A Kadir Jasin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
MUKHADIMAH: Pandangan
yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis
dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan
apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Pakatan nasionalisme dan agama |
UMNO dan Pas sudah pun bersekedudukan
dan telah menghasilkan dua “cahaya mata” iaitu Parlimen Cameron Highlands di
Pahang dan Dewan Undangan Negeri Semenyih di Selangor.
Jadi tidak mengejutkan kalau
MCA dan MIC mengambil keputusan untuk keluar pintu belakang dengan tujuan mencari
pasangan baru.
[Komen
"Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Sama ada Umno dan Pas berkahwin
secara sah atau sekadar bersekedudukan, MCA dan MIC tidak ada tempat lagi di dalam
rumah bernama Barisan Nasional (BN) itu.
Malah nama BN tidak
sesuai lagi digunakan oleh Umno dan Pas kerana gabungan mereka bukan berasakan kepelbagaian
bangsa dan agama tetapi berupa kesepakatan di antara Melayu nasionalis dan Melayu
agama.
Gabungan mereka lebih
merupakan parti perkauman agama. Umno parti perkauman kerana ia mewakili hanya
orang Melayu dan Pas pula parti yang berasaskan Islam.
Soalnya, apakah maslahat
(muslihat) yang akan mereka guna untuk menghalalkan gabungan mereka dan
menyamak najis yang mereka campakkan ke arah satu sama lain selama ini?
Pas pernah menuduh Umno assabiyah
dan Abdul Hadi sendiri mengeluarkan amanat yang mengatakan, lebih kurang, bahawa darah orang Umno sah
ditumpahkan dan orang Pas yang terbunuh melawan Umno adalah syahid.
Kelebihan Abdul Hadi berbanding
pemimpin Pas sebelum beliau adalah kesediaan menggunakan apa saja maslahat demi
menghalalkan tindak-tanduknya. Dia banyak maslahat dan banyak akal.
Umno pula memerlukan
suntikan keagamaan dan cap Islam setelah tenggelam dalam kekayaan dunia dan
hanyut dalam arus kehidupan hedonis untuk sekian lama.
Pada zaman bekas Perdana
Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan
Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, Umno telah membina jambatan yang
menghubungkannya dengan Pas atas dasar “cash is king”.
Ia telah “mengkorupsikan”
pemimpin tertentu PAS dengan memperkenalkan mereka kepada gaya hidup mewah melalui
sogokan yang dikatakan bernilai hingga RM90 juta.
Pekung Makin Gatal
Hal itu terbongkar dan
menjadi sahih apabila Pas dan para sahabatnya baru-baru ini membayar RM1.4 juta
kepada Ketua Pengarang Sarawak Report, Claire Brown, supaya menggugurkan kes
saman malu di mahkamah sivil London.
Kesenangan dunia yang
ditawarkan oleh Umno itu akhirnya memerangkap Pas. Pas sedang hilang akal - lebih
kurang macam orang yang seleweng agama akhirnya jadi gila isim - gila dan insane.
Dua kali gila.
Pas yang lantang
meneriakkan slogan Darul Islam dan Hudud tetapi pergi ke negara kafir untuk
menggunakan undang-undang kafir bagi menutup pekung di dadanya.
Kesudahannya pekung
makin terdedah dan berjuta duit ahli habis dibelanjakan untuk saman Sarawak Report.
Bila Sawarak Report lawan balik, Pas upah Claire Brown supaya selesai luar
mahkamah.
Soalnya bolehkah orang Melayu/Islam
mempercayai dua buah parti - yang sebuah memperalatkan bangsa Melayu dan sebuah
lagi memperalatkan agama Islam - untuk membela mereka?
Setelah kalah pilihan raya
umum 9 Mei lalu dan diceraikan oleh parti-parti sekutu BN, Umno hilang keyakinan
dan dalam kesunyian.
Mencari pasangan baru
bukan mudah apabila ahlinya sendiri keluar parti dan banyak pemimpinnya
dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah.
Tiba-tiba, macam orang Utara kata,
dok tak dok mai Pas. Pas tidak macam Umno. Menikah cerai perkara biasa dalam amalan
politiknya.
Kalau janda, kita bolehlah
sifatkan Pas sebagai seorang janda yang
banyak pengalaman bernikah cerai dan boleh memadu cinta berahi dengan sesiapa
saja.
Pas asalnya dari Umno.
