Friday, May 08, 2015

Tabung Haji dan "Bailout" 1MDB


A Kadir Jasin



MUTAKHIR, 10 Mei – Perdana Menteri  hari ini nafi pembelian tanah 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji adalah tindakan menyelamat atau “bailout” 1MDB.

Mohd Najib berkata ia diputarbelit bagi menggambarkan seolah-olah Tabung Haji menggunakan wang pendeposit untuk menyelamatkan 1MDB daripada masalah kewangan.

Soalnya, kalau urus niaga itu telus dan menguntungkan Tabung Haji, apa pasal beliau kecut perut dan suruh Tabung Haji  jual tanah itu?

Nampak sangat PM kita mudah diancam atau sekali lagi beliau cuba menegakkan benang basah.
 

MUTAKHIR, 9 Mei – Siapa main kayu tiga dan siapa yang cemarkan nama Tabung Haji?

Inilah akibat “nawaitu” yang tidak baik dan buat kerja curi-curi. Abdul Azeez hari ini mengumumkan bahawa atas “nasihat” Mohd Najib, Tabung Haji akan jual tanah yang dibeli sebulan lalu daripada 1MDB.

Inilah kerja mengarut dan kerja tidak ikhlas. Kalau tidak didedahkan dan dibelasah oleh orang ramai, pasti semua beres.

Kalau Mohd Najib tidak terlibat dalam jual beli ini dan beliau tidak mahu nama Tabung Haji tercemar, kita cabar beliau melucutkan jawatan Abdul Azeez dan semua orang yang terlibat dengan pembelian tanah 1MDB itu.

Kita mahu lihat keberanian dan keikhlisan Pahlawan Bugis itu dan kita mahu tahu kepada siapa tanah itu akan dijual serta berapa keuntungan Tabung Haji akan peroleh.

ORIGINAL POST
 

APAPUN dan alasan dan helah yang diberikan oleh Tabung Haji mengenai pembelian tanah RM188.5 juta daripada 1MDB, ia tetap akan dilihat sebagai satu lagi tipu daya untuk menyelamatkan IMDB.


[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Tabung Haji boleh memberi pelbagai justifikasi, tetapi orang ramai yang tahu mengenai perniagaan dan mengenali 1MDB akan menghidu ciri-ciri “bailout” (penyelamatan) dalam pembelian tanah di tapak Tun Razak Exchange (TRX) itu.

Kita semua tahu tidak ada banyak kegiatan yang berjalan di TRX. Jadi pembelian tanah oleh Tabung Haji itu amat diperlukan oleh 1MDB bagi meyakinkan pihak-pihak lain. Sebelum ini ia menjual 17 ekar di tapak yang sama kepada syarikat pemaju hartanah Australia, Land Lease, untuk tujuan usaha sama.

Dari sudut korporat, alasan yang diberikan oleh pengurusan tinggi Tabung Haji mungkin masuk akal. Tetapi cuba memisahkan urus niaga itu daripada penyelamatan 1MDB adalah mustahil.

Ini adalah kerana dalam tempoh tidak sampai dua bulan hampir RM3 bilion telah dibelanjakan untuk menyelamatkan 1MDB daripada mungkir janji kepada bank dan bagi memenuhi keperluan pembiayaan semasa.

Dalam operasi penyelamatan pertama, 1MDB akhirnya terpaksa mengaku yang ia menerima pinjaman RM2 bilion daripada usahawan T Ananda Krishnan (melalui Tanjong Energy) dan selepas itu sebanyak RM950 juta lagi daripada Kementerian Kewangan.

Serentak itu media massa juga melaporkan bahawa beberapa buah syarikat swasta, termasuk milik bukan Bumiputera, telah menyatakan minat untuk membeli aset-aset 1MDB.

Dalam tulisan saya dalam blog ini dan di tempat-tempat lain, saya berulang kali memberi amaran agar syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) tidak dipaksa memberi hutang kepada 1MDB atau menyelamatkannya.

Kita telah lihat sebelum ini bagaimana dua institusi kewangan yang berkaitan GLIC memberi pinjaman kepada 1MDB, tetapi hampir-hampir tidak mendapat balik hutang mereka kerana 1MDB tidak mempunyai wang.

Institusi yang saya maksudkan adalah Maybank yang dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan RHB Capital yang dipunyai oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Conflict of Interest" dalam Tabung Haji

Adalah sukar untuk mempercayai bahawa Tabung Haji secara sukarela mahu turut terjerumus ke dalam kontroversi dan krisis 1MDB jika tidak “dipujuk” atau “dipaksa” oleh sesiapa.

Seyogia diingatkan pengerusi Tabung Haji, (Datuk Seri Panglima) Abdul Azeez Abdul Rahim adalah wakil rakyat Barisan Nasional (Umno) dan Ahli Majlis Tertinggi Umno yang diketahui amat akrab dengan Perdana Menteri (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak. Mohd Najib adalah pengasas 1MDB dan pengerusi Lembaga Penasihatnya.

Abdul Azeez Akrab Dengan Mohd Najib
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, (Tan Sri) Ismee Ismail pula adalah ahli lembaga 1MDB.
 
Dalam situasi ini, adalah sukar untuk kita tidak mengesyaki wujudnya “conflict of interest” (percanggahan kepentingan) melibatkan ketiga-tiga watak berkenaan – Mohd Najib, Abdul Azeez dan Ismee.

Ismee Juga Ahli Lembaga 1MDB
Jadi tidaklah menghairankan apabila begitu banyak pihak, termasuk yang sebelum ini menyokong kuat Mohd Najib dan mengecam pengkritik 1MDB, mempertikaikan urus niaga Tabung Haji dengan 1MDB itu.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin dipetik sebagai berkata bahawa isu 1MDB akan meletup di muka Umno.

Pemuda Umno turut mempertikaikan urus niaga itu. Ketuanya, Khairy Jamaluddin mahu Kementerian Kewangan (MOF) dan Tabung Haji menjawab enam soalan untuk memberi penjelasan kepada orang ramai, khususnya kepada pencarum Tabung Haji, mengenai pembelian itu. (Baca selanjutnya)

Saya tidak hairan jika lebih banyak urusan seperti ini dilakukan dalam masa terdekat dengan restu Perdana Menteri kerana 1MDB nyata kekeringan wang untuk menampung pembayaran balik hutang dan membiayai urus niaganya.

Hakikat bahawa 1MDB dalam keadaan terdesak diakui sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Datuk Seri) Abdul Wahid Omar yang baru-baru berkata urus niaga 1MDB tidak lestari kerana ia berhutang terlalu banyak dan pengaliran tunainya tidak cukup untuk membayar balik hutang.

Apa yang berlaku dengan 1MDB sekarang mengingatkan kita kepada kegiatan “asset stripping” yang dilabelkan sebagai “asset unbundling” oleh (Datuk Seri) Idris Jala ketika menjadi Ketua Pegawai Eksekutif MAS. Boleh kata hampir semua aset MAS dijual bagi menunjukkan keuntungan luar biasa. Tidak lama selepas itu MAS rugi semula.

Daripada aspek politik, krisis 1MDB sudah pun meletup di muka Umno ketika Pilihan Raya Kecil Rompin dan Permatang. Kalau ahli Umno tidak nampak juga, patutlah mata mereka buta dan hidung mereka putus.

Tetapi apa yang lebih membimbangkan dalam jangka masa singkat ialah kesan krisis 1MDB terhadap prestasi ekonomi dan penarafan antarabangsa kita. Selain kejatuhan harga minyak, skandal 1MDB telah dikenal pasti sebagai faktor yang menyebabkan nilai ringgit jatuh.

Wallahuaklam.

168 comments:

LMAOCina said...

I am so happy this is happening.
Let UMNO rob Tabung Haji until it's clean.
Clap clap clap.

Pandan muka.

This country is not clean until Mahathir (and his children and grandchildren) and Najib are all rotting in jail. All their assets are confiscated.

zainal abidin awang kechik said...

Salam TOK..

semasa saya ketua pemuda umno bahagian BATU GAJAH..

saya pernah berkata kepada MAHATHIR dan Pak Lah..

JIKA TABUNG HAJI LINGKUP

MAKA mala pertaka besar akan melanda negara dan Barisan Nasional


salam

yana said...

Salam Datuk AKJ.

Saya bukanlah orang politik. Tetapi apabila sudah sampai ke tahap yg sebegini wang simpanan rakyat orang Islam pun nak dicekup, ini sudah melampau. Apapun alasan Tabung Haji, duit itu bukan TH yg punya. TH hanya pegang amanah itu. Duit itu milik orang yg menyimpannya utk tujuan pergi haji. Siapa kata TH boleh buat sesuka hati walau ditekan sekalipun oleh PM Najib dan kerajaan yg dikuasainya utk selamatkan 1MDB! Ini dah tak betul. Selepas ni wang kwsp dan wang pencen org pulak. Duit yg orang simpan Datuk, bertahun-tahun org simpan dari hasil keringat dan penat lelah. Dgn senang saja dipakai utk menyelamatkan 1MDB dan segala hutang pinjaman yg sdh dibuat oleh PMNajib dan yg bersekongkol dgn beliau atas nama kerajaan?

Datuk, memang genius lah org2 yg berniat licik ini. Dah berhutang atas nama kerajaan dan duit yg dipinjam itu dilesapkan entah ke mana, bayar balik hutang pula dgn duit simpanan rakyat! Saya sedih sangat kenapa org2 Umno yg ada kini buta sgt. Saya bimbang kebutaan mereka ini akan menjadi punca kejatuhan dan kelenyapan mrk sendiri. Mungkin sedikit masa lagi, tak payah tunggu PRU. PAU pun tak beberapa bulan lagi.

Semoga Allah membuka mata org2 Umno ini Datuk. Mata semua orang yg masih terkial2 tak tahu apa ke bendenya yg sedang berlaku kini.

Terima kasih Datuk A.Kadir Jasin. Hanya Allah sahaja yg dapat membalas budi bakti Datuk kerana berani menyedarkan kami rakyat yg dipermainkan oleh mereka yg tidak bertanggungjawab. Juga kpd orang tua kita Tun Dr Mahathir, semoga Allah juga sentiasa melindungi beliau.

Ridd said...

Salam Dato.

Sudah di jangka dari awal bila Azeez dilantik memegang jawatan PENGERUSI TH.
Rakyat tahu siapa Azeez.
Beliau adalah Penyelamat Besar pada BOS.

Hari Ini Dalam Sejarah Pengerusi TH yang Pertama memberi jawapan Tepat yang mana hakikat beliau pun tak tahu.

I jaga you,you jaga I

Walau bagai mana pun ia sudah berlaku. Laywer manalah yg dapat untung besar dengan urus beli tu. Laju betul lawyer ni buat koje sampai pengerusi pun tak tahu. ..... Handal....memang handal.......!
Setinggi tinggi TAHNIAH buat :
1. Pembeli
2.Penjual
3. Penyimpan
kalau ada tambah lah

banggoi petai said...

DAKJ , najib makin kurang ajar! !! Jangan sampai diludah ditempat awam bila dah bersara@kalah nanti .Tiada lagi hormat@timbang rasa patut diberi pada orang macam dia. Adanya sangat menyusahkan parti dan negara. Apa bangsat benarkah ahli umno yang berjuta juta ini hingga sanggup diperbodoh berkali kali. Celakalah pemimpin yang mengkhianati Agama Bangsa dan Negara ini. .Kalau betul datuknya banyak tinggal harta berkoyan koyan kenapa tidak guna harta itu untuk beli tanah 1mdbahlol tu. Kenapa mesti guna caruman penyimpan tabung haji pula? ikut dialog dalam cerita Do Re Mi " ini bukan lagi rumah haram, ini anak haram! ! " . Memang dia cuba bangangkan kita semua dengan muka bodoh spastiknya tu. .Celakalah pemimpin perangai begini. .

Angryman said...

Dato'

This issue must be given the widest publicity so that the kampong folks who are now not so aware of the implications of the devious transactions of 1mdb, suddenly are jolted to open their eyes and ears that the robbing and plundering are happening to their hard-earned money. And that even their sacred mission to fulfill God's convenant has been to be compromised by some evil intentions of some satanic souls.

matpenang said...

Salam dato',

1. Nama pun tabung, konpom.duit banyak.
2. Sebelum ni takdak sapa dok kacau urustadbir th, seronok depa enjoy.
3. Tengok carta organisasi depa, banyak betui bertaraf gm (pengurus besar). Skim gaji mengalahkan jusa A.
4. Duit banyak, pegawai pi sana sini anjur mesyuarat merata tempat.
5. Cer buka website tabung haji travel. Mcm hampeh. Cuba compare dgn website pototravel.com.my, berbanding th travel. Nampak sesangat pemalasnya depa. Comfort zone lah katakan. Umrah dan haji ni dah ready market, tu yg baloq liat.
6. Untuk urusan haji, takkan perlu sebegitu banyak pegawai atasan? Mcm saya kata tadi, cuba buka website depa.
7. Pasai beli tanah milik 1mdb ni, tun m dah tulis. Memang itu yg betui...bailout.

A KADIR JASIN said...

Salam para pembahas dan pembaca sekalian,

Dalam posting bertajuk “Lima Puluh Tahun Tabung Haji” pada 2 Julai, 2013, saya, antara lain, menulis:

“Hari ini, dalam usaha memudahkan ibadat haji rakyat Malaysia dan memperkasakan ekonomi umat Islam Malaysia, LTH telah berjaya mengumpul dan menjanakan dana melebihi RM36 bilion (baca di sini).

Demi Allah dan demi masa depan umat Islam Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab dan perjuangan kita bersama mempertahankan LTH dan mengelak daripada berulang episod durjana yang beberapa kali menimpanya akibat perbuatan orang yang tidak amanah dan tidak cekap (baca di sini).”

Rencana disiarkan itu serentak dengan pelantik Abdul Azeez oleh Mohd Najib untuk menjadi Pengerusi Tahung Haji.

Saya rasa Mohd Najib tidak peduli lagi apa yang akan terjadi kepada Umno dan BN pada PRU akan datang.

Nampaknya dia dan pesekongkolnya lebih utamakan 1MDB kerana banyak lubang dan angkara yang perlu ditimbus dan disembunyikan demi menyelamatkan diri beliau dan orang-orang yang memegang kunci peti duit 1MDB.

Saya rasa 1MDB “is about to explode” macam Muhyiddin kata tapi dengan kesan yang lebih dahsyat.

Cuba tanya Najib, Azeez dan Ismee berapa ringgit simpanan purata pencarum dalam Tahung Haji?

Ini duit orang miskin untuk ke Makkah bukan untuk “bailout” 1MDB!

Berilah apa pun jaminan, orang tak akan percaya.

Wallahuaklam.

Unknown said...

Saya tak paham bagaimana seorg yg kelulusan pendidikan nya amat terbatas di berikn jawatan Pengerusi di sebuah syarikat GLC yg besar seperti TH itu

But then again if one to look around, one can noticed a lot of Najib's pembodek are holding important posts such as Pengerusi,Pengarah,Ketua Cawangan,Ketua Bahagian,etc. These people are paid handsomely. Malah di beri gelar seperti Datuk Seri..Datuk Wira..dll.pula !!

Patut lah Najib suka gunakan perkataan ' Bangang ' kerana org2 yg di bawah nya memang BANGANG betoi !

orgjohor said...

KERAJAAN NAJIB DAHLAH MISKIN, PAPA KEDANA LAGI!

BERLAGAK (NEGARA) MASIH KAYA KELILING DUNIA, TAPI KANTUNG KOSONG!

MUKA TAK TAHU MALU LAKI BINI.

PENJILAT NAJIB PUN TAK HABIS HABIS NAK BASUH BERAK DIA... MANA HARGA DIRI KORANG SEMUA?

INGAT, ANAK CUCU CICIT ANDA AKAN MENYUMPAH SERANAH DAN KENCING KAT KUBUR ANDA.

Buah Kerdas said...

TH, KWSP, PNB dan Unit Amanah berkaitan kerajaan yang lain adalah sasaran mudah untuk dieksploitasi oleh Presiden UMNO yang juga PM kerana semua pengerusinhya dilantik atas perkenan sang Presiden. Kalau akur permintaan Presiden bermakna kerusi empuk pengerusi akan kekal bersama nikmat dunianya, ingkar kaloo akan berdepan dengan penyingkiran atau mungkin juga siasatan SPRM yang membawa bersamanya bayang-bayang jeriji penjara. Demikianlah adanya.

Apa pun jika ini boleh dianggap satu paksi malapetaka buat umat Melayu maka tiadalah kita boleh menyalahkan sesiapa lagi kerana kitalah yang menempatkan mereka ditampuk kuasa itu. Ada otak tapi tidak mahu berfikir, ada telinga tetapi tidak mendengar dan ada mata tetapi tidak mahu melihat. Maka air laut bertambah masin kek pokan Pot Diksin...apo nak dikato..

Nevertheless, being in the state of despair and helplessness is not an option nor an honourable act. What do you think Dato' if TH depositors start a wave of panic withdrawl nationwide?

