Friday, December 12, 2008

Amaran Mengenai Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[UPDATE – DEC. 15]

MALAYSIAKINI reports that the Sabah JPs (Justices of the Peace) have declared the proposed Judicial Appointment Commission (JAC) Bill as "unconstitutional" as it conflicts with the Federal Constitution.

"The proposed legislation rufns contrary to ... Article 122B and Article 161E (2)(b) of the Federal Constitution," said Dr Lawrence Thien, secretary-general of the Sabah Justices of the Peace Council (MAJAPS).

Under Article 122B of the Federal Constitution, a person is appointed a judge by the Yang Di Pertuan Agong, acting on the advice of the prime minister, after consulting the Conference of Rulers.

Before tendering such an advice, under clause (1) the prime minister shall consult - if the appointment is to one of the high courts - the chief judge of that court.

The Sabah JPs contended that the proposed new procedure under the JAC would be a direct departure from the present mode "and in direct conflict with Article 122B of the Federal Constitution".

[ORIGINAL POSTING]

APABILA seorang bekas Ketua Hakim Negara berkata Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) boleh mencetuskan masalah dan amaran itu pula ditujukan kepada Ahli Parlimen, saya rasa kita, sebagai rakyat jelata, pengundi dan pembayar cukai wajib turut memberi perhatian.

Bekas Ketua Hakim Negara yang baru bersara, Tun Abdul Hamid Mohamad, memberi amaran penubuhan SPK yang sedang dibahaskan di Parlimen boleh mencetuskan masalah bagi pemilihan untuk jawatan-jawatan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan.

Justeru itu, beliau meminta perkara ini difikirkan oleh ahli-ahli Parlimen apabila membahaskan rang undang-undang berkaitan dan membuat keputusan mengenainya.

Untuk faedah para pembaca, pembahas dan “followers” (pengikut) blog ini dan bagi memudahkan pemahaman, saya memetik terus laporan Bernama dalam bahasa Melayu dan Inggeris mengenai amaran Abdul Hamid itu.

Versi bahasa Melayu

Oleh Rozlinda Yahya

PUTRAJAYA, 11 Dis (Bernama) -- Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 yang dibentangkan kali pertama di Dewan Rakyat semalam bakal mencetuskan masalah dalam pemilihan pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata masalah tersebut timbul apabila mesyuarat pemilihan dalam suruhanjaya itu akan dianggotai oleh orang-orang yang sama yang mempunyai kepentingan bagi mengisi kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara atau Presiden Mahkamah Rayuan.

"Saya cuma menarik perhatian dan membangkitkan perkara ini untuk difikirkan oleh ahli-ahli Parlimen dalam membuat keputusan mereka," kata beliau kepada Bernama di sini, hari ini.

"Diperhatikan bahawa mengikut peruntukan rang undang-undang ini, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mempunyai bidang kuasa melantik Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan Hakim Mahkamah Tinggi.

"Juga diperhatikan bahawa suruhanjaya ini akan dianggotai oleh sembilan orang anggota termasuk lima hakim kanan di mana empat daripadanya adalah hakim-hakim yang paling kanan di negara ini."

Beliau merujuk kepada fasal 5 rang undang-undang tersebut yang memperuntukkan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman dianggotai sembilan ahli terdiri daripada Ketua Hakim Negara sebagai pengerusinya, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Persekutuan serta empat orang yang terkemuka yang dilantik oleh Perdana Menteri.

Menurut fasal 21 rang undang-undang itu, suruhanjaya tersebut akan bertanggungjawab bagi memilih calon yang sesuai dan wajar untuk dilantik sebagai hakim mahkamah atasan.

Calon yang layak untuk pemilihan itu pula perlulah memenuhi beberapa kriteria termasuk mempunyai peribadi moral yang baik, berintegriti serta mempunyai kebolehan menguruskan kes dengan baik.

Dalam temu bual itu Abdul Hamid berkata mengikut peruntukan rang undang-undang tersebut, pemilihan pelantikan seorang pesuruhjaya kehakiman, hakim mahkamah tinggi, hakim mahkamah rayuan, hakim mahkamah persekutuan, hakim besar Malaya dan hakim besar Sabah dan Sarawak tidak akan menimbulkan masalah, tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi pemilihan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.

"Dalam pemilihan Presiden Mahkamah Rayuan, anggota suruhanjaya iaitu Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak malah Hakim Mahkamah Persekutuan adalah orang-orang yang berkepentingan untuk menjawat jawatan tersebut yang bererti bahawa mereka terpaksa mengecualikan diri.

"Oleh sebab rang undang-undang ini mengkehendaki korum (sic) (bagi mesyuarat pemilihan) seramai tujuh orang, maka ada kemungkinan korum (sic) itu tidak boleh dicapai.

"Keadaan menjadi lebih rumit mengenai pemilihan Ketua Hakim Negara. Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak adalah orang-orang yang berkepentingan dan mereka juga terpaksa dikecualikan. Ini bererti bahawa korum (sic) tujuh orang tidak boleh diperolehi (sic) juga," kata Abdul Hamid, yang telah bersara Oktober lalu.

