Sunday, May 31, 2015

Nak Tutup 1MDB Tapi Berhutang Lagi?


A Kadir Jasin

NAK tutup (wind down) 1MDB?

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Kalau nawaitu betul, “business model” bagus, harta banyak, juruaudit luar kata semua teratur, Lodin kata diurus dengan baik, tak ada siapa menipu, Jho Low tak ada kena mengena, tak bayar komisen berbilion ringgit dan tak ada duit lesap, sebab apa nak “wind down” 1MDB?

Takkan kerana dipertikai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan dipersoalkan oleh beberapa kerat blogger yang kutip berita dari tepi jalan (guna pakai ungkapan Encik Rizal Mansor), Perdana Menteri naik gabra dan nak tutup 1MDB?

Betul ka? Ini kita kena tanya jurucakap Kabinet mengenai 1MDB, Ahmad Husni Hazadlah. Itu pun kalau Ahmad Husni bercakap dengan atau atas persetujuan Kabinet.

Tapi surat khabar milik MCA, The Star kata, 1MDB akan ditutup menjelang awal tahun depan.

Kalau nak tutup, apa hal pula buat rancangan supaya para pelabur Abu Dhabi suntik AS$4.5 bilion (kira-kira RM16.4 bilion) ke dalam 1MDB untuk bayar balik hutang 1MDB sebanyak RM42bil itu?

Dua peminjam Abu Dhabi itu ialah International Petroleum Investment Company (IPIC) dan unit pelaburannya, Aabar Investments. Inilah syarikat Arab yang jadi “rakan kongsi” Jho Low dalam urus niaga dengan 1MDB.

Khadem al Qubaisi "kawan" Jho Low di IPIC kena lucut jawatan
Jadi bukan tutuplah, tapi atur balik perniagaan supaya boleh terus berhutang untuk bayar hutang. Masih cerita gali lubang baru untuk timbus lubang lama.

IPIC dan Aabar akan beri hutang baru RM16.4 bilion untuk bayar balik sebahagian daripada hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion, termasuk dari IPIC dan Aabar. AS$1 bilion sudah pun dimasukkan ke dalam akaun 1MDB.

Ikut berita The Star, 1MDB akan dipecahkan tiga, iaitu Tanah/Projek Tun Razak Exchange (TRX), Tanah/Projek Bandar Malaysia dan penjanaan elektrik  di bawah Edra Global Energy Sdn Bhd.

Pankalan TUDM Sungai Besi jadi Bandar Malaysia
IPIC dan Aabar tentulah tak akan suntik RM16.4 bilion kalau tak dapat cagaran yang berharga atau saham yang berbaloi. Rasa-rasanya mereka mahu saham dan bukan cagaran.
IPIC/Aabar Akan Dapat Saham Edra?

Maklumat tepi jalan kata, IPIC/Aabar mungkin mendapat hingga 49 peratus saham Edra Energy apabila disenaraikan atau dijual melalui pengeluaran persendirian.

Kita tidaklah mahu berburuk sangka dengan berkata mungkin duit RM16.4 bilion itu sebenarnya sebahagian daripada hutang 1MDB yang Dr Mahathir kata tidak dapat dikesan.

Tutup atau susun semula 1MDB tidak mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak-pihak yang mereka cipta 1MDB, khususnya Mohd Najib Abdul Razak selaku Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

Penyiasatan ke atas 1MDB wajib diteruskan. Alhamdulillah saya mendapat maklum daripada sumber-sumber tepi jalan yang rapat dengan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) bahawa banyak maklumat sulit sudah didapati.

Malangnya maklumat itu mungkin lebih buruk daripada yang kita ketahui selama ini. Besar kemungkinan lebih banyak bank dan institusi kewangan tempatan yang terdedah kepada krisis hutang 1MDB, termasuk institusi yang berkaitan eksport dan import. Dikhabarkan juga bahawa ada cek bernilai beratus juta dolar bertukar tangan.

Agaknya kerana sebab itulah Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy tergesa-gesa memberi taklimat kepada Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN, Shahrir Abdul Samad yang pernah jadi Pengerusi PAC. Shahrir adalah antara penyokong kuat Mohd Najib.

Orang Putih penasihat media Mohd Najib
Arul Kanda tidak boleh jumpa PAC kerana kononnya berada di luar negara tetapi sampai saja di Kuala Lumpur beliau bergegas jumpa Shahrir yang khabarnya diiringi penasihat media Mohd Najib, Paul Stadlen.

Wallahuaklam.


55 comments:

akaz said...

Salam DAKJ,

Saya mengharapkan PAC dapat menyelongkar keseluruhan modus operandi 1MDB. Semoga hasil penyiasatan PAC ini dapat membawa orang-orang tertentu yang mengendalikan 1MDB ke muka pengadilan. Memang ada yang tidak kena dalam segala operasi perjalanan 1MDB. Semuanya bermula dari awal-awal lagi penubuhannya seperti ada udang disebalik batu. Teringat tulisan DAKJ berhubung kata-kata orang bugis lama yang sebahagian berbunyi " Kalau tidak baik janganlah dikerjakan, nanti kembali juga keburukan kepadamu" mungkin inilah yang akan berlaku pada DSN.

Quantum Metal Consultant said...

Kalau kapal sudah di tengah lautan, kerja menampal beberapa lubang yang sudah di masuki air bukan kerja senang Tok..

Jenuh dok pulun.

Jerung pun pi mai pi mai dok jelin..

wara said...

I wont be voting bn as long as the 'worst pm since '57' is still the pm.

hazleezaiton@yahoo.com said...

Salam dato,



Cool down dato!..cool down,cool down.


Tukar nama pun wind down, pecah pecah pun wind down, hilang nama pun wind down.


Bila dah `aman damai' nanti, wind up lah.


THE ISSUE,as it is today,is not the `business', but, is the bulk of the money has been owned by (several?) peoples that it not `business of 1MDB',and the money that has changed hands is not `coming home'.

The money is gone forever.....


The damage is going to be done to the nation's economy and the `repercussions' and may be `multiplying-lost-effects' are on the way,like a run away locomotive on downhill tract....and we try to stop it bare handed...mesti mati punya.


You need another huge up hill locomotive to stop it, if not another hill or mountain.


Translated that effect is MORE borrowings/fire sales/just give the present TRX lands to WHOEVER it can be. period.


TRX has transformed into T-REX,the killer dinasour!.