Unknown said...

Aslkum Dakj.

IMDB ada hutang rm42b. Ada pulakpenjimatan berbillion gara2 dpt beli tanah murah2 dari kerajaan UMNO.

Sepatutnya sebodoh2 org berniaga pun bila dah ada kelebihan spt itu maka senangla dia berkembang . Lihat saja anak2 TDM dan sebahgian anak2 Tun Razak.

Tapi apabika CEO dan Pengerusi IMDB suka dilembukan sebab tiada maruah inilah bahananya.

Ingat!. Kerugian yg bakal di bebankan kepada rakyat termasuk org UMNO akan jauh lebih besar drpd rm42b setelah semua faktor bunga , rugi tukaran wang dan jaminan kerajaan yg lain.

Dan lagi hampas rakyat tak mungkin tahu jumlah sebenar selagi UBN pegang Putrajaya.

Padan muka. Padan muka. Yg berapi2 pertahan UMNO.

Lahuma said...

Dato.

Nasib TH kerana di depan nya ialah kepala penyangak dan penyamun.

Marilah kita sama -sama berdoa dan memohon pada Allah SWT.

1.selamatkan TH.
2.turunkan balasan pada yg tak amanah.

Jangan biarkan penyamun dan penyangak terus bermaharaja lela duit orang Islam di TH.

Terima kasih Dato.

shahabudin said...

Apa yang berlaku kini adalah takdir Allah. Kadang-kadang manusia lupa yang ianya berpijak dibumi nyata. Lupakan Allah, melawan hukum Allah, kenapa duit kami disalah gunakan. Kami mempercayai akan kejujuran TH, selepas ini, apa lagi yang kamu akan salah gunakan. Allah mengetahui apa yang tersirat dan tersurat. Tunggulah pembalasan Allah..Bertaubatlah...sebelum pintu taubat tertutup..

Competente said...

DAKJ,


Beberapa perkara yang mengelirukan di sini:

Pertama, semalam Datuk Johan Abdullah selaku Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Tabung Haji (TH), yang juga seorang Pengerusi kepada sebuah anak syarikat 1MDB telah membuat laporan polis berhubung ‎penyebaran maklumat TH membeli tanah di Tun Razak Exchange (TRX) di Balai Polis Dang Wangi sekitar jam 3.24 petang tadi.

Agaknya di manakah letaknya kefahaman seorang Pengarah sebuah GLC mengenai isu "conflicts of interest", apabila beliau yang mempunyai kepentingan di dalam TH dan juga 1MDB membuat laporan polis mengenai kebocoran maklumat TH menggunakan wang bakal-bakal haji? Tidakkah beliau faham bahawa beliau tidak boleh bertindak ke atas sebarang keputusan TH yang melibatkan 1MDB kerana beliau mempunyai kepentingan jelas di kedua-dua buah organisasi?


Kedua, dimana letaknya keselamatan whistle-blowers dan kepentingan pendeposit-pendeposit TH dalam kes ini jika kebocoran maklumat sebegini akan didakwa di bawah OSA?

-Competente-

ismail muda said...

Datuk, dato ismee adalah jugak board FGV, Dato S bekas penal pelaburan sykt felda. Jadi, pusing2 kisah 1MDB ni adalah org yg sama jugak.
Org felda mungkin berasa lega buat seketika kerana kedudukan tunai felda yg sgt meruncing di bwah pimpinan isa smad. Jika tidak, mungkin felda jugak disuruh menolong 1MBD....!
Desas desus menyebut strategi selamatkn 1MBD adalah dari bos Pemandu, Deris Jala?? ?? Betul ke?? Nampaknya organisasi Bumi jadi sasaran selamatkan 1MDB!!
Perangai org Pemandu ni pun bukannya betul. Hampas..berapa ramai diserapkan ke dalam FGV. CEO fgv adalah org Pemandu. Saham FGV jatuh & byak business berkaitan peneroka lingkup. Ternampak sgt yg jadi sasaran ialah org Melayu...penroka felda ternganga dah, sbb byak sykt milik peneroka rugi & tutup.
Tunai felda skrg bergantung saham2 di Maybank, Misc dll. Itu pun peneroka punya. Jika dicairkan, silap2 akan digunakn utk tolong 1MDB?? Masa tu la organisasi Melayu tinggal selai sepinggang!!!

abdullahngah said...

Nak selamatkan IMDB ke atau untuk isi saku pihak berkenaan.

Saya tak nampak penjualan tanah seluas 1.5 ekar yang berharga RM 188 juta itu untuk atau menyelamatkan 1MDB.

Yang saya nampak pembelian tanah itu dengan harga durian runtuh semata mata untuk isi saku pihak berkenaan.

Harga sebenarnya mungkin RM 100 juta maka, lbihan senayak RM 88 juta masuk dalam saku masing masing yang berkaitan, termasuk 3 orang kanan TABUNG HAJI.


Zed-85 said...

Sallam Dato'

Bukankah lebih baik sekiranya Tabung Haji dapat membeli tanah di TRX dengan harga yang sama dengan 1MDB beli iaitu RM64/kaki berbanding dengan RM2773/kaki?

Mengapa Tabung Haji perlu membeli bukan dengan harga yang murah tetapi dengan harga yang tinggi.

Di mananya slogan "Rakyat didahulukan"?

Orang yang menyimpan di Tabung Haji adalah orang-orang Tua yang beragama Islam yang patut diberikan bantuan.

Ada yang saya baca, DAP dikatakan Laknatullah. Tapi tidak pula DAP di Pulau Pinang membuat perkara-perkara yang bukan-bukan.

Seperti dalam media yang saya baca, mengapa transaksi Tabung Haji dan 1MDB adalah dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)?

IGP begitu pantas untuk mengeluarkan kenyataan kemungkinan bertindak untuk menyiasat siapa yang mendedahkan pembelian tanah 1MDB.

Baru-baru pilihanraya di UK diselesai. Antara janji PM yang baru adalah untuk menambahkan belanjawan kementerian kesihatan sebanyak RM40 billion setahun.

Ini barulah Janji ditepati.

Begitu ambil berat negara UK terhadap warga emas. Negara kita pula memotong belanjawan kementerian kesihatan 300 juta.

Janji dicapati.

Orang Kampung said...

Assalamualaikum Dato,

Isu ini amat menarik kerana di dalamnya saya kira ada elemen yang amat menyentuh hati nurani umat yang ikhlas untuk beribadah kepada Allah, khususnya untuk melaksanakan rukun islam iatu ibadat haji.

Saya percaya sebahagian besar umat islam di malaysia tahu bahawa untuk mendapat haji mabrur mesti memenuhi segala syarat nya . Antara nya ialah punca rezeki yang digunakan untuk melaksanakan ibadat itu mesti bersih dari sebarang bentuk aktiviti yang diharamkan oleh syarak, termasuk bersih dari aktiviti yang bersifat syubhat (yang tidak begitu ketara halal haram nya ).

Oleh itu saya amat resah sekiranya ada kebarangkalian unsur unsur yang sebutkan di atas seperti membeli atau meniagakan perkara perkara yang diharamkan syarak, secara ketara atau meragukan (syubhat ).

Sekadar untuk makluman saya menyimpan dalam tabung haji sejak tahun tujuh puluhan kerana percaya bahawa dalam tidak unsur unsur yang menyalahi hukum syarak demi mengharapkan haji mabrur . Menipu , menyeleweng , pecah amanah ada antara aktiviti dan perlakuan yang diharamkan. Dan banyak lagi. Wallahualam .

master said...

Inilah Melayu makan Melayu. Duit Melayu orang kampung orang Melayu susah nak simpan duit pergi Haji pun Najib rembat selamatkan 1MDB.

Buat malu dengan kaum Cina sahaja. Mentaliti 'tak apa lah' Melayu buat Najib bermaharajalela. Kalau berani ambillah duit KWSP.

RM 36 billion simpanan terkumpul LTH memang lubuk duit. Tapi pulangan atau dividen bukanlah banyak sangat pun. Kata banyak buat investment. Dividen paling tinggi pun 8% setiap tahun. Apa jadi dengan investment perladangan di Indonesia? Senyap je. Jadi semak samun je kot. Mahathir yang ajar Najib rembat duit Tabung Haji.

Lebih baik letak Cina jadi CEO Tabung Haji. At least boleh buat duit. Mungkin kos Haji turun kepada RM 5000. Ambillah Cina Public Bank jadi CEO Tabung Haji daripada Melayu UMNO haprak tak boleh pakai.

msh said...

Salam Dato.

Mana suara Ngo2 Melayu...Perkasa...Isma.....org2 kuat Melayu....Veteran Umno....Sanusi...Sabaruddin Chik...Rahim Tamby Chik dll?

Masih mahu mengharap Tun M bersuara?

Masih mahu bloggers seperti DAKJ...Outsyed ....Apanama dll... menulis dan memapar semua kemungkaran?

atau

Mahu Rafizi (seperti dlm Parlimen)...Tony Pua...Peliwat....Kit Siang bersuara?

Jgn lagi lah kita mengharap dajal2 Penjilat Presiden dari Ketua Bahagian 'Haram Jadah'....Muhyiddin termasuk untuk melakukan kerja2 mengantikan Presiden.... kerana mereka juga adalah puncanya.

Mengguna duit simpanan rakyat yg diamanahkan untuk kerja2 Ibadat Haji .......untuk menyelamat Dewa yg penuh kontroversi dan skandal sudah sampai kekemuncaknya.

INI TIDAK BOLEH DITERIMA LAGI DAN SESUATU MESTI DILAKUKAN DGN KADAR SEGERA UNTUK MENYAHKAN DIA.

Masih mahu Tun M melakukan semua?

Kawanlama said...

Cakap lah apa yang Datuk agak suka dan rasa, sememangnya ini 'bail out', tapi cuba tunjukkan bukti berapa kerugian TH Properties Sdn Bhd akibat daripada belian tanah ini. Janganlah dipesongkan sangat isu sebenar. Nyatakan kerugian ditanggung oleh pendeposit ye.

Cuma satu yang kami di luar ini rasa geli dan tak percaya bila Tun Mahathir dan Datuk serta kuncu2 menyebut 'bail out' yang macam istilah kotor yang baru sangat ditemui.

Sangat mudah sejarah 'bail out' ini dilupakan oleh tangan2 yang kononnya tidak terlibat dalam 'bail out' sebelum.

Kawanlama said...

Jesteru itu jika Datuk boleh berikan kerugian bagi setiap pendeposit, maka ini akan memudahkan kami mula buat tuntutan ye

Terima kasih banyak2.

Unknown said...

Salam DAKJ...Melayu bunuh Melayu tak apalah mereka nak berhenti jadi orang! Jangan kita bunuh semangat perjuangan Melayu dalam UMNO dan PAS. Dalam situasi demikian UMNO rugi dan PAS untung! Bersabitan dengan isu ini, suka saya kongsikan beberapa kata mutiara seperti berikut:

1. A man that seeks truth and loves it must be reckoned precious to any human society - Federick The Great.
2. The truth is always the strongest argument - Sophocles.
3. Things are never quite the same somehow after you have to lie to a person - Kitty Foyle.
4. Truth is a thing immortal and perpetual, and it gives us a beauty that fades not away in time - Epictetus.
5. Truth uttered before its time is dangerous - Mencius.

zack said...

There's another way of looking at all these mess you know.

Dulu masa kita ada pemimpin yg baik dan negara makmur, kita nafi. Ada yg panggil pemimpin yg baik itu Mahafiraun. Tuduh beliau tak cukup Islam dan tak bersih. Kita fitnah diri sendiri yg senang lenang sebagai menderita di bawahnya.

Kemudian, kita diberi pemimpin yg berimej Islam dan bersih tapi hanya sekadar imej dan negara merudum di bawah penguasaan menantunya. Namun, masih ada di antara kita yg enggan belajar dari kesilapan dan enggan mengaku bhw kehidupan di bawah pemimpin terdahulu yg digelar Mahafiraun itulah yg terbaik.

Oleh kerana tidak belajar apa2 maka hari ini kita dpt Najib Razak yg mana perbuatannya tak terjangkau di akal kita. Dan nampaknya masih lagi ada yg enggan belajar apa2 jauh sekali mengaku hakikat bahawa kita pernah mendapat pemimpin yg baik suatu ketika dahulu dan masih terus menafikan nikmat yg pernah dirasai di zaman beliau. Kita terus mengutuk beliau walaupun beliau sedang bertungkus lumus cuba menyelamatkan kita tanpa menghirau pandangan negatif seperti LMAOCina ini terhadapnya.

Selagi kita tidak belajar dan mengaku yg baik itu baik selagi itulah kita tidak dpt pulih. Tidak mustahil Allah akan beri yg lebih buruk dari Najib selepas ini.

Joe Black said...

Dato'

What is interesting is that whilst all Hell is Breaking Loose, the PM and Finance Minister DS Najib is flitting around like a Butterfly acting as if he knows nothing about what is going on!! And no doubt when asked he will say exactly that!

That's what happens when the PM is a Bangsawan who thinks that he is a beautiful butterfly who only needs to flap around posing and doing nothing.

Kawanlama said...

Terima kasih Datuk,

Saya, di antara pendeposit dalam TH dan ingin sangat kalau Datuk dapat jelaskan perkara berikut:-

Berapa kerugian saya atas transeksi pembelian tanah ini?

Jika tahu dan yakin, saya akan 'cut loss' dan keluarkan simpanan ini.

Jika tidak saya akan tetap pegang tulisan Datuk ini dianggap sebagai niat semata2 untuk menanam perasaan syak dan sangsi terhadap pengurusan TH.

Yang kedua, saya ingin penjelasan Datuk terhadap 'asset stripping' isu di dalam kes MAS dan MDB. Saya bukan pakar ilmu elonomi macam Datuk, tapi ingin juga pencerahan tentang dua model perniagaan dan jenis aset yang cukup berlainan terlibat dalam 'asset stripping exercise' yang cuba Datuk tonjolkan sebagai satu kebimbangan yang melampau.



JMS said...

DAKJ,

Kes kehilangan wang TH baik secara penipuan atau pecah amanah bukanlah perkara baru dalam TH.

Terbesar ialah wang RM200 juta yang melibatkan dua orang Pengururs Besar kira-kira pada tahun 2001/2002. Walaupun kedua-dua yang dituduh dibebaskan dan dilepaskan Mahkamah Rayuan daripada hukuman penjara 10 tahun yang dijatuhi Mahkamah Sesyen sebelumnya, wang yang besar jumlahnya itu tetap LESAP.

Kini timbul pula kes pembelian tanah yang jauh dari perlu dan tidak berlandaskan kepentingan komersial kepunyaan 1MDB. Nampaknya TH tetap menjadi sasaran mudah (soft target) untuk disonglap kewanganya melalui "legal means" kerana melibatkan VVVVVVIP.

Kesianilah atuk-atuk, opah-opah, nenek-nenek, tokwan-tokwan, uwan-uwan di kampung-kampung, desa-desa dan di mana saja mereka tinggal.

OKJ said...

Salam Dato Kadir Jasin

Tahniah diucapkan kpd Sdr YB KJ dan rakan-rakan. Kalau dulu UMNO dituduh assobiyah, tetapi kini saya berasa amat bangga dgn pemuda hari ini kerana tiada langsung sifat tersebut ditunjukkan di dlm UMNO. Yg betul kita sokong, yg perlu diberi pencerahan, kita mintalah. Tiada langsung ungkapan “video itu besilah” dan seumpanya yg hanya bertujuan menutup bangkai dinasour tua dgn daun keladi muda. Inilah sifat anak jantan yg ahli-ahli akar umbi tercari-cari selama ini. Akhirnya lahirlah deretan bintang-bintang yg amat meyinar menerangi suasana yg kelam dikala ini.

Juga tahniah diucapkan kpd YAB Tan Sri Timb presiden kerana akhirnya beliau bersuara w/p sayup-sayup nun jauh dari Milan, Italy. Dan suaranya berpihak kepada orang-orang muda dan ahli-ahli akar umbi. Saya lihatlah, YAB Tan Sri Timb presiden amat berprinsip orangnya. Jika rakyat nak tahu kata beliau, terangkan sepenuhnya tanda selindung. Apa perlunya disorok-sorok jika memang tidak menyembunyikan apa-apa. Lainlah kalau ada udang disebalik batu. Cukup panas kepada sesiapa yg termakan cili kata-katanya.

Akhir kata, prinsip sayalah, dalam perang, kita kenalah berpihak. Hanya orng penakut je akan duduk di tengah-tangah “play safe”. Jadinya, saya rasalah, dgn gabunagn keberanian YAB Timb presiden, kebangkitan orang-orang muda lagi bijaksana dan dibantu oleh orang-orang lama, UMNO dan BN akan masih menerajui kerajaan pada PRU ke 14 nanti. Sekian TQ.

Unknown said...

Kerajaan skrg boleh di anggap ' Lucky '. Kalo Melayu ( Melanisian) di Indo..Phillipine..Thailand..mereka dan demo dan merusuh secara besar2an. Melayu di negara ini lebih memilih utk meluahkan kemarahan dan kebencian melalu blog..fb..wa dan kalo ada pun PR maseh ramai yg mendukung kerajaan skrg.