Malah katanya, jika Ketua Hakim Negara tidak ada pada masa mesyuarat pemilihan hendak diadakan maka mesyuarat itu akan berjalan tanpa kehadiran Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

"Ini akan memberikan dua akibat, pertama korum (sic) tidak akan diperolehi (sic). Kedua ini bererti untuk pelantikan hakim-hakim yang lebih rendah, mesyuarat pemilihan akan dianggotai sepenuhnya oleh ahli-ahli termasuk empat hakim paling kanan tadi, sebaliknya untuk pelantikan hakim yang paling kanan iaitu Ketua Hakim Negara, keempat-empat hakim yang terkanan tidak akan mengambil bahagian dalam mesyuarat itu.

"Ini juga bererti untuk pemilihan Ketua Hakim Negara, mesyuarat itu hanya akan dihadiri oleh anggota yang paling tinggi iaitu Hakim Mahkamah Persekutuan bersama-sama empat anggota bukan hakim yang dilantik oleh Perdana Menteri.

"Adakah ini tujuan sebenar rang undang-undang ini? Saya cuma membangkitkan perkara ini untuk difikirkan oleh ahli-ahli Parlimen sama ada itulah tujuan sebenar mereka yang kelak akan menjadi tujuan Parlimen," tegas beliau.

Ketika ditanya pendapatnya mengenai cadangan penubuhan suruhanjaya itu, Abdul Hamid enggan mengulas sama ada ia patut diadakan atau tidak kerana berpendapat ia adalah soal dasar yang terletak di bawah bidang kuasa Parlimen untuk diputuskan.

Penubuhan Suruhanjaya Kehakiman Malaysia dikatakan bakal mendukung kebebasan berterusan badan kehakiman selain melindungi kepentingan awam berhubung perkara-perkara berkaitan badan kehakiman serta pentadbiran keadilan.-- BERNAMA

Versi bahasa Inggeris

By Rozlinda Yahya

PUTRAJAYA, Dec 11 (Bernama) -- The Judicial Appointments Commission (JAC), the Bill of which was tabled for first reading in the Dewan Rakyat Wednesday, will lead to problems where the appointments of the Chief Justice and president of the Appeals Court is concerned, said newly-retired Chief Justice Tun Abdul Hamid Mohamad.

He said problems would arise as among members of the commission would be those in line for the two posts.
"I just want to draw the attention of the Members of Parliament (MPs) in raising this so that they will give it careful thought before making their decision," he told Bernama here Thursday.

"Under the provisions of the Bill, the JAC is empowered to appoint the Chief Justice (CJ), Appeals Court president, Appeals Court judges, Federal Court judges, Chief Judge of Malaya, Chief Judge of Sabah and Sarawak and High Court judges.

"It is also noted the JAC comprises of nine members including five senior judges, four of whom are the most senior in the country."

He also referred to Clause 5 of the Bill which provides for the JAC to be made up of nine members comprising the CJ as the chairman, Appeals Court president, Chief Judge of Malaya, Chief Judge of Sabah and Sarawak, a Federal Court judge and four eminent persons appointed by the Prime Minister.

According to Clause 21 of the bill, the JAC is entrusted with the responsiblity (sic) to select suitable and capable candidates as judges of the higher courts.Candidate must meet several criteria including being persons of high moral values and integrity asides judicial capability.

In the interview, Abdul Hamid said according to the provisions of the Bill, appointments for judicial commissioners, High Court judges, Appeals Court judges, Federal Court judges, Chief Judge of Malaya and Chief Judge of Sabah and Sarawak should not pose a problem, but it need not be the case where the CJ and Appeals Court president are concerned.

"In making the choice for Appeals Court president, the Chief Judge of Malaya, Chief Judge of Sabah and Sarawak and the Federal Court judge, who are members of the JAC, have a stake in the matter.This means they will have to abstain from participating in the proceedings.

"And as the Bill states that a minimum quorum of seven members must be met in making these appointments, it might be very difficult to meet this requirement.

"It becomes more complicated when it comes to appointing the CJ. The Appeals Court president, Chief Judge of Malaya and Chief Judge of Sabah and Sarawak have a stake in the matter and as such, they will have to abstain in the selection process. Again the minimum seven persons quorum requirement cannot be met," said Abdul Hamid, who retired in October.

Should the CJ be unable to be present when the selection meeting is held, he said the meeting would have to be carried out without him, the Appeals Court president, Chief Judge of Malaya and Chief Judge of Sabah and Sarawak.

"This will have two consequences, first the quorum cannot be attained. Secondly it means for appointments at the lower rungs, there will be a full quorum including the four senior most judges but when it comes to the top judge, these four senior judges will not be able to partake in the meeting.

"It also means when it comes to appointing the CJ, the meeting will only be attended by a federal court judge and four non-judges who are appointed by the Prime Minister.

