Friday, February 27, 2009

Kitar Semula Plastik Dan Orang Politik

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[VERSI Yang Dirombak, 1 Mac]

KALAU
kitar semula pembesar politik tidak bagus, apa pula halnya dengar kitar semula keputusan kerajaan dan tindakan “flip-flop”?

Apatah lagi apabila kitar semula dan flip-flop itu membabik nama Allah, Tuhan seru seluruh alam?

Berita Minggu hari ini melaporkan:

“KOTA KINABALU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan agama Kristian.

"Berikutan itu, Herald-The Catholic Weekly dilarang menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya, sehingga keputusan mengenainya dibuat Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas).

"Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengakui ada kesilapan dalam penggubalan perintah bertarikh 21 Januari yang diwartakan pada 16 Februari lalu itu, hingga menimbulkan kekeliruan.”

Maaf cakaplah. Ini bukan kesilapan atau flip-flop kecil. Kalau di negara macam Jepun menteri yang bertanggungjawab sudah melutut memohon maaf dan meletakkan jawatan.

Baru-baru ini Menteri Kewangan Jepun, Shoichi Nakagawa, meletakkan jawatan berikutan tuduhan dia mabuk di Persidangan Menteri Kewangan Kumpulan 7 (G7) di Rom walaupun dia menafikannnya.

Dalam kes flip-flop penggunaan nama Allah ini tidak ada siapa dituduh mabuk tetapi kalau orang siuman melakukan kerja flip-flop ini, rasa-rasanyalah kesalahan itu lebih teruk daripada dilakukan oleh orang mabuk.

Begitu juga flip-flop mengenai IJN, LCCT dan terbaru pembatalan kenaikan kadar tol.

[Posting Asal]

KITAR semula tidak begitu berleluasa di Malaysia. Kempen-kempen menggalakkan masyarakat mengamalkan kitar semula kurang mendapat sambutan.

Banyak pusat kitar semula terbengkalai dan dipenuhi sampah sarap. Sifat pengotor dan tidak disiplin rakyat Malaysia menyebabkan botol dan beg plastik serta tin aluminium bersepah di merata tempat.

Majoriti rakyat Malaysia Muslim. Islam mengajar umatnya bersih, berdisiplin dan beradab. Tetapi kedai dan gerai makan milik orang Islam jarang mengutamakan kebersihan.

Di Terengganu, saya terbaca papan tanda berbunyi “kebersihan sebahagian daripada iman”. Tetapi tandas di banyak masjid dan surau kotor sehingga kita tidak tergamak menggunakannya.
Kitar semula bahan-bahan buangan baik untuk alam sekitar dan boleh membantu menjaga kebersihan di samping memberikan pendapatan tambahan. Jadi kita perlu meneruskan kempen kesedaran alam sekitar, kebersihan dan kitar semula ini.

Tetapi kitar semula yang tidak digalakkan kerana boleh memudaratkan adalah kitar semula orang politik atau orang pentadbiran awam.

Kalau diperlukan pun, biarlah kitar semula setakat untuk menjadi penasihat, ahli nujum, pawang buaya dan penghalau hantu raya sahaja. Jadi Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri tak payahlah.

Ketika saya membesar di pinggir Sungai Pendang pada tahun 1950-an, buaya masih banyak. Justeru itu, pawang buaya atau sesiapa saja yang memperkenalkan diri sebagai pawang buaya pasti dihormati.

Satu kepercayaan orang kampung mengenai buaya ialah jangan sekali-kali membasuh kelambu dalam sungai. Kononnya buaya cukup marah kelambu dibasuh di dalam sungainya. Agaknya bau manusia pada kelambu mudah dikesan oleh buaya.

Berbalik kepada kitar semula, jenis kitar semula yang kita tidak mahu adalah kitar semula untuk menjadi peneraju parti politik atau Menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri dan jawatan-jawatan seumpamanya.

Ada orang kata ramai calon Majlis Tertinggi Umno dalam pemilihan bulan depan adalah calon kitar semula. Kalau kitar semula emas atau tembaga tak apalah. Tapi kalau setakat plastik dan botol buruk tu tak payahlah kot.

Saya ada seorang member teh tarik di Raju yang bergiat dalam industri kitar semula. Dia budak muda Melayu berkelulusan kejuruteraan. Katanya dia lebih banyak kitar semula tembaga dan logam-logam yang bernilai tinggi.

Baru-baru ini dia rugi besar. Harga besi buruh merudum daripada RM1,800 setan kepada RM800 dan tembaga daripada RM27 sekilogram kepada RM11.50. Sekarang dia buat eksperimen bela ayam turki di Bukit Gantang, Perak.

Saya tidak berani hendak kata calon kitar semula Umno itu daripada jenis plastik, kaca, aluminium, besi waja, tembaga atau emas. Papan litar komputer (printed circuit board) kalau dilebur boleh menghasilkan emas.

Kita semua tahu antara calon MT Umno tu ada bekas Menteri, bekas Ketua Menteri dan Menteri Besar, bekas Menteri Besar yang dikitar semula menjadi Menteri, Menteri Besar yang hilang negeri dan banyak jenis mantan lagi.

Rasa-rasanyalah banyak yang sudah tidak boleh digilap dan digunakan semula. Pakailah banyak mana Brasso pun tidak bersih dan berkilat lagi. Orang kampung kata dah lebam. Sudah sampai masa dilebur atau dimasukkan ke dalam loji pelupusan sebagai bahan bakar.

Dalam itu pun, elok juga kita berhati-hati bila membuang barang-barang lama. Sekarang barang-barang lama yang tergolong dalam kategori antik sangat berharga.

Di rumah ayah dan emak saya ada sebuah katil besi pusaka yang sudah berusia hampir 100 tahun. Bila digilap dengan Brasso masih berkilat. Tapi kalau digunakan dengan lasak, ia berbunyi sana sini. Maklumlah katil lama. Nak kurangkan bunyi, jangan tidur lasak atau selalu masukkan pada celah-celah penyambungnya minyak pelicin Singer.
Brasso untuk mengilat logam

Saya rasa setelah melihat apa yang terjadi kepada Umno dan Kerajaan Barisan Nasional selepas persaraan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003, parti-parti seperti Pas dan DAP tidak akan tergesa-gesa membersarakan veteran mereka macam Nik Abdul Aziz Nik Mat (78 tahun), Lim Kit Siang (68) dan Karpal Singh (67).

Orang tua kita kena hormat. Jadi saya tidak setujulah orang tua cacat macam Karpal dikasari apatah lagi di Parlimen.

Maaf cakaplah orang kita, khasnya yang muda-muda tu, nampaknya tidaklah matang seperti yang didakwa.

Harap-haraplah Parlimen kita tidak jadi macam Parlimen Taiwan di mana mereka nampaknya lebih kerap bertinju dan berkuntau daripada berdebat secara waras dan bijaksana.

Akhir kalam, sokonglah kempen kitar semula bahan-bahan buangan, terutamanya plastik. Plastik amat buruk kepada alam sekitar. Saya harap dalam masa terdekat ini kita boleh mengurangkan atau menjimatkan penggunaan plastik.

75 comments:

syauqi_x said...

pak kadir,

cakap tentang kitar semula ni, kalau emas ataupun tembaga yang mahu di kitar semula, biasanya bukan cuma melalui proses menjadikan yang lama kepada baru saja...

ada juga proses di tengah2nya untuk membuang semua 'impurities' dalam emas atau tembaga tersebut...

haa, nak buang 'impurities' ni bukan lah mudah, emas dan tembaga itu harus 'dibakar' sampai takat lebur masing-masing...

selepas lebur, cair lagi, impurities diasingkan, kemudian barulah dituang semula ke dalam acuan untuk dibentuk sebagai jongkong...

mind you, jongkong emas yang penuh dengan impurities harganya sangatlah jauh berbeza dengan jongkong emas tulin...

begitulah kiranya dengan UMNO, sama ada yang mau di recycle, sudah di recycle tapi masih bnyak impurities nya, atau pun tidak mahu di recycle tapi masih mahu 'dibeli' dengan harga lama yang mahal...

Wallahualam =)

sniper said...

Apa komen Dato?

Saya ingat nak bertanding sebagai calon bebas dalam PRU 13 yang akan datang.

Mungkin peluang menang lebih cerah sebab saya tak perlu berpolitik dengan pesaing dalaman dan luaran.

Saya boleh fokus masa dan tenaga untuk menghayati, memperjuangkan dan memenuhi keperluan rakyat dan pengundi.

Dan yang lebih penting, saya bukanlah dari spesis kitar semula, tetapi banyak pengalaman walaupun masih "teruna" hasil dari pemerhatian, pergaulan dan penghayatan.

Juga saya bukan golongan muda atau tua yang menyalahgunakan nafsu untuk memenuhi kehendak diri dan parti masing masing.

JournoDownUnder said...

Datuk AKJ, what if after recycling the product improves? I've seen beautiful eco-friendly totes made from plastic bags fused using a hot iron and sewn together. Imagine, an ex-MB recycled and come out a better politician...hahahah...dream on...

Anonymous said...

Dear Scribe,

Siapa plastik tu? Oooh yang hidung plastik tu ke!



Mat Sabun

kluangman said...

Pemuda UMNO perlu 'simpan' dan jaga baik baik Karpal dari segala penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung dan buah pinggang supaya terus sihat dan dari kerusi rodanya dia dapat melihat keajaiban melalui masa - orang Melayu kembali berkuasa melalui UMNO dan hudud dilaksanakan melalui PAS.Ada lagi ke orang melayu di sini atas apa juga jenama mereka untuk membantah dan menyokong Karpal.

Dato' - kaedah kitar semula politikus halus diperhalusi kerana jika tidak dengan cara yang betul ia boleh merosakkan mesin pengisarnya dan jika dikambus ke dalam tanah - ia menjelma semula jadi jin tanah atau mambang.

Bila sebut kitar semula - mungkin ia bukan difokus kepada politikus sahaja - ia harus melibatkan Ketua Pengarang media utama, Pengerusi2 Badan Awam dan pegawai kerajaan.

dheepan said...

