Najib Kena Berani Tapi Jangan Sombong
A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
ANTARA reaksi pelantikan Mohd Najib Abdul Razak sebagai Menteri Kewangan yang saya anggap penting adalah oleh Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yakcop.
Utusan Malaysia melaporkan beliau sebagai berkata, pelantikan Mohd Najib diterima baik oleh komuniti pelabur tempatan dan antarabangsa.
Saya berkata begitu kerana umum tahu bahawa Nor Mohamed secara praktiknya adalah Menteri Kewangan walaupun Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, memegang jawatan itu sejak 2004.
Tidak perlulah kita berpura-pura dan cuba menjaga hati. Seperti Abdullah sendiri pernah mengisytiharkan “beritahu saya apa yang perlu saya dengar bukan apa yang saya suka dengar” jadi kita kena berterus terang.
Hakikatnya Abdullah tidak terlatih dalam bidang pengurusan ekonomi dan kewangan.
Begitu jugalah kita tidak boleh berpura-pura dan menjaga hati pembesar politik dengan mengorbankan hak kita sebagai pengundi dan pembayar cukai dengan memberi muka kepada isteri, anak, menantu dan suku sakat menteri.
Ingatlah, kita mengundi pembesar kita sebagai wakil rakyat. Kita tidak mengundi isteri, anak dan menantu mereka melainkan isteri, anak dan menantu mereka juga wakil rakyat.
Kadang-kadang yang salah pun kita. Yang kita dok pi layan anak bini menteri macam depa tu Yang Berhormat buat apa?
Cukuplah dengan budi bahasa. Buat apa kita berikan mereka kuasa, layanan protokol dan macam-macam rupa gelaran.
Tak hairanlah kalau ada bini, anak dan menantu menteri yang naik tocang – yang mahu layanan permaidani merah dan kerusi tinggi.
Bila kita beri muka, maka adalah yang ambil kesempatan masuk pintu dapur untuk guna isteri, anak dan menantu pembesar itu dengan pelbagai tujuan peribadi.
Berbalik kepada pelantikan Mohd Najib, betullah macam kata Nor Mohamed. Mohd Najid memang ada pengalaman mengenai kewangan dan pelaburan sejak menyertai politik pada tahun 1976.
Itu saya tahu. Saya kenal Mohd Najib masa dia bekerja dengan Petronas lagi. Lepas itu (1976) menang tanpa bertanding kerusi Parlimen Pekan.
Lepas itu jadi pengerusi Majuternak (dah dibubarkan). Waktu itulah (1977) saya temu ramah beliau buat kali pertama di rumah keluarganya di Jalan Eaton, Kuala Lumpur. Dia baru berusia 23 tahun dan masih bujang.
Tahun 1978 dia dilantik timbalan menteri dan berkhidmat di Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Pos, Pelajaran dan Kewangan.
Pada tahun 1982, Tun Dr Mahathir Mohamad menghantarnya balik ke Pahang untuk bertanding DUN dan dilantik menjadi Menteri Besar. Maka jadilah dia Menteri Besar termuda – usia tidak sampai 30 tahun.
Kalau nak kira pengalaman, memang Mohd Najib mempunyai cukup atau lebih daripada cukup pengalaman dan pengetahuan untuk menguruskan ekonomi dan kewangan negara.
Sekiranya Mohd Najib tidak mampu atau gagal menguruskan ekonomi dan kewangan negara pada saat-saat yang mencemaskan sekarang, saya pun tidak berani hendak kata apa akan terjadi kepada kita semua.
Krisis sekarang adalah lebih serius daripada 1997/98 kerana membabitkan Amerika dan sudah pun merebak ke seluruh dunia.
Di Amerika sahaja, kerajaan dan agensinya dianggarkan telah membelanjakan AS$600 bilion (kira-kira MR2,100 bilion) untuk menyelamatkan pelbagai institusi kewangan dan tabung pinjaman daripada menjadi muflis.
Berpuluh-puluh bank di Amerika sama ada sudah muflis atau hidup semata-mata kerana “bailout”. Tetapi apabila kita menyelamatkan bank dan perniagaan kita pada tahun 1997/98 kita diherdik oleh Barat dan IMF.
Malah Menteri Kewangan kita ketika itu, Anwar Ibrahim, termakan propaganda IMF dan Wall Street. Tetapi Dr Mahathir dia gung-ho, dia buat apa yang dia fikir baik untuk negara dan rakyat jelata.
Adakah mampu Mohd Najib mengulangi rekod menyelamatkan ekonomi negara yang dicatatkan oleh Dr Mahathir itu?
Bagi saya, bukan mampu atau tidak mampu tetapi wajib kerana krisis sekarang lebih luas dan dalam daripada krisis 1997/98.
Tetapi Mohd Najib dan Nor Mohamed berdua sahaja mungkin tidak mampu menangani masalah yang bertimbun dan bertindih ini.
Indeks komposit Bursa Malaysia telah jatuh di bawah paras 1,000 mata. Semua penggiat pasaran dan pengurus saham amanah (unit trust) tahu bahawa kerugian akan mula dirasai sebaik sahaja angka tunjuk bursa jatuh di bawah paras 1,000 mata.
Ini belum diambil kira masalah yang sedia ada seperti naik-turun harga komoditi, kenaikan harga petrol, inflasi dan kejatuhan nilai ringgit. Kini dikhuatiri pula bahawa ekonomi dunia mungkin mengalami “stagflasi” iaitu pertumbuhan ekonomi merosot tetapi inflasi meningkat.
Saya yakin Mohd Najib masih ingat bahawa ketika krisis 1997/98 melanda, Dr Mahathir memanggil balik Tun Daim Zainuddin, melantik Nor Mohamed dan Ali Abul Hassan sebagai penasihat, membentuk Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC), meningkatkan pelaburan awam, memperkenalkan kawalan terhad tukaran mata wang dan banyak lagi.
Seperti saya tulis berulang kali, kita tidak kekurangan kepakaran, tak kira Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan untuk membantu memperkasa ekonomi dan pentadbiran.
Tetapi sejak tahun 2004, nampak seolah-olah dasar Umno dan kerajaan Barisan Nasional adalah menolak sesiapa sahaja yang tidak bersumpah setia kepada mereka atau ada kaitan dengan era sebelumnya.
Kita semua maklum pelbagai dakwaan dan andaian dibuat terhadap Mohd Najib. Itu perkara biasa dalam politik. Sesiapa pun yang akan naik akan diteliti budi pekertinya. Anwar pun kini mengalami tapisan yang serupa.
Jadi jika dia berhasrat menjadi pemimpin, dia haruslah lebih berani, terbuka dan menghormati kehendak akar umbi. Jangan terlalu mengharapkan segala-galanya dipersembahkan di dalam tepak emas.
Nasihat yang baik tidak semestinya datang daripada orang yang memuji dan memuja beliau sahaja. Malah orang berterus terang itu mungkin lebih ikhlas dan bernas nasihatnya.
Ramai pembahas blog ini merujuk kepada petingnya Mohd Najib mengumpul dan mengembleng kepakaran yang ada dalam negara untuk sama-sama mencari jalan mengatasi cabaran kelemut ekonomi ini.
Sepanjang mengenai pelantikan beliau sebagai Menteri Kewangan yang penting dan utama bukanlah mengenai ujian kecekapan, proses peralihan kuasa atau kenaikan pangkat, tetapi mengenai perjuangan menyelamatkan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat jelata.
Kalau dia terkorban, itu adalah takdir yang perlu diterimanya kerana perjuangan memerlukan pengorbanan.
Akhir kalam, saya memohon izin bertanya adakah Datuk Seri Mohd Najib masih ingat perbualan saya dengannya pada tahun 1977 mengenai perlunya dia berjalan keluar daripada bayang raksasa ayahandanya?
Saturday, September 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
77 comments:
Datuk
Satu saja saya nak kata...Iman tidak dapat diwarisi...begitulah yg lainnya.
Dah lama kenal Najib ni
Abg Mat
Felda .....
Pahang
http://pkrpasdap.blogspot.com
datuk. ekonomi negara kita boleh jadi baik ke kalau ada 'peyangak' dalam negara masih berleluasa?
Mereka bukan nak jadi pembangkang menegur kerajaan tetapi sibuk menjadi kera dalam parlimen.
yang saya lihat hanya ibrahim ali saja yang layak digelar pembangkang yang bermaruah walaupun cara dia sebelum ini tak bermaruah.
apapun, anwar dalam blognya ada menyindir pasal jawatan baru menteri kewangan... mungkin dia ada inisiatif macamana hendak menjatuhkan menteri baru ini memandangkan anwar pernah menjadi menteri kewangan dan meminta bantuan IMF!!!
satu lagi datuk, boleh ulas sikit pasal teresa kok dan samannya ke atas individu tertentu. tak syok lah sebab sekarang islam kena hina kita diam aje.
kalau hendak tahu lebih lanjut sila ke blog saya.
http://pkrpasdap.blogspot.com
Tok,
Saya rasa eloklah kerajaan menjemput Tun Daim Zainuddin membantu dalam memberi pandangannya kerana beliau terbukti berjaya membantu TDM dalam memantapkan ekonomi negara. TDZ adalah seorang insan yang sentiasa memikirkan kepentingan parti dan kerajaan. Renunglah bagaimana jasa TDZ mencari wang untuk parti dan meninggalkan lebih RM1 bilion dalam tabung UMNO. Kita berdoa agar wang itu masih ada dan digunakan untuk kepentingan bangsa Melayu. Pemimpin perlu amanah kerana apabila mereka mati, yang dibawanya sekali ialah kerja-kerja yang baik bukannys wang ringgit.
Sdr. A Kair Jasin,
Artikel kali ini menarik. Ini adalah kerana ia menjurus kepada masaalah ekonomi semasa dan negara.
Saya pernah mengomen tentang Anwar Ibrahim, World Bank dan IMF ketika negara mula-mula dilanda krisis 1997. Pada masa tu, olih kerana terlalu taksub dengan kepakaran orang putih maka Anwar menerima sahaja nasihat mereka walaupun ia bukanlah priskripsi yang betul/baik untuk Malaysia.
Semua tindakan Dr. M dikatakan untuk menyelamat kroni-kroni dan bailout adalah buruk untuk negara. Mereka lupa bahawa implikasi terhadap rakyat dan keamanan negara adalah amat buruk.
Misalannya Renong Berhad. Jika tidak diselamatkan maka lebih-kurang 20,000 pekerja akan menggangur. Menggangur ketika peluang mendapat pekerjaan semula ketika itu amatlah tipis. Sebagai contoh, katakan 15 ribu dari 20 ribu tidak mendapat pekerjan semula. Dari 15 ribu ini berapa orang akan hilang sumber untuk makan dan berapa banyak pulak pinjaman mereka akan menjadi NPL?
Jika dibiar berlaku kita akan terjerat dalam spiralling effect yang dahsyat! Hendak keluar dari jerat ini amatlah pedih dan mungkin mengambil masa yang begtu lama. Imbaslah kembali sejarah the great depression pada tahun 1930'an (kalau tidak silap) dulu.
Semasa krisis 1997/98 dulu, NEAC/MTEN serta para petugas bekerja hampir 24 jam sehari, 7 hari seminggu terutama sekali pegawai-pegawai mid-level!
Saya tahu kerana saya pernah dipinjamkan untuk bertugas di salahsatu agensi/seketeriat yang ditubuhkan. Siapa yang menyediakan segala cash flow serta simulasi, menyediakan analysis dsb? Ingat bos-bos serta orang atasan hendak buat kerja remeh-temeh itu? Persekitaran kerja masa itu serupa dengan pressure cooker. Semua analysis serta kertas-kerja cadangan mesti disiapkan minggu sebelumnya! Ia berubah setiap detik!
Bukan saya (sebagai pegawai "kecik") nak mendabik dada dan minta reward (diberi gelaran Datuk dsb) atau recognition! Yang lebih penting sekarang, apakah rancangan pentadbiran sekarang untuk menangani masalah sekarang? Dok asyik kata semua OK je!
Dianggarkan ekspot Malaysia akan menurun dalam setengah tahun ini (2H 2008). Apakah tindakan atau pelan negara seterusnya?
