Abdul Samad Ismail 1925-2008
A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
[Versi Yang Dirombak]
DALAM rangka penyelidik dan membuat memperakukan mencalonkan Abdul Samad bin Ismail untuk Anugerah Magsaysay pada tauhn 1993/94 saya merujuk kepada buku The Voices of Asia karangan James A Michener.
Dalam buku yang dicetak oleh Random House pada tahun 1951 itu, Abdul Samad adalah antara suara Asia baru yang diketengahkan oleh Michener.
Michener (1907-1997) adalah penulis terkemuka Amerika yang menghasilkan karya seperti Tales of the South Pacific, Return to Paradise dan Centennial menemui Abdul Samad di Singapura.
Dalam catatannya, Michener berkata beberapa hari selepas pertemuan itu dia mendapat berita bahawa wartawan muda Melayu itu ditangkap dan dipenjarakan oleh penjajah Inggeris.
Abdul Samad atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Samad menerima Anugerah Magsaysay pada tahun 1994.
Lama sebelum namanya menjadi sebutan harian di Malaysia, Singapura dan Indonesia dia sudah dikenal pasti oleh Michener sebagai suara Asia baru dan oleh penjajah Inggeris sebagai nasionalis Asia yang berbahaya.
Kerana semangat kebangsaannya, keberaniannya, ketajaman penanya dan keluasan pengaruhnya, Abdul Samad keluar masuk penjara umpama insan biasa keluar masuk kedai kopi.
Bukan Inggeris dan kawan yang bertukar menjadi lawan – Lee Kuan Yew – sahaja yang lega apabila Abdul Samad meringkuk dalam penjara, malah kerajaan Malaysia merdeka pun pernah menyimpan rasa yang sama.
Pada tahun 1976, tidak lama selepas kematian Tun Abdul Razak Hussein, penggantinya, Tun Hussein Onn, menangkap dan menahan Abdul Samad di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atas tuduhan mengamalkan komunisme.
Abdul Samad ditahan bersama-sama dua orang lagi penasihat kanan Abdul Razak iaitu Abdullah (Kok Lanas) Ahmad dan Abdullah Majid. Mereka dibebaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebaik menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981.
Kali pertama saya menemui Pak Samad adalah pada tahun 1969 di Southeast Asia Press Centre di Kuala Lumpur. Dia adalah antara pengarang yang mengajar ilmu kewartawanan kepada pemberita pelatih seperti saya.
Saya kembali mendekati dan berguru dengannya sebaik sahaja dia dibebaskan daripada tahanan.
Pak Samad adalah guru yang agung. Lebih daripada itu dia adalah ketua yang tidak memilih bulu.
Saya tidak pasti sama ada saya bernasib baik atau malang. Walaupun Pak Samad terkenal dengan maki-hamun, tengking dan carutnya, saya tidak pernah mengalami “baptism of fire” itu.
Tetapi, bagi sesiapa juga yang mengenali Pak Samad dan mahu belajar, maki-hamun, tengkingan dan carutan adalah kaedah dan taktik beliau mengajar.
Kali terakhir saya “menjenguk” Pak Samad adalah pada jam 4.00 petang, 4 September – dua jam sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya. Selepas saya Tun Daim Zainuddin.
Dengan izin; “Pak Samad, I’ll miss you. I’ll miss you most on Hari Raya. I’ll miss your sambal sotong. Alfatihah. May Allah shower His blessing on you.”
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Abdul Samad Ismail meninggalkan nama dan legasi raksasa sebagai nasionalis, wartawan dan sasterawan.
Friday, September 05, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
42 comments:
Pak Samad aku tidak pernah mengeali dirimu, api AKU SAYANGKAN KAMU.
Aku tidak mengenali kamu, tapi aku menangis. Kerana aku tidak tahu lagi sama ada bangsaku mampu melahirkan lagi Journalis tulen seperti kamu.
Kamu mencarut kerna kamu ingin membasmi yang karut marut.
Al Fatehah buat Pak Samad.
Pertama kali saya tahu nama Samad Ismail sekitar tahun 1976 bila dia buat pengakuan dalam TV tentang penglibatannya dalam gerakan Kominis.
Semasa itu saya dan orang Malaysia lainnya beranggapan beliau berada di pihak yang salah.
Di waktu itu kami pun tak faham agenda di sebalik penangkapan dan tuduhan terhadap beliau itu.