Abu Bakar Ab Rahman

yana said...

Salams Datuk AKJ,

Kalau dah memang duit bertukar tangan dan disimpan di merata tempat, tukar bentuk jadi aset dan tukar lagi ke tunai memang perniagaan tak betullah tu. Pengubahan wang haram. Berani sungguh depa ni yang diterajui oleh PM sendiri. La ni dah terbukak satu persatu. 1MDB nak ditutup ka disusun semula ka tetap kena tetap salah. Mohonlah maseh ada manusia dalam PAC yang maseh boleh diharap execute tugas mereka dengan benar jujur kerana kalau tak buat dengan betul tempias percikan nanah busuk 1MDB akan terkena pada muka dia orang jugak. Jangan ikut jadi macam yang lain-lain yang cuba melindungi jenayah hanya kerana penjenayah adalah big boss mereka. Nanti apabila pemimpin bertukar tangan dengan kesemua mereka ni sekali boleh gulung tikar dan balik kampong anyam bulu ketiak. Itu pun kira nasib baiklah kalau tak disumbat sekali ke dalam penjara oleh Perdana Menteri baharu, Ketua Polis baharu, semua ganti baharu.

Terima kasih Datuk A.Kadir Jasin. Have a restful weekend with your loved ones ;))

Msh said...

Salam Dato.

Betul...'the money is gone forever'.

Ianya tentu patah balik atau masuk kantong org tertentu sahaja....yg maha berkuasa........tetapi Jho Low pun ada bahagian juga.

Pokoknya...selagi ada Penasihat Syarikat yg lidah bercabang serupa biawak....selagi itu isu 1MDB ini tidak selesai.

Bercakap berbelit2...."Asset RM52billion dan hutang 'cuma' RM42 billion"..
...jadi 'no problem'.....kira 1MDB selamat.

Selamat yg mcm mana....hutang mesti dibayar dgn Faedah ..jika 5% pun 1 tahun pun sudah jadi RM2.1billion...1 bulan sudah hampir RM200m seperti kata Muhyiddin....sumber pendapatan (revenue) belum kelihatan apa2.

Ini juga tidak selari dgn apa yg Lodin cakap...." Semua tentang 1MDB... ok....No issues".

'No issues'...kepala jadah.

Dato...ini 'modus operandi' ketua2 negara nak cilok duit...tubuh syarikat...guna proksi atau Pak Sanggup......kemudian beli/jual itu ini....serupa yg Suharto dan Marcos lakukan.

Melayu ramai yg sudah tahu caranya Presiden/Penasihat 1MDB guna pakai... sudah mulai mual...menyampah...meluat...dan benci.

Tentu ini akan berkesudahan dgn Parti Umno yg menjadi mangsa.

Parti akan jadi hancur lebur kerana kepercayaan org Melayu telah terhakis terhadap Presiden dan Penjilat2 Haram J. tidak sedar diri...yg terang2 tidak tahu malu dan telah mengkhianati bangsa sendiri.

Kalau keputusan PRK Rompin dan Permatang pun tidak diendahkan dan masih mahu berbohong sana sini....kunonnya
Umno masih kuat dan ahli masih sayang pd dia....kira kita yg 'silent majorit' ini jelas sekali diperbodohkan.

Terima kasih

Othman Ahmad said...

1MDB' s debt is like a snowball getting bigger and bigger each day. What Najib & his 1MDB associates do is like "gali lubang tutup lubang". That's the consequences when you let the Zionist Goldman Sach & APCO manipulate you. You start spinning your words re: US$1.3 billions cash as what president Bill Klentong did over the famous ice cream job, and you're fond of beating around the bush re: 1MDB like president bushy George Bush did over 9/11 crime.




Unknown said...

Aslkum Dakj.

Setakat ini sy rasa Men kew 2 ni adalah muka bersih boleh dipercaya sikit.

Rupa2nya harapan saya meleset.

Tok Pa yg diwar2 org bersih dari UMNO Kelantan pun diam membisu pasal IMDB.

Diam bila boleh membawa erti kita sekongkol maka kita pun 2×5 la. Jelas UMNO tiada lagi org berwibawa.

Diam bila kita lihat kemungkaran sedangkan kita dah bersumpah jaga kedaulatan rakyst bererti kita telah khianat.

Saya tak fikir soal kehilangan wang rakyat dalam IMDB, bersifat terlalu teknikal hingga sukar difahami oleh wakil rakyat UMNO dan BN. Dan presiden PAS jugak.

Hingga hampir kesemua mereka jadi bisu atau sengaja membisu.

Bolehkah di akhirat nanti mereka lepaskan diri dgn berkata ini semua dosa PM seorang?.

Unknown said...

Salaam DAKJ.

Tok,
Saudara Zaman Khan kata polis tak perlu tunggu laporan utk siasat kes ni tok ? Tapi kenapa ye...najib dan konco2nya masih bebas mcm tak buat salah apa pun ? Undang2 ada double standard ke tok ?
Sepatutnya dah kena dah diaorg ni....saya tak la pelik.....cuma rasa marah la pulak !
BANGSA MELAYU d malukan hingga demikian rupa....satu suara pun tak naik ? Mmg kabinet ni banyak yg pondan....Tok ?

budak jawa said...

Assalamualaikum DAKJ,

Semakin aktif nampaknya 1MDB berurusniaga seolah-olah tiada masalah walaupun pengauditan masih berjalan dan PAC juga baru nak bermula.

Bayar hutang ni soal lain. Soalan asal masih tak berjawab, ke mana duit hutang 1MDB dibelanjakan selain dari beli IPP,tanah di Penang dan lain-lain perbelanjaan. Kalau ini pun belum terjawab, dibuat pula urusniaga lain yang melibatkan jumlah wang yang besar. Saya khuatir apa pula balasan 1MDB terhadap urusniaga tersebut dan implikasi kepada Kerajaan.

Memandangkan kita sedia maklum 1MDB merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan, diberi modal oleh Kerajaan, diberi aset bernilai tinggi pada nilai nominal oleh Kerajaan dan hutangnya dijamin oleh Kerajaan, saya harap pihak Audit Negara dan PAC mempercepatkan siasatan. Sekiranya tidak, saya sangat ragu-ragu dengan urusniaga 1MDB yang semakin rancak. kalau kata bermasalah, kita nak tahu dimana punca masalah 1MDB, barulah langkah yang wajar dapat diambil. Kalau sangat perlu juga menjalankan urusniaga atas dasar kelangsungan, saya cadang ia dijalankan di bawah pengawasan satu lembaga atau jawatankuasa bebas, ahli lembaga pengarah sekarang perlu mengundurkan diri atau digantung. Ini bagi mengembalikan kredibiliti 1MDB untuk menjalankan urusniaga.

