Wednesday, February 04, 2009

Implikasi Tumbangnya Kerajaan PR Perak

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[UPDATE, 9 Feb.] -- Malaysiakini melaporkan kira-kira 1,000 orang berhimpun di padang Dewan Bandaraya Ipoh petang ini bagi mengisytiharkan sokongan kepada Raja-Raja Melayu.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh Pemuda Umno dan beberapa badan bukan kerajaan termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

[UPDATE, 6 Feb.] -- KITA boleh terus membahaskan isu ini. Tetapi saya mohon para pembahas agar berhati-hati. Minta jangan sekali-kali pertikai kuasa RAJA-RAJA MELAYU di bawah Perlembagaan. Raja-Raja adalah kebal di bawah Perlembagaan ketika menjalankan tugas rasmi negera dan negeri.

Kita boleh kritikal dan boleh bersuara tetapi berhati-hati agar TIDAK MENDERHAKA kepada Raja. Raja-Raja Melayu adalah pelindung dan simbol kepada agama Islam dan bangsa Melayu serta payung bagi semua rakyat jelata Malaysia.

Hendaknya janganlah ada orang Melayu yang menderhaka kepada Raja dan bersekongkol dengan sesiapa pun untuk mempertikaikan kuasa dan budibicara Raja semata-mata kerana politik dan kuasa.

Gunalah saluran undang-undang. Gunalah Mahkamah. Seelok-eloknya gunakanlah Dewan Undangan Negeri untuk menentukan siapa yang ada sokongan dan siapa yang tidak ada sokongan. Buat usul undi percaya dan buatlah usul undi tidak percaya.

Pokok pangkalnya orang Melayu jangan derhaka kepada Raja yang adil apatah lagi bersekongkol dengan orang lain mencabar hak dan budibicara Raja Berperlembagaan.

[UPDATE, 6 Feb.] - Dr Zambry Abdul Kadir selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Kira-kira 3,000 penyokong Pakatan Rakyat mengadakan tunjuk perasaan di sekitar Masjid Ubudiah.

[UPDATE, Feb. 5] -- ACCORDING to Bernama, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi had announced that Pangkor Assemblyman Dr Zambry Abdul Kadir would be the new Menteri Besar of Perak.

[MUTAKHIR, 5 Feb.] -- Bernama melaporkan Sultan Azlan Shah tidak memberi restu bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri. Sebaliknya Baginda menitahkan Mohd Nizar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Memetik kenyataan Pejabat Sultan, Bernama berkata jika Mohd Nizar gagal berbuat demikian, jawatan itu akan dianggap kosong.

[Posting Asal]

APA PUN yang terjadi dan akan terjadi dalam jangka masa singkat ini, hakikat yang terpaksa diterima ialah kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak yang berusia tidak sampai setahun telah roboh.

Empat Adunnya – tiga daripada parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) dan seorang daripada DAP telah belot dan mengisytiharkan menyokong Barisan Nasional.

Mereka adalah Jamaluddin Mohd Razdi (PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering), Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) dan Nasaruddin Hashim (BN-Bota yang melompat ke PKR 10 hari lalu).

Melainkan mereka berubah hati dan merangkak pulang semula ke pangkuan PKR atau empat orang Adun BN pula belot dan memberi sokongan kepada PR, riwayat PR di Perak boleh dikira berakhir.

Malah itulah “pengakuan” Menteri Besarnya, Mohammad Nizar Jamaluddin, apabila dia menyembah Sultan Perak hari ini dan menasihatkan Baginda agar membubarkan Dewan Undangan Negeri. Dalam erti kata yang lain, dia mengaku bahawa PR tidak lagi mempunyai bilangan ahli mencukupi untuk terus memerintah.

Dan seperti kata Mohd Nizar, sekarang terpulanglah kepada Tuanku. Apa pun keputusan Baginda, Kerajaan PR Perak sudah menjadi sejarah, sekurang-kurangnya buat sementara waktu ini.

Dan tuduhan ketua de fakto PR, Anwar Ibrahim, bahawa BN cuba menubuhkan kerajaan di Perak dengan apa cara pun – by hook or by crook – seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Perancis, AFP, tidak lagi bermakna.

Malah hujah beliau bahawa dia dan pakatannya sedang berusaha membubarkan Dewan Undangan Negeri dan memanggil pilihan raya bagi mendapatkan mandat baru daripada rakyat jelata juga sudah tidak meyakinkan lagi.

Kurang dua minggu lalu apabila Nasaruddin belot dan melompat menyertai PKR, Anwar tidak pula mengatakan perlu kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat baru. Malah dia berkata ramai lagi akan menyertai partinya.

Bukan itu saja, sepanjang masa dia mengusik dan mengasak untuk menumbangkan Kerajaan BN melalui pembelotan Ahli Parlimen BN, dia tidak sedikit pun menghiraukan mandat yang pengundi berikan kepada BN.

Yang tragik bukan sangat pembelotan oleh Adun PKR dan DAP itu, tetapi implikasi tindakan mereka ke atas pengundi yang menaruh sepenuh harapan kepada PR sebagai pengganti BN.

Pembelotan mereka itu juga akan menimbulkan tanda tanya mengenai keutuhan dan integriti PKR sebagai pemangkin gerakan pembangkang.

Lagipun, tidak kira apa jua tuduhan dan selaran yang Anwar dan penyokongnya buat terhadap BN, mereka terpaksa akui bahawa bertepuk tidak boleh sebelah tangan.

Kalau Adun PKR dan DAP itu teguh integritinya dan komited kepada perjuangan serta kepemimpinan parti masing-masing, tidak ada sogokan atau rayuan daripada BN boleh mengubah pendirian mereka.

Sama ada mereka orang yang tidak berintegriti atau mereka tidak lagi yakin dengan perjuangan serta kepemimpinan PKR dan DAP, hakikatnya mereka telah berpaling tadah.

Kalau maruah, integriti dan keadilan penting kepada Adun yang terlibat itu, mereka tidak perlu menunggu arahan sesiapa untuk mengosongkan kerusi masing-masing dan mengembalikan mandat kepada rakyat.

Betullah yang dipilih itu calon (manusia) dan bukan parti. Tetapi mereka bertanding sebagai calon kepada parti. Pengundi memilih mereka atas dasar parti. Melainkanlah mereka calon bebas.

Kalau mereka calon bebas sekali pun, mereka masih terikat kepada mandat pengundi apabila mereka hendak menyertai mana-mana parti.

BN pun tidaklah boleh terlalu gembira dan yakin sekalipun mempunyai bilangan yang cukup untuk mengambil alih kerajaan Perak.

Kalau tiga Adun PR itu boleh belot kepada parti masing-masing dan Adun Umno dari Bota sendiri boleh cabut seketika untuk bersekedudukan dengan PKR, apa jaminan bahawa mereka tidak akan belot kepada BN.

Lagipun, sebagai Adun bebas mereka tidak semestinya bersama BN sepanjang masa dan dalam semua isu.

Satu lagi cabaran kepada BN ialah memilih bakal Menteri Besar bagi mengambil tempat yang dulunya disandang oleh Tajol Rosli Ghazali.

Eloklah Umno mengambil kesempatan ini bagi memulakan proses restorasi dan penyegaran kepemimpinan dengan memilih orang baru yang lebih muda dan berpotensi.

[ADDENDUM]

Sultan Azlan Shah’s statement

THE following is the media statement issued by the office of Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah, which was signed by the ruler’s private secretary, Col Datuk Abd Rahim Mohamad Nor:

"Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin was granted an audience by Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan of Perak Darul Ridzuan on Feb 4, to ask for his Royal Highness’s consent to dissolve the Perak State Assembly.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Razak, Deputy Prime Minister of Malaysia, also requested for an audience with his Royal Highness in his capacity as the Perak Barisan Nasional chairman and consent was granted to be present before his Royal Highness on Feb 5.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib informed that the Barisan Nasional and its supporters, now comprising 31 state assemblymen, had the majority in the State Assembly.

On the order of the Duli Yang Maha Mulia to ascertain that the information given was accurate, all the 31 state assemblyman were to present themselves before Paduka Seri Sultan.

After meeting all the 31 assemblymen, DYMM Paduka Seri Sultan of Perak was convinced that YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin had ceased to command the confidence of the majority of the State Assembly members.

DYMM Paduka Seri Sultan of Perak had also considered thoroughly YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin’s application on Feb 4, 2009 for his Royal Highness’s consent to dissolve the Perak State Assembly.

His Royal Highness had used his discretion under Article XVIII (2)(b) of the Perak Darul Ridzuan State Constitution and did not consent to the dissolution of the Perak State Assembly.

YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin was summoned to an audience with the Sultan to be informed of his Royal Highness’s decision not to dissolve the State Assembly, and in accordance with the provisions of Article XVI (6) of the Perak Darul Ridzuan State Constitution, DYMM Paduka Seri Sultan of Perak ordered YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin to resign from his post as Perak Mentri Besar together with the members of the state executive council with immediate effect.

If YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin does not resign from his post as Perak Mentri Besar together with the state executive council members, then the posts of Mentri Besar and state executive councillors are regarded as vacant.

This statement is issued with the consent of Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan of Perak Darul Ridzuan."

198 comments:

Marhaen said...

Ya, saya sebagai pengundi di negeri Perak sangat sedih dgn keadaan yang berlaku. Buat p/raya semula di Perak!

Brahimnyior said...

Datuk KJ,

Saya sangat kecewa sebenarnya dengan apa yang berlaku di negeri saya ini.

Saya menganggap BN bertindak bacul dengan menggunakan apa cara yang ada, termasuk wang, pangkat dan tender untuk mengaburi ADUN yang berpaling tadah itu.

Saya beranggapan yang merogol demokrasi ialah BN di bawah Najib. Ini juga akan membuka dimensi baru sistem pilihan raya yang menunjang demokrasi negara kita.

Maknanya, selain daripada kertas undi, acara lompat parti akan menjadi satu cara menubuhkan kerajaan.

Akhirnya, pihak yang mempunyai sumber dan a yang kuat akan mampu memiliki wakil-wakil rakyat yang mereka ingini.

Saya tidak pasti apa pandangan majoriti rakyat Perak terhadap BN, yang pasti, saya bukan tak suka, tapi meluat dengan cara jijik dan tidak beradab ini.

Wassalam

TEHrasaCOKE said...

Dato'...
Kalini on d way nak balik Pendang
lalu kat Perak baru rasa seronok sikit... tapi mai tang Penang serabut perut balik.... Lebih baik bulan dari tanglung...

Anonymus bernama Ainon said...

Salam Datuk,

Bagus Datuk menyanggah DS Anwar Ibrahim tu. Dah dekat setahun dok kata nak tumbang BN, tetiba Pakatan Rakyat yang tumbang kat Perak. Mana pi DSAI, dan 'tera' juga DS Najib kali ni.

Pendapat peribadi saya; patut bubar dewan negeri, tapi saya rasa ia tak akan berlaku.

Terima kasih Datuk.

Roti Planta said...

Dato',
Ini adalah demokrasi ala Malaysia yang menjadikan wakil rakyat adalah 'raja'. Selepas menang mereka menjadikan jawatan sebagai modal untuk membuat keuntungan. Mereka ini tidak faham dan tahu apakah 'demokrasi' apatah lagi tahu maksud, sejarah, prinsip dan etika demokrasi yang kononnya mereka junjung.

Hakim yang membuat keputusan 'Akta Anti Lompat Parti' yang dibuat oleh kerajaan Kelantan adalah bercanggah dengan 'kebebasan bersuara dan berpersatuan' juga berdosa membuatkan negara dan rakyat kacau bilau. Berapa lagi wang rakyat akan hangus untuk belanja SPR dan berapa lagi wang 'rasuah pilihanraya' akan bertukar tangan.

Lupakan masalah ekonomi. Rakyat Perak akan menyambut HariRaya PilihanRaya yang lebih meriah daripada HariRaya AidilFitri, Kong Xi Fa Chai atau Deepavali.

Selamat mengundi dan selamat diperbodohkan sekali lagi

Bye/Roti Planta

donmny said...

TUAN

1. lompatnya 2 orang adun PKR tidak mengejutkan. Itulah skrip yang difahami ramai.

2. lompatnya adun DAP agak mengejutkan walaupun ada ura ura tapi dipandang sepi. Mana mungkin. Dalam situasi DAP menguasai Perak apa yang adun ini mahukan lagi.

3. Paling mengejutkan adalah adun Bota yang kembali ke BN.

4. Apa disebalik sebalik sebalik semuanya ini.

5. Saya sangat yakin ada sesuatu yang sangat besar disebalik semua drama ini.

Anonymous said...

RASUAH...KENAPA DATO TAK CAKAP RASUAH...so one sided!!..so crystal clear....UMNO bagi Rasuah pada pembelot!!

moslem 1st

Roti Planta said...

Dato',
BN perlu berdoa agar tidak perlu diadakan pilihanraya kecil kerana majoriti rakyat telah cerdik dimana mereka menolak amalan politik buruk, rasuah, ugutan, curang, memperbodohkan mereka dan mereka PASTI simpati kepada mangsa terinaya pada kacamata mereka.

Jika memerintah pun BN kena lantik semua 31 ADUN sebagai Exco kerana jika mana-mana yang tidak dilantik maka mereka lompat pula kepada Pakatan Rakyat. Pada masa ini kuasa ADUN lebih besar dari parti dan kerajaan.

Dato' kenapa tiga ADUN tu masih Bebas? UMNO tidak mahu menerima dua Adun Melayu yang 'berlumpur' tu dan MCA /Gerakan kekal berprinsip tidak mahu menerima 'sikatak'.

Wahai YB Semoga anda Bebas.... bebaslah seperti katak bebas lompat dimana sahaja dan bebas seperti lembu yang bebas meragut dimana sahaja....

Bye/Roti Planta

Anonymous said...

Salam Dato',

Saya adalah seorang yang anti-lompat. Tidak kira lompat ke kerajaan atau pembangkang. Itu tak bermoral namanya.

3 ADUN yang meninggalkan PKR itu adalah Adun yang bermasaalah. Yang dua ekor tu ada pertuduhan rasuah seks dan yang sekor tu tak ada pendirian. (Sah, yang dikejarkan adalah pangkat.)

Persoalannya, mengapakah UMNO sanggup menerima dua ADUN PKR yang ada kes mahkamah itu? Apakah Najib terlalu "desperate" untuk menunjukkan kekuatan UMNO setelah kekalahan dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Trengganu? Atau Najib mahu dipandang seperti "SUPER HERO" pada masa pemilihan UMNO dalam bulan Mac nanti?

Saya fikir kredibiliti UMNO akan lebih teruk lagi dengan menerima orang seperti ini. Perkara ini akan terus menjadi isu besar walaupun jika mereka tidak bersalah.

Pilihlah pemimpin muda sebagai MB Perak, tapi kalau sudah ada "liability", tak ada gunanya.

Rakyat tak sanggup diperbodohkan lagi. Ini adalah pesanan untuk pemimpin-pemimpin UMNO.

Anak Bayan.

http://www.munsyiabdullahthejunior.blogspot.com said...

Bayangkan apa akan terjadi kepada negara kita suatu hari nanti. Kita memperjuangkan prinsip demokrasi tetapi kita juga yang merogol nya. Kita menjunjung kebebasan bersuara, tetapi kita juga yang mencabulnya.

special task force said...

yang untung adalah PAS. parti yang tak tipu rakyat dan utuh pegang kepercayaan rakyat. part yang orang melayu patut bergantung. tq

Limanov said...

Dato,

Yang paling kelakar sekali pada saya ialah gelagat Adun Bota.Ada jugak Adun mcm ni dlm BN. Pandai dia berlakon.

Sarip Dol said...

YBhg. Dato,

Now it makes me want more to join politics.Can be instant millionaire...who cares about people who voted you.

Fazrul Che mat said...

lain saja bunyi ulasan datuk. tidak seperti semasa adun bota menyemberang parti. Bolih terima ke perbuatan 3+1 adun tu. Nampak nya tidak seteguhmana prinsip datuk. Sepatut nya kita seperti karpal singh yang mengatakan "no" kpd pengkhianat tu. Satu lagi datuk setujukah dakwaan rasuah kpd dua adun tersebut di mansuhkan. Viva malaysia.

Fazrul Che mat said...

lain saja bunyi ulasan datuk. tidak seperti semasa adun bota menyemberang parti. Bolih terima ke perbuatan 3+1 adun tu. Nampak nya tidak seteguhmana prinsip datuk. Sepatut nya kita seperti karpal singh yang mengatakan "no" kpd pengkhianat tu. Satu lagi datuk setujukah dakwaan rasuah kpd dua adun tersebut di mansuhkan. Viva malaysia.

gotahlantun said...

salam,
tahniah la buat BN perak. Maka teruskanlah berkhidmat untuk rakyat dibawah.
Buat pemimpin di atas, pilihlah pemimpin MB Perak yang baru yang benar2 secocok dengan rakyat negeri Perak.
Jangan tersalah pilih sebab akibatnya sendiri pun dah tau.. seperti 2 PK yang lalu.

R@duan said...

TAK DAN NAK SAMBUT HARI JADI...UDAH LEBOH YOP!..

Heical said...

Salam Datuk,

Tun kata terlibat dengan rasuah seks.Bila mahkamah jatuhkan hukuman apa akan terjadi ? .
Orang Lompat lompat ini tidak ada pendirian hanya pentingkan poket sendiri.
Kalau lompat lagi macamana ,kita kena tukar kerajaan sebulan sekali ?

TAKUT PUCHONG said...

2 ADUN tu dapat sedekah apa pula kali ni? tidak faham ADUN bota yg 2minggu lalu mengisytiharkan tidak lagi percaya kepada pucuk pimpinan umno, menjilat ludahnya dan kembali ke parti. melayu mudah lupa dan melayu sendiri yang merosakkan bangsa dan agamanya. maruah???? perkataan tu tak ada dalam kamus hidup depa.
kalau DUN dibubarkan sekalipun, baiklah diboikot saja pilihanraya kerana kita akan ditipu lagi....

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Sekaligus rasa amarah UMNO kepada tiga orang melayu itupun lenyap sama sekali.

Lain saya tak mahu sentuh. Saya serah kepada Sultan Perak dan rakyat Perak. Kecuali satu.

Jika saya pengundi Bota, saya akan pasang sepanduk keliling rumah, menuntut dia pencen terus dari politik. Dan saya tidak akan menurunkannya selagi dia tak pencen.

Mulai hari ini, JANGAN LUPA BAHAWA REKOD LOMPAT PARTI POLITIK DI MALAYSIA ADALAH SELAMA 8 HARI!!!!

Syeikh Akram said...

Dato',

Kenapa saya merasakan Dato' seperti berat sebelah dalam hal ini? Kalau beberapa hari lepas Dato' dengan tegas nya berkata “Kalau nak melompat juga kerana kecewa atau hendak kaya, silalah kosongkan kerusi dan kembalikan mandat kepada rakyat. Hormatilah proses pilihan raya. Jangan jadi hantu raya dan manusia haloba”,

Mengapa kini Dato’ tidak seakan mengeluarkan irama yang sama? Persoalan mengenai SPR yang menolak kuasa Speaker & ternyata membelakangkan perlembagaan kenapa Dato tidak persoalkan?

Bagi saya, PR atau BN, kedua2 nya tidak lagi layak memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri Perak, dek majority yang begitu tipis maka kerajaan yang terbina tidak langsung menyakinkan, terutama dengan kehadiran spesis2 katak coklat mahupun putih, luar biasa banyak nampaknya, musim mengawan agaknya!

Cukupla berpolitik, kita masih banyak agenda Rakyat yang perlu dilaksanakan...

Secara peribadi saya merasakan cara terbaik adalah melalui pembubaran Dewan Undangan Negeri dan memanggil pilihran raya negeri bagi mendapat mandate baru dari rakyat. Kita tengok siapa yang kena…..

Persoalannya, berani ke BN menyahut cabaran ini? Cukup jantan ke Najib setelah berturut2 menerima kekalahan di P.Pauh dan K.terengganu?

GEORGE CHOO said...

Kejadian di Perak menujukkan bahawa semua ahli politik termasuk NAJIB dan ANWAR TIDAK BOLEH DIPAKAI.Tumpuan mereka sepatutnya ialah untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang teruk di Malaysia.Tapi,setakat kini,tumpuan mereka ialah untuk MEREBUT KUASA.Empat ADUN Perak yang lompat parti merupakan "KAKI RASUAH YANG BUAT KERJA TIPU".Sekiranya,ada pilihanraya negeri Perak yang baru,RAKYAT MESTI MENOLAK 4 KAKI RASUAH YANG BUAT KERJA TIPU INI.

SUKJ said...

Datuk,

1. Apa yang berlaku di Perak sebenarnya merupakan satu Drama Politik yang amat lucu. Depa ingat kita tak tahu.

2. Penulis skripnya ialah Anwar Ibrahim sendiri. Najib adalah Pengarah dan Pak Lah adalah Penerbit.

3. Tukang menonton dan tukang nganga ialah diri kita sendiri.

Ex-Perak said...

Datuk,
Kalau Adun PKR dan DAP yang melompat ni nak belot (double-cross) kembali kepada parti asal mereka, saya rasa Sultan akan bubar terus DUN Perak. Bagi rakyat peluang kedua untuk tentukan siapa akan jadi kerajaan.

Pedang Bertuah said...

Assalamualaikum Datuk
:) lagi drama... the best part, kalau BN lompat ke PKR maknanya si katak yakin dengan perjuangan PKR, tapi bila PKR lompat ke BN kenapa pulak lain hujahnya?
DSAI menepuk air dalam dulang dan kena muka sendiri.
1. Apa nak cerita pasal lompat parti tidak demokratik di Perak, sedangkan dia lah yang sibuk2 nak menubuhkan kerajaan 16 September melalui pintu belakang?
2. Apa nak cerita pasal BN tak menghormati mandat rakyat Perak, sedangkan dia sendiri nak membelakangkan mandat rakyat menumbangkan BN dengan cara lompat?
Apa-apa pun Datuk, lagu Spider paling sesuai ditujukan pada mereka2 ini...
"... mabuk bukan mabuk, mabuk nama, mabuk cinta, mabuk kuasaaaa."
Wassalam...

din said...

Persetankan dengan ahli politik. Bagi mereka yang penting bukan kehendak rakyat, kepentingan rakyat, keperluan rakyat. Masa depan anak-anak dan cucu cicit negara ini?Itu tak penting, yang penting, pangkat mereka, duit mereka dan nafsu mereka.Maruah mereka boleh dibeli dengan pangkat, seks dan duit. Dari BN ke PR tiada beza. Dari Anwar ke Najib tiada beza. Persetankan mereka.

sap said...

Salam Dato'....
Setelah berlakunya kes seperti ini, saya betol2 merasakan sesungguhnya politik ini adalah gelanggang yg sgt kotor....walaupun tidak semua politician begitu, tp kerana nila setitik rosak susu sebelanga...baik PR mahupun BN...sama sahaja..yg DAP pula beriye2 nak pegang Perak...mmg la kerusi DUN DAP plg byk dlm PR, tapi yg undi DAP tu bukan semua org cina ade jugak Melayu & India....Walau apa pun yg terjadi x mungkin perak akn jatuh ke tgn Cina...biarlah UMNO yg mng sekali pun, biarlah UMNO rasuah sekali pun, biarlah UMNO kotor mcm mane sekali pun, TAPI UMNO itu Melayu dan Melayu itu kalau di Malaysia adalah Islam...Dan sejauh mane Islam nye ahli2 UMNO ni Allah sahaja lah yg maha mengetahui..Wallahualam..

mymoksha said...

Kejatuhan Empayar Perak adalah sesuatu yg amat tragis dan begitu memilukan. Umno akhirnya berjaya menyogok dan membeli adun PR dan matlamat mereka berjaya. Ternyata, adun PKR dan DAP berjaya disogok dan tanpa segan silu menerima BN sbg wadah perjuangan baru semata-mata kerana wang! Apa lagi bkn krn wang kalau menyokong BN & Umno. PErjuangan UMNo-BN sudah terbukti tidak tulus, pembelian wakil2 pembangkang sudah ada sejarahnya. Jadi perkara ini bukan lah baru, cuma yg menyedihkan, Perak kehilangan seorang MB yg berkaliber dan berkualiti, sudah tentu gantinya nanti adalah jauh berbeza terutamanya kalau dr UMNO!. Pas menjadi mangsa, walauapapun tahniah kpd Bn yg berjaya membentuk sebuah lagi kerajaan baru dr hasil titik peluh rasuah dan sogokan!

Anonymous said...

Saya setuju pendapat Dato',

"(Kalau tiga Adun PR itu boleh belot kepada parti masing-masing dan Adun Umno dari Bota sendiri boleh cabut seketika untuk bersekedudukan dengan PKR, apa jaminan bahawa mereka tidak akan belot kepada BN.)"

Berbalik kpd kenyataan Dato' itu jika ini berlaku kerajaan akan bertukar lagi, MB tukar lagi, sampai bila nak selesai? Bila nak merancang, bila nak laksana pentadbiran ? Bila nak tengok rakyat ? Tak akan ada titik noktahnya. Untuk itu Tuanku Sultan wajib buat keputusan, bukan menyokong mana2 pihak, yg terbaik pada pendapat saya, serah semula kpd rakyat menentukan dan berdoa agar mendapat majoriti besar supaya kukuh pentadbir negeri, tak kira siapa yg menang.

+MADTEROPONG+

fital said...

Permainan politik amat licik dan kotor sekali.Tahniah kepada UMNO kerana berjaya merampas kembali Perak dari PR. Namun kedudukan BN belum selamat ibarat telur dihujung tanduk.Serba kemungkinan boleh berlaku.Sekiranaya ada pula Adun dari UMNO seramai 4 0rang yang berpaling tadah selepas ini bagaimana pula.Yang menang belum boleh berdabik dada dan yang kecundang belum tentu berputus asa.Yang pastinya PKR telah lemas, UMNO cemas dan PAS melepas.

Samuel Goh Kim Eng said...