"Is this the real purpose of the Bill? I am just bringing it up so that the MPs can ponder about it," he stressed. Asked about his view on the setting up of the JAC, Abdul Hamid declined to comment saying it was a policy matter that came under the purview of Parliament.

The JAC was mooted to reform the Judiciary for greater transparency and integrity in the administration of justice.-- BERNAMA

Nota Kaki: Terima kasih kerana berbahas dengan hangat isu-isu yang dibangkitkan dalam posting-posting lepas. Sila terus berbahas. Perbahasan masih dibuka.

32 comments:

NOBISHA said...

Dato,

Saya melihat kelemahan paling ketara dalam SPK ini ialah conflict of interest. Bagaimanakah mereka yang mempunyai kepentingan membuat keputusan untuk diri mereka sendiri?

Dalam hal ini, saya fikir kerajaan harus secara serius melihat semula cadangan ini.

Sesuatu yang baik sekiranya tidak dilaksanakan dengan baik akan memberikan hasil yang tidak baik.

Akhirnya, saya berpendapat kerajaan tidak harus tergesa-gesa menentukan ia lulus sebelum Mac 2009. Saya fikir rakyat mengiktiraf sumbangan PM Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memulakan inisiatif ini. Bagaimanapun, biarlah Dato' Seri Najib diberikan peluang untuk meneruskannya. Dalam bahasa yang mudah, ambil masa secukupnya untuk mengkaji dan meluluskannya.

kluangman said...

Dato', ramai rakyat yang kurang arif tentang hal undang2 dan suruhanjaya ini tetapi jika bekas Ketua Hakim Negara bersuara, dan bukan lagi berbisik, sudah tentu 'lubang kelemahan' begitu besar ketara.

Yang lebih penting, ketika cadangan rang undang2 ini digubal sebelum dibentangkan oleh mahkamah, siapakah mereka2 yang menyediakan cadangan dan memberi buah fikiran ini kepada PM yang sudah tentu 'tidak tahu dan tidak berilmu (berdasarkan rekodndya). Apakah mereka bukan golongan berlatarbelakangkan undang2 atau mereka sengaja mencipta untuk tujuan 'sesuatu'.

Sudah tentu kebimbangan bekas Ketua Hakim negara tersebut akan dijawab secara langsung oleh PM atau melalui menteri karibnya atau kroninya parti pembangkang dan NGO yang sehaluan.

Dan yang paling kita berharap jawapan2 itu kelak bukan lagi satu jawapan yang lemah untuk menutup satu kelemahan yang lain.

Jangan sampai mangkuk hayun dua kali.

Tayadih Maysia said...

dATO'

Macam mana tak tempang...dalam masa sebulan dua draf "suruhanjaya segera"...4 -5 tahun lepas buat tak kisah je...tido lagi baik...

Hanezam said...

Salam Dato',

Alaa Dato'. Orang dah nak pergi jadi orang nak kena tinggalkan imej yang cantik...

Hence the JAC reform bill.

I quote the following part :-

"Asked about his view on the setting up of the JAC, Abdul Hamid declined to comment saying it was a policy matter that came under the purview of Parliament."

Dato',
I think the powers regarding appointment of judges as vested in Articles 121, 122 and 123 are good enough. There's no need for this bill to be made law.

While the underlying idea of introducing this reform is to cleanse the tarnished image of the judiciary, I do not think that it is a politically smart move to bring in the reform now. What more under the present climate. However, not to be too sure, let us see if the interest of the public rules during second reading.

Hanez

kerani loyar said...

Dato,

Saya tak tahu nak bahas dalam kes ini tapi sila lah mereka di bawah ini memberi jawapan balas yang ikhlas :

1. Pak Lah - PM
2. Nazri Aziz - Menteri udang2 di sebalik batu.

3. Ambiga - Bar Council
4, Khairy Jamaludin - Penasihat PM

Ini kalau komen yang di beri adalah bekas ketua hakim yg direkomen sendiri oleh Pak Lah, lagi di pandang bersih, maka saya tersa ada benar juga kata Tun bekas ketua haim ni.

Cak Kun Cak said...

YB Dato,

My opinion, this is a classic example of a leader who is trying to create a smokescreen as if he as a leader can actually affect changes.

Its pathetic really for a Government to come up with a so called solution to increase transparency when in actual fact the set up of the committee itself can be questioned as warned by the former Justice.

Just as Renee Zelwegger character said to Tom Cruise's character in the movie "Jerry MacGuire" - " You had me at hello " ...we should probably say the same to PM Abdullah Government that " we had him when he cancelled the crooked bridge to Singapore"

So please stop trying to reverse mistakes by creating more blunders.

Azman said...

Y.Bhg Datuk,

1. Tun Abdul Hamid, walaupun sudah bersara, telah menjalankan salah satu tanggungjawab dan peranan seseorang Hakim untuk mengintepretasikan maksud sesuatu undang-undang (interpret and give meaning to the law).