Berkenaan ahli kabinet diminta turut sama bertanggungjawab berkenaan dengan isu 1MDB, sewajarnya ahli kabinet boleh menolak sekiranya penubuhan 1MDB dan dasarnya tidak melalui kabinet dan hanya sekiranya mereka membangkitkan perkara tersebut di peringkat awal. Tetapi kerana ahli kabinet juga tidak membangkitkan perkara ini dari awal sehingga 1MDB berada dalam keadaan semasa, sewajarnya mereka juga mengambil tanggung jawab kerana tidak menjalankan tugas, amanah dan tanggungjawab dengan baik.

budak jawa

zainal abidin awang kechik said...

dalam dunia terkini.. tok
banyak perkara ajaib

Unknown said...

UMNO member asked to Tun Abdullah to resign because they were not happy with his performance. NAJIB IS BEING ASKED TO RESIGN BY NOT LESS THAN 25 MILLION RAKYAT BECAUSE HE SCREWED UP RM42 BILLION AND NOT ABLE TO ANSWER WHERE THE MONEY IS. That is the difference

adion said...

inilah akibatnya bila jawatan dan amanah diberikan kepada individu yang tidak pernah diuji tahap kemampuannya.

kalau zaman dahulu jika hendak jadi pendekar bugis, tok guru akan memberi pelbagai ujian sebelum anak murid di kira layak untuk peegi berjuang.

aku said...

Kadiag, salaam. Astaghfirulloh...Nampak gaya depa bukak medan tenpok baru,'front' kata mat saleh. Nampak macam kemaih dan tersusun. Mungkin dgn 'suntikkan' tim baru depa kot. Ada NGO baru tawak kenunnya satu juta nak korek apa yg buleh korek. Lagi satu, duit tok arab. Masuk pulak syarir JB...tak pasai pasai dok teran...pada hai tak dengak bunyi apa apa dari je ni bab ceroboh di wang klian, dan kalau ikut kata setengah orang, 150,000 lebih dah jerluih masuk...nunjuk berapa tera mamak igp dan imigresen malaya. Tapi bukan aku nak cereta pasai 'right of return' depa ni, aku nak habak mai kot hampa pon kena lebih tangkaih bukak medan baru, jerangkap samar ka, 'ambush' atau serang endap ka...macam mana pon, terima kasih lah, dan mintak mangap no, kot bunyi macam nak mengajak hang pulak. Semoga berjaya. Wa sallam.

Merdeka said...

Begitu mudah rakyat dan ahli-ahli politik - wakil-wakil rakyat - tertipu dengan muslihat dan helah yang dilakukan oleh rangkaian PMO (PM's Office). Tak sangka. Tak sangka.

Lahuma said...

Dato.

! MDB belum reda dan padam.Apa yang berlaku makin panas dan menggerunkan.
PM Najib sepatutnya kena jawab persoalan yang dibangkitkan oleh TDM dan lain-lain kumpulan.
Bukan cuba lari dari isu.
Dalam perjumpaan PM Najib asyik bercerita cara pemilihan UMNo.Itu bukan isu.
Isu depan PM Najib ialah 1 MDB yang makin kalut.
Rakyat tak mahu dengar tentang sistem pemilihan UMNo.Itu hal UMNo.
PM Najib kena jelaskan fasal 1 MDB.

Ketua Bahagian yang dapat ganjaran pun geleng kepala bila isu ini diminta penjelasan.
TDM bukan sengaja cari isu.

Ramai ingin tahu kenapa 1 MDB ini terlalu sangat banyak rahsia dan suitt-sulit.
Keyakinan rakyat sudah hilang.Cuma keliling PM Najib sahaja resah dan gelisah,
Buat Pgrogram Tegak Benang Basah.

Khabarnya banner minta PM Najib letak jawatan akan menyusul tidak lama lagi dari berbagai pihak.
Biarlah UMNo jaga PM Najib dengan sistemnya yang dikatakan demokratik.


Kenapa lambat dibentang pada Kabinet.

Terima kasih dato.

Hang Kasturi said...

Salam DAKJ..pursuant to what Ku Li said i.e. the whole Cabinet of DSN should be held responsible and liable for the corporate fiasco involving 1MDB,DSN has wisely used this collective doctrine in asking any Minister to resign from the Cabinet if not loyal to him.None tenders resignation.

This is understandable. The timing is NOT right. The right timing is when PAC and or AG publishes their damning report exposing the financial fiasco of 1MDB.

Hang Kasturi

Unknown said...

Aslkum Dakj.

Dua tiga hari ni MAP sibuk cerita soal APIC dan anak syarikatnya dari Abu Dhabi tolong lunaskan pinjaman IMDB kpd konsotium bank antarabangsa.

Malangnya perincian hutang baru dari rakan kongsi IMDB tu tak pulak diwar2kan.

MAP juga hingga sekarang gagal tanya Najib bagaimana duit berjumlsh rm42b yg IMDB pinjam tidak dpt dikesan dgn jelas kemana perginya.

MAP kena tanya kalaulah kewangan IMDB tu bagus sangat kenapa pulak konsotium bank itu boleh membatalkan pinjaman mereka kpd IMDB 4 bulan lebih awal dari tarikh tempuh hutang matang?

Apakah kerajaan Najib tiada perasaan malu bila syarikat milik kerajaan spt IMDB diperlakukan spt itu?

Atau perkataan "malu" memang tiada dalam kamus perbendaharaan Najib dan ketua2 UMNO?.

Unknown said...

Sbb tu bila.kes ni timbul tahan je mereka2 ni. Skrg berapa banyak drama baru ? Ini kes songlap duit tanpa apa2 perancangan yg d bentangkan....boleh ke ?

MARHEIN Utara said...

Ingin memetik apa yang saya baca dalam blok 'Anak Sungai Derhaka' : PM meminta ahli Kabinet meletak jawatan jika tidak menyokongnya dalam pelan pemulihan 1MDB.