Saya kuatir jika masalah semasa tidak ditangani dengan bijak, negara akan mengambil masa yang agak lama untuk pulih.
Sekiranya ini berlaku maka segala usaha selama kita merdeka akan menjadi sia-sia.
Yang kaya dan yang amat kaya tidak akan merasa kesan sebagaimana kebanyakkan rakyat! Pak Lah serta keluarga termasuk menantu tidak akan merasai keperitan yang dialami olih rakyat. Mereka dah kaya-raya. Serupa juga dengan Najib dan kebanyakkan menteri-menteri yang lain. Rizab mereka mungin luntur sedikit tapi kemungkinan besar tidak seteruk seperti kebanyakkan orang biasa.
Janganlah tubuh lebih banyak komiti-komiti dan biarkan begitu sahaja! Lepas tubuh semua para pembesar serta ketua-ketua lepas tangan. Dok asyik pospon meeting. Datang pun lambat! Buat masa ini semua tindakan serta usaha para pemimpin politik tidak nampak fokus serta keiklasannya!
Kena ada fokus serta komitment. Dok melayan kerenah anak, bini, dan menantu je! Buatlah kerja!
Saya sedar ramai pemblog dan pengomen bukanlah peminat Dr. M. Saya bukan taksub terhadap Dr. M. Tapi work ethic Dr. M tidak bolih dipandang enteng. He is a slave-driver! Orang bawahan macam saya pun terasa bahang Dr. M. Tidak suka Dr. M, takpe tapi kita harus mencontohi work ethic serta komitment beliau.
Walaupun saya suka akan work ethics Dr. M, saya kurang setuju dengan beberapa keputusan serta projek-projek beliau yang pada hemat saya menjurus kepada pembaziran. Tetapi itu isu lain. Isu sekarang adalah work ethics yang mana akan mempengaruhi keberkesanan menangani kemelut ekonomi global.
Najib, apamacam? Can you do it? Forget about your personal problems. Focus on the tasks at hand!
Pak Lah certainly cannot do it! Malaysia needs smart and decisive leader and Pak Lah is certainly not one! His son-in-law may be but for all the wrong reasons!
Seian.
Dato'
Ayat terakhir "saya memohon izin bertanya adakah Datuk Seri Mohd Najib masih ingat perbualan saya dengannya pada tahun 1977 mengenai perlunya dia berjalan keluar daripada bayang raksasa ayahandanya?"
Minta maaf Dato', saya terus terang nak tanya, apakah maksud Dato' perlunya Datuk Seri Mohd Najib untuk keluar daripada bayang Pak Lah?
Saya mungkin silap tafsiran di sini.
Saya setuju dgn pendapat tuan,suka tidak suka @ boleh tidak boleh Datok Najib mengurus ekonomi negara kita kena bagi peluang dahulu kepadanya.Janganlah kita mengkritik sebelum memberi peluang dia membaikki apa yang perlu.Bukan mudah untuk menjadi pemimpin ,harapan warga malaysia sangat tinggi kpdnya dlam membaikki kerosakan yg sudah berlaku terutama dalam keadaan ekonomi dunia yg juga merudum sekarang.Disinilah kebijaksanaan pemimpin diperlukan dalam menangani isu ini.Betul kita tidak perlu malu melantik tokoh-tokoh terbilg bgsa yg telah membuktikan kepakaran mereka dalam menangani isu seperti ini.Jangan lupa mereka itu adalah aset bagi negara dan lebih memahami situasi yg perlu diambil.Jangan perlekeh mereka.Warga Malaysia sedg memerhatikan tindakan beliau sekarg dgn penuh harapan,DAN SAYA OPTIMIS dgn mengembeling semua tenaga pakar yg di ambil pasti kita boleh keluar drp permasaalahan ini.Disini ingin saya pinta drp seluruh warga Malaysia supaya bersatu dan bersama-sama berdoa agar Malaysia terselamat drp bencana dan dipelihara Allah untuk terus maju dan makmur.Wassallam.
Salam Dato'
Apa yang berlaku didalam zaman era Dr Mahathir ketika krisis 97-98 dulu saya fikir tak akan berlaku di zaman sekarang ini, kecualilah Pak Lah resign, selagi Pak Lah ada saya tidak nampak apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir Pak Lah akan ikut. Contoh tambatan ringgit dengan USD yang Mahathir buat, Pak Lah dah tak ikut lagi sekarang, dan kita dapat lihat apa jadi sekarang ni,,, Bila harga minyak dunia turun, harga minyak malaysia masih ditakuk petrol rm 2.55, jawapan yang diberi olek Pak Menteri nilai ringgit dah jatuh berbanding dollar, inilah bijaknya pentadbiran ekonomi zaman Paklah, harapan sekarang ni mungkin Najib dapat memperbetulkan kembali ekonomi negara kita, dan jangan lupa harga minyak Malaysia sepatutnya dan lama dah turun..
Mungkin Dato' Mustapaha Mohamad boleh bantu Najib........
Salam Dato'
Makin hari The Scribe bertambah menarik dan harapan semoga Pak Menteri dan orang yang bergelar pemimpin dalam negara kita ni nak membaca. Tahu tahu saja la, kebanyakan orang kita ni kalau dah berkuasa dan berduit maka dia rasa dia lah yang pandai,semua nya dia betul dan mungkin tak sedar diri terasa pulak diri nya lah orang yang paling handsome, maka jadi lah mereka ini lupa daratan dan bongkak, ramai pula yang lupa asal usul mereka. Ditambah ramai pula kaki ampu. Realiti?
Keadaan ekonomi dunia semakin parah tapi kalau tonton TV kerajaan semua nya ok tak ada masalah, saya rasa rasa jangan lah terlampau membelit laporan, kenapa tak ubah sikit dan berterus terang dan bagi cadangan supaya rakyat bolih berhati hati berbelanja dan bersedia-tak tahu lah Dato' saya bukan wartawan, tapi begitu kah cara nak bantu kerajaan dan negara?.
Bagi saya Pak Najib sebagai menteri kewangan, kita bagi lah 'chance' tetapi dengan trek rekod yang Dato' rakamkan dalam tulisan Dato', sebenarnya nothing outstanding for this man. Dengan sikap nya yang kurang meyakinkan sekadar dia bekas anak Tun Razak, dah tak bolih pakai. Malaysia needs someone to lead with a clear vision and commitment, macam Tun Mahathir la walau pun ramai tak suka dia sebab hentam Anwar but he produced result though at the end of the day ada orang tak berterima kasih dengan dia, itu biasa la manusia kan sama saja. Jadi Dato' kebimbangan yang ada terhadap orang seperti Pak Najib ini sebenarnya amat berasas, sekira nya sikap beliau tidak berubah dan nak main selamat saja saya rasa kita akan menghadapi keadaan yang lebih teruk. He has to stop pretending and stop being hypocrite. He can listen but must know whart he is listening. Jangan asyik nak Tai Chi. saya setuju Pak Lah kata nak tengok macam mana Pak Najib punya performance. Kita harap jangan nak tengok tengok nanti negara terlingkup, sedih mengenangkan nasib sanak saudara dikampong tu, tambah sedih lagi yang ada anak yang pandai tetapi tak mampu nak teruskan pelajaran, kenapa berlaku setelah 50 tahun merdeka.
Maaf Dato' hari ini saya terlalu sedih menjelang nya Aidilfitri. Apakah kita akan terus begini? Apakah perubahan yang dinanti tapi tak kunjung tiba akan terus menjadi impian dan harapan. My trust on both side is quickly diminishing so IN GOD WE TRUST. dh9753
Salam Dato',
Pengharapan yang sama dirasai oleh saya dan teman-teman.
Diharap Menteri kewangan baru kita mampu mengalas tanggungjawab yang amat berat ini.
Penerimaan baik daripada komuniti pelabur tempatan dan antarabangsa adalah satu titik mula yang baik.
Namun saperti kata Dato', najib perlu membentuk panel penasihat yang bijak dan efektif. Tersalah pilih akan membawa akibat yang buruk dan susah untuk dipulihkan.
Najib perlu mengambil langkah yang tertentu supaya hanya dia dan bukan isteri yang menjadi menteri di kementerian barunya ini.
Dear Datuk KJ,
For once under your column which will remain my favorite blog on-line, I'll have to disagree with you that "Najib is sombong".
I see Najib in different perspective as my political boss, my political icon and as a personal friend over two decades. I find him to be not just "Santa Claus" to his adopted family members in FELDA but had that human touch and exemplary quality to deal with in any given situation, with prome, dignity, care and responsibility.
In Washington during one of his visits (i think it was not official visit)a senior diplomat, strolling by Najib's side (left) and the serving Ambassador then on his right, witnessed a scene after a distance from the arrival gate where he looked straight into the eyes of this particular senior WP officer and thrusted his briefcase into the officer's unwilling hand.
If the officer concerned (he has since retired as HOM) did not learn his protocol lessons, I do not blame Najib for his spontaneous courtesy and action.Not that Najib was egoistic but there were the Ambassador and other State department officials around.
For that I salute Najib for what he had done and certainly the officer deserved such demeanour treatment from the DPM, if he personally felt too degrading to carry a personal bag for our No.2 man from Malaysia.
Another personal encounter that Najib will always remember me till today, was the key word "compromise with a victory sign", when Pak Lah was appointed as the annoited PM by our former PM Tun Mahathir against the wishes of the majority.It went on to show Najib's loyalty and human quality as a senior Minister and will always respect the senority and authority of his political boss.
Najib is a political survival with the highest dignity without protocol,if you know how to deal with him and give him that little respect that he rightly deserves.Najib is a born "Bugis" and possess "bugis spices" and he will know how to handle our neigbourly Javanese "make over" media counterpart, who had supported Anwar and throw the shit at our leaders and this country.
Please brother, discard your own negative attitude and experience with your numerous encounters with Najib.Just like you and I adored Tun Mahathir and Tun Hasmah, we should also accept that Najib is still young at heart, though not in his appearance though but more handsome than Brother Sheikh lah.
Please help me to reserve Tun's latest book on "CheDet" launched recently and you can send to my son, either with Tun's compliment or your gift to me as a fellow saudara in action to put things right in this beautiful country. Iam now residing in Telok Intan but do visit KL/JB at least a few times in a month.Thank you Datuk and selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
Salam Dato' AKJ,
Bercakap pasal orang kita yang berlebih2 melayan anak, isteri & menantu menteri2, saya rasa masih ada semacam "genetic inclination" dikalangan orang2 Melayu untuk sifat feudalistic ini, dicampur pulak dengan semangat mengampu... habislah. Pasal bab Najib, saya respect pandangan Dato', walaupun bagi saya, its a bit too late... nasi dah nak jadi bubur baru mula nampak nak 'warm up'... hopefully tak terlambat? Ini jugak menampakkan credibility, identity & quality pemimpin... bak kata Dato', saya juga pasti ada orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, dll. yang berkaliber atau pun lebih berkaliber untuk memimpin jika dapat/diberi peluang?
Dato'
Statement Dato' yang akhir, yaitu pada tahun 1977 nampak nya tidak meniggal kesan keatas Najib kerana yang kita lihat sejak kebelakangan ini, dia asyik balik keFelda dan masih cuba squeeze publisiti dari Felda satu satunya kejayaan ayahnda nya....
Dato,
Saya setuju dengan apa yang dato sebutkan. Kita tidak kekurangan pakar dan orang yang hebat-hebat. Cuma, politik kabilah menyebabkan kita enggan menerima mereka yang berpandangan kritikal. Tun Dr Mahathir adalah merupakan satu aset. Proven. Mengapa tidak dimanfaatkan?
Sempat kah najib memperaktikkan ilmu yang dia gali selama ini sedangkan tahtanya pun di hujung tanduk?
YBhg Datuk,
Saya tidak mahu komen masalah ekonomi. Sebenarnya bukan tidak mahu tetapi tidak pandai. Tetapi saya dapati ada suatu perkara yang penting yang perlu diambil perhatian serius dalam posting Datuk kali ini. Datuk ada menasihatkan pemimpin negara supaya tidak melayan karenah isteri / suami dan anak serta keluarga dalam urusan pentadbiran. Itu kita setuju sangat.
