Sunday, September 28, 2008

Tanda Tanya Penangguhan Perhimpunan Agung Umno

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

ADA beberapa pihak di dalam dan luar Umno yang mengalu-alukan penangguhan perhimpunan agung tahunan dan pemilihan Majlis Tertinggi daripada Disember ini kepada Mac tahun depan.

Mereka dari dalam Umno yang mengalu-alukan keputusan itu nampaknya keliru. Mereka mencampuradukkan kemungkinan Presiden Umno dan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan lebih awal dengan perhimpunan agung tahunan.

Ini sekali gus membuktikan ketidakpedulian Majlis Tertinggi terhadap perasaan dan kehendak keahlian parti keseluruhannya. Jelas ahli MT terus mengutamakan kepentingan sempit mereka daripada kepentingan parti.

Majlis yang sama, yang menolak tuntutan diadakan persidangan agung luar biasa bagi membincangkan prestasi hambar parti dalam pilihan raya umum 8 Mac, sewenang-wenangnya menangguhkan perhimpunan tahunan yang dijadualkan Disember ini.

Kalaupun benar Abdullah hendak bersara dan mempercepatkan peralihan kuasa, adakah perlu persidangan agung tahunan ditangguhkan?

Sebaliknya jika benar-benar Abdullah hendak bersara, persidangan agung dan pemilihan MT Disember ini tentulah menjadi tambah penting dan mendesak.

Belum apa-apa lagi, sudah ada ahli Umno dan orang Melayu menyatakan sokongan kepada keputusan MT itu dan “kesian” kepada Abdullah.

Yang tidak mereka sedari adalah sikap terlalu mudah digula-gulakan dan memberi simpati tanpa bertempat inilah yang menjadi salah satu punca orang Melayu mudah diperalatkan.

Orang Melayu terlalu cepat lupa dan terlalu mudah percaya dengan kata-kata manis pembesar mereka dan oleh sesiapa sahaja yang pandai memutarkan kata-kata.

(Sebab itulah agaknya Abdullah melantik begitu ramai “spin doctors” – tukang putar belit – dalam struktur super pemerintahannya, khasnya dalam media massa).

Saya berani berkata, hatta pembesar yang (kononnya) mereka tidak suka seperti Khairy Jamaluddin pun akan mereka tangisi dan terima atas talam emas jika dia pandai gula-gulakan dan ambil hati mereka.

Kalau tidak, masakan orang Umno dan orang Melayu boleh terima pemimpin yang jelas korup, rendah pekerti, sombong dan didapati bersalah oleh mahkamah?

Kalau kita hendak mengartikulasikan politik orang Melayu, kita mungkin boleh membuat kesimpulan bahawa orang Melayu tidak mengutamakan prinsip dan perjuangan .

Jadi, apakah alasan yang begitu mendesak sehingga MT menangguhkan perhimpunan agung tahunan Disember ini?

1. Adakah kerana Abdullah membuat janji kepada mereka bahawa dia akan mempercepatkan peralihan kuasa dan tidak akan mempertahankan jawatan presiden?;

2. Kalaupun benar, mengapa perhimpunan agung perlu ditangguhkan?;

3. Adakah Abdullah dan para penasihatnya masih menaruh harapan dapat memulihkan sokongan dan simpati terhadap beliau dengan berjanji mempercepatkan proses peralihan kuasa?;

4. Adakah Abdullah akan membuat pengumuman sebelum bahagian-bahagian Umno mula bersidang 9 Oktober ini yang dia tidak akan mempertahankan jawatan presiden dan seterusnya bersara menjelang Mac?;

5. Adakah Abdullah akan bersara lebih awal kerana mahu memberi peluang kepada Mohd Najib Abdul Razak atau kerana dia bimbang tidak akan mendapat pencalonan yang sepatutnya daripada bahagian?; atau

6. Adakah ahli MT sendiri begitu cepat menangguhkan persidangan agung tahunan kerana mereka berasa peluang mereka menang lebih besar jika pengundian MT dilewatkan hingga Mac?

Bagi Abdullah, bayangkan betapa aibnya jika dia tidak mendapat pencalonan yang cukup banyak bagi menentang Tengku Razaleigh Hamzah.

Atau lebih memalukan jika Mohd Najib dicalonkan untuk melawan beliau dan mendapat pencalonan yang lebih banyak pula.

Sementara itu, yang lebih mendesak sekarang bukanlah kepemimpinan Umno dan Kerajaan per se tetapi kurannya keyakinan rakyat jelata dan pelabur terhadap kepemimpinan Abdullah.

Prognosisnya cukup jelas. Berikanlah apa pun jenis ubat dan penawar, rakyat jelata dan pelabur tetap tidak yakin dengan kemampuan kepemimpinan Abdullah untuk mengatasi krisis ekonomi tempatan dan global yang meruncing sekarang.

Apa pun mereka lakukan demi kelangsungan politik mereka, para pembesar Umno wajib sedar bahawa kontrak asal dengan ahli Umno, orang Melayu dan rakyat Malaysia tidak laku lagi. Ia sudah ditolak pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Sekiranya mereka mahu diri mereka dan Umno terus relevan dan berguna, mereka wajib meyakinkan ahli Umno, orang Melayu dan rakyat Malaysia bahawa mereka bersedia memeterai perjanjian baru.

77 comments:

Berita dari gunung said...

Apa pun semua bergantung pada pengumuman Presiden UMNO sama ada beliau mahu pertahan jawatan atau tidak sehari dua lepas raya.

Kalau jawapannya "tidak", enam bulan adalah waktu yang munasabah bagi Abdullah berkemas dan mencukupi untuk Najib membersih sayap. Tiba Mac, Abdullah akan dihujani ucapan selamat tinggal dan pujian yang melimpah ruah. Kemudian Abdullah akan turun dengan secebis "dignity".

kalau jawapannya "ya", semua ahli UMNO wajar menyemak semula kamus, cari makna berkata benar, pegang pada janji dan amanah. Kemudian masing-masing boleh keluarkan keris lama yang berkarat dari peti usang yang bersawang. Kemudian cari limau dan sintuk sebagai prasyarat kepada permainan keris cara tradisi Melayu lama.

Melayu tidak tahu apa itu harakiri, Melayu hanya tahu apa itu AMOK.

Selamat Berpuasa dan Bersiap-siap Raya.

Zahar said...

as salaamu alaikum

Terima kasih Dato kerana telah menerangkan sebenarnya apa yang tersirat dari perlakuan pimpinan sekarang.

Nampaknya muslihat yang cuba dilakukan adalah untuk kumpulan yang tertentu sahaja.

Dan seperti Dato bilang, orang Melayu harus celek mata dan jangan sokong perbuatan yang boleh dikira salah laku ini, dan meminta supaya yang terlibat hentikan dari muslihat ini dan kembali kepada pangkal jalan sebelum semua terlambat.

Aziz said...

Dear Dato' AKJ,

In my opinion, these politicians; they don't deal straight away what bug them, instead of once and for all they get rid-off whatever unnecessary problems and obstacles. They keep on dragging unnecessary issues. Please stop all this uncertainty political landscape, and please get back to work. There are plenty of other issues need to be addressed rather than kejap nak serah kuasa 2010, kejap nak bulan mac 2009, kejap nak bertanding, kejap tak nak bertanding.... nak bertanding just say outloud. Jangan lah heret rakyat ke kancah politik murah. Sedih tengok pemimpin yang tak reti nak memimpin. Saya fikir, rakyat harus memimpin mereka turun.


Rakyat Marhaen yang kecewa,
Aziz

adam said...

Datuk yang di hormati,

Saya bukan penganalisis politik, jadi saya tak nak komen tentang peralihan kuasa, dll. Tetapi saya setuju dengan apa yang saudara katakan mengenai melayu mudah lupa dan senang digula-gula.

Saya tak merasa gembira membuat komen sebegini, tetapi hakikatnya memang demikian - psyche orang melayu, entah dari mana datang (gene) nya, memang mudah di"sweet talk". Hakikat ini digunakan sepenuhnya oleh orang lain untuk memperdayakan kita: dari kelab malam dan karaoke bar hinggalah ke gelanggang politik dan ekonomi.

Peluang ini diambil oleh berbagai pihak - lihatlah siapa yang menguasai ekonomi kita. Lihatlah kaum mana yang terkenal dengan tabiat suka menerima rasuah.

Kerajaan pun, yang terdiri dari majoriti melayu, mengamalkan pemberian 'gula-gula' dari semasa ke semasa, misalnya bajet 2009.

Penyelesainnya? Kita kena 'cemarkan' sedikit (atau sebanyak yang boleh) gene melayu: dari segi politik bergabung secara real dan telus seperti yang di buat pakatan rakyat, dan dari segi sosial galakkan kahwin campur.

Kalau tidak sampai bila bila pun akal dan psyche melayu tidak akan berubah.

cucupakkasim said...

saya tertanya-tanya apa kah artikel dato' ini mendapat perhatian atau di baca oleh semua ahli umno dan pembesar-pembesar dalam umno sendiri? i doubt that..!

OrangMiskin said...

Salam Saudara,

IMHO, sudah-sudah la jadi MELAYU especially kepada yg perasan mereka itu "PEMIMPIN" melayu.

Kembali la kepada ISLAM yg penuh dgn KESEDARAN-TAWADUQ-RENDAH_DIRI dan memuliakan sesama manusia.

Kami rakyat dgn kuasa ALLAH "melantik" para pemimpin utk BERKHIDMAT kepada rakyat dan negara dan BUKANNYA utk pemimpin-pemimpin tersebut menjadi BONGKAK-SOMBONG BANGGA DIRI SATU KETURUNAN dgn darjat atau darjah serta mandat yang diberi.

Beginilah jadi sekiranya penghayatan ISLAM di "HARAMKAM" dlm kehidupan harian dan di dlm kepimpinan negara.

Pembesar-pembesar[tak kira mana parti] sekarang lebih "SUKA" sebut "PERKATAAN" islam berbanding utk mengikut AJARAN dan SUNNAH yang sepatutnya di dlm politik mereka

MELAYU-MELAYU.... kesian aku lihat MELAYU yg begini..

BERTAUBAT la melayu...

Saya tak "REDHA" negara ini dipimpin oleh pembesar melayu yg "JIJIK-BONGKAH SATU KELUARGA-RASUAH-PEMFITNAH-PEMBOHONG" dan sbgnya

Kami sebagai RAKYAT adalah lebih AGUNG dan PERDANA dari MENTERI

Wassalam & terima kasih
Melayu Islam yg Kecewa

mohd khairi said...

Assalamualaikum Dato'

"Umno belum mati. Malah doa dan harapan banyak pihak untuk melihat kematiannya mungkin tidak tercapai. Bukan mudah mematikan parti sebesar dan setua Umno"

Itulah kata kata yang diungkap oleh Dato'dalam posting yang lalu.
Dengan cetusan terbaru Dato',nampaknya UMNO ada kemungkinan untuk kearah tu.

