A Kadir Jasin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
MUKHADIMAH: Pandangan
yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam
kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa
jawatan yang mungkin saya pegang.
Gambar hiasan: Kapal angkut pasir di Selat Tebrau |
SAYA hendak cerita yang mudah saja dalam tampalan kali
ini, iaitu mengenai perlombongan dan penjualan pasir ke luar negara.
Ada yang kata eksport dan ada juga yang kata seludup
sebab eksport pasir untuk pembinaan dan menambak laut diharamkan.
[Komen
"Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Kira-kira sebulan lalu satu sumber peringkat tinggi memberitahu
bahawa satu operasi bersepadu yang dibagi nama “Ops Pintasan” telah dilakukan
di Johor dan Selangor atas arahan kerajaan pusat di Putrajaya bagi menyekat kegiatan itu.
Arahan itu, katanya dikeluarkan dan operasi dibuat selepas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berjumpa dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim
Sultan Iskandar di Johor Bahru 10
Januari lalu.
Saya tidak menulis mengenai operasi itu sebab saya rasa
lebih elok saya tunggu surat khabar atau mana-mana saluran berita menulis
mengenainya dulu.
Tetapi setelah menanti lebih sebulan dan tidak terbaca laporan
mengenainya maka saya pun bertanya kepada sumber saya itu bolehkah saya menulis cerita
tersebut.
Dia kata terserahlah kepada saya. Saya bertanya kerana
dalam ilmu kewartawanan yang saya pelajari dan amalkan, ada satu hukum yang
dipanggil melindungi sumber berita (protecting the source of news).
Jadi saya ceritalah apa yang saya tahu tapi kalau tidak
tepat atau kurang tepat saya minta pihak berkuasa yang terlibat membuat
penjelasan.
Seperti saya tegaskan berulang kali, blog kita ini
mengamalkan dasar asas kewartawanan, iaitu hak menjawab (right of reply).
Saya tidak tahu mengapa berita operasi itu tidak keluar di dalam media massa.
Boleh jadi tidak terhidu oleh pemberita atau boleh jadi juga berita operasi itu dianggap sensitif.
Ikut cerita, dua buah tongkang bersama bot tunda telah
ditahan di perairan Malaysia berhampiran Pengerang, Johor ketika dalam
pelayaran ke Singapura atau ke arah republik tersebut.
Penyata muatan (manifest) tongkang itu mengatakan ia
membawa silika, iaitu pasir bersih untuk diproses menjadi kaca. Eksport silika
dibenarkan.
Tetapi ada sedikit silika di dalam dua buah tongkang itu.
Selebihnya adalah pasir biasa yang diguna untuk pembinaan atau menambak
laut.
Yang menariknya, pemilik pasir yang dipintas dan disita
itu adalah sebuah syarikat yang dikatakan amat terkenal di kalangan rakyat
jelata Johor dan selama berpuluh tahun terlibat dengan kegiatan
mengeksploitasi hasil bumi negeri tersebut seperti balak dan pasir.
Serentak itu, pihak berkuasa juga menahan dan menyekat
lori-lori yang membawa pasir ke Singapura di pintu keluar Link Kedua. Lori-lori
itu dikatakan membuat 400 hingga 500 perjalanan sehari ke republik tersebut.
Pihak berkuasa juga membuat tangkapan melibatkan sebuah
kapal korek pasir di Tanjung Rhu, Sepang, Selangor yang dimiliki oleh tauke
tempatan tapi dikendalikan oleh pekerja dari China yang tidak ada visa untuk
memasuki Malaysia.
Maksudnya, kegiatan melombong dan mengeksport pasir
laut, sehingga tarikh operasi itu, terus berlaku walaupun telah
diharamkan.
Saya difahamkan hanya pasir di muara sungai sahaja
dibenarkan digali dan dijual sebagai langkah mendalamkan pintu kuala supaya
kapal nelayan mudah keluar-masuk dan bagi mengawal banjir.
Banyak pihak, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri, memaklumkan
kepada saya bahawa kegiatan melombong pasir laut adalah antara punca utama
kerosakan ekosistem marin dan perbuatan merampas tanah (land grab) oleh
sesetengah pihak yang berpengaruh.
Wallahuaklam.
14 comments:
Datuk,
It's becoming quite clear Pakatan Huru-Hara has lost the plot and lost its way.
Incapable of any strategy, they will lose.
We can look forward to the return of the Bugis Worrier as PM immediately after PRU15.
That seems a certainty.
Nobody in Pakatan Huru-Hara wants to face the truth.
That is a big problem.
