Sunday, May 03, 2015

Perbendaharaan Tidak Cukup Duit?


A Kadir Jasin


MUTAKHIR, 4 April – Saya harap Saudara Rizal Mansor atau mana-mana ejen PMO membaca catatan ini dan mengesahkan sama ada fakta berikut betul atau palsu. Saya mendapat tahu ada ahli rombongan pengantin ke Kazakhstan turut serta atas alasan “Lawatan Kerja Rasmi” yang diarahkan oleh kerajaan. Betul atau paslu?
 
MUTAKHIR, 4 April - Teka-teki penghibur hati.  Jenama jam mewah Hublot dari Switzerland menaja peninju Floyd Mayweather. Di Malaysia pula, siapa yang taja Hublot? Jangan marah berteka-teki.

Hublot Taja Mayweather

ORIGINAL POST

APABILA peruntukan kepada sebuah kementerian sosial yang sangat penting seperti Kementerian Kesihatan dipotong, kita tidak dapat mengelak daripada berfikir bahawa sesuatu yang sangat buruk sedang berlaku kepada negara kita.


[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]


Menteri Kesihatan, (Datuk Seri) Dr S. Subramaniam dilaporkan berkata peruntukan kementerian beliau tahun ini dipotong RM300 juta “akibat kejatuhan harga minyak di pasaran dunia”.

Beliau berikrar pemotongan itu tidak akan menjejaskan rawatan kesihatan kerana kementerian “akan mengurangkan majlis mewah (lavish functions) dan penyertaan dalam persidangan.

Majlis mewah? Saya tidak tahu pula kementerian, jabatan dan agensi awam diberi peruntukan untuk “majlis mewah”.

Tetapi saya tahu ada majlis pecah tanah dan letak batu asas yang dihadiri Perdana Menteri (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak dan pembesar atasan menelan belanja hingga RM1 juta atau lebih.

Ini tidak memeranjatkan kerana satu dunia sudah tahu betapa boros dan mewahnya gaya hidup Perdana Menteri kita dan keluarganya walaupun Allahyarham bapanya, (Tun) Abdul Razak Hussein, terkenal sebagai seorang yang jimat (frugal) dan enggan menggunakan duit negara untuk keselesaan keluarganya.

Tetapi sekarang, Perdana Menteri kita bukan saja boros membelanjakan wang negara – seperti membeli-sewa jet eksekutif Airbus A319 dan pergi bermain golf di Hawaii dengan jet negara – tetapi tidak keberatan menerima tajaan daripada pihak lain.

Kenduri Kahwin Anak PM Ditaja?

Tidak cukup dengan duit negara dan duit yang kononnya berpunca daripada harta pusaka keturunannya (family legacy), beliau juga nampaknya tidak segan silu menerima tajaan daripada besan (maaf bukan biras) Kazakhstannya untuk mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran anak perempuannya di Putrajaya, Kuala Lumpur, Pekan dan Astana, ibu negara Kazakhstan.

Dalam hal kekayaan dan gaya hidup Mohd Najib, jurucakap Pejabat Perdana Menteri (PMO) memberitahu akhbar New York Times bahawa beliau menerima pusaka daripada keturunannya.

Tetapi ini dinafikan oleh adik-beradiknya yang berkata bapa mereka bukan orang kaya dan kenyataan PMO itu mencaci memori ayahanda mereka.

Kemudian baru-baru ini, Pembantu Khas Perdana Menteri yang dikenali sebagai Rizal Mansor memberitahu media massa bahawa kos mengadakan majlis di KLCC dan Astana ditanggung oleh biras Mohd Najib-Rosmah manakala ahli rombongan ke Astana bayar sendiri kos perjalanan atau ditanggung oleh keluarga pengantin lelaki. Rizal adalah antara anggota rombongan ke Astana.

Kita perlu bertanya, adakah elok bagi seorang Perdana Menteri menerima tajaan daripada pihak luar untuk mengadakan majlis mewah yang undangannya dikeluarkan oleh beliau sendiri?

Tidakkah ini membuatkan Perdana Menteri kita terhutang budi dan boleh menjadi mangsa peras ugut oleh pihak-pihak yang menaja perbelanjaan beliau, misalnya membeli berpuluh-puluh buah jam tangan mewah untuk dijadikan hadiah?

Tanda Tanya Pengurusan Wang Negara

Berbalik kepada pemotongan peruntukan kepada Kementerian Kesihatan, ia adalah selaras dengan maklumat yang mengatakan semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan dikenakan potongan.

Wallahuaklam betul atau tidak, tapi seorang pegawai atasan kepada seorang menteri kanan memberitahu saya semua kementerian, jabatan dan agensi dikenakan potongan bagi tahun 2015 yang berjumlah RM2 bilion “bagi membiayai pemulihan banjir” yang berlaku akhir tahun lalu.

Apabila hal sebegini berlaku, kita tidak dapat lari daripada bertanya apakah Perbendaharaan kekurangan wang atau lebih teruk, kehabisan wang?

Apa yang terjadi dengan peruntukan kecemasan (contigency) atau apakah di bawah Mohd Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan peruntukan seperti itu tidak disediakan?

Atau adakah peruntukan itu sudah habis dibelanjakan untuk tujuan-tujuan lain seperti memberi pinjaman kecemasan RM950 juta kepada 1MDB Mac lalu?

Kalau Perbendaharaan kekurangan wang dan terpaksa terus berhutang dengan menjual bon dan sukuk, mengapakah pemborosan dan pengagihan yang meragukan terus berlaku?

Lagi Solidariti Dengan PM Dirancang

Saya difahamkan oleh sumber-sumber Umno bahawa satu lagi majlis solidariti (daripada perkataan Inggeris “solidarity” yang bererti perpaduan) dengan Perdana Menteri akan diadakan pada 11 Mei ini.

Sumber-sumber itu mendakwa di majlis itu, Mohd Najib akan memberi peruntukan khas RM500,000 seorang kepada kira-kira 60 orang Ketua Bahagian Umno yang bukan wakil rakyat.

Kalau betul, kita perlu pastikan sama ada peruntukan itu daripada sumber kerajaan, parti atau tajaan pihak-pihak tertentu.

Kalau ia daripada Perbendaharaan, kita perlu pastikan sama ada peraturan kewangan kerajaan membenarkan duit negara diberikan kepada atau disalurkan melalui Ketua Umno Bahagian.

Sumber-sumber yang sama terbukti berwibawa apabila memberitahu saya kurang dua minggu lalu mengenai 1MDB. Mereka mendakwa telah melihat dan meneliti “akaun” 1MBD dan sedang mengambil tindakan menghalang isu berkaitan syarikat milik Kementerian Kewangan itu daripada mengancam ekonomi negara dan kredibiliti Umno.

Sumber-sumber itu mendakwa pertanyaan Ketua Umno Cheras, (Datuk Seri) Syed Ali Alhabshee dalam blongnya mengapa pihak berkuasa lambat menyoal siasat ahli perniagaan misteri, Jho Low, adalah sebahagian daripada gerakan menyelamatkan Umno dan kerajaan.

Jho Low didakwa sangat akrab dengan Mohd Najib dan Rosmah, dan terbabit dengan 1MDB sejak syarikat pelaburan strategik itu masih dikenali sebagai Terengganu Investment Authority (TIA).

Ini terbukti apabila dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat 16 Mac lalu, Mohd Najib mempertahankan Jho Low dengan mengatakan usahawan kelahiran Pulau Pinang itu tidak terbabit dengan 1MDB.

Saya fahami mesej sumber-sumber Umno itu sebagai menegaskan bahawa kesinambungan Umno adalah lebih penting daripada kelangsungan (survival) mana-mana individu.

Wallahuaklam.

63 comments:

vasantha said...

Dato, you are a very intelligent man.You do not mince your words. Malaysia needs more intelligent people like you. Berani kerana benar.

zainal abidin awang kechik said...

saya melihat kehebatan najib berbelanja,tapi saya juga sedih dengan sikap beliau hanya diam dalam ISU 1MDB,
dengar kisah nya ada tanah di kuala lumpur akan jadi "KAWASAN BEBAS CUKAI'tanah milik 1MDB

dah sampai masa 1MDB dapat bayaq hutang.


sa;am

aku said...

