Sunday, March 17, 2019

PH Kalau Nak Lama Memerintah Belajar Daripada PM


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Ikut cara PM: Luangkan masa untuk orang ramai
SEKIRANYA kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersungguh-sungguh tidak mahu menjadi kerajaan satu penggal maka anggota Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri dan timbalan menteri wajiblah segera melaksanakan nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Saya rasa adalah tidak adil dan sia-sia beliau mempertahankan mereka apabila dikritik atau ditanya oleh media massa kalau mereka sendiri tidak berusaha memperbaiki diri.

Seelok-eloknya mereka secara kolektif dan berkesan mempertahankan kerajaan bukan memaksa Perdana Menteri mempertahankan mereka.

Janganlah terlalu seronok, gembira, selesa dan mendabik dada apabila beliau memberi pelbagai alasan mempertahan dan melindungi mereka.

Menteri, timbalan Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri boleh membuktikan bahawa mereka bukan badut dan watak jenaka dengan laksanakan nasihat beliau.

Yang terbaru Dr Mahathir menasihatkan mereka belajar mengurus secara mikro (micro-manage) dengan turun sendiri ke padang untuk melawat dan memantau projek.

Hanya dengan melakukan lawatan mengejut tanpa diiringi oleh kakitangan yang ramai dan dikepung oleh pengawal keselamatan barulah mereka dapat melihat keadaan sebenar.

Inilah cara Dr Mahathir. Oleh sebab itulah kita sering melihat beliau memandu sendiri, khususnya pada hujung minggu, untuk melihat dan meninjau pelbagai tempat dan perkara yang menarik minat beliau atau yang memerlukan perhatian beliau.

Cerita beliau tiba-tiba muncul di tapak projek menyebabkan kakitangan awam,  eksekutif sektor swasta dan kontraktor sentiasa berjaga-jaga dan tidak curi tulang.

Inilah yang berlaku ketika pembinaan Menara Kembar Petronas, Putrajaya, KLIA dan banyak lagi projek utama.

Rungutan Rakyat

Antara sungutan dan rungutan yang sering kita dengar mengenai Menteri, timbalan Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri PH ialah mereka tidak cukup kerap turun padang melawat projek dan bertemu rakyat jelata.

Malah saya lihat dengan mata kepala saya sendiri betapa kekoknya sesetengah daripada mereka apabila bersama rakyat jelata. Ada yang seolah-olah mahu dipagari oleh pegawai dan pengawal supaya boleh mengelak daripada mendengar keluh kesah rakyat jelata.

Saya kata, kalau setakat hendak disambut, dikerumuni dan diraikan oleh pegawai dan pengawal supaya nampak cantik dalam berita televisyen, surat khabar dan media sosial, tak payahlah susah-susah habiskan duit kerajaan turun padang.

Tun Razak lawat luar bandar: Dr Mahathir belajar daripada beliau
Kalau turun padang, duduklah dan bermesralah dengan rakyat jelata – dengan tok penghulu dan tok penggawa, ketua kampung, tok iman, wakil peneroka, wakil nelayan dan wakil badan-badan bukan kerajaan.

Dalam era media sosial ini, gambar sangat penting. Kalau dulu gambar menceritakan seribu perkataan, dalam zaman media sosial ini sekeping gambar boleh menceritakan sejuta perkataan.

Mohon berhentikan segera amalan menampal gambar menteri dengan pegawai peribadi dan pegawai khas dengan pelbagai lakonan “free style” yang kebudak-badakan.

Orang ramai menyampah. Malah penyokong parti sendiri marah bila Menteri, timbalan Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri nampak lebih mengutamakan kakitangan peribadi daripada ahli parti, orang ramai dan kakitangan awam.

Khusus buat Setiausaha Akhbar kepada Menteri, timbalan Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri, terutama sekali yang tidak terlatih dalam bidang komunikasi dan kewartawanan, cubalah lebih mesra dengan media dan kalau tidak tahu belajarlah daripada yang tahu. Jangan jadi bodoh sombong.

Ingatlah kamu memainkan peranan penting menentukan sama ada bos kamu mendapat “good press” atau “bad press”, khususnya menjelang ulang tahun pertama pemerintahan PH pada 9 Mei nanti.

Perkhidmatan Awam

Kemudian nasihat Perdana Menteri supaya Menteri, timbalan Menteri, Menteri besar, Ketua Menteri dan semua orang politik serta kakitangan mereka agar belajar bekerjasama dengan anggota perkhidmatan awam.

Tawan hati mereka dan dapatkan keyakinan mereka. Ia akan memakan sedikit masa kerana sebelum ini mereka hanya kenal dan biasa dengan satu kerajaan sahaja iaitu BN.