Saya ingin mengimbau kembali adegan yang saya rasa kurang sesuai ditonton di TV pada tahun 2004. Pada masa itu kita semua sedang menonton keputusan Pilihan raya ke 11 dari PWTC. KIta nampak ramai pemimpin dan isteri ada di situ. Adegan yang kurang suai yang saya nak cerita ini apabila ada seorang isteri pemimpin tertinggi yang menyuapkan makanan ke dalam mulut suaminya depan TV. Alahai romantiknya. Nak romantik pun agak-agak lah. Dari adegan itu barulah saya mula percaya dakwaan orang bahawa pemimpin berkenaan dipengaruhi isteri.
Malah banyak masalah timbul akibat penglibatan ahli keluarga pemimpin. Kalau setakat isteri/suami anak menantu mendapat keistimewaahn sedikit daripada pemimpin, kita tidaklah begitu ambil kisah. Sekadar memberi kontrak kerajaan yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan anak menantu itu memang dialu-alukan kerana anak menantu juga adalah rakyat. Apa yang lebih ialah apabila mereka ini turut mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh pemimpin berkenaan.
Kepada isteri pemimpin-pemimpin (isteri-isteri pemimpin ke isteri pemimpini-pemimpin?) kita nasihatkan supaya mempunyai etika yang tinggi. Jangan campur tangan dalam kerja-kerja suami. Suam-suami ada orang-orang yang membantunya. Suami-suami anda adalah milik rakyat. Bantulah mereka sedaya upaya.
Bagi saya, bonda Toh Puan Dr Siti Hasmah adalah seorang yang boleh diteladani. Semua kita tahu bahawa beliau adalah peminat badminton nombor satu negara. Tetapi beliau tidak campur tangan dalam soal urusan pentadbiran BAM walaupun BAM pada masa itu menghadapi masalah yang serius.
Siapa tak sayang bini oiii.
Dato'
Salam Ramadhan!
Check it out: www.aspirasi-ndp.com
under:
Khabar Dari Seberang: CABARAN SEMASA ISU KETUANAN MELAYU
komen dari jiran kita di Brunei pula tentang politikus dan pemimpin kita hari ini...
Tkasih.
syarud
I seriously hope Najib can have a team of experts made up of well-qualified Malaysians, regardless of race. Often Chinese were accused of controlling the economy but when it comes to strategising economic policies, the key people are usually made up of only one race. This seems to be a very flawed Malaysian mentality, the leader is always a Malay, other races will only make it to the deputy, sometimes even not. In the long run our country is going to lose out if we are not practicing meritocracy. This sort of mentality only lowers the standard. Our higher education is already suffering from this disease.
Sdra Scribe,
Budaya kita memang menghormati ketua, dan ada sampai ke tahap menyanjungi mereka. Bdaya kita memang begitu. Yang menyebabkan keluarga mereka naik tocang bukan salah ahli keluarga, tetapi kita yang lakukan. Kita yang beri mereka layanan seolah-olah mereka sama tarafy dgn pemimpin. Dalam kebanyakan hal, ini tak jadi masalah. Ia menjadi masalah apabila ahli keluarga mempengaruhi perjalanan politik negara melalui pemimpin2 berkenaan.
Kini kita semua meneliti bagaimana Najib menangani cakap-cakap bahawa CIMB akan mendapat layanan istimewa kerana bank itu diterajui oleh adiknya. Apakah umum akan melihat tarian dan lagu yang sama seperti yang kita tonton dengan ecm libra/avenue asset dan sebagainya?
Saya menghadiri majlis berbuka puasa di di kediaman rasmi Najib di Sri Satria. Wah! Memang hebat. Begitu ramai pengunjung. Memang Najib popular. Dan dia mempunyai sejarah kepimpinan dalam darahnya. Kini dia kena berdiri atas kakinya sendiri. Mampu atau tidak dia berbuat demikian terpulang kepada hati dan semangatnya. Najib akan sentiasa dibandingkan dengan bapanya. Sekarang ialah peluang bagi Najib membuktikan bahawa Mohd Najib ialah individu yang boleh membawa perubahan dengan berani dan betul dan membawa ekonomi dan politik negara ke tahap kestabilan yang pernah kita lalui.
Jika Najib tidak dapat berbuat demikian, kita cari pengganti yang sesuai.
Selamat berpuasa!
Berlapik dan berkias2 sungguh harapan Datuk pada Najib kali ni.
Versi yang 'tak berlapik'nya saya baca tulisan datuk seperti ini-
" Najib, jangan nak berlagak teror dan besar kepala , tolong bawak masuk Tun Mahathir, Tun Daim, Ali Abul sekarang jugak, jangan pedulikan Dollah".
Terimakasih.
Assalamualaikum
Y. Bhg Datuk,
Perlantikan YB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak sebagai Menteri Kewangan 1 sememangnya sesuatu yang mengejutkan, apatah lagi ianya dibuat sehari selepas Ketua Pembangkang YB Dato' Seri Anwar Ibrahim mengesahkan penghantaran surat untuk berjumpa dengan YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. walaupun pimpinan negara dan akhbar yang bertindak sebagai spin doctor terus menerus menyatakan bahawa surat itu tidak berkepentingan namun sebagai a conscience person, I believe something was very wrong, and the tone to the needs to speed up the transition process seems to be accepted by most of the UMNO MT (quoted from Malaysia Insider & Malaysia Kini) As in my previous comment, Malaysia is not on the loosing ground in term of expertise. We have those who are capable in helping the country from any turbulent or turmoil. I strongly agreed with your statement toward the economic crisis that we faced in 1997/98 whereby Mahathir Mohamad, Tun called those strategists to overcome the economic crisis. Taun 1983, 1997 dan 2008 adalah berlainan ciri dan masalah ekonominya. Satu yang pasti ialah Anwar telah pun menyatakan isu berkenaan stagflation tidak lama dahulu. Persoalannya ialah tidakkah pemimpin utama kita menyedari akan hakikat ini.
askm,
Datuk, orang tak peduli siapa bapanya.itu hanya sejarah.sejarah hanya berguna jika diambil iktibar . kita ingatkan dia bertindak bijak jangan jadi macam orang yg dah makan nasi kangkang---maksud saya payah sangat nak berfikir.terlalu banyak "kamus" ekonomi disekelilingnya.cuma jangan bodoh sombong.
corrigenda.
Game Over : Pulihkan Ekonomi Negara
1. Saya jarang mengulas mengenai isu politik negara tapi keadaan yang berlaku sekarang amat menarik untuk diulas dari pandangan seorang muda.
2. Sebelum PRU 12 BN begitu selesa dan yakin bahawa mereka akan terus berkuasa berdasarkan pencapaian mereka sepanjang memerintah negara.
3.Keadaan selesa ini menyebabkan pemimpin2 BN leka termasuklah pemimpin2 UMNO (ingat bukan parti UMNO seluruhnya).Mereka berangapan segala noda (rasuah & salah guna kuasa) dapat ditutup dgn pembangunan negara (hasil pemimpin terdahulu) dan janji2 manis.
4. Sebelum pilihanraya juga pembangkang memalu gendang dengan penuh semangat atas misi untuk menjadi pembangkang yang kuat dan efektif.
5. Selepas PRU12 ramai yang terkejut. BN terkejut sebab kalah banyak kerusi (termasuklah jeneral2) dan pembangkang terkejut kerana menang banyak kerusi.
6. Dalam BN maka bermulalah blame game. Masing2 ckp mereka tak salah. Semua tuding orang lain.
7. Parti pembangkang pulak macam tak bersyukur.Cita2 diubah. Daripada jadi pembangkang yang kuat tukar pulak nak bentuk kerajaan baru. Usaha pertama tubuhkan pakatan rakyat(walaupun berbeza ideologi).
8.Muncul pulak Anwar Ibrahim dgn penuh yakin memalu gendang 16 september. Katanya ade ahli parlimaen BN yang nak lompat parti.
9. Bn pulak makin rancak menari(syok sangat dengan gendang pakatan rakyat). Tanpa sengaja timbul pulak isu perkauman(ke dah plan). Semua nak jadi hero bangsa.Pemimpin yang buat hal rakyat dapat bala.Celake punya pemimpin..
10. 16 sept pun berlalu macam biasa..(ingat kan boleh tambah cuti). Tak der pun pemimpin melompat. Tak der pun tukar kerajaan.Tak der pun turun harga minyak.
Sudah la tu...
11. Jangan cerite pasal nak tukar kerajaan, jangan cite pasal gaduh2 antara kaum. rakyat dah melarat dah ni. Semua barang naik. Tapi pemimpin gaduh2 lagi..
12. Sebagai wakil kepada rakyat MALAYSIA aku tuntut janji BN selamat aman makmur.. Kat PR pulak aku tuntu jadi pembangkang yang kuat..
13.Kepada anwar ibrahim.Hang kan pakar ekonomi (ikut yang hang habaq la..),ape lagi tolong - tolong lah kerajaan yang ade. Ni bukan cite BN atau PR. Ni cite pasal MALAYSIA YANG TERCINTA..
14. Panggil kawan hang pak arab - pak arab tu labur kat Malaysia, Daripada habis duit kat UK beli machester city baik buat Universiti untuk orang islam.
15. Kalau prestasi ok karang PRU13 pandailah rakyat nak balas jasa.
16. Kepada kerajaan yang ada, aku mintak tolong sangat - sangat pulihkanlah kestabilan negara. Jangan utamakan kepentingan sebdiri tapi utamakan kepentingan rakyat.
17. Kepada orang2 UMNO, bersihkanlah UMNO daripada pengkhianat2 bangsa. kan sekarang tengah rancak pemilihan pelbagai peringkat. Gunakanlah hak anda..
OKLah. Banyak sangat merapu ni. Aku nak study. Belajar Terus Belajar..
Assalamualaikum...
najib memang hebat dan berpotensi memulihkan negara. namun, sehebat manapun najib kalau ia tak selesaikan dulu domestik issuenya sendiri, ekonomi negara tetap tak akan pulih. 2, 3 bulan mendatang timbul balik ketegangan seperti sekarang ini, dan ianya akan lebih parah lagi kerana ketika itu negara dikawal oleh queen.
kalau dato' kata najib dibayangi oleh nama bapanya, itu memang baik. tapi masalahnya bayangan queen lebih besar dan menghalang pandangannya.
soalnya sanggupkah najib berkorban memadamkan bayangan queen yang menghalang selama ini terlebih dahulu, sebelum melakukan banyak lagi pengorbanan kepimpinannya.my sincere advise is, najib please do the housekeeping first. kalau setakat farewell dengan ministry of defence pun dah "teriak deras" lagu mana nak mara ke depan... syahdunya bakal pm malaysia ni..
Sdr Tuan Haji Mustapha,
Kalau Tuan Haji baca dan fahami tulisan saya, tidak sekalipun saya kata Mohd Najib sombang.
Plesea read carefully and understand.
Yang saya maksudkan Mohd Najib jangan jadi bodoh sombong dengan tidak mahu mencari pertolongan atau belajar daripada orang yang tahu.
I think Tun Dr Mahathir still harbours some hope. But Mohd Najib has to show some courage and respect the wishes of party members and the general public.
Sdr Tico, kalau ahli politik sayangkan bini, mereka tidak akan babitkan bini mereka dalam politik sebab kalau mereka jadi kotor bini mereka turut jadi kotor. Atau mereka jadi kotor kalau bini mereka jadi kotor.
Saya kenal bonda Tun Dr Siti Hasmah sejak tahun 1964. She's a class of her own. Just be half of her and all the bini menteri and bini YB wille be ok.
Terima kasih.
thanks dato,
it answer my question already. from the previous posting. shahnan
salam sejahtera,
kita memerlukan keajaiban dari seseorang pada waktu ini.namun siapakah seseorang itu?TDZ?kalau sepuluh tahun yang lalu bolehlah.sekarang dah lain dato.
keajaiban itu tak semesti dari DSAI atau menteri rasanya keajaiban itu ada pada orang biasa yang bukan menteri tapi para ekonomi yang ada di sini.ada tuh mengapa tak diselak-selak.
Sdr Quick Draw Botak,
Thank you for your thoughtful views. I was there during the 1997/98 crisis.
I had to deal with Tun Dr M, Datuk Seri Anwar Ibrahim and Tun Daim.
