Sunday, June 28, 2009

Dulu Dituduh Kafir, Sekarang Dikata Ayah Pin

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PEMBAHAS OKJ, antara lain, menulis; “Boleh Dato’ tulis sikit mengenai samakan UMNO dengan ajaran sesat Ayah Pin, Komunis dan Chin Peng serta komen mufti dalam paper hari ini.”

Terima kasih kepada Sdr OKJ, para pembahas, pelawat dan pengikut tetap yang telah mendaftarkan diri sebagai “followers.” Hari ini komuniti “followers” kita berjumlah 550 orang.

Saya nak bagi sikit pandangan saja. Tak payahlah saya ulang sebut nama orang tertentu itu. Kita semua tahu siapa dia. Tak payahlah kita dewa-dewakan sangat. Kita semua manusia. Ada kekuatan dan ada kelemahan.

Kita semua sudah kenal manusia atau insan yang suka buat kenyataan yang Orang Putih kata “outrageous” itu. Dalam bahasa Melayu, “outrageous” ni lebih kurang tak masuk akal atau bukan-bukan.

Lagipun, kerja mengkafirkan Umno atau mana-mana kelompok Muslim bukanlah perkara baru. Ia berlaku dari semasa ke semasa sejak zaman berzaman lagi. Bukan di negara kita saja, malah di seluruh dunia. Bukan di kalangan orang Islam saja, malah dalam semua agama dan kepercayaan.

Orang yang mengaji di pondok, tinggal dalam kawasan pondok atau berdekatan pondok, tahulah penyakit ini. Senjata paling bisa menikam musuh sesama muslim adalah dengan menuduh seseorang itu kafir, sesat, murtad, jahil dan seumpamanya.

Malah tok-tok guru pondok dan lebai-lebailah yang paling terdedah kepada membuat tuduhan dan andaian seperti ini.

Itulah cara mereka mengawal dan mengepung pengikut mereka dan menolak orang luar yang mengancam periuk nasi mereka, termasuklah orang luar yang lebih warak dan lebih berilmu daripada mereka.

Saya membesar dalam persekitaran pondok. Allahyarham ayah saya mengaji pondok. Tetapi dia mengambil keputusan tidak jadi lebai walaupun dua kali mengerjakan haji dan sebulan sebelum dia meninggal dunia, dia khatam al-Quran empat kali, dengan membaca terjemahannya sekali.

Ramai saudara maranya tok guru pondok dan lebai yang disegani. Tetapi, macam manusia biasa juga, tok guru dan tok lebai tidak terkecuali daripada bercakap bukan-bukan.

Hanya tok guru yang paling tinggi pekerti dan akhlaknya saja yang tidak mengeluarkan petua, arahan atau pandangan yang bukan-bukan. Apatah lagi mengatakan Tuhan mencarut.

Mereka cakap dengan penuh sopan santun, lembut dan dengan nada memujuk. Tetapi ada juga tok guru pondok yang berkhutbah bukan main lagi tapi membutakan mata dan memekakkan telinga kepada perkara-perkara buruk yang berlaku dalam pondok mereka. Dalam pondok pun ada maksiat.

Bukan apa, tapi sebab tidak semua penghuni pondok dan anak buah tok guru itu orang alim atau orang baik-baik. Ada yang jadi orang suruhan dan pekerja saja.

Kalau di Kedah pada zaman dulu, tok-tok guru ada banyak bendang dan dusun. Jadi mereka inilah yang dikerah mengerjakannya.

Di tempat saya, dulu ada dua orang tok guru adik beradik yang sangat dihormati. Kedua-duanya sudah kembali ke rahmatullah, iaitu Tok Guru Haji Aziz dan Tok Guru Haji Razak.

Alhamdulillah, tradisi keilmuan dan kesederhanaan yang mereka amalkan berterusan dengan adanya sekolah yang mereka asaskan di Pendang.

Di Kedah juga, isu orang Umno dikafirkan bukan baru. Itulah inti parti kempen terhadap Umno pada tahun 1969 atas alasan Umno berpakat dengan MCA dan MIC dalam Perikatan.

Tetapi sekarang bukan Umno saja yang berpakat dengan bukan Islam. Parti Islam pun dah berpakat dengan bukan Islam. Jadi tidak timbul atau tidak kedengaran lagilah soal Umno kafir.

Maka digantikanlah dengan tuduhan-tuduhan baru seperti yang Sdr OKJ sebut itu. Politik, saudara!

Tak tahulah saya macam mana Umno boleh disamakan dengan Ayah Pin, pengganas komunis dan Chin Peng. Kalau tak silap saya, Kerajaan Terengganu yang dipimpin oleh Umno itu pun dah lama haramkan ajaran Ayah Pin.

Tapi Jabatan Agama dan polis nampak macam “relax” saja dalam hal Ayah Pin ini. Itulah sebabnya ada orang percaya Ayah Pin pandai ilmu ghaib.

Komunis yang saya tahu, tak toleransi terhadap agama. Masa saya melawat Kesatuan Soviet sebelum keruntuhan empayar komunis itu, banyak masjid dan madrasah di wilayah Islam di Asia Tengah (Central Asia) sama ada ditutup atau ditukar menjadi pusat kebudayaan.

Tidak dengar pula Kerajaan yang diterajui Umno buat kerja yang sama. Yang saya tahu, di Kelantan penuh dengan pondok dan madrasah. Malah tak salah kalau kita kata Kelantan adalah sebuah pondok yang besar yang diperintah oleh seorang Tok Guru.

Mengenai komen Mufti Perak, saya setuju. Orang Melayu jangan taasub sangat dengan ideologi politik dan cakap orang politik. Agama, bangsa dan kelangsungan lebih penting.

Orang bukan Melayu, khasnya Cina, mereka pun berparti. Malah mereka ada lebih banyak parti. Tapi matlamat pokok mereka sama, iaitu kuasa politik dan kuasa ekonomi untuk kaum mereka. Kita pula macam kera sumbang, terhegeh-hegeh malu hendak pertahankan hak kita kerana takut dituduh perkauman.

Jadi lebih kurang macam itulah pandangan saya mengenai perbuatan menyamakan Umno dengan ajaran sesat Ayah Pin, komunis dan Chin Peng serta komen mufti mengenai perpaduan.

Terima kasih.

103 comments:

Roti Planta said...

Dato',

Setiap manusia ada kesilapan terutama ahli politik kadang-kadang terlepas cakap termasuk TGNA.

Namun yang saya tidak suka ialah wartawan yang dok hulur microfon tu kadang-kadang suka buat provokasi, hanya tunggu nak catat apa-apa yang outrageous terkeluar daripada mulut ahli politik pembangkang. Mereka akan pulang dengan kecewa (tiada berita) andaikata TGNA bercakap pasal dakwah, nasihat, pentadbiran Kelantan dan apa-apa yang baik-baik. Namun kalau TGNA silap cakap.. wow! macam dapat bonus setahun gaji.

Berlainan pula jika pemimpin kerajaan bercakap. Malah kadang-kadang Menteri bercakap macam budak tidak sekolah tetapi sering diperbaiki supaya nampak menyakinkan dan cerdik.

Maklumlah wartawan pun nak cari makan! Dato', malah dah terbukti ramai wartawan pengampu dan cari makan ini menjadi MP, ADUN, dilantik untuk mengetuai GLC dan sebagainya

Bye/Roti Planta

MANTRA said...

Salam Dato'

Orang seperti saya, yang mungkin akan dengan senang2 dicop sebagai jahil, bakal masuk neraka kerana tidak menutup aurat... tidak layak bercakap tentang agama dengan mereka2 yang berbelit2 serban dan kata2nya...

I have only one request from these people... JANGAN SEKALI-KALI MEMFITNAH AL QURAAN DAN HADIS MENTELAH LAGI MEMFITNAH RASULULLAH SAW...

Rasul kita tidak pernah menyeru umatnya membenci satu sama lain..

Sekian. Wassalam

mrakunman said...

Salam Dato, saya rasa pandangan Dato itu dikongsi bersama rakyat yang netural seperti Dato. Kalau kita mengunakan akal yang waras.. isu samakan UMNO dengan Ayah Pin atau chin Ping, tidak akan diterima. Penyamaan ini, seolah-olah tiada isu lagi yang perlu diketengah demi polimek. Biasalah seorang pemimpin berusaha mencari isu agar tidak kering isu, untuk mengikat penyokong. Bagi penyokong yang sudah taksub, apapun isu yang diketengahkan pasti dianggap betul. Namun, dalam suasana sekarang ini,kita kenalah guna akal fikiran kita untuk menilai mana yang betul mana yang tidak betul. Janganlah jadi seperti kerbau dicucuk hidung.

pakbelalang said...

Gini je lah.Kita biarkan je lah Tok Guru ni cakap merapu-rapu. Kita ibaratkan Tok Guru Nik Aziz ni dah "nyanyuk". Itu sebab kebelakangan ini dia dah buat kenyataan-kenyataan yang sungguh melucukan. Kenyataan yang tidak ada substance hinggakan orang-orang PAS pun jadi bingung.
Kenyataan Tok Guru tidak memperlihatkan dia sebagai seorang "ulamak" yang berwibawa.

Is he really a spiritual leader?
Is he really a Muslim scholar?
I have my doubt.

What exactly he has contributed to the well being of the Ummah? What is his vision? Nothing, as far as I am concerned.

pakbelalang said...

I just cannot imagine if PAS were given the chance to govern this country from the beginning of our independence.I think Malaysia would have become a failed Muslim country just like Somalia, Afganistan and Sudan. There would be chaos and most probably the US would have their military base in Penang or in Singapore to "recolonise" Malaysia.

OKJ said...

Salam DAKJ dan terima kasih kerana memberi perhatian.

Mufti Perak telah dicerca disebabkan menegakkan kebenaran. Pihak yg mencerca pula adalah parti yg kononnya lebih Islam dari orang lain dan kononnya lebih tahu dari orang lain. Subhanallah.

ISLAM ITU BERSAUDARA

Berikut adalah beberapa terjemahan Al Quran dipetik dari temubual Mufti Perak.

Firman Allah dalam surat al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud, "Sesungguhnya orang Muslim itu adalah bersaudara kerana ini damaikanlah antara keduanya saudara kamu dan bertakwalah kepada Allah semoga kamu mendapat rahmat-Nya."

Celaka bagi orang yang sembahyang tetapi lari daripada hikmah sembahyang itu sendiri. (al-Maa'uun: 4-5)
Firman Allah: Wahai orang yang beriman, janganlah satu kaum mencela kaum yang lain, boleh jadi mereka yang dicela itu lebih baik daripada yang mencela dan janganlah para wanita mencela wanita yang lain, boleh jadi wanita-wanita itu lebih baik daripada wanita-wanita yang mencela dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri, dan janganlah kamu saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk-buruk… (al-Hurujat: 11).
"Seorang Muslim itu adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya kepada musuh… janganlah kamu saling berhasad dengki, janganlah saling bermusuhan dan janganlah kamu saling menipu… jadilah kamu semua hamba-hamba Allah yang bersaudara."

Sesungguhnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan di antara kamu… (al-Maidah: 9).

Sebagai umat Islam kita sepatutnya kasihkanlah sesama Islam sepertimana sabda rasulullah ‘kasihkan saudara kamu sepertiman kamu kasihkan diri kamu sendiri’.

Ini samakan saudara seislam dengan ajaran sesat Ayah Pin, komunis dan juga Ching Peng. Kalau berdosa dengan tuhan, bertaubat dengan Allah, tapi kalau berdosa dengan manusia kena minta ampun sesama manusia. Ahli UMNO lebih 3 juta. Kalau ramai yg tak maafkan susah juga dekat padang mahsyar nanti.

Bersambung.

OKJ said...

Sambungan;

3 MUSUH SEBENAR ISLAM IAITU YAHUDI, ORANG KAFIR, ORANG MUNAFIK

Disini saya nak tambahkan lagi sikit. Sesungguhnya musuh Islam adalah dari kalangan tiga kaum iaitu YAHUDI, Orang KAFIR dan juga orang MUNAFIK yang disuruh kita tentang mereka habis habisan. Tentang kaum YAHUDI, sudah terang lagi bersuluih. Tak payah nak dijelaskan lagi.

Tentang orang kafir pun begitu jelas di dalam Al Quran. Mereka juga (Di Malaysia) tanpa takut mengeluarkan kenyataan langkah mayat dulu sebelum menegakkan Islam. Tapi malangnya PAS sudah terpesong jauh dan sanggup mencerca sesama muslim tetapi berkawan dengan syaitan dan orang kafir laknatullah. Mereka (orang kafir) membaca Al Quran di depan To’ guru pun dah tak apa.

Demi saesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yg keras sekali permusuhannya kepada orang orang yang beriman ialah orang orang Yahudi dan orang orang Musyrik (surah al maidah, 5:82)

Kalau dibaca kisah zaman rassulullah dulu, semasa baginda menyebarkan islam, baginda ditentang oleh ketiga tiga golongan diatas dan baginda selalu mendoakan para sahabatnya. To’ Guru PAS pula berkawan dengan syaitan, kafir, peliwat dan sex bebas dan mendoakan kebinasaan ke atas sesama Islam. Astagfirullahalazim.

Firman Allah: Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan baginda adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka (Muslim)…(al-Fath; 29)

GOLONGAN MUNAFIK

Dan satu lagi adalah golongan munafik. Sifat-Sifat munafik adalah berpenyakit hati, melakukan kebinasaan di muka bumi, menuduh orang mukminim dengan bodoh dan tolol, kuat pemusuhan dan bongkak dengan dosa.

Pertama; golongan munafik ini kalau istilah melayunya cakap tak serupa bikin, depan lain belakang lain atau dulu lain sekarang lain. Dulu haram berkawan dengan kafir tapi sekarang syaitan, kafir, peliwat dan sex bebas pun boleh.

Ayat 11 – 12 surah al Baqarah; dan apabila dikatakan kepada mereka itu janganlah kamu membuat kebinasaan (kemungkaran) di muka bumi, mereka menjawab sesungguhnya kami orang orang yg hanya membuat kebajikan (untuk kepentingan manusia) Ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka ini sebenar benar orang yg membuat kebinasaan (kemungkaran) tetapi mereka tidak menyedarinya

Kedua; tuduh sesama Islam sesat, mufti dicerca dan ulama digelar boneka jika menyokong kerajaan iaitu sifat menuduh mukminim dengan bodoh dan tolol

Ayat 13 surah al Baqarah bermaksud dan takkala dikatakan kepada mereka berimanlah kamu sebagaimana orang ramai beriman, Jawab mereka adakah patut kami beriman sebagaimana telah beriman orang orang yg bodoh dan tolol itu. Ketahuilah sebenarnya mereka adalah orang orang yg benar benar bodoh dan tolol tetepi mereka tidak mengetahuinya.

Ketiga berdendam atau sifat pendendam sehingga sekarang iaitu berpenyakit hati.

Ayat 10 surah al Baqarah bermaksud dalam hati mereka ada penyakit. Maka Allah tambahkan lagi kepada mereka, dan mereka akan mendapat seksa yg pedih dengan sebab mereka berdusta terhadap kebenaran.