Kadiag, salaam. Kadang2 aku mengelamun juga sebab perkara duit dan harta kerajaan termasuk kakitangan pakai untuk parti dah lama sangat berlaku. Bukan saja takdak 'separation of powers' antara eksekutif, penghakiman dan legislatif, tetapi pisahnya antara harta rakyat dan harta parti jugak pon takdak. Aku teringat lebih korang kata2 almarhum Tok Guru Nik Aziz pada kakitangan, satu kelip kertas pon, kalau pejabat yg punya, hampa jangan dok bawak balik romah. Sapa nak ambik alih jasa Almarhum Tok Guru...? Aku teruih mengelamun....Hang pon aku rasa, asyik dok sokong orang Tongkang Yard tu saja. Untuk kita ni Kadiag, kubok dah dekat sangat.

Anti-Najib said...

Cita poting budget kementerian kesihatan ni dah lama. Dalam 2-3 minggu masa UM kecoh kata dia kena tolak pesakit pegi hospital lain. Lepastu dia nak training staff dia suma dah susah. Buat masa ni duit dia tambah belanjawan tahun ni ada lagi. Tapi dia saspek masuk Q4 nanti dia pening nak beli ubat, nak rawat, nak latih.

Macamni ke kerajaan? Sampai PERUBATAN/KESIHATAN pun nak bejimat? Skang IPTA pun dah kena. Satu IPTA tu dah kena audit staf dan sampaikan majlis makan malam graduan pun dibatalkan. Sebab dia sebijik mcm menteri kesihatan ckp. Nak frugal dan bejimat bla bla bla.

Tapi si pm pegi bejimak ngan bini dia atas jet baru? Takde plak dia nak bejimat? Najib(angang) ni dah run the country to the ground sebenanye. Malaysia ni tak lama lagi fail state.

Kita tngk lepas ni mybrain plak agak2 kena tarik.

Kawanlama said...

Maaf Datuk, tulisan kali ini sudah macam Auditor General pula..

Unknown said...

Salam DAKJ,

1. Mungkin betul perbelanjaan di KLCC dan Astana telah ditaja oleh BESAN Najib/Rosmah sepertimana dakwaan PMO Rizal Mansor. Cuma yang kita tak diberitahu mungkin Besan itu juga mendapat tajaan untuk menaja. Mungkin kena tanya Jho Low sama ada dia terlibat menaja Besan Najib/Rosmah.

2. Peruntukan RM500,000 kepada 60 Ketua Bahagian UMNO akan melibatkan RM30 juta. Kalau ambil peruntukan Perbendaharaan memang sukar mengikuti prosedur. Kalau duit parti lainlah cerita. Saya tak yakin duit parti kerana duit itu akan digunakan untuk 'menabur' dimusim pilihanraya. Ini tugas berat Auditor General untuk mengesahkan 'ikut prosedur'.

Wallahuaklam.

Unknown said...

Aslkum DAKJ.

Berita kerajaan UMNO pimpinan Najib tiada duit bukan soal mungkin
Tetapi dah beberapa bulan kalau bukan tahun berlaku.

Akan tetapi Najib kena sorok2 maklun tunjuk macho. Maklum anak Bugis.

Rasanya dia tengah pening kepala dan tak boleh tidur.

Maam besar dan kroni nak terus berbelanja sakan.

Hutang negara yg berganda dari rm 286b ketika zaman Pak Lah kini mencecah rm700b perlu dibayar.

Hutang luar negara terus bertambah bukan saja jumlah pokok malah bunganya jugak. Diperparah oleh kejatuhan nilai ringgit berbanding USD sebab kebanyakan hutang luar dibayar dgn USD.

Anggaran bajet belanja 2015 adalah rm274b. Sebahgian besar tentulah kerana nak bayar kroni yg terima faedah dari tender tertutup atau direct nego pd harga melampau.

Sedangkan anggaran bajet hasil 2015 cuma rm235b bererti tak cukup rm39b.

Kalau di ambil kira kehilangan hasil kerana kejatuhan harga minyak saya rasa jumlah defisit bukan rm39b tetapi boleh mencapai rm60b.

Kalau ditambah lagi dgn belanja luar jangka demi tampung kumpulan Jho Lo dalam IMDB maka sediakan lagi paling tidak rm5b.

Menjadikan defisit rm65b.

Kalau dulu boleh korek duit Petronas . Tapi sekarang Petronas sendiri pun kena berjimat.

Dalam keadaan sekarang hanya miracle yg boleh menyelamatkan rakyat drpd kecurangan kerajaan UBN.

Maksud saya dalam keadaan ringgit melemah dan rating hutang negara dah mula negatif maka keupayaan kerajaan membuat hutang baru utk tampung defisit adalah terbatas.

Sebab itulah Najib terpaksa potong macam2 bajet.

Nampak sangat Najib dan geng2 tak tahu mathematik mudah. Bagaimana nak urus negara.

Dengan berat hati saya melafazkan padan muka Melayu2 yg bersekongkol terus menyokong dan sedia dilembukan oleh pemimpin UMNO macam RD dan msh.

Dengan perasaan sedih saya dpt bayangkan semakin ramai Melayu tak dpt bekerja dgn kerajaan gara2 kerajaan tak punya wang.

Bagi pegawai kerajaan ingin saya ingatkan kalau pd tahun 1985 gaji mereka pernah dipotong tiada sebab peristiwa tersebut tak boleh berulang.

Rasakanlah kalian kerana menyokong UBN membabi buta tanpa mahu berfikir.

Kalian silap besar bila menyamakan sokongan kpd UBN sebagai erti bersyukur.

Bersyukur bererti mencampak UBN ketempat sepatutnya agar cucu cicit kita terselamat.

Saya yakin masaalah ekonomi akhirnya akan membuka mata org Melayu untuk melakukan tsunami.

Unknown said...

Aslkum DAKJ.

Berita kerajaan UMNO pimpinan Najib tiada duit bukan soal mungkin
Tetapi dah beberapa bulan kalau bukan tahun berlaku.

Akan tetapi Najib kena sorok2 maklun tunjuk macho. Maklum anak Bugis.

Rasanya dia tengah pening kepala dan tak boleh tidur.

Maam besar dan kroni nak terus berbelanja sakan.

Hutang negara yg berganda dari rm 286b ketika zaman Pak Lah kini mencecah rm700b perlu dibayar.

Hutang luar negara terus bertambah bukan saja jumlah pokok malah bunganya jugak. Diperparah oleh kejatuhan nilai ringgit berbanding USD sebab kebanyakan hutang luar dibayar dgn USD.

Anggaran bajet belanja 2015 adalah rm274b. Sebahgian besar tentulah kerana nak bayar kroni yg terima faedah dari tender tertutup atau direct nego pd harga melampau.

Sedangkan anggaran bajet hasil 2015 cuma rm235b bererti tak cukup rm39b.

Kalau di ambil kira kehilangan hasil kerana kejatuhan harga minyak saya rasa jumlah defisit bukan rm39b tetapi boleh mencapai rm60b.

Kalau ditambah lagi dgn belanja luar jangka demi tampung kumpulan Jho Lo dalam IMDB maka sediakan lagi paling tidak rm5b.

Menjadikan defisit rm65b.

Kalau dulu boleh korek duit Petronas . Tapi sekarang Petronas sendiri pun kena berjimat.

Dalam keadaan sekarang hanya miracle yg boleh menyelamatkan rakyat drpd kecurangan kerajaan UBN.

Maksud saya dalam keadaan ringgit melemah dan rating hutang negara dah mula negatif maka keupayaan kerajaan membuat hutang baru utk tampung defisit adalah terbatas.

Sebab itulah Najib terpaksa potong macam2 bajet.

Nampak sangat Najib dan geng2 tak tahu mathematik mudah. Bagaimana nak urus negara.

Dengan berat hati saya melafazkan padan muka Melayu2 yg bersekongkol terus menyokong dan sedia dilembukan oleh pemimpin UMNO macam RD dan msh.

Dengan perasaan sedih saya dpt bayangkan semakin ramai Melayu tak dpt bekerja dgn kerajaan gara2 kerajaan tak punya wang.

Bagi pegawai kerajaan ingin saya ingatkan kalau pd tahun 1985 gaji mereka pernah dipotong tiada sebab peristiwa tersebut tak boleh berulang.