WHAT COSTS MOST WHEN GHOSTS PLAY HOST?

While some politicians play their games like 'ghosts'
The ordinary folks are the people who suffer the most
Does it matter now which party is playing the 'host'
When ultimately everybody needs to consider the cost

(C) Samuel Goh Kim Eng - 040209
http://MotivationInMotion.blogspot.com
Wed. 4th Feb. 2009.

Singgah abbebakar said...

Assalamualaikum Datuk,

Saya lebih takut kepada kerakusan Najib yang bakal menjadi PM Malaysia Mac nanti. Jika para perasuah yang mengungguli jawatan dalam Umno Mac nanti, maka Najib pasti menjadi ketua mereka. Adakah Najib menjadi ketua kepada sekumpulan ketua PENIPU?

Jika Najib gagal memulihkan ekonomi negara, rakyat Malaysia biasa hidup miskin. Tetapi jika penipu yang tamak diberi amanah menjaga khazanah negara rakyat pasti menjadi lebih miskin.

A KADIR JASIN said...

Sdr Fazrul Che Mat, ada dua isu berlainan dalam ulasan sdr.

1. Perhatikan betul-betul. Saya tidak sokong lompat parti. Saya kata kosongkan kerusi secara sukarela.

2. Kes rasuah -- itu bukan hak parti. Itu urusan Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia dan mahkamah;

3. Kita serahkan kepada MACC dan mahkamah.

Terima kasih.

Anonymous said...

hi dato, a logic read "where got people want jump to small ship?, why people jump to big ship" this will show those jump to small ship have sincere to help build our nation (not refering to tat stupid din), those jump to big ship may have other benefits. sdr dato anwar always remind once he seized putrajaya he will hold election in less than 1 year. this is to remove all bn influences 1st before a clean ge held.

- anthony

Azman Yahaya said...

Rasuah, rasuah, rasuah, tiada lain ini lah bahana rasuah

abu hasan said...

salam..
saya rasa dah sampai masanya kita pilih pemimpin atas dasar kredibiliti dan kekuatan calon itu sendiri...tidak kira parti mana yang menang dan memerintah, pasti kita akan dapat pemimpin yang baik..

steve said...

ha..ha...mantaplah komen sukj.sebagai anak perak, sedih saya kerana rakyat takde kuasa pilih pemimpin semuanya pasal duit.

Anonymous said...

Sudahlah Datuk..!! Hipokrit tahan gaban..!! Apapun alasan Datuk terhadap komen Sdr Fazrul Che Mat, bunyi dan hasratnya tampak sama jer...i.e. Datuk mmg UMNO totok..!!

UMNO buat apa salah sekalipun dan amal rasuah politik macam mana pun, walaupun dah sah HARAM dlm ISLAM, diperakui SALAH oleh Nabi kita Rasullulah SAW, tapi krn UMNO, Datuk boleh "pejam" mata shj...seolah-olah Pemimpin UMNO itu maksum, tidak pernah berdosa kpd rakyat, ulul amri kununnya...kalau org lain tuh mcm PAS, DAP & PKR semuanya jahat belaka, tak ada satu pun polisi yg baik utk rakyat dari PR nih..

Datuk mmg double standard...org macam Datuk nih sepatutnya digelar pengulas kangkung jer...tidak neutral, apa yg baik hanya dari BN dan apa yang jahat hanya dari PR.

Kalau Datuk anak jantan, siarkan je komen saya nih...jgn cut, sebab saya nak tahu sejauh mana Datuk berani agar pembaca-pembaca lain mengenal Datuk dari sudut pandangan peribadi saya. Mungkin saya salah, kita lihat apa org lain kata...

Hussein Tokia (bukan Nokia)
Tokai, Kedah.

din said...

Hi Anthony,

>help build our nation (not >refering
>to tat stupid din),

You dont have to call people names to get your point across.What I want to say is that our politician lack integrity. They go where the wind blows. They just jump ship when the want. They do things best for their own sake. Is that kind of leader that you want? Is that kind of leader you want to lead our great country. It's not matter of PR or BN. It's not matter of Najib or Anwar.Leader with integrity leads the country, and here's what I think.Neither of them have that quality.

Thank You Anthony.
Thank You Datuk Kadir
&
Good Night Malaysia

Anonymous said...

Hang ni intelektual ka borjuis UMNO ha latok?

D point is. Lompatan kijang ADUN-ADUN ni mendatangkan curiga bagi orang macam kita yang waras ni. Dato sendiri tak berani nak nyatakan pendirian tentang Najib pandai-pandai plak nak ulas korupsi politik ni.

Ulang tanya. Hang ni intelektual ka barua Tok mahathir? udah le..yang releven ialah pandangan intelektual yg jujur pada ilmunya..bukan analisis simpatisan UMNO mcm dato.

Bagi la analisis yg adil dan jujur. Ni ayat mcm penyokong puak ( walaupun kami tau hang memang taik UMNO ). Apa punya Dato punya Dato..

Xde beza dgn kualiti ADUN lompat kijang tu. Tak malu ka latoookk.. ayyaaaa... bikin malu generasi tua la...camana org muda mcm saya nak hormat.

- cucu org muda.
JB.

mimai said...

pembaca2 semua tak yah dok tanya kenapa dato mcm ni, knp dato mcm tu..
knp bias dan blabla..
takkan tak tau dato kadir kita ni umno pekat..
umno pelingkup kaa, umno rasuah mcm mana pun.. dia ttp umno..

Anonymous said...

Dato.
Tahniah atas ulasan yang bagus. Saya setuju. Saya penyokong BN dan saya percaya hanya UMNO boleh mentadbir bangsa Malaysia. Perkembangan ini sangat mengahrukan saya. Namun ketika mendapat berita ini,lama saya berfikir. Pada saya,kita menang di Perak ketika ini dengan cara yang meragukan la Dato'. Sedikit sebanyak saya malu dengan adanya elemen rasuah. Apa guna kita tubuh kerajaan tetapi imej kita kotor. Ini boleh mendatanagkan kesan lebih buruk pd ms depan. Saya sygkan UMNO dan sy bimbang jika niat ini di teruskan, mungkin ia juga tak stabil apatah lagi kualiti ADUN baru ni..kurang sangat2. Saya amat bimbang. Tlglah sampaikan kebimbangan kami penyokong2 UMNO pada pemimpin kita. Jangan menang sorak kampung tergadai. Kami rasa malu la Dato'. Pelik apa yang kami rasa ni.

- UMNO caw. Mempaga.

manns'gor said...

Salam Datuk,

Saya melihat situasi lompat parti adalah perkara yang paling tidak berhemah walau apa pun alasannya.

Korupsi menjadi-jadi,dalam kondisi yang begini pilihanraya adalah yang terbaik untuk menentukan dan bukannya wakil rakyat atau menteri yang menentukan...pulangkan semula pada rakyat

Jangan memperbodohkan rakyat lagi.

wassalam
mannsgor.blogspot.com

saji said...

Salam Dato',

Saya cuma ingin memberikan pandangan mengenai perbuatan Adun-Adun PR lompat parti dari sudut dasar perundnagan Islam di bawah kaedah umum 'Masalih Mursalah' iaitu hukum bagi perkara-perkara dan masalah- masalah baru yang tiada didapati nasnya yang terang dalam al-Quran, Hadis, ijma' dan qias seperti berikut.

Harus hukumnya jika tujuan -tujuan syaraknya ialah untuk mendatangkan kebaikan dan membawa kemanfaatan atau menolak daripada bahaya dan kerusakan kepada masyarakat dan agama.

Maknanya, jika hasil daripada lompatan Adun-Adun tersebut kepada parti BN bakal menwujudkan kerajaan negeri baru yang stabil, adil daripada yang sebelumnya atau tidak menimbukkan huruhara dan sebagainya, maka lompatan tersebut diharuskan.

setulangdaing said...

Lain macam ja komen datuk. Macam dacing BN.

Lepas lompat BN kita nak taulah apa jadi dengan kes rasuah dua ekor tu. Lepas ni dia jadi kerbau yang dicucuk hidunglah. Maruah dah tiada, apa lagi yang tinggal untuk dihargai.

Yang dari bota tu lagi teruk. Jual lelong pun tak laku.

Kalau camni cara nak tubuh kerajaan, tak payahlah kita pegi mengundi lagi. Buat abiskan beras ja. Bubar ja SPR.

BN bacul bila dapat pemimpin bacul..Malangnya rakyat Malaysia

Dato Harun Selangor said...

Dato Kadir.

Apa macam.Bukan kah saya kata orang politik itu busok macam Najis.Mareka Tak ada maruah dan boleh di jual beli macam Lembu.

Saya ingat politik juga macam boxing.ada round pertama.Ada round kedua dan ada round penamat.

Round Pertama,Ptg Pauh,PKR menang.Round kedua KT PAS menang dan Round ketiga Perak BN menang.Round empat tak tahu lagi.

Raja Azlan merupakan saorang Raja yang pintar.Bagitu juga anaknya.Jika ia mengikut rules ia akan benarkan Dewan Undangan Negeri di bubarkan.Biarlah kita tunggu sampai besok.

Orang politik sebok untok menjaga periok nasi mereka.Mereka tak peduli apa akan berlaku pada Negara dan Raayat.Ramai orang kampong yang miskinpenoreh getah,ada yang makan nasi hanya satu hari satu kali.Ramai juga yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.Ekonomi malaysia tidak akan jadi lebeh baik.Hasil negara akan turun dengan drastik.Perbelanjaan Negara dan pembaziran maseh tidak di kawal.

Dato.nasehat saya kapada Dato yang bagitu mature sekali.tak usahlah exciated sangat.The boxing just started.

Pilehanraya Serawak adan datang.Sama BN akan dapat mempertahan Serawak merupakan persoalan yang mahal.Yang kita tahu dan membaca dalam akhbar,Orang Dayak yang merupakan majority pendudok Serawak telah sedar yang mereka di perkudakan.Ketua Menteri Serawak pertama ia lah Temenggong Jugah.Kerajaan Pusat dengan tipu helahnya berjaya menjatohkannya.Orang Dayak sejak dari tarikh itu di pinggirkan.Orang Cina pula telah memberi sokongan yang kuat kapada DAP.Taib Mahamud sejak akhir ini terpaksa memakan ubat tidur baru ia boleh tidur dengan nyanyak.

Mari kita lihat pileharan raya di Kalimantan Barat,yang bersempadan dengan Serawak,untok memileh gavernor baru.Kalimantan Barat majority pendudoknya orang Dayak.Tapi Gavenornya sejak 40 tahun lagi ia lah orang Melayu Islam.Tiba2 tahun lepas saorang Dayak biasa bernama Cornalis bertanding jawatan Gabenor.Thema kempennya BRESATU KITA MENANG.Ia hanya meminta orang Dayak bersatu di bawahnya supaya tanah adat mereka dapat di pelihara.Akhirnya ia menang.Semua orang terkejut.Buat kali pertama dalam sejarah Indonesia orang Dayak menjadi Gabonor.Saya ingat Serawak akan menerima nasib yang sama.Jika Serawak jatuh,tak ada sebab kerajaan Pusat BN boleh tak boleh jatoh.

Dato.mari kita tanya kapada Pak Lah dan Najib,siapakah penasehat mereka dari segi strategi Pilehan raya.Bagi Pak Lah penasehatnya ialah Kalimulah,Anwar zaini dan budak2 BTN dan anak dan menantunya.
Bagi Najib tak tahu lagi.Dengarkata Tun Daim salah saorang darinya.

Samasa Party BERJAYA Sabah membuat persiapan untok menjatohkan Tun Mustapa di Sabah,salain daripada ia mendapat sokongan BN Pusat,yang banyak membantu BERJAYA dari segi wang dan strategy ia lah World Christian Ord yang berpusat di Califonia.Dengar khabar yang aktive membantu orang Dayak di Serawak ia lah Christian Organisation dan Jewish group yang berpusat di Singapura.

Dato,saya amat berharap supaya orang Islam jangan bergadoh sampai akhirnya kampong tergadai.Saya sabagai orang Tua dan terlibat dalam sepak terajang politik UMNO dan BN nampak sangat yang kita sudah masok perangkapnya.

Saya amat berharap,demi untok memelihara anak cucu kita yang tak berdosa,supaya martabat ugama Islam di jaga,Saudara Anwar,Najib dan Hadi dapat dudok sameja dan jangan bergadoh lagi.Tiada ada siapa yang untong.

azri fickry said...

kenapa BN begitu hipokrit setelah melaung2kan orang melompat ini tiada prinsip, dan setelah mereka bersungguh2 nak buat undang2 yg melarang lompat parti.

kemudian melihat ADUN Bota menjilat ludah sendiri..

kecewa.

orang gerik said...

anak perak akan kehilangan MB yang ikhlas dan alim. Saya lebih percaya Nizar daripada muka2 Adun BN yang sedia ada ni.

Anonymous said...

Saya rasa hairan macamana itu 2 badut yg selama ni hilang tak siapa tau kemana? Muncul bila ada sidang media bersama TPM. Tak sakit ke mereka (MC) atau dah ok.

__HUDINI__

Parpu Kari said...

Salam Datuk,

Pada pandangan saya apa yang berlaku ini ada hikmahnya, saya sebagai anak Perak yang sejati amat mengalu-alukan kerajaan BN mengambilalih Perak.

Itulah sebaik baiknya....we must have a real state govt.....not just a proxy....

AtasPagar said...

A'kum Datuk,

Namapaknya Datuk seperti juga keempat-empat manusia yang suka melompat tu-tiada pendirian. Sila berikan prinsip/pendirian Datuk tentang isu ini. Janganlah kita terus bersifat lalang....

azienmat said...

Kadang-kadang jelak dengan permainan ahli politik sekarang. Rakyat umpama bola dijadikan alat mainannya. Disepak ke sana-sini.

Senang saja nak buat pilihanraya, macam dah takde kerja lain hanya politik merebut kuasa, yang dia tahu menagih simpati dan bantuan rakyat untuk membantu agenda mereka, bukan rakyat yang perlu dibela. Terbalik jadinya, Songsang!

Ghentikanlah semua ni. Tak payah pilihanraya semula, buang masa kita, buang duit rakyat jugak. Yang BN pulak tak payah ghairah sangat, takde maknanya menang macam tu.

Dapat durian runtuh sebiji, kecoh keluar nak cari lagi. Kang tak pasal2 ditimpa durian. Duduk ajelah elok2 di bawah pondok

Anonymous said...

Dato'

"Cukup jantan ke Najib setelah berturut2 menerima kekalahan di P.Pauh dan K.terengganu?" - SYEIKH AKRAM

komen saya;

1. kategori Jantan ke Najib tu?

2. maaf cakaplah - kalau beginilah cara dia berpolitik, malanglah rakyat malaysia bakal mendapat PM macam ni.

3. itupun sebenarnya orang2 UMNO sahaja yang memilih dia - sebahagian besar rakyat mahukah? 'Dak kot Dato' no'??

4. 'Come on' lah Najib - patut-patutlah nak berpolitik pun.

5. dalam kedudukan UMNO dan BN hari ini yang agak 'membusuk' ni, bukan begini caranya untuk memerintah.

6. Tunjuklah teladan dan prinsip berpolitik yang betul - dengan sendirinya imej kembali pulih

hmmm...

7. seperkara pula tentang sesetengah ahli dan wakil rakyat PKR ni (terutama yang Melayu)- inilah 'rupa sebenar' orang-orang yang keluar dari perut UMNO (jenis tak cukup JANTAN juga)

8. dulu S46 - macam tu juga - tak boleh tahan jiwa!! (tak tahan daulat orang sekarang kata)- berapa orang menteri yang ada hari ini bekas pemimpim S46??

9. apa sebabnya jadi begitu?? - Dato' dan pembaca blog lebih arif jawapannya.

10. Bukanlah sengaja nak memuji - berbeda dengan ahli-ahli dan pemimpin PAS - tarbiahnya melahirkan insan yang berjiwa kental serta kuat dan tetap pendirian!

11. Sebabnya?? - tuh.. nanti nak kena bertanggungjab kat sana - prinsipnya boss tetap dihormati tetapi tanggungjawab sebenar dan besar adalah kepada 'pencipta'

12. tapi sebut macam ni orang tak sukalah - 'depa' kata Dato' hmm.. buat dah 'tak dak' point lain dah!!.. asyik2 mati-akhirat, mati-akhirat.

habis apa lagi yang kita tinggal selepas dunia ni?? nak bawak apa bro??


Haji Long

add said...

Salam semua, Masa Datuk Nasa masuk PKR bukan rasuah? tiada tawar menawar? mustahil! tetapi kalau menyeberang BN/UMNO semua yang busuk dicopnya kepada Najib. Sebenarnya kebanyakannya ialah busuk hati. Masa pilihanraya Permatang Pauh, mana banyak duit yang digunakan oleh DSAI dalam kempen serta jentera parti PKR lebih gah dari BN,mana dapat duit? tak kan guna duit simpanan tabung haji kot?Adakah DSAI menerima dari akaun warga asing dan negara asing? mengapa begitu?dan mengapa DSAI begitu beria-ria nak tubuhkan kerajaan PR? adakah nak membela kaum hindraf,kaum cina dan kaum melayu? apakah tiada apa-apa unsur disebalik pelaburan oleh dana asing kepada DSAI. sekarang ni DSAI dan PR sedang menyediakan meriam dan peluru berpandu terhadap Najib kerana dalam masa tak sampai dua bulan lagi Najib akan jadi PM. Harus diingat perangai pembangkang ialah akan mencari salahlaku pemimpin yang akan naik jadi ketua itu motif utama mereka termasuklah akhbar rasmi parti Islam dengan tanpa segan silu memaparkan skandal yang tidak wujud tetapi inilah bacaan rakyat kelas tiga malaysia, berbanding dengan membaca majalah yang berunsur ilmiah termasuk lah juga kepada penuntut di ipta yang mendapat biasiswa kerajan Bn serta mendapat PTPTN dengan bangganya mengelek akhbar harakah kebilik atau rumah sewa berbanding dengan pelajar bukan melayu mengelek buku atau jurnal antarabangsa, bila result exam jatuh, salahkan pensyarah dan sistem ipta, padahal memalam dok melangut depan pc membelek blog pembangkang.
Kepada puak BN muhasabahlah diri sendiri dan ambilah peluang yang Allah beri kepada BN khusunya UMNO dan jangan lagi dok berebut kerusi MB dan dok lalukan kesalahan yang sama sebelum pilihan raya 12 yang lepas.

kamalady said...

wahai sahabat blog..
hr ni mmg mengejutkan negara khas nyer negeri perak...masakan tidak..rupa2nye selama ini ada ular berselindungn di dalam selimut kerjaan PR di Perak..dlm usaha utk membebaskan diri dr tuduhan rasuah sanggup menghambakan diri kpd BN yg dulu dlm kempen nyer bergegar manghina krjn BN..
bg saya...krjn PR atau BN sama saja..biar saya dianggap lalang..ini kerana bentuk dan tampok pemerintahan shj yg berbeda..tetapi dr dasar nyer tetap sama..BN mmg berharap agar tiada pembubaran DUN..ini kerana senario politik di perak skrg jikalau Pilihanraya mmg memihak kpd PR..kalau BN dpt kekal DUN yg ada pun dah cukup baik..
ini bukan lah utk membuktikan yg krjn PR kuat..tetapi rakyat yg tidak mahukan BN..rakyat nak tgk sejauh mana krjn PR blh pimpin negeri ini...kalu betul PR tak mampu pimpin negeri..PRU 13 sokong BN balik...
tempoh 11 bulan mmg tak cukup utk tonjolkan kemampuan krjn PR..itupun byk gangguan dr BN..sibuk tawar menawar..naik jemu nak dgr..tp terpaksa dgr demi tanah tumpahnye darahku..
YAB MB Perak org baru dlm pentadbiran negeri...dia alpa terhadap serangan balas yg telah direncanakan oleh BN..
walhal dia maklum akan serangan itu selepas ADUN Bota (gila kuasa) melompat ke PKR..
mungkin DSAI tak abis turun ilmu pd org PAS..
jangan bertindak ikut Kuasa & Wang..bg YB cuba pikir rakyat yg mengundi..sedih tgk yg diundi PKR dah jd UMNO plak yg memang..apa YAB MB Perak buat, agar DUN Perak dibubarkan saya sokong 100%..kita minta rakyat yg tentukan semula..ini kerana ADUN mereka juga yg bawa mslh kpd negeri & jajahan takhluk Paduka Seri Sultan Azlan Shah..bg peluang kpd rakyat utk pilih ingin kan melayu tulen yg memimpin atau bangsa cina yg bertopeng kan melayu yg mengetuai nye...sama2 kita berserah kepada Nya agar Perak kekal aman sungguhpun peralihan kuasa berlaku..
insyaallah...

manletih said...

Dato',

PR ni, bila menang berlagak. Bila kalah, kata tak adil, pengundi hantu, Polis tak betul, SPR tak betul, rasuah, rogol demokrasi dan mcm2.

Renungkan fakta ini: UMNO menang 27 kerusi. PKR 7 dan PAS 6.

Kalau tak lompat pun, majoriti rakyat sokong siapa? Mana ada Pakatan Rakyat bertanding. BN adalah. Kalau berani, gugurkan logo bulan dan roket tu bila bertanding.

Hahahaha nga nga nga nga ngeh ngeh ngeh ngeh. Kelakar saya membaca komen2 orang yang pandai menuduh rasuah di blog tapi PENGECUT untuk membuat laporan pada SPRM. Yang pasti pengecut di bawah ini hanya pandai menabur fitnah.

"Brahimnyior said...Saya menganggap BN bertindak bacul dengan menggunakan apa cara yang ada, termasuk wang, pangkat dan tender untuk mengaburi ADUN yang berpaling tadah itu."

Ada bukti ka? Repot laa.

"moslen 1sr said ..RASUAH...KENAPA DATO TAK CAKAP RASUAH...so one sided!!..so crystal clear....UMNO bagi Rasuah pada pembelot!!"

so crystal clear, repot laa.


"mymoksha said... Umno akhirnya berjaya menyogok dan membeli adun PR dan matlamat mereka berjaya. Ternyata, adun PKR dan DAP berjaya disogok"

"Azman Yahaya said... Rasuah, rasuah, rasuah, tiada lain ini lah bahana rasuah"

Bila menang berlagak. Bila kalah, kata tak adil, pengundi hantu, Polis tak betul, SPR tak betul, rasuah, rogol demokrasi dan mcm2.

Hahahaha nga nga nga nga ngeh ngeh ngeh ngeh

*manletih*

ucop said...

Tahniah kepada BN, menang dengan cara apa sekalipun... Walaupun nampak tak gentlemen... Tapi yang penting adalah menang dan berkuasa.
Buat pengkhianat... anda tetap akan diingati sebagai pengkhianat sepanjang usia anda dan kekal disebut dalam sejarah.

Anonymous said...

Datuk, Inilah jadah dan padah berkawan dengan orang yang kita tak kenal betul-betul. Akhir Pas diperalatkan dan ditimpa malu. Saya kesian dan simpati dengan YB Mohd Nizar.

Macam mana Pas boleh percaya sangat dengan PKR saya pun tak tahu. Saya gilir undi Pas dengan BN. Dalam PRU 12 saya undi Adun Pas saja. Saya rosakkan undi Parlimen sebab tak boleh terima DAP dan BN (MCA).

Saya kecewa kerana YB Mohd Nizar diperalat oleh PKR dan DAP. Isu geran tanah Kg Baru (majoriti kaum Cina) tu sensitif. Orang Melayu yang kaum majoriti sangat marah.

Bekas perajurit dibagi tanah ihsan. Jauh di ulu dan dengan macam-macam syarat. Ada sampai 20 tahun belum dapat air dan letrik. Kg Baru (Cina) dari tahun 1948 lagi dah dapat air dan api. Dikawal pula oleh askar British dan Askar Melayu.

Marahlah bekas perajurit macam saya bila kami belum dapat geran tetap tapi Kg Baru dalam sedikit masa PR perintah Perak dapat geran selagi ada langit dan matahari. Tunggulah dulu. Fikir panjang panjang dan tanyalah pejuang macam kami. Ada yang kudung, buta dan tuli kerana lawan pengganas.

Saya haraplah kerajaan BN jangan sombong dan kurang ajar dengan rakyat. Kamu sudah kena buang. Kamu balik berkuasa pun ikut pintu belakang kerana ada orang belot. PRU akan datang kami boleh hukum lagi cuma Pas kenalah tumpu perhatian di kawasan Melayu supaya pada PRU akan datang boleh ambil alih semua kerusi Umno. Jadi pembangkang pun tak apa asal kan kuat dan hak Melayu dan Islam boleh dipertahan.

Bekas Perajurit

Anonymous said...

Saya sebagai muslim/melayu meminta kepada saudara-saudari sekalian yang menuduh perlakuan rasuah di dalam isu lompat-melompat parti ini mengemukakan laporan dan bukti kepada SPRM.

Kita sebagai muslim/melayu jangan cepat sangat menuduh atau menyebarkan sesuatu yang tidak ada buktinya. Ingat. Kalaulah ianya terjadi fitnah, kan dah kena jawab pada ALLAH s.w.t.

Saya memandang kerajaan baru BN di Perak, jika baginda Sultan Azlan Shah perkenankan, sebagai satu keuntungan kepada orang Melayu/muslim. Orang Melayu/muslim pada kali ini pasti akan memegang majoriti kerusi Exco kerajaan negeri Perak. Ini merupakan satu perkara yang besar melihatkan bagaimana kerajaan PR melantik ahli exconya tidak berpandukan kepada populasi masyarakat Melayu/muslim di Perak. Saya seorang penyokong PAS tetapi saya tidak bersetuju sekiranya pemimpin saya dijadikan seperti boneka oleh DAP. Saya harap UMNO boleh memujuk ahli-ahli DUN PAS terutamanya YB Nizar untuk menyokong kerajaan BN di Perak. Lebih elok sekiranya jawatan MB itu dikekalkan pada YB Nizar. UMNO patut menjadikan peluang ini untuk menyatukan orang Melayu/muslim yang sekarang ini berpecah kepada 3.

