Thursday, March 02, 2006

RESPONS KEPADA KOMEN PEMBACA

A Kadir Jasin

Pembaca membangkitkan banyak isu dan perkara sejak Weblog ini dilancarkan 24 Feb lalu. Saya ingin mengambil kesempatan berkongsi pandangan mengenai beberapa perkara yang dibangkitkan.

Sebelum itu saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi respons kepada Weblog ini, sama ada secara terus atau melalui perbualan dalam laman-laman lain.

Sekali lagi saya memohon agar kita boleh berdebat dengan bijaksana, rasional dan sopan. Saya harap maaf tidak akan mencetak komen-komen yang kesat, personal dan emosional. Kita boleh tidak bersetuju. Kita boleh marah. Tapi janganlah sampai mencarut dan maki hamun.

ANWAR DAN SAYA

Saya tidak akan lari daripada tanggungjawab. Pembaca bebas menjatuhkan apa jua hukuman yang dirasakan adil dan tepat (sila rujuk kepada “Perubahan Politik Anwar” dan “Back in His Element” dalam posting Weblog ini).

Saya tidak tahu sama ada ini relevan atau tidak, tetapi hakikatnya saya tidak ada permusuhan peribadi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saya terus mengunjungi beliau dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah. Tak banyak orang yang berani melawat Anwar. Kawan-kawan dan konco-konco lama dia pun banyak lagi takut jumpa dia.

Apa yang Anwar rasa mengenai saya atau kata tentang saya, itu hak beliau. Dia orang politik, saya orang media. Dia pernah berada di dalam kerajaan dan saya di dalam media arus perdana. Kini dia di luar kerajaan dan saya di luar media arus perdana.

Selama 16 tahun saya menyokong beliau kerana Umno, Presiden Umno dan Perdana Menteri sokong beliau. Dalam tempoh itu, ada ketika saya bersetuju dengannya dan ada ketika saya tidak bersetuju dengannya. Beliau pun begitu.

Apa pun yang berlaku dan apa pun tuduhan saya kepadanya dan tuduhannya kepada saya, saya mengiktiraf Anwar sebagai kawan – as a friend. But friends can become the most strident critics over issues and events.

Sebenarnya, dalam dunia media kita tidak mempunyai kawan yang berkekalan dan musuh yang berpanjangan. Ada waktunya kawan menjadi lawan dan musuh menjadi kawan.

Selagi Anwar dalam arena politik dan saya dalam gelanggang media, tidak dapat tidak kita akan berselisih jalan. Apabila ini terjadi, ada kala kita sependapat dan ada kala kita bercanggah pendapat.

Anwar pernah jadi orang kuat politik dan Kerajaan. Dia pernah jadi “master” saya. Justeru itu, saya yakin dia mengerti maksud saya, sama ada yang tersurat atau tersirat.

BELANJAWAN BUKAN BEBAN
EKSKLUSIF PM

Saya rasa tidak tepat dan tidak adil membuat kesimpulan dan melemparkan tuduhan melulu terhadap Perdana Menteri. Betullah dia Menteri Kewangan, tetapi belanjawan negara dan pengurusan ekonomi bukan tugas dan tanggungjawab Perdana Menteri seorang sahaja.

Ia adalah beban kolektif Kabinet dan Pentadbiran Awam dengan input daripada Parlimen, parti-parti politik dan sektor swasta. Kalau ada kekurangan kepada Perdana Menteri, Kabinet wajib menokok tambat agar kekurangan itu dapat diatasi. Kabinet pula wajib dibantu dan dimaklumkan oleh Pentadbiran Awam.

Parlimen sebagai penyambung suara rakyat lebih daripada wajib mengawasi dan memberi teguran kepada Kerajaan. Rakyat jelata berhak menggesa dan mendesak wakil mereka agar bersuara dan bertindak bagi pihak mereka.

Kabinet secara kolektif adalah “constructive trustee” iaitu pemegang amanah yang bertanggung jawab di atas segala keputusan. Anggota Jemaah Menteri tidak boleh membebaskan diri dengan berkata dia tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan (macam AP) atau tidak hadir apabila keputusan dibuat.

Inilah yang saya tuliskan berkali-kali dan akan terus saya ungkit iaitu wajib ada kepelbagaian suara dalam masyarakat Melayu sebagai masyarakat bangsa induk.

Orang Melayu dan semua rakyat Malaysia wajib berani bersuara. Kalau takut bersuara di negara sendiri, di mana lagi kita berani bersuara?

Wajib wujud pengurusan waktu yang cekap. Kalau member hantar surat, e-mel atau sms, bagilah tahu dah terima walaupun tak mahu jawab. Janganlah dibiarkan tergantung tak bertali.

Wajib ada pemantauan yang rapi dan akhir sekali wajib ada pembahagian kuasa dalam Kabinet. Seorang Menteri tidak boleh memegang terlalu banyak jawatan atau menjalankan terlalu banyak tugas.

Kalau tidak berlakulah macam yang Perdana Menteri kata di Perth, Australia baru-baru ini iaitu rakyat Malaysia seakan-akan kurang fokus. Macam mana nak fokus kalau “vista” luas sangat atau terpukau dengan bintang-bintang yang bergemerlapan?