Rasakanlah kalian kerana menyokong UBN membabi buta tanpa mahu berfikir.

Kalian silap besar bila menyamakan sokongan kpd UBN sebagai erti bersyukur.

Bersyukur bererti mencampak UBN ketempat sepatutnya agar cucu cicit kita terselamat.

Saya yakin masaalah ekonomi akhirnya akan membuka mata org Melayu untuk melakukan tsunami.

Pakcik said...

Khabarnya tambahan perjawatan kakitangan awam juga dibekukan..sama ada berkaitan atau tidak, keborosan kerajaan tidak lagi boleh ditutup. Bak kata adik Najib, like elephant in the room.

Competente said...

DAKJ,

Agak-agaknya berapakah kos sewaan untuk membawa rombongan penuh satu jet Boeing 747 kepunyaan Malindo Air pergi dan pulang ke Kazahkstan? Berapa pula belanja penginapan, makan dan minum rombongan? Adakah tidak terdapat kos-kos lain?

Adakah pihak pengantin lelaki sebegitu pemurah untuk menanggung dan menghadiahkan kesemua perbelanjaan tersebut kepada seorang Perdana Menteri bagi suatu negara lain?

Adakah suatu sifat yang beretika bagi seorang pemimpin negara untuk menerima hadiah yang sebegitu besar belanjanya, walaupun ia datang dari besannya?

Jika tidak, agak-agaknya gaji setahun seorang Perdana Menteri Malaysia cukupkah untuk membiayai segala perbelanjaan tersebut?

Banyak lagi persoalan yang terbit, sehingga luruh segala kepercayaan rakyat bukan sahaja kepada Najib, tetapi kepada keseluruhan parti UMNO dan BN yang terus menyokong Najib.

-Competente-

Unknown said...

Salam,
teringat komen duta kita ke Indonesia dalam mempertahankan DSN dari serangan majalah Tempo berkenaan kekayaan PM kita...

Othman Ahmad said...

Kekayaan setinggi gunung pun akan habis gondol dgn cara hamburan wang oleh Ah Jib, Rosmah, Razi, Jho Low, Pemandul Roti Jala, Punahsihat2, Talent Corpses serta puak-puak Liberal songsang.

Maka benarlah kata seniman agung P. Ramlee dalam lagu Kisah Rumah Tangga.....'Kadagng pula terdapat si isteri memerintah suami. Disuruh duduk2, dijerit-jerit, dibentak-bentak. Suaminya dulu hensem, rambut panjang dah jadi botak. Kalau memilih isteri alah abang, biar betol2. Jangan tersalah pilih Alan abang, kena Queen Control'.

A KADIR JASIN said...

Permohonan KHUSUS kepada Umar Abdul Aziz dan Kawanlama.

TOLONG ulas bukan sekadar cut and paste dengan sebaris komen!

Boleh tolong?

Wallahuaklam.

Terima kasih.

Unknown said...

Aslkum DAKJ.

Dari peringkat individu saya lihat org Melayu bukan bangsa yg serious.

Lihat saja betapa ramai Melayu suka berjudi dengan menyertai skim cepat kaya. Hanya Allah yg tahu berapa billion wang org Melayu tenggelam dalam perjudian spt ini.

Diperingkat negeri dan persekutuan pulak pemimpin Melayu ramai yg lalai , malas, tamak , zalim, bodoh dan penipu.

Ada hutan di rompak. Polis pulak tak nampak batang hidung. Ada masuk akal ke bila Ahli Parlimen Cameron Hingland dikutuk habis atas kejadin penebangan balak haram di sana?

Mempunyai jet peribadi dah jadi kemestian di kalangan sebahgian payong negara . Tak kira mereka mampu berdasarkan gaji rasmi atau tidak. Gaji rasmi rm30000 sebulan boleh ke mampu beli jet peribadi berpuluh atau beratus juta rgt?

Akhirnya terpaksa buat kerja2 yg meragukan termasuk rompak hak negara dgn bertopengkan buat bisnis.

Akhirnya tanah negeri tergadai kpd Singapore. Soalnya sampai bila kewangan kerajaan boleh bertahan kalau duit mengalir keluar macam paip bocor.

Sebagaimana di gembargemburkan Najib , Per kapita rakyat dan pendudukmemanglah meningkat atas sumbangan beberapa kerat yg maha kaya.

Aksn tetapi pendapatan median rakyat malah menurun pd tahun 2014 kpd rm1700 sebulan.

Apa sangat yg boleh dibeli oleh rakyat dgn pendapatan bulanan rm1700?

Sudah jadi sifat manusia suka berdengki.

Kalau pemimpin kerajaan pusat kaya raya gara2 aktiviti pelik dan meragukan, adakah pemimpin negeri termasuk menteri besar dan payung negara nak tenguk je
ke?

Begitu jugak kalau pegawai kerajaan lihat bos politik mereka tak bersih, ramai mereka tergiur nak join semangkuk.

Kesan akhirnya tentulah seluruh sistem pentadbiran jadi kotor dan rasuah atau ada salah guna kuasa.

Sistem seperti ini tak mungkin dapat bertahan selamanya kerana wang negara atau rakyat jugak terbatas atau mungkin dah nak habis.

Apa tidaknya macam2 projek atau bail out yg perlu rakyat tanggung untuk menampung gaya hidup mewah org tertentu.

Dengan projek PLKNnya.

Dengan projek PERMATAnya.

Dengan projek IMDBnya.

Dengan projek PKFZnya.

Dengan projek MRT dan LRTnya.

Dengan projek bina IPP dan lebuh rayanya.

Dengan projek Rapid di Johornya.

Dengan projek import otak2 yg tak berapa berotak sebagai punahsihat di PEMANDUnya.

Dengan projek mengaji entah berapa ramai blogger yg asal pandai menulis untuk jadi mata dan telingga Najib.

MUSTAHIL kewangan negara boleh bertahan.

Sayang rsmai Melayu masih tak mahu faham.

Unknown said...

Aslkum DAKJ.

Boleh Datuk beri contoh di mana saya cut dan paste?

Tkasih

Orang Kampung said...

Assalamualaikum Dato,

Maaf saya , jika tidak salah ingatan saya beberapa tahun sebelum ini Dato pernah menzahirkan kebimbangan Dato dalam blog ini bahawa negara ini akan ditimpa kemuflisan yang dahsyat seperti mana di beberapa buah negara lain di Amerika Latin . Saya rasa Dato sudah nyata bagai terbitnya mentari pagi di ufuk timur . Sangat menakutkan !

Di samping itu saya ingin kongsikan di sini mafhum firman Allah dalam al quran , ayat 16, surah al israk iaitu " Dan apabila sampai tempoh kami hendak membinasakan penduduk sebuah negeri (negara ) kami perintahkan (lebih dahulu ) orang orang yang melampau lampau dengan kemewahan di antara mereka supaya taat namun mereka durhaka serta melakukan maksiat , maka berhaklah negara / negeri itu dibinasakan, lalu Kami hancurkannya sehancur hancurnya ."

Subhanallah ! Amat menggerunkan , wa iya zubillah

Surah yang sama ayat 27, mafhumnya ," Sesungguhnya orang orang yang boros itu saudara syaitan sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat sangat kufur dengan tuhan nya ".

Wa iya zubillah . Wallahuala

Joe Black said...

Datuk,

Rakyat patut difahamkan bahawa Princip Pentadbiran Najib Bergantung pada kata kata beliau tidak lama dahulu yaitu "Gua Tolong Lu, Lu Tolong Gua".

Olih itu, apa yang sedang terjadi sekarang berasa pada kata kata tersebut.

Princip "Gua Tolong Lu, Lu Tolong Gua" ini sebenarnya adalah Princip yang bergantung pada kelakuan Rasuah dan pemberian rasuah untuk kepentingan bersama pemberi dan penerima.

Cara untuk menahan princip ini dari berluluasa dalam kerajaan adalah dengan membuang sahaja sesiapa yang menghayati princip tersebut.

shamal66 said...

assalam Datuk..rasa tasanya semua jabatan alamai masa
ah x ada baget..c
aim lambat, dulu NKRA kerah RELA Jpam..seluruh negara tanya lah Rela dan Jpam elaun meka mcm mana..Calaim semua lambat..kertas A4 abis beli sendiri..Kilang da banyak tutup tpi Ahjibgor kata dia da jana 1.8juta perkerjaan...mana dia dapat Data fakta itu, Jenayah turun 40% leh cayalah..klasifikasi kes terluskah..tanya orang lama yg da pencen..meka tahu mcm mana silap mata..berapa ramai mangsa tak mau buat tepot..sebab meka sendiri ug tahu....mamat ni memang syok sendiri..rata rata blogger, FB, Twitter, Whataps benci kat mamat dan bini dia da. menteri entah apa apa...melalut ...

