Tuesday, September 16, 2008

Tunggu Siang Untuk Lihat Siapa Perdana Menteri

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

KALAU kita percaya dakwaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, kerajaan Barisan Nasional pimpinan Abdullah Ahmad Badawi akan tumbang siang nanti.

Kerajaan Pakatan Rakyat akan mengambil alih dan andaiannya adalah Anwar akan menjadi Perdana Menteri.

Majoriti pertubuhan berita, sama ada arus perdana atau alternatif malam ini melaporkan dakwaan Anwar bahawa dia sudah mempunyai bilangan Ahli Dewan Rakyat yang mencukupi untuk mengambil alih daripada BN.

Bernama, The Star Online dan Malaysiakini semuanya melaporkan dakwaan Anwar. Tetapi Utusan Malaysia Online dan NSTP Emedia tidak menyiarkannya.

Sebaliknya Utusan Malaysia Online menyiarkan berita mengenai parti pemerintah Thailand gagal mencapai kata sepakat berhubung pencalonan pemangku Perdana Menteri, Somchai Wongsawat untuk memegang jawatan itu secara tetap.

Bernama melaporkan – “PETALING JAYA, 16 Sept. (Bernama)-- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.

"Beliau mendakwa pihaknya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Isnin tengah hari untuk memaklumkan berhubung senarai jumlah Anggota Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat.”

Anwar dilaporkan membuat dakwaan itu di hadapan kira-kira 12,000 penyokong di majlis sambutan Hari Malaysia ke-45 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di Kelana Jaya di sini Isnin malam. (Malaysiakini menganggarkan bilangan yang hadir 20,000).

Malaysiakini memetik Anwar sebagai berkata bahawa 16 Sept. Adalah hari penentu -- D-day – dan beliau sudah bersedia untuk menubuhkan kerajaan.

The Star Online memetik Anwar sebagai berkata bahawa PR sudah bersedia menubuhkan kerajaan dan akan mengumumkannya siang nanti.

Bernama memetik Abdullah sebagai menyangkal dakwaan Anwar itu dan menyifatkannya sebagai mengacau dan tidak masuk akal.

Jadi kita tunggu sajalah sehingga siang hari nanti dan lihat apakah ini sebuah lagi mimpi di siang hari atau kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari – antara fantasi dan realiti.

Yang penting adalah kita bertenang, berfikiran waras dan mengekalkan keamanan.

Selamat bersahur dan selamat berpuasa.

64 comments:

Rockybru said...

Politik negara kita sememangnya fantastik, Tok Scribe. DSAI nampak begitu yakin. Terlalu yakin. Yang menyokong beliau tidak punya sebab untuk was-was. Yang belum menyokong beliau akan terus memberi sokongan padu bila melihat beliau begitu dan terlalu yakin akan peralihan kuasa hari ini.

Sama-samalah kita nanti keluar mulut rimau ...

Berita dari gunung said...

Ada yang perlu pindah nanti.

Yang nak ke Putrajaya, yang nak keluar dari Putrajaya, yang nak ke Kamunting dan yang nak ke Sungai Buloh semula.

Yang lain-lain boleh berkemas, tunggu Raya Puasa awal Oktober.

Anonymous said...

Salam Dato' AKJ,
Jenoh le kami kat Saudi ni tak tidor nak tunggu samada 16/9 tu realiti atau fantasi!! Ramadhan kareem to Dato' & keluarga.

Kakifikir said...

Bak kata TDM, orang beri undi kepada PR bukan kerana suka, tapi nak tunjukkan rasa tak suka pada BN.

AKJ, walaupun ramai yang masih sayangkan BN, namun tidak ada pilihan lain tetapi terpaksa sedia terima DSAI jadi PM untuk melihat perubahan.

Kalau ia betol2 berlaku, UMNO mungkin akan menjadi kembali kuat.

mn said...

Datuk,

1. Tunggu siang siapa Perdana Menteri, semua orang dah tahu tentunya masih Pak Lah.

2. Paling menarik sekarang ialah "Tunggu kelak siapa PM selepas Pak Lah".

3. Najib atau Anwar.

Anonymous said...

Salam,
tengah suspense ni Datuk,
tapi rasanya takde ubah apa2,
business as usual :)

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

selamat berpuasa datuk dan semua pembaca blog.

Siapa nak jadi PM? Anwar ke? Jangan lah datuk percaya dakyah macam tu. Kita sudah melantik pemimpin dan melakukan protes ke atas pemimpin berkenaan. biarlah dia sedar sekarang.

macam bekas KM Pulau Pinang kata, kerajaan nak tukar empat bulan sekali ke? Lihat kenyataan Ibrahim Ali, dia kata Mustahil Anar tubuh kerajaan sedangkan Ibrahim Ali adalah calon PAS-Bebas. Seorang dah tak sokong.

Abe MIE lihat, pakatan sebenarnya menghadapi konflik kini. selama ini pakatan banyak berjanji dan kita semua mahukan pakatan lakukan dan kotakan janji itu bukannya hendak tukar yang sudah baik oleh BN kepada yang tidak baik dengan mengikut telunjuk DAP pula.

Ibrahim Isa said...

DAKJ,

saya akan menyertai perhimpunan Hari Malaysia di penang pagi nanti jam 8..sama2lah kita tunggu dan lihat..

Anonymous said...

Dato' jadi atau tak jadi ambil alih kuasa pada 16 September, rakyat Malaysia akan tetap menanti.Majoriti mahukan perubahan, kita merancang dan ALLAH lah yang menentukan. Apa yang berlaku beberapa bulan ini telah menunjukan berapa lemah nya dan kurang keyakinan kepimpinan yang ada dan menunjukan bagaimana pemimpin UMNO yang ada kurang kredibiliti dan hanya ingin menjaga periok nasi sendiri dari tindak tanduk mereka.UMNO mesti berubah sebelum ditinggalkan orang Melayu. Pemimpin UMNO mesti berani bertanggungjawab bukan cakap berbelit belit.Apa pun hari ini 16 September-hari Malaysia ia tetap punya signifikan nya, Selamat Pagi Malaysia dan selamat berpuasa Dato'. Selagi dunia belum kiamat saya akan tunggu perubahan ini. dh9753

affendi hussain said...

Rasanya ini adalah perang psikologi tahap ekstrem oleh Anwar yg dah jd 'hardcore politician' hasil perjalanan dunia politik beliau.. camne nk topple 16/9, Parlimen tak bersidang.