KITA DAN DR MAHATHIR WAJIB
CAMPUR TANGAN

Adalah tanggungjawab kita semua saling ingat mengingati, ajar mengajar dan bantu-membantu. Inilah sifat dan ciri yang wajib ada dalam mana-mana masyarakat sivil sekalipun. Negara kita bukan negara diktator. Negara kita negara demokrasi. Islam Hadhari memperkukuhkan komitmen kita kepada tamadun dan peradaban.

Bagi kita yang beragama Islam, kita sepatutnya tahu iaitu dalam agama kita tidak ada istilah “sisa-sisa hidup”. Allah Taala tidak memanjangkan usia kita hatta setahun, sebulan, sehari atau sesaat tanpa tujuan dan hikmat. Ia menjadi ingatan kepada yang empunya usia dan teladan kepada orang di sekelilingnya.

Kalau Tuhan memanjangkan usia seorang tua yang sakit tenat barang sehari pun, ia ada tujuan dan hikmatnya. Ia menguji kesabaran, keimanan dan kemanusiaan setiap orang yang bertanggungjawab ke atasnya.

Dan siapakah kita untuk membuat keputusan dan ketetapan sama ada seseorang itu, termasuk Dr Mahathir, beramal dan beribadat atau tidak? Bukankah satu dosa mencurigai amal dan ibadat orang lain?

Saya rasa kita sudah cukup hebat membina Putrajaya dengan segala kemudahannya, termasuk kediaman Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta pejabat-pejabat Menteri yang terhias indah.

Jadi tak payahlah kita membuat ubah suai yang menelan belanja belasan atau puluhan juta ringgit. Kalau betullah Dr Mahathir boros dan kita mengkritik beliau kerananya, kita sendiri janganlah boros.

Ini negara kita, bangsa kita, agama kita, masa kita dan lebih utama masa depan anak cucu kita. Kalau kita jahanamkan negara, bangsa dan agama kita, mereka akan susah dan mereka akan kutuk kita.

PENGARANG ADA BANYAK JENIS

Banyak pembaca memberi respons kepada isu penyiaran kartun yang menghina Rasulullah SAW oleh akhbar New Straits Times pada 20 dan 22 Februari.

Akhbar itu telah berdolak-dalik, memberi justifikasi, membelasah pengkritiknya, meminta maaf, membuat justifikasi lagi dan akhirnya diampunkan dan dibebaskan daripada sebarang tindakan.

Ini menghairankan dan menimbulkan kemarahan pembaca kerana Sarawak Tribune dan edisi petang Guang Ming Daily dikenakan hukuman. Pada hari NST diampunkan, akhbar berbahasa Cina di Sarawak, Berita Petang, pula digantung dua minggu.

Kalau kita buat kesimpulan kepada minta maaf dan pengampunan NST, kita boleh berkata bahawa tidak salah mempersendakan Rasulullah SAW dalam bentuk kartun asalkan bukan daripada siri yang disiarkan oleh akhbar Denmark, Jyllands-Posten dan tidak menunjukkan wajah Baginda.

NST pernah melalui krisis sebelum ini. Beberapa orang pengarangnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang lain dipindahkan jawatan dan ada juga yang meletakkan jawatan.

Apabila berlaku Operasi Lalang pada akhir tahun 1987, beberapa buah akhbar, termasuk The Star, digantung penerbitannya kerana didakwa mengapi-apikan sentimen perkauman. NST terselamat tetapi seorang pengarang kanan kumpulan itu ditahan di bawah ISA.

NST menyiarkan sebuah rencana pengarangnya yang mengkritik operasi berkenaan. Apa yang tidak dihebahkan ialah Pengarang Kumpulan NST waktu itu, P.C. Shivadas ditukarkan jawatan tiga bulan kemudian. Beliau masih berkhidmat dengan NSTP hingga hari ini sebagai ahli lembaga pengarah.

Beberapa orang wartawan kanan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan penyiaran lidah pengarang itu meletakkan jawatan sebagai protes. Mereka berhijrah ke luar negara dan bekerja dengan penerbitan-penerbitan asing, khasnya di Hong Kong.

Majalah dan akhbar tempat mereka bekerja telah ditutup oleh pemilik mereka dari Amerika. Sejak dua tahun lalu, beberapa orang daripada mereka kembali berkhidmat dengan NST dan memegang jawatan penting.

Saya mengambil alih daripada Shivadas pada bulan April, 1988 dan bersara sebagai Ketua Pengarang Kumpulan pada bulan Jun, 2000 kerana saya berasa saya tidak dapat lagi meneruskan tugas dengan berkesan dalam suasana dan keadaan yang wujud pada waktu itu.

Situasi itu sedikit sebanyak berkaitan dengan peristiwa yang membawa kepada penyingkiran Anwar daripada Umno dan tindakan mahkamah terhadapnya.

Saya tidak tahu pendirian pengarang era ini. Yang saya tahu, dulu kita tidak bercakap mengenai peletakan jawatan atau menawar untuk meletak jawatan seandainya kita tidak serius. Tak tahulah saya kalau sekarang ini cakap-cakap tentang meletak jawatan menjadi mainan mulut.

Tentang pengarang bercerita mengenai keluarga, anak bini, sahabat handai, itu hak mereka. Relevan atau tidak relevan, hanya pembaca yang berhak memutuskannya.

Kalau ada pengarang hendak menyeret anak-pinak mereka untuk meremeh-temehkan satu isu besar seperti penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW atau mencari simpati, saya tak ada apa-apa nak kata. Terpulanglah kepada pembaca dan pelanggan NST membuat kesimpulan dan keputusan.