Concern citizen said...

Despite all the sucessess trumpeted by the government last week through its gtp, etp, and what not but in a reality the opposite is happening. Achievements sing out by the government did not tally with the reality on the ground.
It makes one wonders whether the government of the day are being truthful to the rakyat about its current state of affairs. Oh my God. All is not well. I'm fear about my children's future. Mahathir is right all along. Something urgent need to be done. All of us have a responsibilty to do right now.

Unknown said...

Assalamualaikum pak kadir yang dihormati. Sejarah pemerintah KHALIFAH turki tumbang ialah akibat kresis hutang sehingga akhir nya ikut telunjuk negara barat macam mana nak selesaikan hutang akibat nya negara jadi tidak karuan lalu di ambil kesempatan oleh orang yang berfahaman skular untuk menumbangkan sistem pemerintahan KHALIFAH dibumi turki ini berlaku akibat hutang yang mana suara dan hak akan hilang lalu jatuh ketangan capitalis. Apakah perkara ini mustahil tidak berlaku kepada negara kita harap kita boleh berfikir dengan secara rasional bila mana hutang melebihi pendapatan yang akhir nya pemberi hutang akan mengambil hak pengurusan kepada sistem kita. Sebelum terlambat kita perlu mencari jalan supaya semua nya akan selamat. Sekian dato saya yang merapu kerana tidak tahu mengampu. Wassalam,

Lulabby wele said...

Jom kita tanya Menteri Kewangan apa sebenarnya yang berlaku. Dia perlu bertanggungjawab sebab dia yang jaga the country's coffers. Duit negara keluar masuk memerlukan dia punya signature. Takkan dia tak tahu apa yang berlaku. God, we're in a mess.. Lepas ni jangan cuba tai chi kat menteri lain pulak.

Unknown said...

Salam...persoalan yang paling besar sekali bila Kerajaan dan 1Mdb nak saman Sarawak report? Kenapa tak mahu saman? Takut nak saman? Atau apa yang Sarawak report cakap tu memang betul?

nor ishak ismail said...

Genap dah sebulan Najib belum lagi menjawab sebarang persoalan daripada Chedet. Dalam sebulan ni Najib dan isteri tercinta dah pun selesai tiga kali berpesta sakan. Pesta di KL ala-ala"The Hanging Garden of Babylon". Di Pekan disudahi dengan helikopter (tak tau terhempas ke meletup} di salut dengan kehadiran gadis misteri yang jelita. Di Astana pula berpesta ala-ala "Pretty Women" gitu.

Kalau Sultan Pahang berbangga dengan kerajinan (kuat kerja) Najib, saya juga turut bangga dengan kemahiran Najib melenggokan tariannya...vouge gitu.

Katanya semua pesta tersebut diatas adalah secara "makan tanggung berak cangkung". Najib tak bayar satu sen pun?. Hadiah berpuloh-puloh jam mewah tu dari siapa agaknya...Zahid kod? Sengkek betul PM kita ni, cakap harta pusaka banyak, bisnis berbilion-bilion. Kenduri anak kawin pun nak kena taja. Betul ke?Macam tak masuk akal je bunyinya?.

Sebenarnya sejak Najib janji nak beli seribu bas sebagai balasan kenaikan minyak beberapa tahun dulu, saya anggap segala cakap-cakapnya bagai "masuk angin keluar asap". Cakap dan janjinya seperti memanggil ayam masuk reban. Cakap Najib panglima bugis ni tak sama macam ucapan Chedet. Saya boleh tersandar dua jam mendengar Cedet berucap...ucapannya 80% kuunfayaukun.

Dalam masa sebulan ini jugalah Chedet telah dituduh itu ini. Antaranya, Chedet sama juga masa jadi PM dulu "makan" sana sini. Tapi Cedet dah beritahu dalam sejuta dua tu adalah tersalah poket. Kata Pak Kadir sejuta tu sama dengan belanja majlis "Pecah Tanah" Najib Tapi Chedet juga pernah cakap masa jadi PM dulu, "berapalah gajinya sebulan jika dibandingkan dengan gaji Lee Kuan Yew...LKY dapat 10-15 kali lebih". (Chedet masa tu cuba beri penerangan bagaimana gaji "salesman" kecik sebab tu di beri sedikit komisen biasanya 1% - 2%). Cuba teka berapa peratus orang tengah Najib dapat untuk beli kapa[ selam (yang tak boleh nyelam) tu, peratus konsultan dapat untuk pinjaman 1 MDB dengan bunga yang sangat tinggi.

Tapi Najib melibatkan kehilangan berbelas hingga berpuloh ribu juta. Sebenarnya untuk memberi kefahaman kepada rakyat tentang berapa besarnya jumlah berbelas hingga berpuloh ribu juta ini pun adalah masalah juga. Sebab belum pernah berlaku lagi.

Chedet juga dituduh untuk menghancurkan UMNO dan negara. Ini menjadikan rakyat semakin keliru. Kita mesti faham sebab sayangkan UMNO lah Chedet perlu membersihkannya. Najib dan mungkin beberapa orang budak-budaknya perlu dibungkus saja macam kain dah lusuh sebab dah tak boleh dibasuhlagi.

"Sooner or later" impak dari kehilangan duit yang jumlahnya yang juga tak masuk dek akal ini akan dirasai juga. Seperti yang di slogankan oleh Najib "Rakyat di dahului" maka yang akan merasakan impaknya adalah rakyat (budak-budak Najib dah selamat sebab gaji mereka dah dinaikan sehingga layak menjadi kelompok 1% orang terkaya di Tanah Melayu ini). Setiap rakyat kena bayar cukai, barang naik...

Dalam masa duit hilang dan susut. Di PRK Rompin dan P.Pauh macam-macam janji telah ditaburkan. Cuba bayangkan Rompin sebagai "jelapang padi" terbaru mengantikan Kedah. Orang asli nak diberikan saham dalam masa 3 tahun (PRU14 lagi 2 1/2thn). Agaknya berapalah jumlah tu ya? dan macam-macam lagilah janji "masuk angin keluar asap".

nor ishak ismail said...

Genap dah sebulan Najib belum lagi menjawab sebarang persoalan daripada Chedet. Dalam sebulan ni Najib dan isteri tercinta dah pun selesai tiga kali berpesta sakan. Pesta di KL ala-ala"The Hanging Garden of Babylon". Di Pekan disudahi dengan helikopter (tak tau terhempas ke meletup} di salut dengan kehadiran gadis misteri yang jelita. Di Astana pula berpesta ala-ala "Pretty Women" gitu.

Kalau Sultan Pahang berbangga dengan kerajinan (kuat kerja) Najib, saya juga turut bangga dengan kemahiran Najib melenggokan tariannya...vouge gitu.

Katanya semua pesta tersebut diatas adalah secara "makan tanggung berak cangkung". Najib tak bayar satu sen pun?. Hadiah berpuloh-puloh jam mewah tu dari siapa agaknya...Zahid kod? Sengkek betul PM kita ni, cakap harta pusaka banyak, bisnis berbilion-bilion. Kenduri anak kawin pun nak kena taja. Betul ke?Macam tak masuk akal je bunyinya?.

Sebenarnya sejak Najib janji nak beli seribu bas sebagai balasan kenaikan minyak beberapa tahun dulu, saya anggap segala cakap-cakapnya bagai "masuk angin keluar asap". Cakap dan janjinya seperti memanggil ayam masuk reban. Cakap Najib panglima bugis ni tak sama macam ucapan Chedet. Saya boleh tersandar dua jam mendengar Cedet berucap...ucapannya 80% kuunfayaukun.

