Monday, March 11, 2019

PH is Not a One-term Government


A Kadir Jasin


PREAMBLE: Views expressed herein are entirely mine. I am writing in my personal capacity as a blogger. It has nothing to do with whatever position I may hold.

Dr Mahathir: PH has rid the country of kleptocracy
AFTER just over nine months in power – replacing the Barisan Nasional (BN) that had ruled the country for 61 years – the Pakatan Harapan (PH) has actually made a pretty good progress for itself and the country.

First of all, as the Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, reflected recently, Malaysia is no longer a kleptocracy.

[Anonymous comments will not be published. Please use real or pseudonym. Thank you.]

But he also lamented that having chosen the democratic ways, both the leaders and people must learn to accept the good and the not-so-good aspects of democracy.

Secondly, the problems facing the people are being attended to in a more systematic and transparent manner with a longer-term view of making "shared prosperity" the basis for sustainable wealth creation and distribution.

He and his cabinet members and coalition leaders admitted openly that many of the expectations of the people are yet to be met and some electoral promises may have to be modified to make them realistic and implementable.

They acknowledged that the support of some segments of the people has declined as was seen in the Cameron Highlands and Semenyih by-elections in which the PH failed to wrest the former and lost the latter.

Democracy, as he put it, is a double-edged sword. It can hurt its bearer as much as it can protect him.

The ministers and party leaders may be using the democratic space to advance the interest of the people but to the people it appears that they are fighting with each other.

So the Prime Minister’s advice is from now on they should think harder before they talk, look before they leap and discuss with the cabinet and the PH on important matters.

“What difference does it make whether they wear black or white shoes?” he asked.

“Yes, cigarette smoking causes cancer but how do we know whether the smokers are three metres away from the restaurants?”

And, in jest, he quipped that flying cars would not generate too many votes.

“And what is Malaysia Baru? Is it exclusively about the election manifesto?” asked the Prime Minister.

If the promises were unrealistic and the actions taken thereafter had caused hardship to the people and put the country at the risk of default, the government must be willing to backtrack.

This does not mean the government will overlook corrupt practices in the award and implementation of the Barisan Nasional (BN) era projects and contracts.

It is for this reason that the government had reversed its decision on the MRT and LRT projects, reconsidering the ECRL and putting on hold plans to disband several BN era departments and programmes.

Justice for the People

The people are right in wanting justice served on the former Prime Minister, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.

They are becoming impatient with the seemingly protracted courts cases against him and his co-conspirators.

The longer Najib is allowed the freedom to make mockery of the law, the greater is the risk of the people seeing justice as favouring the rich and the powerful. Or worse still he is not guilty.

The spirit of the separation of power among the Executive (Government), the Legislative (Parliament) and the Judiciary (Judges) does not mean that each operates in a vacuum.

Certainly they have to consider each other's interest because in the final analysis they are collectively and severally responsible and answerable to the people.

Although the Prime Minister had said that he was surprised at the response to Najib’s “Malu Apa Bossku” campaign, I personally see this street-peddling stunt as nothing more than the last meal of a death row convict.

Najib knows his time is running out and he has to make the best use of it.

In fact with each passing day that he is allowed to make mockery of the people, the worse it becomes for Umno and the BN.

In nine months after the last May 9 defeat, Umno has had three presidents – Najib, Ahmad Zahid Hamidi and now Mohamad Hassan in the acting capacity.

If they can they don’t want Najib to meddle in their affairs. His “Malu Apa Bossku” is not about enhancing Umno’s tattered image but to promote himself among the kapcai-riding Malay youth.

Still the law must be allowed to run its course. The PH government cannot not do to Najib what he did to his enemies and to the institutions of the state. Najib has no qualm about perverting the laws to his advantage.

One Year Approaching

As the one-year milestone approaches, the PH will be subjected to greater scrutiny by the people, the press and investors.

To pass this public relations and confidence test, the PH has to improve its story-telling. It may even have to consider rearranging or even firing some cast members.

The plot and narrative must be understood and believed by the people and the cast must be respected. There is no role for clowns and comic characters.

Ministers, Menteris Besar and Chief Ministers must engage in self-examination and, where necessary, self-criticism.

Don’t rush to blame the press and the people if the flying car story flew past their heads and the government is seen as inept, arrogant and aloof.

Moving ahead, the PH must work hard and smart to fulfill the aspirations of the people and to prove to them that it is not a one-term government. It is here to stay.

Wallahuaklam.

