Wednesday, September 24, 2008

Kini Anwar Guna Alasan Perlembagaan

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

TANGGAL 24 September Anwar Ibrahim hadir sekali lagi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk perbicaraan tuduhan liwat ke atasnya.

Dia hadir sebagai Ketua Pembangkang walaupun beberapa “deadline” yang diuar-uarkan sebagai saat beliau merampas kuasa daripada Abdullah Ahmad Badawi datang dan berlalu.

Anwar masih menanti. Abdullah terus menjadi Perdana Menteri. Rakyat jelata tambah muak dan benci.

Anwar menyalahkan kehambaran 16 September ke atas keengganan Perdana Menteri bertemu dia untuk “membincangkan peralihan kuasa.”

Abdullah berkata tidak perlu berjumpa kerana Anwar berdusta mengenai Ahli Parlimen Barisan Nasional yang akan menderhaka.

Tetapi Abdullah seolah-olah percaya pula apabila tergesa-gesa menghantar 49 MP BN ke Taiwan kononnya untuk belajar mengenai pertanian.

Kemudian dikhabarkan pula yang Anwar akan guna saluran Istana untuk memaksa sidang Parlimen diadakan supaya undi tidak percaya terhadap Abdullah boleh dikemukakan.

Semua tarikh yang diuar-uarkan itu berlalu, usaha Anwar menemui jalan buntu, Abdullah tetap orang nombor satu walaupun dikatakan kurang menentu, ekonomi negara tambah celaru dan rakyat jelata makin keliru.

Namun semua ini tidak menghalang Abdullah untuk terus mendakwa jadual peralihan kuasa berjalan seperti biasa, segala-galanya terselia dan rata-rata pembesar Umno dan BN menyokongnya.

Anwar pun begitu juga. Dia terus mendakwa sudah ada cukup MP BN di dalam poketnya dan sekadar menunggu masa sahaja.

Lantas, sebaik sahaja keluar dari mahkamah Anwar mempertahankan kegagalannya menjatuhkan Abdullah dan berkata dia ada cukup sokongan untuk merampas kuasa.

Untuk itu, Anwar menyeru agar kita semua bersabar kerana menyingkirkan BN yang sudah setengah abad berkuasa adalah tugas yang sukar dan memerlukan masa.

Sejuk rasa hati mendengar Anwar meminta rakyat jelata bersabar. Bukan apa, yang sebelum ini tergesa-gesa hendak rampas kuasa bukan rakyat jelata tetapi dia.

Sekarang Anwar memberitahu kita dia harus teliti kerana undang-undang negara wajib dihormati.

Katanya: "Saya merayu kepada warganegara Malaysia, khasnya yang mahu perubahan, agar memahami keadaan dan bersabar sedikit lagi kerana kita tidak mahu melanggar Perlembagaan, peraturan dan aturan.”

Abdullah berkata Anwar berdusta. Anwar membalas kalau tidak percaya silalah cuba. Panggil sidang Parlimen dan dia akan tunjukkan buktinya melalui undi tidak percaya.

(Saya terbaca sebuah jenaka dalam bahasa Inggeris yang berbunyi “the only time politicians tell the truth is when they call each other liars”. Dalam bahasa Melayu, satu-satunya waktu orang politik bercakap benar adalah ketika mereka memanggil satu sama lain pendusta.)

Abdullah, Anwar dan semua warganegara tidaklah perlu tunggu terlalu lama. Pada 13 Oktober ini Parlimen akan bersidang semula.

Anwar boleh menguji hasratnya merampas kuasa. Itu pun kalau Abdullah tidak sekali lagi menghantar MPnya untuk melawat ke luar negara.

Sementara itu, tidak ada siapa pun boleh menghalang kita membuat teori, telahan dan tekaan siapa bercakap benar, siapa berdusta dan siapa yang sebenarnya tenggelam punca.

Kita boleh mulakan dengan membuat tekaan mengapa Timbalan Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak membatalkan kunjungan Amerika Syarikat selain alasan kesibukan di Kementerian Kewangan.

Khabar yang dibawa oleh angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, terjadi lagi rundingan dan tawar menawar antara Mohd Najib dan Abdullah mengenai isu peralihan kuasa.

Dengan ini semua, pasti tambah meriahlah Hari Raya kita.

64 comments:

Zahar said...

Eh senangnya tulisan Dato di mata, macam pantun. Ada irama, macam boleh buat lagu.

Tabik respek, Dato!

Bung Karno said...

Sungguh tidak kita menyangka,
Datuk juga pandai bermain bahasa,
Ibarat pendita menyampaikan cerita.

Kisah si Anwar yang gila kuasa,
habis ditipu rakyat jelata
dengan alasan dan berdalih belaka.

Anwar menanti 13 Oktober ?
Atau ternyata sekali lagi dia pendusta ?

abe MIE 'TERJAH' said...

datuk dan pembaca blog.

pemimpin kena bijak atur strategi

http://pkrpasdap.blogspot.com


GIMIK POLITIK DAN GIMIK RAYA

Orang politik, perlu asa starategi dan buat strategi. macam anwar dan tun dr mahathir. kalau diam jadi besi berkarat...

dah ramai ahli politik jadi besi berkarat.

orang suka tak suka biasalah..tapi kena ingat, ramai tak suka TDM tapi dia berjaya mentadbir negara dengan majoriti 2/3.

anwar walaupun orang tak suka pasal hubungannya dengan Amerika dan media asing, namun dia berjaya dengan penyokongnya.

Kalau kita lembik, kita akan ketinggalan. karl Marl, pengasas ideologi komunis pernah memberitahu, persaingan politik tidak ada beza dengan persaingan dalam ekonomi. siapa kuat dia menguasai ekonomi dan menjadi bos? tidak ada beza dengan politik.

Kalau masalah perlembagaan pokok utama untuk anwar jadi PM, jadi dia kena angkur..kena ingat, anwar bukan seorang ahli politik kampung, dia adalah ahli politik angkasawan. ada sahaja rancangan dan gimik politik cuba disenssasikan.

Sama dengan raya, kalau tidak ada bunga api, tak meriah. jadi bunyi bom katak perlu juga walaupun dia bahaya supaya suasana raya itu meriah...

Gimik Raya dan gimik politik juga mungkin hampir sama...mahu benda bunyi bommm dan suasana 'budak' main bunga api...

adlibudiman said...

a funny one indeed, like seeing 2 siblings fighting over candy, one claims he has the money to buy it but won't show it and threats that he's telling mom, while the other one thinks the former is just bluffing

the latter still prevails cause he's still sucking on his lollipop

Bung Karno said...

Tahniah dan terima kasih Datuk AKJ kerana berjaya mendapat rights membukukan coretan chedet.com yang pasti menjadi simpanan koleksi klasik dan berharga seperti 'Dilema Melayu'.

Sebelum itu saya sentiasa khuatir coretan itu juga akan dimonopoli oleh seorang penerbit bukan Melayu yang dapat hampir kesemua penulisan dan karya terbaik YAB Tun M. ketika beliau menjadi PM.

Indigo said...

Scribe,

Yang Busuk Hati
(siapa kata saya tak gumbira?)

Ya Allah!
tiada jalan lainkah
nak dimulakan cerita?

Masyaallah!
Disamakan abdullah dengan anwar?
makanan anjing atau sapertinya?

Subhanallah!
Main teka-teka
main bisik-bisik
main pandang-pandang
eh-eh pandai bikin cerita

yang tenggelam punca?
bertanyalah kepada dia kita
allahu akbar

(scribe, can you ask
tun che det kita
apa bunga bahasa camdek?)

alhamdulillah
wa la hawla wa la quwata
illa billahil-azizul-karim

terimakasih pak kadir
terima kasih banyak-banyak

wassalam

Anonymous said...

Salam Dato,

"Mari-mari kita lihat siapa yang kena", begitulah senario politik Anwar Vs. Pak Lah.

Tapi yang pastinya kitalah yang terkena - dengan masaalah ekonomi yang tak menentu sekarang dan kos hidup yang semakin membebankan.

Apapun dato, saya ucapkan Selamat Hariraya dan Maaf Zahir Batin. Semoga dato dikurniakan Allah SWT kesihatan yang baik dan teruskan menulis demi kebaikan bersama.

Anak Bayan.

Sukj said...