ANAK MELAYU DI RUSIA

Bangsa Maju said...

nie dia,

Sendiwara Politik Umno. Semua nye boleh. Janji menang. Harap Sultan Perak bubarkan kerajaan negeri dan buat pilihan raya untuk negeri perak. Beri rakyat kuasa untuk memilih kerajaan negeri.

A KADIR JASIN said...

Pada awal pagi yang hening dan damai ini
Saya sepatutnya rasa hiba dan kecil hati
Saya dimaki, dipanggil hipokrit dan berbagai lagi
Sampaikan kejantanan saya pun mahu diuji
Saya dicabar, kalau berani siar komenku ini.

Sebaliknya saya ketawa
Sendirian macam orang gila
Membaca telatah orang kita
Bila berpolitik membabi buta
Sokong pemimpin seolah-olah mereka raja
Siapa tak setuju dituduh derhaka
Dimaki cerca dihina nista.

Kalaulah betul saya ini penakut
Hipokrit dan kaki mengarut
Tentulah saya jadi penembak curi
Hentam orang sembunyi identiti
Buat blog pakai nama samaran
Baling batu sembunyi tangan.

Tapi saya tidak macam itu
Saya tak sembunyi di belakang pintu
Nama ada gambar pun tersedia
Semua tahu siapa saya.

Jadi tak payahlah maki cerca
Marah dan berang tak ketahuan hala
Marilah jadikan bahasa jiwa bangsa
Sopan dan santun budaya kita.

Jangan terturut-turut orang politik
Mudah melenting bila dikritik
Sepanjang masa mahu dipuji
Akhir alpa dan menjadi keji.

Terima kasih daun keladi
Keladi birah di tepi perigi
Kalau marah biar berperi
Takut diserang darah tinggi.

Pak Lang said...

Datuk,

Ketika saya dalam darjah 2 sekolah Melayu awal 50an antara beberapa cerita di dalam buku bacaan Darjah 2 ialah cerita "Anjing Dengan Bayang-Bayang". Dipendekkan cerita mesej yang hendak disampaikan ialah orang tamak selalu rugi.

Tapi dalam politik rasanya wujud kesamaran antara "tamak", "kejujuran" dan "integriti". Kalau terlalu berintegriti tidak mungkin naik dalam politik. Kalau tidak tahu putar belit tidak mungkin menjadi ahli perniagaan dan ahli politik yang berjaya. Unsur-unsur sepertimana di atas wujud di dalam setiap kaum dan agama termasuk dikalangan orang-orang islam. Kalau tidak takkanlah wujud istilah "political animals".

Lompat masuk dan lompat keluar (macam budak-budak main lompat tali) merupakan permainan politik di Malaysia.

Tetapi situasi politik di Malaysia dulu hingga sekarang secara amnya lebih baik (kecuali 13 Mei) dibandingkan dengan negara-negara di Afrika, Timur Tengah dan Latin Amerika. Dalam sejarah politik benua-benua tersebut ada antara pemimpin-pemimin politik yang hilang terus dan bukan sekadar dua tiga hari kerana "cuti sakit". He..he..

Apa yang jelas drama terakhir di Perak mencatat satu sejarah baru Malaysia. Hayat kerajaan PR di Perak hanya 9/10 bulan? Paling pendek dalam sejarah. Melainkan berlaku pula lompat melompat yang lebih besar dari UMNO ke PKR atau PKR/PR ke UMNO/BN. Lebih pendek dari hayat kerajaan PAS Trengganu yang ditubuhkan selepas pilihanraya tahun 1959. Kerajaan tersebut kemudiannya tumbang kira-kira setahun atau dua tahun kemudiannya (tidak begitu ingat) dan Perikataan menubuhkan kerajaan baru.

Anonymous said...

Datuk,

Saya berpendapat, sudah agak terlambat bagi MB Nizar untuk membubarkan DUN Perak. Ini kerana majoriti ahli DUN Perak sudah tidak lagi memihak kepadanya. Atas alasan itu, beliau sudah hilang kelayakkan untuk mewakili majoriti ahli DUN Perak untuk memohon perkenan DYMM Tuanku Sultan Azlan untuk membubarkan DUN Perak.

Terimalah keputusan ini dengan hati yang terbuka. Dan janganlah melakukan perkara yang boleh memalukan diri atau menjatuhkan kredibiliti diri sendiri (bak kata orang Perak, gila meroyan) seperti membuat tuduhan bahawa ADUN nya telah diculik orang, mengisytiharkan bahawa DUN dibubarkan walaupun tanpa perkenan Sultan, nak saman SPR, membuat kenyataan bahawa beliau tidak perlu letak jawatan dan yang terbaru hendak buat demonstrasi 100,000 rakyat berkumpul di rumah MB.

Cukup-cukuplah tu. Terimalah hakikat bahawa UMNO/BN telah "outplayed" dan "outclass" PR. Hari ni hari dia. Mungkin hari esok hari kita pula. Yang penting, kita mestilah dilihat sebagai gentleman not a sore loser!

Janganlah diungkit lagi bagaimana BN main kotor, tidak berprinsip dan merompak hak rakyat kerana permainan yang samalah juga yang dimainkan oleh PR selama ini. Cumanya kali ni BN menang dan PR kalah. Hari lain tidak tentu lagi.

Muhasabah lah diri dan buat post mortem kaji apa kesilapan dan puncanya. Rapatkan semula barisan dan persiapkan jentera bagi menghadapi musuh tidak kira musuh lama atau musuh baru yang bakal tiba.

Bersiap sedialah untuk "kena kencing" lagi apabila DAP letak calon Melayu dipilihanraya yang akan datang ini.

politic, no permanent enemy, no permanent friend.

-sinbad-

Anonymous said...

Datuk,

Pagi-pagi dah berpantun?
Saya pun nak tumpang sekaki.


Pantun Ngeh Ngeh Nga Nga
----------------------------

Ngeh Ngeh
Nga Nga
Orang lain yang mula
Orang lain yang perabih

Nga Nga
Ngeh Ngeh
Dulu kita yang buat
Kita senyum tersongeh

Ngeh Ngeh
Nga Nga
Dulu kita yang buat
Orang lain yang kena

Nga Nga
Ngeh Ngeh
Kenapa kita boleh buat
Orang lain tak boleh

Ngeh Ngeh
Nga Nga
Bila kita yang kena
Kenapa kita nak marah

Nga Nga
Ngeh Ngeh
Sama sama rasa
Sama sama letih

Nga Nga
Ngeh Ngeh
Orang lain dapat tanah
Orang kita dapat pedih

Ngeh Ngeh
Nga Nga
Orang kita asyik gadoh
Orang lain sibuk noreh

Nga Nga
Ngeh Ngeh
Orang lain terjun lombong
Orang kita terjun perigi

Nga Nga
Ngeh Ngeh
Orang lain kutip bijih
Orang lain kutip pasir

Ngeh Ngeh
Nga Nga
Maki hamun satu bakul
Sudah tak guna

Nga Nga
Ngeh Ngeh
Sebab semua orang tahu
Perangai kita pun sama



-sinbad-

SM Nor said...

Salam Dato',

Situasi di Perak pada ketika ini amat menyedihkan. Hak dan mandat yang diberikan oleh rakyat Perak pada PRU12 dahulu dirosakkan oleh individu-individu yang tidak tahu malu. Sungguh menjijikan apabila melihat wajah-wajah mereka tersenyum kambing semasa sidang akhbar TPM semalam.

Siaran Buletin Utama malam semalam juga amat berat sebelah dan berbau perkauman. Amat tidak profesional.

Dato Sulaiman Ipoh. said...

Dato.

satelah membaca gurindam dan puisi Dato,maka saya teringat lagu Bee Gees."You started a Joke"

Nampaknya TV3 akan mendapat banyak candidate baru untok rancangannya Juara Lawak.Sekarang ingin mencalon Dato Nasaruddin sabagai Raja Lawak.Di antara calun2 lain yang layak di pileh ia lah Najib dan Anwar.

Dato,Saya nampak ramai orang amat excited dengan apa yang berlaku di Perak.Ini termasok Sultan Azlan,yang tak dapat membuat keputusan sama ada hendak membubarkan Dewan Undangan Negeri.Ini satu cubaan baginya lebeh2 lagi bila ia membuat kenyataan yang ia perlu bersikap adil dan tak mahu campor dalam politik Perak.

Bagi Najib yang terlalu gopoh dengan mengistiharkan yang BN sudah dapat membentok kerajaan di Perak.Apa dengan mendapat sokongan 3 orang wakil bebas yang intergritynya doubtful ia berani memperjudikan nama baik BN dan UMNO.Dia tak tahu ini satu perangkap samar yang di pasang oleh Pak Lah.

Kalau betul ia anak jantan dan mahu menguji kepimpinannya,ia setuju bubarkan Dewan undangan Negeri dan lihat lah sama ada kepimpinannya sabagai Ketua perhubongan Perak yang dapat di terima.Kalau B menang image nya akan naik melonjak.Kalau dia kalah dia ada excuse yang ia baru ambil aleh kerajaan.

Dato,You sabagai oang yang rapat dengan Anwar dan najib,bploh tak menasehat mereka kedua ini.

clean said...

Baginda tuanku Sultan Perak baru sahaja habis perayaan 25 tahun pemerintahan baginda di Negeri Perak Darul Ridzuan.

And very sad to see that the Perak state has been made as the testing ground for the 'frog jumping' competition.

Someone will win the battle, but who wins the war?

'Good' precedent set by the 4 ADUNS, especially the two ADUNs were hailed like 'heros' by the MSMs.

In the next election too, the rakyat will support PKR/PR ADUN, half way thru an UNO guy will jump to PKR, and some PKR/PR chap will go missing or on medical leave, then press conference with Najib, 'jump' to BN...and happy to serve for BN..reason being you know what! Sure many takers to be a 'wakil rakyat'

What a good way to make money!
Keep MACC busy?

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin memaklumkan, Sultan Perak dijangka akan membuat keputusan berhubung dengan permohonan beliau untuk membubarkan Dun Perak besok.

Beliau berkata, Sultan Perak meminta tempoh untuk membuat keputusan permohonan itu untuk membolehkan baginda membuat rujukan terhadap beberapa perkara.

Nizar memberitahu perkara ini kepada pemberita yang menyerbu beliau selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS, Exco dan Adun Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Perhubungan PAS Perak dekat sini.

Menurut Nizar, pertemuan itu berjalan dengan baik sekali dan beliau amat terharu dengan cara Sultan Perak mengendalikan hal ini.

"Saya amat terharu apabila di hujung pertemuan itu apabila Baginda Sultan berkata kepada saya dengan membaca satu potong ayat Al Quran," katanya.

Ayat itu yang bermaksud "Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar."

and Datuk,

First time I noticed you writing 'emotionally charged'.

time for kopi putih pekan lama Ipoh!

Samerin said...

Ini suatu pengajaran buat Anwar Ibrahim. Lain kali jangan cakap besar sangat. Nak tubuh kerajaan pintu belakang lah apa lah. Sekarang sudah terkangkang.

Saya pun hairan jugak. Anwar Ibrahim kan ramai think-tank Yahudinya di samping sokongan daripada CIA. Takkan lah mereka tak menasihati dia? Kalau nak gulingkan kerajaan persekutuan secara pintu belakang pun, buat lah senyap-senyap. Ini pergi umum kepada satu dunia. Strategi apa macam ni? Sekarang dah termalu. Nak tubuh kerajaan pintu belakang, tapi dah terkangkang.

Cerita perancangan defection oleh Adun Perak ni sudah lama jadi open secret. Kalau tak silap, bulan september atau oktober tahun 2008. Kepada pemimpin parti-parti peringkat negeri tu, selidik-selidiklah Adun-Adun anda, bukan semua yang setia, setakat mengaku ada lah, ada yang goyang lama dah. Hahaha

raja2u said...

YBhg Dato',
Assalamualaikum,
Saya rasa kita sekarang berada dalam keadaan sungguh menarik dimana masing-masing menggunakan kreativiti untuk menunjukkan kepandaian atau kecekapan kita untuk mendapat apa yang kita mahu dengan apa cara pun.BN nampaknya mempunyai kelebihan wakil dalam ADUN Perak apabila tiga orang dari parti lawan bersetuju memberi akujanji akan bersama dengan YAB TPM . Soalnya tidakkah tiga orang yang sama telah memberi akujanji kepada pihak Istana bersetuju berkerjasama dengan MB Perak yang direstui pihak Istana pada masa itu.Sebagai rakyat kita tidak mengira sangat siapa yang akan menjadi MB asalkan mereka amanah dan rajin bekerja. Kita mementingkan kestabilan kerajaan supaya kerja harian kita tidak terganggu.

Raja Abdul Rahman Dain
Petaling Jaya.

Teech Airil said...

Wahai anak-anak Tanah Melayu,

Kah kah kah... semangat politik hentam menghentam inilah yang membuktikan orang kita masa lagi budak-budak dan terlalu mudah diperbudakkan oleh orang besar-besar dengan agenda tersendiri.

Kita ini bukan bangsa ilmuwan, bukan juga kaum pemikir matang. Kita ini gengster kecil-kecilan yang berani hentam kiri dan kanan, cakap banyak berapi-api, tapi seperti biasa - tiada isi, dengar siren pak polisi semua cabut lari!

Semoga Tuhan selamatkan negeri Perak Darul Ridzuan dan negara Malaysia dari diperbodohkan oleh manusia-manusia yang amat jelas kebodohannya.

"Jelaslah sekarang ini demokrasi sudah mati"

Salam berperi Dato' Kadir,
Senyum saja pagi-pagi ini,
Otak cerdas mestilah ceria,
Toksah la layan nak maki-maki,
Kata orang buat perabih bateri!

Belacak said...

Salam. Pagi yang ceria!. Negeri Perak telah mendapat rohnya kembali. Perak telah bebas dari pemerintahan suku-sakat Chin Peng yang bersembunyi di bawah kopiah PAS!

Ya ALLAH, selamatlah Negeri Perak Darul Ridzuan!

Ron97 said...

lawak juga rasa baca komen komen kat blog dato' ni.
masa anwar umum ramainya ahli parlimen akan sertai PR bentuk pakatan 16 september. kononnya.
semua bertepuk, bertakbir

masa bota join PR, semua bertepuk, bertakbir.

masa ada yg lompat ke BN, lain pulak bunyinya.

macam budak budak, dia ketuk kepala org boleh, org ketuk kepala dia tak boleh. walaupun pada dasarnya ketuk kepala tu tak sopan.


anyway, apa yg saya lihat di Perak, mcm tgk lawan bola.

Aritu ManCity score sebiji, gila gila riuh sepadang.
kendian, Chealsea buat counter attack, kasi 4 biji terus. kelam kelibut satu padang.


dato'
sabar jerlah dgn diorang.. diorang ni terlebih emosi dan taksub dengan mahaguru yang maksum diorang tu.

dr sy
belum jd ahli mana2

Anonymous said...

datok
saya rasa agak janggal ulasan ini kerana nampak mengiyakan tindakan lompat parti dan penibuhan kerajaan secara tidak demokratik oleh BN.saya agak keliru apabila datok bermati-matian menjulang integriti politik dan demokrasi yang sebenar dimana banyak kali datok amat tidak bersetuju dengan DS anwar yang cuba membeli ahli parlimen BN.tetapi apabila teknik yang sama digunakan oleh BN/UMNO datok memberi ucapan tahniah dan mengharapkan ianya satu permulaan baru kepada BN/UMNO.sebelum ini ulasan datok adil dan tidak berpihak ,tetapi sekarang nampak kembali kepada tabiat yang asal. bagi saya rakyat kebanyakan faham bahawa ini satu lagi tindakan yang akan mempercepatkan kejatuhan BN/UMNO dan DS Najib akan menerima kesannya.saya membuat kesimpulan bahawa orang melayu yang cerdik,cendikiwan,profesor dan lain-lain apabila mereka berdepan dengan bn/umno akan menjadi tak cerdik,takut,tak rasional dan tak dak harga diri.Betullah pepatah menyebut : melayu amat mudah dibeli dan harga diri mereka tak lebih secawan kopi atau sebatang rokok kretek sahaja.dan datok telah menambahkan lagi contoh tersebut.
sekian.zmy

Aishah Jamal said...

Salam Dato'
saya memang sedih dengan apa yang dah berlaku di Perak.
1) Sedih kerana ADUN yg main lompat-lompat tu tak menghargai rakyat yang telah memberi undi padanya.
2) Sedih kerana melayu tidak lagi bersatu
3) Sedih kerana orang-orang politik tidak lagi memikir untuk membantu rakyat miskin tapi hanya fikir macam mana nak selamatkan ekonomi sendiri.

Macammana pun saya tabik spring gak pada MB Nizar tu kerana walaupun orang dok kata dia macam-macam akan tetapi dia tak cepat melatah. Nampaknya dia buat keputusan dengan lebih bijak.
Selepas ini biarlah rakyat sendiri pilih pemimpin yang bagaimana pula mereka nak letak kat ADUN tu..

Pilihanraya selepas ini pastinya akan lebih hangat dari biasa dan keburukan-keburukan orang-orang tertentu serta fitnah makin berleluasa.

Alahai.....perak kampungku..

Anonymous said...

salam Dato;...

ADUN PKR tu semua asalnya dari UMNO...kita semua maklum setakat mana integriti kebanyakan pemimpin UMNO...wadah perjuangan pun goyah...mcm jugak PKR...tak dak wadah perjuangan yang tetap...

cuba lihat PAS...mana ada masalah mcm ni...sebab ADUN PAS semua berintegriti dan bermaruah...

kalau dato' ingat...tahun 2004...ada isu umno cuba beli adun PAS kat kelantan...tapi tak berjaya...sebab PAS tetap dalam berjuang...pemimpin PAS kebanyakan tak kesah sangat pasai juta - juta ni...sebab dah biasa hidup susah...yang kaya pun hasil usaha sendiri...bukan duit hasil projek bila dah jadi ADUN atau exco...

SCOFIELD GUAQ CHEMPEDAK

sarkasmalaya said...

Pandangan saya eloklah diadakan p/raya baru, tapi mengenangkan duit yang bakal ditabur oleh kedua-dua pihak di kala ekonomi negara dan dunia sedang ditekan, tak usahlah diadakan pilihanraya itu. baik duit dan tenaga yang ada disalurkan untuk membantu rakyat yang susah, yg br dibuang kerja dan sebagainya....

Raj Kapoor said...

Dato Kadir.

Najib akan mengambil aleh dari Pak Lah jawatan President UMNO dan Perdana Menteri pada 1 April 2009.

Najib akan jadi President UNMN dan PM pada hari April FOOL.

Sudah nampak sejak kebelakangan ini Najib saorang pemimpin yang FOOL.

abdullahngah said...

Apabila 2 orang adun pati keadilan rakyat, sorang adun DAP dan seorang adun BN Bota yang lompat ke PKR dan lompat semula ke BN yang menyebabkan Pakatan rakyat hilang kuasa teringat saya akan semangat 46.

Demikian dasar yang diperjuangkan oleh individul yang bernama Melayu.

Itulah Melayu. kebanyakan mereka tidak ada "integeriti" malah mereka lebih utamakan "hawa nafsu".

Hawa nafsu ini yang boleh merosakkan UMNO yang ada misi dan visi perjuangkan.

Oleh kerana manusia yang jadi anggota umno lebih utamakan hawa nafsu maka itulah yang terjadi.

Sebab itu hak Melayu hilang satu persatu, termasuk soal bahasa, pendidikan, ekonomi,hatta agama dan negara.

Peranan seumpama ini memang ada persamaan dengan apa yang dilakukan oleh orang Palestin.

Mereka sanggup jual tanah milik mereka yang menyebabkan Yahudi dapat kuasa dengan mudah.

termasuk mudah membunuh rakyat palestin.

Apa kurangnya dengan peranan Melayu Umno.

Sikap tiada integeriti ini yang menyebabkan adun Bota, lompat ke pkr dan lompat semula ke BN.

Demikian juga adun Bahreng dan Cangkat Jering yang tinggal PKR kerana dikatakan PR tidak mahu padanya.

Apakah benar PR tidak mahu? kalau PR tidak mahu sudah tentu semasa ditahan kes Rasuah dipecat.

Oleh kerana mereka itu berjiwa Umno maka itulah yang wajar dilakukan.

lebih lebih lagi mereka tiada prinsip perjuangan sebenar sebab itu mudah bertindak berdasar kehendak hawa nafsu.

Saya tidak hairan, kerana mereka orang "awam" sedangkan ulama' ada yang mengikut hawa nafsu tergamak menjadi syaitan bisu yang boleh menyebabkan rosaknya ummah.

Apalah sangat kalau hendak dibanding dengan mereka yang lompat parti dalam keadaan mereka ditekan dan tertekan dengan pelbagai permasalahan.

Apalah sangat jika mereka bukan kalangan orang yang beriman.tidak beriman punca mereka guna hawa nafsu.

Nik said...

Dato'

I feel sorry for you...Your latest posting revealed a sense of loss...
Anyway, jangan rasa tersinggong, yang penting ia lah nampaknya obvious bahawa dari posting dan cacian keatas Datuk, nampaknya BN makin menguji kesabaran rakyat Malaysia dengan memanupulasi keadaan dan dengan ketawaan besar muka Najib di muka depan Akbar ia seolaholah ia mentertawakan pengundi dan rakyat....

Anonymous said...

datok,
banyak yang tak setuju dengan pandangan datok.saya kira pandangan datok mengenai perkara lain,contohnya ekonomi,budaya,ikan sepilai,bolasepak,zaman kanak2 dll adalah jitu dan padat tetapi apabila berhadapan dengan UMNO datok jadi lain,tak bernas dan lembik.apa sudah jadi?.apakah ini yang dikatakan penulis upahan.atau barua umno
kacau2/
bekas btn

Anonymous said...

Kepada manletih,

Bank kerajaan, polis pun kerajaan, mahkamah pun kerajaan, media pun kerajaan. Semua BN control. Macam mana ada bukti??? Dah tunjuk bukti pun, dia kata rasuah submarine tu, komisen dia. Macam mana ni? Tengok lah kes Altantuya tu...macam mana? Bukti apa, macam la C4 tu boleh di beli mana mana kedai runcit Muthusamy. Yang heran ni, UMNO sepatutnya membanteras rasuah, terima la pulak orang yang dirasuahkan. Hipokrit!!! Betul Anwar cakap BN pandai silap mata, macam David Copperfield!! Rasuah tidak mengenal kawan atau musuh, sesiapa pun boleh kena....tengok si DAP tu.

Si Buta

A KADIR JASIN said...

SDR ZMY,

Nampaknya penyokong PKR begitu emosional hingga sanggup maki hamun dan tidak pun membaca dengan teliti apa yang saya tulis.

Saya TETAP tidak sokong lompat-melompat tidak kira daripada belah mana ke belah mana.

Sila baca perenggan berikut dari posting ini:

"Kalau maruah, integriti dan keadilan penting kepada Adun yang terlibat itu, mereka tidak perlu menunggu arahan sesiapa untuk mengosongkan kerusi masing-masing dan mengembalikan mandat kepada rakyat."

Kalau beginilah sikap sesetengah orang Melayu -- taasub dan tidak rasional -- sampai bila-bila pun politik Melayu tidak akan matang dan selama itulah orang Melayu boleh dan akan diperalatkan, bukan sahaja oleh parti-parti Melayu, malah oleh parti-parti bukan Melayu.

Mohonlah kita semua berfikir. Jangan emosional sangat. Ini bukan Akademi Fantasi atau American Idol. Ini politik.

Terima kasih.

Raison D'etre said...

Patutla Tajol marah sangat surat khabar siar cerita dia letak jawatan tempoh ari.

Makin terkedu la dia sebab chance nak ambik jawatan MB balik dah bye bye.

Datuk AKJ,
Set - set lompat memang takdak pendirian dan tidak bermoral.

Mana - mana belah pun serupa. BN ke PR ka, sama ja kalau depa lompat pi mai sana sini.

Yang pastinya, kehendak rakyat terus sepi.

Yang pentingnya temolok depa untum berkuasa.

Bodohkah kita untuk terus menyanjung depa - depa yang rakus kuasa tanpa mengira sentimen kita semua?

Saya banyak berulang alik ke Ipoh sebab rumah disana.

Sejak kerajaan PR dibawah Nizar saya nampak ada perubahan. Kata orang putih "Things are moving".

Tak tau la kalau cuma di Ipoh, tapi yang pastinya, nampak ceria sikit Bandar Ipoh yang dah lama stagnant cama orang pencen kerja.

Yang pastinya, "hangers on" dan "riff raff" akan kembali bespesta ruih rendah apabila BN kembali memerintah.

Sad to say, Datuk AKJ, depa2 ni termasuklah compatriot lama saya dari kalangan media.

Bodohnya kita untuk bergantung harap kepada mereka2 yang tak boleh diharap.

hlekir said...

Walau apa pun, ulasan dato' jelas mempunyai nada yg berbeza. Spt kata Dato Ruhanie, MATLAMAT MENGHALALKAN CARA, itu cara UMNO

sniper said...

Dato,

Pernah ke baca cerita Pak Kaduk?

Ini adalah contoh klasik yang terbaik epic Pak Kaduk -
Menang sorak kampung tergadai.

Ini pun Anwar baru berdepan dengan Umno - BN, sudah pun tergadai kubunya.

Andaikata Anwar jadi PM, sedangkan dia telah pun "tergadai budi" kepada Zionis, saya tak boleh nak bayangkan apa akan terjadi kepada Malaysia.

Kenapa saudara Anwar tak buat PC sepertimana waktu Nasaruddin lompat ke PKR kelmarin. Sonyap ajo

Politik itu memang kotor....

PS - kebanyakkan keputusan PRU12 majoriti nya tipis di kedua dua pihak.

Nak di kata seluruh rakyat pihak berpihak ke satu pihak pun susah juga. MAy the best man win.

PS - ada lelong Camry baru di pasar karat minggu ni ?

mad said...

inilah bahana rasuah. virusnya ialah umno....

bungaraya said...