2. Interpretasi beliau terhadap maksud/implikasi cadangan rang undang-undang tersebut adalah berasas sama sekali. Pada saya, inilah yang dikatakan sebagai kebebasan kehakiman.

3. Malangnya beliau sudah bersara. Ini membuatkan saya terfikir akan tanggungjawab dan peranan para Hakim yang masih berkhidmat -- apakah mereka tidak mahu memberi sedikit sebanyak input dengan menginterpretasikan rang undang-undang tersebut?

4. Ahli-ahli Parlimen pula, sebagai penggubal undang-undang (law makers), wajib membahaskan cadangan rang undang-undang ini dengan lebih terperinci lagi. Janganlah sewenang-wenangnya meluluskan rang undang-undang tersebut walaupun mereka mempunyai bilangan yang mencukupi utk melakukannya.

5. Sekarang rakyat sudah mengetahui maksud/implikasi rang undang-undang tersebut. Beberapa kelemahan sudah disuarakan. Seandainya ianya diluluskan dengan begitu cepat, saya akan musykil.

Azman Mohd Isa

hisham0708 said...

datuk, baru-baru ni saya sembang dengan orang kepala batas, memang penyokong kuat Pak Lah laa, no doubt.

dia kata sempat la jumpa Pak Lah sekejap, tak lama, sebab Pak Lah nak rush pi mana ntah, dia tanya Pak Lah, macamana ni Pak Lah mac '09? Pak Lah senyum saja, tak cakap apa-apa.

dia juga dengar ura-ura katanya Najib akan dibawa ke international court pasal kes altantuya,

saya harap cerita pasal Najib ni tak betul la, personally memang saya tak suka Pak Lah la, high time for him to go, cuma pasal Pak Lah tak cakap ya/tak samada dia nak stay on as PM atau macamana, harap-harap dia tak continue as PM lah

bukan pasal kepentingan peribadi, tapi rasanya public sentimen memang dah against dia

budak_kg said...

akm...dato
Apa yang saya perhatikan ini adalah cara untuk nampak suci (dgn izin Clean) sebab masa masuk ari tu suci@clean bila keluar pon nak nampak clean juga.
2.Salah satu cara nak memalukan TDM tapi tuhan yang maha kaya itu tahu apa yang tersirat dan tersurat dihati dan kita sendiri pon boleh perhatikan,cth pelantikan Zaid ibrahim sebagai menteri undang2,dan apa yg jadi dengan Zaid,pendedahan TDM mengapa hakim2 dulu di pecat..dan ini amat memalukan

Bila terlaksana suruhanjaya ini tugas perdana menteri akan jadi seperti POSMEN yang tukang hantar kepada agong
4.

dan kajang said...

As'kum Dato',

1. Saya bersetuju dengan Kluangman bahawa rakyat biasa memang kurang arif mengenai isu begini besar.Tapi oleh kerana orang seperti bekas Ketua Hakim Negara membuat teguran maka sudah pasti ia ada kebenarannya.

2. Bekas Ketua Hakim itu tujukan tegurannya kepada wakil2 rakyat yang akan membahas rang undang2 ini sebelum diluluskan.Oleh itu kita harap wakil2 rakyat kita ini juga mestilah pandai untuk mengesan apa2 kepincangan dalam rang undang pindaan itu.Jangan main setuju sahaja walaupun ia di initiate oleh PM sendiri.Janganlah semata-mata nak jaga hati Pak Lah hingga sanggup beri sokongan membuta tuli walaupun mereka sedar ada kepincangan yang akan merosakakn peranan Suruhanjaya itu kelak.Jangan nasi dah jadi bubur baru nak buat pindaan.Tak akan lah wakil rakyat seperti Karpar Singh pun akan buta undang2 juga untuk tidak nampak sebarang kelemahan rang undang2 itu.

3. Sama2 lah kita tunggu dan tengok samada Wakil Rakyat kita,termasuk dari Pembangkang bijak dalam membuat penilaian mereka.Disinilah dapat mereka buktikan samada mereka ini juga peka seperti bekas Ketua Hakim Negara.

Anonymous said...

Yang elok nya perkara sebegini penting dan punya implikasi dalam pentadbiran negara masa depan, Pak Lah kena lah ikhlas dan jangan lah tergesa gesa nak selesaikan. Kalau tak selesai bulan Mac ni, Pak Lah jangan lah bersara lagi, teruskan kerja yang belum selesai, tak kan Najib nak bantah sebab kalau dia bawa ke parlimen untuk undi tak percaya dia tak kan menang.
Tapi kalau Pak Lah nak teruskan apa yang dibuat nya tu tanpa mengambil kira pandangan pandangan dari luar, maka baik lah tidur sahaja dan jangan buang masa, setakat tukar nama tapi yang lain sama saja, kita biar kan lah Pak Lah ikut Luncai, biarkan biarkan.
Dato' nak tanya sikit lah, Kenapa agaknya Pak Lah ni berfikiran begitu, tak kan Tun Mahadhir tak nampak ke kelibat Pak Lah ni dulu? Sedih nya pemimpin ku!!!dh9753

satD said...