Perdana Menteri tidak mahu Menteri, timbalan Menteri, Menteri besar dan Ketua Menteri menubuhkan apa yang beliau sifatkan sebagai “government within the government” atau kerajaan dalam kerajaan iaitu dengan membawa masuk  kawan-kawan sendiri dan ketepikan kakitangan.

Saya pula kata, kakitangan awam pun cubalah sesuaikan diri dan kerja dengan kerajaan baru demi kebaikan rakyat jelata. Kesetiaan kakitangan awam adalah kepada kerajaan yang memerintah - the government of the day.

Tetapi kalau ditakdirkan ada kakitangan awam yang ingkar, bersekongkol dengan anggota kerajaan lama atau membentuk pakatan mereka sendiri (cabal, cartel) dengan tujuan mensabotaj kerajaan atau membuat keuntungan peribadi maka tindakan paling tegas wajib dikenakan.

Kadang-kadang benda yang kecil dan remeh menyebabkan orang ramai marah kepada kerajaan. Misalnya Menteri ke hulu hilir diiringi “outrider” polis atau polis tentera dengan bunyi siren dan lampu amaran sedangkan orang ramai tersekat dan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.

Yang tak ada pengiring polis tu tak payahlah nyalakan lampu "strobe light" biru kamu. Menyakitkan hati orang rama saja! Lebih baik bersusah payah sikit daripada dimaki hamun oleh rakyat jelata.

Seelok-eloknya kerajaan PH ini hendaklah lebih egalitarian (sama rata) dan elak meniru sifat berkasta kerajaan dahulu. Tak payahlah bos sana bos sini. Bukankah panggilan YB lebih sedap?

Kurangkan protokol dan lebihkan bermesra dengan rakyat jelata seperti yang diamalkan oleh Perdana Menteri sendiri.

Wallahuaklam.

33 comments:

Yg bosan said...

DAKJ... org kedah gelag puak2 spt menteri2.ph ni Merak buih.. Jenih perasan depa mcm tahap dewa2. Salah tun m juga yg p lantik kebanyakkan menteri atas loyalti bukan capability. Apa nk heran. .Sijil pun tipu. Kjaan ph pun makin dilihat sbg kjann cakap tak serupa bikin. Rakyat dah muak. Tapi yg ramai menteri yg lembab kebanyakkannya dari parti tun juga. Kalu boleh bertahan satu penggal pun blh dikira satu keajaiban. Kalu PRU diadakan dlm masa terdekat, besar berkemungkinan rejim ph akan kembali menjadi pembangkang semula. Namun, mungkin peranan itu lah yg sesuai pada kebanyakkan menteri2.ph sekarang inim

RD. said...

Salam Dato AKJ.

Saya amat setuju saranan Dato kepada Para-Menteri Kabinet, MB dan lain Ahli-PolitiK PH.

Semakin hari, saya semakin menyampah tengok muka Ahli-Politik ditepian persimpangan-jalan dan lain-lain poster di media sosial.

Lebih meluat bila ada Menteri yang menangis di kaca-TV, mengenangkan keperitan-hidup Rakyat. Bagi saya, darpada menangis, lebih baik berikan separuh-gaji atau sebahagian harta-benda sendiri kepada Rakyat yang susah itu.

Mengenai penggunaan 'outrider' atau 'strobe light' oleh ahli-politik atau orang kenamaan; memang benar, saya amat menyampah, lebih-lebih lagi dalam keadaan terperangkap kesesakan jalanraya. Sudah pasti mereka akan menyemak dan memburukan lagi kesesakan trafik. Mungkin ada baiknya juga, 'kereta-terbang' dicipta untuk kegunaan orang-kenamaan sahaja.
Sekurang-kurangnya, jika tidak berupaya membantu, gaya-hidup atau routine-kerjaya mereka tidak menyemak dan menyusahkan lagi perjalanan hidup Rakyat.


"Cerita beliau tiba-tiba muncul di tapak projek menyebabkan kakitangan awam, eksekutif sektor swasta dan kontraktor sentiasa berjaga-jaga dan tidak curi tulang."

Bagi saya Dato... 'boss' yang suka dibodek dan dijunjung-melangit, tidak akan meniru cara Tun Dr.M meninjau sesuatu projek. Mereka lebih takut jika tidak dilayan sebagai 'orang-kenamaan' atau VVIP. Ego mereka lebih besar dari kepala.

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

TK ..cerita Tun M lawat kawasan ..tidak kira waktu dan cuaca sambil bawa buku kecik ..itu cerita lama Tok. Tapi tak ngapa mungkin generasi "Bossku" ada yang belum dengar lagi.

Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri PH ..nak turun padang, nak bawa cerita apa?.

Yang rakyat tunggu bukan cerita. Rakyat nak tunggu bila Tol nak dihapuskan ..bila nak kasi minyak RM1.50 ..AES apa dah jadi ..PTPTN apa dah jadi ..BRIM ..kes-kes ini sangat senang untuk difahami ..macam 1+1=2.