Kesian ahli kabinet sebab depa mesti keliru dan haru biru sekarang ni. Sebab haru biru ialah, sebelum ini didakwa 1MDB tidak ada masalah dan dilandasan yang betul. Kalau dah tak ada masalah buat apa nak buat pemulihan ..... heheheheeeeeeee (nak ketawa pun ada) dan huhuhuhuhuhuhhhh (nak menangis pun ada) dengan keadaan ini.

Kalau ahli kabinet pun boleh disepak terajang, apatah la lagi rakyat maerhein, mau dok kena pijak - tenyeh lagi.

Minta dan amat berharap, ahli kabinet dapat berfungsi sebagai ahli kabinet di parlimen yang mewakili dan menjaga kepentingan rakyat, jangan jadi ' kabinet dapur'.

Seperti yang saya kata sebelum ini, lagi CACAMERBA dengan isu 1MDB ni :

1. Di dakwa tak ada masalah TETAPI nak kena dipulihkan;
2. Dari segi teori, Syarikat yang prestasi bagus, tiap-tiap bulan dok kira untung
bersih dan menambah pelaburan untuk tambah keuntungan, tapi .. syarikat ini -
bulan-bulan dok pusing-musing pikiaq bayaq nak hutang dan tambah hutang.
3. La ni PM atau jawatan PM macam dah bukan pemimpin / bekerja untuk rakyat kepada
rakyat sebab dah tak nampak PM berfungsi untuk rakyat (tugas hakiki seorang PM).
Tetapi la ni PM dan nampak macam seorang pengarah syarikat pula (Part time job
dah jadi tugas HAKIKInya pula), mana pi ahli lembaga pengarah 1MDB. Seolah-olah
pentadbiran kerajaan Malaysia dah macam tak ada atau berfungsi pada tugas hakiki
tetapi lebih kalut pada yang bukan hakiki.
Kalau penjawat awam tak buat tugas hakiki dan kalut dengan tugas sampingan apatah
lagi 'part time job', mesti dah lama kena tindakan.

Chek pening dok faham makna 1MDB. 1MDB = One Malaysia Delevopment Berhad @ Syarikat Strategik Malaysia ATAU ...... 1MDB - 1 Malaysia DiperBodoh @ songlap duit rakyat.

OhhhhhHHHHH .... minyak naik lagi. Tapi tak pa, sebab kannnn Rakyat Malaysia Berpendapatan TINGGI (statisitik Pendapatan KDNK), apa nak heran / terkesan dengan naik 10 sen.

Agak-agaknya sebab statistik ni la gamaknya, kerajaan Indonesia meminta gaji rakyatnya yang berkerja amah di Malaysia di naikkan kepada RM 1,200/bulan.

Lagi pun statistik pendapat rakyat Malaysia dalam KDNK adalah (buka RM nooooo TAPI) USD 4+++ / sebulan. Kalau takat minta RM 1200 atau baru hnaya USD 3++ sahaja, tak kan tak boleh kot Enteng sahaja sahaja kan. Heheheheeeeeeeeeee, Indonesia pun dah 'pemain/manipulasi'kan Malaysia. Kalau Singapura tak payah kata la, dah lama dia mainkan Malaysia. Tak kan kita nak tolak permintaan Indonesia yang RM 1200 / bulan itu mahal, sedang KDNK kata rakyat Malaysia berpendapatan tinggi. Bijak..... bijak .... bijak bapa menteri Indonesia.

Entahlah , apa nak dikatakan lagi.

Unknown said...

Aslkum DAKJ.

Mengambil kira komen dalam Laporan tahunan Ketua Audit Negara.

Sekiranya kerajaan UBN betul2 berpegang kpd prinsip praktik tataurus kelola kewangan negara yg bersih , cekap dan jujur, maka paling tidak RM50B wang rakyat dapat dijimatkan.

Nah dalam kes Najib yg dah memerintah 6 tahun bererti RM300B wang rakyat telah dibazirkan....tidak termasuk wang IMDB.

Kalaulah wang RM300B yg berjaya dijimat itu di simpan dalam tabung khas maka dividen 6% setahun yg telah drpd wang berkenaan saja tak kurang RM18-20B.

Tanpa mengusik wang pokok sebanyak RM300B itu banyak perkara boleh kerajaan Najib buat dgn wang dividen RM20B.

Contohnya.

1. Dengan 20b kerajaan boleh sedekah 200000 unit rumah murah secara percuma yg berharga rm100000 setiap satu kpd yg layak.

2. Dengan 20b kerajaan boleh mampu menaikkan gaji tahunan rm24000 atau rm2000 per bulan kpd 833333 kaki tangan awam.

3. Dengan wang rm20b kerajaan boleh menyediakan yuran dan belanja berkaitan percuma bagi menampung 4 tahun tempuh belajar pelsjar universiti awam berjumlah rm50000 setiap org bagi seramai 400000 pelajar.

4. Dengan rm20b kerajaan boleh membantu elaun org susah atau org yg tidak punya pekerjaan sementara seramai 1666666 org setahun.

5. Dengan rm60b atau rm20b×3 kerajaan mungkin boleh membeli balik segala saham syarikat tol dengan itu melepaskan rakyat drpd membayar macam 2 tol di sana sini.

6. Dengan wang rm20b kerajaan boleh memberi geran atau pinjaman buat bisnis termasuk pelihara lembu sebanyak rm200000 setiap siswazah menganggur Melayu berumlah 100000 orang. Tidaklah laki kak IJAT sorang je dah balun rm250jt.

Alang kah bahgia kalau ada perkara2 di atas dalam otak Najib dan ketua2 UMNO?

Melayu pun bodoh. Siapa suruh tak mintak?

Barulah Melayu ada kelas bila sokong UMNO.

Othman Ahmad said...

Buenas tardes senior Maliq....

Excelente aportacion. Un clasico, muy buena, muy buena.

Bravo gringo...... You have my fullest support.

Din Klang said...

sedih saya apabila kedaulatan parti Umno milik orang Melayu digunakan demi kepentingan untuk mendapatkan jawatan dan kemudian digunakan untuk kedudukan dan kekuasaan nafsu sendiri

wara said...

i wonder how
i wonder how pm can sleep at night when 20000 people are suddenly jobless. and a bloody foreigner's big idea. 20000 less votes for bn.



leleaq said...

Tak pernah lagi Perdana Menteri dihina,dimaki dipariakan oleh hampir seluruh rakyat Malaysia.