Sarat dengan sindiran yang bermakna. Sangat berharap mereka mereka yang ditujukan mesej itu dapat faham.

Terutamanya seorang bekas menteri yang sudah lama menjadi ketua sebuah buat 30 tahun lamanya itu... :P

Z-MAY said...

salam datuk,
di malaysia ni banyak perkara yg elok-elok tak menjadi, tak kekal lama atau sekadar hangat2 tahi ayam. tp yg tak elok juga semakin banyak yg muncul dan timbul... yg boleh menghuruharakan suasana...

kenapa jadi begitu agaknya?

bugis said...

Setuju sangat dengan pendapat Dato. Orang orang lama kalau nak berkhidmat semula kan lebih baik mereka aktif bersama kumpulan anak2yatim, org2 tua,cacat dan sebagainya.

NGINAP SRENGENGE said...

dato',

orang politik tak boleh kitar semula.cuma yang boleh buat ialah letak jawatan beri kepada pelapis baru.yang ada masalah tak jadi pemimpin yang baik.dia beri masaalah pada negara dan rakyat.Tengok testimonialnya dulu,mulai dari sekolah hingga keuniversiti.kalau pandai cakap saja tak memberi makna.yang dok berebut juga tak bermakna.kaki betina juga tak bermakna.yang terlibat dengan rasuah juga perlu di singkir.jenis katak pun tak bermakna.kadang2 ada kelulusan pun tak boleh buat kerja.

donmny said...

TUAN

1. akhir akhir ini dilihat, kehilangupayaan fizikal karpal telah menyebabkan kecederaan mentalnya juga.

2. kesannya, anak muda yang bukan OKU telah terbakar otaknya.

budak-kom said...

aslm datuk. saya orang terengganu dan sya skong mengenai tandas d terengganu.komen saya mengenai kitar semula telah saya poskan dalam blog saya. dalam surat berita harian pun sudah tapi kerajaan tidak ada tindakan selanjutnya.buat kempen kitar semula.tapi ada ke d sekolah d mana anak2 bangsa d didik.tidak ada bukan.d kawasan saya iaitu d hulu terengganu pun tidak ada.saya bercakap mengenai kitar semula benar dan bukan berkias.kalau boleh, sekiranya boleh dan datuk tahu, d mana n apa yang sedang d lakukan oleh bekas su tun n bekas wartawan dan penulis, saudara mohd noor azam.sudah lama tidak mendengat khabar mengenainya

Cucu Tok Selampit said...

Wah Dato', lately ni sudah pandai posting dengan gambar. Setuju dengan pendapat Dato'. Berilah can orang baru di dalam politik. Tak payahlah kitar semula. Saya juga menyokong kitar semula untuk benda lain selain ahli politik.

EHBEEWA.bst.trg said...

Datuk,
Topik hari Jumaat yang jadi penghulu segala hari ini InshaAllah akan dapat banyak komem sebab ianya membicarakan hal KEBERSIHAN.

Persoalannya seperti datuk sebut, kita ni (penganut Islam) saya rasa tak berapa FAHAM dan kadang kala buat-buat TEBAL MUKA atau muka SELAMBA dan kadangkala member ada juga sebut MUKA WELFARE ie bila orang tengok rasa kesian walaupun ramai yang dah tahu kekotoran yang telah tersah laku oleh sipolan-sipolan. Jadi kemunculan orang politik macam ni memang la bertujuan nak kitar semula PERJUANGAN mereka barangkali DENGAN TIDAK MENGAMBILKIRA FIZIK MEREKA..Kadangkala lakonan ni macam program RAJALAWAK ASTRO je..

Tak apa la tok, kita tengok saja selepas pemilihan nanti...wslm

Anonymous said...

Salam Dato,

Brasso? Hah, teringat saya masa zaman 60an dulu, gilap dulang tembaga antik sampai kilat,tiap kali bila nak hariraya.
Maklumlah arwah nenek saya ada simpan banyak dulang "hantaran", yang diperbuat dari tembaga.

Kekadang tak mampu beli brasso, pakai asam jawa dan limau nipis pun boleh gak....Aah kenangan...

Anak Bayan.

shahimah said...

A'kum Datuk,

Insiden mengkasari Karpal Singh kemungkinan agak melampau sikit la kalau nak diikutkan pada batasan kemanusiaan tapi bak kata pepatah, "kerana mulut badan binasa" si Karpal ni memang dah celupar sangat sehingga menaikkan kemarahan kaum yang pada asalnya telah membenarkan kaum sepertinya untuk tinggal secara harmoninya di negara ini. Ini yang boleh dikatakan orang tua tak sedar diri, kecik-kecik tak nak mampus dah besar menyusahkan orang...bak kata Direktor Ahmad Nisfu dalam Seniman Bujang Lapok. Kalau pada saya pulak, he got what he asked for so jgn la nak complain. Tu nasib baik take kene belasah sampai tak boleh duduk terus pulak nanti.

Pasal kitar semula ahli politik pulak, kelakar pulak cara Datuk tulis. Memang benar ahli politik kita dah sampai tahap tak boleh dikitar semula langsung. Kalau Malaysia nak maju lebih baik di "incinerate" je politician kita. Emas lama tak sama dengan emas sekarang Datuk. Dulu emas daun, lembik. Sekarang emas 916, keras dan tahan lasak.

Bagi can la kat orang muda kita pulak. Mana la tau, negara ni boleh dynamic sikit as far as mentality is concerned.

musalmah said...

Assalamualaikum,
Dulu orang berkata bahasa menunjukkan bangsa. Agaknya oleh sebab sekarang ini bahasa melayu tidak banyak lagi di pakai maka bangsa nya juga hampir hilang jati diri

Mana tidaknya, lihat sahaja gelagat pemuda UMNO di bangunan parliment. Saya perhatikan pakaian bukan main smart, tetapi gelagat dan tingkah laku hampir sama dengan mat rempit.

Yang hairan nya mereka yang berpelajaran tinggi dan membesar dalam keluarga yang berpelajaran juga berkelakuan serupa. Bagaimanakah dapat kita mengajar anak anak muda yang datang dari keluarga yang kurang bernasib baik
tentang nilai nilai murni yang harus di amalkan.

Tidak ada salahnya untuk menyatakan sesuatu yang kita tidak.
Tetapi cara kita menyatakan nya
lah yang menunjukan siapa diri kita yang sebenar. Kalau inilag bayangan pemimpin pemimpin orang
Melayu masa hadapan, amat malanglah nasib orang Melayu yang berugama Islam.

Azmy Omar said...

Datuk,

Sangat setuju dengan pandangan Datuk tentang ahli politik kitar semula ni. Memangpun setengahnya dah memang tak laku.. tapi empunya diri merasakan sedemikian.

Macam mana kah agaknya nak menyedarkan mereka ini yang musim sekarang kitar semula orang politik tidak boleh pakai lagi?

Sama-sama kita fikirkan bagaimana caranya nak sedarkan mereka ni.

However I agree totally to recycling of plastics, bottles and what not...

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Barang lama atau barang baru, hukumnya kena jaga selagi elok. Kalau tak elok, lebih baik buang daripada dibiar menyesakkan ruang.

Dalam konteks pemilihan semasa Perhimpunan Agung UMNO, tak salah simpan yang lama. Tak juga salah ambil yang baru.

Yang penting, boleh buat kerja.

Yang saya faham, majoriti ahli UMNO nakkan perubahan. Kalau pilihan perwakilan adalah bercanggah dengan kehendak majoriti ahli, alamat masa sidang kerja kelak, ramailah yang tarik muncung dan tarik harga.

Tengok sahaja MCA, lepas pemilihan hari tu katanya dah berdamai walaupun ada upset. Tak lama manapun, sekarang dah mula berlawan balik.

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,

..Kalau diperlukan pun, biarlah kitar semula setakat untuk menjadi penasihat, ahli nujum, pawang buaya dan penghalau hantu raya sahaja. Jadi Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri tak payahlah.

A VERY ENLIGHTING 'SATIRE' YET AGAIN AND HAD BRIGHTENED THE 'SKY' WHICH HAD CLEARED THE OVERCAST.
HOW ABOUT APPOINTING THEM 'PENGHULU HUJAN'..OOPS 'BOMOH HUJAN COZ THE TITLE TITLE 'PENGHULU' HAS BEEN ACCORDED TO US BY THE GOLF FRATERNITY.

..Rasa-rasanyalah banyak yang sudah tidak boleh digilap dan digunakan semula. Pakailah banyak mana Brasso pun tidak bersih dan berkilat lagi. Orang kampung kata dah lebam. Sudah sampai masa dilebur atau dimasukkan ke dalam loji pelupusan sebagai bahan bakar.

THERE'S A NEW INNOVATION TO BLEACHED OUR SKIN WHICH WAS EXPERIMENTED BY KHIR TOYO USING 'TEMPE' AND MARKETED DURING THE PRU 12 UNDER THE BRAND NAMED 'PENYAPU' AND WAS FRANCISHED AND PROFITED BY THE PAKATAN RAKYAT.
THEN THERE'S A MLM SCHEME DESIGNED BY THE 4TH FLOOR 'LITTLE RASCALS' TO 'BRASSO' THE AMBITION OF THEIR 'CHIEF' TO BE THE YOUNGEST CEO OF MALAYSIAN GOVERNMENT INC.

AND WE CUD SEE ONLY A FEW OF THE UMNO CANDIDATES IN THE FORTHCOMING GENERAL ASSEMBLY WHO DON'T NEED 'BRASSO' TO SHINE. ONE IS RUNNING FOR THE YOUTH CHIEF AND THE OTHER RUNNING FOR THE VICE PRESIDENT POSTS.
BOTH SHINE AT THE TOP.. HE HE HE.

'PENGHULU HUJAN' HAS FAXED THE THE RAIN KEEPER ABOVE FOR A SUNNY WEEKEND FOR ALL..HEHE

ENJOY YOUR WEEKEND.