Dalam masa sebulan ini jugalah Chedet telah dituduh itu ini. Antaranya, Chedet sama juga masa jadi PM dulu "makan" sana sini. Tapi Cedet dah beritahu dalam sejuta dua tu adalah tersalah poket. Kata Pak Kadir sejuta tu sama dengan belanja majlis "Pecah Tanah" Najib Tapi Chedet juga pernah cakap masa jadi PM dulu, "berapalah gajinya sebulan jika dibandingkan dengan gaji Lee Kuan Yew...LKY dapat 10-15 kali lebih". (Chedet masa tu cuba beri penerangan bagaimana gaji "salesman" kecik sebab tu di beri sedikit komisen biasanya 1% - 2%). Cuba teka berapa peratus orang tengah Najib dapat untuk beli kapa[ selam (yang tak boleh nyelam) tu, peratus konsultan dapat untuk pinjaman 1 MDB dengan bunga yang sangat tinggi.

Tapi Najib melibatkan kehilangan berbelas hingga berpuloh ribu juta. Sebenarnya untuk memberi kefahaman kepada rakyat tentang berapa besarnya jumlah berbelas hingga berpuloh ribu juta ini pun adalah masalah juga. Sebab belum pernah berlaku lagi.

Chedet juga dituduh untuk menghancurkan UMNO dan negara. Ini menjadikan rakyat semakin keliru. Kita mesti faham sebab sayangkan UMNO lah Chedet perlu membersihkannya. Najib dan mungkin beberapa orang budak-budaknya perlu dibungkus saja macam kain dah lusuh sebab dah tak boleh dibasuhlagi.

"Sooner or later" impak dari kehilangan duit yang jumlahnya yang juga tak masuk dek akal ini akan dirasai juga. Seperti yang di slogankan oleh Najib "Rakyat di dahului" maka yang akan merasakan impaknya adalah rakyat (budak-budak Najib dah selamat sebab gaji mereka dah dinaikan sehingga layak menjadi kelompok 1% orang terkaya di Tanah Melayu ini). Setiap rakyat kena bayar cukai, barang naik...

Dalam masa duit hilang dan susut. Di PRK Rompin dan P.Pauh macam-macam janji telah ditaburkan. Cuba bayangkan Rompin sebagai "jelapang padi" terbaru mengantikan Kedah. Orang asli nak diberikan saham dalam masa 3 tahun (PRU14 lagi 2 1/2thn). Agaknya berapalah jumlah tu ya? dan macam-macam lagilah janji "masuk angin keluar asap".

Unknown said...

This guy Najib nak menipu rakyat pun bodoh ! Tak masuk akal petkawinan di sini dan di tmpt besan nya semua di taja oleh besan nya. Setau saya negara besan nya is one of the poorest in the world KECUALI besan nya juga seperti Najib..sapu abis duit rakyat.

youngmaya said...

suara tun m kuat kerana hujjahnya benar...

hujjah kebenaran itu ibarat tongkat yg boleh makan ular2 hujjah ahli sihir...

problem dgn gomen ni byk sgt buat majlis...

hari2 ada majlis...

sejak dari zaman pak lah lagi majlis punya la byk...

hasil takdak...

sudah2 la tu buat majlis...

buat la kerja pulak...

mana2 komputer kalau dh korup mmg dh tak boleh repair...

format jer balik...

UMNO perlu bentuk dan beri kuasa pada 'majlis penasihat' utk tukar kitchen kabinet yg dh jahanam, tak competent dan tak perform...

game over...

Kawanlama said...

Terima kasih atas teguran Dato, dan saya terima dan minta maaf banyak2.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Berkenaan dengan belanjawan kementerian kesihatan yang telah dipotong sebanyak RM 300 juta, apa sebabnya?

Kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia semakin bertambah , kalau tidak silap saya pada 2% setahun bukan berkurang.

Harga peubatan juga makin meningkat, bukan berkurang.

Pengundi yang setia mengundi UMNO juga adalah pengundi warga emas dan vateran.Adakah ini balasan kepada warga emas negara kita?

Kalau kita conngak balik, berapa sangat RM300 juta berbanding dengan RM42 billion hutang 1MDB.

Berkenaan dengan jam tangan,

Saya terbaca, Tun Mahathir hanya memakai jam Casio. Nik Aziz juga pakai Casio yang boleh tengok Kiblat. Lim kit Siang pun pakai jam Seiko murah.

Fungsi Jam yang utama adalah untuk memberitahu waktu.

Jam yang paling tepat adalah Jam Atom "Atomic Clock" yang menggunakan teknologi nuclear (Half Life),. Atom Cesium digunakan. Jam ini digunakan dalam Syarikat Telekomunicasi seperti TMB untuk "Synchronise" segala peralatan telekomunikasi.

Jam Atom (Cesium) pun harganya sekitar RM300,000.

Saya hairan ada juga yang pakai jam tangan sampai RM400-500 ribu.

Trend yang terbaru adalah syarikat Apple mengeluarkan jam tangan Apple watch yang banyak fungsi seperti boleh bercakap seperti talipon dan ada fungsi peta (GPS) dan lain-lain. Harganya pun sekitar RM2000 sahaja.

Pak Malau said...

Susah nak percaya ni. Lainlah kalau Mat Mazlan yang cakap.

Rawa Lanun-Bahasa said...

Apalah sangat kalau kerajaan Najib bawa negara ini jadi macam Greece? Bukannya buruk sangat bila China kuasa besar suka pada kita.

Apalah sangat dengan sebuah negara Malaysia ini yang rakyatnya lebih ramai yang jahil dari yang liberal bilamana Nepal dah miskin ditimpa malang macam Haiti dan Yemen.

Nak ganti siapa lepas BN?
Dan masih kita mahu kesian dengan yang jahil dan liberal?

Betullah Ratu Minang.
Dirgahayu Ratu Minang.

Unknown said...

Yang cukup mengharukan ialah bila baca orang-orang dalam UMNO ni cuma nak ambik tindakan sekarang sebab takut UMNO jatuh saja.

Aik? Takde rasa sayang kah kepada negara, bangsa, agama yang dilaung-laungkan selama ni?

Habis tu kalau negara hancur bangsa hancur agama hancur tapi UMNO tak terancam, takde tindakan apa lah?

Malas dah nak tengok perangai. Saya fed-up sehabis fed-up.

Baru-baru ni saya bertanya member peniaga-peniaga melayu, ikhlas mereka kata 100% semuanya kata bisnes agak teruk selepas GST. Kedai saya sendiri lebih kurang cukup2 makan saja atau kurang sikit. Terpaksa tarik duit kad kredit jugak nak suap makan anak bini. Takpa lah kita berkorban, asalkan pemegang amanah harta negara enjoy dan naik jet sana sini. Biarlah anak cucu kita nanti berkorban bayar hutang negara keliling pinggang, biar papa asal pemimpin bergaya.

Dalam Quran berulang kali kita baca Afalaa taa'qiluun. Maksud basa kedah dia - apa hampa tak pakai otak ka. Saja nak bagi peringat sebelum mengundi. Sekian.

vasantha said...

A good politician should not be an ostentatious person. He must be one of the rakyat. He should not intimidate his people by flaunting his wealth. It is in bad taste. A leader's spouse shouuld not be seen like the wife of a corporate figure. 'Bila menayangkan kemewahan yang keterlaluan,nampak sangat kita kawan dengan syaitan'. All the citizens in a country has the right to aspire to high office.As such,a leader is one who aspires many to follow him.
It is time,we stop fawning over a pretty face or someone's heritage. Everyone has to earn his position in life. Anything that comes easy is not really appreciated by the person.Some even become deluded that it is their birth right. Well, Dato, I am a very intelligent lady waiting for some recognition one day!


wahi said...

As'kum Dato,

Kelemahan pentadbiran di semua agensi2 kerajaan lah yg menyebabkan negara kita telah menjadi spt sekarang.

Ketua2 jabatan yg dilantik bukan lah dari kalangan yg terbaik tetapi ianya dari kalangan kaki bodek yg terbangang. Kerja mereka adalah menyonglap apa saja peruntukkan yg telah diperuntukkan kpd mereka.Lagi besar projek yg diuruskan lagi banyak komisyen yg mereka dapat.

Penguatkuasa undang2 pula hanya nampak salah pembangkang sahaja.

Dato tuhan itu maha adil, sekiranya negara tidak diuruskan dgn betul ia tidak menjadi makmur. Ianya akan jadi macam kita alami sekarang. Oleh itu bersedialah kita menghadapi pembalasan tuhan terhadap dosa yg telah pemimpin2 kita lakukan, tetapi saya tidak redha terhadap kerja2 jahat mereka itu

A KADIR JASIN said...

