Friday, July 03, 2009

Buat Baik Berpada-Pada

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

KITA berada dalam era yang kelabu.
Tidak ada lagi warna hijau, merah dan buru.
Sudah bercampur baur.
Pudar, kelabu dan kabur.

Kita dikatakan lepas bebas.
Era globalisasi yang terbuka luas.
Tetapi mengapa kita berasa terbatas?
Terkepung, terbendung, terpintas
Takut berhujah, bimbang berbahas.

Kita agungkan globalisasi.
Kita julang tinggi meritokrasi.
Padahal kita keliru, tidak tahu.
Apa ertinya istilah-istilah itu.

[Macamlah berkhayal dengan Akademi Fantasia
Dan wayang Hindi yang berjam-jam panjangnya.]

Maka kita berbicara tentang kesamarataan.
Tidak mahu lagi kuota dan bantuan.
Lalu kita rungkaikan satu persatu.
Tali-tali yang dulu mengikat kita jitu.

Kita manterakan Malaysian Malaysia.
Kita uar-uarkan Satu Malaysia.
Kita kagumi Masyarakat Madani
Kita berjinak-jinak dengan Islam Hadhari.

Apakah kita kini cukup berani
Yakin kepada kemampuan diri
Sudah sedia untuk berdikari
Atas landasan meritokrasi
Keterbukaan dan globalisasi
Atau sebenarnya kita lupa diri
Umpama anak kecil bermain api
Terbakar hatinya yang sepi?

Adakah mampu Melayu di Ulu Benta
Bersaing dengan Cina di Bukit Damansara?
Atau Melayu di pedalaman dan hulu?
Dengan Melayu baru di Bukit Tunku?
Atau nelayan dengan anak jutawan?
Anak buruh dengan anak orang berpengaruh?

Bukan bangsa lain tidak utama
Mereka pun rakyat Malaysia juga
Tetapi realiti yang wajib diterima
Orang Melayu dan Bumiputera
Adalah majoriti rakyat Malaysia
Pinggirkan mereka, bala jawabnya.

[Hatta saya dan adik-adik saya
Kami pun tidak serata
Kalau ikut meritokrasi
Mungkin anak saya dapat biasiswa
Anak mereka gigit jari
Kerana sekolah di kota
Segala lengkap semua ada
Guru tuisyen dan segala benda.
Tetapi apa halnya
Dengan sekolah di desa?]

Kalaupun hendak bermurah hati
Wajiblah kita berhati-hati
Jangan abaikan hak majoriti
Padahnya buruk kemudian hari.

Terima kasih kawan dan taulan
Madah pujangga jadikan teladan
Buat baik perpada-pada
Buat jahat jangan sekali
Usah digadai tanah pusaka
Nanti bangsa dihina dikeji.

87 comments:

Atan said...

Sendu, sayu, sebak hati apabila menelaah suara hati Dato'. Itulah orang Melayu (pemimpin). Kerana kuasa, bersedia untuk bertoleransi yang keterlaluan; kerana wang, sanggup melacurkan masa depan bangsa. Kesilapan Tengku Hussein Johor dahulu tidak menjadikan mereka sedar dan celik hati.

OKJ said...

Salam DAKJ

Babi oh Babi !!!

Antara BABI dan manusia, nampaknya BABI lebih diutamakan oleh DAP. Disebabkan episode BABI, berakhirlah ikatan pakatan pembangkang dekat Kedah. Di Selangor pula, parti PAS & PKR mula berkuasa dulu bertegang leher dengan orang Islam lain sebab nak pertahankan ladang BABI. To’ Guru pula lebih sayangkan parti yg mengutamakan BABI dari seagama sendiri. PAS Perak pula sanggup naik turun court dan berguling atas jalan untuk mempertahankan Parti yg lebih mengutamakan BABI dari sesama manusia. Orang sibuk dengan cegah selsema BABI, dia lebih sayangkan BABI.

Sesama Islam pula dimaki Disamakan dengan komunis, ajaran sesat dan ayah Pin. Mufti dicaci. Sultan tidak lagi dihormati. Ulama yg menyokong kerajaan dimalukan sebegitu.

Allah Maha Berkuasa. Dalam sekelip mata saja kebenaran telah terdedah. Bertaubatlah sebelum terlambat. Mintalah ampun dari ALLAH dan semua umat Islam yg terguris hatinya. Rumah kata pergi, kubur kata mari.Sekian TQ.

Ekeng A/L Etong said...

Melayu yang membina Melayu
Melayu juga meruntuhkan Melayu.

Tangan kanan menjulang
tangan kiri menjatuhkan.

Melayu bersaing dengan bukan Melayu
tapi Melayu dikalahkan oleh Melayu.

Mulut berkata penuh jujur
dalam hati lain diatur.

antu_antu said...

salam,
ya betol, saya setuju dan itulah yang saya cuba menerangkan kepada rakan taulan dan keluarga apakah yang terjadi sekarang. tapi biasalah, yang melayu kononnya pandai dan berjawatan tinggi berkata "kita mesti perjuangkan keadilan/ kesamarataan etc" dan yang kurang pandainya asik terpesona dengan cerita2 sensasi dan fitnah yang bertaburan. hai entahlah...

mie said...

terimakasih dato'
moga tulisan dato' menyedarkan pemimpin bangsa. moda mereka mengambil iktibar dari apa yg dah terjadi/berlaku akibat dari apa yang mereka buat.

Bila Diary Bercerita said...

Salam Dato'

Saya suka pada bait kata-kata ini. Ada sindiran dan juga nasihat.

Unknown said...

Saya setuju.

red rooster said...

Salam Dato'
Saya amat bersetuju dengan pendapat yg dato luahkan melalui puisi ini. Maksud yg amat mendalam, alangkah baiknya jika pemimpin-pemimpin kita baca & faham maksud tersirat yg Dato' sampaikan...
T/kasih.

raja2u said...

YBhg Dato'
Assalamualaikum,

Apa yang Dato' kata dalam sajak tersebut merangkumi semua aspek rasa cemas orang kita. Apa yang kita perlukan adalah cadangan untuk meperbaiki keadaan. Saya rasa kita seolah-olah terperangkap dengan semuanya ditangan Perdana Menteri. Memang betul jika kita diperintah oleh seorang diktator yang beranggapan dia tahu segala-galanya. Kita misti bangun dari mimpi yang negeri itu dimana setengah orang kais pagi makan pagi sementara beberapa individu pula mengumpul bukan berjuta bahkan berbilion ringgit.

Semuanya sudah jadi rojak tetapi masih tidak terlambat. Kita patut balik kezaman dahulu dimana kita membuat keputusan mengikut suara terbanyak melalui kongress Bumiputera dan sebagainya. Sistem tersebut telah kita ganti dengan mendapat kononnya perunding antarabangsa untuk kononnya melonjak kehadapan. Orang Melayu khasnya dikatakan tidak berkebolihan menonjolkan sesatu yang dapat memajukan negara. Bahasa Melayu pun diketogarikan tidak mampu membawa kejayaan.

Akhirnya kita kena kelentong. Masalah demi masalah yang kita hadapai. Buat bangunan banyak-banyak hingga tiada pembeli tempatan. Sudahnya libralkan dagangan kita dengan harapan orang luar membeli bangunan yang tidak terjual tersebut. Betullah kata pepatah orang tua kita "Menang sorak kampong tergadai."

Kita jangan cakap banyak sangat politik. Sementara ramai kita terilabat dalam politik maki hamun kawan-kawan kita sebuk mendapatkan kontrak-kontrak rangsangan ekonomi seperti perlaksanaan "jalur lebar dikawasan pendalaman". Esok bila semuanya terlepas kita akan marah kerajaan. Dan ini akan berulang hingga ramai kita tinggal sehelai sepinggang.

Marilah kita bersatu balik kepangkal jalan dan membina semula negara yang kita cinta ini. Teguhkanlah persaudaraan kita.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain.
Petaling Jaya

zainal mohd jais said...