Selama ni pun kita makin lihat org tua bergelar PM bernama Pak Lah tu yg makin tak tentu arah & gelabah...

Sebahagian rentetan peristiwa:

Shabery hentam personaliti masa debat - dia senyum

Buat Pilihanraya P.Pauh hari kerja - kwn dia LGE isytihar cuti khas..

Hantar MP Sabah/Sarawak pi Taiwan - dia hantar rombongan pengiring ikut sama...

Anwar main isu minyak... dia bg gula2 15sen, ttp guna senjata org kalo tak reti akan mkn diri balik..kan dah kena..

Jaja isu liwat dgn promoter utama KJ & Najib..- hah elok sgt lah tu, mcm main Russian Roulette dgn revolver peluru penuh, dan giliran pertama adalah diri sendiri..

(",)

Kesian org tua bernama Pak Lah tu.. org yg tak cukup tidur memang biasanya akan jd tak keruan & buat benda pelik2.. (tu yg tetiba ISA pengarang akhbar yg mkn gaji, bukan ISA chief editor.. silap haribulan kutu rayau tepi jln ckp merapu pun kena ISA)

Baguih sgt..dah lama menyampah dgn PM tidoq aka "dummy head" kuasa paksi 3 beranak ni..bg dia terbeliak bijik mata jd merah saga smp tersembul...bagi dia tak boleh tidoq smp bulan 12! Byk kerja nk buat konon...tikus membaiki labu??

Dan Tuah & Jebat terus berpencak berbunuhan sesama sendiri...menggegarkan istana usang yg kelak bakal runtuh!

p/s: Sibuk lapor hal negara org jer Utusan..bulan ni saya sempat p 2 negara jiran kt utara & selatan..yg pasti duit kita yg jatuh ketara banding Baht & SGD banding 1-2bln lepas! Org.. politik main2 jugak..ttp ekonomi jaga! bukan tidur!

Bajet 2009 tak tumpu langsung nk tarik direct FDI..org takkan minta elaun atau naik gaji melampau kalo k'jaan mampu uruskan ekonomi supaya PPP tinggi, inflasi rendah, RM kukuh...Minyak pun takyah naik harga naik kalo RM kukuh.. SEMUA org akan nikmati faedah..
Golongan kampung & kerja sendiri apa yg dpt drpd bajet tu??

Ibarat sbb nak ambil hati punya pasal... belanja kareoke & beli tiket wayang bg semua org..sampai defisit kocek..

Kalo defisit beli 'rumah' atau buat 'aset' takpelah jugak..nnt boleh juga disewa, JV modal luar (FDI) , bolehlah generate income!
Projek buat beranda rumah apa asset value nyata dia..nk nilai pun terlalu subjektif (versi mimpi).. dunia nyata kena ada objektif & real physical value!

Hai Pak Lah.... sudah Lah.. penat puasa tahun ni..

Anonymous said...

salam dato,

:')

I was there at 915 gathering as well as the other 20,000-30,000 people at the Stadium.

Proud to say with tears from my own eyes/heart that never before the faith of the heart and the strength of the soul of the Malaysians whom were there at the stadium has been so united in supporting for a change.

Never before I have felt so proud about singing our National Anthem *negaraku* not once but twice during the opening and ending of the celebration along with the 20,000+ to 30,000+ sea of people in the stadium.

Daulat Malaysia dan Daulat Tuanku

creative

Anonymous said...

Dato'

Anwar sudah cukup MP yang berpaling tadah... tapi dia sudah cukup ke kerusi kabinet nak memuaskan hati semua pengikutnya termasuk NGO haram spt Hidraf dan haram (yang tak boleh dimakan) seperti Majlis Peguam? Silap2 MP dan PAS terlopong.... DAP dan Extremis Sekular yang memerintah Malaysia

Bye/
Roti Planta

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Dakwaan Anwar tentunya berasas. Malah jika benarpun ada senarainya, tentu senarai itu adalah penama yang dikenalpasti akan bersama PR dalam hati dan sanubari mereka sejak awal. Dalam krisis kepimpinan tertinggi negara hari ini, ditambah dengan hilangnya kepercayaan rakyat kepada UMNO, mungkin tiba masanya peralihan kuasa ini berlaku.. Sementelah Pak Lah masih juga mahu bertapuk di singgah sananya sampai 2011.. kecewa benar Najib dengan perkhabaran seperti ini.. Mahyuddin seakan berpatah arang, berkerat rotan..

Heical said...

Salam Datuk
Semua tertunggu tunggu termasuklah
saya yg kerdil ini.hendak tengok muka mana yg akan berpaling tadah,tidak setia dan pengkianat.
Tapi mungkin ini tidak akan terjadi.Hanya permainan politik yg menyusahkan rakyat ramai.
Kalau ini tidak berlaku elok PKR dibubarkan.

Anonymous said...

Pada saya Anwar tidak bercakap kosong. Dia punyai fakta dan data yang cukup untuk merealisasikan impiannya dan harapan PR. Dalam kemelut kepimpinan negara, tentunya rakyat mengharapkan suatu yang lebih baik, dinamik dan berupaya menangani pelbagai isu yang sensitif dan tidak sensitif tetapi berlapuk sejak sekian lama.

Anonymous said...

dr. A Kadir Jasin,

Saya amat tidak arif dalam perkara-perkara mengambilalih kerajaan tanpa pilihanraya.

Cara dan gaya macam senang saja! Nak sesuatu, pergi ambik je. Macam mencuri je!

Dimana letaknya undang-undang? Nak jadi PM kena angkat sumpah dan sebagainya. Atau ada cara lain?

Adalah amat dihargai sekiranya Sdr. atau mana-mana pakar undang-undang memberi sedikit penjelasan kepada saya mengenai perkara ini dan yang berkaitan.

Saya yang ingin mengetahui.

Sekian.
Dari Borneo ke Minang.

Anonymous said...

Sekiranya Anwar tidak menjadi PM seperti yang dia mimpikan, saya cadangkan beliau turun dari menjadi pemimpin pembangkang.

Saya tak mahu pemimpin pembangkang didalam parliment yang tiada kredibilit, integriti dan berbohong kepada orang Malaysia, kerana kami mahu satu parlimen yang boleh dipercayai dan di harapkan.

Grow up lah Anwar. We are not kids.