Tak pernah lagi dalam sejarah politik Malaysia,PM dikata menurut perintah bini.Maksudnya takut bini.Queen Control kata P Ramlee.

Paling hebat mengenai Perdana Menteri Malaysia sekarang ialah dia berbohong.Maksudnya PM seorang PENIPU.

Akhir sekali, inilah Perdana Menteri paling bengong dalam sejarah melayu dan dalam sejarah Malaysia.

Nampaknya semua setuju dengan usul di atas.Sebulat suara la tu.ma ceeeh...

leleaq said...

Penyamun Tarbus.Dalam hal Najib ni,bukan hanya 1mdb sahaja tetapi berbagai bagai lagi yang bermasalah seperti layanan melampau kepada cina dan india,pendatang Myanmar bersepah sepah,Indon berjuta juta,tempat maksiat bertaburan hingga ke pekan pekan kecil,peniaga restoran pattani Thailand di serata Perlis hingga ke Johor.

Melayu masih kalut mancari duit buat anak sekolah,makan minum pun paling asas sahaja.Jangan harap kami orang kampung mampu hantar anak pi tution.Hidup makin hari makin susah,bukannya bertambah baik.Peluang apa sahaja,dari pembinaan,pertanian,perniagaan disapu oleh pendatang haram ini dari bandar besar hingga di kawasan kampung kampung.Hampa tau dak wahai ketua ketua UMNO seluruh Malaysia,ka hampa buat bodo saja ?

Masalah melayu kerajaan tak peduli.Makin banyak anak melayu terlibat dengan dadah.Peringkat sekolah pun masalah ini sudah ada.Sehingga kini,tidak ada perubahan dari tindakan kerajaan yang bersungguh sungguh melainkan sekali sekala sahaja.

Sudahlah peluang peluang apa pun semakin sempit kepada melayu,ni disamun beradap pula oleh kerajaan Najib.Apa punya malang nasib melayu,walau pun duduk dalam negara sendiri.

Semakin hari melayu srmakin miskin sedangkan perkapita negara dikata sakan sangat.

Malaysia akan jadi negara maju,siapa yang maju itu?Tentulah Najib yang dikata sangat kaya itu adalah petunjuk bagi pihak orang melayu.Melayu kebanyakan kami ini kelas apa agaknya?

UMNO memang sudah tak boleh diharap.Harap pagar,pagar makan padi...Kalau masih ada Hang Jebat,siap kau Najib

badaruddin mahmud said...

Salam Datuk,

Having read through all happenings and comments in available media in the country within the last 2 months, every malaysian citizen including but not limited to umno members, branch and division heads, wanita, pemuda dan puteri generals, the 3 vps and a dep supremo, bn members and supporters in my opinion, has a crucial decision to make

1. For all voters be with najib on 1MDB and shut up with no question asked or decide immediately not to vote for him in pru14.

2. For every umno member, you can remain mute or speak up with clear conscience to be heard through your branch or divisional heads

3. For umno branch or divisional head, you have a big responsibility to tell your wanita, pemuda and puteri generals, 3 elected vps and dep president of the opinions of your people

4. For the wanita, pemuda and puteri and 3 vps, it is your duty to tell najib of umno members' voices, concerns, wishes and hopes

5. For muhyiddin, it is of utmost important that you say your piece ofmind now that nsjib has posed an ultimatum...either you tag along or stand up to him abd say enough is enough. If you do not, you would no longer command respect of all supporters who have high hopes on you.

To all MPs, irrespective of political parties you are associated with, exercise your right TO REPRESENT YOUR CONSTITUENTS TO SEEK VOTE OF NO CONFIDENCE IN PARLIAMENT. If youdare not, do not talk about democracy and rights of the rakyat and remain a monkey who sees, hears and talks no evil.

Whilst i do believe something is coming up with 1 or 2 cabinet member resigning, rumour has that therd would be a mutiny...we wait patiently with or without AG OR PAC findings.

Selamatkanlah Malaysia...ya ALLAH













Unknown said...

Assalamulaikum pak kadir apakhabar moga terus sukses dalam kehidupan membongkar kes berprofile tinggi 1MDB. 1MDB semakin kalut dan melalut macam2 idea macam2 cadangan dari pak menteri dan pegawai kanan namun hakikat nya kemelut tidak akan reda dalam masa terdekat ini.
Khabar nya 1MDB sudah dapat dana dari abu dhabi yang dimaklumkan itu bukan pinjaman kalau bukan pinjaman apakah itu bantuan mungkinkah itu wang zakat? rakyat semakin bertanya semakin kalut bagi saya biarkan mereka melakukan usha untuk membaik pulih perahu yang sudah karam.
Amat mengejutkan syarikat penerbangan nasional akan menamatkan perkhidmatan STAFF nya di pelbagai peringkat secara besar-besaran apakah moral pengajaran yang kita dapat dari perkara ini kalau kita menoleh sejarah silam sebelum ianya diberi kepada melay businessman syarikat tersebut untung hingga mencapai ketahap bilion simpanan nya bila ianya diswastakan sepenuh nya maka kerosakan pun berlaku di situ.....tapi sekarang nasi sudah jadi bubur....kita rakyat pening juga setiap syarikat yang dikendalikan oleh kerajaan mesti ada masaalah seperti PERWAJA dan sekarang MAS...sampai bila kita akan menghadapi keadaan ini apakah nasib 1MDB hanya masa yang menentukan nya...WASSALAM DATO KADIR DARI INSAN YANG MERAPU BUKAN MENGAMPU...

joe black said...

Dato'

By asking his Cabinet Members to leave if they disagree on his handling of 1MDB, Najib has tacitly declared that he would do or die with 1MDB. It also means that those staying along with him will have essentially given him blanket consent to spend government/taxpayer's money to bailout 1MDB.

Abu Dhabi's eleventh-hour decision to give $1b to 1MDB will only reassure other lenders in the very short term, but with $42 billion of debts looming and little clarity on how it will be paid, 1MDB's troubles are far from over.

Although 1MDB's CEO indicates that the 1 billion is not a bailout everyone is still waiting for very clear communication on the details especially with Abu Dhabi's reputation for hard bargaining. What has been given away and what losses have been incurred? The funding by Abu Dhabi is small compared to the overall debt.

1MDB's debt won't be solved easily and needs a lot of measures on how to settle its debt - hair cut, sell assets - something has to be done. One thing is certain, 1MDB cannot repay anything (that's why they have to beg for money from Abu Dhabi in the first place).