Waduhhh... cepat sungguh Datuk tukar topik baharu. Belum sempat saya nak balun Datuk di topik lepas.
Kenapa Datuk? Tak boleh tahan panas telinga agaknya.
Datuk,
I say LGE, let the "marriage fail on its own accord", we know that a divorce will come any time. You don't have to tell us what we already know. You take care of the economy, we know how to handle forbidden marriages.
Lim Guan Eng today dismissed criticism of his remarks yesterday describing the formalisation of ties between Umno and PAS as a “declaration of war” on non-Malays.
The DAP secretary-general said he had since amended the statement, following criticism that it could fan the flames of discontent among different races.
“Maybe you did not read my amended statement. I will only say this once. Read the amended statement,” he told reporters in a press conference after launching the Industry Digitalisation Transformation Fund (IDTF).
The statement has since been amended to Lim warning that the union of the two Malay parties could target non-Malays.
Datuk,
I suppose Nik Aziz already turned over many many times in his grave over the lies of Hadi and PAS.
"Neither PAS nor I paid Sarawak Report editor RM1.4 million", says Hadi
Fight fire with fire, now PH can always deny any mistakes they made, and reference Hadi as the precedent setting example.
Tok Kadir.
Cerita TK kali ini adalah cerita lama ..dah jadi hikayat. Saya sebagai rakyat pun dah bosan dengan cerita seperti ini ..saya dah penat mendengarnye.
Tak kan kita memerlukan satu lagi revolusi sosial ..seperti di Sumatera 1946. Pada saya revolusi seperti itu tak kan berlaku disini ..sebabnye ..LU PIKIR LAH SENDIRI .. ponek dah den.
SALAM... TOK.
tok ni berani sungguh,
Jangan sembah duhaka tok..
Selamat berjuang
Sallam Dato'
Pasir itu hantar ke Singapura.
Berita CNN hari ini kata Singapura dah beli 12 biji kapalterbang F35 dari Amerika.
F35 adalah kapalterbang perang yang paling canggih di dunia.
Saya dengar juga dari berita, Mat Sabu kata, kapalterbang kita yang beli dari Rusia kalau tak silap 4 saja yang boleh terbang, yang lain tersadai saja.
Mungkin kita boleh mintak tolong Tuan Ibrahim Tuan Man atau Haji Hadi tolong baca-baca sikit supaya kapalterbang itu boleh terbang semula.
Ambiga hari ini nasihatkan Pakatan supaya jangan peduli sangat dengan kawin PAS-UMNO.
Mandat Pakatan pun sampai 5 tahun, sekarang ini tak sampai lagi setahun.
Buat tak tahu sudah, yang penting Pakatan buat kerja.
Kalau Pakatan tak buat kerja, memang rakyat berhak buang.
teluk ramunia adalah 'lubuk' utk mengambil pasir. ia nya amat dekat dgn singapura.
kegiatan mengekspot k singpura thh berjln sejak berpuluh tahun sungguh pun larangan utk ekspot sdg berkuat kuasa. dengar kata 'perlindungan' yg d perolihi n pihak penguatkuasa yg kurang amanah tlh membolihkan perkara ini terus berlaku.
harap sgt yg ia nya tlh dpt d hentikan sekarang.
Datuk,
this is a parody upon a parody:
Najib Razak has filed an appeal in the Court of Appeal to stop Gopal Sri Ram from leading the prosecution in his 1MDB-related trial, scheduled to begin next month.
The former prime minister has also filed another appeal to halt the trial, fixed from April 15, pending the court’s decision on Sri Ram’s status.
Najib’s lawyer Muhammad Farhan Muhammad Shafee said the appeals were filed last Friday after a ruling by the High Court in Kuala Lumpur.
Meanwhile, deputy public prosecutor Ahmad Akram Gharib said the Court of Appeal registry had fixed another case management on March 22 as the appeal records from the High Court are not ready.
Stop this fooling around. The courts are becoming a laughing stock, made more so by the defence lawyer and his client.
Who is in charge of the CA registry? Clear some of the cases to later and prioritise the cases against Najib.
Selling off our soil to the teeny-tiny neighbour for its land reclamation purpose in broad daylight, in making lucrative easy money to inflate own wallet? That 'culture' is really too much to bear. It is yet another unacceptable set of hideous heist unearthed. Why would Malaysians stoop so low as to succumb to the temptation of fascinating notes? No wonder the island can't resist but continue to belittle us in one way or another and behold us as a nation without dignity, principles nor system. When the vital role of cash is king came by to be greeted by its greed and so to create a perfect match. So, money really talks on behalf of anything. This makes that tiny-dot country ever more arrogant and ignorant and totally oblivious to our rights in many controversial issues, for instance, the ridiculous 3 sen water deal still remains hanging about, unresolved.