BERTAUBATLAH DAN MINTA AMPUN DARI ALLAH DAN DARI UMAT ISLAM YG TERLUKA HATINYA. Sekian TQ.

Baijat said...

Salam Ahad untuk Pak Kadir.

Terima kasih atas hasil tulisan coretan hujung minggu.

Berkisar apa yang telah diluahkan, memang benar orang Melayu terlampau taksub dengan ideologi politik. Dijulang-julang, dijunjung-junjung dan dijaja-jaja sepelusuk tempat. Dari poster, sepanduk hinggakan ke T-Shirt pun ditonjolkan wajah mereka.

Yang buat saya geleng kepala, wajah - wajah mereka yang tertera di pelekat mengalahkan ikon lambang KFC (kepala Colonel Sanders).

Apakah mereka sedar bahawa orang yang mereka sanjung itu pun manusia biasa?

Saya menjadi hairan kenapa mereka taksub kepada orang sebegitu.Diajak bersatu, kononnya khianat kepada bangsa lain sedangkan mereka sendiri tidak mengetahui bangsa sendiri sedang bersusah sakit dan tunggang terbalik.

Saya berharap berdoa semoga dibukakan hati mereka untuk bersatu dan memajukan bangsa sendiri demi survival di tanahair yang tercinta.

Terima kasih

shahimah said...

Dek taksub sangat berpolitik, diorang ni lupa yang apabila tuduhan dibuat, orang lain biasanya tak pandang kepada yang tertuduh, tapi lebih cenderung untuk kutuk balik orang yang menuduh ni.

And diorang tak sedar yang bukan golongan dewasa sahaja yang membaca dan mendengar tapi golongan muda dan budak sekolah sekali. Entah apa pengajaran yang politician kita ni nak sampaikan kepada golongan muda pun saya tak paham.

Seri-Serodja said...

Salam,

Dulu masa PRU13, ramai orang UMNO takut untuk mengibarkan bendera Barisan Nasional. Takut di kutuk di kawasan perumahan ini.

Namun, kami sekeluarga memakai Tshirt dan memasang bendera BN, tambahan pula saya yang memang terkenal dengan kaki bahas, tak berani pula sesiapa yang ingin berkata apa apa.

Malangnya ramai yang ketakutan dan seriau untuk menyatakan sokongan mereka kepada Barisan Nasional yang makin lunyai di kawasan saya ini.

Walaupun saya tidak bekerja dengan kerajaan, sehingga hari ini kerajaan tidak pernah menggagalkan saya di dalam banyak pembangunan yang saya sendiri dapat merasakannya.

Qaseh Bonda said...

Datuk yang saya hormati...

Tok guru sekarang macam pelita...dok terang orang lain walhal dalam dirinya gelap gelita...

Alkisah dahulu kala seorang kanak2 membesar dalam kawasan sekitar sekolah pondok saling tak tumpah seiras tok guru..sewaktu ibunya menghembus nafas...sempat di bisikkan pada si anak tok guru lah bapamu...rahsiakanlah demi nama baik ibumu...walaupun pada hakikatnya perbuatan tok guru memang patut di sula...

Si anak membesar dengan baik hasil tunjuk ajar tok guru...di akhir hayat tok guru si anak sempat membisikkan yang dia tak dapat memndoakan tok guru..dia juga tak dapat memaafkan tok guru hasil dari kezaliman perbuatan tok guru..

Banyak lagi hikayat tok2 guru yang secara halus memesongkan akidah...Bila tok guru mula berbicara tentang politik...pengikut akan lebih taksub dari tok guru...

Carilah akhirat..kita dapat nikmat dunia bersama...bila mencari dunia dan akhirat..yang mana nak di dulukan tok2 guru sendiri jadi hilang arah..

Apa yang kita kena belajar dari bangsa asing..bila dapat hidayah Allah...mereka jadi muslim sejati..belajar Al Quran sehingga lancar bersama tafsir sekali...hormat ibu bapa walaupun ibu bapa belum sampai hidayah Allah..semua mereka dah di bekalkan dengan ilmu dunia jadi bila menerima hidayah jadilah mereka muslim yang takut untuk berpecah belah...muslim yang lengkap untuk beribadah..

Semangat setia pada keturunan terus di kekalkan melalui nama..

Orang Melayu yang bermegah dengan keturunan melayu dan Islamnya...

Tanyalah pada diri...hari ni aku menghafal berapa surah...

akuyan said...

ramai budak2 pondok dah menghalalkan ganja.... x caya? pi la kawan dengan depa..

ganja, ketum halal bagi mereka...

ada la nas2 yang menghalalkan cara mereka tu...

NGINAP SRENGENGE said...

Sebenarnya orang melayu sesat jalan.Kita yang dok berblog ni pun sesat jalan.Saya pun sesat jalan juga.Tak dapat lagi cari jalan keluar.

Semua adalah disebabkan politik.oramg melayu ni pakar berpolitik.Habeh jadi politaik.Semua dok amal politaik.Dari atasan ke bawahan.Saya selalu sebut,berkokok macam anjing,bersalak macam ayam.Berderai2 kokok dan salak tapi ekor bergelumang taik.Pemimpin tak bersih,jadikan rakyat bergelumang kotoq.Orang kotoq tak boleh pimpin orang.Seekor kerbau membawa selut,habeh semua terpalit.walaupun selut boleh membersihkan najis2 berat,tapi selut dari rasuah dan penipuan mengkotorkan lagi keadaan.

panjang lagi ceritanya.Melayu tak dapat cari jalan keluar,kerana pemandu2 dan pemimpinnya karut.semua ghairah dengan dunia.Nak sedar tak sedar,bila mampuih baru tau.

mie@nis said...

Inilah komen yang dirasakan paling tepat untuk mengulas isu tersebut.Tahniah Dato'.

-helmi-

el-Barokhas said...

Biasalah tu. Orang melayu kita tidak akan menentang Tok Guru. kalau digunakan logik dilabelkan secular - seolah-olah perkataan secular itu anti agama. Padahal Islam menuntut pengikutnya menggunakan fikiran yang waras. Maka itu di awal tamaddun Islam, para ilmuan Islam membuat penemuan demi penemuan berasaskan sains dan logik dalam berbagai-bagai bidang sains dan teknologi. Kini dunia bukan Islam mengguna dan mengembangkannya untuk menakluki dunia Islam yang hanya berpandukan kepada tokoh-tokoh politik yang menggunakan ilmu agama dan menggelarkan diri sebagai alim ulama. Jika Tok guru berkata UMNO itu sama dengan Ayah Pin maka betullah ia. Jika Tok Guru kata Tuhan itu samseng takkan ia sebaliknya.

hang_nadim2 said...

Salam Dato'

Umno rosak kerana rasuah, Pas rosak kerana kejahilan, walaupun Pas berjuang kerana islam, tetapi ia jahil tentang Islam.
Kalau begini cara orang melayu berpolitik, mampus lah kita......

Sekian terima Kasih.

Harap Maaf

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

ada cerita menarik di Manik Urai...

ikan, ikan..pemborong ikan..

kenapa PAS pilih abang UJI sebagai calon PAS walaupun hanya kelulusan SRP (kini PMR) yang lulus bahasa Melayu sahaja sebagai calon?

abe MIE 'TERJAH' said...

datuk, ayahpin kalau sokong PAS dikatakan superhero lah..

dulu lim kit siang tak sokong PAS kata syaitan, kini sokong kata pejuang....

dah nyanyuk kot..dulu nik aziz kata TUN Mahathir nyanyuk..sekrang siapa yang nyanyuk datuk...

Roti Planta said...

Dato,

Petikan ulasan Tun Abdullah berkenaan perkara ini:

“Dia terlajak cakap tu... tak elok buat tuduhan seumpama itu,” katanya.
— BERNAMA

Bukankah kata-kata PakLah ini lebih rasional daripada wartawan 'perhangatkan, benda tak penting.

Bye/Roti Planta

Denone_Permatang Pauh said...

Dato'

Saya kira orang Melayu, khususnya pengikut-pengikut PAS semakin tertutup fikiran mereka. Saya kira analogi Dato' mengenai Kelantan sebagai sebuah pondok besar yang diterajui Tok Guru amat tepat, sebab itulah ramai rakyat Kelantan masih bermentaliti pondok (read: tertutup fikiran). Tapi yang menarik, ramai anak muda Kelantan yang meyokong PAS tapi bila berada di luar Kelantan paling kuat buat maksiat. Kalau orang Melayu PAS masih boleh percaya kepada Tok Guru yang melabelkan UMNO sebagai Komunis, Sosialis dan Pengikut Ayah Pin, walhal PAS sedang berkongkol dengan bapak-bapak sosialis (PRM dan DAPSY), Karpal dan LKS yang menolak terus negara Islam, Anwar yang ideologi politiknya hanya nak jadiPM, saya kira kita sedang menghadapi masalah yang amat rumit untuk dirungkai. Masalah yang kita hadapi bukan sekadar perpecahan politik, tetapi manusia Melayu PAS yang dungu, buta dan pekak dek perbuatan Tok-Tok Guru dan Ulama mereka. Saya ingin menyeru kepada Tok Guru, hentikan dakyah yang merosakkan bangsa dan agama. Orang dok mempersendakan Islam dek kenyataan beliau yang Dato' rightly describe as outrages (tak masuk akal). Hanya orang yang tak berakal saja yang boleh terima kenyataan sedemikian. PAS o PAS...

Saya harap RTM, TV3 dan Bernama TV menyiarkan terus kenyataan tak masuk akal tok guru, supaya rakyat sedar. Orang bukan Islam bukan main seronok sekarang sebab, orang Melayu dipimpin oleh pemimpin yang kurang berakal, senang bagi mereka nak memperkotak-katik orang Melayu nanti. Orang PAS macam kaduk naik junjung, Tuhan bagi kuasa sikit sahaja, dah mula hilang akal. Esok seluruh kampung tergadai, baliklah ke pondok..

kluangman said...

Kerajaan Malaysia yang diketuai UMNO hari ini banyak teragak agak dalam mengambil tindakan dalam beberapa perkara sensitif sehinggakan kini semua itu tidak dpat dikawal, dibendung dan sudah sukar untuk di ambil tindakan.

Kerajaan tidak suka mencegah, mereka suka merawat untuk dianggap peka dan mahu dipuji.

Dari politik, kehakiman, ugama dan perkauman sampailah kepada penyakit seperti selsema babi ni pun - kerajaan ambil lewa dan 'cukup cukup sebok' bila sudah menular dan sukar dikawal.

Teguran Dato' di awal peralihan kuasa Paklah kepada Najib berhubung anak menantu dan isteri ipar duai nampaknya tidak memberi kesan, mungkin Dato' masih mahu menyimpan selepas 100 hari tetapi pengalaman harus mengajar Dato tentang terkilas ikan di air sudah tahu jantan betina.

Berita di media perdana - liputan ke arah Rosmah menjadi jadi dengan aktiviti yang kurang nilai beritanya.

Iklan 1Malaysia dengan memaparkan muka Najib seluruh pelusuk kampong bermaharajalela.

UMNO masih belum berubah. Jambatan kedua belum ada keputusan, sebok berbelanja buat kajian jambatan ketiga.

Anonymous said...

Tok guru ini kata umno ajaran sesat ayah pin. kalau saya ini orang yang berparti umno mengucap syahadah, sembahyang lima waktu, berpuasa dibulan romadhan, membayar zakat dan fitrah dan kalau diizinkan ALLAH S.W.T naik haji adakah saya didalam golongan ajaran sesat ayah pin. kalau tok guru ini rasa dah mulia dan maksum sangat lebih baik berhenti dari politik mungkin saya boleh terima kata-kata nya. Tapi faham-fahamlah maklumlah tok guru politik untuk kepentingan peribadi cakap pun dah jadi mengarut. saya sebelum ini tak pernah marah dengan orang yang dipanggil tok guru ini. Tapi sejak hal perpaduan melayu dan kata UMNO macam komunis dan ajaran sesat ayah pin betul-betul membuatkan saya naik darah dengan orang ni. Dan kepada orang-orang pas gunakan akal fikiran yang waras atau mengikut hukum akal dan nasihatlah tok guru ini supaya tak banyak dosa yang dilakukanya mengumpat dan mengeji orang yang berparti UMNO ni. Kami orang UMNO ini pun beragama islam dan sentiasa menganggap oran pas itu adalah saudara seagama cuma fahaman politik dalam menentukan corak membangunkan negara dan pemerintahan sahaja yang berlainan.

Mukhriz perak

HeroHuruHara said...

Pemikiran bernas sebegini dapat melegakan suasana kalut buat segelintir pembaca yang kurang mengkaji selain dari membaca apa tertera pada ruang bacaan

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,

Hanya tok guru yang paling tinggi pekerti dan akhlaknya saja yang tidak mengeluarkan petua, arahan atau pandangan yang bukan-bukan. Apatah lagi mengatakan Tuhan mencarut.

MAKANYA KINI TERDAPAT RAMAI ULAMAK YANG BERPENGETAHUAN DARI YANG BERILMU TERUTAMANYA DALAM TAFSIRAN ALQURAN DAN ADA YANG MEMESONGKAN SEPERTI BERKATA ' ALLAH PERNAH MENCARUT' DAN ADA PULA DISAMA ERTIKAN ALLAH DANGAN TUHAN.

JIKA SIFAT ALLAH SWT ITU ADALAH 'MAHA' MAKA DALIL AKAL KAMI AKAN MENYOAL 'ADAKAH ALLAH MAHA PENCARUT?' DAN ADAKAH SYAHADAT BOLEH DITERJEMAHKAN SEPERTI BERIKUT ' TIADA TUHAN(ALLAH) YANG KU SEMBAH MELAINKAN TUHAN (ALLAH) ATAU TIADA 'ALLAH'(TUHAN) YANG KUSEMBAH MELAINKAN 'ALLAH' (TUHAN)?'... NAUZUBILLAH..
TIDAK KAH GILA ISIN DIBUATNYA ANAK2 MELAYU/ISLAM YANG MASIH BERSEKOLAH DIMASA DEPAN?

KAMI MOHON AMPUN KEPADA PARA PEMBACA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

ALFATIHAH, AMIN.

pakbelalang said...

Sebagai ingatan bersama:

Volume 001, Book 002, Hadith Number 010.

Narrated By Abu Musa : Some people asked Allah's Apostle, "Whose Islam is the best? i.e. (Who is a very good Muslim)?" He replied, "One who avoids harming the Muslims with his tongue and hands."

Shamsul Yunos said...

Maaf sedikit off topic tapi saya rasa this is proof that PAS lives closer to Kayangan than BN

Nik Aziz bertempik konon kerajaan Islam, tapi tak sedar pembangunan menjadi rancak di Madinah dan Mekah setelah Rasulullah mendapat kausa. Baginda tak pernah kmplen tak ada duit. baginda made his own luck and became the symbol of excellence in spirituality, enterprise, military advancement and general technological developments...

Kelate ado apo?

Tolong plug sikit my entry about Kelantan oil Royalty


I have included some evidence that the oil platform on the Kelantan Thai border is indeed a JV with out northern neighbour.