Kemudian keluar Umno. Antara 1974 dan 1977 menikah balik dengan Umno dan
duduk di dalam rumah besar BN. Kemudian pada tahun 1977 kena cerai apabila Perdana
Menteri masa itu, Almarhum Tun Hussein Onn menuduhnya curang.
Lepas itu Pas bernikah cerai
dengan macam-macam parti termasuklah dengan parti yang paling dibencinya
sekarang, iaitu DAP.
Jadi ada jugalah baiknya
kalau Umno mengahwini atau bersekedudukan dengan Pas. Setidak-tidaknya bolehlah
ia merasai kenikmatan berdua-duaan dengan sebuah parti yang sangat banyak pengalaman
dalam hal nikah cerai politik.
Dan adalah menjadi
kesilapan besar bagi Pakatan Harapan (PH) jika ia memandang ringan perkongsian
Umno-Pas ini apatah lagi pada ketika semakin ramai rakyat jelata yang mengundinya
9 Mei lalu tidak puas hati dengan prestasinya.
Cameron Highlands dan
Semenyih sudah lebih daripada cukup untuk memberi amaran “defcon” tahap paling
tinggi kepada para pemimpin PH.
Wallahuaklam.
32 comments:
Parti Bersatu lagi hancing dari PAS-UMNO.
UMNO & PAS berhak untuk "bersekedudukan" mengikut kacamata Tuan punya blog.Anak anak UMNO & PAS pun majoriti nya suka,sepertimana juak-juak Tun M suka bila dia jilat balik Lim Kit Siang & Anwar .
Jose morinho pernah menggelarkan arsene wenger specialist in failure. Pas ni pada saya ialah specialist in opposition. Pas akan terus menjadi pembangkang utk 60 tahun lagi dan siapa yg bersama2 dng pas juga akan menjadi pembangkang.
Sebenarnya saya memandang positif perkahwinan pas umno ni. Ia mengurangkan perpecahan melayu islam dan menguatkan lagi pembangkang. Kedua2nya baik untuk negara.
Cuma saya rasa amat sukar utk kedua2 parti ni nak betul2 berkerjasama. Pada saya ia lebeh mencabar dari menyatukan parti2 dlm PH. Antara sebab2nya
1. Kedua2nya sasarkan pengundi yg sama. Pembahagian kerusi2 parlimen dan dun amat sukar utk diselesaikan. Misalnya kelantan. Pas ada 37, umno ada 8. Adakah pas bersedia nak lepaskan kerusi2 yg mereka menang kepada umno? Kalau tak, apa masadepan umno kelantan?
2. Siapa yg akan jadi pemimpin tertinggi. Tak ada seorang tokoh pun yg boleh diterima kedua pihak.
3. Logo bersama. Adakah pas bersedia lepaskan bulan?
4. Pas ni ada satu perangai yg amat buruk. Orang lain mesti ikut telunjuk dia. Dia mesti dapat lebeh dari rakan kongsi. Kalau tak dia akan cari orang lain utk diperkuda.
Hairan sungguh. . bila melayu islam cuba bersatu, macam2 usaha dilakukan untuk menggagalkannya. Bila cina dap melaungan ini kali lah.. Bkn main sokong sesetengah melayu PH. .namun mereka x sedar, sedikit demi sedikit puak2 dap cuba melemahkan perpaduan umat islam. Mereka berasa angkuh dgn kuasa yg mereka baru merasa. Segala bentuk penghinaan terhadap islam. Melayu dan raja di biarkan tanpa tindakan tegas oleh pihak berkuasa. Bila penyokong dap tegar menghina nabi mohammmad saw, setelah beratus2 laporan polis d lakukan baru lah tindakan menangkapb di lakukan. Tapi satu laporan saja oleh syrd sadiq dgn cepat polis menangkap papagomo. YM sultan selangor pun dah mula bersuara ttg kebiadapan penyokong dap menghina nabi muhannad saw. Ini semua merupakan satu tamparan untuk kerajaan PH yg ternyata sgt lemah menjaga kebajikan umat melayu islam. Mana suara menteri2 melayu islam PH? Bila ronnie liu beri amaran supaya ph jgn mau njadi lebih melayu dari melayu.. Mana suara pemimpin melayu PH untuk menyanggah si ronnie liu ni? Semua diam membisu mcm tertelan kapor.
