu akan dianggotai oleh orang-orang yang sama yang mempunyai kepentingan bagi mengisi kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara atau Presiden Mahkamah Rayuan.

"Saya cuma menarik perhatian dan membangkitkan perkara ini untuk difikirkan oleh ahli-ahli Parlimen dalam membuat keputusan mereka," kata beliau kepada Bernama di sini, hari ini.

"Diperhatikan bahawa mengikut peruntukan rang undang-undang ini, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mempunyai bidang kuasa melantik Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan Hakim Mahkamah Tinggi.

"Juga diperhatikan bahawa suruhanjaya ini akan dianggotai oleh sembilan orang anggota termasuk lima hakim kanan di mana empat daripadanya adalah hakim-hakim yang paling kanan di negara ini."

Beliau merujuk kepada fasal 5 rang undang-undang tersebut yang memperuntukkan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman dianggotai sembilan ahli terdiri daripada Ketua Hakim Negara sebagai pengerusinya, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Persekutuan serta empat orang yang terkemuka yang dilantik oleh Perdana Menteri.

Menurut fasal 21 rang undang-undang itu, suruhanjaya tersebut akan bertanggungjawab bagi memilih calon yang sesuai dan wajar untuk dilantik sebagai hakim mahkamah atasan.

Calon yang layak untuk pemilihan itu pula perlulah memenuhi beberapa kriteria termasuk mempunyai peribadi moral yang baik, berintegriti serta mempunyai kebolehan menguruskan kes dengan baik.

Dalam temu bual itu Abdul Hamid berkata mengikut peruntukan rang undang-undang tersebut, pemilihan pelantikan seorang pesuruhjaya kehakiman, hakim mahkamah tinggi, hakim mahkamah rayuan, hakim mahkamah persekutuan, hakim besar Malaya dan hakim besar Sabah dan Sarawak tidak akan menimbulkan masalah, tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi pemilihan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.

"Dalam pemilihan Presiden Mahkamah Rayuan, anggota suruhanjaya iaitu Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak malah Hakim Mahkamah Persekutuan adalah orang-orang yang berkepentingan untuk menjawat jawatan tersebut yang bererti bahawa mereka terpaksa mengecualikan diri.

"Oleh sebab rang undang-undang ini mengkehendaki korum (sic) (bagi mesyuarat pemilihan) seramai tujuh orang, maka ada kemungkinan korum (sic) itu tidak boleh dicapai.

"Keadaan menjadi lebih rumit mengenai pemilihan Ketua Hakim Negara. Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak adalah orang-orang yang berkepentingan dan mereka juga terpaksa dikecualikan. Ini bererti bahawa korum (sic) tujuh orang tidak boleh diperolehi (sic) juga," kata Abdul Hamid, yang telah bersara Oktober lalu.

Malah katanya, jika Ketua Hakim Negara tidak ada pada masa mesyuarat pemilihan hendak diadakan maka mesyuarat itu akan berjalan tanpa kehadiran Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

"Ini akan memberikan dua akibat, pertama korum (sic) tidak akan diperolehi (sic). Kedua ini bererti untuk pelantikan hakim-hakim yang lebih rendah, mesyuarat pemilihan akan dianggotai sepenuhnya oleh ahli-ahli termasuk empat hakim paling kanan tadi, sebaliknya untuk pelantikan hakim yang paling kanan iaitu Ketua Hakim Negara, keempat-empat hakim yang terkanan tidak akan mengambil bahagian dalam mesyuarat itu.

"Ini juga bererti untuk pemilihan Ketua Hakim Negara, mesyuarat itu hanya akan dihadiri oleh anggota yang paling tinggi iaitu Hakim Mahkamah Persekutuan bersama-sama empat anggota bukan hakim yang dilantik oleh Perdana Menteri.

"Adakah ini tujuan sebenar rang undang-undang ini? Saya cuma membangkitkan perkara ini untuk difikirkan oleh ahli-ahli Parlimen sama ada itulah tujuan sebenar mereka yang kelak akan menjadi tujuan Parlimen," tegas beliau.