Funny how Haji Hadi can 'visit' the platform on fishing vessels... the truth is he saw it from a distance lah on fishing vessels, because visiting means actually going on to the platform... ye tak...


http://marahku.blogspot.com/2009/06/kelantan-oil-roylaty-what-is-truth.html

Shamsul Yunos said...

Perutusan Penting KErajaan LAngit Ayah Pin

http://marahku.blogspot.com/2009/06/perutusan-penting-kerajaan-langit-ayah.html

Naruto sensei said...

Sunday, June 28, 2009
Umno ajaran sesat dan menyesatka - buktikan kenyataan ini salah!
Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak wajar dan wajib terima pelawaan terbuka TGNA untuk berdebat .Beliau boleh juga mewakilkannya kepada Mufti Perak, Harussani kalau Najib tidak mendapat restu isterinya Rosmah.

Mufti wajib menerima pelawaan tersebut untuk berbincang isu tersebut atas semangat Islam sebagaimana anjuaran Allah melalui ayatnya yang bermaksud :

“Jika kamu berselisih faham dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada kitab Allah (alQuran) dan (sunnah) RasulNya , jik a kamu benar beriman kepad hari akhirat.yang demikian itu adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya.” – Surah An-Nisa’ 59.

Jikalah benar Najib ,Harussani atau siapa sahaja yang dalam Umno tu, sewaktu dengannya - mengaku beriman dan percaya kepada hari akhirat, - bukan ajaran sesat dan menyesatkan sebagaimana ajaran Kominis atau ajaran Ayah Pin, pastinya bagi pihak Umno/Bn , akan terima pelawaan TGNA tersebut tanpa apa-apa alasan.Buktikanlah wahai Umno/Bn , itu bukan ajaran yang sesat! selesaikanlah pertelingkahan tersebut dengan dalil-dalil alQuran dan Sunnah rasul.


Ha ha UMNO kutuk PAS sebelum ini dengan Isu kominis takde pulak orang PAS meroyan macam orang UMNO sekarang...Tiada pulak laporan Polis dibuat...

Kesian kamu ni kerana cakap pasal UMNO habis Tok Guru dengan sekolah pondok kamu kutuk sesukahati...

Ingat jejala Maksiat di IPT lagi teruk sampai buat Video rekod aksi lucah lagi tu...

Kesian ...

Naruto cool je

ctdewi said...

Assalamualaikum
Dato' & sahabat2 semua

TGNA bukan nabi, dia tidak ma'sum.
TGNA sudah memohon maaf secara terbuka. Sifat begini susah utk kita dapati pada pemimpin kita.

Jalan terbaik adalah menerima pelawaan TGNA utk berdebat/berbinjang. Kalau memang KITA dipihak yg betul & alim, apa nak ditakutkan.
Sahabat2 pun kalau rasa nak berbinjang dgn TGNA, boleh gi rumah dia. TGNA senang je nak jumpa dia, tak ada JAGA pun. Nak lagi mudah gi pagi jumaat subuh insyalah dia ada. kebanyakannya dgn TGNA ni belakang je yang berani, TERMASUK SAYA.

Sekian

bendera merah said...

Salam...mentor,

Datuk saya punyer jurai di kedah pun mai sekolah pondok..dan tok wan saya masih duk dlm kawasan pondok...pondok di Tualang, Kebun 500..Moyang saya pun guru di pondok Tok Haji Yan...depa yg luruh ilmu dan budi perkerti saja yang tau had ..saya rasa kedah punya pondok are more different than Kelantan Pondok...saYA SEBULAT SUARA SETUJU dgn apa yang Datuk cakap...depa di kelantan pening datuk..ni saya yg kata...kenaapa pasai dulu masa budak saya duk kelantan kwn dgn budak sek pondok dan SMKA..hak ni yang paling gedebe serta hak ni juga la mengamal ilmu pelik-pelik.
Taksub depa melampau-lampau..sehingga satu tahap kalu TUN M bagi perutusan raya..pun depa boleh kata itu b@&8 tengah bagi speech..tak sangka la saya budak baru nak belajar idup boleh kata kat org sampai macamtu...depa sampai tak tau nak bezakan politik...agama , bangsa serta tanahair...pity them.

berasiam said...

Salam Datuk AKJ

Bila Datuk menganalogikan Kelantan sebagai sebuah pondok besar yang diketuai oleh Tuan Guru Nik Aziz, maka terjawablah persoalan yang selama ini sering menjelma, di mana pondok yang Nik Aziz mengajar sehingga beroleh gelar Tuan Guru. Mungkin gelarnya lebih tepat kalau kita tulis Tuan Guru Besar sebab dia mengatasi semua tuan-tuan guru yang berada di pondok-pondok seluruh negerinya sedangkan dia sendiri tidak mempunyai pondok.

Bila DAP setuju berbaik dengan PAS di Perak khususnya, dikatakan bahawa DAP sudah terbuka hati menerima Islam. Bila Cina baca ayat Qur'an, dibandingkan pula dengan Saidina Omar (ra) yang membaca ayah Ta Ha tanpa berwuduk. Bila rayuan Nizar diterima oleh Mahkamah Tinggi, sibuk berceramah seolah-olah alamat Pandan Indah, Perak.

Semuanya mahu dihalalkan jika PAS atau yang bersekongkol dengan PAS melakukannya. Mungkin telah diketemukan hadis yang menghalalkan daun ketum dan ganja untuk penghuni pondok PAS di Kelantan maka komen di atas itu dituliskan.

Nik Aziz tengah seronok sangat luahan amarahnya kepada Nasharuddin sebelum ini diterima baik oleh kepimpinan PAS maka dia semakin galak mengeluarkan kenyataan yang kontroversi. Biarkanlah dia dengan kenyataannya. Media pun tidak perlu terlalu melayan serta membesar-besarkan kenyataan-kenyataan seperti ini kerana kepada pengikutnya, mereka akan jadi lebih taksub apabila mengetahuinya.

samagreen said...

Salam DAKJ,

1) Dari awal lagi, Tuan Guru telah menganggap UMNO di pihak yang salah... sesat seperti Ayah Pin, ganas seperti komunis Chin Peng dan lebih jauh lagi seperti Namrud, Firaun dan Abu Jahal!!

2) Bagi beliau, Surah An-Nisa’ ayat 59 tidak layak dibaca utk UMNO krana perselisihan faham yg berlaku bukan di kalangan saudara Muslim. Oleh sebab itu, beliau memilih jalan utk ‘berperang’, dan bukan jalan perundingan.

3) Sebaliknya UMNO telah memilih jalan utk berunding dengan PAS bagi mencari titik persamaan.

4)Nampaknya PAS kini sedang meniti jalan yg lebih sukar, krana bukan semua pengikutnya menentang idea perpaduan!!

5)Tak mustahil Manek Urai akan jatuh ke tangan Barisan!!

Buyong said...

Roti Planta,

Bersungguh benar mempertahankan Tok Gundu.

Kalau dah asyik tersasul, tak payah lah jadi MB, tak payahlah buat kenyataan awam, sebab asyik tersasul aje. Duduk diam kat rumah, jaga ayam, nak tersasul 1000 kali pun tak pa, tak menyusahkan orang ramai.

Senanglah macam tu, hina orang, maki orang, lepas tu kata tersasul.....tak gentlemen langsung.

Tok Gundu dan Tun Lah, sama sefesyen, elok lah dua-dua berkawan sambil tanam sayur dan jaga ayam.

Anonymous said...

dari tokmod...
ASSALAM..DATO & BLOGGERS..
Kita sudah banyak memperkatakan tentang perangai orangx PAS & TGNA.
UNTOK SAYA, DATO & BLOGGERS YG SENTIASA BERLAPANG FIKIRAN MENCARI KEBENARAN & KEDAMAIAN DAPAT MEMIKIRKAN FORMULA YG DAPAT MEYENDARKAN MEREKA SEMUA!!jika kita terus bertelagah akhirnya kita yg rugi dan yg untong orang lain.PADA PENDAPAT SAYA TAK PAYAHLAH PM & MUFTI BERDEBAT DENGAN TGNA TU!!tak akan mendatangkan faedah selagi TGNA maseh dengan celupahnya.Selagi orangx PAS yg taksuf membuta dan yg utama sakali TGNA yg maseh belum sedar diri buang masa saja.DEBAT APA YG TGNA NAK DEBATKAN!!

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,

NARATU SENSEI SAID...

Kesian kamu ni kerana cakap pasal UMNO habis Tok Guru dengan sekolah pondok kamu kutuk sesukahati...

KAMI JUGA KESIAN KAT KAMU NI YANG KURANG 'FASIH' TENTANG 'KENYATAAN' DAN 'KUTUKAN'

KAMI HORMATI 'PENGETAHUAN' FAHAMAN NAFSU TUAN
KAMI JUGA HARGAI 'ILMU' KEBENARAN IMAN DAK

PENGETAHUAN BERLANDASKAN 'FAHAMAN' NAFSU
ILMU BERLANDASKAN 'KEBENARAN' IMAN

TANPA 'ALIF' DAN 'MIM' TENTUNYA TIDAK WUJUD 'ALIF DAL MIM' DAN ALIF LAM MIM'...ITU ADALAH KENYATAAN
ALLAH PENCARUT...ITU ADALAH FAHAMAN

BERSAMA KITA MENCARI KEAMANAN HIDUP SESAMA MUSLIM BERLANDASKAN ILMU ALLAH BERMULA DENGAN 'BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM'( PANGKALNYA ALIF PENGAKHIRNYA MIM)

KAMI MENYUSUN SEPULUH JARI MOHON AMPUN DAN MAAF KAT DATUK DAN PARA PENGUNJUNG MUSLIM YANG KAMI HORMATI
JIKA TERSINGGUNG DENGAN TULISAN KAMI INI.

ALFATIHAH, AMIN.

Anonymous said...

Bila kah media arus perdana nak berubah?...Bilakah pemimpin-pemimpin UMNO bukan saja di Majlis Tertinggi tapi juga di peringkat Bahagian dan Cawangan seluruh negara akan berubah? Biarlah sesuatu perkara itu diakui benar atau dijelaskan secara telus kerana itulah yang amat dinantikan. Buang saja orang yang buat keruh dari parti...ambik saja yang jernih walaupun ia perit untuk dilaksanakan.Berkenaan tajuk ini Dato'... secara logiknya...benarkah TGNA berkata begitu?? Itulah perlunya temuramah secara tidak bertapis dikeluarkan oleh agensi media terutama berita di TV ketika di. Ia terutama ucapan yang diluahkan oleh pemimpin pembangkang. Tidaklah rakyat merasakan ini semua sabotaj UMNO untuk memburukkan pemimpin pembangkang.

Malik, Klang

Anonymous said...

Salam DAKJ,

Diaorang ni tak pernah bosan ke asyik berbicara tentang politik. Pemenrintah atau pembangkang sama aje. Sekarang bila ada PRK, macam2 isu keluar. Bosan lah dato'. Semua nak jadi hero. Si polan ni backing si pemerintah, si anu pulak backing pembangkang. Melihat keadaan sekarang, saya berani jamin PAS akan menang di Manik Urai. Peperangan media ni tak akan membantu BN, memburukkan lagi mungkin. Saya hanya sabar menanti PRU ke 13, saya ingin lihat sejauhmana kekuatan BN & PR untuk mngekalkan kemenangan masing2.

Carl

Puyot said...

Tok dan pembahas sekalian,

Terujanya saya membaca komen-komen yang mengutuk TGNA. Mengata dulang paku serpih. Saya rasa, kalau nak kira dari segi tahap pemahaman dan pelaksanaan ilmu agama dalam kehidupan seharian, boleh kerat jari lah level pembahas2 ni tak sama dengan level TGNA.

Yang kita dok kutuk tu TGNA tu apadia? Perkara molekkah? Adakah sebab kita rasa tahap kejahilan ilmu kita membolehkan kita mengutuk orang lain?

Dah dengarkah pasal ceramah/kuliah secara penuh yang disampaikan TGNA tentang tuhan pun samseng? Setakat baca dan beriman dengan suratkhabar, tak jadi tuan/puan.

Dah dengarkah ceramah/kuliah TGNA berkenaan disamakan UMNO dengan fahaman Komunis, Ayah Pin dalam teks yang penuh? Setakat baca headlines suratkhabar, lepas tu meletup2 mengutuk TGNA, tak guna jugak tuan/puan. Rasulullah SAW suruh diam kalau tak tahu nak bercakap tentang isu yang sedang diperkatakan. Kaji lah dulu. Pahamilah dulu, lepas tu berbahaslah. Pegi kuliah agama pun takmau, tau2 kata nak bidas orang agama.

Dan buat Tok, mereka yang mengaji, tinggal dalam kawasan pondok dan berhampiran pondok, tetap manusia yang sentiasa melakukan salah silap. Masih ada nafsu dan pelbagai kelemahan2 lain. Mereka tidak bertukar menjadi malaikat. Adakah semua yang mengaji di pondok boleh jadi pak lebai? Tak! Sapa yang bagi title pak lebai? Masyarakat. Salah masyarakat lah. Saya teringin nak tengok pimpinan UMNO sama ada yang telah pencen mahupun yang sedang giat berpolitik untuk menjadi tok imam solat Jumaat serta memberikan khutbah Jumaat. Teringin sangat2. Setakat guna ustaz2 sebagai proksi, toksah sembanglah.

Dakwah kena dan wajib disampaikan. Sama ada anakdidik nak jadi lebai ataupun setan, tu atas individu. Kerja tok-tok guru menyampaikan dakwah. Kadang-kadang tok guru guna balaghah, orang macam kita kena la tau bahasa balaghah. Contoh: Ali itu singa. Adakah sifat si Ali ada ekor, janggut, telinga dll macam singa? Tak! Tu namanya perumpamaan. Setakat perumpaan mudah dan ringkas yang tok guru bagi tu pun tak boleh nak paham2, tak payah sembang lah pasal lain.

Imam Ahmad bin Hanbal aka Imam Hanbali, matinya di mana? Dalam penjara. Sebab? Dia tegur dan menentang khalifah al-Ma'amun yang berfahaman Muktazilah. Kita nak kata Imam Hanbali tu perosak dan membuat huru-hara dalam masyarakat Islam pada masa tu? Tidak! Sebab tugas pendakwah adalah menyampaikan. Kena kat batang idung sendiri, melenting bukan main. Sabda nabi SAW: "Berkata benar walaupun pahit". Bila cakap benar, dah habih tunggang-langgang, semua pakat2 tibai. Tok guru tibai, tak boleh. Kita tibai tok guru, boleh pulak?