Sebab apa rakyat keluh-kesah ..sebab 1+1 masih belum ada jawapan ..dah 10 bulan rakyat bersabar. Pada rakyat janji tetap janji. Bak kekasih dijanji kawin sebelum dibuntingkan ..ni perut semakin membesar ..

Betul TK ..bak kata David Gates dalam lagu nye "if" .."if a picture paint a thousand words ..". Tapi rakyat dah tak nak dengar atau percaya lagi pada "words".

Rakyat hanya nak PH lunas janji. Saya pun sangat syok dengar janji PH sebelum PRU14 ..sehingga berjaya menarik hati saya untuk pertama kali ngundi dalam hidup ..undi PH (berwakilkan DAP) lagi.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم (assalāa mu 'alaikum; salaam ataih kalian).
1. Terima kasih akan nasihat dan tunjok ajag hang untok menteri2 baru dan yg seangkatan untuk :
a. Turun betemu rakyat, sikit sebanyak tiru cara PM, atau yg belajag sirah para sohabat, contohlah Umar al Khatab
keluag malam2 tinjau keadaan rakyat. Untuk Guan Eng (LGE) mohon belajag la tindak tanduk tokoh ni,
macam hang belajag pasai Umar Abdul Aziz. Bejumpa la dgn pengutip kotak tepakai, botoi2 plastik dan
tin2 7-up, jantan pompuan di tepi2 jalan, kad tong2 sampah dan di tepi2 longkang, jumpa la penoreh getah, nelayan2 dan
penumpang2 baih kilang, tanya sikit2, pagi ni dah sarapan...? Sebiji roti ban dgn segelaih ayag suam saja ka..?
Aku tak arap dah menteri anak Mendeleng (?) tu nak becakap hai rantaian pembekalan atau penawaran,
atau dlm basa gomen, ‘supply chains’ atau ‘supply side economics’.
Aku dengag kata Pak pada LGE pon ‘arif pasai ekonomi Islam.
b. Pasai dok pasang seren, hang pon ‘arif munkin ni turun dari tabi’at kepala2 agama, dolu2 depa naik kereta Rolls Royce,
paih tu turon kad orang2 besag BN, laa ni sesetengah kereta jenazah pon pakai seren...
Munkin ikut Pak Ali, paknya pd Cik Rohani “ ... seren...seren.... seren -ada -magna - tu...”
Maghap Kadiag, kalu bulih aku nak buat dua usui,
Satu, mintak buat sesi seumpama ‘brainstorming’ sebulan sekali ka, kehadiran di wajibkan, untuk selaraih (kordinasi) dan ‘jump start’ projek2...dasag2, menetapkan pendekatan atau saloran dlm komunikasi atau hubungan dgn media dll.
Dua, komunikasi, biag dlm basa melayu laa, bukan dlm basa melayu campog basa gomen, kalu nak cakap gomen cakap la basa
gomen yg betoi... menteri pelajaran aku paham, fasih basa melayu, basa Arab, dan spikin gomen, tapi kerap guna basa campog.
Aku perati timbalan dia dari kulai tu, lagi petah dan tankaih cakap melayu.

Balik pd LGE, sekali lagi pohon timbang bagi sabsidi sara hidop terutama pd kumpolan B40, sekorang korangnya seratuih ringgit sebulan.
Kira2 aku, katalah melibatkan 10,000,000 rakyat x RM 100 (sebulan) x 12 bulan = RM 12 bilion, atau satu bilion ringgit sebulan.
InsyaAllah bulih mampu punya, pikiag pulak dia punya keligatan atau kesan ‘multiplier’ pd ekonomi selurohnya...

Mintak maghap Kadiag no.
Aku

Manan Razali said...

Ish ish ish orang2 besar PH ni.. Bagaikan kaduk naik junjung diorang ni rupanya. Masa jadi pembangkang sebelum ini, terpekik terlolong hentam BN dan pujuk rakyat beri peluang kpd diorang ganti BN utk memerintah negara. Bila dah dpt kuasa skrg, tak reti buat kerja dan nak eksyen semacam pulak

Unreasonable delay? said...

Datuk,
the pollution at Sungai Kim Kim has been "cleared".
Earlier it was reported a suspect or suspects would be charged, a short while later the public was told more investigations needed.
Till today, no one has yet to be charged in court, company officials, directors, owners of the companies involved? Surely this cannot be. Lives of children and the people staying nearby the polluted river were put at risk.
Is there any special reason for the delay?
IGP Fuzi said PDRM are following up on leads.
So this begs the question, that the culprits have not been identified yet?

Don't play play said...

Datuk,
Malaysian Insight asked a gem of a question,
THE simple question is, why does Mujahid Yusof Rawa need to explain Malaysia’s Islamic model to anyone, especially controversial preacher Zakir Naik?

