Friday, December 05, 2008

Harapan Kepada Sekolah Satu Aliran

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SUASANA paling unggul bagi mewujudkan generasi baru yang berjiwa Malaysia adalah dengan setiap kanak-kanak, tanpa mengira agama, bangsa, status sosial dan lokasi, belajar dalam satu darjah yang sama, menggunakan bahasa pengantar yang sama dan mengikuti kurikulum yang sama.

Di penghujung sistem itu kita melahirkan lulusan, sama ada di peringkat sekolah atau universiti, yang berjiwa Malaysia, yang mahir berbahasa Melayu dan Inggeris serta mampu menguasai bahasa ketiga daripada salah satu bahasa ibunda.

Ini bukan impian atau mimpi. Keunggulan ini sudah pun difikirkan dan dijelmakan dalam bentuk laporan serta perakuan sejak sebelum merdeka lagi.

Tetapi malang seribu malang, akibat sentimen perkauman, cauvinisme, kepentingan politik jangka pendek dan penafian sejarah, keunggulan ini tenggelam. Yang lahir adalah polarisasi dan pertelingkahan yang berpanjangan.

Maka tidak hairanlah Ahli Parlimen Jerlun merangkap ahli majlis kerja Pemuda Umno, Mukhriz Mahathir, dikutuk dan dituduh menghasut oleh pelbagai pihak apabila beliau menyarankan penyatuan sistem persekolahan menjadi satu sistem tunggal.

[Memandangkan keunikan tajuk ini, saya memohon kerjasama semua pembahas agar berhujah dengan berhemah, rasional dan tanpa emosi perkauman yang keterlaluan.Ulasan menggunakan “anonymous” tidak akan disiarkan.]

Mukhriz secara ringkasnya mencadangkan sistem pelbagai sekolah dihapuskan dan disatukan menjadi sistem tunggal dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa ibunda orang Cina serta India diperkukuh dan diperluaskan pengajarannya.

Hatta pembesar-pembesar Umno sendiri seperti Mohd Najib Abdul Razak dan Hishammuddin Hussein, mengherdik beliau serta menolak cadangan itu tanpa sebarang artikulasi bernas.

Ini tidak langsung menghairankan saya. Mohd Najib terkenal dengan politik main selamat manakala sepupunya Hishammudin pula tidak mahu dituduh memihak dalam pertandingan Ketua Pemuda dengan menyokong cadangan Mukhriz.

Mukhriz, Khairi Jamaluddin (Naib Ketua Pemuda) dan Dr Mohd Khir Toyo (Ketua Pembangkang DUN Selangor) adalah calon Ketua Pemuda.

Benar kata pepatah, hanya mutu mengenal manikam. Manakala pembesar politik pelbagai kaum yang cauvinis atau pengecut mengecam saranan Mukhriz itu, cendekiawan dan sejarawan menerimanya sebagai satu kebetulan.

Prof Emiratus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dipetik oleh Utusan Malaysia pada 2 Disember sebagai berkata bahawa cadangan Mukhriz itu sangat baik dan menyamai cadangan dalam Penyata Razak 1956 dan Jawatankuasa Barnes (1950).

Rektor Kolej Yayasan Melaka, Prof Datuk Dr Ramlah Adam pula berpendapat cadangan itu bukan sesuatu yang baru dan pelaksanaannya dapat mengeratkan perpaduan kaum.

“Cadangan itu sebenarnya diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran dan diterjemahkan dalam Penyata Razak 1956,” katanya.

Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad berkata, cadangan Mukhriz itu hanya dapat direalisasikan sekiranya terdapat keazaman politik di kalangan ahli politik negara ini.

Dalam banyak hal, sistem sekolah kebangsaan ada hasil laporan Jawatankuasa Barnes pada tahun 1950. Laporan itu memperakukan agar semua sekolah yang ada di Malaya pada waktu itu diubah menjadi sekolah kebangsaan, dengan murid daripada pelbagai kaum diajar melalui perantaraan bahasa Melayu dan Inggeris.

Prof Dr Abdullah Hassan (Fakulti Bahasa-Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris) dalam rencana bertajuk “One Hundred Years of of Language Planning in Malaysia – Looking Ahead to the Future ” antara lain, menulis:

As such, the Barnes' Report (1950) made a radical recommendation that all existing schools should be transformed into national schools in which children of the various ethnic groups would be taught through the medium of Malay and English.”

Ramai pengkaji sejarah berpendapat bahawa cadangan Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) yang menjadi batu asas dasar pendidikan moden Malaysia adalah jauh lebih lemah daripada cadangan Jawatankuasa Barnes sepanjang mengenai integrasi dan status bahasa Melayu.

Mungkin masanya sudah tiba bagi pendidik dan cendekiawan sekali lagi mengambil alih agenda pendidikan dan bahasa ini seperti yang dilakukan oleh pejuang bahasa pada tahun 1960-an.

Tidak guna kita mengekalkan sistem yang ada sekarang semata-mata kerana cauvinisme politik sedangkan sistem pendidikan kita hambar dengan pelajar pelbagai kaum yang tebal perkauman serta lemah dalam semua bahasa yang kononnya diperjuangkan.

Saya yakin sistem satu aliran ini boleh dilaksanakan dengan lebih berjaya daripada sistem yang ada sekarang jika kita memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Mempertingkatkan mutu pengajaran bahasa Melayu kerana walaupun bahasa Melayu semakin luas digunakan, mutunya semakin buruk;

2. Untuk menjadi bahasa pengantara tunggal, penguasaan bahasa itu di kalangan guru dan pensyarah wajib dipertingkatkan;

3. Semua guru dan pensyarah wajib mahir bahasa Melayu dan Inggeris. Latihan guru dan penganugerahan diploma pendidikan wajib atas dasar dwi-bahasa;

4. Semua guru wajib boleh mengajar dalam dua bahasa – Melayu dan Inggeris;

5. Mempertingkatkan mutu pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil supaya boleh menjadi bahasa ibunda yang mantap bagi pelajar Cina dan India, serta bahasa pilihan bagi murid Bumiputera;

6. Membuka semua institusi pengajian kepada semua kaum, sama ada secara penuh atau melalui kuota; dan

7. Memperbanyakkan program perpaduan serta disiplin seperti Khidmat Negara bagi membolehkan pelajar dan remaja pelbagai kaum bergaul dengan lebih berkesan.

Kita tidak boleh lagi menyerahkan isu sepenting pendidikan semata-mata kepada pembesar politik yang kita sendiri akui semakin hari semakin lemah daya pemikiran, artikulasi dan komitmen mereka kepada perpaduan nasional.

Cauvinisme dan pertimbangan jangka pendek politik tidak boleh menjamin kelangsungan Malaysia sebagai negara pelbagai kaum yang bersatu padu.

97 comments:

Singgah abbebakar said...

Datuk,

Malaysia aamat memerlukan:=
1) Pemimpin yang berani memperjuangkan kepentingan dan kebaikan semua kaum bukan hayat politik.
2) Najib terlalu licik dengan dengan helah untuk memanjangkan hayat politiknya. Beliau tidak layak untuk memimpin dan membentuk sebuah bangsa Malaysia yang disegani.
3) Rata-rata ahli politik malaysia kini bukan pejuang, mereka tidak ada keazaman politik untuk masa depan rakyat Malaysia.
4) Idea sebaik yang terkandung dalam laporan jawatankuasa Barnes, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib dan lainnya dikwcutkan oleh pencacai politik yang memimpin Malaysia.
5) Latar belakang politik Malaysia belaum tentu menjamin hayat Mukhriz walaupun belaiu akan mendapat sokongan untuk menjadi Ketua Pemuda Umno.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

dato.. kalau tun razak setuju kenapa masa tu tak dilaksanakan. masa tu politik melayu amat kuat.masa tu benar2 ketuanan melayu. sekarang ni dah jadi ketuanan kayu atau ketuanan anuarisasi.

Jitu said...

Mukhriz bukan saja betul malah berani.Tiada yang lebih tepat demi PERPADUAN. Betul kerana negara yang lebih ramai rakyatnya (yang juga berbilang bangsa dan bahasa) seperti Cina, India, Amerikat Syarikat, Rusia, Indonesia dan lain2 menggunakan satu bahasa untuk menyatukan bangsa negaranya.

Dalam keadaan situasi politik sedang bergelumang dengan tuduh menuduh antara Melayu dan bukan Melayu, tentu isu ini menjadi sensitif. Keberaniannya adalah untuk membetulkan keadaan sekarang iaitu tidak ada PERPADUAN antara kaum.

Jelas, Mukhriz lebih pentingkan PERPADUAN. Diperhatikan juga begitu ramai rakyat inginkan PERPADUAN. Pemimpin yang hanya gilakan kuasa saja yang membelakangkannya.

ManSaari said...

Dato'.Kekoroan kepimpinan kita kian ketara.Mewarisan kelatahan tegar.Seringkali membuat ulasan dan kritikan tanpa menyemak dan merojok. Lebih buruk lagi disisipi dengan prasangka kerana kepentingan.

Sekolah satu aliran adalah sekolah untuk rakyat Malaysia. Jika kita sanggup dan ingin berkongsi negara maka mengapa kita tidak sanggup berkongsi sekolah, bahasa, budaya, guru, dan pemimpin?

Pada hemat saya biarlah sekolah sedia ada itu ujud,yang perlu berubah adalah struktur percambahan kaum di sesebuah sekolah, kesamaan kurikulum dan bahasa pengantar. Biarlah sekola cina dan sekolah tamil itu ujud seperti sekarang tetapi bahasa pengantar untuk subjek yang bukan bahasa ibunda hendaklah disampaikan dalam bahasa Kebangsaan.

Masukkan murid melayu dan tamil ke sekolah Cina dan bagitu juga sebaliknya.Biarlah setiap sekolah itu menggambarkan hakikat sebenar rakyat Malaysia.Demikian juga dengan agihan guru. Pengstrukturan ini memerlukan banyak pengorbanan daripada rakyat sama ada pemimpin, waris, murid, pendidik, dan masyarakat.

Jika penstrukturan ini dapat dilaksanakan, maka saya yakin akan terhapuslah sekolah kekurangan murid (SKM) mengikut aliran seperti sekarang.Malah murid pelbagai kaum tidak lagi mempunyai pilihan untuk mencari penempatan untuk belajar mengikut aliran berasaskan kaum.

Dato'saya sokong sekolah satu aliran dengan tidak menafikan hak seseorang rakyat untuk mmempelajari apapun bahasa ketiganya termasuk bahasa ibunda yang sentiasa dipertahankan itu.

Roti Planta said...

Dato',

Perlaksanaan perlu daya menolak dan daya penarik;

Daya penolak ialah melalui undang2 iaitu;
i. Kerajaan memberi bantuan (guru, naik taraf, penyelenggaraan dsb) kepada sekolah aliran kebangsaan sahaja. (Selangor nampaknya telah bagi macan2 kepada SJK (T))
ii. Pemberian tapak tanah, pengecualian cukai tanah dsb hanya untuk sekolah kebangsaan sahaja (Perak pun telah tersilap langkah)
iii. Bukankah mengikut Akta Pendidikan sekolah yang mempunyai murid yang minimun perlu ditutup... so tutup ajer sekolah tersebut. Buat apa meletakkan 2 guru untuk 1 pelajar (laporan akhbar dulu)

Penarik ialah sekolah kebangsaan perlu
i. Peningkatan kualiti guru, pentadbiran dan pelajar
ii. Meningkatkan kemudahan terutama asrama, makmal komputer, dewan serbaguna, padang permainan dsb
iii. Biasiswa dan pendidikan percuma sepenuhnya diberikan kepada sekolah kebangsaan. (tiada yuran tersembunyi spt PIBG, Ko-kurikulum, asrama dsb)
iv. Kemudahan asrama untuk penduduk yang tinggal lebih 10km daripada sekolah terutama di luar bandar

Saya yakin 'Sistem Pecah dan Laksana' (dulu British 'Pecah dan Perintah') yang dilakukan dalam sistem pendidikan sekarang akan melahirkan masyarakat yang bersifat perkauman, mementing diri, cemburu dan dengki pada bangsa lain, tidak memahami budaya dan adat resam bangsa lain, tidak boleh bertutur bahasa kebangsaan! dan banyak lagi yang membawa faktor perpecahan.... dan lihatlah pada suatu hari perpecahan ini akan menyebabkan kemusnahan masyarakat majmuk dan negara.

Bila perkara ini dapat dilakukan?... sayakin yakin sampai bila2 pun takkan berlaku andainya ahli politik kita terus begini... India dan Cina dalam Parti Keadilan dan DAP bekerjasama dengan Melayu hanya untuk terus menuntut...menuntut... menuntut...tanpa memikirkan tuntutan mereka hanya menyebabkan perpecahan masyarakat pada masa depan...

Mimpi saya (harap tidak berlaku)... suatu hari perkauman akan makin merebak, negara kacau bilau, permusuhan antara kaum menyebabkan pembunuhan... ahli politik tidak boleh dipercayai lagi... kuasa luar akan campur tangan... PBB akan memecahkan negara ikut etnik berdasarkan undian(macam bekas yogoslavia)... Penang, Ipoh, Sebahagian KualaLumpur dan Johor Selatan terlepas daripada Melayu dan jadi negara asing. Selepas itu Johor Selatan akan bergabung dengan Negara Selatan

Pada masa itu yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang (yang kalah mungkin melayu!)...

Jadi untuk mengelak semua itu, ahli politik Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum perlu mula memikirkan kemana anda ingin membawa negara pada masa depan?

Bye/Roti Planta

malayamuda said...

Tuan,

Adakah ini bermakna bahawa semua sekolah agama rakyat dan sekolah/kolej/universiti yang hanya menerima kaum melayu sahaja harus di tutup?

hanye dengan menutup sekolah vernakular sahaja , matlamat YB Mukhriz tidak akan tercapai.

Ahli2 politik terutamanya dari UMNO harus tidak mementingkan hal2 perkauman sahaja tetapi lebih kepada ekonomi dan pembangunan semua rakyat malaysia tanpa mengira agama/ bangsa / warna

Bukan kah itu yang Islam mengagungkan ? Tak guna kite sebagai umat Islam mengagungkan Islam tetapi secara praktis tidak amalkan ajaran Islam.

Tayadih Maysia said...

Assalammualaikum,

Isu ini ada juga diperkatakan dalam bigdogdotcom. Komen saya pun sama dengan apa yang ditulis di situ...

"BRO, 1000% SETUJU DALAM HAL INI.
TAK NAK TULIS PANJANG…BANGLA, VIETNAM, INDON, FILIPINA LEBIH FASIH BERBAHASA KEBANGSAAN BERBANDING CINA YANG TELAH LAHIR 50 TAHUN ATAU 60 TAHUN DI NEGARA YANG DIKATAKAN SEBAGAI NEGARA TUMPAH DARAH MEREKA. TU BELUM LAGI CERITA CINA YANG BERUMUR SETAHUN JAGUNG…PERNAH NAMPAK CINA BACA SURAT KHABAR BERBAHASA KEBANGSAAN?…PERNAH LIHAT DAN DENGAR CINA MENGGUNAKAN BAHASA KEBANGSAAN BERKOMUNIKASI SESAMA MEREKA? SELALU TAK NAMPAK CINA BACA SURAT KHABAR INGGERIS? SELALU TAK LIHAT DAN DENGAR CINA MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS BERKOMUNIKASI SESAMA MEREKA?…INILAH SALAH SATU KEGAGALAN UMNO SEBAGAI PARTI PEMERINTAH SEJAK DARI DAHULU LAGI. BILA DAH BERLANSUNG SELAMA PULUHAN TAHUN…AMAT SUKAR UNTUK DIUBAH!!! TEPUK DADA TANYA SELERA"

Pelik bin Ajaib tatkala orang bukan Melayu meminta kesamarataan...mereka buat pusingan "u turn" apabila berbicara tentang pendidikan dan bahasa...

Abdullah Ngah said...

sekolah satu aliran memang baik jika diadakan selepas merdeka, tetapi sekarang ini sudah terlambat, kerana nasi sudah jadi bubur, lebih-lebih lagi kebanyakan pemimpin umno memang tidak begitu gemar sejak dahulu lagi hingga kini. Ini dapat kita lihat dengan mata kepala sendiri mereka bukan sahaja tidak gemar dengan sekolah satu aliran malah sangat tidak berkenan hendak mendaulat dan memartabat bahasa Melayu. Ini jelas nampak sangat celakanya pemimpin Melayu.

balan said...

Dato'

I have proposed this (Closing down Tamil Schools) long ago through an article which was published by only Malaysiakini.

When I republished this in my blog, it drew various nasty responses, especially from Indians.

No one thinks about the proposal thoroughly and thoughtfully in the context of national intergration and unity.

Am also not surprised that Harapan Baru and Malaysian Malaysia does not provide a new hope or united Malaysia just for the fear of losing votes.