Macam Pak Belalang, dia memang anti Islamisasi, tu saya paham sebab selalunya mereka yang jahil dan berprasagka buruk yang punya kelaku hampeh macam tu. Sama la juga mereka yang hanya membaca apa yang tersurat di dada akhbar tanpa mengkaji sebab terlalu malas atau terlalu anti dengan PAS atau terlalu taasub dengna UMNO sehingga membenakkan hati dan membutakan mata untuk melihat dan mengkaji kenapa TGNA mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Macam Mantra, saya nak tanya satu soalan: Kalau saya sakit dan nak diagnos sakit apa yang saya hadapi, saya perlu jumpa siapa? Doktor atau penarik beca? Rasulullah juga suruh muslimah tutup aurat. Dah kalau salah, tak boleh ditegurkah? Kalau dah sesat, kena la kata sesat. Takkan nak kata tak sesat. Buat Mantra, dalamilah ilmu agama anda dan tanyalah mufti Perak tu, bertudung wajib ke tidak?

Macam tu jugak dengan OKJ. Adakah islam itu sekadar rukun yang lima dan bersangka baik saja? Tu namanya Islam Sekole (kole: benda yang digunakan seperti cawan/mug). Kalau macam tu, tak payahlah Rasulullah SAW penat2 pegi perang, hijrah dan berdakwah sampai wafat. Cukuplah sekadar berbaik2 sesama kita, hormati orang tua dan buat 5 rukun Islam. Islam is greater than that.

Anonymous said...

salam DAKJ....
sudah tiba masanya kepimpinan mursyidul am PAS diTUKAR. sangat KECEWA kerana dalam PAS bukan lagi Islam itu dijadikan rujukan tapi sesiapa tak seBULU dgn TGNA akan DISINGKIRKAN. Taasub bin Radikal!!! kecewa perjuangan PAS sudah TERSASAR dari perjuangan ASAL. bila Islam dijadikan alat permainan politik sesetengah pihak, inilah jadinya.

- ahmadinejad-

Anonymous said...

Datuk, saya setuju dengan Roti Planta kerana saya pun tidak suka wartawan yang suka buat provokasi ke atas ahli politik pembangkang.

Tapi itu hak dan pilihan mereka. Inilah kerja media perdana. Kalau perbuatan mereka itu berdosa, mereka tanggunglah balanya.

Tapi saya rasa ahli politik apatah lagi seorang Tok Guru melatah dan cakap lebih teruk dari wartawan, saya rasa dosa mereka lagi besar.

Ini menunjukkan mereka tidak sabar dan justeru itu kurang iman. Tinggi agama atau mengajar agama tidak sama dengan sabar dan tidak sama dengan berhemah tinggi.

Kalau seorang Tok Guru tidak boleh sabar tahan provokasi wartawan dan pemberita yang hanya manusia biasa, provokasi Syaitan lagi dahsyat. Bolehkah dia tahan dengan godaan Syaitan?

Fakeer.

Paksooyon said...

Dato'

“WATA’AWANUU ‘ALALBIRRI WATTAQWA, WA LA TA’AWANUU ALAL ITHMI WAL’UDWAN”
“DAN (MENYURUH) TOLONG MENOLONGLAH KEARAH KEBAIKAN DAN KETAQWAAN DAN JANGAN (MELARANG) TOLONG MENOLONG KEARAH KEARAH KEJAHATAN DAN PERMUSUHAN”

Mafhumnya, Allah memerentah kita berkerjasama dan bantu membantu sama sendiri dalam kerja-kerja untuk kebaikan dan kesejahteraan dan kerja-kerja untuk meningkatkan taqwa kita kepada Allahu Robbul Jalil.

Kengganan UMNO melaksanakan hukum Allah adalah satu kejahatan yang tidak boleh dimaafkan. Maka Jangan berkerjasama dengannya. Inilah punca permusuhan antara kedua.

Sebaliknya UMNO menghalang daya usaha PAS untuk mendaulat Syari'at Allah. Inilah punca permusuhan. Maka tak wajar PAS berkerjasama. Ini pun TS Harussani tak faham ke?

Selama PAS memerentah Kelantan, banyak kezaliman yang dilakukan oleh UMNO/BN. Ini yang dirasai oleh TG Nik Aziz sedangkan TS Harussani tak rasa apa-apa pun.
Dia hanya komen dari jauh tanpa memahami waqia' politik semasa.


KALAU NIK AZIZ ENGGAN BERKERJASAMA DENGAN UMNO, CUKUP DENGAN ALASAN DIATASAN. ADA PULUHAN LAGI ALASAN UNTUK PAS MENOLAK KERJASAMA DENGAN UMNO

Sani said...

Assalamualaikum Ayahanda....

Membaca ulasan ayahanda tentang tajuk diatas membuatkan hati ku terasa hiba dan sayu ... hiba dan sayu apabila memgenangkan semangat bangsa ku yang semakin menipis dan maruah bangsa ku yang dibogel-bogelkan oleh bangsaku sendiri.

Persoalan saya untuk ayahanda....

adakah bangsaku dapat mungkin bertaut kembali..?

Salam buat ayahanda...

dan kajang said...

As'kum Dato'

1. Dato' Nik Aziz minta PM DS Najib berdebat. Biasalah Tok Guru ni nak tunjuk hebat dan dia akan mengeluarkan berbagai-bagai fatwa merapunya semasa debat itu. Tak payahlah PM kita nak buang masa berdebat dengan Tok Guru macam ni. Tok Guru ini nak cari populariti macam AF agaknya.

2. Kalau dia betul2 nak berdebat dan menghibur penonton, saya cadangkan Tok Guru Nik Aziz berdebat dengan Sdra. Anwar kita. Barulah menghiburkan. Sama2 cakap merapu. Tajuknya ialah "Siapakah yang lebih berjaya memecah belah orang Melayu dan orang Islam di Malaysia".Lepas tu kita semua buat undian melalui sms samada Tok Guru ke atau Sdra. Anwar yang berjaya.

siakap said...

Salam Datuk,
Kita orang Islam diwajibkan bepeganng ditali Allah, bersatu, berbaik-baik satu dengan lain tetapi orang politik baik daripad PAS mahupun UMNO, kerana kuasa telah berpecahbelah. Pengikut-pengikut jadi haruhara.
Islam hanya satu tetapi kebelakangan ini Islam dah jadi hak orang politik macam-macam fatwa dan pendapat dikatakan tampa kajian mendalam. Ada juga Mufti, Ulamak dan Ustaz dan ustazah turut serta memberi pendapat masing-masing yang mengelirukan. Saya minta janganlah kita peralatkan agama suci untuk politik dan kuasa.
Marilah kita semua umat Islam menghayati "Berpeganglah kita di tali Allah>"

Tok Ma said...

Datuk,

Apakah Malaysia memerlukan sebuah parti islam?.

Elok juga kaji kenapa Turkey yang 99 peratus islam haramkan parti islam. Bukan kerana sistem sekular semata-mata.

saji said...

Dato', kalau bidang lain sudah dinaikan tarafnya, salahkah bidang agama ni kita suruh ulamak naikkan tarafnya? Tetapi bukan suruh ulamak buat PHD seperti yang seadanya sekarang. Yang saya maksudkan ialah kembali kepada kehebatan para ulamak zaman silam yang menguasai dwi-ilmu iaitu ukhrawi dan duniawi.

Muba said...

Datuk,

Dulu UMNO dituduh kafir kerana berkawan dengan bukan islam. Tapi sekarang Pas bukan setakat berkawan dengan bukan islam malahan sanggup bersekongkol dengan DAP menentang kepentingan orang-orang Melayu dan islam. Ini tentu ada kaitan dengan fahaman (dasar?) Pas yang tidak mementingkan/mengaku bangsa (Melayu). Bila agaknya orang-orang Pas akan menukar nama bangsa (Melayu) dari Kad Pengenalan dan mungkin digantikan kepada "Lain-Lain Bangsa". Ya, kalau dah bencikan bangsa Melayu buat apa tunggu lagi.

Dalam dunia ini tidak ada bangsa yang bencikan bangsanya sendiri. Orang-arab Arab sendiripun memperkenalkan diri mereka sebagai orang Mesir, Syria, Saudi dan lain-lain.Begitu juga dengan Iran, Turki dan sebagainya. Malahan rakyat Amerika yang beragama islam memperkenalkan diri mereka sebagai Americans. Kenapa Melayu tidak boleh? Inilah fahaman yang boleh melenyapkan umat Melayu dari muka bumi ini.

Tidak tahulah kalau isu (bangsa Melayu) ini juga dianggap sebagai kiasan/perumpamaan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi Pas.

Anonymous said...

Salam Dato'

Dengan izin

Salam Saudara Puyot

"Dah dengarkah pasal ceramah/kuliah secara penuh yang disampaikan TGNA tentang tuhan pun samseng?...Dah dengarkah ceramah/kuliah TGNA berkenaan disamakan UMNO dengan fahaman Komunis, Ayah Pin dalam teks yang penuh?"

Setelah memahami soalan yg diajukan, saya menjangka Sdra dpt memberi jawapan akn duduk perkara sebenar. Malangnya, satu hapah pun tiada. Saya rasa adil jk saya merumuskan bhw Sdra juga tidak mendgr ceramah/kuliah NA berkaitan isu yg dibahaskan skrg.

Oleh krn tiada seorg pembahas pun di blog ini yg telah menyangkal kenyataan-kenyataan NA, maka demi sesi perbincangan saya membuat andaian bhw beliau ada mengeluarkan kenyataan-kenyataan itu.

NOTA: Sdra Puyot, saya ingin tahu jika NA ada membuat sebarang kenyataan di Harakah/kuliah/ceramah menyangkal apa yg disiarkan oleh akhbar pro kerajaan?

"... mereka yang mengaji...tetap manusia yang sentiasa melakukan salah silap...Mereka tidak bertukar menjadi malaikat."

Betul! Betul! Setuju! Setuju!

Tetapi apabila kenyataan sedemikian ditutur oleh hamba Allah yang belajar & mengajar ugama yg suci, memimpin parti politik yg berlandaskan ugama yg agung serta mempunyai pengaruh yg amat besar, maka mmg wajar lah muslimin muslimat tersentak & berbincang.

Dalam keadaan penganut Islam difitnah, diperdaya serta diperangi dgn zalim oleh bkn shj puak kafirun tetapi juga sesama sendiri, kita amat mengharapkan pemimpin Islam yg beriman, berilmu, bijak, mempunyai kepimpinan yang tinggi serta sihat & berani. Ciri-ciri tersebut amat kritikal demi menambat hati & minda generasi baru (serta puak kafirun) kerana kesinambungan ugama kita akan digalas pula oleh mereka.

Sdra, bolehkah kita menambat hati mrk jk pemimpin Islam sendiri melemparkan kata-kata nista sesama sendiri?

"Saya teringin nak tengok pimpinan UMNO sama ada yang telah pencen mahupun yang sedang giat berpolitik untuk menjadi tok imam solat Jumaat serta memberikan khutbah Jumaat. Teringin sangat2. Setakat guna ustaz2 sebagai proksi, toksah sembanglah."

Kenapakah seorg yg berpelajaran tinggi spt Sdra masih dibelenggu dgn premis bhw menjadi imam & memberi khutbah adalah benchmark penting keimanan seseorg? Sdra pastikah bhw semua imam atau pembaca khutbah akn masuk syurga? Sdra pastikah mrk ikhlas & tidak melakukannya dgn tujuan to gain political mileage atau mahu dipuji serta dilihat sbg seorg yg alim? Sdra pastikah pembaca khutbah mengamalkan kehidupan spt yg dikhutbahkan? Isu keikhlasan & amalan hidup ini banyak dipaparkan dlm kisah-kisah rasul-rasul & para anbiya. Saya yakin Sdra pernah membaca kisah hamba Allah yg asalnya kafir & kufur akhirnya beriman & dijanjikan syurga oleh Allah SWT. Bukan mudah utk masuk syurga kerana Allah sendiri telah berfirman bhw syurgaNya sgt mahal, Sdra Puyot.

"Kadang-kadang tok guru guna balaghah, orang macam kita kena la tau bahasa balaghah. Contoh: Ali itu singa. Adakah sifat si Ali ada ekor, janggut, telinga dll macam singa? Tak! Tu namanya perumpamaan."

Contoh mudah yg Sdra beri, saya amat yakin tak sama dgn apa yg dinyatakankan oleh NA. Di mana persamaan org UMNO dgn Chin Peng & Ayah Pin? Kalau ada pun persamaan, valid & credible ke rumusan yg dibuat olh NA? Maksud saya, peratusan persamaan tu tinggi ke Sdra? Tambahan pula NA telah sapu rata Roti Planta. Ini mcm ka, Sdra Puyot?

Seperkara lg, NA telah menggunakan balaghah atau telah melemparkan tuduhan/cemuhan?

"Imam Ahmad bin Hanbal...matinya di mana? Dalam penjara. Sebab? Dia tegur dan menentang khalifah al-Ma'amun yang berfahaman Muktazilah."

Dr bacaan Sdra, pernah kah Imam Hanbali menyatakan Allah itu mencarut? Pernah kah dicerca mana-mana hamba Allah yg berbeza pendapat atau rendah tahap keimanan darinya? Dari bacaan saya, ilmuan & ulamak Islam ini adalah seorg hamba Allah yg tegas (yg berkata benar w/pun pahit) tetapi lemah lembut & berhemah tutur katanya.

-bersambung

Melati

Anonymous said...

-Sambungan

Salam sekali lagi Sdra Puyot

Saya tidak pasti jika Sdra pernah membaca tentang ilmuan-ilmuan & ulama-ulama zaman moden yg amat dikagumi & masih dijadikan rujukan sehingga hari ini. Ambil shj lah contoh Hassan Al-Banna yg mati dibunuh oleh agen Mesir (besar kemungkinan didalangi oleh Mossad) pd 1949. Sdra akn dpt melihat betapa berbezanya pendekatan yg digunakan oleh beliau berbanding dgn segelintir alim ulama kita. Antara paling yg dititik berat ialah Al-Ukhuwah (Brotherhood) dlm memerangi sekularisme, atheism, pengaruh Barat serta Christian missionaries di Mesir. Beliau percaya perpaduan mencetuskan kekuatan tetapi perpaduan tidak mungkin dibina tanpa kasih sayang.

"The lowest degree of love is to keep your heart free of any rancour, the highest degree of love is to prefer your brother over yourself."

Untuk menambat hati & minda penganut Islam Mesir, beliau tidak mengeluarkan kata-kata nista kerana "cultured thoughts & good character" adalah salah satu yg amat dianjurkan & diamalkan oleh beliau. Beliau sanggup ke coffe house serta bar demi memujuk "setan-setan" yg tipis tahap keimanan untuk kembali ke pangkal jln. Pendekatan beliau amat berjaya sehingga beliau terpaksa dibunuh oleh puak-puak yg tidak menyenangi gerakan beliau.

Saya rasa NA serta pemimpin-pemimpin Islam yg lain tanpa mengira fahaman politik, usah lah sibuk "berbalas-balas pantun". Jgn lah mrk lupa bhw mrk mewakili ugama, negara & bangsa. Tutur kata & tingkahlaku yg hodoh melunturkan lg rasa hormat rakyat kpd mrk. Tetapi kesan yg paling negatif & besar adalah pandangan umum terhdp ugama Islam itu sendiri. Tidak cukup kah musuh-musuh Islam memecah-belah & menghina kita? Iraq sudah lebur - yes, mission accomplished - dan skrg mrk telah mula menghuru-harakan Iran pula. Tonton shj lah CNN & BBC kalau tidak percaya.