Kerana di masa itu kita tidak ada maklumat dari sumber alternatif seperti media internet dan blog seperti hari ini.
Mungkin Dato' lebih tahu suasana politik di masa itu dan boleh menceritakan semula kisah tersebut supaya kami dapat ceritanya yang sebenar.
http://pkrpasdap.blogspot.com
al-fatihah...
perjuangan beliau adalah perjuangan Melayu sejati bukan menjadi agen pejuang membunuh Melayu
SALAM SEMUA,
AL-FATIHAH...
Pak Samad dalam kenangan.
Saya tidak kenal arwah Pak Samad seperti Dato' mengenali beliau tetapi dahulu saya selalu membaca kisah arwah dlm pelbagai majalah.
Saya tahu kisah arwah ditangkap di S'pura dan di bawah ISA di M'sia. Maki hamun arwah dikatakan cara beliau mengajar. Struggle arwah amat menarik dan saya tidak pasti masih ada wartawan yg mempunyai pengalaman sedemikian hebat. Saya diberitahu, arwah masih membaca dan dikelilingi buku serta akhbar sehingga akhir hayatnya.
Arwah bagi saya adalah pahlawan sebenar dan patut diberikan penghormatan tertinggi. Selamat tinggal Pak Samad - jasa2 mu akan dikenang. Al-fatihah.
Anakbuah
Assalamualaikum
I wish to correct your statement regarding Abdullah Majid.
As far as I know, he is still alive. My dad is his first cousin and after checking with my dad he confirmed that Tam Dollah (as we affectionately called him) is still alive. He's bedridden after suffering from a stroke several years ago.
al-fatihah
manusia mati meniggalkan nama.. dan tinta, dan pena dan cereka2 mereka
terkenang membaca 'kail panjang sejengkal' karya allahyarham.. seni tertinggi, sukar dicari ganti!
Salam Datuk,
"Patah Sayap...Terbang jua"
Al-Fatihah
Dalam meniti kehidupan Pak Samad telah mengukir nama yang indah dan harum dengan darah, air mata dan keringat. Semoga rohnya di tempatkan dalam kalangan hambaNya yang soleh.
Al-fatihah to Pak Samad whom has returned to Rahmatullah.
Pak Samad, namamu terukir indah dan harum kerana darah, air mata dan keringat yang kau titiskan. Moga Allah menempatkan rohnya dalam kalangan hambaNya yang soleh.
Pak Samad, I never got a chance to meet you personally but I have a little bit informations [from my reading] about you and your struggle since from those days. Impossible to have another Pak Samad because you are the best and no one can replace you in future. GOD bless you.
From Allah we come and to His Rahmat we shall return. AL FATIHAH.
Pak Samad was the epitome of journalist freedom fighters who cared for the country and would not kow tow and sell their souls to the political masters of the day. Hence he payed a price for standing up to the truth by going to prison rather than betray the truth!!
We don't have people of such caliber amongst the presnt day journalists in the main stream media anymore. We have only sycophants and mercenaries who masquerade as writers.
There no honour anymore... they don't even understand the meaning of dignity...
Now the jounalists and their masters have gone down into , not the gutter, but the cess pool!!
Look at how they can crucify someone in the papers without any regard for public decency, morals and good taste, if he is not in their masters' political camp!!
I am so embarrassed by the sordid revelations of 10 years ago and now of the current filth that is still spewing out form the media. how do we protect our young form hearing and reading such shameful things... and this Islam Hadhari!!
Pak Samad, namamu terukir indah dan harum kerana darah, air mata dan keringat yang tumpah demi ibu pertiwi. Moga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang soleh.
Dear Dato,
Although I heard this name before but I'm not aware of his work. I reckon many readers would agree with me. Perhaps you could enlighten us by recommending any of his works so that readers could judge who Pak Samad really is.
Ian SA
You have left behind your name
Not because of personal fame
But as a reminder of your flame
That life is more than a game
(C) Samuel Goh Kim Eng - 050908
http://MotivationInMotion.blogspot.com
Fri. 5th Sept. 2008.
Assalamualaikum semua.....
