A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
HARI RAYA membawa berbagai erti dan makna. Membawa kembali berbagai kenangan dan ingatan. Suka dan duka silih berganti. Kenangan manis dan kenangan sedih.
Ingatan saya kembali kepada hari raya apabila buat kali pertama saya bersepatu kulit. Hari ini sepatu kulit tidak akan menjanjikan sebarang kenangan.
Orang muda sekarang bercakap mengenai ipod, iphone, Blackberry dan mainan komputer. Kalau sepatu mesti yang berjenama.
Tetapi pada tahun 1960an dan di dalam persekitaran keluarga yang serba kekurangan, sepasang sepatu kulit adalah impian menjadi kenyataan.
Maka selepas mendapat izin dan wang untuk membeli sepasang sepatu kulit yang pertama, saya pun melawati semua kedai pakaian di Alor Star mencari sepatu kulit idaman saya.
Oleh sebab wang begitu berharga dan keputusan memilih yang mana satu hendak dibeli adalah terlalu besar dan berat, maka saya mengambil masa berminggu-minggu sebelum membelinya.
Boleh dikatakan setiap hari selepas sekolah, saya akan pergi melihat kasut kulit berwarna coklat itu dengan doa dan penuh harapan ia tidak dijual kepada orang lain.
Maka pada hari raya tahun itu saya dengan gembira dan bangga memakai sepatu itu dan bersama kawan-kawan mengunjungi sebanyak mungkin rumah untuk mengumpul duit raya – 10 sen, 20 sen dan paling banyak 30 sen.
Tetapi 30 sen sudah cukup untuk makan mi rebus di kedai mamak, air sirap dan “ais kepai” 10 sen dan ais kacang 15 sen.
Menjelang tengah hari, perut sudah kenyang makan ketupat dan lemang. Dan kasut kulit pun mula memakan mangsanya. Kerana tidak biasa, kaki melecur. Akhirnya terpaksa ditanggalkan dan dibimbit. Maka kembalilah saya berkaki ayam.
Hari ini, kasut Bata sudah terlalu biasa untuk menjadi bahan cerita. Dulu kasut Fung Keong sudah cukup hebat. Kalau kasut kulit, jenama terkenal adalah “Barret”. Hari ini, anak-anak kita bercakap mengenai Nike, Reebok, Adidas, Puma dan Timberland.
Kemudian kehebohan ayah membeli radio yang pertama di kampung kami. Saya tidak berapa ingat lagi jenamanya – mungkin Grundig, PYE atau Philips.
Yang pasti, radio itu sangat besar – sebesar almari kecil – badannya diperbuat daripada kayu, menggunakan bateri air (bateri kereta) dan memerlukan antena yang tinggi.
Kerana buluh mudah didapati dan cukup tinggi, maka buluhlah yang dijadikan tiang antena. Ini adalah sebelum era transistor dan litar bersepadu (integrated circuit). Pada waktu itu litarnya adalah vacuum bulb. Ia mengambil masa beberapa minit untuk dinyalakan (dipanaskan) sebelum signal boleh diperoleh.
Oleh sebab pada waktu itu pengguna kurang arif mengenai gelombang radio, maka pada dail dituliskan tempat-tempat di mana ada stesen pemancar seperti London, Paris, New York, Cairo, New Delhi, Singapore, Kabul, Tokyo dan Sydney.
Di Malaya, satu-satunya perkhidmatan radio adalah Radio Malaya. Callsignnya berbunyi “inilah radio Malaya dipancarkan dari Kuala Lumpur atau inilah Radio Malaya dipancarkan dari Pulau Pinang).
Antara juruhebah radio yang masyhur waktu itu adalah Abu Bakar Ahmad, Siti Hawa Zain, Zainal Alam dan Zaharah Za’aba.
Antara siaran kegemaran pula adalah “Kebun Pak Awang”, sandiwara radio, bangsawan, lagu-lagu permintaan dan irama Timur Tengah yang disiarkan sebelum waktu Magrib.
Radio di rumah kami begitu mendapat sambutan daripada wanita pondok berhampiran sehingga “fatwa” dikeluarkan yang mendengar radio adalah “haram”. Dikeluarkan juga “fatwa” bahawa “haram” wanita kerinting rambut dan menunggang basikal.
Ini tidak menghalang wanita-wanita itu mencuri-curi datang ke rumah kami dan meminta ibu saya “membuka” radio kerana mereka mahu mendengar “lagu mengaji”. Kerana lagu Arab bunyi seperti bacaan al-Quran, mereka memanggilnya radio mengaji.