What Najib has done to the rakyat's money is an immoral act and he must be accountable for that.

Dan sekiranya BN kalah dan kerajaan baru ambil alih, they must punish Najib and his corrupted cohorts severly. Ini hukum dunia..hukum akhirat each and everyone will be answerable.

Ridd said...

Berdoa saja tidak cukup. Wajib usaha kan sesuatu untuk pertahankan TH.

TH pun kena samun.....!

A KADIR JASIN said...

1. Malang sekali bagi orang Islam Malaysia apabila ada pembahas di sini hanya pentingkan untung/rugi.

2. Asalkan untung atau tidak rugi semua ok dan semua boleh jalan. Soal moral dan penipuan tidak penting bagi mereka.

3. Bagi yang bermoral dan utamakan amalan perniagaan telus, mereka tentu bahawa adalah tidak bermoral apabila 1MDB diberikan tanah kerajaan dengan harga "tahi hidung" kemudian dijual dengan harga emas kepada Tahung Haji.

4. Ini adalah contoh berniaga atas agin. Apa strategiknya 1MDB kalau setakat beli IPP tua pada harga yang sangat malah dan jual tanah.

5. Jadi 1MDB ni strategik bagi siapa? Bagi Mohd Najib? Bagi Jho Low? Bagi Arab-Arab rakan kongsi Jho Low?

6. Beberapa orang Arab rakan kongsi Jho Low sudah kena pecat dan ada yang kena gantung jawatan oleh majikan mereka.

7. Di Malaysia kita belum ada seorang pun yang terbabit dengan pengurusan 1MDB dicuit.

8. Inilah bahana dan bencana apabila sesuatu bangsa dan masyarakat membelakangkan moral, adat dan adab. Semua boleh jalan asal ada habuan.

9. Saya dimaklumkan Bank Islam pun cuba ditekan untuk bagi pinjaman kepada 1MDB tapi khabarnya ditolak oleh Lembaga Pengarahnya.

10. Satu hal lagi, apakah Tabung Haji dan 1MDB dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi (OSA)? Saya rasa tidak. Bekas Peguam Negara, (Tan Sri) Abu Talib pun kata tidak. Cara nak gempar!

Wallahuaklam.

Ridd said...

Ahmad Maslan.....
Awak kat mana....
Awak kat mana ....
Awak kat mana......

nor ishak ismail said...

Arah mana pun serangan pada Najib untuk masa ini, Najib tetap kebal. Najib pun dah cakap selagi budak-badak dia teguh menyokong dan menimang dia maka dia tetap akan bersemayam di pesada PM. Setakat ini budak-budak Najib sentiasa dijaga dan kekenyangan dengan imbuhan naik gaji dan RM setengah juta seorang untuk ketua cawangan yang tiada berjawatan.

Kesan PRU 13 mungkin Najib dah terima pengajarannya. Untuk PRU14 Najib mungkin dah ada kira-kira untuk rakyat pula.....lagi pun pada setiap PRU atau PRK rakyat mesti didahulukan.....tengok saja pada janji BN pada PRK Rompin dan P.Pauh.....janji ajak ayam masuk reban, dah masuk reban bolehlah disembelih, lepas tu minta Kak Ros masak cili api ayam salai ala Nogori.....sodap ooo.

Perihal 1 MDB, nampak gaya perkara-perkara bulanan seperti: pinjam duit Ananda RM 2 laksa, pakai duit Kerajaan Persekutuan RM950juta dan untuk bayar bunga bulan ini 1 MDB jual tanah 1.5 ekar pada Tabung Haji dengan harga lebih 50 kaliganda harga belian. Apa pun alasan aliran negatif tunai seperti disebutkan adalah bertujuan untuk melunaskan bunga daripada hutang yang berjumlah RM 42 laksa itu. Bulan depan nak pinjam kat mana lagi atau nak jual tanah kat sapa pula tiada sapa yang tahu.

(satu berita ala "twilight zone" bahawa untuk bulan ini, sebuah lagi heli terhempas yang melibatkan orang besar kita?).

Daripada sudut tertentu terdapat 2 perkara sensitif pada tanah yang dibeli TH daripada 1 MDB:

1).Tanah tersebut asalnya adalah sebahagian lot untuk Pusat Daganggan Bumiputera. Saya rasa tanah-tanah wakaf atau lot-lot Melayu (atau institusi Melayu) sudah sangat lama "kena main" depan belakang.....bilakah perkara ini akan dihentikan atau mungkin tuhan juga dah bosan dengan perkara tipu Melayu seperti ini.

2)Tanah dibeli TH beranggaran RM3,000 kps. Saya percaya nisbah plot (paling tinggi) untuk pembangunan adalah 6 (Mungkin ku Nan boleh bagi lebih?). Dengan pembangunan seperti ini jika dibina kondo maka harga sehabis rendah adalah beranggaran RM 2 juta seunit. Dalam keadaan ekonomi lesu seperti sekarang berapa kerat manusia Melayu (melainkan dicipta orang kaya Melayu macam Kak Ijat atau anak tiri Najib dan disuruh secara rela paksa untuk membelinya).

Kita mesti faham kitaran ekonomi termasuk hartanah sedang menjunam dan ia akan mengambil masa beberapa tahun untuk naik kembali. Sesiapa yang terlibat dengan hartanah sekarang ini akan menangung kos peganggan untuk beberapa tahun.

Mungkin jalan terakhir jual saja hartanah ini pada orang luar...bak kata orang "kuat adat", jika menyeluk pekasam biar sampai pengkal lengan.

Kawanlama said...

Datuk miss fakta penting tanah itu milik 30 juta rakyat tapi TH Properties milik TH dan 8k pendeposit Islam.

Harga 'taik hidung' tanah milik rakyat dipindahkan kepada GLC atau individu mesra kerajaan sudah banyak berlaku lepas tahun 1981. Cubalah Datuk nafikan.

A KADIR JASIN said...

1. Apakah tindakan bermoral guna duit orang miskin yang simpan untuk ke Makkah demi 1MDB?

2. Apakah 1MDB lebih suci daripada menunaikan Haji dan ekonomi orang Islam?

3. Tabung Haji adalah tabung orang miskin. Ikut Laporan Pembangunan Manusia Rancangan Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu tahun 2013, 87 peratus pencarum Tabung Haji ada simpanan hanya RM567 seorang.

4. Tidak sampai 40 peratus umat Islam mempunyai akaun dengan Tahung Haji. Ada yang tak mampu tapi ada juga yang tak percaya dengan Tabung Haji.

5. Berkenaan asset stripping (bogelkan MAS) pada zaman Idris Jala tak payahkah saya ulang. Dah banyak kali sangat ulang. Kalau malas baca dan tak buat kajian, saya pun malas nak layan.

Wallahuaklam.

Terima Kasih.

Kawanlama said...

Kalau tidak tahu kira, Datuk suruh TDM kira kerana berbilion rugi boleh tak kan jutaan nilai tahi hidung ni tidak mampu pula dikira?

Unknown said...

Salaam DAKJ.

Bukan sekadar untung rugi saja yg mereka soalkan....malah ada yg berpendapat ambil kaum cina utk menerajui TH ! Ini sudah lebih.
Selagi dlm otak kita mengatakan hanya bangsa ini yg tahu pasal soal bisnes....mmg mundurlah pemikiran. Mana letak nya kebanggaan kita sebagai bangsa berdaulat ? Bangsa melayu ni hanya layak makan gaji saja kah ?
Tlg jgn pandang persepsi hidup ni dari sudut yg amat sempit.....bukak lah minda,majukan pemikiran dan paling penting berbangga lah... KITA BANGSA MELAYU ! Tapi melayu yg mcm mana ?
Persoalan yg amat penting cara perjalanan perniagaan itu....contoh: 1mdb, gst, th....lebih banyak menimbulkan persepsi yg negatif. Kalau ianya tidak baik utk rakyat mengapa perlu d laksanakan ? Tetapi adakah kita perjuangkan hal itu pada tahap sepatutnya ? Apa kata KITA BERSATU menentangnya ? Dlm erti kata benar2 bersatu HATI. Boleh ? Tidak ada yg mustahil pun.
D tambah pula dgn tingkah laku pemimpin yg memualkan rakyat. Jadi mmg patut lah kita persoalkan. Sbb bukan senang nak jadi pemimpin. Hak rakyat jgn d nafikan serta d pandang remeh. Setiap keluhan rakyat itu adalah nadi negara.
Jika benar org melayu benar2 ingin berjuang dlm konteks ISLAM...agama yg d benarkan Allah....berjuang lah. Mari sama2 kita berjuang...satu malaya ni menentang. Tetapi dgn cara terhormat. D sini lah letak nya harga diri kita..tak perlu berkata kesat kerana kita berakal. Tak perlu menghina kerana ucapan kalimah kita sama.....dgn kalimah itu lah KITA BERSATU.

SEKIAN.

Lahuma said...

Dato.

Dari dulu lagi saya selalu sebut.
Meraka yang jadi kepala dalam kerajaan termasuk TH kaki joli.

Robin Hood moden.Lepas itu beramal jariah lah dgn rakyat .

Ini adalah kemuncak kemarahan orang kampung dan bandar pada TH dan kerajaan

TH perlu di susun semula.Pendiposit sudah hilang keyakinan
Buang semua penyamun dan tarbus yang ada.

Kalau tidak selama itulah orang akan hilang keyakinan.

Terima kasih Dato..


msh said...

Salam Dato.

Ini masalahnya....Dato bila ada pembahas Melayu diblog ini 'in denial' dan tidak boleh menerima jika isu berbangkit mengenai Presiden Umno dan PM negara dikecam oleh pembahas lain....sebab mereka aka 'troll' disini bukan berbahas mengenai su kepimpinan Umno yg lemah dan tidak Amanah. . tetapi kerana ada agenda lain atau niat jahat untuk mempegaruhi pembahas2 dgn meluah dan berkempen bagi pihak Pembankang terutama Dap Lkhntullah dan Peliwat yg mereka kagumi.

Mereka tidak mahu melihat isu yg Dato bentangkan tetapi melalok dan merapu semata mahu berkempen untuk Parti Pembangkang pula.

Sebab itu... 'troll' 2 ini disamping mengutuk Najib....juga mengutuk dan menghina pembahas2 lain yg masih menyokong Umno cuma kecewa dgn pemimpin....kerana marah dan geram sebab tidak termakan dgn dakyah mereka.

Mereka sengaja mengguna peluang diblog ini untuk Parti Pembangkang mereka.

Sebab itu sy sarankan mereka vuka blog sendiri.

msh said...

Dato....
Mangkuk ini bukan berminat pd isu tetapi ada agenda lain...'.troll' begini memang tak perlu dilayan.
Dia dan sekor lagi cuma anti apa saja Umno dan Mwlayu.

JMS said...

DAKJ,

1. Apa nak dihairankan kalau ada pembahas yang hanya bercakap tentang untung dan rugi kerana prinsip yang dipegangnya adalah "the ends justify the means." Bagi mereka nilai-nilai moral dicampak ke longkang.

2. TDM telah berkali-kali cuba menjelaskan perbezaan antara bail-out ke atas 1MDB dan bail-out ke atas syarikat-syarikat semasa beliau menjadi PM.Cakap mudah, pada era TDM kerugian yang dialami syarikat-syarikat semata-mata kerugian perniagaan dan jumlahnya "accounted for." Adalah menjadi kelaziman kepada mana-mana negara di dunia melakukan bail-out. Ini berlainan dengan 1MDB. Tidak dapat dikesan ke mana hilangnya pinjaman yang relatif besar jumlahnya yang diperolehi 1MDB dan tata-cara perniagaannya juga banyak menimbulkan tanda tanya. Mungkin Dato boleh memberi pencerahan yg lebih kepada Kawanlama.>

Din Klang said...

susun semula pengurusan TH dengan bermula dari Pengerusi nya. Pilih mereka yg telah ternyata amanah dan mempunyai pengalaman yang berkaitan dan bukan lagi kroni

Labu8455 said...

Data - budak yang menggunakan nama "kawanlama"(Mohd Najib) ni rasanya tak perlu lah Dato nak layan lagi dan biarkan saja dia menyalak sendirian. Orang sebegini sentiasa ujud dimana mana saja - bukan setakat buta hati bahkan buta perut !

budak Minang said...

Pepatah bugis ada berkata - berani karena benar, undur kerana salah.

Unknown said...

DAKJ.

Hujah tanpa sempadan Dato. Ada yg bernas ada merapu ada yg lari tajuk......sbb mereka lupa....apa yg tercatat....tu la mereka !
Hujah yg baik dtg dari akal yg baik.....
Harga diri boleh d nilai dari ungkapan bahasa !
Senang kan ?
Semudah abc je....pada yg benar2 PAHAM lah.

dt rahman pekan said...

salam dato kj,

seperti yb rafizi jelaskan, pembelian ini adalah utk membayar 'interest' yang sudah matang.jumlah nya hampir2 sama.

tujuan pembelian dan pembayaran (secara tunai) telah tercapai.

pengerusi tabung haji baru mengesahkan Tanah tersebut akan d jual dengan sedikit keuntungan dalam masa terdekat.

1MDB masih memerlukan banyak lagi dana untuk membayar 'interest' yang akan matang di hari2 mendatang. kita lihat sahaja nanti cara 'creative' yang akan mereka gunakan untuk mengatasi nya.

Mangsa Tabung Haji said...

Adakah Azeez berani umum, atas nasihat siapa, Tabung Haji beli tanah 1MDB? Bila Tabung Haji jual tanah ini kelak, adakah penyelesaian 100% sebaik sahaja, tandatangan S&P? Tabung Haji ini kelihatan Belitung bodoh, bayar 100% kepada 1MDB sebaik tandatangan S&P

Unknown said...

Salaam DAKJ.
Tahniah buat rakyat. Kejayaan pertama. Tak sempat nak ngap projek senyap2 ni......
Najib terlibat atau tidak kes tanah ni...dia tetap WAJIB turun....sbb banyak lagi isu yg d palitkan nya kpd bangsa dan negara.
Kpd Azeez.....lebih baik hang blah jugak pasal hang kalut. Hang tak dak akai....jgn amal cakap dulu baru pakai otak....paham ?

yana said...

Salam Datuk AKJ.

Bila dpt berita yg TH akan jual balik tanah yg sdh dibeli drpd 1MDB tu, saya rasa cukup lucu kelakar betul (bercampur lagi geram) sebab terasa kita rakyat dipersenda-sendakan, boleh disorong papan tarik papan. Terasa diperbodoh-bodohkan org melayu org islam kita ni.

Transaksi depa sdh buat, untung diperolehi oleh 1MDB berlipat lipat lipat kali ganda, maka dah tercapailah nawaitu membailout itu. Maka sama ada tanah tu diretain oleh TH atau diperlakukan apa pun sdh immaterial atau tak penting lagi. Amboi nampak terang-terangan sangatlah otak licik penipu niat seleweng selingkuh whatever you call it. Teganya DSNajib dgn 1MDBnya kuncu-kuncunya menari poco-poco dan tango depan bijik mata kita! Maybe they look at us rakyat org melayu islam ni as stupid, thrash, sampah boleh diperlakukan sesukanya. They treat us like dogs barking in a circle while PM and his gang play tango.

Terima kasih Datuk. Sekadar meluahkan rasa marah yg membuak2.

Semoga Datuk sentiasa dipelihara oleh Nya.

Kawanlama said...

Tak mengapa Datuk kalau tidak hendak ulang aksi 'bogel' tapi saya hanya tanya bagaimana Datuk samakan dua jenis aset dan aktiviti model perniagaan yang berbeza. Saya ikut sepenuhnya artikel MAS tulisan Datuk dan tidak dapat nak rasionalaiskan...

Kawanlama said...

Assets in MDB are held for sale.

Kawanlama said...

...so macam mana nak dibogelkan?

mamakmia said...

Najib ngn mamu dapat jawatan ni sebab depa umno kan..org umno pun sama pengecut mcm parti2 lain jugak..kepala buat salah pun boleh memimpin lagi..

mamakmia said...

Ko pun mangkuk..umno ni dari kepala busuk woi..

A KADIR JASIN said...

Pembahas Yana,

1. Melepaskan marah saja tidak cukup. Tak apa mula-mula kita menyalak tetapi sekali sekala dengan gigit juga.

2. Kita sudah beri nasihat, peluang dan kata dua yang lebih daripada cukup kepada Mohd Najib. Sekarang kita perlu fikir apa langkah kita selepas ini.

3. Kita boleh pilih jadi macam UK di mana rakyat yang tidak puas hati berani ubah parti. Dalam PRU minggu terbaru, Liberal Demokrat (Libdem) kalah teruk kerana sertai kerajaan Parti Konservatif. Buruh kena lanyak oleh Scottish National Party. Kerana Buruh dan Libdem kena lanyak, Konservatif menang besar.