1. Teka-teki jam Hublot itu tidak merujuk kepada mana-mana pihak atau individu. Kebetulan dalam peninjuan Mayweather dengan Manny Pacquiao, Mayweather ditaja oleh Hublot.

2. Cuma seorang kawan yang berupa seorang "socialite" memberitahu saya ada seorang kaya yang membeli berpuluh-puluh buah jam jenama itu dari sebuah toko terkemuka di Kuala Lumpur.

3. Di Malaysia kita ini banyak cerita. Dinding, lantai dan siling pun ada mata, telinga dan mulut.

4. Lagi pun kalau kita layan orang dengan baik, orang akan cakap baik berkenaan kita tapi kalau kita layan orang macam anjing, mereka akan menyalak dan semua cerita tepi kain dan dalam kain kita akan keluar.

Wallahuaklam.

Terima kasih.

abdullahngah said...

Bangsa Melayu yang bernama pemimpin adalah bangsa yang mengadai dam menjual negara.

Langkah licik najib akan jadi bukti terkini bahawa inilah pemimpin (perdana menteri yang akan jual negara kepada orang china.

Boros punca memiskin kan diri sendiri dia tak miskin malah semakin kaya macam maharaja dan punca membangkrapkan negara tak lama lagi

Unknown said...

Salam DAKJ , betul ke Dato orang melayu tak arif adat? Dan rasa nya besan PM bukan orang melayu. Fening fening

Unknown said...

Aslkum DAKJ

Dari segi GDP negara Amerika mempunyai GDP sebanyak USD18 trillion pada 2014

Berbanding dgn Malaysia yg punya hanya USD0.4trillion sahaja.

Ini bererti GDP Amerika adalah 45 kali lebih besar dari negara kita..

Namun begitu tak pernah pulak kita dengar presiden Amerika mempunyai hingga 45 buah jet peribadi dan isteri Obama boleh terbang kesana kemari dengan jet kerajaan.

Berdasarkan perbandingan di atas saja pun saya sudah menjangka bahawa kisah kersjaan Msia tiada duit pasti terjadi.

kampong lad said...

salam tok kadiaq,

'RM500,000 seorang kepada kira-kira 60 orang Ketua Bahagian Umno yang bukan wakil rakyat'.

yg ni bukan perkara baru. ibn syed abbas alhabshee (bahagian cheras antara yg takdak chance jadi calon) salah seorang drpd mereka. kalau tak silap, 2008 dah ada dah.

Pompuan said...

Salam DAKJ
Ramai sangat cakap aunty Rosie control Pak Najib. Sampai Dato'pun cakap Rosmah tak kasi Najib berhenti.
Hebatlah kalau begitu aunty kita tu. How about kita lantik dia PM baru kita. Dia tanding kerusi Najib. Takpayahlah first couple keluar dari Sri Perdana. Pak Najib pulak jadi First Lady. Cantik apa.
This looks funny but I am serius. After all perempuan kalau jadi boss lelaki gerun. No one can try to be funny. Rasa I Tun M pun setuju. You okay with this Pak Kadir?
She can also get rid of the hangers-on in PMO. As bad as Pak Lah's fourth floor boys. She can appoint her TKC friends. We have a poweful petticoat gomen.
PROBLEM SOLVED.

A KADIR JASIN said...

1. Debater Pompuan, among other things, said: "This looks funny but I am serius. After all perempuan kalau jadi boss lelaki gerun. No one can try to be funny. Rasa I Tun M pun setuju. You okay with this Pak Kadir?"

2. I am more than OK.

3. Tak percaya, baca post bertajuk "Perdana Menteri Wanita: Kenapa Isteri PM Tak Boleh?" pada 16 Jan 2011 di http://kadirjasin.blogspot.com/search?q=Perdana+Menteri+Wanita+kenapa+isteri+tak+boleh%3F

Wallahuaklam.

Terima kasih.

Kampung Mari said...

Assalam Datuk,

Cuba tanya depa di atas tu, bila pula depa nak kurangkan jumlah perunding, penasihat, setpol, press sec, pegawai khas dan sebagainya. Seingat-ingat saya la, tak pernah dalam sejarah ada PM kat Malaysia ni mempunyai segala macam 'pe' dan 'setiausaha' sedemikian ramai. Besar juga belanjanya tu. Kalau dibuang separuh, rasa-rasanya banyak jawatan kosong yang dibekukan tu dapat dicairkan balik.

Tkasih.

ismail muda said...

Salam Pak Kadir, brg diingat Najib adalah Mentri yg brtanggongjwab trhadap felda. Di bwah pimpinan isa samad, felda meminjam rm6 bil dprd KWSP utk digunakn pelbagai projek pelaburan. Felda hilang sumber pendpatan tahunan kira2 rm2 bilion setelah memajak tanah estatenya kpd fgv utk tempoh 99 tahun. Bajet felda sudah mula defesit teruk 3 tahun berturut2. Dlm keadaan huru hara & kekurangan dana, pengerusinya sibuk berbelanja membeli hartatanah itu dan ini. Satu pelaburan non core bagi felda & tidak ada jaminan pulangan. Felda perlukan tunai sekurang2 rm2 bilion setahun utk belanja operasi, infra, 2nd gen program dll.
Kewangan felda dikatakn tenat. Ada beberapa pilihan utk felda mendpatkn tunai samada meminjam lagi, menjual saham2 atau mencagar aset felda kpd bank. Pilihan terakhir ialah mendpatkn dana drpd Perbendaharaan Mlsia samada geran atau pinjaman. Soalnya mampukah Perbendaharaan menyalurkn jumlah yg begitu besar kpd felda dlm keadaan kewangan negara pun tenat??? Di mane felda nak korek sumber dana setelah dihabiskn penyamun2? Tak kan Najib takut pada Pengerusi felda??? Org Bugis kan berani!!!

wahi said...

As'kum Dato,

Kelemahan pentadbiran di semua agensi2 kerajaan lah yg menyebabkan negara kita telah menjadi spt sekarang.

Ketua2 jabatan yg dilantik bukan lah dari kalangan yg terbaik tetapi ianya dari kalangan kaki bodek yg terbangang. Kerja mereka adalah menyonglap apa saja peruntukkan yg telah diperuntukkan kpd mereka.Lagi besar projek yg diuruskan lagi banyak komisyen yg mereka dapat.

Penguatkuasa undang2 pula hanya nampak salah pembangkang sahaja.

Dato tuhan itu maha adil, sekiranya negara tidak diuruskan dgn betul ia tidak menjadi makmur. Ianya akan jadi macam kita alami sekarang. Oleh itu bersedialah kita menghadapi pembalasan tuhan terhadap dosa yg telah pemimpin2 kita lakukan, tetapi saya tidak redha terhadap kerja2 jahat mereka itu

msh said...

Salam Dato.

Kalau sudah keperingkat begini pun dia masih berdegil....sy kira Najib telah mengukir sejarah sbgai Presiden Parti Umno pertama yg 'Paling Tidak Berguna Langsung'....dia adalah satu2 nya Presiden Parti yg paling kotor dan mementingkan diri sahaja.

Sy berpendapat jika dia masih berkuasa sbgai Presiden Parti hingga GE14 ... Umno dan BN mungkin masih mampu menang tetapi dgn kemenangan tipis sahaja.....(Tun M meramal BN akan kalah).

Dia tetap ada 160 Ketua Bahagian Penggilap Epal....yg menyokong diri dia sbgai Presiden...seperti yg Dato 'posted' dlm Topik sebelum ini...."Najib makin kuat sbgai Presiden Parti...tetapi Umno menjadi semakin lemah".

Hata...apa gunanya Parti yg 'Presidennya kuat' jika ahli2 ramai sudah bercempera lari keParti lain atau tidak lagi menyokong?

Sy percaya....dia dan penggilap2 tahu semua ini akan berlaku...tetapi mereka peduli apa ....sebab semua itu akan berlaku 3 tahun dari sekarang....dan jika peluang berkuasa masih ada walau pun tipis...ini sudah dikira baik.

Inilah bahaya yg Tun M tidak mahu berlaku pd Umno....Tun M nampak semuanya.