Datuk,

1. Kalau GIMIK kenapa perlu PANIK macam tikus dikejar kucing.

2. Sekarang ni siapa tikus siapa kucing?

3. Dan siapa pula ibarat harimau yang sudah tidak bertaring?

assiban said...

datuk dan pembaca blog,

Hari Raya Menjelang Tiba,
Pakatan Rakyat Tak Kunjung Tiba, Pak Lah Masih Memerintah Negara, Rakyat Jua Yang Terus Sengsara, Marilah Berdoa Pada Yang Esa,
Yang Terbaik Untuk Negara Tercinta,
Selamat Hari Raya Aidilfitri Mulia!

imah said...

Bagi saya tarikh 13 Oktober adalah penentu kepada retorik Anwar kerana pada tarikh itu parlimen akan bersidang tanpa perlu didesak-desak.

Jika dia benar mempunyai majoriti, maka berakhirlah kerajaan Barisan Nasional pada hari itu.

Hati saya terdetik kerana hari itu ialah TIGA BELAS HARIBULAN.

Dulu pun pada TIGA BELAS HARIBULAN Mac telah termaktub dalam sejarah BN hilang majoriti dua pertiga di parlimen.

Adakah TIGA BELAS HARIBULAN Oktober nanti akan terpahat satu lagi sejarah besar untuk BN?

Kita sama-sama saksikan apa pula helah bermadah Perdana Menteri dan timbalannya pada waktu itu

profit said...

Dear Dato,
If anwar is dead serious in having the emergency session,by now he should be sending his notice to the speaker,since the ruling needs a 14 day advance notice.Just in time for the 13th Oct session.I doubt he will do that,knowing Anwar who like to do the anti establishment way.

nawawidahalan said...

Assalamu'alaikum Datuk dan pembaca

Baguih jugak Anwar buat henjutan demi henjutan, kejutan dan tak terkejut pun, jadi bila Anwar henjut 1 tarikh, Pak Lah macam keletihan.

Pak Lah mcm kena hambat oleh tarikh dan isu Anwar. Nampak Pak Lah pun naik lelah jugak.

Najib entahlah, play save atau pandai makan, tak tau mana satu. Mungkin tak mau gopoh, takut dikejar tak dapat, dikendong berciciran.

Saya rasa depa semua mati kempunan kalau dak pun akan mati beragan.

Maklumlah, dunia yang dikejar kata pergi, kubur yang ditakuti setia menanti.

jom lepak blog saya cari kelainan temui kebenaran;

http://nawawidahalan.blogspot.com/

Propagator said...

Anwar is not a magician. He can neither pull wool over our eyes nor can he pluck rabbits out of a hat. But a clown he is surely becoming, though a queer one. And the people who are laughing at his jokes and enjoying his show are clowns themselves,
though lesser ones.
Selamat Hari Raya Dato'.
- Ahmad Iqbal.

Aina Emir said...

Saudara,

Tentu ramai yang dah jelak
melayan politik yang semakin mendak
pemimpin semua macam budak-budak
namun hati tak dapat mengelak
tetap kemari tak boleh kata tidak

Tabik 'spring' kepada penulis
ada-ada saja tak pernah habis
menjadi rujukan semua lapis
ada yang komen berbaris-baris
ada yang berani ada yang giris

Kerana ketagih aku hilang bosan
tetap ke sini mencari hiburan
mungkin terngintai-intai Si Anak jantan
kot ada yang boleh dikesan
tapi malang, yang ramai pondan!

Huh, saudara...
maaflah di bulan Ramadhan
tersasul dengan sebutan
sebenarnya itu bukan tujuan
tapi... aduhai, apa nak kukatakan
satu realiti bukan lakonan

Anonymous said...

Salam Dato'..

Ramai pengunjung ke pekan hari akan singgah sat kat tempat orang jual ubat. Memang ramai yang akan singgah tengok ubat apa yang dia dok try promote, lebih lebih lagi kalau penjual ubat tu bawak bersama dengan ular-ular tedong dll. Sampai lenguh lutut kita tunggu nak tengok aksi ular berbisa tu. Macam tulah juga dengan Anwar ni.

azmi.

Anonymous said...

Dato

Mengambilalih kerajaan bukanlah satu usaha yang senang tambahan pula bagi yang sedang berkuasa takkan senang-senang nak serah kuasa begitu sahaja.

Bagi menyelesaikan impasse ini, senang sahaja. Paklah panggil sidang parlimen dan beri peluang Pakatan Rakyat kemuka usul tidak percaya dan biarkan MP mengundi tanpa apa-apa sekatan.

Kalau DSAi menipu, pasti dia tewas dalam undi tersebut. Setakat nak claim, kedua pihak boleh claim macam-macam.

*akatan rakyat kata mereka mempunyai jumlah yang cukup. Kerajaan pulak kata DSAI menipu. Jadi, jalan terbaik panggil parlimen bersidang, buat undi tak percaya - kita tengok keputusan!

Persoalannya - adakah AAB berani nak panggil parlimen bersidang dan mengundi? Saya rasa bung karno dan abe mie 'terjah' bersetuju dengan cadangan saya.

Kita selesai babak ini secara anak jantan. Takat nak claim - semua orang boleh claim.

bat8

kumbang said...

datuk,

masa kecik-kecik dulu saya pergi sekolah berjalan kaki. dalam perjalanan saya mesti banyak orang buang tin susu kosong... saya sepak laa... bunyinyaa kuat tongggg tinggg tongggggg...

sampai disekolah, cekgu bahasa melayu ajar istilah "bagai tin kosong", terus saya faham apa maksudnya..

Tuan Ahkelaken said...

anwar sudah gila nak jadi pm, tapi bukan perdana menteri tapi Pembohong Masyarakat sebab PM pak lah punya, pak lah tak jadi nak letak jawatan.....

anwar " aku nak pm......"
pak lah " pm aku punyaaa....."

?????

Manjung Mari said...

Salam Datu!

Apapun bagi saya DSAI telah berjaya menjalankan misinya. Memang ia tidak berjaya lagi mengambil alih pemerintahan tampuk negara, tetapi DSAI telah berjaya memotivasikan rakyat M'sia bersatu untuk menjatuhkan UMNO/BN. Itu pasal PM berkata DSAI bahaya kepada ekonomi negara, salah tu sebenarnya bahaya kepada UMNO/BN. Sekarang secara realitinya kita rakyat golongan muda semua bangsa Melayu, Cina dan India telah bersatu di bawah PR, contoh kita lihat pada penamaan calun PP tempohari. Jadi DSAI telah berjaya menyatukan rakyat berbilang kaum, kalaukan tidak mana mungkin majoriti bertambah, itu pasal pencacai UMNO semasa membuat laporan Polis semalam di Gombak berkata Anuar pengkianat bangsa, kianat apa, masaalahnya UMNO dah tak dipercayai lagi oleh semua kaum, bahkan dalam parti mereka sendiri sentiasa bergolak, ada yang sokong, ada yang tolak peralihan kuasa...katalah bulan depan pun tak jadi, tak apa rakyat dah faham dengan kerenah pemerintah negara, tunggulah PRU13, sama-sama kita tahu apa jawapannya..

Dari Borneo ke Minang said...

Sdr. A Kadir Jasin & para pengomen sekalian,

It's good to be back.
It's good that Anwar is not the PM.
But it is NOT good that Pak Lah is still the PM!

Saya ada banyak persoalan yang ada ketika membuat saya risau dan kadangkala membuat saya meluat!

Bila agaknya Pak Lah nak turun takhta?
- Bila menantu dah jadi Ketua Pemuda UMNO? Atau bila menantu dah dapat pencalonan yang cukup?
- Bila anak dah dapat kontrak berbilion-bilion? Tapi dah dapat banyak jugak kan?

Bila agaknya Najib akan bertindak?
- Bertindak apa?
- Bila orang-orang dia dah settle kat MOF? Khazanah?
- Bila pulak Rosmah nak dapat "aide" dari kalangan orang terpilih dari MOF? dari Khazanah?

Bila agaknya Ku Li akan dapat pencalonan untuk jadi Presiden UMNO?

Bila agaknya Muhyiddin akan dapat pencalonan untuk jadi Timbalan Presiden UMNO?

Banyak lagi persoalan-persoalan yang nak diketengahkan tapi saya kena buat kerja supaya dapat gaji.

Gaji tetap sama. Walaupun sedikit, tapi berkatlah jugak pasal bolihlah cukup untuk belanja rumah, antar anak sekolah.