Nampaknya Dato! raya tahun ni meriah le,apabila bertemu dengan rakan lama sudah tentu topik UMNO menjadi hangat diperkatakan atau hangat diperlekehkan.

Dato' sudah tentu le menerima banyak ucapan tahniah!
Tahniah!tahniah! teruskan menulis.
Tahniah!tahniah! teruskan menghentam!
Tahniah!tahniah! jangan peduli apa orang nak kata,kami akan terus menyokong dan bermacam lagi tahniah.

Tahniah atas artikel pagi ni.Panas! Panas!

Si Luncai terjun dengan labu-labunya!
Biarkan! Biarkan!

Satu untuk kau..satu untuk aku!
Dua untuk kau..dua untuk aku!
Eeh!eeh! untuk kau...eeh! eeh! utk aku.

Apa nak jadi...apa dah terjadi...
Tungguuuuuu!!!!

BlindingLight said...

Assalamu'alaikom,

Adakah dibenarkan mesyuarat tahunan UMNO ditunda ? Ini kerana UMNO berdaftar dengan Pendaftar Persatuan (ROS), dan mesyuarat tahunan termaktub dalam Memorandum of Association.

Dan satu lagi soalan, sebagai kumpulan yang memperjuangkan bangsa Melayu, kenapa nama UMNO ini adalah kata-pendek bahasa Inggeris - United Malays National Organisation ? Apakah tidak ada ada nama yang 100% Melayu.

Sekian terimakasih

Anonymous said...

Dato, your posting this time truly reflects what I feel towards Pak Lah's leadership. He lacks vision and the will to carry anything to completion. He only listens to his small group of advisors and interferes with professional decisions. I'm tired of seing him undoing whatever progress this nation has enjoyed in the last 15 years. I feel like things are back to the late 80s again.
Talk of saving face.....huh how many face did he insult during his tenureship as PM. For every professional decision that was overturned in favour of his cronies he has been zalim to the person that truly deserved the job. Yes Pak Lah you are getting a big dose of your own medicine which you were so trigger happy to prescribe to so many people. When you say your farewell.. many will rejoice. Tyranny has no place anywhere.Ketua yang zalim hilang hak untuk dihormati.

Hodgkins

Anak Pendang said...

Datok Kadir.

Saya dengan rendah diri ingin bertanya kapada Dato ada kah dato saorang ahli UMNO,ahli cawangan dan bahagian mana.

Kalau Dato bukan ahli UMNO jamgan Dato suka sebok nak jaga tepi kain orang.Persoalan ini hanya perlu di bicarakan oleh ahli UMNO sahaja,kerana ini soal Party mereka.

Dia nak tanggoh mesyuarat atau meneruskan mesyuarat itu mesaalah ahli UMNO.Siapa yang ia hendak lantek sabagai President dan sama ada pemimpin itu Curropt atau lembab atau tak pandai itu bukan soal kita Dato, kerana kita bukan ahli UMNO.Jikalau kita tak suka kapada pemimpin UMNO tak usah kita mengundi UMNO atau BN di dalam pilehanraya nanti,

Tapi jika dato saorang ahli UMNO,saya juga rasa sabagai ahli biasa apa yang Dato boleh buat.Dato kena lah jadi ketua bahagian baru ada taring dan boleh bercakap dengan authority.Pak menteri pun kena tabik.

Nasehat saya pada datok ,tak usahlah menyebok.Lebeh baik jaga berok di rumah dan bagi dia makan pisang selalu daripada dak menasehati berok berok UMNO yang masek mabok kuasa dan pangkat.Biarkan biarkan si lunchai dan labu labunya.

kluangman said...

Paling relevan penangguhan ialah untuk masih memberi masa kepada Dolah dan anak menantunya untuk mencari jalan bagaimana mahu spin dan tetap terus berkuasa.

Saya yakin, mereka akan berjaya kerana pemimpin seperti Najib sudah lama diperdaya, digula gulakan, Muhyiddin pula sudah berlembut termakan janji, begitu juga dengan Rafidah yang ingin menghalal caranya untuk bertahan sebagai Ketua wanita dan hanya menyerahkan kuasa kepada Sharizat Jun nanti.

Wang bukan segala galanya tetapi untuk kali ini, u cakap berapa u mahu, cek kosong siap tandatangan, jika ini ditawarkan Dato' sebagai seseorang yang berpengaruh untuk mengalih undi, agak2 Dato' adakah akan menolak, mulut kata ya, tapi hati kata, sampai mati pun aku takkan merasa duit sebanyak ini.

Manusia tidak akan puas hanya sekadar duit ada jika 'kuasa' hilang ( Kecuali Tun).

Untuk hari raya kali ini, kita cuba lihat berapa ramai pemimpin UMNO yang akan ada di rumah terbuka Tun , bersalam dan mencium tangannya sekali lagi. Saya percaya kali ini pemimpin UMNO lebih ramai hadir daripada sebelum ini.

Salong Jr. said...

Salam Dato'

Pada tahap ini saya berfikir seperti berikut:

1. Abdullah akan bertanding dengan harapan akan menang. Bila menang, moralnya akan diwar-warkan sebagai telah pulih dan dengan itu dapatlah bersara pada bulan Jun 2009 dengan hati yang penuh sebal walau pun terukir senyuman pada wajahnya.

2. Abdullah bertanding dengan pencalonan yang mencukupi tetapi tewas semasa pengundian.

Hati saya lebih cenderung kepada perkara kedua yang akan berlaku. Ini berdasarkan tahap keberanian yang rendah dikalangan bahagian. Sebabnya proses pencalonan ini dapat disaksikan secara terbuka. Hanya bahagian yang benar-benar ada keberanian sahaja yang berani mencalonkan selain dari Abdullah. manakala bahagian yang pengecut pula, walau pun hati tak berkenan, terpaksa juga mencalonkan Abullah.

Namun begitu, bahagian yang pengecut ini tidak akan kecut lagi bila tiba waktu mengundi kerana undi mereka adalah rahsia.

Bila selesai pengundian, barulah realitinya menjelma dan pada waktu itu kita dapatlah saksikan satu lagi sejarah tercipta dimana bekas Presiden ditunjukkan pintu keluar.

Samada upacara menunjukkan pintu keluar kepada bekas Presiden dibuat secara berhemah atau secara tidak bermoral, "tidak perlulah kita ramalkan pada waktu ini".

Tun Jeram said...

Salam,

Buat masa ini saya ingin membuat andaian yang "sederhana" sahaja:

a) Abdullah akan menyerahkan kuasanya kepada Najib pada atau menjelang Perhimpunan Agung UMNO bulan Mac 2009 (mungkin membuat periytiharan dalam Perhimpunan itu).

b) Abdullah akan dihormati dan diberi sanjungan, kerana dia telah "mendengar" kehendak akar umbi supaya dia melepaskan jawatannya lebih cepat daripada jadual asal (2010). Dia juga dianggap telah "berkorban" dan lebih mementingkan kehendak parti daripada kepentingan peribadi

c) Najib akan menggantikan Abdullah sebagai PM dan Presiden UMNO, dan tokoh lain tidak berpeluang untuk menandingi jawatan tertinggi tersebut.

d) Peralihan kuasa dikatakan berlaku mengikut tradisi UMNO(?) dan semua ahli UMNO akan bersorak gembira, seolah=olah tidak ada apa-apa masalah yang dihadapi oleh parti mereka, bangsa dan negara Malaysia.

Anonymous said...

Dato' ada sehat ka? Kalau sehat Alhamdulillah, AMEEN.
Kata orang UMNO, dalam usaha nak menarik orang Melayu mereka pun berkata, 'Melayu itu UMNO, UMNO itu Melayu', bolih percaya ke Dato'?Atau apakah pahlawan UMNO terus mempertahankan nya dalam keadaan sekarang.Tapi kalau buat bancian, baik panglima nya ke dan pengikutnya ke, senang bangat digula gulakan. So with that premise, Pak Lah was very confident of the options he has and he was right when he said during his PC, whether he is going to defend his presidency, the answer was "terpulang kepada saya". Let not the rest of the MT be so dump and he is not a pushover. Those who think Pak Lah is finish better watch out as Pak Lah can finish off UMNO if he chooses to do so. Can he do it is not an issue but will he do it despite him saying, he had never left UMNO even in time of trouble. Fahami mi lah apa yang tersirat dihati orang yang mencari AL GHAZALI, setiap orang punyai harga diri.
Tapi Dato', saya akan terus meyakinkan diri saya bahawa Pak Lah with his religious background akan beristikharah memohon petunjuk ALLAH. Atau apakah kita akan bermimpi dan masih mempercayai kata Laksamana Hang Tuah "Tak kan Melayu hilang di dunia". Tinggal dua hari lagi untuk berhari raya dan sebelas hari lagi pencarian Pak lah yang abadi dan apakah masih ada yang mengenang budi. Salam buat Dato' sekeluarga, maaf zahir batin. dh9753.

Anak Java dan Bugis. said...

Dato Kadir.

Sejak bila you jadi tukang karut cerita wayang kulit.Sejak akhir2 ini you tak ada tulis cerita lain melainkan cerita UMNO.I tengok you condem Pak lah sampai dia tak boleh bernyawa,saolah2 dia memang saorang yang tidak berguna lansong,bodoh,malas dan tak tahu mentabir negara.

You cuba gambarkan hero you yang you puja puja,Tun Mahathir sabagai orang yang pandai mentabir dan tidak pernah buat silah.Pada pandangan saya Tun mahathirlah merupakan pemimpin yang merosakkan orang Melayu,Raja raja melayu,Ketuanan Melayu ,Perniaga2 melayu dan Kerajaan Melayu.

Panjang kalau saya nak ulas satu persatu.Tun Mahathirkan yang banyak membazir wang Petronas denganTwin Tower dan Putra Jaya,Siapa yang benefit,Ananda Krisnan dan YTL.Apaadi dengan Halim saat,tajuddin,Shamsuddin,Rashid Hussein.Mereka yang mempunyai masaalah waktu krisis kewangan bukan nak di tolong tapi di bunoh terus.Mana dia Melayu millionair era mahathir.Hanya tinggal Syed Mokhtar.Itu pun kerana dia ada sikit pandai ampu Tun.Dia dapat beli syarikat MMC dari PNB dengan harga yang murah,dapat membeli harta Pernas dari tengku Shariman juga dengan harga yang murah.

Pak lah hanya cuba nak betulkan apa yang Mahathir buat kesalahan.Dia tak pandai buat sunggohpun niatnya baik.Dia kena pusing kiri kanan.Nanpak Pak Lah dah jadfi orang Bodoh.Ada orang kata dia kena buat oleh Bomoh yang bela oleh isteri saotang Menteri Kanan.

Kami berharap Pak Lah tak buat kesalahan pada 9 ocktober ini dengan mengaku kalah kapada Najib dan Mahayuddin.Pantang anak Peneng mengaku kalah sabelum lawan,lawan tetap lawan,biar tersungkur asakkan kepada tak kena tanah ok.