Sejak 1994 lalu, apabila Wakil Rakyat PBS melompat ke UMNO, saya tidak lagi terdengar BN menggunkan strategi lompat katak dalam politiknya. Strategi tersebut hanya hangat sejak kebelakangan ini kerana dimainkan secara bersungguh-sungguh oleh Anwar Ibrahim. Semua kita tahu macamana DSAI sangat tergila-gila berusaha untuk menumbangkan kerajaan BN melalui strategi katak sikatak lompat ini. Namun masih tetap tidak berhasil. UMNO akhirnya geram dan mengikut cara dan kaedah musuh. Ternyata UMNO/BN sukses dalam menggunkan strategi tersebut. Sekarang sepatutnya DSAI dan kuncu-kuncu beliau khasnya dalam blog ini tak patut marah kerana merekalah yang memulakan kaedah tersebut. Saya cuma dapat berkata Yayayayayayayayaya dan terus lena tertidor diwaktu senja hingga terlupa asar dan maghrib. Astagfirullah.

Anonymous said...

Salam Dato:
Pada pendapat saya ada baiknya kerajaan Perak jatuh kembali ke tangan BN.
Seperti saya sebelum 8 Mac'08 sokongan saya pada PR tak berbelah bagi,namun setelah PR berkuasa terutama di Perak telah mula menampakkan sifat sebenar di kalangan mereka.
Saya percaya ramai pengundi Melayu yang mengundi PR pada PRU yang lepas tidak menyangka dan terfikir keadaan struktur exco kerajaan negeri selepas di menangi PR yang lebih banyak di kuasai bukan melayu.
Saya yakin walau DUN Perak dibubarkan pasti pengundi Melayu di Perak akan berfikir 2 kali sebelum memangkah antara PR atau BN.

Njan
TT Penang

Adnan said...

Lompat parti tidak seharusnya berlaku. BN tidak seharusnya menerima pemimpin korup PR masuk kepada BN utk menubuhkan kerajaan. PR juga tiada prinsip, Sejak dari tahun lepas lagi merogol demokrasi apabila memujuk, mengejar pemimpin BN utk lompat parti. DSAI buat sidang akhbar nak tubuh kerajaan pusat 16 September dgn dasar lompat parti ini.

Nasarudin masuk kepada PKR..pujian diberikan oleh pemimpin PR. tiada satu pun yg memaki hamun. Namun apabila pemimpin mereka lompat/keluar PR...Nah makin hamun yg diberikan..

PR/BN, jadilah masyrakat yg berprinsip..PR telah gagal kerana tiada prinsip dan tahap moral yg sama dgn BN..BN = PR dalam isu menipu rakyat dan merogol demokrasi...DSAIlah yg memulakan idea langgar prinsip demokrasi ini...

Anonymous said...

Bagaimana dengan kes rasuah 2 bekas ADUN PKR tersebut? Adakah akan dibicara atau disenyapkan sahaja?
-olbaid

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Tentu kejang jari Dato', banyak guna untuk klik tetikus.

Harap Dato' jangan ambil hati. Yang marah tu ramainya marah pada 3 melayu tu. Entah macam mana tempias kat Dato'. Dah adat blogger, macam tu la.

Dari mula isu 2 melayu hilang dan kemudian 1 melayu tukar parti, saya tidak terlalu beria-ia beri komen.

Saya dah jangka, banyak silap mata. Magic show.

Apa-apa pun, bagi saya, jika DUN Perak tidak dibubarkan, jangka panjang (setidaknya sehingga PRU13) keadaan akan menjadi lebih parah berbanding jika ada pembubaran.

Dan dari pernyataan di atas, saya tidak merujuk kepada survival mana-mana parti tapi kepentingan rakyat khususnya orang Perak.

p/s apa nak buat, dah sempit ruang nampaknya nak cerita-ceriti pasal ekonomi.....

yj said...

say all u want but come next GE,BN will be wiped out. The ppl has seen enough of all these nonsense. This is a true examples of corrupt leaders.

mad said...

yang sedihnya perak kehilangan seorang mb yg amanah dan berintegriti. tapi harapan saya mb nizar akan kembali berkuasa dan mentadbir perak samada melalui pilihanraya dun perak (belum tentu lagi) atau selepas pru13. yg pasti majoriti rakyat perak puas hati dgn pentadbiran beliau.

goby said...

Orang Melayu ni Dato' bila berpolitik tak ingat dunia. Adab sopan santun dicampak langsung tak nampak bayang. Jika pemimpin yg mereka inginkan tidak disokong kita dimaki smpi tak cukup hari.
Saya sebagai seorg melayu, saya sedih dgn perlakuan mereka ini..umpama tak ada bakti yg mereka kecapi selama ini. Teruk macam mana sekalipun BN tu undi saya takkan saya berikan ke DAP. DAP tu bagi saya umpama Israel Malaysia je. Jgn harap melayu nak selamat dibawah DAP..Nak merasa hidup mcm Palestine cuba2 lah undi DAP.
Sedar2lah wahai Melayu. Dulu org melayu yg menyokong DAP dipandang serong..Sekarang ni bangga pulak mengaku menyokong DAP. Dah hilang jati diri ke? Bila dah tergadai segalanya takkan baru nak menyesal. Ingat2lah wahai Melayu...
Utk BN sedar2lah jgn asyik mendabik dada. Bela nasib rakyat jgn hanya ingat mengisi tembolok sendiri. Naik menyampah saya tgk muka pembesar2 yg tak sedar diri. Tolonglah sedarlah diri sikit.

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Pertama sekali kenyataan Datuk mengenai Akademi Fantasi & American Idol itu memang class!

Keduanya, satu corak yang sedikit membezakan di antara penyokong-penyokong PR dengan penyokong-penyokong BN (Umno) adalah kemampuan mengkritik kelemahan pemimpin/parti sendiri.

Walaupun terdapat ramai penyokong-penyokong BN (Umno) yang begitu taksub dengan beberapa pembesar-pembesar mereka, terdapat ramai juga yang mengkritik dengan pedas pemimpin mereka sendiri.

Setakat ini, saya masih belum nampak atau terbaca mana-mana penyokong PR yang berbuat demikian.

Semuanya salah orang. Semuanya nak hentam BN.

Azman Mohd Isa

manletih said...

Dato',

Saya tahu Dato' sebagai orang lama mampu mentertawakan sahaja lagak dan cacian kosong budak2 hingusan di dunia siber ini.

Rata-rata penyokong taksub dan berbayar PR ini mahukan pilihanraya. Tapi kalau pilihanraya pun, kita dah tahu dah:
belum apa2 lagi kata PR akan menang 2/3. Kalau tak menang, isu pengundi hantu, itu ini tak telus, SPR berat sebelah, bla bla bla bla bla. Pendek kata, takda yang betul sehingga mereka ini menang.

Baik pilihanraya mahupun kes2 mahkamah. Misalnya, baca komen yang dibuat pada saya ini bila saya suruh lapor bukti pada SPRM:


"Kepada manletih,

Bank kerajaan, polis pun kerajaan, mahkamah pun kerajaan, media pun kerajaan. Semua BN control. Macam mana ada bukti???"

Dah jadi tong kosong betul pemikiran mereka ini. Orang macam ini kalau sembelit pun dia salahkan kerajaan sebab kontrol anu dia.

nga nga nga nga ngeh ngeh ngeh ngeh
Takbirrrr

Hantam saja la labuuuuuu. korang je la yang betul.

*manletih*

pembaca setia said...

Dato'

saya selalu meneliti tulisan-tulisan yang dihasilkan oleh Dato' dan saya percaya ianya lebih bersifat kritis daripada menyebelahi mana-mana pihak.

jadi kepada mereka-mereka yang telah memaki-hamun Dato' ingin saya pesan "KALAU TAK FAHAM JANGAN NAK MAKI, KALAU TAK SUKA TAK PAYAH BACA, KALAU NAK MAKI BOLEH BLAHHH!!!!"

saya rasa mereka lebih bacul daripada Dato' kerana guna anon. nasihat saya kepada Dato', tak payah siar komen macam tu, buat penuh blog je. sekian, wassalam.

akuyangtakdeparti

Madam Curi said...

Dear Dato' AKJ,

This latest saga in Perak reminds me of the play by Dato' Nordin Hassan "Bukan Lalang Ditiup Angin". Kisah Pak Leman yang kena tipu dengan pemimpin. Menang sorak kampung tergadai....
Sad day for Malay politics.

Anonymous said...

Datuk,

Harap Datuk dan rakan2 pembahas beri komen terhadap cadangan saya ini. Cadangan saya ini ikhlas dan tidak ada udang di sebalik batu.

Saya mencadangkan bahawa BN/UMNO mengekalkan YB Nizar sebagai Menteri Besar Perak dan seterusnya mengikat kerjasama dengan PAS Perak.

Rasional cadangan saya ini adalah supaya:

1. Dapat mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil tanpa ada keresahan dan wasangka lompat-melompat.

2. Kerajaan yang stabil akan memudahkan tumpuan untuk mengatasi masalah ekonomi yang semakin meruncing dan meresahkan rakyat.

3. Mengurangkan politiking yang melampau dan membosankan. Rakyat semua sudah bosan dengan politik. Kami mahu pemimpin beri lebih tumpuan pada isu kesejahteraan ekonomi dan negara.

4. Sebagai satu deklarasi "gencatan senjata" bagi semua parti politik di Malaysia supaya jangan serang-menyerang lagi bagi tempoh sekurang-kurangnya hingga masalah kemelesetan ekonomi dunia ini selesai.

5. UMNO dan PAS bersama memelihara maruah agama, bangsa dan negara. Cukup-cukuplah dengan sikap tuduh menuduh. Buang yang keroh, ambil yang jernih. Peganglah pada seruan Raja Nazrin yang mahu orang Melayu dan Islam bersatu padu dan menjaga kesejahteraan kaum dan bangsa yang lain.


Saya lihat UMNO sekarang berada pada kedudukan yang paling baik bagi membuktikan bahawa mereka benar-benar ikhlas berjuang untuk memertabatkan maruah agama, bangsa dan tanahair.

Orang yang ikhlas berjuang mestilah rela berkorban. Saya harap UMNO bersedia untuk mengorbankan jawatan Menteri Besar Perak itu kepada PAS bagi membuktikan bahawa mereka benar-benar mahu merapatkan ukhwah umat Islam. Jangan bila dah kalah baru nak cerita pasal musyawarah lah, kepentingan bangsa la bla..bla..bla... Buktikan dahulu dengan kerelaan untuk membuat pengorbanan ini!

Cukup-cukuplah bersengketa. Kami rakyat sudah terlalu bosan dengan persengketaan sesama Islam ini.

Datuk,

Saya hanya seorang rakyat yang kerdil dengan rendah hati dan penuh keinsafan mohon pemimpin UMNO dan PAS mempertimbangkan cadangan saya ini.


-sinbad-

Shahimah said...

Pucuk pimpinan BN pun bukannya bersih sangat tapi apa-apa pun jauh lebih boleh diharap drp PKR lebih2 lagi DAP.

PKR pada dasarnya tak patut wujud to begin with. Ini semua angkara Anwar yang bercita2 nak bawak rakyat naik kapal angkasa dia menuju ke langit tapi tak mampu mengemudi kapal sendiri.

Nizar ni pulak umpama Hamid Karzai of Afghanistan. Setakat jadi patung ventriloquist is all he can do best.

This is the time for Perak lebih2 lagi kaum Melayu untuk bangkit. Perak is one of the country's largest state tapi dari segi pembangunan ekonomi dan social sangat menyedihkan. Berapa banyak sangat tokoh pemimpin yang berasal dari Perak? Tak banyak dan tak significant pun. Tajol Rosli? Tak payah la...

manletih said...

Dato',

Pilihanraya semula atau tidak, sama sahaja. Belum isytihar pilihanraya dah kata menang 2/3.

Ini bermakna, kalau pilihanraya semula di Perak, kerajaan mesti beri majoriti 2/3 lebih awal (sebelum mengundi).

Kalau tidak sudah pasti kerajaan dituduh guna pengundi hantu, kerajaan kontrol polis, kontrol SPR, rogol demokrasi, menidakkan hak rakyat bla bla bla...

Yang kelakarnya bila menang, senyap pulak macam tikus jatuh ke beras.

UMNO 27 PKR 7 PAS 6. Mana hak rakyat? Dah jelas rakyat pilih UMNO lebih 21 kerusi dari PAS. Kalau kata hak majoriti, bukan PAS yang jadi MB. Jangan lupa, tiada logo PR pun yg bertanding. BN ada.

nga nga nga ngeh ngeh ngeh tih tih tih.. Can't stop myself grinning nga ngeh since yesterday.

*manletih*

edikemas said...

Salam Dato'

Apa yg berlaku hikmatnya,bila saya lihat komen yg di lontarkan menuduh 3 ADUN yg lompat di beli disogok oleh BN tp bila ADUN BN lompat tak timbul soal sogok/beli.Lupakan soal sogok atau beli yg penting sekarang ialah kuasa Melayu Islam perlu di tegakan.Jangan sampai maruah bangsa tergadai kerana aliran politik sempit kita letaklah perjuangan menegakan Islam & Melayu keutamaan walau apa aliran politik kita,bersyukurlah Perak kembali milik kita bangsa Melayu itu yg penting.

Anonymous said...

Salam Dato,

Saya berasa suka dan juga duka dalam krisis di Perak ni.

Saya suka kerana ini merupakan pengajaran baik bagi DSAI kerana kalah dalam permainan 'kotor' yang dianjurkan dan dimulakannya.

Saya duka kerana BN menang dengan cara 'kotor' ini. Bagi saya cara
ini tidak gentleman dan membelakangkan pengundi. Gambaran yang kita lihat ialah BN mahu memerintah dengan apa cara sekalipun termasuk cara 'kotor'. Ini tidak elok bagi imej BN apalagi 2 di antara yang melompat ini sedang mehadapai tuduhan rasuah di mahkamah. BN mungkin dapat memerintah dalam masa terdekat tapi dalam masa panjang pihak PR mungkin akan menang dengan lebeh banyak kerusi. Tengoklah.

DS Najib kena ingat kalau 3 orang melompat DS dapat ambil alih kerajaan negeri tak mustahil kalau nanti 4 orang DS melompat pulak. Tukar pulak. Ada 3-4 tahun lagi sebelum PRU 13 berapa kali nak tukar? Kelak tugas kerajaan negeri Perak lebeh kepada menjaga hati Adun dari berkhidmat untuk rakyat. Kasihan orang Perak.

Saya harap DYMM Sultan akan bubar kerajaan negeri. Ini cara terbaik untuk rakyat.

Orang Lama

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,
SELEPAS MENGIRIM SATU 'POST' DALAM CHEDET.CC TERINGAT KAMI AKAN THE SCRIBE LALU MELAWAT NYA DAN MEMBACA ARTIKEL DAN JUGA KOMEN2 BLOGGERS.
MASYAALLAH..THE MIGRATION OF THE 'ABI'(AGGRAVATED BRAIN INJURY)WARD PATIENTS FROM CHEDET.CC TO THE SCRIBE!
MAY WE SUGGEST MY GOOD DATUK TO DISPOSE THESE 'DUMB'(DERANGED, USELESS MENTAL BLOCKED) CRITICS TO
THE DUMPS OF THE SCRIBE AND LEAVE THEM TO 'RAP'(ROAM AND PUKE) AMONGST THE HABITATS.

TAKE CARE, DAK.

ALFATIHAH, AMIN.

Farouk said...

Apapun komen orang, BN tetap menang, PR tumbang tak melawan di Perak... Yang penting BN harus meningkatkan mutu dan kewibawaan mereka demi kesejahteraan negara.

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

tindakan merompak krjn perak ini adalah perbuatan penakut lagi bacul, kenapa tidak diadakan sahaja pilihanraya semula, bn patut gentleman dan bakal pm patut tunjuk beliau ada class!! hak rakyat mesti dikembalikan kpd rakyat, jgn kira berapa kosnya, adakah hak setiap rakyat sebuah negara demokrasi boleh dinilai dgn $$$, lagipun yg berbelanja besar pastinya bn, kalaulah benar sesetengah blogger mengatakan DSAI pun mempunyai dana yg besar sudah pasti dana itu bukan dari penyelewengan wang rakyat!!

harapan saya agar tuanku raja perak boleh pertimbangkan dgn bijaksana, 28-28+3 bukanlah satu kedudukkan krjn yg stabil juga, biarlah rakyat perak menentukan siapa yg mereka mahukan

p/s : sabar jer la DAKJ,blog mmg tempat melepas geram, melepas apa yg terbuku didlm hati, sd sawit teruskan dgn isu ekonomi, saya setia membaca post sd

HAMBA ALLAH

mad said...

dalam apa2 situasi politik yg tidak menentu sejak mac 08, ku li sentiasa membuat komen yg tepat dan berpijak di bumi nyata. amat malang sekali umat umno tidak mencalonkan beliau merebut jawatan presiden parti tahun lalu. umno sentiasa mencantas org yg berkaliber dan berpendirian. inilah masalah mereka sejak dulu...

Non-partisan said...

Datuk'
Saya tlh membaca blog Datuk Sak,antara lain, 'UMNO has become the refuge for scoundrels'. Oleh itu tulisan Datuk 'BN pula janganlah terlalu gembira' adalah amat relevan. BN akan jatuh tersungkur dalam P/Raya ke-13 jika terus dihanyuti dengan kegembiraan di Perak.

ozzay said...

Asalamualaikum Dato',

KATAK OH KATAK!!

Fenomena 'Katak Melompat' ini terjadi lagi. Perihal spesis Katak-katak Terhormat ini pernah juga melanda senario politik Sabah suatu ketika dulu. Dan kini terjadi lagi di Perak.

Ini amat menyusahkan rakyat yang menaruh kepercayaan kepada 'Katak Terhormat' ini. Banyak membuang masa rakyat. Sepatutnya mereka yang memikirkan hal-hal kebajikan rakyat dan pengundi yang memilih mereka sebagai Wakil Rakyat@suara Rakyat dan bukan memilih menjadi Katak-Katak Glamour masa kini. Harapan pengundi berkecai.

Katak-katak ini hanya layak dibuat "SUP". yang mana akan dikenang dan menjadi makanan kepada pengemar makanan eksotik.

Mahukah mereka dibuat 'SUP'? Jadi peringatan kepada Wakil-wakil rakyat yang sedia ada. Janganlah menjadi 'Katak Terhormat' kelak nanti menjadi hidangan 'SUP' special. Terutama YB-YB di Sabah.
Fikirlah masa depan pengundi yang berbaris panjang dan membuang masa memangkah anda semata-mata mahu memastikan kebajikan rakyat akan terbela. Bukan terabai.

Wasalam.
Ozzay Wahid
www.ozzay.com
p/s:Dlm web ni ada menyediakan ruangan forum membincangkan topik2/isu2/politik/bisnes & lain2.

ChengHo said...

Rakyat dapat menilai sifat talam dua muka anwar seorang pemimpin yg bolih menukar siseknya bergantung kepada persekitaran
Najib telah berjaya dlm siasah politik nya memperdaya anwar supaya berasa terlalu yakin 4 hari dulu bila yb Bota diistiharkan menyertai Pakatan yg menyebabkan Nizar juga rasa gentar kerana kemungkinan pertukaran MB kepada Adil
Dgn kebijaksanaan Najib menggunakan strategi yg dipelajari di kem KGB ( kem ghaffar baba) ulu kelang pre emtive strike membuatkan anwar terkapai kapai
Anwar perlu berehat di Langkawi dulu dulu masa kem bina semangat KGB dia ponteng tak datang sebab itu tak cukup ilmu

TEHrasaCOKE said...

Datok...

saya tak pandai nak ulas bab-bab politik ni... tapi suka baca.

Cuma kalau sapa-sapa nak lelong kereta 'Toyota Kamari' tu saya cadangkan Dato' booking semua...

Bagi kat sapa-sapa pak tani belah kedah nu. buat depa tarik padi ka apaka...

suraudarussalam said...

Datuk KJ,

Alhamdulillah, BN kembali berkuasa di Perak, negeri kelahiran saya. Dari dulu lagi saya x yakin dengan PR. BN.... dulu, kini & selamanya.

pengundi hantu said...

Dato yang berpengalaman,

APA komen dato jika saya kata yang salah dalam kes ni adalah Ahmad Nizar - MB Perak.

Ini adalah kerana dia telah dilantik dan diperkenan sultan untuk jadi MB.( calon asalnya di tolak Sultan )

Kuasa eksekutif MB adalah amat besar dan berat. Tetapi Nizar yang tidak berpengalaman telah di perkuda kan oleh 2 orang di kiri kanannya.

ini menyebabkan ketidak seimbangan dalam kebajikan terhadap semua kaum

sepatutnya Nizar @ MB menggunakan kuasa eksekutifnya dengan bijaksana dan juga firm tanpa di tekan oleh orang kiri kanannya yang mempunyai agenda sendiri.

Nizar kena berani menegaskan bhw tanpa PAS, kerajaan PR tidak boleh dibentuk dan beliau sebagai ADUN PAS dan juga MB berhak memberi kata putus selain dari perkenan Sultan.

Tapi nasi dah jadi bubur dan Nizar yang tiada pengalaman di samping di tekan oleh orang kiri kanannya selain tekanan BN dan tiada bantuan dari PAS pusat akhirnya tersungkur.

PS kenapa ADUN Jelapang dan MP batu Gajah tidak sebulu dengan N & N.

jizsaw said...

Meminjam daripada Malaysian News Blog "Buat apa kita mengundi" membuang masa dan wang sahaja.

tombak said...

ni semua idea anwar pada asal nya,nak beli wakil rakyat BN,last-last,owang dia yang lompat...BN belajar dari anwar la ni

Anonymous said...

Datuk KJ,

walaupun saya bukanya ore perak, tapi saya juga sedih dengan apa yang berlaku..saya rasa hak rakyat perak di nafikan.....minta sultan perak membuat keputusan yang betul dengan membubalkan DUN Perak bagi memberikan jalan kepada hari raya kecil....kembalikan hak rakyat...tq

-poknik-

Lu Fikirlah Sendiri....... said...

Tiada seorang pun yang membaca disebalik episod ini adalah merupakan satu perancangan licik satu pihak yang ingi menjatuhkan imej dan reputasi Dato' Sri Najib dan menjadikan beliau dalam dilema seterusnya memberi hasil kepada agenda untuk terus mengekalkan Pak Lah sebagai PM untuk tempoh yang lebih lama lagi. Tiada orang tefikir ke? A Lu Pikirlah Sendiri

Anonymous said...

Saya sokong Perak buat pilihanraya semula. Saya nak tengok orang melayu mana yg sanggup kali kedua pangkah parti DAP.

yg benar
ORANG JAUH.

-WADAH- said...

Nampak sangat yg pakatan rakyat tidak dapat memenuhi selera pemimpin mereka sendiri sampai pemimpin mereka (dikatakan di RASUAH - tuduhan ini perlu kepada bukti) keluar parti di sebuah negeri yang sememangnya milik mereka. Canangan Anwar bahawa lebih ramai wakil rakyat BN akan memasuki PR nampaknya tidak menjadi langsung. Mungkin Anwar boleh berkata BN bacul, mungkin Anwar dan PR boleh kata BN beli ahli mereka (sekali lagi, tolonglah bagi bukti, kalau ahli parti lain masuk PR dikatakan hendak perubahan, menyertai perubahan; takkan kalau ahli sendiri lompat parti dikatakan rasuah pulak. Lagilah tak objektif !) namun hakikatnya SIAPA yang mencanag dahulu isu "lompat parti" ini? SIAPA? Siapa yang mencanag 16 September ? SIAPA?

Kini, berlakulah sesuatu yang tak diduga; tumbangnya PR di Perak. Apapun nak dikata, benda dah jadi. Walaupun penulis lebih setuju andai diadakan pilihan raya DUN, namun penulis sendiri insaf kenapa Sultan tak perkenankan. Ingat, sultan adalah autoriti neutral yang tidak boleh dikaitkan dengan sebarang parti. Dan Baginda Sultan pasti ada hikmah tersendiri tidak mahu pilihan raya diadakan.

Puyot said...

Tok dan pembahas sekalian..

Ape dah jadi yeob?! Ape ke he nye yeob?! Udoh betuko kerajaan weh! Takdan nak nyambut ulangtahun pertame udah diketih BN. Ate.. ngange le kome!

Ada la hikmahnya tu. Buat yang emosi, simpan marah anda dan tunggu pilihanraya akan datang. Apa susah? Kalau 50 tahun boleh tunggu PR perintah (walaupn tak sampai setahun), takkan tak sabo nak tunggu pilihanraya akan datang.

Yang menang macam BN tu, memang la takmau pilihanraya sebab tau ramai yang marah sebab dikira menang cara bacul. Lagipun dah menang dan boleh ambil teraju negeri, apa BN nak kalut?

Yang saya risaukan, pasca kemenangan BN Perak. Sebab BN akan mengikut telunjuk mereka yang bebas. Mesti depa mintak macam-macam tok. Kalau tak bagi, depa lompat. Yang ADUN Bota pun boleh buat lagi. Dah tentu MB baru akan jadi lembu dicucuk hidung jugak macam yang orang dok kata kat Ir Nizar.

Maka nanti ramailah ADUN yang akan tawar-menawar untuk difaraidkan tanah dan harta negeri Perak sesama mereka. Mereka ada kuasa untuk merubah kerajaan. Berat hati saya kata, orang susah macam saya ni jugak yang terkebil-kebil tengok depa bahagi faraid harta negeri sesama depa. Tak ka naya?

Saya takmau nak jatuh hukum sapa yang melompat masuk BN tu kaki rasuah sebab saya tak dak bukti dan taktau niat hati depa tu apa dia. Yang saya tau, ramai yang marah dan maki-hamun depa. Saya susah hati sebab la ni kita patut bincang pasai ekonomi, tapi lain yang jadi.