Thursday, March 07, 2019

Operasi Putrajaya Sekat Eksport Haram Pasir


A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Gambar hiasan: Kapal angkut pasir di Selat Tebrau
SAYA hendak cerita yang mudah saja dalam tampalan kali ini, iaitu mengenai perlombongan dan penjualan pasir ke luar negara.

Ada yang kata eksport dan ada juga yang kata seludup sebab eksport pasir untuk pembinaan dan menambak laut diharamkan.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Kira-kira sebulan lalu satu sumber peringkat tinggi memberitahu bahawa satu operasi bersepadu yang dibagi nama “Ops Pintasan” telah dilakukan di Johor dan Selangor atas arahan kerajaan pusat di Putrajaya bagi menyekat kegiatan itu.

Arahan itu, katanya dikeluarkan dan operasi dibuat selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berjumpa dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Johor Bahru 10 Januari lalu.

Saya tidak menulis mengenai operasi itu sebab saya rasa lebih elok saya tunggu surat khabar atau mana-mana saluran berita menulis mengenainya dulu.

Tetapi setelah menanti lebih sebulan dan tidak terbaca laporan mengenainya maka saya pun bertanya kepada sumber saya itu bolehkah saya menulis cerita tersebut.

Dia kata terserahlah kepada saya. Saya bertanya kerana dalam ilmu kewartawanan yang saya pelajari dan amalkan, ada satu hukum yang dipanggil melindungi sumber berita (protecting the source of news).

Jadi saya ceritalah apa yang saya tahu tapi kalau tidak tepat atau kurang tepat saya minta pihak berkuasa yang terlibat membuat penjelasan.

Seperti saya tegaskan berulang kali, blog kita ini mengamalkan dasar asas kewartawanan, iaitu hak menjawab (right of reply).

Saya tidak tahu mengapa berita operasi itu tidak keluar di dalam media massa. Boleh jadi tidak terhidu oleh pemberita atau boleh jadi  juga berita operasi itu dianggap sensitif.

Ikut cerita, dua buah tongkang bersama bot tunda telah ditahan di perairan Malaysia berhampiran Pengerang, Johor ketika dalam pelayaran ke Singapura atau ke arah republik tersebut.

Penyata muatan (manifest) tongkang itu mengatakan ia membawa silika, iaitu pasir bersih untuk diproses menjadi kaca. Eksport silika dibenarkan.

Tetapi ada sedikit silika di dalam dua buah tongkang itu. Selebihnya adalah pasir biasa yang diguna untuk pembinaan atau menambak laut.

Yang menariknya, pemilik pasir yang dipintas dan disita itu adalah sebuah syarikat yang dikatakan amat terkenal di kalangan rakyat jelata Johor dan selama berpuluh tahun terlibat dengan kegiatan mengeksploitasi hasil bumi negeri tersebut seperti balak dan pasir.

Serentak itu, pihak berkuasa juga menahan dan menyekat lori-lori yang membawa pasir ke Singapura di pintu keluar Link Kedua. Lori-lori itu dikatakan membuat 400 hingga 500 perjalanan sehari ke republik tersebut.

Pihak berkuasa juga membuat tangkapan melibatkan sebuah kapal korek pasir di Tanjung Rhu, Sepang, Selangor yang dimiliki oleh tauke tempatan tapi dikendalikan oleh pekerja dari China yang tidak ada visa untuk memasuki Malaysia.

Maksudnya, kegiatan melombong dan mengeksport pasir laut, sehingga tarikh operasi itu, terus berlaku walaupun telah diharamkan.

Saya difahamkan hanya pasir di muara sungai sahaja dibenarkan digali dan dijual sebagai langkah mendalamkan pintu kuala supaya kapal nelayan mudah keluar-masuk dan bagi mengawal banjir.

Banyak pihak, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri, memaklumkan kepada saya bahawa kegiatan melombong pasir laut adalah antara punca utama kerosakan ekosistem marin dan perbuatan merampas tanah (land grab) oleh sesetengah pihak yang berpengaruh.

Wallahuaklam.
 

Tuesday, March 05, 2019

Umno-Pas Bersekedudukan, MCA dan MIC Keluar Pintu Belakang


A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Pakatan nasionalisme dan agama
UMNO dan Pas sudah pun bersekedudukan dan telah menghasilkan dua “cahaya mata” iaitu Parlimen Cameron Highlands di Pahang dan Dewan Undangan Negeri Semenyih di Selangor.