4. Atau macam Switzerland yang rakyatnya paling gembira di dunia. Mereka juga antara orang terkaya di dunia. Mereka buat pungutan suara tiap tiga bulan sekali. Semua cadangan dan isu perlu diundi oleh rakyat jelata. Kabinet kerajaan pusat Switzerland (Swiss Federal Council) ada tujuh orang anggota saja.

5. Atau kita boleh (atau akan jadi) macam Togo di Afrika Barat yang rakyatnya paling tidak gembira di dunia tetapi Presidennya, Faure Gnassingbe, baru saja menang penggal ketiga.

6. Pilihlah nak jadi UK ka, Switzerland ka atau Togo ka.

Wallahuaklam.

Terima kasih.

nurcahaya said...

Assalaamualaikum..
Dato..
Terimalah seadanya apa yang berlaku bukankah semua ini takdir Allah..
Sebagaimana kita menerima dengan hati gembira riang ria di hari kemenangan pilihan raya walaupun kemenangan yang palsu dijana hasil tipu helah serta manipulasi ke atas rakyat melayu miskin nun di kampung2 serta felda..we melayu sedang tuai hasil kealpaan dan ketidakapaan kita sendiri..tidal apalah asal PM orang kita melayu..

msh said...

Salam Dato...

Dlm the Star hari ini 9 Mei 2015...

Pegawai Tabung Haji (TH)..berkata:

"the large number of people withdrawing their savings was not unsual.....we usually hv an increase in withdrawals on Monday and Friday everyweek....so i dont find the crowd today unusual".

Masih mahu mengelat.

Tetapi dia juga mengaku bahawa ada khabar angin yg pemegang2 akaun mulai mengeluar duit kerana resah dan panik dgn berita TH membeli tanah 1MDB.

Ini petanda buruk....yg 'real'...bujan lagi Persepsi.

Tercetus kerana;
..SIKAP KETUA MELAYU DAN PENGURUSAN TH YG JUGA ORG MELAYU DIDLM KERJA2 MENTADBIR SYARIKAT.

LEBIH2 LAGI MEREKA PENGARAH2 TH JUGA BERADA DIDLM 1MDB.

Lihat;
- TH Group CEO...Tan Sri Ismee...juga Pengarah 1MDB.
- Ahli 'Investment Panel TH...Tan Sri Samad Alias....juga ahli Advisory Board 1MDB.
- Dep. Group MD/Dep CEO..Dato Johan Abdullah...juga Pengerusi Anak Syarikat 1MDB.
- Pengerusi TH Datuk Seri Abd Azeez Rahim juga Penggilap tegar... selaku Ketua Bahagian Umno Baling yg umum tahu... cukup akrab dgn Presiden.

Ini adalah 'conflict of interest' dan banyak lagi 'deal'2 yg akan dimaterai....kata akhbar The Edge.

Inilah sikap sebenar Ketua2 Umno termasuk Presiden sendiri...yg membahayakan Parti.
Perkara2 begini sepatutnya tidak perlu berlaku jika mereka yg terbabit betul2 amanah dan jujur.
Ini bukab lagi persepsi tetapi kejadian sebenar.

Pembangkang tidak perlu RBA untuk menipu dan reka2 cerita memburukan Umno dan Ketua2 Melayu dan teknokrat Melayu.....sebab mereka sendiri yg melakukan kerja2 buruk untuk dilihat semua.

Jika jepercayaan org Melayu menjadi makin luntur pd bangsa sendiri....apa pula dari yg bukan Melayu?

Ini yg Tun M takut....hata....Umno akan menjadi makin parah jika Dewa dan Penjilat masih kekal berkuasa.

berasiam said...

Assalamualaikum DAKJ

Insyaa Allah saya akan mencetak dan memamerkan kain rentang "MY4PM" di cawangan saya dlm tempoh terdekat.

Belit belit said...

Apa logik pencuri bangang ini? Misalnya, kalau anda kena tangkap di airport dengan 20kg marijuana, boleh kah anda bagi balik sahaja ganja itu kepada Imigresen dan semua selesai, tak ada masaalah langsung dengan kes penyeludupan dadah? Kalau macam ini semua orang boleh curi dan rompak!!!

Unknown said...

Salam dato... Saya memerhati lama tulisan dato.. Terima kasih dn juga ucapan takniah dari saya.. Di ketahui bahawa ada sesi jual tanah itu... Dan juga di katakan ada keuntungan.. Saya rasa orang gila yang menberi tanah itu kerana sesiapa yang mengetahui perniagaan yang ingin dapat keuntugan bukan dalam setahun atau 50 tahun akan merasa rugi.. Ini bukan washinton.. Washinton pun tanah kosong pun yang sama dengan trx pun takdi jual dengan harga ni kecuali 20 tahun akan datang.. Nak buat aperment. Kondo pun tak cukup untuk dapat hasil dalam masa 50 tahun malah mengalami kerugian.. Kecuali jika dapat pulangan sehari 500,000.00 sehari baru dapat keuntungam dengan tidak menbayar satu sen pun para pekerje. Saya rasa syarikat menbeli dengan harga rendah tapi di tipu oleh berita denga harga 200,00000.(dua ratus juta) tapi sebenarnya 50,00000 ( lima pulah juta je)

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Saya setuju dengan Dato', kalau di UK atau Switzerland, ada isu seperti 1MDB, maka cepat sahaja jawatan bergolek. Kerajaan yang perintah boleh jatuh dan berubah.

Dalam kes di negara kita, pembesar-pembesar UMNO tidak akan dapat terus menyokong pucuk pimpinan kalaulah hilang sokongan orang melayu. Pembesar UMNO juga khuatir kalau mereka juga hilang jawatan.

Ada pepatah orang putih kata, "When shit hit the fan, everybody will run for cover"

Dalam soal "untung rugi", berpandukan blog Tun Mahathir, rakyat Malaysia sudah rugi RM20 billion kerana tanah yang dijual ke 1MDB di Sg Besi dan TRX terlalu murah.

Duit RM20 billion boleh digunakan untuk bina landasan keretapi "dual trek" dari utara ke selatan yang sudah terlalu lama tertangguh.

Rakyat Malaysia boleh balik raya dengan keretapi yang baru dan cepat seperti di UK dan Eropah tanpa mengharungi pelumba haram yang bawa Myvi di lebuhraya.

Unknown said...

If LIMAOCina thinks this country is very corrupted and is not fair to the minorities, he can always move to Singapore, where the government is really fair and not corrupted. One person move to Singapore will not cause a ripple..we still have 29,999,999 more

Waklu said...

Kalau kita pandang dari awal plot pun benda ni permainan cina. Asal tanah TRX tu mmg utk bumiputra. Menjadi idaman tycoon2 kit bintang sama mcm tapak penjara pudu. Penasihat 1mdb jo taek beli murah, kemudian dia pancing TH beli harga puluh ganda lg mahal. Membuatkan ramai org melayu melompat. Kesudahnya tanah milik melayu, utk org melayu akhirnya bersedia dikaut oleh tokeh2 cina yg mmg dah lama standby duit nak beli tapak ni. Tanah melayu, modal melayu dipusing, dibelit dek org utk kepentingan kaum tertentu.
Mmg hebatlah movie ni utk iktibar kita bersama. Tu yg org pesan jgn ambik musuh jadi org dalam. Kalau tak biasa bertempur jarak dekat, jangan makan umpan. Sebab paham org2 melayu org yg suka playsafe ni org yg tak biasa bertempur. Takut risiko, takut kalah, tak kenal musuh. Takut bini audzubillah. Tunggu masa je lah.

Unknown said...

Setuju sangat apa yg saudara katakan. Jangan layan aja.

TH beli tanah dr 1MDB dengan harga yg lebih lebih tinggi dari harga asal boleh di bilang ' sebagai ' bailout ' secara halus for 1MDB. Dari mata rakyat ia seperti normal business dealing between Buyer and Seller la.

With that amount at least 1MDB can service the interests on RM42 billion while at same time try to heist more GLCs and other Gment agencies.

banggoi petai said...

Kawanlama@taikpalat ni salah sorang blongang @ penjilat belaan najib mangkali . Isunya bukan dahulu tapi sekarang punya keadaan.macam budak budak belum masuk jawi pula hujahnya. Kau curik boleh kenapa aku tak boleh. ..Hadoiii. ........Bebal

Tinta Hitam said...

Datuk,
Ada beberapa penyokong tegar UMNO berhujah kepada saya bahawa TH sebenarnya hendak menyelamatkan tanah berkenaan dari jatuh kepada china..Jadi salahkah TH membeli tanah berkenaan demi masa depan org org melayu juga? Adakah kita suka tanah tersebut jatuh kepada china? Kata mereka..

Terpulanglah kepada tuan/puan samada hendak menerima alsan berkenaan..

aku said...

Kadiag, salaam. Nampak sungguh Tabung Haji macam dah lari dari kerja teraih depa... ''Nak permudahkan tabungan melalui institusi yg menepati syaraq atau dlm basa gomen 'syari'ah compliant vehicles'. Aku ingat orang bodo pon tau 1MDB bukan syari'ah compliant, jadi kepala2 tabung ni pi libat sekali dgn depa ni buat apa ? Kot2, ni lah hase nya. Aku terbaca kepala majlih patwa pon tumpang sekaki dlm keh ni. Betoi ka ? Kalau silap, ampon no...!

wankamarul701 said...

Ramai pembahas2 baru blog dakj selepas isu 1mdb

Unknown said...

Assalam pak kadir....panas macam goreng pisang panas ma kuih apam panas macam masak asam pedas ikan parang rupanya ikan parang ini makanan orang kaya2 harga nya Rm 28 sekilo,,,, Apa kena mengena ia saya cerita ikan parang dengan cerita TABUNG HAJI sudah tentu ada persamaan nya kerana ikan parang banyak duri TABUNG HAJI banyak duit. Nak makan ikan parang perlu berhati-hati agar duri tidak menyucuk ditekak kita nak guna duit TABUNG HAJI tak perlu berhati-hati atau kena penuh cermat ia boleh guna bila2 masa ikut suka pihak yang berkuasa di TABUNG HAJI walaupun semua tahu itu duit orang yang disebut sebagai penyimpan dengan niat nak menunaikan fardhu haji rukun islam yang kelima semua pendeposit hendakan duit itu bersih dan tidak bercampur dengan perkara yang haram atau perkara yang syubhah.....itu la niali penyimpan mempunyai hati yang murni....bila menyimpan di TABUNG HAJI 100% tidak pernah mengharapkan keuntugan harapan nya cuma satu dit itu selamat dan tidak bercampur dengan yang haram dari segi agama...perkara yang berlaku ini boleh dikatakan skandal la ya..cukup la dato saya hanya merapu bukan mengampu...wassalam

Othman Ahmad said...

Sdra Kawanlama,

Bulan lepas sewaktu menghadhiri majlis perkahwinan anak saudara, kami saudara-mara berbual isu semasa & menyentuh insan bernama Dr. Mahathir. Kebetulan seorang dari kami yg masih diguna pakai oleh pihak KTM untuk menyelenggarakan khidmat kereta api di Jeddah & Medinah sewaktu musim haji memberitahu nama Mahathir amat dikenali & dihormati oleh penduduk tempatan di sana dan juga tetamu2 Allah dari setiap pelusuk dunia. Di sana bila mereka ketahui kita dari Malaysia, pasti mereka akan sebut nama Mahathir walaupun Dr. Mahathir dah lama berhenti dari jawatan PM. Seolah-olah sinonim sekali Malaysia Itu Mahathir atau sebaliknya. Nama2 gah seperti Anwar, Hadi Awang, Nik Aziz, Abdullah Badawi maupun Najib Abd Razak, langsung tak dikenali oleh mereka. Itulah barakah yg dikurniakan Illahi kpd Negarawan Terulung kita.

Apapun Dr. Mahathir sebagai insan tidak dapat lari dari kekhilafan tapi bukan kesalahan selama 22 tahun pemerintahannya. Beliau memimpin & bukan dipimpin. Beliau meletak nama Malaysia di PETA dunia. Langkahnya mempercepatkan waktu (1/2 jam) diterima pakai & diiktirafkan pihak Maritim dunia, termasuk kiasu Spore. Beliau sentiasa jadi buruan pemberita Akbar & media tempatan dan dunia luar. Beliau Pemikir hebat dan ucapannya sentiasa jadi headlines atau tajuk berita seluruh jagat. Kehebatan serta keberaniannya cukup menyerlah ketika diwawancara dalam Hardtalk oleh pihak BBC berhubung kezaliman Zionist yahudi terhadap Palestin, matawang antarabangsa, serangan PBB ke atas Iraq, lagak USA menjadi polis antarabangsa dll.

ymase said...

Assalamualaikum

"Hakikat bahawa 1MDB dalam keadaan terdesak diakui sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Datuk Seri) Abdul Wahid Omar yang baru-baru berkata urus niaga 1MDB tidak lestari kerana ia berhutang terlalu banyak dan pengaliran tunainya tidak cukup untuk membayar balik hutang."

Coming from AWO, makes my blood boils thinking about my EPF, TH and PNB savings. Malaysians are toast.

ymase said...

Assalamualaikum

"Hakikat bahawa 1MDB dalam keadaan terdesak diakui sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Datuk Seri) Abdul Wahid Omar yang baru-baru berkata urus niaga 1MDB tidak lestari kerana ia berhutang terlalu banyak dan pengaliran tunainya tidak cukup untuk membayar balik hutang."

Coming from AWO, makes my blood boils thinking about my EPF, TH and PNB savings. Malaysians are toast.

Kawanlama said...

Hai si Banggoi yang budiman, sdra sedarlah bahawa hanya pencuri saje tahu tangkap pencuri...ada faham siBongok..oh maaf ye tersalah eja msksud saya siBonggoi

Zed-85 said...

Saudara Tinta Hitam,

Komen Saudara,

Ada beberapa penyokong tegar UMNO berhujah kepada saya bahawa TH sebenarnya hendak menyelamatkan tanah berkenaan dari jatuh kepada china.

Komen Saya,

Jho Low itu orang apa? adakah dia orang bugis, jawa, minagkabau atau acheh?

Kerja menyelamatkan tanah daripada orang cina,bukan kerja Tabung Haji.

Tak habis-habis orang-orang ini hendak memperbodohkan orang melayu.

Kawanlama said...

Kenapa lah tidak boleh sabar tunggu laporan Mr Auditor kita pihak AG adalah lebih layak menentukan kedudukan kewangan MDB...dah tidak percayakan pihak AG kita lagi ke?

Kawanlama said...

Kalau tidak setuju dengan pendapat yang bertentangan dengan sdra, silakan berhujah dengan fakta...ini kan perbahasan secara fikiran terbuka dan beremosi.

Kalau tidak boleh patahkan hujah saya lebik baik diam daripada hendak cuba pula nasihatkan tuan blog.

Kawanlama said...

Maaf Datuk kerana mencelah.

Saya amat setuju sudah sampai masanya kempen fasa menggigit sebagaimana perancangannya.

Hanya pandangan saya tentang sistem pemerintahan di UK atau Swiss. Kalau ini lah kualiti rakyat M'sia sejak 1981, maka kita sudah dapat dilakukan sejak dulu lagi dan rasa Malaysia sudah sejahtera sejak awal lagi dengan tiada deretan maharaja berkuasa terlalu lama.

ymase said...

Assalamualaikum

Ni lebih kurang macam skim gores dan menang - duit hangus barang tak dapat. Penganjur skim juga yang untung BESAR.

Akibat tamak ingat cepat dapat untung - RM5 Juta saje tak bebaloi lepas tolak yuran peguam, GST, RPGT dan ape2 lagi (ahem... komisyen). Jadi Pengerusi TH, berapa jumlah bersih yg diperolehi.

Jangan lupa panggil media masa majlis tandatangan - jangan sain senyap-senyap kerna pendeposit TH pun nak merasa durian runtuh tu juga.

Unknown said...

Soalan budak skolah rendah ni....sebagai jalan untuk mengelak fitnah berleluasa, kenapa PM tidak 'nasihat' kan si Azeez utk batalkan saja transaksi dengan 1MDB...? Kenapa tidak 'nasihat' kan 1MDB untuk batalkan dan pulangkan smula duit transaksi kpd TH....? Bukan kah 'nasihat' PM ke atas kedua-dua organisasi ini adalah sah mengikut polisi masing2....? Tapi PM nasihat kan si Azeez utk jual smula kat pihak lain secara tergesa2, kenapa ye....? Macam x betul je ni cara nak elak fitnah!! Owhhh...lupa...1MDB kan dah dapat duit untung 'bail out' dari TH....consider settle lah....win win situation for both party....'nasihat' yg bijak, bijak....

Ridd said...

Pengerusi TH tanah dah beli pun tak tahu,boleh lagi sembang khuatir tanah tersebut jatuh ke tangan cina.
Maksudnya dari awal dah memang tahu tanah tersebut TH sudah beli.

Lepas ni jual balik pada Melayu, tunggu panas dah reda baru Melayu tu jual pada Cina. Cerita pusing2 macam drama filem Tamil. Hakikat sebenarnya Orang melayu juga yang gadai harta pada cina.