ALFATIHAH, AMIN.

alrawa said...

Datuk,
Orang Melayu tak kata(kalau tak silap saya)'ayam turki',orang kata,'ayam peru'.
Orang Amerika yang cakap 'Turkey' tanpa perkataan ayam.
Berbalik kepada 'isu' kitar semula.Suka saya katakan bahawa pemimpin Umno sekarang kebanyakan nya dari jenis 'kertas' bukan plastik atau logam yang bolih dikitar berkali2.
Kertas bolih dikitar sekali, itu pun untuk dijadikan 'kertas tandas'.

Puyot said...

Muahahahaha!! Tok memang dalam kelas yang tersendiri. Tabik spring untuk tok!

Saya la ni dok kena leter dengan bini sebab bila jumpa tin aluminium tepi jalan dibuang orang, pasti saya berenti kenderaan dan kutip. Kecualilah tiada tempat nak berhenti kereta ataupun motosikal. Dikumpul2 boleh buat duit tu tok. Kira serampang dua mata. Pertama - jaga kebersihan, dapat pahala. Kedua - dapat duit. Memang untung dunia akhirat tok. Ni cerita bab tin aluminium sahaja.

Plastik saya kutip la jugak, tapi tidak seghairah dan seteruja mengutip tin aluminium sebab nilai tolak kat kelin botoi amat tak berbaloi. Jatuh lebih kepada jaga kebersihan dan alam sekitar saja. Nak buat duit, susah la siikit.

Lawak-lawak pun, saya dah makan duit 'sampah' ni dalam 300-400 ratus jugak tok. Tu termasuklah dengan segala besi buruk dan kertas-kertas pelan yang lama di pejabat bini saya.

Berkenaan orang politik, tu la pasai. Yang saya hairannya, awatla UMNO galak sangat nak ambik ikan pekasam, lepas tu bagi peridup balik. Lepas tu bagi jawatan macam-macam. Dah la masa zaman depa yang dah 'expired' tu macam-macam kes yang tak selesai sampai ke hari ni.

Kalau inilah yang dikatakan sebagai penjenamaan semula dan me'remaja'kan UMNO dengan mengambil 'tayar botak' yang dah nampak benang, alamatnya eksiden teruk la tok. Brek 'brembo' sama ABS pun tak berguna. Dalam UMNO, iniah dia yang dikatakan krisis kepimpinan teruk yang teramat sangat.

Ibarat pasukan bolasepak negara la tok. Asyik kitar semula pasukan yang dibarisi muka kalah tak melawan dengan orang yang sama, macam mana nak menang?

dinturtle said...

Salam Dato',

Dalaaaaam tu :) Ada satu lagi perkara yang patut dikitar semula ...IDE2 DAN POLISI KERAJAAN LAMA YANG TERNYATA MEMBERI MANAFAAT TAPI TELAH DIBUANG TANPA ALASAN YANG MUNASABAH. contoh jambatan bengkok, wawasan 2020 dll..

Damansara said...

Dear DKJ,

Betul orang muda selalunya kurang matang bila bertindak. Selalu terburu-buru.

Tapi Karpal Singh pula orang tua yang bodoh dan kurang ajar.

kijangbakti said...

Salam Dato'

Saya amat bersetuju dengan Dato' mengenai kitar semula dalam pemilihan UMNO.

Bagilah peluang kepada orang baru untuk membuktikan keupayaan mereka. Biarlah orang lama menjadi sifu untuk menghasilkan pemimpin yang berkualiti.

Kadangkala Barang lama lebih elok dan dipandang mulia jika dia dijadikan Bahan Hiasan atau Pameran di dalam Cermin.

terimakasih

Anonymous said...

Salam Datuk,

Memang sepatutnya umno pilihlah pemimpin yang bersih dan tua tak apa asalkan bersih dari sekandal dan salahlaku (Baik yang sah atau di lindung),tapi kalau dah yang di puncak pun sama macam mereka2 yang di bawah siapalah nak dengar nasihat ahli2 umno.....

Soal karpal singh bagi saya memang tak sepatutnya beliau berkata begitu tapi apa kurang pemuda umno yang mengata sultan......,lebih kurang sama aje...menyerang orang lagi bahaya dan ganas walaupun percakapan lebih berbisa....yang peliknya pemuda umno minta orang melayu bangkit menentang karpal kerana menyebut "Celaka" pada pemuda umno sepatutnya mintalah bangkit pada ahli umno bukan orang melayu atau islam,kalau karpal mengata celaka pada melayu atau islam barulah boleh semua orang melayu bangkit...ini soal umno bukan soal melayu atau islam sebab bukan semua orang melayu itu umno,ada yang PAS ada yang PKR.

Apahal pulak nak suruh orang melayu bergaduh dengan karpal, jangan buat provokasi.....umno bukan MUTLAK mewakili melayu islam di malaysia ini...

pemuda umno nak gaduh dengan karpal gaduhlah sendiri tak payah ajak PAS atau PKR sebab masa senang tak ingat kami....

ZAMRUL KL

manletih said...

Dato',

Apakah perlu dibiarkan saja org tua oku merogol aka mencemar maruah anak kita semata-mata kerana dia tua dan OKU??

*manletih*

Menteri Sain dan teknologi. said...

Dato Kadir;

Saya membaca tulisan dato hari ini,saya hampir kena serang jantong.Bagaimana nak kitar samula UMNO.Lihat sahaja calon2 MKT UMNO akan akan bertanding Mac ini.

Dato Aziz,Ketua Putera UMNO,mempunyai rekord yang cermelang dalam pengelamannya,kaki ampu nombur satu,ada tiga laporan polis yang di buat kapadanya dan kes ini belum selesai.Dia yakin akan meneng besar Mac ini.

Dato Zaid Hamidi,calun Vice President yang yakin ia akan menang,ada laporan polis yang di buat kaatasnya kerana memukul biker dari Kelantan.Kes belum selesai.

Dato Jamaluddin Jarjis,calon MKT,orang kuat Najib,ada kes laporan polis yang dah selesai tapi sudah tercalit lumpur.

Khir Tayo,calun Ketua Pemuda,mempunyai banyak persoalan yang perlu di jawab sewaktu menjadiMB Selangor.

Khairy Jamaluddin,calun Ketua Pemuda,kawan baik Kalimulah.Kes pembelian saham ECM libra dan AirAsia maseh menjadi persoalan besar.

Dato Azim,bendahari UMNO,namanya terlibat dengan kes FTZ Port Klang.

dan Najib sendiri,yang saya percaya meseh berseh kerana ia tak akan berani membusokkan nama keluarganya.Tapi Madam Rosmah merupakan isterinya yang tersayang dan penasehatnya yang menjadi pengetahuian ramai,yang susah hendak di kawal nafsunya.Ini merupakan satu cabaran yang besar bagi Najib.

UMNO,yang merupakan party yang keramat,yang berjaya memberi keamanan kapada Malaysia dan dihormati dan di takuti oleh semua bangsa telah menjadi bagitu busok namanya.Saya tak tahu samaada Brasso Dato boleh menulong mengilapkan balek imege nya yang bagitu gelap.Saya tak yakin.

Saya tak yakin,dan saya nampak UMNO yang maseh mahu menegakkan ketuanan Melayu,sudah tidak di hormati lagi oleh orang Melayu muda sekarang ini.

Dalam Pilehan raya 2008,UMNO dan BN kalah terok.Sabah dan Sewarak sedar bahawa tampa sokongannya BN akan kaput.Bangsa Dayak dan Kadazan sedar mereka merupakan satu kuasa yang kuat jika mereka bersatu.Ramalan saya pada Pilehan Raya yang akan datang Kadazan dan Dayak akan mengesuai samula Sabah dan Serawak.Apakah akan terjadi kapada UMNO saya tak dapat menduga.

Kitar samula UMNO dan BN.saperti kita kitar samula Plastik.ia tak akan jadi kertas atau logam.Ia akan jadi plastik juga,malah wajahnah lebeh burok.

Good luck to you.UMNO dan BN.

Vesu said...

TERIMA KASIH DATUK. saya dapat banyak pengajaran dalam topik ini. Terutamanya perihal kitar semula , orang hilang perniagaan dan politik semasa - pendek tapi cukup berguna .

M.SEPIAL said...

Salam Dato'

Pemerhatian, penilaian dan pandangan Dato itu mengenai KEBERSIHAN dan KITAR SEMULA bahan buangan memang tak boleh disangkal, apa lagi disangkah kebenaran nya.

2. Semua tepat. Ribuan ringgit dicurahkan untuk berkempen, berbuih mulut untuk memberi kesedaran, disamping menguatkuasa undang-undang dan peraturan. Impak nya tidak seperti di hajati. Mungkin ini hakikat pemikiran kelas tiga kok.


3. Mengenai orang atau manusia sepatut nya tidak ada KITAR SEMULA. Sampai masa berhenti, berhenti lah. Bagi peluang kepada orang lain, MESTI BOLEH PUNYA kerana kerja berpasukan. Percaya orang lain pun boleh buat punya.

tk

hk said...

Salam DtKJ

Parlimen adalah tempat Legislator berbahas untuk membuat undang-undang. Kalau Parlimen sudah menjadi gelanggang sarkas berlenggan tangan, nampaknya negara kita sudah mengundur ke belakang.

Wakil-wakil pemuda ada menjadi MP. Disitu ada KJ, MM, RI dan ramai lagi. Kenapa mereka jadi "tunggul" dan pak pacak saja? Dalam perbahasan lah mereka patut bersuara dan "take Karpal words one by one in the House".

Politik adalah mengenai perbahasan dan perdebatan idea dan bukan pergelanggan tangan.

Banyak lagi yang Pemuda UMNO perlu belajar. Datuk Hisammuddin kamu gagal sebagai orang no 1 pemuda UMNO!

Siti Evalina Mustika said...

HOT HOT PANAS PANAS MENGELEGAK!!!

Karpal Singh telah memberi pita rakaman Ketua Hakim yang mengaku rasuah kepada Agong!!