Pada saya, kita tak boleh marah kat orang politik sebab depa politik kuat dan tak buat kerja lain. Dah abih tu? Nama pun politikus. Kerja depa. Mana la depa reti pasai ekonomi. Tu sebab ekonomi Malaysia ni hancoq! Kita marah orang politik berpolitik sama macam kita marah kat tok imam jadi imam solat la.

Tu la, lama dah saya habaq kat orangramai, jangan tengok parti, tapi tengok calon. Parti baguih, tapi calon macam taik, tak guna jugak. La ni, padan muka rakyat Perak. Nasib baik calon aku tak buat taik. Kalau tak, mau aku simbah cat kat rumah dia.

Ka gumana?

-WADAH- said...

Dato' memang susah jadi mediator. Penulis faham sebenarnya maksud Dato' sebab dalam banyak-banyak blog, entri daripada blog Dato' adalah antara yang paling cuba untuk tidak mem'bias'kan diri. Nampak sangat pembaca ramai yang tak baca habis/atau tak mahu fikir; maklumlah terlalu taksub dengan perjuangan mereka.

Dalam sejarah Islam, perangai taksub inilah yang menyebabkan terbunuhnya tiga daripada empat khulafa rasyidin, wujudnya perang saudara sesama Islam, dan tumbangnya empayar Islam. Semua sebab salah faham dan taksub.

Biasalah, kalau orang ampu parti dia, bukan main seronok dia api-apikan dan tambah rencah ajinomoto menyokong pendapat kita. Tapi bila kita bagi pendapat lain sikit (tak adalah lain sangat pun...penulis kira entri Dato' kali ini langsung tidak bersifat kritikan kepada PR; masih lagi cuba mengekalkan semangat "unbias" tersebut) mulalah dia cakap Dato' dah beralih arahlah Dato pengkhianat perjuangan lah....

Apa yang Dato ulas ada benarnya dan ingatlah "berkata benar walaupun outputnya pahit"

Pasal tumbangnya PR di Perak, sebab dah ramai sangat yang ulas, biarkan mereka mengulas. Selamat berjuang dan moga Dato' bersabar. Wassalam.

Damansara said...

Raja Petra’s Website is promoting the Rally against the Sultan’s Decision tonight

One of the articles in that website even proclaimed Nizar as a MODERN JEBAT

For me both Anwar and RPK are MENTALLY SICK people

They have been going hand-in-hand for many years spreading lies under the pretext of JUST DEMOCRACY

Today, for me, is the pinnacle of their MISLEADING PROPAGANDA

Their REAL AGENDA is for Anwar to rule this country; BY HOOK OR BY CROOK

SADLY there are many SMART AND BRAINY PEOPLE easily felt to their obvious trap

They became the best platform for both Anwar and RPK to voice their agenda via ‘the End Justify the Means’ MODUS OPERANDI

At the end, these BRAINY & SMART people become the real DISSERVICE to the very democracy they long for

In the meantime, BN continues to RULE comfortably knowing their opposition has LOST THE PLOT completely

A REAL SAD REALITY

rusydan said...

elehh.

kalau adun bota tu tinggalkan parti hari tu, wahh bukan main gah si anwar dengan nizar, tergelak besar. semuanya bermoral, semuanya bersih.

anwar la paling galak pasal lompat2 ni, sampai kejar pergi taiwan.

nik aziz pon sama, kalau orang lompat ke parti dia, sebab dia dah bukak cahaya keimananlah, dah terbuka hatilah. bila orang tu keluar pakatan, siap nak baling dengan kasut. mana akal tok guru sudah lari?

last2 kena batang hidung sendiri, mula meracau racau. walharammu, walhalalku.

lagi satu apasal nizar tak berhenti lagi siap nak pertikai keputusan sultan? jawatan MB tu adalah ehsan SULTAN PERAK, bukan nizar layak pon. bila sultan dah tak perkenan lagi, pandai2 lah bawak diri. tu lahh, lain kali jadik lagi boneka DAP jual hak melayu.

rantong said...

Sekadar berpesan-pesan. Sesuai bagi mengelakkan daripada difitnah orang.

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan rahmat-Mu dari orang-orang yang kafir." Surah Yunus, ayat 85 dan 86
View Profile: Rantong

engkuazri said...

salam YBhg Dato

dah lama saya mengikuti perkembangan blog dato dan saya suka cara dato menulis cuma saya tidak pernah menghantar apa2 komen di ruangan dato. saya bersama dengan pandangan bahawa melompat ke arah mana sekalipun adalah perbuatan yang tidak bermoral dan mengkhianati pengundi. Mereka harus menunjukkan tahap kepimpinan yang tulen dengan melakukan "harakiri" - tahap malaysia letak jawatan sudah le

jika ingin ruang bertenang sila singgah ke blog saya. ia bukan laman politik tetapi bakal membincangkan banyak aspek termasuk kepimpinan dan politik wassalam
www.engkuazri.wordpress.com

kopiah-sutera said...

Dato'
bila melihatkan begini caranya
1-YB yg dipilh oleh parti...
2-parti yg dipangkah rakyat semasa PRU..

membuatkan saya tertanya2 sendiri sbg rakyat ..apakah hak kita sbg seorg individu @ pemilih?

Yb seolah2 tidak menghormati pilihan rakyat...
dan parti2 politik di Malaysia boleh sy simpulkan..
-tidak matang
-kepentinagn rakyat bkn agenda utama..setakat manis mulut shj.

sesiapa pembahas yg terlalu taksub dgn sesuatu parti politik tak kira pembangkang atau penyokong kerajaan...fikirla..
politik tetap politik...
oomputeh berpolitik masa piliharaya sahaja,,
kita rakyat Malaysia {tak semua} berpolitik spjg masa!
bila pulanak fikir tentang majukan bangsa dan negara?

slyderrose said...

Too much corruption in Malaysia as a result of 50 years of umno rules. Enough is enough of umno. Even within umno politik wang is norm. Corruption has become a cancer to Malaysia society as such rakyat has rejected BN/ umno in the last GE. And I'm sure with indible ink BN/ umno would collapse but SPR with it dirty trick saved it. And now umno has done again. Don't blame Anwar Ibrahim..we all know what he said just a pyschological warfare and in fact BN would be lost without the help of SPR. Dato Nasharudin Hasim who crossed to PKR 10 days ago just a tricked to justified current umno action. We all know this except a few here.

AtasPagar said...

Nasi akhirnya menjadi bubur. Saya sebagai rakyat biasa juga akhirnya semakin keliru apakah bentuk demokrasi yang kita amalkan sekarang. Kita juga harus memikirkan semula perkataan yang sesuai bagi menggantikan perkataan "Wakil Rakyat". Black Day for Democracy!!

anok ganu sabai2 said...

assalamualaikum datok,
bersabarlah datok,saya pun taklah arif dalam sepak terajang politik ni,namun saya seakan terpangil untuk berkongsi rasa,
datok,
bagi saya kita kadang2tu jadi mangsa keadaan,cam mb nizar,bagi saya jauh lebih baik dari menteri besar lain,dialah yang saya rasa boleh tanding nik aziz namun keadaan memaksa,oleh ketamakan individu tertentu,
betul ramai yang pertikaikan isu hak milik tanah,tapi ianya di pajak,(PAJAK)bukan jual,kenapa kita tak marah bila pulau terjual,tanah terjual kat cina singapore,kat penang berapa keratkah lagi tanah melayu yang ada,kenapa tak bising,bilakah tanah2 tu terjual,zaman mana,
namun untuk ir nizar,saya amat berharap agar dapatlah kiranya melepaskan jawatan,usahlah berduka, demi maruah melayu dan ugama berserahlah pada yang ESA,jika rezeki takkan kemana,insyaalah.
kepada penyokong bn janganlah terlalu gumbira,takut2 terjual maruah,hina bangsa,
kepada penyakong anuar tu,janganlah terlalu taksub,diapun ada kesilapannya,
kepada penyokong2 pas berserahlah pada tuhan yang esa,
dan kepada melayu semua sedarlah kita di gelakkan oleh orang asing,dek kerana kuasa kita seakan mengHALALkan segala cara.
dek kerana duit kita membutakan mata,dek kerana pangkat kita gadaikan bangsa,
saya cuma sedih dengan bangsaku yang seakan hilang sudah maruah.hilang sudah harga diri.
dari jauh menangisi nasib bangsaku
from songkla with love

Anonymous said...

Datuk,
Adakah apa yang Ku Li cakap tu ada betul????

http://razaleigh.com/2009/02/05/shameful-scene/


A shameful scene is unfolding in Perak.

Let me follow up on what I said earlier about the status of the Chief Minister.

The Constitution is the highest law of the land. It is the foundation and source of legal authority, and the Rulers are sworn to protect and uphold it.

Acording to the Constitution, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin is Menteri Besar until he resigns of his own accord, or is removed by a vote of no-confidence in a formal sitting of the assembly. The Constitution makes no provision for his removal by any other means, including by petitions or instructions from any other authority.

From,
Cry_for_Perakians

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

ramai orang tak cerdik dan buta...siapa mulakan lompat parti dan tergila-gila mahukan kerajaan lompat?

bila jadi kat Pakatan, kenapa tak dikatakan adil????

Anonymous said...

Datuk,

Saya pernah mencadangkan yang UMNO/BN berkompromi dengan PAS dengan mengekalkan YB Nizar sebagai MB.

Tetapi akibat sikap YB Nizar yang mengengkari saranan Duli Tuanku Sultan Azlan agar melepaskan jawatannya itu, saya berpendapat YB Nizar sudah tidak layak lagi dipilih semula sebagai MB. Bagilah pada ADUN PAS yang lain.


Saya juga berharap kartunis Lat dapat bertanding next election. Kalau dia jadi MB, agaknya baru aman negeri Perak ni.

Lat for MB!


-sinbad-

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anak Perak said...

Datuk,

Saya terbaca blog Elizabeth Wong mengenai masalah politik Perak. Apa yang saya kurang senang ialah pembahas-pembahas sebahagian besar bukan Melayu menghina Sultan Perak. Pada saya Sultan adalah lambang bangsa Melayu. Kalau menghina Sultan bermakna menghina orang-orang Melayu. Soal Sultan nak bubar DUN ataupun tidak itu adalah berdasarkan budibicara Sultan bedasarkan kepada keadaan semasa. Lagi pula baginda pakar undang-undang dan bukan loyar buruk sepertimana setengah-setengah dari pembahas yang menghentam baginda. Percaya ada antara pembahas tersebut buta undang-undang dan perlembagaan Malaysia dan Negeri Perak.

Kerana perkara-perkara seumpama inilah saya rasa ISA masih diperlukan di Malaysia. Bayangkan Malaysia tanpa ISA. Mungkin tiap-tiap hari ada bunuh membunuh di jalan-jalan raya.

Tapi yang sedihnya orang-orang Melayu juga terikut-ikut menghina Raja-raja Melayu. Orang-orang Melayu dalam golongan ini elok tanya diri sendiri. Kalaulah mereka bukan orang Melayu dimana agaknya mereka hari ini. Silap-silap nak guna komputer pun tak tahu.

Ingatlah apa yang terjadi kepada orang-orang Melayu Singapura. Hayatilah sejarah penubuhan PAP Singapura. Di peringkat penubuhannya ramai orang-orang Melayu yang menjadi pemimpin termasuk Pak Samad (Samad Ismail)dan Rahim Ishak. Tapi apa jadi lepas tu. Sorang-sorang Melayu kena tendang. Ada yang kena persona non grata. Diharamkan masuk Singapura. Ini tak usah cakap yang kena ISA (di Singapura).

Perkara seumpama ini boleh jadi di Malaysia. Ramai yang bertanya di Perak siapa yang betul-betul berkuasa MB Mohd Nizar (Bekas?) atau exco kanan dan kirinya dari DAP. Tapi ramai yang percaya Nizar kerana tak ada pengalaman tapi mau jadi MB terpaksa ikut telunjuk hingga terpaksa melakukan benda-benda yang pelik-pelik termasuk isu hak kekal tanah untuk Kampung-kampung Baru 999 tahun. Kenapa tak kata selagi ada bulan dan matahari.


Pulau Pinang hari ni dah tak rasa sebahagian dari Malaysia lagi. Sedihnya kedua-dua pemimpin tertinggi parti politik Malaysia iaitu Pak Lah dan Anwar Ibrahim asal dari Pulau Pinang. "Awat yang hangpa dok biaq Penang jadi macam tu"?.

Dhahran Sea said...

Salam Dato',
Saya pelik sikitlah dengan keputusan Sultan Perak... memanglah dia tahu hal undang2, tak dinafikan. Tapi keputusan beliau tu nampak macam tak ada "wisdom" lah... macam tak nampak the situation from rakyat/people's point of view... rakyat voted for those 4 "frogs" in the previous election hoping to affect change... sekarang ni sebab yang 4 katak ni dah melompat, kita berbalik to square one with BN... takkan lah tuanku kita tak prihatin dengan hasrat rakyat jelata di abad ke-21 ni kot? Dia juga kata baru2 ini bahawa raja2 kena "earn the respect of the people; otherwise they could find themselves no longer relevant?"... Hai! apa nak jadi dengan Malaysia?

hasbunal,jitra said...

hasbunal, Jitra.
Assalamu,alaikum Dato'AKJ.

Lama juga saya tidak menjengah ke laman ini, oleh kerana ada kejutan baru saya rasa terpanggil untuk kembali membaca pandangan dato'. Keseluruhannya saya bersetuju dengan pendangan dato' . Cuma ingin saya beri pandangan saya mengenai gulungan munafik , gulungan munafik ini sangat2 kejam sebab tu lah nabi selalu memperingatkan supaya menjauhi dari gulungan tersebut dan dosanya amat besar balasan nya diakhirat kelak. Ciri2 gulungan munafik ;
1. Apabila berjanji ia mungkir
2. Apabila bercakap ia berbohong
3. Apabila bertengkar dia nak menang dan
4. Apabila diberi amanah dia khianati.

Begitulah besarnya dosa dan kejam nya orang-orang munafik ini .Kejamnya tidaklah sekejam Firaun membunuh bayi lelaki dizamannya atau sekejam Yahudi membelasah Gaza yang tiada bersenjata tetapi kekejamannya cukup untuk menjatuhkan sebuah negeri yang baru tak tih untuk berjalan, baru berjalanrebah dan terus rebah tak boleh bangun lagi.
Sedarlah wahai munafiqun , yang kafirun tu biaq pi kat dia la.Walau apapun yang kamu buat ada hari pembalasan diakhirat kelak, tak percayakah kamu tentang yaumul akhir ? .Kalau tak percaya runtuh lah iman kamu. Itu satu hal.

Satu hal lagi ialah perangai hasad dengki Umno /BN yang berasa orang lain tak boleh memerintah negeri selain daripada mereka sahaja. Iktiar baik tak boleh lalu diiktiarkan secara jahat ,keji dan busuk. Umno ni tau dimana kelemahan adun PKR ni,awat tak tau keturunan depa juga , kelaku kelayak mereka semua depa tau, semuanya bukan berkhidmat untuk rakyat , firstly untuk perut dulu , kedua baru rakyat ( tak semua la kot). Proses mengadap sultan kita nampak seperti legal la, boleh bawa kesemua 31 orang adun berkenaan. Tetapi sultan tahu tak proses sebelum nak bawa mereka tu. 3 orang munafik tu telah dikidnap dan dibawa kesatu pekan dinegeri katakanlah negeri Pak Hang,mereka ini diugut dan diancam dengan pelbagai ugutan dan ancaman,yang ada kes mahkamah mereka diugut akan dipenjarakan,walhal proses mahkamah belum berlangsung lagi, jika kamu setuju tawaran kami , tuduhan kamu ditarik balik. Terbayang lah adun munafik ni, bila dipenjara hilanglah nikmat berkeluarga, hilanglah kebesasan buat sementara, hilanglah pangkat dan darjat. Yang tiada kes diadakan kes kami boleh caj kamu dibawah ISA merengkoklah kamu dalam tahanan selama , 60 hari atau 2 tahun tambah 2 tahun ,mungkin tambah 2 tahun lagi atau pun ditawarkan wang berjuta, seumur hidup pun belum boleh mengumpulkan wang halal sebanyak itu. Yang tiada iman,integriti maka tewaslah adun-adun tersebut dikalangan pemuka-pemuka UMno/Bn . Bagi mereka matlamat menghalalkan cara. Dasar mereka boleh buat apa sahaja. Saya nak tanya bermoralkah perkara yang dibuat ini?. Apa kan terjadi sekiranya 3 munafik ini munafik sekali lagi , beralih pula kah kerajaan Perak?. Dok buat keja tu la.

blower said...

apa komen datuk kalau selepas ini anwar berjaya dapat lompatan yang secukupnya untuk buat kerajaan baru dan terus jumpa YDP Agong bersama ahli Parlimen yang secukupnya

adakah datuk akan bersetuju ianya diadakan hanya di Istana dan tak perlu vote of no confidence di Dewan Rakyat

precedent case ini akan dibandingkan nanti oleh generasi akan datang...dan kita dikutuk pasal tak pandai amalkan undang2 yang kita buat sendiri

Anonymous said...

Alaa rilek la lompat parti aje. Anwar dari dulu dok sebuk suh org lompat2.

Skang ni org dah lompat. Udah ler ape lagi yg nak tak puas hati.

Memang kene sangat dengan pepatah melayu..

YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YG DIKENDONG BERCICIRAN

A KADIR JASIN said...

Sdr Blower,

Konvensyennya begini:-

1. Ketua parti yang ada majoriti dalam Parlimen atau DUN persembah dan mohon perkenan YDA atau Sultan/Raja untuk tubuh kerajaan;

2. Kalau YDA atau Sultan/Raja yakin, Baginda beri restu;

3. Selepas ini barulah boleh bawa ke Parliamen atau DUN untuk disahkan. Itu pun kalau mahu. Kalau tidak tak perlu;

4. Pembangkang boleh minta Parlimen atau DUN bersidang untuk kemukakan usul tidak percaya;

5. Isu Wakil Rakyat lompat parti atau keluar parti tetapi kekalkan kerusi itu isu moral. Mereka telah khianati kepercayaan pengundi yang memilih mereka kerana afiliasi parti mereka;

6. Di segi undang-undang tak salah. Di segi moral salah;

7. Dua Adun PKR dan seorang Adun DAP itu hanya keluar parti masing-masing. Mereka tidak (belum) sertai mana-mana parti BN;

8. Adun Bota dia macam katak kuang yang lompat masuk kubang kerbau lepas itu lompat balik ke darat;

9. Dulu PR kini BN -- sama-sama umpama telur di hujung tanduk; dan

10. Kalau BN, khasnya, Umno berjaya yakinkan rakyat Perak ia akan kekal, kalau tidak ia boleh tumbang macam kerajaan PR juga.

Terima kasih.

iris said...

Aslm.Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan kerajaan BN menubuhkan kerajaan BN di Perak.

Kejayaan yang sangat hebat di alaf ini akan diarkibkan di dalam sejarah negeri Perak selama-lamanya selagi bulan dan bintang masih wujud..

Tahniah juga kerana membina kerajaan BN yang baru ini di atas lendir-lendir dan daki dunia..

6.2.2009 adalah black Friday bagi negeri Perak, di mana kerajaan pimpinan DS Nizar yang meletakkan keutamaan solat dalam pentaddbiran dijatuhkan dengan cara yang sangat-sangat jijik..

Ketika, berita-berita utama mengumumkan pelantikan MB yang baru pada hari ini..saya seolah diberi suntikan yang sangat2 beracun melebihi strychnine poisoning yang menyebabkan saya berada pada garis 3 pada Glasgow Coma Scale. Tidak mampu bergerak dan saraf-saraf seperti kejang dan kaku. Hanya ada beberapa neuron yang tickle.. Air mata pun sudah tiada..

Ya! Kezaliman mengatasi keadilan pada hari ini! Kezaliman ini yang berpunca daripada lendir-lendir dan daki dunia..!

Kami tidak menganiaya kamu wahai Zahid Hamidi sebagaimana yang engkau kesalkan pada malam tadi di TV iaitu ketika kekuasaan tidak bersama kamu pada 11 bulan yang lepas. Namun, hari ini kami yang sangat-sangat teraniaya!

Ambillah..ambillah pentadbiran Perak pada hari ini dengan cara-cara yang sangat hina.Binalah pentadbiran kamu pada hari ini di atas lendir-lendir dan daki dunia..!

Hanya Allah yang akan meletakkan keadilan di tempatnya ketika kami menangisi keadilan yang dihenyak-henyak oleh kezaliman, ketika kami tidak berupaya mengangkat keadilan ini dengan tangan-tangan kami! Kharam..kharam..kharam 'alaikum!!

Pengundi berdaftar kawasan Parlimen Zahid Hamidi

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

sekalung tahniah kpd bn dan mb baru nya, simpati saya kpd rakyat perak yg dinafikan haknya

saya cadangkan kesemua 28 adun PR letak jawatan dan memaksa pilihanraya diadakan, kalau PR pulun 28/28, terbuktilah tuanku telah membelakangan suara rakyat suara keramat, jika rakyat perak tolak kepimpinan PR maka bolehlah diterjemahkan diatas kertas undi nanti

p/s : 28-28+3 bukanlah krjn yg stabil!!!apa yg tuanku fikirkan???

HAMBA ALLAH

Ar Raudah said...

Bagi saya mudah saja. ALLAH akan bersama-sama orang yang benar. Kehidupan di dunia akhir zaman ini memang penuh dengan tipu muslihat. Janganlah kita lalai dengan kemewahan dunia yang sementara ini.

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ dan para pembahas,

Saya petik mengenai komen Datuk -- “Di segi undang-undang tak salah. Di segi moral salah”.

Ini membuatkan saya teringat mengenai satu filem Holywood “The Great Debaters (2007)” yang berkisar mengenai isu ini.

Filem itu adalah berdasarkan daripada sebuah kisah benar yang berlaku di US ketika zaman Great Depression dahulu. Apa yang menarik mengenai filem itu adalah babak-babak akhirnya yang mendebatkan isu “civil disobedience is a moral weapon in the fight for justice”. Silalah tonton filem tersebut untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Apa yang hendak saya kemukakan di sini adalah mengenai krisis politik di Perak yang boleh saya kaitkan dengan isu debat di dalam filem tersebut.

Saya terbaca di blog Malaysian Insider mengatakan bahawa seramai lebih kurang 10,000 orang berkumpul di kediaman rasmi MB Perak malam tadi. Anwar Ibrahim pula dikatakan cuba menjadikan isu ini sebagai “people’s court” iaitu menjadikan orang awam sebagai “penentu” kepada keputusan siapa yang berhak memerintah Perak.

Pagi ini pula, MB Perak yang sudah dititahkan meletak jawatan, masih meneruskan hajat beliau untuk bekerja dan memasuki pejabat. Diberitakan melalui TV, pihak polis terpaksa mengiring ‘bekas’ MB tersebut dan Exco-Exco lain keluar pejabat.

Tak tahu lah apa yang akan berlaku selepas ini. Sudah tentu ramai penyokong-penyokong kuat PR akan meluap-luap merasa tidak puas hati. Jangan berlaku “civil disobedience” sudah lah.

Apa yang saya hendak kemukakan di sini Datuk, ialah persoalan mengenai “disobedience” dan “civil disobedience”. Dari segi moral, adakah kedua-duanya boleh dikatakan sebagai bermoral?

Dari segi undang-undang pula, adakah kedua-duanya boleh dikatakan mematuhi dan menghormati undang-undang?

Saya tak pakar dalam undang-undang tetapi saya risau juga dengan taktik-taktik yang boleh mencetuskan “civil disobedience” ini.

Apa pendapat Datuk?

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

Goofy said...

Adakah Nizar yakin dengan pembubaran kerajaan, dengan pilihan raya baru, dengan derhaka kepada Tuanku, dia akan terus menjadi MB Perak? (Jika PR menang?)

Justeru, apa sebenarnya perjuangan dalam kepalanya yang mendorongnya membubarkan DUN? (Pushing factor)? Sungguh saya tidak mengerti apa yang PAS dan dirinya perjuangkan?

Sudah terang lagi bersuluh pushing factor nye adalah deva anvar, nga nga dan se-ngeh.

Jika ada pilihan raya baru, maka berebut2lah DAP meletakkan wakil rakyat melayu supaya akan dilantik menjadi MB, maka berebut2lah pula PKR meletakkan wakil2 rakyat mereka, PAS pula dapat apa? Takkan nak nga nga dan se-ngeh saja?

Wal halalku wal haram mu. (16 September ok, 5 February ko)

Nizar tersalah langkah, tersalah tad-bir.

Anti Katak said...

Salam dato'

Lain kali kalau kawasan saya ada calon PKR bertanding menentang BN saya pasti tidak akan keluar mengundi.Biar saya dikatakan tidak mahu menunaikan tanggungjawab tetapi hancur luluh hati ini apabila nanti mereka berpaling tadah belot dan membelakangkan pengundi yang memenangkan mereka.

wan said...

dato'
saya tumpang sedih dengan apa yang berlaku di Perak sekarang. Saya faham bahawa baginda Sultan telah melakukan yang terbaik dalam situasi yang kelam kabut ini. Namun cara BN merampas kerjaan Perak adalah sungguh tidak gentleman. kejayaan mereka bukanlah berpaksikan suara majoriti rakyat. satu takdir yang menyakitkan tapi amat bermakna untuk kita semua renungkan secara waras dan berlapang dada. Rakyat bukan lagi bodoh dalam menyaksikan drama politik yang memualkan ini..

kruel said...

it is sad to see nizar clinging to his post and pleading to keep his car until the swearing in ceremony of dr zambry (http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/2/6/nation/20090206100717&sec=nation). My take on this..resign gracefully ..do not incur the wrath of the sultan..you may need him if the hopping carnival starts again..by being “derhaka” ,you are already a marked man (maybe the sultan will insist that nizar would not be the new mb..) . If this was sultan idris, he will not again step on the bumi of perak..i read that somebody said the transfer of power here is akin to a coup d’etat..pls google it and make your own conclusions…to me it is not. what happened yesterday is according to the constitution of perak. It is a good thing that this things happen..we can see how people react/ tru colours and we can really judge them. IMHO nizar looks like a puppet and can not think clearly during a crisis..not the sort of person we want as a leader.