Ini seperti kisah PENAGIH di zaman lampau kali ni dia ketagih harta Rakyat pulak.

Power....power.... I Love PM and Kroni. Salute.....Cheers Kroni's

Lahuma said...

Dato.

Sekadar mahu respond dari Sahabat Tinta Hitam.

Sebenarnya bila pemimpin UMNO tersepit dan terbelit maka mereka akan guna Jenama Melayu .Jual nama Melayu.
Maka melompatlah orang Melayu yang suka lompat.

Pada hal banyak jalan yang kerajaan Melayu boleh tolong Melayu.

Sebab itu kita perlukan pembangkang yang aktif dan kuat.
Tanpa bantuan dari NGO dan pembangkang pemimpin yang Melayu inilah akan menjadi pelingkop Melayu itu sendiri.

Banyak sudah pemimpin UMN jual Jenama Melayu bila kesalahan mereka bocor.

Kalau hendak tolong Melayu elakkan dari terpalit dengan isu besar.

Standard dan kualiti pemimpin UMNO sudah luntur.

Takut jatuh pada Cina konon.Pada hal dibelakang mereka hari ini pun Cina jugalah.

Itulah sandiwara pemimpin UMNO dan lain nya.

Terima kasih Dato dan sahabat Tinta Hitam.

JJ said...

Apa benda ni. Why does the PM support 1MDB to profit RM100m+ but TH to only profit RM5m?

Unknown said...

Aslkum Dakj.

Kelmarin Bekas ketua menteri Sabah yg ketika ini memegang jawatan speaker Dun Sabah iaitu Dato Said Keruak menyebut 4 contoh bailout yg dibuat TDM ketika berkuasa.

Pada masa sama Dato Said tidak setuju jika pembelian tanah mahal oleh TH drpd IMDB sebagai bailout.

Inilah contoh manusia bersifat burung kakak tua.

Pada zaman Mahathir dulu menikus dan angguk.

Bila dapat bos baru bodek pulak bos baru.

Sesuatu yg lebih penting ialah kenyataan Dato Said itu mengesahkan bahawa bailout terhadap kroni zaman TDM sahih ujud dan menjadi sebab kenapa Mahathir membuang Anwar gara2 hanya Anwar berani secara terang2 berksta tak setuju krpada tindak tanduk diktator Mahathir waktu itu .

Kalau pemimpin2 UMNO yg lain waktu tu ada telor atau bersih kenapa Anwar dibiar bersaorangan melawan Mahathir?

Adalah yg sangat tak kena dgn perangai pemimpin Melayu UMNO ketika itu malah sekarang yg terang2 sekongkol dgn kejahatan.

Tak hairan lah kalau perangai yg sama mereka ikut ketika berdepan dgn Najib.Yg ada cuma kenyataan kata org " main selamat"

Ada pemimpin UMNO sekarang seberani Anwar?

Unknown said...

Salaam DAKJ.

Buat penyumbang idea budiman......
Kenapa masih nak mengata bangsa melayu ? Hina sangat ke jadi melayu ? Yg selalu saya jumpa dan dengar bangsa xxxx ni bagus serba serbi. BETUL KE ? Saya melayu dan saya BANGGA jadi org melayu. Itu sahaja.
Org melayu yg sebenar2 MELAYU takkan buat kerja yg tak baik...kerja2 yg tak senonoh....yg d larang oleh AGAMA ISLAM sbb ada prinsip hidup berteraskan kan Al Quran.
Jadi bagi saya , melayu2 yg terpalit dgn pelbagai isu ini tidak lah layak utk mengaku melayu atau d panggil bangsa melayu.
Selagi kita ransangkan otak kita mengatakan bahawa bangsa lain lebih bagus selagi itu lah kita mundur dlm pemikiran.
Ingat ! Bangsa kita melayu ini terkenal dgn adap sopan santun malangnya amat mudah d jajah minda mereka.
BERSATU lah bangsa ku melayu....
BERSATU demi agama mu.....
Dan saya amat berminat pertanyaan dato .....'apakah langkah kita seterusnya.....' dlm menghadapi isu kelemahan pucuk kepimpinan negara.... Satu tajuk yg amat baik d bincangkan.

Sekian.

Salaam hormat.

Unknown said...

DAKJ.

Saya belum lupa episod 1.....soalan tak berjawab
Saya belum lupa jho lo dan reza.....
Saya takkan lupa permainan najib sampai bila2.....

#sekadar utk mengingatkan je.....

nor ishak ismail said...

Oh Azeeez, oh Ismeee mengapa ejaan nama kamu ni banyak sangat "e" nye adakah nama yang banyak "e" sebagai petanda orang(Melayu) yang hobinye suka kencing orang Melayu. Atau sebab itulah Najib pilih kamu untuk menerajui TH dan 1 MDB sebab kamu pakar kencing orang Melayu...cerdik jugak Najib ni ya.

Dengar cerita tanah institusi Melayu yang sekangkang kera yang di belit-beli oleh TH secara sembunyi dan berita pembeliannya nya telah tersebar secara haram dan sekarang ini hendak dijual pula. Kata Azeeez dalam TV3 tanah ini dijual semula adalah untuk menutup fitnah dan menjaga sensiviti dan emosi orang Melayu.

Tapi apapun keputusannya 1 MDB telah pun menerima habuannya yang berjumlah RM188.5 juta dan duit ini akan digunakan untuk melunaskan bunga hutang 1 MDB (Kata YM Tengku Nan 1 MDB adalah "itik bertelur emas"). Maka selesailah masalah bulan ini. Bulan depan pula cerita lain pula.....tunggu.

Kalau tanah itu dijual semula...jualnya pada siapa...adakah RMM188.5 juta itu akan diterima semula dan bila atau cerita saje...kalau tanah itu dijual pada bukan Melayu apakah sensitiviti Melayu akan tetap terpelihara.

Apapun keadaan nya Melayu telah pun basah-kuyup di kencing oleh Azeez, Ismee dan Najib. Langkah jual semula ini seperti pemancing menukar umpan, pancing tetap pancing, kalau umpan cacing tak dimakan ikan maka tukar pula pada umpan daging busuk, begitulah seterusnya sebab ikan perlu dibawa pulang.

Manusia seperti Azeeez dan Ismeee kalau di Korea atau Jepun sudah lama diterajang keluar. Kalau di China hukumannya adalah bunuh.

Di Malaysia hukuman yang nyata hanyalah pada pencuri telur, pencuri motor mereka ini akan dihumban kedalam penjara, silap-silap kena potong tangan. Tetapi mereka yang terlibat dengan rasuah, pecah amanah atau kencing bangsa sendiri terlepas begitu saja, lihatlah apa yang terjadi dengan kes Cameroon Highland contohnya. Habis kuat hukuman rasuah dan pecah amanah ini dikenakan pada Polis dan Imigresen ia itu hukuman "tukar Balai" jarang sekali mereka ini dipenjara.

Saya pun nak tahu juga apa pendapat para agamawan tentang kes TH ini ia itu kes "Melayu kencing Melayu".

Perkara-perkara tarik balik keputusan, pembelian atau jual balik hanyalah taktik "tukar umpan". Pada saya Si Azeeez dan Ismeee dalam apa pun keadaan perlu diusir daripada TH. Kita tak perlu simusang jaga reban ayam walaupun simusang ini dah pun berbulu ayam. Kedua-dua mereka ini perlu dihukum supaya generasi akan datang faham bahawa kesalahan rasuah, pecah amanah dan kencing bangsa sendiri adalah sangat berat malah lebih berat daripada kes curi telur ayam atau curi motor.

zainal abidin awang kechik said...

54:19
Sahih International

Indeed, We sent upon them a screaming wind on a day of continuous misfortune,



Malay

Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang, pada hari nahas yang berlanjutan; -

54:20


Sahih International

Extracting the people as if they were trunks of palm trees uprooted.


Malay
Yang menumbangkan manusia gugur bergelimpangan, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang terbongkar.

54:21


Sahih International

And how [severe] were My punishment and warning.


Malay

Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!





ayat alquran surah al qamar
19 hingga 21.

The Lawgiver said...

TOK Scribe,

I have a hunch that eventually a few people will go to jail in the 1MDB fiasco if not soon it is after the fall of BN. BN will fall because people have realized the degree to which the PM and his lackeys are willing to lie.

Najib and his lackeys will do all that they can to avert this apocalyptic event including milking 1MDB and other GLCs and GLICs dry to get money to bribe the unsuspecting Malay and rural voters.

But they can't. The educated Malaysians have wised up. Najib and his lackeys cannot treat 1MDB like an old whore anymore because somebody will alert the public. The whistleblowers are today's heroes.

1MDB could end up like Bank Bumiputra-BMF (Bumiputra Malaysia Finance) that blackened an otherwise illustrious career of Tengku Razaleigh. BMF and later Bank Bumiputra went bankrupt because of excessive loans to George Tan (Carrian Holdings). A

Malay accountant Jalil Ibrahim was murdered in Hong Kong, a Chinese man from Klang was found guilty of his murder. George Tan and three Malays who ran Bank Bumiputra/MBF to the ground went to jail in Hong Kong.

TOk Scribe, what goes around comes around. Salaam. The Lawgiver.

RD. said...

Saya harap TH tidak jual tanah itu, tergesa-gesa. Demi masa, nilai tanah sudah tentu akan meningkat. Prime land pulak tuh.
Tunggu Najib letak jawatan sebagai PM dan Menteri Kewangan dulu. Tak lama dah. Dari air-muka dia di kaca TV pun, kita boleh tahu berapa berserabut fikirannya, memikirkan bagaimana nak bayar hutang 1MDB.

Saya yakin, jika Najib 'pergi', matawang akan meningkat. Index Persepsi Rasuah juga, akan bertambah baik.

Selepas dibubarkan 1MDB dan jika Rakyat masih 'bising' pasal tanah tu, TH jual saja kepada Omputih atau Hartawan dari China atau India dengan harga yang jauh lebih mahal. Jangan jual pada harga beli sudah. Kalau tak ada pembeli, buat bodoh, simpan saja atau bina pangsapuri kos-rendah dan tawarkan kepada pendeposit. Boleh juga menambahkan jumlah orang Melayu di KL.

Kalau jual tanah tu, pada Syed Mokhtar Al-Bukhary, faham-faham saja lah. Nanti mereka yang anti-Melayu atau anti-Arab, sudah tentu marah dan komplain pula. Kalau jual pada anak 'Mamakutty', lagilah mereka marah dan bengang.
1Malaysia katakan. Setiap rakyat Malaysia amat tebal sikap perkauman. Semua benda dipandang melalui 'teropong' bangsa sendiri.

Unknown said...

And I hv a hunch that Najib and his families will pack up and seek adylum in a friendly country before he is brought to justice. Just 10% of the RM42 billion is more than enough to lead a lavish life till doomsday - Refer to Mr Lorraine and even Mr Baginda who lived outside this country

Unknown said...

Hanya si Azeez dan Ismee je?

Najib, kak mah, zahid, nazri dll tu nak dimaaf je?

Seruling sepi said...

Berkenaan dengan hutang 42 atau 43 bilion ni, aku ingat hujung-hujung nanti kerajaan jugak yang kena tanggung. Aku tak yakin 1MDB boleh menyelesaikan hutang-hutang tersebut secara bersendirian. Cash flow bagi tujuan pengurusan dan pengoperasian pun tak cukup, inikan pula nak melangsaikan hutang.
Nak bayar komitmen interest tahunan pun struggle sampai ke hulu ke hilir cari duit. jadi macam mana? Siapa pun tak tahu ke mana hala tuju 1MDB sekarang ni. Badan ni meminjam sampai berbilion-bilion selama ini pun guna entiti kerajaan. Kalau tak, masakan dapat meminjam sebanyak tu. Jadi kerajaan jugalah akhirnya yang kena tanggung jika 1MDB tidak berkemapuan untuk memenuhi tanggunjawabnya sebagai peminjam.
Tiada siapa yang tahu bagaimana kesudahannya kemelut 1MDB ni. Yang pasti ianya perlu diselesaikan bagi menjaga kesihatan dan kelangsungan ekonomi negara. Last sekali hutang-hutang besar ni jadi tanggungan kerajaan jugalah nampaknya. Lepas seronok duit kat dalam tu dijoli, labur dan lebur sana-sini, beli itu dan beli ini, bila tabung dah abis dan sarat dengan hutang, diserahkan kepada kerajaan untuk diselesaikan.
Zam was right. Nasib baik Mahathir hidup lagi. Bersyukur pada Allah kerana masih menghidupkan dan menyihatkan tubuh badannya. Kalau Mahathir tak bising-bising pasal ni, tiada siapa pun yang nak ambil peduli. Walaupun beliau sedar pendedahan beliau itu boleh membuka pekung-pekung busuk ketika beliau memerintah Malaysia 22 tahun, tapi beliau tidak peduli lagi tentang itu semua. Persetankan semua itu. Yang penting negara perlu diselamatkan dulu. Sebelum Mahathir stick out his neck and raise up the issue, there were Rafizi, Tony Pua, Tuan Syed dan Datuk sendiri tapi suara kalian tenggelam dan tidak diendahkan oleh mereka di koridor kuasa. Suara kalian juga tidak berapa didengari rakyat jelata dan mungkin juga rakyat jelata tidak begitu memahami keseriusan kemelut tersebut.
It takes the voice of world class political heavyweight like Mahathir, then barulah bergegar tiang-tiang dan koridor-koridor kuasa berkubah hijau di Putrajaya. Dan sekarang rakyat Malaysia tersangatlah berterima kasih kepada Tun Mahathir dan tuan-puan sekalian.

The Lawgiver said...

One more thing Tok Scribe, some of your commenters are planted by your adversaries. Your Kawanlama is one. His modus operandi is plain i.e condemn Dr Mahathir to attract attention away from his funder, Mohd Najib and/or gang.

His opposite is Umar Aziz who blames everything on Umno in order to cover up his idol Anwar Ibrahim.

I noticed that OKJ who was once a fanatical follower of YAB presiden had turned against him when his company was imposed GST.

Salaam. The Lawgiver

budak jawa said...

Aslm DAKJ,

Pada saya isu 1MDB saga dan pembelian tanah oleh TH ni bukan isu profit or kepentingan melayu sangat, terutama melayu marhaen macam saya.

Ianya lebih kepada isu good governance, transparency, integrity dan accountability yang nampaknya tidakwujud pada pemimpin tertinggi sekarang.

Pengurusan negara dibuatseperti pengurusan rumahtangga. Kalau pembelian tanah 1MDB oleh TH satu tindakan yang betul, pertahankan, tunjukkan rasionalnya kepada rakyat. Kenapa urusniaga dilakukan secara sembunyi-sembunyi dan bila diketahui boleh dibatalkan pula? Damage has been done.

You Malaysia government, pengurusan 1MDB dan TH are an incompetent lot. Same goes to many of the GLCs management. Hi time to do a major overhaul.

Kabinet sekarang ini patut malu kerana membiarkan pm dan konco-konconya bermaharajalela. Sekiranya PM step down, the rest of the cabinet should step down. TPM pun sama, baru sekarang nak kata saya tak tau nak jawab apa tentang 1MDB.

Walaupun saya nak PM dan kabinet step down, saya tak nampak UMNO dapat dipulihkan kerana kebobrokan kebanyakan pemimpin dan ahlinya yang bersikap seperti tumbuhan tumpang.

Saya fikir kerajaan campuran mungkin bagus untuk tempoh peralihan atau mungkin UMNO boleh recruit beberapa pemimpin muda pembangkang yang ada potensi untuk menyertai UMNO.

Wallahualam.

budak jawa

wahi said...

Tuan,

Mana mungkin DSN melucutkan jawatan Dato Azeez ini sedangkan perlantikan yg dibuat adalah untuk tujuaan kerja2 kotor twrsebut.


Ramai lagi Pengerusi2 GLC lantikan DSN berpotensi untu k membuat kerja2 kotor , cuma kita perlukan sebuah badan bebas untk membongkarnya. Untuk mengharapkan agensi penguatkuasa yg sedia ada jauh panggang dari api.

vasantha said...

"It is better to remain silent and be thought a fool than to open one's mouth and remove all doubt."
Mark Twain
A lot of people make ludicrous statements on national tv. Some are pompous and condescending to the 'makciks' in the kampung. They forget that there is a thing called 'penilaian dari langit'. You can't fool all the people all the time. Resorting to racial sentiment to get away from things is in poor taste. Many of my close friends are muslims who tell me that they like my values and would like to meet me in 'syurga' one day!

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Mengikut Rafizi dalam media,

Tabung Haji beli tanah dari 1MDB berjumlah RM188.5 juta.

Faedah yang perlu 1MDB bayar minggu depan kebetulan juga lebih kurang juga RM188.5 juta.

NTS editor baru-baru ini pula mengatakan pembelian tanah oleh Tabung Haji boleh menguntungkan.