Once, in Washington DC, Anwar whispered to me that Michel Camdessus (then the IMF chief) was on the line. They were on first name basis.
Daim was reluctant to return to the government. He wanted to pursue his banking career. But he came back "because of" Tun Dr M.
While Tun Dr M and Daim were busy saving the economy, Anwar was speaking about "constructive distruction" -- quoting economist Schummpeter -- to members of Centre on foreign relations in New York.
I had a sneaky feeling that one of Anwar's high-flown advisers had introduced him to Schummpeter and the constructive destruction theory.
When he was PM, Tun Dr M listened and relied on the Malaysian Business Council which was made up of the most powerful corporate figures, thinkers and strategies and to the NEAC, which was chaired by Daim.
I have not heard of MBC since Tun Dr M left. I was a member since it started (1993) until I left the NSTP in 2000.
Those days we had news and information that gave us hope, courage and confidence.
I beg Mohd Najib to bring back these proven methods so that we can together safeguard and build our economy.
Thank you.
salam dato'
Harap Najib berjaya. Gunakan konsep bermusyawarrah, bukan ikut telunjuk sesiapa, tak kira queen atau menantu.
Yang paling penting, selamatkan rakyat dahulu. Ringankan beban rakyat, yg sekarang ini makin tersepit. Nilai RM100 sekarang tidak seperti setahun yang lalu. Tak guna cover line sembang itu ini kerana rakyat sekarang dah celik dua mata. Luar dalam kita tahu. Kita menjadi pemimpin, di undi oleh rakyat, berpegang kepada janji2 manifesto.
Namun, sekarang kerbau2 dilihat tidak mahu lagi turun ke bendang, takut dengan lintah dan hanyir lumpur. Tapi lintah dan hanyir lumpur itulah yang memartabatkan kerbau sebagai wira para petani, untuk sesuap nasi.
Atau sang kerbau lebih rela di pelihara, beranak pinak dan diperdagangkan hanya sebagai lauk kenduri? Hanya untuk mengenyangkan perut para pemerhati, bukan lagi sebagai wira yang berjasa membantu para petani.
Apabila kerbau lupa asal usulnya, kerbau tetap kerbau. Yang nahas kita, sang petani. Jangan sampai sang petani terpaksa bernafas dalam lumpur atas keengganan sang kerbau turun ke bendang, mengharungi hanyir lumpir dan lintah. Wassalam
A'kum Datuk,
Datuk kenal Siti Hasmah sejak 1964. Masa itu Datuk baru berusia 17 tahun, saya kira di Tingkatan 5. Adakah Datuk telah menginterview Siti Hasmah semasa di Tingkatan 5? Atau apa yg Datuk maksudkan dgn "kenal".
dpd: ingin tau
Sdr Kakifikir,
1. Jangan hanya bergantung kepada kehebatan nama bapa atau neneka. Anak-cucu ulamak, tidak semestinya alim;
2. Suasana sekarang lebih mencabar daripada zaman Tun Abdul Razak. Waktu itu ekonomi kita tidak kompleks macam sekarang.
Terima kasih.
Wah..sudah bermula gendang mendewa mendewikan Najib,dipalu mengikut tarian dan pemahaman seolah olah Dolah sudah mahu berundur..
Sayang seribu kali sayang..harapan segunung itu bagai burung terbang dipipiskan lada.. Najib masih menjadi korban mainan Dolah, samada menjadi Menteri Kewangan yang berkesan atau tidak, semuanya akan memanjangkan lagi hayat Dolah untuk terus bertakhta.
Pengumuman KJ untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda adalah satu signifikan bahawa pejuangan 'keluarganya' baru sahaja bermula di mana selama ini KJ kelihatan memainkan peranan di belakang tabir tapi kini anak jantan itu sudah keluar bersilat di gelanggang. KJ dan Dolah saling memerlukan, saling melengkapkan untuk meneruskan sdn bhd yang sudah mereka cipta. Walaupun KJ bestatus pemuda tetapi pengaruhnya menjalar naik ke 'senior' seperti ketua ketua bahagian, menteri, malah segelintir menteri besar pun gentar dengannya.
Untuk mendapat pencalonan Pesiden 30% ukanlah sesuatu yang susah, di atas kertas angka itu sudah ada, di bawah meja angka itu akan bertambah, 'up'kan sikit, angka itu bertambah ganda. Cakap cakap di Majlis Tertinggi hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri (Dolah pun mengaku dia sedang mendengar) dan sebab itulah Dolah langsung tidak mengulas sebaliknya sekadar berkata, dia hanya akan bincang dengan 'pak turut' di sebelah kanannya.
Isu kegawatan ekonomi, kita tangani sendiri, pandai2 sendiri nak hidup, selama inipun sikit sangat kerajaan membantu. Biarlah Dolah terus memerintah sehingga 'masa' menghentikannya. Bagi rakyat siapapun yang memerintah di Malaysia tidak akan boleh melakukan sewenang wenangnya untuk kaum atau ugamanya sahaja, rakyat Malaysia sudah mampu untuk mempunyai satu tolak ansur dan pemikiran untuk hidup bersatu maju dan menolak yang 'melampau'.
Kita wajar membiarkan Mahathir, Daim dan yang lain lain berehat setelah menyumbangkan jasa masing2 masa lampau, sekadar nasihat dan tegur sapa memadai. Uruskanlah Malaysia dengan pendekatan baru dan tersendiri, kita bukan kurang bijak pandai, cuma tidak didedahkan, telalu dimonopoli atas dasar kroni walaupun meeka tidak mampu memimpin dan mentadbir.
Salam Dato AKJ,
1.Berkenaan dengan perlantikan Najib sebagai menteri kewangan mungkin terlambat tapi masih sempat.Moga2 Najib PERASAN yang harga minyak dipasaran dunia dah menurun MUNGKIN menteri sebelum ni tak nampak.
2.Selama 22 tahun Tun Dr M ada kat atas, anak2 menantu dia tak sebuk buka butik baju untuk orang kaya, sampaikan bila Tun Dr M menghadapi masalah paling besar semasa kepimpimpinannya, Tun Dr Siti Hasmah memilih untuk bersama anaknya kat luar negara yang turut menghadapi masalah perkahwinan.
3.Kekadang yang naik tocang di kalangan bini2 pemimpin ni akibat dari rasa diri besar dari org lain ... padahal yang besar pangkat lakinya ....bukan dia ..
4.Tak salah kalau Najib lantik team Tun Dr M sebagai penasihat beliau.Biarkan lah orang nak kata apa, yang penting RAKYAT pasti akan merasa lega bila melihat "otai-otai" yang terbukti menyelamatkan ekonomi negara sebelum ni kembali mencambahkan idea untuk memberi kehidupan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia.
4.Saya berdoa agar Najb kembali berguru kepada mereka yang dah berpengalaman. Semoga Najib terbuka hati menerima balik "otai-otai" ini.
p/s: Selamat Hari Raya kepada Dato dan semua blogger di The Scribe.
wanzaim
To gain insight into the so-called "solutions" offered by IMF, read this book - The Shock Doctrine by Naomi Klein. I did and I suggest you do too, Datuk Scribe.
Sdr Anon (Ingin Tahu),
Ya, saya dalam sekolah menengah.
Mulai tahun 1964 Tun Dr Mahathir jadi MP kampung saya (Kota Setar Selatan. Sekarang Pendang).
Rumah saya di Tanah Merah, Pendang adalah antara tempat persinggahan Tun berdua kerana ayah saya cergas dalam politik kampung.
Saya jadi wartawan hanya pada tahun 1969.
Terima kasih.
Salam Datuk,
Secara peribadi, saya merasakan perlantikan Najib sebagai Menteri Kewangan adalah kurang tepat meski itu petanda bahawa PM Abdullah akan melepaskan jawatannya sedikit masa lagi kepada Najib.
Pun begitu, saya bersetuju dengan Datuk bahawa Najib mesti (baca wajib) mengumpulkan seramai mungkin mereka yang punyai pengalaman luas dalam pengurusan kewangan negara (cth TDZ, Ku Li bahkan Anwar Ibrahim sendiri - apa salahnya kan)untuk berhadapan dengan situasi gawat ekonomi yang terbaru ini.
Najib perlu bertindak pantas untuk mengatasi masalah ekonomi ini. Tiada masa untuk bersenang-senang berangan menikmati kerusi No. 1 nanti.
salam Datuk
Pada hemat saya, Kejayaan sesebuah ekonomi bergantung kepada keputusan pemimpin yang mempertimbangkan nasihat-nasihat atau pandangan-pandangan dari pakar rujuk atau think tank beliau. Kiranya beliau mendapat pandangan dan cadangan tanpa bias atau agenda tersilat dari think tank beliau dan membuat keputusan berdasarkan kepentingan makro tanpa bias, di samping memantapkan lagi daya saingan rakyat, maka masa depan ekonomi negara kita adalah cerah. Dilihat Datuk Seri Najib mempunyai kritria ini, justeru dapat dikatakan ekonomi kita akan bertambah baik, namun tahap kebaikan akan bergantung kepadakakitangan yang melaksanakan dasar.
saya amat berharap bukan saja DS Najib memahami posting ini (saya pasti beliau membaca blog ini), bahkan yang paling penting ialah untuk Rosmah turut membaca dan memahaminya. Jika masih tidak sedar atau sengaja tidak mahu memahami...sedarlah kuasa di tangan rakyat.
Scribe,
Fatamorgana Abdullah Ahmad Badawi
(dendangan ghazal padang tekukur)
Dari kita nak 'berpura-pura dan menjaga hati', kenapa tidak kita lantik sahaja Nazir Tun Abdul Razak senator dan jawatkan 'boy-financialgenuis' ini Menteri Kewangan I? Kenapa perlu kepada Najib abangnya yang jelas tidak dapat menangani masaalah atau cabaran dengan baik. Yang akhir sekali di P44, sebagai contoh yang unggul. Tun Mahathir seorang Melayu yang bersifat sungguh pemurah dan pemaaf; tetapi Tun Mahathir tidak akan silap mahupun salah kalau tidak mahu lagi bersabar dengan Najib. Najib is a waste of time.
"In an economics uncertainty it is bad to have political uncertainty as well" - itu apa yang saya faham dari posting anda, Scribe. (Tetapi Najib 'is too dumb to understand even that'. The only thing he knows is how to look smart in a dark suit with matching tie and pocket-kerchief. His, Najib's time is over - it is Nazir's to make the House of Razak proud)
Najib yang A Kadir Jasin kenal dahulu bukan lagi orangnya sekarang - 'he is just a muddle headed guy from pekan and the husband of rosmah mansor'(anda boleh tanya pak-pak jeneral di mindef dulu dan sekarang)
Scribe, ikut sangat kita rentak Abdullah ini mengakibatkan dari boleh menari kita patah tulang belakang. Ini yang jelas.
Terima Kasih dan Salam Eidul-Fitri Maaf Zahir-Bathin kepada YBhg Scribe Sekeluarga dan jua semua pengunjung blog ini.
ps kenapa Tun DrM&H masih tidak menyerahkan borang ahli UMNO? Kalau perlu saya boleh ushakan borang YABhg kedua-duanya sampai ke tangan Presiden sendiri.
dato'
saya setuju dengan kenyataan neeyseey. najib adalah calon yang paling layak sekali memimpin pada waktu ini. tetapi kisah abdullah - endon - khairy anak beranak perlu menjadi peringatan yang berguna kepada rosmah. saya mendoakan yang baik2 utk najib dan malaysia.
Datuk,
Nampaknya semua orang telah pergi terlalu jauh berbincang pasal kegawatan ekonomi ni sehingga tertinggal yg asas...iaitu AAB kena undur sekarang beri najib "mmgku" dulu sehingga pemilihan Disember dan biarkan semua jawatan parti dipertandingkan
dari situ baru tntukan matlamat yg seterusnya. Jika ini diisytiharkan, krisis kenyakinan sertamerta akan pulih dlm negara dan baru boleh disusun strategi seterusnya melawan krisis kewangan sekarang. Nor Mohamad perlu ditanggalkan dari jawatan MoF 2kerana dia sudah tidak releven lagi dan mungkin sudah expired dan lantik TS Zeti Akhtar Aziz sebagi senator dan seterusnya MoF 2..dan satu lagi tolonglah dengar nasihat Tun Mahathir kerana beliaulah, hanya tinggal satu ini sahaja pmpin yg lama, banyak pengalaman, ikhlas dan sayangkan negara dan lebih penting masih dan sangat releven hingga kini.