Datuk,
Orang yang sentiasa berfikir tentang apa yang akan terjadi kepada negara ini dan apa akan terjadi kepada orang Melayu adalah orang Melayu. Dari dulu sampai sebelum ini. Orang lain saya tak fikir langsung mereka peduli apa akan terjadi kepada negara ini dan orang Melayu. Tapi sekarang kita tengok, tak ada siapa lagi yang peduli, apa nak jadi kepada negara ini dan orang Melayu - termasuk orang Melayu sendiri. Orang Melayu dalam keadaan paling lemah. Kalau dulu, bila politik Melayu lemah, ada pelbagai NGO, tokoh-tokoh akademik, dsb yang bangkit serius,
dengan garang dan teguran dan nasihatnya didengar. Hari ini, orang Melayu macam lemah dari atas sampai bawah. Semua lesu dan macam pasrah - tak tau pasrah kepada siapa. Orang lain jangan lupa dan sombong, orang Melayu jangan lupa dan tertipu, walaupun ekonomi masih tertinggal tapi teras dan tiang seri negara ini ialah Melayu. Kalau semua tak peduli kepada Melayu, rosak Melayu, hancurlah negara ini, cuma masanya yang kita tak pasti. Pemimpin politik Melayu Islam nampak sangat tak cerdik dan sombong. Melayu tengah lemah dan dipijak. Tak faham-faham lagi. Perlu sangat parti-parti Melayu duduk semeja berbincang, berpadu. Bateri Melayu sangat lemah, kena charge. Bersatu Melayu, orang lain hormat. Mereka tak berani tuntut yang bukan-bukan, dan pijak kepala. Mereka berani kerana kita lemah. Jadi jawapannya, jangan layan tuntutan sembarangan. Sebab isu pokoknya ialah Melayu lemah. Melayu kuat, mereka akan berhenti kurang ajar. Tak kan pemimpin Melayu-Islam yang banyak cerdik-cerdik tak faham itu.
Mudah-mudahan bebelan saya ini dapat membantu perjuangan datuk. Kerja kita yang paling rumit sekarang ini datuk, ialah membangkitkan rasa kepedulian orang Melayu kepada dirinya sendiri. Sebab saya ulangi,ORANG MELAYU DAH TAK PEDULI LANGSUNG DIRINYA SENDIRI.

bungaraya said...

Sebenarnya Datuk, kita berkongsi kebimbangan yang sama. Sebenarnya apakah kita benar-benar yakin dengan membuka ruang yang cukup luas kepada meritokrasi, kesamarataan, keadilan, dan sebagainya itu? Sudahkah kita membuat analisa terperinci sebelum kita melangkahkan kaki? Kadang sikap kita yang dituduh "lapok" ini sebenarnyalah yang mampu menjaga diri kita, bangsa kita, agama kita dan negara kita...agar menjadi milik dan hak kita selagi mana kita memerlukannya.
Memang terdapat diantara tradisi dan kebiasaan bangsa, yang boleh kita pinggirkan ketepi, tapi bukan agama, negara dan tradiri serta adat yang membawa kebaikan kepada kesinambungan perjuangan bangsa kita.
Boleh juga kalau kita hendak bebas seluasnya. Menjadikan diri kita warga dunia dan bukan lagi sekadar warga Malaysia. Tapi apakah kita sudah bersedia. Sedang jumlah pakar melayu juga masih ditahap minima. Kaum cina dan India adalah warga dunia. Dimanapun mereka berada dan berupaya menjadi jagoan walau di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, bahkan Israel sekalipun. Tapi Melayu belum sampai ketahap itu. Apakah kini kita telah bersedia. Kenapa takut untuk mengakui hakikat? Bahawa kita masih lemah dalam banyak perkara. Kemerdekaan yang mengajar kita erti dunia baru 50 tahun lalu.
Usaha usntuk menjadi bangsa yang bermaruah tidak patut hanya sekarat jalan. Dan terhenti akibat kerakusan dan keirihatian sesama kita yang akhirnya menjadi petualang kegagalan yang nyata.
Saya sehaluan kebimbangan dengan Datuk dalam hal ini.
Atau hentam saja lah???.

Apanama said...

Facts of the current scenario, but I would like to believe that it's improving ... I really hope.

Lily Abdullah said...

Dato yang dihormati,

Salam!

Saya kadang tertanya-tanya,adakah tulisan dato'dibaca dan diambil tindakan proaktif oleh pihak berkaitan. Jika tulisan Dato' pun dipandang sepi,apatah lagi luahan hati kmai. Blogger kecil. Tiada nama, tiada apa-apa. sekadar sekeping hati yang lama dilukai janji manis penguasa(tidak kiralah dari parti mana seklai pun)

Unknown said...

Dato'

Kereta Api KeDestinasi yang tak akan menguntungkan orang Melayu telah pun bertolak....Nasihat Dato' Cuma akan cuma timbul semula dimasa depan apabila Dato' dan kami yang telah berumur mungkin tiada lagi...

Apakah agaknya telah terjadi kepada pemimpin pemimpin Melayu yang tidak dapat naik kereta api baru ini? Semua Cuma membisu nampaknya....

Apadah Jadi dengan NEAC?

Kalau di dapur mungkin sedang potong sayur agaknya...

Apakah hidangan NEAC sampai begitu sekali lama menyedia ramuan?

Anonymous said...

Untuk Datuk Kadir yang jauh lagi dirindui,

52 tahun hampir berlalu
Lain sekarang lain dahulu
Melayu bukan lagi orang ulu
Melayu berubah sebab nak maju

Zaman internet Melayu pun Baru
Dahulu satu sekarang keliru
Melayu banyak jenis Melayu
Perlu dikenal satu persatu

Perlu disurih susur kelompok
Lain puak lainlah kehendak
Artikel 8(2) dan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan
Ada yang hendak ada yang tak nak

Ada Melayu pandai cipta kekayaan
Negara kita kitalah tuan
Dalam pembangunan ada habuan
Pasang kabel banyakkan kenalan
Melayu Baru Melayu usahawan
Anak bini cucu lahir generasi wahan

Pandai makan tak pandai simpan
Hasil mahsul berapa generasi boleh tahan ?
Orang terpinggir rasa tertekan
Hak keistimewaan mula pertikaikan
Pakai blogonet luahkan keterkilanan

La ni depa ni dok tengah gabra
Lepas PRU ni tak taulah nak jadi
Apa peluang yang masih ada
Kita sapu sementara ada

Lepas ni kot-kot sistem dua-parti
Penebus dosa pemimpin korupsi dan lupa diri
Itupun kalau DAP PKR dan PAS rasmikan koalisi
Isu babi pula tiba-tiba mengkhinziri

Ada Melayu Islam semata
Tolak asabiyah tolak nasionalisme ?
Salah Melayu jadi Melayu
Dalam Islam semua sama
Ansar dan Muhajir itu bagaimana ?

Ada hikmah jadi pembeza
Kalau dengar sirah bercerita
Serupa bahana penjajah bawa
Jurang ekonomi boleh memporak-peranda
Keluarlah parang kapak golok belati keris apa yang ada

Kalau kail panjang sejengkal
Sistem kafir jangan diduga
Setanah air sekangkang kera
Wilayah Islam satu semesta
Dengan ilmu bersiap siaga
Waras fikiran jauh perjalanan

Ada lagi sejenis Melayu
Sedari kecil dididik omputih
Bila dia pandai dia jadi urban
Gaya fikir dah jadi western
Tenggelam teladan hilang sempadan
Jadi alat konon pejuang keadilan

Jantung Datuk janganlah copot
Saya memang suka menyakat
Orang lama bawa bersahabat
Banyak teladan banyak maklumat
Orang muda otaknya berkarat


Boleh ke Datuk ?

ikan emas said...

konon nak jaga kawan punya hati
bapa -bapa pun main dgan api
bimbang jerat diri dek meritokrasi
risau liberalisasi memakan diri..

buat baik biar berpada
jgn digadai harta yang ada
hati kawan simpul dijaga
jgn maruah bangsa pula dijaja

Ab Razak Hj Ahmad said...

Well Done Najib, the true color of 1Malaysia is appeared.

Dulu masa Lim Guan Eng nak suruh revised or tak nak apply DEB kat Penang (means quota bumi 30%), ramai yang menyalak termasuk NGO. The next couple of days kena mengadap Pak Lah kat Putrajaya. Now bila Najib announced untuk hapuskan sama sekali tertunggu jugak ada tak yang nak buat demo or kain rentang atau semua takut and jadi Yes Man ..... ha ha ha ha .... means sindrom korok..