Regards
http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

Berita dari gunung said...

Ramai masih selesa hidup dalam negara berbilang bangsa ini. Ramai telah jadi kaya dan berjaya. Kalau tidak, sudah berjuta orang Malaysia lari dengan "bungkus" ke benua lain.

Yang kita sedia maklum ialah kehadiran berjuta rakyat asing dalam negeri kecil dan panjang ini, iaitu Tanah Melayu atau Malaysia bila dicampur dengan dua bumi dibawah bayu dan kenyalang. Malaysia adalah lubuk emas.

Lubuk emas ini, saya jangka sudah ada dari dulu lagi sebelum wujudnya Pasir Mas dan Telok Mas. Orang Melayu adalah jenis yang suka berbaik-baik.

Cara hidup berbangsa-bangsa ini bukan semestinya tidak baik. Tentu kita tidak mahu mempertikaikan kenapa Tuhan tetapkan manusia ini berkaum dan berpuak.

Pengasingan yang ketara antara kaum juga mengundang banyak gejala yang lain. Sangsi dan Buruk Sangka berluas-luasa. Pemain politik yang tidak sensitif terus celupar meniup api bangsa hingga menyala-nyala.

Tetapi ahli politik masih boleh bertegang leher dalam dewan, tetapi duduk minum semeja dengan ketawa berdekah-dekah. Tuan Hadi masih selesa untuk memeluk Lim Kit Siang walaupun bila perlu menjerit-jerit kewajaran intipati perjuangan PAS hingga air liur memercik serata lantai.

Namun rakyat biasa tetap dengan kehidupan mereka, bersekolah, bekerja dan hidup dalam masyarakat berbilang bangsa.

Akhir-akhir ini, Perdana Menteri membiarkan saja pemimpin-pemimpin bermain dengan perlbagai api. Api bangsa adalah jenis yang boleh menyala dan menyambar. Jika disisip dengan isu Agama, api boleh menyambar dan memakan lalu memusnah.

Sebarang usaha untuk membenarkan anak-anak pelbagai bangsa dapat hidup dan belajar bersama-sama adalah langkah baik.

Tetapi ahli politik sudah biasa dengan kecenderungan berbangsa. Lihat saja Teresa Kok, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Hadi, dan juga yang dari UMNO.

Isu bangsa perlu ada untuk sebahagian ahli politik boleh terus hidup dan berdansa.

Hikayat Mamak Bendahara said...

Saya memang kesal dengan reaksi terhadap Mukhiriz Mahathir selepas di memberi cadangan untuk satu sistem persekolahan sahaja.

Akhbar2 memang memihak kepada Khairy Jamaluddin, tetapi statement yang Lim Kit Siang dan ahli DAP lain beri memang tidak masuk akal!

Mereka ini, lain hari lain cerita....

http://hikayatmamakbendahara.blogspot.com/

NGINAP SRENGENGE said...

Datuk,

Semasa mengaji di sekolah inggeris zaman sebelom merdeka cukup bermakna.Cukup menarik.Tapi orang2 politik la ni ,yang muda2 tu tak dapat merasa semua itu.Kalau depa cakap pun jadi macam tak kena.

Mukriz mungkin tau sikit.Sebab Tun M pun tentu dah cerita padanya.Dan Tok wan dia pun jadi Guru Besar sekolah inggeris.

Salah seorang guru aku berbangsa Tionghwa boleh baca utusan melayu ( jawi).Kawan2 saya yang melayu pun boleh cakap cina dan tamil.Antara kami pun semua celek jawi.

Dah 50 tahun merdeka kita masih lagi meraba2.Dah 50 tahun merdeka pasar malam kita masih kotor.Akhlak orang2 muda pun merudum.Apa kita buat mengisi kemerdekaan selama 50 tahun ni ? Dok berebut harta, dok ligan pangkat, dllnya.

Mengapa hapraknya kita ?

LensaPR said...

terlalu ideal kot

Jijan Mali said...

Cadangan yang diutarakan oleh ahli parlimen Jerlun itu adalah satu cadangan yang amat baik yang mana akan dapat merapatkan lagi perhubungan antara kaum.

Mereka yang menentang cadangan ini jelas menunjukkan sikap 'bigotory' yang menebal. Jika kita selalu menguar-uarkan laungan dan pekikan 'BERSATU' dan 'HARMONI', kita perlulah memulakan ia dari peringkat paling bawah sekali iaitu peringkat inistitusi kekeluargaan dan kemudiannya persekolahan.

Saya amat tidak memahami penentangan yang dilakukan oleh pemimpin kita masa ini baik dari pihak pemerintah dan pembangkang mengenai isu tersebut. Adakah mereka betul-betul memahami apa erti itu 'Perpaduan Sejagat' atau mereka melaung-laung kan 'Perpaduan Sejagat' hanya sekadar selogan?

Penentang idea ini menyatakan ia adalah bertentangan dengan 'semangat' perlembagaan negara tetapi pokoknya adakah benar ianya bertentangan? Adakah mungkin sesuatu yang boleh menyumbang kepada perpaduan dan integrasi nasional adalah bertentangan dengan perlembagaan negara Malaysia?

SyedIkram said...

Datuk,
Saya rasa, nak menyerap pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah vernakular ke dalam sekolah kebangsaan akan mempunyai kerumitan pada permulaannya.

Sekolah kebangsaan telah di'melayu'kan secara tidak langsung kerana majoriti pelajarnya adalah bangsa melayu. Cara pengajaran dan budaya juga lebih menjadi cenderung ke arah kemelayuan. Kenapa ini berlaku?

Ini disebabkan kaum lain tidak mahu menyertai sekolah kebangsaan dan dengan itu dapat membentuk budaya Malaysia yang tersendiri.

Bangsa melayu boleh meninggalkan sekolah agama dan pondok mereka untuk menyertai sekolah kebangsaan, kenapa tidak bangsa-bangsa lain?

Saya tak percaya kementerian pelajaran begitu tegas dalam mengadaptasikan keperluan kaum lain dalam sesi pembelajaran di sekolah kebangsaan. Sudah tentu dengan penyertaan kaum india dan cina, maka kerajaan akan membuat pengubahsuaian di sekolah-sekolah kebangsaan. Contohnya, pengajaran bahasa mandarin dan tamil dan pengenalan matapelajaran baru seperti budaya kaum cina dan india dan sebagainya.

Dengan cara ini sahaja dapat pelajar-pelajar mempelajari dan memahami budaya dan cara-hidup kaum lain.

Dengan pengasingan yang berlaku sekarang, kaum-kaum ini akan sentiasa mempunyai syak-wasangka antara satu-sama-lain. Lihat sahajalah komen-komen yang mempertikaikan majlis fatwa. Lihat juga mereka yang suka membakar kemarahan orang lain dengan menjerit ketuanan itu dan ini.

Kita perlu melihat isu pendidikan ini lebih daripada kepentingan politik dan individu. Apa salahnya bertolak ansur demi kemajuan bersama?

Budak Rasah said...

Setuju 100% atas cadangan sistem sekolah satu aliran. Ini sahaja caranya untuk benar-benar wujudkan bangsa Malaysia sejati. Sering kedengaran laungan daripada pihak tertentu yang kononnya ingin melihat pembinaan bangsa Malaysia tetapi apabila sistem aliran sekolah disoal, lain pula rentak mereka. Kerajaan harus tegas dalam hal ini.

frankie said...

The politicians are good in scoring marks. Before they start with one system for school, why don't we start by abolishing race based party. Forget about fighting for own community or trying to be community's hero, let's fight for the betterment for all Malaysian in general.

No more UMNO, MCA & MIC and other race based party. If this can't be achieved among the adults and the educated, don't play with our young children's right for education of their parent's choice.

I am the product of sekolah kebangsaan in the 70s. I will send my kids to any school kebangsaan or jenis kebangsaan, it does not matter to me, I only wish that the school can provide high level of education to my kids but sadly, look at today's student quality at our universities, the local universities ranking and the end product, the graduates themselves.

Our Education Ministers past and present sucks, that is why the general level of our students are below expectation.

Shifting the blame on vernacular school is just an excuse. If sekolah kebangsaan is really good, Malaysian in general will be fighting for places in such school. Why is it not happening?

Nan Naga said...

Suara-suara yang menghentam candangan satu sistem pendidikan ini. Rata-ratanya adalah suara yang pernah menyatakan bahawa "Politik berasaskan kaum Tidak Relevan". Bagi mereka parti sebegini tidak menggalakkan perpaduan dan persefahaman antara rakyat.

Tapi kini mereka mahu pula mengekalkan sekolah berasaskan kaum?!

Bukankah lebih baik jikalau integrasi kaum ini dapat dipupuk sejak dibangku sekolah lagi. Kalau di sekolah sudah diasingkan mengikut kaum. Bagaimana pula ini dinamakan perpaduan?

Kerana Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya! Suka atau tidak sekolah adalah permulaan yang terbaik kearah perpaduan.

Jika diteliti, cadangan ini bukan menghapuskan bahasa ibunda kaum cina dan india. Malah ia menggalakkan lagi supaya pelajar setiap kaum mempelajari semua bahasa.

Kalau sistem ini dilaksanakan sekarang. Rasanya 15 tahun akan datang, majoriti rakyat Malaysia Melayu, India, Cina sudah boleh menguasai 4 bahasa. Bahasa Malaysia, Kantonis, Tamil dan Inggeris.

Ini menjadikan Malaysia unik dan berdaya saing diperingkat Global.

HAJIMAN IBRAHIM said...

Ybgh Dato,
Ramai yang menyokong saranan Dato Mukrhriz tu. Pastinya dikalangan yang berjiwa Melayu, mengharapkan saranan beliau menjadi kenyataan. Artikel sokongan Dato pula menguatkan saranan Dato Mukhriz boleh dilaksanakan, namun ada beberapa cadangan Dato tu tidak menasabah, mithal nya di no 5,6.

Juga, saya juga setuju bila artikel Dato yang berbunyi” Kita tidak boleh lagi menyerahkan isu sepenting pendidikan semata-mata kepada pembesar politik yang kita sendiri akui semakin hari semakin lemah daya pemikiran, artikulasi dan komitmen mereka kepada perpaduan nasional”.

Agaknya, jika Dato pula mencadangkan supaya nama negara Malaysia dikembalikan kepada “MALAYA” atau PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. Dengan nama tersebut, rakyat terbanyak akan lebih faham sejarah negara. Ketuanan Melayu, Hak keistimewaan Melayu, Kedudukan Raja Raja Melayu dan banyak lagi dengan mudah dimengertikan .

Kaum India diMalaysia ni ada budaya tak tahu malu dan tak ada maruah. Mithalnya, mengambil hasil tanaman orang tanpa mohon kebenaran (atau hanya mohon sekali saja namun mengambilnya berulang kali), mencuri bunga-bunga perhiasan orang, tujuan nya nak sembahyang. Parking kereta sesuka hati, Dato boleh lihat kejadian ni di Klang. Bercakap dengan kuat tanpa menghiraukan ketenteraman jiran dan ada banyak lagi. Apakah Dato fikir satelah 50 tahun kita hidup bersama mereka , perangai mereka dapat kita terima ? Kaum Cina pula, Dato boleh lihat mereka berkahak tanpa menghirau tempat dan meludahnya sesuka hati, duduk pula dengan terkangkang tanpa sopan dipandangan melayu. Melacur dan menyimpan wanita adalah budaya mereka. Mencarut , bahasa bualan harian mereka. Dan banyak lagi yang bertentangan dengan kesopanan melayu. Dato rasa boleh ke kita bahagia hidup berjiran dengan mereka ?

Muga sekolah dan sistem pendidikan yang dicadangkan Ybgh Dato Mukhriz dan dengan sokongan Dato sendiri akan secara langsung memperbaiki dan melahirkan sopan santun yang tinggi nilainya diamalkan oleh rakyat Tanah Melayu dimasa depan.

add said...

Assalamualaikum,
Stail Datuk Seri Najib (DSN) dan Datuk Seri Hishamudin(DSH)memperkatakan isu pendidikan yang dicadangkan oleh Datuk Mukhriz Mahathir (DMM) agak pelik dan nampak macam beliau berdua DSN & DSH ni macam tidak pernah memegang jawatan menteri pelajaran.

Saya amat bersetuju cara komen dari Datuk.

DSN memberi jawapan selamat (kononnya tak nak melukakan hati kaum lain,itulah sebab DSN sanggup mohon maaf secara terbuka bagi pihak Ahmad Ismail sebelum ini)

Manakala DSH ni sepatutnya "explore" terlebih dahulu berkaitan, perlembagaan, penyata pendidikan yang lepas sebelum membuat sebarang statement yang boleh menampakkan ketidakcerdikan sendiri.

Pada saya apa yang DMM suarakan adalah yang terbaik buat masa akan datang, mengapa saya berkata demikian, kerana; bila generasi tua/lama /pakar sejarah lama tiada maka fakta sejarah akan dimanupulasikan oleh "mereka-mereka" yang mempunyai agenda tersirat dimasa akan datang. Kaum melayu ni mudah lupa,leka,kesian dan tidak bersatu hati dalam banyak isu.

Seharusnya bidang pendidikan diberi nafas baru dalam semua aspek termasuk isu bahasa bukan hanya laungan PIPP sahaja.

Nasib warga pendidik baru hendak menarik nafas lega kerana timbalan menteri pendidikan yang baru dilantik cuba merungkai apa yang kusut selama ni telah diambil olehNya. kalau nak mengharapkan kepada Menteri sekarang ni nampak macam tiada keazaman kearah itu. kalau setakat memperluaskan jawatan kepada seratus lebih jawatan dari lebih 300 ribu ahli (0.05%)itu bukan perjuangan secara total kepada warga pendidik.

Berbalik kepada sekolah satu aliran, KPM seharusnya meneruskan semula usaha-usaha sekolah wawasan secara intensif dalam menyebarkan maklumat kepada semua masyarakat.
Kadang-kadang idea memang ada dan bagus tetapi oleh kerana kefahaman masyarakat tentang idea tersebut adalah rendah maka itu yang membantut dan bantahan dari masyarakat.Kepada pentadbir kerajaan dan ahli politik jangan sesekali mengeluarkan kenyataan ala-ala "selamatkan diri" dan cuba jangan banyak sangat percanggahan pendapat dalam isu berkaitan.
Saya suka cara Daruk Seri Rais Yatim kalau memberi ulasan atau pandangan dalam sesuatu isu, (berfakta,tepat,dan bukan retorik)

wassalam

tok janggut said...

Salam,
Saya bersetuju sangat dengan cadangan dan buah fikiran Mukhris tersebut. Sebagai bekas guru(bersara awal) saya dapat merasakan kebaikan sekolah satu aliran. Tidak ada cara lain untuk merapatkan hubungan antara kaum seperti apa yang berlaku di Indonesia dan Thailand melainkan dengan melatakkan pelajar-pelajar dalam pelbagai bangsa dalam satu kelas. Dengan cara ini tidak ada lagi syak wasangka antara kaum kerana semua kaum menerima layanan pendidikan yang sama tapa bias antara kaum.

Harapnya janganlah ada lagi perasaan ibu bapa Cina dan India yang merasakan kerajaan akan mengabaikan penggunaan bahasa Ibunda mereka.

Pada saya selagi anak-anak kita tidak didedahkan dengan keakraban hubungan antara kaum sejak kecil lagi maka selagi itulah mereka tidak akan dapat menerima keakraban hubungan antara kaum sampai mereka dewasa.

Pada tidak ada cara lain lagi untuk mewujudkan hubungan kaum yang erat cuma melalui aliran pendidikan yang sama. itu sahaja.

Kepada kaum melayu, kalau kita mengharapkan persetujuan daripada kaum lain menerima sistem pendidikan satu aliran, harapnya orang melayu juga sanggup mengorbankan sekolah agama mereka. Hapuskan sekolah agama. Agama boleg diajar di sekolah satu aliran. Atau subjek agama untuk semua kaum boleh diadakan pada waktu petang. Itu cadangan saya.

CUMA APA YANG SAYA MUSYKIL IALAH KENAPA SAUDARA MUKHRIS MENGEMUKAKAN ISU INI PADA WAKTU DAN MASA INI.

Zainal said...

Salam

Setuju dengan pendapat mukhriz. Sangat bangga jika kita rakyat Malaysia berbilang kaum dapat bersatu dan tidak membuang masa dan tenaga bergaduh sesama sendiri.

Kebanyakan orang Melayu cuma mampu satu bahasa sahaja, sedangkan cina dan india sekurang-kurangnya dua bahasa. Alangkah bagus kalau melayu, cina, india dan lain-lain kaum rakyat Malaysia semua boleh berbahasa sekurang-kurangnya dalam empat bahasa? Terus menjadikan Malaysia sebuah negara yang sangat unik. Kesannya lebih baik dari pergi ke kutub utara, ke bulan, membuat bendera terpanjang di dunia dan lain-lain yang sangat kelakar. Ini tidak mustahil.