That was his explanation today after furore erupted over his meeting with the Indian preacher this past week, whom the de facto Islamic affairs minister has praised for his inspiring preaching.

Zakir Naik needs to be deported, and Mujahid who denies making a U-turn from his criticism of Zakir last year, must arrange for the deportation to show that he is sincere. Don't play play with the rakyat on this.

budak jawa said...

Aslm DAKJ,

Macamana lah rakyat tak meluat. Yang kerja di pejabat menteri pun lagak macam kerajaan ni dia yang punya. Polisi tak tau, sop tak tau, peraturan dan undang-undang tak tau, lantik kroni, bossy mengalahkan menteri. Nobody is above the law. Remember.

Sudah-sudahlah menyalahkan penjawat awam. Teraju kepimpinan di tangan anda. Andalah yang menentukan pegawai kerajaan yang setia dan layak duduk di tempat yang sepatutnya. Andalah yang menentukan pegawai kerajaan yang tidak setia dan tidak layak dikenalpasti dan di ambil tindakan sewajarnya jika terbukti berbuat durjana.

Apa guna bilangan menteri dan timbalan menteri yang tidak kurang ramainya berbanding dahulu. Jangan tak pandai menari, dikatakan lantai tidak rata.

Jangan perkhidmatan awam dikata besar saiznya, tetapi staff di pejabat menteri dilantik secara kontrak punyalah ramai bilangannya.

Yang pasti, kalau tak pandai, cepat-cepatlah belajar. Kalau tak mampu juga letaklah jawatan. Jangan berlagak macam menteri bn.

Wallahualam.

doncin cai said...

Semenyih tu dah jadi benchmark..
Batam tu, esok lusa boleh ziarah
Tok Mat Hassan tu... humble
yang berhajat boleh le ke Senaling

rakyat biasa said...

salam datuk..
sukar diramalkan perubahan sikap pemimpin kerajaan ph samada mereka ikhlas untuk memajukan negara dan rakyat. tambahan pula yang ramai bukan melayu dan tujuan mereka hanya untuk menang berkuasa dan mengaut keuntungan peribadi serata kroni selagi mana yang sempat.
mereka juga sedar kerajaan ph tidak akan bertahan lama, jadi tak perlu bersusah payah menyiksa diri menyelesaikan masalah rakyat..
maaf cakap..selayaknya kerajaan ph menjadi pembangkang saja dan itu amat sesuai dengan sikap ahli parlimen mereka.

zainal abidin awang kechik said...

Salam tok.
Awak menteri menteri bercalru,saya nak habaq kat tok, jika PTD.meyampah dengan MENTERI , KERAJAAN.
yang jadi mangsa rakyat,
Tok pernah berkata kata saya di sewaktu waktu dahalu,” Non bila bala turun kita semua kena”


ALLAH SEJAHTERAKAN TOK SEISI KELUARGA,
SALAM SAYA KEPADA DATIN TERCINTA,

Respond please? said...

Datuk,
maybe Tun Dr M is occupied by the current stupidity displayed by his cabinet, however he has to look deeply into the conversion of protected wetland from state land to sultanate land.
Tun Dr Mahathir Mohamad said he is not aware of the status of the land on which the Forest City Golf Resort in Johor is built on.

The Langkawi MP gave a short reply when asked to confirm that the land was converted into sultanate land despite it being a protected wetland.

“I know nothing. Talk about the car,” Dr Mahathir told reporters when interviewed at the Sepang International Circuit here, referring to his third national car project.

Last month, Water, Land and Natural Resource Minister Xavier Jeyakumar had told reporters that the prime minister is aware of the situation about the land status.

Free Malaysia Today (FMT) quoted Xavier saying Dr Mahathir had also asked members of his administration to look into the matter.

Tun should let us have the details whether the above is correct and what Putrajaya will do or in the process of doing to revert the conversion back to state land.

dt rahman pekan said...

Saranan dan pandangan Dato d sokong sepenuh nya.

Tun Mahathir bolih saya sifatkan sebagai anugerah AllahSWT kpd negara tercinta ini.

Namun pd pendpt saya, pewaris yg menyerupai/menyaingi ketokohan nya masih tidak terlihat d kalangan pemimpin2 negara setakat ini. Sebalik nya , seorang pemimpin negara jiran (indonesia), sudah pun layak d nobat sebagai pengganti yg sohih. Bapak Presiden Jokowi bukan sahaja mempunyai ciri2 serta pemikiran strategik, malahan dia 'bersih,pintar cekap'. Dlm masa 4thn memimipin Indonesia, dia tlh berjaya mengatasi prestasi Habibie,Gus Dur, Ibu Mega,n SBY.

Kecenderungan nya utk 'blusukan' n membangun negara dari desa (melalui dana desa = rp178 trillion) akan memastikan layanan kpd warga d dasarkan kpd konsep kesamarataan.