Ketika ditanya pendapatnya mengenai cadangan penubuhan suruhanjaya itu, Abdul Hamid enggan mengulas sama ada ia patut diadakan atau tidak kerana berpendapat ia adalah soal dasar yang terletak di bawah bidang kuasa Parlimen untuk diputuskan.

Penubuhan Suruhanjaya Kehakiman Malaysia dikatakan bakal mendukung kebebasan berterusan badan kehakiman selain melindungi kepentingan awam berhubung perkara-perkara berkaitan badan kehakiman serta pentadbiran keadilan.-- BERNAMA

Versi bahasa Inggeris

By Rozlinda Yahya

PUTRAJAYA, Dec 11 (Bernama) -- The Judicial Appointments Commission (JAC), the Bill of which was tabled for first reading in the Dewan Rakyat Wednesday, will lead to problems where the appointments of the Chief Justice and president of the Appeals Court is concerned, said newly-retired Chief Justice Tun Abdul Hamid Mohamad.

He said problems would arise as among members of the commission would be those in line for the two posts.
"I just want to draw the attention of the Members of Parliament (MPs) in raising this so that they will give it careful thought before making their decision," he told Bernama here Thursday.

"Under the provisions of the Bill, the JAC is empowered to appoint the Chief Justice (CJ), Appeals Court president, Appeals Court judges, Federal Court judges, Chief Judge of Malaya, Chief Judge of Sabah and Sarawak and High Court judges.

"It is also noted the JAC comprises of nine members including five senior judges, four of whom are the most senior in the country."

He also referred to Clause 5 of the Bill which provides for the JAC to be made up of nine members comprising the CJ as the chairman, Appeals Court president, Chief Judge of Malaya, Chief Judge of Sabah and Sarawak, a Federal Court judge and four eminent persons appointed by the Prime Minister.

According to Clause 21 of the bill, the JAC is entrusted with the responsiblity (sic) to select suitable and capable candidates as judges of the higher courts.Candidate must meet several criteria including being persons of high moral values and integrity asides judicial capability.

In the interview, Abdul Hamid said according to the provisions of the Bill, appointments for judicial commissioners, High Court judges, Appeals Court judges, Federal Court judges, Chief Judge of Malaya and Chief Judge of Sabah and Sarawak should not pose a problem, but it need not be the case where the CJ and Appeals Court president are concerned.

"In making the choice for Appeals Court president, the Chief Judge of Malaya, Chief Judge of Sabah and Sarawak and the Federal Court judge, who are members of the JAC, have a stake in the matter.This means they will have to abstain from participating in the proceedings.

"And as the Bill states that a minimum quorum of seven members must be met in making these appointments, it might be very difficult to meet this requirement.

"It becomes more complicated when it comes to appointing the CJ. The Appeals Court president, Chief Judge of Malaya and Chief Judge of Sabah and Sarawak have a stake in the matter and as such, they will have to abstain in the selection process. Again the minimum seven persons quorum requirement cannot be met," said Abdul Hamid, who retired in October.

Should the CJ be unable to be present when the selection meeting is held, he said the meeting would have to be carried out without him, the Appeals Court president, Chief Judge of Malaya and Chief Judge of Sabah and Sarawak.

"This will have two consequences, first the quorum cannot be attained. Secondly it means for appointments at the lower rungs, there will be a full quorum including the four senior most judges but when it comes to the top judge, these four senior judges will not be able to partake in the meeting.

"It also means when it comes to appointing the CJ, the meeting will only be attended by a federal court judge and four non-judges who are appointed by the Prime Minister.

"Is this the real purpose of the Bill? I am just bringing it up so that the MPs can ponder about it," he stressed. Asked about his view on the setting up of the JAC, Abdul Hamid declined to comment saying it was a policy matter that came under the purview of Parliament.

The JAC was mooted to reform the Judiciary for greater transparency and integrity in the administration of justice.-- BERNAMA

Nota Kaki: Terima kasih kerana berbahas dengan hangat isu-isu yang dibangkitkan dalam posting-posting lepas. Sila terus berbahas. Perbahasan masih dibuka.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).