Banyak lagi masalah muslimin muslimat yg patut dibincang & diselesaikan oleh barisan pemimpin Islam. Generasi pertengahan umur & muda kita ramai yg lepasan Pusat Serenti, peratusan penceraian di kalangan umat Islam adalah yg tertinggi, bil. murtad pula semakin meningkat, dll. Jika mrk tidak duduk bersama utk menyelesaikannya, tidak mungkin Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lee Kuan Yew, dll akan tampil menghulurkan penyelesaian.

Bg Sdra Puyot pula, saya cadangkan Sdra membaca riwayat hidup serta pendekatan yg digunakan oleh ulama besar Indonesia, Dr. Hamka. Bandingkanlah pendekatan yg digunakan oleh beliau ketika head on dgn President Suharto yg menganjurkan pancasila. Percaya lah. Cabaran yg dihadapi oleh ulama-ulama spt Hassan Al-Banna & Dr. Hamka berganda lebih besar dr M'sia yg kerdil ini.

Melati

OKJ said...

Salam DAKJ

Membaca

Ayat pertama Al Quran adalah suruh kita membaca. Bila banayak membaca, kita banyak ilmu dan banyak tahu. Masalah dengan orang kita ni adalah tak berapa rajin nak baca. Jadilah tak tahu apa yg tak tahu tapi buat buat tahu. Susah susah.

Bila kurang membaca, To’Guru cakap merapu pun kata ya. Cakap tuhan mencarut, berkawan dengan syaitan, memusuhi sesama Islam tapi baik dengan kafir laknaatullah, melindungi peliwat dan sex bebas, bongkak dengan megatakan orang lain bodoh dan tolol pun boleh percaya. Lepas tu bebal pulak. Mufti dah terangkan dengan dalil Al Quran pun tak nak ikut. Susah susah.

Bila baca tentang kisah rasul, sifat baginda, tujuan sebenar setiap peperangan seperti perang Badar, Perang Sawiq, perang Bahran, Perang Uhud, perang Nejed, perang badar ke dua, perang Mu’tah dan macam macam perang lagi. Sila lihat satu persatu sebabnya. Kemenangan dalam semua peperangan kecuali perang uhud dan hunain, apakah pengajarannya, barulah kita faham. Lepas tu bandingkan dengan sifat To Guru yg kononnya sangat disanjungi tu. Ini To Guru kata tak pa nak buka ladang babi pun setuju. Bila ada penyakit Selsema BABI, baru sibuk kata tak boleh. Susah susah. Sekian TQ

Anonymous said...

Datuk,

Bila hati sudah penuh dengan perasaan amarah, dendam kesumat, buruk sangka, benci yang membara terhadap individu tertentu, maka apa jua penjelasan dan penerangan daripada individu berkenaan akan tetap ditolak dan dinafikan secara mutlak tanpa budi bicara.

Bersamalah kita menghidari sikap amarah, dendam kesumat, buruk sangka dan benci membenci sesama umat. Membuat keputusan dalam keadaan hati penuh dengan perasaan marah hanya akan mempelawa kesilapan dan kecelakaan.

Bertenang dan berbaik sangkalah selalu. Insya Allah, dengan berfikir secara tenang ... banyak kerumitan akan dapat terungkai.

Mungkinkah ada pihak tertentu sengaja membangkitkan perasaan amarah dikalangan masyarakat agar masyarakat tidak mampu berfikir secara tenang lalu melakukan kesilapan dan kecelakaan?


-sinbad-

abdullahngah said...

VIP lindungi Ayah Pin?
Sudah ada desas-desus mendakwa 'keengganan' pihak berkuasa menangkap pemimpin Kerajaan Langit, Ayah Pin disebabkan hubungannya dengan beberapa orang kenamaan atau 'VIP'. Siapakah VIP itu ? Mereka mestilah orang UMNO. Kenapa mereka tidak mahi tangkap Ayah Pin? Pasti mereka itu ayah Pin dan ayah pin UMNO. Maka lojik Nik Aziz kata UMNO ajaran sesat Ayah Pin.
Ada pihak membuat andaian jika Ayah Pin diheret ke muka pengadilan, dia bakal menyebut nama VIP tertentu semasa perbicaraan di mahkamah kelak.
Itulah antara sebab mengapa pemimpin ajaran sesat 'Kerajaan Langit' itu sehingga kini gagal diberkas dan didakwa di mahkamah walaupun dikatakan dilihat beberapa kali di sini termasuk pada Aidiladha baru-baru ini.
Ia disandarkan kepada dakwaan semasa 'waktu kegemilangan' Ayah Pin dahulu, para penduduk di Kampung Batu 13, Hulu Besut kerap melihat beberapa kereta mewah kerap keluar masuk ke kawasan kumpulan itu.
Kelompok kenamaan itu dikatakan menjadi pengikut Ayah Pin dan menjadikan perkampungan tersebut sebagai tempat untuk dikunjungi pada hujung minggu.
Ayah Pin juga dikatakan memiliki sokongan kewangan yang kuat sehingga mampu membina binaan-binaan tertentu di perkampungan kerajaan itu.
Justeru, faktor tersebut dikatakan punca Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Mohamad, 68, yang menghilangkan diri pada tahun 2005, kini masih bebas biarpun pihak polis mahu menangkapnya.
Namun tindakan tersebut tidak dapat dilakukan sehingga kini berikutan tiada arahan diterima daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
Bagaimanapun, dakwaan Ayah Pin dilindungi VIP dinafikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhamad Ramli Nuh.
Katanya, pihak JHEAT masih belum mengambil tindakan bukan kerana adanya hubungan pengasas Kerajaan Langit itu dengan mana-mana 'orang besar'.
Ujarnya, isu pendakwaan Ayah Pin melibatkan hal-hal teknikal perundangan dan perkara itu kini diperhalusi bagi membolehkan ia dirungkai sebaik mungkin sebelum pendakwaan dibuat
Inilah yang menyebabkan Nik Aziz Nik Mat kata demikian.

PPPi said...

Saya tak sokong Dato' memandang remeh pengorbanan guru-guru pondok dalam meneruskan pengajian Islam secara tradisional.

Tanpa Tok Guru Haji Aziz dan Tok Guru Haji Razak dan ramai lagi yang semacam mereka, mungkin arwah ayah Dato' dan arwah ayah saya dan ramai lagi tidak mampu menghayati agama mengikut kefahaman yang sebenar.

Agama ini warisan tinggalan Rasulullah SAW, diwariskan kepada para ulama'. Jika kita mahukan manfaat iman, ilmu dan amal daripada penghulu sekalian Rasul, tentulah kita kena menambilnya daripada para ulama'. Inilah tradisi ilmu Islam daripada dulu sampai sekarang.

Mereka berjihad dalam medan pembentukan keperibadian asas seorang muslim dan ilmu-ilmu lanjutan. Ini adalah warisan ilmu yang akan memandu kita untuk hidup dengan baik dan mati dengan baik. Hidup rohani dan jasmani. Hidup di dunia berakhir di akhirat. Apa yang bakal disoal di akhirat, perlu ibuat persediaan di dunia.

Asas agama Islam beriman kepada perkara ghaib, Allah, Al-Quran, Wahyu kepada Rasul dan lain-lain. Bukan beriman secara semberono tetapi berdalil dengan aqal dan berdalil dengan nas. Jika asas ini tidak ada, dibimbangi nasib kita dan anak cucu kita di negeri akhirat.

Orang zaman dahulu berterima kasih kepada tok-tok guru kerana memandu mereka untuk mendapat kebahagian dunia dan akhirat. Terutamanya berkaitan makanan roh dan taqwa yang hanya boleh diperoleh dengan belajar.

Tetapi tok-tok guru pun mengajar anak murid mereka bahawa mereka bukan maksum, kerana yang maksum aalah rasul-rasul dan nabi-nabi. Orang kampung mentauladani tok guru kerana dia lebih tahu daripada mereka. Tok guru pun akan silap tetapi seperti kuda lumba yang hebat, kadang-kadang terseliuh juga.

ZURICH AL Qaaf said...

salam...untuk BONDA tok yang tercinta."ALLAH MERAHMATI KEHIDUPANNYA"

tok...saya lihat apa yang terpancar dalan isu ini hanya lah kebijaksana PAS untuk medapat liputan dari media masa... dengan ISU YANG TAK LOGIK..hari hari ..di malaysia mempamirkan kan wajah wajah TOKOH TOKOH PAS.. saya teringat TUN MAHATHIR marah kat saya sebab konset ALLAHYARHAM MJ di stadium merdeka.. TUN kata..kita pi tengok konset MJ sama macam kita pi ZOO..kalau kita tengok monyet melompat ...kita balik kerumah kita tak melompat pun..

ISU PAS ni ..sama ja... kalau dia kata kat UMNO.. biaq pi kat dia la..
INI pemimpin UMNO yang tegelam punca..

PAS ni saya lihat macam kereta jaguar ... "JAGUAR ALWAYS JAGUAR"

salam maaf

JJBlues said...

Nk kate bodo, pandai..ade ilmu..nak kate bodoh, memang bodoh..mintak maap dato komen kali ini agak biadap tapi itu yang saye rase sebagai seorang belia...

JJBlues said...

Nk kate bodo, pandai..ade ilmu..nak kate bodoh, memang bodoh..mintak maap dato komen kali ini agak biadap tapi itu yang saye rase sebagai seorang belia...Saye dah fedup tengok yang konon ade 'ilmu tinggi' ni..saye sendiri yang terase bebannyer sebab saye juga mengaji sekolah pondok.

Anonymous said...

Masa kita berkuasa dan gagah janganlah kita berlagak sombong dan TAKABBUR, kerana mereka yang menjadi mangsa kita, akan bangkit untuk menghacurkan kita. Mereka bukan sahaja tidak mahu berkawan degan kita, bahkan mencari jalan supaya kita mati tanpa kubur dan nisan.
Inilah hakikat yang UMNO terpaksa terima, ketika berkuasa dan gagah PAS menjadi mangsa belasahan dan bahan ketawa. Bila UMNO lemah bukan sahaja PAS tidak mahu melayan UMNO, bahkan berusaha supaya UMNO mati secepat mungkin.
Punca utama PAS Kelantan bersikap negatif kepada UMNO merupakan kesan PAS dan ahli-ahli menjadi mangsa belasahan kepada UMNO dan AJK dan JKK lantikkan UMNO.
Apabila mereka mendengar perkataan UMNO shaja, mereka kacipkan gigi marah tanda benci dan marah. Bahkan apabila pimpinan mereka bermimpi untuk tidur dengan UMNO, mereka terus simbah air.
Lihatlah bagaimana reaksi ahli PAS apabila Presiden mereka membuat ideal untuk bermuzakarah dengan UMNO (bukan berdamai), ahli PAS atas dan bawah, menentang secara berdepan dengan emosi. Mereka sanggup membuang kerhormatan yang sepatutnya dimiliki oleh seorang pemimpin yang selama ini dihormati. Bahkan desakan supaya Tim. Presiden supaya masuk UMNO dan meletak jawatan disambut dengan penuh emosi. Lihatlah bagaimana pimpinan PAS yang bersuara senada dengan Presiden, muka tidak kelihatan diManik Urai.
Ini masalah UMNO,berterusan menjadi masalah dan masalah. Pemimpin mereka telah dikenali sebagai kelompok yang tanpa segan silu merompak Wang rakyat dan suka bertindak melampaui batas.
Tiada suatu pun tidak boleh diubah kecuali kita tidak mahu mengubahnya. -ore Gedebe, Manik Urai.

Shah said...

Dear DAKJ,
Tun Mahathir says it again. Agong has no power to dismiss the PM. PM should resign only after vote of no confidence in Parliament. Obviously , at the state level, the situation should be the same. By appealing the decision of the High Court on the Nizar's case, UMNO/BN is obviously going against the basic principles of constitutional monarchy and parliamentary democracy which it (UMNO/BN) had formulated.Is not this an irony?.

Anonymous said...

Kalau UMNO menlancarkan jihad membasmikan rasuah sehingga ke akar umbi seperti membasmi kemiskinan tu, maka UMNO layak untuk tidak digelar macam-macam.
Ingatlah, ramai orang naik muak dan juak dgn UMNO kerana imej rasuah itu dah sinonim dgn UMNO, malah yang jelas politik wang pun masih enak di kerusi empuk. Orang kat pondok kata "Duk lama makan duit haram ni, hati jadi karat pekat yang memudharatkan orang lain". Duk sibuk menkayakan diri dalam korporat, anak bangsa jadi keparat.

Roti Khurasan

kelambuharimau said...

memang dio orang dah gila..maki hamun orang macam tak berdosa

D'Nay said...

Saya dapati blog ini juga diikuti oleh pencacai PAS yang menggunakan nama Naruto Sensei. Dia ni akan masuk ke mana blog-blog yang membicarakan kelemahan PAS, khususnya Tok Guru dia yang dia rasa bertaraf rasul atau wali dan cuba sedaya upaya mempertahankan PAS dan Tok Guru dia tu. Tapi pandangan dia ni memang macam budak hingusand dan sering keluar tajuk.
Lihat kenyataan ala N.Ajis di sini
"Umno ajaran sesat dan menyesatka - buktikan kenyataan ini salah!" Kenapa minta orang UMNO buktikan yang UMNO yang tak sesat. Orang yang menuduh UMNO sesatlah yang kena buktikan. Inilah jenis mahkamah PAS.

Kata budak ni lagi
"Ingat jejala Maksiat di IPT lagi teruk sampai buat Video rekod aksi lucah lagi tu..."
Apa kena mengena dengan topik perbincangan dan kaitannya dengan kerajaan BN/UMNO. Yang buat video tu ntah-ntah penyokong kuat PAS atau anak-anak Ustaz dan Ulaman PAS yang asyik dok bersyarah dan berceramah di setiap ceruk kampung, anak sendiri bergelumang dengan gejala maksiat. Saya lihat gejala sosial yang parah datang daripada budak-budak kelantan, mungkin didikan tok guru dia la kot...sebab tuhan dia pun mencarut. Ambo orghe kelate ambo kena benar peghanga anok-anok tok guru dan ulama PAS...banyok hok punoh.

Kepada sdr Naruto Sensei, suruhlah N.Ajis bertaubat semasa mulutnya masih dapat mengucap. Dah terlewat nanti, api neraka. Itu janji Allah kepada orang yang mempersendakan KeEsaan Allah, termasuk kepada N.Ajis.

D'Nay - Anok tok lebai PAS hok bertobat doh tokse ko PAS.

Got Tots! said...