Kami,ahli ahli UMNO yang setia akan mambantu.Jasa mu tetap di Kenang.

Selamat Berjuang.Pisau maseh di tangan,kuasa maeh ada,Kuasa Perdana Menteri amat banyak,boleh tangkap,boleh lantek,boleh bebasorang,boleh memberi kontrek,boleh istihar darurat,boleh gantong parliment,boleh rombak kabinet.Oleh itu Pak Lah jangan jadi bodoh.Pedulikan Tun M,Pedulikan N dan M dan R.teruskan kerja mu yang mulia.Kan niat mu bukan nak cari kaya,nak abdi diri kapada IIahi,nak cari Al Ghazali.Teruskan Perjuangan yang belum selesai.Salam.

Anonymous said...

Blindinglight,

ROS (Pendaftar Pertubuhan bukan Persatuan) akan kecut perut bila berhadapan dgn UMNO dan akan terima saja apa UMNO kata. Sama juga bila ada rasuah dlm UMNO, parti itu yg akan menyiasat bukannya BPR, melainkan jika diminta (baca: diarah) oleh UMNO. Itulah standardnya yg dipelopori bukan oleh Pak Lah tetapi oleh "you know who".

UMNO singkatan BI. Saya ada cerita menarik. Di awal 70an, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan mengubah nama pendeknya dpd LKTP kepada FELDA (singkatan BI). Ketua Pemuda UMNO waktu itu (Datuk Harun) kritik hebat Pengerusi Felda waktu itu (Datuk Musa Hitam). Datuk Musa punya respon singkat saja: "your own party uses English acronym". Perdebatan terhenti di situ saja.

dpd: org lama

Tico said...

YBhg Datuk

Terkejut beruk jugak apabila membaca komen dari anak pendang. Pada mula saya sangka anak Pendang akan menyokong Datuk, maklumlah orang satu kampung. Tapi lain macam pulak komen anak Pendang ini. Secara nyata, kata-kata ini ditujukan kepada Datuk, namun kita semua yang berada sini yang sedang membincangkan tentang UMNO terlibat sama. Orang yang bercakap baik tentang UMNO pun kena. Apa lagi yang mengutuk UMNO.

Ada beberapa sebab mengapa kita menyibuk tentang UMNO. Pertamanya kerana kita ini ada mulut dan kita ada jari. Kita boleh bercakap apa juga yang kita suka dengan penuh hemah. Kita boleh taip apa juga yang kita suka atas prinsip yang sama. Kebebasan inilah yang kita perjuangkan. Inilah asas demokrasi.

Alasan yang paliing kukuh untuk kita bercakap tentang UMNO terutamanya tentang PM kita ialah kerana PM kita adalah sebagai nakhoda kita. PM menentukan hala tuju negara. Orang pandai dan orang kurang bijak pun akur hakikat ini. Oleh kerana PM kita dari UMNO maka kita kenalah bercakap tentang UMNO. dalam negara ini, masa depan rakyat ditentukan secara pukal tanpa mengira ahli UMNO atau bukan ahli UMNO.

Jawapan saya ini saya kira jawapan standard. Siapa pun akan menjawab sedemikian. Mungkin ada perangkap dari anak Pendang untuk kita dengan jawapan demikian. Silakan.

Terasa hati bila dikatakan menyibuk.

kijangmas said...

Sebenarnya, sutradara kisah peralihan kuasa ini menjadi berbelit-belit dan tiada pucuk pangkal nya kerana Pak Lah kurang memahami intipati logic dan rasional bagi sesuatu pendirian yang di ambil.

Minda manusia selalu nya berlandaskan kpd mantra “cause and effect” dan “rational expectations.” Iaitu, jika kata “A” kita harus susuli dgn “B.” Bukan nya “A” di susuli of “C” atau “X.”

Bila logik ini di andaikan kpd “Pelan” terkini UMNO, Perhimpunan Agung di tangguhkan 3 bulan ke Mac 2009 (ini “A” nya) akan masuk akal hanya bila ianya di susuli oleh lafaz Pak Lah pada masa yg sama bahawa beliau tidak akan bertanding jawatan presiden dan akan undur menjelang Mac 2009 (ini “B” nya).

Tapi, saranan Pak Lah yg dia akan buat keputusan samada nak bertanding atau tidak sebelum 9 Okt. (iaitu mungkin akan bertanding) telah menimbulkan kekeliruan yg membinasakan logik “A” tersebut, atau dlm ertikata lain, dia telah menjana huruf “D” atau “Z” dan bukan “B.”

Sifat “bingung” inilah yg telah memudaratkan segala urusan pentadbiran Negara kita. Logik dan rasional setiap keputusan, setiap pendirian, setiap deklarasi tidak wujud, tidak serasi, tidak masuk akal walaupun di bunga-bungai oleh istilah separa-ilmiah seperti “Capacity Building.”

Balik kpd UMNO, jika Pak Lah nak bertanding, tak usah lah di tangguhkan. Berentap sajalah pada Disember ini dan selesaikan ketidaktentuan parti dan Negara ini sekali gus.

Jika tak nak bertanding, tundaan ke Mac 2009 masih boleh di terima sebab rakyat sudah nampak penghujung era aneh ini.

Tapi, kalau nak tunda DAN nak bertanding, ini sudah pendirian luar biasa, di luar perlembagaan mana-mana organisasi sekali pun. Ini sudah menjadi “Boardroom Takeover” dlm parti. Ini haruslah ditegah.

Kpd AKJ dan seluruh warga blog ini, Salam Idul Fitri. Teruskan membina minda agar mempertingkatkan jatidiri kita.

-WADAH- said...

Kelam semakin kabut

Sebagaimana yang telah penulis jelaskan sebelum ini, walau apapun keputusan MT pada "mesyuarat khas" lalu, hal ini tidak akan mendatangkan kesan signifikan andainya UMNO dan BN tidak benar-benar berubah. Penangguhan Mesyuarat Agung sebenarnya memperlihat betapa keadaan yang kelam kabut semakin kelam kabut.

Mungkin Pak Lah masih menaruh harapan untuk mengekalkan jawatan Presiden (walaupun terdapat info-info mengatakan bahawa pencalonan presiden langsung tidak memihak kepada beliau). Atau mungkin terdapat "sebab-sebab" yang hanya Pak Lah dan Najib (dan mungkin MT)sahaja yang tahu. Apa yang pasti, penangguhan sebenarnya menambahkan lagi "ketaktentuan" politik tanah air dan bukan satu gejala yang sihat.

Pak Lah dilihat sebagai mencetuskan teka-teki sama ada mempertahan atau melepaskan jawatan. Penulis kira jawapannya sebenarnya jelas....

Walau apapun, penulis masih menaruh harapan agar ketaktentuan ini dapat diselesaikan dengan baik agar tidak memberikan dampak yang lebih buruk kepada ekonomi, kewangan dan kehidupan masyarakat Malaysia. Sepatutnya, pemimpin-pemimpin Malaysia (tak kira pencadang atau pembangkang) tidak menambahterukkan situasi semasa dengan pengumuman pelik-pelik lebih-lebih lagi tatkala kebanyakkan rakyat sedang dalam mood untuk beraya....

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir dan batin kepada Dato' Moderator dan pembahas-pembahas semua

Wassalam.

Mak Kecik said...

Salam Dato',

Mudah2an Dato' dan keluarga diberikan rahmat, keampunan dan jaminan bebas dari api neraka.

Ulasan Dato' memang spot-on. Saya faham tentang rasional MT UMNO yg bersetuju dgn penangguhan. Mereka orang yang berkepentingan dan pastinya akan mempertahankan kepentingan peribadi mereka. Saya menunggu perhimpunan peringkat kawasan untuk melihat sikap di peringkat akar umbi pula. Saya lebih suka menggunakan istilah 'dayus'. Jika inilah yang ditunjukkan nanti, I rest my case.

cahayamasa said...

Salam Tuan,

Soalan yang saya telah saya kemukakan di kuda-kepang.blogspot.com. Saya masih tidak faham dimana kebijaksanaannya dengan menangguh Perhimpunan Agung itu...

Sekian.

nawawidahalan said...

Salam hari raya Datuk dan pembaca sekelian;

'KEMUNGKINAN' dalam mesyuarat MT, Pak Lah telah menyatakan untuk berundur dan meminta proses peralihan dilakukan segera. Jadi supaya penyerahan kuasa berlaku lebih sempurna, maka masa yang secukupnya perlu diberikan. MT tentu dengan sebulat suara memberikan ruang dan peluang tersebut kepada Presiden kerana telah memperkenankan kehendak mereka atau akar umbi kononnya.

http://nawawidahalan.blogspot.com/

Mahyudin said...

Bagi saya, adalah tidak menjadi kesalahan jika kita memberi pendapat atas apa yang kita rasa tidak puas hati atau kurang senang walaupun keputusan itu dibuat oleh orang atasan atau dalam situasi ini, MT UMNO. Tindakan penangguhan ini memang menimbulkan seribu pertanyaan bukan sahaja di kalangan rakyat malah dikalangan pemimpin di dalam UMNO sendiri. Bila dah jadi macam ni, pihak pembangkang pula akan mengambil kesempatan atas hal ini tapi selalunya akan ditambah perencah dan penyedap supaya isu ini lebih membuat rakyat membuta spekulasi buruk terhadap UMNO...

Asil said...

Tak nampak apa yang mengujakan tentang peralihan kuasa UMNO ni.

Cuba kira berapa banyak kes berkaitan dengan pembunuhan, penyelewengan, rasuah, politik wang, memboroskan harta rakyat yang mengaitkan pemimpin-pemimpin UMNO? Cuba kira.

Cuba dengar betapa angkuhnya ucapan mereka dalam TV?

Cuba rasa betapa rakyat diperbodoh-bodohkan dengan ucapan/tingkah mereka?

Kalaulah ucapan sudah sebegitu, bayangkanlah perbuatan mereka. Dan bayangkanlah manusia sebegini yang memimpin Islam, bangsa dan negara.

Senang cerita dan nak dipendekkan cerita, Pak Lah ialah by product of UMNO culture!

mal887 said...

Salam Dato;

Selagi:
PEMBESAR2 ini merasakan parti UMNO ni MEREKA yang PUNYA;

Selagi:
Ramainya KAKI BODEK/AMPU berada di peringkat cawangan/bahagian/negeri;

Selagi:
Ahli2 TAKUT bertindak;

Maka:
Bersedialah UNTUK AHLI2 UMNO MENTALKINKAN UMNO pada PAU Mac 2009

Kerana:
Pada masa itu, MALAYSIA sudah pun mempunyai PEMERINTAH dari puak lain;

Alah Dato;
Masakan Dato lupa bahawa MELAYU ITU MUDAH LUPA & SUDAH TERHANTUK BARU NAK TERNGADAH...

Salam Aidul Fitri

apekome.blogspot.com said...