Jadi salahkan kalau rakyat mempunyai persepsi bahawa ph ini mmg betul dikuasai oleh dap? Berkenaan dgn mca dan mic, Sesungguhnya lebih baik bagi mca dgn mic tutup saja parti mereka. Tak ada ssesiapa pun peduli dgn parti2 nyamuk ini. Kerusi yg di menangi baru2 ini pun atas ihsan org melayu. Pada umat melayu islam.. Kepada umat melayu islam.. bersatu lah..jgnlah malu untuk kita bersatu demi agama, bangsa dan agama. Tak perlu untuk kita sertai mana2 parti. Cuma beri sokongan pada parti yg menjaga kebajikan umat bukan parti yg hanya pandai berjanji tapi x pernah mengkotakan janji malah bacul bila bangsa dan agama dihina oleh puak2 dap.
xde apa pun nk di herankan suasana politik m'sia ni...sbb ianya lebih jaga kepentingan diri masing masing terutama sape yg dpt kuasa....ini yg berlaku puluhan tahun...
andai ditakdirkan pas-umno menang pru15 ...samada mereka merebut dan membahagikan harta ghanimah atau mereka berbalah...sebab kuasa dan duit....selagi majoriti org melayu malas nk berfikir dan guna akal sndri...selagi tu lah org melayu berpolitik secara taksub dan emosi...agama dan kaum menjadi modal...
Point on!
Salam DAKJ,
sedikit pendapat peribadi, semoga tidak menyinggung hati mana2 pihak...
Apa mungkin nanti di Padang Mahsyar kita boleh memberikan berbagai alasan kepada Allah SWT dalam menutup segala kejahatan kita, termasuklah menfitnah kepada orang lain.
Langkah yang sedang dibuat oleh parti politik ini sangat membimbangkan, seolah-olah menipu dan mengambil wang rasuah bagi tujuan menutup kejahatan orang lain adalah sebahagian daripada apa yang dibenarkan oleh syarak. Sifat malu pemimpin Islam seolah-olah telah mendahului iman mereka dalam hal duit tanpa sedikitpun rasa malu dan kesal. Pemimpin yang mencuri, rumahnya dijumpai dengan jutaan RM disanjung lagi...
apa yang tak kena dengan masyarakat ini?
Kita semua sedar tentang kesusahan kerajaan dalam memulihkan keadaan, termasuk kekurangan yang ada, pemimpin yang baru banyak yang mengalami kejutan budaya tapi sebaiknya kita bersepakat memberi mereka ruang dan peluang dan jika ada yang kurang, kita menegur dengan seikhlasnya.
DAKJ,
selain dari itu, proses perubahan yang berlaku terlalu perlahan malah tidak dirasai dalam kes-kes tertentu. Pemimpin baru ini banyak melihat kepada isu-isu makro tanpa memberikan perhatian kepada isu-isu mikro yang dihadapi oleh masyarakat seharian.
contohnya, pada hari ini, seorang wanita diganggu oleh sekumpulan ceti haram di atas hutang yang dibuat oleh bekas isterinya. perkara ini sepatutnya diuruskan oleh pihak Polis tapi sekali lagi pihak Polis buat tidak peduli padahal mereka digajikan dari wang rakyat untuk kuatkuasakan undang2 supaya masyarakat dapat hidup dengan tenteram, aman damai dan harmoni. begitu jugak dalam kes2 lain. SPRM pula sekarang ini nampak macam badut sarkas, kes 90J tu simple sangat sepatutnya tapi kena sergah baru nak buat kerja, itupun satu kerja yang dibuat, macam ayam berteloq riuh sekampung tapi hasilnya cuma sebiji teloq.
Bukan tujuan nak sergah penjawat2 awam tapi sudah sampai masa semua orang harus bertanggung jawab ke atas apa yang dipertanggung jawabkan ke atas mereka dan sifat ini harus diberikan perhatian yang sewajarnya dalam kerajaan baru ini.
Datuk,
as a keen observor of the by elections, there is a simple answer as to why PH lost Seminyeh to UMNO.
Not because of the "Malu akuBos" star, his pulling power is fading as the court cases draw nearer
Not because of PAS teamed up with UMNO, revelation that PAS and Hadi did pay SR/Claire should have come earlier
Not because MCA and MIC sat out, and by the way they should leave BN now before being pecat or sacked from the coalition
Not because the PH didnt get their election machinery off to a good start, although this could have helped
All because Aiman lacked the flair and showmanship with the ground roots. His naivety and "greenness" was not polished in time, he lacked pulling power, his speeches lacked content and fire and something which would have attracted the constituents. Did he do a disappearing act sometimes?
So PH must carefully choose its candidates for by elections. Go to the ground, what do the constituents want of the candidate?