Dato'
Berikut adalah sedikit perspektif:

Tuan Guru mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Kepercayaan org ramai terhadap Tuan Guru bukannya dibentuk sekelip mata tapi ianya dibina bertahun2 lamanya. Sudah menjadi budaya org2 melayu, org2 tua sebegini kita perlu hormat. Kalau Tuan Guru menghamun kita maka kita dengarlah saje dengan penuh akur. Bukanlah org melayu menyatakan bahawa Tuan Guru itu maksum tetapi begitulah budayanya. Sebarang bentuk layanan cabar mencabar Tuan Guru, mengkritik terbuka tanpa mengira status dan usia ala2 barat cukup tidak disukai org melayu walaupun apa yang hendak dikatakan itu ada kebenarannya. Oleh itu jika UMNO ingin berdiskusi dengan orang2 berstatus Tuan Guru, maka org2 UMNO tersebut mestilah setaraf dengannya. Tokoh2 seperti Dr. Maza, Ust. Hairussani adalah dikira setaraf. Lebih elok lagi jika pandangan Dato' Jamil Khir (Menteri Agama) sebagai org berotoriti diambil pandangannya. Itupun kena berhati2. Jika masyarakat melihat tokoh Agama hanya digunakan SEMASA melawan PAS sahaja tapi tidak diambil peduli dalam rutin pengurusan harian maka kredibiliti pandangan mereka juga akan menurun. Kalau setakat Ketua Cawangan mana2 yang sebenarnya ghairah untuk mendapatkan nama, anda sepatutnya belajar dari apa yang telah terjadi dgn Dato Anuar Musa atau Dato Pa yang sekarang bersikap lunak apabila berdepan dengan PAS. Bukan kerana mereka tidak pernah bersifat kritikal, tapi mereka telah merasai bahawa sikap kritikal mereka yang keterlaluan terhadap Tuan Guru akan lebih merosakkan UMNO dari menjatuhkan kredibiliti Tuan Guru. (Dan Tuan Guru di sini bukanlah merujuk kepada Nik Aziz semata2)

Artikel penuh di: http://got-tots.blogspot.com/

Atan said...

Salam, Dato';

Kalau beliau berkata dengan ilmu, kita wajib mendengar hujah daripada kata-kata beliau tentang UMNO itu kafir, UMNO itu Ayah Pin, UMNO itu Chin Peng, dsb supaya kita tidak tersilap dalam menilai akhlak dan peribadi beliau sehingga kita tergolong sebagai pemfitnah beliau.

Saya rasa kebanyakan orang menanggap kata-kata Tuan Guru itu melalui pemahaman masing-masing. Ya, pemahaman yang difahami wartawan. Kalau wartawan sabar, mereka perlu meminta Tuan Guru itu berhujah supaya wartawan itu faham mengapa Tuan Guru itu mengecop UMNO itu dan ini. Dengan penulisan yang jujur, baru kita dapat mengadili Tuan Guru itu.

zainal mohd jais said...

sajak & nik aziz
ULAMAKKAH AKU ?
@ PEMIMPIN ANGKUHKAH IA ?
(antara label & realiti = keliru)

Ya, dia mungkin ulamak,
Tapi dia bukan maksum
Ya, dia mungkin ulamak,
Tapi belum tentu dia pemimpin yang terbaik
Ya, dia mungkin ulamak,
Tapi belum tentu dia tak buat silap
Ya, dia mungkin ulamak,
Tapi dia tak boleh tuduh orang kafir
Ya, dia mungkin ulamak,
Tapi kenapa dia sokong projek babi mega
Ya, dia mungkin ulamak,
Tapi bukan dia seorang saja ulamak

Kalau dia berjiwa besar
Dia tak tolak perpaduan
Kalau dia berjiwa besar
Dia tak kata orang lain sentiasa buruk
Kalau dia berjiwa besar
Dia tak sentiasa rasa diri betul
Kalau dia berjiwa besar
Dia tidak besar kepala
Kalau dia berjiwa besar
Dia tidak cakap besar
Kalau dia berjiwa besar
Hal kecil tak diperbesar-besarkan

Kalau dia pemimpin hebat
Dia tak musuhi majoriti rakyat
Kalau dia pemimpin hebat
Dia jadikan dirinya milik semua
Kalau dia pemimpin hebat
Dia akan jadi pendamai
Kalau dia pemimpin hebat
Dia akan buat dua orang berjabat tangan

Bahawasanya dia
Tak mau terima teguran
Bahawasanya dia
Menuduh orang Islam - komunis

Bahawasanya dia berkata
Mencarut itu o.k
Bahawasanya dia berkata
Sikafir pergunakan al Quran itu o.k
Bahawasanya dia berkata
Syaitan boleh dijadikan sahabat itu o.k
?

Kalau dia ulamak, pemimpin umat
Dia bukan ahli sebuah parti - PAS
TAPI, dia sepatutnya pemimpin sejagat.

Puyot said...

Melati,

Takkan la makan pun nak minta saya suapkan? Carilah sendiri maklumat. Kalau tiada di internet, cuba tanya siapa2 yang ada dengar ceramah di kuala krai sehingga tercetusnya isu ni.

Saya tolong mana boleh. Pasal kata tuhan samseng, sila masuk sini: http://serambidakwah.blogspot.com/2009/06/penjelasan-tuhan-samseng.html

Pasal kata menyamakan fahaman nasionalis (bawaan UMNO) dengan komunis, sila masuk sini: http://ourglobal.wordpress.com/2009/06/28/video-komunis-apa-lagi-persamaan-terbaik/

Tu kira ucapan penuh, tiada potong, tapis dan distort waimma spinning. Dan memang beliau TGNA ada keluarkan kenyataan tu. Tak perlu pada penafian. Buat apa nafi kalau perkara tu memang dia buat. Kalau nak lebih detail, Melati usaha la sikit, takkan tak boleh?

Berkenaan naik mimbar dan jadi imam, ada saya tulis berkenaan dengan level iman seseorang ke? Ada saya persoalkan tahap keimanan seseorang ke? Ke Melati dah kabur mata sebab tak sabar nak jawab komen saya? Cuba baca byk2 kali. Saya minta perkara yang cukup simple sbg seorang rakyat biasa. Bukan susah mana pun naik jadi imam dan beri khutbah. Dan saya tekankan disini, bukanlah syarat untuk masuk syurga itu dengan menjadi imam dan membaca khutbah! Dan siapakah yang boleh memberi penilaian ikhlas atau tidak seseorang itu berdakwah?

Tulis Melati: Sdra pastikah bhw semua imam atau pembaca khutbah akn masuk syurga? Sdra pastikah mrk ikhlas & tidak melakukannya dgn tujuan to gain political mileage atau mahu dipuji serta dilihat sbg seorg yg alim? Sdra pastikah pembaca khutbah mengamalkan kehidupan spt yg dikhutbahkan?
Jwpn: Saya tak pasti sebab tu dalam kuasa Allah Taala. Yang saya pasti, Melati pun tak pasti.

Berkenaan balaghah, Melati pasti tok guru mencemuh dalam isu ni? Dan siapakah yang paling layak menilai persamaan, valid & credible rumusan yg dibuat oleh TGNA? Melati sendiri? Saya tak layak.

Apa yang saya ingin sampaikan, kalau kita tidak suka dicemuh, kita jangan mencemuh orang lain. Ini tidak, kebanyakan pengomen terus tibai TGNA. Saya minta perkara senang ja, kaji dan fahami dulu isu. Kalau tak tau atau tiada maklumat selain suratkhabar, jangan pandai2 nak tibai orang lain. Ada paham? Senang kan?

Agaknya lah, zaman al-Ma'amun dulu, sapa2 yang lembut bahasa, akan ditangkap dan dipenjarakan.

Tulis Melati: Banyak lagi masalah muslimin muslimat yg patut dibincang & diselesaikan oleh barisan pemimpin Islam. Generasi pertengahan umur & muda kita ramai yg lepasan Pusat Serenti, peratusan penceraian di kalangan umat Islam adalah yg tertinggi, bil. murtad pula semakin meningkat, dll.
Tambahan: Ni yang sebab TGNA masuk politik. Sebab pemerintah pada hari ini (UMNO) telah GAGAL dalam membendung gejala2 seperti ni. Nampakkan? Senang ja, bagi didikan agama dan pemerintah sendiri hidup cara hidup yang taat kepada agama. Jadikan diri pemerintah itu sebagai contoh teladan. Bukannya sempadan.

Puyot said...

Oh ya.. Melati, imam Hanbali mengeluarkan fatwa 'sesat dan terkeluar daripada agama' kepada golongan Muktazilah yang dibela oleh khalifah al-Maamun sehingga beliau dipenjarakan.

Siapa yang membunuh Hassan al-Banna kalau bukan kerajaan Mesir pada waktu itu. Contoh yang Melati berikan cukup bagus. Brotherhood tu diseru kepada siapa? Kepada mereka yang jahil dan lemah iman. Tetapi tidak kepada kerajaan yang memerintah Mesir pada masa itu.

Kenal Fathi Yakan? Cuba baca kisahnya. Kenal Said Nursi Bediuzzaman? Cuba baca kisahnya. Mereka ini secara lantang dan 'keras' menentang kerajaan masing2.

Berkenaan dr Hamka berdepan dengan Suharto ketika cuba melaksanakan pancasila. Adakah pancasila itu berjaya digagalkan? Tidak! Lihat Indonesia hari ini. Semua agama itu sama. Nah, hasil berlembut dengan pemerintah Muslim yang anti kepada Islam, menatijahkan umat Islam itu menjadi lemah.

Dan terima kasih di atas nasihat yang Melati berikan.

dinturtle said...

Salam Dato,

Pada sayalah, semua ini permainan politik Pas. Tidak lain dan tidak bukan hanya politik semata2.

Pas agak 'terpukul' juga dengan isu kerajaan perpaduan baru2 ni, Nik Aziz pula dengan 'terlepas' cakapnya, maka Nik Aziz perlu alihkan perhatian rakyat terutama ahli2 Pas sendiri, dan perlu pastikan Pas dalam keadaan menyerang semula.

Langkah pertama - tuduh Umno dengan segala provokasi yang pastinya mendapat liputan meluas. Pastinya pemimpin2 Umno akan melatah dan menghentam Nik Aziz. Isu KP dengan sendirinya dipinggirkan.

Langkah kedua - Ajak Najib berdebat soal provokasi diatas. Pelawaan dibuat dengan penuh kenyakinan ianya akan ditolak mentah2.

Langkah Ketiga - Gunakan penolakan atas pelawaan debat itu sebagai modal baru berkempen. Ini sebagai balasan kepada isu penolakan Pas terhadap Kerajaan Perpaduan yang akan digunakan Umno.

Nah, ini pendapat saya. Selagi namanya orang politik, setiap pandangan atau perbuatan, harus dikaitkan dengan politik. Saya masih berpegang teguh pada komen saya yang terdahulu - orang politik sekarang tidak ada keikhlasan ! Semuanya memakai topeng dan bila dibuka, yang nampak hanyalah politik .

Anonymous said...

Datuk,

Daripada perdebatan para komentar bagi entry ini, nampaknya PAS dan Umno bukanlah parti pilihan saya.

Saya orang Melayu beragama Islam. PAS adalah parti Islam, parti agama saya. Tapi kebelakangan ini, disebabkan keghairahan mahu berkuasa dengan bantuan orang bukan Islam, PAS semakin membelakangkan Islam termasuk menolak perpaduan dengan sesama Islam.

Umno adalah parti kebangsaan Melayu, parti kaum saya. Parti yang membela nasib orang Melayu dan tidak mempolitikkan Islam. Bagaimanapun, dek terlalu ghairah mahu mendapatkan semula undi bukan Melayu, Umno sejak akhir-akhir ini semakin membelakangkan orang Melayu. Satu demi satu dasar Kerajaan yang diumumkan oleh Presiden Umno @ Perdana Menteri Malaysia menuju ke arah meminggirkan orang Melayu dari segi pendidikan dan ekonomi. Yang terbaru pengumuman mengenai Biasiswa Nasional yang akan diberikan berdasarkan merit.Dan terkini ialah pengumuman mengenai penghapusan 30 peratus kuota saham Bumiputera untuk syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.

Jadi, parti apa pilihan saya sekarang? PAS yang semakin menolak Islam atau Umno yang semakin meminggirkan Melayu?

Saya tetap orang Melayu dan beragama Islam. Parti-parti lain selain Umno dan PAS, bukanlah pilihan saya.

CT Tanjung Perak

Anonymous said...

Sdra Puyot,

Ribuan terima kasih juga utk Sdra yg membalas sebegitu cepat.

Sdra juga sila baca komen-komen saya balik yek?

Buat kata Sdra OKJ, "susah, susah".

Melati

ringgit said...

To: OKJ,

sdr mengulas memlalui petik al_quran... nak tanya sikit, Nabi Muhamad S.A.W mengucap mana? sama tak mcm kita?

OKJ said: Demi saesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yg keras sekali permusuhannya kepada orang orang yang beriman ialah orang orang Yahudi dan orang orang Musyrik (surah al maidah, 5:82)

Kalau dibaca kisah zaman rassulullah dulu, semasa baginda menyebarkan islam, baginda ditentang oleh ketiga tiga golongan diatas dan baginda selalu mendoakan para sahabatnya. To’ Guru PAS pula berkawan dengan syaitan, kafir, peliwat dan sex bebas dan mendoakan kebinasaan ke atas sesama Islam. Astagfirullahalazim

Anonymous said...

Salam Dato'

Dengan izin ya?

Saudara OKJ

Betul. Membaca itu amat penting.

Tetapi saya ingin menambah di sini bahawa membaca sahaja belum tentu menghasilkan insan yang berilmu, berbudi bahasa dan rendah diri.

Ada perbezaan besar di antara mempunyai pengetahuan dan berilmu.

Melati

D'Nay said...

Sdr Puyot,

Sdr (dan yang sewaktu dengan sdr) cuba mempertahankan N.Ajis kononnya apa yang disebut N.Ajis adalah balaghah. Kalau saya kata N.Ajis adalah seperti babi, dan kemudian itu saya katakan itu adalah balaghah. Boleh sdr. terima kot, sebab babi suka sondol, macam N.Ajis la main sondol je, sampai apa yang diucapkan bau busuk macam najis babi. N.Ajis bercakap tak berfikir, lepas tuh jenuh cari hadis/surah nak mempertahankan kata-kata beliau. Beliau la contoh manusia yang memperggunakan agama untuk kepentingan sendiri.

Sdr Puyot, jangan dok leka dengar ceramah yang berdegar-degar, tapi tanah air tergadai.

Pemimpin Islam apa, kalau sesama pemimpin PAS pun dia boleh naik hangin, macam dalam kes Ust Nasharuddin. Keluar kenyataan yang memberi gambaran seperti seorang diktator....jangan la berangan kata nak ikut sunnah Nabi...N.Ajis lebih kurang Karpal Singh...entah-entah nanti masuk nera.. se Kapal.

Undo la Pok Nik Oiii...letih doh ambo dok dengar fatwa hok tok masuk akal (outrageous, kata Dato' Kadir Jasin)

Anok Kelate

pakbelalang said...

After hearing the statement made by Nik Aziz, I would like to repeat my earlier comment but this time directed more towards PAS leaders.

Don't expect anything from PAS leaders. They do not have the political will to unite the ummah.They have their own political agenda and vested interest. That's their first priority. They don't have the drive, desire and full commitment to really wanting to take care of the well being of their Muslim brothers. They don't imbibe the true teaching of the Quran. They interpret the Quran to suit their own political ideology to the extent that they are making the ummah confused and disunited with no positive direction to look forward.