Mengapa kita tidak menggunakan kelebihan berbilang kaum negara kita untuk bersatu dan menjadi negara yang kuat?

Tetapi, adakah saranan Mukriz ini iklas atau pada masa dan keadaan ini sahaja?

Alias Mohd Yusof said...

Kalau mengikut perkiraan biasa, paling lewat Malaysia akan mengadakan pilihanraya umumnya yang ke 13 ialah pada tahun 2013.

Pastinya pilihanraya umum ke 13 ini bakal mencatat sejarah sebagai pilihanraya yang akan menentukan halatuju baru rakyat Malaysia. Tidak keterlaluan kalau dikatakan piliharaya ke 13 pada tahun 2013 itu sebagai bermulanya era Malaysia Baru di mana banyak dasar-dasar lama akan diganti dengan dasar-dasar yang baru.

Dua entiti politik Negara yang sekarang dikenali sebagai Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat pasti akan berebut slogan ‘Malaysia Baru’ dan ‘Perubahan’ atau ‘Change’ bagi menghadapi kempen pilihanraya ke 13 ini.

Slogan ‘Change’ telah membawa tuah kepada Obama semasa beliau menghadapi kempen presidennya. Sudah tentu slogan ini juga akan menjadi tarikan kepada parti-parti politik di Negara kita untuk menggunakannya, sama seperti slogan ‘reformasi’ yang begitu popular di satu masa dulu.

Banyak dasar-dasar Negara dan fahaman politik yang dianggap tidak relevan lagi dan telah dipertikaikan secara terbuka oleh rakyat terutamanya generasi muda. Ini termasuklah konsep ‘kontrak sosial’, dasar ‘ketuanan Melayu’, pelaksanaan DEB dan perpaduan kaum yang longgar yang telah menyebabkan jurang perkauman atau polarisasi kaum semakin menebal.

Kini ramai orang telah sedar dan menyalahkan pengwujudan sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan menyebabkan polarisasi kaum semakin menebal. Kewujudan sekolah aliran jenis kebangsaan ini telah memisahkan kanak-kanak berbeza kaum daripada dapat peluang untuk berkawan dan bergaul.

Sebenarnya tidak salah untuk mengajar anak-anak kita tentang bahasa ibunda dan adat resam kaum masing-masing, tetapi yang salahnya bila kita asingkan sekolah kanak-kanak ini mengikut kaum.

Sebelum isu sekolah berasingan ini hangat diperkatakan, saya telah banyak juga menulis berkaitannya dan banyak surat yang saya tulis ke Malaysiakini berkaitan dengannya. Alhamdulilah, perkara ini semakin hari semakin mendapat perhatian ramai.

Dengan arus fahaman politik yang berubah, saya percaya penyelesaian kearah ‘satu sekolah’ ini akan menjadi kenyataan jua menjelang 2013 nanti. Apabila semua orang sedar betapa pentingnya kepada dasar ‘satu sekolah’, maka orang-orang politik pun akan tidak teragak-agak lagi untuk mengambilnya sebagai satu isu yang dapat menguntungkan politik mereka untuk diperjuangkan.

Di zaman manusia yang semakin cerdik dan celik ini, manusia tidak lagi boleh menerima adanya perbezaan taraf dan darjat disebabkan perbezaan keturunan dan warna kulit. Sebaliknya kualiti manusia adalah ditentukan oleh usaha, sikap, dan kebolehan masing-masing.

Setiap insan dilahirkan bebas, mereka mempunyai hak dan peluang yang sama, tidak ada yang dilahirkan untuk menjadi tuan dan tidak juga untuk menjadi hamba.

Entiti politik mana yang menjadi pilihan rakyat pada pilihanraya ke 13 nanti bergantung kepada keberanian mereka memperjuangkan aspirasi rakyat yang inginkan perubahan ini.

BN telah mula mengorak langkah untuk menjenama semula partinya, parti komponen yang berada dalam BN mula mahu mendengar suara akar umbi mereka. Kedengaran parti-parti komponen yang berada dalam BN telah menyuarakan isu-isu yang tidak senada. Banyak dasar-dasar yang mereka setuju sebelum ini telah dipersoalkan.

Ada pemimpin parti komponen BN telah secara terbuka dan berani mempersoalkan ISA, mempertikaikan konsep ‘ketuanan Melayu’, mempersoalkan pelaksanaan DEB dan ada juga yang mempersoalkan pengasingan sekolah mengikut kaum.

Sebaliknya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat pula sibuk untuk mengembalikan kekebalan raja-raja yang telah dimansuhkan oleh UMNO semasa pimpinan Tun Dr. Mahathir dulu.

Saya melihat langkah yang diambil oleh PKR ini merupakan langkah yang ke belakang. Mereka seperti ingin dan berminat untuk kembali ke zaman purbakala. Sistem beraja atau monarki adalah warisan sistem kuno, di zaman itu manusia percaya hanya raja dan keturunannya sahaja yang layak memerintah. Malah ada sesetengah kaum di zaman dulu yang percaya raja adalah dari keturunan Tuhan yang harus disembah.

Mungkin PKR ingin mengambil jalan politik populis hingga hilang pertimbangan dan kewajarannya. Kalau Pakatan Rakyat tidak lagi menonjol untuk membawa pembaharuan kepada rakyat Malaysia, saya tidak nampak mereka boleh menjadi entiti politik pilihan utama dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Di zaman manusia yang semakin cerdik, berilmu, bertamaddun dan masyarakat madani, kita diajarkan bahawa manusia semuanya adalah sama. Manusia hari ini tidak dapat lagi menerima sistem feudal, tidak boleh menerima adanya perhambaan sesama manusia, amalan perhambaan telah lama lenyap dari muka bumi ini, dasar aphartheid yang trajis dalam sejarah manusia juga telah berakhir di Afrika Selatan beberapa dekad yang lalu.

Isu persamaan hak, kebebasan, keadilan, ketelusan dan meritokrasi adalah isu-isu kemanusiaan yang akan terus menjadi medan perjuangan utama politik.

Manakala isu-isu yang hanya memperjuangkan kaum sendiri dan memperjuangkan warna kulit bakal akan menjadi isu politik ketinggalan zaman, ahli politik yang memperjuangkannya pasti akan lenyap seperti lenyapnya dinosaur.

yatim said...

Dear Saudara Kadir Jasin,
Thank you for your rational suggestions on how could intergrate the SRJK(C) & SRJK(T) into the national education system. It is very written with much thought. What is required is the true commitment from the government on this matter. Unfortunately what we are seeing is just a political manoeuvre by UMNO politician just to win their party election. Mukhriz suggestion on SRJK(C) & SRJK(T) was purely a political stand to win the UMNO youth election without any rational thinking. We all could see that.

dan kajang said...

As'kum Dato'

1. Saya rasa cadangan yang dikemukakan oleh YB Datuk Mukhriz bagi mengujudkan sekolah satu aliran yang menjurus ke arah perpaduan kaum dinegara ini adalah yang terbaik yang pernah kita dengar setakat ini. Sepatutnya jika kita benar2 ikhlas untuk perpaduan kaum, kita patut sokong dan bukan menghentamnya.

2. Memang betul kata Dato',kita tidak lagi boleh mengharap politikus kita yang hanya mementing keuntungan politik mereka untuk memikir isu ini.Kita amat kesal dengan kenyataan DS Najib yang menolak cadangan itu semata-mata kerana hendak kekalkan prinsip Penyata Razak.Sedarkah beliau bahawa undang2 ciptaan manusia bukannya Alquran yang sudah sempurna dan tidak boleh dipinda.

3. Undang2 ciptaan manusia banyak kekurangannya dan ia perlu sentiasa dikaji dan diubah mengikut keadaan semasa.Kita lihat sekarang,setelah kita merdeka lebih 50 tahun,perpaduan rakyat bukan bertambah kukuh tapi makin berpecah.Dimana silap dan puncanya.Kalau kita terus hanya membuat pembetulan diperingkat atasan semata-mata dengan mencipta berbagai slogan perpaduan yang rotorik,tentu tidak membawa kita kemana-mana.

4. Perpaduan kaum harus bermula diperingkat awal lagi.Kita harus membentuk anak2 kita semasa mereka masih rebung.Jadi disekolahlah tempat untuk kita mulakan proses perpaduan kaum ini.Kalau kita teruskan dengan sistem pendidikan sekarang dan membenarkan sistem vernakular,sampai khiamat pun kita tidak dapat capai maklamat perpaduan kaum yang tulen.

5. Anak2 kita patut mula diterapkan semangat perpaduan ini disekolah yang satu aliran.Mereka akan berkomunikasi antara satu sama lain dalam bahasa perpaduan iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pula dijadikan sebagai bahasa ilmu.Bahasa-bahasa lain boleh dijadikan sebagai subjek bahasa tambahan yang mana semua murid digalak belajar.

6. Saya yakin jika perubahan sekolah satu aliran ini dimula sekarang,maka dalam tempoh tidak sampai 10 tahun kita akan saksikan kewujudan perpaduan kaum di kalangan anak2 Malaysia yang benar2 tulen.

Pedang Bertuah said...

Assalamualaikum Datuk

Saya memang tertunggu-tunggu Datuk membuka tirai perbahasan untuk topik ini.

1. Secara peribadi, apa saya dapat katakan ialah terserlahnya semangat kiasu yang sudah tidak dapat dibendung lagi oleh pemimpin-pemimpin bukan Melayu.
Rasionalnya: Bila disentuh soal sekolah satu aliran, mereka bermati-matian menyangkal dan menegakkan bahawa ia terpelihara dan termaktub di bawah perlembagaan. Datuk Mukhriz dikecam sebagai racist yang cuba bermain api perkauman. Tapi, bagaimana pula mereka yang bertalu-talu mempersoalkan hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja yang juga sah termaktub di bawah perlembagaan?

2. Lemahnya kepimpinan Melayu sekarang dan mudah diperkotak-katik
Rasionalnya: Tidak ada pemimpin Melayu yang tegas menangkis hujah atau usaha merendah-rendahkan hak istimewa orang Melayu. Hatta, menjulang keris pun terpaksa keluar kenyataan memohon maaf. Bak kata Datuk sendiri, semua mahu main poiltik selamat sahaja.

3. Konsep 'keterbukaan' melampau yang makan diri.
Rasionalnya: Konon mengamalkan sikap terbuka dan telus. Apakah kita perlu terlalu 'terbuka' sampai orang lain memijak kepala kita? Adakah dengan 'keterbukaan' orang boleh cakap saja apa yang hendak dicakap tanpa fikirkan implikasinya? Saya lebih suka Tun Mahathir yang dilabel diktator oleh mereka, biar sedikit diktator agar mereka yang tidak sayang mulut ini tidak bercakap sesuatu yang boleh mencetus api perkauman.

4. Tiada semangat Malaysia walaupun bersungguh minta hak sebagai rakyat yang lahir dan dibesarkan di Malaysia.
Rasionalnya: Apa yang lucunya, mereka ini meminta-minta hak sama rata sebagai rakyat Malaysia, tetapi berbahasa kebangsaan pun tak fasih, taksub pada sekolah aliran sendiri dan buta sejarah serta asal usul.

Pandangan saya, hanya kepimpinan dan Perdana Menteri yang berkaliber dan kuat saja dapat mengembalikan kekuatan Melayu pada tempatnya dan mengimbangkan tuntutan-tuntutan keterlaluan lain-lain kaum.

bundi said...

kalau nak ubah sistem pendidikan,elok ubah dari A sampai Z.ubah semua sekali dan jangan hanya setakat menyentuh pasal sekolah vernakular.perbahurui sekali mrsm dan yang seumpamanya dan buka kepada golongan bukan melayu dan bumiputera.ada berani?

mukhriz cakap pasal perubahan tapi bolehkah dia menerima perubahan secara total dan perubahan yang "dipilih"?

sistem yang ada sekarang masih lagi relevan.ibubapa boleh pilih mana-mana sekolah untuk hantar anak mereka belajar.

Yang Buncit said...

Sepatah dua kata dari Najib menambah lagi rasa loya saya terhadap beliau. Kenapa Najib tergesa-gesa mengeluarkan pendapat tanpa langsung berlandaskan hujah2 yang kuat.

Menjadi satu kesalahan besar kah jika sekolah2 vernakular dihapuskan dan diserapkan semua pelajar ke sistem kebangsaan? Agenda siapa yang Najib nak pertahankan?

Najib dilihat terlalu banyak bermuka2 dan selalu cuba lari dari masalah. Ini bukanlah sifat pemimpin yang kita idam-idamkan terutama pada situasi genting sebegini. Najib nampaknya tiada keazaman politik untuk menjayakan sesuatu. Dengan keazaman politiklah kita berjaya mencipta PROTON, membina KLCC dan menongkah arus menyelesaikan krisis ekonomi 1998.

Saya rasa isu ini merupakan kunci yang boleh menghuraikan banyak masalah yang kita hadapi selama ini. Dari masalh integrasi nasional kepada masalah kepala batu pemimpin2 politik yang menangguk di air keroh.

Carl said...

Salam DAKJ,

Saya hairan mengapa cadangan yang begitu baik sukar diterima oleh pemimpin. Mungkinkah wujud kepentingan peribadi atau ingin gah di mata pengundi menyebabkan mereka lantang membantah idea ini.

Saya tidak nampak kepincangan idea ini. Ya jika benar ia ada kelemahan kita masih boleh perbaiki. Sedangkan PPSMI pun masih diteruskan dengan ungkapan program ini "tidak gagal" tetapi mampukah ia berjaya dengan gemilang, cemerlang dan terbilang. Itu semua kita kena tunggu dan lihat kerana kerajaan masih memberi peluang untuk PPSMI ini diteruskan.

Mungkin tiada keazaman dan nekad untuk mencuba perubahan dikalangan pemimpin menyebabkan kita rakyat yang menerima kesannya. Mungkin sudah terlewat untuk mengubah persepsi masyarakat kini tetapi tidak pernahkah mereka terfikir idea ini adalah cara terbaik untuk memupuk perpaduan dikalangan anak-anak kecil kini yang bakal menjadi pengundi, rakyat dan pemimpin dalam masa 20 tahun akan datang.

Berfikirlah panjang wahai pemimpin, janganlah tersilap pilihan kerana selepas 50 tahun merdeka, kerajaan nyaris tewas di tangan pembangkang. Ambillah teladan. Semua pihak perlu berkorban untuk perubahan. Ini bukan kepentingan satu kaum tetapi ini penting untuk perpaduan Malaysia masa kini hingga ke masa depan, melangkaui tahun 2020.

Dr Munir said...

Dato Kadir.

Salah satu refomasi Pelajaran yang di buat oleh Lee Kuan Yew samasa ia menjadi Perdana Menteri Singapora ia lah menghapuskan faham chauvisma Cina dan Melayu.Ia menghapuskan sekolah aliran Cina dan Melayu,Menutup Nanyang University.Ia tahu di sinilah tempatnya yang melahirkan radical Chinese leader yang menyokong komunis waktu itu.Liha apa yang terjadi sekarang ini.Generi baru Raayak Singipura amat liberal pemikirannya,open minded dan sanggup terus Maju dan bersaing dengan kaum lain.

Saya mempunyai ramai kawan Cina dan India dan Melayu yang keluar dari University Singapura.Mereka ini mempunyai daya fikir yang baik sekali.Dato Ahmad Mustapa,Tan Sri Kamil,Tan Sri Hashim dan ramai lagi pemimpin masyarakat kita yang amat baik sekali pemikirannya.

Di Malaysia,saya suka bandingkan personelity TUn Ling Liang Sik dan Lim Kiat Siang.Tun Ling merupakan product dari RMC,sekolah aliran Inggeris,berbilang kaum.Lim K Siang product sekolah Cina.Tun Ling berpikiran bagitu gentelment dan pandai ambil hati kawannya dari orang Melayu dan India.Lim K.Siang selalu menunjokan sikap chauvanis dan radikalnya.Malah jika di bandingkan dengan anaknya Lim Guan Eng juga terdapat perbezaan yang ketara.

Samasa saya di University Malaya,kita dapati terdapat tiga kelumpok Mahasiswa.Dari Aliran Melayu,dari Aliran Cina saperti Chung Ling dan dari aliran campuran saperti Koleh Sultan hamid atau VI.Amat jelas kita dapati yang mahasiswa dari aliran camporannya ini lebeh liberal,ceria dan mempunyai daya fikir yang lebeh.Leadershipnya dapat di terima dengan mudah oleh semua kaum.Bila dato menyebut koment Prof KoH Kay Kim yang menyokong saranan Mukriz,saya amat terharu sekali.Saya berpeluang berjumpa dan mendengar ucapan anaknya,Ia nya bagitu refine sekali sifatnya,tutor bahasa nya lembut,fasih berbahasa melayu,tahu sensitivity bangsa lain,dan merupakan satu sifat yang ideal bagi bangsa malaysia.