Persoalannya, mengapa 1MDB yang beli tanah pada harga yang tersangat murah tidak menunjukkan keuntungan yang positif.

Persoalah yang paling penting, bila akaun 1MDB boleh dimulakan untuk diaudit oleh PAC?

Joe Black said...

Dato'

Betul kah Kerja Kerja Infrastructur di kawasan tanah yang dibeli olih Tabung Haji belum bermula? Jika tidak bilamasa kah ia akan bermula?

Olih kerana 1MDB tidak punya wang untuk membina Infrastructur (Jalan Awam, Saluran Pembentungan, Air dan sebagainya)maka mungkin ianya akan makan masa beberapa tahun. Tabung Haji itu akan kerugian - yaitu loss of income (jika beberapa tahun diletak dalam Bank Islam bolih membawa keuntungan). Apa akan jadi jika Infra tak dibuat langsun sampai berpuluh tahun dan Tabung Haji tak dapat membangun atas tanah tersebut?!

msh said...

Salam Dato.

Najib dan isteri rasa mereka Maharaja.

Tetapi majoriti rakyat memandang sebaliknya.....rata2 memandang mereka hina dan lekeh bukan pun sbgai ketua...jauh sekali sbg Maharaja.

Umum tahu sbgai PM....dia yg paling lemah dan juga tidak bertanggung jawab.

Tetapi dia cukup kuat didlm Parti.....kuat kerana dia hanya boleh ditumbangkan oleh 190 Ketua2 Bahagian yg mengundi dia sbgai Presiden.

160 Ketua Bahagian sah menyokong dia bila mereka masih menjulang dia bulan lepas walau pun 1001 isu dan kepayahan pd rakyat yg dia lakukan.

Cuma kini Ahli2.. Ketua2 Bahagian...dan MKT sahaja yg berupaya menggantikan dia....dgn kadar segera.

Jika dia kekal hingga ke GE14....sejarah akan bercerita;

"SIAPA ...APA...TINGGI ATAU RENDAH PRINSIP SERTA JATIDIRI BANGSA MELAYU SEBENARNYA......KERANA KETUA YG SEBEGINI LEKEH....HINA DAN PENUH KONTROVERSI PUN MASIH DISOKONG SEMATA2 KERANA SURVIVAL DIRI.

Fikirlah.....ini adalah 'moment of truth'... yg mencerita semua tentang siapa Bangsa Melayu Islam sebenarnya.

Tidak perlulah kita bangga lagi dgn kata2 'Takkan Melayu Hilang didunia' sebab itu cuma syok sendiri sahaja.

"Melayu masih ada....tak hilang....cuma ada yg macam mana? "
...kata Tun M.

yana said...

Salam Datuk AKJ,

Terima kasih atas feedback Datuk informasi berharga yang kita boleh guna untuk menggerakkan minda kita memikir bagaimana cara untuk membaiki keadaan, seperti yang Datuk kata "Sekarang kita perlu fikir apa langkah kita selepas ini".

Saya bukanlah orang yg arif atau begitu emosi tentang hal-hal politik, tetapi apabila sudah obvious sangat PM kita ini 'flaunt' diri dia yang sebenarnya sampai melibatkan lesapnya berbilion ringgit sehingga dimangsakan ke atas rakyat memikul beban itu. Kemudian cakap yang putar alam. Termasuklah media perdana milik kerajaan terutamanya Tv3, ketara sangat fakta-fakta yang diputarbelitkan. Setuju sangatlah kalau pihak-pihak berkenaan didedahkan serta dibelasah.

Namun Datuk, saya ingat kebebasan kita ini bukanlah kebebasan yg mutlak utk menyuarakan ketidakpuasan hati kita. Saya bimbang akan keselamatan kita, Datuk, Tun M, yang lain-lain, saya juga walaupun saya ini bukan siapa-siapa. Bimbang jadi macam Togo tu lah rakyatnya paling miserable di dunia, tetapi tak boleh nak buat apa sebab pemerintahnya penuh rasuah dan salahguna kuasa.

Nak ikut Switzerland... hmm rasanya boleh kasi masa 70 tahun lagi tak? Mungkin 100 atau tidak selamanya. Orang Swiss paling gembira di dunia- rakyatnya jadi fokus permatahati pemerintah- taraf hidup lebih dari average, pendidikan, pekerjaan, pendapatan, kesihatan, hak kebebasan memilih, level korupsi diawasi (terendah di dunia), semua faktor ini dijaga oleh pemerintah mereka demi rakyat.

UK pun rakyat mampu ubah parti, rakyat punya freedom to choose dan mereka gunakan hak itu.

Kita Datuk macamana.. bak kata Datuk, sekarang apa langkah seterusnya.. suara rakyat yang tidak puas hati cukup kuat di media maya tapi apabila kita turun ke medan realiti sang pemerintah guna kuasa mereka untuk 'kill/ silence' kan.

Terima kasih Datuk A.Kadir Jasin. Semoga Allah senantiasa memelihara Datuk serta keluarga.

Othman Ahmad said...

Inilah kualatnya bila Najib derhaka terhadap perjuangan ayahandanya Tun Razak... DEB & ISA dimansuhkan. Gagasan PAP Spura 'Malaysian Malaysia' dijelmakan dgn konsep Liberal songsang 1Malaysia. Dari situ, kerja gila mula mengganas dgn wujudnya 1MDB yg meratah habis kekayaan negara.

Tidakkah kita terfikir sejak pemerintahan negara diambil alih oleh Dollah Badawi & Najib negara ditimpa berbagai musibah dek mengikut telunjuk fahaman Liberalisme.....
- kehilangan 2/3 majoriti
- kehilangan saham telekom Msia
- kehilangan saham media prima
- kehilangan pulau batu putih
- kehilangan tanah KTM di Spura
- kehilangan 3 negeri kpd pbangkang
- kehilangan maruah bangsa/agama
- kehilangan 2 pesawat MAS
- kejatuhan sebuah helicopter
- kejatuhan saham di KSLE
- kejatuhan nilai Ringgit

Sendiri kena fikirlah.....!!

Unknown said...

Maaf vasantha.

Menurut ajaran Islam hanya yg di iktiraf umat Islam oleh Allah aksn masuk syurga.

Yg lahir sejak kecil dalam keluarga Islam dan pakai nama Islam pun hendaklah berdoa bahawa mereka dimatikan sebagai org Islam di kaca mata Allah.

Di India ada beratus juta umat Islan. Tak mustahil satu hari vasanta jugak kembali ke Islam yg benar2 Islam.

Kalau mereka2 ni percaya pd syarat masuk syurga, tentulah mereka tak curi duit rakyat.

Kawanlama said...

Sorry Sir your bullet shot on wrong target... you r low level amateur Sir

budak jawa said...

Kahkahkah,

lekeh najib ni. perhimpunan solidariti pulak. tapi soalan tak jawab.

kawan lama, kalau pemimpin dulu mencuri bukan alasan yang baik untuk mempertahankan perbuatan pemimpin sekarang mencuri.

apa masalah kawan lama. boleh tolong najib jawab soalan ka?

rakyat dah muak dah dengan pemimpin sekarang.

budak jawa

fed up said...

Mr Lawgiver,

Dalam ruang ini, kawanlama hanya menyerang supaya fokus diberi kepada pembawa mesej dan bukan mesej itu sendiri.

OKJ masih kelakar macam dulu-dulu sebagai ORANG KAMPUNG yang sekejap kerja di hospital, sekejap berniaga dan sekejap membawa keluarga makan angin ke luar negara. Masihkah dengan hobi menebang pokok pakai chainsaw? Tesco hantar barang runcit ke rumah kena GST tak?

DAKJ,

1. Tidakkah beberapa tahun dahulu, telah saya katakan, apa bagusnya Najib bila dia tidak membaiki kerosakan oleh Pak Lah? Lagi parah adalah!

2. Tidakkah saya katakan tidak lama dahulu, mengundi yang sebaiknya adalah dengan memilih calun dan bukan dengan memilih parti?

3. DAKJ, jika bajet Kementerian Kesihatan dipotong, apa rasionalnya bila ahli parlimen naik gaji?

4. Janji PRU, berapa banyak sudah tertunai dan berapa banyak yang sudah dilanggar oleh kerajaan Federal? Adakah pada PRU akan datang, BN pula akan dikata PR sebagai menjanji bulan dan bintang?

Wassalam.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Kalau ini bukan bailout, macamana dengan RM900 juta kredit yang sedia untuk 1MDB.

Bukankah ini bailout?

Ada seorang pembesar UMNO kata ini berita dongeng. Setelah itu, Menteri mengesahkan RM900 juta bukan berita dongeng.

Soalan Tun Mahathir mana pergi berpuluh billion masih tak jawap lagi.

Salasilah orang bugis pula yang dijawap.

Saya setuju dengan pembahas yang mengatakan ini adalah isu "Governance", "transparency", dan "accountability"

Perkara-perkara ini mesti diperbetulkan kalaulah Muhyidin ambil alih.

Perkara seperti tidak patut berulang pada masa akan datang.

Amat menyedihkan sekiranya wang berbillion ghaib begitu sahaja sedangkan ramai orang melayu yang sekarang terhimpit dengan masalah ekonomi.

Unknown said...

Kapada Penyokong2 Najib yg lg baca Blog ini,

Tolong sampaikan pada Najib dan semua ghurka2 dia, whenever and whatever dia bikin pengumuman atau statement , majoriti Rakyat sudah tidak mau dengar dan percaya lagi. Justru lebih baek Najib dan kuncu2 dia FOKUS mendapatkan balek RM42 billion yang dia dah lesapkan. Dan jangan sekali2 cuba mempedayakan atau memaksakan GLC2 membantu atau membeli atau melabur dalam 1MDB.

You have raped this country enough !!!

Unknown said...

Anwar dipecat kerana beliau seorang peliwat.. xde.kena mengena dengan isu bailout...

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir Jasin

Saya cukup tersentuh bila mendengar rintihan YAB Presiden di ceruk kampong di Sabah. Begitu jauh beliau membawa hati yg luka itu. Kalau dulu deretan anggota cabinet bersamanya tetapi sekarang, hilang entah ke mana. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Ahli UMNO akar umbi sebenarnya cuma hendakkan jawapan yg sejujurnya dari Dato’ Seri Presiden. Ituje. Seperti kata YAB Tan Sri Timbalan Presiden, bagaimana hendak menjawab kepda rakyat keseluruhannya jika tiada seorang pun yg betul-betul memahami business 1MDB kecuali Tuan presiden sendiri. Juga kenapa YAB presiden masih beria-ia juga hendak melaksanakan cukai GST sedangkan pelbagai nasihat, penyelidikan scientific dan risiko (risk benefit) terhadap UMNO dan BN telah dijelaskan sebelum ini? Juga kenapa pula dibabitkan Tabung Haji? Bukankah tanah tersebut diamanahkan kepada 1MDB utk membangunkannya?

Penat saya mempertahankan YAB presiden suatu masa dahulu kerana saya berkeyakinan penuh (pada masa itu) 1MDB mempunyai kepakaran dan seterusnya dapat membangunkan tanah-tanah tersebut. TETAPI sayang seribu kali sayang, seperti menunggu buah yg tak gugur. Kalau setakat nak jual je dan dapat untung atas angin, ianya amatlah tidak bertanggungjawab.

Akhir kata, pepatah melayu ada berkata, raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Maafkan saya kerana terpaksa menarik sokongan kpd YAB Presiden. . Saya juga berasa amat-amat kecil hati apabila nasihat demi nasihat yg dilontarkan tidak diendahkan tapi lebih mempercayai kata-kata Dato’ Mad Maslan yg CGPAnya 3.85. Sekian TQ.

Unknown said...

Sdr wahi.

Tak kira siapa pun jadi PM, apakah Anwar, Hadi atau Muhyiddin selagi masaalah pemusatan kuasa yg sangat berlebihan kpd PM tidak bagus kpd sistem bernegara.

Pembahgian kuasa antara Agong, eksekutif, pembuat undang2 dan mahkamah hanya ujud atas kertas sahaja.

Di Msia PM lah maharaja mutlak.

Dan kuasa maharaja ni dah banyak kali di salahgunakan . Tapi hero paling hebat adalah Najib

ABC said...

Kisahnya satu hari mat curi emas seguni, dek kerana takut mat pun menggali lubang untuk sembunyikan emas tadi. Untuk mengelak orang tahu dia membuat tanda bertulis "di sini tak ada emas" di atas lubang tersebut tanpa menyedari dol teman serumahnya mengintipnya. Malam esoknya dol mengambil emas tadi lalu disembunyikan di lubang lain. Untuk mengelak orang tahu dol membuat tanda bertulis "bukan dol yg curi". Ramai yg pernah dengar kisah ni. Mat2 dan dol2 di tabung haji dan 1mdb 2x5 mcm cerita ni..pelesit

budak jawa said...

if najib is so competent and could assure the profit for TH by buying 1MDB land, he better keep his brain to assure 1MDB not only make profit too but has a positive cashflow to finance its operation including serving its debt.

orang suruh jawab isu 1MDB dia dok tak habis2 dengan perhimpunan solidariti. tadak class la. politik murahan.

budak jawa

MUHD NORIZAM JAMIAN said...

Ada yg cuba berhujah sebenarnya, isu ini sengaja diperbesar-besarkan demi kepentingan politik pihak-pihak tertentu yang mahu menekan Tabung Haji, seterusnya dapat mengurangkan pemilikan hartanah Bumiputera Islam di segitiga emas Kuala Lumpur.

https://www.facebook.com/gtzam/posts/10205202773620161

Apa pandangan Datuk?

joetamchi said...

Melayu tipu Melayu...

Banyaknye kaki Ampu..

Dlm tabung haji ada penipu..

Banyak ke dpt duit saku...?

Unknown said...

Msh.

Jangan mudah percaya pd cakap2 saja.

Selama 22 tahun jadi PM banyak hak dan hak istimewa Melayu di robek2 Mahathir.

Dulu kenapa TDM tak betul2 jaga Melayu.

Samalah juga dgn Pak Lah.

Najib tak perlu cakaplah.

Ramai termasuk msh pun bersalah sebab sekongkol dgn pemimpin UBN yg kikis hak Melayu

aku said...

Kadiag,salaam, semoga hampa dan anak bini sehat2 semua. Aku tengok hang dok tulih, Mat Tehag, Anak Jawa dll bekisak tok wakil pekan dan kebanyakkan geng2 dia ni macam waras, orang kata apa, siuman ka. Ada orang lain pulak kata, paling korang, tak berapa cerdik, atau dalam basa gomen, ''mentally challenged''. Tapi ada orang lain lagi pulak kata, lebih teruk dari tu.
Jadi kalau bulih la...hang cuba dapat ahli saikologi ka, saikiatri ka, coba cerita sikit dari sudut kajian depa, apa orang kata ... "personality profiling" ka apa ka... Mana la tau kot2 hang kenai pakak2 ni. Terima kasih sajalah, wassallam.

#jibstuckinacorner said...

Dari kes tabung haji ni, kita nampak dua benda paling bahaya, bahaya pertama: bila benda melibatkan wrongdoing umno, nak cover balik mesti nak pakai bangsa cina. TH nak selamatkan tanah tu dari Cina plak dah? Apa kena mengena Cina dlm kes ni? Ini je la modus operandi sejak dua menjak ni. Najib tu pegi anjingkan NEP jadi dia buat affirmative action mcmni plak dalil kluar? Macamana la Cina tak benci Melayu bila sikit2 derang je kena? Skejap2 bisnes transakshen la skejap2 menguntungkan pendeposit la skejap2 tak pakai duit pendeposit la lepastu ada plak haramjadah yg distribute "nk selamatkan tanah tu dari cina" dekat social media/IM suma? Sebab tu malaysia tak bole besatu sebab pemimpin melayu dia skang ni bangang. Bila di tengok balik ada betulnye konon2 kita dipisah pisankan untuk kepentingan tertentu.

Yg kedua orang mcm kawanlama. Bang, at least kalau nak nampak mcm membodohkan atok kadir ni, at least bagi la hujah skit. Jangan bagi one liner mcm budak kecik. "I KNOW YOU ARE BUT WHAT AM I" ni bdk2 mat saleh suka pakai. Hujah kau mcmni la kawanlama. Kau tak sedar ke, komen kau dilepaskan bagi orang nampak yg perang saraf najib tak bekesan? Kau sedar tak komen kau DILEPASKAN? Kalau takde benda nak ckp, dari merapu, elok cari carrot pastu kunyah.

Joe Black said...

Dato'

Semakin hari semakin bertukar taraf DS Najib dari PM dan "Bugisman" kepada "Bogeyman".

Jika Rakyat menganggap beliau sebagai "Bogeyman" dimana letaknya UMNO? Pengikut pengikut UMNO akan dianggap sebagai tentera tentera Bogeyman! Takut nak fikir apa akan jadi pada UMNO di pilihanraya masa depan nanti!



1280K Taman Malik said...

Salam DAKJ & komentar sekelian,

Saya sbg salah seorang bekas pegawai pengurusan di anak syarikat LUTH [pada ketika itu] sgt2 terasa hari dgn kemelut TH yg wujud sekarang.