Penulis memang lagsung tak pernah bersua muka dengan almarhum Pak Samad. Inikan pula hendak berguru dengan beliau. Jauh sekali hendak menjungjung mahupun menyanggah apa juga yang beliau laksanakan. Penulis adalah generasi muda yang sangat muda... umur tak sampaipun suku abad lagi. Penulis tau nama Almarhum melalui majalah Mastika, atau kadang kala dalam rencana akhbar. Tetapi satu karya Pak Samad yang penulis pernah terpandang; tapi tak baca pun... terlihat; tapi tak belek pun iaitu "Patah Sayap Terbang Jua" Tak taulah itu novel ke, prosiding ke, autobografi ke, atau sekadar letak nama beliau sebagai pengantar ke.... sungguh penulis tak tahu. Bagaimanapun, frasa dikulit buku tersebut cukup memberi makna kepada penulis, sudah cukup memberi gambaran kepada penulis. Frasa itu ialah lebih kurang "Mereka yang memulakan tetapi tidak menyudahkan" (kalau salah tolong Dato' moderator betulkan).
Besar sungguh jasa "mereka" itu? "Mereka" itu siapa? Kenapa "mereka" dapat memulakan tapi tidak pula menyudahkan? Tak sempat nak selesaikan kah?
Itulah mulianya jasa wartawan. Tokoh-tokoh kewartawanan dahulu merupakan pemangkin kepada kemerdekaan. Daripada Ibrahim Yaacob, Burhanuddin Helmi,Za'ba dan lain-lain; merekalah yang mencetuskan semangat untuk merdeka. Tetapi, hatta sehingga kinipun, apabila bercakap atau bercerita mengenai kemerdekaan, jarang benar nama-nama mereka ini yang disebut. Dah tentulah nama Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan lain-lain (baca: politikus) yang lebih disebut-sebut walaupun mangkin sebenar adalah wartawan! Begitu juga dengan sasterawan..... Sebab itulah, "mereka" mendahului yang lain untuk mencapai kemerdekaan, tetapi, mereka tidak pula secara langsung diangkat terus sebagai tokoh kemerdekaan dalam pengetahuan umum..
Almarhum Pak Samad adalah salah seorang daripada penanda aras dunia kewartawanan... Oleh yang demikian, ayuhlah semua wartawan (tak kiralah bidang penyiaran ka, akhbar ka, blogger ka....) cubalah contohi apa yang telah beliau laksanakan.
Semoga Allah memberkati Almarhum Pak Samad. Wassalam
-WADAH-
Datuk,
Al-Fatihah buat Pak Samad... Kita kehilangan seorang pejuang dan tokoh wartawan yang agung.
Dua kali saya berkesempatan berbual panjang di rumahnya di Petaling Jaya. Rumah yang baikan perpustakaan dengan buku-buku di merata sudut.
Manusia yang tidak ada tanda sombong walau telah dinobat sebagai wartawan dan pengarang yang hebat.
Tiada rasa canggung dia melayan kami anak-anak mentah dari "akhbar nyamuk". Manusia yang tidak lokek dengan ilmu dan pengalaman yang dimilikinya.
Baginya wartawan sama sahaja, samada dari suratkhabar besar atau pun kecil.Baginya setiap wartawan mesti berani dan berjiwa besar.
Kegemaran mencarut adalah identiti Pak Samad. Ini yang membezakannya dari orang lain.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan meletakkannya bersama roh para syuhada dan orang-orang beriman..amin...
Pak Samad pahlawan terbilang..penamu lebih tajam daripada pedang..dan ramai yang gugur dengan ketajaman bahasamu.
Alfatihah untukmu...
Semuga Allah SWT memberkati roh beliau, meninggal di bulan yang berkat, malam yang berkat juga.Saya rasa Allah amat sayang pada Allahyarham. Alfatihah.
al-fatihah buat allahyarham.
Pak Samad adalah `Huguan Siou' (Brave/Paramount Leader)para wartawan negara. Tidak akan ada penggantinya.
Pemergian Pak Samad amat dikesali. Arwah Pak Samad merupakan salah seorang jurnalis yang berdikari pemikiran dan penulisannya, tidak gentar atau "toe the line" kepada orang-orang besar/orang politik. Beliau memperjuangkan pembangunan kesusasteraan bahasa ibunda, dan beliau menulis dan melapor apa yang benar tanpa berat sebelah.
Malang sekali, sesetengah "pemberita pelatih" yang dididik beliau pula menjadi editor akhbar besar yang terpesona dengan personaliti politik tertentu dan pengendalian/publikasi akhbarnya agak berat sebelah.