Saya rasa seruan Mukriz ada meritnya dan jika kita mahu satu bangsa Malaysia yang bersatu,kita perlu terima nya walaupun sukar.

saya ingat melaysia memerlukan satu pergolakan lagi,perlu di gantong Perliment dan perlu di istiharkan Dharurat,baru konsep ini dapat di terima.

Musah said...

Salam..

Saya sokong atas saranan tuan

Kalau nak harapkan pemimpin politik, apa yg dia tahu, tidak semua cuma segelintir yang tahu politik tu apa..

Politik tu apa?

Ada yang kata politik tu kotorlah..bla..bla..bla..

Politik adalah menjaga masaalah umat, apa masaalah umat malaysia sekarang ni?

Sebagai pemimpin2 Tan,Tin,Tun jawablah sendiri

Anonymous said...

Saya bimbang dengan perkembangan politik yang lebih memberi fokus kepada perkauman iaitu dengan mengekalkan semangat bangsa. Mereka terus melupakan "Perpaduan Rakyat Malaysia".

Sedangkan Perpaduan Rakyat Malaysia merupakan teras bagi keamanan dan kestabilan negara.

Saya tetap percaya, jika masyarakat Malaysia hidup dalam kelompok bangsa dan mengamalkan politik sempit. Saya percaya bahawa kehancuran demi kehancuran pasti ditempuhi, cuma catatan masa yang akan menentukannya, bilakah Malaysia akan mengalami pergolakkan kaum ?

Maruah Malaysia belum terlambat untuk diselamatkan.
Cuma kita perlu memberi fokus kepada generasi kanak-kanak yang masih mentah dan disatukan dibawah satu Sistem Pendidikan dan diletakkan dibawah satu bumbung.

Jika kita mengakui bahawa teras perpapaduan Melayu adalah agama Islam. Maka teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Pendidikan.

Saya hanya mampu berdoa, sedangkan pihak yang bertanggungjawab dan pihak berkuasa yang mampu merealisasikan hasrat murni Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan para NGO, tokoh-tokoh akademik dan orang ramai yang ingin melihat Malaysia tetap aman, damai dan stabil di bawah 'Satu Sistem Pendidikan' yang teras utamanya "PERPADUAN BANGSA MALAYSIA"


-ADAM AMIN-
Kg Jerlun,
Kedah.

youth attack said...

sekolah satu aliran mungkin boleh jadi kenyataan satu hari nanti.tapi kita kena buat "adjustmemnt" sebab negara kita ada 3 kaum yang dalam kelompok majoriti kena disesuaikan sekolah dengan kaum-kaum ini.

Mukhriz silap.sepatutnya dia tidak hanya sentuh pada vernakular sahaja malah perlu sentuh juga sekolah seperti MRSM dan yang seumpama dengannya jika benar-benar mahu perubahan.perubahan yang "dipilih" bukanlah perubahan yang total.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Sekadar menyemak fakta. Harap Dato' boleh sahkan betul atau tidak.

Petikan dari Malaysiakini;

DAP: Dakwa Mukhriz menghasut
Dec 2, 08 11:44am

Datuk Mukhriz Mahathir boleh dikenakan tindakan bawah Akta Hasutan apabila mencadangkan penutupan sekolah berpendidikan Cina dan Tamil semalam untuk menubuhkan sistem persekolah satu aliran.

Tokoh utama DAP Lim Kit Siang berkata, sejak pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1971, seseorang yang mencadangkan penutupan sekolah vernakular pernah dikenakan tindakan seperti Utusan Malaysia pada tahun itu.
Ahli parlimen Sabah, Mark Koding pernah didapati bersalah menghasut apabila membangkitkan saranan menutup sekolah Cina dan Tamil di Dewan Rakyat pada 1978.

Pindaan itu meletakkan kesalahan tersebut bawah Seksyenn 3(f) Akta Hasutan.

Benarkah dakwaan Lim Kit Siang ni?

Dato' juga menyebut, "Prof Emiratus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dipetik oleh Utusan Malaysia pada 2 Disember sebagai berkata bahawa cadangan Mukhriz itu sangat baik dan menyamai cadangan dalam Penyata Razak 1956 dan Jawatankuasa Barnes (1950)."

Sedangkan petikan dari UtusanOnline pula adalah seperti berikut :

ARKIB : 03/12/2008
SK dan SJK kekal - Najib

PUTRAJAYA 2 Dis. - Kerajaan tetap berpegang kepada prinsip Penyata Razak 1956 yang memberi hak kepada semua kaum untuk mengikuti pembelajaran di sekolah kebangsaan (SK) atau sekolah jenis kebangsaan (SJK).

Harap Dato' boleh sahkan mana satu fakta yang betul bagi mengelakkan kekeliruan.

Jamal said...

Sudah sampai masanya untuk memulakan sistem sekolah satu aliran. Sekiranya tidak dilakukan sekarang maka akan bertambah parah lagi keadaan dimasa akan datang.

Saya merasakan dimasa akan datang mungkin akan ada rakyat malaysia yang yang bukan Melayu tidak tahu berbahasa Melayu. Masalah yang berbaur perkauman akan menjadi lebih parah lagi , semangat cintakan negara mungkin agak menipis kerana walaupun mereka rakyat malaysia tetapi kiblat mereka bukan dinegara ini.

sfso@pulaijb said...

Assalamualaikum dato

Saya amat suka akan posting dato kerana ianya sangat bernas,berisi,dipenuhi fakta dan kritis.
Susah kita nak patah balik dato terutama dalam bab pendidikan ni.Tambahan pula isu inilah yang diperjuangkan oleh parti2 pembangkang dan juga komponen2 lain dalam BN untuk meraih undi dan menunjukkan yang mereka akan mempertahankan sehabisnya sekolah2 jenis kebangsaan no.Bila dah dipolitikkan memang jadi susahlah.
Itulah antara sebab,ada orang yang pegang KP Malaysia,tapi nak bertutur dalam bahasa melayu pun susah.Apatah lagi nak nyanyi lagu Negaraku.
Saya amat bersetuju kalau aliran Melayu dan inggeris diadakan semula.Saya pun akan hantar anak saya ke sana kerana Bahasa Inggeris pun amat penting sekarang.

ab said...

Salam Dato,

Sistem Pelajaran Malaysia perlu di
perincikan lagi olih para pakar pelajaran dan jadikan satu dari peruntukan didalam perlembagaan dan undang-undang negara.

Negara yang tidak mempunyai dasar pelajaran yang kukuh tidak akan berjaya akhirnya.

Walaupun tidak mudah, hakikatnya negara ini mesti memulai SATU sistem pelajaran untuk setiap warga negara seperti yang di sebut olih Datuk Mukhriz tersebut.

Yang emosi itu ialah tentang bahasa
pengantar..mahu tak mahu semua mesti menerima hakikat penggunaan bahasa malaysia.

Pembelajaran pelbagai bahasa adalah lebih baik diperingkat kolej dan universiti.

Kenapa orang Jepun guna bahasa Jepun,Korea guna bahasa Korea,China guna bahasa China, Thailand guna bahasa Thai,Spanyol guna bahasa spanyol dsb..?.

BAHASA ITU BANGSA....mustahil DS Najib dan DS Hishamuddin tak faham juga?... to these two peoples, you two can be politician but this is
beyond two of you to choose and determine...THIS NATION does not and will not allow two of you to ignore this very basic nature of a nation,nation pride and and the nation intelect.

Two of you (may be more of the same..) may want to please your friends but not at the price of a nation anyway.

Abu Bakar Ab Rahman

Damansara said...

Dear Fellow Malaysian

If we Malaysians are really serious about racial harmony, we will say that Mukhriz suggestion is the best available avenue in building a real Bangsa Malaysia.

The system that we are having now is no different from the British ‘Divide & Rule’ policy during their colonial period.

How do we expect our Malaysia multiracial children to grow and assimilate into One Bangsa when we ourselves divide them from the very start?

How do we expect other races to understand our so-called Bangsa Malaysia view when we are being racist in the first place.

Nobody, unless he chooses to be blind and hypocrite, can challenge this fact.

The fact that the real Bangsa Malaysia exist only in foreign lands (Malaysian from all races live in perfect harmony when they are overseas) is a clear proof of this issue.

If its just mother tongue being the real issue, then together we should device the best teaching methodology to overcome this single issue.

It is totally up to us; the Malaysian Malay, Chinese, Indian, Iban, Dayak, Kadazan, Bajau etc to stop this nonsense.

We can start to change and rally towards the building of the Real and Honest Bangsa Malaysia; or continue to live along racial lines.

fendy_ahmad said...

Salam,

Saya merasakan mereka-mereka yang menentang idea ini sama ada komponen BN mahupun daripada Pakatan sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri...

Mereka sebenarnya mahu menjaga kepentingan politik masing-masing, takut kehilangan bahan dan idea untuk meraih publisiti sebagai 'jagoan bangsa' masing-masing kelak.

Andai sistem sekolah satu sistem pun dibenci maka sepatutnya janganlah cuba meminta 'keadilan' untuk diri sendiri kerana mereka sendiri tidak adil untuk masa depan negara ini.

Anonymous said...

Dato'

Apabila Mukhriz suruh Abdullah badawi Step Down, semua melenting kerana konon nya lawan Towkey. Akhirnya Badawai setuju untuk Step Down.

Sekarang Mukhriz cadang sekolah satu aliran...Pulak semua melenting. Najib cepat cepat komen untuk mematikan cadangan tersebut. Mungkin cadangan ini tepat pada masa nya...Tetapi adakah Najib dan Hishamuddin berani melaksanakan yang patut dilaksanakan. Tak mungkin kerana kedua dua mereka ingin menjadi "politically correct".

Nampaknya Mukhriz sahaja Bakal Ketua UMNO yang berani dan farsighted......Tapi mungkin akan mengikut jejak bapanya menjadi mangsa UMNO.

Politikus Bandar

Tayadih Maysia said...

Dato'

Bagi saya realiti tetap realiti...bukan Melayu kini gagal menguasai bahasa kebangsaan dengan baik, malah ada yang langsung tidak boleh berbahasa kebangsaan seperti kes wanita berketurunan india yang ditahan di pusat tahanan warga asing baru-baru ini. Realitinya pendatang haram di negara ini lebih fasih berbahasa kebangsaan. Realitinya majoriti orang bukan Melayu terutamanya cina tidak berkomunikasi menggunakan bahasa kebangsaan di rumah atau sesama mereka. Kesimpulannya, sistem pendidikan sekarang sebenarnya akan menjarakkan lagi usaha menyatupadukan kaum dan akan melahirkan lebih banyak generasi bukan Melayu yang tidak fasih berbahasa kebangsaan, bersifat cauvanisme, dan lebih malang lagi biadap seperti “NAMEWEE” yang sehingga kini tidak dikenakan sebarang tindakan kerana kepentingan politik melebihi rasa hormat kepada maruah negara…tunggu dan lihat

tambahan: bukan sahaja isu sekolah jenis kebangsaan...sekarang iklan di media massa dan cetak pun sudah meminggirkan bahasa kebangsaan (fenomena yang tidak pernah wujud sebelum ini), malah sudah ada saluran tv yang menggunakan bahasa etnik tertentu sebagai bahasa utama seolah-olah di negara ini sudah tiada lagi kaum-kaum yang lain. Justeru tak hairan suatu hari nanti akan ada 10 jenis bahasa yang akan digunakan dalam media massa apabila kaum-kaum lain turut menuntut hak bahasa mereka di media massa.

-WADAH- said...

Pendidikan asas keharmonian kaum

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita telah berkali-kali didedahkan betapa uniknya Malaysia andai hendak dibandingkan dengan negara-negara.lain. Kita juga sering didedahkan betapa kestabilan masyarakat pelbagai kaum juga adalah asas kepada kestabilan Malaysia secara umumnya. Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan politik dunia yang bergolak sana-sini (terbaru di Mumbai dan Bangkok), marilah kita sama-sama menghargai keamanan Malaysia dan sentiasa meningkatkan usaha untuk mengekalkannya.

Penulis sekadar hendak berkongsi pengalaman penulis di UM dahulu dengan rakan-rakan bukan Melayu. Salah seorang rakan rapat penulis adalah orang Sarawak dan seorang Kristian. Kami tinggal di kolej yang sama pada tahun satu dan dua dan merupakan rakan serumah di Damansara pada tahun tiga. Sekarang, beliau sedang “chambering” di Sibu dan kelak bakal menjadi seorang peguam. Kami kadang kala berbual dan membincangkan hal-hal berkait agama dan persamaan antara sejarah (sirah Nabi-Nabi A.S) dari perspektif Islam dan Kristian. Malahan, beliau selalu mengingatkan penulis agar menunaikan sembahyang apabila kami bersiar-siar di KL. Katanya, “berjalan, jalan juga. Sembahyang tak boleh tinggal.” Beliau ada juga menyatakan bahawa “sumber motivasi yang terbaik adalah kitab-kitab agama!”

Sementara rakan sekumpulan penulis semasa sesi amali Sains Biokesihatan (tiga dari lima) adalah bukan melayu (cina) Mereka selalunya bercakap Inggeris sesama mereka dan berbual dalam Bahasa Melayu dengan penulis. Sedangkan, penulis cuba berbahasa Inggeris dengan mereka kerana hendak membaiki kemahiran berbahasa penulis. Mereka kelihatan begitu mudah dan selesa bergaul dengan pelajar Melayu seperti penulis.Mereka berbangga kerana mereka belajar di Sekolah. Menengah Kebangsaan sedangkan ada dikalangan pelajar bukan Melayu yang belajar di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan. Penulis kira, pelajar Melayu dan bukan Melayu yang berasal dari Sekolah Menengah Kebangsaan lebih senang dan selesa bergaul sesama mereka berbanding daripada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan. Pernyataan ini cuma pendapat dan pembaca boleh sama ada setuju atau tidak setuju.

Pengalaman berharga ini mengajar penulis untuk lebih berhati-hati apabila membincangkan isu-isu sensitif seperti perkauman dan keagamaan. Kita seharusnya bergaul sesama kaum bagi benar-benar memahami situasi dan bersikap sederhana apabila membincangkan isu-isu sensitif sebegini.Dan, salah satu cara paling berkesan untuk tujuan menjaga keharmonian dan menjalin kefahaman tersebut adalah melalui sekolah dan pendidikan. Sekian, Selamat Hari Raya Aidil Adha .

(Bagi pandangan panjang lebar penulis tentang isu bahasa (contohnya isu bahasa dalam pendidikan dsb; dalam Bahasa Melayu) sila layari lappanblablabla.blogspot.com.)


Education as the foundation of racial harmony

We always learn that Malaysia is so unique if compared to other nations because of the multi-racial society that we had. And we also learnt that the stability of the multi-racial society is the key to the stability of whole nation generally. In the uncertainty of politics and economy, let us really appreciate that our nation is really safe and peace and strive our force to retain the peacefulness of our country. The author just wants to share his experience in UM with his friends that are non-Malays.

One of the author closest friends is indeed a Sarawakian and a Christians. We live together in the same hostel (first and second years) and as a housemate (third years). He is now chambering at Sibu and soon will become a lawyer. We sometime have a chit-chat and discuss about our religion and the similarity of the history from the Islamic and Christian point of view. He usually reminded the author to go to pray (when the time came) when we were “hanging out” at KL. He says “berjalan, jalan juga. Sembahyang tak boleh tinggal.”

While the author “lab-mates” (three of five) for practical of Bio-health Science are also comprised non-Malays (Chinese). They usually speak English when they talk among themselves but speak Malay when they talk to the author. On the contrarily, the author “try” to speak English with them to polished up his English. They are comfortable to mix with Malay like the author. They were “proud” that they came from Sekolah Menengah Kebangsaan because some of the non-Malays came from vernacular secondary schools. The author guess that if that were to be true, then the Malay and non-Malays that came from national secondary school are better mixed with the others rather than those who came from vernacular secondary schools. That just an opinion and the reader may or may not agree with it.

These experiences taught the author to be more careful when discussing about sensitive issues such as racial issues or religious issues. We really need to mix with other races and religions to learn not to be so extreme when we are discussing about sensitive issue. One of the steps toward a more harmony and appreciation of our multi-racial condition is through schools and education. Thank you and Selamat Hari Raya Haji
(For the author opinion about issue of languages (e.g. in education; in Malay), feel free to browse lappanblablabla.blogspot.com)

Sameon said...

Sebenarnya idea Mukhriz untuk perlaksanaan sistem pembelajaran satu aliran bagus tapi Mukhriz tidak memperincikan ideanya itu sehingga mengundang ketidakpuashatian banyak pihak. Jika beliau menrangkan secara lengkap ideanya itu, mungkin ramai boleh menerima...

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Maafkan saya, tapi apa kene-mengena MRSM dengan isu ini? MRSM tu sekolah agama ke? Atau adakah MRSM itu aliran cina atau aliran tamil?