Lihat di sini.

HOT PANAS LAGI MELECUR!!!

Speaker Perak V. Sivakumar telah meminta agar sidang tergempar Dewan Undangan Perak diadakan pada hari Selasa untuk mengundi usul percaya/tidak percaya kepada Dato' Seri Nizar dan usul memansuhkan Dewan!

Lihat di sini.

abu hasan said...

salam Dato'..
masalahnya memang dah kurang sangat(masih adakah?)ahli politik yang berkualiti..dalam BN maupun PR..maaf Dato'..bila nak sambung episod krisis di Perak?

OKJ said...

Salam DAKJ

1. Saya suka kenyataan YAB Ustaz Azizan. Nak selidik dulu dan kalau betul EXCOnya salah akan diambil tindakan (walaupun satu ayat saja). Macamtulah, ini belum apa apa kata ada kospirasilah, fitnahlah, lepas tu cabut lari ke rumah diplomatic.
2. Berbalik kepada kitar semula, kalau macam needle, scalpel blade, bahaya nak kitar semula takut penyakit berjangkit, jadi macam recycle DVD pemimpim MCA, berjangkit jangkit, tak tahu malu. Haiya!!
3. Persidangan UMNO ni, ahli pun saya tak jadi, nak komen pun tak reti.Yang pasti pemimpin kena tegas dan berani. Ini orang pijak kepala pun tak terkata apa. Satu lagi boleh predict apa akan terjadi di masa depan dengan baik. Bukan predict pakai bantai je atau pakai Tok Nujum Pak Belalang, tapi dengan ilmu pengetahuan, buat pilot study dulu, survey dulu, buat trial, statistic analysis yang betul. Bukannya bila dah laksana, baru nak buat meja bulat-bulat.

wan said...

damansara, tolong hormat orang tua, seperti kata datok KJ. kita muslim kena tunjuk akhlak yang terpuji bukannya tumpang sekaki mencaci dan seranah. sebodoh bodoh karpal masih boleh jadi peguam handalan yang digeruni. tolong matang sikit !

Ipin said...

Dato'
Saya rasa sesiapa saja yang kena panggilan 'celaka' akan rasa panas telinga.

Jangan lah kita yang kununnya rasional dan 'matang' membalas dengan solan2 yang kununnya inteligent.

Elok sekurang2nya ditunjukkan penumbuk pada orang yang panggil kita macam tu. Lepas tu kalau dia tak reti bahasa jugak....bagi sebiji.

Kadang2 saya rasa Melayu kita ni dah terlalu 'rasional'dan 'matang' sampai orang lain lekehkan kita dan panggil kita macam2. Provokasi dah jadi mainan mereka. Mana perginya PERDANA MENTERI Malaysia yang 'banyak berjasá' tu? Mana dia? Mana pergi undang2....takut nak gunakan?

Sedangkan kita masih 'rasional'............

heicalmy said...

Salam Datuk,
Mana bolih kitar semula ?.
Kalau buat scrap bolih lah.
Karpal tu sudah nyayuk patut pencen sahaja.
Ahli politik perlu ada umur pencen pada umur 65 tahun , bukan apa elak nyanyuk.

Anonymous said...

Goood evening Dato'

It never fail to amaze me how bias is Utusan Malaysia's report. In today's news under the title of "Kecoh" (in Parliament), it is reported that,"...Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo bertindak menyerbu kumpulan tersebut (Pemuda UMNO) sehingga mencetuskan pertikaman lidah ....".

Wow... If what Utusan Malaysia says is true, then I salute Gobind Singh for his courage for single handedly assault the group of many UMNO Youth members at Parliament ground.

Not that I approve of violence in the first place. In fact as Malaysian, I would like to say that I am proud of our Asian culture that place high regards on manners. Disagree with Karpal. That is OK. Sue him in a court of law then. Threaten with violence and death? That is not right. To those who keep on mentioning that their patience is running out, try some anger management course. It may do you and your family good.

I suggest Dato', with your past experience as Group Editor-in-Chief of NSTP, discuss the main stream media role in modern democracy in your subsequent posting. Perhaps Utusan Malaysia needs a bit of advice in how to be more effective in swaying public opinion in this post March 08 era of ours.

Born in Taiping

Kay Own said...

Saya pernah mendengar ini, "Ahli politik kebanyakannya umpama lampin pakai buang, perlu ditukar selalu; dan atas sebab yang SAMA".

burungjantan said...

Kitar semula pun kitar semula lah. Yang penting UMNO boleh pusing jaum ke belakang.

Betulkan yang telah dibuat salah dulu-dulu. termasuk sekolah dan kerakyatan.

Lagi pun UMNO ni banyak mengalah. Contohnya kalau calon UMNO diletakkan di tempat MCA atau MIC mana pernah berlaku, tapi calon MCA dan MIC selalu berlaku di tempat UMNO.

Contohnya Samy Veluu di sungai siput, dan Lim Kim Sai di Kajang.

Kitar pun kitarlah.

bungkus said...

Saya melihat DY Sultan Perak sangat-sangat berkecuali sebab yang gadoh politik adalah rakyat baginda.

Sebab itu DY Sultan tidak sampai hati nak gantong india seorang ini yang jadi speaker supaya nyah dari negeri Perak. Sebaliknya speaker boleh buat suka hati macam itu.

kalau ada dua tiga macam speaker perak ni, hancor negara. Silap-silap macam Tamil Elam di Cylon.

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Macam mana pula situasinya jika ada pula puak-puak yang hendak mengitarkan semula Pak Lah?

Dengar-dengar cerita sudah ada cadangan hendak melantik beliau menjadi 'menteri kanan'@ 'penasihat' kepada kerajaan?

Kalau tidak dilantik sedemikian, tidak kekokkah nanti apabila YB Kepala Batas menjadi back benchers?

Kalau dilantik pula, apa bentuk nasihat yang boleh diguna pakai?

Azman Mohd Isa

Raison D'etre said...

Datuk,

Brasso bila pakai cuma cantik yang luar saja. Pasai yang belah dalam biasanya susah sikit orang nak gonyoh, jadi kebiasaan biar tembaga nampak macam baru walaupun dah season.

Orang politik selalunya caih caih (Datuk mesti tau maksud perkataan orang utara ni, kan)yang lagi season lagi baguih.

Memang ada yang betulnya tapi nampaknya dari sepuluh juta, mungkin lima nam orang ja yang boleh kira season yang season luar dalam.

Hat lain season rebranding la kalau ikut tema masa kini.

Alah, lebih kurang macam Umno nak buat tu la.

Bahagian belah dalam dah berkarat teruk, payah pulak tu nak tonyoh brasso jadi luar pun depa hentam sajalah.

Tu ja yang ada pun.

Wasalam.

PS: Ekonomi makin teruk. Agak - agak buleh tak kita cut off dari dependance kepada ekonomi dunia?
BO tun terketar pala lutut nak buat yang terbaik untuk Amerika.

Republican Reds said...

Saya bersetuju dengan Dato, kitar semula ahli politik tak payalah kerana manusia adalah " a creature of habit" jadi kitar semula banyak kali pun, tabiat masih ada. Bak kata orang barat"habits die hard". Kita harus menyokong ahli politik baru atau yang lama tetapi ingin mengamalkan politik baru di mana perbezaan pendapat adalah digalakan dan mata wang digantikan dengan keinginan untuk berkhidmat dan idea baru untuk membawa Malaysia ke arah lebih banyak kemajuan pembanggunan dari pelbagai aspek seperti ekonomi, sosial dad juga politik. Dengan itu, Malaysia akan menuju ke arah negara yang bertamadun dan mampu bersaing dengan negara-negara lain, di arena global,tidak kira negara apa pun,Malaysia mampu bersaing denganya.MALAYSIA BOLEH!!!

ab said...

Salam dato.

Kalau ada yang terasa makna tulisan dato ni,tajam sampai kesum-sum tulang...

Kalau kitar kebanyakan MTs tu buat habis braso...kilat tembaga dan kitar plastik bolih DIJUAL..

Kalau dok kilats MTs ni, UMNO macam TERJUAL..

ISLAM ni bagus betul...semuanya KENA DIRANCANG semasa hidup,,, penuh dengan PERANCANGAN dan PLANS untuk semasa dan masa depan,sehingga untuk mencari tempat roh kita selepas mati pun kita diminta rancangkan juga semasa kita hidup......

TETAPI RANCANGAN UMNO NI SAYA TAK NAMPAK juga lagi...semakin orang pecacai melayu dan caci melayu lagi rosak melayu dan makin suram perancangan dan plans orang melayu semua....

BRASO NI BOLIH MINUM TAK DATO?...mana tau kalau kilat dari kat dalam badan bolih terserlah orang melayu ni!!!! kalau mujarap bolih campur jampi mentera lagi...try kat karpal????..

Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

Datuk,

"Pemuda UMNO celaka", itu saya tak hairan tapi "Singh is King" itu sudah menghina.

Di Perak, ada Sultan Sivakumar Shah yang langsung tak peduli pada Sultan Melayu lagi. Dia panggil sidang DUN tanpa perkenan Sultan seolah-olah Sultan Melayu tu tunggul kayu yang boleh hantar kitar semula sahaja.

Seperti biasa, orang Melayu yang tebal sifat politik kepartian ni akan tutup pintu hati dan sokong membuta tuli.

-sinbad-

ZURICH AL Qaaf said...

Saya menulis di atas kesakitan ayah saya yang berada di Gadjah Mada Medical Hall di Universitas Gadjah Mada ,dibawah pengawasan Prof. Dr. dr. Hardyanto Soebono, Sp.K(K)

Yang menyayat hati ,walaupun beliau di katil itu masih lagi memikul amanah sebagai seorang perjuang yang saya anggapkan sebagai seorang yang bertanggungjawab keatas akhlak bangsanya .

Ayah menyuruh saya menceritakan apabila kita ke Zoo Negara melihat beruk dan monyet melompat dari satu pokok ke pokok yang menariknya bila kita pulang kita tidak pulak melompat seperti beruk beruk itu.

