Tuesday, February 28, 2012

Khalwat, Tangkap Basah & The Politicians


A Kadir Jasin

(If you are commenting “anonymously”, please state your name/pseudonym at the beginning and end of your comment. Thank you.)

IF one lives long enough and is observant, he or she is bound to come across a similar incident or hear a similar story more than once. Over time, the incident or story becomes familiar.

So, when I read the story of one Dr Badrul Amin Baharom being allegedly caught in close proximity – better known in the Malaysian syariah parlance as “khalwat” and the Malay language as “tangkap basah” - it reminded me of a similar story that took place some 15 years ago.

For those unfamiliar with “tangkap basah”, it literally means being caught while being wet.

Of course, like all macho and self-righteous Muslim politicians accused of khawat, Dr Badrul Amin vehemently denied it.

Only a village yokel would own up when caught. He admitted to committing the khalwat either out of fear of being beaten to pulp or because he wanted to marry his khalwat partner quickly and cheaply.

But Dr Badrul Amin is no country yokel. He is a member of Parti Keadilan Rakyat’s supreme council and the Selangor government information chief. He was a former law lecturer at the International Islamic University Malaysia and has always held the moral high ground.

But a few nights ago in Kuantan, he was accused of committing khalwat with a 28-year old married woman. They were “caught wet” by the woman’s husband and his friends.

What is similar and familiar about Dr Badul Amin’s story and the story of 15 years ago was the reason for being in the khalwat situation.

They were both being good macho men trying to help married women in distress – a sort of knight in shining armour.

In denying the “tangkap basah” allegation, Dr Badrul Amin was reported saying that “he was merely helping a woman who was facing domestic problems.”

Like the story I heard 15 years ago, the venue for helping the dame in distress was not a mosque or a surau. It was not even at the office of the party’s complaint bureau or the service centre of a wakil rakyat. Instead, the allegedly attempt to “save the mosque” took place in a hotel room. The Malays often refer to marriage as building a mosque.

The story of 15 years ago was told to me (and several other media editors) by the accused person himself. However, unlike Dr Badrul Amin, this high-ranking national politician was not accused of khalwat by any person or state authority. He was accused of having an affair or something of that sort with a housewife. His accuser was a woman who is related to a distressed housewife.

He too did not try to solve the woman’s alleged marriage problem at a mosque, his own official residence or office. He went to a posh condominium. Then, the number of such establishments was small and could be easily tracked down.

Politicians very often talk about transparency and decency. The most transparent way of solving problems and handling complaints, including marital ones, is MCA Public Complains Bureau way.

The bureau’s facilitator, (Datuk) Michael Chong is so well known that the bureau’s clientele cuts across religious, racial and political divides.
Rendezvous in a hotel room and a condominium clubhouse is not the best way for politicians to solve marital problems of distressed housewives.

Still, we must give credit to the Selangor Pakatan Rakyat Government for swiftly asking Dr Bardul Amin to go on leave for a month.

“We hope the leave will be used (by Dr Badrulamin) to focus on efforts to clear his name,” the Menteri Besar's office said a statement.

But Dr Badrul Amin does not have to worry too much. Unlike in the West, where politicians are forced to resign because of sexual improprieties, in Malaysia, politicians accused of such offences thrive.

Saturday, February 25, 2012

Mahathir, Azizan Dalam Lampu Sorot Politik

A Kadir Jasin

[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]

DUA orang Kedah nampaknya menjadi sasaran kempen politik ketika ini. Pertama (Datuk) Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah dan kedua (Tun) Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri.

Azizan dilaporkan oleh media massa arus perdana dan alternatif sedang menghadapi krisis tidak percaya oleh beberapa orang Ahli Majlis Kerja Kerajaan daripada parti beliau sendiri iaitu Pas.

Dr Mahathir pula diasak oleh beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk ketua agung DAP, Lim Kit Siang, berikutan penyelesaian luar mahkamah kes saman yang membabitkan bekas pengerusi, Tajudin Ramli, dan beberapa buah syarikat milik Khazanah Nasional Berhad.

Sekurang-kurangnya dua daripada Exco Pas – Phahrolrazi Mohd Nawawi dan Dr Ismail Salleh - dilaporkan tidak mahu dilantik semula ke jawatan itu “kerana kurang yakin dengan kepemimpinan Azizan.”

Azizan pula dilaporkan akan membuat kejutan pada hari Selasa 28 Feb ini setelah “mendapat mandat daripada kepemimpinan tertinggi parti bagi mengelakkan krisis politik.”

Dr Mahathir dilaporkan tidak mahu mengulas mengenai penyelesaian luar mahkamah yang membabitkan Tajudin, tetapi sekali lagi menafikan yang beliau “memaksa” Tajudin membeli Mas. Dr Mahathir mahu orang ramai membuat penilaian sendiri.

Pada 24 Feb, Malaysian Insider melaporkan bahawa Kit Siang mahu Putrajaya memulakan pengauditan penuh ke atas apa yang beliau sifatkan sebagai kerugian berbilion-bilion ringgit akibat skandal kewangan ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Hakikat bahawa asakan dalam parti terhadap Azizan berlaku ketika cakap-cakap pilihan raya semakin hangat, mencetuskan andaian bahawa perebutan kuasa sedang berlaku dalam Pas Kedah.

Berbanding dengan dua orang Exco yang disebutkan itu, memanglah Azizan kurang dinamik. Azizan adalah orang lama. Gaya dan daya kepemimpinan beliau juga gaya dan daya orang lama – tidak konfrontasi dan tidak menonjol, tetapi disenangi kawan dan lawan.

Gaya dan cara beliau yang sederhana itulah menyebabkan sukar bagi parti-parti lawan, khasnya Umno, menyerang beliau secara berdepan. Tetapi ramai pula pemimpin Pas yang bimbang gaya dan daya beliau yang sederhana itu melemahkan Pas.

Biar apa pun, kalau perselisihan dalam kepemimpinan Pas Kedah itu meruncing menjadi krisis, ia, secara tidak sengaja – dengan izin “by default” - akan mencerahkan harapan Umno/BN merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Dr Mahathir pula semakin hebat dikritik oleh PR serta oleh elemen-elemen anti-BN dan anti-Kerajaan kerana beliau dilihat sebagai kembali cergas dalam politik kepartian. Malah ada di kalangan mereka yang berpendapat bahawa, dalam hal-hal tertentu, Dr Mahathir lebih berpengaruh dan berwibawa daripada Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak.

Jadi, adalah tugas mereka memusnahkan pengaruh dan kewibawaan beliau pada saat-saat beliau nampak begitu intim dengan Mohd Najib dan semakin cergas dalam arena politik parti.

Kalau dalam PRU 2008 kritikan terbuka beliau terhadap kepemimpinan (Tun) Abdullah Ahmad Badawi “menguntungkan” pembangkang, sokongan beliau terhadap Mohd Najib mungkin “merugikan” mereka. Jadi tidak hairanlah mereka menyerang dan memburuk-burukkan beliau.

Kesimpulannya, tolak campur darab dan bahagi, PRU nanti akan dimenangi oleh BN atau PR bukan kerana mereka kuat, tetapi kerana lawan mereka lemah.

Seperti kata ahli politik Inggeris, Ken Livingstone, “If Voting Changed Anything They'd Abolish it.” (Kalau Pilihan Raya Mengubah Sesuatu, Mereka Pasti Telah Mengharamkannya). Wallahualam.


Sunday, February 19, 2012

Jangan Paksa PNB Jual Aset

A Kadir Jasin

[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]

PATUTKAH Permodalan Nasional Berhad (PNB) digesa atau dipaksa menjual pelaburan bukan terasnya kepada usahawan Bumiputera?

Pada 9 Feb lalu, Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, menggesa PNB dan Khazanah Nasional Berhad menjual pelaburan bukan teras (non-core) mereka kepada usahawan Bumiputera.

Media massa berkata Perdana Menteri menggesa, tetapi Mohd Najib, dalam ucapan yang sama, menyatakan yang Khazanah dan PNB, masing-masing, telah mengenal pasti lima buah syarikat untuk dijual.

Jadi bukanlah gesaan lagi, tetapi sudah menjadi satu tindakan.

Dalam kolum “Other Thots” majalah Malaysian Business, keluaran 16-29 Feb, saya, antara lain, mengulas: “...tetapi saya ingin menggesa agar kita berhati-hati mendesak atau memaksa PNB menjual pelaburan yang dianggap bukan teras. Lagipun, sama ada sesuatu pelaburan itu teras atau bukan teras adalah terkaan.

“Pelaburan teras pun boleh diklasifikasikan sebagai bukan teras kalau berlaku tekanan dari atas atau apabila ada pemain pasaran saham yang tidak berprinsip mengemukakan skim cepat kaya yang meyakinkan.”

Pada 14 Feb pula, The Star Online melaporkan yang PNB mungkin menjual syarikat kawalannya seperti MNRB Holdings Berhad, Bonia Corporation Barhad dan Asia File Corporation Berhad.

Jual-beli aset adalah perkara biasa bagi mana-mana perniagaan pun. Selain pelaburan tetap dan jangka panjang, PNB menjual-beli aset secara harian di Bursa Malaysia sebagai sebahagian daripada operasi tabung-tabung amanah sahamnya.