Malaysia perlu mempertimbangkan strategi 'rural led economic growth' saperti mana yg sdg d pelopori olih kerajaan Pres Jokowi.

Tun M, dgn kudrat yg semakin menurun, masih bersemangat utk berkerja,berkerja n berkerja demi negara yg tercinta. Tapi amat sayang sekali, parti yg d pimpin nya (parti saya) seolah olah sudah menjadi 'sarang'(den) utk 'liars, con men, n opportunists'.

Saya masih tergamam n bingung bila mendengar SUA (yg sudah kehilangan credibility), d lantik utk mengetuai PPBM Perlis.

Tidak ada strategi yg mantap utk 'revitalise' perkhidmatan awam. Sedih saya nyatakan bahawa KSN sekarang tak mampu memain peranan sebagai 'reformer' n lebih selesa dgn suasana 'business as usual'.

Dgn 34thn pengalaman dlm central agencies, operating ministries n a stint as a diplomat, saya tlh cuba memberi berberapa cadangan membina. Tapi malang nya suara saya terlalu kerdil utk d ambil perhatian.

Saya sudah banyak kali merayu agar kerajaan PH(PPBM) muhasabah diri n memgambil 'corrective action'.

Indonesia d bawah kepimpinan Bapak Jokowi sdg menuju k era kecermelangan (golden era). Tapi sedih nya malaysia yg masih tiada bakal pengganti Tun M yg bolih menandingi n meneruskan gaya kepimpinan nya akan terpaksa melalui era yg tak menentu.

Maaf jika saya berasa pessimistic. Well, truth hurts.

QUO VADIS MALAYSIA ?



From Kelate to Edinburgh said...

Assalammualaikum Pak,
Sangat benar teguran Bapak pada YB-YB baru PRU 2018. Tidak lama selepas memegang jawatan terserlah segala kekekokkan dan ketidakfahaman YB-YB sekelian pada masalah sebenar rakyat. Terburailah rahsia yang selama ini kritikan demi kritikan yg YB-YB lontarkan pada mantan kerajaan merupakan hasil “outsource” dan bukan kerana YB-YB sendiri merasa denyut nadi keperitan rakyat jelata. Persoalan paling utama sekarang ialah bagaimana mahu memastikan YB-YB sekelian mendengar dan memahami nasihat PM dan sekaligus mematuhinya? Soalan buat Bapak Abdul Kadir, wujudkah cara atau mekanisme tertentu dalam kerajaan sekarang yang memantau samada “YB-YB UBI” ini mendapat maklumat bahawa merekalah yang sedang ditegur oleh PM?

Pengundi pekan said...

Islam is a way of life. Lebih elok jika PH berpegang kepada AlQuran, sunnah nabi Muhamad SAW dan hadis.

Uslam telah bertahan lebih dari 1400 tahun.

Empayar uthmaniah yg awalnya di hormati akhirnya kecundang setelah tersasar dari berpegang kepada addin.

wansee c said...

It is practically a waste of time telling them to emulate Tun's dedication for work and take heed of his advice while they are all geared up to only adhere to their own party heads. To them, their party heads are far more superior than anyone else in the coalition, including the PM. That is where Tun usually has been given cold shoulder. The people are all ears and eyes. It is sad to say that the PH current situation is pessimistically forlorn unless Tun gets his veto power back and a new amiably capable cabinet lineup. It is absolutely time to reshuffle and start anew before it continues to further plummet to its calamity. Or perhaps, PH is, in fact, just a flash in the pan.

Samseng said...

Datuk,
the "samseng" Noh Omar was at it again this morning when he entered the Dewan Rakyat this morning, about two hours after he had been suspended, resulting in chaos.

Deputy speaker Nga Kor Ming had suspended him from the lower house for three days earlier this morning for insulting the institution of the speaker but when Noh entered again, another deputy speaker, Abdul Rashid Hasnon, was presiding.

Let's hope for his wilful intransigience and refusal to obey and respect the Dewan Rakyat and standing orders, that the Dep speaker Nga Kor Ming will extend the length of his suspension from 3 days to 6 months.

Noh Omar has brought shame to Malaysia when he deliberately asked the visiting Singapore speaker for "assistance". Too much, Noh Omar does not deserve to be in the Dewan Rakyat. He should head over to the House in Singapore where he thinks he will be welcome.



Sooner than later said...

Datuk,
steady and surely PH govt will carry out most of its manifestos.

To a question by Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) on the government’s commitment to abolish the Sedition Act 1948, and to instruct the police to halt all investigations under the Act, Liew said such an order had already been issued.

“The government has already issued an order to the police to not use the Sedition Act against those involved.

“It is still a work in progress. A final decision will be made soon,” he added.