Jadi tidak mengejutkan kalau MCA dan MIC mengambil keputusan untuk keluar pintu belakang dengan tujuan mencari pasangan baru.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Sama ada Umno dan Pas berkahwin secara sah atau sekadar bersekedudukan, MCA dan MIC tidak ada tempat lagi di dalam rumah bernama Barisan Nasional (BN) itu.

Malah nama BN tidak sesuai lagi digunakan oleh Umno dan Pas kerana gabungan mereka bukan berasakan kepelbagaian bangsa dan agama tetapi berupa kesepakatan di antara Melayu nasionalis dan Melayu agama.

Gabungan mereka lebih merupakan parti perkauman agama. Umno parti perkauman kerana ia mewakili hanya orang Melayu dan Pas pula parti yang berasaskan Islam.

Soalnya, apakah maslahat (muslihat) yang akan mereka guna untuk menghalalkan gabungan mereka dan menyamak najis yang mereka campakkan ke arah satu sama lain selama ini?

Pas pernah menuduh Umno assabiyah dan Abdul Hadi sendiri mengeluarkan amanat yang mengatakan, lebih kurang, bahawa darah orang Umno sah ditumpahkan dan orang Pas yang terbunuh melawan Umno adalah syahid.

Kelebihan Abdul Hadi berbanding pemimpin Pas sebelum beliau adalah kesediaan menggunakan apa saja maslahat demi menghalalkan tindak-tanduknya. Dia banyak maslahat dan banyak akal.

Umno pula memerlukan suntikan keagamaan dan cap Islam setelah tenggelam dalam kekayaan dunia dan hanyut dalam arus kehidupan hedonis untuk sekian lama.

Pada zaman bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, Umno telah membina jambatan yang menghubungkannya dengan Pas atas dasar “cash is king”.

Ia telah “mengkorupsikan” pemimpin tertentu PAS dengan memperkenalkan mereka kepada gaya hidup mewah melalui sogokan yang dikatakan bernilai hingga RM90 juta.

Pekung Makin Gatal

Hal itu terbongkar dan menjadi sahih apabila Pas dan para sahabatnya baru-baru ini membayar RM1.4 juta kepada Ketua Pengarang Sarawak Report, Claire Brown, supaya menggugurkan kes saman malu di mahkamah sivil London.

Kesenangan dunia yang ditawarkan oleh Umno itu akhirnya memerangkap Pas. Pas sedang hilang akal - lebih kurang macam orang yang seleweng agama akhirnya jadi gila isim - gila dan insane. Dua kali gila.

Pas yang lantang meneriakkan slogan Darul Islam dan Hudud tetapi pergi ke negara kafir untuk menggunakan undang-undang kafir bagi menutup pekung di dadanya.

Kesudahannya pekung makin terdedah dan berjuta duit ahli habis dibelanjakan untuk saman Sarawak Report. Bila Sawarak Report lawan balik, Pas upah Claire Brown supaya selesai luar mahkamah.

Soalnya bolehkah orang Melayu/Islam mempercayai dua buah parti - yang sebuah memperalatkan bangsa Melayu dan sebuah lagi memperalatkan agama Islam - untuk membela mereka?

Setelah kalah pilihan raya umum 9 Mei lalu dan diceraikan oleh parti-parti sekutu BN, Umno hilang keyakinan dan dalam kesunyian.

Mencari pasangan baru bukan mudah apabila ahlinya sendiri keluar parti dan banyak pemimpinnya dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah.

Tiba-tiba, macam orang Utara kata, dok tak dok mai Pas. Pas tidak macam Umno. Menikah cerai perkara biasa dalam amalan politiknya.

Kalau janda, kita bolehlah sifatkan Pas sebagai seorang  janda yang banyak pengalaman bernikah cerai dan boleh memadu cinta berahi dengan sesiapa saja.

Pas asalnya dari Umno. Kemudian keluar Umno. Antara 1974 dan 1977 menikah balik dengan Umno dan duduk di dalam rumah besar BN. Kemudian pada tahun 1977 kena cerai apabila Perdana Menteri masa itu, Almarhum Tun Hussein Onn menuduhnya curang.

Lepas itu Pas bernikah cerai dengan macam-macam parti termasuklah dengan parti yang paling dibencinya sekarang, iaitu DAP.

Jadi ada jugalah baiknya kalau Umno mengahwini atau bersekedudukan dengan Pas. Setidak-tidaknya bolehlah ia merasai kenikmatan berdua-duaan dengan sebuah parti yang sangat banyak pengalaman dalam hal nikah cerai politik.