Saya berpendapat ayah ingin menyentuh soal akhlak manusia yang berada di Malaysia apabila kurang ajarnya Bukit Gelugor yang lahir dari hasil susu lembu dan derhaka di Bukit Chandan sehingga Bukit Gantang terpaksa berhadapan dengan pilihan raya.

Banyak lagilah bukit yang sudah bosan dengan akhlak kita di Tanah Malaya ini.Untuk menyelesaikan perangai sikap manusia, dua asas menjadi pokok kepada kejayaan sebuah bangsa dan manusia berpaksikan satu;AKHLAK, dua;BERSYUKUR.

Ayah , adakala Arope malas untuk menulis dan meneruskan perjuangan ayah,walaupun ayah yang Arope anggapkan lebih mementingkan bangsa dari kesihatan ayah.

Anyway,let me tell you this,you still the best man that I've ever known,ayah let me start by saying I love you.

Dollah Talasco said...

Dato Kadir.

Singh is King itu di Punjab India.Saya lihat cerita masa Indfia dan Pakistan berpisah.Ramai orang Islam di Punjab India yang mahu berhijrah ka India kena bunoh oleh orang bengali Punjab.Amat ngeri.

Guru Nanak ,pengasas ugama Singh itu saorang Tok Guru berugama Islam,ia sesat dan cipta ugama baru macam Ayah Pin di Tengganu atau Mat Matahari di Pulau Pinang.

Sekarang ini orang Melayu terutamanya Pemuda2 UMNO amat marah kapada Pakatan Raayat kerana mempersoalkan kedaulatan Raja2.Saya ingat pada tahun 1993 sawaktu krisis Perlenbagaan dan konfrantasi dengan Istana,kebanyakann mereka maseh beringus dan maseh di sekolah rendah.Ada di antara mereka maseh hisap putin getah masam.Cuba lihan dan dengar ucapan Tengku Razaligh di Parliment waktu itu.

Waktu itu,orang kuat Mahathir,Sanusi Junid,mengeluarkan ucapan yang amat kesat sekali kapada Raja2.Raja2 tak tahu dimana hendak letak muka kerana malu.Akhbar2 Utusan melondeh habisan perkara burok yang di lakukan oleh Raja2.Sultan Johorre datang mesyuarat di Selangor waktu itu berpakaian tentera dan ia bawa dua bom tangan yang di gantong di poket bajunya.

Saya ingat amat susah sekali bagi UMNO hendak mempertahankan rekodnya yang tidak menghina Raja2.

Kalau kitar samula UMNO pun susah nak padam rekord ini.

DiMalaysia Singh is Not King.Ramai orang tak tahu yang sebab Karpal Singh tak boleh berjalan dan tengkoknya patah kerana luka lama yang ia di tempeleng oleh saorang Tak Guru kerana dia menghina Sultan Selangor waktu itu.Saya tak ingat namanya ,ia dah meninggal.Kes nya pun di tutop.

Pemuda UMNO di bawah Hishamuddin dan Khairi tak akan dapat dapat menyangi zaman Pemuda UMNO semasa Dato Harun Idris.Dato Harun ada klasnya.Kita tak payah tunjok kekuatan kita dengan menyerang orang.Kekuatan itu akan datang sendiri,jika kita di hormati dan di sanjongi.Ini perlu di pelajari oleh Pemuda UMNO

Tongkat Warrant ke II said...

Nasihat Buat Anak-Anak Buah.

Permisi Tok,

Kail jangan dijangka sejenkal,
Joran bukannya jala

Berfikir sebelum bertindak
Itu amalan orang tua-tua

Yang Muda jangan dituakan
Yang Tua jangan dipinggirkan

Talam dua muka
dipisahkan
buat onak dalam benak

Arus jangan di lawan
Ombak jangan dibadaikan
Nescaya binasa diri

Kulit dirandum
Kapas direndam
Penyejuknya Iman

Langkah walaupun nampaknya penoh
Tapi masih sumbang.

Tong diisi air
banyak faedahnya
diisi batu,
gunanya tiada.

Ilmu,bukan tiruan
nescaya songsang jadinya.

Tulus.

Hamba Sahaya.

OKJ said...

Salam DAKJ

Dihadiahkan bunga ke buah hati,
Untuk memikat si dara jelita,
Tak tertahan marah dihati,
Tapi akhirnya terkeluar juga.

Tak habis habis flip-flop flip-flop YAB PM kita ni. Katanya walaupun kenaikan harga tol telah dibentangkan di kabinet dan diluluskan, tapi ianya bukan untuk dikuat kuasakan pada masa sekarang. Lepas tu, kata ditangguhkan tapi bukan disebabkan pilihanraya. Adumak!!, Berbelit belit kenyataan. Itulah, memang susah nak menegakkan benang yang basah. Macam mana nak MENANG pilihanraya!!!.
Perpaduan negara sedang bergoncang, bukan melayu naik tocang, dia pula berbangga dengan suruhanjaya kehakiman dan SPRMnya. Hai !!, Tak tahu nak cakaplah.
Rasanya penyokong tegar YAB PM ni adalah
1. Karpal Singh, Lim Kit Siang dan penyokong tegar mereka
2. To’ Guru Nik Aziz, To’ Guru Hj. Hadi dan penyokong tegar mereka
3. Dato’ Sri Anwar dan penyokong tegar mereka
4. dan beberapa kaki ABC:-ampu, bodek, cucuk
Selebihnya, seluruh rakyat Malaysia memang sayangkan YAB PM tapi mereka lebih sayang Pak Lah jika Pak Lah bersara.
Sorry, dah habis bersabar dah.Luahan rasa sebenar dari rakyat jelata. TQ.

Lahpin said...

Salam Dato',
Suatu masa dahulu di tempat saya segala tong dan tin buruk dibuang merata kampung kecuali botol kicap, cuka dan botol air minet dijual kepada pengutip botol untuk dikitar semula.Tapi botol yang sumbing tak laku satu sen pun.Khabarnya hari ini "botol" yang sumbing dan retak sekali pun boleh mencecah harga berjuta ringgit jika kena-kena gaya untuk dikitar semula barangkali.Malaysia oh tanah air ku.

al-hussaini said...

Pendidikan Sivik sudah diajar bertubi-tubi di sekolah. Namun, kempen kitar semula di tempat saya belum lagi mencapai tahap yang memberangsangkan. Budaya kitar semula ini sepatutnya dipupuk sejak awal lagi oleh ibu bapa. Sebab ibu bapa refleks kepada anak-anak.

Berkenaan dengan kes ahli parlimen yang dikasari itu, sepupu saya di Kuala Belait BRUNEI Darussalam pun terkejut. Maklumlah, orang Brunei pun memiliki Astro dan dapat menyaksikan berita-berita di negara kita. MALU juga saya untuk menjelaskan kes ini kepadanya.

Sepatutnya, bertindaklah secara profesional. Pegang prinsip RUKUNEGARA ke 5: Kesopanan dan Kesusilaan itu sebaiknya.

sumpittsauber said...

saya cuma senyum.. pemuda bodoh melwan orang tua yang sudah pikun2.. bakal ketua yg belajar di luar negara pun melebel orang tua yang sedang pikun2 itu GILA, ada saya dengar dia membaca sendiri di TV3 apa yang didakwa tiada bukti.. tapi kami rakyat jelata sudah muak dengan semua tipu helah mereka ini sudah hafal jalan pemikiran mereka yang lebih suka mengembongkan poket2 mereka dari melihat dan membasmi kemiskinan rakyat.

kalau inginkan keselesaan pada pendapat orang yang tiada partai macam saya ini ayahanda adalah apabila kita bunuh wakil rakyat atau wakil rakyat itu terbunuh sendiri, setiap bulan biar ada saja wakil rakyat yang meninggal dunia maka akan turun lah berbondong2 para2 politikus yang mengatakan membela rakyat untuk membuat jalanraya, membaiki segera rumah rakyat yang rosak dan memberi duit saku kepada mereka.. jangan menafikan hakikat ini dan mreka sendiri yang mengula2kan rakyat....!! apalagi membodohkan rakyat untuk extreme kepada mereka dengan menggunakan ideal yang cetek dengan isu perkauman.. saya pernah dengar mereka berkempen di rumah sebelah saya.. pilihlah kami supaya tidak menjadi seperti di perak orang asing yg memerintah.. sekarang? siapakah yang memerintah perak? bagaimana rakyat perak sekarang? bahgiakah mereka semua? sebenarnya pada pandangan saya nafsu orang politik kita sekarang ini tak kira dikitar semula atau belum dikitar atau yang dah terketar2.. adalah jahat2 belaka nafsu rakus.. namun tidak semuanya begitu.. sukar nak kita cari pemimpin politik yang terdahulu yang mengutamakan rakyat dari diri mereka sendiri.. dan mereka ini adalah terdiri dari golongan cikgu2... tidak perlu belajar ke luar negara untuk menjadi bakal PM tapi hidup berkiblatkan wang dan kuasa!!

A KADIR JASIN said...

Sdr Dollah Talasco, antara lain, berkata:

"Saya ingat pada tahun 1993 sawaktu krisis Perlenbagaan dan konfrantasi dengan Istana,kebanyakann mereka maseh beringus dan maseh di sekolah rendah."

1. PERLEMBAGAAN dipinda bagi menarik balik kekebalan peribadi Raja-Raja;

2. Ia tercetus apabila seorang Sultan memukul seorang jurulatih hockey berketurunan India;

3. Dia dipukul kerana tidak menurunkan anak Sultan itu dalam satu pertandingan hockey pelajar;

4. Kekebalan Raja dalam menjalankan tugas-tugas rasmi di bawah Perlembagaan TIDAK pernah dihapuskan;

5. Namun Mahkamah perhak mengadili semua kes yang membabitkan setiap orang yang menjadi warganegara dan penduduk negara ini.