Does Stearam have the proper star credentials? His time ran out when the then EC officer barred him, otherwise he would have won with the tide.
Now it's a different time and different case.
Salam Dato’
Kenapa kasar sangat artikel Dato’ hari ini? Dato’ cakap mencarut kenapa ni???? ‘Janda gatal’, ‘bergedik-gedik’ ‘berzina’, ‘anak haram’. Astagfirullah. Tak baik Dato’. Bawalah mengucap. Jangan macam tu Dato’. Dato’ juga ajar dulu yg dalam politik ni, tiada kawan sejati dan tiada musuh abadi. Saya tahu Dato’ marah sebab 2 kali kalah berturut-turut, tapi adatlah kalah menang semasa bertanding.
Berbalik kpd MCA dan MIC ni. Bagi sayalah, merekani dahlah melukut di tepi gantang berpuluh puluh tahun atas ihsan UMNO tapi masih tak sedar diri. Mereka juga tahu kedua-duanya akan padamlah jika keluar BN sama macam parti di Sabah dulu. Tapi mereka tak akan keluar BN punya. Sebabnya apa ????? Sebabnya mereka percaya BN akan memang kembali apabila UMNO dan PAS bergabung dan orang Cina dan India perlukan suara mereka di dlm kerajaan BN nanti pada masa tersebut seperti dulu-dulu. Percayalah Dato’.
Sebabnya, ahli MCA dan ahli DAP adalah orang yg sama je. Ahli MIC dan ahli PKR juga orang yg sama je. Takkan ini pun Dato’ tak perasan ????? Apala Dato’ ni. Come on Dato’. Mereka cuma nak gunakan Tun Mahathir utk menjatuhkan kerajaan BN. Macam Tun kata, kebanyakan orang Melayu terpaksa memilih antara intan dan permata pada PRU14 dulu bukannya tak tahu agenda DAP ni tetapi sebab Najib terlalu jahat masatu. Sekarang, bila kita dah jatuhkan Najib atas bantuan DAP, kenapa pula nak ikut cakap mereka lagi. Bak kata pepatah melayu, habis madu (drp DAP), sepah dibuanglah. Habistu, Dato’ ingat kenapa Tun minta tolong PAS secara tiba-tiba??? Dato! Dato!!! Basic stratergy Tun Mahathir pun Dato’ tak boleh baca.
Ok. Sampai disini dulu kita bersembang ye. Sekian TQ.
Datuk,
Najib made an astounding claim today, that Khazanah never suffered losses during his time.
By the way 3 questions :
Has he posted on FB his much vaunted degree as promised? All we have seen is a photo of him in his gown with his mother.
Why is he still roaming free to preen and crow? Or should we ask this of the AGC and PDRM? Courtime and jailtime is coming.
Why Khazanah suffered a loss of RM6.27 billion before tax last year? The new management only took over in mid year. So what happened during the first half year?
Cooking books?
Harapan government is less than one year old. These losses are most likely when true values at market rates are now being reflected in the books.
Now the AGC and prosecutors are smarter and will charge him with the low hanging fruits first, then when he is sitting behind bars, the momentum of the additional charges will build up.
Sallam Dato'
Perjuangan UMNO adalah lebih kepada perjuangan bangsa.
Perjuangan PAS adalah kunonnya perjuangan Islam.
Adakah sama perjuangan Agama dan perjuangan Bangsa?
Tak sama.
Dalam UMNO orang melayu berlumba-lumba siapa yang lebih melayu.
Sekarang ini, semakin ramai golongan ugama, ustaz-ustaz. Mereka ini pun mencari tempat dan kedudukan, rezeki. Mereka ini pun berlumba-lumba siapa yang lebih Islam.
Trend yang terbaru, orang melayu dah mula ikut orang Arab, mempunya nama kabilah, Al-Takiri, Al-Tantawi, Al-Banjari, Al-Maliki dan lain-lain. Dulu tak ada.
Perjuangan PAS sebahagian besar adalah perjuangan Hukum Islam, contonya hukum sebat untuk pesalah moral dan hukum Hudud. Ini yang sebahagian besar perjuangan PAS dan ini yang menyebabkan PAS berpisah dengan Pakatan.
Sebagai contoh lagi, dalam Hukum Islam, pramugari Air Asia, pakaiannya nampak betis dan terdedah sana sini, humnya haram.
Kalau orang pergi panggung wayang, lelaki perempuan duduk dalam gelap , hukumnya haram.