Anonymous said...

salam DAKJ n bloggers,

setuju dgn dato!! kita kene bertenang,kekalkan keamanan,jgn dipengaruhi oleh agen2 munafik yg ingin timbulkan suasana tidak senang/selesa antara kita yg berbilang kaum dan agama ini

kalau ditakdirkan DSAI berjaya, pihak umno harus menerimanya dgn hati terbuka,susun semula BARISAN dan bersedia utk menghadapi PRU yg bersih dan adil di masa depan

T A K B I R

HAMBA ALLAH

Cucu Tok Selampit said...

Assalamualaikum Dato',

Hai Dato', percaya juga dengan drama terbaru Si Anwar Ibrahim? Gimik saja la Dato'. Tak akan menjadi realiti.

Salam.

WAK SAPU said...

HAHAHAHA... INILAH LAWAK YAMH PALING LAWAK SEPANJANG TAHUN 2008. WAK KAT UMAH DAH TERGULING-GULING KETAWA NAK PECAH PERUT. TAK KAN PAK KADIR PUN DAH NAK PERCAYA JUGA? PAK KADIR KAN LEBIH ARIF. ANWAR KAN KAKI KELENTONG. PAK KADIR PUN TAHU. PERCAYALAH...ANWAR TAK AKAN KEMANA. KALAU IAPUN DIA DAH DAPAT SOKONGAN 30-40 ORANG MP, PASTI PAK LAH AKAN BUBARKAN PARLIMEN. TAK SEMUDAH ITU NAK SERAH KUASA KEPADA ANWAR. MAKNANYA 16 SEPTEMBER HANYA KHAYALAN ANWAR.

Unknown said...

Betul Datuk..

Kita kena berfikiran waras.
Mungkin datuk dan ramai dah nampak ketidakwarasan pemimpin2 kita sekarang ini.

Nak 'protect' orang pon guna ISA...kelakar seram namanya..

Petikan Star Online:

Tuesday September 16, 2008
Crude oil falls below US$100 a barrel

"PETALING JAYA: Crude oil has fallen below US$100 a barrel for the first time in months and analysts are expecting the price to drop further despite warnings by Opec to stablise the market.

The price of crude oil was US$96 a barrel at press time, its lowest since Feb 19 when Nymex crude oil one-month futures hit US$95.23"


DENGAN INI, saya sebagai rakyat Malaysia meminta mana2 kerajaan yang waras, yang bakal atau sedang memegang tampuk pemerintahan Malaysia supaya menurunkan harga minyak dengan serta merta!!

Anonymous said...

Datuk,

Kalau setakat Anwar "Meriam Buluh" yang bunyi bising satu kampung, tapi peluru tin kosong yang terbang tak sampai 10 kaki, tak payah lah jadi PM.

Sama aje dengan Dollah "Mercun padi"

Anonymous said...

Apa pun yang akan berlaku bukan atas kehendak sesiapa melainkan dengan kehendak dan izin Allah.

-Pewaris Bangsa-

bzz said...

Bak kata blogger Husin Lempoyang,

Dato tidur tak malam tadi sampai pukul 530? Penat saya tak tidur nih sebab tunggu. Bila boleh dapat PM baru. Dah boleh tidur ke sekarang?

Awang Maya said...

It's nothing but gimmick. Anwar should repent for what he has done to the country and people. I agreed with Pak Lah (which I seldomly to do so) that Anwar is nothing but a distuber. He is a good example of parasite.

Anonymous said...

Dato

Saya mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai bahawa Anwar memang ada nombornya, dan mahkotanya pendapatan Anwar ialah Zaid Ibrahim akan lambat laun sertai PKR.

Anonymous said...

Dato,

Pada Anwar dan Dollah :

Siakap, senohong, gelama, ikan duri
Bercakap bohong, lama lama makan diri.

Anonymous said...

Roti Planta

Apa pulak kau cakap pasai "ekstremis sekular"?

Malaysia memang bila ditubuhkan Perlembagaanya menyatakan negara ini sekular, dengan Islam sebagai agama rasmi

Kau ni dari planet mana? Macam tak sedar diri jer...

Ruzila said...

Kenapalah Anwar dah kemaruk sangat nak memerintah, ada sebab ke yang jadikan beliau begitu terdesak? semestinya ada, kadang2 terpikir dgn bahasa kasarnya 'Waraskah Anwar?'. Isu lompat parti, kalau ia dibenarkan sekalipun, kerusi tersebut perlu dikosong dan diadakan pengundian semula, hak kerusi tersebut bukan boleh dibuat sesuka hati pemimpin je tetapi pemimpim dipilih melalui pilihan rakyat dan parti dan bukannya berdasarkan pemimpin itu semata-mata.

Ya Allah...bukakkanlah pintu hati-hati orang islam supaya bersatu dan ditunjukkan Allah jalan yang lurus.Aminn

Anonymous said...

Salam DKJ.
Berdasarkan maklumat yang dilapurkan jelas sekali DSAI begitu yakin akan membentuk kerajaan Baru, tapi sehingga waktu komen ini ditulis belumlah terjadi. Saya berpendapat memang ramai rakyat Malaysia ingin melihat perubahan pemerintah dari BN ke PR.
Apakah DSAI mampu melakukan sebagaimana yang diwar-warkan?Jik a kita lihat dari kekalutan BN DSAI akan menjadi PM ke6 Malaysia.
Kepada rakyat yang menyokong PR dan penyokong BN diharap bersikap matang,tidak gelabah dan menerima secara terbuka apa jua yang bakal berlaku,jangan sekali-kali menimbulkan masalah.
afja02.

Anonymous said...

Salam

1. The first mega project of the new goverment is corrupting.

2. The end justifies the mean-Machiavellian
Practice corruption to fight the corrupted-A***risme

3. Hey my reps 1 didnt get the money! Its ok, you, rhakyaat are the luckiest.

Akulamat

rocky said...

will it happen today? I don't know but as long as it happens in the next week or so, I'll be happy. The leadership of Pak Lah is bad for the country. we have nothing to loose with Anwar taking over.

tok janggut said...

Salam,

Saya heran begitu ramai cerdik pandai dinegara kita ni telah dibutakan hati oleh DSAI. Ilmu apa yang dia pakai. Memang bijak Anwar. Saya respect Brother Anwar Bin Ibrahim.

bat8 said...

abe mie terjah

Alhamdulillah kalau tak berlaku perubahan. Abe mie masih boleh berjuang untuk UNNO.