Tak mampu beli Mercedes atau BMW tapi takat beli kereta biasa bolihlah.

Tak mampu pergi cuti luar negara. Takat pegi daerah sebalah cukuple!

Tak mampu antar bini kat Beauty Salon di Mid Valley buat facial-lah, buat enhancement sini-sanalah, mandi spa dll.

Tak dapat itu semua tapi alhamdullillah, masih cantik jelita dan menawan bini saya. Tak perlulah saya pergi cari awek baru ke, awek negara lain yang jauh ke yang dekat ke!

Tak mampu nak buat rumah besar walaupun bergaji. Orang lain mampu buat rumah, beli rumah walaupun merengkuk dalam penjara!

Tak mampu milik rumah di Damansara Heights. Kat Soromban cukuple. Nak tambah bilik air satu lagi pun tak mampu!

Alangkah malang nya kehidupan saya. Tetapi saya tetap bersyukur kerana:
(1) ada isteri yang bolih menjadi teman hidup;
(2) ada rumah yang bolih dipanggil "home";
(3) ada anak yang dapat pergi sekolah;
(4) ada kereta yang bolih bergerak tanpa rosak;
(5) tidak tidur semasa bekerja;
(6) tidak lambat untuk meetings;
(7) tidak menipu orang lain;
(8) tidak cakap bohong;
(9) tidak memberi serta menerima "saguhati"; dan
(10) tidak perlu guna Perlembagaan untuk buat alasan.

Tidak perlulah saya menipu diri sendiri seperti para pemimpin-pemimpin politik!

Sekian.
Dari Borneo ke Minang

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Datuk,

Mungkin juga pembatalan kunjungan Datuk Najib ke PBB, ada yang penting akan berlaku. Tetapi ada juga pihak yang menyusun atur supaya NGO bersuara dan menyokong Pak Lah.

Sukar juga nak ramal, samada Pak Lah akan kekal atau pun peralihan akan berlaku sebelum mesyuarat perwakilan bahagian bermula lepas Raya nanti.

Nampaknya TSMY dah tak sabar lagi nak duduk kerusi timbalan. Tentunya KJ ada strateginya yang tersendiri, maklumlah nak jadi Ketua Pemuda mestilah cekap dalam segala hal, macam Anwar jadi Ketua Pemuda dulunya.

Apple Hijau said...

Salam Ramadhan buat Dato'

Nampaknya semakin hari kita di dendangkan SIAPA YANG BENAR?
SIAPA PENIPU?.....DAN SIAPA PENAKUT?

DSAI dengan angkuh kononnya pada tanggal 16 Sept akan berlaku perubahan kerajaan dari BN kepada Pakatan Rakyat. Selepas pilihan raya ke 12 yang lalu kita di dendangkan terdapat jumlah yang cukup dari Pakatan Rakyat bagi menukar kerajaan yang ada sekarang.

Persoalannya kenapa DSAI bertindak sedemikian rupa? Apakah beliau yang suka bercakap besar dan angkuh? Kenapa lontaran kata2 DSAI sejak 5 bulan lalu dianggap remeh oleh kerajaan yang ada sekarang.

Bila semakin hampir 16 Sept kita dapat lihat betapa panik dan gelisahnya para pemimpin BN. Sehingga bekas-bekas UMNO yang merajuk dulu kini menjilat semula ludah mereka.Alasan mereka kembali ingin memperkukuhkan UMNO dengan kaedah mempercepatkan peralihan kuasa atau mentabalkan Presiden Baru UMNO.

Rasa gerun terus menghantui lantaran itu MP barisan kerajaan untuk ‘dipaksa’ pergi belajar pertanian di Taiwan. Bulan Ramdhan yang mulia ini adalah lebih baik di kalangan MP muslim di hantar bertadarus sambil mengerjakan umrah.


Sekarang 16 Sept telah berlalu. Semua barisan kepimpinan BN menuduh DSAI adalah PEMBOHONG BESAR. Berdasarkan tindakan bekas-bekas UMNO kembali semula dan “melarikan ‘ MP ke Taiwan menunjukkan kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang LEMAH DAN PENAKUT .

Perlu ke kerajaan yang kuat dan mantap mengelabah dengan dakwaan seorang manusia sedaif DSAI . Apa yang ada pada batang tuboh insan DSAI ini. Dah lea usia menjangkau 60 tahun. Harta nya tidak lea sebanyak pemimpin UMNO masa kini. Cuma yang agak hebatnya dia ramai pengikut. Persoalannya apakah ramai pengikut dia ini dari jenis orang atasan, bangsawan dan jutawan? Yang jelas ramai yang terpesona dan tertarik dengan dia adalah golongan rakyat biasa.Hebat sangat ke DSAI ini sehingga mampu memukaukan bukan seorang dua tetapi ratusan ribu manusia untuk mendengar pidatonya.


Ahli politik yang bijak adalah seorang perancang yang baik , berani membuat keputusan dan ada gaya kepimpinan yang meyakinkan. Pada insan yang bernama DSAI ini ada ciri-ciri tersebut. Dia tidak perlu lontarkan BOM. Untuk menakutkan musohnya.cukup dengan kata-kata. Dia tak perlu menjaja diri keserata dunia, Sebaliknya dia di jemput.

DSAI kaki liwat. DSAI agen kuasa barat.DSAI pembohong.DSAI suka berdolak dalik.DSAI menggugat keselamatan negara dan ekonomi negara. Wahai pemimpin BN di mana saksiah diri kamu sendiri. Kamu ada kuasa…ada RAMAI pemikir2 dan perancang yang bijaksana …dan kamu pentadbir undang2.
Jawaplah tomahan DSAI sebagai manusia yang BERMARUAH..
Pendakwaan liwat dengan undang2 yang adil. Hujah dengan hujah. Bukan dok suka sangat melebalKAN orang. Jika DSAI minta gelanggang nak ‘bersilat’ di parlimen pada 23 Sept. Sahut lea. Apa nak di takutkan.Kan dikau ada RAMAI panglima hebat2 di parliman. Buktikan bahawa kerajaan yang ada kini mantap dan kukuh.

Mari kita mengimbau sukan tinju di zaman Muhamad Ali. Beliau adalah seorang jaguh sukan tinji yang benar2 berjaya memertabatkan sukan tinju di seluroh dunia dengan tutur kata dan gaya di atas pentas tinju. Kejayaannya mampu menonjolkan sukan tinju di minati ramai lebih ramai dari sukan bolasepak. Hebatnya beliau sehingga jalan raya ibukota KL menjadi sepi. Para pekerja mencari peluang ponteng kerja Sehingga pembelajaran sekolah di tangguh untuk menyaksikan perlawanan tinjunya.

Muhammad Ali mencabar dengan kata2 disusuli dengan aksi dan gaya di atas gelanggang tinju. Sekarang DSAI mencabar dengan dakwaannya. Ayuh sebagai anak JANTAN para pemimpin negara ‘bersilat’lah di atas gelanggang. Buka lea pentas yang bernama parlimen itu. Nanti kita akan tengok SIAPA YANG BENAR?
SIAPA PENIPU?.....DAN SIAPA PENAKUT?

Jika tidak kita sama2 tunggu sehingga 13 Okt ini….

anak parit said...

Salam Dato' AKJ,

Pembohongan PM AAB masih boleh diterima oleh para kabinetnya kerana masing-masing takut di'bukakan' fail bila bersuara macam Yong Teck Lee.
Pembohongan DSAI dicanang kononya pembohong besar sebab DSAI adalah PM yang menanti.
Bermula Oktober , kita akan tengok setiap bahagian UMNO akan mula mencalon semua jawatan dalam UM-NO, kita akan lihat betapa banyak 'tumbuk rusuk' akan berlegar didalam pencalonan tersebut.
Kalau dulu ia melibatkan jutaan RM, sekarang mungkin dah ok sebab "Slam Hadhari" PM AAB dah baiki akhlak orang UM-NO yang kita tahu memang 'buruk laku'.
Tajudin Rahman yang lantang bersuara kritik PM dah mula tutup mulut bila dilantik jadi pengerusi Felcra dan sokongan pada Najib dah kurang sikit, bila PM bagi jawatan tu pada Tajudin Rahman , dia dah suarakan sokongan pada PM AAB..itu boleh dikatakan apa ya??
Politik UM-NO akan menjadi politik picisan bila "segitiga kuasa" UM-NO tidak ada lagi pertandingan disebabkan "bijaknya" kuasa tertinggi "memelihara" jawatan Pres dari tidak ditandingi..
UM-NO akan terus dipinggir...
Inflasi makin naik...
Pelabur makin lari.....
Ringgit makin murah...
Media makin menipu bila nyatakan pelabur yakin peralihan kuasa...
Pelabur hanya yakin bila poket mereka penuh duit bukan penuh angin...

alahai BN dan UM-NO..makin memualkan

Anak_Parit

Tun Jeram said...