Kalau pelancong, pakaiannya terdedah di Pulau-pulau dan di tepi pantai , hukumnya haram.
Ini sebahagian kecil contoh saja.
Pendekata, perjuangan untuk bangsa melayu tak sama dengan perjuangan ugama.
Kalau setakat pilihanraya kecil bolehlah, tapi kalau PAS dan UMNO hendak bergabung, saya rasa panjang ceritanya. Itu tak campur lagi isu Sabah dan Sarawak.
Masalah yang ada sekarang ini adalah kos sarahidup yang tinggi. Adakah UMNO-PAS boleh selesaikan.
Harga barang kalau tinggi, tidak akan turun. Sesiapa yang harapkan harga barang turun, janganlah harap sangat.
Apa yang kita harap adalah pendapatan atau gaji naik. Peluang kerja semakin bertambah.
Ini yang sepatutnya kita harapkan. Ini memakan masa panjang, 10 bulan, setahun tak akan terjadi.
Rakyat Malaysia boleh buat keputusan nanti pada PRU15. Kalau Pakatan tak berjaya pulih ekonomi, hayat pakatan mungkin tak lama.
Tapi, kalau PAS dan UMNO nak guna satu logo, saya tak harapkan sangat.
Sekarang ini pun main tarik papan dan sorong papan.
Alaa..Tun M pun boleh i lap u dgn DAP.
Kadiag, السلام عليكم (assalāa mu 'alaikum; selamat sejahtera ke atas kalian).
Kali ni aku perati hang pakai basa yg sarat dgn magna romah tangga kucag kaciag melampau.
“ bersekedudukan “ ada, “ pintu belakang “ ada, “ menyamak najis “ ada,
“ seorang janda yang banyak pengalaman bernikah cerai dan boleh memadu cinta berahi dengan sesiapa saja. “ pon ada.
Marah sakan nampak.... dan kalu betoi telahan aku, ni, dgn rendah hati, aku nak mohon hang bawak betenang.
Selain tu, penggunaan ‘terma’2 atau label2 dlm coretan kali ni jugak tak berapa konsisten.
bila sat hang pi nulih...” Gabungan mereka lebih merupakan parti perkauman agama.
Umno parti perkauman kerana ia mewakili hanya orang Melayu dan Pas pula parti yang berasaskan Islam. “
Pd aku, mintak maghap Kadiag, parti United Malays bukan parti perkauman, tapi lebih pd parti mengguna nama melayu
untuk kayakan diri dan kroni. Jugak, aku rasa hang tesasoi bila hang nulih parti agama tu ‘berasaskan Islam’
yg munkin hanya benag satu masa dolu.
Aku ingat hang pon setuju dgn aku, bila kumudian hang ‘coret’ …” Soalnya bolehkah orang Melayu/Islam
mempercayai dua buah parti - yang sebuah memperalatkan bangsa Melayu dan sebuah lagi memperalatkan agama Islam - untuk membela mereka? “ Yagni bila hang guna pekataan “memperalatkan”...dua kali.
Aku jugak mohon munkin lebih baik Kadiag, kalu hang tumpu pd masaalah parti hang, terutama bila tegamak turunkan orang yg dilapog
“ tak petah bekata kata” untuk calon hampa di Semonyih. Dan gerak kerja di peringkat akag umbi ~ daripada
bagi seratuih setahun kad orang miskin, bagi la seratuih sebulan, Guan Eng (LGE) kata nak buat indek kos sara hidop
yg baru memang baguih, cadangan Isham Jolobu pasai ‘structural change’ pada aku patut dah buat lama dah.
Bukan saja dibidang makro dan mikro (ekonomi) tapi jugak peri mustahak dlm sistem kehakiman atau
kejaksaan.
Mintak maghap Kadiag no... tapi masa semakin singkat ni...
Aku.
Dalam dunia politik Melayu, ia berkaitan survival jawatan, umpama janda atau di zaman sekarang, duda juga, yang sudah hilang tempat bergantung. Siapa saja yang mampu membantu akan menjadi pasangan yang baru.
Umno dan Pas, Mahathir dan Anwar, kita lihat selama mereka mana mampu bertahan berpasangan.
Cuma parti golongan Cina sahaja yang tidak pernah bergabung dikhalayak ramai demi jawatan tetapi mengamalkan check & balance dan memeberi pilihan, demi survival bangsa mereka.