Tetapi, menjual terus sebuah syarikat yang dikawalnya adalah satu tindakan yang tidak harus dilakukan sewenang-wenangnya atas apa juga alasan.

Adalah tidak wajar dan bercanggah dengan prinsip pembahagian kekayaan yang adil jika PNB menjual pelaburannya kepada individu atau syarikat Bumiputera dengan membelakangkan kepentingan jutaan Bumiputera yang menjadi pemenang saham amanahnya.

Tugas memindahkan kekayaan korporat kepada usahawan Bumiputera lebih elok dilakukan oleh Khazanah Nasional, bukan oleh PNB yang sudah pun berkongsi kekayaan korporat dengan Bumiputera.

Lagipun, banyak syarikat yang sekarang ini dimiliki Khazanah Nasional pada suatu masa dulu dimiliki oleh Bumiputera, tetapi telah diambil balik oleh kerajaan secara tergesa-gesa apabila berlaku Krisis Kewangan Asia 1997/98.

Sebaliknya, PNB wajar melancarkan fasa kedua pelaburan dengan membeli saham syarikat-syarikat bukan Bumiputera (dan Bumiputera kalau ada) bagi menambah dan memperkukuhkan portfolio pelaburannya.

Dengan semakin banyaknya syarikat dan konglomerat Malaysia menjadi bertambah besar dan menguntungkan, pemilikan saham minoriti oleh PNB masih boleh memberi kesan besar kepada pemilikan aset korporat oleh Bumiputera.

Malah pembelian saham syarikat-syarikat bukan Bumiputera yang patuh syariah oleh PNB menjadi lebih wajar dan mendesak kerana sejak era (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, PNB telah mula membuka sesetengah tabung saham amanahnya kepada bukan Bumiputera.

Kesimpulannya, PNB tidak harus digesa atau dipaksa menjual pelaburannya kepada usahawan Bumiputera, apatahlah lagi kepada bukan Bumiputera. PNB wajib mengutamakan jutaan pelabur Bumiputera dalam skim saham amanahnya daripada beberapa kerat kapitalis Bumiputera.

PNB wajib berterus terang degan Bumiputera, khasnya mereka yang melabur dalam saham-saham amanahnya, sama ada ia sedang dipaksa atau ia melakukannya secara suka rela.

Kita tidak mahu episod “penggabungan” Sime Darby, Golden Hope dan Guthrie berulang lagi. Apatah lagi kalau aset Bumiputera biasa dan totok hendak dijual kepada individu Bumiputera.

Wednesday, February 15, 2012

The Malay-Malaysian "Ubat" In Singapore

A Kadir Jasin

(If you are commenting “anonymously”, please state your name/pseudonym at the beginning and end of your comment. Thank you.)

IN the northern Malay slang, when something is rare and valuable, it is often referred to as “buat ubat”. Literally translated, it means for healing illnesses.

In a situation where Malays are being lampooned and parodied by members of their own race as much as by other races, it is heart warming to have an “ubat” like Hassan Marican (Tan Sri).

Since being cast aside from Petronas, allegedly over differences with the Mohd Najib Government on board appointment, this Kedah-born former Petronas President and CEO is doing extremely well across the Causeway and beyond.

Hassan, who left the national oil company at the beginning of 2010 has been accepting directorship with several foreign firms in the energy sector.

He has accepted appointments to the board of Singapore government-linked companies like SembCorp Industries Limited, SembCorp Marine Limited and Singapore Power Group (SP). In Malaysia, he sits on the board of Sarawak Energy Berhad and, in the US, on the board of oil and gas giant ConocoPhillips.

Hassan, 58, led the Petronas board in disagreeing with Mohd Najib’s nomination of his close confidante, Mohd Omar Mustapha Ong, as a non-executive director. Omar came in and Hassan went out.

The Malaysian Insider reported today that Hassan is set to become chairman of Singapore Power Group Ltd (SP) in June, succeeding Ng Kee Choe, who will retire on June 12. It quoted Energy Asia, a news portal that focuses on the energy industry.

Singapore Power Group (SP) is a leading energy utility company in the Asia Pacific. It owns and operates electricity and gas transmission and distribution businesses in Singapore and in Australia.

Of course Hassan was not nominated to the 10-member board of SP because he is a Malaysian and a Melayu. He was appointed because he is good.

Back to Hassan the “ubat”, unfortunately he is now being engaged to keep Singapore healthy instead of being here in Malaysia, where we actually need more “ubat” and better “bomoh” to cure our many illnesses and maladies. Que sera sera.

Saturday, February 11, 2012

Malaysia's Image Tarnished In BBC's Apology

A Kadir Jasin

(If you are commenting “anonymously”, please state your name/pseudonym at the beginning and end of your comment. Thank you.)

UNDER the headline “BBC to issue global apology for documentaries that broke rules”, UK’s The Independent newspaper reported that “The BBC will today apologise to an estimated 74 million people around the world for a news fixing scandal, exposed by The Independent, in which it broadcast documentaries made by a London TV company that was earning millions of pounds from PR clients which it featured in its programming.

“BBC World News viewers from Kuala Lumpur to Khartoum and Bangkok to Buenos Aires will watch the remarkable broadcast, available in 295 million homes, 1.7 million hotel rooms, 81 cruise ships, 46 airlines and on 35 mobile phone platforms, at four different times, staged in order to reach audiences in different time zones. The BBC will apologise for breaking "rules aimed at protecting our editorial integrity".

The Independent exposed last year in an investigation into the global television news industry how the BBC paid nominal fees of as little as £1 for programmes made by FBC Media (UK), whose PR client list included foreign governments and multinational companies. The company made eight pieces for the BBC about Malaysia while failing to declare it was paid £17m by the Malaysian government for "global strategic communications".

The programmes included positive coverage of Malaysia's controversial palm oil industry

According to the report, investigations into the scandal “uncovered 15 breaches of editorial guidelines”, of which eight were related to FBC’s programmes on Malaysia.

The apology, according to the report, will read: "In the case of eight other programmes, all of which featured Malaysia, we found that the production company which made the programmes appeared to have a financial relationship with the Malaysian government.

“This meant there was a potential conflict of interest, though the BBC was not aware of it when the programmes were broadcast.”

That the BBC had been duped into airing the programmes, is its problem. The British broadcaster is paying the price for its oversight.

What should concern us is that taxpayers’ money paid to FBC Media. Its unprofessional conduct has caused our country shame. Instead of benefiting from FBC costly handiwork, Malaysia’s image has instead been further damaged.

The question is: How could our government (and its agencies) have made such a mistake when we know that teams upon teams of “high-powered” media professionals have been employed by Putrajaya since Prime Minister Mohd Najib took over in 2009?

Did they not know who or what FBC Media is? To have their “global strategic communications” contractor caught red-handed and with its pants down, does not speak well of the government’s media teams and personalities.

Perhaps this is the problem and outcome of being too dependent on outside advisers and consultants, and not being hands-on enough.

Friday, February 10, 2012

Johor Sasaran Baru Pas?

A Kadir Jasin

[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]

PENGESAHAN oleh Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali, yang Naib Presiden parti itu, Salahuddin Ayub, akan pulang bertanding di Johor dalam Pilihan Raya Umum akan datang tidaklah memeranjatkan.

Ia adalah selaras dengan strategi parti itu dan selari dengan keyakinan baru yang diperoleh ketika dan selepas PRU 2008.

Lagipun, kalau Pas benar-benar mahu menjadi parti Melayu/Islam kebangsaan dan alternatif kepada Umno, haruslah mengembangkan sayapnya ke semua negeri, apatah lagi Johor yang berupa negeri Melayu dan kubu Umno.

Sekiranya Pas berjaya menembusi hatta sedikit sahaja kubu terakhir Umno itu, ia sudah boleh dianggap sebagai kemenangan moral yang besar.

Sedikit tembok kubu itu telah berjaya ditembusi pada PRU 2008 apabila Pas memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Maharani dan Sungai Abong.

Majoriti Pas tidaklah besar dan kekuatannya, pada ketika itu, tertumpu kepada utara barat laut Johor sahaja. Malah dalam pilihan raya kecil DUN Tenang, prestasi Pas lebih buruk daripada ketika PRU 2008. Tetapi sejak itu, Pas diketahui lebih cergas berkempen di Johor.

Ketika menghadiri kenduri kahwin anak Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, di Shah Alam Insin lalu, saya berkesempatan berbual ringkas dengan seorang lagi Naib Presiden Pas, Husam Musa, yang baru pulang berceramah di Johor.

Kalau Pas berminat menjadikan Johor sasaran seterusnya - selepas Kelantan, Kedah dan Terengganu - Salahuddin adalah pilihan tepat untuk mengetuai gerakan itu kerana beliau adalah anak kelahiran Johor dan antara pemimpin bukan ulama yang paling berkaliber dan disenangi oleh kawan dan lawan. Mulai PRU 2004, beliau bertanding dan menang di kawasan Parlimen Kubang Krian, Kelantan.