Dato AKJ.
Dalam sehari dua ini menonton TV 1 nampak macam suasana sebelum PRU12. Slot menghentam dan mengugut Anwar dapat ditonton beberapa kali sehari. Mungkin kah MEREKA sedang berkempen untuk PRU13. Manalah tahu kalau2 mahu adakan pilihanraya semula. Nampak karektor hero tu konon berWIBA dengan senyum sinis sambil berbicara. Kata orang bijak pandai antara perkara yang SEDAP dilakukan ialah:
1. tidak mambayar hutang yang dibuat.
2. makan percuma
3. MENGUTUK ORANG YANG TAK BERPELUANG MEMBELA DIRI(sebab itu kita dilarang membicarakan kelemahan orang yang dah mati)
Sedaplah awak; kutuklah sepuas2nya sayang sedikit orang yang awak kutuk adalah seorang yang BISU.
Dear Kadir.
Saya setuju dengan saudara bahawa Najib menpunyai kebolehan untok memulehkan keadan ekonomi Negara yang tidak menentu dan lembab.Budget yang sedang dibahas itu merupakan satu budget yang paling terok dalam sejarah Malaysia.Saya rasa ia di sediakan oleh satu orang saja dan bukan saperti zaman Tun dulu ada Budget Dailog.
Kelemahan Najib yang paling ketara ialah ada kah ia akan dapat mengawal ISTERINYA ROSMAH.Semua orang tahu ROSMAH merupakan otang yang paling berpengaroh di Malaysia.Sekarang ini pun semua orang tahu banyak deal di Kementerian Pertahanan akan berjalan lancar jika melalui ROSMAH.
Saya ingat ini lah yang cuba di sampaikan oleh You,kadir.Kalau Pak Lah Rosak kerana Pengaroh Khairi dan Kamaruddin.Kita amat berharap Najib tidak akan rosak kerana Rosmah.
Sorrry.Kadir.I am being direct.Seronok juga jika kita jadikan ROSMAH tajok perdebatan untok melihat Pro dan Con nya.
Dato'
Saya harap semua menteri dan pembesar diberikan taklimat yang terang mengenai protokol dan tunjuk hormat yang layak mereka terima. Kita patut berikan layanan dan penghormatan yang patut dan layak kepada menteri dan pemimpin yang dipilih, bukan anak isteri mereka.
Saya turunkan contoh-contoh di bawah dimana saya sendiri melihat dengan rasa meluat keluarga pembesar diberi muka lebih dari yang layak:
1 isteri pembesar menziarahi kematian kawannya diiringi 4 kenderaan kakitangan kerajaan dan pengawal, termasuk dua 'outrider'. Kenapa?
2 isteri dan anak-anak pembesar menggunakan pengaruh menubuhkan yayasan dengan nama-nama peribadi. Hakikatnya syarikat-syarikat GLC yang banyak menyumbang.
Sebarang Yayasan patut ditubuhkan atas nama Awam -- seperti Bakti. Jadi taklah Yayasan itu jadi harta pusaka, sebaliknya boleh terus di gunakan bila pemimpin bersilih ganti. Taklah juga nampak seperti Yayasan ditubuh untuk diri sendiri.
3. Pegawai MAS di lapangan terbang luar negeri menjadi penyambut tetamu dan pengiring pembesar sampai ke pintu kapalterbang. Kenapa perlu begitu? Pegawai MAS itu perlu tumpukan lebih kepada keseluruhan perjalanan operasi MAS, bukan jadi diplomat untuk jaga Menteri!
4. Seorang pegawai konsulat di Los Angeles yang terpaksa memendekkan mesyuarat di pejabat sebab perlu ke lapangan terbang menunggu menantu pembesar dan ahli perniagaan Malaysia yang akan tiba. Apakah itu tugas rasmi pegawai konsulat Malaysia?
sayangmalaysia
cerita quick draw botak memang menarik.....cerita bail out...
akhirnya kiblat anwar dan ramai pakar ekonomi iaitu amerika yg kununnya mengecam tdm menggunakan duit kerajaan utk bail out....
amerika akhirnya ciplak idea malaysia menggunakan duit kerajaan amerika untuk bail out AIG....
apacer....eloklah anwar..karpal...lim kit siang......nik aziz...hadi awang pegi kecam amerika sbb guna duit kerajaan amerika utk bail out AIG.....:)
Pak Kadir,
Sesiapa sahaja yg pemimpin, semuanya ada kelemahan dan kekuatan. Pada saya kekuatan Najib lebih ketara dari kelemahannya. Beliau berpengalaman jadi pemimpin dan ahli politik sudah agak lama. Tidak ada mistake besar yang dilakukannya. Yang kecil-kecil tu biasaler. Saya yakin beliau boleh memimpin Malaysia dengan jayanya. Cuma saya bimbang sikit saja. Tentang bini dia. Kalau bini dia boleh ubah sikit sikap, alangkah bahagia nya Najib jadi PM nanti.
bila lagi nak turunkan harga petrol dan disel di Malaysia ini???
minyak dunia dah banyak turun seperti harga biasa.
bila nak turun harga minyak?
meringankan beban orang lain itu ibadah atau sedekah jariah untuk diri dan keluarga hingga ke hari Qiamat, tak kan tak nak kot????
sokong pun mungkin dapat pahala dari Allah, tapi kalau menentang apa yang baik yang Allah suruh, maka tunggu Allah PASTI BALAS DENGAN SETIMPAL.....
ingatan drp:
cucu orang utan
Salam Dato',
Saya merujuk kepada komen saya dalam artikel Dato' yang terdahulu.
Saya telah menyatakan dahulu bahawa pernyataan "tanggungan subsidi minyak berterusan boleh membankrapkan negara" bukanlah analisa yang baik seorang ahli ekonomi.
Saya setuju sangat bila Dato' kata Najib perlu berani dan tidak boleh sombong (bodoh sombong tak mahu bertanya).
Soalnya berani ke dia?
Bagaimana dengan Majlis Penasihat Ekonomi yang ditubuhkan Pak Lah tempohari? Bagaimana pula polisi direct negotiable tender? Polisi stok bekalan makanan?
Antara yang saya paling tunggukan adalah samada polisi "kadar upah rendah bagi menarik pelaburan" akan dikekal atau diubah.
Bagaimana pula usaha bagi menarik semula FDI selain mengekalkan FDI sedia ada?
Persoalan-persoalan ini adalah, pada pandangan saya, beberapa isu yang tidak diutarakan dalam bajet 2009 tempohari.
Dari pemerhatian saya, kementerian-kementerian yang diterajui oleh Najib sebelum menjadi TPM sering dikaitkan dengan hujan emas dengan pelbagai kenaikan gaji dan penstrukturan jawatan selain imbuhan berbentuk insentif dan kemudahan.
Mudah-mudahan ini bukan lagi polisi Najib dalam suasana bajet defisit yang sudah diamalkan dari tahun ke tahun.
Adakah polisi pelbagaian sumber pendapatan akan digunapakai untuk mengurangkan pergantungan kepada hasil minyak, minyak sawit dan lain-lain hasil utama? Persoalan ini penting kerana saya memandang polisi bajet defisit sebagai satu kejanggalan.
Selagi bajet defisit diamalkan negara akan terus bergantung kepada pinjaman (tanpa mengira mana datang sumbernya). Selagi itu juga pendedahan ekonomi negara terhadap isu luar kekal ketara. Selagi itu jugalah sukar untuk merancang dengan baik.
Tugas yang menunggu Najib memang sukar. Terutamanya membaiki rumah yang bocor disana-sini yang dibina oleh bosnya.
Mungkin tidak ramai yang sedar. Dalam tempoh beberapa bulan terakhir ini, Thailand telah menempuh suatu peristiwa politik yang jauh lebih sukar dan bergolak berbanding Malaysia. Namun dalam tempoh yang sama, RM telah jatuh nilai berbanding Bhat!
Najib kata pada Isnin beliau akan bermesyuarat dengan penasihat ekonomi, Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti. Kemudian barulah beliau dapat membuat pernyataan.
Masa ini agaknya kita akan dapat melihat sejauh mana keberanian dan ketidak sombongan beliau.
Selain itu saya ada beberapa kemusykilan;
1.Ahmad A Talib kata "Yang menyebabkan keluarga mereka naik tocang bukan salah ahli keluarga, tetapi kita yang lakukan." Sememangnya budaya kita menghormati pemimpin. Jika anak buat salah dan kita hormat bapanya, selalunya kita tidak hukum sianak tetapi berharap sibapa yang dapat mengawal anaknya. Bukankah pemimpin itu yang sepatutnya mengawal ahli keluarganya?
2.Dato' AKJ, syarikat-syarikat yang di bail-out ini, adakah disyaratkan untuk membayar balik? Saya tidak pernah menemui apa-apa laporan seperti ini. Tentunya saya mengharapkan pembayaran balik ini bukan sekadar melalui cukai yang biasa. Walaupun pekerja tidak hilang kerja dan negara tidak hilang pendapatan, jumlah bail-out tersebut mesti dianggap sebagai hutang pendahuluan. Hutang tetap hutang dan hutang mesti dibayar.
3.Dato' ada kata begini, "I had a sneaky feeling that one of Anwar's high-flown advisers had introduced him to Schummpeter and the constructive destruction theory." Boleh Dato' terangkan dengan ringkas tentang teori ini atau sumber yang boleh saya baca? Harap Dato' sudi bagi membolehkan saya memahami sejarah Anwar-UMNO dengan lebih baik.
Sdra Sawit Futures Trader,
Banyak bahan mengenai "creative destruction" dalam Internet.
Ringkasan berikut saya peroleh daripada Wikipedia:
"The notion of creative destruction is found in the writings of Mikhail Bakunin,[1] Friedrich Nietzsche and in Werner Sombart's Krieg und Kapitalismus (War and Capitalism) (1913, p. 207), where he wrote: "again out of destruction a new spirit of creativity arises". The economist Joseph Schumpeter popularized and used the term to describe the process of transformation that accompanies radical innovation. In Schumpeter's vision of capitalism, innovative entry by entrepreneurs was the force that sustained long-term economic growth, even as it destroyed the value of established companies that enjoyed some degree of monopoly power."
Mengenai Mohd Najib sebagai Menteri Kewangan, saya rasa dia tahu dan boleh menambahkan pengetahuannya jika dia mahu bertanya.
Ramai orang di negara ini dalam sektor politik, ekonomi, perniagaan, pertadbiran dan akademik yang faham isu-isu pokok ekonomi seperti pengurusan fiscal (percukaian), monetary (mata wang), pembangunan.
All that Mohd Najib has to do is to seek their advice.
Terima kasih.
Assalamualaikum Datuk,
Pengalaman saya sebagai seorang perniaga semenjak kepimpinan di tukar kepada Pak Lah keadaan ekonomi menjadi bergitu tidak teratur dan berserabut
Contohnya,Kita mengalami masaalah barangan asas yg meruncing seperti tiada gula,minyak masak,tepung dan Beras.Benda2 yg menjadi keperluan asas pun tak dapat dijaga inikan pula yg besar2.kemudian menyalahkan rakyat yg tidak mahu berjimat seperti mengurangkan penggunaan gula,minyak dan cadangan terbaru kena makan ubi kayu,iskk tak masuk akal kalau nak ketawa pun taksampai hati menunjukkan kebodohan sendiri.
Dizaman kesusahan yg dicipta sendiri sekiranya ada masaalah kredit bolehler ke www.creditcentre.webs.com untuk rundingcara Wasalam
huhu,, en. najib sesuai jdi pengurus felda
Salam semua...
Saya bab ekonomi ni setakat tahu asas org baring (lay man) :)
Itupun bernasib baik ada kakak yg ada CIMA stage 4 boleh borak2...boleh ada percambahan pengetahuan bukan setakat engineering shj..