Salam Dato',
Al-Fatihah buat keluarga Allahyarham Pak Samad seluruhnya.
He is a real towering Malaysian. Al fatihah
Al Fatihah
Semoga rohnya dicucuri rahmat
Vale, Pak Samad.
(Ex-reporter)
DKJ,
Sepanjang hayat saya tak pernah dengar orang umno kena tahan atau penjara,selain musuh politik bn tapi mereka mendabik dada mengata yg mereka pejuang kemerdekaan.Mana nama orang yg betul betul berjuang,tidak diketengah pun. Umno yg kita lihat adalah balaci inggeris.Rosak sejarah.
Can somebody put right the history.
Al-fatihah.
Ketika baru mula bekerja bos perkenalkan saya kepada Allahyarham ketika moodnya baik. Cuma perkataan carut mencarut saja yang keluar. Saya tak terperanjat kerana bos telah bagitau awal.
Sebulan lepas tu Pak Samad ditahan bawah ISA.
Setelah dibebaskan dan balik berlegar di NST saya berjumpanya semula untuk kenalkan diri sekali lagi. Sekali lagi saya dicarut, sebab dia kata dia belum tua dan hilang ingatan !
Pak Samad dalam kenangan.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
A'kum Dato',
Al fatehah buat arwah Samad Ismail, semoga dicucuri rahmad Allah.
Nama-nama spt Samad Ismail, Rahim Kajai dan Ishak Hj Muhammad akan terus harum walaupun jasad mereka kini jauh dipisahi bumi. Begitu juga dgn nama-nama spt Shamsiah Fakeh dan Ahmad Boestamam walaupun semasa hayat mereka disisihkan dgn pelbagai label dan cemuhan. Saya tak pasti nama spt Johan Jaafar dan yg berselindung dgn nama Awang Selamat akan dikenang jenerasi akan datang. Dgn mengelolalakan blog ini mudah2mudahan Dato'tak termasuk dlm kelompok dua org yg terakhir ni.
Pak Hj JB
Pak Samad aku mungkin tidak pernah bersua denganmu tetapi aku kenali namamu. Aku dirimu pernah ditahan di bawah ISA tetapi aku tetap mengatakan dirimu tidak bersalah.
Apabila pemergianmu untuk menemui Ilahi, aku mencari gambarmu di mana-mana tetapi tidak kutemui, aku hanya menemui gambarmu apabila aku melayari internet. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu. Al-Fathihat.
YANG Y
AKAN A
KEKAL K
UNTUK U
BELAJAR B
selepas rustam a. sani saya kehilangan pula a. samad ismail terasa minda sepi seketika...
Sdr NTKezaliman,
Ramai juga ahli dan pemimpin Umno yang ditahan di bawah ISA. Antaranya Abdullah Ahmad yang pernah menjadi Ahli Parlimen Kok Lanas, Kelantan; Abdullah Majid, bekas Timbalan Menteri Buruh dan Fahmi Ibrahim, Adun Dusun Tua dan Tajudin Abdul Rahman, kini Ahli Parlimen.
Sdr Enigman,
Terima kasih kerana memaklumkan hal itu. Saya sudah pun membuat pembetulan dan mengesahkan sekali lagi dengan adiknya, Pak Wahab Majid, salah seorang guru saya dalam dunia kewartawanan.
Terima kasih.
Saya terbaca link di Rocky's Bru yg membawa ke BarkingMagpie bertajuk Pak Samad Ismail....and the government should also apologise to him!
Di sana ada sejarah tentang kareer, publication dan anugerah yg beliau terima. Baca juga A. Samad Ismail, 1994 Magsaysay Award recipient di Rocky's Bru.
Sebutir lagi permata pergi meninggalkan kita. Sayangnya masyarakat kita sering hanya suka memuji bila seseorang itu sudah tiada.
Arwah Pak Samad, anak kelahiran Singapura, adalah bukti bahawa masyarakat Melayu di Indonesia, Malaysia dan Singapura sebenarnya adalah serumpun.
Ayah Pak Samad berketurunan Jawa dari Indonesia, berhijrah ke Singapura. Di Singapura Pak Samad dibesarkan dan menerima pendidikan formalnya, sebelum meneruskan perjuangan kewartawanannya ke Malaysia, dan akhirnya bersemadi di sana.