Sampai hari ini pun lagu-lagu Arab dikaitkan dengan waktu azan dan siaran agama. Sebuah stesen TV tempatan menyiarkan beberapa bar lagu “Bint el-Shalabiyya” nyanyian Fairuz yang memuji kecantikan seorang gadis dari el-Shalabiyya sebelum azan.
Beberapa hari sebelum raya, sibuklah kami menangkap ayam dan mengumpul telur itik untuk dijual. Upahnya kami gunakan untuk membeli karbida (carbide). Karbida adalah bahan peletup yang kami gunakan untuk meriam buluh.
Hanya budak-budak dan seorang penakut sahaja main mercun. Hero kampung main meriam buluh. Tapi tidak pula kedengaran ada orang putus jari atau buta akibat bermain meriam atau mercun. Mungkin kerana kami tahu apa yang kami lakukan. Kami tahu teknologi.
Kami raya betul-betul. Seluruh kampung kami jelajah untuk cari duit raya. Tidak ada televisyen untuk menambat kami di rumah.
Sekarang orang beraya di hadapan TV, menonton rancangan-rancangan yang menumpulkan akal atau menggunakan telefon bersel untuk bercakap kosong dan menghantar SMS.
Akhir kalam, saya ucapkan selamat aidil fitri kepada semua pembahas dan pelayar blog ini dan memohon maaf di atas segala kesilapan dan ketelanjuran. Moga-moga hari raya anda gembira, penuh makna dan kenangan.
Tuesday, September 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
58 comments:
Walau langkah tak bertemu,
tangan tak berjabat,
ucap tak terdengar,
namun hati ini mengucapkan...
“MINAL AIDIN WALFAIZIN”
mohon maaf zahir dan batin,
Di mana-mana sahaja berada......
Selamat Hari Raya, Datuk A.Kadir Jasin. Teruskan perjuangan !
p/s and please continue to be an inspiration to the world of journalism in this country.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Datuk & keluarga.. seronok membaca cerita-cerita zaman dulu sementara menanti hari raya.
http://pkrpasdap.blogspot.com
selamat hari raya datuk..
dan semua pembaca blog ini.
Betul datuk. dulu raya lain. sekarang raya lain. tapi tradisi minta duit masih sama. ziarah kubur, bermaaf-maafan, melawat saudara mara dan rukun tetangga, dan memakai baju tradisi semua ini masih diamalkan sejak dahulu dan kini.
Perkembangan teknologi memaksa kita semua bersms dan melihat astro saja. rugilah kalau balik kampung buat benda yang sama setiap hari.
datuk, raya ini balik mana?
Though you were reminiscing your childhood, some elements like beraya without the influence of television should be our main priority this raya.
Datuk,
Kalau Datuk ada kenangan kasut kulit, saya yang lewat 11 tahun dari Datuk adalah zaman Filem Hindustan melanda Malaysia.
Teringat saya pengalaman pertama masuk panggung wayang menonton filem Sangam dengan tiket 40 sen duduk di barisan depan di panggung Majestic Slim River.
Sekarang kita tidak payah lagi berebut-rebut membeli tiket wayang kerana wayang dah sampai ke rumah.
Sempena hari baik bulan baik ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada Datuk sekeluarga. Mana-mana yang tersalah tulis yang menyinggung hati, saya mohon maaf zahir dan batin.
Tok,
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin daripada saya sekeluarga. Semoga hidup kita diberkati sepanjang masa oleh Allah SWT.
kenangan mengusik jiwa, mengamit suka dan duka,
-bujang semambuu-
Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan minta maaf kalau ada salah dan silap Dato. Semoga Raya ini jua akan membawa kenangan yang lebih bermakna untuk semua. Dari Ravi
Selamat Hari Raya Dato' maaf zahir batin. Semoga Dato' di anugerahkan kesihatan untuk terus menulis. Cerita moden, yang nostalgia, yang berirama dan semua yang tersurat dan tersirat untuk dibaca sebagai hiburan mahupun pelajaran yang menasihatkan-yang pahit ataupun digulakan.