Hakikatnya seorg Ketua yg betul2 sayang pd survival Parti akan sanggup berkorbankan 'sacrifice' semuanya asalkan Parti terselamat.

Tetapi Najib bukanlah orgnya.

DIA SEBALIKNYA......DIA SANGGUP MENGORBANKAN PARTI DEMI KEPENTINGAN DIRI SAHAJA.

Memang sejarah akan bercerita yg dia adalah satu2 Presiden yg paling tidak berguna pd Parti.

Terima kasih.

Kawanlama said...

Analysis GDP growth of 6 asean countries between 2004 & 2014:-

(1) Singapore: 183% increase
from USD109b to 326b

(2) M'sia: 58% increase,
from USD 207b to 327b.

(3) Indonesia: 17% increase
from USD758b to 889b

(4) Thailand: 22% decrease
from USD476b to 374b.

(5) Philiphine: 26% decrease
from USD391b to 285b.

(6) Vietnam: 9% decrease
from USD 204b to 186b




Analysis GDP growth of 6 asean countries between 2004 & 2014:-

(1) Singapore: 183% increase
from USD109b to 326b

(2) M'sia: 58% increase,
from USD 207b to 327b.

(3) Indonesia: 17% increase
from USD758b to 889b

(4) Thailand: 22% decrease
from USD476b to 374b.

(5) Philiphine: 26% decrease
from USD391b to 285b.

(6) Vietnam: 9% decrease
from USD 204b to 186b





Analysis GDP growth of 6 asean countries between 2004 & 2014:-

(1) Singapore: 183% increase
from USD109b to 326b

(2) M'sia: 58% increase,
from USD 207b to 327b.

(3) Indonesia: 17% increase
from USD758b to 889b

(4) Thailand: 22% decrease
from USD476b to 374b.

(5) Philiphine: 26% decrease
from USD391b to 285b.

(6) Vietnam: 9% decrease
from USD 204b to 186b





Analysis GDP growth of 6 asean countries between 2004 & 2014:-

(1) Singapore: 183% increase
from USD109b to 326b

(2) M'sia: 58% increase,
from USD 207b to 327b.

(3) Indonesia: 17% increase
from USD758b to 889b

(4) Thailand: 22% decrease
from USD476b to 374b.

(5) Philiphine: 26% decrease
from USD391b to 285b.

(6) Vietnam: 9% decrease
from USD 204b to 186b

Sdra Umar, cuba sdra komen pula data di bawah ini/

Analysis GDP growth of 6 asean countries between 2004 & 2014:-

(1) Singapore: 183% increase
from USD109b to 326b

(2) M'sia: 58% increase,
from USD 207b to 327b.

(3) Indonesia: 17% increase
from USD758b to 889b

(4) Thailand: 22% decrease
from USD476b to 374b.

(5) Philiphine: 26% decrease
from USD391b to 285b.

(6) Vietnam: 9% decrease
from USD 204b to 186b

kundoq said...

Datuk Kadir,

Kalau di Korea Selatan atau Jepun,PM mereka sudah bertukar 2 atau 3 kali jikka berlaku salah urus pentadbiran negara.Saya percaya jika nilai RM seteruk sekarang ini,mereka meletak jawatan tanpa tunggu disuruh.

Apa yang berlaku sekarang di Malaysia perbandingannya seperti langit dengan bumi.Sepatutnya pemimpin pemimpin parti sendiri yang memberi tekanan supaya ketua mereka berundur,sebaliknya pemimpin pemimpin tersebut yang membela,memuji muja dan melambung pemimpin mereka yang dipenuhi kontroversi dan isu isu yang menggerunkan rakyat.

Tidak silap sekiranya Najib diumpamakan seperti 'kera mendapat bunga.Situasi era pemerintahan Najib ibarat bangkai yang di di hurungi lalat.

Saya sentiasa melihat dan menanti apakah langkah seterusnya yang akan diambil oleh TDM,Daim dan juga Datuk Kadir, dalam keadaan sudah tidak sabar lagi untuk hilang sabar.

Unknown said...

Saya setuju sangat pendapat sdr wahi.

Bapa borek anak rintik.

If u cannot beat them u join them.

Bagi saya yg merosakkan negara ini ketuanya adalah pemimpin UMNO.

Perosak kedua adalah payung2 yg ada kuasa lantik PM dan menteri besar yg betul2 berkira setiap kali ada PRU. dan ada yg anggap diri mengatasi hukum.

Perosak ketiga adalah pegawai perkhidmatan PTD yg berlagak serba pandai berbanding pegawai petkhidmatan yg ikut buntut org politik kesana kemari menjadi tukang angguk membuat kertas kerja mengiyakan keputusan politik dan ahli perniagaan.

Perosak keempat adalah dari golongan pegawai yg sepatutnya bebas yg sepatutnya kuat kuasakan undang spt hakim, pandakwa dan polis akan tetapi telah berjaya dijinakkan oleh pemimpin politik atau org bisnis.


Walaupun ada di antara kumpulan yg disebut di atas org baik2 tapi selalu terpinggir malah dipecat.

Jangan lupa selain drpd gaji mereka dibayar oleh rakyat, perbuatan curang mereka juga menghasilkan perbuatan merompak harta rakyat.

Jangan ingat diakhirat hanya PM je kena jawap.

Anonymous said...

Malaysia is a country with a lot of potential, but it heads towards critical state. Things are not properly managed and people are not led towards sustainable self development.

safiai saad said...

Salam sdr Kadir, I am very concerned about the above title and its implication to the ordinary rakyat.
Nevertheless I noticed that you rely on presumption rathet than fact. The word "kalau" means it is just a presumption and did not take place yet.

Yes I believe the information is obtained from a credible sources,like the english idiom "from the horses mouth"
But what happened this statement come "from the mule mouth"Dont you think your theoritical frame work will collapse.
Yes from the evidence provided, there might be indication that our financial budget has reached its limitation due to unforseen factors.
But we still have a lot external reserve and contigency deposit as stated in the budget and Bank Negara Annual report. Surely it will utilised when there is a need for it.
It is the attitude of the Najib adminstration that we are concerned about.
I had just visited Permatang Pauh,parlimentary by election, BN just could not provide satisfactory answer why GST should be imposed to ordinary rakyat.The visitors and the campaigner that come from outside Penang seemed to possess luxury car and a beautiful dress. Emmm Emmm I wonder what is the message.

Thus the malaysian socio political environment constitute the class struggle between the rich and poor rakyat.Thus the whole issue of Permatang Pauh is the income gap disparity.Even Wan Azizah came from upper class society,where will be rakyat's interest in this case.
So Sdr Kadir, our economic uncertainty will continue whether BN or Pakatan Rakyat rule this country.
Thanks Sdr Kadir, I rest my case.

B.O.P (Bukan Orang Politik) said...

Semakin lama semakin saya khuatir akan keadaan kewangan negara...mcam kata org tua tua.."gali lobang tutup lobang"

Tarik sana, tolak sini, ibarat selimut senteng, tarik ke atas kaki terjulur, tarik ken kaki dada terbuka..

Pengalaman saya sendiri, anak saya yg belajar Jurusan Perubatan di sebuah Universiti hampir tidak dapat menduduki peperiksaan setelah pihak Universiti mengugut manahan pelajar akibat yuran tidak dibayar agensi kerajaan selaam setahun ( anak saya memi jam dari Agensi utk yuran)

Nampaknya priority..dah jadi caca marba..

seroja said...

Boleh kutuk Tunku. Boleh kutuk Tun Razak. Boleh kutuk Tun Hussein. Boleh kutuk Tun Dr Mahathir. Boleh tuduh mereka amalkan kronisme dan nepotisme. Tapi pada zaman mereka berapa kerat orang Melayu naik jadi usahawan yang ada syarikat di Bursa Malaysia?

 

Cuba kita bagi nama usahawan besar Melayu yang lahir pada zaman Abdullah Badawi dan Mohd Najib Tun Razak.

 

Yang kita dengar zaman Pak Lah ada Patrick Lim. Zaman Mohd Najib ada Jho Low. Mana Melayu kelas dunia yang lahir zaman Pak Lah dan Mohd Najib?

 

Kalau ada tolong sebut. Tak aci yang waris kekayaan daripada ibu bapa macam Shahril SapKen dan anak-anak Tan Sri Nasimuddin atau Naza.