Ekonomi ni setakat pengetahuan bodoh (guide for idiot) org mcm saya, kena memahami asas keseimbangan ekosistemnya yg terdiri drpd dua elemen iaitu makro & mikro...
(harap pakar2 ekonomi luar sana tolong perbetul kalo saya tersebar ajaran sesat)
1. Untuk menarik FDI kerajaan boleh memilih sama ada membuat mega projek atau menaikkan interest rate oleh BNM..tetapi kedua-duanya tetap berkait rapat dgn imej & kestabilan politik negara kerana pelabur & bakal pelabur kebanyakkan nya tidak berada di M'sia & hanya mendapat makluman keadaan negara drpd media massa dlm membuat keputusan pelaburan!
2. Kejatuhan indeks BSKL secara mendadak selepas pengumuman petukaran portfolio menteri boleh disalahkan 100% kpd Abdullah Ahmad Badawi..pelabur2 di luar negara mendapat tanggapan negatif berhubung kepincangan iklim politik M'sia & terus melupuskan pegangan saham2 mereka secara tergesa-gesa menyebabkan penawaran melebihi permintaan & menyumbang kejatuhan indeks BSKL.
3. Jika BNM menaikkan interest rate utk menarik "hot fund" (dana segera drpd pelabur2), kesan positifnya hanya sementara & akan mengukuhkan kedudukan pertukaran matawang Ringgit. Apabila RM terlalu tinggi ia akan menjejas dayasaing eksport negara..
Kenaikan Baht Thailand adalah disebabkan kerajaanya menaikan kadar faedah
http://thailandtonight.blogspot.com/2008/08/thailands-central-bank-raises-interest.html
..tetapi kesan mikro ekonominya tak OK jugak (percayalah saya tahu sendiri drpd kawan saya warga sana)
4.Kesan 'hot fund' hanya bersifat sementara & akan menjejaskan mikro ekonomi ~ inflasi naik mendadak, peminjam2 bank sengsara (terutama yg ambil skim RIBA), pengucupan bisnes2 akibat impak tekanan faedah yg membawa kpd kebungkusan, pengurangan pekerja & tiada peluang pekerjaan baru.. yg mati pasti rakyat.
5. Ekonomi ini boleh di ibaratkan mcm seketul getah yg elastik..sebarang 'external force' yg di'induce' secara sintetik hanya akan mengubah bentuknya sementara sahaja & ia akan kembali normal kpd asal apabila tiada lg 'external force' itu - jd x payahlah tipu rakyat guna rizab negara beli saham2 yg org pelabur2 'dump' utk naik balik indeks BSKL!
5. Ekonomi perlu maintain 'elasticity' & tidak di 'strech' secara melampau sehingga melebihi had 'ultimate tensile strength'..kelak menjadi ' irreversible plastic', keras kerana 'damaged in the material microsructure'... (dgn kata lain, sampai satu tahap apabila inflasi melampau, rakyat sengsara & mati maka ekonomi negara kita musnah secara total & kita boleh jd mcm Somalia & terus bergaduh sesama sendiri sampai kiamat!)
6. Dlm situasi skrg, amatlah penting mempunyai rizab matawang asing yg banyak...baru2 ini kakak saya bgtau sykt tmpt dia bekerja sebuah company GmBH yg ada kilang disini yg banyak berurusan import & eksport produk sukar mendapat USD utk bayar supplier mereka & dimaklumkan oleh bank2 tempatan bahawa kena tunggu 2-3 hari utk mereka kumpul! mana pergi rizab USD negara kita? Adakah rizab itu dibazir beli sesuatu yg merugikan diluar negara (oleh siapa)?
Kesimpulanya:
Economic is not easy to managed as thought by some no-brainer politicians..We need experts & specialist in the field to advise & to find the best formula & method to achieved the 'eutectoid point' of our macro & micro elements..
then only we be proud & say a win-win situation!
Najib - jgn khianat amanah rakyat & jgn jd biawak..amanah Abdullah imam hadhari itu tak penting sbb dia pun barang tak penting kpd rakyat yg terpaksa pikul biawak hidup, anak biawak & menantu biawak..dah mmg cukup beban..paling kami tak suka biawak betina sbb kulit mengerutu ttp tetap perasan cantik!
(maaf kerana menyelit pemahaman teknikal & merapu utk point2 yg di bawah..ia adalah drpd pandangan saya semata-mata yg mmg ada kaitan dgn yg masih hidup)
(".)
SALAM AIDIL FITRI 1429H
Maaf Zahir Batin
Datok Kadir.
Yang Sombong itu bukan Najib yang saya kenali sejak kechil lagi.Yang sombong itu ia lah isterinya ROSMAH.
Orang Kedah kata dah tak ada ubat lagi.Nasib kau lah Najib.
Logic Ala Malaysia
Rakyat Malaysia heboh apabila dapat tahu Bahawa Khairy pernah belajar di Oxford (undergrad)..Konon nya ini membuat Khairi seorang yang Special!!
Ramai kawan saya dan saya sendiri pernah belajar di Oxford ketahap PhD tapi kami anggap itu jejak biasa untuk mendapat Ilmu, jadi tidak heran bagi kami...
Sekarang Najib pula dianggap Pakar Ekonomi kerana dia pernah buat kursus undergrad Economi di UK....Warta mainstream memberi menanggap dia lebih mendapat keistimewaan pengetahuan kerana degree yang dipelajari adalah dari UK!(adakah benar dia tamat kursus tersebut?)Ramai rakyat kita termasuk menteri yang dapat degree dari UK tetapi tidak mendapat perhatian yang sama...
Kesimpulan nya kedua dua mereka lebih penting kerana hubungan mereka dengan Perdana Menteri atau bekas Perdana Menteri...Itu dia culture UMNO.
Sdra/Sdri semua terima kasih kerana terus berbahas dan bertukar-tukar fikiran.
1. Pentadbiran Bush memohon peruntukan AS$700 bilion (kira-kira RM2,380 bilion) untuk membeli "aset beracun" (toxic assets) sistem pembankan dan peminjaman;
2. IMF meramalkan yang hampir semua negara maju sama ada mengalami kebekuan atau kemelesetan ekonomi;
3. Kerajaan kita kena kaji dan berterus terang mengenai tanggang pinjaman lapuk (NPL)sistem perbankan; dan
4. Sistem penghantaran awan (public delivery system), khasnya mengenai pembayaran kontrak oleh Perbendaharaan masih menjadi punca rungutan;
5.Sebuah tabung pelaburan unit yang besar di negara kita dianggarkan telah menderita kerugian atas kertas (paper lost) melebihi RM500 juta apabila indeks komposit Bursa Malaysia jatuh di bawah 1,000 mata.
Terima kasih.
Datuk Kadir.
Najib sabagai Menteri Kewangan.Saya tidak yakim ia akan dapat menjalankan tugasnya dengan baik.Najib pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan sabelumnya.Banyak keputusan2 yang di buat pada waktu itu tidak menguntongkan Melayu terutama yang di luar bandar,yang miskin.
Yes.Tun Razak bapak nya banyak mempelopori menolong orang Melayu susah.Bagi Najib dan keluarganya dan termasok abang dan adeknya ada kah mereka faham dengan ayat MISKIN>.
Kadir,saya tidak yakin.bagitu juga dengan Sepupunya sdr Hishamiddin,Ketua Pemuda UMNO.Mereka boleh bercakap fasal Kemiskinan.Tapi mereka tidak ada perasaan dan feeling apa itu Miskin.
Ada kah mereka bisa mandi ayer telaga di pagi hari sawaktu pergi sekolah.Meraka pakai sabun Lux kita pakai sabun sunlight yang juga di gunakan untok basoh kain.
Ada kah mereka bisa berjalan kaki ka sekolah atau naik basikal 10 km di pagi buta dana kalau nasib tak baik di kejar anjing.
Ada kah mereka bisa membawa bekal nasi atau ubi kayu ka sekolah di masok dalam container plastik yang usang.
Ada kah mereka bisa memakai baju sekolah dan baju biasa yang hanya di tukar saminggu sekali.
Ada kah mereka sawaktu belajar di university ,tinggal di satu bilek usang di kampong Pantai Dalam bersama 3 atau 4 lagi kawan.Tak dapat bisasiawa tapi cukup lah pinjaman MARA sabanyak $1,200 satu tahun.Wang itu lah untok bawar makanan,bayar yuran,bayar buku,bayar tambang bus.
Ini lah Harapan orang Melayu yang menyokong UMNO sejak 50 tahun dahulu kerana di janjikan pembelaan.Tapi sejak akhir ini UMNO yang menjadi tunjang membela Nasib Orang Melayu telah mula tidak memahami masaalah meraka.
Masaalah Anak,Menantu dan Bini merupakan masaalah yang perlu di beri keutamaan.Sori Kadir bukan saja Pak Lah tapi TUN Mahathir pun sama.Belum tahu lagi samaada Najib dapat kawal ROSMAH dalam hal merebut peluang kewangan .
Kadir,Hang tak usahlah nak bangga sangat dengan Mahathir.Hang ingat dia bagus sangat.Puncha dia mula berkelahi dengan Anwar ia lah kerana Anwar tak mahu manggunakan Petronas untok menyelamatkan Mirzan,sunggu pun akhirnya Anwar setuju tapi salepas ia betul 2 belasah Mahathir.Kalau akau nak cerita fasal Mahathir aku boleh karang satu buku,tapi apa yang aku nak cakap di sini,Dr Hasmah juga banyak mempengerohi keputusan Mahathir untok menolong sahabat handai dan anak2nya.
Salam.Tak bagus mengupat bulan puasa.Ampun dan Maaaf.
Dato',
Pendapat yang baik tak semestinya datang daripada orang yang ada kedudukan dan pangkat.
Bak kata pepatah orang tua-tua, "jika hendakkan sisik, mintalah daripada ikan haruan, jangan harapkan daripada ikan keli"
Pembangunan mapan negara kita bergantung kepada sumber yang ada dalam negara. Mohd Najib perlu sedar akan hal ini. Elakkan menjadi hanya 'rubber stamp' dalam menentukan ekonomi negara.
salam datuk,
Najib semakin hari semakin lebar senyumnya kerana beliau bakal melakar sejarah anak-beranak pertama di malaysia menjadi perdana menteri.Hanya seorang yang boleh menghalang Najib daripada mencapai impian emas beliau iaitu anwar Ibrahim.
Sekiranya Anwar gagal membentuk kerajaan pusat sebelum disember ini kemungkinan besar peluang beliau untuk naik kerusi emas akan suram.politik negara masa kini dicatur oleh dua insan yang sedang memecut untuk mencapai impian masing-masing.
http://egimbb.blogspot.com
Scribe,
Protokol NEP Dunia
(sihir matawang dunia maju)
Tun DrM syorkan ringgit ditambat semula. Nazir Razak mungkin mengatakan maka apa yang kita nak di hiraukan?
Kalau US boleh bailout 'toxic assets' semua negara yang lain pun boleh ikut sama langkah menyelamat periok nasi sendiri, lebih-lebih lagi Russia dan China.
Protocol Khazanah Holding kita adalah hasil buah fikiran pakar-pakar ekonomi dalam dan luar negera dan kegigihan-amanah mereka yang menjayakannya. Alhamdulillah
Buat masa ini, saya harap ringgit kita ditambatkan pada nilai emas atau minyak atau Euro atau Pound sterling atau Renmimbi sendiri. Yen dah hilang kuasa.
Jangan di'pegging' dengan USD! Fahamlah ia akan melarutkan nilai kemerdekaan dan kebebasan kita berdagang di pentas seanterodunia tertindas dengan pengaruh 'western hegemony'.
Namun ini mungkin mustahil! - matawang US itu disokong kuatnya pengaruh 'Militarisma Nato' dalam ekonomi dunia.
Dunia maju berhutang, kita yang menanggung beban mereka, Scribe; dan kita yang diajarpaksa supaya terima budaya mereka bulat-bulat. Allahu-akbar...
Sebenarnya, Scribe, Amerika Syarikat baru sahaja mentubuhdirikan Sovereign Wealth Fundsnya - dari habuk hampas hutang(out of nothing but debt and turmoil) - subhanallah.