Macam kes biasiswa... DAP dan PKR akan senyum sinis kerana usaha mereka telah ditunaikan dan tanpa kemarahan orang Melayu or bertegang urat kat parlimen or demonstrasi jalanan.

Hishamuddin tak nak keluarkan Keris dia lagi ke. Don't be surprised lepas ni UiTM akan dimansuhkan... UTAR pulak memang sampai la ni penuh dengan Non Bumi je... takde pula orang nak bising...... Hidup 1Malaysia...

Nona Azizah Razali said...

Ya Datuk, saya memandang ke hari depan bangsa kita dgn pandangan yg sungguh kabur.

LIN LIANI said...

Dato,

Salam.

Daripada nada Dato, jelas dapat merasakan betapa kecewanya Dato dengan pendekatan yang diambil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Tun Abdullah telah lepaskan jawatan, barangkali itu satu keputusan yang menggembirakan Dato pada mulanya. Namun tanpa disangka dan diduga, segala keputusan yang dibuat Najib sekali lagi tidak dapat memenuhi kehendak Dato. Kesimpulannya, Dato masih tidak dapat melarikan diri daripada bayang-bayang Tun Mahathir. Dato masih gemar cara kepimpinan dan pentakbiran Dr Mahathir. Kalau boleh, Dato tentunya mahu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sampai hari ini.

Saya harap Dato boleh memberikan peluang kepada Najib sejauh mana kepimpinannya yang boleh memastikan Malaysia terus maju dan adil kepada semua kaum. Melayu tidak akan dipinggirkan selagi Melayu sendiri bekerja keras untuk mengubah nasib sendiri. Jangan bezanya antara Melayu di Ulu Benta dengan Cina di Bukit Damansara. Itu memang antara bumi dan langit. Bagaimana pula nasib antara Melayu baru di Bukit Tunku dengan Cina di Kampung Baru Jinjang? Itupun seperti antara bumi dan langit.

Melayu baru telah hidup mewah semewah-mewahnya tanpa memikirkan nasib Melayu di segenap pelosok kampung pedalaman. Hentikanlah bela Melayu baru yang kaya-raya sebaliknya beri bantuan yang sewajarnya kepada golongan yang memerlukan. Itulah keadilan yang tulin.

SUARA RAKYAT said...

Salam Dato' beritahu pada mereka yang memperjuangkan kepada merit, cobalah jengok rakyat di pedesaan, layak kah mereka di samaratakan. Betul.. anak buruh vs anak berpengaruh, jauh ikan dari pangang, ibarat bumi dan langit. Rasanya baru semalam anak-anak desa tidak pernah menginjak kaki apa yang disebut asrama penuh, kursus perubatan. Kalau pun ada boleh dibilang dengan jari.

SPANA HIDUP said...

Datuk AKJ,

Tindakan anak Allahyarham Tun Razak kebelakangan ini nampaknya beliau lebih menghargai undi bangsa lain dari undi bangsa saya. Oleh itu pada PRU13 nanti, untuk pertama kalinya, saya pasti akan memberikan undi saya kepada orang seperti MB Kedah yang tanpa segan silu jelas memperjuangkan bangsa dan agama saya. UMNO yang saya kenali sudah mati selepas perletakan jawatan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

warongkopi56 said...

Assalamua'laikum Datuk,

Hujan renyai ditengahari,
Ibu dan anak berlari lari,
Kerajaan ghairah meliberalisasi,
Belum tentu menang undi.

www.warongkopi56.blogspot.com

ab said...

Salam dato,

Pedih dan sedih membaca keluhan dn luahan hati seorang melayu.

Purbakala.....kerajaan melaka (100% melayu)

Dulu-dulu: Tanah melayu dikongi raja-raja melayu

Dulu: Negeri-negeri selat, terkeluar dari pemerintahan melayu.

Setengah kurun lalu: satu negeri selat mengasingkan diri.

50 tahun dulu: kongsi negara dengan kaum cina dan India.

2 tahun lalu- hilang dua pulau dan air serta khazanah bumi melayu...

2 bulan lalu...THE LAST SELLER OF MALAY DIGNITY AND NATION dengan bibir merah dan muka manis.

TUAN_TUAN,

ADAKAH BOLIH DIPECAYA SEORANG KETUA TEMBERANG TERANG-TERANG THAT THIS IS FOR THE GOOD OF MALAYS!!!!!


ADAKAH BOLIH DIPERCAYAI PEMIMPIN INI JUGA BERKATA this is a WIN-WIN
for ALL??????( MALAYS LOSE ALL-NON MALAYS WIN BIGGEST).


I tell my family that all these years, the malays were sold alive to others..losers all the time!, and the last is our last permanent lost.

At least the history of africans slavery was decided on the sale of human for free and forced labour.
There was no mentioned of the africa was sold anytime until now.


Here in MY OWN COUNTRY, THE LEADERS ARE SELLING OUR SOUL,DIGNITY,LAND AND OPPORTUNITIES TO OTHER FOREVER!!... and BY MALAY LEADERS!!!


The last of the race is when someone enforced the erasing of the required `race' entry in the birth certificate and identity card.

Abu Bakar Ab Rahman

wanbaki said...

menikam kalbu....
kera dihutan disusukan,
anak dirumah mati kelaparan.

realiti melayu lemah disanggah
dengan agama sebagai galang assabiyyah,
adakah nanti
nak berdiri tiada kaki
nak duduk tiada bekas
nak tidor tiada bantal
nak merempat tak bertempat

D'nay said...

Dato'

Sebuah sajak yang sarat dengan pesanan dan peringatan, buat semua. Saya kira yang lebih utama, orang-orang Melayu sama ada pemimpin atau pengikut mana-mana parti yang merasakan mereka sudah cukup kuat untuk berdepan dan bersaing dengan `kuasa-kuasa' bukan Melayu di bumi Melayu. Mereka ini adalah golongan yang tiada jati diri Melayu. Singapura adalah contoh terbaik untuk mengingatkan orang-orang Melayu apa akan terjadi kepada Melayu di Tanah Melayu apabila Melayu hilang kuasa.

Di Pulau Pinang, ciri-ciri kesingapuraan telah jelas terbina. Ini kesilapan UMNO yang leka dengan politik parti Gerakan yang asas perjuangan masih Cina. Berapa kerat oang Melayu yang mampu tinggal di Pulau Mutiara itu.

Selangor, negeri terkaya di Malaysia, dikawal oleh PKR, yang keMelayuannya semakin layu.

PAS mendabik dada dengan penguasaan dua negeri yang termundur Kedah dan Kelantan, itulah kejayaan parti Islam.

Kepada semua pembaca blog ini, renungilah setiap bait puisi Dato' yang saya kira patut dijadikan peringat kepada semua.

numero_uno said...

salam dato'

hari ni kabinet ada meeting pasal pencapaian KPI dekat sunway hotel..security punya la ketat habih parking diorang tutup pasal tok jib n barisan kabinet bermalam disana..

Agak2 dato apa pencapaian KPI kabinet najib tu ek??

manletih said...

Nak jadi PM, Melayu diguna,
Dah jadi PM lupakan Melayu,
Konon semua dah sama rata,
Tak payahlah Dato cuba merayu.

Kuota dibuang tanpa berbincang,
Diumum pula di majlis pendatang,
Hak Melayu dah kena cincang,
Bahasa dan bangsa bila lagi nak buang?

Inilah bila pemimpin yang dipilih umpama Beruk mendapat bunga...

*manletih*

Statistik kemasukan IPTA tahun ini. Tolong ulas Dato'.

44,070 anak Melayu mohon IPTA.
Kenapa hanya 24,000 sahaja yang diterima?

20,000 lagi anak Melayu yang layak masuk universiti tapi sekarang ini terpaksa bekerja di kilang2 dan supermarket dengan gaji yang sama diberi pada bangla, indon dan myanmar. RM500 sebulan.

16,900 anak Cina dan India mohon IPTA. 12,500 diterima. 4000 sahaja yang tidak diterima. Tapi depa ni ada banyak persatuan yang akan bantu.

Kesimpulannya...
Melayu yang layak masuk universiti tapi tak bertempat = 20,000

Bukan Melayu = 4000

pakbelalang said...