Terima kasih.

pitisku said...

pak kadir..

saya setuju sgt..
org tua kena hormat..
byk benda boleh org muda pelajari
sekrg ini pun ada gap between golongan muda ngan golongan veteran

benci2 sebencinya..
kenangla jasa2 org tua
nanti kita akan tua..
kita pun pernah buat silap.

berkenaan recycle dlm politik..

sy igt org yg berani join politik semuanya jenis aggresive
barulah menonjol..sebab tu ramai yg ada skrg golongan recycle!

kenapa kebanyakan kita terutama bloggers yg ada peluang join politik tidak terjun dlm dunia politik?

kita hanya bercakap/ berblog sahaja..
bercakap tentang keadilan, ketulusan apa2 lah yg bermoral..
kalau ada pejuang UMNO tulen..
kenapa tidak ke depan...?

saya tak nampak zaman sekarang ahli politik yg betul2 sayangkan bangsa & negara..
semuanya ada agenda tersendiri

Mika Angel-0 said...

Scribe,

Cinta Plastik
(jatuh cinta berjuta rasanya)

Bolehkah dikira dan
patutkah difahami
mahathir sebagai penasihat
dan abdullah sebagai negarawan
amalan kitar semula

murai cabut ekor merdu juga
gurindam nestapa bercerita
cinta penghuni padang pasir

di mahsyaar bergegas-gegas
hidup berkitar-kitar semula
merangkak di timbangan
cinta plastik lebur
cinta emas dan perak lebur

bolehkah difahami
patutkah dikira -

Tetapi kitar semula yang tidak digalakkan kerana boleh memudaratkan adalah kitar semula orang politik atau orang pentadbiran awam

membasuh kelambu didalam sungai
memancing udang galah di belakang buaya
cacat anggota kitar semula

Razali Razman said...

Salam Dato'

Saya rasa walau apa pun fahaman politik, kita harus menghormati orang lain dan tidak memaki hamun sama ada di dunia nyata atau dunia maya, dan hormat ini bukan sahaja kepada orang tua atau kurang upaya, tetapi kepada semua.

Posting Dato' kali ini menarik, dan terutamanya tentang kitar semula politik, dan memang tepat menggambarkan seorang mantan Menteri Besar yang kalah teruk tetapi sampai sekarang masih menganggap faktor lain yang menjadi punca kekalahan dan bukan sebab kelemahan sendiri.

Nik said...

Dato'

Simile Dato' kali ini amat bermakna...tapi saya rasa mereka yang patut terima tak faham dengan kiasan Dato tu.

Bagi saya pemuda UMNO yang cari gaduh dengan Karpal sudah jadi 2 X Lima dengan dia. Semua orang (melayu dan bukan melayu) kenal siapa itu Karpal. Ini kes orang tua kurang upaya yang asyik membebel tak tentu haru. Nik Aziz faham cara dia. Kata Nik Aziz.."itu pandangan peribadi dia" habis cerita.

Saya rasa dizaman economi merosot tak payah lah bangkit hal ketuanan Melayu untuk mendapat kekayaan. Apabila economi merosot tak kira apa bangsa semua susah, jadi semua mesti bermaufakat untuk mengatasi masaalah....

abdullahngah said...

Kebanyakan kita hairan dengan perilaku orang Islam, sedangkan Islam amat mementingkan kebersihan, Malah keberihan itu separuh daripada ”iman” sebagai tandaaras sebagai orang Islam.

Tetapi Malangnya orang Islam suka kekotoran sehingga tandas masjid kotor sekotornya. ia realiti yang tidak dapat dinafikan.

Tandas masjid tidak wajar kotor. Sepatutnya ia bersih sebersihnya.

Tapi pelik juga tandas rumah kediaman mereka bersih pula.

Bagaimana hendak kita hukumkan orang Islam sepertimana apa yang ada sekarang.

Oleh itu, kita kena kenal siapakah sebenarnya umat Islam.

Rasulullah SAW pernah berkata, umat Islam terbahagi kepada 73 puak. Cuma satu puak sahaja yang diterima. manakala 72 puak lagi tidak diterima.bermakna tak boleh dipakai.

Apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu dapat difahami oleh semua yang ada ilmu dan beriman.

Manakala yang ada ilmu tetapi tidak beriman sudah barang tentu tidak boleh menerimanya.

Kalau mereka faham dan menerima akan hakikat itu sudah tentu tidak berlaku dengan apa yang berlaku sekarang.

Tandas Mesjid kotor. Pilih pemimpin, pemimpin yang guna wang (politik Wang) sedangkan beli orang adalah rasuah, dosa besar.

Orang memberi dan menerima, kedua duanya masuk nereka.

Bertapa besarnya dosa orang yang makan rasuah.tetapi mereka tetap dengan cara itu untuk dapat sesuatu hatta untuk menjadi pemimpin negara sekalipun.

Demikian juga orang yang makan ”riba”

Allah Subha nahu wataala telah menjelas dengan sejelas jelasnya bahawa orang yang makan riba sepertimana yang dinyatakan oleh ayat Quran Surah Al Baqarah ayat 175 yang bermaksud: orang orang yang memakan (menerima ) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung hayang kerana sentuhan (syaitan) itu.

Hal ini dapat kita lihat apa yang sudah, sedang dan akan berlaku itu. Lebih lebih lagi mereka itu walaupun sudah beberapa kali ke Mekah, apabila pulang ke Malaysia tetap tidak berubah, sedangkan sudah ”dikitar semula”.

Malah mereka itu semakin ”jahat” dan ”rakus”.walaupun boleh masuk dalam kaabah yang barangkali tiada dosa seperti kanak kanak yang baru lahir.

Tetapi malanngya tidak sepertimana yang didifahami oleh merekan yang megerjakan Haji dan Umrah.

Allah telah berjanjidengan seratus ribu kebaikan apabila beribadat didalam majsid Haram, Mekah dan seribu kebaikan apabila beribadat dalam maasjid Nabawi madinah.

Kita juga kenal ingat bahawa kejahatan yang dilakukan didalam kedua dua masjid tersebut juga akan menerima kecelakaan sebanyak seratus ribu kali ganda juga dan seribu kali ganda juga.

Mereka tetap ingkar dan tidak mahu menerima kebenaran

Sebab itu kita tidak hairan dengan apa yang sedang berlaku walaupun mereka seorang Islam yang sudah beberapa kali Ke Mekah untuk bertaubat, kerana mereka orang Islam dipihak 72 puak yang dinyatakan.

Kalau mereka berada diatas nama satu puak yang diakui oleh Rasulullah SAW itu sudah tentu, tiada politik wang, Tiada rasuah, beli orang itu beli orang ini.

Oleh itu jangan mengharap Umno akan jadi baik, jika orang jahat naik jadi pemimpin, PKR dan PAS pun tidak terkecuali jika pemimpin yang naik bukan kalangan atau golongan orang yang disebut oleh Rasulullah SAW.

Mereka yang terdiri daripada 72 puak jelas tidak boleh dipakai walaupun dikitar semula.

Yang menghairankan kita masih ada orang yang percaya mereka itu boleh buat lebih baik atau menjanjikan kebaikan apabila memerintah dan jadi pemimpin.

Bagaimana mereka boleh buat baik sedangkan mereka orang jahat, kecuali dia masuk Islam sepertimana Umar Al Kattab.

Anak Ghafar said...

Dato'KJ.

Saya merojok kapada komen Dollah Talasco.Talasco itu syarikat Insurance yang di tubohkan oleh Pemuda UMNO zaman Dato Harun Idris.TALASCO bermana TAHAN LASAK.Abdullah merupakan pengasasnya tapi ia dah meninggal dunia.

Saya setuju dengan komen Dato berhubongan pindaan Perlembagaan menghadkan kuasa Raja.Ini bermaana Sultan dan Raja pun manusia biasa dan hormat kita kaatas institusi Raja dan bukan Raja itu sendiri.Jikalau ia melakukan kesilapan,tidak ada salahnya kita menegor.

Sultan Perak dan anaknya Raja Nazerin merupakan sultan yang arif dalam undang2.Jika itu intepresinya akan undong2 tuboh negeri Perak tidak ada salah kita mencabarnya di mahkamah.Ini berbeza jika kita mencemoh dan memakinya.Ini bukan sifat Melayu Islam.Juga satu kesilapan yang besar dan fitnah yang jika akhbar Utusan dan Berita Harian memutarkan berita yang tidak benar.

Saya ingat Pemuda UMNO sekarang telah hilang taringnya.Kelantangan Mukriz dan Khairy oleh kerana pertandingan akan berlaku bulan Mac ini.Dari segi agendanya Kosong.Orang Kampong maseh menderita kemiskinan.anak2 muda Melayu banyak mengangur dan ketagih dadah.Untok menghadapi kelantangan pengkritik tidak kira dari siapa,kita mesti berseedia untok berhujah dengannya dan bukan menganas dan menyerang orang.

Di sini kematangan UMNO di persoalkan dan kalau inilah budaya yang di bawa oleh Najib dan sepupunya Hishamudin saya ucapkan GOOD LUCK?.

Abi Ayyub said...

Dato,

Saya rasakan, masalahnya sekarang ni UMNO dah ketandusan pemimpin yang berkaliber. Jadi yang ada tu semuanya dah tak mahu/boleh lepaskan apa yang ada. lagipun ada yang masih mengharap. Yang tinggal pula ramai yang dah jadi "DEAD WOOD" kat mana pun tak laku. Jadi teruslah dalam UMNO.

Yang muda pula, seronok tengok apa yang boleh dapat melalui UMNO, maka masih lah mengharap kot kot melekat sikit, jadilah. Yang samseng tu nampaknya ramai, bukan nak buktikan kecemerlangan diri, asyik nak cari short cut.

Yang jadi isunya, ramai yang berkaliber dan berkualiti meluat dan menyampah tengok gelagat pemimpin UMNO, maka kalau serious nak berpolitik sudah pasti mereka pilih selain UMNO. Yang kurang berminat pada politik, mereka akan berkata dan membaca dari sudut alternative bagi memastikan kesahihan sesuatu isu... dan akhirnya waktu mengundi, asalkan bukan UMNO/BN.