I applaud Tun Dr Mahathir Mohamad and the issues he spoke on at the Invest Malaysia 2019 Capital Market Form here. He has vowed to improve the standard of national schools, saying bigger reforms are on the way pending the review of the special task force which is expected to complete its findings next month.

In a speech at the Invest Malaysia 2019: Capital Market Forum here, the prime minister said these include reforms in the use of the English language, the quality of teachers and the employability of graduates.

He said key steps had been taken towards this over the last 10 months.

Besides this, he also spoke on other matters and this is one great way to let the rakyat know what the PH govt is all about and the improvements, measures etc. it is taking for the rakyat who has given their support to PH.
And get his cabinet to speak on the same page, without hem trying to be wannabe "heroes" who get mud thrown at their faces.

let's make it happen soon.

Who's the boss? said...

Datuk,
First, toilet break without permission, unprecedented.
Then, sleeping during his hearing.
Is this person/maluku Bosku telling the judge and court who's the BOSS?



True colours said...

Datuk
Mujahid Yusof Rawa, the minister in charge of religious affairs, has metaphorically crucified himself at the foot of this controversial person Zakar Naik.

It’s a sad day for Malaysia when Mujahid, someone we were all hoping would help moderate the trend towards religious extremism in our nation, seems to be highly inspired by Zakar Naik.

This Zakar Naik was totally convinced that Umno would win re-election, and his infamous speech argued that it is better for Muslims to support a corrupt Muslim regime than an honest one that includes non-Muslims.

As soon as Umno lost power, Naik rushed over to kiss Dr Mahathir Mohamad’s hand and ingratiate himself with the new government.

How could Mujahid make a complete U-turn ?

As reported in the news, this infamous Salafist preacher Zakir Naik, a fugitive is wanted abroad for terrorism-related and money laundering offences and who remains blacklisted by several countries.

Mujahid shocked the rakyat by recently meeting with Zakar Naik and declaring Naik, who he once criticised for demeaning other faiths, as “an inspiration”.

After receiving so much fallout, Mujahid has since tried to justify his meeting as an attempt to educate Naik about the country’s Islamic administration. Whoa there, doesn't this sound like an idiotic explanation, and does Mujahid seem to think the rakyat are fools waiting to be conned?

Will the real Mujahid stand up, show your true colours.

Good work ! said...

Datuk,
Good to read this:
The section of Sungai Kim Kim where toxic waste was illegally dumped has been cleaned up and is now safe, Energy, Science, Technology, Environment and Climate Change Minister Yeo Bee Yin said today.

She said the authorities will, however, continue to monitor the situation at the site for the next 15 days.

“In fact, the entire 1.5km stretch of Sungai Kim Kim that was contaminated before this has been declared safe.

“The cleaning work by the contractors that started on March 13 and ended on March 17 saw a total of 900 tonnes of contaminated substance and 1,500 metric tonnes of contaminated water cleared,” Yeo told a press conference at Sungai Kim Kim’s main pollution site in Taman Pasir Puteh here.

Not an easy job, but it had to be done and thanks to everyone who pitched in.

Now PDRM must get the culprits and give them heavy jail sentences. Lives were at risk, imagine if the schoolkids who were affected died from this contamination.

Tun, dont waste our money said...

Datuk,

In the Star today, MCA has expressed bewilderment at the federal government’s decision to spend RM1.6bil to set up an international airport in Kulim, Kedah.

Party president Datuk Seri Dr Wee Ka Siong described the decision as “a classic case of political consideration over economic principles".

He said the distance between the Penang International Airport and Kulim was a mere 46km apart, adding that the travelling time was only about an hour.

“We are told that the government has no money but yet it is prepared to spend RM1.6bil to build an international airport in Kulim. It is set to be a white elephant because most international flights will fly to Penang and not Kulim.

“The traffic volume does not justify the setting-up of this airport,” he said.

Dr Wee said the Penang international airport was literally “bursting out of its seams” but the federal government has chosen to ignore the appeal by the state government.

He said despite the stand taken by Penang Chief Minister Chow Kon Yeoh, it “appears that the PM prefers to listen to his son, the MB".

Fully support the above statement, the rakyat will not go for it.
Penang needs the existing Penang international airport to be expanded.
Certainly not minnow Kedah, and if the Fed Govt goes ahead with its plans, be sure the PH govt will lose its support. Don't waste our time and the precious money, Tun !

Finance Minister said...

Salam Dato.

I am puzzled with today’s Malay Mail news headline, Guan Eng: “Malaysia will return as Asian tiger in three years”!

Could someone please enlighten me on the above? As far as I know many years back countries like Singapore, Hong Kong, South Korea and Taiwan were the Asian tigers. Today these countries’ have moved very far ahead of Malaysia. For example, the GDP per Capita of Singapore was USD55,235 in 2017 and is rising further in 2018. Hong Kong recorded USD46,193 of GDP per Capita. Whereas the GDP per Capita of South Korea and Taiwan were USD26,152 and USD24,318 respectively in the same period. At the same time, the GDP per Capita of Malaysia was USD9,945.