Trust Najib. Give him a chance to be creative in uplifting his bangsa Melayu. I am sure he is very conscious of the sensitivities so as not to make his bangsa marginalised further by his policies. It will definitely be political suicidal for him if he tries to deviate from the basic UMNO policy and vision as well as the status of the Malays as clearly stipulated in the Constitution.

His tenure as Prime Minister might be shortlived if he makes a "dah bodoh stupid policy".

I think he has new approach in implementing the Malay agenda. Those previous policies do not seem to work to achieve the desired results. So there must be a new effective strategy to move the Malays forward. Let see how it goes and see the end results.

I am giving him a 50-50 chance to make things happen. Don't write him off too soon. At least he is 100 times better than Pak Lah in terms of charisma and intelligence.

Respect is to be earned and I have no hesitation to give him the respect.

wan besut said...

assalamualaikum...

satu karya yang membakar semangat...

Anonymous said...

Ada kalangan rakyat yang terlalu berkira dan ada kalangannya yang buat tidak kisah. Yang buat tidak kisah dan mengamalkan sikap tolak ansur (berlebih-lebihan) kebanyakannya mendiami kawasan kampung dan desa.

Lihat contoh sikap mereka-mereka ini dalam aspek kepenggunaan. Ada kalangannya yang apabila membeli sesuatu barang (katakan dari kedai C)terlalu sangat bertolak ansur meskipun hak-hak mereka sebagai pengguna diperkecilkan atau dinafikan sewenang-wenangnya.

Tanpa perasaan prejudis, mereka melanggan di kedai C kerana berasakan tidak mengapa membeli dari mana-mana kedai asalkan produk dan harga yang ditawarkan adalah berbaloi. Walhal apa yang dirasakan sebagai berbaloi itu adalah mungkin persepsi mereka saja. Walaupun secara perbandingannya mereka membeli pada harga yang lebih rendah tetapi tanpa mereka sedar barangan itu tertera tulisan Siam.

Dari sudut kepenggunaan mereka ini telah dikelirukan oleh si pekedai C. Pembeli berasakan mereka telah membeli pada harga yang rendah tanpa menyedari yang produk berkenaan adalah sebenarnya rendah kualitinya dan sepatutnya boleh dibeli pada harga yang jauh lebih rendah daripada apa yang telah mereka bayar.

Tetapi, setelah mengetahui kedudukan sebenar, apakah mereka ini mahu menuntut hak mereka dengan memulangkan semula barang tersebut (yang tidak berbaloi) ke kedai C? Jawapannya (dalam kebanyakan kes) adalah pasti iaitu mereka akan menggunakan juga barang berkenaan meskipun hakikat sebenarnya berlaku pembohongan. Kerana Apa?

Kurangnya kesedaran terhadap hak-hak mereka dan terlalu mengambil sikap berlembut lagi terlalu bertolak ansur waima pada tempat yang tidak sepatutnya. Mereka rela mengalami kerugian dan kemanipulasian asalkan tidak mahu penjual berasa tertekan kalau-kalu mereka menegakkan hak mereka.

Sikap di atas adalah jauh bezanya dengan sikap satu lagi golongan yang semakin tidak suka bertolak ansur dan terlalu berkira dalam semua perkara yang membabitkan kepentingan mereka. Sekiranya keadaan ini berterusan ia sudah tentu menimbulkan banyak pertikaian dan ketegangan yang tidak menguntungkan kedua-dua pihak hingga boleh menjejaskan keharmonian dan kemakmuran yang dikecapi selama ini.

ANAK BAPAK -- ANTI-MANIPULASI

Malaysian Hollywood 2.0 said...

begitu memanah hati sekali madah madah dan kalimah itu Datuk...

Semoga rakyat Malaysia tidak kira di mana juga samada di Pensiangan, Lubok Antu, Gemencheh, Triang, Padang Besar dan Wang Kelian, tidak kira usia, darjat dan pangkat, tidak kira berkereta, menaiki teksi, bas mini ataupun berjalan kaki, tidak kira minum capuccino dan espresso sebagai sarapan atau hanya seteguk air suam, tidak kira pendapatan hanya cukup makan atau bergaji 6 angka sebulan, tidak kira beratap rumbia atau beratap gaya itali, tidak kira memangkah bulan, roket, mata biru atau alat penimbang, semuanya harus mempunyai insiparsi dan aspirasi untuk sama sama mempertahankan Malaysia, tanah air ku tercinta...

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,

BUAT BAIK BERPADA-PADA
BUAT JAHAT JANGAN SEKALI
KAUM PENDATANG RANCANG KUASA
RANCANG MELAYU TOLAK TRADISI

BUAT BAIK BERPADA-PADA
BUAT JAHAT JANGAN SEKALI
MELAYU BERPECAH TIDAK MENGAPA
ASAL UMNO/BN PRU 13 TERSEMADI

BUAT BAIK BERPADA-PADA
BUAT JAHAT JANGAN SEKALI
DISAMBUT LKY BAGAIKAN MAHARAJA
AYAHANDA TUN DIKUTUK DIKEJI

BUAT BAIK BERPADA-PADA
BUAT JAHAT JANGAN SEKALI
TIBA MASA BERALIH KUASA
MELAYU MUDAH LUPA GIGIT JARI

ALFATIHAH, AMIN

mie@nis said...

Dengan rasa rendah diri,saya menginsafi gurindam berseni Tuan yang penuh dengan peringatan dan pengajaran.Harap pihak yang tertentu terbuka minda untuk menelusuri maksud yang tersirat ini...

-helmy-

pokmatsarang said...

Salam.

Benar kata Dato" tapi malang melayu kini ramai dangkal pemikirannya, terutama ahli politik. Menang sorak kampung tergadai. Bila berpecah akibatnya kuasa politik lemah dan satu persatu hak kaum dirungkai.

Contoh bila melayu dah berani buat sembah DERHAKA apakah lagi kaum lain. Bapak kencing berdiri maka anak kencing berlari.

Melayu sendiri telah anggap Chin Peng sebagai wira tidakkah mereka fikir perasaan anak perajurit seperti saya atau rakan-rakan bapa saya yang hilang nyawa dan anggota.

Dato` mungkin generasi melayu kini perlu jatuh tersungkur dulu hilang kuasa politik, alami zaman darurat, alami 13 mei, sudah terantuk baru tengadah.... baru mereka sedar nikmat perpaduan dan kuasa politik melayu.

Anonymous said...

Tok Scribe,

Just like the Malays were disadvantaged in all areas when compared to the non-Malays especially the Chinese in 1969, today the rural and poor urban Malays are equally disadvantaged compared to their brethrens who have escaped poverty (through NEP by the way). Are we not going to do anything about it? How many rich and upper-middle class Malays would decline government-subsidised boarding school when offered for the benefits of their children by virtue of their good examination results? How about scholarships, property discounts etc? The poor and rural Malays can hardly catch up with their own richer kind now and yet they too are being labeled as lazy, rent seeking people when obviously they have not benefited much from the present days NEP. What they get is a RM2,000 discount from the purchase of a low cost house.

Fazilis

Abang Chein said...

Salam Dato'

Dengan izin rangkap puisi yang di tulis Dato' kini sudah menjadi satu realiti yang terhasil akibat globalisasi, AFTA, WTO dan lain - lain perjanjian ekonomi yang menghalalkan pengaruh luar masuk kesempadan negara kita.

Oleh itu, sekiranya generasi kini tidak berhati-hati maka sudah pasti musibah akan menimpa anak cucu kita didalam masa yang terdekat ini.

Sememangnya puisi yang diilham kan oleh Dato' membawa maksud yang mendalam lagi tajam. Semoga baris ayat tersebut akan menjadi satu peringatan untuk difikirkan bersama buat semua pejuang Islam di semua bidang pekerjaan samada pakar ekonomi, pakar pembankan, para profesional (termasuk peguam, akautan, dan jurutera) serta usahawan.

Ini adalah kerana ancaman yang menimpa ini sangatlah halus dan berkemungkinan besar kita akan terperangkap di dalam situasi yang mana kita menjadi lemah, penakut, malas dan mentah menghadapi cabaran ini. Takut-takut tanah dan maruah kita tergadai sekiranya iman kita tidak mantap dan berani.

Oleh itu saya merayu kepada semua sahabat di luar sana agar sentiasa berdoa untuk kemenangan serta sering memberi cadangan dan sokongan agar umat Islam tidak terrebah di bumi sendiri.