R@duan said...

Yop-yop dan yong-yong di Perak dapat 'KERAJAAN KATAK'. Apa he...itu je yang ada?
- bawak banyak bersabor
- bertenang
- cakap dalam hati 'daulat tuanku'
- tahniah Dr Zamri
- pilihanraya depan kita ajar 'Katak' ni...
- kalau dah terpaksa ber'wakil'kan katak...nasib le yop. katak pun katak laaaa.... janji ada 'wakil'!
- kamu katak jangan nak mengada...lepas ni buat kerja terus. hayat kamu ditentukan sehingga PRU 13...

anak parit said...

Salam Dato'.

Kesian Dato kena maki hamun ngan pembaca dan bloggers yang tak faham komen Dato'.
Pasal Perak sekarang ni, BN atau PR bukanlah soal utama yang difikirkan sangat oleh rakyat Perak.
Perak sebenarnya lebih bergelut dengan kesan ekonomi negeri yang semakin menguncup kesan ekonomi global. PR dan BN asyik bergelut berpolitik dan abaikan ekonimi negeri yang semakin parah angkara ekonomi global.
Banyak kilang yang dulu memberi pekerjaan kepada ratusan /ribuan rakyat Perak di tutup kesan gawat ekonomi dunia.
PR dah berusaha, dan masih tak nampak hasil dan biarkanlah BN yang cuba, pasal lompat -melompat ni, biasanya kerajaan BN akan terima kesan nya selepas mahkamah keluarkan keputusan mengenai rasuah dua adun lompat katak tu.
Kalau ada PRK utk dua DUN tersebut, saya percaya PR akan kembali memerintah kerana simpati rakyat pada Nizar. BN akan duduk semula jadi membangkang.
Apapun, kita tengok ajelah telenovela Perak.
Pada para bloggers, usahlah hilang adab bila terleu marah. Bersopanlah.

Anak_Parit

mad said...

rakyat bukan lagi bodoh dan momentum tsunami masih lagi kuat dan berkemungkinan semakin kuat selepas apa yg berlaku di perak. tunggulah prk dimana2 lagi selepas ini, kita akan tengok kuasa tsunami rakyat....

Apanakbuat said...

Datuk,

1. Saya penyokong dan pengundi UMNO.
2. Jika kita lihat, Mac 2008 pengundi Melayu pilih BN dan pengundi Cina/India pilih PR.
3. Setelah berlakunya peristiwa Perak ini, saya rasa PRU akan datang Zambry pula akan jadi bekas Menteri Besar.
4. Sebabnya: 18 kerusi majoriti Cina DAP dan 3 kerusi majoriti Cina PKR sudah soheh akan jadi milik PR. Maknanya PR akan ada headstart 21 kerusi.
5. Tambah 9 lagi dari kerusi campuran (biasanya calon Melayu PKR/PAS) maka PR akan dpt simple majority.
6. Kalau 3 ADUN tu lompat sebab ikhlas, oklah. Tapi kalau kerana perancangan maka saya rasa ini adalah perancangan tolol.
7. Dilema Melayu Perak 2012/13, nak jadi macam 2008 ke atau nak ikut arus pengundi bandar.
8. 3 tahun tak cukup rasanya Zambry nak pulihkan keadaan. Yang akan jadi mangsa UMNO/BN Perak.
9. Kalau panjang umur kita semua 2012/13 nanti tengoklah sama-sama.

ehbeewa said...

Datuk,
1.Kita baru lihat siaran langsung lantikan MB Perak yg baru & kita lihat juga bagaimana orang-orang MELAYU memang bersemangat sekat kenderaan(jika tak silap dengar kenderaan Raja Muda Perak)tapi kaum lain tak nampak ada d depan!!!
2.Saya hairan kenapa YB-YB PKR &DAP sanggup jadi YB Bebas walaupun telah dberi jawatan semasa dalam Kerajaan Pakatan!!

Nampaknya POLITIK KITA ini benar-benar telah berubah selepas 50tahun KITA M E R D E K A...TQ

rusydan said...

melayu pas/pkr demonstrasi sampai sanggup kena gas pemedih mata pertahankan kerajaaan (bekas) yang bermajoriti DAP siap laung kalimah takbir?

memang betullah, melayu mudah lupa. tak pon hilang akal.

rasanya kalau boleh melayu pas/pkr ni nak lantik karpal sing aje jadi yang di pertuan agong.

datuk, kenapa kat tv3 tadi saya nampak yang demonstrasi tu semua bangsa nelayu aje? mana pergi bangsa ngeh dengan nga?

Anonymous said...

Datuk KJ,Kenapa orang kita masih tidak sedar apa yang terjadi kat Perak ni.Masih tak sedar lagi kita di gunakan oleh tangan yang tersembunyi. Apakah jahat sangat kah orang umno? Dimanakah iman kita bila kita memaki hamun puak umno ni .Fikirlah dengan hati sanubari.Adakah puak kafirin tu berdemonstrasi ? lihatlah dan musabahah diri dan renunglah .

Anonymous said...

Salam,

Tindakan sultan betul tapi tidak tepat. Pada saya mudah, harap Tuanku Sultan Ampunkan patek. Tuanku nasihat pengerusi BN Perak menunggu hingga dewan bersidang dan usulkan undi tak percaya pada MB. Jika ini dilakukan Tuanku akan kelihatan berlaku adil. Soalannya beranikah BN mengemukan usul tersebut dan menjalankan undian secara tertutup. Kelihatannya ada YB BN sendiri akan berpihak kepada Pakatan. Jikalau tidak masakan BN terburu-buru melantik MB baru. 56% undi popular DUN Perak dalam PRU 12 cukup kuat bagi PR mengatakan rakyat bersama mereka. Sokongan ADUN bebas perlu dibukti dalam dewan kerana proses undiannya tertutup. Adakalanya saya melihat Anwar punya asas untuk membentuk kerajaan pusat secara lompat ini kerana undi popular untuk semenanjung PR lebih dari BN dalam PRU 12. Sabah dan Sarawak bolehlah diabaikan kerana disana masalah penyebaran maklumat politik amat terbatas.

Apa pun BN dah jadi kerajaan tambahan pula institusi awam dalam kawalan mereka. Maka harapan untuk melihat YB Nizar kembali ke bangunan SUK semakin jauhhhhhhhhhh.

Saya tambah penin kerana tak tahu apakah Allah akan menghukum UMNO kerana merampas pilihan rakyat. Atau UMNO akan dapat pahala kerana menyelamatkan rakyat.

Atan
Anak Penoreh Getah

abangjamboo said...

Bangunlah pembahas sekalian, Malaysian first, malay second!
I'm a malay myself. To me, a good governance RULES OVER RACE, anytime.America took 40 years post Dr King Black emancipation to have a Black Pres. Kita? Still dengan mindset Malay Supremacy.Sampai bila pun Malaysia jadi haprak.

Anonymous said...

Datuk,

Izinkan patek menderhaka pada saudara/i apanakbuat (6:16)

Percaturan pilihanraya tidak boleh diambil secara simplistik sebagaimana pendapat saudara. Banyak faktor yang memainkan peranan.

Saya tidak boleh nak agak tentang pendapat pengundi bukan Melayu tetapi saya amat pasti bahawa pengundi-pengundi Melayu yang mengundi UMNO/BN di PRU12 dahulu, akan masih kekal mengundi UMNO/BN di PRU13 nanti.

Berlainan pula dengan PKR/PAS. Banyak kejadian yang berlaku sejak PRU 12 dulu menyebabkan pengundi Melayu yang mengundi PKR/PAS telah beralih arah. Ramai orang Melayu yang mengundi PKR/PAS di PRU12 lalu tidak menyangka yang DAP boleh menjadi terlalu dominan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Mereka dilihat terlalu rakus mengetengahkan agenda mereka. Pemimpin Melayu PKR/PAS dilihat tidak mampu mempertahankan kepentingan Melayu. Sikap pemimpin Melayu PKR/PAS yang terlalu ingin menjaga hati orang bukan Melayu menyebabkan orang Melayu terasa dipinggirkan. Undi mereka sudah tentu akan berubah.

YB Nizar telah menutup terus peluang beliau untuk menjadi MB semula andai Pakatan Rakyat dapat kembali memerintah. Kita boleh lihat apa yang telah berlaku di Terengganu dan Perlis.

Andai Pakatan Rakyat kembali memerintah, siapakah yang bakal menjadi MB? Adakah calon dari PAS akan kembali menjadi MB? Ataupun calon dari PKR akan mengambil alih. Tetapi kita jangan lupa, DAP turut sekarang mencari calon Melayu untuk mewakili mereka. Adakah untuk dijadikan sebagai MB?

Perkara ini turut akan mempengaruhi mood pengundi akan datang.

Dan kita tak perlu nak tunggu 3-4 tahun untuk mengetahuinya.

Mungkin hujung tahun ni pun kita dah boleh tahu.

-sinbad-

HORMAT SULTAN MELAYU said...

What the Sultan did last March. I was reliably informed of this story only yesterday. So, before anyone thinks of burning down Ipoh and Kuala Kangsar or fight till the last drop of blood, listen up. This was how it was told to me:

"I know that you do not know what Sultan Azlan Shah did last March when UMNO, the party with the biggest number of ADUN seats, sought his consent to re-form the state government of Perak. Not many people know. I'm going to tell you so that you will know that the Sultan has acted in the best interest of his State and his Rakyat in the case of Nizar.

"You see, on the night of March 8, after securing more Adun seats than the other parties, UMNO made a representation to the Sultan to form a new state government.

"But Sultan Azlan is a wise Sultan. He knows the law and he could read the situation well. He did not accede to UMNO's request even though UMNO had won the most number of seats compared with DAP, PAS, or PKR.

"So the Sultan told UMNO that he had a feeling that DAP, PAS and PKR would join hands and if they do so UMNO will not have the support of the majority in the state assembly. He requested that UMNO wait until had had mete the reps from DAP, PAS and PKR.

"That was how the Sultan called in all the DAP, PAS, and PKR state assemblymen. He decided after that to allow Pakatan Rakyat to form the new state government in Perak. The rest is history. Or, rather, was history.

"You see, Sultan Azlan, our former Yang diPertuan Agong, is a professional and he knows his law better than you and I, Nizar or Anwar. He was the former Lord President."


In Malaysian cyberspace, "reliably informed" could mean a tall story, so don't just take my word for it. Read also what constituional law expert Prof Dr Shad Saleem Faruqi had to say here [Not in Constitution, but Sultan can dismiss MB].

And Big Dog writes about "ingkar", which is the correct Malay translation for defiance against one's Sultan.

TOLONG JANGAN MENGHINA RAJA MELAYU HANYA UNTUK KEUNTUNGAN JANGKAMASA PENDEK.

"JANGAN MARAHKAN NYAMUK KELAMBU DIBAKAR"

SULTAN MELAYU KETUA DAN SIMBOL AGAMA ISLAM, JIKA SESEORANG MENGHINA SULTAN INI BERMAKNA SECARA TAK LANGSUNG JUGA IA BERMAKSUD MENGHINA ISLAM...

Pampers said...

Kata perjuangkan ketuanan Melayu.. Tapi kenapa lantik anak Mamak Abdul Kadir? Mana dia anak melayu Perak?

Anak Perak said...

Datuk,

Saya rasa yang ramai berdemonstrasi ni orang-orang Melayu islam (PAS/PKR) kerana mereka menggunakan masjid. Semangat mereka cukup hebat hingga sanggup bertempur menggunakan batu (macam rakyat Palestin), membaringkan diri ditengah jalan dan menggunakan kanak-kanak (belajar dari Hindraf?).

Tapi mana yang lain-lain?. Nampaknya selama-lamanyalah Melayu jadi perkakas. Janganlah jadi macam "Pak Malang".

Ini soal politik biar pemimpin-pemimpin tertinggi selesaikan.

Anonymous said...

Datuk,

Just my 2 sen. I take my hat off to Nizar for sticking to his belief. Ini Melayu yang ada class. From what I know, this guy is one of the decent politicians around. Sounds oxymoronic but having seen how he handled himself over the last few days, I have nothing but full admiration for him

What we're talking about here is a constitutional matter, a matter that the best avenue for resolution would be the court. WIth all due respect to the learned HRH, Nizar is just trying to impress on his and his party's interpretation on the legality of his removal. I sincerely believe that there's no intention of "menderhaka" or trying to insult institusi raja-raja. After all, laws are always subject to interpretation. That's why we have courts and lawyers.

What worries me, after having the chance to read your blog and many others, pro and anti-BN alike, is the tendency of many to freely proclaim that we, especially the Malays, are not supposed to challenge the Sultan as his words and deeds are deemed to be "sacred". While acknowledging the special position of our Raja-raja in the scheme of things, I think it's imperative that we should learn to be assertive of our rights. I can't blame many for casting a suspicious look on the decision of HRH, the hastiness and almost clock-like work to swear the new MB and a number of incidences that make many feel uneasy. The manner how Nizar was chased out of his office is something that I find distasteful.

To those posters that revel in Nizar's ousted on the count of him being perceived to be barua China, allow me to ask a number of simple questions. Is he not a leader for all races? Were the Malays in Perak discriminated or deprived of our rights? Aren't those Chinese that were given lands deserving as citizens of this country? And there's a simple fact that the majority of Perakian voted the combo of DAP/PAS/PKR during the last GE. Let's not deny that lest election becomes thing of insignificance.

Now that BN has regained its power, I hope the good work of Nizar is continued. I sincerely hope things work out well in Perak. For the sake of the nation I hope it does.

KKBoy

Anonymous said...

Datuk, saya tertarik sangat dengan ulasan pendek tapi sarkastik Abangjamboo.

Masa saya di sekolah dulu, kalau budak-budak jantan jambu (atau jamboo) macam Abangjamboo, gerenti banyak boyfriend punya.

Ini budak-budak MCKK yang bagi tau. Saya budak Convent.

Abangjamboo nak jadi Malaysian first, Malay second, itu abang punya hal lang bang.

Tapi di Perak tu, Melayu second. Pas second. PKR second. Yang first DAP.

Bila si Melayu Pas dan PKR derhaka pada Raja dan tak faham undang-undang, Cina dan India DAP dudok dalam rumah bang ooi dan makan roti gula ... macam raja bang.

Jadi "raja" Cina dan India DAP yang sedang makan roti gula dan buat-kira tu, mereka hantarlah Melayu haprak dari Pas dan PKR pergi lawan Raja, lawan polis dan tidur atas jalan raya..macam orang hilang akal.

Nasib baik la bang mereka tidur terlentang. Kalau mereka tidur meniarap, bahaya bang...hahaya. Macam-macam boleh jadi.

Bang, PKR dah mati. Anwa dah commited suicide. Bukan pengebom berani mati bang, tapi pengebom yang tersilap tekan butang.

Kalau Pas dekat PKR lama-lama bang, Pas pun kena letup bang. Ramai Melayu first dah jelak dengan Md Nizar yang nampak sangat ikut telunjuk Ngeh and Nga akhirnya bang dia ngaga.

Tak pa la abangjamboo. Suka abang la. Tapi bang, buah jambu bang tu jaga la elok-elok. Ramai orang suka buah jambu bang......

Adik Cantik

DARI CHOKRO KE HULL said...

DATUK...

RAJA ADIL RAJA DISEMBAH,
RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH,

........................HANG JEBAT

Anonymous said...

Dato' I don't like Umno. I think too many of its leaders are too corrupt while other are intellectually inferior.

But now I see how stupid Pas has become. It has been used by the PKR and the DAP.

I think the Malays will reject Pas as they have rejected the DAP and PKR for showing disrespect to the Sultan.

At least Umno showed respect to the Sultans when it accepted the MBs of Terengganu and Perlis who were not the party's choice but supported by the Sultans.

I think many Malays will sit back and re-think about their support for Pas. Sultan Azlan is no ordinary Sultan. He was a former LP and an expert on the Constitution. I think not all Pas members support or agree with Mohd Nizar in refusing to resign. If he is a good Muslim he should know that he can serve Allah and the ummah in any capacity. I think Mohd Nizar is playing too much into the hands of the DAP and PKR without realising that the Malays in general are loyal to their Sultans.

Ex-banker

Hang Nadim 2 said...

Setelah 50 tahun merdeka, ingin saya memberitahu tentang kepimpanan,iaitu negara akan aman apabila peminpin adil.Negara akan maju apabila peminpin bijak,dan negara diberkat Allah,peminpin takwa.Kalau sifat sifat ini ada dalam peminpin kita,insyalah.Kalau tiada...........masalah!!!

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

Dato', mohon laluan untuk berkongsi dengan para pembaca sekleian. Terima kasih.
___________________________

Assalamu 'Alaikum warahmatullah wabaratuh,

Rafak Sembah Patik Hamba Rakyat Yang Setia Kepada Kebenaran dan Keadilan

AMPUN TUANKU,

SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN.TIADA QASAD DERHAKA, MAKA DEMI KEBENARAN DAN KEADILAN JUA KRITIKAN DIPERSEMBAHKAN.ITULAH ADAB TATA SUSILA KITA MELAYU-ISLAM.

Ada pun, selepepas daripada itu (amma bakbu..),

Wahai DYMM Paduka Sri Sultan Perak,

Hamba (patik) berasa pedih ulu-hati dan pilu perasaan dengan peristiwa pembubaran Kerajaan Perak yang lalu. Kemudian digantikan dengan Kerajaan Perak UMNO-BN, yang dengan angkara mereka, air wajah Paduka Sri Sultan tercemar. Mengapakah begitu gopoh-gapah tindakan dibuat, tanpa merujuk kitab perundangan dan prosidur resmi dan pawang-pawang serta Jawhari-Jawhari Perundangan dan Kehakiman. Terlajak perahu dapat diundur, terlajak kata putus, MARWAH di pertaruhkan...Ampun Tuanku.

Hamba Rakyat tidak derhaka Tuanku, mereka sudah terdidik lewat 51 tahun kita merdeka. Keputusan dan penilaian mereka bersama-sama dengan para pendita, para pawang dan Jawhari keilmuan dan cedikiawan dalam memutuskan sesuatu perkara dalam urusan negara dan Negeri Ini. Maka kitab ilmuan juga dirujuk, prosidur perundangan dan kehakiman jitu juga jadi panduan. Maka Timbalan Memanda Menteri telah berangkara, mengheret Tuanku Paduka Sri Sultan membuat keputusan yang tidak merujuk kepada para Jawharinya itulah menjadikan Tuanku dipandang tidak hurmat oleh para hamba Rakyat Jelata. Patik meletakkan semuanya ini di atas bahu PIMPINAN UMNO-BN agar bertanggung jawab. Rakyat tidak bersalah, Tuanku Paduka Sri Sultan.Ampunkanlah mereka.

Sekian, patik sekali lagi merafak sembah ke hadapan Duli Tuanku Paduka Sri Sultan Perak.

AMPUN TUANKU,

PATIK MENJUNJUNG KASIH DULI TUANKU.
SEMOGA TUANKU DITUNJUKKI KEBENARAN DAN KEADILAN OLEH ALLAH SWT.

WASSALAMU 'ALAIKUM WARAHMATULLAH

Ikhlas seluhur jiwa murni:

Abu 'Amrullah Muhammad ADIS el-Merbawiy
DUNGUN
TERENGGANU.

7 Februari 2009

mohd said...

datuk....ko ni intelektual taik kucing...bota masuk umno ko bilang lain....pr masuk bn kau AUTA lain...piiira lu

Rashidzack said...

Sdr mengatakan raja 'kebal'? Knp sekarang katanya kebal? bukankah kita mengamalkan raja berpelembagaan? Kita bukannya monarki mutlak mcm di Swaziland ataupun di Brunei. Knp ada mahkamah untuk raja2? Knp Almarhum YamTuan Besar NS dulu dibicarakan kerana kes dengan Standard Chartered? Kami masih tak faham laaa..Kita dah demokrasi ke atau belum? Saya dah belajar tlalu tingi pun baru tau hakikat ini.Knp waktu BN perintah semua negeri2 dlm Malaysia dulu tak timbul kekebalan raja2 melayu? Bukankah Tun.Mahathir sewaktu jadi PM dah mengurangkan kuasa mereka? Saya still ingat dulu selepas perundangan digubal utk mengurangkan kekebalan mereka ini, pernah dikatakan tiada lagi sebutan DYMM lagi dan perlu jadi DYM..tiada lagi sebutan 'Maha' manakala bila mengadap tak perlu lagi kedua-dua tangan menjunjung dan sekadar mengangguk sahaja? Yang hairannya, kenapa skrg dah mula balik panggil DYMM dan mula mengadap balik dengan cara dulu? Mungkin Datuk boleh bantu terangkan sikit..sebab Datuk dah lama dalam national press.

Hamba Allah said...

Dato Kadir:

Jangan lupa ada perbezaan antara 'institusi kesultanan' dan 'Sultan'.

Sultan pun manusia, boleh membuat kesilapan. Ini tidak bermaksud kita terima buta-buta. Sebagai rakyat, kita dengan sopan tunjukkan kesilapan Sultan itu dan dengan itu meminta Mahkamah mengadili tindakan Sultan.

Sultan ada peranannya yang termaktub dan ditentukan oleh Perlembagaan Negara dan negeri, perlembagaan yang luhur.

Jangan kita ketepikan perlembagaan dengan membuta-buta menyokong semua tindakan dan keputusan seorang Sultan.

Kita kena hormat Sultan, pada masa yang sama, kita harus menegur juga dengan sopan sekiranya Sultan salah.

Zurina - pelajar said...

Sangat terkilan apabila saya mendengar berita yang kurang enak ini...

Walaupun saya bukanlah penyokong mana-mana belah pihak, tetapi tindakan seetengah mereka memandang remeh terhadap institusi kesultanan adalah pekara yang tidak sepatutnya berlaku, terutamanya dalam masyarakat kita...

Kalau tidak berpuas hati dengan tindakan sultan, janganlah bersikap melebih-lebih. Berfikir biarlah rasional...

Macam orang kata, ikut hati mati

hasbunal said...

askum Dato' AKJ,
Ini komen saya yang kedua selepas tarikh 5.2.09, yang pertama mungkin dato' tapis, nak tapis apa biarlah,seperti kata seorang peminat dato' , raja bukan kebal, bukan lagi mengatasi undang-undang negara, raja yang adil raja disembah ,raja yang zalim raja disanggah. Raja pun manusia biasa tiada lari dari salah dan silap, walau pun dia pakar dalam undang-undang, itu semasa muda sekarang dah berumur tentu kuasa memikir dan mengingat tidak seperti dulu. Dulu membujur lalu melintang patah. Tetapi sekarang ni kalau ada benda yang melintang pun tak boleh dah untuk melangkah pun.Begitu la lumrah hidup manusia , itu tandanya tempoh hari akhir kita semakin hampir dengan kubur. Dulu mata terang , kini dah kabur, dulu kulit tegang kini dah kendur, dulu rambut hitam kini uban dah bertabur, dulu gigi tegap kini dah gugur ... alamat nak masuk kubur.

Pagi tadi 7.2.09 Tv1 dalam ulasan akhbar jam 7.00 pagi, kata pengacaranya pengambilalihan Negeri Perak dari tangan PR adalah
suatu kreativiti dan kebijaksanaan , perkara moral dan halal itu no.2 katanya. Ini pandangan dari lidah rasmi kerajaan BN. Ini lah puncanya berlaku sedikit kekusutan yang mungkin akan berpanjangan dengan proses mahkamah . UMNO yang memegang kuasa soal maruah, moral , halal haram diletakan ditempat yang kedua, soal bagaimana memperolehi kuasa walau apacara sekalipun dibenarkan, betullah kata orang BN mengamalkan matlamat menghalalkan cara.

Selalunya soal kreativiti, inovasi dihubungkaitkan dengan produktiviti yang positif iaitu berpandukan kepada penghasilan produk=produk yang baik. Saya nak tanya dato' baik kah cara pengambil alihan negeri tersebut dengan penuh tipudaya yang kotor. Bagaimana nak tunjuk atau penanda aras mengenai integriti, moraliti dan lebihtajam lagi keimanan seorang yang bergelar TPM itu. Dimasa hadapan nanti wajarkah dia bercakap mengenai soal integriti, soal maruah , soal moral dihadapan rakyat. Rakyat menjadi hakim. Jangan kamu cakap apa yang kamu tidak mampu buat.

Kita sebagai umat Islam semestinya meletakan islam dihadapan, sebagai panduan berpandukan kebenaran yang hakiki. Bukan kepentingan dunia yang sementara ini sahaja yang dituntut tetapi yang lebih penting akhirat yang kekal abadi. Itu lah perinsip umno yang memegang parti sekular demokrasi ala barat yang condong kepada serba boleh tanpa batas sempadan.

Tengok zahid hamidi dengan bongkak dan sombong bercakap BN telah merampas kembali negeri perak dari tangan PR. Raktyat kembali menyokong BN.Bercakap lebihkurang sahaja dengan para wartawan. Saya belum pasti rakyat Perak menyokong apa yang mereka lakukan. Kalau nak tahu sokongan rakyat, adakan undian semula pada 4 adun yang berkenaan, baru tahu kehendak rakyat. Nak adakan pilihanraya tak berani takut semangat PP dan KT ulangi lagi.

Tok Haji, Teluk Intan said...

Kepada mereka yang tuduh kaum lain tak bantah, SAYA SERU dengan kuat-kuatnya: JANGAN TERPEDAYA DENGAN MEDIA ARUS PERDANA YANG DIMILIKI UMNO.

BUKAK MINDA, BUKAK YOUTUBE, BUKAK MALAYSIAKINI, BUKAK THE MALAYSIAN INSIDER.

YANG BANTAH KAT MASJID MESTILAH ORANG MELAYU. ORANG CINA DAN INDIA HORMAT MASJID DAN ISLAM TAK MAHU MASUK CAMPUR DI SANA.