Apakata sebelum Dato' memulakan langkah pertama selepas raya, ketepikan politik pemimpin negara dan kita politik kan Pekan Rabu di Alor Star dengan visi dan harapan kerana saya percaya Dato' punyai cerita dan cita cita Alor Star akan menjadi apa. Maaf Dato' saya hanya orang luar, tetapi lama juga berada di Alor Star yang memberi kenangan terutama kepada anak anak yang telah membesar, kata mereka jemu dan membosankan, semua cerita berlaku di Kuala Lumpur dan apakah Malaysia ini hanya Kuala Lumpur.Tak tahu lah saya sama ada setiap bandar di negara kita ini punyai identiti dan character yang sama macam cerita Dato' "Hari Raya Membawa makna" rata rata sama di mana mana tetapi yang sedih nya masih ada dinegara kita mereka yang hanya "kais pagi makan pagi" dan anak anak yang ada bapa tetapi tidak dapat bersama, berpisah bertahun lama nya atas perintah mereka yang berkuasa.
Sekali lagi salam dari saya sekeluarga, Maaf Zahir Batin, Sesungguh nya Hari Raya membawa makna. dh9753
Nak tambah sikit nostalgia Raya zaman kita dulu. Hari Raya emak benarkan pergi tengok wayang di panggung cerita "Sarjan Hasan".Setahun sekali saja dapat tengok wayang. Orang tua kata tengok wayang berdosa.Dulu panggung wayang berdinding papan dan berbumbung zink. Tanpa penyaman udara hanya kipas angin bayangkan betapa berpeluh badan.
ASSALAMU'ALAIKUM DATUK,
SAYA AHMAD DASUKI SEKELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEKELUARGA DATUK, MAAF ZAHIR DAN BATIN ATAS KESILAPAN YANG NYATA MAHUPUN YANG TERSEMBUNYI.
KITA TERUSKAN PERJUANGAN MENEGAKKAN KEBENARAN KALIMAH ALLAH DI BUMI MALAYSIA INI.
dpr cucu orang utan
What a beautiful rustic piece, Tok AKJ.
How little you had, but how enviably rich you were!
Thank you and once again, Eid Mubarak to you and yours!
Sdr. A Kadir Jasin,
Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Bathin.
Insya Allah kita sama-sama bermaafan serta insaf akan keterlanjuran kata dan bahasa. Tidak perlulah kita menggunakan Aidil Fitri untuk tujuan-tujuan memanjangkan usia politik kita.
Sekian.
nice story dato'...reminisce the past.I am not one of those lucky people who got a chance to play with meriam buluh in kampung.Grown up in bandar and only went back to Kampung when Hari Raya...so sad...anyway Selamat Hari Raya to Dato' and family and may you continue writing without fear or favour..
Selamat Hari Raya kepada Datuk sekeluarga dan seluruh rakyat Malaysia tidak kira latarbelakang bangsa, agama dan fahaman politiknya.......
Lo
www.fromsarawak.blogspot.com
Selamat Hari Raya Datuk...
Semoga Syawal memberikan keberkatan kepada Datuk sekeluarga.
Salam Dato', sungguh menarik pengalaman yang dikongsikan bersama. Alhamdulillah.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Semoga hari raya disambut dengan penuh kegembiraan bersama keluarga.
Tidak kurang ramai menggunakan kasut sekolah (plastik-putih) sebagai kasut raya..
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua pelayar budiman, penyokong dan pembangkang hehehehe
Assalamaualaikum,
Selamat Hari Raya. MAaf ZAhir Dan Batin.
Saya adalah pembaca setia blog tuan, setiap hari mesti saya membaca walaupun entry itu sudah dibaca.
Terima kasih kerana menghidangkan penulisan yang menarik untuk dihadam.
Scribe,
don't ask — it's a sin to know —
what end the scrolls will give me or you.
Don't play with Babylonian fortune-telling either.
It is better to endure whatever will be.
Whether Al-Maalik has allotted to you many
more winters or this final one which even now
wears out the Tyrrhenian sea on the rocks
placed opposite — be smart, drink your wine.
Scale back your long hopes to a short period.
While we speak, envious time will have fled
carpe diem quam minimum credula postero.
(Terima Kasih dan maaf di atas segala kesilapan dan ketelanjuran. Moga-moga hari raya kita gembira, penuh makna dan kenangan.)
Raya Dahulu Raya Sekarang
Assalamualaikum semua dan Salam Aidil Fitri
Alhamdulillah, kita dapat jua menyambut Aidil Fitri - kembali kepada fitrah. Daripada berpuasa kepada tak berpuasa (bukan bermakna sehari lepas Aidil Fitri tak boleh puasa !)
Daripada hati yang penuh tompok kepada hati yang bersih dan daripada keadaan yang kurang takwa kepada keadaan yang lebih bertakwa (mudah-mudahan). Sebab itulah kita memberi ucapkan Minal A'idin wal Faizin iaitu "kepada mereka-mereka yang kembali (kepada fitrah) dan kepada mereka-mereka yang berjaya"
Moga-moga kita tergolong dalam golongan-golongan tersebut...