Akhir sekali merujuk kepada rangkap ketujuh (anak kecil bermain api); kerana sudah pasti baris rangkap ini memberi satu semangat serta peringatan yang baru kepada semua.

Kerana ungkapan tersebut adalah dari lirik lagu "Warisan" yang mana ianya sering bergema semenjak Merdeka dan lagu ini telah banyak memberi kesedaran emosi bahawa kita mesti berani dan bangun untuk memajukan diri demi Agama dan tanah tercinta.

Cuma saya tidak tahu siapakah pencipta serta penulis lirik lagu Warisan tersebut.

Lagu yang saya maksudkan adalah lagu Warisan semasa kita nyanyikan di zaman sekolah semasa sekolah dulu (bukan lagu "Warisan" yang didendangkan oleh Arwah Sudirman sungguh lagu Arwah itu mengasyikan dan membawa maksud yang sama).

Sekian, Terimakasih.

Anonymous said...

Dato'

Sedih, tengok mainan politik Melayu lebih banyak membawa keburukan kepada orang Melayu sendiri.

Orang-orang Melayu kenalah berhati-hati bila memilih pemimpin.

Jangan mudah terpengaruh dengan pemimpin yang hanya pandai bercakap dan mempunyai kepentingan diri.

PakChak

zabri mokhtar said...

SALAM SEMUA,

KATA2 PUJANGGA INI (BUAT BAIK BERPADA2)

DITUJUKAN KHAS,

KEPADA DATO SRI NAJIB RAZAK.

AMAT BERBEZA SEKALI DIBANDINGKAN DENGAN ALLAHYARHUM TUN ABDUL RAZAK.

IKHLAS,

anakbukitgantang said...

ehmmmm teringat kawan yang study atas tin biskut sekarang jadi engineer Petronas..atau kawan yang srudy sambil kerja kat kilang selipar...sekarang jadi Geologist dengan Petronas. Tapi, tanpa bantuan Kerajaan dan Biasiswa Petronas, sipalah mereka? Mungkin sekarang masih merempat buat selipar atau jadi petani dan duduk rumah panjang!

http://www.anakbukitgantang.blogspot.com/

jab sp said...

Dato
Isue sekarang bukan setakat kandang dan pusat sembelih babi tetapi isue lebih sekarang adalah lebih daripada itu :BANYAK MELAYU TELAH MENJADI BABI.
Kita sebok dengan permasaalah luaran tetapi masaalah hakiki telah kita lupakan,telah kita abaikan.Siapakah penghuni simpang waktu Maqrib hingga azan subuh berkumandang.Siapa pula anak muda yang menyalin baju putih seluar kehijauan kedalam beg digalas sewaktu anak bangasa lain sebok belajar.Ini tak termasuk lagi rekrut rekrut untuk University Serenti.Inilah Melayu babi yang dipimpin olih pemimpin XXXX tak kira apa pun parti.

Ah Long said...

Oh Najib,

Nampaknya harapkan pagar, pagar makan padi.

Dah tahu kesilapan Pak Lah, terlalu bagi muka pada bangsa Cina, dan juga India.

Kenapa masih nak teruskan kesilapan yang sama.

Terlalu tak dengar, dan tak mau ikut cakap orang lama,

Kenapa masih nak teruskan kesilapan yang sama.

UMNO, adakah kau masih relevan?
PEMUDA UMNO, kenapakah kau berdiam diri?
MUKHRIZ? Sudah jadi Menteri, dah lupa ka pada janji lama?
MELAYU? Adakah kau sudah tidak penting lagi dibumi MALAYSIA?

Aku sedih. Aku kecewa. Semoga Allah memberi rahmat kepada negaraku yang tercinta, bangsaku yang sedang diancam bencana.

Ya Allah, cabutlah nyawa pemimpin yang tidak lagi utamakan bangsanya, gantikanlah dengan pemimpin yang benar-benar berjuang untuk dan DEMI Agama, BANGSA, dan Negara!

Anonymous said...

Terimakasih Dato'
Telah lama saya jangkakan perkara yang digurindamkan ini akan berlaku juga.Inilah akibatnya bila setiap pertimbangan seperti sudah tidak mendapat hidayah dari yang MahaEsa.Segala yang dicanangkan seperti ubat penuh sakti tapi racun yang memakan diri..
Bersama mohon keampunan dari yang MAHA KUASA dan betulkan dari dalam diri masing-masing..amadi

Anak Perak said...

Datuk,

Apa yang Najib lakukan merupakan usaha untuk menarik sokongan bukan Melayu kepada BN. Tapi mungkinkah? Saya rasa tindakan ini hanya sia-sia. Bukan Melayu tetap menyokong parti-parti pembangkang (parti kaum sendiri). Mereka mempuyai strategi dua mata. Desak kerajaan dan dapatkan apa yang perlu tapi tetap sokong pembangkang.

Nampaknya bangsa Melayu kini didesak dari segenap penjuru. Baru-baru ini Wismaputra (kementerian Luar Negeri) menjadi target. Pegawai-pegawi Wismaputra dari atas hingga bawah dikatakan tidak boleh buat kerja. Dari maksud yang tersirat jelas puncanya kerana sebahagian besar pegawai-pegawai Wisma termasuk Duta-duta adalah dari kaum Melayu. Jadi penyakit di kementerian itu berpunca dari pegawai-pegawai Melayu. Pegawai-pegawai ini pula dikatakan membawa wabak "Bahasa Melayu". Pegawai-pegawai Melayu ini didakwa tidak boleh berbahasa inggeris.

Dulu penyakit ini tidak ada di Wismaputra. Maklumlah ketika itu Wismaputra betul-betul multiracial. Dari pegawai rendah hingga duta besar. Wah...Wismaputra dikatakan A one. Tidak ada masalah langsung. Rasanya seluruh dunia kini tahu betapa selekehnya pegawai-pegawai Wismputra (Melayu) kerana komen-komen ini ditulis dalam media berbahasa inggeris dan semua orang boleh baca.

Apakah lepas ni Najib akan merombak Wismaputra pula. Lantik ahli-ahli politik yang kalah pilihanraya atau businessmen (tentunya yang fasih berbahasa inggeris!)termasuk yang menimbulkan kontroversi sebagai duta.

Pada hemat saya tindakan Najib "melondehkan" apa yang ada pada Melayu adalah untuk "counter" langkah-langkah yang dilakukan oleh Melayu Pas dan Keadilan. Jadi jangan salahkan bangsa lain. Salahkan Melayu sendiri. Melayu akan tenggelam dengan labu-labunya. Ini pasti akan terjadi selagi Melayu enggan bersatu.

Zainuddin Haji Sulaiman said...

Salam sejahtera,

Saya yang sebenarnya ingin memulakan pandangan saya dengan suatu kisah yang berlaku di satu pekan di Malaysia. Macam biasalah di negara kita Malaysia ni, kalau disebut pekan orang Chinalah yang majoritinya.

Apakah ceritanya?
Tentang kedegilan kaum tersebut dengan peraturan atau dengan nada yang lebih tegas peraturan ialah undang-undang yang sudah semestinya berpokok pangkal pada Perlembagaan.

Ceritanya, kaum China tersebut, begitu susah untuk merobohkan kedai-kedai kayu mereka yang usang tersebut. Bahkan senang cakap kedai buruk lebih tepat untuk digantikan dengan rumah kedai yang lebih indah sebagaimana arahan pengosongan oleh pihak berkuasa sehinggakan terpaksa dilakukan dengan cara paksaan.

Apa yang saya nampak semacam suatu kesilapan kepada pemimpin-pemimpin kerajaan yang memerintah, mereka berpandangan kalaulah kereta tidak mewah, rumah tidak besar macam rumah agam, itu bukannya kejayaan. Maaf cakaplah! kerana saya pun berbangsa Melayu.

Jadi, berbalik kita kepada cerita yang saya sebutkan tadi, kaum China kata tidak payahlah, engkau kerajaan buat kedai batu/konkrit cantik-cantik, engkau nak tolong bayarkan kah sewanya yang entah dua atau berapa kali ganda bezanya nanti?

Untungnya belum tentu, dapat menggantikan("covered")apa yang hilang.

Apa yang cuba di perjuangkan oleh pihak kerajaan atau pemimpin no.1 negara Datuk Seri Najib Tun Razak tersebut adalah baik, cumakan saya agak sangsi dengan caranya sahaja.