Tok. ..will mahathir give a way to anwar
Salam
I am barisan nasional operator
Salam Dato,
Looking at the political development in Malaysia in the last 12 months, one has the feeling of watching an action movie. The highs and lows. The hopes and disappointments. Calm and anxiety!
It looks like Malaysians have problems choosing between change and status quo! Because both come with pains and agony!
PH has a “pure” vision but it could not execute it due to lack of expertise. Whereas BN has the “know-how” to execute it but it lacks resolutions and sidetracked by other desires!
PH is like a football team who has a handful of good players but some below average players. So the team can never win in big competitions because some players may make mistakes and even score own goals!
So before this PH team was collectively working as football punters commenting on football matches. But now the whole team must play! Ops! Every player must up to certain level to be competitive! But they are not!
Sallam Dato'
Kesudahannya UMNO dan PAS tak bergabung pun. PAS tak masuk BN macam PAS masuk Pakatan dulu.
UMNO dan PAS tak guna satu logo pun. Kalau nak kata dah kawin saya tak setujulah....
Cuma UMNO dan PAS secara terang-terang sekarang ini mengishtiharkan buat kerjasama politik.
Apa salahnya. Tak salah. Ini demokrasi.
Cuma alasannya adalah untuk "Perpaduan Ummah"
Tapi mana ada Ummah yang berpecah.?
Selepas 9 Mei, UMNO kalah, itu saja. Orang melayu tak pecah pun.
Kalau dulu memang ada perpecahan ummah, zaman kafir mengkafir, ada kejadian 2 imam dalam masjid dan lain-lain kerana pergaduhan antara pengikut PAS dengan yang lain. Sekarang mana ada?
Cerita orang melayu perpecah adalah cerita dongeng, dan tak betul.
Masalah yang betul adalah masalah ekonomi.
1. Harga barang tinggi.
2. Gaji tak naik
3. Kerja tak ada.
Yang diatas bukan cerita dongeng. Ini cerita betul.
Saya baca, duit masuk kerajaan setahun RM235 billion.
Duit belanja kerajaan RM229 billion setahun. Bayar hutang, bayar gaji penjawat awam.
Mengikut berita, pnjawat Awam kita berjumlah 1.6 juta orang.
Penjawat awam negara UK 500 ribu orang saja walaupun penduduk UK hampir 2 kali ganda.
Penjawat awam dah terlalu ramai, macamana nak sumbatkan lagi graduan baru.
Duit belanja pembangunan RM50 billion lebih.
Maknanya, negara kita belanja lebih (RM229 + 50 billion) dari dari pendapatan (defisit)
Jadi itu, nak selesaikan masalah ekonomi bukan senang. Kerajaan baru kena guna otak macamana nak janakan pekerjaan, ramai orang tak ada kerja. Macamana nak baik semula ekonomi, tukaran wang.
Ini yang masalah yang betul.
Orang melayu duduk sibuk perpaduan ummah, mana ada ummah yang berpecah? Orang cina yang menghina Nabi dah kena tangkap awal-awal lagi dah.
Macamana kejadian orang yang letak berhala cina dan india dekat Surau. Yang buat kerja ini dah dapat tangkap, rupa-rapanya orang melayu.
Ini kurang ajar punya kerja, tapi tak dihebohkan kerana yang buat kerja orang melayu.
Even before tying the knot, they had managed to produce 2 'offspring' in a row. That was pretty impressive. There will be a lot more to expect after they officially get hitched to be each other's soul-mate for better or worse, to work together in wedded bliss and live happily ever after. Certainly, they will emerge as an united-strong couple to again conquer and strike a hat-trick in Rantau soon.
Sadly, on PH side is totally a different story. It is absolutely in dire straits. The coalition looks like a plateful of scattered sand without a trace of cohesion. There is no sign of solidarity whatsoever. PH's initial fighting-spirit had already vanished in the thin air. The only thing that they are interested is just the claiming of PM-8. Every now and then, this is what we get from the daily news which makes the people talk much about. Is this the only aim or agenda of New Malaysia? What is it so great about this in-waiting PM-8? Impeccably capable of? Or merely to make history after some decades of endurance? To many, he has actually done nothing to the rebuilding of nation as an uncalled for nuisance. We don't need a leader who contributes nothing but hassle, do we? Now, come on, for the sake of people and nation, pls be more realistic and practical.
Orang umno nak kuasa jer , dapat projek jual projek dapat tanah jual tanah , dapat pasir jual pasir dapat permit pajak permit , bila dah ilang kuasa baru sedar , mainkan isu bangsa lagi main isu agama tujuan nak kan kuasa balik .