Mengikut biodata Wikipedia (bahasa Melayu), Salahuddin Bin Ayub dilahirkan pada 1 Disember 1961 Kampong Serkat, Tanjung Piai, Pontian. Beliau mendapat pendidikan Inggeris, Melayu dan Islam di Johor sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Kolej Tunku Abdul Rahman dan mendapat ijazah BSc. dari Universiti Putra Malaysia. Beliau menjadi pegawai kewangan di MUI Bank pada 1980 dan menceburi bidang politik sepenuh masa pada tahun1983.

Strategi Pas di Johor menyamai apa yang telah dilakukannya di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu, di mana kesabaran dan keazaman akhir membuahkan kejayaan.

Tetapi laluan Pas di Johor nyata akan lebih sukar dan mencabar kerana majoriti orang Melayu negeri itu masih terikat kuat kepada Umno.

Ramai orang Melayu Johor menganggap Umno sebagai “hak” orang Johor dan latar belakang pendidikan agama mereka menyebabkan mereka kurang tertarik dengan ortodoksi Pas. Jadi, pilihan Salahuddin, anak Johor yang berpendidikan moden, mungkin membantu mengurangkan imej ortodoks Pas.

Dengan latar belakang pendidikan moden dan terbuka, Salahuddin mungkin boleh meyakinkan generasi muda Johor bahawa Pas yang bakal beliau pimpin di negeri itu adalah berlainan daripada Pas yang dikongkong oleh ortodoksi ulama.

Wallahualam.

Friday, February 03, 2012

Cuba Sekali Sekala Bersih Sendiri Tandas

A Kadir Jasin

[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]

LEPAS bincang mengenai politik, ekonomi, sodomi dan beberapa tajuk lagi, kali ini saya hendak bali semula kepada cerita tandas.

Kita pernah panjang lebar bincang mengenai tandas dulu dan sekarang - tandas bawah pokok, dalam rumpun mengkuang, di tebing sungai, di atas jambatan dan tandas curah zaman Tun Abdul Razak.

Kerana biasa dengan bermacam jenis tandas, saya kerap buat sendiri kerja-kerja selenggara tandas. Kalau kesempitan masa atau terlalu teruk masalahnya, barulah saya upah Indah Water atau kontraktor bebas.

Jadi, antara cuti Raya Cina dan Hari Wilayah yang panjang itu, saya jadi pembersih tangki rawatan air kumbahan (septic tank). Sebenarnya tidaklah susah. Masa budak-budak dan remaja di kampung, antara tugas saya adalah menjaga tandas curah rumah kami.

Rahsia alam ciptaan Allah Taala sangat unik dan menanti untuk ditemui, dipelajari dan dimanfaatkan. Najis manusia yang terdedah busuk baunya. Tapi kalau terendam dalam air, ia tidak busuk atau kurang bau busuknya kerana sedang “diproses” oleh bakteria.

Saya pernah guna jamban tong. Kalau tidak dicurahkan minyak busuk, tak boleh “buat kerja” dan lalat pun banyak. Pernah sekali bermalam di kuaters KTM yang jamban tongnya dalam rumah. Aduhai, deritanya. Hau, kata orang Utara.

Jamban curah cukup bersih dan tak berbau kalau dijaga dengan baik. Apatah lagi tandas moden yang ada sekarang.

Yang jadi masalah dengan tandas dan sistem air kumbahan di rumah kita ialah kurang penjagaan dan penyelenggaraan ditambah pula oleh penyalahgunaan.

Ada yang campak seluar dalam, tuala wanita dan puntung rokok dalam tandas. Semua ini lambat reput atau tidak reput (non-biodegradable) menyebabkan saluran najis dan air kumbahan tersumbat.

Satu lagi yang jadi masalah besar adalah lemak dari dapur. Kalau tidak selalu dibersihkan dengan menabur garam dan menyiram air panas, saluran tandas dan air kumbahan akan tersumbat.

Masalah lemak ini menakutkan. Kalau saluran tandas dan air kumbahan di rumah kita boleh tersumbat, bayangkan saluran jantung dan tubuh badan kita. Kalau tak percaya, intailah ke dalam tangki rawatan air kumbahan dan saluran tandas di rumah kita.

Di pendekkan cerita, bukan saja sistem tandas dan air kumbahan di rumah saya bersih, malah saya dapat jimatkan duit dan bersenam secara yang produktif.

Inilah kita dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan yang memaksa kita berdikari, mereka dan mencipta apa-apa yang tidak ada atau yang tidak mampu dibeli. Alhamdulillah.

Saturday, January 28, 2012

Gula Mungkin Tidak Manis Bagi Felda

A Kadir Jasin

[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]

RAMAI pembahas meminta saya mengulas mengenai cadangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menjual saham anak syarikatnya, Felda Global Ventures Berhad (FGV), di pasaran terbuka dan menyenaraikannya di Bursa Malaysia.

Saya masih tidak bercadang membincangkannya, selain membuat kenyataan fakta berikut:

1. Felda wajib menjual sekurang-kurangnya 25 peratus saham FGV kepada umum melalui tawaran awam permulaan atau initial public offering (IPO) sebelum boleh menyenaraikannya di Bursa Malaysia;

2. Tetapi Felda boleh menjual lebih daripada peratusan itu dan menyenaraikannya di lebih daripada sebuah pasaran melalui “secondary listing”;

3. Dengan baki 75 peratus, Felda masih menguasai FGV kerana pegangan saham minimum yang diperlukan oleh Felda untuk menguasai dan menguruskan FGV adalah 33.3 peratus;

4. Dengan melakukan IPO, Felda boleh mengumpul modal baru. Modal itu boleh digunakan sendiri oleh Felda atau “dipinjamkan” kepada FGV untuk dilaburkan dalam projek-projek baru;

5. Dalam proses IPO, banyak pihak berpeluang mendapat pendapatan/keuntungan dalam bentuk keuntungan modal (capital gain), komisen dan yuran perundingan; dan

6. Sesiapa yang berkedudukan baik atau bernasib baik dan dapat borang merah jambu (pink form), walaupun tidak ada modal, masih boleh “gadai” dan dapat habuan up-front.

Pembelian MSM Daripada Kuok

Yang membimbangkan ialah kemungkinan dasar, strategi dan pelaksanaan kegiatan komersial Felda melalui FGV tidaklah secekap yang didakwa dan diharapkan.

Saya telah mengulas di sini dan di ruangan-ruangan lain mengenai pembelian perniagaan gula Robert Kuok di Malaysia oleh FGV pada tahun 2009 dengan harga RM1.5 bilion, pada saat-saat perjanjian pembelian gula mentah pada harga murah daripada Australia akan berakhir. Malaysia mengimport 90 peratus keperluan gulanya dan Australia adalah antara pembekal utama.

FGV membeli Malayan Sugar Manufacturing (MSM) dan ladang gula Chuping di Perlis daripada Kuok. Tahun lalu, FGV menjual sebahagian sahamnya dalam MSM melalui IPO dan menyenaraikan semula MSM di Bursa Malaysia. Besar kemungkinan FGV telah membuat keuntungan modal daripada penjualan itu.

Dua tahun kemudian, pada tahun 2011, Kuok, melalui syarikat perladangannya, Wilmar yang berpangkalan di Singapura, membeli syarikat pengeluar gula mentah terbesar Australia, CSR, dengan harga A$1.75 bilion (kira-kira RM5.25 bilion).

Kalau dulu Kuok memonopoli perniagaan gula di Malaysia, kini beliau mengusai salah satu punca bekalan gula terbesar di dunia. Beliau kini dianggarkan menguasai 10 peratus perdagangan gula dunia.

Kalau MSM terus membeli gula dari Australia, kemungkinan besar ia membelinya daripada Kuok. Begitulah liciknya “Raja Gula” kelahiran Malaysia, tetapi berpangkalan di Hong Kong itu.

Kekhuatiran mengenai pembelian MSM oleh FGV terbukti apabila harga gula mula naik dan Kerajaan terpaksa memikirkan semula dasarnya untuk mengurangkan subsidi.

Beberapa hari lalu, CIMB Research, cawangan penyelidikan CIMB Bank, meramalkan kesan negatif kenaikan harga gula terhadap MSM, walaupun Kerajaan bersetuju menaikkan kadar subsidi.

Ia mengulas yang kenaikan kadar subsidi (sebanyak 20 sen sekilo kepada 54 sen mulai awal bulan ini) tidak dapat menampung kenaikan harga yang ditanggung oleh MSM.

Ini adalah beban berganda. Walaupun Kerajaan menaikkan kadar subsidi bagi mengekalkan harga pengguna, namun kesannya kepada MSM masih negatif.

Keadaan adalah rumit. Kalau kadar subsidi tidak ditambah, harga runcit gula akan naik dan nama Felda akan busuk. Kalau nama Felda busuk, nama Perdana Menteri pun busuk juga kerana beliau adalah “mentor’ Felda.

Walaupun perniagaan gula adalah monopoli, tetapi sejak awal lagi saya berasa pembelian SMS oleh FGV kurang strategik kerana masalah bekalan gula dunia semakin meruncing dan pengguna tempatan pula sangat sensitif terhadap kenaikan harga.

Juga, sebarang masalah dengan FGV juga boleh menjejaskan kebajikan peneroka dan kakitangan Felda kerana mereka memiliki 51 saham FGV melalui Koperasi Permodalan Felda. Bagi saham FGV dimiliki oleh Felda sendiri.