Satu lagi, saya tidak nampak apa pentingnya untuk kita mengetahui niat Mukriz.

Apakah maksudnya jika niat Mukriz tidak ikhlas, maka terserlah cadangannya itu tidak bernas?

Keadaan ini seperti cadangan PR, BN bantah. Cadangan BN, PR bantah. Semudah itukah pertimbangan kita? Apa tak perlu ke menilai cadangan itu sendiri tanpa terlalu melihat dari siapa cadangan itu datang?

Frankie, high quality education is no doubt very important. But don't you think that a true "melting pot" nation should be "melt together in one pot".

Sadly, I have to admit, more and more malays are sending their children to SK(J) cina, in the perception that their children will get better education. Your point on education quality may have merits there but that is just a matter of administrative, right?

Di sini, saya rasa persoalan utamanya.

Pentadbiran semua jenis aliran adalah dibawah naungan kementerian yang sama.

Umumnya sekolah aliran kebangsaan tidak ada kelas bahasa mandarin atau tamil. Pelajar sekolah aliran cina pula belajar BM dan mandarin tetapi tidak tamil. Begitu juga pelajar sekolah aliran tamil mempelajari BM dan tamil dan tidak mandarin. Sekolah agama, ada BM dan bahasa arab. Semua jenis aliran, ada kelas bahasa inggeris.

Ini bukan masalah kelas bahasa. Jika menggunakan aliran tunggal, ini sekadar masalah pentadbiran.

Jika benar ada sekolah aliran tertentu yang lebih bagus kualiti pendidikannya, ini masalah diperingkat pentadbiran.

Jangan lupa maktab perguruan tidak ada aliran. Semua guru dari produk kurikulum yang sama.

Jika begitu, apa masalahnya. Bagi saya masalahnya adalah politik.

Majoriti pentadbir pendidikan adalah melayu. Maka SJK (C) dan SJK (T) kurang mereka letakkan tangan. Dua aliran ini, lebih bebas dari segi birokrasi, PIBG yang lebih fokus kepada mutu pendidikan dan seringkali berdikari dalam hal peruntukan kewangan tambahan. Berdikari dari segi birokrasi dan kewangan juga membolehkan sekolah aliran ini membanyakkan event berkaitan budaya mereka.

SK dan SAR pula, atas sebab yang sama, lebih kerap mencampur adukkan "chain of command" politik dan pentadbiran.

Lagi sekali saya ulang soalan saya, kenapa ada beza kualiti pendidikan, sedangkan guru-guru adalah dari produk yang sama malah bernaung di bawah kementerian yang sama.

Bukankah kita boleh katakan, apa aliran sekolah itu sekalipun, semuanya adalah sekolah awam atau istilah yang lebih sesuai, sekolah kerajaan. Isu ini tidak ada kena mengena dengan sekolah swasta, bukan?

Saya simpulkan, pandangan ahli politik yang bertentangan tentang aliran pendidikan tunggal adalah kerana rasa curiga mencurigai yang mereka akan kehilangan keadaan berdikari yang disebutkan tadi.

Ini jelas terbukti bilamana protes terhadap cadangan Mukriz dibuat (walau dari parti mana sekalipun) hanya dengan alasan hak kaum-kaum semata-mata dan bukan berpaksi kepada isu-isu pendidikan nasional itu sendiri.

Jika kurang jelas dengan komen saya ini, silalah kaji apakah sebenarnya beza antara sekolah jenis kebangsaan dan sekolah kebangsaan.

Guru, sukatan pelajaran, sukatan ko-kurikulum, peperiksaan, pakaian seragam atau apa sebenarnya yang berbeza?

p/s sebagai seorang melayu, saya ingin mengajak rakan-rakan melayu yang lain untuk mempertimbangkan letaknya sekolah agama dalam isu ini. Jika kita mahu orang lain jujur dengan kita, kita juga perlu jujur dengan orang lain.

Jika setuju di serapkan ke aliran kebangsaan yang tunggal, bagi saya tidak ada masalah. Ia sekadar masalah penggajian dan penempatan tenaga pengajar selain penyusunan kelas/jadual sahaja. Sama seperti penempatan guru dan penyusunan kelas untuk bahasa tamil dan mandarin.

putera said...

idea lama, tetapi wajar dibangkitkan kembali dan seterusnya dihidupkan kembali.

idea yang bagus untuk perpaduan kaum

delara said...

Datuk,

Rata-rata komen di sini bersetuju dengan cadangan Mukriz. Saya percaya begitu juga majoriti masyarakat tak mengira kaum/ugama pada dasarnya menyokong saranan beliau sebab itulah yang sebenarnya kebanyakan yang dari kita mahu, untuk hidup sebagai satu bangsa, iaitu Bangsa Malaysia. Wakil-wakil rakyat/ahli-ahli parlimen perlu turun ke bawah, mendengar sendiri hasrat dan kemahuan rakyat. Hujah-hujah dari kedua-dua pihak (yang menyokong atau tidak) perlu dibuat rumusan yang tidak hanya berlandaskan emosi dan sentimen. Barulah dibawa ke parlimen untuk mendapat endorsement. Tapi sebaliknya yang terjadi belum dibuat kajian terperinci ada yang sudah melatah, akhir sekali nampak sangatlah tak berapa "cerdik"...dan ada agenda tersembunyi...akhirnya sekali – katakan ”ya” untuk harapan kepada sekolah satu aliran

Puyot said...

Tok,

Saya setuju dengan tulisan frankie pasai bubarkan UMNO, MCA dan MIC serta parti2 yag berlandaskan perkauman. Mukhriz tu saja nak rating tinggi untuk emilihan Ketua Pemuda. Bukan apa, dalam dok suruh tutup sekolah vernacular, dia pi setuju pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam BI. Apa punya kepala akai turr?

Kunci nak selesaikan masalah jurang perkauman, buruk sangka, prasangka, isu sensitif ni bermula bukan daripada wujudnya sekolah banyak aliran, tapi disebabkan parti2 politik yang sedia wujud yang memerintah negara sekarang. Bak kata pepatah (kalau salah, tolong betulkan): "Lain tempat yang luka, lain tempat yang dibebat".

Jangan dok salah cina, india dan lain-lain bangsa kalau kita Melayu sendiri yang Malas dan Tidak Ambil Tahu pasal ilmu. Saya tau, sebab saya pernah jadi cikgu di sekolah kebangsaan yang ramai budak cina lebih daripada budak melayu sendiri di kampung saya di Taiping nuh.

Terus-terang cakap, makpak budak2 cina yang ambil berat pasal 'kerjarumah' yang cikgu2 berikan. Manakala, budak2 melayu mai sekolah, masa belajar depa main, masa main, depa main-main. bila masa nak boleh jadi hebat? Sebab apa? Banyaknya tiada pemantauan daripada makpak.

Orang Cina lebih hormat terhadap cikgu2 Melayu berbanding orang Melayu. Ni pengalaman saya sendiri. Budak cina lebih tekun mengaji daripada budak melayu.

Latar belakang persekolahan saya ialah sekolah pondok. Saya tiada kawan cina masa sekolah dulu. Masuk universiti pun, saya berkawan dengan arab sebab dok kat tanah arab. Tapi saya kagum dengan kesungguhan bangsa cina yang bersungguh-sungguh dalam berbuat sesuatu pekerjaan.

Bukan sekolah yang berbeza aliran puncanya kita ibarat 'retak menunggu belah', tapi politiklah yang membuatkan jurang perbezaan semakin ketara. Inilah bukti bahawa UMNO, MCA dan MIC yang meneruskan legasi penjajahan minda British yang mengamalkan sistem 'divide and conquer'.

Menakut-nakutkan kaum masing-masing dengan pelbagai dakyah yang berbaur perkauman supaya pertubuhan mereka itu terus relevan dengan dunia hari ini.

Cuba lihat bangsa yang hebat dari dulu sampai sekarang, mereka belajar Matematik dan Sains dala mbahasa Inggeriskah yang menyebabkan mereka hebat di persada dunia pada hari ini?

Tepuk dada, tanya akal fikiran. Bukan tanya selera. Sebab selera boleh berubah mengikut nafsu dan keadaan semasa.

p/s:
Dan saya amat kecewa sebab Malaysia tidak menyambut Hari Raya Korban dengan meriah. Buat Tok dan pembahas sekalian, Selamat Menyambut Hari Raya Korban saya ucapkan. Berlebih-lebih dekorasi / hiasan di mana-mana premis dan gedung besar menanti ketibaan krismas. Malang buat kita yang beragama Islam.

Ka gumana?

amoker said...

Datuk,
I disdain the racial statements that people made though you ask them to debate maturely.

1. From this debate, it seemed that there are many ideas on what to do for the nation's education.
2. In reality, our education system too has been burdened with too many baggages and ineffiencies that makes anybody resistance to try to change. The reaction by vernacular champions is the same as the UiTM "Malay only" champions.
3. In effect, the suggestion by Mukriz of one solution solves all problem is to simplistic.
4. To achieve unity, is education the only factor? What about role modelling thru leaders? Or civil consciousness?
5. If education is indeed the sole factor, would someone compare and contrast the effective system of US, Japan etc. in producting united and patriotic population?
6. If not, then the best education system is in contrasting vernacular, private and national schools academic performance.
7. Mukriz's suggestion will not create a single national school system. It will divide the education system to private and public. The rich will then have better access to quality education and would they be more/less patriotic?
8. WOuld BN leaders send their children to public schools then? Many people doubt that if the same behaviour from national service is extrapolated.
9. Why not a total revamp of the education system then? Take out the other components on non negotiables ( quotas, race only schools- MARA, Matriculation etc.) and have a out of the box solution.
10. In the absense of concerted solutions to the many questions, Mukriz's suggestion is hollow that begets the reality of the complexity of the issue. Give us details on data, plan, strategy, change management and timeline.

Anonymous said...

Salam Dato',

Sekolah satu aliran (baca aliran bahasa melayu) saya sokong seratus peratus demi membina negara bangsa. Kewujudan SRJK (T) atau (C) adalah duri dalam daging kepada pembentukan negara bangsa itu. Apa yg ada sekarang ni adalah sistem (baca dasar) pendidikan cara merba yg akan terus memporakperandakan pembentukan negara bangsa. Kata bestari,bahasa jiwa bangsa. Yg ada sekarang ni ibarat yg dikejar tak dapat yg dikendong keciciran.
Anehnya, pembesar UMNO tidak berjuang kearah pembentukan negara bangsa apabila dengan sewenang2nya (tanpa kajian saintifik) memperkenalkan PPSMI. Secara praktikalnya, PPSMI ialah dasar menghapuskan sekolah aliran melayu dan gantikan dengan aliran inggeris (secara tak perasan). Saya kini, alhamdulillah dapat hidup lebih baik daripada zaman saya sekolah dulu kerana melalui mobiliti menegak ikut saluran pendidikan. (Itu pun a kind of sponsored mobility). Nasib baik kerana ada sekolah menengah aliran kebangsaan, kalau tidak barangkali, abis baik pun saya kini peneroka felda agaknya (another kind of sponsored mobility though).
Balik kepada org cina dan india. Tak ada siapa berhak suruh mereka tidak jadi cina dan india tapi tak ada sebab konkrit nak teruskan srjk (t) dan (c) tu. Dah lebih setengah abad masih mudah ditemui org cina dan india malaysia yg tak boleh berbahasa melayu sebab dasar cara merba yg kita ada ni. SRJK(T) setakat sekolah rendah saja, srjk(c) ada sinambungannya di sekolah menengah bantuan kerajaan atau sekolah menengah swasta tajaan dong zhong. Sek menengah swasta cina pun menghadapi masaalah kekurangan guru yg berkelayakan kerana gaji rendah. Kalau tak kena cara boleh jadi satu hari pembesar umno setuju serap sekolah swasta ni dan tubuhkan pula ipta aliran cina.(Sebagai catatan, pada zaman DS Najib jadi menteri pendidikan banyak sekali lesen kolej swasta dikeluarkan dan hasilnya kita boleh nampak jenis enrolmen kat kolej2 tersebut.. a short-sighted decision made on the basis of wrong knowledge, or rather, no knowledge on own the race he "proudly" claimed to represent, at lest that is what i think.
Pak Hj JB

Prof Mat Ismail said...

Dato Kadir.

Saya terbacha berita supermo Lim K Siang mahu supaya University kita tidak mengamalkan NEP jika mahu maju dan naik taraf satanding dengan Singapore University.

Apa ada hubongan NEP dengan taraf University.Pokoknya bila kita mempunyai Perdana Menteri saperti Mr BEAN,maka semua ahli kabinet dan pemimpin di institusi keranaan,Kementerian,University pun sama macam dia.

Dr Nordin Kardi,Ketua BTN di lantek sabagai VC Unversity Utara.Bila isteri saya memberitahu saya,saya ingat itu satu kesilapan.
Saya bukan hendak menperkechilkan Nordin Kardi.Saya kenal sangan dia kerana terpaksa menghari kursus BTN hampir setiap tahun.Tapi dari segi akedamik dan penghormatan antara bangsa ianya kosong.

Jadi jika standard University Utara jatoh,salah siapa.Pak Lah yang mahu ia ka situ.Jadi Pak Lah yang bertanggong jawab.bagitu juga dengan VC University Kebangsaan Puan Sharifah dan University Malaya,Oleh kerana ia hendak sangat memberi wanita peranan dalam pelajaran tingga,jadi dia masok mereka ini.Kalau bagini kita mentabir negara,susah lah.

kluangman said...

Ini merupakan satu cadangan terbaik tetapi agak terlambat untuk dilaksanakan khususnya ketika BN lemah dan punah.

Lebih baik kita hadapi realiti hari ini bahawa Islam dan Melayu makin terpinggir. Perlu ada gagasan untuk kembali berada di landasan yang betul dan kuat.

azmiza said...

Dato,

Pabila membaca artikel ini terpanggil saya untuk menulis sepatah dua tentang masalah sekolah aliran ni.

Saya pernah bertugas disebuah negara di Afrika yang mempunyai hampir 250 etnik babagai bangsa. Setiap etnik mempunya bahasa ibundanya tersendiri. Akan tetapi bagi menyatukan perpadauan diantara kaum, pihak pemerintah telah menyelaraskan sistem persekolahan dari awal hingga ke peringkat universiti yang menggunakan satu aliran bahasa perantaraan sebagai bahasa resmi dan tidak ada sekolah khas untuk bangsa atau etnik tertentu. Dengan ini matlamat unuk menerapkan perpaduan dikalangan etnik ini dapat dilakukan dengan mudah dan berkesan kerana semua akan belajar didalam satu kelas tanpa mengira kaum atau bangsa.

Saya tidak nampak kelemahan jika dilaksanakan sistem persekolah satu aliran seperti yang dicadangkan.Jurang perkauman akan dapat dirapatkan lagi. Dimana-mana saja kita lihat trend dimana orang melayu akan menghantar anak-anak mereka belajar disekolah kebangsaan sementara kaum Cina dan India pula menghantar anak-anak kesekolah jenis kebangsaan dan begitu membimbangkan. Jadi bila anak-anak ini membesar, mereka akan lebih cenderung kepada kaum mereka sahaja dan sentiasa berperasaan prejudis terhadap kaum yang lain.

Para pemimpin kerajaan harus bersikap lebih profesional dalam mengambil kira akan setiap cadangan tanpa mempunyai sebarang motif politik Kepentingan terhadap perpaduan rakyat harus diutamakan daripada kepentingan peribadi or political survival para pemimpin yang dipilih rakyat.

Jikalau para pemimpin kerajaan tidak nampak akan impak atau kesan dimasa hadapan, saya merasa gusar kerana kita telah memilih pemimpin yang belum tentu dapat membawa kepada keharmonian serta perpaduan negara.

Kalau pemikiran sesetangah pemimpin negara Afrika yang diangggap mundur (3rd world countries) boleh membawa kearah pencapaian perpaduan yang lebih baik serta berpandangan jauh, maka dimana kita nak kategorikan pemimpin kita..

Ap

Jurublog said...

Datuk,

Sekarang ini Melayu tidak boleh lagi bersuara untuk menyatupadukan orang Melayu sendiri kerana akan dituduh perkauman. Kali ini saranan Mukhriz yang bersuara untuk menyatupadukan bangsa Malayisa juga dituduh perkauman dan menghasut.

Kerajaan perlu memberi statistik berapa peratusan kanak-kanak Cina yang bersekolah di SJKC. Khabarnya lebih 80% kanak-kanak Cina bersekolah di SJKC.

Pelajar-pelajar Cina dari SJKC selalunya berpuak sesama sendiri semasa di IPT.

Di alam pekerjaan, mereka membentuk kem mereka sendiri di pejabat, dan akan lebih selesa bertutur dalam bahasa Cina walau pun di hadapan pegawai atasan mereka yang berbangsa Melayu atau India.