Dato'....We don't give a damn about PAS & UMNO's marrige of convenience or just living together. Tak ganggu pun hidup kami. As u often states,PART OF DEMOCRACY. What we want to know is, WHY IS NAJIB & HIS GANG OF 40 THIEVES STILL CROWING AROUND? WHY ARN'T THEY IN JAIL AS PROMISED IN THE MANIFESTO....?
Susah sangat ke nak heret dia ke mahkamah...? Kalau Tommy Thomas tak boleh buat kerja, gantikan dia dgn orang yg pakar dalam undang-undang JENAYAH. Bosan taw, Dato' tengok Najib memperlekehkan undang-undang negara dan kerajaan. Kalau kat Indonesia, India, Bangladesh, Mesir or even Iraq, dah lama Najib ni diheret ke mahkamah dan humban ke dlm jel. Bukan dibiarkan dia beriang ria, berselfie dan mempromokan dirinya lebih baik dpd kerajaan. Jgn ikut sgt RULE OF LAW. Org mcm Najib ni perlukan RULE OF THE JUNGLE. Penjarakan dia, kemudian baru perbetulkan negara. Othereise PH betul-betul akan jadi kerajaan sepenggal.
PH goyang bila UMNO &PAS bergabung.Riuh rendah ayam sabung pendokong PH mengutuk gabungan ni.Realitinya Kerajaan Negeri Kedah & Perak terancam hasil gabungan ini.Tunggu tak lama lagi.
Paku dulang paku serpih
Mengata orang dia yang lebih
kenapa guna istilah bersekedudukan yang jelas haram sedangkan hubungan baik PAS dan UMNO tak haram kan?
Datuk,
Seperti mana cik minah,saya pun tak peduli dengan gabungan umno-pas ni.
Saya tertanya2 kenapa Najib & rakan2 yang dituduh menyamun ini belum dibicarakan ?
Jangan sampai jadi budaya pula bila mencuri, menipu tak rasa malu. Tak rasa berdosakah kita ?
Apa yang macai2 dan walaun2 UMNOPAS gagal ataupun terlalu dungu untuk faham adalah pendirian PH dan penyokong2nya berhadapan dengan penyatuan UMNOPAS ini. PH dan penyokong PH serta rakyat tak kisah malah tak hairan langsung dengan penyatuan itu. Apa yang menjadi isu adalah kemunafikan dan tabiat "Abu Jahal" pemimpin2 UMNO dan PAS terutamanya yang sejak dulu berdolak dalik dan bermati2an manafikan kemunafikan ini.
Selama ini sebarang pendedahan, pencerahan dan bukti2 yang dikemukakan oleh PH dan orang ramai sendiri tentang perselingkuhan antara PAS dan UMNO, rata2nya dituduh sebagai fitnah, pembohongan dan yang lebih teruk lagi dituduh sebagai anti-islam, anti melayu malah digelar sebagai pendokong kafir. Dan sekarang, bila kemunafikan itu terdedahan dan segala apa yang dituduh sebagai fitnah dan pembohongan itu ternyata benar dan sahih, walaun2 dan macai ingin mengatakan bahawa mereka dulu tak berdosa membuat kutukan, cacian, tuduhan palsu serta melakukan fitnah kering terhadap orang2 yang memberitahu kepada umum tentang perselingkuhan ini? Ini sangat jelas sebagai kemunafikan yang amat besar dan inilah yang menjadi isu kepada PH dan rakyat, bukannya penyatuan antara UMNOPAS. UMNO dan PAS bersatu? Who cares!
PH dan rakyat sebenarnya lebih suka dengan pendedahan dan pengakuan UMNOPAS ini. Kerjasama ini bukan lagi menjadi rahsia dan senjata sulit yang digunakan untuk menipu dan membohong orang melayu dan rakyat keseluruhannya. Selepas ini, rakyat lebih jelas akan situasi sebenar UMNOPAS dan lebai2 Qarun tidak lagi boleh bedolak dalih dan menunggang ayat2 AlQuran untuk menutup kemunafikan mereka. The secret is out and UMNOPAS adalah rakan sekutu (pasangan kekasih) malah PAS sekian lama merupakan gunting dalam lipatan kepada gabungan pihak pembangkang dahulu iaitu PR. Sekarang rakyat sudah jelas siapa berselingkuh dan sapa yang dulu musuh dalam selimut. Sekarang rakyat sudah boleh membuat pilihan yang nyata antara kerajaan PH atau gabungan pembangkang UMNOPAS. Sekarang rakyat sudah boleh menilai sendiri kualiti serta sifat sebenar PAS yang kerap bermuka2 dan memakai topeng serta kaki kelentong (rakyat dah sekian maklum akan sifat parti penyamun).