Kalau hendak kita bandingkan raya dahulu dan sekarang, pastilah perbezaannya ketara... Dahulu orang bakar lemang, sekarang orang banyak yang beli lemang. Dahulu orang melawat saudara mara dan jiran tetangga, sekarang orang terpacak di hadapan televisyen tonton filem mahupun telemovie (atau rancangan raya bersama artis...)
Dahulu lagu-lagu raya sangat senang nak dihafal sebab senikatanya mudah-mudah (sebab itu lagu raya dahulu masih bermandiri sehingga sekarang) tetapi sekarang lagu raya dah macam puisi sastera yang satupun tak boleh dihafal (pasal ayat berbunga-bunga dan canggih sangat)
Dahulu kuih baulu, kerepek pisang, kerepek bawang, tempeyek, batang burok. Sekarang Almond london pun orang tak pandang. Ha, lagi satu dulu kuih dibuat, sekarang kuih tunjuk!
Penulis sempat juga merasa kedua-dua zaman walaupun tak pernah merasa zaman klasik tulen; tapi pernah juga merasa bakar lemang, kacau dodol kacau serunding...(sekarang ni sebenarnya aktiviti sebegini masih wujud lagi..)
Pada penulis, apa yang lebih penting ialah kita hargai peluang yang kita ada. Keamanan yang kita kecapi semasa kita beraya, kesenangan yang kita rasai semasa kita raikan bersama keluarga (walaupun kos sara hidup meningkat). Jadi, besarlah harapan penulis sebagai generasi baru ini untuk sama-sama berjuang bagi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sedia ada.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada mereka-mereka yang kembali (kepada fitrah) dan kepada mereka-mereka yang berjaya...
Wassalam
bercakap mengenai radio..,teringat kenangan pada zaman 70an di kawasan pendalaman di sebuah estet getah,bila pemeriksaan sama ada radio mempunyai lesen atau tidak.ada jiran yang cuba sorokan radio dengan membungkusnya dalam karung plastik dan menggali lubang didalam tanah dan menyembunyikan radio tersebut...ahhh..kenangan yang mengusik jiwa..
Salam Datuk..
Coretan Datuk kali ini mengimbau zaman kanak-kanak saya beraya.. dalam era 80an.
SELAMAT HARI RAYA
Dear Sir,
Selamat Hari Raya
One of your biggest fan during your NST days
Regards
http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/
Salam Aidilfitri buat Pak Kadiaq dan Keluarga...
Masa saya raya di Alor Setar, fast forward 15 tahun daripada zaman Dato', kasut terhebat ketika itu ialah Sekaicho...la ni dah rghuyup mana pi ntah jenama tu...
Macam jugak Dato, kami raya di AnakBukit pusing kelilin satu kampung cari duit raya, campoq dengan duit upah pukoi padi, jemoq padi dan mot (muat) padi naik basikal pelantaq besaq ke kelang (sebut key-lang, kilang sebenarnya) di LPN maka dapatlah poket berisi sikit untuk ke Tanjung...
Masa tu kami anak-anak kampung p Penang cari baju Arrow, Van Heusin (ka, macam amana eja tak ingat dah)...masa tu Sobrey Bernama yang sekampung dah sombong piang sebab depa orang berada dan dah lama pakai baju Arrrow (dengan pen parker selit ataih paket (poket)padahai kami ni baru nak pi cari kat Penang...
Naib bas UTC ke Bagan dan bila sampai di Bagan Jermal bas jadi senget sebelah kiri sebab mat-mat kampung nak tengok kapai terbang askar di Butterworth Air Base...
Nostalgia Raya di Alor Setar....nak tengok matinee kalu pi la panggung Empire dan lepas woyang singgah makan bihun sup tonggek-style Mat Boom. Kena tonggek sebab kerusi amat terhad maka yang lambat kena la dok bertinggong, hence tonggek...
Salam Aidilfitri Pak Kadiq...dpd zukri valenteno dan keluarga
Tulisan Datuk penuh nostalgia kali ini...Selamat Hari Raya buat Datuk dan famili..