Mereka dari SJKC ini akan tetap mendapat pekerjaan kerana ekonomi Malaysia dikuasai oleh kaum Cina, dan mereka akan lebih tertarik untuk mengambil pekerja dari bangsa mereka sendiri.

Sekiranya ada Sekolah Satu Sistem Aliran, kanak-kanak bangsa Malaysia boleh dididik dan bersama sejak kecil, dan belajar semua bahasa yang ada. Tidak akan menjadi janggal nanti sekiranya kebanyakan anak bangsa Malaysia yang diwujudkan nanti boleh bertutur di dalam bahasa Melayu, bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa Inggeris.

http://www.jurublog.blogspot.com

pjPAX said...

Dato AKJ,

Saya bersetuju dengan frankie. Seperkara lagi, saya ingat sudah sampai masanya para cendekiawan negara, ahli-ahli akademik dan pendidik bangkit dan bersatu menjadi satu BADAN yang lebih besar, bebas dan berkecuali untuk menguruskan hal ehwal pendidikan negara. Para menteri yang sentiasa berbolak balik pendirian mereka dan bercabang lidah, go fly kite..
Tapi kalau kumpulan akademik yang kita harapkan ini pun boleh dibeli, memanglah malang Malaysia ini.

ChengHo said...

Najib dan Hisham adalah pemimpin yg main selamat kerana itu mereka akan kekal dlm scenerio politik UMNO dan Malaysia . Mereka masih berpikir dlm kotak . Contoh terbaik adalah dizaman '70 dan '80 puluhan sekolah jenis kebangsaan ( E) dan sekolah menengah jenis kebangsaan ( E) termasuklah 'remove class' . Bukan sahaja murid murid bijak berbahasa English tetapi perhubungan kaum sangat baik dan berkesan . Dari sukan ,berpesatuan dan akademik hubungan kaum sangat erat bukan saperti sekarang mereka hanya mula bergaul di peringkat kolej dan universiti sahaja dan namapak janggal dan tidak mesra.

Pak Lang said...

Datuk,

Saya bersetuju sangat dengan cadangan Mukriz. Sayangnya oleh kerana dia nak bertanding ketua pemuda UMNO, ramai rakyat Malaysia termasuk orang-orang UMNO sendiri tidak memandang serius cadangan ini. Mereka menganggap ianya tak lebih dari nak memancing undi.

Sebenarnya isu ini bukanlah sesuatu yang baru. Beberapa tahun lalu Utusan Melayu pernah menyiarkan cadangan seseorang (tak ingat siapa) dibawah tajuk "hapuskan sekolah-sekolah Cina dan India" (kalau tak silap saya). Akibatnya Utusan disaman. Tak ingat pula apa jadi dengan kes tersebut. Mungkin Datuk masih ingat.

Tetapi saya kurang senang apabila Mukriz mendakwa dia di "misquoted". Sebagai bekas wartawan (pernah bertemu dengan Datuk dalam tahun-tahun 70an) saya tak nampak apa yang tak betul. Mukriz sepatutnya menjadi pahlawan Melayu jati dan mempertahankan kenyataannya walau apapun yang terjadi.

Isu ini sepatutnya dijadikan usul Perhimpunan Agung UMNO bermula dari persidangan Pemuda.Pembesar-pembesar UMNO mesti membuat pendirian dalam isu ini. Kemudiannya ahli-ahli UMNO dan rakyat boleh membuat kesimpulan terhadap pemimpin-pemimpin yang bakal dipilih ataupun telah dipilih. Apakah mereka benar-benar berjuang untuk bangsa dan tanah air sebagaimana yang sering dilaung-laungkan. Kadang-kadang dah jadi tuli dan meluat kerana terlalu kerap mendengar perkataan-perkataan ini.

Bersetuju dengan Datuk yang pembesar-pembesar politik baik Melayu dan bukan Melayu mesti berani membuat pendirian untuk masa depan rakyat dan negara. Apakah mereka mahu negara ini masih bersatu padu ataupun berpecah belah dan akhirnya hancur. Setiap kaum mesti berkorban. Orang Melayu mendakwa mereka telah banyak berkorban bagaimana bukan Melayu?

Bangsa Malaysia tidak akan menjadi kenyataan sekiranya setiap kaum mengamalkan sikap kedekut "selfish". Salam.

Khairi Jalalluddin said...

Saya sebagai pendidik amat setuju dengan idea yang diutarakan oleh Datuk Mukhriz. Ini adalah kerana jika kita tidak menyatukan kaum sejak kecil di Sekolah Rendah, ia akan menyebabkan senjata perkauman semakin tajam pada masa akan datang. Bukan senang kita hendak melentur buluh jika tidak dimulakan dari rebungnya.

Anonymous said...

Dato.
Bagi saya, kalau cina dan india nak maintain sekolah vernakular, lantak dengan diaorang la.

Yang penting adalah kerajaan kena sentiasa upgrade sekolah kebangsaan untuk jadi lebih baik lagi. Contoh terbaik baru-baru ni saya dengar nak memperkenalkan bahasa ketiga di sekolah kebangsaan. Idea lain seperti penambahbaikan struktur dan kemudahan, tenaga pengajar yg efisien dan efektif, dan kurikulum yg terbaik.

Sekolah kebangsaan kalau jadi lebih baik dari sekolah aliran, nanti pasti orang cina dan india akan hantar anak mereka ke sekolah kebangsaan tanpa perlu dipaksa. Kemudian nanti, mungkin sekolah aliran ini tidak diperlukan lagi.

Itu aje.. simple. The best product will win the market.

strategist

anakbuah said...

Dato & Sdra/i semua,

Saya tidak pasti samada niat Mukhriz ikhlas atau sekadar ingin menaikkan imej beliau sebelum pemilihan, atau pun saja utk membalas kebiadapan CSL baru2 ini.

Apa sekali pun, sistem persekolahan sealiran yg tunggal sepatutnya dipersetujui dan dilaksanakan sejak lama dahulu - bukan baru hendak ditimbulkan skrg. W/pun belum terlambat, usaha ini perlu diperhalusi dan perlu dipertimbangkan dgn segera dan serius. Kita tidak ada masa utk mempermain2kan isu pendidikan dan perpaduan seperti ini.

Saya perhatikan, NGO2 bukan Melayu terutamannya bersikap hipokrit dan kebudak-budakkan.

Memang sudah sampai masanya rakyat sendiri mengambil berat menangani isu pendidikan dan perpaduan begini dan tidak lagi menyerahkan atau mengharapkan bulat2 kpd politikus yg kebanyakannya hilang hala tuju serta pemangkin jahanamnya bangsa dan negara.

Rosle Azmi said...

Najib memang bijak dan terkenal sebagai ahli politik yang mencari jalan selamat. Maka itu saya tidak yakin Najib dan sepupunya Hishamuddin ada kekuatan untuk melaksanakan satu sistem pendidikan yang boleh menjuruskan kepada perpaduan kaum.

Adalah menjadi harapan saya malah saya rasa seluruh umat Melayu dan juga kot mungkin ada juga sebilangan besar masyarakat bukan Melayu juga amat mengharap satu sistem pendidikan dapat diwujudkan.

Apa yang berlaku pada hari ini, saya menjangkakan hubungan kaum di negara ini ibarat "time Bom" yang tunggu masa sahaja untuk meletup.

Lebih-lebih lagi dalam perubahan kualiti hari ini, interaksi kaum tidak berlaku seperti dizaman kecil saya dulu walaupun sekolah berlainan aliran tetapi apabila balik ke rumah kami pergi main layang-layang, guli, bola dan sebagainya.

Tetapi kini berbeza, pergaulan tidak berlaku kerana telah wujud sistem taman perumahan yang tersusun dan para pelajar apabila balik ke rumah kebanyakkan berinteraksi dengan komputer games seperti play station, psp dan sebagainya.

Begitu juga kalau dulu kita hanya bergantung TV1 atau TV2 saja jadi mau tidak kita terpaksa menonton.

Pada waktu itu, video, vcd, dvd dan astro tidak ada jalan.

Oleh yang demikian saya berpendapat jika pemimpin kerajaan samada daripada pembangkang atau kerajaan samada melayu, cina atau india kalau tidak berani untuk wujud satu sistem pendidikan yang boleh menjurus kepada perpaduan sepertimana yang terdapat di Singapura, Indonesia dan Thailand nescaya negara ini akan menghadapi rusuhan kaum. Hanya masa sahaja yang akan menentukannya.

mohd_hafiz said...

amoker, you chinese only know how to complaint, and you put the blame on others, you even condemn Mukhriz's suggestion as being too simplistic. well, after all, it's just a suggestion, not a paperwork.

why not you yourself come out with your own solution. the problem with chinese is quite common. i stayed in the US for several years (Anaheim, Orange County). i observed that chinese preferred to be within their own circle. you'd not be suprised to find that quite a number of them couldn't even communicate in proper english. that's why you can see chinatown all over the world. it's a manifestation of the chinese attitude. even the indians and arabs are able to adapt to the country their adopt.

amii said...

Sebenarnya keikhlasan untuk memperjuangkan kewujudan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu di bawah pendidikan adalah satu usaha yang murni tetapi memerlukan keberanian, keazaman dan kesungguhan. Di zaman politik yang diperkudakan untuk kepentingan diri dan keluarga hasrat itu hanya akan tinggal hasrat seperti mana pelbagai program lain yang diterapkan di dalam pendidikan. Yang teruk melaksanakannya dan dihentam jika tidak berjaya adalah golongan pendidik manakala golongan politikus hanya pandai berteori. Belum wujud disaat ini mana-mana politikus yang benar-benar melaksanakan program/agenda yang diperjuangkannya dengan penuh iltizam tanpa sebarang hasrat yang tersembunyi.

berasiam said...

Salam Dato' AKJ

1. Pemimpin politik memang tidak suka dengan cadangan sebegini kerana jika dilaksanakan akan melemahkan penguasaan mereka yang selama ini bergantung kepada perpecahan masyarakat mengikut kaum untuk kemandirian pollitik mereka.

2. Penolakan idea ini oleh kaum bukan Melayu bukan sesuatu yang luar biasa kerana mereka telah menolak apa juga idea yang menyentuh mengenai penguasaan mereka terhadap perjalanan sekolah jenis kebangsaan mereka. Idea sekolah wawasan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri sebelum ini pun turut ditolak dengan pelbagai alasan. Dengan kata lain, mereka mahukan kuasa penuh dalam menentukan segala yang berkaitan dengan sekolah mereka.

3. Adalah menjadi rahsia umum bahawa sekolah jenis kebangsaan cina merupakan lubuk rasuah, dari peringkat penyertaan muridnya hinggalah kepada pengagihan kerja pembekalan dan perkhidmatan. KPM sendiri menyedari perkara ini melalui Jemaah Nazirnya tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Sekiranya sekolah ini dihapuskan, sudah pasti salah satu sumber pencarian golongan berkenaan akan terhapus.

4. Sikap pemimpin UMNO yang tidak memberikan sokongan kepada idea Mukhriz ini memperlihatkan penyakit koro yang menjangkiti mereka sebagaimana yang ditunjukkan dalam isu cium keris, Ahmad Ismail dan seumpamanya. Mereka sendiri menunjukkan bahawa mereka tidak merujuk kepada sejarah dan fakta sebelum bersuara hingga menyamakan sekolah agama dengan sekolah vernakular.

5. Segala fakta yang berkaitan haruslah dikaji dan dibentangkan untuk tatapan masyarakat secara telus supaya masyarakat tidak dipesongkan dalam pertimbangan mereka dalam isu ini. Laporan Barnes, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Laporan Kabinet dan Perlembagaan yang berkaitan perlu dijadikan rujukan utama untuk menunjukkan bahawa idea yang dikemukakan oleh Mukhriz bukanlah perkara baru serta tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan undang-undang.

6. Isu ini tidak harus dibiarkan senyap dan sejuk untuk ditimbulkan semula pada masa akan datang. Pihak berkuasa perlu serius mengambil tindakan dengan mengambil pendirian yang jelas mengenai hala tuju pendidikan vernakular, sama ada menghapuskannya secara terus atau membuat penegasan bahawa sistem itu akan diterima pakai sepenuhnya, Penyata Hishammuddin misalnya.

Muhammad Azli Shukri said...

Mukhriz telah menang..

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Takziah buat keluarga mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Secara selingan, saya mahu berkongsi berita ekonomi ini,

Light Sweet Crude ni NYMEX telah jatuh ke paras USD40.50/barrel, iaitu paras terendah dalam masa empat tahun.

PADA EMPAT TAHUN YANG LEPAS, HARGA PETROL KITA ADALAH PADA PARAS RM1.42.

Saya ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha untuk Dato' dan para teman pengomen semua.

Anonymous said...

Saya agak skeptical yang para pembesar negara ada enough courage & peserverence to implement this "One School-One Nation" idea even if this is supported by MOST Malaysians.

Benda yang senang diubah seperti toll collection method pun they still can't get it right. Apa yang susah sangat nak PAKSA all highway users to use SmartTag? But no... we give them 3 choices of payments - cash, Touch&Go, SmartTag. The result? Jam @ toll booth & inefficient use of resources. Tengok Singapura ada this problem? Semua kena guna tag. Tak payah buat pondok toll, no need to deal with cash, no need to identify which lane for different payment method. EFFICIENT.

Nak tukar semua sekolah to Sekolah Kebangsaan? Until hell freezes over pun tak jadi kot...

Lanomeila

datukshaifulkamal said...

Dato,

Pada 17 Januari 2009, pengundi di Kuala Terengganu akan mengundi dalam pilihanraya kecil.

Isu 1: BN menang dalam pilihanraya 8 Mac lalu dengan 628 undi. Itu pun disebabkan oleh ketokohan calon, Dato' Razali Ismail.

Isu2: Daripada 4 DUN di parlimen Kuala Terengganu, BN tewas di tiga DUN & menang 1 saja di DUN Bandar (pengundi Cina ramai di DUN Bandar).

Isu 3: Pembangkang (DAP khususnya) dan parti komponen Cina dari BN (MCA dan Gerakan) tentu akan menggunakan isu kenyataan Mukhriz untuk "mengajar" pemimpin UMNO. Kita dapat melihat tren ini dalam PRU12 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh baru2 ini.

Isu 4: Kalau BN kalah di Kuala Terengganu atau menang terlalu kecil di sana, ini menunjukkan pengundi Cina terus menjauhkan diri dari UMNO. Dalam PRU13 nanti, apa yang akan berlaku ialah pertandingan antara UMNO and the rest of the people. MCA dan Gerakan akan diassociate dengan UMNO, for their own survival.

Isu 5: Apakah manfaat kenyataan Mukriz selain mempopularkan dirinya tetapi pada masa yang sama merugikan BN / UMNO; sekaligus menjadikan UMNO "parti pariah" yang disisihkan oleh semua orang? His statement won't change anything! It does more harm than good.

Isu 6: Adakah pemimpin UMNO merasakan mereka terlalu cerdik sehingga hilang segala kebijaksanaan dalam bercakap dan bertindak?

Marilah kita sama2 berfikir.

BlueMoon said...

Entah di mana silapnya? Orang Melayu sendiri tidak yakin dengan Bahasa Kebangsaan. Mereka lebih senang dengan BI atau Bahasa Arab. Di laporkan lebih daripada 50,000 pelajar Melayu belajar di SRJK. Sebahagian besar anak-anak Pembesar Melayu pula belajar di Sekolah Antarabangsa. Cadangan Dato' Mukhriz memang baik. Jikalau ini mejadi kenyataan, besar kemungkinan BI akan menjadi bahasa pengantar dan bukannya BM. Malaysia akan menjadi seperti negara Afrika di mana BI terletak di paras yang lebih tinggi berbanding dengan bahasa ibunda penduduk di negara tersebut.

Blue

Anonymous said...

datuk

1. ini adalah satu lagi 'hasil' akibat daripada kebaikkan (sebenarnya kelemahan) 'orang kita'
2. asalnya kita memberi kerakyatan tanpa ada apa2 syarat pun
3. kemudiannya, 'orang kita' lah yang selalu diingat berulangkali supaya mengamalkan toleransi kaum, tolak dan 'ansur' lah, semangat muhibbah lah dan sebagainya
4. selanjutnya lagi, 'orang kita' tak cukup dengan itu pula telah bermurah hati, mengalah, malu alah, segan silu memberi itu dan ini kepada 'orang2 itu'
5. udahnya 'orang2 itu' memiliki lebih sebahagian negara ini
6. setelah lebih 50 tahun, orang kita terpaksa pula 'mengemis' dengan 'orang2 itu' supaya membuat dibuat itu dan ini untuk negara tercinta kunun-nya.
7. Maaflah.. 'orang2 itu' sudah jadik kaduk naik junjung akibat 'kebodohan' 'orang2 kita' juga.
8. tu pun jangan...tak sedar2 lagi.. masih nak dilondeh apa yang tinggal
9. kasihan mukhriz.. kawan2nya yang bacul menentang sekeras-kerasnya.
10. kena pulak 'orang2 kita' dalam pakatan rakyat pun sama naik menentang, kunun-nya perkauman.
11. tak sedar 'orang kita' ni bakal hilang di bumi sendiri
12. kasihan lah moyang2 kita bersusah payah dahulu.. kasihan juga anak cucu kita yang akan datang..

tok haji

Tun Jeram said...