OIL PRICE AND CHANGING LIFESTYLE

IT’S okay for Deputy Prime Minister Datuk Seri Mohamad Najib Abdul Razak to advise us to change our lifestyle in preparation for the high oil price policy.

But how sure is he that every Malaysian can change his or her lifestyle to cope with rising consumer prices, higher inflation and more moderate growth?

We are not talking about Ministers, top civil servants, the residents of Bukit Tunku and those with palatial official residences in Putrajaya.

These people can be prudent, no doubt. From a 5-litre car they can step down to a 3-litre one. From a family holiday in Las Vegas, USA they can downgrade to Perth, Australia. And there are many more things they can do to save money without risking hunger and indignity.

We are talking about padi farmers, smallholders, vegetable gardeners, low-ranking civil servants, construction workers, lorry drivers, low-ranking pensioners and those on welfare.

Can they rise up to Najib’s challenge and change their lifestyle when, in reality, they don’t have any kind of lifestyle to talk about?
Their is mere survival.

Najib is the son of Tun Abdul Razak, the architect of the NEP – the father of growth with distribution. It was Razak’s pro-poor policy that helped put us on the path of rapid growth and more equitable distribution of wealth. Subsidy, which is now being portrayed as bad, is part and parcel of Razak’s wealth sharing policy.

I am not accusing Najib of not being sensitive to his father’s policy and legacy. What I am saying is, the withdrawal of subsidy and other price support mechanisms could plunge those in the lower income brackets back into poverty.

The irony of oil price subsidy is, while it benefits the rich -- those with fuel guzzlers – more but it has greater impact on the wellbeing of the poor. The rich can stomach the higher gasoline prices and the inflation it is causing but the poor is less capable.

The textbook economists and free-marketers could be telling us that subsidy is untenable and it distorts the economy. But the very same people are benefiting from the low oil price policy in the US, the trillion of Euros being spent on farm subsidy in Europe and the protection of rice market in Japan.

Our politicians are in the habit of comparing us with our neighbours when it suits them. Yes, gas prices may be higher in Thailand. There may not even be a lot of subsidy in that country but its cost of living is also lower. This is partly because it is very successful in agriculture. By the way it is poorer than us.

While the positive effects of diverting the oil subsidy to the public transport sector will take time to be felt, Tuesday’s oil price increases have immediate effect on prices and inflation.

We must also be willing to accept the possibility of the higher oil prices and the promotion of public transport having negative effects on the demand for motor vehicles, including those produced by Proton and Perodua. This can threaten profitability and employment.

In line with its own mantra of transparency and accountability, it is incumbent upon the Government to explain clearly the operation of petroleum subsidy so that people are convinced that they are not being short-changed and that in the long run, they will not fare badly.

Back in His Element
Note: To be read in conjuction with the article
" Respon Kepada Komen Pembaca ".

It would be a safe bet to say that the former Crown Prince of Malaysian politics Datuk Seri Anwar Ibrahim is back, if not in the hot seat of mainstream politics then in his element. A polished politician, what does the future hold for him?

By A Kadir Jasin

IT WAS a perfect day for Datuk Seri Anwar Ibrahim. Thus, it was not surprising that a sense of accomplishment was written all over his face.
‘It was an important verdict,’ he told a handful of well-wishers who had been waiting in the sitting room of his Bukit Damansara home for a chance to see him.

It was the afternoon of Aug 18 and Anwar was relishing his victory in a civil suit that he had brought against writer Datuk Khalid Jafri Bakar Shah for libelling him in a 1998 book 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (50 Reasons Why Anwar Cannot Become Prime Minister).
Hours earlier, the High Court had awarded him RM4.5 million in damages for the suit he had brought against Khalid on June 18, 1998.
Khalid had been found guilty of accusing the former Deputy Prime Minister of sodomy, corruption and adultery.

The book was widely distributed at the 1998 United Malay National Organisation (Umno) annual General Assembly in Kuala Lumpur. It is recalled that many delegates mysteriously found the book in their conference bags.

But it is not about money, says the Parti Keadilan Rakyat Malaysia (Keadilan) adviser and de facto head of the Opposition Front – the Barisan Alternatif (BA).

‘I may not get to collect it. Even if I could, I will not use it on myself. It was never my intention to make money out of the case. I was seeking justice. I wanted to redeem my reputation,’ he says.

It was an ominous statement. Khalid, who was diabetic, died on Aug 29. Anwar’s winning suit named Khalid and his wife, Rozihan A Ghani as the defendants. In it, Anwar claimed that the book contained numerous grave and serious allegations against him, and that certain individuals in Umno had conspired to defame him.

The most significant and satisfying aspect of the ruling, Anwar says, was the fact that the court had acknowledged that there was a conspiracy against him.

In his brief judgement, the judge, Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus, among other things, said: ‘As to the manner and extent of the distribution of the book at the Umno Assembly, the book was put in the bags of the delegates to the assembly. The defendants and others who conspired with the defendants achieved their purpose. The plaintiff’s political career was ruined as a result of the publication of the book.’

When we sat talking, in the company of his wife and the Keadilan President-cum-Member of Parliament for Permatang Pauh, Datin Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, I asked Anwar what would his next move be. ‘Well, what do you think I should do?’ he shot back in his typical style. The former Deputy Prime Minister is known for his ability to make his audience feel good.