Tapi kalau jadi sungguh, abe mie dah buat ke persediaan. Sebabnya abe mie begitu lantang sekali menghentam PM baru. Hehehe....adakah abe mie akan ikut TDM berhijrah atau hadapi sebarang kemungkinan, maklumlah kaki dan mata-mata DSAI ghaai kat sini esti repot abe mie punya...

hehehe

bat8

Anonymous said...

Untuk tidak ke Sg.Buluh, beliau terpaksa buat apa sekalipun ke Putra Jaya!

Anonymous said...

Kegawatan ekonomi dunia menyelamatkan keadaan Abdullah.

Sekarang, Amerika Syarikat memilih cabaran mudah kemeseletan ekonomi(reccession) daripada cabaran mengawal stagflation yang lebih hebat.

Saham Anwar jatuh menjunam. Eloklah beli murah tetapi sila ambil perhatian Anwar dah hampir-hampir bankrup! Mestipun begitu Abdullah masih mahu beli.

Unknown said...

Tok Janggut,

biar lah cerdik pandai 'dibutakan' hati oleh Anwar...

daripada minda rakyat 'diliwat' oleh pembesar negara!

Iskandar PT said...

Salam Dato,

Kalau benar dakwaan DSAI ttg "enough numbers" yang di perolehi dari BN, maknanya ramai juga ahli BN yang tak kena penyakit 'Koro' iaitu lebih dari 30orang. Najib dan Muhyi hanya mampu bercakap ..tapi tak da tindakan untuk bergasak secara jantan sebab kena 'koro'.
DSAAB bukan nya hebat , tapi ramai yang takut ngan dia sebab dia tau dalam UMNO ramai dah kena wabak "koro".
DSAI hanya ambil peluang yang DSAAB sediakan dan kuburkan BN sekaligus....
Alahai Pak Lah....makin tenat....ICU,CCU....CU soon.

Anak_Parit

Quantum Metal Consultant said...

Anwar secara sah akan menjadi PM berikutan Dolah telah meletak jawatan selepas mengadap DYMM Agung petang tadi, manakala Anwar akan mengangkat sumpah lewat petang ini dan mengumumkan pembentukan karbinet esok atau lusa. Semasa mengumumkan perkara tersebut di TV3 sebentar tadi, tiba tiba siaran tergendala...

Maaflah Dato', saya bermimpi di siang hari..

sap said...

Salam Dato'..
Sidang media anwar jam 2 ptg td mngatakan Ahli Parlimen BN yg 'melompat' sudah melebihi 30 org dan jumlah itu sudah memadai.
Secara peribadi walaupun sokongan sy terhadap DSAI melebihi krajaan/UMNO,namun sy tdk bersetuju jika pengambilalihan ini berlaku.Spt kata dato' ianya tiada maruah dan mengkhianati pengundi.
AKAN TETAPI jwpn kpd kekusutan ini drpd DSAI iaitu akan mngadakn Plhnraya umum seawal mungkin adalah bg sy sesuatu yg sgt wajar dan gentleman.Mungkin sekiranya PR dpt mnubuhkan krajaan melalui 'pintu depan' barulah keyakinan rakyat mahupun pelabur2 dlm dan luar negara kmbali utuh.
Kita tunggu dan lihat.
Sekian terima kasih dan Selamat berpuasa kpd semua umat Islam..

Anonymous said...

Dato,

Seorang anak yang tidak puas hati dengan ayahnya yang hidup miskin tertekan dan lembab ekonomi serta fikiran. Si anak rasa ditekan, dicatu makan, disuruh buat kerja kuat dsb. Lalu dia memburukkan ayahnya, menghebahkan keburukan ayahnya dsb.

Satu hari si anak diajak berpindah ke rumah jirannya yang kaya (hasil harta sumbangan luar negara) dan hebat serta menunjukan simpati dengan nasib si anak tersebut. Jiran tadi mempunyai pasangan kahwin campur dan berjanji jika si anak tersebut datang tinggal dengannya, dia akan beri hadiah dan makanan yang cukup. Jiran yang sombong tadi beritahu dia akan 'beli dan rampas' semua harta si ayah dan boleh menyebabkan si ayah bertambah papa-kedana.

Adakan si anak sanggup melihat si ayah yang buruk itu melarat dan kehilangan tanah reserve melayunya?

Adakah si isteri jiran (pasangan kahwin campur) akan akan menerima si anak macam anak sendiri?

Adakah jiran tadi benar2 jujur atau hanya hendah merampas harta si ayah yang tinggal kekangkang kera tu?

Renungkanlah... kalau saya si anak, saya tidak sanggup harta si ayah saya tu di rampas oleh isteri jiran yang talam dua muka tu....


Bye/

p.s. RajaBersiul, saya tumpang tinggal dibumi Allah. Mungkin saudara tinggal di tempat lain kot?

affendi hussain said...

Saya syorkan Pak Lah, Khairi, Najib, & Anwar main Malaysian Roullete...

Berbeza dgn Russian Roullete, Malaysian Roullete guna pistol automatik.. bukan guna pistol klasik revolver...kita kan negara abd ke21, C4 pun dah pandai main2..

fantastik dari segi politik mcm kata sdr Rocky Bru.

tak kisah siapa mula permainan dulu.. penyudahnya sama saja... (",)

Utk ahli UMNO yg Koro..surprise..utk anda pilihan permainan adalah Steyr atau M16..anda kan tonggak negara pejuang & pembela bangsa..kenalah lebih berani nk pertahan ketua anda.. baru boleh kata "hidup Melayu!"

hangpa ni nk jadi penjahanam negara ka suka sgt main2 politik melampau..?
tuh..pi main Malaysian Roullete tu..lg syok dari meriam buluh.

Anonymous said...

Salam Datuk..

Siang dah lama datuk...dah nak masuk mengarit...dia ni dah sakit agaknya....apa komen datuk

azmi.

Anonymous said...

Kepada Roti Planta:

Saya bermastautin di bumi Allah jua. Secara khususnya, ku berdiri di tanah berkat Malaysia.

Sekular tetap sekular, dijamin oleh Perlembagaan.

Sekular tidak mempertikaikan Islam. Ianya tidak meletakkan mana-mana agama sebagai lebih tinggi atau lebih rendah daripada agama-agama yang lain. Setiap agama dihormati, kepercayaan tiap-tiap insan diterima.

Di negara sekular, rakyat ditadbir dengan prinsip amanah, kejujuran, kebenaran dan keadilan — yakni, nilai-nilai yang sememangnya menjadi teras kepada Islam serta semua agama yang lain.