Salam,

Walaupun sekolah satu aliran itu baik, tapi realiti sosial dan realiti politik di negara kita saya rasa tidak memungkinkan ia dapat dilaksanakan.

Selagi orang bukan Melayu, khasnya orang Cina yang besar jumlahnya mahu sekolah Cina dikekalkan, saya tidak fikir ada pemimpin Melayu yang berkuasa yang berani melaksanakan sistem sekolah satu aliran.

Oleh itu, dalam blog saya, saya ada katakan sekolah satu aliran itu hanyalah satu utopia.

Lagi pun, dalam negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia, saya pun tidak berapa yakin faktor pendidikan boleh menjadi alat perpaduan, kerana faktor yang membawa kepada perpecahan dan konflik , seperi faktor politik dan ekonomi serta sikap perkauman mungkin lebih kuat.

Jadi saya kira kita akhirnya terpaksa tunduk kepada realiti juga, kerana kita tidak ada keberanian dan tidak ada kemampuan untuk mengubahnya.


http://tun-jeram.blogspot.com

koolmokcikZ said...

Salaam Datuk dan pembaca,

Sekadar berkongsi maklumat. Di satu sekolah menengah kebangsaan di Pahang, ada SEORANG pelajar yang mengambil mata pelajaran B Tamil untuk PMR. Untuk itu, seorang guru di khususkan mengajar subjek tersebut. Kiralah berapa kos nya.

daniel said...

Seharus nya sekolah satu aliran ini di wujud kan waktu negara ini mencapai kemerdekaaan atau selambat2 nya 5 tahun satelah merdeka. Waktu itu rakyat dari bebilang kaum tidak se emosi seperti sekarang.

Di rantau ini, Thailand, Indonesia, Phillipines, Vietnam, dll semua nya mempraktek sekolah satu aliran dgn menggunakan bahasa negara itu.

Malah bukan hanya di bidang pendidikan sahaja tetapi hingga nama juga harus di tukar untuk melambang kan satu bangsa dan negara.

Kaum Cina dan Tamil di sini seharus nya bersyukur kerana kerajaan selama ini amat terbuka sekali. Buka sahaja dari sekolah tapi nama, budaya dan agama juga amat terbuka.

Saya saran kan seklolah satu aliran di wujud kan dengan di beri 2 pemilihan. Satu dalam bahasa Malaysia dan satu lagi dalam bahasa Inggris seperti apa yg terjadi sekitar tahun 40an dulu. Cara ini semua kamu dalam menguasai bahasa dengan baek . Malah pada tahun 40an dan 50an orang Melayu amat faseh berbahasa Inggris dan di segani seluruh dunia.

Soal ini jangan lah ahli2 politik mempolitik kan tapi bekerjasama untuk mempastikan semua kamu dapat menguasai 2 bahasa ini dgn faseh.

If you are intelligent..you will alwys be intelligent irrespective of color and creed

Anonymous said...

Datukshaifulkamal,

Inilah mentaliti orang Melayu Umno. Kerana undi cina yang sikit di KT, Umno sanggup jilat buntut buntut mereka untuk menang. Inilah Melayu Umno yang sanggup gadai kampung dan desa asal ayam sabung mereka menang. Inilah juga orang yang bangga gunalambing Umno.

Inilah juga orang yang pada tahun 1960'an mengkhianati bangsa Melayu dengan melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Dasar Bahasa Kebangsaan separuh jalan. Siapa mereka? Tunku, Tun Razak, Khir Johari dengan membiarkan sekolah Cina dan Tamil diteruskan dengan jenama baru SJK.

Sekarang kerana seribu dua undi Umno sanggup melutut kepada orang Cina dan bekakangkan bangsa sendiri. Malangnya bagi orang Melayu, Pas pun sudah bersekongkol dengan Cauvenis Cina dalam DAP dan PKR kerana gilakan kuasa. Ke mana lagi Orang Melayu hendak meletakkan harapan wahai Datukshaifulkamal,orang Umno?

Kepada pengomen Berasian, my feeling is this, the Chinese cannot continue to have the cake and eat it. Some day, maybe sooner than later, the Malays and the Bumiputras who form the majority may wake up and find there is little for them to eat. No need to remind you that hungry people beg. But some will rob and kill. I am old. I remember 1969. I lived in Kampung Pandan. I saw what happened. Now half of Kampong Pandan belongs to the Chinese. But the Malays are still Malays and the Chinese are more Chinese.

Old Man Kampong Pandan

Anonymous said...

Dah lama dah tak dok cerita
Dengan Datuk dan kawan-kawan semua
Walaupun blog Datuk dok lawat juga
Komen-komen pun ada masa saya baca.

La ni cari makan tambahlah susah
Pesawah dan peniaga semuanya resah
Padi kena penyakit harga getah rendah
Nasib baiklah bulan ni cuti sekolah.

Tapi anak-anak depa ajak jalan
Dari TV depa tengok iklan
Kerajaan dok galak pelancongan
Kita tak layan rasa pula kesian.

Niat nak pi luar negeri macam menteri
Tapi duit yang banyak mana nak cari
Menteri cakap pasai cuti dalam negeri
Tapi depa pi ke England, Perancis dan Itali.

Menteri kita cakap karut
Kita dengar naik semak perut
Tanah runtuh depa pun kalut
Buat janji ikut sedap mulut.

Mat Tunjang dok menega lagi
Sambil-sambil tu tanamlah padi
Harga getah dulu bukan main tinggi
Hari ni dah jatuh sampai ke umbi.

Mat dok fikir-fikir juga
Zaman Pak Lah ni banyak bala
Tanah runtuh banjir melanda
Bala mai bertimpa-timpa.

Tok Guru kata nawaitu kena jaga
Jangan dok niat sesuka-suka
Tuhan laknat Tuhan murka
Kalau niat dan buat tak serupa.

Mat Tunjang tak tau apa nak jadi
Kontraktor Kelas F banyak dah mati
Cina yang kaya pun mula susah hati
Pasai Melayu dah ramai tak mai beli.

Cina bergantung kepada Melayu
Pasai Melayu belanja nombor satu
Ada duit habis barang dia sapu
Benda tak berguna pun laku.

Mat pun susah nak cakap
Dulu kerajaan kita sangat cekap
Macam-macam masaalah dia hadap
Jadi rakyat jelata bolehlah harap.

La ni kerajaan kita nampak kalut
Janji dan ikrar hanya di mulut
Hasil tak ada semua mengarut
Kita yang tanggung semak perut.

La ni Kedah Pas perintah
Ada la sikit yang berubah
Ustaz Azizan tak banyak kerenah
Nak jumpa dia tidaklah susah.

Tapi depa dok buat fitnah
Inilah Umno punya kerenah
Dengan PKR dan duduk serumah
Depa nak buat supaya Pas musnah.

Inilah kerja MB lama
Hari-hari dok hasut Raja
Main golf rata-rata
Caci Ustaz Azizan tak kira masa.

Mat Tunjang minta diri dulu
Nak pi ke pekan Sungai Baru
Lepas tu ke Alor Peluru
Ada sikit projek dok buat di situ.

Mat Tunjang Enterprise

Anonymous said...

Datuk,

UMNO akan jadi parti pariah bilamana pemimpinnya jadi bacul dan penakut menyatakan kebenaran!

Datuk Shaiful Kamal terlalu takut akan larinya pengundi2 Cina di Kuala Terengganu. Tapi adakah dia sedar diri kenapa pengundi2 Melayu di 3 DUN Kuala Terengganu menolak UMNO/BN?

Jawapannya kerana pengundi Melayu sudah muak dengan sikap dayus, tamak haloba, korup melampau dan biadap pemimpin2 Melayu UMNO.

Sedarlah diri DatukShaifulKamal!

Sikap bacul orang2 macam awaklah yang buat UMNO semakin tidak releven lagi pada orang2 Melayu. Terlalu apologetik. Terlalu place safe. Terlalu bertolak ansur. Terlalu lembik hingga orang lain pijak kepala kita pun masih nak ambik hati dia orang lagi.

Yang lebih memalukan lagi, apabila ada pemimpin Melayu yang berani buat teguran, orang2 bacul macam awak boleh pula mengherdik pemimpin2 begitu. Cukup tak malu! Muntah saya tengok orang Melayu macam awak ni!


-sinbad-

Anonymous said...

Datuk,

Saya setuju dengan berasiam.

Kalau sekolah kebangsaan boleh jadi lubuk duit bagi pemimpin Pemuda UMNO, sekolah jenis kebangsaan Cina pula boleh jadi lubuk duit bagi chauvinis2 Cina.

Ini semua kes periuk nasik lah Datuk. Cuma selindung disebalik perjuangan bangsa sahaja.

Bukan orang UMNO sahaja yang pandai rasuah. Ini penting bagi semua yang memperjuangan keadilan untuk ingat.

Aspirasi Malaysian Malaysia dan Harapan Baru itu semua menipu sahaja. Respon negatif dan "melompat-lompat" pemimpin2 DAP terhadap kenyataan Mukhriz ini telah berjaya membuka mata dan hati orang2 Melayu yang tertipu dengan perjuangan menegakkan keadilan Pakatan Rakyat. Ramai juga semakin wasangka dengan Anwar yang hanya mampu "hantar" Nurul Izzah untuk buat surat mengecam Mukhriz.


-sinbad-

Draco said...

Yah yah! The one and only factor our 'perpaduan' fails is the school system. Close down the Tamil and Chinese schools and we will get perpaduan for sure and also selama-lamanya. It's that simple! BUT, if that fails, what are we going to do next? Abolish everything that hinders 'perpaduan'? I hope Mukhriz can think of many-many other hindrances to be abolished before he suggests changing the school system.

dan kajang said...

As'kum Dato',

1. Memang betul kata Dato',orang politik memang tidak boleh diharap untuk memperjuang isu perpaduan kaum ini.Sepatutnya isu yang dibangkit oleh Y.B Mukhriz patut dilihat dengan perspektif yang lebih luas lagi.Isu masa depan bangsa Malaysia,isu perpaduan kaum yang mula rapuh patut diberu keutamaan sekarang.Bukan isu politik Parti yang mementing keuntungan jangka pendek.

2. Pandangan Datuk Shaiful Kamal adalah pandang typical politician yang cetek idea.Kenapa pula soal yang begitu penting iaitu soal perpaduan kaum yang sekian lama kita berusaha mencari ramuan terbaik itu memulihnya dikaitkan pula dengan kekalahan BN di PRK K.Trengganu itu adalah atas kesalahan Y.B. Mukhriz memberi cadangan bernas.Apakah dengan sebut sahaja "cadangan ujud satu sekilah aliran" BN kalah (Dialog P.Ramlee dalam cerita Abdul"sebut sahaja Hospital, harta kena potong")Ceteknya fikiran orang Umno ini.

3. Kita sekarang berbincang soal perpaduan kaum, bukan pemilihan Umno atau PRK U.Trengganu.Cadangan oleh orang cerdik seperti Y.B.Mukhriz itu hanyalah secara kebetulan sahaja beliau bakal bertanding jawatan Ketua Pemuda.Kalau pun cadangan itu datang dari Datuk Shaiful sendiri,saya percaya ramai orang yang berfikiran cerdik akan menyokongnya.Soal kepentingan politik adalah soal kedua.Yang lebih penting ialah cadangan itu sendiri adalah cadangan bernas demi untuk perpaduan kaum dan bangsa Malaysia.

4. Kalau pun ditakdirkan BN kalah di K.Trengganu,banyak lagi sebab yang boleh dikaitkan,bukannya soal cadangan Y.B.Mukhkriz itu semata-mata.Biarlah kalau BN ditakdirkan kalah,asalkan matlamat murni Perpaduan Kaum ini akhirnya menjadi kenyataan yang mampu menyelamat Malaysia dalam jangka masa panjang.

Zainal A. Kasim said...

Salam Datuk,

Dalam kita "lemas" dengan hujah-hujah semua pihak terhadap isu ini, saya rasa cadangan Mukriz itu adalah yang terbaik. Mungkin perlaksanaan sahaja yang perlu kita perhalusi.

Kita juga dapat melihat tembelang banyak pihak bila isu ini dibangkitkan. Jelasnya ahli politik lebih banyak membawa masalah kepada kita daripada mencari jalan penyelesaian. Mukriz kepada saya cuba mengemukakan satu cadangan penyelesaian kepada masalah yang membara dalam jiwa kita. Manakala mereka yang lain lebih kepada membawa kemungkaran politik kepada kita [and they call themselves as our leader]

http://c-bok.blogspot.com

FUAD RAZALI said...

Salam, Datuk.
SAya percaya sekolah satu aliran yang menggunakan satu bahasa pengantar yang sama boleh dilaksanakan. Dan seperti kata Tan Sri Rahman Arshad, ia hanya dapat direalisasikan melalui keazaman politik pemimpin2 kita, tidak kira apa bangsa, agama dan parti politiknya, jika mereka benar-benar jujur dan ikhlas; bukan sekadar retorik.

Sebenarnya perpaduan seperti yang diharapkan dan diwarwarkan tidak memadai sekadar kata-kata dan angan-angan saja, sebaliknya perlu tersemat kukuh keazaman untuk berbuat demikian di dalam jiwa dan kemudian dibuktikan dengan tindakan.

anakbuah said...

Dato' & Sdra/i semua,

Saya setuju dgn Sdr dan kajang - kalau PRU-12 dan Ptg. Pauh tidak cukup, biar BN kalah di K. T'ganu pula. Kita nak tengok pemimpin2 kita (yg koro) ini berotak atau tidak!

datukshaifulkamal,
Kalau dgn cadangan Mukhriz yg baik ini pun org Melayu mcm datuk kecut dan rasa membuatkan UMNO tersisih, siapa sebenarnya yg mempariahkan UMNO!? Jgn arahkan telunjuk datuk kpd MCA, Gerakan atau parti2 dlm PR - jgn salahkan pihak lain.

Baiklah Sdr Amoker. Jika kenyataan ini terlalu simplistic, nah...BN perlu tangani, perhalusi dan memperincikannya sebagai cabaran terhadap suara2 sumbang terutama dr parti2 komponen BN sendiri. Kalau UMNO bacul dan koro juga, eloklah berundur dan asingkan diri. Kalau itu pun tak mampu, tak usahlah lagi berkokok kata membela nasib org Melayu. Mahukah UMNO berkawan dgn parti hipokrit mcm MCA dan Gerakan? Duri dlm daging dan gunting dlm lipatan?

Dato',
Nampaknya Najib sendiri menderhakai idea bapanya, Tun A.Razak. Bagi saya, dasar sekolah aliran tunggal ini adalah permasalahan utama dlm kita mengejar integrasi kaum. Menyokong kata Sdr Draco, inilah tembok halangan utama perpaduan kaum di M'sia. Buatlah apa sekalipun, jika isu ini tidak diberi perhatian serius dan dibiarkan berlalu begitu sahaja, jgn salahkan anak cucu kita memijak2 kubur kita nanti. Masa itu, bubur sudah basi!

Faezah said...

Salam Dato',

Saya rasa para pemimpin kita perlu mempunyai sikap yang berani tetapi juga sikap degil. Sikap degil yang saya maksudkan adalah berlandaskan kepada keikhlasan untuk membawa kebaikan kepada negara.

Saya rasa TDM yang telah berdegil menyebabkan beliau berjaya membangunkan negara. Tanpa sifat degil beliau mungkin negara kita tidak mempunyai prasarana kelas pertama. TDM telah menjalankan tugas beliau membangunkan prasarana negara.Sekarang adalah masa untuk berdegil demi perpaduan dan juga demi membangunkan rakyat malaysia untuk mempunyai minda kelas pertama.

Saya berharap pemimpin negara tidak mudah melatah jika ada cadangan-cadangan baru untuk membangunkan modal insan dan juga membina perpaduan. Cadangan-cadangan baru mengenai sistem pelajaran perlu diberi ruang untuk dibincang dan dikaji sebelum ditolak.

Jika sekiranya cadangan-cadangan baru ini setelah dikaji akan membawa kebaikan kepada semua rakyat malaysia, maka saya berharap pemimpin negara akan berdegil dalam melaksanakannya walaupun menghadapi cabaran dan tentangan.


Sekian.

mekyam said...

selamat hari raya haji to you and family, tok scribe! likewise, to all muslim visitors of your blog.

Cik Suri said...

Datuk,

Ada kalangan orang Melayu tidak cekap berbahasa dan menulis dalam bahasa Melayu...malah ada sesetengahnya memperlekeh bahasa sendiri ketika menulis untuk siaran akhbar (press release).