Dato' Kadir,
Mengenang masa tahun 50 dan 60an . . . . . .
pada pagi hari raya ibubapa menyuruh anak-anak ziarahi guru yang mangajar quran terlebih dulu. Kebiasaannya guru quran tidak mengenakan sebarang bayaran mengajar mengaji walaupun masa belajar tidak terhad; pagi petang dan malam. Sebagai balasannya 'murid-murid' hanya memberikan fitrah segantang beras pada setiap hari raya puasa. Mereka cukup iklas.Kalau adapun 'bayaran' yang dikenakan adalah pulut kuning berlauk telur goreng atau gulai ayam dan bertih semasa bapa serah-mengaji (daftar belajar), semasa tamat membaca juzuk amma, semasa membaca 'hati quran' pertengahan juzuk lima belas dan setelah khatam. Murid-murd cukup hormat pada guru-guru mereka. Mungkin sebab itulah pelajarannya cukup berkat.
Ada sikit perbezaan dengan masa kini. Ada pengajar yang melawat rumah-ke-rumah ala tusyen. Namun bilangan yang tak celik quran mengalahkan bilangan yang dapat membacanya.
Tempat tumpuan kedua selepas rumah guru quran ialah masjid, surau atau rumah tertentu yang menjalankan solat sunah hari raya. Di pekan Tanah Merah Pendang terdapat sebuah masjid baru telah didirikan menggantikan masjid asal di tengah-tengah pekan tersebut. Saya ragu-ragu apa akan terjadi kepada tapak masjid lama itu akhirnya kerana pekan tersebut sudah mula 'membangun'.
Saya ingin berkongsi sms ucapan selamat hariraya berikut dengan rakan-rakan blogger:
"Jika kesilapan SEMALAM belum terampun, maafkanlah. Jika kesilapan HARI INI menyakitkan, harap lupakan. Jika kesilapan ESOK mendatang, janganlah dibawa ke akhirat."
SELAMAT HARI LEBARAN KEPADA DATO' AKJ dan para blogger sekalian.
Sunguh mengimbau cerita YBhg Datuk.
Saya sungguh seronok cerita-cerita begini. Cerita-cerita zaman dolu-dolu . Cerita-cerita begini omnipresent di Malaya. Cuma borek dan rintiknya sahaja yang membezakan. Saya tambahlah sikit dengan cerita saya . Bolehlah kan! . Ruang di sini luas, tak seperti di surat khabar.
Memang susah hidup zaman dahulu. Zaman negara belum maju. Nak dengar radio terpaksa pergi duduk bawah rumah orang. Dengar siaran radio pendidikan . Yang susahnya, bila masa radio pendidikan, anak dara tuan rumah tutup radio. Dia orang dah besar . Dia orang lebih suka lagu pop yeh yeh. Terpaksalah cari rumah lain. Dari rumah ke rumah saya pergi.
Nak tenguk TV kena pergi estet. Kami budak-budak suka tenguk cerita Ninja. Tak silap hari Rabu masa Maghrib. Kami ramai-ramai dayung basikal pergi Staughton Estate. Lebih 8 batu dari kampung kami. Masa tu estet dipunyai orang putih.
Orang putih beri kemudahan asas lebih baik kepada pekerja estet daripada kerajaan memberi kemudahan kepada kami penduduk di kampung. Di estet ada letrik, ada air paip ada TV ada padang bola dan ada pelbagai kemudahan.
TV diletak dalam satu dewan panjang yang dibuat dari papan. Kami tak boleh masuk dalam dewan. Kami hanya tenguk TV dari tingkapc. Kadang kala orang yang di dalam dewan tu busuk hati. Dia tutup tingkap. Tak dapat la kami tenguk. Apa nak buat, kami sedar kami ni menumpang. Kami pun baliklah.
Cerita pasal radio ada satu peristiwa yang sungguh menyayat hati saya. Ayah baru beli radio. Ayah letak radio atas para. Kemudian ayah pasang wayar antenna dan tarik wayar arntena ke pokok rambutan. Tiba-tiba radio jatuh dari para kerana ayah tarik arial terlalu tegang. Radio dulu seperti kata Datuk , memang besar. Memang kuat bunyinya masa jatuh. Satu rod karbon dalam radio patah dah tidak boleh tangkap siaran. Nak repair almaklumlah mana ada duit lagi. Baru saja habiskan duit beli radio. Enam bulan kemudian baru radio itu direpair.
Sekarang dunia dah maju. Negara kita pun alhamdulillah tidak ketinggalan mengikut arus kemajuan. Ramai ibu bapa beli PS One, PS 2 atau PSP bagi anak-anak main. Anak sekolah rendah pun pakai henfon canggih. Anak-anak jadi lambing kemewahan ibu bapa. Tak apa. selagi mampu.