Sejak dulu lagi saya berasa lebih tepat kalau perniagaan gula dikendalikan oleh sektor swasta. Setidak-tidaknya Kerajaan boleh mengalihkan beban kenaikan harga kepada mereka.

Di pihak lain, ada kebaikan kepada kenaikan harga gula kerana pengguna Malaysia berlebihan menggunakan bahan itu. Selain itu, Kerajaan wajar memikirkan semula dasar subsidi bahan itu kerana, kalau tidak silap saya, pengguna industri dan perdagangan pun menikmati subsidi gula.

Saya cadangkan, cuba minum kopi atau teh tanpa gula atau kurangkan kemanisannya. Bagi saya, rasanya lebih sedap. Saya sudah berdekad-dekad tidak makan gula dan susu pekat manis atas pilihan, bukan kerana penyakit. Di Malaysia, ramai orang berkata mereka kopi atau teh. Tetapi sebenarnya mereka minum air sirap (air gula) berperasa kopi atau teh.

Wallahualam.

Thursday, January 19, 2012

"Fed Up" Tapi Kena peduli Juga

A Kadir Jasin

[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]

PEMBAHAS “Fed Up” kata dia sudah bosan (fed up) dengan cerita politik. Dia minta saya tulis balik mengenai ekonomi yang sudah lama saya tidak tulis. Apa kata, kalau saya kata, saya “fed up” dengan isu-isu ekonomi?

Kalau Saudara “Fed Up” bosan dengan politik, saya pun berhak untuk berasa “fed up” dengan ekonomi. Ada pembahas marah dan sergah saya apabila saya kritik ekonomi kita yang kurang produktif kerana terlalu banyak cuti dan asyik naik gaji.

Ini bukan soal saya sebagai usahawan, kapitalis, majikan dan pekerja (saya pun makan gaji juga), tapi soal ekonomi dan produktiviti. Kita ambil contoh yang mudah. Bulan Januari ini ada 31 hari. Tolak cuti mingguan dan cuti umum, tinggal 19 hari saja hari kerja, tapi gaji tetap sebulan. Yang kerja lebih masa pada hari cuti umum dapat gaji dua kali hingga tiga kali ganda.

Gaji 31 hari, tapi produktiviti 19 hari saja. Bulan Februari ada 29 hari. Cuti mingguan lapan hari. Cuti umum atau ganti cuti umum yang jatuh pada cuti hujung minggu tiga hari (bagi Wilayah Persekutuan). Campur semua jadi 12 hari. Hari kerja tinggal 17 hari. Gaji 29 hari, tapi produktiviti 17 hari saja.

Cuti Jelas Produktiviti

Dengan macam-macam pihak tuntut cuti umum bagi perayaan masing-masing, tidak hairanlah kalau kita lebih banyak bercuti daripada bekerja. Saya tidak tahu macam mana kita hendak jadi negara berpendapatan tinggi kalau asyik cuti saja.

Itu belum ambil kira cuti tahunan, cuti sakit, cuti belas kasihan, cuti kecemasan, cuti bersalin, cuti isteri bersalin, cuti buat amal ibadat dan cuti memang bola sepak. Nasib baik sukan kita tak cemerlang, kalau tidak lagi banyak cuti kemenangan.

Walaupun cuti umum Malaysia hanya 14 hari, tapi negeri-negeri ada cuti mereka masing-masing. Di banyak negara, kalau cuti umum jatuh pada hujung minggu, ia tidak diganti dengan hari kerja.

Antara Ekonomi Kasar dan Bersih

Kerajaan kata ekonomi kita kukuh dan berkembang pesat, tetapi ahli ekonomi dan agensi antarabangsa kata ekonomi Asia, termasuk kita, China dan India makin lemah kerana krisis ekonomi Eropah dan Amerika.

Saya pun tidak pasti selepas ditolak pertumbuhan yang tidak produktif macam rumah, kedai dan pejabat yang tidak laku dijual atau disewa, berapa peratus sebenarnya pertumbuhan ekonomi bersih.

Itu belum diambil kira lagi gaji pekerja asing yang dihantar balik ke negara masing-masing, hasil eksport yang disimpan di luar negara dan keuntungan syarikat asing yang dihantar balik ke negara masing-masing.

Kemudian pengaliran keluar wang gelap oleh sindiket jenayah daripada penyeludup dan pengedar dadah, kepada penyeludup manusia, penganjur judi haram, pengusaha pelacuran, kegiatan rasuah dan perlindungan.

Bulan lepas, Global Financial Integrity (GFI), sebuah badan bebas yang membentuk dasar kebangsaan dan pelbagai hala dan melindungi perjanjian antarabangsa bagi menyekat pengaliran haram mata wang, telah mengeluarkan sebuah laporan mengenai pengaliran haram mata wang antara tahun 2000 dan 2009.

Dalam laporan itu, ia menganggarkan yang negara membangun kerugian AS$903 bilion (kira-kira RM1,989.9 bilion) pada tahun 2009 saja. Antara tahun 2000 dan 2009, negara-negara membangun kerugian AS$8.44 trilion (RM27.8 trilion).

Lima buah negara yang paling teruk mengalami pengaliran haram mata wang adalah China, Mexico, Rusia, Arab Saudi dan negara kita, Malaysia.

Pengaliran haram daripada negara kita adalah sebanyak AS$22.2 bilion (RM67.7 bilion) pada tahun 2000 dan melonjak kepada AS$68.2 bilion (RM208 bilion) pada tahun 2008.

Saya pun hairan apa tindakan Bank Negara, Perbendaharaan dan Bahagian Jenayah Perdagangan PDRM. Yang kita takutkan ialah ahli perniagaan, usahawan dan tauke-tauke kita menggunakan saluran haram untuk membawa keluar wang dan kekayaan mereka. Mereka perah negara kita tapi hantar keluar kekayaan mereka ke negara-negara lain.

IPO dan Pinjaman Mudah

Itu kita belum cerita lagi buruk-baik cadangan IPO cawangan komersial Felda. Yang pasti akan ada pihak yang akan membuat berjuta-juta ringgit keuntungan modal (capital gain), komisen dan pendapatan yuran (fee income) macam bila Sime Darby telan Guthrie dan Golden Hope beberapa tahun lalu.

Kerajaan boleh bagi pinjaman mudah (cheap loans) beratus-ratus juta ringgit kepada pihak-pihak istimewa, tetapi ramai usahawan kecil dan sederhana Bumiputera melarat sejak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dihapuskan.

Kesimpulannya, kalau Saudara Fed Up bosan dengan politik, saya bosan dengan cakap-cakap mengenai ekonomi. Tetapi, macam kita tidak boleh lari daripada politik, maka kita juga tidak boleh lari daripada ekonomi. Suka tidak suka, kita kena ambil tahu dan kena ambil bahagian.

Wallahualam.

Thursday, January 12, 2012

Kemungkinan Daripada Buang Kes Liwat,

A Kadir Jasin

[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]

MUTAKHIR, 20 Jan - Pendakwa Raya hari ini mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat 9 Jan lalu. Rayuan dikemukakan pada jam 4.30 petang di Pejabat Pendaftar (Jenayah) Mahkamah Tinggi. Timbalan Pendaftar, Halilah Suboh, mengesahkan hal itu kepada pemberita.

Posting Asal

DARIPADA fasa kalau – kalau Anwar bersalah, kalau Anwar tidak bersalah – kita masuk ke fasa kemungkinan kerana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 9 Jan lalu, tidak menyabitkan tuduhan liwat ke atas beliau.

Jelas daripada keputusan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah yang pihak Pendakwa Raya (aka Peguam Negara Abdul Gani Patail) gagal membuktikan di luar keraguan yang Anwar telah melakukan perbuatan liwat ke atas Saiful Bukhrari Azlan.

Antara kemungkinan yang terlintas di fikiran saya termasuklah:-

1. Pendakwa Raya mungkin (atau mungkin tidak) membuat rayuan terhadap kes itu;

2. “Perbicaraan” terhadap Anwar mungkin tidak berakhir dengan keputusan 9 Jan. Walaupun beliau menang perbicaraan dalam mahkamah undang-undang, beliau pasti akan terus dibicarakan di mahkamah pendapat umum (the court of public opinion);

3. Beberapa hari sebelum penghakiman 9 Jan, parti beliau sendiri, PKR, telah berusaha keras mengembleng “the court of public opinion” sebagai persediaan kalau-kalau beliau disabitkan kesalahan liwat;

4. Sebaik saja beliau dibebaskan daripada tuduhan itu, PKR dan penyokong beliau yang lain segara menggerakkan pendapat umum bagi menaikkan kewibawaan mahkamah dengan memuji kebebasan kehakiman. Dengan menaikkan kewibawaan kehakiman, mereka berharap menaikkan kewibawaan Anwar hasil keputusan itu;

5. Kerajaan tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan akur kepada keputusan itu sambil mencari apa jua perbatuan politik yang ada dengan mengatakan bahawa kehakiman adalah bebas dan Kerajaan tidak campur tangan. Lagipun, tidak ada siapa yang boleh Kerajaan salahkan selain dirinya sendiri kerana itulah standard pendakwaan yang ada kepadanya;