The Muslims are doomed to fail dulu, kini dan selamanya !! Why?
Simply because PAS leaders lack the WISDOM AND COMMON SENSE !!

Many statements made by the leaders reflect their poor maturity of thoughts. They are way below the benchmark of true Muslim leaders.
PAS leaders have done nothing to create anything good for the Malays.Literally, they are "deaf, blind and dumb". Sum mun buk mun um yun fahum laa yar jiuun !!
PAS leaders are all failures. To be blunt they are simply haprak and HP6.

Mereka masih lagi terkapar-kapar, bingung dan meraba-raba ke hala mana mereka nak bawa bangsa Melayu dan Islam..

Mengapa umat Melayu hingga kini tidak boleh bersatu? Kerana semua pemimpin PAS hanya pandai main "politik kampong". Politik "kopiah putih" !! Mereka kurang pengetahuan global sebab mereka tidak bijak!! Terimalah hakikat ini. Mereka sebenarnya tidak layak memimpin umat Melayu Islam.

Melayu Islam nak bersatu? Forget it. The Malays can never be united selagi sifat cemburu, dengki, iri hati, riak dan bodoh sombong bergelumang dilobok hati mereka.

Itulah sifat Melayu Asli yang tak boleh di kikis. Dah sebati dalam darah daging mereka.

Budak Baru Belajar said...

Pada pandangan saya, dua2 pihak pun sama..

Tok Guru pun dah selalu sangat ter'sasul' dan melalut (mungkin sebab faktor umur). Media massa UMNO pun selalu sangat mensensasikan berita berlebihan-lebihan, mencari kesalahan pemimpin pembangkang..pantang salah sikit berita sampai 2,3 minggu cerita yang sama..

Kesimpulannya, jangan pedulikan sangat cakap Tok Guru tu, dia dah patut retire dan jangan percaya sangat media massa UMNO ni..dua2 pun sama suka mengarut dan putar belit cerita untuk kepentingan politik...

- Budak Baru Belajar -

Kassim Ahmad said...

Dato.

Apa beza Ayah Pin dari Sky Kingdom dengan Al Arqam,dengan Gurudi Sami Hindu dari India yang datang ka Malaysia menjadi tetamu kapada VVIP.Bagaimana pula dengan Sheikh Mahmud dari Ulu Langat yang ajarannya di katakan ajaran sesat oleh MUIS yang menjadi Tok Guru kapada bekas Perdana Menteri dan Bekas Timbalan Perdana Menteri.

Saya rasa Nik Aziz hanya lah membuat kiasan samasa ia membuat ucapan itu jadi jangan lah kita jadikan itu satu issue yang besar.

Masaalah dengan PAS dan UMNO sekarang ini kerana terlalu banyak Pemimpin yang otaknya kechil san kepalanya besar.Akhirnya bangsa Melayu yang menderita.

Anonymous said...

TGNA ni memang orang politik yang licik (licik tak semestinya sesuatu yang buruk) dan bijak. Sekali cakap je, Najib dan UMNO dah jadi "defensive". Sekarang, satu PAS belakang TGNA. Dah tak ada cerita pasal kerajaaan perpaduan lagi. Sekali cakap, orang PAS bersatu dan orang UMNO naik gelabah..

Dan Najib dan UMNO memang ada penyakit koro yang Datuk AKJ selalu sebut tu. Ni terjangkit ke Ong Tee Keat pasal debat PKFZ. Ajak debat, tak mahu, bagi alasan macam-macam.

Fauzi

Anonymous said...

Salam Dato'

Dengan izin ya?

Salam Saudara Kassim Ahmad.

Spot on!

Barisan pemimpin Islam BN, PAS & PKR mengeluarkan kenyataan demi kenyataan hanya untuk memancing undi waima merugikan ugama dan bangsa kita sendiri.

Najib dan pasukannya sudah pakar dalam bending low forward and backward demi memancing undi bukan majoriti.

Nik Aziz dan pasukannya lebih rela bersekongkol dengan puak kafirun yang manifesto parti mereka sudah jelas tertulis berlawanan dengan landasan ugama dan keperluan bangsa kita dan lebih rela menolak perpaduan seugama dan sebangsa.

Anwar Ibrahim ... well, all he wants to be is the next PM.

Sementara itu Najib baru-baru ini telah menjanjikan biasiswa JPA bermula tahun depan kepada calon-calon "based purely on merit, regardless of race." (saya cedok dari blog BigDog)

Berita baik ini telah disampaikan dalam ucapan beliau di satu jamuan makan malam yang dianjurkan oleh MCA and the Associated Chinese Chamber of Commerce and Industry Malaysia".

Tapi Saudara Kassim, saya rasa ada eloknya juga kita berbincang tentang kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh barisan pemimpin-pemimpin kita tanpa mengira parti. What is no big deal to one person is a very, very big deal to another.

"Stupidity never takes a holiday."

Melati

samagreen said...

Salam DAKJ,

Baru-baru teman berkesempatan bertemu dgn sahabat lama dari Kota Bharu, Kelantan (bukan Kota Bharu, Perak dekat Gopeng). Oleh kerana agak lama kami tak berjumpa, maka banyak le perkara yg kami sembangkan.

Dipendekkan cerita, beliau beritahu teman ... sebenornya PAS sangat jujor dlm perjuangannya. PAS hanya harapkan yg UMNO memerintah ikut cara Islam sepenuhnya. Tu saja!! Jika UMNO lakukan tu, PAS rela dibubarkan.

Wauuu ... teman agak tersentak dgn kenyataan sahabat teman ni. Jadi teman kata, kalo gitulah hasrat PAS, memang PAS berjiwa besor!!

Tapi teman nanya balik, bukan ke TGNA ada meletakkan syarat pada UMNO ... untuk perpaduan, UMNO mesti pastikan PAS, PKR dan DAP diberi jawatan menteri?? Apa ertinya ni kalo bukan kerana kuasa.

Pertanyaan kedua teman, mampukah PAS melaksanakan pemerintahan ‘Islam’ sepenuhnya (mengikut cara PAS) jika PR memerintah??

Sahabat teman tak jawab apa-apa, senyumannya tetap manis, tapi dari raut mukanya beliau seolah-olah sedang memikio sesuatu:

“Adakah mimpiku ini berbeza dgn mimpi para pemimpin PAS???”

Atau dgn kata lain:

“Tak mungkin aku tertipu!!”

Wallahualam.

dmc distribution network said...

dato.... salam ukhwah diucap kan.. semoga beroleh kesajahteraan dan kerahmatan Allah swt.
komen komen dato amat amat tajam dan pedas utk orang memahami nya..

saya fikar dato adalah deorang ilmuan dan tahu membezakan fakta dan bukan fakta...
perbezaan fahaman politik usah lah kita perdebat kan... cari lah kebenaran yang hakiki....bagi saya yang tak tergolong dalam golongan ilmuan ni dapat jua sekelumit saya membeza kan kebenaran ini kan pula dato yang pada pandangan saya sangat mengerti akan maksud tuan guru... jangan lah paparan surat khabar jadi panduan dato untuk menghukum seseorang...

sekian semoga dato dapat bersemuka denga tuan guru dan rungkai kan lah masaalah in sebijak bijak nya..
wasssalam...

afah said...

..salam, Dato, please allow me to put in my two cents worth, if I may..
..bagi saya Pas adalah sebuah parti politik…sama jua parti-parti politik yang lain..dan sebagai parti politik sudah tentulah apa jua tindakan dan kenyataannya ialah untuk menjaminkan parti itu kekal berkuasa..dan kuasa hanya dapat diperolihi melalui kemenangan dipilihanraya.. TGNA pula adalah saorang ahli politik..kekuatannya dibidang ugama…maka sudah tentulah beliau akan menggunakan kekuatan itu untuk menjaminkan partinya menang supaya mereka kekal berkuasa…dan umum tahu bahawa dalam politik, matlamat menghalalkan cara..kalau tidak bukan politik namanya..jadi apa hendak diherankan dengan kenyataan TGNA?..apa hendak diharap daripada ahli-ahli politik umumnya?..yang berbalah kita..yang bertekak kita..kalau diKelantan, yang bertetak kita…dan kepada puyot dan melati apalah hendak dikalut-kalutkan?..bukankan kita seharusnya mencari persamaan dalam perbezaan?..membuang yang keruh dan menceduk yang jernih?..saling memaaf-maafan?..bukankan yang termulia disisi Allah ialah sifat pemaaf?..ini tidak…kita caci..kita cerca..kita hamun..kita carut..apakah ini pusaka yang ingin kita tinggalkan kepada anak-cucu kita?..setelah bangsa sendiri lebur ?..
..situa ini masih ingat, diawal 50an, dizaman budak hingusan, tidor berselimut lingkup..mengiggil ketakutan pabila kesunyian malam diKuala Krai ditembusi gegaran tembak-menembak…tandanya kemuncak Zarurat..tandanya pasukan keselamatan kita yang terdiri dari Regimen Melayu sedang bertempur dengan Komunis..peluru mereka tidak mengenal bangsa…teringat pula PR1..megahnya berdiri bangsaku..teringat Merdeka..kalau dulu kita bertoleransi sesama kita dan lain bangsa, mengapa sekarang kita toleransi dengan lain bangsa tapi tidak sesama kita….?

Alang Sepang said...

Org Melayu yg beginilah yg akan, bukan saja mengelirukan org Islam tetapi org bukan Islam lagi keliru. Tetapi org bukan Islam yg mengkudakan org Melayu yg begini, memang amat suka. Mereka sangat suka lihat org Melayu bermusuh-musuhan.
Tetapi malangnya terlalu ramai org Islam Melayu yg terlalu taksub membabi buta. Ibarat cakap dua kali dua kalau dijawabkan lima pun percaya....
Tajuk diatas memang betul tu Dato,satu lagi Datok, PAS tu nama parti siasah, tapi depa kata parti itu Islam.
Memang Dato, Alim-alim ulamak sekarang ini menggunakan Islam untuk kepentingan sendiri atau politik sendiri..... sendiri tau lah..... saya dah lupa siapa, kumpulan mana yg ramai kener......

saji said...

Kali ni saya setuju dengan Pakbelalng Dato'. Cuma lebih jelas jika PAS dikatakan sudah kehabisan idea Islamnya dari segi bagaimana untuk memajukan orang Melayu-Islam dan Islam dinegara ini seterusnya, apabila mereka dapati kebanyakan idea Islam, yang sama ada mereka perjuangkan atau tidak, sudah dilaksanakan oleh UMNO yang saya tak perlu jelaskan.

Dimana, dalam bidang perancangan, ia disebut sebagai 'blur point' atau titik kabur. Iaitu satu keadaan pembangunan bandaraya yang tidak menyenagkan hati pendudukmya dan pelawat seperti pencemaran, kesesakan lalu lintas, masalah sosial, bangunan lama/bersejarah yang usang, kehidupan malam yang hampir mati dsb yang dikalangan pihak berwajib dan jururancang terbabit sendiri tidak tahu apa yang hendak dilakukan lagi untuk mengatasi keadaan tersebut.

Di mana pengalaman di UK menunjukan bahawa bandaraya sedemikian memerlukan kajian semula pelan induk bersama2 pelan tempatannya dengan suntikan idea2 baru seperti urbanisme dan koservasi serta polisi2 baru seperti urban renewal act.

Maknanya, PAS tidak melakukan kajian serupa yang dimaksudkan itu.Mengapa?

Anonymous said...

Pak Kadir,

Bagus sungguh kata-kata anda.

Apa boleh buat - saya pun ingin mengatakan yang serupa - tetapi kata-kata kita masih merangkak-rangkak.

Salingkan mereka memancung kepala cucu nabi, terduduk kita termengah huruf.

Terima kasih

The Honey Trader

A KADIR JASIN said...

Sdr Zol Dabat,

Permintaan Saudara dibenarkan. Terima Kasih.

OKJ said...

Salam DAKJ

Senyum kambing

DAP Kedah keluar pakatan sebab tak puas hati runtuhkan rumah sembelih BABI. Ini baru tempat sembelih BABI belum ladang lagi. So nilai sendirilah kebanggan PAS dengan uztaz kafir yg kononnya boleh baca Al Quran depan To’ Guru. Kalau kafir tu kafir jugak.

Pemimpin PKR Melayu kena pecat oleh DAP kat Penang. HINDRAF buat kacau dekat Penang jugak. Lain kali buat baik berpada-pada terutama kepada kafir laknaatullah. Kalau kafir tu kafir jugak. Sekian TQ

melayu bersatu said...

Dengan kerana BABI--- DAP tikam belakang PAS
DAP sanggup tikam belakang PAS hanya kerana satu rumah lapah babi


Mula Mula Lim Guan Eng memecat Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai Johari Kassim yang dikenali sebagai seorang ahli majlis yang ikhlas bekerja keras untuk membersihkan MPSP yang dikatakan begitu kusut dengan pelbagai permasalahan.


Johari dipecat walaupun PKR Pulau Pinang memohon agar belau tidak dipecat kerana beliau seorang yang kuat bekerja. Malah TKM1 yang baru dilantik pun meminta agar johari tak dipecat...


Tak layan.. pecat juga... malah katanya kalau suka, boleh suruh PKR cuba lantik Johari semula... begitulah bongkaknya Lim Guan Eng dari parti Roket.

Kemudian dituduhnya, kaum India yang bakal kehilangan rumah mereka sebagai bodoh dan katanya Hidraf sudah menjadi boneka BN...

Eh wahh sedapnya mulut,
dulu masa nak kan sokongan Hindraf, langit dan bumi bulan dan bintang dijanjikan,


Penduduk Kampung Buah Pala a.k.a. High Chaparral yang marahkan Lim Guan Eng - jawab Lim Guan Eng: merekalah yang bodoh kerana tak ambil pampasan- sekarang nak susahkan aku pulak..Gambar oleh Star Online


Tak cukup dengan itu, DAP sanggup keluar dari pakatan Rakyat demi kerana rumah lapah babi YANG DIDIRIKAN SECARA HARAM di kedah dirobohkan. Ait satu rumah lapah babi punya pasal pun boleh tinggalkan pakatan... macamana ni... BACA RENCANA THE STAR DI PENGUHUJUNG POSTING INI


Bila PAS nak berbincang dengan Umno untuk satukan Melayu dia kata macam macam kat PAS, sampai ada yang suruh PAS keluar dari pakatan kerana khianat... NI DAP sorang kat kedah to tak Khianat Pakatan Rakyat ke.. or more specifically, tak khianat PAS ke?

DAP bukan sekadar memaki hamun pas tapi meninggalkan pakatan hanya kerana sebuah rumah lapah babi, apa agaknya reaksi mereka kalu PAS betul betul mahukan negara Islam


DAP begitu lantang menghina Haji Hadi Awang kerana mahukan orang Melayu dan Islam bersatu kononnya ia mengguris perasaan Cina dan bukan Melayu yang lain, tetapi di Kedah mereka tak hiraukan langsung perasaan orang Melayu. Yang peliknya Nik Aziz setuju cakap DAP pulak tu... entahlah

pikir pikirkanlah wahai orang Malaysia

sujini said...