Kita arap negara terus berkembang maju.
Kepada Yang Berbahagia Datuk dan keluarga serta pembahas/pengomen saya ucapakan
SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN.
MAAF ZAHIR DAN BATIN DATO'
Sdr Anak Pendang,
Terima kasih atas ucapan Tuan.
Saya tidak akan siarkan.
Saya tidak pasti kawan yang Tuan sebutkan itu mahu namanya dibabitkan.
Apatah lagi Tuan membuat kaitan dengan isteri barunya.
Terima kasih.
Kepada Datuk AKJ yg dihormati dan para rakan pelayar sekalian.
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin diatas apa2 silap kata atau terguris perasaan.
Diharap apa juga perbedaan pendapat diantara kita tidak akan dapat merengangkan silaturahim kita sesama Muslim dan keseluruhan warga Malaysia.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
-sinbad-
Sdr Ibrahim Said,
Masjid lama itu telah dirobohkan. Itulah masjid masa saya kecil. Kita pakat membinanya dengan duit zakat dan sedekah.
Bertahun-tahun baru siap. Ia betul-betul daripada keringat dan air mata penduduk.
Bila bekalan elektrik dijana oleh tauke Cina Tanah Merah, dia beri percuma kepada masjid kalau tak silap saya.
Baru-baru ini saya balik. Jam bukan main teruk -- seakan-akan Jalan TAR.
Terima kasih.
Salam,
Selamat hari raya, saya ucapkan kepada datuk dan pelayar semua.
Saya anak kampung yang daif, dan hanya dapat pakai kasut setelah saya bekerja sebagai guru sekolah rendah Melayu pada awal tahun 1960-an.
salam aidil fitri DAKJ n Bloggers,
kasut kulit zaman dato, zaman saya pula seluar jean....seluar jin,setan bapak saya cakap!!buat part time job...kene jual kuih kene cat rumah kene kilatkan barang tembaga mak dapt upah utk beli seluar jean berjenama....pakai tayang kat kawan2 hari raya kedua dan ketiga......
p/s : sekarang ini gaji beribu pun nak beli seluar jean pun kene fikir beribu kali...hahahahaha
MAAF ZAHIR DAN BATIN
HAMBA ALLAH
Salam Aidifitri,
Maaf Zahir Batin,
Zaman susah dulu mmg byk nostalgia menarik untuk di nukilkan. Org hidup dlm alam 50an,60an,70an kira beruntung ada kisah utk dicerita kpd generasi skrg.
Zaman skrg tiada apa sgt nk cerita psl teknologi & kecanggihan..semua dah jd terlalu biasa..
dek kerana canggih jugalah byk org muda yg pergi dulu di jalan raya sebelum sempat cerita apa2 kpd generasi akan dtg.
Selamat Hari Raya Dato' AKJ, keluarga & semua bloggers disini..
p/s: Dah lama tak beraya di Kg Tg Setul,Jenun,Pendang & Kg. Alor Jawi, Kuala Muda..dah tak sama mcm zmn kanak2 dulu pun..
kita tak boleh menolak pembaharuan & kemajuan..namun harganya, terhakislah bibit2 nostalgia silam..yg abadi hanya dlm memori biologi..yg pasti takkan kekal infiniti bila ku pergi..
Scribe,
Fitrah Melayu
(secupak beras)
Bagus membanggai
orang yang berani,
celik teknologi,
banyak berzikir dan
senantiasa menambah ilmu
gema takbir khutbah rindu
dipagi hari nan syahdu
siapa agaknya orang itu
si-ansar kabilahnya
si-muhajirin kaum mereka
si-munafik beribu kenalan
sahabatnya tiada
gema takbir khutbah rindu
dipagi hari nan syahdu
siapa agaknya kita
yang berani
celik teknologi
banyak berzikir
rajin mengejar ilmu
gema takbir khutbah rindu
dipagi hari nan syahdu
selendang peluru
mendukung senjata
bukan lagi kerjanya
kau dan aku
gema takbir khutbah rindu
dipagi hari nan syahdu
selawat dan salam
buat baginda nabi
dan rasul ku
janji ramadhan fitrahku
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA BLOGGERS DAN TERISTIMEWA UNTUK DATO'. AKJ.
ANAK_PARIT
Salam aidilfitri,
Pos Dato' kali ini amat-amat berbeza. Keluar daripada kebiasaan yang rata-ratanya tajuk politik negara.