Anonymous said...

Salam Dato'

Memang tidak ada cara lain untuk memupuk persefahaman kaum melainkan kita memberi peluang semua anak-anak Malaysia bermain dan belajar di bawah satu sistem.

Saya doakan ketabahan Dato' Mukhriz untuk terus pempelopori idea ini walaupun beliu akan ditentang oleh partinya sendiri.

Sudah terang lagi nyata parti-parti komponen BN dan parti lain tidak ikhlas untuk membentuk satu Bangsa Malaysia, sebab itulah mereka membantah Satu Sistem Persekolahan.

Semua bangsa perlu berkorban -- sekolah Kebangsaan perlu dijadikan sekolah rasmi yang wajib bagi semua warganegara 6-16 tahun. Jika ibu-bapa mahu anak mereka bersekolah aliran lain, mereka boleh menghantar sekolah petang/tambahan Cina, Tamil, Agama, dsb di luar waktu rasmi sekolah.

Dan Sekolah Kebangsaan itu perlu di tadbir dan di ketuai oleh semua bangsa. Kita perlu terapkan sistem yang bagus dari Sekolah Cina dalam Sekolah Kebangsaan. Kita perlu sensitif supaya Sekolah Kebangsaan tidak berat sebelah kepada Melayu/Islam. Kita perlu terapkan nilai-nilai disiplin, kecerdasan fizikal dan nila-nilai murni dalam diri anak Malaysia.

Malaysia tidak punya ramai penduduk, kita tidak perlu merumitkan lagi gunatenaga kita dengan proses pembelajaran yang merugikan seperti yang ada sekarang.

Saya sekarang menetap di Cina dan saya amat kagum dengan sistem persekolahan mereka. Tidak sempurna -- tetapi teratur dan tidak caca merba. Adalah lebih mudah untuk Kementerian Pelajaran melatih guru dan pegawai pentadbiran jika 'variable'nya lebih terkawal.

Kita perlu terima yang Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Tamil dan Sekolah Cina lebih banyak menyebabkan pelajar tercicir berbanding Sekolah Kebangsaan. Saya pernah bertanya sekumpulan pelajar India yang ponteng sekolah di Bangsar(mereka merokok dan minum di Taman)kenapa mereka tidak masuk kelas? Jawapannya - kami tidak dapat mengikuti pelajaran sebab kurang faham Bahasa! Saya percaya itu bukannya kes terpencil...

sayangmalaysia

Indigo said...

Scribe,

Macam mana saya berfikir?

Tanah orang tionghua itu serupa dengan tanah air kita?

Entahlah, Scribe. Bukan pun pandai gunakan kata-kata melainkan puisi lucah lucah lucah. Dan padan muka sendiri.

Lari topik hilang puisi -haaaah!
(you are so cruel, Scribe)
Have a great day.

Terima Kasih.

ps it was a stupid free verse anyway and you save me the blushes thank you, Scribe.

Harman said...

Setakat belanja air liur memang mudah. Mukhriz boleh cadang semula Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Penyata Barnes, Penyata Mat Jenin, Penyata Pak Pandir... itu semua kita tak kisah. Apa saja. Itu hak dia sebagai politikus untuk dapat sokongan. Pokoknya, adakah kesatuan aliran persekolahan itu boleh menjamin perpaduan? Adakah bila penduduk sesuatu negara itu bertutur satu bahasa tidak ada perpecahan? Adakah terjamin keamanan kalau semua warganegara satu bangsa, satu agama?
Saya meneliti persoalan ini dari satu sudut sahaja: Kenapakah sekian banyak rancangan demi kemajuan orang Melayu mencapai kegagalan? Dari Dasar Pelajaran Kebangsaan kepada Dasar Ekonomi Baru dan entah apa lagi.... Kesimpulan dari renungan saya ialah, orang-orang Melayu dan pemimpin-pemimpinnya TIDAK IKHLAS. Segala dasar negara dibuat tidak berdasarkan keadilan tetapi berat sebelah, memberi timbangan yang lebih kepada orang Melayu. Seperti handicap dalam golf. Ya, saya akui, kerana sebelum ini mereka tertindas, mereka dimangsakan oleh penjajah dan kaum-kaum pendatang. Namun begitu, setelah keadaan berubah, setelah sifat "mangsa" itu sudah tidak lagi boleh dipakai, mereka sudah jadi ketagih dengan handicap yang diberikan itu. Lihat, mangsa sudah berubah menjadi pemangsa. Dan apabila pemangsa semakin selesa dengan kesenangan yang diperolehnya, ia menjadi semakin rakus dan haloba untuk meneruskan pemangsaannya yang kini sudah merebak pula... bukan saja "bangsa asing" yang dimangsakan, malah anak bangsa sendiri pun turut dipinggir atau dibaham.Dan akhirnya akan memakan diri sendiri. Sedarlah wahai orang Melayu, wahai bangsa Melayu..bahawa kezaliman itu tetap akan dibela oleh Allah yang Maha Adil. Dan sekiranya orang kafir pun menadah tangan ke langit mendakwa terhadap seseorang yang zalim dan memohon pembelaan Tuhan, maka Allah tidak akan menafikannya. Sudahkah pemimpin-pemimpin Melayu dan cerdikpandai Melayu hari ini melakukan muhasabah sedalam-dalamnya? Sudahkah mereka merenung ke dalam diri mereka, selama ini siapakah yang zalim... orang lain atau diri sendiri?

amoker said...

"i stayed in the US for several years (Anaheim, Orange County). i observed that chinese preferred to be within their own circle. you'd not be suprised to find that quite a number of them couldn't even communicate in proper english. that's why you can see chinatown all over the world. it's a manifestation of the chinese attitude. even the indians and arabs are able to adapt to the country their adopt."

Muhd Hafiz, thank you for the feedback and I do think myself more of a Malaysian than my ethinicity. Please don't stereotype.

1. Who do you hang out with in Anaheim?
2. Without doubt, groups of a feather group together. Those who have travelled more will know of this trend. Even the Arabs and Indians do look for their own community. For example in BKK, there is the little india ( in Nana ), Chinatown and little Arab ( in Sukhumvit).
3. You may think Mukriz is sacrosanct and I think his suggestion is inadequate. In business, top leaders don't just lay ideas .. they lay plans. And we the kuci brats accross the globe can ask questions to clarify. A good leader would be able to shape his/her plans and give good answers. Even if you worship Mukriz, read that we are focussing on his idea and not his persona. The education minister can lay out plans.
4. In the ladder of knowledge, experience is less received than facts, figures, rational deductions.

I am just a local graduate who berpidato(ed) in BM, used to be a top student in BM & bla. We should also know that our workers are in demand due to their ability to speak more than 1 language ( Malay, Arah, Chinese, Tamil, English etc.)

mohd_hafiz said...

amoker,
No doubt, there're Arab and Indian streets somewhere around the globe, but they're there for a reason. i, for one, being a muslim, don't want to be eating out in pork-serving restaurant which puts up halal sign (which is aplenty in many places outside our country, mind you). But I just couldn't understand why we need another china street (read Petaling Street) and indian street (little india in Penang) in Malaysia.

And no, I don't worship Mukhriz, I just happen to agree with what he said. True, sharing the same school does not solve ALL the problems, but it definitely is 1 step towards racial unity.I don't even need to elaborate on this and use some fancy terms while at it, most of the reason are covered by other bloggers, here.

And I believe too that one does not need to be in some fancy debate team or finish on top of some fancy classrooms to come out with a good suggestion. Eventhough it doesn't come with a blueprint of bundles of paperwork.

Yes, my experience did change me on how i see things. That's why I feel blessed with the opportunity to see racial integration from a different approach.

Who do I hang-out with back in the states? Does it really matter to anybody? Some mat sallehs, blacks, very less amigos and amigas (though california is like a secondary mexican country), not to forget a few malaysian malay and chinese expats who just preferred to be called malaysians. i worked there, not study.

p/s: I'm not bragging, just sharing my tot

A Nik said...

Salam...

Selamat Hari Raya Aidil Adha...

Dato,

Saya mempunyai satu harapan kepada sekolah satu aliran... cadangan Dato agar Bahasa Mandarin dan Tamil dijadikan bahasa pilihan.

Saya rasa elok Malaysia jadikan sekolah satu aliran itu, betul-betul satu aliran yang mana semua murid MANDATORI belajar Bahasa Melayu, "English", Mandarin dan Tamil.

Maka generasi baru Malaysia boleh faham memahami antara satu sama lain.

Dari segi "competitive advantage" Malaysia boleh melahirkan rakyat yang "multilingual" kan ke itu baik untuk "human capital"?

Rasanya boleh diterima ke?

pakteh said...

Salam,
Pakteh berpendapat cadangan Datuk Mukhriz adalah baik dan perlu diberikan sokongan oleh semua pihak. Dan jika ingin melihat sikap dan sifat hipokrit badan NGO dan ahli politik, inilah masanya....
Jika sebelum ini mereka melaung2kan keadilan dan hak samarata, inilah masanya mereka perlu menyokong cadangan terbaik ini.
Jangan ditimbulkan soal remeh temh seperti taktikal dan teknikal yang perlu dilalui, yang penting ialah asasnya.....semua kaum melalui sistem persekolahan yang sama.
paling teserlah ialah ahli politik yang tanpa segan silu mengatakan cadangan Mukhriz itu menyalahi perlembagaan sedangkan orang inilah yang mempersoalkan bumiputera, raja-raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan sebagainya.
Bagi peringkat pelaksanaan, perincian dan kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan. Mungkin cadangan ini mengambil masa 5 tahun, 10 tahun atau 15 tahun untuk dilaksanakan....biarlah 20 tahun yang penting..kita mempunyai keazaman untuk membuat perubahan yang akhirnya akan mewujudkan masyarakat yang benar2 harmoni dan saling mempercayai tidak seperti hari ini yang kebanyakkan seperti bermain wayang.

azizah said...

sejak 20 tahun lalu saya terfikir kenapa bahasa cina dan india tidak diajar disekolah rendah agar kami murid-murid melayu boleh juga memhami pertuturan mereka.

jika dibanding sekolah cina dengan sekolah kebangsaan , sekolah cina lebih banyak kemudahan dan mempunyai bangunan yang jauh lebih baik.

kalau sistem pendidikan ini digabungkan... sudah tentu juga penderma-penderma disekolah dapat disatukan dan menjadikan sekolah tersebut lebih bagus untuk semua kaum.

melalui sekolah satu aliran ini juga, mungkin generasi akan datang boleh menerima pemimpin bukan melayu kerana dari situ lahirnya pemimpin pelajar seperti pengawas yang pelbagai bangsa.

azizah said...

melalui komehn datuk saifulkamal.... saya rasa datuk saifulkamal sudah gila. gila kuasa.

SkoolStudent said...

datuk, pada pendapat saya cadangan yg diutarakan oleh mukhriz itu merupakan satu cadangan yang sangat baik demi perpaduan masyarakat malaysia. walau bagaimanapun harapan untuk kita melihat sekolah aliran dalam masa 10 tahun akan datang amatlah tipis.
Punca masyarakat malaysia terutamanya kaum Cina dan India untuk menerima cadangan ini ialh mereka bimbang anak2 mereka akan dimelayukan dengan sekolah satu aliran. mereka juga kurang selesa dengan sekolah kebangsaan yang terlalu menonjolkan budaya melayu dan islam bukan budaya malaysia dalam aktiviti disekolah. dalam proses melaksanakan sistem ini semua pihak perlu berkorban sesuatu. saya percaya semangat perkauman yang masih menebal dalam diri masyarakat malaysia hanya dilenyapkan dengan sistem sekolah satu aliran.

Anonymous said...

Schoolstudent,

Saya rasa kurang tepat kiranya mereka bimbang anak mereka "dimelayukan".

Atuk saya seorang Imam Masjid. Bapa Guru Besar SK. Pada tahyn 60'n, kami belajar di Convent. "Reverend Mother" serta Nuns menjalankan sekolah ini, dimana hanya seorang Ustazah yang mengajar Agama.

Dalam kelas saya, hanya terdapat 3orang Islam.

Saya masih seorang Melayu Jati dan belajar Agama seperti biasa diMadrasah. Hubungan kami amat erat, bukan sahaja antara murid tetapi ibubapa juga, terjalin hubungan mesra kerana mengambil bahagian dan aktif dalam segala aktiviti yang dijalankan oleh sekolah tersebut.

Hari minggu atau cuti sekolah, kami saling kunjung mengunjung untuk bermain tennis, badminton, chess, congkak, guli, getah..

Anak saya juga telah mewarisi cara hidup saya. Rakan karibnya, seorang India, selalu pinjam meminjam anak untuk dibawa bermalam dirumah masing2 kerana mereka begitu rapat sekali. Jesteru itu, kami ibubapa juga turut menjalin persahabatan yang rapat melalui kenalan anak masing masing.

ex Father Barres Convent Sg Patani.

Atan said...

Dato',
Saya berharap benar agar Dato' Mukhriz ikhlas dgn isu yg diperkatakannya, bukan semata-mata satu langkah awal ke arah jawatan Ketua Pemuda UMNO itu.

Tohmahan pemimpin bukan Melayu terhadap gagasan itu bukanlah pelik. Kita sepatutnya dari awal, sebaik-baik merdeka, melaksanakan sekolah satu aliran. Jika mereka enggan, padamkan artikel dlm Perlembagaan yang memberi mereka hak untuk menjadi warganegara negara Malaysia yg tercinta ini.
Sekarang, kita terpaksa berdepan dgn situasi sulit utk melaksanakannya walaupun tidak mustahil untuk direalisasikan. Kesulitan pertama, kita terpaksa menyingkirkan org politik bangsa kita yang bukan pejuang krn tidak memiliki keazaman politik untuk masa depan kita. Kesulitan kedua, kita perlu mengenyahkan idea pemuka bukan Bumiputera yang jelas menentang gagasan ini. Kesulitan ketiga, kita terpaksa berdepan dgn orang Bumiputera liberal yang mendahagai kuasa.
Usaha utk menanjakkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan tidak pernah berjaya. Salah siapa?

Teech Airil said...

Dari sudut bahasa, dari kaca mata akademis:

1. Semakin terlihat ketaksuban kalangan nouveau riche dan mereka yang dari kelas pertengahan untuk berbahasa Inggeris. BM pasti bukan lagi bahasa pilihan komunikasi, orang pekan 'geli' becakap dalam BM mungkin?

2. Majalah-majalah gaya hidup dalam BM kini dicampur-aduk dengan pelbagai bahasa termasuklah bahasa pelik seperti Perancis. Mungkin jika si penulis mampu menggunakan bahasa luar, tulisannya menjadi lebih hebat dan bernilai seni?

Dari sudut sosial, dari kaca mata akademis:

1. Sistem pendidikan berbentuk unitari atau kesatuan, tidak lain tidak bukan akan menyatukan semua yang belajar di bawahnya. Tetapi, adakah mampu umat Islam menutup sekolah-sekolah agama kerana konsep SR(A) dan SM(A), pasti akan dilihat sebagai melawan konsep sistem satu aliran?

2. Sistem satu aliran/unitari akan memberi peluang kepada wujudnya Bangsa Malaysia yang berdaulat. Namun, adakah mampu masyarakat Malaysia berbilang kaum untuk sementara (atau sekurang-kurangnya ketika belajar di sekolah) cuba untuk tidak melihat dunia dari kaca mata kaum mereka sahaja? Dan jika inisiaitif ini berjaya, adakah struktur dan 'discourse' sosial akan memperkukuhkan sistem unitari ini, atau ia kembali mewujudkan jaringan kehidupan berdasarkan perbezaan dan juga perkauman (bukan kesatuan)?

Dan sekadar anekdot...

Selalu juga saya bersembang kosong dengan teman dan kenalan bukan Melayu agar saya dipilih menjadi Menteri Pelajaran.

Perkara pertama saya akan umumkan adalah sistem pendidikan unitari untuk Malaysia.

Sembang kosong ini sudah lama saya sembangkan, lama lagi sebelum saudara Mukhriz.

Tapi kemudian kawan-kawan saya akan berkata, saya bakal jadi Menteri Pelajaran yang pertama memegang jawatan selama sehari.

Esok pagi atau malam itu juga (kata teman-teman saya), sedas dua tembakan bakal menyahut seruan untuk sistem pendidikan unitari di bumi bertuah Tanah Malaysia ini. Mungkinkah?

Entahlah. Tapi mungkinnya, tetap ada. Kata sahabat saya, juga seorang akademis dari negara jiran, Malaysia ini amat ketara sebagai negara yang terdiri dari rakyat yang berbeza-beza dan sentiasa mahu membeza-bezakan antara 'saya', 'dia', 'kita' dan 'mereka' - WALHAL kita semua rakyat seMalaysia. Mungkin ada benar pendapat orang luar ini.

Salam hormat!

-airil-

www.teechconsult.blogspot.com
www.teechconsult.wordpress.com

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).