Dan adalah menjadi kesilapan besar bagi Pakatan Harapan (PH) jika ia memandang ringan perkongsian Umno-Pas ini apatah lagi pada ketika semakin ramai rakyat jelata yang mengundinya 9 Mei lalu tidak puas hati dengan prestasinya.

Cameron Highlands dan Semenyih sudah lebih daripada cukup untuk memberi amaran “defcon” tahap paling tinggi kepada para pemimpin PH.

Wallahuaklam.

Wednesday, February 27, 2019

Remaja Melayu Mangsa Terbaru Najib


A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Hina LGBT: Terlepas cakap atau petanda gangguan minda
SEJAK akhir-akhir ini, dengan kemungkinan ke penjara semakin hari semakin nyata, bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, menjadi semakin pelik dan mengejutkan.

Yang terbaru beliau tiba-tiba menonjolkan dirinya sebagai seorang yang pakar dalam hal hantu, orang mabuk dan LGBT.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Dalam percubaan menyangkal kesungguhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) meringankan beban tol lebuh raya, Najib dilaporkan berkata cadangan kerajaan itu akan hanya menguntungkan hantu, orang mabuk dan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual.

Rasanya banyak orang tidak hairan kalau Najib nampak begitu pakar dalam hal hantu, makhluk ghaib, serapah jampi dan mandram.

Sebagai orang yang lama belajar di England dan mengamalkan gaya hidup hedonis – makmur dan berfoya-foya - kita tidak hairan kalau dia biasa dengan pemabuk.

Tapi apabila Najib melibatkan LGBT sebagai kumpulan yang akan mendapat manfaat daripada sistem baru tol yang dicadangkan itu, jelaslah dia juga pakar dalam hal gaya hidup kumpulan itu.

Yang mengeluarkan nada menghina dan merendahkan pengguna lebuh raya tol adalah Daeng Najib walaupun selepas itu dia memohon maaf kerana kononnya terlepas cakap.

Alasan terlepas cakap ini sudah menjadi terlalu biasa sehingga tidak membawa apa-apa erti lagi.

Mencarut dan menggunakan bahasa kesat sudah menjadi kebiasaan, sama ada kerana dia dilahirkan bermulut celupar atau kerana gangguan mental yang semakin meningkat.

Dalam keadaan yang terdesak dan tersepit seperti yang dia hadapi itu, kita telah lihat bagaimana orang bertindak di luar batas kesiuman.

Malah ada antara mereka yang menggunakan alasan ketidakstabilan mental (mental instability), tidak siuman (insanity) dan kemurungan (depression) sebagai alasan untuk tidak dibicarakan.

“Insanity defense” atau pembelaan diri atas alasan tidak siuman (gila) adalah pembelaan yang dibenarkan dalam perbicaraan.

Propaganda murahan ini ditujukan kepada remaja Melayu
Malangnya yang menjadi mangsa kepada kempen murahan “Malu Apa Bossku” ini adalah orang Melayu, khususnya golongan remaja, yang tohor pengetahuan dan pengalaman mengenai diayah dan muslihat politik.

Tol Janji PH

Di pihaknya kerajaan tidaklah bertujuan memperkecilkan atau memberi gambaran buruk mengenai mana-mana kumpulan orang.

Semua pihak dipedulikan, termasuklah yang mabuk. Mereka tidak dibenarkan memandu ketika mabuk. Berkenaan hantu pula, ia tidak termasuk dalam pertimbangan kerajaan PH kerana kita tidak mengamalkan sihir dan ilmu hitam.

Matlamat kerajaan PH adalah memenuhi janji pilihan raya, khususnya dalam usaha meringankan beban sara hidup rakyat.

Yang dicadangkan adalah merundingkan pengambilan alih empat lebuh raya tol di Lembah Klang yang akan memanfaatkan pengguna, pembayar cukai dan kerajaan.

Empat laluan bertol yang dimaksudkan itu ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong Smart.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kenyataan media semalam berkata, pengguna akan menikmati penjimatan sehingga RM180 juta setahun.

Penjimatan ini akan menyumbang kepada pendapatan isi rumah dan mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.

Apabila dilaksanakan, kerajaan dapat mengurangkan pampasan kepada syarikat konsesi sebanyak RM5.3 bilion setahun.

Jadi manakala “bossku” ke hulu hilir tanpa malu sambil mencerca kerajaan PH, memperlekeh golongan tertentu dan menipu remaja Melayu, kerajaan terpaksa bertungkus-lumus membersihkan timbunan najis yang beliau dan Barisan Nasional (BN) tinggalkan.

Wallahuaklam.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).