6. Kalau PKR, Pakatan Rakyat dan penyokong Anwar yang lain pintar dan pantas menggunakan “the court of public opinion”, saya rasa penentang-penentang beliau juga akan menggunakan pentas yang sama untuk terus membicarakan beliau;

7. PR mungkin bertambah kuat, tetapi ada kemungkinan yang pengundi, khasnya Melayu, akan bertambah takut terhadap kemungkinan status quo agama, bangsa, bahasa, budaya dan ekonomi diubah dengan drastik jika PR menang PRU nanti;

8. Harus diakui iaitu wujud perbezaan antara simpati dengan Anwar dan percaya kepada beliau. Mungkin ramai bersimpati dengan Anwar, tetapi tidak semua percaya kepada beliau;

9. Bukan Anwar dan PR sahaja akan dibicarakan di mahkamah pendapat umum tetapi juga Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, Barisan Nasional dan Kerajaan;

10. Realiti penting. Kedudukan ekonomi, inflasi, kadar jenayah, gula-gula pilihan raya, penghapusan PPSMI, penarik-balikkan novel Interlok kerana protes orang Hindu, bandar dan kampung yang semakin kotor, kepala lembu di kuil, kepala babi di masjid, gereja dibakar, transformasi dan reformasi semuanya akan memberi kesan kepada pertimbangan pengundi; dan

11. Yang akan menjadikan PRU nanti sensasi dan kontroversi adalah isu-isu peribadi, daripada liwat kepada khalwat, nepotisme anak isteri dan dinasti, rasuah dan penyelewengan, lembu, kerbau, permata dan rumah di kayangan.

Wallahualam.

Thursday, January 05, 2012

Banyak Kalau Dalam Keputusan 9 Januari

A Kadir Jasin

[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]

MUTAKHIR, 9 Jan - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim, tidak bersalah atas tuduhan melakukan liwat ke atas Mohd Saiful Bukhari.

Posting Asal

PADA 3 Jan baru lalu, media massa melaporkan yang kepemimpinan Pakatan Rakyat (PR) sebagai berkata, mereka bersedia menghadapi kemungkinan ketua de fakto mereka, Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan liwat yang akan diputuskan 9 Jan ini.

Yang memberikan jaminan itu tidak lain dan tidak bukan Anwar sendiri. Malaysian Insider memetik beliau sebagai berkata:

“Kepimpinan Pakatan Rakyat bukan sahaja saya dan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah Wan Ismail) tetapi Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang telah membincangkan perkara ini... Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami bersedia, membincangkan pelbagai kemungkinan, satu, dua atau tiga senario.”

Hari ini, 5 Jan, The Star pula melaporkan yang PR telah mengenal pasti calon bakal Perdana Menteri dan pengganti Anwar. Yang membuat kenyataan itu pun Anwar juga.

Sebenarnya banyak “kalau” yang boleh diperkatakan antara sekarang hingga 9 Jan dan selepas itu.

1. Kalau Parti Keadilan Rakyat dan sekutu politiknya berjaya dengan rancangan mereka, 100,000 orang akan berdemonstrasi di Kuala Lumpur pada 9 Jan ini;

2. Kalau Anwar dibebaskan, mereka akan berdemonstrasi kerana kehakiman memihak kepada mereka. Boleh jadi juga mereka akan memuji Kehakiman Malaysia kerana bebas dan berani;

3. Kalau Anwar disabitkan kesalahan, mereka akan berdemonstrasi kerana kehakiman tidak memihak kepada mereka dan, mungkin juga, menuduh Kehakiman Malaysia dikongkong pemerintah;

4. Kalau Anwar memang, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dan Barisan Nasional akan hadapi masalah besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. Anwar akan menjadi hero dan kredibiliti Mohd Najib merudum;

5. Kalau Anwar kalah, dia akan sekali lagi dianggap mangsa penganiayaan politik dan “mati syahid” oleh penyokong tegarnya dan oleh generasi muda yang kurang faham mengenai sodomi satu dan salah guna kuasa 1999/2000;

6. Kalau Anwar masuk penjara, kesan undi simpati yang menyebabkan BN hilang banyak kerusi dan kalah DUN Terengganu dalam PRU 1999 mungkin berulang; dan

7. Kalau hal ini berlaku, BN akan mendapati lebih sukar mempertahankan kedudukannya kerana ia kini jauh lebih lemah daripada tahun 1999.

Itu adalah antara “kalau” yang terlintas di fikiran saya. Para pembahas dipersilakan untuk menyumbang “kalau-kalau” lain kalau ada. Wallahualam.

Friday, December 30, 2011

Charging Should Not Diminish MACC Probe

A Kadir Jasin

(If you are commenting “anonymously”, please state your name/pseudonym at the beginning and end of your comment. Thank you.)

THE ONLINE media reported today that a businessman, Shamsubahrin Ismail, had been charged in the Kuala Lumpur Sessions Court with two counts of cheating the National Feedlot Corporation (NFC) Chairman, Dr Mohamad salleh Ismail.

The accused is the CEO of Shamsubahrin Ismail Resources Sdn Bhd. He pleaded not guilty. He is charged with inducing Dr Mohamad Salleh to pay him for his services and then duping the latter. The offence was alleged to have taken place at a restaurant in Bukit Tunku at 6pm last Nov 20.

Shamsubahrin was detained on Dec 21, allegedly trying to bribe several commercial crimes investigations department (CCID) officers probing the NFC business conduct with about RM1.7mil to avoid arrest. The reports did not state what had happened to his alleged attempt to bribe the policemen. Maybe that will come later.

His charging, however, should not diminish the importance and the urgency of the ongoing investigations by the Malaysian Anti-Corruption Commission against the NFC for alleged misused of government funds.

The NFC became a controversy when the Auditor General, in his latest annual report, said the company had failed to meet its cattle production target and, it was later revealed, that it had made substantial investments in unrelated activities, including real estate.

It had since become the fodder for the Oppositions, partly because, Dr Mohamad Salleh is the husband of the Woman, Family and Community Development Minister, Shahrizat Abdul Jalil.

NFC had been given a RM250-million loan by the Government to turn the local cattle industry into a large-scale business and make Malaysia self sufficient in beef.

Wednesday, December 21, 2011

Dilema Pengundi Melayu Dalam PRU

A Kadir Jasin



[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]


MUTAKHIR, 24 Dis — (Malaysian Insider) Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau bersedia bertemu dengan kepimpinan tertinggi parti itu pada bila-bila masa untuk memberikan penjelasan berhubung polemik yang berlaku sejak dua minggu lalu

Bercakap pada sidang media di kediaman rasminya di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, Hasan juga menjelaskan sehingga kini belum menerima sebarang surat rasmi daripada parti.


“Saya belum menerima surat lagi tapi apa pun untuk mencari kedamaian, demi mengelakkan polemik dan demi mengelakkan kegusaran di kepala dan hati saya bersedia (bertemu) pada bila-bila masa.


POSTING ASAL


BAGI Pas, kemungkinan hidup tanpa Nasharudin Mat Isa mungkin tidak terlalu seksa dan tentulah tidak akan sunyi tanpa Dr Hassan Ali.



Ini bukan kali pertama Pas meminggirkan pemimpin yang lantang atau yang tidak sealiran dengan pendirian semasa parti. Lagipun, belum tentu Nasharudin atau Dr Hassan akan meninggalkan parti, apatah lagi menyertai Umno.



Akan tetapi, tanpa mereka meninggalkan parti pun, keretakan dalam kepemimpinan dan ideologi Pas sudah cukup untuk mengganggu gugat prospek parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.



Hal ini sudah pun disedari oleh kepemimpinan parti itu apabila ia mula menjelaskan kepada ahli pendiriannya mengenai dua pemuka parti itu.



Yang akan menjadi masalah kepada Pas bukanlah pemberontakan oleh dua tokoh itu atau sokongan mereka kepada isu perpaduan Melayu yang dikatakan melibatkan Umno.



Yang menjadi masalah kepada Pas ialah tanggapan yang ia tidak lagi komited kepada perjuangan asalnya yang bermatlamatkan Dar-al-Islam dan Hukum Hudud. Tanpa idealisme Negara Islam dan Hukum Hudud, Pas bukanlah Pas lagi.



Teringat saya kepada kempen Pas di Kedah dalam Pilihan Raya Umum 1969. Ia mencurigai keislaman penyokong Umno kerana bekerjasama dengan ‘orang kafir” melalui Perikatan, dan hendak “hambat orang Cina dan India ke dalam laut” kalau menang.



Pas menunaikan janji mengenai agenda Islamnya dengan mengartikulasikan idealisme Dar-al-Islam dan meluluskan rang undang-undang Hukum Hudud dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.



Tetapi, selepas kemenangan besar melalui pakatan pilihan raya dengan DAP dan PKR dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan pembentukan Pakatan Rakyat selepas itu, idealisme Islam Pas menjadi semakin kabur. Dar-al-Islam digantikan dengan “Negera Berkebajikan” dan Hudud “dikaveatkan” atas alasan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.



Soalnya, adakah Perlembagaan Malaysia boleh diubah menjadi mesra Hukum Hudud kalau Pakatan Rakyat menang PRU akan datang?