Dato',

Saya berpendapat sekiranya Presiden menunggu gagal mendapat sekurang-kurangnya 150 pencalonan atau 3/4 daripada semua bahagian,rasanya eloklah beliau menarik diri saja daripada pertandingan itu. Sebagai Presien, ia memalukan. Sebaliknya, mana-mana calon baru yang mendapat hak kelayakan bertanding dengan hanya 58 pencalonan, sewajarnya meneruskan pertandingan itu walaupun dari segi angka, dia akan tewas. Tapi, undi rahsia. Dengan 58 pencalonan itu saja menunjukkan satu kejayaan yang besar apataha lagi orang yang ditentangnya adalah Presiden yang sedang berkuasa.

damansaraman said...

Apa nak dihairankan dengan tindakan dan keputusan Majlis Tertinggi itu.

Sejak bila orang-orang ini bekerja untuk rakyat? Mereka hanya menjenguk kawasan pun bila sudah sah dipilih semua untuk bertanding!

Ada satu lawak politik Melayu;
Menteri Melayu Adalah Yang Berhormat Bagi Bangsanya; Tetapi Sahabat Berniaga & Bersukaria Bagi Kaum Lain...memang betulpun

Dalam keadaan ini pun, perut dan nafsu mereka yang menjadi panduan keputusan...yang ini aku punya..yang itu engkau punya!!!

Begitulah 'tingginya maruah' Ahli-Ahli Majlis Tertinggi yang ada sekarang.

Yang sepatutnya diperbincangkan adalah apa sudah jadi dengan orang Melayu terutamanya dari kalangan UMNO?

Kenapa diam membisu bagai orang tanpa fikiran? Kenapa bersetuju bagai tanpa perasaan?

Kerana hormat? Kerana adat?

Dah dikencing diatas kepala pun masih nak bersopan lagi??

Patutlah Khairy yakin dia akan jadi Perdana Menteri Termuda...Melayu UMNO memang boleh dibeli..sanggup melacurkan bangsa sendiri

Kalau Badawi masih ingin bertanding, dan bahagian-bahagian UMNO pula masih mencalonkan beliau...saya rasa pada waktu itu memang patutlah UMNO dan Melayu didalamnya dikutuk hina oleh rakyat Malaysia

Marah? Terpulanglah...

Ahli UMNO Tanjung said...

Scribe,

Kalaupun benar Abdullah hendak bersara dan mempercepatkan peralihan kuasa, adakah perlu persidangan agung tahunan ditangguhkan?

Kenapa Abdullah harus tunggu 9hb Oktober memberi jawaban untuk mahu bertanding atau tidak?

Itu yang membuat saya berada dalam keadaan 'saythatagain-callmestupidbutistilldontgetit' dan saya mengharapkan sangat mereka yang cerdas, bernas, unggul pemikiran meng'ekplainisasi'kan kelojikan 'chong' Abdullah ini.

Sekurang-kurangnya saya faham kata-kata Razaleigh:

Presiden UMNO: Abdullah perlu pertahankan
KUALA LUMPUR 27 Sept. - Bekas Naib Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti.

Ketua Bahagian UMNO Gua Musang itu juga mahu Majlis Tertinggi (MT) parti mengekalkan pemilihan dan Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan pada Disember ini serta membatalkan keputusan mesyuarat khas semalam yang menetapkan ia diadakan pada bulan Mac tahun depan.

"Keputusan mesyuarat khas MT semalam yang menangguhkan pemilihan dan Perhimpunan Agung UMNO kepada Mac tahun depan untuk membolehkan peralihan kuasa merupakan satu pelanggaran perlembagaan parti.

"Tidak ada peruntukan dalam perlembagaan parti yang membenarkan peralihan kuasa sedemikian,'' katanya
pada sidang akhbar di kediamannya di Jalan Langgak Golf di sini hari ini.

Razaleigh mengulas mengenai peralihan kuasa yang dipersetujui antara Abdullah dengan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak akan berlaku setahun lebih awal daripada pelan asal pada 2010.

Bagi membolehkan proses peralihan tersebut berjalan lancar, Perhimpunan Agung UMNO yang dijadual berlangsung pada Disember ini akan ditangguhkan kepada Mac depan.

Tengku Razaleigh menegaskan, tidak ada sesiapa berhak mewariskan sebarang jawatan kepada pemimpin lain kerana tidak terdapat peruntukan dalam perlembagaan parti.

"Apa yang seharusnya dilakukan oleh pemimpin UMNO sekarang ialah membiarkan sesiapa untuk bertanding, sesiapa hendak bertanding harus dialu-alukan kerana parti perlu memberi kuasa kepada ahli-ahli untuk menentukan sendiri siapa yang layak untuk menjadi Presiden ataupun Timbalan Presiden,'' katanya.

Beliau yang mengulangi pendirian bahawa akan bertanding jawatan Presiden memberitahu, ahli-ahli parti perlu diberi mandat setiap tiga tahun untuk menentukan siapa yang patut memimpin mereka


Nota:

Kalau Abdullah nak bertanding, bertandinglah. Say the word! Walaupun sedikit orang suka dan berduyun-duyun tak suka orang Tanjung akan berkempen juga. Kalau ditakdirkan kita kalah, maka kita terima dan redha.

Itu yang membuat saya berada dalam keadaan 'saythatagain-callmestupidbutistilldontgetit' dan saya mengharapkan sangat mereka yang cerdas, bernas, unggul pemikiran meng'ekplainisasi'kan kelojikan 'chong' Abdullah ini.

Janganlah berdolak-dalek macam Anwar!

UMNO dan BN beruntung kerana tidak personaliti politik yang istimewa dikalangan PR.

Nik said...

Dato'

Amat Tepat sekali analisa Dato'

Nampak nya Abdullah suka mempermainkan ahli UMNO dan rakyat dengan membuat semua "Suspense" terhadap keputusan beliau.

Jelas bahawa ucapan pujian dari ahli tentang berita mesyuarat tahunan ditunda adalah cakap manis ampuan.

Tiada sebab dan akan tiada memberi kesan mesyuarat tahunan di lewatkan selama cuma 2-3bulan sahaja.

Ini semua boleh dianggap "Rubbish" dan orang Melayu juga akan dianggap sama jika mereka membiarkan diri mereka dipermainkan.

Orang Melayu memang selalu suka meng-overanalyse sampai dipermainkan orang.

Tico said...

YBhg Datuk

Andaian saya berbeza dari Tun Jeram. Andaian saya ialah

Najib tidak sempat menjadi Perdana Menteri jika peralihan kuasa berlaku selepas perhimpunan agung UMNO. Pada pemilihan agung kali ini Tengku Razali akan menang sebagai Presiden. Muhyiddin pula akan menenga dalam pertandingannya sebagai Timbalan Presiden dan kan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Hati kecil saya beranggapan demikian kerana saya percaya bahawa semakin lama Najib hidup bersama Abdullah, makin banyak penyakit akan berjangkit dari Abdullah. Ramai di kalangan ahli mahukan Abdullah berundur. Najib masih lagi mempertahankan Abdullah. Akhirnya Najib juga akan tidak ditolak oleh ahli UMNO kerana bersekongkol dengan orang yang mereka tidak senangi.

Satu lagi cabaran yang tidak boleh dipandang ringan ialah pada 13 Oktober ini. Apabila Dewan bersidang satu unsul tidak percaya akan dibentangkan dalam Dewan. Usul ini pun boleh membuat Najib putih mata.

Mari kita tenguk siapa yang kenak

Manjung Mari said...

Salam!
Dato! Dalam masa penangguhan PAU tu macam-macam perkara boleh berlaku, apakah menantu Pak lah KJ akan membiarkan begitu saja tanpa apa-apa tindakan untuk masa depannya dengan pak mentuanya sekali.....
Kita kena ingat Kes Altantunya masih lagi belum selesai, tertuduh dikehendaki membela diri nanti, disitu macam-macam boleh terjadi, akuan bersumpah dah banyak yang dikeluarkan,, apa itu semuanya....

Mana tahu nanti mahkamah akan umumkan pemecatan Anuar tidak sah pun boleh, pengalihan kuasa akan diberi kepada Anuar, tu pun boleh jadi...
Apa pun kita semua tidak boleh menduga, tetapi apapun saya mengharapkan biarlah Najib yang mengambil alih tugas PM, kerana senang nanti Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

anakbuah said...

Dato' dan Sdr Tiko,

Sebagai non-partisan, saya tidak perlu berada dlm Umno utk menyibuk pasal pentadbiran PakLah. Dan mengambil kata Sdr mak kecik, makhluk2 sedayus Sdr anak pendang inilah yg menongkah parti Umno skrg.

Memang sudah lama saya kata, PERGI JAHANAM DGN UMNO! Malangnya, pentadbiran PakLah berserta menteri2 beliau merupakan penjawat kerajaan di mana gaji serta welfare mereka diperolehi drp budget Perbendaharaan yg puncanya hasil drp pembayar cukai seperti saya dan lain2 di negara ini. (Sudah ada suara yg mengharamkan perolehan cukai yg disalahgunakan kerajaan ini). Dgn alasan ini sahaja, PakLah perlu menerima kenyataan yg mana majoriti rakyat (samada ahli Umno atau bukan) sudah menolak pentadbiran beliau pada PRU-12 tempohari. Signal ini jelas.

W/pun sering disindir dan diperkatakan, kita sudah bosan dgn korupsi tetapi jangan gunakan wang Perbendaharaan utk egenda politik masing2. Wang kerajaan dihak-milikkan. Kita menyibuk kerana budget sebanyak jutaan ringgit yg sibazirkan itu sepatutnya digunakan utk kebaikan dan welfare rakyat dan negara.

Memang benar kata Sdr Anak Java dan Bugis, PakLah sebenarnya mewarisi legasi Mahathir. Inilah saka puaka Umno yg saya katakan sebelum ini. Malang sekali PakLah tidak mampu utk mengawal puaka2 ini. Dan memang jelas, give-and-take antara PakLah dan Najib dlm kononnya "pelan peralihan kuasa" (proses menurunkan saka) ini merupakan rasuah peringkat tertinggi negara.

Jadi Sdr Anak Pendang tidak perlu memerangkap sesiapa. Ramai yg telah tahu dan lama sedar - epik wayang kulit berpuaka Umno ini perlu tamat dan mesti ditamatkan serta-merta!

Anonymous said...

Datuk,

Bila lagilah drama ini nak selesai.

segala tindakan tak nampak logiknya. mungkin ada beberapa fakta yang pihak umum tak ketahui, cuma mereka di mesyuarat MT tu saja yang tahu.

Jadi walaupun kelihatan tak logik, ia nya masuk akal bagi mereka yang ada si sana waktu itu.

Tapi yang susahnya kita semua dan negara----jangan biarkan kami dalam keadaan berkabut.