Salam Dato Kadir

This bill is unconstitutional and cannot be passed by our parliament

with permission
http://satdthinks.blogspot.com/2008/12/idiot-logic-test-on-malaysian-judicial.html

Wass
satD

Madam Curi said...

Dear Dato'AKJ,

Another half-baked venture by Mr Flip Flop.

A KADIR JASIN said...

Sdr Zainal Pandak,

1. Apologies, I cannot post your comment. I must say that the points raised in your teh tarik conversations with "two high court judges" are interesting and useful;

2. But I cannot take the risk of publishing your allegations concerning Justice Richard Malanjun; and

3. I don't know him. Thus I am in no position to take responsibility for your claims concerning his faith, his marital status and his stand on the judiciary.

Thank you.

Jitu said...

Perkara ini memang rumit. Saya percaya bekas Ketua Hakim Negara telah memberi pendapat beliau semasa masih berkhidmat. Beliau mungkin hanya mengulangi bantahan beliau secara terbuka.

Jika Paklah gagal mendapat sokongan bekas Ketua Hakim Negara akan isu ini, eloklah rang undang-undang ini dikaji semula. Sebagai rakyat biasa pun kita dah nampak kepincangannya. Saya tak faham kenapa Paklah teruskan pembentangan rang undang-undang ini. Ini kerja orang hendak lepaskan batuk ditangga sahaja. Parlimen tidak patut lepaskan rang undang-undang ini.

Isu telah dimainkan oleh Pembangkang, kita akan lihat apa terjadi semasa mengundi. Perkara boleh digunakan sebagai senjata semasa PRU 13.

Anonymous said...

Dato,

We shouldn't be surprised! Abdullah Badawi true to his form Stumbles towards making further mistakes. Najib the Pak Turut remains passive.....as usual.



Politikus Bandar

Roti Planta said...

Dato',

Bagi saya serah kuasa perlantikan hakim kepada Majlis Raja-Raja kerana;

1. Mengembalikan kuasa Majlis Raja-Raja sebagai badan yang tertinggi
2. Pada asalnya kuasa penghakiman adalah kuasa Raja-Raja (zaman kerajaan Melayu). Jadi sesuai dengan sistem Raja Berpelembagaan maka kuasa melantik hakim hendahlah diletakkan dibawah kuasa Majlis Raja-Raja
3. Majlis Raja-Raja merupakan badan yang tidak akan dipengaruhi oleh 'hakim2 senior', PM, Tengku Adnan atau Lingam corect, corect..... didalam urusan melantik Ketua Hakim atau Presiden Mahkamah Rayuan

Saya yakin draf Suruhanjaya ini akan diluluskan kerana;
1. MP BN pasti sokong sebab cadangan PM semua MP BN kena sokong
2. MP PR bukan Melayu pasti sokong sebab inilah 'kuasa' yang mereka mahu
3. NGO Sekular pasti sokong kerana ini akan mengurangkan (hilangkan?) kuasa Raja2 dan orang Melayu


Jadi saya harap PakLah memikirkan baik buruk bentuk draf kuasa Suruhanjaya ini kepada Raja2Melayu, orang Melayu dan orang Islam. Disebabkan hendak membuat perubahan 'diakhir-akhir hayat pemerintahan' maka kuasa Raja2Melayu akan hilang. Jangan nanti PakLah dikenang sebagai 'Kamal Artartut Malaysia' yang dipuji oleh barat tapi dihina dan dikeji oleh orang Melayu/Islam.

Bye/Roti Planta

Berita dari gunung said...

Usahkan dalam kehakiman, dalam hal agama pun ulama telah menunjukkan kecenderungan memihak kepada aliran pegangan politik mereka.

Conflict of interest is everywhere.

berasiam said...

Salam Dato' AKJ

1. Penggubalan rang undang-undang ini nampak janggal. Perkara utama yang dirangkuminya telah tercatat dengan jelas dalam Perlembagaan. Dengan kata lain, rang undang-undang ini sendiri tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan mengenai perkara berkaitan.

2. Dalam keadaan sedemikian, sudah pasti Perlembagaan mengatasi undang-undang, sekiranya Parlimen meluluskan. Apa yang boleh kita nilaikan sekiranya Parlimen sendiri tidak memelihara Perlembagaan sebagai rujukan tertinggi undang-undang negara dengan meluluskan undang-undang yang tidak selaras dengan Perlembagaan.

3. Untuk memastikan undang-undang ini boleh dilaksanakan, Perlembagaan perlu dipinda. Jika pindaan lulus, barulah undang-undang ini boleh dijalankan. Jika pindaan tidak lulus, undang-undang ini bakal menjadi tergantung tidak bertali.