All the five countries mentioned above continue to grow in 2018 and 2019. Using the past base figures as a guide, Malaysia will continue to lag behind for ten to twenty years because we are chasing moving targets. Many of these countries have better technological foundation and highly educated workforce.

Did Lim Guan Eng trying to score some political point by exaggerating the growth prospect of Malaysia and unnecessarily giving the people the unrealistic optimism? Another PH “promise” which cannot be fulfilled as people could feel their lives are not getting any better these days!

Pemerhati Setia said...

Salam dakj.

Sepatutnya pemimpin PH banyakkan menonton program tv 'Undercover Boss' yang begitu bermanfaat dalam senario semasa.

malaysia dilanggar todak said...

Next PRU new coalition will emerge.Rakyat will support the one that has Mahathir in it.Anwar as usual will never win.

Quiet NgSuee Lim said...

Datuk,
looks like Ng Suee Lim wants his name in the press too.
tak ada pasal, nak cari pasal.
It was not a personal attack nor an attack against women, says Selangor State Assembly Speaker Ng Suee Lim on the dress code issue involving Bukit Lanjan PKR assemblyman Elizabeth Wong.

Ng said his warning was merely an attempt to bring order and discipline to the House as opposed to an attempt at telling women representatives what to wear.

"Let us not twist the situation to make it sound like gender bias. It is about the discipline of our assemblymen – regardless of gender," he added.

Why warning, was there disorder and indiscipline in the house? The only criteria should be respectfully and decently dressed.
It is not up to Ng to dictate the colour of the clothes. Don't waste the public's time and the assemblymen's time.
So, keep quiet Ng and do your job properly.

Eye for an eye said...

Datuk,
this person that some quarters are trying to save took a life.
The government is trying to save a Malaysian from being sent to the gallows in Singapore because some Malaysians view the death sentence as too harsh a punishment, says the Prime Minister.

"Yes, we're trying to save his life as we know that people view death sentence as too harsh. We hope that other countries will take the same stand.

An eye for an eye, he took someone else's life, so take his life now.

Malaysians unhappy said...

Datuk,
and so it goes round and round and on and on .............
Najib Razak’s case over RM42 million funds belonging to former 1MDB unit SRC International Sdn Bhd was postponed again today.

Justice Datuk Zabariah Mohd Yusof, who chaired the Court of Appeal’s three-man panel, allowed Najib’s request for a temporary stay of proceedings.

“This is our decision, we will grant the stay pending the appeal to the Federal Court,” she said.

Earlier, the Court of Appeal unanimously dismissed three of four appeals filed by Najib in relation to the case.

In a separate news article, we read that Malaysia dropped by nearly 50 points to rank 80 as the happiest country in the world.
Malaysians are very unhappy it would seem and why is that?

Anees Khan said...

Assalamualaikum DAKJ,

sy dah beberapa kali maksudkan peri pentingnya 'micro management' untuk kepentingan rakyat. 'Micro management' ini sgt penting untuk kehidupan lestari masyarakat. Rakyat Malaysia, terutamanya yang beragama Islam sudah sgt teruk sakitnya, tahap akhlak kita sudah merudum jauh ke bawah, tengok sj betapa tahap akhlak ahli Politik kita, betapa teruknya. Kes seperti ambik duit untuk tutup isu IMDB oleh ahli politik, sudahla terang ambik, buat helah macam-macam, takdak rasa malu sikitpun. boleh buat 'Solat Hajat' seluruh pelusuk negara kononnya difitnah. Depa lupa bahawasanya Allah SWT tu maha Mengetahui, lagi buat solat hajat lagilah terang Dia tunjuk, cuma orang yang diberi petunjuk insyaAllah akan nampak.

Saya ingat lagi dulu ada sorang pemimpin berbangsa Cina yang ada video 'sex scandal', dengan secara 'gentleman' dia mengaku, letak jawatan dan kemudiannya bertanding semula untuk jawatan politik. Berapa ramai pemimpin politik Islam yang sudah kena 'tangkap' dengan skandal seks tapi dengan selamba kata fitnah, siap pengikut depa boleh ikut membabi buta lagi.

Mungkin Dato' kurang peka tentang betapa teruknya akhlak kita, atau Dato sendiri sudah hilang keyakinan kepada kerja-kerja pemulihan. Saya sendiri secara peribadi ragu-ragu dengan kerajaan PH ni, banyak isu2 yang tak di ambik apa-apa tindakan. contohnya kes Pembantu Khas Menteri yang simpan 14 peti besi isi duit, senyap saja. Kes duit dalam pejabat Lembaga Air Sabah yang bertimbun2, pun senyap saja. apa lagi kalau kes kecik2, senyap sampai bila2...kata nak 'enforce rule of law'.