Salam,

Saya kira Anwar terpaksa berhadapan dengan realiti bahawa sebenarnya tidaklah mudah untuk mendapatkan Ahli Parlimen yang mencukupi, yang mahu "berpindah" daripada BN kepada Pakatan Rakyat.

Sebab itulah rancangan Anwar untuk "menubuhkan kerajaan" pada 16 September 2008 yang lalu tidak menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, ketidaktentuan dalam politik kita, dan pada masa yang sama pelbagai masalah yang melanda ekonomi kita, tentunya akan berterusan.

Penyelesaiannya barangkali hanyalah PRU 13. Mungkin ketika itu, kita akan tahu sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang akan mendapat sokongan rakyat, dan sama ada kita akan mendapat sebuah kerajaan yang stabil atau tidak.

dan kajang said...

As'kum Datuk,
Nampaknya politik diMalaysia ni dah macam tonton AF (Akedemi Fantasia).Cuma tak ada undian sms sahaja.Tiap2 minggu ada sahaja cerita sensasi yang kita dengar.

DS Anwar dengan cerita dongengnya untuk jadi 'hero' (PM) yang tidak menjadi.Berbagai alasan dan teori yang cuba dimainkan untuk membuat rakyat jadi suspence untuk tunggu endingnya.Tapi hingga la ni tak ada ending lagi.Rakyat terus menunggu hingga letih dan naik muak.Nak buat tak tahupun susah juga kerana tiap2 hari media mengongok berbagai cerita sensasinya.Terlalu banyak masa terbuang.DS Anwar ni memang racun perosak.Cukuplah tu. Buatlah kerja awak sebagai wakil rakyat yang dipilih dan tunggulah hingga PRU13.Kalau ada jodoh jadi awak PM.Kalau tidak???

Pak Lah pula,rakyat telah memberi warning bell kepadanya semasa PRU12 agar Kerajaannya berbuat sesuatu untuk mengubah corak kepimpinan yang lebih berkesan dan dinamik lagi,sejajar seperti peninggalan pemerintahan Tun dulu.Tapi nampaknya setelah hampir 8 bulan memerintah selepas PRU12,rakyat bukan sahaja tidak nampak apa2 perubahan positif yang boleh dibanggakan, bahkan banyak kerosakan yang dilakukan dari masa ke semasa.Rakyat dah hilang sabar dan tuntut untuk perubahan kepimpinan.Majoriti rakyat sebenarnya masih sayang kepada Umno dan BN.Cuma mahu suatu perubahan kepimpinan sahaja.

Kita harap Pak Lah sedar kehendak rakyat ini.Jadi kalau nak lepaskan jawatan eloklah dibuat segera.Selewat-lewatnya semasa Perhimpunan Umno bulan Disember ini.Elok Pak Lah tolak pencalonan mulai dari Ketua Bahagian dan seterusnya sebagai Presiden.Ini lebih terhormat dari kalah dalam pemilihan atau tewas dengan undi tidak percaya terhadapnya.

Bagi DS Najib,TS Mahyidin dan Ku Li pula eloklah duduk berbincang tentang pelan peralihan yang lebih teratur dikalangan hampa bertiga.Cara ini tentu ahli Umno dan BN serta rakya boleh terima.

Haji Mustapha Ong said...

Salam Dato'KJ,

Elok lah pada hari khamis yang mulia ini, kita kurangkan percakapan politik,lebih-lebih lagi di penghujung Ramadan.

Sungguhpun demikian,ada segelintir pmimpin dan penyokong-penyokong mereka waktu beribadah untuk membincang dan merumuskan strategi mereka semata-mata utuk merebut kuasa politik sebagai landasan duniawan bagi mencari pangkat, kuasa, kekayaan dan kemewahan di sempadan antara kedua-dua pusukan dunia dan akhirat.

Kita doa'lah semua pemimpin-pemimpin yang benar-benar memasuki arena politik untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat yang masih menderita, akibat suasana politik yang tidak menentu, serta kedudukan ekonomi yang lembab yang telah menjejaskan kesejahteraan rakyat.

Jangan mereka asik berpolitik aje dan lupakan kebesaran Tuhan atau bertakwah hanya mengikut "mood" dan citarasa mereka, khusus nya dalam bulan Ramadan yang suci dan mulia ini. Saya sokong pendapat banyak pihak beragama Islam, termasuk sdri Nuraini Samad bahawa, "Ramadan ini adalah paling sedih bagi semua umat Islam sedunia, termasuk apa yang sedang berlaku di negara kita, dan juga di rantau penjajahan pemerintahan Islam di Asia, Amerika, Arab, Cina, Indian Subcontinent dan ASEAN.

Di Malaysia,kita hidup di dalam suasana "ketakutan" di dalam dan diluar rumah kita sendiri. Setiap hari ada pembunuhan yang kejam serta kematian rakyat di dalam keadaan terkejut, gulungan tua, muda dan kanak-kanak.Tidak ada tempat yang aman dan selemat pada masakini, yang ada cuma "social risk takers,mat repit, matjenin berpolitik dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang 'berkamikazi' ala Malaysia".

Akhirkata sdr Anwar nak tipu rakyat sebulat-bulat nya, hanya merugikan impian politik beliau semata untuk merebut kuasa dan menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional.Hang dan aku dah lama berpolitik sejak tahun enam puluhan dan telah melalui saat-saat pahit, manis, duka dan suka sebagai orang pertengahan berpolitik tanpa jawatan yang memberangsangkan.

Allah masih menyayangi kita, masih sihat, kuat dan cukup makan dan rehat, disamping keluarga kita yang berjaya dan bahagia, ameen.

Pesanan kepada semua pemimpin-pemimpin UMNO/BN, berpolitik itu baik, tetapi orang yang mengeksploitasikan suasana politik amat merbahaya,patut dimasukkan ke pintu besi kem Kamunting yang telah diiktiraf sebagai "Bangunan Heritage Politikus Negara bertaraf Universiti".

Seulas bunga impian politik untuk Sdr Anwar Ibrahim yang berbunyi:
" The mistake a lot of politicians make is in forgetting they have been appointed(Opposition Head)and thinking they have been anointed" (MRS. CLAUDE PEPPER)
" If you think politics easy try standing on a fence while keeping one ear to the ground"
(Mustapha Ong, the only one ONG)
" Party honesty is party expedience".
(GROVER CLEVELAND,NEW YORK)
" All political power is a trust".
(CHARLES JAMES FOX)
" Politics made strange bedfellows, but they soon get accustomed to the same bunk".
(Mustapha Ong, the patriotic guy)

Last but not least Bro Sheikh:
" ALL POLITICAL PARTIES DIE AT LAST OF SWALLOWING THEIR OWN LIES"
(JOHN ARBUTHNOT - A tribute to the Life of Emerson).

Selamat berjuang kematian demi Agama, Bangsa, Negara dan Peribadi asalkan jangan berhenti jadi orang!

-WADAH- said...

Penantian Terus Menanti...

Tatkala penulis menulis, tarikh adalah 25 September 2008 i.e. sudah sembilan (9) hari selepas 16 September; hari yang dicanang-canang sebagai penggulingan kuasa. Pun begitu, Anwar masih lagi menaruh harapan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri jua dengan menggunakan "lompat parti" sebagai jalan menghalalkan cara beliau. Tiap kali bersua dengan media, pasti akan terpancul dari mulut beliau yang penuh karisma betapa beliau telah mendapat cukup ahli parlimen BN yang akan melompat parti.

Anwar menasihatkan rakyat supaya bersabar sebab peralihan kuasa akan dibuat juga. Sampaikan Najib pun tak senang nak ke AS dek karenah Anwar ini. Penulis sebagai rakyat juga sudah tak faham apa nak jadi dengan politik tanah air. Atas nama rakyat, Anwar menegaskan bahawa beliau perlu menjadi PM untuk memacu negara ke arah situasi yang lebih baik; katanya.