Since being officially introduced to him at a Press conference at the old Prime Minister’s office in Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur, in 1982, I am always reminded of the song ‘Killing Me Softly’ each time I listen to him. Anwar has always had a way with words and with the people he came into contact with.

‘I am advising Keadilan and am putting down on paper my thoughts when I was in prison. I hope to be able to publish them soon. Other than that, I attend the Georgetown University in Washington DC where I am a professor.’

Saying he is back in active politics is an understatement. Anwar is in the thick of it. He is priming himself for politics’ number one post and there’s no time to lose. Soon after the interview, he and his wife sped off to Johor where he spoke at three different functions in Tangkak and Muar.

While Anwar seems somewhat circumspect about his future and might not want to give too much of his strategy away, his supporters are not. Suara Keadilan, the party’s ‘licensed’ fortnightly newspaper in its Aug 17th-31st issue declared: ‘Anwar Mula Langkah Sebagai PM (Anwar Begins His Move as Prime Minister)’.

The label akhbar berlesen (licensed newspaper) is boldly printed on its masthead – a way of telling the readers that it is not an unauthorised publication. In fact, it is openly sold.

The paper went on to report that the former Deputy Prime Minister has re-entered the political arena ‘by using Keadilan as the platform for his campaign to become the Prime Minister.’

Suara Keadilan’s screaming headline could have been construed as a self-proclamation had it not been for an equally strong endorsement by the more established and widely distributed Pan Malaysian Islamic Party (Pas) newspaper, Harakah.

In its Sept 1st-15th issue, Harakah headlined: ‘Mahkamah Bersihkan Anwar – Rakyat Perlu Tolak Umno (Court Clears Anwar – The People Must Reject Umno)’.

In a show of solidarity, Pas franchised its Parit Pecah markaz (centre) to Anwar for the evening. Thousands braved the drizzle to wait for Anwar and his entourage who appeared on the scene past 9pm. It was an evening of Keadilan’s show at one of the biggest Pas centres in Johor.

But the road ahead for Anwar is not as clear-cut as was reported by Suara Keadilan and endorsed by Harakah. As Anwar himself has acknowledged, access to the mainstream media is important but he isn’t counting on it. So, to measure the undercurrents and understand the emerging trends, one has to surf the many political websites that are for and against him.

One of these websites, Malaysia Today, as if not wanting to be outdone by Suara Keadilan and Harakah’s banner headlines, published its own 12-part series (at the time of writing) that looked at Anwar’s future vis-à-vis his old party Umno, featuring, among other possibilities, the so-called Anwar-Khairy collaboration; Khairy being the Umno Youth Deputy Chief Khairy Jamaluddin.

With the mainstream media understandably shying away from reporting his activities, the opposition newspapers and the websites and, occasionally, the foreign press, are the place to catch a glimpse of him.

But with Anwar having exhausted the appeal process for his corruption conviction, when the Federal Court ruled that it could not agree to a judicial review, his return to election politics is less certain. The conviction bars him from participating in an election until 2008, which effectively blocks his immediate return via the electoral process.

‘What if the election is held after that?’ I asked. He laughed at the prospect. The current Parliament term expires in 2008.

‘Do you think they (the government) will delay the general election just to enable me to contest?’ he asks.

But in a recent interview with the French News Agency, AFP, Anwar said he could still become Prime Minister if Keadilan, with the support of other opposition parties, wins the next general election.

He told the AFP that his legal advisers informed him that they (Keadilan and its BA partners) could appoint a temporary Prime Minister until the prohibition against him runs out.

But would Pas and the Democratic Action Party (DAP) go to such an extreme simply to enable Anwar to fulfill his ambition?

The listeners at the Muar Pas markaz thought they should hear him out. If the goodwill shown thus far by Pas and DAP continues, then Anwar stands a good chance of spreading his message.

As much as for their hatred of Umno and the BN as it is for their love of Anwar, Pas and DAP will be willing to play along for as long as they are convinced that the Anwar factor will bring them closer to avenging their 2004 general election defeat.

Having lost badly in the Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-led 2004 general election, Pas and DAP have nothing to lose by collaborating with Anwar. Thus, their touting of Anwar as BA’s Prime Minister- designate has its merit. They did well playing the Anwar card in the 1999 general election. But then, Anwar was in prison. Now he is out.

Is there no other alternative to fulfilling his ambition and burning desire for complete and utter redemption than the BA?

Anwar is coy. He and I have known each other for a long time, but during that period, we have been on opposite ends on many occasions. So, there is no reason why he should be totally open with me about his plans.

But he does, with a shine in his eyes and a smile on his face, reveal to me and, later in his speeches, that there have been Umno leaders, some holding ministerial posts, who have come to see him.

One such meeting that has been widely publicised and continues to be a subject of considerable speculation is the visit he received from Khairy, the Prime Minister’s son-in-law and generally believed to be a key adviser.

Anwar is visibly excited when asked about the meeting that took place at his house only hours after his release from prison on Sept 2 last year, but is unwilling to be drawn into a discussion on the subject, saying it was private and confidential.

But close aides say that that was the only occasion the two met. They say the two spoke about Khairy’s plan to play an active part in Umno Youth.
Whatever transpired at the meeting, Khairy could have benefited from
Anwar’s pointers. Anwar is more than capable of advising Khairy or anybody else for that matter about Umno Youth.