Terima kasih.
ps. Scribe, kalau sudi bolehlah kirim salam eidil-fitri Maaf Zahir-Bathin kepada YABhg Tun DrM&H Sekeluarga dari ramai ahli-ahli UMNO Tanjung. Ketua Bahagian mungkin lupa pekara ini kerana sibuk-sibuk ziarah dan berbuka cawangan-cawangan - maklumlah ada pertandingan sengit kali ini.
Sdr. Sawit Futures Traders, Sdr. A Kadir Jasin & para pengomen lain,
Semasa krisis 1997/98, bailout bukan bermaksud kerajaan "memberi duit kepada syarikat" atau "membayar hutang bagi pihak syarikat".
Fundametally the restructuring allowed failed companies to "rescheduled their outstanding loans" to suit their prevailing cash flows. It allows companies to "buy time" to allowed asset values to recover from their depressed values.
One of the "mistkes" by companies then was to use short terms funds for long term projects. In other words there was a mismatch between source and uses of funds.
During that period, the government "interfered" in the normal process of loan recovery in events of defaults by either:
(1) buying over the loans (NPL) that are backed by assets at discounted price through Danaharta;
(2) use of moral-suasion on banks to refrain from taking legal action and encourged mediated restrucuting through Corporate Debt Restructuring Committee (CDRC was under BNM); and
(3) recapitalising of banks through Danamodal using instruments that would/could be redeem by existing shareholders etc.
I do not remember the government pumping in "cash per se" to rescue companies and/or banks without some form of "collateral" to safegurd the government's position. In other words most (if not all) loans from government to private sector were secured and, if I am not mistaken, have been repaid. I, no longer, have access to these information after year 2000 so I cannot confirm about this particular fact.
The accusation of bailouts were because people like Halim Saad (Renong, UE & TIME), Tajuddin Ramli (TRI), Salleh Sulong (DRB) (to name a few) were not made bankrupt and were basically scott-free. These people were viewed as close to Dr. M directly or indirecty through Daim Zainuddin. I shall not commet whether they were as it was out of my job scope to know or judge them then.
Nonetheless the government basically "save" these companies and banks without unnecessarily taxing the rakyat. It was just matter of time for the government to recover "their investments" once these companies/banks were on better footing.
Disclaimer - Jika saya tersilap dalam apa-apa fakta, I apologise. Kesilapkan bukan disengajakan dan tulisan/komen diatas dilakukan melalui ingatan semata-mata tanpa merujuk kepada nota-nota rujukan pun.
Sekian.
Aslmualaikum Dato',
Maaf, saya mencelah di luar tajuk sikit;
MP Teressa Kok mengadu diberi makanan ala 'dog food' semasa di tahan ISA. Dog food yg dia maksud kan telur rebus dan kuah...
Nampaknya saya memang selalu makan 'dog food' Datuk..
-AWANGJPJ
Datuk,
1. Soal mengagungkan bini, anak, menantu ini adalah sebab ada niat tersembunyi. Biasanya untuk mendapat perhatian daripada Pak Menteri makan diberilah gelaran kepada isteri, hadiah kepada anak menantu dan sebagainya.
2. Bagi Najib sebagai Menteri Kewangan inilah masa terbaik beliau untuk membentuk arah ekonomi negara kita. Saya masih rasa formula Tun Dr. Mahathir masih boleh dipakai. Apa salahnya Najib menggunakan formula sama.
http://c-bok.blogspot.com
tahap kemampuan pengurusan ekonomi,
paklah = ketua kampung
najib = komuniti bistari felda palong
Salam Dato',
Terima kasih di atas penjelasan berkenaan teori 'creative destruction'. Saya pernah mendengar isi teori tersebut cuma belum pernah dengar namanya. Kini saya dah tahu.
Mohd Affendi,
Kenaikan kadar faedah Bank Pusat Thailand memberi kelebihan kepada negara mereka. Namun Thailand punya komposisi yang sedikit berbeza berbanding Malaysia kerana mereka adalah self suficcient dalam pengeluaran asas makanan. Nisbah eksport dan pasaran dalaman bagi pengeluaran barang siap mereka agak seimbang manakala import makanan mereka rendah.
Fakta utama saya bukan berkenaan nilai matawang itu sendiri tetapi tindakbalas kerajaan walau dalam kegawatan politik.
Hot fund tidak termasuk dalam kategori FDI. Saya setuju. Kita perlu menarik pelaburan yang boleh membuka pintu pekerjaan kepada lebih ramai sumber manusia tempatan. Jika FDI ini merangkumi peningkatan pengeluaran berkaitan bahan asas makanan, ia akan menjadi bonus kepada kita.
Quick Draw Botak,
Many thanks for the enlightment on bail-out issue.
Saya mungkin salah tetapi ia membuatkan saya berfikir bahawa isu antara Anwar-Mahathir bukan berputik dari masalah pendekatan bail-out.
Telah diketahui ramai bagaimana Anwar menuduh Mahathir mahu menggunakan wang untuk bail-out syarikat anaknya.
Juga diketahui umum Anwar dituduh sebagai begitu taksub dengan syor IMF untuk menggunakan pendekatan teori 'creative destruction'.
Tidakkah kaedah-kaedah yang digariskan saudara itu seolah-olah menggambarkan kompromi antara TDM dan DSAI?
Akhir sekali, saya cuma mahu mengatakan bahawa ilmu seseorang itu perlu diukur dengan amalan ilmu itu sendiri.
Dalam kes Najib mahupun Khairy, segulung ijazah yang mereka ada hanya membuktikan bahawa mereka telah belajar sehingga ke tahap itu. Pencapaian ilmu dan fikiran mereka pula akan dapat di lihat pada bagaimana mereka menggunakan ilmu berkenaan dalam hidup mereka.
Bill Gates tidak menjadi manusia terkaya di dunia dengan segulung ijazah.
Berapa kerat pula pemegang PHD di Malaysia yang menerajui entiti korporat bertaraf dunia?
Tajuk berita seperti "Pak Imam Jadi Haruan Makan Anak" pun pernah kita baca bukan?
Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan
Assalamualaikum semua.
Indah sekali kita dapat merasai malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Pahala amalan dilipatgandakan dan doa-doa yang baik Insya-Allah akan dimakbulkan. Tetapi, kita perlu tahu bahawa hanya Allah Taala sahaja yang tahu bilakah berlakunya malam yang lebih baik daripada 1000 bulan itu. Hanya ciptaan Allah Taala sahaja yang sempurna. Sebarang ciptaan manusia jua tidak akan pernah sempurna. Less than perfect.
Begitulah juga apabila kita menyentuh mengenai sistem buatan manusia. Sama ada sistem ekonomi, politik, sosial, pendidikan dsb. Selagi dinamakan sebagai sistem ciptaan manusia, pasti ada kelemahannya.
Menyentuh isu 98/99, sama ada kita menuruti paradigma Mahathir ataupun kita mengikut paradigma Anwar, pasti ada kelemahan daripada kedua-dua pendekatan dalam menyelesaikan masalah ekonomi... No body is perfect. Cuma daripada satu segi, cara kerja Mahathir "more or less" telah berjaya juga menyelesaikan masalah ekonomi pada ketika itu (walaupun Anwar pastilah sentiasa menegaskan bahawa beliaulah yang paling tahu tentang ekonomi Malaysia; period.)
Pak Lah mungkin pada akhir kerjayanya sebagai PM dan banyak sekali perubahan yang cuba beliau laksanakan gagal meperoleh keputusan yang mungkin diinginkan. Lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan skandal "terlalu menuruti kehendak menantu bini anak dan rejim" apa sahaja tindak tanduk beliau akan sentiasa dibayangi oleh mereka-mereka yang sentiasa dituduh sebagai mempengarugi keputusan Pak Lah.
Peralihan kuasa mungkin adalah penyelesaian jangka pendek; akan tetapi, kalaulah beliau-beliau yang dipilih rakyat, beliau-beliau yang diberi mandat (baca: MP dan politikus) masih dok sibuk nak rebut jawatan, masih dok rebut nak fitnah-memfitnah, masih dok sibuk nak lompat-melompat, masih dok rebut nak guling-mengguling; lupakanlah apa jua impian untuk menjadikan Malaysia sebagai utopia. Karamkan sahaja impian mereka dalam lautan harapan yang penuh dengan momokan segi tiga bermuda !
Wassalam
Assalamualaikum semua
Kepada Dato' moderator, terima kasih kerana memberikan sedikit sebanyak biodata atau CV kerjaya Najib Tun Razak terutamanya bidang kewangan. Maklumlah, penulis adalah generasi yang lahir pasca-Tun Hussein Onn yang sudah pastilah tidak mengetahui sebanyak mana Dato' moderator dan pembahas-pembahas yang lain. Penulis kenal politik tahun 1995 dan itupun cuma tahu ada parti dacing dan ada parti bulan, kepala lembu dan roket. Malah, penulis masih baru beberapa tahun selepas lahir tatkala krisis jurisperudens dan krisis UMNO 1987-1990. Penulis baru tingkatan 1 masa zaman Komanwel dan Anwar dipecat. Jadi, tak banyak info yang penulis tahu melainkan membaca tulisan seperti sumber internet, buku sejarah dan pelbagai sumber sekunder yang lain. Pandangan penulis pastilah akan cenderung terhadap sumber-sumber awal yang penulis baca dan ketahui dan mungkin tidak secakna pembahas lain...
Terima kasih kerana informasi-informasi yang disampaikan.
Salam DKJ dan pembaca sekalian.
DS Najib yang telah diberi amanah sebagai Menteri Kewangan dalam apa juga keadaan perlu melakukan sesuatu perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk memastikan pertumbuhan dan kestabilan ekonomi negara terjamin.
Golongan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana akan merasakan bebanan dan tekanan kesempitan hidup lebih berat akibat kenaikan kos barang dan sara hidup.
Golongan ini tidak mampu lagi melihat atau mendengar pemimpin menuding jari meletakan kesalahan pada orang lain di atas kegagalan dasar dan pelaksanaan yang dilakukannya.
Golongan ini berharap kerajaan melakukan sesuatu untuk mengawal imflasi dan menurunkan harga minyak seterusnya harga barangan yang lain.
Selain dari kestabilan politik, pelabur juga memerlukan keyakinan , pemimpin dan kerajaan yang bebas rasuah, Jika keadaan ini dapat diwujudkan, kemasukan pelabur asing senang diduga. Soalnya apakah kerajaan dan pemimpin kita memiliki kriteria di atas?
Walaubagaimanapun kita perlu bersikap adil dengan memberi peluang kepada DS Najib yang dipertanggungjawabkan oleh BN untuk membuktikan kemampuannya menguruskan kewangan negara.
afja02.
Sdr. Sawit Futures Trader,
Saya tidak tahu samaada approach taken adalah kompromi antara Dr. M dan Anwar.
There is a saying...(not the exact words but something to the effect)
"a person dies the moment he/she stops learning..."
Dengar khabar yang ditiup olih angin mengatakan "Orang kat Khazanah tengah sibuk cabut undi siapa yang akan jaga dan layan Rosmah" now that Najib is the Deputy Chairman.
Angin bertiup juga mengatakan Pak Lah had the "hottest" cabinet meeting last week before the "hottest" UMNO Supremem Council meeting the next day.
Tak tau le samaada benar atau tidak. Kekadang tiupan angin kencang bolih memperdengarkan bunyi-bunyi menarik.
Tan Sri Anwar Jasin,
I have heard about Dr. Hasmah's stories. But it is not as blatant and widespread as Rosmah's. Rosmah's stories are beyond comparison.
All of us have our own private stories. As humans we succumb to temptations whether it is for ourselves or for those we care for. For Rosmah, it is probably the earlier one.
Najib's father started Felda. Unfortunately for Tun Razak, Najib would (or is) the one that is destroying his own father's legacy partly because they put a politician as Chairman. For the sake of Felda's future do not put politician (or a retired one) in Felda. Risda is an excellent example of how politicians could wreck havoc.
Sekian.
Mengapa Peralihan Kuasa 2010 Pilihan Terbaik Untuk UMNO
Desas desus politik kini seakan-akan mengikut rentak lautan yang bergelora di musim tengkujuh. Tiada tujuan, tiada destinasi. Di dalam era komunikasi alaf baru ini, begitu banyak sumber yang menggambarkan situasi sama dengan nada yang begitu berbeda. Bermacam-macam jenis analisis yang diberikan selepas penukaran portfolio Menteri Kewangan – Menteri Pertahanan dan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.