Sekarang lebih mudah memikirkan ... asal bukan UMNO/BN.

azienmat said...

Tindakan Pemuda itu adalah proses kearah kematangan politik. Itu yang telah dilakukan senior politik mereka waktu muda dulu seperti gerakan belia yang terkenal kerana Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali dsbgainya.

Kematangan politik bagaimana yang anda maksudkan harus dilakukan Pemuda-Pemuda melayu itu?

Persoalan dari insiden itu adakah benar pemuda mengasari atau memukul karpal? Kalau Pemuda membelasah karpal waktu itu sekalipun adakah ia tindakan yang tidak matang juga?

Bukankah pemuda-pemuda masuk secara sah, seperti mana yang diakukan penyokong pembangkang juga. Dan Pemuda tidak akan masuk jika Parlimen tidak mengizinkan.

Saya melihat pemuda ingin minta penjelasan kenyataan peluru 'celaka' si karpal di Parlimen, walaupun si biadab ini sudah tarik katanya tapi adakah dia minta maaf atas keceluparannya.

Pendapat saya tindakan pemuda itu adalah berpatutan. Menahan wheelchair 'King Karpal' (tak spt menahan kereta Raja di Perak) kemudian minta penjelasan, kalau dia kata sudah tarik balik sekalipun dia perlu minta maaf.

Bagaimana pula tuduhan mengenai peluru, bukankah nyata fitnah yang jahat, dan fitnah itu dilakukan Parlimen yang mulia, boleh pulak?

Apakah di Parlimen ahli Yang Berhormat kebal untuk mengatakan segala-gala termasuk memaki, mengeluar kata kesat dan memfitnah. Kemudian suka rela menarik kembali tanpa minta maaf.

Rasionalnya tindakan pemuda itu;
Masuk Parlimen secara yang betul.
Berjumpa dengan karpal di Parlimen.
Bersesuaian kenyataan celaka karpal dibuat di Parlimen.
Minta penjelasan.
Karpal sudah tarik balik.. sebab apa dia tarik? sebab Parlimen suruh tarik atau dia memang rasa kenyataan itu salah.
Nah, kalau bersalah tak perlu minta maaf?
Bagaimana nak minta Karpal minta maaf, dengan paksaan atau membelasah sebagai jalan terakhir walaupun boleh mengundang padah ke Mahkamah sekalipun, itu yang berlaku.

Justeru tindakan Pemuda itu adalah tindakan spontan yang boleh berlaku kepada sesiapa saja termasuk anda sendiri. Tapi saya sokong tindakan pemuda tidak hantam sama 'orang tua cacat, gila pula' tuh..

Apa-apa pun pemuda itu akan di hadapkan ke jawatankuasa khas diParlimen atau kemahkamah sekalipun sedangkan karpal berdebah itu kebal dan bebas begitu saja?

Apakah adegan ini realiti yang kita terima sekarang bahawa sesungguhnya BN itu jahat dan PR sajalah Baik kelakunya, BN salah PR sajalah Betul segalanya. BN itu Haram dan PR itu tanpa ragu Halal sehalal-halalnya!

Melabur emas pun bagus dari melabur untuk orang politik..

-azienmat-

mahadett said...

Biasalah, yang orang LAIN rasakan tak layak merasakan diri layak. yang orang LAIN rasakan layak merasakan diri tak layak PULAK.Ada yang benar-benar layak tapi tak mau turut serta pulak tapi bukan main lagi dok kritik orang yang merasakan diri layak.Lumrah manusia berbangsa Melayu. Yang bukan AHLI UMNO pun sibuk pasai pemilihan UMNO tu buat apa. Kalau dok kata UMNO dah tak relevan dan sinonim dengan bangsa Melayu dok kalut dengan depa buat apa.Tapi kalau kita masih dok kalut dengan UMNO dan pemilihan Pemimpin UMNO bermakna kita masih dok rasa apa yang berlaku dan akan berlaku dalam UMNO masih terpalit kat kita jugak sebagai bangsa Melayu maka UMNO masih relevan untuk Melayu. Kalau kita dah rasa UMNO tak relevan untuk kita, dok ambil pusing pasai UMNO buat apa, biarla UMNO kat depa yang dok bergelut.Kalau punah UMNO pun kita tak dak apa-apa kesusahan.Kitar semula ka dak ka menunjukkan bahawa bangsa Melayu ketandusan pemimpin berkualiti untuk memimpin dalam kancah politik. Sebab tu kena recycle kot.Tapi kalau dilihat keseluruhannya samada dalam UMNO ka, BN ka, PAS ka, PKR ka, DAP ka atau yang lain-lain parti politik, betulkah dikalangan kita rakyat Malaysia ada pemimpin-pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti atau diharapkan untuk dinobatkan sebagai pemimpin? Orang kita cukup terpesona dengan yang pandai bercakap tapi tak pandai buat kerja, orang kita tak tertarik lansung kalau pandai buat kerja saja. Kalau jadi hero demonstrasi jalanan, tunjuk perasan, kepung orang dan sekat jalan, boleh baling batu dan tunjuk lagak dengan polis, tulis blog hina ,maki hamun dan cerca orang boleh dianggap pemimpin yang jenis macam ni kita ada banyak.Belambak.....tapi inikah yang kita mau

clean said...

Datuk..

berapa dapat untuk iklan brasso tu?

TiCO said...

YBhg Dato` Kadir

Apabila harga besi buruh tak laku ramai Mat Spastik mula masuk kebun. Ambil pisang, tebu, nangka, apa jugak yang ada di kebun. Ini fenomena baru. Beralih daripada sektor penidustrian kepada pertanian. Jenayah paling lumrah pada masa dulu, iaitu curi ayam kini kembali aktif. Jenayah pun turut dikitar semula.

Pusat pengumpulan besi buruh yang ada di tepi jalan semakin menyakitkan mata. Banyak yang terabai dan ditinggalkan. Sakit mata memandang.

Dulu orang pau orang kat parking kereta dah kurang. Sekarang ni, pegi saja tempat parking kereta dah kena pau. Ni pun trend kitar semula jugak ni.

A KADIR JASIN said...

Sdr Tico,

1. Dulu pencuri ayam di Kedah dipanggil "kawar". Dia ciru waktu malam bila ayam dalam reban. Dia curi dan lari;

2. Ada orang kata kawar itu dari perkataan Inggeris "coward" (penakut)...betul la kot. Dia curi dan cabut;

3. Alhamdulillah kalau ada lagi orang kampung pelihara ayam. Sekarang yang ada tanah dan laman elok lancarkan projek Buku Hijau sendiri;

4. Sdr Tico, tak dapat duit. Nak tunjuk kepada orang muda apa dia Brasso;

5. Orang muda sekarang tak kenal Brasso lagi sebab kerja rumah tak kena buat atau di buat oleh orang gaji.

6.Lagipun di rumah sekarang tak banyak kepengkapan logam lagi...semuanya plastik.

Terima kasih.

OKJ said...

Dear Sr. Mahadett

Saya benar-benar setuju. Kalau pemilihan PAS ke, PKR ke, DAP ke, tak sebok pun, tapi pemilihan UMNO jadi buah mulut orang melayu. Maknanya, rasa sayang tu masih ada kat UMNO cuma ialah; sayang anak tangan tangankan (tapi jangan sampai mendera). Rakyat Malaysia 27 juta, ahli UMNO 4-5 juta, Bukan takde Pemimpin sejati, Cuma tak muncul lagi ituje. Kalau rasa sayang, daftarlah secara UMNO online. Tiada paksaan dalam Islam. Dalam Islam senyum itu sedekah, dalam perubatan senyum itu awet muda..
Dato’ senyum sikit baru nampak muda dan selalulah bersenam.TQ

Anonymous said...

Dear Dato' AKJ,

The mention of Brasso conjures up memories of Ramadhan during my growing up years when we had to polish all the bronze ware.It is a labour intensive procedure.But how we ooohed and ahhed at the gleaming tepak sireh and the candlestand.

You talk of recycling plastic. Recycled plastic will never have the same high quality of new plastic. The tensile strength somehow declines when you reheat the polymer.The lustre too!

How about silicon? Perhaps we need a new bin with the sign "silicon only".

Yes we are a green nation. Ooops used the wrong colour. I meant we are great as we become environment friendly.

Dorothy Hodgkin

rocky said...

dakj,

actually there are lots of recycle plastic used in lots of product. The discard plastic, well most have value and are collected and reprocessed and then used by lost of plastic producers.But no where they are claimed as good as the virgin material and there are problems when using recycle material.

for politicians, well is there value? they claim they are good as ever, not less superior. Just look at K.Toyo, he is now making lots of noise but then his whole tenure as MB is full of questions. Yet he claims he is the one that UMNO Youth needs and UMNO needs to be more Islamic cos that is why the voters rejected. what a joke. Voters actually voted for parties who said they will be clean and work for the rakyat which is very Islamic. So to UMNO Youth why choose a looser. Even KJ is better than K.Toyo and so is Mukhriz. But due to money politics, UMNO is not getting good candidates.

Now between them and plastics, I go for plastics cos I can use them and export to my customers and make some money for my company and my people and contribute to the country which we've been doing

as for Karpal, I may not agree with all he says but I respect him for his guts and the man is within the law. he never called anyone Natang like UMNO. So really UMNO needs to come clean, people know they are playing games where they can call royalty Natang and when Karpal states what is within the law, UMNO makes a big sandiwara.

also may i ask, can't the UMNO Youth Chief and his deputy is unable to defend UMNO Youth in parliament? do they ened this 20+ guys to show up in Parliament? what is next?

so please give our elders some respect, no need to show your manhood more so against one who is in a wheel chair. Jantan ke itu?

dan kajang said...

As'kum Dato',

1. Kitar semula barang plastik memang bagus bagi mengatasi masalah pencemaran alam serta mengelak pembaziran.Malah dalam keadaan climate change sekarang, penggunaan barangan plastik sepatutnya mula dikurangkan atau dihapuskan.