Seronok baca pos Dato' kali ini, agak santai dan isinya mengisahkan pengalaman Dato' berhari raya pada zaman kanak-kanak.
Rindunya suasana itu. Saya bukanlah generasi sebelum merdeka, tapi sedikit sebanyak, pengalaman Dato' ada juga persamaan dengan hidup budak kampung seperti saya.
Ceritalah lagi, apabila Dato' berasakan pos politik agak memberatkan.
Salam utk Datuk.. ni first time mai jengok tang blog ni .. ada sedara habaq tang blog ni ok pasai bloger dia ... selamat haghi ghaya datuk.
Salam Dato' dan Keluarga
Selamat Hari raya Maaf Zahir dan Batin. Semuga semua amalan kita di terima dan dirahmati Allah swt.
Eddy dan Keluarga
Salam Dato',
Saya sempat bermain meriam buloh dan meriam tanah. Saya sempat menonton TV hitam putih. Dan saya sempat memakai kasut Bata dan Fung Keong. Bila besar sedikit, kerana emak ayah miskin, saya kongsi kasut raya dgn adik - beli sepasang, di Hari Raya pakai selang-selang. Dahulu balik beraya ke kampung, kerana berebut2, ayah sorong dari luar tingkap bas Tong Fong.
Esok insyaallah saya bersolat Aidilfitri di Masjid Akar Peluru, dekat dengan Maktab Mahmud, Alor Setar. Masjid baru. Di situlah saya diijab-kabulkan dahulu. Rumah mertua di seberang jalan. (Arwah Datuk saya org Jitra.) Zaman sudah berubah tapi tempat jatuh lagikan dikenang. Kami tetap pulang ke kampung bergilir2. Dahulu saya selalu berulang-alik ke Pendang ziarah keluarga arwah sepupu org rumah. Sekarang tidak lagi, setelah arwah pergi, kesemuanya berpindah ke sini.
Kepada Dato' dan semua blogger di The Scribe ini: Selamat menyambut Aidilfitri. Maaf sekira terlanjur kata dan terkasar bahasa.
p.s.: Teringin nak tengok org Utan Dato' tu. Terkenang masa digigit berok semasa kecil dulu.
Minal aidin walfaidzin,
Selamat hari raya, maaf zahir batin, Datuk AKJ dan pelayra-pelayar blog ini.
Salam Dato' AKJ,
NOSTALGIC sekali! Salam aidilfitri untuk Dato' sekeluarga! Looking forward to more of your thots after raya.
Dato'
Saya ingin menarik perhatian kepada akhbar digital MalaysiaKini yang tidak mengucapkan Selamat Hari Raya kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam tidak sepertimana mereka lakukan pada perayaan agama lain. Adakah pengarang MalaysiaKini adalah warganegara China dan berpusat di Shanghai dimana tidak sedar bahawa majoriti rakyat Malaysia beragama Islam? Rasanya mereka inilah akan mendapat permit akhbar cetakan apabila PKR memerintah nanti. Harap orang Melayu sedar agenda 'mereka' ini..... mereka tidak menunjukan lansung rasa untuk menghormati Islam dan Melayu walaupun untuk menaip Selamat Hari Raya
Bye/Roti Planta
Scribe,
Money-Money Everyway
(hadis nabi kata di akhir zaman...)
Tetapi 30 sen sudah cukup untuk makan mi rebus di kedai mamak, air sirap dan “ais kepai” 10 sen dan ais kacang 15 sen.
di zimbabwe tempoh hari matawangnya entah naik atau susut nilai?
apakah maknanya Filipina mengkaji semula pertumbuhan KDNKnya dari 5.7-6.4% turun 4.4-4.7%? bilamana MoF akan membuat kenyataan kita katakan sliper jepun baru?
walauapapun, benar kata anda "hari raya membawa pelbagai makna" saperti lucu coretan ini:
Is Another Third World Debt Crisis in the Offing?
By ERIC TOUSSAINT
While taking a significant toll on public revenues , repayment of public debt has, since 2004, ceased to be a major concern for most middle-revenue countries and for raw material exporting countries in general...
Nota:
Tahun depan mestikah kita lebih gigih mencari duit raya, Scribe?
apalah sangat hilang sliper lama kalau bukan 'black footed boy'.
(weh, panas badan makan lebih ketupat...)
Dato',
Berkaitan post saya terdahulu, MalaysiaKini Edisi Melayu ucap Selamat HariRaya selepas Jam 11 pagi!. Mungkin tiba2 apabila mereka bangun tidur baru menyedari kenapa Hari Rabu hari cuti di Malaysia!. (telahan saya).