ORANG CINA DAN INDIA BANTAH KAT LOKASI-LOKASI LAIN.

PAHAM?

ORANG CINA BUAT BANTAHAN KAT MENTERI BESAR umno ZAMBRY, TAU TAK? DIORANG BANTAH BINA KUBUR UNTUK DEMOKRASI DEPAN MUKA DIA. TENGOK DI SINI.

ORANG CINA DAN INDIA BERSAMA-SAMA ORANG MELAYU BANTAH DI SELURUH KUALA KANGSAR DAN TEMPAT-TEMPAT YANG LAIN. TENGOK VIDEO YOUTUBE DI SINI DAN DI SINI.

Jangan terpedaya dengan propaganda UMNO.

HJ ABD HALIM HJ OTHMAN-0124863777 said...

halim michaelian69

dato'

selagi undang2 melompat parti tidak dilaksanakan selagi itulah gejala ini akan terus berlaku kerana manusia yang mendukung tanggungjawaban parti. Ini adalah manusia itu baharu bukan malaikat dan mempunyai nafsu yang mungkin berubah-rubah mengikut suasana keadaan semasa.

halim michaelian 69

Anonymous said...

Datuk,

Saya berpendapat bahawa faktor "moral dan etika" tidak boleh dijadikan alasan untuk mempersalahkan Duli Tuanku Sultan Perak. Ini kerana "lompat parti" adalah dibenarkan disisi undang-undang. Kerajaan Pakatan Rakyat sendiri menerima ADUN yang "lompat parti" sepertimana penerimaan mereka terhadap YB Bota dulu. Pada ketika itu, YB Nizar menganggapnya sebagai satu tindakan demokrasi.

Begitu juga dgn isu moral dua ADUN PKR yang dikaitkan dengan isu rasuah. Kalau moral dan etika menjadi aspek penting dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat, kedua-dua ini sepatutnya sudah dikehendaki digantung dari menjadi EXCO sehingga kes rasuah mereka selesai. Jadi tidak perlulah nak diungkitkan lagi soal "etika dan moral" ini kerana kedua-dua pihak samada BN atau PR mengamal dan merestui kaedah yang tidak ada etika dan moral ini.


Yang menjadi asas pertikaian sebenarnya ialah status 3 orang ADUN yang melompat parti itu. Kerajaan Pakatan Rakyat sebagaimana yang kita tahu, tidak mengiktiraf mereka dan tidak mengizinkan mereka bersidang di DUN. PR menganggap 3 kerusi ini kosong dan mahu pilihanraya kecil diadakan. Apabila SPR telah menolak permintaan mereka, satu tuntutan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Asas tuntutan PR ini ialah ketiga-tiga ADUN berkenaan telah menulis surat perletakan jawatan mereka sebagai ADUN apabila mereka bertindak keluar dari parti.

Tetapi mengikut "precedent" terdahulu, mahkamah telah memutuskan bahawa kaedah "menulis surat perletakan jawatan tanpa tarikh" ini ialah satu kaedah yang melanggar perlembagaan dan tidak sah. Dengan itu, tuntutan PR di Mahkamah Tinggi Ipoh supaya ketiga-tiga kerusi DUN berkenaan dianggap kosong dan diadakan pilihanraya kecil akan pasti gagal.

----------------
mStar Online 4 Feb 09

Karpal Singh, yang juga seorang peguam kanan, berkata ia "akan hanya membazirkan usaha dan masa" untuk mencabar keputusan SPR itu yang diumumkan semalam kerana ia terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1982 dalam kes serupa.

Pada 1982, Mahkamah Persekutuan dalam kes membabitkan presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Datuk Ong Kee Hui lawan anggota parti ketika itu Sinyium anak Mutit, memutuskan tindakan menyerahkan surat peletakan jawatan tanpa tarikh kepada speaker adalah bercanggah dengan kepentingan awam dan dengan itu adalah tidak sah.

"Keputusan SPR itu boleh dicabar dan tiada siapa boleh menghalang perkara itu dibawa ke mahkamah, tetapi mereka akan berdepan tugas amat sukar berikutan keputusan yang dibuat Mahkamah Persekutuan pada 1982.

"Dalam kes ini, saya pasti SPR telah dinasihatkan oleh pejabat Peguam Negara dan agensi berkaitan yang lain. Ini merupakan keputusan yang jelas di pihak SPR yang terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan," katanya.

------------------

Perlu diingat, pada mulanya, kerajaan negeri Pakatan Rakyat masih tidak mahu membubarkan DUN Perak kerana mereka menyangka bahawa hanya 2 ADUN dari PKR ini sahaja yang terlibat dan ADUN Bota dan ADUN Jelapang masih memihak kepada mereka dan PR masih masih mengekalkan majoriti walaupun dengan majoriti tipis 1 undi!

-------------------
Rabu Februari 4, 2009
MB Perak: DUN tidak dibubar, exco mesyuarat Jumaat

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak akan dibubarkan bagi mengadakan pilihanraya negeri manakala pemangku bagi dua jawatan exco yang kosong akan ditentukan Jumaat ini.

Beliau berkata kerajaan negeri Perak tidak akan membubarkan DUN walaupun kerajaan negeri tidak lagi mengiktiraf Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan Behrang dan Changkat Jering.

"Kita tak akan bubarkan DUN untuk buat pilihanraya.

"Mengenai kekosongn dua jawatan exco itu, kita akan putuskan pemangkunya dalam mesyuarat exco yang akan diadakan pada Jumaat ini," katanya kepada mStar Online.

--------------------------

Namun apabila mendapat tahu bahawa ADUN Jelapang keluar dari DAP dan ADUN Bota kembali menyertai UMNO, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak kini menyedari bahawa mereka hanya "minoriti", dan lantas mereka tergesa-gesa menuntut supaya DUN Perak dibubarkan dan satu "pilihanraya mengejut" bagi seluruh negeri Perak diadakan.

Bagi saya ianya hanyalah satu tindakan "nothing to lose" memandangkan PR sudah hilang majoriti di DUN dan tidak mampu buat apa-apa lagi. Sepatutnya mereka bersikap "gentleman" dan melepaskan kuasa secara aman dan tenteram tetapi PR tidak mahu mengalah juga.

Jikalau dulu, walau dengan majoriti 1 kerusi pun mereka tidak mahu membubarkan DUN tetapi apabila mereka sedar mereka sudah hilang majoriti barulah mereka beriya-iya mahu bubarkan DUN. Konon-kononnya mahu kembalikan kuasa pemilihan kepada rakyat.

Institusi Raja digunakan sebagai jalan terakhir untuk merealisasikan hasrat mereka itu, Namun apabila Tuanku Sultan Perak membuat keputusan yang tidak memihak kepada mereka, terus Tuanku Sultan dianggap zalim dan telah dibeli UMNO!

Kita harus sedar bahawa Tuanku Sultan Azlan, dalam membuat sebarang keputusan amat mementingkan kepentingan rakyatnya. Baginda yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang sangat luas dalam bidang pentadbiran dan perundangan sewajarnyalah dihormati dan dipatuhi. Kebijaksanaan Baginda dalam membuat keputusan dapat kita lihat semasa kemelut memilih Menteri Besar baru selepas PRU12 dulu. Ramai yang sudah lupa bahawa Pengerusi DAP, Lim Kit Siang ingkar dengan keputusan Tuanku untuk memilih calon PAS sebagai Menteri Besar. Ramai yang sudah lupa bahawa DAP mahu memboikot majlis angkat sumpah MB PAS ini dulu.

Nilailah sendiri bagaimana baginda bertindak sebelum membuat keputusan. Setelah mengambil mengadap 28 ADUN BN termasuk 3 ADUN bebas itu dan secara peribadi baginda mengambil pendapat mereka, barulah baginda membuat keputusan bahawa YB Nizar telah hilang sokongan majoriti ahli DUN Perak dan dengan itu tidak ada hak untuk meminta pembubaran DUN. Menyedari bahawa status 3 ADUN bebas itu dipertikaikan dan hanya dipolitikkan oleh PR, baginda telah membuat satu keputusan yang "unprecedented" iaitu meminta YB Nizar melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar. Keputusan baginda sebenarnya ialah satu jalan keluar yang terbaik untuk kepentingan rakyat Perak tetapi oleh sebab keberanian YB Nizar untuk menderhaka terhadap keputusan Sultan ditambahkan lagi tindakan "street mob-trademark Anwar Ibrahim" ini keadaan menjadi bertambah kusut.

Walaupun PR mempertikaikan keputusan Tuanku Sultan Perak ini kerana bagi mereka status 3 ADUN bebas berkenaan tidak sah dan hendaklah menunggu Mahkamah Tinggi membuat keputusan dahulu, bagi saya ianya hanyalah satu strategi politik sahaja.

Ini kerana, jikalau PR boleh mempertikaikan keputusan Tuanku Sultan atas dasar mahu menunggu dulu Mahkamah Tinggi membuat keputusan keatas status 3 ADUN berkenaan, mereka juga harus tidak memohon membubarkan DUN atas alasan yang sama kerana status 3 ADUN berkenaan amat penting dalam menentukan samada DUN boleh atau tidak boleh dibubarkan.

Tindakan Speaker DUN Perak, Sivakumar mengutus 2 surat kepada Tuanku memohon perkenan membubarkan DUN juga membuktikan bahawa beliau sendiri tidak menghormati mahkamah. Sedangkan beliau sendiri memfailkan tuntutan di Mahkamah bagi membatalkan status 3 ADUN berkenaan, tanpa menunggu mahkamah membuat keputusan, beliau mahu pula Tuanku membubarkan DUN. Tindakan beliau mengaitkan Tuanku Sultan seolah-olah mahu menunjukkan kepada orang ramai bahawa Tuanku telah memihak kepad BN dan membelakangi kehendak rakyat!

Ini macam kes ADUN lompat juga. Kalau berpihak pada kita, kita anggap boleh tapi kalau berpihak pada orang lain, jadi tak boleh.

Sikap hipokrasi inilah yang telah banyak mengelirukan orang ramai hingga ada orang Melayu sendiri yang sanggup menderhaka dan biadap terhadap Sultan!

Apakah PR bersedia memanggil DUN bersidang untuk membuat undi tidak percaya kepada YB Nizar andai status 3 ADUN bebas berkenaan dianggap sah dan mengikut perlembagaan?

Saya tidak terkejut jika PR tidak mahu mengiktiraf keputusan mahkamah itu dan membuat tuduhan bahawa ia berat sebelah dan telah dibeli UMNO.

Dan YB Nizar tidak perlu panggil DUN bersidang untuk undi tidak percaya terhadapnya.

Jika tafsiran undang-undang bahawa Menteri Besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya disidang Dewan Undangan Negeri, apakah akan jadi kalau Menteri Besar itu sendiri tidak mahu memanggil Dewan Undangan Negeri itu bersidang?

Berapa lamakah kita perlu tunggu Mahkamah Tinggi Ipoh untuk membuat keputusan? Dengan proses pemindahan ke Mahkahmah Persekutuan dan rayuan mungkin akan memakan masa berbulan-bulan atau bertahun.

Apa akan jadi pada pentadbiran kerajaan negeri bila perkara ini berlaku? Apa akan jadi pada RAKYAT negeri Perak?

Saya berpendapat keadaan inilah yang dilihat oleh Tuanku Sultan dalam membuat keputusan. Sesungguhnya baginda sangat adil dan bijaksana, mampu melihat jauh dari sudut implikasi dan keadaan.

Kita rakyat kerdil tidak perlulah terikut dengan dakyah golongan politik hingga sanggup mencerca Raja-raja Melayu.


DAULAT TUANKU


-sinbad-

A KADIR JASIN said...

TOLONG ambil maklum

1. Beberapa komen tidak dapat disiarkan kerana jelas mengandungi unsur hasutan apabila menyentuh kuasa, budibicara dan peribadi Raja-Raja;

2. Raja-Raja kebal di dalam menjalankan tugas-tugas rasmi Baginda;

3. Ada yang keliru antara Dewan Undangan Negeri dengan Parlimen. Maka ada yang mencadangkan agar Parlimen dibubarkan;dan

4. Beberapa komen tidak ada kena mengena langsung dengan tajuk manakala yang lain merujuk kepada blog-blog lain tanpa sebarang komen.

Terima kasih

MnasBes said...

Saya sangat sedih dengan kata-kata pelbagai pihak di internet yang memberi kata nista kepada Sultan Perak dan mungkin kebanyakannya orang melayu sendiri. Malah ada yang ingin menghapuskan sistem beraja di negara kita ini. Orang melayu memang mudah lupa...kita akan merana di bumi sendiri kalau kita berterusan begini kerana kita bukanlah bangsa yang gagah...dalam akademik kita ketinggalan...dalam ekonomi kita ketinggalan...kalau kita tiada hak istimewa sudah lama kita tiada peluang pun untuk menulis komen dalam blog ini...

Anonymous said...

Salam Sejahtera kepada Datuk dan salam 'baca sambil buka mata'buat semua.
Cuba teliti warkah DiRaja pada perenggan akhir berkenaan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak tu. Bila Tuanku Sultan bertitah "MB hendaklah meletakkan jawatannya sebagai MB berserta semua Exconya ...........", kenyataan itu adalah untuk DC Mohd. Nizar dan Exco Negeri Perak semuanya. Jadi, itu adalah kehendak Tuanku. Apa yang saya rasa patut dilakukan ialah perletakan jawatan Exco negeri secara beramai-ramai. Sayangnya ramai yang tak mahu lepas jawatan Wakil Rakyat untuk DUN, sebab ganjarannya besar. Sebab itu....kalau nak jadi WR biarlah kerana niat suci untuk berkhidmat, bukan cuma sekadar nak cari 'upah kerja yang hebat'. Apapun surat DS Nizar kepada Tuanku Sultan Perak mungkin akan menerima jawapan yang panas, tetapi bila Tuanku sebut ayat Qur'an "Innallaaha ma'asssobiriin" tu....tentu Tuanku dah fikir panjang, dan hikmah tersembunyinya pasti untuk difikirkan oleh orang yang tidak mudah melatah. Apapun,ingati kalimat keramat "Innalillaahi WaInna Ilaihi Raji'un". Kita cuma merancang dan berusaha, semuanya milik Allah. Ingat sahajalah kesalahan kepada sesama manusia bukan mudah nak minta maaf, yang penting jangan sampai kita dikatakan menzalimi saudara sendiri sebab nanti takut tak dapat jawab soalan "Man ikhwaanuka?" masa dalam kem transit kubur. (Bekas Penjaga Kem Banding)

Tok Janggut Merdeka said...

Yang Berbahagia Dato'

Jika peristiwa 16 september... YB BN lompat PR jadi kenyataan, APAKAH AKAN ADA FATWA DAN FENOMENA, pembentukan kerajaan macam lanun seperti yang dilapor dalam HarakahDaily.net, Kerajaan HARAM, nak saman Raja DLL...

Yang nyata apabila UMNO/BN membentuk kerajaan DENGAN PERKENAN DYMM SULTAN PERAK, maka tiba-tiba pula keluar pelbagai fatwa dari ulama-ulama PR.

Ngapa dulu ketika Dato Seri Anuar Ibrahim, war-war nak bentuk kerajaan pada 16 september... tiada ulama yang nasihat provokasi dan tekanan adalah kerja yang tidak bermoral dan bercanggah dengan agama.

Kenapa ketika ADUN BOTA masuk PKR tiada fatwa dan SARANAN MINTA diadakan pilihanraya sekali lagi. Malah kemasukannya telah disambut gembira oleh PR, termasuk orang kuat PKR, Mursidul Am PAS dan Dato'Seri Nizar.

Betullah kata jauhari,

PAT PATNYA, SIAPA DAPAT DIA PUNYA...

Bila UMNO/BN yang dapat, semuanya salah...

Peritiwa di Perak ada pengajaran kepada semua cucu cicit Dato' Maharaja Lela. Tengoklah tak sampai setahun memmerintah orang duduk di kampung baru dapat hak milik 999 tahun. Mikeme yang terjerit dan terlolong dan bergolek di atas jalan raya dapat apa TANAH HAK MILIK PALING LAMA 99 TAHUN?

Ertinya sejarah tanah orang melayu tak ada, yang ada sejarah tanah kampung baru cina selama hampir seribu tahun.

KEPADA semua orang melayu di perak, bangunlah dari tidur, Tinggalkan perjuangan sia-sia dari PR,Orang-orang melayu dan Islam dalam PAS dan PKR perlu menyokong kepimpianan Melayu Islam. Jangan jadi seperti Pak Kaduk. Mikeme terpekik terlolong, beratip,
bergolek atas jalan.

Mike buta ke ... sekarang ini yang memerintah orang melayu islam.Apa mikeme tak banggake.

Bagi teman sepatutnya mike menjerit melolong dan membantah ketika peristiwa pemberian hak milik 999 tahun. Mikame tak boleh fikir ke apa maknanya pemberian hakmilik 999 tahun. Bagi teman ia adalah satu penghinaan kepada orang melayu di Perak dan Raja Melayu. Sebab JIKA nak beri, beri hak milik yang sama pada orang melayu. Jika depa dapat 999 tahun orang melayu juga mesti dapat 999 tahun.

Apakah mikeme orang melayu di Perak berada di zon MINDA KOSONG.

Cukuplah berpolitik... berpolitiklah untuk agama, bangsa dan raja.

Perak bumi bertuah, MAJORITI MELAYU HAMPIR 70 PERATUS.

KITALAH YANG PATUT MEMERINTAH.

Tak guna jadi ketua, kalau hanya jadi YES MEN pada kelompok EXCO yang dominan.

TEGAKKAN KETUANAN KITA,

LUPAKAH MIKEME DENGAN SEMANGAT DATO SAGOR DAN DATO MAHARAJA LELA...

Usah jadi macam Singapura, Sekali sahaja Presidennya Melayu, Selepas itu semuanya jadi sejarah... Semua yang bernama melayu jadi bahan sejarah.

Buruk sangatkah orang melayu yang beragama islam dan menguasai majoriti kepimpinan di Perak?

Wahai melayu perak, bangunlah kamu dari tidur....bersatulah demi menegakkan kepimpinan Melayu yang unggul.


ikhlas daripada:

Tok Janggut Merdeka

http://www.jegela.com

HASMAWI said...

Assalamualaikum,

Saya sentiasa mengikuti politik negara, samada melalui medium Pakatan ataupun yang pro BN & kali ini saya cuba meluahkan pandangan saya melalui blog, kalau sebelum ini dgn kawan2 ada la.

Pada pandangan saya keputusan Sultan Perak amat bijaksana,
MENGAPA;

1. Ketika PRU12 baginda telah membuat keputusan untuk Pakatan Rakyat memerintah sedangkan Pakatan Rakyat sebenarnya masih belum didaftarkan sebagai pertubuhan yang sah mengikut undang2, gabungan (PAS,PKR & DAP) diwujudkan hanya ketika PRU12 tanpa didaftarkan mengikut undang2.
2. Baginda sebenarnya berhak dari segi undang2 utk mengistiharkan BN sebagai pemerintah walaupun dgn minoriti (Terdengar juga BN cuba meminta baginda berbuat demikian)tetapi dgn kebijaksanaan baginda ia tidak berlaku & BN menerima hakikat mereka sebagai pembangkang di Perak & tiada sebarang demontrasi dicetuskan yg boleh menggugat keselamatan negara.

3. Apabila 3 ADUN Pakatan telah keluar menjadi BEBAS serta menyatakan sokongan kepada BN maka baginda dgn kebijaksanaan baginda sekali lagi telah memanggil semua ADUN & mendengar sendiri pengakuan mereka & majoriti berpihak kepada BN. Jadi apa perlunya IR Nizar berkeras tidak meletak jawatan MB & memanggil mesyuarat exco utk undi tidak percaya sedangkan semua ADUN telah menyatakan pendirian masing2 & dan sekali lagi ditegaskan majoriti memihak BN walaupun pelbagai spekulasi menyatakan BN "merasuah" ketiga2 ADUN yg melompat itu dan sebagainya. Saya bukan utk menyatakan disini "matlamat menghalalkan cara" tetapi selalunya Pakatan akan cuba menarik perhatian rakyat dgn mewujudkan spekulasi begini termasuklah membuatkan rakyat membenci polis yang turut menjaga keselamatan mereka sekeluarga tetapi tiada bukti & bila mereka menang dalam sesuatu isu / pilihanraya semua itu akan tenggelam.

PERSOALAN UTAMA KENAPA SULTAN PERAK TIDAK MEMBUBARKAN DUN & SETERUSNYA MENGADAKAN PILIHANRAYA.

4. Bagi saya baginda tahu negara didalam krisis ekonomi global termasuklah ribuan pekerja kilang yang telah & akan dibuang kerja & tidak seperti krisis 1998, krisis kali ini dijangka benar2 dirasai rakyat bawahan & lebih panjang kerana sektor perkilangan paling teruk terjejas termasuk Singapura yang dulunya tidak terlalu merasa tempias krisis 1998. Ini tak termasuk krisis makan dunia & kenaikan harga minyak dunia yang lalu & tiba2 turun pulak mengejut ditambah pulak PM Pak Lah yang cepat melatah dgn turut menaikkan harga minyak di Malaysia dgn mendadak terus barang2 naik & susah dah nak turun.( Org kerja kerajaan kalau tak tau bersyukur tak tahu la sekurang2 nya masih dapat gaji bulan2 samada krisis atau tidak & utk simpanan hari tua dah ada pencen membantu ), yang kerja swasta macamana..??
5. Jadi baginda dgn bijaksana tidak membubarkan DUN Perak & kerajaan tidak perlu membazirkan duit mengadakan pilihanraya samada hanya di DUN yg melompat katak tu atau negeri keseluruhannya. Bagi saya 1 pilihanraya negeri mungkin akan menyebabkan duit dibazikan mungkin mencecah RM 100juta untuk SPR/POLIS termasuklah duit yang cuba dilaburkan BN kepada Perak dalam keadaan tergesa2 tanpa perancangan yang teliti kerana nak memancing undi @ Pakatan pun takkan nak buat semua persiapan pilihanraya mereka "free" sudah tentu banyak jugak duit yang akan dibazirkan sedangkan PRU13 hanya kurang dari 4 tahun.
6. Lagipun sekiranya pilihanraya negeri tetap diadakan & katakan keputusannya masih hampir sama spt PRU12 dimana BN atau Pakatan hanya berjaya dgn majoriti kecil tidak lebih 3 undi & lepas 2, 3 bulan ada pulak ADUN yang melompat tak ke lagi serabut dibuatnya...duit dah berjuta habis buat pilihanraya yang sepatutnya Pakatan rakyat bersabar & sekiranya tsunami politik ini berterusan mereka pasti akan dapat memerintah Perak dengan majoriti yang lebih kuat malah mungkin berjaya menubuhkan kerajaan pusat pada PRU13 nanti. PAS & DAP sebagai parti yang telah lama wujud & masih tetap dengan ideologi mereka pasti boleh bersabar. Tapi nampaknya DSAI & parti PKR nya seperti dah tak sabar. Kalau dulu (PRU12) kelihatan PKR lah yang berjaya membuatkan Pakatan menang besar tapi nampaknya sekarang kelihatan PKR lah yang telah menghancurkan gabungan ini. Sebab berita terkini menyatakan Karpal singh pun dah naik meluat kat DSAI & mahu beliau letak jawatan ketua pembangkang.

6. Kepada IR Nizar...ingatlah titah Sultan Perak seperti yang jugak ditulis dalam harakah supaya ""Inna-Allah ha ma'a sobirin,", beliau masih muda & Insya-Allah jika beliau benar2 ikhlas dalam perjuangan pasti kejayaan akan ada, tapi jika beliau tetap berkeras terus "menderhaka" kepada Sultan pasti beliau akan dikenang dalam sejarah malaysia moden sebagai "penderhaka" terutama dikalangan orang melayu kerana tidak seperti Hang Jebat yang membuat keputusan menderhaka secara bersendirian tetapi IR Nizar kelihatan menderhaka disebalik pengaruh DAP & PKR.

7. Kepada rakyat Perak bersabarlah & buat pertimbangan sewajarnya kerana lebih baik kita hidup dgn aman dan biarkan pemimpin kita samada BN atau Pakatan tidak terlalu memikirkan tentang politik sebaliknya bersama2 cuba berfikir menyelesaikan masalah crisis ekonomi utk memastikan rakyat tidak terlalu merasa tempiasnya.
PRU13 nanti buatlah keputusan. Perlembagaan dah jelas nak tak nak kurang dari 4 tahun lagi PRU 13 kena buat jugak. kalau negara dah kacau bilau apa yang kita dapat. Kepada kaum cina yang memang kebanyakkan berniaga pasti tak mahu ini berlaku. Kepada yang terlalu ahli2 parti yang terlalu taksub berpolitik nak buat macam mana, ingat sama masa depan diri & anak2 kita nanti.

abdul rahim said...

Salam datuk.

Bezanya, Adun Bota tu tidak dipujuk, dia sendiri yang datang ke PR tapi tiga Adun dari PR tu, diugut, dipujuk dan dirasuah.

Itu yang tak bermoral. Jika mereka datang tanpa sebarang di hijack, didera dan di ugut, ramai boleh diterima.

jadi datuk, sebenarnya pda 16 September itu DSAI sebenarnya sudah dapat lebih daripada 35 Ahli Parlimen tetapi... biarlah sejarah nanti akan menjadi saksi siapakah pejuang Melayu yang sebenar,

Seperti juga Hang Jebat, sejarah di zaman moden ini menganggap Jebatlah wira sebenar.

Jika usia kita panjang, sama-sama kita tunggu dan lihat. Akhirnya kita akan tahu apa yang tersurat dan yang tersirat.

Apanakbuat said...

Saya tetap beranggapan tindakan UMNO di Perak akan backfire dengan teruk sekali.

Kepada saudara Sinbad, silalah rujuk pecahan pengundi di kesemua 59 kawasan DUN di Perak dan banyak-banyaklah berkawan dengan bukan Melayu.