Yg saya pasti, pengurusan terdahulu iaitu pada zaman Datuk Hanafiah Ahmad [kini Tan Sri} serta Pengurus Besar [Allahyarham Dato Yeop Ahmad] adalah zxaman yg terbaik pengurusan LUTH. Mereka terdiri drp MCS dan penuh integriti serta penuh dgn amanah.

Moving fwd, zaman skrg, Pengerusi adalah politician, yg mendapat jawatan atas dasar membodek, cium tangan PM & Fat Lady sampai tonggek2. Such a dimwit....

Group CEO abd all the subsidiary CEO's are just a mere clowns and court jester.. terhangguk2 setuju dgn entah apa2 modus operandi yg merosakkan.

memanf spt yg diwar2 kan oleh AhJibGor ni yg pulangan yg akan TH dapat banyak, tetapi kenapa tidak kerajaan jual kpd TH dr dulu2 lagi dgn harga RM60 psf dan TH akan mendapat lebih keuntungan lagi berlipat lipat ganda. ini tidak, jual kpd 1MDB RM60+ dan jual kpd TH RM2860 psf???

Yg untung besar 1MDB utk nak bayar hutang. Cisss.. bodohnya.

Najid masih lagi sebagai amat retorik bila berkata2 dan cuba memutarbelit fakta yg betul. Kita ambil kata Datuk Husni yg 1MSB punya potensi besar utk berjaya dan kita fikir pula ckp Dato Wahid yg mengatakan 1MDB just a waste of investment due to heavy borrowing.

Nasihat utk Najib, cukuplah utk menipu rakyat Malaysia, jangan lagi menggunakan polis atau apa2 aktah untuk anda bergayut dlm kemelut ini, BERHENTILAH SBG PM YG MEMBEBANKAN RAKYAT DAN LIABILITI KEPADA NEGARA. You are totally incapable to be a PM. Jangan bergayut seperti BERUK untuk mencari makan.

Enough is enough....

Najib, you are such a big liar... sanggup maki peneroka FELDA Haram Jadah and UMNO bloggers Bangang...

Sebenarnya Najib yg Haram Jadah dan Bangang...

A KADIR JASIN said...

1. Para pembahas yang saya hormati. Saya faham rasa marah dan jijik Sdra/Sdri mengenai isu Tabung Haji-1MDB ini.

2. Kita bincang pasal benda baik -- Tabung Haji. Kita nak pertahan Tabung Haji.

3. Kerana ini perjuangan suci, tak berapa eloklah kita guna bahasa kesat, maki-hamun dan bahasa murahan.

4. Saya nak siar semua komen kalau boleh. Jadi kurangkan sikit emosi dan janganlah sampai hina batang tubuh orang. Itu pemberian Allah Taala.

5. Berkenaan pertanyaan pembahas "aku" mengenai psychological profile (profil psikologi) Mohd Najib, saya rasa mesti ada orang atau pihak yang dah buat. Cuma dalam hal macam ini hasilnya dirahsiakan.

6. Masa (Datuk Seri) Anwar Ibrahim bebas penjara tahun 2004, ada seorang professor Amerika datang buat "psychological update" mengenai beliau. Kami bersembang lama kerana dia nak tahu siapa Anwar yang saya kenali.

Wallahuaklam.

Terima kasih.

Unknown said...

@joeblack
Hahaha....mana ada.....sekrg bogelman sbb tu tercari2 jalan nak tutup !
Memalukan. Kita tak mahu najib sbb dia LEMAH dan tak telus...Itu saja. Dlm semua hal dia mmg lemah. Tak caya ?
Dia pusing2 fakta lepas tu cakap TDM cakap berbelit2.
Paper kat australia kata....sirul ada rahsia yg boleh buat najib goyang dangdut ! Mcm mana tu ?

Unknown said...

DAKJ.

Isunya sekrg bukan setakat TH je. Itu yg buat rakyat marah. Cuba dari awal terus terang....timbul tak situasi ni ?
Saya selalu tegaskan....seorang pemimpin MESTI berani tegas dan menghadapi apa saja, lantas dialah yg duduk d hadapan sekali. Kalau asyik berselindung dgn jawapan low class mcm mana ? Akhirnya rakyat akan hilang rasa hormat. Sbb indah khabar dari rupa.
Saya akui sayang kpd kerajaan bukan kpd pendokong nya sbb selama d bumi malaya ni kerajaan banyak membantu saya. Cuma bila kita rasa perjuangan mereka hanya utk diri sendiri kita akan ada satu keputusan. Sbb sudah terlalu bosan.
Dan perkara yg terjadi hari ini adalah kerana Allah mahu menunjukkan kpd kita siapa mereka2 ini. BERSATU lah kita menyuarakan rasa supaya NAJIB B ABD RAZAK ini berundur dari memimpin negara. Tak kira lah dia pahlawan bugis ke atau apa sekali pun. Penghormatan bukan d tuntut...ia akan dtg dgn sendirinya melalui sikap2 kita. Cuba pula hormati HAK rakyat. Jgn suka2 kata rakyat sokong.BETUL KE ? Bukan ke sekrg rakyat tengah desak beliau letak jawatan. Alasan nak masa perbaiki 1MDB lah.....rakyat tak mahu terima dah. Pasal tak terus terang dari awal.
BOLEH ?

Othman Ahmad said...

Sdra Kawanlama...

Kekadang saya dapati anda seolah-olah mempunyai motif tersembunyi di sebalik soalan yg diajukan kpd DAJK dan juga blogger lain, termasuk saya sendiri. Ketahuilah bahawa DAJK adalah seorang pengkritik yg constructive sejak era Tunku A. Rahman. Kritikannya bersandarkan fakta without fear or favour.

Unknown said...

Zallman.

Bererti semasa Anwar dipecat sdr Zallman ada menyaksikan perbuatan Anwar dgn mata kepala sendiri?

Ayat sdr tu menunjukkan sdr terlalu yakin.

Bagus2. Saya bangga dgn Melayu berani spt sdr.

Othman Ahmad said...

Thanks a lot and that reflect your true self the kind of specie you belong to.

zack said...

Ini bukan soal TH...tapi soal 1mdb!!! Cerita dia 1mdb terdesak tak boleh bayar hutang dan TH kena tolong. So kita tanya yang 1mdb tak boleh bayar hutang tu kenapa? Setakat buat syarikat beli aset murah dan jual ..itu bukan berniaga namanya, itu saja2 nak bagi Jho Low kaya!!

Takkan dah konpius kot...atau saja nak lari dari isu 1mdb? Try harder ok? Apa yg berlaku membuktikan 1mdb tu satu idea yg tidak cerdik langsung dan tak patut wujud pun!

Kawanlama said...

Najib mungkin salah tapi Mahathir telah terbukti tidak semestinya betul.

Cuba pula tanyakan spesific question di sini dan saya akan cuba jawab demi bagi mengelakkan saudara dan yang lain terus dalam alam fantasi 'fitnah'...bukan sahaja MDB akan bangkrap, tapi saudara tidak sedar akan turut 'muflis' dunia dan akhirat kelak.

zack said...

Dato, nampak sgt budak2 najib ni nak bawa lari isu. Ini bukan soal TH buat untung atau rugi. Ini soal dah terbukti 1mdb adalah satu idea yg bodoh dan tidak perlu diwujudkan pun. Syarikat ni skrg bermasalah besar dan tergagau2 mencari duit utk bayar hutang sedangkan Jho Low senang lenang. Tanah yg diperuntukkan utk pembangunan bumiputera pun tergadai buta saja....

Cerdik tak cerdik Najib ni fikirlah sendiri...Budak2 Najib tak payah cakaplah....

Kawanlama said...

...ye lupa cara ketawa saudara pun kurang lah, macam janggal aje dan cuba cari cara gelak yang lebih berkesan lagi ye.

zack said...

Macamana nak sabar tengok 1mdb cekau merata cari duit nak bayar hutang????

Kawanlama said...

Sebabnya terlalu ramai lebih taksub kepada diri TDM bukan memikirkan dan merasionalkan kandungan atau isi apa yang diucapkan.

Kawanlama said...

Saydara Zed, fakta 'corporate governance' tu lah yang membuatkan TH Properties beli tanah TRX tu.

Mereka beli untuk menambahnilai nilai kepunyaan pendeposit seramai 8juta orang miskin dan kaya Islam.. salah ke?

Kawanlama said...

Ye memang sudah lama didengarnya dan tidak usah gusar ye.

Kawanlama said...

Waw nampak amat berkesan tulisan saya kepada hati dan pemikiran saudara.

Cuma soalan mudah hingga ini tidak terjawab oleh DAKJ ialah berapa nilai kerugian deposit saya dalam TH akibat daripada pembelian tanah TRX ini? Sebenarnya sambil kunyah keret pun Datuk boleh jawab kalau hendak jawab.

Tahukah saudara hasiat makan keret itu?

Butthead said...

Rakyat M'sia terlalu 'slow' - semua isu2 semasa ni omputeh panngil 'kneejerk reaction' dah past tense dah tak boleh buat apa lagi..nak cover isu negara yang lagi teruk supaya rakyat tak sedar..
Rakyat M'sia terlalu bebal - suka sangat lah dapat duit BR1M tu (duit rasuah rakyat tu).. bodoh betul..
Rakyat M'sia terlalu complacent - nak tunggu apa lagi PM Najib buat baru nak tersedar yang negara kita ni dah nak tergadai..cukup2 la duit yang di curi tu ..
Tukarlah pemimpin.. lagi cepat lagi bagus.. Apa la yang nak di sanjung sangat anak Tun Razak ni.. tak habis2 kontrovesi bila negara nak maju..
Rakyat M'sia pikir2 kan lah..

-Kawan Beavis-

Unknown said...

salam sejahtera,

duit TH merupakan duit pencarum bukan duit ahli-ahli yang bekerja utk TH. duit itu merupakan duit orang islam yang mahu menunaikan haji. setiap duit yang disimpan di dalam TH merupakan amanah yang diberikan. perkara seperti ini tidak akan berlaku jika pihak atasan TH mempunyai niat yang baik ketika menjaga TH.

Allah itu Maha Adil. setiap perbuatan yang menzalimi orang2 yang lemah akan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan.

hazleezaiton@yahoo.com said...

Salam dato,



The end is certain.


Subsequent `chaos' is also certain.


I just wonder if this nation is able to retain its finance and economy `viability' over the next 5-10 years.


At the present rate, BN is the minority,excluding the main `merajuk numbers', the oppositions and the `i do not care/ not to be bothered' ones..


As for the clever lots, they have
certainly put their `assests' outside the border..and the race is getting faster,to get over there.


No need to be `clever' to see that the present government is not fully responsible for the people and it stays the same..


Abu Bakar Ab Rahman

adion said...

bila gajah vs gajah...elok la kita duduk kat tepi saja sebelum mati tersepit...macam ramai menteri dalam kabinet buat..... mana la tau nanti tetiba gajah gajah berbaik baik pulak. haru pula pelanduk jadinya.

Unknown said...

As I look at it, Najib is actually like a Puppet on a String. The words that come out from his mouth are not his real words. Somebody or a group of somebodies are calling the shorts.

Beside that it seem Najib as what the Malays like to say when one is being under controlled or under influence from others ' dah kena guna2 kut '. I like to believe that but I am not the one who really believes in supernatural or black powers.

Untuk Azeeez ( sorry I like to use more than two ' e' ) and company to relinquish their post in Tabung Haji only the depositors can do that by demonstrating in front of Tabung Haji HQ. Make it a daily affair or every Friday prayers.Ball polishers in other GLCs, should follow suit - RESIGN !!

A KADIR JASIN said...

1.Kita belum tahu sama ada Tabung Haji akan rugi atau untung dalam urusan beli tanah 1MDB ini. Tapi Abdul Azeez kata sudah ada tiga pihak berminat dan TH berhasrat buat keuntungan sekurang-kurangnya RM5 juta. Tapi dalam sejarahnya TH sudah beberapa pelaburannya lesap. Itulah yang kita takutkan.

2. Yang jadi isu bukan saja untung rugi TH tapi aspek moral urus niaga itu, khususnya unsur “bailout” 1MDB. Ini TH. Kita belum tahu kalau ada badan kerajaan lain dipaksa “bailout” 1MDB.

3. Lagipun kalau kerajaan sayang kepada TH, kenapa tidak beri sebahagian tanah itu kepada TH tapi bagi semua kepada 1MDB dengan harga “giveaway”.

4. Adakah ini saja pembabitan TH dengan penyelamatan 1MDB?

5. Nampak-nampak 1MDB sudah jadi kes habis manis sepah dibuang. Yang manis dah dihantar keliling satu dunia. Sampai hari ini kita tak tahu di mana sebenarnya duit itu. Sepah yang tinggal, negara dan rakyat jelata kena tanggung.

Wallahuaklam.

Terima kasih.

Kawanlama said...

Maaf ini satu lagi salah tembak. Maaf tulisan saya itu ditujukan untuk respon kepada komen dari The Lawgiver ye

Tak mengapa lah kalau saudara hendak komen bagi pihak beliau.

Kawanlama said...

Saudara Zack, kita punyai sistem untuk memghukum, janganlah jadi blog ini sebagai pentas memjatuhkan hukuman ye.

Saya setuju atas idealisme kewartawan DAKJ untuk perjuangan membetulkan M'sia, tapi 'Nabi pun tidak boleh betulkan dunia' meminjam kata Zam yang kononnya dah bersara tapi???

Kawanlama said...

Terima kasih Datuk dan saya amat setuju jika ruang ini untuk pejuangan mendapatkan harga lebih rendah atau diskaun lebih besar diberikan kepada TH Properties jika sayangkan TH, tapi isunya kita tidak akan berlaku adil kepada baki 22juta rakyat 'M'sia yang bukan pendeposit TH.

Zed-85 said...

Saudara Kawanlama,

Komen Saudara,

Saydara Zed, fakta 'corporate governance' tu lah yang membuatkan TH Properties beli tanah TRX tu.Mereka beli untuk menambahnilai nilai kepunyaan pendeposit seramai 8juta orang miskin dan kaya Islam.. salah ke?

Komen Saya,

Harga tanah yang dijual oleh 1MDB kepada Tabung Haji tidak jauh dengan harga tanah yang dijual oleh konsulat German kepada MRCB (lebih kurang RM3000/kaki).

MRCB syarikat melayu, Konsulat German orang Jerman.

1MDB orang melayu, Tabung Haji, orang melayu.

Orang melayu beli tanah RM64/kaki, jual kepada orang melayu (Bakal Pak Haji/orang miskin) harga RM2773/kaki.

Kalau saudara tak paham juga, ibarat dalam satu kampong, tok penghulu panggil orang indon gali perigi, orang indon gali perigi, keluar minyak.

Dapat minyak free.

Minyak itu orang kampong punya. Orang kampong nak juga merasa.

Lepas tu tok penghulu pakat dengan orang indon jual dengan orang kampong yang miskin, orang melayu dengan harga pasaran RM2.15 satu liter.

Orang kampong yang bahalol tak marah, tapi orang kampong yang pergi sekolah suruh Tok Penghulu masuk dalam perigi.

budak jawa said...

kawanlama,

kalau TH boleh untung melalui transaksi jual beli tu, save it for 1MDB itself. Nak bayar hutang pun tak mampu. Apa terma semasa 1MDB mohon tanah Kerajaan pada harga nominal? untuk dijual semula pada pihak ketiga dengan harga yang tinggi? atau untuk dibangunkan? kenapa TH berurusan dengan syarikat yang sedang dipersoalkan sehingga audit negara diarah menjalankan auditan ke atas syarikat tersebut?

Sebelum itu, kenapa kawanlama beria-ia membangkitkan isu mahathir dan bukan isu najib dan 1MDB? adakah dengan menyatakan isu mahathir boleh menutup isu najib dan 1MDB? whats your point actually?

People are asking, on top of having khazanah, why did government created 1MDB? whats so special about 1MDB? Why did 1MDB borrowing a huge amount of money and then buying an IPP and a piece of land at above market price? Did their investment generate sufficient income to serve its debt? where is the other borrowed money that has not been accounted for? is that right to borrow money just because 1MDB has a landbank at the mercy of government?

As najib exclusive brainchild, is it wrong to ask him about 1MDB? and why did he unable to give the answer yet retaliating mahathir?

Since you sounds to be more rational than anybody else here, could you give the answer on 1MDB? If you could answer surely you are a vvvvvvip because not a single minister in the cabinet line could give answer because they know nothing.

Again, the issue here is governance of 1MDB, the issue of transparency, integrity and accountability.

joetamchi said...

MatBon Jebon..
Dol Samdol...

Buah Kerdas said...

Semakin cepat DS Najib berundur dari kerusi PM/Presiden UMNO semakin baik untuk kerajaan dan negara asal saja pengganti beliau seorang yang berprinsip luhur, berwawasan dan proaktif.