Anwar made his entry into big-time Umno politics via the youth movement. Less than half a year after joining Umno in 1982, Anwar wrested the leadership of the movement from Datuk Suhaimi
Kamaruddin by a slim 10-vote majority in a bitterly fought contest.

In a sense, Anwar and Khairy owe their early prominence to their close relationship with the Prime Minister – Tun Dr Mahathir Mohamad in the case of Anwar and Abdullah in Khairy’s instance. But Khairy is luckier.
Last year, he was elevated to the post of Deputy Umno Youth chief uncontested.

If Anwar is curious about public reaction to Khairy’s unexpected visit to him, then he is wondering about the obvious. The meeting he and Khairy had a year ago continues to be the subject of juicy conversation and wild speculation until today.

According to Anwar’s aides, the former Deputy Prime Minister is grateful to Khairy. He believes that Khairy was instrumental in bringing his plea for ‘better’ medical attention a year ago to the Prime Minister.

‘We approached many people whom we knew were close to the Prime Minister, or who have claimed that they knew him well. Nothing happened. It was only after we sent word to Khairy that we got positive results,’ says a long-time aide.

What actually transpired in the late evening meeting between Anwar and Khairy a year ago?

The aide says: ‘Anwar was immobile. He was in bed. He invited Khairy to sit by his side and I think they spoke about Khairy’s involvement in Umno

Youth. You can say that Anwar gave him a pep talk.’

As for his former boss, Dr Mahathir, Anwar continues to display measured magnanimity, repeating his earlier statement that he holds no grudge towards him.

‘I feel vindicated by the series of court rulings, which culminated in the latest one that acknowledged that there was a conspiracy against me,’ he says, adding that the best thing for him to do is to move on.

‘I benefited greatly from working with him. He was very clear about what he wanted me to do. He gave me latitude and never stopped me in whatever I wanted to do,’ he says of Dr Mahathir.

Asked if he has any kind of contact with Dr Mahathir, Anwar says: ‘I send him my regards through mutual friends sometimes.’ He does not discount a meeting with Dr Mahathir but says that it might not be soon.

What about with the Prime Minister other than the much-publicised Hari Raya visit to Abdullah last year?

Anwar says he did pass on some information to the Prime Minister about the dispute with Indonesia over oil exploration around Ambalat Island in the Sea of Celebes.

‘That was because my contacts in Indonesia thought I should help out. They were aware that I was involved in conveying messages between Dr
Mahathir and (former) President Suharto on the issue when I was in the government,’ he explains. So, for all intents and purposes, Anwar is back – not quite in the driving seat but in the rough and tumble of politics that he is so familiar with. He appears to be relishing every moment and every bit of it.


PERUBAHAN POLITIK ANWAR
Nota: Untuk dibaca bersama rencana
" Respons Kepada Komen Pembaca"

SAMBUTAN kepulangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Munich, pada 31 Oktober lalu, mungkin tidak semeriah mana. Berdasarkan laporan media, hanya lebih kurang 500 penyokong menunggu kepulangan beliau di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), manakala 1000 lagi di kediaman beliau di Damansara. Beliau ke Jerman pada 4 September lalu, sejurus selepas dibebaskan dari penjara, untuk mendapatkan rawatan sakit belakangnya.

Sudah tentu anggaran media boleh dan akan dipersoalkan. Media tidak lagi berpihak kepadanya. Ini amat berbeza pada tahun-tahun 1990-an, di mana beliau dianggap sebagai "Putera Mahkota UMNO" dan disebut-sebut sebagai pengganti Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pada waktu itu, media berada di bawah pengaruh dan kawalannya.

Namun pujian haruslah diberi kepada Anwar. Beliau secara peribadi telah berbudi kepada media, daripada editor sehinggalah kepada wartawan biasa. Justeru itu, sungguhpun dari semasa ke semasa berlaku pertentangan antara media dengan beliau akibat cita-cita politiknya, hubungan peribadinya dengan wartawan dan editor kekal erat.

Kepulangan yang "disenyapkan" (tidak diuar-uarkan) mungkin salah satu rancangan yang disengajakan oleh Anwar untuk tidak menarik terlalu banyak perhatian. Kehadiran polis di lapangan terbang, yang kelihatan beberapa hari sebelum ketibaannya pada hari Ahad, juga dalam jumlah yang amat kecil. Langkah ini terbukti berkesan.

Masyarakat umum tidak cemas, UMNO dan kerajaan tidak perlu untuk bertindak secara negatif terhadapnya, dan pada masa yang sama Anwar masih lagi menikmati liputan media secara langsung.

Adakah Anwar mengambil pendekatan "berlembut"? Sebahagian mungkin bersetuju, manakala sebahagian lagi akan menganggap ia merupakan satu langkah taktikal Anwar. Ini kerana sambutan kepulangan yang penuh dengan emosi di tempat awam seperti di KLIA berkemungkinan besar tidak akan membawa kebaikan untuknya. Anwar akan dilihat sebagai tidak bersyukur dan cuba melakukan penentangan.

Apatah lagi, ramai yang masih ingat bagaimana Khairy Jamaluddin, menantu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi, telah membantu beliau mempercepatkan proses memperbaharui paspot antarabangsa.

Orang biasa tidak mungkin menerima layanan birokrasi sebegitu pantas. Namun Anwar bukanlah orang yang biasa. Di sebalik enam tahun dalam penjara dan penyingkiran beliau dari UMNO, Anwar kekal sebagai seorang yang luar biasa. Tidak kira apa perasaan peribadi seseorang terhadap Anwar, "renaissance man" kelahiran Pulau Pinang ini masih merupakan seorang yang berpengaruh dan juga mampu mempengaruhi ramai orang.