Negara saya sekular, agama rasminya Islam. Kepercayaanku pun tetap Islam, tiadanya perubahan.

Maka di mana masalahnya, Roti Planta?

Anonymous said...

Apahal la si anwar ni tak sesabar nak pegang kuasa.

Dia ingat majoriti rakyat sokong dia ker? ada ramai lagi SILENT MAJORITY yg tunggu dan lihat sahaja. Apala salah tunggu pilihanraya akan datang. Yg penyokong dia pun, macam dah kemaruk sangat.

Mungkin dia pikir kalau jadi PM segera, dia boleh elak kena dakwa. Atau boleh buat apa yg dia suka. Lagi cepat jadi PM, lagi selamat.

Nampak sangat juga dia ni suka timbulkan huru-hara. Dari zaman student sampaila dah tua ganyut. Masa dia kena penjara dulu, aman aje Malaysia.

yg benar
tipah tertipu.

Anonymous said...

On another note...the drop in oil price as highlighted by clean also mean that Petronas revenue would drop too...Not only oil but I believe other commodity too like palm oil if the business reports are to believe. Can the gov fulfilled the budget promises? Can the ordinary palm oil smallholder can enjoy good prices in the years to come? Are there alternative or contigency plan to diversify the revenue stream? Can the manufacturing and other industrial sector take up the slack what with the credit and financial crisis raging the world over?

Just thinking aloud aje...

Moses

Anonymous said...

Zaid Ibrahim berkata kerajaan ada pembesar-pembesar yang bersifar racist/perkauman:

"I faced a brick wall! I can't translate or make them understand the basic thing that we are a country that is fair to all races, we have the same rights under the federal constitution.

http://www.malaysiakini.com/news/89840

Asked whether he had advice for the Government, Zaid said it must start trusting its own people it if were to build “one country, one system.”

“If you can’t bring yourself to that level of trust, you will always worry which policy benefits which group. You can have race-based parties but you don’t have to be racist bigots,”


http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/16/nation/20080916185550&sec=nation

Betul lah tu... ada golongan ultra/ekstremis dalam UMNO...

Tenggelam la kapal Titanic nih...

ChengHo said...

dsai lebih bahaya dari aab . kita fokus saja untuk peralihan kuasa antara aab kepada dsnr dec ini. dsai perlu tunjukkan kehebatan nya sebagai ketua pembangkang. hingga kini tidak nampak lagi idea idea bernas beliau sebagai ketua pembangkang . kita tidak dengar lagi idea bernas dan hebat dsai untuk mengatasi masaalah ekonomi yang merundum .

Anonymous said...

bro kadir,

kalau rakyat biasa kena tipu dgn anuar aku tak kisah, ni yang lawyer, doktor, akauntan pun kena kelentong, apa hal. Kalau dah taksub....

Anonymous said...

Salam Datuk dan semua,

Keadaan politik Malaysia amat gawat. Tidak ada seorang pun pemimpin parti kerajaan yang kelihatan boleh menyaingi kredibiliti Anwar.

Berapa banyak duit yang ditabur oleh kerajaan untuk menangani kegawatan politik ini. Alangkah baiknya duit ini jika digunakan untuk projek yang mendatangkan faedah kepada rakyat dan negara.

Jika kegawatan politik ini berterusan, kegawatan ekonomi yang lebih teruk bakal menimpa kita.

Entahlah, apa nak jadi kepada rakyat negara ini, hanya kerana kelemahan seorang PM. Saya dapat rasakan kesengsaraan rakyat.

Walahualam.

Anonymous said...

Sdr. Moses,

We have been trying to diversify our revenue stream. That includes reducing our dependence on US market. To a certain extend we have been quite successful. Nonetheless we are still dependent on the US market.

Export to US for 1H 2008 was reasonbly good. However there are signs that export to US is slowing down quite a fair bit during this 2H 2008.

Despite the slowing down, overall 2008 is expected to remain "OK". If the government want to pat itself on the back, it could do so even though it may tantamount to cheating oneselve!

Your thought and concerns are for real. I am not sure what our contingency plans are, if any. Since our politicians are too busy elsewhere they may look but they may never see the problem. Then GOD HELP US!

Sekian.
Dari Borneo ke Minang

takut puchong said...

terdengar sembang2 siang tadi. dikatanya pak lah umpama pemerintahan uthman. seorang yang baik budi pekerti , banyak ilmu di dada dan beriman tetapi bukan seorang pemerintah yang baik. maka walaupun kelak "ali" mengambil alih tampuk kuasa, "ali" tidak mampu menangani dan menyelesaikan segala masalah yang telah timbul. maka wujudlah kerajaan baru, bani umaiyah. siapa "ali" ini? siapa pula akan menjadi kerajaan "bani umaiyah"?

R@duan said...

16Sept dah nak berlalu...sudah hampir ke 17 Sept 2008. apa dah jadi kata program di RTM seharian. ramai jurnalis hebat-hebat tertipu. apalagi orang awam. SILENT MAJORITY @ silent killer terasa tertampar yang hebat. melengung menunggu Anuar bila nak istihar tadbir negara. Kepercayaan kepada Anuar semakin pudar.

Anonymous said...

Salam Dato'

Ya kita tunggu apa akan berlaku. Apa pun yang telah berlaku dan yang akan berlaku adalah dengan keizinannya.

Orang yang mempercayainya menanti dengan penuh harapan dan orang yang disebaliknya adalah semacam tiada kerajaan lain yang boleh memerintah Malaysia

Anonymous said...

Salam DAKJ

Terima kasih saya ucapkan kerana published post saya yang lalu

Patutkah Kerajaan sekarang di gantikan dengan Kerajaan Baru?

Fighting a corrupt muslim ruler

If an Imam (leader) or Amir (ruler) becomes corrupt he should first be given a call to Islam (submission) in private, or possibly in public if his evil deeds were done in public. If he does not turn away from his evil deeds, he should be overthrown or removed from position. However, in the process of removing him from position, he should not be physically fought, such as waging war with weapons. This is because the ruler is still muslim, and the muslims are not to attack or kill another muslim. If, however, the Muslim leader or ruler completely abandons his salat, he nullifies his Islam and can be fought if necessary. (However, to prove this, it would take an Islamic court or similar situation in which the person could defend themselves against all accusations).


Hadith - Sahih Muslim 4569, Narrated Umm Salamah, r.a.