"Be a man with balls---just do what is right for the people and the nation"

ini dok main wayang-------kalau wayang panjang-panjang ceritanya, orang pun dah kelaur panggung.

tombak karat

Muhammad Azli Shukri said...

kita nantikan kejutan akar umbi UMNO oktober ini..

ml said...

hello anak pendang,orang macam u nilah yang akan memusnahkan bangsa.Sombong tak boleh di ajar cerdik tak boleh diikut.u tengoklah dato,ni siapa?.orang yang dah lama makan garam.sebab umno tak makan nasihat lah sekarang jadi tunggang langgang.dato tak boleh nak masuk umno selagi orang macam u masih ada dalam umno.rakyat malaysia bayar cukai berhempas pulas nak hidup untuk bayar gaji presiden umno dan kabinet umno .kat amerika presiden nya membuat sidang tergempar nak bincang macamana nak selamatkan ekonomi negara.presiden dan kabinet umno buat sidang tergempar bincang bila pm nak pencen.mentaliti umno yang pentingkan kocek dan perut sendiri nilah yang membuat rakyat pagi petang menyumpah dan melaknat umno.presiden umno dan kabinet umno hanya memikirkan kedudukan masing-masing je.u tak tau ke orang kat kelantan ,sabah sarawak dan kat kuala lumpur ni ada menyambut raya dengan air kosong dan ikan masin?presiden dan kabinet umno sikit pun tak peduli nasib rakyat yang untuk meletakkan sesuap nasi ke mulut pun terpaksa berjuang.u tengoklah dah enam bulan pilihanraya dah berapa kali sidang tergempar di buat ?bulan ni je dah dua kali.u ingat rakyat bayar gaji pm dan kabinet umno tu untuk bincang-bincang petang bila pm nak pencen?adakah cerita bila pm nak pencen lebih penting dari cerita nasib rakyat yang sehari-hari nak hidup pun payah?Lain kali kalau u tak paham apa maksud tersirat dan tersurat yang dato,nak sampaikan u jangan nak komen.ingat dato tu hidup lebih lama dari u.dia dah tau apa itu perjuangan.orang macam dato ni yang di panggil pejuang tulin.bukan pejuang muda macam u.kita panggil pejuang mcdonald.semua nak cepat dan mudah tanpa tahu penyakit yang akan di bawa kemudian nanti.terima kasih.maaf dato, terkasar sikit.

Lembaran said...

The ancient Greek philosopher Socrates taught his students that the pursuit of truth can only begin once they start to question and analyze every belief that they ever held dear.

If a certain belief passes the tests of evidence, deduction, and logic, it should be kept. If it doesn't, the belief should not only be discarded, but the thinker must also then question why he was led to believe the erroneous information in the first place. Not surprisingly, this type of teaching didn't sit well with the ruling elite of Greece.

Many political leaders throughout history have always sought to mislead the thinking of the masses. Socrates was tried for "subversion" and for "corrupting the youth". He was then forced to take his own life by drinking poison. It's never easy being an independent thinker! Today, our ruling government/media complex doesn't kill people for pursuing the truth about the world (at least not yet!) They simply label them as "extremists" or "paranoid", destroying careers and reputations in the process. For many, that's a fate even worse than drinking poison hemlock!

abikhsan said...

Sewaktu pelan peralihan kuasa ditetapkan pada 2010, semua setuju sebulat suara.

Tan Sri Muhyidin (TSM) teruk kena kritik dan Pak Lah bingkas bagi statement "Saya ada banyak kerja lagi nak buat sebelum 2010.....".

Lepas tu ada pula NGO kat Gombak berapi-api kata jangan cabar PakLah atau minta awalkan pelan.

Tup-tup hari ini kata semua pihak dari akar umbi setuju pelan di awalkan pada Mac 2009. Apa nak jadi dengan parti yang memerintah Malaysia ini. Semua macam pak turut dan seperti kerbau dicucuk hidung.

Mana janji Pak Lah kata banyak kerja perlu disiapkan atau dibereskan. Satu koridor pun belum tunjuk hasil...

p/s - Musuh UMNO/ BN bukannya Anwar atau PR, tetapi lebih kepada internal problem. Same goest to MCA and MIC. PPP apa cerita Kayveas..???

opcharlie said...

Ahli2 MT yang menyokong pelan ini harus tidak dipilih lagi untuk penggal hadapan. Bertentangan dengan kehendak ahli2 UMNO secara umum. Jika orang2 UMNO masih memilih yg sama, jgn salahkan pemimpin, salahkan ahli itu sendiri yang memporak perandakan parti.

A Hamid said...

Dato,
UMNO adalah parti keramat dan orang UMNO tidak bodoh. Mereka kalau percaya akan percaya dengan sepenuh hati tetapi jangan KHIANAT kerana orang yang KHIANAT dan meletakkan kepentingan diri, menantu dan keluarga melebihi kepentingan bangsa MELAYU akan menerima padah. Orang MELAYU setelah dicemar kepercayaannya akan membenci sampai 7 keturunan. Persoalannya, Dato, tidakkah yang terlibat itu sedar tentang ini. Kalau mereka terlupa, kita ingatkan tetapi kalau buat-buat lupa atau tidak tahu maka tunggulah apabila Allah swt tunjukkan pembalasanNya

Anonymous said...

Salam Dato,

Nampaknya ada org marahkan dato sebab kerap mempertikaikan kewibawaan Pak Lah.

Anak Pendang dan Anak Jawa Bugis ni rasanya org yg sama. Maaf kalau saya silap.

Sekarang ni rasanya orang melayu dah tak pedulikan UMNO. Hala tuju UMNO bukan lagi ditentukan oleh ahli UMNO yg mahu lihat MELAYU terus terbela. Sedih saya.

Malangnya MALAYSIA diketuai presisen UMNO jadi walaupun ada yang bukan AHLI UMNO tapi mereka releven untuk terus mempertikaikan kewibawaan Pak Lah yg terbukti lemah demi negara tercinta MALAYSIA.

Kalau PM bukan Pak Lah dan bukan ahli UMNO dan bukan parti MELAYU dah lama dibakulsampahkan UMNO ni.

PKR pula akan terus diperkudakan oleh BUKAN MELAYU. Masa tu dah terlambat bila dah sedar.

Bolehkan orang melayu berpayung pada parti PAS? Masalahnya bukan PAS tapi Orang Melayu yang rata2nya tak mengamalkan cara hidup ISLAM. Dalam PAS sendiri ramai yang MUNAFIK. Luaran ISLAM tapi Iman tak yakin pada ISLAM. Harapkan Tuan Guru Nik Aziz yang nampak IKHLAS memperjuangkan ISLAM. Selepas beliau..? tiada lagi.

Ini pendapat saya. Rasanya ramai ahli UMNO menjadikan PARTI UMNO sabagai PERIUK NASI mereka. Kalau pun tak dapat projek UMNO, barua-barua UMNO akan pastikan DUIT PANAS sampai ke ahli.

Semoga masih ada lagi PEJUANG MELAYU SEJATI dalam UMNO.

*Kini UMNO, selamanya TIDAK*

- RA(RAJAK)H(HUSSIN)M(TDM)A(PAK LAH)A(ANWAR)N(Najib)
- Rahmaan

A KADIR JASIN said...

Anakpendang dan Sdra/Sdri pembahas sekalian,

Terima kasih kerana terus berbahas. Itulah tujuan blog kita ini. Saya berbahas dengan Sdra/Sdri dan Sdra/Sdri berbahas sesama sendiri.

Jadi kita berilah peluang kepada Sdr Anak Pendang untuk menyatakan pandangannya. Tak apalah kalau dia cabar dan marahkan saya. Biasalah tu.

Tentu Anak Pendang faham sekarang ciri-ciri blog kita ini dan hakikat bahawa kita semua berhak berbahas mengenai Umno dan para pembesar Umno.

Kita ambil berat fasal Umno kerana Umno adalah parti pemerintah yang dipilih oleh majoriti pengundi. Kita ambil berat kerana kita rakyat Malaysia.

Kita ambil berat kerana tindak tanduk Umno boleh membawa kebaikan dan keburukan kepada kita. Kita ambil berat kerana kita pembayar cukai.

Kita ambil berat kerana Abdullah Ahmad Badawi menyeru kita bekerja dengannya dan bukan untuknya. Kerana Abdullah berkata, beritahu dia apa yang dia wajar dengar dan bukan apa yang dia suka dengar.

Jadi tidak perlulah saya mendabik dada mengisytiharkan keahlian Umno atau menafikannya. Itu bukan perkara pokok.

Kalau Umno hanya untuk ahli Umno, Umno tidak akan ke mana-mana. Umno kuat kerana majoriti orang Melayu menyokongnya.

Lihat apa yang terjadi pada 8 Mac lalu apabila orang Melalyu tidak lagi menyokong Umno. Umno dan BN kalah teruk.

Mereka tolak Umno kerana orang Umno sendiri semakin jumud dan taasub, takut bersuara dan memikirkan habuan menjadi ahli dan pembesar sahaja.

Terima kasih Anak Pendang dan sekalian Sdra/Sdri pembahas.

mekyam said...

Tepat sekali, Tok AKJ!

Sepatah kata Tengku Razaleigh:

"I think I speak for the country when I say we are embarrassed at the sight of two grown men playing this endless children's game of 'yours and mine' with the most important responsibility in the land, oblivious of the law, oblivious to the damage they are doing to the nation.

"Instead of a national economic plan or any kind of reform all the UMNO leadership has given us since March 8 is a transition plan designed to save two individuals from the inconvenience of facing elections.

"Their personal careers appear to be more important than the future of the nation."

idiopathic idiot said...

assalamualaikum dan salam sejahtera..

dipendekkan ceritera..depa ni dah tak ketahuan..UMNO tu serupa depa yg punya...serupa depa ni la owner malaysia..depa tak kesah org benci depa makin blambak..selaksa manusia..macam2 orang dok kata..tak malu punya manusia

mekyam said...

sdr anak pendang,

semua rakyat Malaysia berhak mengkritik tindakan UMNO serta MTnya kerana tindak tanduk mereka melibatkan seluruh negara dan rakyat.

kalau ini bukan hakikatnya, lantaklah kamu ahli2 UMNO yang nak bergelumang dengan dosa kerana menyokong membabi buta tindakan tidak berakhlak segolongan barisan ketua kamu.

tapi sokongan orang seperti kamu kepada tindakan ketua2 kamu dlm UMNO, yang jelas hanya menjaga kepentingan PM Abdullah dan konco2nya sambil kesan buruk ke atas seluruh negara tidak langsung masuk pertimbangan, jelas menunjukkan keangkuhan dan khianat orang seperti kamu kepada kami semua rakyat Malaysia yg bukan ahli UMNO.

untuk itu, jika kegawatan ekonomi negara makin meruncing kerana permainan kuasa Abdullah, Najib dan MT UMNO hingga membawa kecelakaan kepada semua rakyat Malaysia, Tuhan sahaja ampunkan dosa kamu kepada kami semua!

kijangmas said...