Sebagai rakyat Malaysia, apatah lagi saya juga berbangsa Melayu, saya amat sayang kepada bangsa saya, dan Datuk Seri Najib pun saya sayang dan hormati juga kalau nak dikirakan.

Cumakan apa yang berlaku sekarang, semua orang tidak berani meluahkan apa yang terbuku secara terang-terangan termasuklah saya sendiri.

Saya pun pada mulanya, sewaktu membaca kandungan "Buat Baik Berpada-pada" ini, juga tidak begitu faham, hanya selepas membaca ulasan/komen daripada pembaca lain baharulah lebih jelas.

Memanglah saya pun tidak berani untuk menulis dengan cara yang bukan tidak kasar, di sini kerana beliau, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri negara saya.
Sebab itulah kalau mengikut pandangan agama kita Islam pun, isteri atau anak yang hendak menegur kesalahan/kesilapan suami atau ibubapa masing-masing hendaklah secara berhemah yakni secara bijaksana.

Begitulah pandangan saya terhadap isu yang sekarang menjadi topik perbincangan di kalangan rakyat Malaysia terutamanya kaum Bumiputera.

Namun, saya rasa YAB Datuk Seri Najib tentu mempunyai sebabnya tersendiri kenapa beliau mengumumkan dasar tersebut yang boleh dianggap drastik.

Saya tidak berani untuk mengatakan, beliau melakukan kesilapan, nanti tidak semena-mena saya pula yang silap nanti, baharulah padan muka saya.

Akhir kata YAB Datuk Seri Mohd Najib, sekiranya Datuk Seri berkeyakinan dan ikhlas dengan dasar yang Datuk umumkan itu, saya doakan ke hadhrat Allah SubhaNahu Wataala semoga Datuk Seri berjaya dan terus berjaya, Insya Allah.

Terima kasih dan salam ikhlas daripada saya.

Anonymous said...

Salam Dato'

A true bilingual. I can never write in both languages the way you can - let alone berpantun, bergurindam, berpuisi & bersajak.

"Bukan bangsa lain tidak utama
Mereka pun rakyat Malaysia juga
Tetapi realiti yang wajib diterima
Orang Melayu dan Bumiputera
Adalah majoriti rakyat Malaysia
Pinggirkan mereka, bala jawabnya."

Saya rasa apabila kita ke pusat mengundi pilihanraya umum kelak, kita tidak lagi mewakili majoriti warganegara Malaysia. Tiga ketua pemimpin Islam kita (BN, PAS, PKR) telah memecahkan undi kita.

Will it be divide and rule? Or will somebody come along and move their cheese?

I wish I'm as optimistic as Pak Belalang.

Melati

P.S. CNBC akan menyiarkan wawancara Najib esok. Antara yang akan diceritakan adalah Dasar Ekonomi Baru.

Anonymous said...

Salam Dato'

Err...it's me again.

"Kita dikatakan lepas bebas.
Era globalisasi yang terbuka luas.
Tetapi mengapa kita berasa terbatas?
Terkepung, terbendung, terpintas
Takut berhujah, bimbang berbahas."

Saya sekadar ingin berkongsi cerita:

Baru-baru ini sahabat karib saya yang bukan Islam (warganegara Malaysia) datang bertandang ke rumah. Beliau pernah belajar & bekerja di UK dan baru sahaja kembali ke tanahair. Beliau sempat bercerita semasa belajar di sana mereka mempunyai kumpulan fokus yang kerap bertemu untuk berbincang. Fokus perbincangan mereka berkisar tentang polisi-polisi kerajaan serta perkembangan politik tanahair dan apa impak & implikasinya ke atas kepentingan bangsa mereka. Mereka amat peka dan terkini berkaitan isu-isu sebegini.

Ada segelintir penulis yang menganggap jika penulis-penulis berbahas mereka sedang bertelagah. Secara peribadi, saya melihat perbahasan di sini sebagai suatu aktiviti yang positif waima pembahas berlawanan pendapat atau menulis dengan cara dan bahasa kurang tertib. Selepas berbahas, mungkin pembahas-pembahas masih tidak bersependapat jua tetapi kalau tak banyak, sikit pasti ada perkara yang kita pelajari.

Lagi pun, jika kita tidak berbahas & berdiskusi, orang lain akan tetap melakukannya dengan aktif dan akhirnya mereka lah yang lagi faham tentang polisi-polisi kerajaan dan impak & implikasinya.

Information is power.

Melati

el-Barokhas said...

Apo nak dikato
PM dan pak menteri gulongan kayo
Bila ke kampong jumpa ketua UMNO
Semua beres mendabik dado

Walaupun di kampung di mano mano
Guru bahasa Inggeris tak ado
Muhayuddin yang speaking kato
Tak pas Inggeris tak pas perikso

Di kampong belia dah tak ado
Pergi ke kota nak cari kerjo
Majikan tanyo sijil mano?
Akhirnya merano dan telan ganjo

Kenapo ya mato depa berbinau?
Tak kenal mat rempit tu siapo
Dan siapo jadi dreba tauke Cino
Dan bukan sebaliknyo

Tepuk dada tanya selero
Arah tuju Satu Malaysia
Kedudukan Melayu sebagai bangso
Menjadi pariah di tanah ibundo?

Anonymous said...

Datuk,

Cerita babi di Kedah adalah contoh klasik orang Cina tidak akan bertolak ansur. Buatlah apapun mereka tetap tidak puashati dan tidak akan berganjak seinci pun.

Bukan saja dengan Umno yang lemah sejak PRU 12 tapi dengan sesama parti PR yang mereka tegakkan apabila mereka menolak BN dan memilih PR. Bukan saja Cina DAP, Cina MCA dan Gerakan pun sama.

Datuk, this is the best chance for them when Umno and Pas can be manipulated because Pas has been trapped by Anwar who wanted to become PM.

Dulu mereka tak boleh peralat dan permainkan Pas. Tapi bila Pas masuk perangkap Anwar dan jadi ahli PR, Pas pun kena main macam Umno juga. Kena main teruk.

Tengok macam mana mereka buat orang Pas berguling atas jalan dan derhaka kepada Raja di negeri Perak untuk pertahan kerajaan yang didalangi oleh DAP. Itu isu sebuah rumah sembelih babi yang Ustaz Azizan kata tak ada lesen. Fikirkan hal yang lebih penting kepada mereka macam ekonomi, biasiswa dan tempat di Universiti. Mereka sanggup pihak kawan Datuk! Melayu saja yang dok kata ok, tak palah, jangan dok kiralah, bagilah...Mati Datuk, mati. Tahniah Ustaz Azizan, tahniah.

Wang Tepus

katon said...

Salam Dato',
memang orang politik begitu...terlalu banyak kompromi. Semuanya atas dasar survival politik. Kadang-kadang kita takut dengan keadaan ini, bimbang, resah dan macam2. Tetapi kita tak tahu nak buat apa2. Sekadar menulis di blog, kalau tulis di media, terutamanya media arus perdana tak akan disiarkan. Mereka sibuk puji apa yang dibuat oleh orang politik, jemput mereka bercakap di tv menjustifikasikan semua perbuatan mereka, dan orang politik terus berkompromi....

Qaseh Bonda said...

Bukan apa Datuk...jati diri dah tak ada...semangat juang dah hilang..
bergelumang bersama dosa dan noda...

Orang yang dah sedar untuk kembali ke pangkal jalan kerana masih di beri peluang oleh Allah untuk membaiki segala keterlanjuran...hendaklah banyak DIAM dari membuat macam2 slogan dan janji2 manis yang meracun kalbu..

Jangan menonjolkan diri lebih2..usah dilayan press...bagi ja kadam yang jawab...apa yang penting bekerja sambil memerhati...
Jangan percaya kadam2 yang macam hatemtai tu...

Baru orang segan nak tanya lebih2..nak kata mengata lebih2.. dalam diam sambil memerhati dapatlah dipupuk semula jati diri yang semakin pupus tu..tak payah nak jadi popular sebab dunia pun tahu anda sudah popular.

Jadilah insan yang benar2 berkhidmat untuk Negara Bangsa dan Ugama..

Mista Blogga said...