The Messenger of Allah (peace be upon him) said: In the near future there will be Amirs (rulers) and you will like their good deeds and dislike their bad deeds. One who sees through their bad deeds (and tries to prevent their repetition by his hand or through his speech), is absolved from blame, but one who hates their bad deeds (in the heart of his heart, being unable to prevent their recurrence by his hand or his tongue), is (also) safe (so far as God"s wrath is concerned). But one who approves of their bad deeds and imitates them is spiritually ruined. People asked (the Prophet): Shouldn't we fight against them? He replied: No, as long as they say their prayers.

Kita telah terlebih maklum bahwa banyak salah laku yang di amalkan oleh pemimpin2 BN UMNO.

Bolehkah kita terus menyokong pemimpin2 yang tak bermoral seperti corruption, fitnah, salah guankan kuasa untok kepentingan peribadi? Sudah tentu tidak, berpandu.......Ahadith di atas

Malaysia di pimipin oleh pemimpin2 yang beragama Islam, tapi mereka tak berminat rujuk kepada ajaran Islam. Ini lah kesilapan besar yang mereka telah lakukan.

Sedangkan pemimpin2 di Eropah dan juga negara jiran banyak merujuk kepada Mufti atau pun Muslim Scholars jika mereka menghadapi masa alah yang rumit berkaitan dengan cara hidup orang2 Islam bagi mengelakkan incident yang tak di ingini.

Apa guna pemimpin2 dan penyokong2 negara ini melaung laungkan "Demi Agama dan Bangsa" tetapi mereka membelakang ajaran Islam.

Dengan sebab "Sombong dan bongkak" lah yang menyebabkan UMNO kian hari semakin tercicir jauh di belakang. Banyak negara2 di Eropah (tak termasuk France) dan juga state di Amerika, kerajaan mereka tidak campur tangan malah mereka prihatin akan ajaran Islam. Ajaran2 Islam makin berkembang masa kini.

Tetapi di Malaysia, pengetua2 jabatan agama di kongkong oleh kerajaan malah ada yang bersekongkol demi untok memelihara mata pencarian mereka.

Orang2 Melayu "Islam" hanya mengamalakan nya secara traditional ISLAM KEMELAYUAN tanpa menyelidik akan ajaran Islam. Mereka tak gemar membaca dan mengkaji atau pun rujuk kepada Mufti2 yang bertauliah yang ada di negeri ini.

Terlau banyak yang kita boleh perlajari drp Tafsir Quran dan Ahadith mengenai segala 'ilmu yang memberi menafa'at bagi am nya rakyat jelata dan juga khusus nya pemimpin2 Islam.

Shaykhul-Islaam Ibn Taymiyyah said:

"This is why those who are in authority are of two groups: the scholars and the rulers. If they are upright, the people will be upright; if they are corrupt, the people will be corrupt."



The Noble Qur'an - Hud 11:85

"And O my people! Give full measure and weight in justice and reduce not the things that are due to the people, and do not commit mischief in the land, causing corruption.


The Noble Qur'an - Hud 11:113

And incline not toward those who do wrong, lest the Fire should touch you, and you have no protectors other than Allâh, nor you would then be helped

Saya tidak tahu sama ada DAKJ akan publish post saya ini. Tujuan sya hanya untok berkongsi information atau message di bolg ini bagi semua membuka minda (with open heart & open mind) semoga di berkati Allah.

Pengetahuan saya dalam ajaran Islam masih lagi cetek kalau di bandingkan dengan Muslim converts di Europe dan Amerika yang mana mereka betul2 menghayati ajaran Islam setalah memeluk agama Islam.

Fikir fikirkan lah

Ma'af jika ada kata2 yang mengecilkan perassan DAKJ dan juga pembaca2 di bolg ini.

Allaah know best

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Bagi saya tak payah tunggu. Kalau nak jadi, jadi. Kalau tak jadi, tak lah.

Kalau tak jadi, keadaan adalah seperti biasa.

Kalau jadi, saya nak tahu dari mereka yang menuntut pembubaran PKR, apa anda semua akan terima?

Kalau jadi pun, dan betul-betul DSAI ni tak boleh diharap, BN akan naik balik dan menang dalam PRU yang seterusnya.

Soalnya sekarang, adakah Malaysia bersedia dengan gelombang kejatuhan ekonomi sekarang?

Bagi yang tidak sedar, minyak dah jatuh bawah USD100, Dow Jones dah jatuh bawah 11,000 mata, indeks BSKL dah jatuh bawah 1,050 mata dan minyak sawit dah jatuh dari RM4,500 ke harga sekarang RM2,100.

Selama 5 tahun Pak Lah jadi PM, kita diberitahu yang ekonomi kita boleh bertahan. Masuk tahun 2008, selepas PRU12, kita diberitahu pula bahawa kerajaan dah buat yang terbaik dan keadaan merosot kerana faktor luaran yang di luar kawalan!

Padahal dalam 5 tahun ini, tiada sesiapa pun yang dapat menafikan bagaimana jatuh merudumnya kuasa beli ringgit DI DALAM MALAYSIA.

Pastu bajet 2009 pula kononnya bukan bajet populist.

Bagi yang seronok dapat gula-gula dalam bajet tu, terima lah realiti. Silap-silap nak pam insentif pun tak de duit!

Sila rujuk bajet 2009 baru-baru ini. Ada tak persediaan kerajaan dalam menghadapi kesan kejatuhan serba serbi termasuk harga minyak?

Jika sudah tentunya harga minyak dunia mengganggu perancangan belanjawan, kenapa tidak fokus kepada insentif untuk mempelbagaikan sumber pendapatan?

Saya tak komen perkara ini masa bajet 2009 dibentangkan kerana tidak mahu bermain dengan andaian. Kini sudah terbukti, kerajaan dah gagal berfungsi.

Nak bagi peluang dulu pada Pak Lah? Sampai 2010? Sampai PRU13 supaya jadi gentleman?

Bagi saya politik negara kita memang fantastik. Sebab rakyat tidak lagi peduli jika kerajaan tidak lagi berfungsi. Mereka hanya peduli tentang Pak Lah, Najib, Anwar dan beberapa nama lain.

Kesimpulannya tak payah tunggu jadi ke tidak. Lebih baik tunggu untuk melihat jika kita akan ada kerajaan yang berfungsi dalam beberapa hari ini. Seperti yang disenaraikan di atas, indikator ekonomi dunia buat masa ini memerlukan TINDAKAN SEGERA dari kerajaan.