Personal Note (not for posting)

PLAGIARISM

I stumbled upon this site http://shaifulbahri.blogspot.com/ ("APA ADA PADA NAMA") where your posting, "Bahana 'Hantu' Bertakhta di Hati" was rehashed as an original work of this blogger under the revised title, "UMNO Ramai Hantu."

Two of my recent articles were also plagiarised wholesale by this scum and reposted as his original works.

I've posted a notice in my blog here.

Dato', I would appreciate your assistance, as a very prominent and respected blogger, to expose this fraudster and his site to our fraternity.

Wassalam

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Saya setuju sangat dengan pendapat Dato'.

Saya yang bukan ahli UMNO tak rasa bersalah berbicara tentang rumahtangga UMNO. Sebabnya mudah. Apa yang jadi kat UMNO, tempiasnya, kalau tak banyakpun sikit pasti akan kena pada semua orang; bukan setakat ahli UMNO sahaja.

Lainlah kalau deme tu setuju yang undi bukan ahli UMNO tidak boleh diberi kepada UMNO dalam pilihanraya.

Semua orang setuju ada perebutan dalam dua jawatan tertinggi UMNO. Deme yang berebut, kenapa habis semua melayu nak berpecah?

Ni esok lusa dah nak raya ni. Eloklah pergi beraya dengan akar umbi dan semak betul-betul apakah mereka setuju dengan penundaan PAU tersebut.

Lagi baik, pergi lah beraya dengan orang kebanyakan yang bukan ahli UMNO dan duduk atas pagar, apa pula pandangan mereka.

Pendek kata lebih afdal jika kita berhari raya dan bermaaf-maafan sesama kita tak kira apa parti dan fahaman. Ramadhan dan Aidil Fitri adalah untuk SEMUA umat islam.

Apa-apapun, saya nak ucapkan selamat hari raya aidil fitri buat Dato' sekeluarga. Tak lupa kepada semua rakan-rakan melayu tukang komen di sini, mudah-mudahan kita semua dapat melengkapkan puasa bukan sekadar dari lapar dan dahaga semata-mata tapi juga dari segala jenis nafsu dan godaan.

Kepada Dato' dan keluarga serta para tukang komen (yang saya percaya 99% adalah melayu dan muslim), maaf zahir dan batin.

mkofjb said...

Pemimpin UMNO adalah juga pemimpin kerajaan masa kini.

Oleh itu setiap keputusan yang di buat UMNO akan memberi kesan kepada kita semua rakyat biasa (samada ahli UMNO ataupun tidak).

Oleh itu, suka atau pun tidak, kita perlu ambil tahu dan teruskan perbincangan seperti aa yang Sdr Scribe cadangkan...

Anak Pedu,Kuala Nerang.

Dari Borneo ke Minang said...

Sdr. A Kadir Jasin & para pengomen,

Komen-komen kali ini amat menarik. Ada yang menyokong Pak Lah dan kebanyakkan tidak menyokong.

Saya dah berada di Borneo (kampung saya) selama dua hari. Rata-rata orang Borneo yang saya temui tidak suka akan Pak Lah kerana bagi mereka adalah Pak Lah adalah "pendusta, pembohong of the highest order" dan patut turun takhta SEKARANG!

Walaupun kesimpulan saya tidak dapat dikatakan sentimen menyeluruh kerana sampel yang amat sedikit, namum saya percaya "it is a widespread feeling".

Sehingga saat Pak Lah betul-betul turun takhta, saya tidak akan percaya akan apa-apa katanya atau suku sakatnya.

Sekian.
Dari Borneo ke Minang

IZZUDDIN ALI said...

Salam aidilfitri buat Dat' KJ dan semua pelayar. Saya mohon ampun kalau ada yang terguris hati membaca komen saya.

p/s: Dato' tak buat rumah terbuka?

Zainal A. Kasim said...

Salam Datuk,

Najib berkata ada "kebijaksanaan" di dalam keputusan yang dibuat. Bagi saya ada "udang sebalik mee"

http://c-bok.blogspot.com

LIN LIANI said...

Buat Anak Pendang:

Kalaulah saudara benar-benar berasal dari Pendang, kenapakah marahkan sangat Dato, kan kamu sama-sama asal dari satu kampung.Lebih-lebih lagi saudara perlu rasa bangga kerana kampung sekecil dan sepencil Pendang, mampu melahirkan seorang penulis/ wartawan yang berjaya di negara kita.

Melihatkan pendapat saudara, jelas terlihat saudara tidak mengamalkan dan tidak faham erti demokrasi dan kebebasan bersuara walhal membaca tulisan dan ejaan yang saudara tulis, saudara barangkali adalah seorang ahli UMNO.

Pemikiran saudara bagaikan katak di bawah tempurung. Terimalah kritikan dengan hati yang terbuka, lebih-lebih lagi UMNO sudah tidak mendapat keyakinan daripada ahli dan rakyat. JIka masih ada pemikiran ahli-ahli UMNO lain seperti yang ditunjukkan saudara, nescaya UMNO akan terus berkubur pada pilihanraya umum akan datang.

Terima kasih.

aPJpax said...

Salam Dato'

Saya teringat akan nama PM pertama kita, Rahman yang digunapakai sebagai tanda atau petanda PM negara ini.. Andaikata kebetulan ramalan itu bertepatan dengan nama-nama PM yang dahulu, kini dan akan datang, riwayat hidup UMNO memang akan berakhir. Saya kira kita hanya perlu menanti..

Pemimpin Islam kita boleh melakukan dosa dengan Allah sebanyak tujuh lautan dan Allah akan tetap mengampuni jika sempat insaf dan bertaubat. Allah berada di mana-mana.

Tetapi melakukan dosa keatas dan sesama makhluk tanpa mengira agama hanya manusia akan mengampuni. Kalau sempat dapatlah meminta maaf dari seorang dua. Tetapi kalau dah berjuta-juta? Bolehkah meminta maaf secara pukal?

Ramainya manusia yang akan menuntut hak-hak mereka yang disalahguna dan dinafikan di akhirat nanti..

Saya juga tertarik dengan salah satu dari komen tentang PM2 di negara ini:
Tunku - Bapa Kemerdekaan
Tun Razak - Bapa Pembangunan
Tun Hussein Onn - Bapa Perpaduan TDM - Bapa Malaysia Moden
AAB - BAPA MERTUA KJ
dan kalaulah Najib jadi PM, bapa apalah agaknya.

Indigo said...

Scribe,

Saya tidak berapa fahamlah beberapa butiran kata-kata dari kitab ini:

SUN TZU ON THE ART OF WAR
THE OLDEST MILITARY TREATISE IN THE WORLD


Translated from the Chinese
By LIONEL GILES, M.A. (1910)
[This is the basic text of Sun Tzu on the Art of War. It was extracted from Mr. Giles' complete work as titled above. The commentary itself, which, of course includes this work embedded within it, has been released as Project Gutenberg's eBook #132.]

I. LAYING PLANS

1. Sun Tzu said: The art of war is of vital importance to the State.

2. It is a matter of life and death, a road either to safety or to ruin. Hence it is a subject of inquiry which can on no account be neglected...

16. While heading the profit of my counsel, avail yourself also of any helpful circumstances over and beyond the ordinary rules.

17. According as circumstances are favorable, one should modify one's plans.

18. All warfare is based on deception.

19. Hence, when able to attack, we must seem unable; when using our forces, we must seem inactive; when we are near, we must make the enemy believe we are far away; when far away, we must make him believe we are near.

20. Hold out baits to entice the enemy. Feign disorder, and crush him.

21. If he is secure at all points, be prepared for him. If he is in superior strength, evade him.

24. Attack him where he is unprepared, appear where you are not expected.

25. These military devices, leading to victory, must not be divulged beforehand.

26. Now the general who wins a battle makes many calculations in his temple ere the battle is fought. The general who loses a battle makes but few calculations beforehand. Thus do many calculations lead to victory, and few calculations to defeat: how much more no calculation at all! It is by attention to this point that I can foresee who is likely to win or lose. it is a subject of inquiry which can on no account be neglected.


Nota:

Bolehkah anda tanyakan dia yang lebih arif akan yang tersirat mahupun yang tersurat sekiranya anda tidak selesa mahu menjawabnya.

Dari segi prestasi, adakah Abdullah faham akan isi kitab ini sekiranya dia mentelaahnya?

Dalam hal berbahas dengan Scribe - semacamlah bikin kerja masuk jalan sehala.

Lantas, siapakah dia musuh yang sebenarnya?

Terima Kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdr Kijangmas,

Terima kasih atas maklumat/tip-off Sdr.

Saya layari blog berkenaan. Memang betul.

Tak eloklah buat macam tu. Kalau nak pakai tulisan saya (atau tulisan sesiapa pun) sebutlah nama kita. Beri credit.

Curi dan ciplak ni tak baik.

Berikut adalah (bahagin rencana blog kita pada yang diambil tanpa credit oleh blog berkenaan:

"Hantu yang mengusik Presiden Umno dan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi kini bukan calang-calang hantu. Hantu yang lebih menakutkan daripada jin afrit.Kalau jin afrit, iblis dan syaitan penawarnya ada. Baca ayat-ayat al-Quran dan beri selawat, kalau doakan kita dimakbulkan, nyahlah mereka.

Mohd Najib juga ada hantu di dalam hatinya. Dia takut Abdullah belot. Takut penyokongnya hilang sabar kerana dia berdolak-dalik. Dan takut Muhyiddin Yassin mencabarnya sebagai Timbalan Presiden.

Kerana ketakutan dan ketidakyakinan inilah, Abdullah dan Mohd Najib tidak habis-habis berkhalwat, duduk rapat-rapat, bermesyuarat dan berpadu erat.

Mesyuarat luar jadual Majlis Tertinggi Umno yang dijadualkan pagi ini – hari Jumaat dan waktu kerja --- boleh dianggap sebagai rentetan kepada ketakutan Abdullah dan Mohd Najib ini.

Dalam mesyuarat MT minggu lalu terdengar suara-suara lantang mempertikaikan kepemimpinan Abdullah dan jadual peralihan kuasa dua saudara pada tahun 2010.Yang sangat memalukan Abdullah adalah tersebarnya berita itu di alam siber (portal berita dan blog).

Media massa arus perdana pun nampaknya tidak dapat lagi menahan nafsu untuk sama-sama menyiarkan berita seperti itu.

Saya perhatikan semakin banyak komponen media arus perdana yang tidak lagi terikat dan terpaut dengan “official line” (pendirian rasmi) dalam pemberitaan mereka.Lantas Abdullah bergegas menggerakkan jentera perhubungan Pulau Pinang yang beliau sendiri mempengerusikan dan perhubungan Kelantan yang dipengerusikan oleh penyokong tegarnya Anuar Musa untuk mengikrarkan sokongan dan taat setia.

Nampaknya ikrar mereka dan maklum balas yang diperoleh belum meyakinkan Abdullah bahawa segala-galanya sedang berjalan seperti direncanakan.Tetapi apakah yang dapat harapkan daripada mesyuarat luar biasa hari ini?