A reminder to those Cabinet Ministers planing to stick with Najib all the way down... 1MDB's TROUBLES ARE FAR FROM OVER.

Unknown said...

Sdr Din Klang.

Saya sokong komen bernas sdr 7:15pm

ex SAHC said...

dato.... ce que nous avons ici en Malaisie est un policier muet qui aiment à tweeter

Unknown said...

Sdr Wara.

Terimakasih kerana bangkitkan isu 20000 pekerja jadi penganggur.

Apa Najib dan ketua2 kisah.

Dikeliling mereka semua senang belaka drpd ketua cawangan hingga bahgian. Lagi pun yg 20000 tu selama ni pun belum tentu sokong UMNO.

Itulah mentaliti pemikiran ketua2 UMNO.

Dgn senjata BRIM mereka tak heran hilang 20000 undi sebab mereka boleh beli 2000000 undi.

Tak cukup lagi?

Mereka ada mat bangla dll.

Asalkan setiap tahun mereka terus hunus keris teriak " hidup Melayu"

Melayu miskin lagi bodoh mana ada modal berfikir.

Unknown said...

Sdr laleaq.

Tepuk10 kali. Saya setuju pendapat sdr.

Unknown said...

Aslkum DAKJ.

Sesetengah pembahas setuju kalau Najib dibelasah.

Dah mereka sangat marah kalau TDM jugak dipersalah.

Sori. Pendapat saya jelas. Bukan saja TDM dan Najib bersalah atas kebanyakan masaalah negara waktu ini malah semua kita kena cermin diri kerana selama ini terlalu taksub pd UMNO.

Kenapa suka diperbodoh, BODOOOH!

Unknown said...

Sdr laleaq.

Baik pekerja Indon atau Bangla.

Mereka tak rasa takut atau bersalah jadi bisnismen dgn jadi pengesab kerja buat rumah sekali gus menafikan org tempatan peluang tersebut.

Takkan pihak berkuasa tak tahu bahawa mereka itu memakai pasport pelancong atau visa pekerja.

Seolah2 negara ini tak punya undang2. Atau sudah digadai oleh pak menteri hingga ke bawah.

Kalau tidak, takkan lah kem tahanan haram pun pihak berkuasa kata tak perasan.

Apa lagi peluang kerja yg ada pd org tempatan terutama Melayu?

Tak hairanlah kalau org Melayu ramai jadi pengganggur, merempit atau ukur jalan sambil jadi belukor angin atau penunggu rasuah BRIM.

Adakah segala yg terjadi pd org Melayu ini sebagai satu grand design pihak tertentu yg jahat untuk melemahkan anak2 Melayu.

Selama ini ketua2 UMNO tak nampak ke permainan jahat pihak tertentu nak melingkup anak Melayu generasi akan dtg.!!!

Itu pun kita dgn senang nak bodek kata mantan PM yg sorang tu sebagai negarawan.

RD atau AL nak nafikan hakikat ini?

Anti Liwat. said...

Siapa yg bodoh disini?

Kita berbahas tentang Najib, Presiden Umno yang banyak isu2 kontroversi dan dengan serba satu pembohongan mengenai 1MDB.

Kita mahu dia letak jawatan dan mahu perjuangan Umno diteruskan oleh orang atau ketua Melayu yg jujur dan amanah.

Kenapa saudara gemar menuduh orang yang mahu Umno Kekal dan diganti degan ketua2 ananah dan jujur sebagai bodoh?

Apakah kerana orang2 yg tidak memihak saudara untuk bersetuju dengan kempen saudara menyokong Peliwat semuanya bodoh?

Cermin diri sebelum menuduh.

Pkr...didokong oleh Peliwat bini dan anak. Parti ini berjuang bukan untuk rakyat tetapi untuk menolong peliwat mejhadi PM. Itu saja. Tetapi sekarang dengan kuasa Allah ia tidak menjadi dan dia merengkok dlm jel.

Pembohongan permainan mereka sekeluarga.

Saudara faham kah semua ini?
Apa perlu melompat sana sini dan menuduh orang yang bukan2, kerana tidak sehaluan dgn kehendak saudara.

Blog ini buka bapa awak yang punya.

BUKALAH BLOG SENDIRI!!!!!!!

Megat said...

jgn dilayan org mcm tue..biar dia komen apa pun...nampak alim dan terpelajar...tp bahasa mat pet blakang mati pun cantik lagi.... dia, idola dia dia anwar si peliwat, Najib si pm hampas mmng ada 1 persamaan... anwar si peliwat suka melalak mencarut di pentas , najib mencarut memaki org di MAP...dia kt blog nie lah...beza dia tkde kuasa jer...

Anti Liwat. said...

Terima kasih,
Sdra Nabil Suffian.

Ya...atas ihsan Dato, dia (Penyokong Peliwat) mahu semua pembahas disini ikut serta menyokong manusia 2 alam yg Allah Laknati.

Memang dia dengan begitu taksub memuja dan mengutuk TDM, itu masalah dia, apa pula guna blog Dato nak kempen pula?

Melaluk, mencarut,memaki seakan2 dia yang betul., atas ihsan DAKJ.

Puuuiihh!!!!!

Apa yang dia bahaskan sekian lama?

Cuma berkempen untuk PR dan mengutuk TDM dan Umno.

Unknown said...

Lagi banyak Anti Liwat berbicara lagi terserlah ketidak cerdikan beliau.

Dan rasanya RD=Al=Kawan Lama=Nabil Suffian.

Kualiti cap ayam terima gaji drpd PMO

Othman Ahmad said...

Saya dgn penuh keinsafan serta kesedaran selagi hayat dikandung badan mengharamkan diri saya serta keluarga menyokong maupun mengundi parti Persetubuhan Haram PAKATAN antara PAS, PKR & DAP yang jelas tidak berdaftar dgn sah di sisi undang2. Mereka berjimak bagai pasangan 3 lelaki berkongsi 1 isteri. Bagaimana mungkin kapal akan selamat berlayar dgn 3 nakhoda yg tak sehaluan.

UMNO telah terbukti jasanya sejak sebelum merdeka hingga me saat ini dalam membangun negara. UMNO adalah peneraju/kapten dalam pemerintahan negara. Kerencatan terjadi apabila kepimpinan diambil oleh pemimpin kuat tidur dan diganti oleh si dayus takut bini/yahudi/amerika/British/spork. Situasi akan tenang & pulih kembali selepas pemimpin UMNO dayus ini disingkirkan. Hidup UMNO...!!