Dr Hassan adalah mangsa perubahan dasar Pas terhadap idealisme Islam. Dosa beliau ialah cuba memperjuangkan Islam di Selangor, negeri yang dipimpin oleh PKR di mana pengaruh DAP cukup berpengaruh.



Sejak isu penjualan arak di kedai-kedai runcit di kawasan majoriti Melayu di Selangor, yang melagakan Dr Hassan dengan Ronnie Liu (DAP), Dr Hassan sudah menjadi duri dalam daging kepada Pas dan Pakatan Rakyat.



Inilah dilema politik Melayu/Islam. Kepemimpinan Umno bermati-matian mengambil hati bukan Melayu sehingga ramai ahli Umno sendiri berasa amat terkilan.



Kini, hasil pembabitannya dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, Pas pula menghadapi dilema, iaitu sama ada terus memperjuangkan idealisme Islam atau mengambil hati orang bukan Melayu/bukan Islam.



Bagi orang Melayu yang peduli, dilema mereka adalah - yang mana hendak disokong demi menjamin kelangsungan (survival) masa depan mereka – Umno yang kemaruk undi bukan Melayu atau Pas yang kebulur undi bukan Islam?



Situasi yang ideal bagi orang Melayu, kalau mereka peduli atau mereka sedar betapa rapuhnya kedudukan mereka di bumi Malaysia ini, ialah melalui perpaduan bangsa dan agama. Malangnya bagi orang Melayu, politik bererti perpecahan.



Wallahualam.

Thursday, December 15, 2011

Ke Mana Hala Tuju Bahasa Kebangsaan?

A Kadir Jasin

[KALAU mengulas menggunakan pengenalan “anonymous”, tolong tuliskan nama Saudara/Saudari pada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas. Terima kasih.]

MUTAKHIR: (16 Disember) - Kerajaan Barisan Nasional pada sidang Kabinet minggu lalu mengambil keputusan menarik balik penggunaan novel Interlok karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussain, kerana dimarahi orang yang dalam amalan agama dan budayanya berkasta.

Satu lagi tamparan kepada bahasa dan kesusteraan Melayu, penolakan fakta sejarah dan sekatan kepada kebebasan berkarya.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang terbaru merangkap ketua MIC, Senator G. Palanivel.

POSTING ASAL

DI NEGARA kita, kalau kita tahu sedikit sebanyak mengenai bahasa, kita boleh tahu daripada aliran pendidikan mana seseorang itu melalui pertuturannya.

Baru-baru ini, saya ditemu ramah melalui telefon oleh seorang wartawan Cina mengenai apa yang patut Senator Shahrizat Abdul Jalil lakukan. Dia merujuk kepada saya sebagai “kamu”,

Jelaslah daripada loghat, tata bahasa dan nada percakapannya dia belajar di sekolah Cina dan pergaulan antara kaumnya sangat terhad. Jadi bahasa Melayunya adalah bahasa Melayu sekolah Cina yang digunakan hanya ketika belajar mata pelajaran bahasa Melayu. Dan dia pun bekerja untuk sebuah institusi yang dikawal oleh orang Cina.

Di pihak yang lain, saya ada seorang “murid” Cina yang lulus ijazah dari Universiti Tunku Abdul Rahman dan belajar di Sekolah Kebangsaan di Petaling Jaya. Dia tidak boleh berbahasa Cina.

Dalam bahasa harian masyarakat Cina, orang seperti beliau dipanggil “banana Chinese” atau Cina Pisang iaitu Cina pada warna kulit saja. Bahasa utama Cina Pisang adalah Inggeris, walaupun ramai daripada mereka yang fasih bahasa Kebangsaan.

Melayu pun macam itu juga. Ada Melayu sekolah Kebangsaan yang hanya boleh cakap Melayu yang tebal dengan loghat tempatan. Bahasa Inggeris sekadar lulus peperiksaan sahaja, itu pun tidak ramai. Malangnya, bahasa Melayu mereka juga tidaklah hebat mana.

Kemudian kita ada sekumpulan orang Melayu yang tidak fasih berbahasa Melayu sama ada kerana di rumah tidak bercakap Melayu atau kerana dihantar ke sekolah antarabangsa atau sekolah persendirian yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Antara mereka termasuklah anak Menteri dan orang kaya Melayu.

Saya hantar semua anak-anak saya ke sekolah aliran kebangsaan. Oleh sebab sekolah mereka dalam bandar dan di kawasan campuran, maka mereka berkawan dengan semua kaum dan fasih sekurang-kurang dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris.

Ini membawa saya kepada laporan Malaysiakini mengenai Ahli Dewan Rakyat DAP Bakri, Muar, Er Teck Hwa, yang tidak fasih bahasa Kebangsaan.

Portal berita itu melaporkan adalah sangat mencabar menjadi Ahli Parlimen apabila seseorang itu tidak fasih bahasa Malaysia.

Dalam laporan itu, Er mengaku yang dia terpaksa berusaha keras kerana tidak fasih bahasa Kebangsaan kerana belajar di sekolah aliran Cina.

Anehnya, menurut laporan Malaysiakini, Er mengaku yang dia kerap mendapat bantuan bagi menyatakan hujah-hujahnya daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional seperti veteran Mohamad Aziz dari Sri Gading, Halimah Mohd Sadique (Tenggara) dan Noraini Ahmad (Parit Sulong).

Secara peribadi, sebagai produk Bulan Bahasa Kebangsaan (1965 dan 1966) dan pengguna tetap bahasa Melayu dan Inggeris, saya sudah lama hilang keyakinan kepada kemampuan bahasa Melayu menjadi bahasa sejagat di Malaysia.

Kegagalan melaksanakan Sistem Pendidikan Kebangsaan adalah punca kelemahan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu serta semakin teruknya polarisasi kaum di negara kita sekarang.

Bukti mutakhir kegagalan ini adalah kempen Bulan Bahasa Kebangsaan yang terpaksa diadakan setiap tahun selepas lebih 50 tahun kita merdeka. Adalah tidak keterlaluan kalau saya kata yang kita bukan saja gagal menghapuskan polarisasi kaum yang ditinggalkan oleh dasar pecah dan perintah penjajah, malah memburukkannya lagi.

Wallahualam, apa akan jadi dengan bahasa Melayu dan perpaduan kaum sukar hendak dibayangkan. Apa yang jelas adalah polarisasi ini telah merebak ke dalam bidang ekonomi dan pemikiran politik.

Thursday, December 08, 2011

Semua Parti Akan Janjikan Calon "Winnable"

A Kadir Jasin

[KALAU mengulas menggunakan pengenalan “anonymous”, tolong tuliskan nama Saudara/Saudari pada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas. Terima kasih.]

KALAU ada benda yang kita di Malaysia tidak pernah kekurangan, malah berlebihan, adalah kepandaian mencipta slogan dan label.

Yang terbaru adalah “winnable”. Ia merujuk kepada label yang Umno/Barisan Nasional berikan kepada ciri calon untuk pilihan raya umum akan datang.

Tetapi sama ada pengundi dan orang ramai faham atau tidak dan percaya atau tidak dengan slogan-slogan dan label-label tersebut adalah perkara lain.

Dalam bahasa Inggeris, “winnable” adalah boleh menang. Untuk menjadi calon yang boleh menang, seseorang itu mestilah terlebih dahulu menjadi calon yang boleh memenangi hati pemilih.

Kalau tanya pengundi dan orang ramai siapa calon yang boleh menang itu, mereka tentulah kata calon yang baik, bersih, mesra, berusaha, berkebolehan, ada dasar dan wawasan, dan banyak lagi.

Masalahnya, semua calon akan kata, itulah ciri-ciri yang ada pada mereka. Semua parti pun kata, itulah calon-calon yang mereka kemukakan.

Oleh kerana yang mencetuskan label “winnable candidates” atau calon mampu menang itu Umno/BN, maka perlulah kita rujukkan perbahasan perkara ini khusus kepada Umno dan parti-parti rakannya dalam Barisan Nasional.

Mula-mula mereka kenalah mulakan konsep calon mampu menang ini dengan mewujudkan ruang kepada mereka. Caranya termasuklah:

1. Calon-calon yang kalah dalam PRU lalu janganlah diletakkan semula, apatah lagi kalau mereka bermasalah;

2. Bekas-bekas Menteri yang sekarang menjadi ahli biasa Dewan Rakyat silalah umumkan pengunduran mereka mulai sekarang supaya calon “winnable” boleh dikenal pasti dan ditonjolkan.