Apakah mesyuarat hari ini akan mengulangi trend mesyuarat minggu lalu? Adakah Mohd Najib akan sekali lagi menyekat ahli daripada berhujah semata-mata untuk membuktikan taat setianya kepada Abdullah?

Adakah Mohd Najib rela berenang dan lemas bersama Abdullah atau dia akan membenarkan ahli memberitahu Abdullah apa yang dia perlu dengar dan bukan apa yang dia suka dengar?

Lantaran itu, tempoh masa yang bermula 9 Oktober ini penting bukan sahaja kepada Abdullah tetapi sama penting bagi Mohd Najib. Kalau Abdullah musykil, Mohd Najib tidak boleh terlalu yakin.Kalau Umno dan BN menderita pada pilihan raya umum 8 Mac lalu kerana protes terhadap kepemimpinan Abdullah, hal yang serupa tidak mustahil berlaku kepada Mohd Najib kerana dia dilihat sebagai terlalu taasub kepada Abdullah.


Pokok pangkalnya kita kembali kepada janji keselamatan, keamanan dan kemakmuran yang dibuat oleh Abdullah pada pilihan raya umum lalu.


Justeru itu, kita perlu bertanya, bolehkah seorang ketua kerajaan yang dalam ketakutan dan tidak berkeyakinan mentadbir dan menguruskan negara dengan sebaik-baiknya pada saat yang genting seperti sekarang?


Bolehkah Abdullah, dengan kapasiti pengurusan politik dan ekonomi yang tidak menyerlah itu, menangani masalah ekonomi dan keselamatan negara yang semakin mencabar?"

Sukj said...

Datuk,

"Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin dari saya sekeluarga".

Bunga raya dalam perigi
Lepas raya kita jumpa lagi

hasbunal said...

Askum Dato'AKJ,

Minal eid wal faizin kullu 'am wa antum bi khair.

saya bersetuju dengan pandangan dato' tapi yang tak mau faham tu anak pendang , itu la minda tak dibuka , pendapat orang tak mahu dengar, dok perasan pendapat sendiri saja yang betul, buka fikiran buka minda. Maklumat kena cari , tambahkan setiap hari baru la up date pengetahuan kita. Hang jangan la taksub sangat dengan umno hang tu , parti apa pun tunggu tengok la, bila dah sampai umur 50 tahun lebih dia akan sampai era era kedua yang akan menurun atau pun lingkup terus , seperti pusingan roda , masa umno duduk diatas telah berlalu , sekarang umno tengah menurun.Kena terima la hakikatnya.
Wassalam.

rocky said...

I agree with some of your views and clearly this is like an exclusive club which has their self interest at heart and not the party or the nation.Now you know why UMNO members vote for the opposition.

UMNO started this disease of postponing elections and asking people not to challenge the leadership under UMNO Baru and Dr.M.Members were seen as unable to make decision and leadership knows what is best for all. Why? Well money politics which came about in Dr.M era and Dr.M's way of ensuring his power remained and unchallenged. Now datuk you question the very same thing that was practised by Pak Lah and so does Dr.M which to me is a joke and double standard.

UMNO used to attract good people then, not due to money politics it attracts lots of fleas and we can see that in the leadership at division level etc. and lets not forget gangster are also in UMNO now. All due to money politics.

So Najib, becomes President after Oct 9 or will be announced. What will change? Nothing much cos I do not see him as a man with strong will to take a stand nor make changes. He will let things go as usual as long as he can be PM.No point rocking the boat.

UMNO will survive and become better if only a leader from outside the current group comes into power and make the changes. One that comes to my mind is Tengku Razaleigh.

Lembaran said...

Assalamualaikum w.b.h. Dato' AKJ,

I hope that you've been sending my postings to Tun Dr. M.

He'll get the meaning.

Thanks.

Maaf Zahir Batin dan Selamat Hari Raya!

Lembaran said...

Saya unjurkan persoalan ini kepada YBM Tengku Razaleigh "Sekiranya sesuatu itu tidak mengikut perlembagaan, adakah ianya 'ultra vires' dan boleh dicabar?"

Maaf zahir Batin dan Selamat Hari Raya.

Dhahran Sea said...

Salam Dato' AKJ,
Saya sangat bersetuju dengan pengamatan Dato' tentang sikap & mentaliti pemimpin UMNO, khususnya ahli MT masa kini... kebanyakan nya pendirian mereka sudah dijual pada AAB, SIL&Co... at the expense of kepentingan bangsa sendiri - bagi saya mereka ini bukan saja bacul, tapi pengkhianat bangsa. TAPI yang sedihnya, kebanyakan kita orang Melayu masih lagi mengambil sikap, tak apa, wait & see... habislah tergadai nasib bangsa! Kalau saya deberi peluang, saya akan hantar mereka2 ini ke Pulau Jerejak untuk menyambut raya ni! Najib pun nampaknya dah kena sawan "flip-flop" si Dolah... kejap itu kejap ini... apalah nasib bangsa Melayu?! Penyakit "koro" yang Dato' ceritakan dulu nampaknya dah "membuahkan" hasil... Melayu, Melayu...

Anonymous said...

A'kum Datuk,

Alangkah eloknya kalau pemikiran dan pendekatan Datuk ketika ini telah dapat djelmakan semasa atau sejak era pemerintahan Tun Mahathir dulu. Tentu ramai telah lebih sedar, baik orang UMNO ataupun bukan UMNO.

Kenapa ketika ini barulah Datuk terbuka mengkritik pemerintahan yang ada yang agak sama bentuk dengan era Tun Mahathir sendiri, cuma mereka yang ada memerintah hari ini telah dianggap bersalah oleh kerana tidak mahu meneruskan nafsu Tun Mahathir dengan pelbagai mega projek atas peluh dan harta rakyat.

Atas alasan apajua pun pemerintahan yang ada ini telah memenangi pilihanraya baru-baru ini dan sepatutnya mereka diberikan masa untuk memulihkan keadaan.

Tetapi ianya langsung terus ditekan dan diganggu gugat sama ada oleh pemimpin UMNO sendiri, Tun Mahathir yang mula kurang tajam pemikirannya disebabkan umur yang telah lanjut, Saudara Anwar yang gila kuasa itu dan Datuk sendiri dengan tulisan yang langsung tidak membantu mewujudkan keadaan yang kondusif bagi menjalankan kerja-kerja mentadbir negara.

Tidak ke perlu kita berhenti berpoltik dan terus mewujudkan perpektif yang tidak tentu arah ini, sepatutnya kita terus bekerja selepas 8 Mac 2008 lalu untuk membangunkan negara yang tercinta ini.

Sekali lagi saya tekankan bahawa corak atau pemdekatan Datuk mengkritik sepatutnya bermula semasa Datuk ada kuasa dulu sepanjang zaman era Tun Mahathir sendiri.

Kalaulah Datuk berani dan dapat sedar sebagaimana sekarang semasa pemerintahan era Tun Mahathir, saya percaya Datuk dapat menyumbang dalam menyelamat harta rakyat daripada sifat rakus Tun Mahathir. Mungkin tidak wujud kes-kes yang melibatkan Abdullah Ang ataupun pengambilalihan Tajuddin Ramli ke atas Mas sebagai contoh kecil. Saya ingatlagi Tun Mahathir menyingkirkan pandangan rakyat yang mempersoalkan penyerahan MAS ketika itu dengan kata-kata sinis seperti "saya akan hanya melantik orang yang saya kenali bukan sebarangan orang yang saya temui di tengah jalanraya". Apa dah jadi sekarang ini ....lihat dan saksilah judgement atau budibicara yang Tun Mahathir telah buat....jahanan harta negara.

Malangnya ianya sudah terlambat Datuk sedar dan berani berubah, Datuk sebenarnya sama sahaja macam golongan Melayu yang Datuk sebut dalam tulisan di atas.

Walahu'alam

Rakan20G

A KADIR JASIN said...
This comment has been removed by the author.
A KADIR JASIN said...

Sdr Rakan20G dan Sdr Anak Pendang,

Semua orang boleh kritik saya. No problem. Kutuklah saya. Tiada masalah. Boleh juga kritik dan kutuk Tun Dr Mahathir.

Kami mudah dikutuk dan dikritik kerana kami tidak bersembunyi di sebalik nama samaran atau anonymous.

Saya akan jawab tuduhan dan hujah saudara, tetapi berani dan bersediakah saudara mendedahkan identiti saudara yang sebenar?

Mari kita mulakan dengan tahap keterbukaan dan keberanian yang sama. Biar semua orang tahu siapa kita..

Sdr Anak Pendang, saudara perkenalkan diri saudara dan saya akan siarkan tuduhan saudara terhadap Syed Mokhtar dan Tajuddin Ramli.

Kalau saudara salah, mereka boleh saman saudara. Saya tidak mahu tanggung beban tuduhan saudara terhadap mereka.

Terima kasih.

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ dan sekelian para pembahas.

Di ambang kita meninggalkan Ramadhan dan menyambut hari kemenangan melawan nafsu dan segala macam dugaan, saya ingin mengambil kesempatan ini memohon ampun dan maaf di atas apa-apa keterlanjuran kata daripada Datuk dan sekelian pembahas.

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua dan diharap kita dapat meraikannya bersama keluarga tercinta.

Bagi yang pulang ke kampung, berhati-hatilah semasa memandu semoga selamat pergi dan pulang.

Walaupun kita berbeza pendapat di dalam hal ehwal politik dan dsb, di Aidil Fitri ini kita lupakanlah sejenak perbezaan tersebut.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

Azman Mohd Isa
Shah Alam

Indigo said...

Scribe,

What a wonderful Hari Raya news!
Alhamdulillah

Dr Koh considering the possibility of party leaving Barisan Nasional
Monday September 29, 2008

By LISA GOH

KUALA LUMPUR: Leaving the Bari­san Nasional and joining Pakatan Rakyat is one of the three options being considered by Gerakan.

Party acting president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon said the two other options were to stay with the ruling coalition or leave and be independent.

“We are not ruling out any possibility (of leaving) at this moment. We have to assess but we are not closing the door...


But what do think, Scribe?

Terima Kasih.

mohd khairi said...

Assalamualaikum Dato'

Izinkan saya meminjam nukilan Dato' untuk renungan para pembahas di blog ini.
"Kita ambil berat fasal Umno kerana Umno adalah parti pemerintah yang dipilih oleh majoriti pengundi. Kita ambil berat kerana kita rakyat Malaysia.

Kita ambil berat kerana tindak tanduk Umno boleh membawa kebaikan dan keburukan kepada kita. Kita ambil berat kerana kita pembayar cukai".

Dah terang lagi bersuluh,nukilan spt diataslah yg menyebabkan kita selama ini berbahas,melontar buah fikiran,rungutan,rintihan,kecaman dan bermacam lagi..
Inilah ruang dapat kita pergunakan dengan secukupnya berbanding ruang-ruang yg telah sedia ada.