4. Pindaan Perlembagaan memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 2/3 ahli Parlimen manakala undang-undang boleh diluluskan dengan hanya majoriti mudah.

5. Kos akan bertambah kerana Suruhanjaya perlu dibayar gaji, elaun dan sebagainya. Silap haribulan, Suruhanjaya akan beroleh ex-gratia berjuta-juta. Bukan kerajaan yang rugi tetapi pembayar cukailah yang akan menanggung segala-galanya.

6. Yang paling janggal, undang-undang ini seolah-olah sebuah jawapan kepada soalan yang tidak pernah ditanya. Yang ada hanya gembar gembur dan khabar angin. Sebuah rakaman haram diketengahkan untuk menguatkan alasan.

7. Benarkah ada masalah dengan cara yang dilaksanakan selama ini dan apakah jaminan bahawa undang-undang yang bakal diperkenalkan mampu memastikan proses pelantikan akan menjadi lebih baik? Kajian dan penyelidikan terperinci beserta dengan cadangan penambahbaikan tidak pernah kedengaran atau dibentangkan. Telus jenis apa yang dibicarakan di sini.

8. Semoga sebahagian besar ahli Parlimen akan memiliki keberanian menolak rang undang-undang ini. Orang yang menjuarainya sendiri pun sudah melarikan diri dan dihalau dari parti yang dianggotainya.

ab said...

Salam Dato,

Hanya jauhari yang mengenali manikam....

Kalau seorang bekas ketua hakim bersara sebut begitu terima lah pandangan tersebut.

Pekara yang baik perlu diterima.

Kenapa terlalu rakus dan hendak
cepat sangat ni?...

Barangkali terbaik jikalau parlimen minta pendapat beberapa pendapat bekas hakim-hakim bersara yang terpelajar dan berilmuan dibidang ini untuk kebaikan semua.

JANGAN JADI TIKUS MEMPERBAIKI LABU sudah laa...

Abu Bakar Ab Rahman

abdrahim kassim said...

Datuk,

Saya lihat apa yang dibuat oleh Abdullah ini, baik mengenai badan kehakiman mahupun pencegahan rasuah, tidak lebih dari cuba menutup pekung di dada.

Dia hendak mecanangkan kepada dunia Mahathir yang merosakkan kedua-dua badan ini.

Dengan ini orang akan mengatakan Abdullah ini bagus. Sedangkan dalam masa yang sama dia juga mengamalkan rasuah dan campurtangan kedua-dua badan tersebut.

Dato Murad said...

Dato.

Sabah JP kata kerajaan perlu pinda perlembagaan untok melaksanakan JAC.

Apa dah jadi dengan AG Gani Pathil dan SG Idrus.Juga a reflectiom om Najib leadership.Najib mempunyai satu habit yang burok sabagai Pemimpim.Cakap Tak serupa bikin.He agree but in his heart he dis agree.Ini bahaya.

Nampaknya Pak Lah Last Tango in Putra Jaya betul2 keliru.Nasehat saya kapada Pak Lah.Leave it to najib,let enjoy life in Sungai Pencala.Kita akan menjadi jiran.

sujini said...

Pak Kadir,

" Penubuhan Suruhanjaya Kehakiman Malaysia dikatakan bakal mendukung kebebasan berterusan badan kehakiman selain dari melindungi kepentingan awam berhubung perkara-perkara berkaitan badan kehakiman serta pentadbiran keadilan."

Soalan saya:-

1. Mengapa perlu badan kehakiman diberi kebebasan berterusan?

2. Setakat mana badan kehakiman melindungi kepentingan awam dan mentadbir secara adil?

Apa yang saya selalu baca dalam akhbar-akhbar dan rungutan rakyat ialah :-

1. Kes-kes lambat dibicarakan ke Mahkamah.
2. Tidak cukup Hakim.
3. Bayaran yang tinggi dikenakan oleh firma-firma guaman terutama yang telah mempunyai reputasi.
4. Tarikh bicara ikut profail kes. Kalau melibat orang kenamaan diberi status "high-profile" dan tarikh bicara pun tak ikut tertib.

Adalah bahaya jika sesuatu badan atau seseorang itu diberi kebebasan berterusan atau mutlak. Hanya Allah swt saja yang ada kuasa ini.

Moshe said...

Datuk,

Konflik kepentingan di sini boleh difahami oleh pelajar SPM pun, tidak sampai keperingkat tinggi bekas Ketua Hakim Negara. Persoalannya di sini ialah, mengapa perkara ini boleh berlaku ?
Siapa yang menggubal undang2 ini, adakah PM gubal sendiri tanpa nasihat Peguam Negara ? Atau nasihat Peguam Negara tidak diterima pakai oleh PM ? Apakah kecenderungan PM ?

Ini kerja bodoh, saya sebagai rakyat amat malu perkara ini boleh berlaku seolah2 semua orang bodoh berada disekeliling PM.

sawit futures trader said...