"Apakah kita kini cukup berani
Yakin kepada kemampuan diri
Sudah sedia untuk berdikari
Atas landasan meritokrasi
Keterbukaan dan globalisasi
Atau sebenarnya kita lupa diri
Umpama anak kecil bermain api
Terbakar hatinya yang sepi?"

Saya setuju. Kadang kala kita terlalu terikut-ikut rentak orang lain sehingga rentak sendiri dibelakangkan...

ASKAY said...

KEPADA DATO KJ SALAM SEJAHTERA
TUAN BERJASA MELALUI PENA
BAHASA INDAH MEMBAKAR SUASANA
INILAH DIA MELAYU PENUH MAKNA

MEMBERI INGATAN CARA TERHALUS
KEPADA YANG DIATAS MASIH TERLENA
JEBAT MATI KERIS TERHUNUS
JANGAT BAGITU NASIB BANGSA

KENAPA NASIB MELAYU DI TANAH SENDIRI
DULUNYA TIDUR KINI SYOK SENDIRI
SLOGAN DI TABUR SANA SINI
TANPA FAHAM MEMBUNUH DIRI

DULU ISLAM HADHARI KINI SATU MALAYSIA
TIDAK DI BINCANG TIDAK DI RASA
TIMBUL MENGEJUT BARU DIBICARA
LEPAS PWTC, MENGALAH SAJA

ANAK WATAN BELUM DI PANGGIL
APA BICARA KEHIDUPAN MEREKA
KERA DI HUTAN DISUSUKAN
ANAK DI KANDUNG MATI KEBULORAN

MANA YANG LAIN PANDLIMA HANDALAN
MENANG MT TERUS KEHILANGAN
DULU HARIMAU MEANGAUM SIANG MALAM
KINI KUCING KURAP HILANG PEDOMAN

DI DEPAN MAHARAJA LEE, DUDUK BERSOPAN
MACAM BUDAK SEKOLAH MELANGGAR PERATURAN
INILAH DIA BAKAL PIMPINAN
MENGAPA KITA AKAN DIBEBANKAN

WAHAI DATO TERUSKAN PERJUANGAN
MENGINGAT 'PEMIMPIN' YAng MASIH KEKABURAN
DIMANA LETAK KEBIJAKSANAAN AYAHNDA
HARAPKAN ANAKNDA 'JANTAN' ATAU 'BETINA'

sujini said...

Assalam mualaikom Tn.Haji,

Topik pos Tn.Hj. kali ini memang dekat dihati saya.


Tn Hj dan pembaca/pembahas ruang ini telah acapkali cuba mengupas setiap tindakan PM kita. Masing-masing membuat tanggapan sendiri, termasuklah diri saya.

Dalam konteks ini, saya ingin merujuk temubual PM dengan CNBC pada hari Rabu yang lalu.Sayang saya tidak kesempatan menontonnya hanya terbaca di akhbar The Star pagi ini(4 Jul).
(Terima kasih Melati.Saya akan cuba menonton jika masa terluang)

Memang betulah tanggapan majoriti pembahas disini bahawa tujuan PM menitik beratkan 1Malaysia, liberalisasi ekonomi,meritokrasi dan globalisasi adalah semata-mata untuk menawan hati budi kaum yang kononnya "dipinggirkan".

Menurut PM,dengan tindakan-tindakan tersebut,beliau mengharap tiada golongan etnik yang "dipinggirkan". Justeru itu Kerajaan mengharapkan balasan daripada mereka dengan memberi sokongan merupai undi pada PRU13 nanti.

Tambah beliau lagi segala tindakan yang diambil telah dibincang dan dipersetujui oleh golongan-golongan yang terbabit, seperti ahli-ahli korporat, usahawan Bumiputra dan juga sokongan daripada pemimpin-pemimpin Melayu(dalam UMNO agaknya).


Saya ingin tahu juga siapakah ahli-ahli korporat dan usahawan Bumi yang dibawa berbincang itu?
Kalau setakat berbincang dengan Datuk Azman Mohktar,Datuk Seri A. Wahid,Datuk Seri Tony Fernandes, mereka-mereka yang hanya sebagai "proxy" dan bukan seorang usahawan yang tulen, tak payahlah.


Pernahkah beliau berbincang dengan peladang-peladang kecil yang ada ladang-ladang getah,kelapa,kelapa sawit,koko,lada hitam,nenas; pesawah padi,nelayan dan seumpamanya?

Sudahkah beliau melihat keadaan anak peribumi di pendalaman, seperti di Long Pasia, di Tandek,di Grik, di Ceruk Tekkun,(ini kampung musuh),dan banyak lagi?
Lihatlah sendiri infrastruktur di kampong-kampong,sudahkah bertaraf piawai dunia?

Pergilah berjumpa dengan peruncit-peruncit di kampong-kampong dan bertanya bagaimana mereka menjalankan perniagaan sehari-hari. Macam mana persaingan mereka?

Ketahuilah bagaimana penduduk bandar yang menyara hidup berniaga kecil-kecilan; yang makan gaji RM800/- sebulan.

Bagaimana mereka menghadapi hidup hari-hari di bandar dengan keadaan pengangkutan awam yang menyedehkan(beliau baru je naik LRT dari satu setesen di KL ke Pudu Raya, sudah nak komplen); yang tidak ada peningkatan walaupun pemimpin kerap bertukar.


Peribahasa, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali itu memanglah ajaran Islam.Kita orang Melayu yang berugama Islam dibendungi dengan ajaran untuk sentiasa berbuat baik.Jangan sekali-kali berhasrat dengki.
Tetapi sekiranya maruah ugama, bangsa dan harta pusaka kita dicerobohi oleh orang kafir kita perlu bertindak tegas lagi keras.
Untuk berbuat demikian pemimpin utama kita perlu bersifat waja dan berani.Jauhkan diri daripada dihidapi penyakit koro,(pinjam Tn Hj punya versi).


Ahli-ahli korporat Melayu yang pada usia yang muda (35-40 tahun) sudah bergelar Datuk. Syabaslah dicapkan kepada mereka.

Tetapi adakah mereka pernah melalui pengalaman menghadapi pembekal-pembekal yang selalu datang menageh hutang;

Sudah buat kerja tapi belum dapat pembayaran;

KWSP sudah keluar surat saman kerana lambat membuat pembayaran;

Menunggu berbulan-bulan untuk
mendapatkan kelulusan pinjaman Bank kerana meminta yang bukan-bukan sebagai kolateral?


Kalau permasalahan-permasalahan yang saya sebut ini dapat diatasi, kalau tidak 100% pun tingkatkanlah peratusannya tahun demi tahun, maka tidaklah menjadi hal kalau nak globalisasi ke, nak meritokrasi ke atau liberalisasi pun.


Memang sukar nak berlaku adil.Cuba tanya sang suami yang beristeri lebih daripada satu. Kekadang kita lebih sayang no.1,atau no.2 atau no.3 atau pun no.4, betul tak?

Rakyat sebenarnya faham bahawa bukan semua permasalahan dapat ditangani oleh Kerajaan.Tetapi janganlah perkara yang sudah hak kita diberi kepada orang lain. Itu saja.

Terima kasih.

Azman said...

Datuk AKJ,

Agaknya kita sudah menjadi seperti "Anak kandung ditengking-tengking, anak tiri ditimang-timang"?

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

Anonymous said...

assalamualaikum...



Lalu kita rungkaikan satu persatu...

Tali-tali yang dulu mengikat kita jitu....



speechless...


ketika 'saya' lebih penting dari 'kami'....

dan ketika itulah 'kita' tersungkur satu persatu...


may Allah bless u...
may Allah love all of us...
may Allah bless Malaysia...
amin...
wassalam

H.A.P.R.A.K

pakbelalang said...

Melayu jangan takut kepada bayang-bayang. Jangan buat bayang-bayang menghantui kita hinggakan kita hilang pedoman.

UMNO will survive. There is no other alternatives. The Malays must tag along with UMNO. Believe me UMNO will be in the right track with full support from the Malays.

Kita jangan jadi "bodoh sombong" menolak UMNO.Itulah "musuh" kita idamkan selama ini supaya Melayu hilang kepercayaan kepada UMNO "to disintegerate the Malay unity".

Unfortunately, it is happening now.What a pity!!

akbajalil said...