(Bekas-bekas Menteri tidak sesuai merendahkan martabat diri mereka dengan menjadi Ahli Parlimen biasa saja. Lagipun mereka tentu tidak boleh laksanakan peranan “check and balance” sebab mereka terbabit dengan dasar-dasar dan rancangan-rancangan Kerajaan masa lampau;

3. Perdana Menteri (yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN) kenalah beritahu Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang tidak menepati slogan 1Malaysia – rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan – supaya berundur dan jangan buat kacau. Kalau buat kacau, tunjukkanlah “fail sulit” mereka. Sah ramai sembelit atau cirit-birit;

4. Perdana Menteri kenalah adil bila pergi jalan-jalan. Jangan Brickfields, Petaling Street dan The Curve saja. Tolonglah masuk kampung, jalan-jalan jumpa rakyat jelata yang tak ada akaun facebook atau twitter;

5. Dengar khabar, Perdana Menteri akan siapkan senarai calon “winnable” beliau dalam masa sebulan dua lagi. Eloklah, lagi awal lagi bagus;

6. Tapi kalau nak tahu siapa bakal calon “winnable” jangan tanya Pengerusi Perhubungan Negeri dan Ketua-ketua Bahagian saja. Jumpa dan tanya Ketua-Ketua Cawangan. Suruh mereka bagi tiga atau empat nama. Kalau calon Parlimen dan DUN pilihan mereka diletakkan, mereka mesti kerja kuat dan tidak sabotaj;

7. Boleh bagi duit kepada murid sekolah, keluarga pendapatan rendah dan pegawai kerajaan, tapi apa hal dengan berjuta-juta lagi rakyat jelata yang juga dihimpit inflasi?;

8. Bagi duit akan wujudkan permintaan tambahan. Itu baik kepada ekonomi negara. Tetapi, apabila permintaan bertambah dan bekalan tidak bertambah, harga akan naik. Apa kata kalau kita gunakan duit itu untuk tambah bekalan supaya harga tidak naik?; dan

9. Akhir kalam, tidak kira BN atau Pakatan Rakyat, jagalah baik-baik anak bini, abang adik, kawan taulan, kerbau lembu, kontrak dan projek supaya tidak jadi masalah kepada jentera parti dan tukang-tukang kempen masing-masing. Wallahualam.

Tuesday, November 29, 2011

PRU: Kita Semua Pikul Beban

A Kadir Jasin

[KALAU mengulasmenggunakan pengenalan “anonymous”, tolong tuliskan nama Saudara/Saudaripada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas. Terima kasih.]

SAYA tertarik dengan ulasan pembahas ZMS dalam tampalan lalu (Dr Mahathir: Umno Belum Giat Berusaha) yang, antara lain, berbunyi:

“1.Saya rasa Najib terlalu obsess dengan akronim-akronim, mungkin untuk menunjukkan kelainnya dengan PM-PM yang lalu dari segi stail pengurusannya.

2.Belum sempat orang ramai dapat memahami dan menghayati sesuatu akronim yang sedia ada, beliau akan keluar dengan satu yang baru. Ada kalanya kita pun naik letih dibuatnya.”

Saya rasa, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak, bukan saja perlu mempertahankan akronim ciptaan beliau, tetapi beliau juga terpaksa mempertahankan dasar, projek dan pencapaian BN dulu dan sekarang. Itu belum diambil kira beban sampingan dalam pelbagai bentuk.

Ibarat kata, Presiden Mubarak, Abdul Aziz Abdul Rahman (Datuk Seri), pemimpin Umno kenalah juga singkir imej kaca mata hitam, kereta cermin gelap dan berbaju linen.

Ikhlas cakap, saya meluat sungguh dengan gelagat macam itu. Saya pernah melihat seorang (bukan besar mana pun) Setiausaha Politik kepada seorang Menteri Umno turun kereta bercermin hitam legam, pakai baju linen keras terpacak, telefon bimbit di telinga dan berjalan lurus tidak pandang kiri atau kanan walhal dia ku pusat beli-belah.

Adakah perlu Setiausaha Politik pakai kereta cermin hitam dengan papan tanda “Setiausaha Politik”?

Tapi ada Setpol yang low profile dan tak berlagak, apatah lagi sombong.

Beban Perdana Menteri jauh lebih berat daripada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Kerja Ketua Pembangkang, nombor satu bangkang dan nombor dua tabur janji akan reformasikan negara bila berjaya ke Putrajaya.

Janji Putrajaya dan ubah segala-galanya adalah mantera beliau sambil cari perlindungan daripada apa saja tuduhan dan beban, termasuk 16 tahun dalam Umno/BN, di sebalik tabir konspirasi.

Apa saja yang membebankan beliau atau tidak positif kepada beliau adalah konspirasi. Kalau Mohd Najib seronok dengan akronim, Anwar bijak dengan label – kronisme, nepotisme, reformasi, konspirasi dan macam-macam lagi.

Soalnya, adakah serangan kedua beliau ke atas Putrajaya semudah itu? Generasi pasca-pemecatan (1998) mungkin tidak tahu Anwar lama dan sebenarnya. Mereka hanya kenal Anwar baru – Anwar “mangsa” konspirasi dan penyelamat generasi.

Tetapi generasi-generasi pra-pemecatan lebih kenal dengan beliau daripada zaman PBMUM kepada Abim, Yayasan Anda, Pemuda Umno dan pakaian berjenama dari Paris dan Milan.

Lim Kit Siang pun tidak begitu susah. Boleh bercita-cita tinggi dan bercakap besar asalkan berjaya pertahankan Pulau Pinang untuk 30 tahun akan datang macam Gerakan pertahankan Pulau Pinang. Yang lain itu bonus.

Yang mungkin rugi besar adalah Pas. Tersepit di antara liberalisme PKR dan sekularisme DAP, Pas mungkin hilang jati diri sebagai parti berlandaskan Islam.

Apakah akan jadi kepada Pas – adakah ia kekal memperjuangkan cita-cita, aspirasi dan idealisme Islamnya atau bertolak ansur antara liberalisme PKR dan sekularisme DAP demi kuasa politik?

Adalah boleh dan patut bagi Pas terus menjadi biola ketiga – the third fiddle – dalam Pakatan Rakyat dengan mengikut rentak irama PKR dan DAP, sedangkan semua orang tahu majoriti pengundi Melayu yang memangkah PKR dan DAP adalah ahli dan penyokong Pas?

Keputusan pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak jelas menunjukkan yang momentum pilihan raya umum 2008 masih berterusan. Walaupun BN dan Pakatan Rakyat menang sama banyak kerusi dalam PRK, tetapi di peringkat Parlimen, PR mendahului 4:2.

Pilihan raya Sarawak jelas menunjukkan sokongan orang Cina kepada PR melalui DAP terus pekat. Sawarak dan Sabah yang menyelamatkan BN dalam PRU 2008, mungkin tidak seselamat dulu lagi. Dalam PRU itu, Sarawak dan Sabah menyumbangkan 54 daripada 140 kerusi Dewan Rakyat yang dimenangi BN.

Tetapi, cabaran persekitaran baru ini bukan terhadap parti-parti politik sahaja. Ia turut mencabar kematangan dan daya pemikiran pemilih dan pengundi. Ungkapan Inggeris ada berkata, siapa yang kita pilih, itulah kerajaan yang kita dapat. Wallahualam.

Sunday, November 20, 2011

Dr Mahathir: Umno Belum Giat Berusaha

A Kadir Jasin

[KALAU mengulasmenggunakan pengenalan “anonymous”, tolong tuliskan nama Saudara/Saudaripada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas. Terima kasih.]

PERHIMPUNAN Agung Umno akan diadakan penghujung bulan ini dan Pilihan Raya Umum mungkin menyusul tidak lama selepas itu.

Tetapi, orang kedua paling berpengaruh dalam politik Malaysia – mengikut kaji selidik terbaru Universiti Islam Antarabangsa Malaysia – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata - sehingga kini UMNO masih belum lagi giat berusaha untuk mendapat sokongan daripada rakyat, terutamanya orang Melayu.

Bukan alang kepalang punya kata. Bukan cakap di kedai kopi atau dalam blog sendiri, tetapi kepada akhbar milik Umno, Mingguan Malaysia.

Dalam temu ramah panjang lebar dengan akhbar itu, Dr Mahathir, antara lain berkata:

1. Undi bukan Melayu, khasnya undi Cina, hanyalah undi tambahan. Undi Melayu perlu diperoleh dengan cukup banyak kalau tidak Umno/Barisan Nasional tidak boleh menang;

2. Beliau tidak nampak UMNO sedang giat berusaha untuk mendapat sokongan daripada rakyat. Biasanya, hampir waktu pilihan raya banyak aktiviti diadakan bagi memberi kefahaman mengenai perjuangan Umno. Inilah gambaran yang beliau peroleh;

3. Dahulu Umno kuat. Tidak ada orang yang meninggalkan parti, tetapi sekarang Umno perlu memenangi semula hati mereka yang telah meninggalkan parti;

4. BN/Umno menang PRU lalu dengan kelebihan suara yang kecil. Jadi, kalau ada ahli yang keluar, walaupun 200 atau 300, itu sudah cukup besar. Kalau 100 orang lari, Umno kena cari balik 200 orang. Kalau tidak mendapat dua kali ganda lebih ramai daripada yang telah meninggalkan UMNO, agak susah bagi parti itu untuk dapat kemenangan;

5. Ramai orang Melayu beralih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana kecewa dengan Umno. Dulu mereka percaya UMNO akan memperjuangkan nasib mereka. Sekarang ini, mereka tidak nampak Umno memperjuangkan nasib orang Melayu. NGO tidak boleh buat apa-apa, tetapi kerana mereka mempunyai ahli dan ahli mereka tidak mengundi UMNO/BN, maka kesan kehadiran mereka kepada politik negara adalah besar;