Yang ada sekarang sudah terbukti gagal berfungsi secara efektif.

Alternatif yang ada, hanya satu. Bagi saya kenapa kita tak cuba. Sekurang-kurangnya hingga PRU13. Sekurang-kurang setahun percubaan. Semaksima pun 4 tahun percubaan.

Saya percaya jika PR terbukti tidak berjaya berfungsi, BN akan naik semula.

Yang saya nampak, di blog ini pun masih ramai yang tidak mahu mencuba yang baru. Mungkin kerana ada kepentingan, mungkin kerana ada rasa syak wasangka, atau mungkin kerana tidak mahu menerima perubahan.

Sebaliknya jika perubahan tidak berlaku dalam masa terdekat, saya percaya PR akan semakin kuat dan ia pasti berlaku pada PRU13.

Perubahan akan tetap berlaku.

Secara jujur, adakah anda akan mahu kekal pasrah dengan kerajaan yang tidak efektif dan gagal?

Tentu akan ada yang sinis menyindir bahawa Anwar tidak boleh dipercayai dan PR tidak boleh diharap.

Mungkin benar. Tapi itu mungkin sahaja. Belum terbukti.

Jika Pak Lah kekal, berdasarkan track record 5 lima tahun nya, dah confirm hidup kita akan lebih terhimpit.

p/s Kalau boleh Dato' anggapkan saya telah koma sejak Julai 1997 sehingga Jun 2007 apabila menjawab soalan ini.

Pada beberapa tahun pertama Anwar menjadi TPM, kehebatan beliau dikatakan hanya dibayangi kehebatan TDM sahaja. Ini kata orang UMNO. Kemudian selepas dituduh sebagai peliwat pada 1998, pendapat orang UMNO adalah sebaliknya. Ada apa-apa justifikasi yang Dato' atau (sesiapa sahaja) boleh kongsikan di sini?

Saya tanya soalan ini kerana ramai yang memilih samada untuk menyanjung atau mencemik beliau. Yang ditengah-tengah macam saya ni tak ramai....

tok janggut said...

Mr Clean,

Pembesar negara sekarang tka ada kaki peliwat, kalau pembesar negara dulu tak tahulah.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Suka saya nak melapor di sini;

HARGA MINYAK MENTAH DI NEW YORK (semasa komen ini ditulis), TELAH MENCECAH PARAS TERENDAH PADA HARGA USD90.55 DAN SEKARANG BERADA PADA PARAS HARGA USD92.17.

MASA PENGUMUMAN HARGA MINYAK DINAIKKAN DARIPADA RM1.92 KE RM2.70, HARGA MINYAK MENTAH DI NEW YORK BERADA PADA SEKITAR PARAS HARGA USD125.

Sekian. Saya secara sukarela melaporkan.

anakbuah said...

Salam Dato',

Buat masa ini, ianya perang saraf Anwar saja...tapi kita tidak boleh nafikan kebolehan beliau. Beliau politikus yg tahan diuji - tested and proven!

Sdr tipah tertipu kata...."Mungkin dia pikir kalau jadi PM segera, dia boleh elak kena dakwa. Atau boleh buat apa yg dia suka. Lagi cepat jadi PM, lagi selamat.

Nampak sangat juga dia ni suka timbulkan huru-hara. Dari zaman student sampaila dah tua ganyut. Masa dia kena penjara dulu, aman aje Malaysia."


# Dlm keadaan amanlah negara kita dirompak dan keadilan dilacurkan oleh penyangak2 bertopengkan "bersih, cekap & amanah" ini.

# Jangan lupa, dgn kuasa jugalah PakLah, Najib dan konco2 mereka seperti immune drp didakwa oleh mahkamah, boleh mengelak dr BPR dan bertindak "Ikut Suka Aku" - ISA! Seperti kata Sdr Mohd Affendi ".. silap haribulan kutu rayau tepi jln ckp merapu pun kena ISA"

# Harapnya, dgn kuasa juga nanti, Islam diteguhkan sebagai agama rasmi dan kedudukan bumiputra diperjelas, diperkukuh dan dipertahankan. Agama dan perkauman bukan dipermainkan seperti yg ditunjukkan oleh pendokong2 BN selama ini - fitnah, sumpah, hasut dll. Bukankah huru-hara juga mainan parti pemerintah? Mereka juga sebenarnya yg menjahanamkan keharmonian negara. (Lihat, siapa sebenarnya culprit, punca kekecohan/kekacauan nanti)

# Kita tiada pilihan kecuali memilih, bukan yg terbaik, tetapi yg lebih baik. Buat masa ini, bagi saya, PR jauh lebih baik drp BN. Dan Anwar, tidak kira bila PR boleh mengambil alih pemerintahan dan walau perlu pilihanraya dlm masa terdekat ini sekalipun, beliau tidak boleh dinafikan teruji dan bakal survive. Anwar sebelum ini mampu mengacau tidur lena PakLah dan bakal membuktikan, beliau bukan pengacau sebarangan!

Anakbuah


p.s.: Dalam Anwar mahu berunding di Utusan..."Pada Jumaat lalu, kerajaan menahan Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok; pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang dipercayai terbabit mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama." Siapa sebenarnya pencetus isu perkauman? Bukankah BN lebih terkenal? Dan persengketaan agama yg bagaimana? Siapa dan agama mana yg bersengketa? Malang....nampaknya dah ramai yg buta hati dan "diliwat" pemikirannya! Siapa?...tanyalah diri sendiri.

Abyone said...

kepada chengho, mungkin saudara tak baca diblog anwar,jadi macamana nak tahu idea dia untuk menaikkan ekonomi malaysia. Dah berkali anwar katakan dan saya yakin bahawa untuk naikkan balik ekonomi malaysia ialah dgn menarik pelabur ke malaysia. Pelabur asing akan datang ke malaysia jika sistem perundangan yg telus dan korupsi yang rendah. Saya rasa itulah yg anwar pejuangkan.

Anonymous said...

Salam buat sahabat ku DAKJ,

Selamat berpuasa dan beribadah dengan penuh kesyukuran terhadap kebesaran Allah swt.

Biarlah Anwar bermimpi siang dan malam untuk mengulingkan Kerajaan Barisan Nasional "dalam kehayalan" beliau sebagai seorang pemimpin politik pembangkang yang tidak pernah bersyukur kepada Allah swt.Pada malam yang sunyi ini, tarikh keramat Anwar Ibrahim untuk merampas kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah pasti akan menghampakan cita-cita beliau untuk hanya menjadi "Perdana Menteri bayangan dalam impian sahaja".