Itu sebenarnya yang menjadi pertanyaan dalam diri rakyat dan sekarang apabila kedua2nya sudah mengaku, rakayt sudah sedar bahawa ikrar Hj hadi dan geng lebainya yang kononnya akan menyokong Tun sbg PM adalah pembohongan yang mendedahkan sifat munafik Hj Hadi dan geng2 lebai Qarunnya. Itu sahaja, We don't care about your union. The only thing we care is telling the truth and that obviously is very difficult for a party of thieves and a bunch of turbaned hypocrites. A union of thieves and hypocrites is a match made in Heaven? I think not because thieving and hypocrisy is not something Islam accept, even more it is absolutely not "syariah compliance"!
Nick.
Cape Tiger.
Datuk,
menarik what cikminah 2.15pm said:
Jgn ikut sgt RULE OF LAW. Org mcm Najib ni perlukan RULE OF THE JUNGLE. Penjarakan dia, kemudian baru perbetulkan negara. Othereise PH betul-betul akan jadi kerajaan sepenggal.
For special cases like this lah! Then only the criminal will start to respect the constitution, law, judiciary and rakyat.
Fight fire with fire, then the flames will be extinguished.
Dato'.........continue with my comment at 2.15pm.
Why is it so difficult to get Najib naik mahkamah...........????
I am not a lawyer and neither am I an AG, but if I am the AG, the first thing I do to get Najib off my back is, get his lawyer that Shafiee fellow to the court first. Bukan ke dia ada kes berkaitan 9 million payment? Mengapa kes dia di tanggoh, the case is clear as kristel. Get Shafiee to the court. Bila dia dah takda, senanglah kita nak kerjakan Najib.
It is already 9 months, Dato', better act fast.
Kami sudah bosan. Jangan biar kami hilang minat.
Four years is not a long time tahu.
Kejam celik, kejam celik.....dah PRU15.
I don't want Najib to be our PM again.
Selisih malikat 44!!!!!
Dato'.........continue with my comment at 2.15pm.
Why is it so difficult to get Najib naik mahkamah...........????
I am not a lawyer and neither am I an AG, but if I am the AG, the first thing I do to get Najib off my back is, get his lawyer that Shafiee fellow to the court first. Bukan ke dia ada kes berkaitan 9 million payment? Mengapa kes dia di tanggoh, the case is clear as kristel. Get Shafiee to the court. Bila dia dah takda, senanglah kita nak kerjakan Najib.
It is already 9 months, Dato', better act fast.
Kami sudah bosan. Jangan biar kami hilang minat.
Four years is not a long time tahu.
Kejam celik, kejam celik.....dah PRU15.
I don't want Najib to be our PM again.
Selisih malikat 44!!!!!
hampa kata lah apa pun nak sakitkan hati kami penyokong UMNO PAS, tapi jangan lupa kuasa Allah mengatasi segala galanya, kita tunggu dan lihat selepas ini apa yang akan terjadi, tak sabar menunggu pilihanraya yang seterusnya.
I've been saying this for years! Malaysia a haven and recruitment centre for TERRORISTS! I hate being right!
9 linked to Africa-based al-Qaeda terror group nabbed https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/03/10/9-linked-to-africa-based-al-qaeda-terror-group-nabbed/
Datuk,
The Rome Statute governs the ICC which tries four core international crimes, namely genocide, crimes against humanity, war crimes and crime of aggression.
This is so clear, crystal clear. Why should any doubts be thrown?
Malaysia is a constitutional monarchy, clear separation of powers.
It's good that Wisma Putra has come out with a excellent response to clear some concerns by a member of the Johore royalty.
Wisma Putra has assured that the position of the monarchy will not be threatened after Malaysia acceded to the Rome Statute, a treaty governing the International Criminal Court (ICC).
"Prior to joining the Rome Statute, the government had conducted an in-depth study on various aspects.
"The government is confident that the decision will not affect the Yang di-Pertuan Agong's position and immunity," Wisma Putra said in a statement today.
Thank you Wisma Putra. The rakyat is grateful.
UMNO PAS Bersama, MIC MCA join BN balik, kah kah.
Post a Comment