Jelas sambutan kepulangannya tidak menyamai atau mengulangi kehebatan demonstrasi reformasi 1998 di Masjid Negara dan Dataran Merdeka. Namun keadaan ini tidak seharusnya disalah anggap sebagai berakhirnya era dan pengaruh luar biasa Anwar Ibrahim. Ini kerana beliau secara terbuka, dalam kenyataan sidang akhbar kepulangannya, menyatakan akan meneruskan agenda reformasinya dan berkeinginan untuk berjumpa Perdana Menteri. Dengan mengambil risiko mungkin menyentuh sensitiviti pembaca dan membuka luka lama, pada pendapat saya perbincangan mengenai masa depan Anwar adalah perlu atas beberapa sebab.

Pertamanya, jika kita mempercayai media spin, kita seharusnya akan hidup di dalam era yang lebih bebas dan bertimbang rasa. Persekitaran sebegini memberi kelebihan kepada agenda reformasi Anwar. Ini kerana Perdana Menteri sendiri menegaskan, dalam temuramah dengan New Sunday Times sempena ulang tahun pertamanya sebagai Perdana Menteri, beliau tidak akan menghalang kritikan. Malah beliau menganggap kritikan yang membina dan bertanggungjawab adalah baik dan seharusnya digalakkan.

Keduanya, melihat transformasi politik Anwar daripada seorang pemimpin pelajar yang suka memberontak kepada seorang yang sederhana bila mana menganggotai UMNO secara rasmi pada Mac 1982, saya fikir kita akan terus mendengar mengenainya untuk satu jangka masa yang panjang. Pada umur 57 tahun, beliau masih muda dan tidak ada sebab mengapa beliau mahu berundur.

Sama ada sebagai pemimpin pelajar di Universiti Malaya, Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang berkarisma, atau sebagai salah seorang pemimpin demonstrasi petani, mahupun sebagai Ketua Pemuda UMNO era Mahathir, Anwar telah menetapkan agendanya sendiri. Perubahan politiknya merupakan proses yang berterusan.

Apabila beliau meninggalkan ABIM untuk menyertai UMNO sehinggalah ke hari pilihan raya umum 1982, saya menulis bahawa faktor ‘X’ di dalam politik Melayu-Muslim telah lenyap.

Saya menegaskan tanpa Anwar sebagai penggerak, ABIM tidak mampu meneruskan fungsi sebagai faktor ‘X’ di dalam politik Melayu-Muslim.

Ternyata ini benar, ABIM mengalami kemerosotan besar kerana ahli-ahlinya menggadaikan misi dakwah mereka untuk jawatan di dalam UMNO dan PAS. Sungguhpun begitu, pujian perlu diberikan kepada generasi baru kepimpinan ABIM yang memberi komitmen mereka terhadap agenda pendakwahan Islam tanpa kepentingan politik. Ini berlaku selepas penyingkiran Anwar dari UMNO pada 1998, yang diikuti dengan penangkapan dan hukuman penjara ke atas beliau.

Ketiganya, Anwar mempunyai keupayaan intelektual dan kekuatan kewangan untuk menggerakkan apa sahaja agendanya – sama ada masyarakat madani, reformasi, anti rasuah dan sebagainya.

Beliau telah pun menyatakan sokongan terhadap Abdullah di dalam memerangi gejala rasuah, tanpa mengambil kira fakta sabitan penyalahgunaan kuasanya digantung oleh Mahkamah Persekutuan beberapa hari sebelumnya. Ianya merupakan satu langkah politik yang bijak – satu percaturan yang membolehkannya kelihatan pemaaf, namun pada masa yang sama memberikan tekanan kepada Perdana

Menteri memandangkan indeks persepsi global rasuah Negara merosot dari tangga ke 37 ke 39.

Malah, para pegawai Abdullah, selepas keghairahan yang singkat itu, mula memahami bahawa peperangan terhadap rasuah merupakan satu bidang yang mencabar dan boleh kembali menjadi masalah kepada Pak Lah (backfire).

Anwar telah menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri berhubung dengan isu rasuah ini, yang mana merupakan sebahagian daripada integrasi agenda reformasinya. Sehingga rencana ini ditulis, belum jelas bahawa pertemuan yang diingini Anwar akan berlangsung.

Namun kenyataan umum Anwar dalam isu ini merupakan satu langkah taktikal yang cukup bijaksana. Dalam satu keadaan Anwar kelihatan bergandingan dengan Abdullah di dalam menangani rasuah tetapi pada waktu yang sama beliau menggunakan isu ini untuk mendekatkan idea reformasinya kepada kerajaan.

Anwar tidak mungkin mempertimbangkan penyertaan semula ke dalam UMNO dalam masa yang terdekat ini. Beliau bukan sahaja tidak perlu, malah tidak wajar baginya menyertai semula UMNO sebaik dibebaskan.
Beliau tidak boleh dilihat terlalu ghairah untuk kembali walaupun beliau mungkin menyukai idea untuk "mengenakan" sesiapa di dalam UMNO, terutama pengikut dan kroninya, yang menjatuhkan beliau pada 1998.