Semakin liat DS Najib beundur dari kerusi PM/Presiden UMNO semakimn baik untuk PR dalam usaha mereka menawan Putrajaya. Kemenanangan PR dalam PRU akandatang mungkin boleh meredakan aktiviti melanun khazanah negara buat seketika, maklumlah orang baru tentulah belum tahu selok beloknya lagi. Kita boleh berharap tapi jangan terlalu mengharap.

Lahuma said...

Dato.

Ramai meramalkan PM Najib sudah mula menghampiri garisan penghujungnya.

Kemuncak kegelojohan tindakanya bila cuba dengan sengaja guna TH di 1 MDB.

TH adalah simpanan BERKAT orang Islam di Malaysia.

PM Najib masih angkuh dengan meminta NYAWA jawatannya sebagai PM dari UMNo dan rakyat.

Umno biasa sahaja banyak kepalsuan dan pura-pura atas kebendaan.

Faktor rakyat melalui undi pilihanraya disini PM Najib akan kalah teruk dalam PRU 14 nanti.

Banyak perancangan PM Najib gagal kerana orang kelilingnya ambil kesempatan haloba tamak kepentingan diri.

PM Najib berjiwa besar tetapi boros dalam urusan kewangan negara.

Kenapa PM Najib biarkan isterinya dipergunakan atau mencampuri urusan negara sebagai jalan pintas semua urusan.

Banyak proksi-proksi tertentu.

Hari ini PM Najib cuma hero bagi Umno terutama dikalangan Ketua Bahagian.
Majoriti rakyat sudah tiada.
Kompenen BN cuma tinggal nama.Penyokong komponen BN sudah lari.

TH pula banyak ruang kalau nak tolong Islam dan Melayu.
TH pun apa hendak buat kena cucuk hidung juga macam lembu dan kerbau.
TH kena tarik kesana kemari.

Syukurlah pada Allah SWT kerana

dengan izinnya telah menyelamat maruah TH

Walaupun PM Najib dan Azeez Rahim kata rugi besar tak apalah daripada berselerak dengan berbagai isu dalah urus.

Terima kasih Dato..

.

Unknown said...

Aslkum DAKJ.

Loyar buruk betul sibudak Bugis takut bini tu.

Bila TDM dan pemimpin UMNO beri amaran bahawa UBN mungkin kalah PRU14 gara2 pelbagai isu, beliau datang dgn tiori ada org luar nak pecah belah UMNO.

Penjilat beliau pun apa kurang. Selepas guna wang penyimpan TH untuk selamatkan IMDB, tuduh pulak Cina tak suka Bumiputra punya tanah strategik di tengah2 KL.

Ada je jawapan loyar buruk puak2 ni.

Akan tetapi hingga sekarang Najib tak jawab kemana duit IMDB yg berjumlah rm42b dibelanjakan hingga hilsng tanpa kabar berita.

Mungkin Timbalan Govenor BNM yg bernama Dato MI boleh share dgn Dakj bagaimana wang berbillion boleh keluar negara dengan begitu senang.

nor ishak ismail said...

Pagi ini 12 Mei di TV3 muncul wajah ceria Najib semasa pertemuan UMNO petang semalam, Kata Najib:

"Ramai yang kecewa apabila dia menerima sokongan padu daripada kesemua perwakilan......termasuk Mahyuddin ..... perbicangan - dari hati ke hati - dengan Timbalannya akan dikerapkan lagi".

Katanya lagi PAC akan mula menenggok akaun 1 MDB pada 19 Mei ini.....yang hairannya mana dia cerita pengauditan.....tunggu.

Menyentuh pasal TH, seperti kata Pak Kadir, TH akan dapat untung RM5 juta je atau lebih kurang 2%, hasil jualan balik. Bagaimana dengan cukai "Property Gain" sudah tentu tinggi sebab jual kurang 5 tahun. Bagaimana dengan GST yang 6%.....yuran S&P dan guaman dan entah apa-apa bayaran lagi.

.....komisen Azeeez lagi jangan pula lupa komisen Ismeee perlu ada bahagian juga (wah makan kiri kanan si"eee" dua orang ni) (Najib punya bahagian?).....tapi tak apa TH bukan untuk untung tapi menabung. Biarlah dia orang yang untung. Lagi pun ia perkara (halal)?.

Unknown said...

Aslkum Dakj.

Kalaulah polis, pendakwa, SPRM dan hakim Msia bebas dari Perdana Menteri/ eksekutif seperti yg di praktik even by Israel maka dah lama PM kita diheret ke pengadilan.

Yg curi gula2, ayam berbulan2 merengkok dalam penjara.

Anak menteri pukul pengawal bebas untuk terus jadi samseng.

Msia menuju negara tak hormat atau tiada lsksana undang2.

MARHEIN Utara said...

Saya tertanya-tanya apabila ada yang mengatakan :

'Ada beberapa penyokong tegar UMNO berhujah kepada saya bahawa TH sebenarnya hendak menyelamatkan tanah berkenaan dari jatuh kepada china..Jadi salahkah TH membeli tanah berkenaan demi masa depan org org melayu juga? Adakah kita suka tanah tersebut jatuh kepada china? Kata mereka..'

Persoalannya :

1. Apakah fungsi sebenar TH ? utk menyelamatkan masa depan org melayu.

2. Kalau betul niatnya untuk menyelamatka org melayu, kenapa tak diberi tanah tersebut kpd TH atau dibuat usaha sama dengan TH, supaya TH bangunkan kawasan tersebut, dan pembagunan tersebut dikhaskan untuk bumiputera/melayu. Kenapa mesti dijual dengan bukan takat berlipat tetapi dah bergulung (ratus persen) daripada nilai asal.

3. Adakah fungsi TH untuk menyelamatkan tanah org melayu ? Kenapa tidak diserahkan kepada UDA. Bukankah fungsi UDA :'Merancang dan melaksanakan projek pembangunan di kawasan bandar dan pinggir bandar
UDA turut menyediakan infrastruktur dan kawasan petempatan untuk usahawan
Selain itu, UDA juga turut menyediakan kawasan perdagangan untuk para usahawan
Dalam pada itu, UDA turut serta menyediakan kawasan perindustrian untuk kemudahan usahawan'.
Adakah UDA sudah dibubarkan (berkubur)? Stahu saya tak ada pula mendengar UDA sudah dibubarkan.

NOTA : UDA Holdings Berhad ditubuhkan sebagai sebuah perbadanan melalui Akta 46 Pembangunan Bandar pada 12 November 1971 oleh Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Rujuk : http://ww1.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120702/ek_02/Peranan-UDA-semakin-kritikal#ixzz3ZsenHDaJ
© Utusan Melayu (M) Bhd.

4. Tak pun, bagi atau jual kat UMNO tanah tu dibangunkan dan diserahkan kembali kepada orang melayu. Inilah peluang UMNO berjasa kepada orang melayu TERUTAMA dibandar yang mana sokongan dibandar kritikal bagi UMNO.

Pandai sungguh depa berhujah : 'TH sebenarnya hendak menyelamatkan tanah berkenaan dari jatuh kepada china..Jadi salahkah TH membeli tanah berkenaan demi masa depan org org melayu juga? Adakah kita suka tanah tersebut jatuh kepada china'....

Soalan yang besar bagi saya.

Mungkin ada yg nak komen / ulas persoalan saya ini.

joe black said...

Dato'

Baru baru ni Azeez Chairman TH kata Tabung Haji akan dapat untung 5 Juta sebab ada pembeli sanggup bayar 5 juta lebih dari harga belian TH. Selepas tu dia kata TH akan buka tender atas tanah tersebut...

Eh? Belum buka Tender sudah tahu dapat 5 juta untung? Tender Apakejadah Ni?

A KADIR JASIN said...

1. Kepada para pembahas, mintalah jangan tuduh atau buat andaian semua atau sebahagian ahli lembaga dan pengurusan TH "rasuah" atau salah guna kuasa.

2. Saya amat yakin majoriti mereka tidak rasuah, tidak salah guna kuasa malah sangat prihatin dan komited menjaga imej TH serta imej masyarakat profesional Melayu-Islam.

3. Kita wajib jaga imej dan kewibawaan masyarakat pengurusan dan profesional Melayu-Islam supaya lestari dan berdaya tahan tidak kira parti mana memerintah negara kita.

4. Langkah melantik orang Melayu bukan profesional, khususnya Melayu politik jenis cium tangan menjadi "eksekutif" badan-badan amanah serta GLC menyebabkan nama masyarakat profesional dan pengurusan Melayu tercemar.

Wallahuaklam.

Terima kasih.

MOKHTAR said...

Salam Dato,

Politically harapan orang Melayu hanya tinggal 3 sahaja: 1) UMNO 2) media massa melayu 3) Raja2 Melayu...1) UMNO..dipimpin oleh keturunan bugis / minang yang sanggup mati bersama kapal bugisnya...Panglima ini akan membawa Anak2 kapal bersamanya.. ( 2) Dah tukar nama pada Malaysia.. semangat Melayu pun dah hilang..menyokong panglima Bugis walaupun maruah orang melayu di jual..
3) Ada yang memberi sokongan / arahan supaya meyokong sepupu panglima Bugis dalam pilihan parti..
Masih adakah harapan orang melayu?


Johan said...

sampai sekarang masih sedih dengan apa yang dah berlaku kat tabung haji. serba sedikit hilang kepercayaan kat tabung haji ni. perlu rombak barisan pengurusan. tak perlu ada ahli politik dalam pengurusan tabung haji.

Othman Ahmad said...

Sdra kawanlama

Itu persepsi & hak anda... tapi ramai masih merasa berhutang budi di atas jasa TDM yg telah mengangkat martabat Islam & Melayu semula sejak kejatuhan empayar kesultanan Melaka. TDM adalah juga Pemikir hebat. Justeru untuk merasionalkan isi ucapan atau tulisannya, ianya memerlukan intelektualiti tinggi, terutama sekali sindiran sinis tapi tajam & bermakna.

Ini bukan taksub, tapi 'Jasa mu dikenang sepanjang zaman'....tanpa dipaksa atau dibeli maupun digula2 seperti slogan 'I LUV ' & Brim.

Kawanlama said...

Terima kasih sdra Zed dan mungkin juga saya berikan perspektif begini tentang perigi minyak tadi.

Minyak itu adalah dimilikki oleh 30 orang bukan milik ketua kampung atau penduduk seramai 8 orang tinggal kampung itu. Jadi agaknya berapa harga hendak dijual kepada orang kampung seramai 8 orang itu, ketua kampung dan baki 22 orang pemilik minyak itu.

Saya tunggu jawapan dari saudara ye, jangan lambat pula.

Othman Ahmad said...

Saya sangkal kenyataan anda konon TDM merobek-robek hak istimewa Melayu selama 22 tahun pemerintahannya. Sebaliknya saya mendapatkan kembali integriti sebagai Melayu setelah dihinjak & diperlelehkan oleh PAP selama 24 tahun di Spura. Melalui DEB, saya berpeluang meraih tempat di sektor swasta & mengelilingi dunia.

Sila kemukakan bukti tuduhan anda.

Zed-85 said...

Saudara Kawanlama,

Tanah dan minyak itu bukan 30 orang punya?

Hampir semua hasil terpaksa bayar hutang. (Breakeven)

Apa yang 30 orang itu dapat?

Tanya tok penghulu, mana pegi duit banyak-banyak dulu, sampai sekarang tidak jawap.

Kalaulah kampung orang cina dekat sebelah boleh beri diskaun untuk hospital dan barang runcit kepada orang yang umur 60 ke atas.

Apa pasal orang melayu tak boleh beri diskaun kepada bakal Pak Haji dan orang melayu miskin?

Itu jawap saya.





Unknown said...

Aslkum Dakj.

Macam nak rak pemimipim pembangkang dan segelintir pemimpin UMNO desak Najib agar turun tahta.

Sekonyong2 si Hadi Awang pulak suka agar Najib terus jadi PM.

Seingatan saya hanya Hadi seorang dalam PAS mahukan Nsjib.

Apakata Hadi berhenti saja dari jadi presiden PAS dan jadilah anggota kabinet Najib.

Hadi ni samada dah jadi diktator jugak kerana tak hormat perasaan pemimpin PAS yg lain atas ada wire yg dalam kepala yg dah terputus atau longgar.

Ini pun satu lagi bala pd org Melayu bila org bergelar ulamak pertahsn Najib.

Kawanlama said...

Beginilah komen balas saya ye:

30 orang punyai pengurus bagus dan terbukti hutangnya hanya 53% daripada jumlah hasilnya...itu bukan 'breakeven' kot.

Satu lagi nak betulkan fakta anda tanah itu milik 1MDB yang tuan punyanya pula 60% Melayu dan bakinya kaum lain berstatus rakyat M'sia ye.

Dan akhir sekali telah terbukti terlalu banyak diskaun sudah diberikan bagi menampung kebajikan orang Melayu.

Terima kasih dan maaf hanya akan sedia layan sdra di forum lain.

Kawanlama said...

Terima kasih sdra Budak Jawa, maaf lewat berikan maklum balas-

(1) Saya setuju bahawa 1MDB hadapi masalah terutamanya alirantunai terbukti tidak baik kerana
bayar hutang pun agak sulit.

Ini masalah biasa lazimnya berlaku dan boleh diuruskan dengan baik jika bersungguh2.

(2) Juga setuju bahawa TH terlibat dengan 'negative event' dan semestinya semua pihak bimbang, tapi janganlah bimbang melampau.

(3) Mengapa saya beria-ia membangkitkan isu mahathir dan bukan isu najib dan 1MDB?

Sebabnya saya letakkan tahap pemerintahan TDM walaupun tidak sempurna ke tahap tertinggi dan sepatutnya menjadi 'benchmarking' kepada pemimpin selepas beliau.

Jesteru itu, kalau DSNajib berjaya melepasi ujian ini, maka it is good for future M'sia.

(4) Saya tiada jawapan atas soalan "why did government created 1MDB? whats so special about 1MDB?

Tapi sekadar nak tanya saudara fakta tentang belian '....a piece of land at above market price?. Boleh sdra berikan details dan cuba pula sdra tunjukkan harga yang berpatutan, jadi boleh kita rumuskan kerugiannya.

(5) It is not wrong to ask about 1MDB, but TunMahathir kurang sabar tunggu hasil audit dan siasatan ke atas 1MDB.

Lazimnya TDM suka laksanakan projek secara cepat dan berjaya walaupun dengan harga mahal...
itu lah benchmarkingnya

(6) Saya berterima kasih dan alhamdulillah atas komplimen sdra
'Since you sounds to be more rational than anybody else here'

Dan tidak berperasaan lebih pandai atau bijak dari para menteri dan juga kebijaksanaan saudara.

Akhir sekali saya secara peribadi cuba sedaya upaya setiap hari menghayati dan mempraktiskan amalan2 terbaik dalam aspek2 yang sdra ungkapkan 'transparency, integrity and accountability.'

Wallahuaklam

Zed-85 said...

Saudara Kawanlama,

Komen saudara,

30 orang punyai pengurus bagus dan terbukti hutangnya hanya 53% daripada jumlah hasilnya...itu bukan 'breakeven' kot.

Komen saya,

Kalau kita hendak bandingkan pengurus atau management,

Pengurus 1MDB yang sekarang ini,

Net Worth Syarikat (52 - 42) = 10 billion

Katalah kita ambil seorang yang bahalol yang hanya menjaga tanah itu tanpa hutang.

Berdasarkan kiraan harga tanah TRX dan Sg Besi dalam blog Tun M,

Networth Syarikat (20 - 0) = 20 Billion

Delta = -10 Billion

Sekarang ini, disebabkan pengurus yang saudara kata bijaksana, rakyat Malaysia mendapat untung -10 Billion atau rugi 10 billion.

Adalah lebih wajar kita panggil pengurus bahalol untuk mengambil alih 1MDB.

Tidak pula saya minta saudara melayan komen saya.

Othman Ahmad said...

Tranparency, integrity & accountability..
Oh yes... I like it, man.....!!!

Both Najib & TDM committed bail out. Nevertheless, Najib did it in discreet manner and only made it known when blown out of proportion. Unlike Najib, TDM tabled his initiative in the cabinet ministers meeting for mandate. There was no secret or hidden agenda as the immediate following day became the headlines splashed over at every newspaper and media news report in the country.

That demonstrates how brave and gentleman he was. He is the best thing ever happened to us and by the graciousness of Almighty Allah, he is still surviving with good health and charisma to protect the well being of the people and the country.

I simply love & respect this grand old statesman. Amin.

Penyiasat said...

Towards end bank negara governor commented on the request of TIM to investigate IMDB's transaction


http://www.theedgemarkets.com/my/article/funds-placed-msian-financial-system-secure-despite-1mdb-debt-zeti

Unknown said...

Dah nama nya umno.. Mmg busuk sampai usus.. Track rekod dr Zaman pewaja, skomi, plbhn klang scandal hingga 1mdb ni.. Tp pengundi umno masih buta n pekak.. Itu blom kes2 lain spti anak lembu umno NFC , balak Sarawak, kpl selam Mongolia dan by lagi.. #2x5

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).