A Kadir Jasin
Tapi jangan bersangka buruk dan marah kepada Pahlawan Bugis yang darahnya bukan sembarangan itu.
MUTAKHIR, 5 JUN – Ramai memanggil dan menghantar SMS
meluahkan rasa kecewa yang teramat sangat dengan “no show” Mohd Najib di majlis
dialog “Nothing2Hide” dengan NGO di PWTC pagi ini.
| "Nothing2Hide" - Polis halang Tun Dr Mahathir |
Tapi jangan bersangka buruk dan marah kepada Pahlawan Bugis yang darahnya bukan sembarangan itu.
Saya yakin ada alasan yang kuat misalnya beliau
terlebih tidur dan bangun lewat kerana semalam terlalu nyenyak tidur sebantal
dengan isterinya.
Atau mungkin beliau menderita maladi “hypersomnia”
yang serius. [The main symptom of hypersomnia is excessive daytime sleepiness
(EDS), or prolonged nighttime sleep, which has occurred for at least three
months prior to diagnosis.]
![]() |
| Mohd Najib: Pahlawan Bugis atau "Joker"? |
Tidak tahulah saya kalau beliau mengidap maladi yang
lebih kronik separti “gila isin” (istilah utara daripada bahasa Inggeris
“insane”) dan lebih teruk beliau kawar (kawag) (daripada istilah Inggeris
“coward”). Atau beliau seorang “joker” yang mempersendakan khalayak. Untuk
selamatkan bos mereka daripada dimalukan di depan khalayak, budak-budak PMO
salahkan polis. Adoi, lawak.
POSTING ASAL
PERDANA Menteri Datuk Mohd
Najib Abdul Razak berkata beliau dan isteri akan nyenyak tidur sebantal setelah mendapat
sokongan rakyat Sarawak.
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan
disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Serentak itu, beliau memberi kata dua agar jangan menguji beliau
kerana katanya, darah yang mengalir dalam tubuh beliau bukan darah sembarangan.
Beliau dilaporkan oleh Bernama
sebagai berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat
#sarawakfornajib di Stadium Perpaduan di Kuching, hari ini.
![]() |
| Sarawak buatkan PM boleh tidur nyenyak |
"Saya tidak akan patah semangat, darah dalam diri saya ini bukan darah sembarangan, saya mungkin dilihat ada kalanya besemangat diplomatik, tapi semangat kepahlawanan tetap ada dalam diri saya.
"Jangan pandang rendah saya, saya akan terus berjuang, dan saya yakin BN
Sarawak akan bersama saya," katanya.
Sebelum ini, ketika berucap di majlis pelancaran laporan
Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Mohd
Najib berkata, pantang pahlawan Bugis menyerah kalah.
Keturunan Mohd Najib dikatakan
datang dari keluarga di raja Kabupaten Gowa di Sulawesi selatan. Beliau sendiri mendapat gelaran “Mappadulung
Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone” pada tahun 2005 yang menjadikan beliau “Pahlawan Gowa”.
Sarawak menjadi negeri terkini,
selepas Sabah, Pahang dan Perlis, yang “mengikrarkan” sokongan kepada beliau
dalam rangka lawatannya ke seluruh negara bagi melawan cabaran terhadap
pemerintahannya.
Tambah Mohd Najib lagi:
"Ketua Menteri Sarawak (Tan Sri Adenan Satem) tadi kata awak tidak
berseorangan, saya sambut dengan (berkata) saya gembira kerana saya tidak
berseorangan. Malam ini saya boleh tidur nyenyak, isteri saya pun boleh tidur
nyenyak, kami tidur sebantal, mimpi pun sama, kami rasa lega kerana
Sarawak BN jelas begitu ikhlas menyokong, saya boleh baca hati orang."
![]() |
| Malam ini mereka nyenyak tidur sebantal |
Sambil menyindir Tun Dr Mahathir
Mohamad, Mohd Najib berkata: "Dia
(Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem) hanya minta satu penggal saja - lima
tahun lagi pentadbiran - bukannya 22 tahun."
Katanya lagi: “ Ini zaman saya sebagai PM (Perdana Menteri), takkan saya
kena turun kerana kehendak seorang. Saya dipilih siapa? Rakyat bukan
rakyat Malaya (semenanjung Malaysia) saja. Rakyat Sarawak juga memilih saya
sebagai 'Apai Besai'. Saya nak tanya orang Sarawak... nak lagi saya jadi PM ke
tidak?"
"Saya akan terus pimpin negara kita, saya akan terus berjuang kerana banyak agenda kita belum selesai, paling utama kita nak wujudkan sebuah negara Malaysia yang maju.”
"Saya akan terus pimpin negara kita, saya akan terus berjuang kerana banyak agenda kita belum selesai, paling utama kita nak wujudkan sebuah negara Malaysia yang maju.”
Isi Hati Mohd Najib
Kalau Mohd Najib kata beliau
boleh baca hati orang, kita pun boleh baca hati beliau. Beliau sebenarnya tidur tak nyenyak walaupun tidur sebantal dengan isterinya.
Misalnya, beliau memilih
negeri kelahiran beliau sendiri (Pahang) dan disusuli oleh Sabah, Perlis dan
Sarawak kerana beliau tahu mudah mendapat audiens yang ramai bagi menyambut
beliau serta bertempek sorak dengan beliau di negeri-negeri luar bandar yang miskin.
Ini adalah selaras dengan pergantungan Barisan Nasional
kepada kerusi luar bandar. Lawatan ke Sarawak mempunyai erti
tambahan kerana negeri itu akan mengadakan pilihan raya dewan undangan tidak
lama lagi.
Kemenangan besar BN Sarawak penting untuk
kelangsungan pentadbiran Mohd Najib. Tetapi tidak seperti di Semenanjung dan
Sabah, BN pusat tidak mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Sarawak kerana BN
Sarawak terdiri daripada parti-parti anak negeri. Parti-parti BN pusat tidak
diwakili di negeri itu.
Jerayawara (roadshow) ke
negeri-negeri miskin ini juga penting kepada Mohd Najib kerana audiens umumnya
tidak tahu dan tidak faham isu-isu besar yang menghimpit kepemimpinan beliau seperti 1MDB, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kejatuhan nilai
ringgit dan hutang negara yang semakin meruncing akibat kelemahan mata wang.
Beliau hanya perlu berpidato
berapi-api dan menjanjikan habuan itu dan ini sambil mendabik dada mengatakan yang beliau
berdarah raja.
Wallahuaklam.
