Namun tanpa mengambil sebarang tindakan untuk menyertai UMNO pun, beliau telah berjaya menggertak dan menggoncangkan beberapa pihak di dalam UMNO sehingga memaksa mereka mendesak parti supaya menutup terus pintu kepadanya. Episod ini tentulah terhasil akibat kebimbangan sesetengah orang dalam UMNO mengenai kemungkinan Anwar akan memperolehi sokongan padu sekiranya beliau berhasrat kembali ke dalam parti.

Jalan ke Putrajaya masih lagi melalui UMNO. Sekiranya Anwar masih bercita-cita menduduki kompleks Perdana Menteri, sungguhpun beliau dilaporkan berkata tidak mengejar jawatan tersebut, maka beliau harus mempertimbangkan jalan UMNO. Namun adalah tidak bijak untuk beliau memulakan langkah yang sedemikian pada masa ini. Sementara beliau "menyambung jambatan" dengan Perdana Menteri, Anwar tidak boleh mengetepikan para penyokong setianya daripada kalangan pembangkang dan juga Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) begitu sahaja.

Semasa di dalam kerajaan, Anwar, seperti mana pemimpin UMNO yang lain, merupakan seorang yang tegas dan lantang terhadap pihak pembangkang dan NGO-NGO yang anti Kerajaan dan UMNO. Namun mereka menyokong beliau ketika UMNO menyingkirnya. Justeru itu, beliau tidak boleh kelihatan tidak tahu bersyukur. Pembangkang tidak akan mengalami sebarang kerugian. Malah bukanlah masalah kepada mereka untuk menentang Anwar sekiranya beliau meninggalkan mereka.

Landasan terbaik beliau adalah melalui NGO, media asing, think tank antarabangsa dan Kumpulan Lobi. Beliau mempunyai jaringan yang luas dengan organisasi ini melalui tajaan dan naungan aktiviti mereka semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tidak ada pemimpin Malaysia – termasuk Dr. Mahathir, di sebalik banyaknya kunjungan antarabangsa beliau – berjaya menghasilkan hubungan dan jaringan antarabangsa sebagaimana Anwar berjaya lakukan.

Dengan kenalan dan rakan kongsinya meneruskan kejayaan dalam dunia korporat semasa ketiadaan beliau, Anwar sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk mengutip dana bagi kegunaannya, melainkan beliau "mencipta" sekumpulan usahawan dan peneraju korporat yang tidak tahu berterima kasih. Kebanyakan daripada mereka berjaya dalam dunia korporat dalam masa yang singkat dan pada usia yang muda disebabkan naungan beliau.

Malahan, sebahagian tokoh utama kumpulan ini menang dalam pemilihan Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini. Imej yang disalurkan oleh CNN dari Munich ketika beliau berada di hospital menunjukkan betapa kumpulan ini masih lagi bersatu dan berhubungan.
Sungguhpun berisiko dituduh berniat jahat, saya mesti juga mengajukan persoalan ini, "Adakah kita sedang melihat kemunculan Anwar sebagai "Mutan X" politik Melayu-Muslim? Boleh atau dapatkah beliau menjadi "broker politik" - yang tidak kelihatan dan tersembunyi - dengan berkesan di dalam politik Melayu-Muslim, yang menjadi mercu tanda ABIM semasa di bawah pimpinannya dahulu?

Jawapannya hampir pasti "Ya". Bezanya mungkin pada kaedahnya. Ia mungkin lebih merupakan perjuangan mengenai hak kebebasan dan bukannya perjuangan politik semata-mata.

Walaupun Dr. Mahathir tidak lagi memegang tampuk kepemimpinan dan Anwar dapat menggunakan sepenuhnya persekitaran politik yang lebih bebas, namun beliau sendiri mempunyai "bebanan" yang menyebabkan usaha melakukan "comeback" dalam politik perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan berhati-hati.

Justeru itu, NGO merupakan pentas terbaiknya. Melalui mereka, beliau boleh membentuk hubungan akrab dengan aktivis sosial, penyokong hak kebebasan sivil dan juga pelajar. Golongan ini tidak mudah menghukum atau membuat penilaian negatif, sebahagiannya kerana mereka terlalu muda untuk mengingati apa yang berlaku sedekad yang lalu. Dengan itu, Anwar boleh mengharap daripada sindrom "mudah lupa" orang Melayu.

Beberapa bulan mendatang mungkin akan lebih menarik untuk negara, sungguhpun media tidak memberikan pendedahan yang banyak kepadanya. Justeru, pembaca perlu melayari internet dan membaca apa yang dikatakan di situ oleh para penulis blog. Anwar mungkin tidak begitu berminat dengan idea hebat Mahathir mengenai Koridor Raya Multimedia (MSC), namun kelihatannya, beliau yang banyak mendapat kelebihan dan keuntungan.

Terjemahan daripada artikel Anwar’s
Political Mutation Malaysian Business,
1-15 Disember 2004

6 comments:

hjghaz said...

Datuk KJ,

Saya ada beberapa "masalah" dengan penjelasan Datuk. I feel "the spin-master in you is still alive". Harap maaf saya adili Datuk sebegini, sebab saya ambil kesempatan yang Datuk berikan dalam blog ini.