Ruang yg dikendali oleh seseorang yg berpengalaman luas dan dikenali ramai.Yang dulunya amat sukar untuk kita berinteraksi secara direct apatah lagi berkongsi idea.( no money no talk )

Kini zaman dah berubah.....ambil le segala pengalaman yg ada pada Dato' utk kepada pekara yg baik.
(dah terlangsung Dato' ungkitkan bab saman,Boleh le kiranya Dato' berkongsi pengalaman)

Jumpa lagi selepas raya..InsyaAllah!

A KADIR JASIN said...

Sdr Mohd Khairi,

Sesiapa pun boleh disaman malu (libel & slander).

Kalau seseorang itu menuduh orang lain melalui tulisan tanpa bukti yang kukuh, dia boleh disaman malu libel.

Kalau seseorang itu menuduh orang lain melalui ucapan atau kata-kata tanpa bukti yang kukuh, dia boleh disaman malu slander.

Saya sendiri tidak pernah disaman malu akibat tulisan atau ucapan saya.

Tetapi sebagai pengarang Berita Harian dan New Straits Times saya turut disebut sebagai responden dalam saman-saman yang dibuat ke atas wartawan-wartawan di bawah kelolaan saya.

Terima kasih.

perfectwater75 said...

sALAM dATUK,

MEMANG KELIRU DAN MENGELIRUKAN KEPUTUSAN YANG DIBUAT OLEH AMT "AMPU-BODEK' INI...


THX!

SUDI MAMPIR KE LAMAN BLOG SAYA...

Anonymous said...

Yg Bhg Datuk,

Pohon ribuan maaf sekiranya tulisan saya di atas menyentuh hati dan sanubari Datuk.

Tidak perlulah saya jelaskan nama sebenarnya saya sebab saya mengikut contoh dan tauladan era penjajahan Kunta-Kunte dulu.

"EID MUBARAK, MINAL 'AIDIN WAL FAIZIN"
Maaf Zahir & Batin

Warm Greetings From Rakan20G

azizIbrahim said...

Saya menjangkakan ahli2 MT sekarang akan disingkirkan oleh perwakilan secara total dlm pemilihan nnti dan akan tinggal yg dilihat sebagai bersuara spt Muhyidin Yasin dan juga yg bisu seribu bahasa spt Mustapha Mohamad. Ini dinamakan Tsunamai MT UMNO dan Tengku Razaleigh akan menang Presiden sementara Muhyidin akan menang Timbalan Presiden, itu pun kalau semua jawatan dipertandingkan..dan kemungkinan kedua kerajaan BN akan tumbang dgn Gerakan, MCA, MIC dan UPKO berpaling tadah..dam jika ini berlaku...maka inilah dosa Abdullah, Najib dan MT kpd UMNO kerana mengkhianati amanah ahli akar umbi UMNO.

anakbuah said...

Sdr/i semua,

Dgn izin Dato' Scribe.

Kita patut bersedia bersetuju utk tidak bersetuju dgn sesiapa juga, apatah lagi jika kita sekadar pengunjung blog ini. W/b/pun perlu ada rasa hormat dgn blog owner, Dato' Scribe kita. Selama ini saya amat menyanjungi keterbukaan beliau dlm melayan "kerenah" blogger2 seperti kita.

Saya juga tidak semuanya bersetuju dgn Dato' lagi2 kerana saya amat kritikal dgn perjuangan Umno/BN, tidak kita era Mahathir atau PakLah skrg. Sikap kritikal kita menunjukkan pemikiran kita dinamik dan tahapnya berbeza-beza di antara kita. Ini sepatutnya menambah kedewasaan kita dalam membincangkan perkara2 serius begini.

Seperti kata Dato', inilah ciri blog. Selagi ianya terkawal, w/pun pahit, kita patut alu-alukan pandangan yg berbeza supaya tidaklah kita dikatakan syok sendiri. Dan selalunya, pujian dan sokonganlah keterlaluanlah yg menjadi musuh pemusnah kita yg sebenarnya.

Terlanjur menyentuh mengenai Mahathir ini, ada kemungkinan pengaruh, ketokohan, kekayaan, ketajaman fikiran serta umur panjang beliau merupakan istidraj. Saya katakan begitu kerana apa yg terjadi kepada rakyat dan negara kita skrg banyak berpunca akibat 22thn pemerintahan beliau. Legasi regim beliau terlalu mencengkam dan bagi saya amat sukar utk mengubahnya. Ada kemungkinan Tuhan mahu Manathir melihat sendiri parti Umno (Baru) ciptaan beliau hancur berkubur dlm sisa-sisa umur yg semakin senja itu. Kalau tidak jasmani, Tuhan mungkin sedang menyiksa emosi beliau sampai lupa dgn kematian dan masih sibuk dgn hal2 dunia (parti, penyokong, harta, kroni, keluarga/suku-sakat & dll). "Jasa-jasa besar" (dosa-dosa?) beliau yg banyak itu kini menjadi beban, bala dan bahana kepada kita semua. Setakat PakLah, memang tidak mampu menanggungnya. Pandangan saya, hanya pentadbiran dan kerajaan baru sahaja dapat mengubah sedikit sebanyak nasib rakyat dan negara. Nasib baik atau buruk, kita serahkan semula kepada kehendak Allah. Kita hanya berharap doa drp sebahagian kita yg beriman, para solihin dan wali dimakbulkanNya.

Anakbuah

p.s.: ISTIDRAJ bermaksud "suatu perkara yang di luar adat kebiasaan yang belaku terhadap seseorang insan bertujuan untuk membinasakan 'insan' tersebut dengan cara berangsur-ansur atau tidak disedari atau sedikit demi sedikit dan bukan mengejut!"

A KADIR JASIN said...

Sdr Hj Mustapga Ong,

Komen saudara yang sangat panjang itu berpatutan. Itu hak Sdr.

Tetapi saya tidak dapat menyiarkannya apabila Sdr membuat rujukan kepada kes pembunuhan Altantuya.

Rujukan Sdr mengenai siapa yang tahu mengenai pembunuhan itu adalah subjudice dan boleh dianggap menghina mahkamah.

Saya ambil maklum pembelaan Sdr terhadap Mohd Najib, isteri dan "kuncu-kuncunya" (memetik istilah Sdr).

Kepada semua, sila berhati-hati apabila mengulas atau merujuk kes mahkamah.

Sdr Hj Mustapha, saya berterima kasih kalau Sdr boleh ringkaskan dan padatkan komen saudara.

Terima kasih.

Haji Mustapha Ong said...

Assalamu'alaikum Datuk KJ.

Terima kasih atas komen saudara pada awal pagi Shawal ini di mana adalah wajar nya,saya selaku setiakawan memberi sedikit ulasan yang mungkin dapat direnungkan bersama:

1. Sebutan "Altantuya adalah amat sensitif, sungguhpun rakyat ada mempunyai pandangan dan analysis mereka sendiri. "Pihak Mahkamah berhak mengulas dan mengkaji tegoran rakyat yang neutral dan tidak memihak kepada siapa yang terlibat".

2. Saya tidak ada maksub untuk mengimplikasikan kegungan proses mahkamah yang mengenalikan kes sensational ini.

3. Terima kasih atas komen yang tepat dan saya mohon maaf atas kritikan yang diutarakan oleh saya di mana saya akan bertanggungjawab.

4. Namum demikian, saya beranggapan bahawa bulan Ramadan ini adalah merupakan yang teruk dimana hasrat rakyat untuk beribadah telahpun terganggu oleh arena politik yang tidak menentu.

5. Marilah pada awal Shawal ini kita mempunyai tekad yang baru untuk beersama-sama merenung kembali peristewa yang agar "hitam" dalam kancah politik semasa yang extreme dan terlaluan.

Selamat hari raya Aidil fitri, maaf,zahir dan batin kepada pihak Datuk dan juga semua rakan-rakan seperjuangan dan komuniti bloggers yang perlu lebih perhatin dan bertanggungjawab demi mencapai keamanan dan kesetabilan politik, ekonomi dan social budaya bangsa dan negara.

Hidup semua parti politik demi agama, bangsa dan negara. Semua pemimpin-pemimpin perlu berkorban untuk mencapai kesejahteraan rakyat yang derita pada masakini.

Wassalam dan sehingga kita bertemu lagi di bulan syawal yang mulia ini, agar negara kita dapat dipulih dengan penuh keberkatan.

Indigo said...

Scribe,

Marah nanti muslim dan orang melayu keturunan India kalau dikaitkan Mahathir dengan istidraj!

Pembangunan dan kesejahteraan Ummah. Itulah cabaran UMNO dan BN. Sekiranya rakyat jelata mahu memikiran halatuju yang perlu kita rencanakan, dan walaupun seindah man risiko kehancuran itu tetap ada didalam dunia yang fana ini.

Sejarah telah banyak membuktikannya. Adakah salah Saidina Ali r.a tidak pilih Khalifah pertama bahawa semua yang unggul yang dibawa Saidina Rasul salam dan selawat buat baginda pudar selepas kemangkatannya.

Terima Kasih

Harman said...

Selamat Hari Raya Dato' dan pengunjung-pengunjung blog sekelian.

Saya meneliti tulisan Anak Pendang. Saya rasa tulisan dia bukan mengutuk Dato' atau pun mempersoalkan kewajaran membincang isu ini, hanya menyampaikan pendapat secara "ironis".

Pada saya, Anak Pendang sudah terlalu kecewa dengan sikap ahli-ahli UMNO terutama pemimpin-pemimpin yang tidak peduli langsung pendapat dan pandangan orang lain, termasuk rakan-rakan kongsi mereka sendiri dalam Kerajaan Barisan Nasional.

Bukankah soal siapa yang patut jadi Perdana Menteri adalah soal setiap parti komponen BN, baik yang ada wakil dalam Parlimen atau pun tiada? Bukankah prestasi kerajaan pimpinan PM itu akan dinilai oleh rakyat yang akan menentukan nasib kesemua calon-calon BN, bukan saja calon-calon UMNO, dalam Plihanraya akan datang?

Jadi soal ini bukan saja tidak patut diputuskan oleh Abdullah dan Najib berdua, atau pun sekadar Majlis Tertinggi UMNO saja, atau ahli-ahli UMNO saja, tetapi hendaklah dirundingkan secara mendalam dengan para pemimpin dan ahli parti-parti komponen BN yang lain.

Jadi saya setuju dengan Anak Pendang yang menyifatkan pemimpin-pemimpin sekarang ini lebih teruk dari beruk; lebih bermanfaat bagi Dato' menjaga beruk di rumah, dari cuba menasihati pemimpin-pemimpin seperti itu.

Ernst MCSquare said...

The art of double talk is a science of the highest degree.

Lembaran said...

Ernst MCSquare said...
The art of double talk is a science of the highest degree.

Yes, General Alexander Haig brought it to a new level of unsurpassed quality.

It is actually a military strategy. A double sided sword that cuts both ways when used effectively.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).