Syabas kepada Pak Lah yang telah berjaya untuk terus berkuasa dalam arena perebutan kerusi "Perdana Menteri" daripada tindakan liar dan tidak bermoral sejak Anwar kembali ke parlimen sebagai Ketua Pembangkang.Apa kah daya Anwar untuk merebut kerusi "Perdana Menteri" dari pintu belakang dan seterus untuk menduduki di Sri Perdana berdasarkan kepada konon nya telah terdapat bilangan MPBN yang akan melompat ke Pakatan Rakyat.

Tidak mungkinlah Anwar oleh kerana semua Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional ada moral dan bukan barangan yang bolih dijualbeli tanpa sokongan rakyat yang telah milih mereka ke parlimen.Jika ada MP yang berlompat, kerusi parlimen mereka harus dipertandingkan semula dalam pemilihan kecil (By-election)melalui satu "Undang-undang" yang berkaitan, yang perlu diwujudkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (Elections Commission)secara adil dan saksama atas kepentingan rakyat jelata.

Mengenai soal perebutan kerusi "Perdana Menteri", Pak Lah dan Najib telah ada persetujuan bersama untuk memaktubkan pelan peralihan kuasa, sungguhpun begitu perbuatan ini adalah bercanggah dengan Perlembagaan parti UMNO, dimana hak pemilihan jawatan-jawatan UMNO adalah didalam kuasa akar umbi semasa Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung pada bulan disember ini.Tidak ada peruntukan di mana seorang Presiden bolih menyerahkan kuasa Presiden kepada pengganti nya atas sebab-sebab yang tertentu tanpa persetujuan di peringkat akar umbi.

Namum demikian, apa yang diperbincangkan menerusi "sembang-sembang" politik UMNO di seluruh negara pada masakini, ialah persetujuan pelan peralihan kuasa kepada Najib yang dijanjikan pada Jun 2010 itu adalah terlalu lama.Kita boleh merancang, Allah swt akan menentukan mengikut takdir dan rezeki masing-masing.

Justeru, semua pihak (ahli-ahli UMNO)termasuk Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ahli MKT dan seterus nya dikalangan ahli UMNO akar umbi berhak untuk memberi pandangan dan teguran mereka mengenai jangkamasa peralihan kuasa yang lebih realistik.

Najib atau Muhyiddin sebagai pempimpin UMNO No.2 dan 3 mempunyai hak dengan suara yang paling wajar dan tinggi untuk mengutamakan pendapat mereka bahawa "pelan peralihan kuasa itu" tidak dapat diterima oleh sebilangan besar ahli-ahli di peringkat UMNO bahagian seluruh negara.

Maka dengan itu,Najib dan Muhyiddin yang akan menjadi regu pencalun (running mate)dalam pemilihan akan datang, tidak boleh ditafsirkan sebagai menentang kewibawaan Pak Lah, selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang di pilih oleh UMNO dan rakyat melalui proses demokrasi.Oleh yang demikian, soal peralihan kuasa pada Jun 2010 hanya akan berlaku sah menerusi mesyuarat-menyuarat UMNO bahagian mulai pertengahan Oktober ini, yang telah diamanahkan dan berkuasa untuk menerima semua senarai pencalunan pemilihan untuk jawatan-jawatan tertinggi UMNO pada sesi kuasa 2009/2011 semasa PAU pada disember akan datang.

anakbuah said...

Sdr Sawit,

"Saya tanya soalan ini kerana ramai yang memilih samada untuk menyanjung atau mencemik beliau. Yang ditengah-tengah macam saya ni tak ramai...."

# No worries - saya bersama Sdr. Dgn perkembangan harga minyak skrg, terbukti dgn pengetahuan dan ketegasan Anwar, secara teknikalnya minyak tidak perlu dinaikkan secara melampau dan tergesa2 oleh pentadbiran PakLah sebelum ini. Dgn cycle kenaikan dan penurunan harga minyak dunia sesingkat ini, kegopohan dan cetek akal pentadbiran PakLah telah membuatkan ekonomi M'sia tidak semena2 berada dlm tekanan resession. Kuasa membeli rakyat tiba2 jatuh merudum dgn kenaikan harga brg dan perkhidmatan. Jika pentadbiran PakLah "bijak" sekejap masa itu, keadaan ini boleh dielakkan. Harga minyak dunia dah turun...harga hasil petroleum, brg2 dan perkhidmatan boleh PakLah turunkan serta merta? Kalau ini pentadbiran PakLah tidak mampu lakukan, seperti kata Sdr Sawit, terbukti kerajaan telah gagal berfungsi seperti yg sepatutnya.

Collapse of Lehman Brothers, sale of Merrill Lynch shakes stock market

"Lehman Brothers, an investment bank that predates the Civil War and weathered the Great Depression, filed the largest bankruptcy in American history.

A second storied bank, Merrill Lynch, fled into the arms of Bank of America.

American International Group (AIG), the world's largest insurer, was fighting for its very survival."


# Semua ini sudah runtuh dan ada yg bakal runtuh! Situasi ini memang tidak menyebelahi kerajaan semasa BN sekarang - legacy parti memerintah tertua di dunia ini juga bakal hancur dan ia tidak memerlukan musuh serta anasir luar utk menjahanamkannya. Masa utk menyalahkan pihak lain sudah berakhir - keris akhirnya menikam diri sendiri!!!

A KADIR JASIN said...

Sdra/Sdri pembahas,

Kalau marah sekalipun kepada PM dan menantunya, janganlah sampai guna bahasa yang kesat.

Mendoakan kemusnahan atau kematian seseorang atau bersumpah dia diturunkan bala bukan perkara ringan.

Ya, saya maklum YB Khairy Jamaluddin sudah menawarkan diri bertanding ketua pemuda. Publisis dia memaklumkan kepada saya petang tadi.

Eloklah macam tu. Kalau dia bagus dan ada pengaruh, dia menang.

Yang lain pun boleh lawan kalau berani. Itulah yang kita mahu.

Yang kita syak wasangka ni pembesar yang asyik menang tanpa bertanding atau takut bertanding.

Terima kasih.

Anonymous said...

Terfikir gak untuk melihat perdana menteri malaysia terbaru.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).