Othman Ahmad said...

Sdra UAA...

Boleh anda substantiate with proven track, record & recognition of Anwar Gay's significant contributions to Malays, Islam, Malaysia & the world.

TDM is my mentor and I strongly believe I can establish why TDM is the Grand Old Wise Statesman.

Othman Ahmad said...

Tun Mahathir bukan maksum. Sebagai insan pasti beliau pun buat khilaf semasa trial & error. Tapi yg pasti beliau meninggalkan legasi yg akan dikenang zaman berzaman. Seperti Tembok China oleh Maharaja Shi Huang Ti & Taj Mahal oleh Shah Jehan... Tun Mahathir telah meletakkan M'sia terkenal di peta dunia, mengubah masa GMT negara, lebuhraya bertaraf dunia berlatar imej Islam, jambatan terpanjang Asia tenggara, KL & Petronas Twin Towers, Putrajaya, Litar Lumba Kereta/Motor Antarabangsa Sepang, menyelamatkan penyembelihan kaum Muslim Bosnia oleh pihak Serbia, menaikkan taraf hidup/martabat kaum Melayu & Bumiputera, pendidikan & universiti2, industri berat & automotive, sains & teknologi, IT & pencelikan komputer dan bermacam-macam lagi.

Beliau mampu berdikari dan juga yakin dgn kemampuan anak bangsa sendiri tanpa mengimport talent corps dunia luar. Ini terbukti bila beliau menyabung nyawa dgn mengambil risiko guna khidmat pakar anak Melayu bagi pembedahan coronary bypass satu ketika dulu. Rakyat dunia Islam amat kagum & mengenali beliau kerana keberanian & ketegasannya membela maruah Islam dari penganiayaan Israel, Amerika & sekutunya. Beliau pernah jadi sasaran/target bunuh oleh pihak CIA.

Itulah catatan serba ringkas mengenai pemimpin yg tidak ada tolok bandingnya yg ditohmah sebagai Maha Firaun.

Kawanlama said...

Silap saudara Othaman, parti ini adalah UMNO Baru, jiwa dan raga UMNO asli sudah lama berkubur.

Kualiti ahli dan kepimpinan yang wujud ketika ini amat jauh berbeza dengan UMNO yang asal.

Saya tidak kecewa jika parti yang ada ini tidak akan memerintah lagi, tapi ianya akan tetap menjadi parti tunggal yang besar dalam sistem demokrasi negara di masa hadapan.

Othman Ahmad said...

Sdra Kawanlama...

Anda pasti pendukung almarhum parti S46 serpihan UMNO yang pernah bersekongkol dgn DAP & PAS dalam gagasan APU untuk menumbangkan BN tapi tidak mendapat sokongan rakyat & restu Ilahi. Setelah gila talak, anda & puak S46 rujuk kembali dalam UMNO dan kini mula membuat ulah bagai gunting dalam lipatan. Sikap & kelakuan spesi seperti anda persis puak2 Parti Klentong Rakyat (PKR) dalam persetubuhan haram Pakatan Rakyat. Gracious...make my day..!

Megat said...

bukti2 yg di keluarkan whistle blower site SR , pasti mcm omputih ckp coming out of blue sky..mesti org dalam yg sgt prihatin, yg ada akses kpd sumber dalaman yg bocorkan atau pihak ke 3 yg sgt berkuasa...bkn mudah nk hack email..malahan mereka yg berkenaan pakai free service provider @yahoo.

Mungkinkah Pihak U.S yg sgt mengidamkan untuk menjadikan malaysia negara jajahan melalui TPPA . menggunakan isu 1mdb sebagai "modal" menekan Najib? desperate people longing for power will do desperate measure...

Anwar si peliwat yg dijulang bagai hero di US, akhirnya diketepikan, ( bukti2 di court, dimalukan di arena antarabangsa melalui pendedahan komunikasi pegawai2 kedutaan amerika di wikileaks)...sejarah menunjukkan benda yg sama, once they hold no strategic values , they are just collateral damages.

kalau teori budak2 yg sy hujahkan ini ada asas.. kita akan mendengar lebih byk "maklumat tepi jalan" yg sengaja di sebarkan untuk menekan najib. ini sgt berbahaya kpd negara sbb najib yg terdesak sanggup tenggelamkan seribu kapal sekalipun demi.kelangsungan peribadi...

Unknown said...

Nabil suffian.

Ayoh tunggu apa lagi.

Demi takut Amerika peras ugut Najib mari kita ramai2 bersatu dibawah ketiak UMNO.

Dulu tiori kita mesti sokong UMNO kerana takut pd Cina.

Agaknya dibawah bumi Msia ada berbillion ton emas kot. Hingga AS idam sangat nak tawan Msia.

Semua tiori kotor Mahathir waktu nak perlekeh Anwar, kini diputar semula.

Memang masih laku sebab berbanding 1998 zaman Najib lagi ramai Melayu jadi bodoh. Sebab itu terpaksa diujud BRIM.

Kawanlama said...

Anda juga dilihat mendukung pemimpin yang berlakun menitis air mata pada 31/10/2003 di persidangan tahunan parti baru beliau.

Beliau menangis kerana telah menghabiskan masa selama 22 tahun dengan membina monumen negara dengan tiada succession plan yang utuh kepimpinan masa depan negara.

Menangis kerana menyediakan barisan kepimpinan seperti PakLah, Najib, Muhyideen & Mukhriz..yang terbukti gagal oleh beliau sendiri.

Nak salahkan siapa...TunMahathir sentiasa silap ye.

Kawanlama said...

Maaf saudara bahawa saya tidak pernah memohon dan menjadi ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Baru.

Mungkin sdra yang kononnya ahli parti baru yang menipu sejarah negara..

Kawanlama said...

Sdra lihatlah TunMahathir line of arguments on 1MDB....bukan nak selamatjkan negara dan rakyat TAPI nak gantikan PM agar UMNO Baru tidak akan kalah dalam PRU akan datang.

Politik politik politik sampai mati nanti..M'sia tetap sejahtera dan lebih tiada parti baru ini.

Megat said...