Salam Dato'

Bila bercakap tentang undang-undang, saya memang tidak cukup ilmu.

Tidak banyak yang saya tahu tentang kaedah perlantikan semasa dan apa pula isi pati mengenai SPK.

Secara prinsip, perlembagaan ada menggariskan kuasa Eksekutif, kuasa Parlimen, kuasa perundangan dan kuasa raja-raja sebagai empat cabang kuasa yang bersama-sama mengurus beberapa aspek berbeza dalam soal negara tetapi perlu mengekalkan status kendiri antara satu sama lain.

Bilamana ahli Parlimen mesti mengikut keputusan parti, itu pun sudah dikira sebagai campurtangan eksekutif dalam parlimen.

Malangnya, amalan ini diuar-uarkan sebagai satu amalan sihat yang memperlihatkan kononnya ahli parlimen perlu teguh menyokong sesama ahli parti.

Tidak ramai yang melihat amalan ini sebagai amalan yes-man maka ia menjadi isu yang sepi buat sekian lama. Selama itu jugalah pelbagai undang-undang dan akta diluluskan tanpa mengambil kira apa yang sebenarnya penting.

Saya tidak perlu memberi conoh kerana kita semua sudah sedia maklum begitu banyak akta yang bertindih dan banyak juga akta yang tidak perlu telah diluluskan.

Kini, secara prinsipnya, kuasa eksekutif mahu "meletakkan tangan" kedalam urusan perlantikan kuasa perundangan. Ini yang saya faham.

Kenyataan Nazri Aziz baru-baru ini yang mengatakan bahawa "somebody will have to appoint somebody" dan tidak ujud independency yang tulen adalah dua kenyataan yang menghina perlembagaan dan rakyat.

Jika draf itu disediakan dengan asas seperti yang dinyatakan Nazri Aziz itu, amat malang lah kita rakyat Malaysia.

Hang Kasturi said...

Askm AKJ,
Allow me to refer to the MACC Bill. New Sunday Times ,December 14, pg.8, Prime News , published the views of Datuk Shaik Daud. He had the chance to peruse the MACC Bill. His stand,when asked whether he would support the Bill, : 'I don't think I would.Because too much power is given to the commission to undermine the defence '.

This means the accused is not given a reasonable chance to defend himself. This is in breach of one of the cardinal rules of natural justice.

We have not read anyway the opinion of the Bar Council.The lawyers are going to defend the accused.

The Commission reports to the PM Department. So, the PM wields the real power. If the MACC is to be truly independent, it must be made to answer to Parliament.

The Rakyats cannot support this Bill. It is badly crafted Bill, prepared in haste without much wisdom and would cause the reverse effect : injustice at the hands of the people who are entrusted to fight corruption.

Hang Kasturi

blowdwhistle.blogspot.com said...

salam datuk

pada saya, apa jua percanggahan undang2 baru(grey area), maka kita mestilah berbalik semula kepada undang2 yang paling utama di negara kita iaitu Perlembagaan Persekutuan

oleh itu, sekiranya SPK ini gagal maka PM seperti biasa hendaklah menasihatkan YDPA untuk melantik

maka apa yang diperingatkan oleh JAKSA Sabah adalah tepat sekali, dan boleh diterima pakai/difahami oleh rakyat biasa

sekian

Haji Mustapha Ong said...

Salam saudara Datuk Kadir Jasin,

Hope you and family are in the pink of health. I was away for more than a month overseas but had been keeping myself busy with my role in Perak since coming home last week.

Many issues had been raised in parliament lately during my absence, as I was not in touch with the local news, a practice that I had maintained since I left the foreign service.I missed your blog though and perhaps today I will touch on the current reading of the JAC and MACC bills that are still being debated in parliament till late in the evening.

Datuk, despite your personal feelings, I wish to take this opportunity to congratulate prime minister Abdullah Ahmad Badawi on his own initiative to push through the bills just a few months before his exit from the premiership. Pak Lah's sincerity should not be questionable and I do not agree that he really cares for passing on his legacies.

Pak Lah during his last few years had done so much to uplift the moral and welfare of the people, but unfortunately his visionary efforts had been condemned by certain extremist politicians. Pak Lah may not be the ideal prime minister of the day, but certainly he had made enough sacrifices to this nation, though not entirely due to his lack of competency as politics is a game of perception. Hopefully, Najib the incoming 6th prime minister will carry on the torch to effectively administrate this nation with full competence, integrity and transparency.

It was only last night that I had recovered from the wintry flu caught while overseas and watched the progamme "Forum Khas" with a panel of MPs to debate on the MACC bill. Ironically, RTM had done their part to create public awareness in the MACC bill that is being debated in parliament for a second reading.However, RTM has lost its viewer's creditability by having invited some MPs who had been accused of corrupt practices during their parliamentary terms.