1. Dalam Post "Ahli politik di seret ke Mahkamah" Datuk menyimpulkan Mahkamah digunakan untuk menghalang tuduhan pengkritik diulang atau disebarkan. Isu KJ vs Husam saya fahami kerana ianya baru berputik tapi berbeza dengan isu Anwar vs Mahathir. Kes Liwat Anwar telah dibicarakan, diselesaikan, dan dibebaskan sehingga Mahkamah Persekutuan (bukannya Mahkamah Rayuan seperti tulisan Datuk). Yang timbul adalah Mahathir yang tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Dan "media" Datuk dulu adalah yang tersohor bersubahat, menyebarkan, mengulangi, dan mendedahkan "perilaku" Anwar. Ramai yang rasa malu dengan apa yang dicetak.

2. Datuk self-declared Anwar masih seorang Kawan. Kalau yang selama ini Datuk lakukan kepada Anwar, perbuatan kepada kawan Datuk, Saya sangat-sangat risau nasib semua kawan-kawan Datuk. Datuk tidak dapat lari dari tanggungjawab seorang Muslim hanya dengan kenyataan "Anwar tahu apa yang tersurat dan tersirat" Saya tak nampak Datuk ada perasaan kesal atau ralat sehingga kini. Ini bukanlah contoh yang baik untuk anak-anak kita dan generasi akan datang. Datuk mungkin berpendapat ini hanya isu antara Datuk dan Anwar tapi bagi rakyat Malaysia ia adalah penyumbang kepada satu detik hitam dalam sejarah atau peradaban Bangsa Malaysia dan Umat Islam kita. Saya tiada apa kaitan langsung dengan Anwar melainkan saudara sesama Muslim. Bagi Saya apa yang Datuk turut lakukan kepada Anwar adalah zalim. Sesaorang yang berani mengakui kesilapan dan memohon maaf adalah sesaorang yang paling mulia disisi ALLAH.
Saya juga akan akui saya silap dan mohon maaf pada Datuk jika Datuk dapat justify dan membuktikan segala apa yang Datuk lakukan adalah benar sebenarnya.

Wassalam

Pelabur said...

Kalau datuk tak sebut nama Mahathir mungkin dpt simpati saya. Umno akan jatuh sbb musuh dlm selimut.

Anonymous said...

hjghaz,

Saya juga ada masalah dengan penjelasan saudara. I feel "excessive obsession to this man in you is still alive".

Saya ada membaca keputusan hakim yang membebaskan beliau. Saya bersetuju dengan keputusan hakim itu dengan segala "technicalities"nya. Tapi yang lebih penting, saya juga bersetuju dengan kenyataan hakim yang sama yang tidak menafikan kemungkinan terjadinya perilaku itu.

Walau bagaimanapun, bertaubat dan bermaafan adalah lebih baik bagi semua pihak.

James said...

Yes. The feul price hike and inflation hit the middle class people like us hard, and lower-class people even harder!

So the rich one get richer, the poor one becomes poorer.

kuntakinte said...

Assalamualaikum Datuk dan sahabat yang memberi komen.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana Datuk meruangkan sedikit masa untuk menjawap persoalan yang ditibulkan di dalam Blog ini.

Syabas kerana Datuk sedia dikritik sebagai seorang media dan bertangung-jawap sepenuhnya oleh setiap penulisan Datuk.

Saya tiada lagi komen atau nak di tambah di sini hanya saya ingin mengingatkan kita semua bahawa setiap insan akan menemui Allah swt apabila masa yang ditetapkan itu tiba. Kita boleh memberi segala macam alasan dan penjelasan sekarang, tetapi tidak boleh buat sedemikian di akhirat.

Dengan mengambil sekeping prinsip Datuk iaitu - saling ingat mengingati antara insan, saya berharap Datuk renung dengan sedalam dalamnya tentang segala peristiwa lampau yang telah Datuk lalui semasa Datuk menjadi orang media.

Ya, saya setuju dengan ungkapan Datuk - Dan siapakah kita untuk membuat keputusan dan ketetapan sama ada seseorang itu, termasuk Dr Mahathir, beramal dan beribadat atau tidak? Bukankah satu dosa mencurigai amal dan ibadat orang lain?

Tetapi kalau dengan perbuatan sesorang itu menzalimi insan lain termasuk rakyat jelata, tidakah sedikit sebanyak kita boleh buat andaian yang perbuatan itu salah disisi ugama dan harus dikeji?

Yang pentingnya ialah kita jujur dengan diri kita dan pasti lagi yakin bahawa suatu hari kita akan dipersoalkan di atas segala perbuatan kita di dunia. Masa itu, kita tidak boleh memberi jawapan yang menyelamatkan diri kita walaupun kita cuba dengan segala daya. Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi itu.....?

samurai said...

Salam Dak,

Kenyataan yang tersurat adalah usaha manusia,
Kenyataan yang tersirat ada penentuan
Allah (Kun Fa Kun)
Jika usaha/permohonan manusia dimakbulkan, maka nikmatnya Qadha
Jika tidak, nikmat nya Kada'

Hanya kepada muslim yang mengenal apa itu IMAN, maka datang nya qadha atau kada' adalah nikmat baginya

Maka apa juga yang telah berlaku, janganlah dikesalkan, hanya gunakan akal(zat yang terakhir dimasukkan ke tubuh ADAM) usahakan amalan2 fardhu 'Ain dan Kifayah yang telah diperintahkan Allah swt melalui suruhan NYA, Nabi Muhammad s.a.w.

Muslimin/muslimat dan manusia sejagat akan hidup aman dan sentosa
jika akur kepada agama Allah,

Wallahu...

Alfatihah, Amin.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).