Penulis sendiri pelik, rakyat semakin bosan dengan sikap Pak Lah atau rakyat semakin muak dengan politik Anwar. Kalau penulis diberi pilihan, sejujurnya penulis tak dapat nak pilih yang mana satu yang paling kurang mendatangkan keburukkan.

Tuan Guru Nik Aziz; Mursyidul Am Pas ada mengatakan bahawa lompat parti bukanlah satu perkara yang baik. Malah beliau sendiri seakan tidak merestuinya. Tapi apakan daya, tatkala matlamat menghalalkan cara? Tak gitu caranya. Kalau tak sabar-sabar nak gunakan pintu depan secara pilihan raya baik gunakan jalan belakang lompat parti Pakatan Rakyat pula!

Maklumlah, pilihan raya Malaysia tak pernah bersih! Penuh dengan kekotoran yang busuk lagi membusukkan. Keputusan Permatang Pauh tempoh hari adalah keputusan yang tidak tepat! Sepatutnya, yang mengundi calon BN seorang pun tak dapat! Sebenarnya, Anwarlah yang selayaknya menang besar. Menghilangkan wang pertaruhan. Sepatutnya Anwar sapu bersih semua undi di situ. Mesti ada kesilapan yang menyebabkan majoriti sekadar 15000.

Jadi, cara yang paling senang ialah ikut belakang. Pancing MP-MP yang dah menang supaya terjun ke Pakatan Rakyat lalu gulingkan kerajan. Cara ini lebih suci lagi lebih cepat; untuk mendapatkan MANDAT RAKYAT.

Semua orang dah menyampah dengan Pak Lah. Apa sahaja yang Pak Lah buat tak pernah betul ! Hatta turun 10 sen pun harga minyak sebenarnya tak patut. Patutnya turun sampai 50 sen seliter! Pak Lah buta ekonomi ! Terlalu ikut kehendak Anak Bini Menantunya !

Haruslah semua rakyat Malaysia menanti pertabalan Anwar sebagai Perdana Menteri. Haruslah juga semua rakyat Malaysia mengharapkan keajaiban yang dibawa oleh Anwar nanti. Anwar merupakan bakal PM yang paling disayangi oleh rakyat. Seluruh rakyat Malaysia menantikan detik waktunya. Seluruh rakyat sabar menanti masa tempoh peralihannya. Seluruh dunia menantikannya.

Anwar akan membawa Malaysia ke mata dunia. Anwar akan memacu ekonomi negara ke arah yang lebih sempurna. Anwar akan menghapuskan jurang kemiskinan rakyat Malaysia. Anwar menyemai kedamaian sejagat idaman semua!

Atau.... sekadar satu penantian bagi memenuhi satu penantian. Bak kata Almarhum guru penulis,
Lanjutkan masa untuk mengharap,
Walaupun harapan sekadar sarapan,
Dan akan pahit pada makan malam...

Selamat Menanti dan terus menanti
Moga impian Anwar Jadi PM menjadi realiti....
(Atau kekal jadi fantasi ?...)
Wassalam.

sawit futures trader said...

Salam Dato'

Saya pernah katakan dalam komen saya terdahulu, jadi atau tidak, kita tak perlu tunggu.

Saya kira kalau betul-betul Pak Lah sahut cabaran Anwar untuk bersidang, baru lah betul ayam jantan berlaga. Jika Anwar bohong, Pak Lah dapat kukuhkan kerajaan. Jika Anwar tak bohong, Anwar dapat tukar kerajaan.

Bila harga minyak dinaikkan dari RM1.92 ke RM2.70, harga pasaran dunia pada sekitar USD125.

Lepas tu naik hingga USD145, turun ke USD90 dan kini di USD110.

Minyak kita harganya RM2.45.

Ini yang saya tunggu supaya harga minyak jadi kurang dari RM1.92 tapi tak dapat jugak.

Cucu Tok Selampit said...

Salam Dato' AKJ,

Saya tak mahu komen fasal isu kerana rakyat sudah muak dengan isu Anwar - Abdullah ni. Dua-dua orang Pulau Pinang yang terkenal dengan borianya. Apa yang nak saya tekankan mengenai tulisan Dato' yang bersahaja, menyejukkan hati di bulan puasa.

Dari Permatang Pauh ke Putrajaya
Ingat nak tubuh kerajaan, rupanya beli baju raya.

Selamat Hari Raya Dato'.

Anonymous said...

Datuk,

Kalu nak kata Anwar berbohong rasanya tidak adil. Wan Azizah pernah minta nak kemukakan undi tidak percaya tapi tidak dibenarkan dgn bermacam2 alasan teknikal. Sekarang Anwar pula minta sidang tergempar utk tujuan sama bagi tunaikan janjinya, juga tidak diberi. Kita harap lepas raya ni Anwar tidak dihalang dgn cara2 yg tidak demokratik utk membuktikan yg beliau memepunyai sokongan. Saya tak berapa yakin yg beliau tidak akan dihalang (dgn cara tidak demokratik dan jijik) dari membentangkan usul itu. Kalau tak jadi pun saya tak kisah sangat. Saya akan kisah sekiranya harga minyak dikatakan akan naik mulai Ogos tapi Jun dah naik. Saya akan kisah jika Parlimen dikatakan tidak akan dibubar esok tapi berlaku sebaliknya. Saya akan kisah jika saya dapat appointment temuduga kerja jam 10 pagi tapi bila saya tiba jam 9 pagi telah dikatakan saya terlewat. Lagi pun apa fasal org BN bising jika Anwar gagal. Mereka sepatutnya bergembira dan berterima kasih kpd Anwar. Kalau ada org kata dia nak bunuh saya pada 16 Sept tapi tak jadi, saya bersyukur banyak2. Saya tak akan maki mereka kerana kegagalan membunuh saya!!!

dpd: anti compulsive liar

gudang cinta said...

Masya Allah! Cantiknya tulisan kali ini... leka saya dibuatnya....! Sampai ulang dua kali...!

azizibrahim said...

datuk dan semua komentator
tak perlu risau apo
13 oktober kan masih ado
kita tunggu dan lihat sajo
kot nnti pun takkan berlaku apo2?

kita lihatlah 13 oktober ni parlimen bersidang dan jika kerajaan BN tak tumbang juga saya menyeru rakyat jelata yg gian tu keluarlah anda dari imaginasi Anwar Ibrahim dan jika tak hilang juga gian tu nah tunggu saja pr 13 apamacam..boleh sabor tak?

baiklah ngo lain2 buat bantahan terbuka terhadap ngo yg KORO yg menyokong AAB tu kan bagus?

TPJ said...

Datuk, Salam.

Sememangnya ada tawar menawar diantara Najib dan Pak Lah. Tawar menawar ini adalah cara terbaik dan cepat bagi menyerahkan kuasa kepada Najib tetapi masalahnya, petualang2 di dalam Majlis Tertinggi dan Pengurusan sentiasa memecahkan tembelang membuat persetujuan itu gagal.

Saya kenal beberapa petualang2 ini yang suka bercerita tentang mesyuarat Majlis Tertinggi diluar dan kepada bangsa asing pun ada. Mereka ini adalah pengkhianat kepada bangsa. Seharusnya apa yang dibincangkan didalam mesyuarat MKT dirahsiakan sehingga pengumuman rasmi.

Insha'allah akan ada pengumumnan tidak berapa lama lagi. Diharap tidak ada petualang yang hendak "snitch" kepada press sebelum perkara ini berlaku sekaligus menggagalkan usaha tersebut kerana menghilangkan suasana keikhlasan menampakkan ianya dibuat kerana terpaksa.

Walau apapun keputusannya betul atau salah, perwakilan dibahagian2 boleh membuat keputusan muktamad samada kita terima atau tidak. Kalau terima, maka Najiblah yang dicalonkan Presiden dan kalau tidak, Tengku Razaleighlah yang di pilih. Itulah namanya demokrasi.

http://tpj-one-thepatriot.blogspot.com

pandaktukan said...

Bagi yang celek mata dan bersifat objektif, dia akan nampak, lihat dan membuat pertimbangan yg sewajarnya. Bagi yang buta sebab benci, prasangka dan sebagainya,tanda dan bukti yang tinggi menggunung seolah Petronas Twin Towers pun tidak akan kelihatan.