Namun, jika kita ikut norma-norma lazim, lantas memisahkan emosi politik, hanya satu hakikat yang boleh digunapakai oleh UMNO. Penetapan peralihan kuasa 2010 dan bukannya 'peralihan kuasa paksa' yang diuar-uarkan oleh mereka yang dahagakan kuasa.
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi membuktikan beliau akur dengan suara akar umbi dan demi survival UMNO telahpun mengumumkan pelan peralihan kuasa pada tahun 2010 yang dipersetujui oleh Timbalannya dan telah mendapat persetujuan Majlis Tertinggi UMNO. Entah semena-mena, suara-suara yang berhasrat melanggar perjanjian pelan peralihan kuasa ini demi kepentingan peribadi mula mengorak langkah politik mereka.
Hakikatnya, demi UMNO dan nasib anak bangsa, Dato' Seri Abdullah perlu melakukan beberapa perubahan peri sukar sebelum beliau dapat mewariskan tampuk pemerintahan kepada Dato Sri Najib. Jika Dato' Sri Najib melakukan perubahan ini, beliau akan kehilangan banyak dana politiknya. Disebabkan ini, Dato' Seri Abdullah memerlukan tempoh sehingga 2010. Malahan beliau telah mengatakan bahawa jika kerjanya selesai, beliau sanggup melepaskan jawatannya kepada Timbalannya sebelum 2010.
Niat sebenar Dato Seri Abdullah terbukti dengan pemindahan portfolio Kewangan. Jelas beliau mahu memberi Dato Sri Najib persiapan yang terbaik untuk menjadi pemimpin Malaysia dan UMNO setelah pemergiannya dari tampuk pemerintahan kelak.
Dari segi politik UMNO, kaedah memaksa Dato' Seri Abdullah untuk pergi sebelum pencalonan bulan Oktober hanya akan menguntungkan segelintir pihak. Jika dilihat dengan kanta politik, pihak tersebut bukanlah Dato Sri' Najib. Untuk UMNO kekal kuat, pucuk pimpinannya mestilah dapat bekerjasama. Jika 'pelan peralihan kuasa paksa' yang dicanangkan oleh Tan Sri Muhyiddin ini menjadi, maka dialah yang akan menjadi Timbalan Presiden UMNO.
Semua di dalam UMNO tahu Dato Sri Najib kurang selesa dengan corak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin. Tambahan pula, dengan menunjukkan taringnya baru-baru ini, ternyatalah bahawa kesetiaan kepada pemimpin bukanlah kekuatan Tan Sri Muhyiddin. Sejarah persaingan mereka berdua sudah lama diketahui oleh warga UMNO. Tidak mungkin mereka akan dapat bekerjasama demi kepentingan UMNO. Dato' Seri Najb akan dipaksa melihat gerak geri Timbalannya yang sudah pasti mengidamkan jawatannya selaku Perdana Meneteri. Bagi menghadapi cabaran politik dari Pakatan Rakyat yang semakin meruncing ini, Dato' Sri Najib memerlukan Timbalan yang setia dan mampu bekerjasama dengan kepimpinannya.
Suara akar umbi sebenarnya sudah menetapkan Barisan kepimpinan Naib Presiden yang mampu memastikan UMNO terus releven. Nama Tan Sri Muhyiddin tidak terkandung di dalam barisan kepimpinan ini. Nama-nama Naib Presiden yang disebut-sebut ialah Dato' Zahid Hamidi, Dato' Shafie Apdal dan wakil dari Johor pula samaada Dato' Khaled Nordin ataupun Dato' Seri Hishammuddin.
Ramai penganalisa politik berpendapat bahawa pilihan sebenar Dato Sri Najib untuk menjadi Timbalannya ialah bekas Setiausaha Politiknya, Dato' Zahid Hamidi. Antara nama-nama lain yang dipercayai oleh Dato Sri Najib ialah Dato' Seri Hishammuddin, Dato' Shafie Apdal dan Dato' Khaled Nordin.
Jadi terang lagi bersuluh, taktik 'peralihan kuasa paksa' ini merupakan taktik terakhir yang dapat dijana oleh Tan Sri Muhyiddin untuk menentukan survival politiknya.
Dari segi politik negara pula, Dato Sri Najib memerlukan peralihan kuasa 2010, kerana beliau sedar bayangan Anwar Ibrahim akan sentiasa menghantuinya. Sejak pembebasannya dari tahanan, Anwar Ibrahim meletakkan Dato Sri Najib sebagai musuh utama Pakatan Rakyat. Dari Ijok hingga ke Permatang Pauh, nama Dato' Sri Najib yang selalu disebut oleh Anwar Ibrahim.
Namun, jika Anwar disabit kesalahan di dalam kes liwat pada tahun depan, ataupun dakwaan Anwar yang menjanjikan perubahan Kerajaan Pusat tidak menjadi kenyataan ketika Dato Seri Abdullah masih kekal Perdana Menteri, maka Dato Sri Najib akan terlindung dari sebarang dakwaan konspirasi politik yang sudah pasti akan dilontar oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya.
Justeru, untuk UMNO dan Malaysia, peralihan kuasa 2010 merupakan pilihan yang terbaik kerana ia peralihan yang mementingkan kesemua ahli UMNO dan bukannya segelintir pihak yang rakus kuasa.
A rainbow for Malaysia
Daulat Tuanku! May this prayer from all Malaysians at the marketplace, warongs, corporate corridors and in neighborhoods echo into the palace walls of our revered Rulers and King.
We want a Prime Minister who can bring this nation to new heights of glory for God, King, rakyat and nation.
We want a leader who is well regarded at home and abroad. A man who commands the respect of noted Who's Who in the global village of influence and power, someone that many regard as a visionary leader of the times.
We want a Prime Minister who has been roasted and tested in the cinders of political challenges for a long time. Someone who has survived the test of treachery, injustice, political character assassination and the works but remains steadfast to the teachings of Islam.
We want a leader who can restore the glorious path and stature of Islam for the world to praise. We want that man who can raise Islam to its glory without harming other religions and creeds.
We want a man to helm the nation with pride, integrity and with no personal and vested interests that undermine Rulers and rakyat.
We want the man to have a track record of having an exemplary family behind him. A wife who plays no golf, but raises fine examples of children for the future generation to emulate.
We want a man whose wife can stand tall among our women folks and be a shining example of a mother, wife and sister. A woman who dabbles not in extravagant overseas shopping sprees nor vain face lifts or body re-works.
We want a man who is visionary, resolute and firm yet gentle in his demeanor. A man who has successfully galvanized opposing political parties in the best interest of nation building and in an unprecedented manner.
We want a man who can be a proud father of children who have made a mark in the nation's political history out of sheer determination and integrity. We want that man whose children have felled political Goliaths with simplicity, niat and consistency.
We want a man who has what it will take to restore our Rulers and Monarchy to the glory and reverence of yesteryear's that were robbed from them in the past.
We want a Prime Minister who will not fear nor backtrack in the war against corruption and social decadence. A man who will have the resolute will to leave no stone unturned in order to bring back all the stolen wealth back into the country for the well being of King and citizens.
We want a Prime Minister who articulates well and intelligently, giving a respected image to King and nation. We want that man who promises to deliver and delivers on his promises.
We want that rainbow for Malaysia.
If it is Datuk Seri Anwar Ibrahim, then so be it for the love of God, King, Rakyat and Nation.
Tun pernah berkata bahawa pendekatannya ketika menangani krisis kegawatan malaysia 1977/78 bukanlah satu pendekatan yang sesuai pada semua negara dan pada semua masa, ianya khusus kebetulan kepada keadaan ekonomi Malaysia pada masa itu dan itulah trial and error (atas kajian dan pilihan yang ada) yang menepati dan bijak.
Kegawatan yang sedang melanda dan akan menimpa Malaysia tidak lama lagi mmerlukan pendekatan yang berbeza, cuma bersediakah kita dengan 'sekumpulan pakar' yang sama hebat di zaman Tun.
Sudah tentulah penasihat2 ekonomi dan kewangan zaman Dolah jadi Menteri Kewangan sudah tidak boleh lagi 'dipakai'.
Dosa Dosa Khir Toyo-Malaysiakini
Wak juga orang Jawa tapi wak tak suka apabila orang Jawa jadi sombong dan khianati bangsa Jawa.. Wak lega apabila Khir Toyo tidak lagi menjadi Menteri Besar tapi wak tidak puas hati bila dia tidak di bawa ke muka pengadilan dan terlepas dengan segala dosa yang dilakukan semasa menjadi Menteri Besar dahulu.
Kita renung kembali dosa-dosa yang telah dilakukannya dahulu :
1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.
2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja. Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.
3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.
4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.
5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.
6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.
7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.
8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.
9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.
10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?
11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.
12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.
13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.
14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.
15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.
16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.
17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."
18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.
19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.
20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.
Scribe,
Ini baru dikatakan scandal dan harus dilapur kepada BPR cerita wak ini. Tak begitu, wak.
Jangan pula kerana jawatan Ketua Pemuda...
Terima kasih.
ye, benar, najib perlu berani dan bukan menyombong. tetapi apa yang terjadi ialah, najib menidakkan untuk meneruskan ringit repegging. idea cemerlang seorang negarawan tidak digunapakai dibawah pemerintah yang kaya dengan slogan dan label cemerlang gemilang terbilang.
saudara kadir jasin,
ye benar, najib perlu berani dan tidak sombong. tetapi hakikat yang terjadi ialah, najib menidakkan cadangan tun supaya RM di repeg. Ini yang sama berlaku pada ketika abdullah ahmad badawi mula-mula menjawat PM, dan membatalkan (baca:menidakkan) projek2 legasi Tun. jelas, di zaman pemerintah yang kaya dengan label dan slogan cemerlang gemilang terbilang, sentiasa sahaja menidakkan bagi menggunapakai idea cemerlang seorang negarawan.
"Hakikatnya Abdullah tidak terlatih dalam bidang pengurusan ekonomi dan kewangan."
"betullah macam kata Nor Mohamed. Mohd Najid memang ada pengalaman mengenai kewangan dan pelaburan sejak menyertai politik pada tahun 1976.Itu saya tahu. Saya kenal Mohd Najib masa dia bekerja dengan Petronas lagi. Lepas itu (1976) menang tanpa bertanding kerusi Parlimen Pekan."
Laaaa, apasal dari dulu tak habaq. Kalu tak kerana pertukaran ni berlaku, confirm ayat ni tak keluar punya.
So we can cut the crap about being brave to say the truth.
SALAM DATUK A. KADIR JASIN,
IZINKAN,
Antara juruhebah radio yang masyhur waktu itu adalah Abu Bakar Ahmad, Siti Hawa Zain, Zainal Alam dan Zaharah Za’aba.
Antara siaran kegemaran pula adalah “Kebun Pak Awang”, sandiwara radio, bangsawan, lagu-lagu permintaan dan irama Timur Tengah yang disiarkan sebelum waktu Magrib
TERIMA KASIH MENGINGATKAN KAMI AKAN ALLAHYARHAM UMMI MAK ITI. SHE WAS MY MAK 'ANGKAT' AND A VERY LOVING 'MOTHER' TO US TO THE EXTEND SHE STOOD 'VIRGIL' IN TH HOSPITAL WHEN WE WERE IN THE OPERATING THEATRE.
HER LAST WISH WAS TO SEE ME BUT UNFORTUNATELY IT WAS NOT TO BE.
BERSAMA KITA HADIAHKAN FATIHAH KEATAS ROHNYA DAN MUSLIMIN YANG TERDAHULU DARI KITA.
ALFATIHAH, AMIN.
KEPADA SDR SEKELUARGA, KAMI UCAPKAN SELAMAT BERHARI RAYA AIDIL FITRI. SEMOGA SEGALA AMALAN SDR DILIMPAHI DENGAN ZAT KASIH DAN SAYANG ALLAH SWT.
KAMI MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN.
SAMURAIMELAYU.
p/s. samuraimelayu is not able to sign up. wondered why?
Post a Comment