Assalam mualaikom Tn.Hj.

Saya sekadar hendak menjernihkan keadaan.

Saya rasa Tok Guru ini pukul" menantu" sindir "anak".
"Menantu" dalam konteks ini adalah UMNO dan "Anak" adalah Leftenan dan Jeneral PAS.

Sepatutnya Leftenan dan Jeneral Tok Guru perlu merujuk kepadanya diatas apa-apa pun rancangan yang ada kaitan dengan "Menantu" kerana beliau seorang yang lebih berpengalaman dan berpangkat tinggi(dari segi umur).

Jadi beliau pun melepaskan geram kepada "Menantu" dengan tujuan "Anak"-nya jangan lagi memandai-mandai membuat peraturan tanpa restu beliau.

Biasalah,orang muda perlu menghormati orang tua dalam sesebuah keluarga.

Seperkara lagi, jika "anak-anak"
tidak faham lagi hati budi "Bapa" mereka macam mana nak pergi merisik bakal "Menantu".

Selain daripada itu saya rasa karakter beliau ini lebih ego, mulut suka celupah dan berdendam.

Kita anggap saja diatas adalah karakter negatif beliau.Lagi pun umur beliau,(78 tahun),sudah melebihi umur Rasullullah saw. Apa yang diluahkan umpama budak kecil yang tidak faham kesannya.Seperti ungkapan barat, "Kids say the darnedest thing."
Munkin betul kata Pak Lah,Tok Guru tersasul.

p.s. Untuk maklumn semua,saya
bukanlah penyokong PAS atau
peminat Tok Guru.

Gedung Akal said...

Salam Dato' dan semuanya.

Masalahnya sekarang MELAYU jadi ISLAM kerana BAKA semata-mata. Melayu sebenarnya kurang kefahaman agama. Sebab itulah PEMIMPIN zalim pun tidak boleh ditegur bahkan maksud ZALIM itu pun difahamai dengan konteks yang betul.
MELAYU faham sikit2 Islam dan mana-mana Melayu yang berkuasa dan bijak bersikap pragmatis. sepatutnya amar makruf nahi mungkar namun yang jadi amar makruf amar mungkar - dan ini pun gagal difahami oleh sekalian Melayu.
Rumusannya selagi tasawwwur islam orang Melayu tidak jelas maka selagi itulah ISLAM difitnah. Yang betul adalah pemimpin pemimpin Melayu yang berkuasa dan boleh memberi makan kepada rakyat sahaja.
Perlulah kita wacanakan lanjut hal ini agar melayu benar-benar Islam dan tidak jadi duri dalam daging kepada dinamisme islam. Ramai melayu Islam kabur hal ini.

affendi hussain said...

Saya rasa masing2 pemimpin Melayu Islam ini akan jadi haru biru tak tentu hala bila terkena penyakit bawaan ini...punca dia sama saja..

Tanda-tanda penyakit tu serupa : Penderita akan bersemangat hentam & jatuhkan sesama bangsanya sendiri sama ada secara sedar atau tidak..

Contoh: Anwar Ibrahim dgn pendedahan yg byk dgn USA & kapla2 IMF & Yahudi..

Skrg Nik Aziz - terus naik syeikh selepas dikunjung ejen pembawa dari negara kecil nun di selatan..

Najib dah ada tanda2 jugak.. tu baru orang jemput makan dah kemaruk nak sebut biasiswa dan merit..sebelum tu dah tutup MDEC..sepatutnya tutuplah Kementerian Wilayah tu dulu..sebelum tu pun tak pernah ada..buat apa bagi Datuk Bandar senang2 makan gaji buta..?

apa benda tu biasiswa? yang saya tau JPA hanya bagi pinjaman boleh ubah zaman saya..skrg semua PTPTN..

Macam mana orang melayu nak terhutang budi dengan pemimpin melayu..mereka tu yang lupa diri selama ni mengkedarah budi bangsa sendiri untuk sampai dimana mereka berada skrg..


Fikir lah sendiri..saya dah malas nak fikir..tak paham dan makin meluat!

Persamaan antara UMNO & PAS sama saja dengan Ayah Pin: TAKSUB PEMIMPIN! ..apahal pulak periuk kata cerek hitam sekarang... pergi masing2 mengadap cermin muka..

Hmm.. eloklah tu pertubuhan HINDRAF pun nak daftar parti nama PAHAM.. masuklah PR atau BN.. sama saja..masing2 pun tak paham..

Zalisa Maz @ ZN Isa said...

Salam Datuk,

Apabila kita merasakan diri lebih daripada orang lain, apa sahaja kebaikan yang dilakukan oleh orang lain tidak akan kita nampak lagi.

waribangsarbaru said...

Salam Dato'

Rasanya orang Melayu macam kurang sedar yang kita ini hidup di dalam masyarakat majmuk. Tidak kiralah sama ada pemimpin sehinggalah ke rakyat jelata, kalau ia nak bercakap atau pun menulis ikut suka dia saja.

Bagi dia yang penting, semua orang mesti dengar apa yang dia cakap. Lagi mencarut dan merapu mungkin dia rasa lagi hebat. Tidakkah ini satu fenomena yang sangat mengerunkan?

Lazimnya bila disebut Melayu secara otomatisnya Islam lah juga tetapi pada hari ini ada gerombolan Melayu itu sendiri yang beria-ia sangat, ingin mengjanggalkan amalan ini, kenapa?

Bagaimana kita hendak mendapatkan respect daripada bangsa lain, kalau percakaran yang tidak berkesudahan di antara orang Melayu ini hanya menambahkan kecelaruan pada rakyat?

Wahai orang Melayu, Manik Urai ini adalah satu lagi pentas politik Melayu yang sedang dipertontonkan. Adakah ini akan menambahkan lagi mual rakyat?

Jangan lupa, politik Melayu dah seperti program realiti. Kita sedang diadili dan kalau nak tahu keparahannya, kumpul saja undian SMS... keputusan akhir ialah PRU13.

Anonymous said...

Pak Kadir,

'Saya tidak ada kuasa menghalang'
ALOR SETAR 1 Julai - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak menghalang keputusan DAP negeri keluar dari pakatan pembangkang.

Beliau bagaimanapun menyifatkan tindakan itu sebagai tidak menghormati pimpinan DAP Pusat yang tidak tahu menahu keputusan tersebut.

"Saya tidak ada kuasa nak halang siapa yang nak keluar pakatan pembangkang kalau itu yang mereka mahu,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Azizan memberi reaksi segera berhubung pengumuman Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su untuk keluar dari pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri yang didakwa tidak adil kepada rakyat.

Antara isu yang dibangkitkan pemimpin DAP itu adalah tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya hari ini setelah tempoh sebulan diberikan kepada pengusaha ternakan tersebut berakhir.

Begitu juga dengan keputusan meningkatkan 50 peratus kuota bumiputera bagi pemilikan yang tidak dipersetujui oleh DAP.

Ditanya dakwaan DAP itu, Azizan menafikan beliau tidak bersikap adil kepada semua golongan masyarakat di negeri ini.

Katanya, beliau perlu menimbang kebaikan semua pihak sebelum membuat apa-apa keputusan.

"Dalam isu merobohkan tempat sembelihan babi di Kampung Berjaya, tempoh sebulan untuk menangguhkan kerja-kerja merobohkan pusat penyembelihan diminta sendiri oleh para pengusaha babi di pusat tersebut.

"Mereka juga telah berjanji untuk mencari tempat baru bagi dijadikan pusat penyembelihan," katanya.

Katanya, beliau sendiri telah berhubung dengan Pegawai Daerah Pendang supaya proses kelulusan tanah di Kampung Cina, Pendang dipercepatkan untuk dijadikan tempat penyembelihan babi baru jika tiada bantahan mana-mana pihak.



what are your thoughts on these things, Pak Kadir?


The Honey Trader

Yangretibase said...

Assalamualaikum Datuk AKJ,
Saya berasa sungguh sedih dan dukacita serta hairan mengapa Datuk tidak ada keberanian dan keikhlasan untuk menyiarkan komen saya!

Nampaknya Datuk begitu lemah dan tiada kekuatan untuk menerima kebenaran. Pada zaman mutakhir ini, menyatakan kebenaran menjadi satu kesalahan, rupanya.

Terima kasih. Wassalam.

Qaseh Bonda said...

Salam Datuk...

Nampaknya mencanak2 komen masuk dalam entry datuk kali ini...

Bab hentam sana sini, orang melayu memang pakar...bab susun ekonomi untuk anak2 bangsa...masing2 buat tak peduli...memenuhi temolok sendiri memang kepakaran orang melayu..

Sebabnya orang melayu tak berapa kuat semayang...hormat ibu bapa lagi la kurang..cuba tanya pada diri, hari ni aku hantag Fatihah kat arwah mak bapak aku berapa kali...

Orang bukan Islam pun percaya...nak berjaya kena semayang lebih..kalau tak, tak penuh la batu Keb tu..tokong2 pulak makin membesar dari hari ke hari hasil dermawan anak2 bangsa mereka...

Sekurang2nya Kelantan sejahtera di bawah pentadbiran Ulama...

Kita apa ada..

Mustapha Ong said...

Salam Sdr Datuk Kadir Jasin,

Assalamualaikum.

One of my favourite quotes is" Politics: the art of looking for trouble, finding it everywhere,diagnosing it incorrectly, and applies the wrong remedies.(Groucho Marx)

It is obvious that I am referring to the current political antics of the opposition, the wayang kulit directed by Tok Guru Aziz, LKS and Anwar Ibrahim.The opposition members are always hiding behind the smoke screen and appear whenever they feel themselves being threatened by their enemies.

The PAS plays God, the DAP plays Tok Kong and the PKR plays the Pak Jenin. It is obvious that there is no common political platform in Pakatan Rakyat,a loose illegal entity which yet to be registered.

I don't see PR as a threat to Barisan Nasional and we should just ignore their bluff and huff. BN and UMNO should not waste time and play to their tune,especially UMNO Youth as PAS is just trying to"korek"deeply into the territory through KJ and company.

On the contrary,I urge DSN to begin a real assessment of BN's political strength,given the current political cracks in the opposition. Now is the time for all BN component parties to look themselves in the mirror.

I suggest a political awakening within BN to be carried out and go for political merger in order to strengthen the party.

Why not Satu Barisan Nasional or 1BN in line with PM's vision of 1Malaysia in order to re brand our political alliance? Dato' Sri Najib please take my proposal seriously.

abdullahngah said...

Betulkah UMNO kuat sabar dan Nik Aziz Nik Mat sudah melampau.

Setahu saya apa yang dikatakan oleh Nik Aziz itu suatu kebenaran yang tidak wajar dinafikan.

A KADIR JASIN said...

Sdra The Honey Trader,

what are my thoughts on the things between Pas and the DAP in Kedah?

1. It does not surprise me. Pas and the DAP are the strangest of bedfellows;

2. Whether it was one swine slaughter house or 100, legal or otherwise, the DAP will seize the opportunity to make a appoint -- that it cares for the interest of the Chinese;

3. The DAP could lose its representation in the Pas-led Kedah Government. But imagine the impact it makes on the image of the DAP elsewhere; and

4. The DAP can never hope to rule Kedah. So why not exploit the Kedah pig issue to strengthen its position in Penang and other places where it can win and form the government?

Sdr Yangretibase, terima kasih atas kritikan Tuan.

Tak apalah saya penakut. Saya penakut sebab ini blog saya, nama saya dan gambar saya.

Kalau guna nama samaran, mungkin saya pun berani juga.

Terima kasih

Anonymous said...

Salam Dato'

"Tak apalah saya penakut. Saya penakut sebab ini blog saya, nama saya dan gambar saya.

Kalau guna nama samaran, mungkin saya pun berani juga."

Ouch!

Melati

Sandus said...

yg sebenar nya TGNA amat sangat berdendam dgn umno,apa saja yg dapat meruntuhkan umno diteimanya walau ber kerjasama dgn musuh nya sendiri, asalkan umno binasa,perasaan
ini bukan saja TGNA malah ramailagi mangsa2 umno di serata malaysia. sebab nya umno banyak sangat menykitkan hati orang,malah menganyayakan orang, sekitar era50/60/70/80han tok2 guru di kelantan banyak kena buang daerah/
di hina, orang kelantan banyak berdendam dengan umno.harap ada kajian dlm masaalah ini. sebab tu lah kalau pimpinan umno cerdik,minta maaflah dgn rakyat kelantan sekarang atas perbuatan pimpinan lampau ,saya percaya pimpinan pas dan rakyat kelantan sangat mudah untok di ajak berbicara tentang apa saja khas nya tentang perpaduan, kerana orang2 kelantan sangat petriotik.tingut di africa selatan orang2 kulit putih sudah dapat hidop aman damai dgn orang2 kulithitam ,dgn pengakuan orang2 kulit putih di atas kesalahan mereka terhadap orang2 kulit hitam. tapi adakah politikus di malaysia orang2 seperti mandela,bota,dismon toto?,,,

superbmadlin said...

bagi saya UMNO yang memisahkan agama dan politik. sekular fullstop.

Mohamad Aziz said...

Salam Dato,

Ini adalah kerana orang melayu hari ini ramai yg munafik, bertopengkan agama sahaja. Siapa kata Kelantan sejahtera di bawah pentadbiran ulamak ??? Negeri lain tak sejahtera ke??? Bahkan negeri lain bukan sahaja sejahtera tapi maju !!!

zol dabat said...

salam dato'
tadi saya baru postkan
entry dato' nie
dkat blog saya
terima kasih

faizal said...

salam,
saya mempunyai pandangan yang tersendiri.
kenapa umno cepat melatah disebabkan tuduhan tersebut.kenapa tidak dikaji kenapa tuduhan tersebut dilemparkan. kenapa kita tidak melihat kepada isu keruntuhan moral yang berlaku kepada melayu islam.kenapa begitu ramai melayu islam yang hanyut.
saya mengandaikan kerana wujudnya pusat-pusat judi,disko,dangdut dan pelbagai lagi yang menyesatkan. kenapa kita tak akui benda-benda macam tu menyesatkan kita. apa gunanya kita mengaku sebagai islam jika kita membiarkan saudara seislam kita hanyut.kenapa negara kita melahirkan umat islam yang rosak.kenapa semakin ramai umat islam lari dari landasan yang sebenar.ini ada lah perkara yang mesti kita lihat,perhatikan dan kita mesti hapuskan dakyah-dakyah songsang yang merosakkan minda penganut islam.
tidakkah kita takut sekiranya suatu hari nanti anak cucu kita berjaya tetapi hanyut dalam bidang agama dan hilang sifat-sifat terpuji sebagai seorang islam.
kita dah pun melihat bagaimana kerosakkan yang berpunca daripada kelalaian kita menyebabkan umat islam di malaysia menjadi lemah. bagaimana kita hendak bendung sekiranya pusat-pusat perosak seperti judi,disko,hiburan yang melampau diperhebatkan. tepuk dada tanya iman.
kita sebagai islam sepatutnya membenci perkara-perkara yang menjurus kearah maksiat.seperti kata pepatah melayu mencegah lebih baik dari merawat.

About Me

My Photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).