Hakikatnya adalah Anwar telah meminta secara rasmi kepada PM untuk sidang tergempar Parlimen diadakan. Kuasa untuk berbuat sedemikian terletak di tangan PM. Sebab apa Anwar (dan Hadi Awang serta Lim Kit Siang) berani membuat permintaan tersebut? Mestilah kerana mereka sudah mempunyai jumlah MP yang mencukupi untuk menjatuhkan kerajaan Umno/BN.

Sekiranya 3 individu di atas berbohong dan cuba mempermain-mainkan masyarakat, sidang parlimen tersebut adalah peluang keemasan untuk PM memecahkan tembelang mereka. Sebaliknya permintaan mereka ditolak bulat-bulat. Tuan-tuan dan puan-puan, fikirkanlah sendiri kenapa peluang keemasan untuk 'memalukan" Anwar dan rakan-rakannya ditolak oleh Abdullah Badawi.

Saya tak hairanlah akan pendirian Datuk AKJ dalam isu ini. Memang dalam apa-apa persoalan mengenai Anwar Ibrahim, Datuk AKJ tak berupaya atau tidak mahu bersikap objektif.

Bagi yang lain-lain, fikirkanlah dengan waras dan tenang. Pertukaran tampuk pemerintahan adalah satu usaha serius dan yang wajar dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Ia akan menjadi kenyataan, insyaallah, memandangkan sokongan ahli parlimen yang ada. Doa kita adalah untuk ia berlaku dengan aman dan teratur.

Selamat Hari raya kepada semua.

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

Salam Ramadhan al-Mubaarak:

Dato' AKJ dan sidang Skribe,

Kalau janji dah beranjak, maaf tidak terungkap, gundah jua sidia yang mengharap. Itulah sebabnya jangan biasakan dengan janji yang tak tertunai, kerana apa faktor KESALAHANNYA sekali pun - manusia akan terjun ke lembah NIFAK. Amaran Nabi saw itu sangat BERKAT dan MUKTAMAD.

Kembali kepada realiti yang ada. Pak Lah masih PM. Bolehkah si penguasa turun menyerah kalah dengan begitu mudah?..Kalau tidak dengan cara MENENGADAH ATAU TERNGADAH. Seperti negeri-negeri tumbang ke tangan PR, INILAH TENGADAH NAMANYA, BARULAH TERPAKSA MENYERAH. Dalam pada itu pun Datuk Seri Tajol Rosli masih mengatur strategi merampas kembali Perak ke tangan BN. Macam-macam onar dibuat, termasuk TANGKAP KEMUDIAN TUDUH konon YB-YB PR penerima rasuah..Geli teman dengor ceghitanyee..biyo bbebeno yob..ini ke mahkamoh sudah nyee...

DSAI, kumpullah kekuatan PR. Lawan terus lawan di medan nyata yang senang penonton lihat dan menyaksikan. Tidak perlulah "berteka-teki di dalam kelambu", nanti ramai orang akan meninggalkan kamu. Misi BESAR UNTUK NEGARA KAMU, KE MANA PULA ARAH TUJU?. Kalau hendak kalahkan Pak Lah BIARLAH DENGAN PUKULAN KO. UMNO/BN perlu di tubi KO, baru tidak ada dalih lagi dengan "angkara-angkara" yang meraka pernah lakukan.

Rasanya memadai untuk penyertaan kali ini Dato' dan sahabat-sahabat setia Scribe..SELAMAT MENGEJAR LAILATUL QADAR WALAU BERBAKI 4-5 HARI LAGI DAN SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN EIDUL FITRI.MAAF ZAHIR DAN BATIN HAMBA YANG DINI INI.

Wassalam

Arau

PERLIS DARUS SUNNAH

A KADIR JASIN said...

Sdra/Sdri Gudang Cinta,

Berpuisi, berseloka itu kepandaian orang lama.

Kita diajar budi dan bahasa.
Mengukir kata, mencurah rasa.

Dulu kala, email dan SMS manalah ada. Facebook dan Utube belum tahu di mana.

Kita menulis puisi dan melakar prosa. Menulis warkah cinta mencurah rasa. Gurindam seloka itulah caranya. Bahasa yang indah pembuka selara.

Dengarlah lagu-lagu zaman dahulu
Liriknya cantik mendayu-dayu
Muziknya halus menyayat kalbu
Sedap didendang lihir dan hulu.

Itulah cerita orang lama
Zaman P Ramlee, R Azmi dan S Affendi
Ahmad Abdul Wahab dan Fairuz, bila bahasa adalah segala-galanya. Kerana, indah bahasa indahlah bangsa.

Terima kasih orang muda.

mad said...

usaha anwar utk menjadi pm bukanlah agenda peribadi tetapi agenda dan hasrat rakyat kebanyakan. bukankah pru12 sudah membuktikan betapa rakyat ingin bertukar kerajaan. rakyat sudah mual dan jijik dgn sistem pemerintahan umno/bn. kalaupun anwar tidak berjaya menjadi pm, masih ada lagi pemimpin di kalangan pr yg sememangnya layak. yg penting bn harus ditumbangkan demi mengembalikan malaysia ke landasan yg betul dan kembali hebat bersaing di persada antarabangsa. tindakan2 pemimpin bn yg kebudak-budakan dan tak masuk akal akhir2 ini cukup memalukan dan jadi bahan ketawa masyarakat dunia.

Sarip Dol said...

to break the impasse, convene parliament then all hell break loose.Then we would see who's telling the truth but it seems our dear PM is playing defensive.Anyway, being a civil servant myself I cant talk much.my hands are tied...so sad..

budak-kom said...

memang boleh di agak selayak bekas ketua pengarang zaman tun...walaupun tak kadang2 tak sebulu dengan tun tapi masih mampu jadi ketua pengarang...kempunan nak berketuakan dato..nak bergurukan orang lama, memang dah takde..yang ada pun letak jawatan...

SUPERMAN said...

Macam2 care die gune...
semata2 nak die jd PM sanggup langgar itu ini... Ingatlah setiap pemimpin itu, Allah yang telah pilih siapa yg die nak jdkan seseorang pemimpin itu...

mkofjb said...

“the only time politicians tell the truth is when they call each other liars”.
Dalam dunia politik, ini amat benar sekali. Cuma yang saya hairan, kenapa penyokong-penyokong yang terdiri dari rakyat biasa, NGO dsbnya amat percaya dan yakin sekali walaupun telah ternyata mereka di tipu bulat-bulat oleh pemimpin seperti ini...

Hartini Omar said...

hebat la dato'. hebat tulisan dato' ni. bersahaja tp turun ke hati...

bagus juga anwar dok giat2 pak lah tu dato'. kalau selesa sangat di singgahsana, dia pakat lupa rakyat jelata..

dikesempatan ini nk ucapkan selamat hari raya aidlfitri pada dato' dan keluarga. tak lupa untuk perayap2 semua

semoga hr raya kita makin lm makin bermakna. mohon kemaafan terlanjur lisan dan salam lebaran!

clean said...

Che Det cakap yang menyokong Pak Lah sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO adalah pembangkang (PR).

Makin konfius jadinya..

Sameon said...

"Alhamdulillah kerana perjuangan Anwar sekarang semakin hambar dan pudar. Nampaknya rata-rata rakyat dah mula menentang Anwar dan perjuangannya. Beliau bukanlah pejuang sejati. Beliau adalah pemimpin bacul yang gila kuasa sehingga sanggup menggunakan jalan belakang untuk merampas kuasa.

Sekarang ni ramai yang mula mencurigai Anwar kerana beliau adalah pengkhianat terbesar negara. Sebab itu beliau cukup dikenali di US, malah beliau juga dilindungi oleh US.

Adalah sepatutnya rakyat menyedari bahawa Anwar cukup berbahaya di dalam negara..."

daddy-wafiah said...

Assalamualaikum

Apa pun yang terjadi nanti..kami generasi muda tetap menyokong kerajaan yang sedia ada pada hari ini.mudah2an peralihan kuasa tu berjalan dengan lancar tanpa dikacau oleh pihak pembangkang.

clean said...

terbaru DSAI dlm blognya...

"Biar kita bekerja ibarat diam-diam ubi, kelak nanti berisi. Bukan diam-diam besi, akhirnya besi berkarat hilang nilai!"

makin suspens plot dan ceritanya,
terpulang kepada yang maha esa kesudahannya..

A KADIR JASIN said...