6. Pemimpin Unmo kena tahu mengapa ramai orang Melayu beralih kepada NGO. Ada NGO Melayu, contohnya Perkasa, yang hendak sokong UMNO, tetapi kerana terdapat isu-isu orang Melayu yang tidak dimainkan UMNO, maka Perkasa terpaksa diambil alih;

7. UMNO harus ambil tahu dan tidak boleh melihat Perkasa sebagai musuh. Umno tidak boleh mempunyai banyak musuh dalam keadaan sekarang. Orang yang hendak menjadi musuh Umno pun patut pertahankan dan ambil tahu apa masalahnya;

8. Umno boleh jaga kepentingan orang bukan Melayu tanpa membelakangkan kepentingan orang Melayu. Umno harus bagi penjelasan sebab-sebab ia membuat sesuatu tindakan. Umpamanya, tempat-tempat di universiti Kerajaan Umno ambil tahu tetapi Umno tidak ambil tahu tempat-tempat di universiti swasta. Apakah orang Melayu begitu ramai di universiti swasta? Jika orang Melayu semakin kurang di universiti awam dan tidak ramai di universiti swasta, maknanya mereka semakin hilang tempat;

9. Pintu Umno semakin sempit. Masa beliau menerajui Umno, tidak banyak masalah kerana UMNO kukuh dan perwakilan memilih memimpin yang berpengalaman. Tetapi sejak beberapa tahun ini, orang yang ada kelulusan tinggi tidak diterima masuk ke dalam UMNO, sebab itu ramai masuk Pas. Jadi, di kalangan pemimpin UMNO tidak ada banyak orang yang berkaliber, tambahan lagi mereka dikaitkan pula dengan rasuah seperti menggunakan duit masa bertanding Ahli Majlis Tertinggi; dan

10. Umno rosak dengan teruk apabila Tun Abdullah Badawi mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi tuduhan rasuah. Orang tahu tentang penglibatan menantunya. Sekarang ini Umno yang rosak ini diwarisi oleh Datuk Seri Mohd Najib. Umno memerlukan banyak masa untuk diperkuatkan semula, tetapi Mohd Najib sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain pula belum ada kredibiliti dan masih baru.

Saya yakin ramai pembesar Umno tidak akan senang hati dengan analisis Dr Mahathir itu, apatah lagi kerana mereka sendiri telah beria-ia menguar-uarkan pemulihan Umno.

Tetapi kalau mereka menyanggah kenyataan beliau, apatah lagi memarahi beliau, mereka akan menderita tindak balas yang negatif.

Walaupun Dr Mahathir telah bersara lapan tahun dan pelbagai percubaan dibuat untuk meminggir dan menutup mulut beliau, termasuk oleh Umno sendiri, namun beliau masih disanjung dan diyakini oleh ramai orang Melayu dan rakyat Malaysia, termasuk generasi muda.

Jadi Umno kenalah telan ubat pahit yang doktor politik itu berikan, kalau tidak maladi Umno mungkin lebih teruk.

Untuk temu ramah penuh, cuba layari http://http://www.utusan.com.my/utusan/search.asp?stype=kw&Str=Dr+Mahathir.

Wednesday, November 16, 2011

Berkenaan Pilihan Raya, Saham dan Daging


A Kadir Jasin

[KALAU mengulasmenggunakan pengenalan “anonymous”, tolong tuliskan nama Saudara/Saudaripada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas. Terima kasih.]

BARU-baru ini, ketika memberi seminar mengenai pemberitaan ekonomi, seorang peserta bertanya adakah benar harga saham akannaik apabila pilihan raya umum (PRU) diadakan.

Saya jawab, ia dan tidak. Banyak faktor mempengaruhi harga di pasaran saham. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pasaran saham dunia banyak ditekan oleh ketidaktentuan ekonomi Amerika, Eropah dan Jepun.

Dulu, memang ada aliran ke arah itu. Apabila PRU hendak diadakan, saham beberapa buah syarikat yang diswastakan dan dikaitkan dengan parti-parti politik pemerintah akan naik.

Ada orang berkata, harga saham mereka naik kerana pelabur yakin parti pemerintah akan menang lagi. Ada pula yang berkata, harga saham ditolak naik kerana pemiliknya hendak mencari wang untuk derma pilihanraya.

Menjelang PRU 2004, apabila Barisan Nasional dipimpin oleh Abdullah Ahmad Badawi (Tun), memang benar harga saham beberapa buah syarikat, khasnya yang ada kaitan dengan ahli keluarga atau kawan-kawan beliau, naik.

Tetapi, sukar untuk meramalkan kali ini kerana pasaran saham teruk dipengaruhi oleh ketidaktentuan ekonomi Eropah di mana beberapa buah negara menghadapi kemungkinan muflis.

GLC Susah Main Di Pasaran

Lagipun, sekarang tidak banyak lagi syarikat milik individu Bumiputera yang boleh dikaitkan dengan parti-parti pemerintah pusat. Banyak sudah dimiliknegarakan semula selepas krisis mata wang Asia 1997/98 dan diubah menjadi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Saya rasa, sukarlah sikit bagi GLC hendak “bermain”di pasaran saham bagi mencari wang untuk derma politik. Ada tak ada pun adalah syarikat-syarikat milik agensi tertentu seperti Felda, yang mungkin boleh membuat tawaran permulaan awam – initial public offering – bagi menambah modal.

Julai lepas, Felda membuat IPO bernilai RM821 juta untuk anak syarikatnya, Malayan Sugar Maufacturing Berhad yang dibelinya daripada “Raja Gula” Robert Kuok.

Ura-Ura Mengenai Felda

Bulan lalu, muncul ramalan mengatakan Felda akan membuat IPO lagi - kali ini ke atas cabang komersialnya seperti Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd dan Felda Holdings Bhd.

Kalau ini terjadi, memanglah akan wujud bilangan saham yang banyak di pasaran dan sesiapa pun yang mendapat tawaran langsung ala “pink form” boleh membuat keuntungan modal dengan segera. IPO MSM amat berjaya.

Felda berpotensi menjadi syarikat perladangan tersenarai yang paling besar di dunia kalau IPO yang diura-urakan itu memasukkan ladang sebagai salah satu asetnya.

Soalnya, adakah mampu Kerajaan menjustifikasikan langkah itu dan bolehkah ia dilakukan sebelum PRU yang diura-urakan awal tahun depan?

“Punters” Tetap Main Di Pasaran

Apa pun, spekulator atau “punters” akan buat apa saja yang mereka jangka boleh memberikan pulangan cepat dan besar.

Itulah yang nampaknya sedang berlaku dengan sebuah syarikat perkayuan yang tidak dikenali di Bursa Malaysia bernama Harvest Court Industries Bhd.

Menurut laporan media massa baru dan lama, harga sahamnya meningkat daripada 8 sen pada 13 Oktober kepada RM2.14 pada 14 November.

Ini memaksa Bursa mengisytiharkan saham itu sebagai 'designated securities' dan menggantung dagangannya.

Menurut laporan lagi, Harvest Court sudah beberapa tahun bergelut dengan prestasi kewangan yang lemah dan pernah diisytiharkan syarikat bawah pengawasan PN17 oleh Bursa Malaysia kerana ketidakselarian keadaan kewangannya.

Tetapi, pada 28 Oktober, pengumuman dibuat yang syarikat itu telah melantik Mohd Nazifuddin bin Mohd Najib, anak nombor dua Perdana Menteri dan rakan kongsinya, Raymond Chan sebagai ahli lembaga pengarah.

Dengan sekelip mata, Harvest Court menjadi “darling” - buah hati - pasaran saham.

Menurut laporan 8 November akhbar perdagangan The Edge Financial Daily, Mohd Nazifuddin pada 4 November telah membeli 2 juta hingga 3 juta atau 1.7 peratus saham syarikat itu manakala Chan dikatakan membeli 13.83 peratus.

Siapa pun yang membeli saham syarikat itu pada harga rendah tentu sudah membuat keuntungan modal (capital gain) yang sangat besar sekarang kalau dia menjual saham pegangannya.

Inilah kesan spekulasi. Pemain pasaran tentu meramalkan sesuatu yang positif akan berlaku kepada syarikat itu, kalau tidak masakan anak seorang kenamaan hendak membeli sahamnya dan dilantik menjadi ahli lembaga pengarah.

Perkembangan ini mengingatkan saya kepada kenaikan besar harga saham ECM Libra menjelang PRU 2004, bagaimana ia bergabung dengan syarikat milik kerajaan, Anevue Capital pada tahun 2006, bagaimana Khairy Jamaluddin menjadi pemegang sahamnya, bagaimana dakwaan “insider trading” dilemparkan dan akhirnya beliau menjual semula saham miliknya (kononnya) dengan mengalami kerugian. Kontroversi itu masih dibincangkan sampai hari ini.

Itulah cerita pasaran saham dan perniagaan yang melibatkan orang kenamaan atau duit negara/duit rakyat macam National Feedlot Corporation yang membabitkan ahli keluarga Menteri Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil.

NFC adalah antara projek berimpak tinggi, yang mengikut laman web rasminya akan menjadi pemangkin menaikkan kecukupan daging negara kepada 40 peratus menjelang tahun lalu (2010). Sebaliknya ia menjadi bahan kritikan Laporan Juruaudit Negara 2010.

Wallahualam.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).