Byk sebab amerika sgt berminat dgn malaysia... org cerdik lagi berakal sekolah tinggi mcm saudara UAA pasti tahu...

Klau tak tahu , contoh kepentingan malaysia kepada US , penjualan senjata cthnya, pasaran lumayan...minyak sawit sebagai biodiesel, starter utk arm race di kalangan negara awsan...

Lame excuse lah tuan..bagi alasan emas berton bwh bumi malaysia...hbis dh kot...tp uranium mmng sumber yg byk...minyak dan gas lama dh hbis...malu la bg alasan mcm tue kt sy...sy umur baru 32, org kg melayu yg bodoh je...oh maaf tuan fitnah sy, ptut minta maaf..Sy tk kenal rd or anti liwat etc jauh sekali dpt gaji dr PMO

Unknown said...

Sdr Nabil suffian.

Saya hanya percaya tiori AS perlukan sesorang yg friendly dgn mereka bagi mengantikan Najib jika Najib sekarang hostile terhadap AS.

Siap pergi main golf dgn presiden AS.

Lps tu isteri pulak terus ke AS lihat kerja mencantikkan pesawat mewah yg baru dibeli olrh syarikat AS..

Bukankah AS salah satu trading partner terbesar Msia?

Tidakkah itu semua cukup bukti bahawa Msia sudah pun jadi kawan baik AS?

Yg saya tak suka setiap kali kedudukan pemimpin UMNO tergugat maka org luar dpt AS dan Spore pulak di persalah.

Kononnya pihak yg satu lagi boneka AS ldsbnya.

Hujsh spt itu hanya dtg dari MAP dan di terima bulat2 oleh mereka yg tak berapa cerdik di blog ini.

Ingat lagi 1998. Anwar dituduh jadi boneka AS hanya kerana AS tegur rejim Mahathir yg kejam terhadap Anwar.

Itu kan alasan murahan drpd loyar buruk pembodek Mahathir waktu itum

Banyakkan membaca dan doa agar hati tu tak mudah dipengaruhi syaitan yg suka menampakkan UMNO tu baik.

Othman Ahmad said...

Special dedication for Umar Abdul Aziz....

Times over times our beloved Grand Old Wise Statesman has forewarned about the Jewish cartels global domination. Jews now control the US congress, media & global banking system. Under the New World Order, the Jew Rothschild control the Global World of Business & Politics. How on earth Najib fail to see this and fell into their trap..??


The rakyat are now getting screwed up & down by Najib. The poor majority folks doesn't know what the hell is going on. In his sneaking way, Najib keeps the masses ignorant & occupied with his gimmicks... eg. giving away the kacang putih BR1M.

We certainly need Tun Mahathir to put the house in order as he is the only politician who is consistent with gut in his stand against the evil deception of the damn yahudi Jews. And bear mind... Anwar Gay too is under their spell.

Megat said...

"Any so called asset will became a liability when the cost to keep that asset is becoming high"

TDM brings no benefit to american and the west in general, selling to them but buying from other sources.

Anwar is going to be a very good proxy to the west (read USA ) if he can change the not so friendly BN regime ... but he is not. A leader yes, but cant gain the power no matter how the US help.. a liability.

Logical next course of action, is from the inside of the current gov , "regim UmnoBn" so to say... Najib is clearly a not capable leader, a Ba****g leaderm.. a weak and indecisive leader... a desperate person who will sell his soul and yeah his country for a fame in the eyes of the world... plus with a very high maintenance and ambitious wife..

If asked , how do you tame a snake? Well you suck its poison from the fang..and it will be a lame snake...how to tame najib?? Surround him with fame, bring to white house dinner, golfing with the man, etc... collect all his dark secret...and when the timing right...expose it slowly, learns from wikileaks, so release the information slowly via sarawak reports...

Najib is weak and desperate...he scramble for everyone that offer helps to him...now its the riggt timing, not a very surprise rhings if TPPA signing is looming in near future...

Come next GE, najib will still win..but weaker then ever...Qs is...will we ordinary citizen strong enough?

Othman Ahmad said...

Sdra Kawanlama....

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu asal @ PERKEMBAR telah dibatalkan pendaftarannya gara2 puak Tengku Razalie tidak puas hati di atas kekalahan mereka dan membawa kes mereka ke mahkamah. UMNO telah didaftarkan semula dengan perkataan 'Baru' sesuai dgn kehendak undang2. PERKEMBAR sudah dianggap obsolete dan malah nama UMNO mudah disebut dan dikenali di serata dunia. Orang Melayu sendiri sering tersasul menyebut Pertubuhan sebagai Persetubuhan. Lagi pun pengasas Pertubuhan ini sendiri telah neninggalkan parti ini pd tahun 1955 untuk menubuhkan Parti Negara.

Sebelum ini isu Succession sudah saya hujahkan kenapa ianya tidak begitu penting. Saya ulang..... Succession Plan adalah ciptaan barat. Rasulullah saw yg diiktiraf pemimpin terhebat dalam sejarah peradaban manusia tidak pun meninggalkan Succession Plan dalam pemerintahannya ketika baginda hidup &:wafat. Beliau pasrah dgn ketentuan Illahi sesuai dgn Rukun Iman ke 6.

Anda menuduh saya menipu sejarah negara sedangkan saya adalah saksi hidup ketika insiden berkenaan berlaku.
Beliau menangis kerana sayangkan UMNO, Melayu, Islam & negara. Beliau sedih orang2 harapan beliau sering mengecewakan kerana kurang jati diri, tidak cekap, tidak efektif dan mudah lupa. Jangkaannya ternyata benar dgn pengkhianatan Musa Hitam, Abdullah Badawi, Rafidah Aziz, Najib, Nazti Axiz dll.
.

Unknown said...

Manusia ini kalau berada dilandasan yang benar dan betul maka tiada apa-apa yang perlu ditakuti. Tiada perlu risau. Kalau betul jalan ceritanya betul dan tiada ada persoalan mengenainya. Rakyat tidak akan persoalkan. Apa nak disoal! Kalau betul-betul tak betul,
maka itulah rakyat jadi bengang. Kalaulah sesuatu fakta kena pusing sana pusing sini
maka berpusinglah otak anda. Mana tidaknya kerana cuba meyakin dan membetulkan cerita
yang tidak betul. lagi-lagi banyak orang setia pun cuba memperbaiki keadaan walaupun tahu cerita yang sebenarnya salah.Tanggunglah sendiri.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).