1. Sdr Clean, apa yang hendik dikelirukan. Pembangkang pasti sokong Abdullah kerana pada pandangan mereka dia lemah.

Bila dia lemah, Umno dan BN akan turut lemah. Bila Umno dan BN lemah, lebih cerahlah harapan pembangkang. Lihat berapa banyak faedah mereka sudah peroleh hasil kelemahan Abdullah.

2. Sdr Azizibrahim, saya ambil maklum pandangan Sdr. Tetapi saya rasa tidak eloklah kita gelar sesiapa pun sebagai biawak hidup. Itu ungkapan yang kesar dan kesat.

Terima kasih.

Heical said...

Salam Datok,
Rasa rasanya Anuar dah tak betul mungkin mengidapi tekanan mental.Tapi yg hairan ramai yg ikut dia.
Teresa Kok hendak semua tahanan diberikan layanan 5 STAR.Mungkin setiap hari dihidangkan dengan Nasi Briyani.Macam ini ramailah lagi penjenayah . Makan sedap duduk dalam penjara/ISA.
Lain kali kalau dia kena tangkap minta kerjaan hantar dia ke Pusat Tahanan Vietnam/Laos sambil tunggu perbicaraan.

TiCO said...

YBHg Datuk

Pandai Datuk teka. Sumber Datuk masih boleh dipercayai. Saya buat komen ini agak lewat iaitu selepas berita menyebut tentang adanya perjumpaan khas MT UMNO esok.

Datuk kata ada tawar menawar (saya kata ada tekanan) tarikh peralihan kuasa dalam UMNO. Berita juga ada menyebut bahawa salah satu agenda mesyuarat MT esok ialah tentang mempercepatkan tarikh.

Kita bukan tak sayang PM kita, tapi PM kita pun perlulah rasional. Gema dan genta di merata tempat, baik dalam kalangan penyokong mahupun dalam kalangan pembangkang mohon PM berundur.

Dari wajah PM kita yang kita tonton di TV, kita pun dapat rasakan apa yang dirasa oleh PM kita. Setiap kali muncul di TV, wajah PM nampaknya lesu, sedih, dan kurang tenaga. Mungkin terlalu berat beban untuk ditanggung. Atau ini adalah penampilan wajah orang warak, tak tahulah saya.

Cuba tenguk Yong Teck Lee tu. Wajah Yong Teck Lee dalam TV sunguh menyakitkan hati (saya). Cakap gelak-gelak. Konfiden habis. Gelak tu yang buat sakit hati. Macamlah parti dia kuat sangat. Baru ada 2 wakil di Parlimen, tapi dia punya lagak macam parti dia yang kuasa Parlimen. Dia rasa kalau tak ada parti dia BN boleh tunggang tebalik. Geram sungguh.

Zaman Tun Hussein On pun tak lama. Bila ada suara dari dalam parti minta berundur Tun Hussein berundur. Berundur pun tanda kejayaan jugak.

Persoalannya adakah UMNO boleh kuat semula sekiranya PM kita berundur. Kalau PM berundur sebelum perhimpunan Agung UMNO, Najib akan ambil alih. Semasa perhimpunan Tengku R akan cabar Najib. Nampaknya UMNO tetap juga tidak akan bersatu. Bila ada pertandingan wujudlah kem-kem. Dan kem-kem ini akan terus tegak selepas perhimpunan.

Tak sabar nak tunggu lusa.

Anonymous said...

Assalamualaykum Dato,

Your blog is one my favourite Malaysian blogs. Even though I don't jingle with politics, I feel your views are unbiased and raw, thus warrants keen readership.

I thought this post was awesome. Keep it up!

Eid Mubarrak
Maria

Anonymous said...

Datuk,
I watch TV3 news regarding FDI outflow from Malaysia the highest in ASEAN region, and it was reported in the positive light by TV3. One of the Datuk was shown to say, that Malaysian economic is on expansion and we are looking for resources elsewhere to explore with the fund. How come TV3 spin in such a way???? I read Malaysiakini and other sources, it say and shows our economy in dire straits as fund is now going out rather then coming in. Who should we trust???

CSBong

Indigo said...

Scribe,

Persoalan Yang Timbul
(pecah buih nafas yang lemas)

Perlukah Abdullah meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden UMNO pada tahun 2009 bulan Julai? Dan perlukah Perhimpunan Agung UMNO ditangguhkan sehingga ke bulan Mei?

Saya yang tenggelam punca hanya berkata ini hanyalah cerita Obama-McCain kita di sini, tenggelam timbul dalam kegawatan yang datang tanpa menentu arah .

bat8 said...

Dato

Izinkan saya mulai komen saya dengan buat posting dari blog politica, harap-harap ia tak benar:


Wednesday, September 24, 2008
ADAKAH BENAR PELOBI ABDULLAH GUNA DANA DARI SINGAPURA UNTUK KEKALKAN KUASA?
Blogger Ketua Perusuh telah membuat satu posting dengan tajuk Inilah Masanya. Saya pinjam dan sunting posting tersebut dan memfokuskannya kepada kisah pelobi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan menggunakan dana Singapura untuk mendapatkan sokongan bagi mengekalkan kuasanya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Adakah ini benar? – http://politica-net.blogspot.com/

Posting Ketua Perusuh mengenai perkara berkenaan adalah seperti berikut:

Ramai dikalangan akar umbi mungkin tidak mengetahui bahawa gerakan untuk memastikan Abdullah menang besar dan kekal di tampuk kuasa telah pun digerakkan seawal bulan Februari 2008. Khabarnya, kini gerakan itu sedang memasuki fasa ketiga di mana imbuhan-imbuhan sedang diagih-agihkan kepada cawangan dan bahagian yang terlibat.

Nilai imbuhan yang diberikan kali ini agak besar - menjangkau lebih lima angka bagi setiap penerima. Imbuhan kali ini nampaknya tidak mampu dikesan oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO kerana ianya beredar di akaun luar negara. Bagi para pelobi, nilai imbuhan ini adalah kecil berbanding dengan jika Abdullah dapat terus mengekalkan kuasa memerintah. Secara tepat, peralihan kuasa ini mungkin tidak akan terjadi kerana ramai pelobi telah mengeluarkan dana yang besar untuk memastikan Abdullah kekal.

Bagi para pelobi Abdullah, bantuan kewangan untuk memastikan imbuhan boleh terus disediakan dan tidak perlu digusarkan kerana ianya telah dan akan disalurkan melalui beberapa entiti yang telah ditugaskan. Dalang di sebalik penyediaan dana ini adalah dari Singapura.

Hasil maklumat di pihak akar umbi, peratusan ahli UMNO yang menolak Abdullah Ahmad Badawi kini mencecah 60 peratus. Namun peratusan ini boleh berubah sebelum Persidangan UMNO yang akan datang. Mengikut kajian para pelobi, Abdullah akan berjaya menurunkan peratusan ini kepada sekitar 40 peratus – 45 peratus dengan kemampuan dana yang sedia ada. Namun dengan tambahan dana imbuhan untuk kegunaan lobi, kemungkinan peratusan ini akan kekal di bawah 30 peratus adalah lebih tinggi.

Jadi jika Abdullah ingin terus membuktikan bahawa beliau masih realistik dalam memimpin UMNO, beliau perlulah mengambil tindakan proaktif dalam usaha lobi disegenap peringkat. Masanya semakin singkat dan masih perlu menyekat Najib Razak, Tengku Razaleigh dan Muhyiddin Yassin dari merentap tampuk kekuasaan beliau.

Jika Abdullah tidak dapat mengekalkan kuasa, bagaimana pula Singapura ingin mendapat laba? Najib dan Razaleigh bukan proksi Singapura. - Ketua Perusuh, Bekas Felo Kanan, Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa - ISIS

http://ketuaperusuh.wordpress.com/2008/09/23/inilah-masanya/

............................

Kalaulah benar apa yang dinyatakan oleh ketua perusuh, macamana lagi nak buat untuk membenteras politik wang dalam UMNO(baru).

Bak kata keluangman: bermula dari kepala kemudian turun ke ekor!

Usaha-usaha membenteras politik wang oleh LDU hanyalah satu strategi politik pemimpin atasan UMNO(baru) aje untuk mengabui mata akar umbi.

Kita tengoklah tindakan LDU, tindakan disiplin hanya diambil keatas ahli-ahli je sedangkan bapak politik wang sebenarnya adalah dikalangan pemimpin-pemimpin sendiri.