Balik kepada 'micro management tadi', banyak isu2 yang perlukan perhatian serius seperti kes sekolah tahfiz, sekolah anak2 yatim macam di Sungai Petani tu dan macam2 isu yang mememerlukan penyelesaian secara sistemtik, walaupun ianya dalam bidang kuasa kerajaan negeri kerana perkara ini berlaku di seluruh negara.

Kalau keadaan berterusasn macam ni, saya yakin memang PH ni sepenggal sajala, ataupun mungkin kurang lagi daripada tu...Cakap berderau-derau tapi macam tin kosong.

Again and again said...

Datuk,
Deputy public prosecutor Manoj Kurup told the High Court today that the prosecution has filed an appeal against the Court of Appeal's decision yesterday regarding Sulaiman, and will be filing a certificate of urgency together with the appeal for the stay in Federal Court, asking the Federal Court to facilitate the hearing of all four appeals.

"We hope to come back next Friday (March 29) to inform the court of the possible outcome in regard with the trial date.

"The Court of Appeal also indicated that the full written grounds should be ready by next week. We hope the Federal Court can hear all the appeals in April," he added.

However, lawyer Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah requested the High Court to fix a mention date on April 3 while waiting for the Federal Court's instruction.

He said the Court of Appeal might need more time to prepare the full grounds of judgment and he will be away on March 29.

Shafee said he prefers to attend the proceedings by himself rather than send other counsel to the court.

High Court Judge Mohd Nazlan Mohd Ghazali then fixed a mention date on April 3 pending the Federal Court's instruction.

Since when is Shafee authorised to speak on behalf of the Court of Appeal?

Since when also is the court obliged to entertain Shafee's request to make time for him to attend the proceedings? What if Shafee gets bitten by his dog again or some other excuse?

Again Shafee has brought unwelcome attention on the judiciary, making a mockery of the courts and honorable judges.

Every day the court cases are delayed, is a day lost to justice !

Jon said...

Pada saya lah dato, PH punye mnteri semuany KARUT..

tengok kes LGE dtanya dalm PARLIMEN tntang GST..habis satu MALAYA di "pusing"nya LGE. belit sana,belit sini tapi NO ANSWER..

SI mujahid plak tentang nak pegi HJ..jwpnnya senang je..xd DUIT xpyah pegi HJ..only yang MAMPU shja..habis segala KITAB di keluarkannya..

Aiii..PENING arrrrr MENTERI gni dato..KASI "goreng" semua senang.

OKJ said...

Salam Dato Kadir

Sorry lama tak tulis. Busy sikit, ada beberapa projek nak diuruskan serentak. Sampai terngiang-ngiang masa tidur. Tapi, lagi busy lagi bagus sebenarnya. Hehehe……

Berbalik kpd cerita Dato’ kali ini, macam biasalah, saya rasa Dato’ tersilap lagi. Tun Mahathir boleh bertahan dulu sebab semua orang UMNO sokong dia bermati-matian. Tun krisis dgn Sultan Johor, orang UMNO tetap sokong. Anwar kena tendang keluar dari UMNO pun, orang masih sokong Tun Mahathir.

Sekarang, Tun Mahathir disuruh berhenti pun, tiada sesiapa dlm BERSATU berani angkat muka. Bukan orang UMNO atau PAS yg suruh berhenti, tapi sekutu Dato’ jugak. DAP dan PKR. Terpaksalah UMNO dan PAS sokong utk tentang habis-habisan jika ada undi tak percaya terhadap Tun atas dasar sesama Islam. Nampak tak Dato’. Habis tu macam mana Dato’ bagi contoh kata cara kerja Tun tulah yg membolehkan beliau bertahan lama. Dulu lain, sekarang lain la. Dato’ masih lagi di alam fantasi ni, teringat zaman dulu-dulu.

Akhir kata, saya stop dulu. Nak siapkan “work schedule” utk esok. Macamtulah Dato’, kerja sendiri. Kita boss dan kita jugalah kuli batak. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sekian TQ.

org joho said...

Datuk,

Heard through the grapevine that our dear MB has an open invitation to tee-off at Forest City Golf Club, and has been known to accept that invitation a few times, although thankfully on weekends or public holidays, not during work hours. Have anyone here visited said club? One has to drive through about 2 or 3km (unsure of actual length) of cleared mangroves area to get to the clubhouse. It was such a disheartening scene. Maybe someone can ask the previous pengarah PTGNJ (the current SS) about the issue. Even parts of the Johor Golf & Country Club (near Larkin) are now being developed as premium housing areas. Do we need more of that in JB? How many Msians can afford to buy? Not much can be said as the developer is connected to you-know-who.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).