Now, the game is up with the return of no heebie-jeebies Tun M2.0 to clutch at straws, allowing the rule of law to take its course regardless of whom the crooks are behind it. Get to the bottom of it in no time and have them to face the music.
Salam Dato’ Kadir
Snippet
1. Maaf Dato’. Saya malas nak komen tentang pasir ni sebab saya tak tahu sangat.
2. Kan saya dah kata. MCA dan MIC tak akan keluar BN punya sebab mereka tahu parti mereka akan berkubur kalau keluar BN. Lagipun mereka nak jaga kepentingan kaum merekalah sbb ahli MCA / DAP dan MIC / PKR orang yg sama je. Ini saya nak tegaskan sekali lagi sebab dari tulisan-tulisan Dato’ dulu-dulu sampai sekarang, rasanya Dato’ terlepas pandang. Sebab itulah Dato’ beria-ia kononnya nak pertahankan PH yg Dato’ rasa sesuci debu walhal mereka pula cuma nak mempergunakan Tun, Dato’ dan BERSATU je. Please Dato’. Apa-apa pun, Please Dato’, rujuk semula ayat Al Quran berkenaan hubungan kafir dan muslim ye…….
3. Matlamat kita nak jatuhkan Najib dgn bantuan DAP dah tercapai. So, cukuplah. Apa lagi yg Melayu nak. Kita ucapkan terima kasihlah kepada DAP kerana beria-ia menolong, tapi Dato’ kena ingat, hubungan kafir dan muslim mestilah berbalik semula kpd Al Quran. Perluke saya petik lagi ayat Quran dan jelaskan berkali-kali lagi Dato’????
4. Tun Dr Mahathir kata tak suka gabungan UMNO PAS sebab takut Najib jadi PM semula. Maksudnya apa? Izinkan saya bagi clue sikit. Seluruh dunia tahu yg Najib tidak akan dilantik lagi dah, apatah lagi nak jadikan dia PM sekali lagi kecuali Lokman je. Secara berkias Tun kata teruskan usaha murni tersebut, cuma jangan salah pilih pemimpin jahat je. Nampak tak. Kalau tak mestilah Tun kata pilihlah PH sebab dalam PH ini pemimpinnya bijak-bijak, alim-alim, dan sebagainya.
5. Akhir kata, bagi saya Nazri Aziz ni macam Lalang, sekarang katanya all out nak naikkan Anwar pulak. Masalahnya, UMNO pun tak nak engkaulah. Bila kena tarik balik jawatan SUA BN, maksudnya orang dah tak sukalah tu. Apalah tak faham faham.
6. Sekian, TQ.
Datuk,
Ini cerita "those who we do not speak". Jika kita baca cerita sejarah, mereka akan yang menghancurkan diri mereka sendiri dengan tindakan2 mereka yang keterlaluan.
Saya masih tidak faham bagaimana mahkamah kita masih boleh "melayan" penangguhan demi penangguhan oleh Najib ? Cuba tegas sikit dan teruskan perbicaraan ! Naik meluat saya dengan kelemahan sistem mahkamah kita. Lembik !!!!
Kalau di negara lain rasanya ini semua tak berlaku. Lagi satu, kalau benar Najib tak bersalah kenapa perlu dilengah2kan perbicaraannya ? Najib takut apa kalau dah tak tau malu boss ?
ia lah Datuk jika asyik bantah bantah bila kes nak habis.. petikan filem anak bapak..
Sallam Dato'
Ada perpatah orang putih kata, "Not only justice to be done; it must also be seen to be done"
Maknanya, "bukan sahaja keadilan mesti dijalankan tetapi keadilan mesti ternampak dijalankan"
Saya suka buat bandingan dengan negara yang lain.
Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye telah didakwa pada bulan April 2017 sebanyak 18 tuduhan.
Perbicaraan memakan masa selama setahun. Hukuman dijatuhkan pada April 2018 dan dihukum penjara lebih 20 tahun.
Bekas PM Malaysia, DS Najib didakwa sebanyak 42 tuduhan, bermula pada bulan July 2018. Setakat ini, perbicaraan yang dijadualkan pada bulan February 2019 tertangguh.
Kita boleh katakan, keadilan dijalankan dan dapat dilihat dijalankan di Korea Selatan.
Saya rasa, kalau di Korea Selatan, tak timbul soal pasir di eksport secara haram kerana keadilan dan undang-undang berjalan dengan teguh.
Perjalanan kita masih terlalu jauh.
Post a Comment