Makin tinggi jawatan makin besar politik wangnya semata-mata untuk kekal dalam jawatan parti.

bat8

A KADIR JASIN said...

Sdr CS Bong,

I don't watch much TV these days. But if that's was they say, they could be reporting without understanding. Business and economic reporting is not their forte.

Yes, Malaysian investors are going abroad. That's good. They are taking advantage of globalisation. Some went abroad because they were penalised at home.Others bacause there are more money to made abroad.

But at the end of the day, FDI inflow should be higher than FDI outflow in order for the economy to expand.

But in recent years the opposite is true. Take Singapore for instance. Now more Malaysian FDI is flowing to Singapore than Singapore's FDI flowing into Malaysia.

To me, the biggest insult and vote of no confidence was when the Kuok Group, which made its fortune from sugar monopoly in Malaysia, moved the domicile of Perlis Plantation Berhad (PPB) from Malaysia to Singapore. The transfer was estimated to worth RM13 billion.

I can't imagine Robert Kuok daring or feeling the necessity to that during Matahir's era. Dr Mahathir would have tapped him on the shoulder.

Instead of using Malaysia as the springboard for its international plantation business, the group is using Singapore. Kuok has vast plantation assets in Malaysia and none in Singapore. Yet it moved to Singapore.

We are facing a crisis of confidence. Investors are fearful that the current uncertainty will prolong or will get worse.

Thank you.

mekyam said...

clean said...

terbaru DSAI dlm blognya... "Biar kita bekerja ibarat diam-diam ubi, kelak nanti berisi. Bukan diam-diam besi, akhirnya besi berkarat hilang nilai!"


alahai... yang mencanang ke hulu ke hilir, riuh rendah di dalam dan di luar negara, tentang kemampuan merampas teraju kerajaan pada tarikh tertentu sebenarnya siapa kalau tak awak sendiri?

atas darat auta! :D

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ and debaters.

If I’m not mistaken, we have been quite selective in approving inward FDI since 2002/03? One of the reasons was to encourage high-tech investments rather than any ordinary Greenfield/Brownfield projects that were lower down in value chain. Approval also was difficult to obtain for projects that largely dependent on cheap labor.

I believe this decision contributed to the low inward FDI that we’ve been receiving for the past several years.

For certain extent, I agree with that decision to be selective. If the government were to continue with the same kind of low value chain of investments, it would continue benefiting foreign workers more -- in terms of job creation.

And, looking particularly at the post period of 97-98, most of inward FDI came from domestic financing and/or retained earnings. If this pattern continues, the actual value of inward FDI would be smaller even though the numbers of FDI increase. It would defeat the whole purpose of bringing in new investments anyway.

At the same time when the government decided to be selective in approving inward FDI, our external balance of payment was strong. This situation seemed to encourage many of our TNCs to go for outward FDI and the government at that time, strongly backed this moves.

I think, because of these factors, they have somehow created the imbalance between the two inward and outward FDIs.

On one hand, I agree about the positive news about our outward FDIs. It portrays that our Malaysian TNCs are not only increasing in numbers but expanding their territories. At least, this will create more opportunities for local people becoming expatriates in other countries.

On the other hand, I’m quite frustrated about the fact that the government did not continue pursuing in attracting high-tech investments for the manufacturing sector for the past 4-5 years. Instead, only recently they are talking and discussing about high-tech agriculture when the acute shortage of food occurring.

How are we going to expand economic growth in near future?

For the Kuok case, I don't want to say much about it because some people say it was due to DEB that forced him to go abroad in the first place.

Azman Mohd Isa

sheppard said...

Mungkin ada hikmahnya berlaku kehancuran di bumi Malaysia seperti sekarang ini. Dan saya menjangkakan ia akan menjadi lebih teruk lagi.

Saya mengharapkan kebangkitan semula suatu bangsa yang lebih mulia yang akan membela nasib semua masyarakat kiata di bumi ini.

Bukan kah begitu yang terjadi setiap seribu lima ratus tahun?

Kadir Jalani said...

Kadir.

Sabenarnya PKR dah dapat 36 katak yang juga telah memberi serat akuan untok meyakinkan Agong.

PKR amat gembira sekali jika Pak Lah terus menerajui UMNO dan meraka amat yakin UMNO yang ada sekarang akan menuju kehancoran.UMNO telah hilang respect kawan dalam BN.Tak terpikir saya bila Terese KOK dari DAP kena tangkap dibawah ISA,MCA dan Gerakan dan SAPP turut membantah.

Syed Hamid terkejut,SB terkejut,DGI yang beri arahan tangkap juga terkejut.Apa dah jadi.
Ini semua tanda2 yang peralehan kuasa akan berlaku.Tunggu dan Lihat.

Kadir.I like your monkey.

A KADIR JASIN said...

Sdr Kadir Jalani, in part, said; "Kadir.I like your monkey."

Thank you Sdr. That was not a monkey. It was an orang utan.

The one sitting beside the orang utan is the "monkey".

Sdr Azman Mohd Isa, in part, said: "For the Kuok case, I don't want to say much about it because some people say it was due to DEB that forced him to go abroad in the first place."

The PPB migration took place early this year. NEP ended a long time ago.

It was during the NEP that Kuok's Malaysian empire expanded via the sugar and wheat monopoly. It continues to this day.

Perlis Plantation was created by the government during that period and was later privatised to Kuok.

Thank you.

Anonymous said...

A'kum Dato,

Berpindahnya pusat operasi PPB dari Malaysia ke Singapura adaah manifestasi kesetiaan orang Cina kepada negara ini. Serupa juga, masa krisis kewangan 1997 dulu, berbilion duit Malaysia milik mereka mengalir ke Singapura. The record speaks for itself.
Pah Haji JB

clean said...

mekyam..

dizaman siber ini, istilah diam2 ubi berisi susah untuk diterima pakai.

camana nak diam dan senyap?

Yang buat 'bisnes' sendiri dlm diam-diam di tandas dan bilik hotel pun boleh 'kantoi' dengan video2 hot dan sensasi...

Utube, internet, email,sms, mms, blackberry, video HP, cctv semuanya mengelilingi kita sekarang ini...

Anonymous said...

Tico,

Biarlah mereka bertanding. Tak apalah UMNO berpecah pun. Mahathir telah pecahkan UMNO 2 kali (Semangat 46 dan PKR) gara-gara nak pertahankan kedudukan walau pun telah bertahun-tahun berkuasa. Saya berani bertaruh jika Mahathir tidak berhenti pada 2003 UMNO akan berpecah buat kali ketiga. Kalau Pak Lah berkeras mahu bertanding, baru sekali dia pecahkan UMNO, belum lagi atasi rekod Mahathir. Saya percaya org macam Mahathir tidak senang hati bila rekodnya dipecahkan. Susah nak cari org macam Hussein Onn, bila timbalannya nampak sangat gila kuasa terus dia lepaskan jawatannya. Alasan kesihatan hanya alasan semata-mata.

dpd: tak berkuasa tapi tak gila.

Mohd Affendi said...

Antara hitam & putih...

Abdullah & Anwar sebagai kononnya "the choosen one" untuk menjadi pengisi mitos R.A.H.M.A.N.. kalo camtu Affendi atau Ahmad Ismail pun boleh lah juga... tahyul punya ramalan, khurafat.. (",)

Kedua-dua AAB&AI dalam situasi 'stale mate' ...masing2 takmau mengalah dan mmg membuang masa tengok depa dua org main yg tak berkesudahan..

Jangan sampai penonton yg dan bosan & 'fed up' pergi lambung papan catur tu dan hantuk kepala kedua-dua nya bagi sedar..

Main sampai tak ingat dunia, ekonomi negara habis terbarai..

Where will this political 'wayang' end up?

p/s: Dato.. no more biawak.. janji.. i prefer kekura or sesumpah now..

Anonymous said...

Dear sir,

We have to accept reality, DSAI is enjoying the support of all the races in Malaysia. Majority of his supporters are very highly educated people. The govt, from the time of Mahathir have been employing dirty tactics to kill DSAI politically. They used the sumpah ceremony video repeatedly in Permatang Pauh to influence the voters. But, not only were the voters not influenced but they gave extra protest votes to him.
As for the date of his new govt, we his supporters can be patient. Even in UMNO, the date of handing over of power from PM to TPM is also being changed from one date to another. Therefore, 916 should be not be an issue. Kita merancang, tapi tuhan pun merancang----Andipool

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).