Anda akan dapati UMNO akan menghadapi kesan buruk tindakan ini. Tak silap saya UMNO bertanding 35/59 kerusi DUN Perak, menang 27 tapi gagal bentuk kerajaan.

Untuk PRU akan datang, UMNO mesti sekurang-kurangnya bertanding 40 kerusi, tak dapat tidak. Kerusi Behrang dan Pasir Panjang (MIC) contohnya mesti UMNO bertanding. Pengundi Melayu disana bila diletak MIC lawan PAS/PKR mereka akan pangkah PAS/PKR.

Yang bukan Melayu akan solid pangkah PR 2012/13. Swing Melayu akan tentukan BN kalah teruk atau kalah tipis.

At this rate, saya rasa BN lebih ada peluang di Kelantan berbanding Perak! The situation is that bad.

AL BAKR ALATIFI said...

Tok Kadir,
Kekadang saya pun keliru dengan datuk, macam tak da pendirian. Memang pun kalau Sultan-sultan itu kebal dari segi undang, bila dia jadi Sultan.Tapi mana pergi "wisdom dan forsightedness" bukankah Sultan sepatutnya begitu. Lebih lebih lagi yang ini, begitu jitu dua beranak dalam mempertahankan rule of law.
Bagi saya umno menempah jalan maut, kalau you aspect lah - especially malay ni naive sangat tentang kecoh politik ni.
Yang pelik nya TPM yang bukan raayat Perak kenapa boleh kona Sultan orang sana.
Lagi Tok Kadir kata, kena hormat Sultan melayu di Malaysia. Tengok caralah, saya orang Melaka mana ada Sultan, Sultan saya dah lama gaib.

Faridah Begum said...

Datuk KJ,

Looking at the situation in Perak at the moment, it is discomforting to note that only the Malays are defending Sultan Azlan Shah's actions while all those Indians and Chinese, who in the good times, dok ampu Raja for their datukships and businesses are nowhere to be found. Is the Sultan only for the Malays during the hard times and during the good times, he is everybody's Sultan. I am not being racist but the situation demands a serious look-in at how conceited and self-centred some Malaysians really are.

Atui Dtabasan said...

salam Datuk..........
kebanyakannya menuduh pelakuan lompat parti adalah disebabkan oleh rasuah. Lebih malang lagi mereka ini sangat mempercayai tahyul atau segala kunun yang dilemparkan oleh pemimpin mereka. Rasanya yang layak berkata begitu ialah mahkamah sahaja.
Ketika Anwar berapi-api menggalakkan orang BN melompat hingga saat-saat akhir mengejar ke Taiwan, tiada seorang, diulangi satu orangpun daripada mereka ini (semua yang mempertikaikannya) cuba menegur niat boss mereka itu. Bila terkena batang hidung sendiri baru tahu. Kalau analah bila tidak bersetuju cakap tak setuju, tegur sikit tu boss dan kalau setuju duduk diam-diam dan bila terkena batang hidung sendiri terima secara orang budiman. lihat Datuk Pairin Kitingan ketika dirompak dan dilanun dahulu dengan budimannya berjabat tangan dengan Tun Sakaran menyerahkan jawatan. Sekarang MB mereka tidak boleh menerima hakikat kehilangan kuasa atau mungkin belum sempat dapat pencen, kesihannya kerana itu sanggup menyembah derhaka pada sultannya sendiri. kepada mereka-mereka yang sakit hati ini dan beremosi percayalah semuanya telah ana rasa, bezanya pemimpin kami Pairin masa itu tidak bersikap sikit-sikit demonstrasi, sikit-sikit demonstrasi padahal kita ketika itu berdarah muda berdemonstrasi amat..amat menyeronokkan. nasib Pairin berfikir panjang. Kepada mereka juga, ana nasihatkan, serahkan kepada pemimpin mereka untuk membawah perkara ini ke mahkamah tak usah kalut-malut. Kalau semua jalan jadi buntuh, hukum BN dipilihanraya PRU 13 nanti. Atau kalau bijak boleh guna Trojan Horse (mcm mainan adun bota). Perlu juga diingatkan mereka yang melompat itu sebenarnya pemimpin mereka, pemimpin yang tipis kredibilitinya yang entah bagaimana begitu mudah mereka berubah arah. Inilah pemimpin yang mereka pilih sendiri. Salahkan mereka atau diri sendiri dahulu sebelum menyalahkan orang lain.satu bukti juga dimana tidak semua adalah sempurna.
walaupun ana negeri tidak beraja, Sultan Perak adalah sultan yang paling ana hormati kerana kredibilitian dan latar belakangnya yang cemerlang. Mungkin mereka ini tidak perasaan, semasa majlis penyampaian hadiah atau apa sahaja majlis anugerah, hanya bangsa melayu sahaja yang menyembah dan mencium tangan Raja mereka tapi tidak bangsa lain (walaupun bukan semua). Hal ini sahajapun sudah menguris perasaan ana tetapi terpaksa menerima hakikat raja itu lambang budaya melayu dan tidak bangsa lain. kalau tidak mahu lagi mempertahankan budaya melayu itu ana akan turut bersama-sama anda untuk melakukannya kerana kami yang serumpun melayu disini telahpun melupakan budaya dan bahasa kami semata-mata untuk menjadi bangsa melayu. dan sekarang ana lebih melayu daripada orang melayu.

Anonymous said...

Datuk,

Dengan izin.

En Al Bakr Alatifi,

Saya melihat "wisdom" Tuanku Azlan pada faktor ini:

1. Speaker DUN Perak, A Sivanesan bertindak secara tidak mengikut perlembagaan. Sila rujuk Mahkamah Persekutuan tahun 1982 dalam kes membabitkan presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Datuk Ong Kee Hui lawan anggota parti ketika itu Sinyium anak Mutit, memutuskan tindakan menyerahkan surat peletakan jawatan tanpa tarikh kepada speaker adalah bercanggah dengan kepentingan awam dan dengan itu adalah tidak sah.

2. Tindakan Speaker berkenaan memfailkan surat perletakan jawatan ADUN2 itu ke SPR adalah berniat jahat "ultra vires" kerana beliau mendahului kehendak ADUN2 berkenaan itu sendiri. Beliau tidak menyemak ketulenan surat perletakan jawatan berkenaan (memandangkan surat berkenaan diterima melalui orang ke-3). Beliau membuat tokok tambah terhadap surat berkenaan dengan meletakkan tarikh 30hb Januari 2008. (ADUN berkenaan tandatangan surat tanpa tarikh - kemudian disahkan sebagai tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan). Beliau juga berniat jahat "ultra vires" kerana enggan menerima gesaan dua ADUN berkenaan bahawa mereka tidak pernah letak jawatan.

3. Tindakan Speaker berkenaan membuat tuntutan di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi membatalkan keputusan SPR untuk mengadakan PRK adalah berniat politik dan hanya ingin mempergunakan institusi kehakiman. Ucapan Raja Nazrin sehari selepas itu.

KUALA LUMPUR: The courts should not be used for political influence or perceived by the people as “a place for theatrical performance with pre-written scripts,” said Raja Muda of Perak Raja Nazrin Shah. - The Star

4. Tindakan Speaker berkenaan mengutuskan 2 pucuk surat kepada Tuanku Sultan meminta supaya DUN Perak dibubarkan adalah berniat politik yang cuba mengambarkan bahawa institusi raja telah dipengaruhi oleh sentimen politik kepartian yang membelakangi kehendak rakyat.

5. Tindakan Speaker berkenaan mengutuskan 2 pucuk surat kepada Tuanku Sultan itu juga jelas menunjukkan bahawa tindakannya itu tidak konsisten dengan tuntutannya di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk mengetahui status ADUN2 berkenaan. Memandangkan status 3 ADUN berkenaan adalah penting untuk mengetahui samada DUN Perak boleh atau tidak boleh dibubarkan, beliau seharusnya menunggu mahkamah membuat keputusan. Beliau sendiri nampaknya tidak menghormati mahkamah dan malah dilihat mempergunakan mahkamah untuk tujuan politik semata-mata.

6. Baginda Tuanku telah menerima mengadap 28 ADUN BN dan 3 ADUN Bebas, dan baginda secara peribadi menemuduga dan mendapat kepastian bahawa mereka telah bersetuju untuk menyokong BN. Dengan itu, Baginda telah membuat keputusan bahawa YB Nizar telah hilang kuasa majoriti DUN Perak dan tiada hak untuk meminta DUN dibubarkan.

7. Oleh kerana sikap pemimpin Pakatan Rakyat yang sanggup mempermainkan institusi kehakiman itu (membuat tuntutan di Mahkamah Tinggi walaupun jelas terbukti yang tindakan membuat surat perletakan jawatan tanpa tarikh itu TIDAK SAH dan TIDAK MENGIKUT PERLEMBAGAAN), Tuanku telah mengesa supaya YB Nizar melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar dan mengadakan peralihan kuasa secara aman.

8. Baginda tahu, andai Baginda tidak mengesa YB Nizar melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar, kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan membuat apa2 tindakan untuk melepaskan kuasa. Mereka akan cuba melengah-lengahkan kes perbicaraan tuntutan di Mahkamah Tinggi Ipoh itu.

9. Ini akan menyebabkan ketidak tentuan terhadap pentadbiran kerajaan negeri dan kesejahteraan rakyat akan terjejas.


En Al Bakr Alatifi,

Tuanku Sultan Azlan adalah bekas Ketua Hakim Negara. Baginda sangat arif dalam hal perundangan dan pernah menghakimi beribu-ribu dan pelbagai jenis kes perundangan.

Jangan ingat Baginda tidak tahu niat jahat Pakatan Rakyat nak mempergunakan mahkamah untuk tujuan politik mereka ini.

Apabila Tuanku Sultan membuat keputusan yang tidak memihak kepada mereka, terus Baginda dianggap zalim dan membelakangi kehendak rakyat.

Beginilah sikap keji dan melampau kerajaan Pakatan Rakyat. Menipu rakyat hidup-hidup. Mengguna mahkamah untuk tujuan politik. Menghasut rakyat membenci Raja mereka sendiri.



-sinbad-

Anonymous said...

Datuk,

Minta maaf.

Niat jahat ialah "malafide" bukannya ultra vires.

-sinbad-

amoker said...

Datuk,

Basically show me the money. The 4 DUNs tak berani tunjuk muka. Even Najib and Sultan are reluctant to meet the rakyat.

I am kinda sad at this perbahasan. Ultimately, it is about race, eh?
The Sultan is not only the Sultan of Melayu, but all.

Is Sultan a God that he can't make mistake? And as the defender of Islam, a sultan should be more entasked to uphold the principles of justice in Islam. that is what my thoughts are.

Cheers

ryzul akustike said...

Salam dato,
Mungkin komen dan ulasan saya agak lewat.iaitu dengan berkenaan tindakan DYMM Sultan Azlan yang dilihat agak kontroversi di dalam penyelesaian kemelut politik di Perak.saya ringkaskan ulasan kerana tak mahu mengulangai fakta-fakta yang sudah tersebar didalam dunia blog dan reality diluar sana .

Soalan satu Kenapa sultan memilih BN.
Jawapannya: kerana ada sesetengah pendapat dari segi perundangan Sultan mempunyai hak melantik dan melucut jawatan seseorang menteri Besar. Dan ianya dikatakan mengikut undang-undang tubuh Negeri. Alasannya pun mudah baginda mendengar perakuan dan pengakuan daripada 28 adun BN serta 3 adun bebas yang “menyokong BN”.

Soalan kedua : kenapa Sultan tak mahu tunggu NIzar dijatuhkan melalui undi tak percaya didalam dewan?
Jawapannya: Jangan lupa sivakumar sebagai speaker dewan pakatan rakyat dah tak iktiraf tiga adun bebas tu sebagai adun, dan menurutnya tak layak hadir sidang dewan.dan dengan kuasa dia sebagai speaker jangan haraplah tiga adun “haram” tu dibenarkan masuk mengundi. Jadi situasi adun BN dan Pakatan akan jadi sama iaitu 28:28. Dan hal dispute ni akan kembali kepada sultan untuk membuat keputusan. Jadi pada ketika itu Sultan sudah semestinya mengekalkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada 8 mac lalu daripada memilih BN, dan inilah yang YB Nizar mahukan.sekiranya pada ketika itu Sultan memilih BN maka Sultan dianggap membelakangi kehendak rakyat.Dan jika Sultan memilih BN , Sultan akan dianggap favour kepada “kerajaan orang melayu” sahaja (27 adun BN semuanya melayu 1 je MCA)dan ini tidak baik untuk imej baginda dan Sultan semestinya ingin mengelak dari tersepit didalam situasi diatas.

Soalan ketiga: kenapa Sultan tak mahu bubarkan dewan?
Jawapannya: Mungkin factor kos, atau pun Sultan tak mahu 59 kawasan adunnya negerinya “panas” dan masyarakat berpecah dan tension kerana perbedaan politik , juga mungkin pada pikiran baginda daripada PRU seluruh negeri lebih baik PRK untuk dua adun sahaja iaitu changkat jering dan behrang sahaja(jangan lupa dua adun tu ada kes, kalau sabit kesalahan maka akan hilang status sebgai wakil rakyat , kos pun kurang dan hanya dua kawasan tu sahaja yang terlibat. Dan walaupun Sultan tahu diorang ni tak beretika(atas lompatan), tapi atas nama demokrasi sultan terpaksa terima perakuan mereka sebagai adun bebas yang menyokong BN sehingga mahkamah memutuskan nasib dan satatus mereka . Sultan kan bekas hakim, baginda tahu seseorang tidak dikatakan bersalah sehingga ianya diputuskan di mahkamah.Kepada Pakatan , Usahalah secara bijak dan melalui perundangan, sabar dan tunggu sahajalah kalau benar mereka ni bersalah dan ketika itu rebutlah kembali peluang anda melalui PRK, dan jika anda menang anda akan kembali mengepalai Kerajaan negeri Perak.

Jadinya Sultan Azlan telah melakukan tindakan bijak dengan menghantar “bola” masalah ini kepada mahkamah, dan biar mahkamah membuat keputusannya.

Apa pun …Daulat Tuanku..

sedikit tambahan , saya berani jamin situasi politik di perak takkan tenang sehingga PRU yang akan datang, kecuali DUN changkat jering dan Behrang distiharkan kosong atau seballiknya oleh mahkamah serta keputusan mengenai kes dua adun bebas yang ada kes rasuah tu, kalau mereka bebas dari disabitkankan kesalahan maka BN akan lega dan sedikit konfiden memerintah negeri sekurang-kurangnya sehingga PRU akan datang, dan jika mereka sangkut” maka…faham-faham sendirilah akan kesannya.
selain itu kalau pun diisitihar kosong maka disini BN dan Pakatan akan berentap dan ini sekali lagi jadi penentu siapa yang berhak mengepalai kerajaan ngeri perak.

http://ryzulosman.blogspot.com

Apanakbuat said...

nah sekarang situasi di Bukit Gantang. Ada 26% pengundi Cina dan 9% pengundi India di sana. Bolehkah UMNO Perak yang bijaksana dan masih dalam suasana "kemenangan" terangkan siapa yang nak dihantar ke sana bagi mendapat 35% undi ini?

Yang berdarah hijau dan biru pekat pasti sudah ada pilihan sendiri bagi yang keturunan Melayu. Yang 35% ni macamana?

Nak senang pajak balik pada Gerakan suruh bertanding. Menang BN dapat satu kerusi, kalau kalah dapatlah UMNO elak kekalahan ketiga berturut-turut.

HJ ABD HALIM HJ OTHMAN-0124863777 said...

halim michaelian69

selagi tidak diadakan pilihanraya kecil bagi ke tiga tiga dun itu diadakan semula selagi itulah sengketa politik perak tidak akan reda.

AMRI said...

Salam Dato'

This is the second time I've ever commented in any blog, webpage or whatsoever. The first one is in the Che Det blog and the next one is to you!

Anyhow, regarding to the political situation in Perak, personally I'm at ease with what happening and hope it is for the best. Sometimes during the hard times only people shows their true nature. Put Nizar(no need to put Dato' Seri as he is not qualified anymore) for example, I've heard few of his speeches in Perak and one thing in common is that he keeps reciting a phrase from Quran where in the end he's going to relate that to the acceptance of Perak's BN people on the transition of power. This was when he just started to become the MB though....

He urged the BN people there to accept the Qada and Qadar(fate)of what's happening in Perak. He also claimed that this is a sign of punishment from GOD for what they have done before! He also quotes an advice full of wisdom which sounded something like this "Bila kita ada kuasa... bersabar dengan kuasa yang kita ada... bila kita hilang kuasa.... kita kena bersabar. Pasti ada hikmah(reasons) sebaliknya." Hope to see that from him though...

Maybe this current situation also is a sign from GOD to show that they (Pakatan Rakyat Government) are doing the same thing or maybe a lot more worst. Or maybe it just to show them that they are not mature enough to survive in this political play. For whatever the reason is, I'm very sure that this is due to the rakyat especially the Malays there which have been offended by the way they are handling things in Perak especially on the land issues. I'm not trying to be racist but this has become a racial issue among the Perak people whether we like it or not. When two groups apply for a land title, never give a group 99 years terms and the other group 999 years terms. It’s like saying to this guy “By the time your child gets old, I’ll take back this piece of land” and to the other guy, “You’ll have that land as long as the moon and the stars are still there!!!!” This is where the damage really took place. Adding insult to injury, all the Perak people knows that KG Baru area on the old days is a place where the communist regroup and form a community there. As for the Malays, there are few issues that they are very sensitive at that is Lands, Royalty and Malay dignity. If any MB that is going to rule in Perak cannot be extra careful on these issues, they will get the results "cash on delivery".

We leave that issues as where it stands, for Anwar himself, this is a clear message saying that "two can play the same game!!!" and please don't be a sore loser. Plus, please do not talk as if bribery, corruption and all this moral behavior is only been practice by the government. Maybe when we know who is one of the shareholders of TOYOTA MALAYSIA, we can have a clear picture of why suddenly all the opposition government is changing to this car. All the while this car issues is not on the maintenance wise or the economical wise aspect, it is on the protecting the local industries issues. We have a CHILD, no matter how bad he is, protect him and improvise. If we do not support our own product, who will??? Why do we impose taxes on many imported products? Aside from all the formal answer, it is also to protect the local industries. It is a very straight forward issues but the “EXCO KANAN” of Perak never commented on these issues. They kept saying that the maintenance is too high, not economical and bla…bla…bla… If that car is that bad, just use it for 4-5 years and buy a brand new exact one. Same goes to the MB of Terengganu though…Although I know that Anwar is driving a JAGUAR as his personal car. God… he's damn rich for an ex-prisoner. Or maybe he has ways to generate hell lot of income during the short time he was released from prison. Beats me... maybe I should ask him how...

Maybe we should have this kind of understanding... When people talking about corruption, Millions of RM here and there? Better we ask ourselves. Who don't? I'm more interested to know whether the person qualified to do so or not. People always mention to me that Tun Dr Mahathir himself done a lot of corruption during his time involving hundred millions of dollars!!!!! For me, considering for all that he has done, and all the money he had brought in annually during his time, I'll pay him a BILLION and ask him to stay there for as long as he can!!! I don't recall Anwar ever manage to bring in that so much money into the country before? The legacy of Anwar only on these few words he introduced during his time that is “CANGGIH” and “CANGGUN”. As we know that the president of Singapore is having a salary almost few millions a year just for managing that small portion of Malaysia before.

Anyhow, I’m not saying that everything the government has done is good and beneficial for the country. I’m a Perakians staying in Kedah currently and to tell the truth, I’m quite satisfied with what the current government is doing. I personally hope that this current government does not fall anytime soon. Let all the current BN candidate from here being replaced with a new one so we can get a new breeze once they can get in control back. To anyone who really have the patience to read this all through the end, thanks a lot!

A KADIR JASIN said...

Sdr Amri,

Kalau tak silap saya, Anwar guna kereta Rover.

Terima kasih.

Amri said...

Salam Dato,

Tks...
I was thinking of rover when I type JAG!!! My mistake thanks....

iza said...

I really dont understand why the Malays are sad with the incident that had happenned to Nizar. As he has admitted that he's been used by DAP, by fulfilling their requests like approve the so big land for Chinese school in perak and etc etc. And the funny thing is he they are soooo like shocked and immediately want to approve for the industries/factories land to extend to 99 years. What on earth is that. As we all know Malays dont own factory/industries land in Perak...If any, maybe 1 or 2. But thank GOD he is no longer valid to do the approval just a day after Sultan has given the MB title to someone else. Not even one year, he has approved so much thing for only one race needs! And they (some Malays) call Nizar and Anwar or such as CUMA NAK TEGAKKAN KEADILAN? Perrrrghh what is wrong with us! As for me if you want to say someone is trying to CUMA NAK TEGAKKAN KEADILAN ...berpada-pada la kawan! Seemed like those Malays who sooo fanatic with PKR or PAS is no longer think wisely now as DAP is using them to get something for their own race benefits! Did you know one of the PKR exco last time has brought up on to share the ZAKAT money to all of the races? Do you know that MB Selangor last time asked us to have a global thinking....so we should include other races in UITM? Do you know that so many Malays cant afford to go to private college which are majority from other races? Do you know that you have been fooled by your emotional. FRAGILE EMOTIONAL I can say. So think wise. Dont be stupid.

Check this out:

http://empayar-malaya.blogspot.com/2008/12/alahai-perak-pelik-dan-meragukan.html

Masih ingat isu, Pajakan Tanah selama 999 tahun kepada kaum cina. Belum lagi reda, timbul pula isu pemberiaan tanah berhektar-hektar kepada sekolah persendirian Cina.

Yang menjadi persoalan dan kepelikannya, kenapa perlu Cina?
Dimana kesamarataan yang diperjuangkan andai kaum cina sahaja yang diberi fokus?
Apakah selama ini Cina sudah terlalu derita di Perak? Apa nasib orang Melayu dan India pula?

Dah didesak oleh media dan pelbagai pihak, barulah Pak Nizar luluskan tanah untuk Sekolah Agama Rakyat. Adil ke?

Kini...

Isu baru yang diselindungkan dengan kononnya menjaga kepentingan Melayu..

Mari kita lihat, tanah di rancangan perkampungan tersusun (RPT) dan KAMPUNG BARU diberi hakmilik bebas sedangkan dulu ia adalah hakmilik pajakan. Ia diumumkan oleh Exco Kanan Negeri, Ngeh Koo Ham.

Sebenarnya fokus kepada pengumuman ini adalah kepada KAMPUNG BARU yang didiami oleh kaum Cina. Ini propaganda mereka supaya kaum Cina di Perak mampu memiliki tanah sendiri.

Penukaran hakmilik memerlukan pembayaran premium dan persoalannya, mampu atau tidak penduduk Melayu di RPT membayarnya. Lainlah kaum Cina, mereka berduit.

Akhir sekali, Melayu tidak dapat tanah, Cina dapat semuanya. Adil ke? Adil pada sistem sahaja, kesannya, Melayu akan hilang segala-galanya.

Lagi satu,

Apa perlu Pak Nizar MENGUGUT peminjam dari Yayasan Pelajaran Negeri sampai mengatakan musibah kepada keluarga jika tidak membuat bayaran balik. Hai.. macam Along lah pula.

Peminjam tersebut adalah kebanyakannya adalah Melayu dan sepatutnya Pak Nizar yang berbangsa Melayu, bertimbang rasa. betul ke mereka ini sudah berjaya? Pak Nizar yakin?

PTPTN pun tidak sampai mengugut sekejam ini.

Kerajaan Pakatan Rakyat yang dulunya puak pembangkang memang sudah tertelan ludah sendiri. Dulu hebat mengutuk BN kononnya BN ini tidak mesra rakyat.

Mereka yang mengunakan nama Rakyat pun sudah banyak menguris hati rakyat dengan macam-macam dasar yang meragukan. Yang paling jelas, rakyat Melayu semakin hilang hak.

Alahai Kerajaan Perak.. Rakyat Melayu Perak sudah tahu, PR tidak releven.. Kami akan tukar kerajaan di PRU 13.

anakbuah said...

Salam Dato',

PR yg meludah. Mulanya saya fikir PR yg akan jilat semula tetapi rupanya BN yg jilat ludah PR itu!!!

Jijik lagi menjijikkan!

Sdr sinbad, cuba fikir2 balik...siapa sebenarnya yg 'menipu rakyat hidup-hidup', pihak mana sebenarnya yg 'mengguna mahkamah untuk tujuan politik' dan dajjal mana yg sebenarnya 'menghasut rakyat membenci Raja mereka sendiri'!?? Sdr nampaknya lemas.

Anonymous said...

Datuk,

Dengan izin.

Saudara/i anakbuah,

Bagilah fakta-fakta atau "point-point" yang boleh membuat saya "fikir-fikir balik" keputusan saya ini. Saya tidak lemas tetapi hanya kehausan pendapat atau "point-point" dari saudara/i ini.


-sinbad-

bumitua said...

Kekadang kita kritik hanya mengikut perasaan,taksub kepartian,tuduhan melulu tanpa kebenaran,memandang sesuatu isu dengan perasaan amarah.Apakah kerana kita melayu kita bertindak begitu.Apakah kerana kita melayu kita lupa nikmatnya bersatu.Umat melayu sedang kalah atau sudah kalah sekarang dan kita akan terus kalah lagi.sengketalah kalau kita mahu ditertawakan.Berpecahlah kalau ingin dijajah lagi.Menang sorak kampung tergadai itulah resminya orang melayu. Suka mengkritik tapi marah apabila dikritik.Gembira melihat kejatuhan orang bermati-matian kalau diri dijatuhi.Kita impikan perobahan tapi diri tidak berubah.Janganlah kita bertelagah nescaya melayu akan kalah lagi.

saud said...

isu di Perak...asas rujukan adalah undang2 n perlembagaan...kuasa sultan juga tertakluk kpd undang2 perlembagaan...

apa guna undang2 n perlembagaan klu tdk diguna pakai...rakyat malaysia sdah arif dgn isu ini...biar rakyat akan menentukan smada cepat atau lambat ia akan di buktikan

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).