Apa pun kita umat Islam menyambut Hari Raya (Hari Kemenangan) kita dengan bersyukur kepada Allah yang memberikan kehidupan yang harmoni di Malaysia yang berbilang bangsa.
Bye/Roti Planta
Dato,
Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahin batin.
2. Saya berdoa semoga Dato berbahagia bersama keluarga yang tercinta. Rakyat Malaysia (Generasi muda) amat memerlukan insan seperti Dato yang mempunyai ilmu dan pengalaman untuk dikongsikan bersama.
SELAMAT MAJU JAYA.
Ikhlas daripada
UTON
Selamat Hari Raya.. =)
Salam Datok
Wah penuh gemilang masa muda , tapi masa tu ada tak dengar orang kena penyakit koro.
Selamat Hari Raya (dah lewat tapi masih Syawal lagi)
minta maaf kalau ada terbabas bahasa & Tersingung datok.
Maaf zahir & batin.
YB Datuk ,
Salam Eidilfitri. Maaf Zahir Batin dan teruskan menulis.
Bersempena dengan Aidil Fitri tahun 2008 ini, Abang Bear mintak maaf atas segala keterlanjuran .....kita melangkah meninggalkan ramadhan yg barakah dgn berat hatinya di samping gembira menyambut tibanya syawal yg mulia.... semoga persaudaraan kita kekal dan sentiasa dalam redha Allah.....
Ketupat diletak di atas para
Rendang diletak di bawah titi
Andai ada tersilap bahasa
Maaf dipinta menyusun jari
Adat jauh kata mengata
Adat dekat puji memuji
Andai ada tersilap kata
Maaf dipinta sepuluh jari
Sungai disusur sepanjang sehari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin dari Abang Bear
wassalam
Assalamualaikum,
Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin, kalau ada silap dan salah semasa kita bersekolah dulu...
Saya ni Ishak b Md Noor, kawan lama di sekolah menengah St Michael di Alor Star dulu.
Kadir pa habaq sekarang? dah lama tak berhubung, lebih kurang 40 tahun. Hendaknya berada dalam keadaan sihat2 selalu bersama keluarga. Saya selalu mengikuti blog kadir. Hari ini bulan baik, entah kenapa terasa ingin berhubung semula, walaupun kita sama2 sudah tua.
Kalau sudi menjawab, alamat email saya ialah kab1367@streamyx.com.
sekian, wassalam.
Dato,
Setelah empat tahun berturut-turut beraya bersama anak dan isteri di negara asing, saya merasa sebak membaca imbasan Dato. Walaupun saya lebih muda sedikit dari dato', tapi mengalaman beraya watu kecil2 dulu saya rasa tidak banyak berbeda.. Lagu raya dari corong radio, ganggu kakak buat kuih, bergaduh kerana nak dulu gunting rambut di malam raya, menangis krn tak dpt kasut yg diidamkan, curi-curi cuba pakaian raya, tidur dgn kasut, keluar raya dari pagi sampai gelap dll.
Sekarang saya sedih melihat anak saya beraya. Bkn krn kami di negara asing..tapi diMalaysiapun raya tak lebih dari hari-hari lain dimana mereka tak payah pergi ke sekolah.
Teknologi nampaknya telah merampas keseronokan hidup yg sebenar Dato.
Kalulah ada "time machine"....
Selamat Hari Raya Datuk..
Semoga berbahagia selalu
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Dato' & Keluarga.
Kasut Fung Keong juga menjadi pilihan ayah apabila membeli kasut raya kepada saya dan adik-adik ketika kami kecil dahulu.
Memang nostalgia!
Dato',
Saya terharu dengar cerita Dato benar-benar membekas dalam pengalaman linguistik saya.
Saya ingatkan orang besar seperti Dato' tentunya datang daripada keluarga berada dan ternama. Rupanya Dato' seperti kami orang biasa juga.
SEbab itulah mungkin Dato' masih konsisten sama seperti dulu tidak berubah. Tidak seperti sebahagian pemimpin kita yang asalnya penuh iedalisme tetapi tergadai apabila di penghujung jalan perjuang, sesat mencari jalan pulang!
Datuk,
Daulat Tuanku! Macam mana kalau ada yang masih nak langgar amaran ini? Saya rasa sebab itu kita masih perlukan ISA. Senang nak 'deal' dengan kelompok keras kepala yang semakin kurang ajar sampai serang rumah terbuka hari raya orang kenamaan.
Post a Comment