 

Nak kutuk Mahathir, boleh. Tak ada masalah. Tapi yang jadi matlamat kita adalah nak suruh Perdana Menteri yang lembik dan huru-hara berundur. Dr Mahathir bukan hendak jadi Perdana Menteri balik. Dia cuma kata negara jahanam, lepas itu Umno dan Barisan Nasional pulak jahanam.

 

Kalau nak sokong Mohd Najib dan Datin Seri Rosmah pun carilah modal lain.

 

Kutuk Mahathir tak akan selesaikan masalah. Buat orang lagi benci kepada Mohd Najib dan Rosmah.

Joe Black said...

Dato'

Jika DS Najib atau PMO Asyik Memberi Jaminan atau statement yang selepas itu disahkan tidak benar, maka lama kelamaan semua statement atau ulasan dari beliau atau PMO tidak akan dipercayai lagi.

Dia juga mungkin akan dilabel sebagai "The Boy that Cried Wolf", kerana apa saja yang dia cakap tidak akan diberi perhatian.

msh said...

Sdra Kundoq.

Sy setuju dan menunggu mereka2 seperti Tun M..Daim....Ku Li...Mat Taib...dll...(Muhyiddin...sy tolak tepi...dia 2x5).

Terima kasih pd DAKJ....tidak dinafikan bahawa Dato telah melakukan peranan yg besar dlm perkara atau kerja2 untuk mengganti Presiden yg berpenyakit ini.

Sy tidak lagi boleh menerima Ketua seperti dia...juga Penggilap2 Epal yg dajal semua ini....demi bangsa dan ugama.

Jika dia disabit kesalahan dan dihukum pun sy tidak bersimpati lagi.

Terima kasih.

yana said...

Salam Datuk AKJ,

Hari ini 5 Mei anak saya mendaftar tingkatan enam, sementara tunggu jawapan tawaran UPU. Yuran hampir RM300 + kos tempah baju uniform form 6 (sekolah tak benarkan pakai baju kasual spt yg diuar-uarkan oleh KPM) + kos beli buku = mau juga mencecah RM800 ke RM900.. Yuran dah settle, nak tempah baju uniform ting.6 kat tailor, sudah tentu ada GST 6%. Buku lagi. Almaklumlah pra-u.. tapi kena korek poket sendiri yg tak berapa nak cukup sebab kos hidup dah meningkat semenjak dua menjak ni.

Cuma dengau kabornye yg kaya bertambah kaya.. Wlupun ada gst tapi dengaunye wakil rakyat dinaikkan elaun mrk.. Yg menangisnya kami rakyat jelata. Nak sokong bekas PM Tun Mahathir pun kami di chop sbg 'losers' oleh para pengampu PM sekarang. Sakit hati terutama apabila orang tua yg kami sayang dan sanjung tidak dihormati, malah diperkecil-kecilkan oleh Maharaja.

Datuk, saya haraplah pemotongan bajet kementerian2, jabatan2 dan agensi2 kerajaan tersebut yg kununnya 'bagi membiayai pemulihan banjir' adalah benar-benar digunakan untuk tujuan pemulihan banjir yg melanda hujung tahun lepas. Bukannya di 'withheld' utk 'tujuan lain'. Saya lihat mangsa banjir di Kelantan masih tinggal dalam khemah.. saya lihat rumah-rumah mereka masih ranap macam keadaan bulan Dec tu juga. Atau adakah 'pemulihan banjir' itu bukan utk mangsa yg di Kelate?

Datuk, benarkah jam tangan mewah yg ber'signature' Najib diberi sbg hadiah kpd menteri2 kabinet dan ahli keluarga mereka? Juga kereta mewah dgn plate nombor 1M4U? Wallahuaklam Datuk, saya hanya bertanya.

Terkini Datuk, kemalangan kat lebuh duke, takziah buat keluarga mangsa tiga beranak itu. Namun Datuk, ada macam2 hal mcm2 kontroversi, kan, ada yg bernama yana and ganglah, puteri umno lah... memalukan orang lain yg bernama yana je.. tak pun menakutkan kami yg bernama yana nak keluar.. nti tak pasal2 kena ketuk haihhh (sigh).

Terima kasih Datuk A.Kadir Jasin. Btw, tahniah thumbs up krn muncul dlm '10 minit respon' Tv1 RTM semalam 04 Mei 2015, topik 'Kualiti wakil rakyat'. Semoga wakil rakyat kita benar2 berkualiti Datuk.

Semoga Allah memberkati Datuk sekeluarga.

Kawanlama said...

Seroja cuba semak semula berapa lama TunRazak, TunHussein, PakLah dan Najib berkuasa. Memang patutlah jasa TDM banyak sebab 22 tahun memerintah dan telah diberikan peluang seluas-luasnya oleh Allah untuk memperbetulkan segala kesilapan.

msh said...

Kamu melalok....merapu tak habis2...berbahaslah dgn lebih bijaksana....tumpu pd isu.

Kawanlama said...

Kenapa takut menghadapi fakta sebenar yang Najib mungkin salah tapi Mahathir tidak semestinya betul ye.

Unknown said...

Aslkum DAKJ.

Kerajaan Najib selalu gembar gembur hutang negara kita tak lebih 55% drp GDP.

Nasib baik undang2 kita letak capping kpd tak lebih 55%.

Kalau tidak , dah lama lanun2 ni berhutang sakan.

Kesemua credit rating agensi iaitu S n P, Moodys dan Fitch masih menetapkan rating kita sebagai A- iaitu terendah dalam grade investment iaitu di belakang AAA, AA dan A.

Tapi rakyat jangan perasan sgt sebab Fitch dah beri isyarat bahawa rating kita cenderung untuk di rendahkan menjadi bukan gred investment iaitu BBB.

Bunga2 nya dah semakin cerah bila duit jerajaan tak cukup dan ringgit lemah.

Kampung Mari said...

Kawan Lama,

'Kenapa takut menghadapi fakta sebenar yang Najib mungkin salah tapi Mahathir tidak semestinya betul ye.'

Kalau hang ada masalah dengan TDM, tu masalah hang.

Sekarang ni bukan soal Mahathir betul atau salah. Kalau ada yang dia buat tak betul, siasatlah, cekuplah. Itu hal lain.

Yang jadi PM sekarang bukan Mahathir. Yang nak kena diperbetul sekarang juga bukan Mahathir. Yang diamnya bukanlah diam-diam ubi pun bukan Mahathir.

Copy paste la angka-angka dari kayangan sekali pun, realitinya adalah apa yang ada di bumi.

Sekian...dari saya yang dok tunggu DAKJ tulis pula fasal Felda, FGV dan tanah kawasan pejabat lama Felda di area Jalan Maktab/Jalan Semarak tu...nak tau juga ke mana haluan dan apa sudahnya.

Kawanlama said...

Sdra Kampung Mari,

Tun Mahathir adalah 'chairman' kempen bagi menukarkan pemimpin yang dipilih dalam sistem demokrasi..

Jadi dia juga adalah tertakluk kepada kempen untuk mempertahankan fakta kebenaran bahawa 'Najid mungkin salah tapi Mahathir tidak semestinya betul'. Sdra sangat terganggu ke dengan 'tagline' sebegini?

Kawanlama said...

...minta maaf lah sdra saya bukan jenis makhlok 'copy paste' ye.

Kawanlama said...

Tambahan fakta untuk tatapan sdra KgMari.

Perlu ingat bahawa Tun Mahathir telah berjaya mengusahakan pertukaran PM dari PakLah kepada DS Najib dan sekarang sudah memperakukan kesilapan beliau.

Jadi berdasarkan senario begitu maka 'PakLah mungkin salah tapi Mahathir tidak semestinya betul' bukan?

Unknown said...

Aslkum Dakj.

Kalau duit Tabung Haji pun dah kena tibai, sah lah sudah kerajaan UMNO tiada duit.

Yg ini susah la TDM nak kutuk sebab zaman beliau pun wang tabung haji kena belasah selamatkan Maju Holding.

Sebagai tanda protes besuk isteri saya akan pindahkan wang beliau di TH ke tempat lain.

Selepas ini mangsa seterusnya adalah.......

Nasib baik dalam tabung PNB dah ada duit Cina. Bukan duit Melayu je.

Kalau tidak tak tau la.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).