Sebagai anak muda, sejujurnya saya tidak begitu mengenali Pak Samad. Dan kali pertama saya mengenali insan yang bernama A Samad Ismail adalah melalui tulisan rencananya di majalah Gila-Gila sekitar awal tahun 1990-an dahulu.
Sejak dari itu, saya menganggap Pak Samad seorang penulis satira yang kritis di dalam membincangkan isu semasa. Dan semasa di universiti, saya lebih mendalami bahan-bahan tulisannya.
Baru-baru ini, di sebuah pesta buku yang diadakan di Singapura, hati saya tergerak untuk membeli buku hasil tulisan Pak Samad kerana saya belum ada sebarang koleksi buku hasil tulisan beliau di dalam simpanan peribadi saya.
Akhirnya saya memiliki buku yang bertajuk "Tan Sri A Samad Said Menulis" (Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn Bhd, 1994), yang saya perolehi dengan harga S$1!
Ironinya di sini, mengapakah begitu murah harga naskhah kumpulan esei seorang pejuang bangsa, nasionalis negara dan "sifu" dunia kewartawanan Melayu khususnya, jika dibandingkan dengan khidmat serta jasanya untuk nusa, bangsa dan negara?
Mungkin kerana anak-anak bangsanya masih enggan membaca yang berat-berat. Sebaliknya ingin terus dibuai oleh "Artis mana yang bercerai?", ""VIP mana yang kahwin lagi?", "Pemain bolasepak mana yang bertukar kelab?" dan sebagainya.
Pemergian Pak Samad memang dirasai. Tetapi lebih tragis lagi jika anak-anak bangsa masih belum kenal maksud tersirat di sebalik karya tulisan Pak Samad.
Al-Fatehah. May Allah bless his soul with kindness...
Dari Borneo ke Minang
Assalamualaikum wbt dan selamat berpuasa Datuk.
Dalam lapangan jurnalisme tanah air, rasanya-rasanya Pak Samad tidak ada duanya. Saya tertanya-tanya... entahkan ada penggantinya, sebagaimana juga saya masih lagi tertanya-tanya... entahkan ada pengganti untuk arwah Pak Keris, Pak Usman, dan Pak Asraf. Mereka ini empat sekawan yang seangkatan, yang akan terus mekar dan segar dalam fikiran kita apabila menyentuh lapangan kesusasteraan, kewartawanan, dan kebahasaan.
Apa kelebihan mereka sebenarnya? Pada hemat saya, mereka ini cukup komited lagi tulus dan ikhlas dalam lapangan masing-masing. Mereka tidak berhenti mencari dan mengkaji ilmu. Bahkan mereka sedia berkongsi ilmu dengan orang lain. Perjuangan mereka dalam bidang masing-masing tidak pernah berkesudahan, selagi hayat di kandung badan.
Sedih benar saya akan kepergian Pak Samad. Bertambah sedih lagi apabila mengenangkan "tamat sudah angkatan penulis terbilang dari suatu zaman".
Dalam keberkatan Ramadan ini, marilah kita sedekahkan al-Fatihah kepada mereka. Begitu besar jasa mereka kepada kita sehingga tidak terulas... tidak terbalas.
Terima kasih.
Scribe,
Dengan Izin.
Pak Samad Beruntung!
(telahpun redha meredhai)
Pak Samad beruntung!
Matinya sebelum melihat bangsanya
dihinakan dipercacai kembali
oleh mereka yang dipercayai
orang Melayu itu saperti dulu juga - kita ditikam dari belakang.
Kamu beruntung Pak Samad!
terbang-terbangan di bawah arash
bermain cahaya bersama-sama meraka
burung-burung lain yang hijau Do'akan kami walaupun kamu di sana
untung kita sama walau berat berbeza.
Laba Pak Samad besar!
Biarlah berpanjangan sedih dan angkara mereka dan keturunan yang tiada kenal islam di bumi tanah melayu ini. Amin ya rabbal-'alamiin.
Datuk AKJ...
Dalam cacatannya, Michener berkata berapa hari selepas pertemuan itu dia mendapat berita bahawa wartawan muda Melayu itu ditangkap dan dipenjarakan oleh penjajah Inggeris.
cacatannya sepatutnya menjadi catatannya ... berapa sepatutnya menjadi beberapa ...
Sdr adi_fimiyun,
Terima kasih banyak.
Terima kasih.
Alfatihah untuk Pak Samad dan juga gurunya Pak Kajai.
Post a Comment