2. Namun bagi mengitar semula Orang Politik ia mempunyai implikasi yang berbeza, ada baik dan ada yang akan memudaratkan.Ia akan menjadi baik jika orang yang dikisar semula itu adalah orang lama atau veteran yang efektif dan bijak.Mereka ini sebenarnya masih tajam pemikiran dan masih dihormati.Cuma mereka mungkin tertinggal akibat keadaan masa atau perkembangan politik semasa yang begitu rakus.Sebagai contoh pemimpin yang masih aktif adalah seperti Ku Li,DS Rais Yatim dan beberapa lagi.

3. Mereka ini masih tajam pemikiran mereka jika dibandingkan dengan kebanyakan pemimpin sekarang.Alangkah ruginya kita jika mereka ini diketepikan.Oleh itu kepimpinan baru Umno dibawah DS Najib seharusnya menimbangkan mereka ini dalam arus perdana kepimpinan negara walaupun jika tidak berjaya dalam pemilihan Umno kelak.Mereka ini tentu akan dapat memberi sumbangan yang berkesan kepada negara dan Parti.

4. Bagi mengitar semula orang politik yang kedua pula ialah mereka yang telah gagal samada atas sebab tidak berkesan lagi, atau kesalahan moral yang dilakukan atau kepimpinan yang tidak lagi diterima yangmana mereka menjadi antara penyebab kekalahan BN dalam PRU 12.Mereka ini sepatutnya sedar dan cermin diri sendiri dan berasa malu kepada jenerasi baru kerana mereka ini sebenarnya telah ditolak oleh rakyat.

5. Namun yang menjadi masalah ialah mereka ini masih beranggpan mereka ini bagus.Mereka sanggup mengguna apa saja cara samada wang ringgit,gadai maruah bangsa dsb bagi memastikan mereka tetap berada di atas.Dalam pemilihan parti yang akan datang,walau pun dilarang mengunakan kedudukan dalam Kerajaan tapi mereka ini sanggup menggunakan wang peruntukan dari Kementerian di bawah kepimpinan mereka atau Kerajaan di bawah kepimpinannya untuk tujuan berkempen jawatan.Rakyat nampak semua ini.Ada calon jawatan tertinggi parti yang rasa tidak malu mengatur program Negerinya diadakan di negeri lain yang tidak ada kena mengena dengan negeri di pemerintahannya semata-mata untuk kempennya.Ada juga calon kitar semula yang rasa tidak malu meletakan dirinya sebagai "Arkitek Ekonomi Desa" walaupun baru sahaja memegang jawatan itu tidak sampai setahun semata-mata untuk menonjol muka plastiknya.Sebenanya rakyat muak dengan calon kitar semula begini yang mana akhirnya akan memusnahkan kredibiti Umno.

6. Kita harap perwakilan PAU kali ini lebih arif membuat pemilihan mereka.Jangan pilih calon muka plastik sebagai pemimpin parti.

Anonymous said...

Dato

Saya tidak tahu samada mahu menangis atau ketawa apabila memikirkan barisan pemimpin kita yang flip-flop ini. Isu LCCT, IJN, tol, pengunaan nama Allah dalam penerbitan bukan Islam adalah bukan isu-isu kecil. Isu-isu ini kalau tidak ditangani dengan baik boleh membangkitkan kebencian rakyat dan huru-hara dalam negara. Saya sentiasa cuba membayangkan bagaimana pemimpin-pemimpin kita bermesyuarat tentang sesuatu isu sebelum dapat mencapai suatu keputusan yang rasional, logical, feasible dan viable. Saya amat pasti mereka bermesyuarat di bilik mesyuarat yang mewah yang lengkap dengan LCD dan pelbagai peralatan serba mahal dan canggih. Saya dapat membayangkan betapa bergayanya mereka dengan suit, tie, kasut dan pen yang berjenama. Yang saya tidak pasti adalah adakah perbincangan pemimpin-pemimpin ini dijalankan mengikut kelaziman mana-mana mesyuarat yang berkesan? Amat rumit bagi saya untuk membayangkan bagaimana menteri-menteri kita yang mempunyai segala kemudahan untuk bermesyuarat baik dari segi masa, wang dan manpower boleh mencapai keputusan-keputusan yang sentiasa flip-flop. Adakah pemimpin-pemimpin kita ini hanya menunggu masa untuk pencen sahaja atau disingkir oleh pengundi-pengundi dan sudah tidak ambil peduli samada negara Malaysia ini tenggelam atau timbul? Adakah barisan pemimpin yang ada sekarang sebenarnya tidak berkualiti dan tidak faham apa itu good governance? Adakah mereka sendiri sudah hilang motivasi untuk menjalankan tugas dengan berkesan memandangkan terlalu banyak campur tangan dari budak-budak tingkat empat? Apa-apa pun, rata-rata barisan pemimpin yang ada sekarang hidup di alam maya mereka sendiri dan menjadi bahan cemuhan dan lawak jenaka rakyat jelata. Sementara itu, masa depan negara Malaysia semakin tidak menentu akibat dari keputusan-keputusan dan polisi-polisi yang flip-flop. Or is it flop-flip?

Melati

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Memang ada persepsi mengatakan, 'jika dah bukan sokong UMNO, jangan masuk campur hal UMNO'.

Saya nak minta mereka yang berpendapat demikian, cuba semak balik. Dari jumlah pengundi di Malaysia, berapa peratus yang berdaftar sebagai ahli parti politik.

Masa musim mengundi (PRU atau PRK), begitu banyak usaha dan wang dijuruskan kepada peraih undi dari rumah ke rumah tu pasal apa?

Kalau betul pun ahli UMNO 4-5 juta, dah tak perlu ke undi bukan ahli UMNO? Masa PRU12, jumlah besar undi yang calon UMNO dapat di seluruh Malaysia, berapa juta?

Jangan lupa, kita mengundi 4/5 tahun sekali tapi kita memerhati sepanjang masa.

Lagipun, saya percaya yang ramainya bukan marah sangat kat UMNO, sekadar tak puas hati dengan (majoriti) pemimpinnya yang ada sekarang.

Merujuk kepada isu flip-flop, saya tidak pasti atau mungkin terlepas atau terlupa. Ada ke Majlis Ulama Malaysia buat apa-apa fatwa/statement berkenaan perkara ini? Ini tentunyah isu yang lebih besar berbanding isu yoga.

Dalam kes ini, adakah Mahkamah Tinggi akan merujuk silang kepada Mahkamah Syariah? (dalam perundangan Malaysia, sekadar isu 'civil' atau isu agama?)

Banyak perkara yang saya kurang jelas.

Namun alasan 'masalah pentadbiran' bagi isu sebesar ini memang menyedihkan.

p/s menjelang pembentangan bajet II bulan ini, harap Dato' dapat beri ulasan. Harapnya bukan sekadar kadar elektrik, juga:

1.harga gas memasak selain harga petrol/diesel juga dapat diselaraskan kepada harga pasaran terkini.
2.Insentif kepada kemudahan kredit yang lebih mudah dan murah untuk pembelian rumah dan belanja modal.
3.Pembekuan sementara kenaikan tarif tol dan air selain caj pengangkutan awam dan komersil.
4.Penyusunan semula kredit konsumer termasuk disektor perbankan dan kerajaan terutama pembayaran balik PTPTN.
5.Peningkatan kecairan wang yang tidak berfokus kepada FDI tetapi kepada peningkatan supply-demand bagi SMI tempatan (termasuk sektor perladangan berasas makanan dan pekebun kecil).

Jika fokus bajet lebih banyak menumpukan kepada Sarawak semata-mata seperti yang diura-urakan, saya akan berasa amat kecewa.

MARI BERSATU said...

Ybhg. Dato.

Topik ni memang best, memang kena, dan pasti akan ada yang kecik hati, atau terasa atau marah atau dendam dengan Dato.

Betul...kita perlukan pemimpin yang baru, bukan pemimpin tua yang kelihatan negeri, dari dulu dia tak ada peluang naik. sekarang setelah semua yang bagus bersara dia rasakan dia boleh jadi pemimpin...Contoh dan huraian dari tulisan Dato dapat saya simpulkan seperti berikut :

Disebabkan sebelum ini HARIMAU, GAJAH, SINGA menjadi raja di hutan, maka BEROK tak berkesempatan memimpin masyarakat hutan.

Bila GAJAH, HARIMAU dan SINGA telah tua dan bersara (dipaksa turun) maka munculah BEROK, KELDAI, KAMBING ingin masuk bertanding harap-harap dapat memimpin masyarakat hutan...

Sebenarnya kalau masyarakat hutan ini memilih berok sebagai pemimpin baru bermakna KUALITI kepimpinan akan semakin menurun, kerana ini merupakan kualiti yang di "reject" sebelum ini kerana sebelum ini kita menggunakan ROTAN ASLI, tapi bila rotan asli sudah tiada kita akan berkata tiada rotan akar pun jadi...tapi ini masalahnya ialah KITA DI PAKSA MENERIMA pemimpin yang RECYCLE ....yang kalah dalam pilihanraya, yang negerinya kalah..orang macam ni nak jadi pemimpin ? OOOOOO duit punya pasal

MARI BERSATU said...

Negeri dah kalah pilihanraya masih ada hati nak jadi pemimpin....sedar diri ke tidak ni..

Anak Perak said...

Datuk,

Bercakap tentang tandas kotor saya rasa bukan tandas masjid dan surau saja yang kotor tetapi tandas-tandas awam dan komplek membeli belah yang kena bayar pun kotor. Kebanyakannya tak ada kertas tisu atau kertas "toilet" dan sabun untuk basuh tangan.

Sepatutnya sediakan kemudahan-kemudahan ini. Bolehlah gunakan kertas "toilet" sebelum basuh. Jadi taklah berbau sangat.

Anonymous said...

Salam, to call Natang or celaka are just wrong may it be from Umno or PR or anybody. Just plain rude.
ml

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).