I believe that I was not the only viewer that was irritated when "they were trying to defend and justify the real elements that had been professionally enshrined in the MACC bill".Well, MPs and other politicians who had been tainted with corruptions should refrain from passing their comments and judgments, especially those who had been with the fairly corrupted BN administration for decades.We have to ensure that the incoming prime minister will redeem the creditability of the BN government with the administrative and judiciary tools provided and approved by parliament before the next 13th PRU.

For once I would agree with saudara Anwar Ibrahim in his capacity as Head of Opposition in parliament, that there is a need for consistency and more transparency in both the persecution and judiciary legal procedures. It is common knowledge that Rais Yatim had expressed his concern that why certain VVIPs and high profile cases were swapped under the carpet. Is there such a rule that corruptions are tolerable when you are walking along the Corridor of Power and still being elected to parliament? Again, it was "money politics" that made such unwanted and publicly condemned politicians to be elected into power.

Corruptions today are so sophisticated and that it is more difficult to prove the acts of corruption with concrete material evidence.It is easier to say that "unless you are caught red handed and proven guilty in the court of law, you will get away with the ill-gotten wealth".

Perhaps, what had happened in the collapse of certain high class residential areas like Bukit Antarabangsa is the Act of God and He is the ultimate Judge for all our wrong doings. It was a national tragedy but God Almighty did not punish all the residents, only selective ones were spared but many others ran for their lives like refugees. So corruptions are evil acts of questionable integrity within the opportunity given and not only the public is unhappy but also God Almighty too.

In conclusion, MPs that had been given the mandate in parliament should be more serious in their ability to debate both the important JAC and MACC bills intelligently, without political polarization and speak "without fear or favour". Having said that nobody however small or big guys in their political shoes should be spared, including the prime minister if he too is proven guilty, but not through slanderous acts of intimidation and seeking vengeance.

As for the Commission's appointment of Commissioners, I proposed that the Council of Rulers with the advice of the incumbent prime minister should be the Appointing Authority, and not the Chief Justice. If we do not place our trust and faith in the supreme judgment of the Agong and his Royal Council, who as should we trust as a serious reflections of our parliamentary system? Malaysia is not a "banana republic" but on the contrary some of the nation's princes and princesses are smarter and well educated than those half baked politicians in parliament today. Thus, certain sections of the Federal Constitution should be reviewed and repealed after more than 51 years of our independence.

amoker said...

1. Tun Abdul Hamid Mohamad have done a great job since coming in for the disgraced CJ. He is a wise man and his analysis is spot on.

2. The JAC and MACC seemed to be heavy on the cosmetic side and creating more bereucracy.

3. The judiciary should be taken away from the executive in terms of reporting. In its place, government should make an official post for attorney general as the minister of law. Prosecution would then be held by somebody else.

4. The judiciary would then be reporting straight to the Majlis Raja Raja on its recommendation. Means that it has the authority to elevate whom it sees fit.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Hj Mustapha Ong had contradicted himself when he says,

"Datuk, despite your personal feelings, I wish to take this opportunity to congratulate prime minister Abdullah Ahmad Badawi on his own initiative to push through the bills just a few months before his exit from the premiership."

and

"Well, MPs and other politicians who had been tainted with corruptions should refrain from passing their comments and judgments, especially those who had been with the fairly corrupted BN administration for decades."

As I recall, there was a corruption report made against the PM too. And by the UMNO members, for that matter.

If any report are not investigated, concluded and perhaps later be trialed and judged, the related person will forever be considered tainted, wouldn't you say?

Going from the big mandate given to Pak Lah in PRU11 to the results of PRU12 indicated a major shrinking trust towards Pak Lah's admin.

I would not put the total blame on lack of support from extremist politicians.

And yes, NOBODY should be spared from being accountable for his doing, or for the lack of action for that matter.

In the world we live in, unconditional love only existed in the mind of children. This is a reality fact.

Go and see a football game and you will know what I mean.

p/s Satu papan telur ayam gred A, semalam saya beli dengan harga RM9.95. Tahun lepas kita masih boleh beli pada harga kurang dari RM8. Itu baru cerita telur ayam.

Rakyat biasa tidak mahir berbincang tentang undang-undang tetapi mereka arif benar tentang harga barang-barang keperluan mereka.

Raison D'etre said...

Saudara Sawit Trader,

Di Kangar lagi teruk. Sepapan telur grade B: RM10.40, Cili Merah RM20.00 (RM15 kalau pukal), ikan kembung pecah perut (besar sikit dari tangan anak saya) RM6 sekilo.

Kesian orang perlis, harga bahan mentah tinggi, tapi harga end product (nasi, lauk kuih muih) kena maintain harga zaman tok kaduk.

Pembentangan banyak "reform bills" pun macam zaman Tok kAduk juga. Main hentam keromo tak tengok implikasi undang - undang.

Dalam dua - dua keadaan, yang hujung juga yang naya.

Wasalam.

mohd khairi said...

Assalamualaikum Dato'

Tak pernah kedengaran ahli parlimen BN mendengar pendapat orang luar dalam hal yang mereka ada kepentingan.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).