Allah SWT telah berfirman di dalam surah Ali-Imran ayat 14 yang bermaksud;
“Dihiaskan (dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda dari emas dan perak, kuda peliharaan, dan binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan ingatlah pada sisi Allah SWT ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (Syurga).”

the indie story said...

Salam Dato' Kadir, semoga mendapat petunjuk dan hidayah Allah subhana wata'ala hendaknya.

Satu bentuk sajak, juga madah pujangga yang seharusnya dibaca oleh Rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi oleh kebanyakkan pemimpin atasan yang telah tercabut drp AKAR UMBI.

Hari-hari kita baca istilah yg Dato' Kadir tulis didalam pujangga itu dalam akhbar, tapi apakah maksudnya yg sebenar.

Maka Dato' harus kupas satu persatu...


Orang politik bertelagah sesama mereka, duit mereka berguni-guni. Rakyat jelata kerja selama sebulan macam nak mati, baru dapat antara Rm500- Rm2000.

Ingat cukup ke? Barang makin naik...gaji macam tu juga.


Lagi sekali pilihanraya, tau lah nasib depa. Mari kita tengok siapa yang kenaaaaaaaaa...(meminjam ayat Ibrahim Pendek dalam filem Ali Baba Bujang Lapok)


Wassalam.

the indie story said...

Semoga DAto' Kadir JAsin dapat terus menulis dengan lebih BERANI, CEKAL & TABAH tanpa takut menanggung risiko.


Sama-samalah kita menyokong BERITA PUBLISHING.

yeah!

Anonymous said...

Datuk,

Saya ni "all OK" dengan persaingan terbuka lagi sihat.

Tapi saya tak boleh tahan dengan sikap sesetengah "promoter" persaingan terbuka ini yang gemar guna tektik rasuah, menipu dan menyeleweng. Harga kita lain, harga orang dia lain. Kualiti barang yang kita dapat lain. Kualiti barang yang orang dia dapat lain. Ini persaingan terbuka jenis apa macam ni?

Susah Datuk. Kita ni ada seksa kubur. Nak buat benda tak baik, kita fikir 100 kali. Bagi jenis orang yang tak ada seksa kubur, dia nak peduli apa halal atau haram, berkat atau azab.

Yang hairannya. Salah kita jugak yang dia orang nampak. Salah dia macam mana pula?


-sinbad-

buyong said...

Tiada siapa yang sanggup mensabitkan diri dengan parti yang nampak lembik, kehilangan maruah, penakut dan defensif.

Itulah imej parti umno sekarang.

Orang melayu dan kebanyakan rakyat malaysia akan bangkit memberi sokongan apabila taring kita mula kelihatan, berani dan patriotik.

Mulakan lah dengan pembinaan jambatan bengkok. Nescaya sokongan akan kembali membara!

siakap said...

Salam Datuk,
Orang Melayu kini patut sedar diri
Jika tidak mahu jadi pengemitanah di negara sendiri, macam takyat Palestin ditendang orang yahudi.
Marilah kita berdiri tinggi, menghadapi cabaran masa kini, pemimpin negara melupakan bangsa sendiri.Mari kita ramaikan galikan kubur untuk menanam mereka pada Pilihanraya umum nanti. Ini semua untuk menjag anak cucu kita tidak mengemis di negara sendiri. Kita tahu orang melalyu akan bersatu bila bangsa dan agama dipecaturkan. telah menjadi budaya melayu berdiam diri bukan tanda bersetuju. kami generasi muda membisu kerana berfikir untuk membuat sesuatu supaya pemimpin dijatuhkan satu persatu mmengikut undang-undang yang jitu. Pada pilihanrya umum kami akan bersatu menjayakan impian yang kian lama ditunggu, membersihkan negara daripada genjala syaitan dan hantu yang berpura-pura atas slogan 1Malaysia kita bersatu.Orang Melalu tak sebodoh itu, boleh ditendang dan disiku tanpa berbat sesuatu. Kami menunggu masa tertentu untuk kami akan bersatu dan pada masa itu barulah mereka tahu bahawa orag melayu kuat dan jitu.

pakbelalang said...

Dear Dato' AJK,

It is now becoming talk of the town that Rosmah always seems to be in the limelight making all kinds of statements as if she is like a minister.

Menteri pun tak dapat public exposure macam Rosmah. Mungkin dia ada "dealing" dengan Rais Yatim dan Johan Jaafar tak?

She has to restrain herself NOT to go over board or over expose in her public appearance. People are now very observant and making negative remarks which are affecting Najib's standing as a Prime Minister.

ORANG DAH NAIK MELUAT.

Hasan Ibrahim said...

Dato.

Teapt sekali puisi dato.Apa yang sedang di buat oleh najib ada sepadan dengan puisi dato.

Penghapusan Fic,Kuota 30 bumiputra untok IPO,kemasokan kaum Cina dan India dalam Perkhidmatan Kerajaan,Merombak samula biasiswa JPA dan percubaan untok melantek Omer Ong menjadi angota Lembaga Petronas.Ini saolah2 mahu memberi signal kapada hasan marican supaya pergi"berambus"kata orang Kedah.

Yang sedehnya semua pengumoman ini dibuat dihadapan perjumpaan pesatuan2 Cina.

Orang Melayu sedang memerhati dan hati mereka macam api dalam sekam.

Tok Ma said...

Datuk,

Cerita Babi di Kedah dan Kg. Buah Pala di Pulau Pinang menunjukkan sifat-sifat bukan Melayu sebenarnya. Mereka akan menuntut dan bertindak dengan cara apa sahaja asalkan hasrat tercapai, meskipun ada antara tuntutan-tuntutan tersebut bukan hak mereka.

Konon-kononnya penjajah British memberi mereka hak tinggal di Kg. Buah Pala. Ada bukti ke?. Dulu ketika kerajaan Gerakan (BN)Pulau Pinang bermula dari Lim Cheong Yew
ambil tanah-tanah Melayu untuk program-program industrialisasi tidak pula orang-orang Melayu mengamuk. Mereka dengan rela hati berpindah ke Seberang Perai atau ke Kedah. Betapa baiknya hati Melayu!!. Memang betul kata orang Melayu dulu-dulu, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Nampaknya orang-orang Melayu dulu telah dapat mengaggak apa yang akan berlaku di tanah tumpah darah mereka ini.

Kejadiana-kejadian di Malaysia akhir-akhir ini seolah-olah "scenes" dari filem-filem Bollywood. Ada yang berlagak macam Robinhood. Tunjuk perasaan sana sini. Sementara anggota-anggota polis tidak dihormati langsung, mungkin disebabkan sebahagian besar daripada anggot polis ialah Melayu.

Hinggakan keputusan mahkamah sudah tidak dihormati. Nampaknya kerajaan terlalu bertolak ansur kerana mahu menang PRU 13. Tapi bagaimana dengan menegakkan undang-undang. Hindraf disahkan sebagai pertubuhan haram, tapi anggota-anggotanya bebas menunjuk perasan di merata tempat. Tentunya tanpa permit. Tapi kenapa dibenarkan?. Bukankah Hindraf sama dengan Al Arqam dan PKM. Tapi kenapa layanan berbeza.

Datuk,

Saya juga nak komen tentang isteri Perdana Menteri yang terlalu menonjolkan diri. Sebenarnya kalau berperangai keterlaluan orang menyampah. Isteri PM tidak ada kena mengena dengan politik. Hanya isteri seorang politik. Teringat zaman Tun Razak dan Hussein Onn dulu. Tidak pula isteri mereka berlebih-lebihan.

Di US Michelle Obama jarang-jarang sekali mendapat publisiti. Malahan beliau juga jarang mengikuti Obama mengunjungi luar negara atau melawat di dalam negara. Begitulah, seringkali pemimpin-pemimpin "third world countries" bertindak berlebihan dari negara-negara maju. Selain daripada itu setiap sen yang dibelanjakan mesti diberi justifikasi, termasuklah keperluan isteri presiden mengikuti program-program presiden. Bukan untuk mengambil kesempatan melancung.

syammim said...

Tak perlu takutlah. Allah dah janji, kalau ikut agamaNya, syariat yang disampaikan RasulNya, tidak akan ada rasa takut. Tiada rasa gentar.

OKJ said...

Salam DAKJ

Keterbukaan akhbar

Sudah 3 hari isu BABI di Kedah antara PAS dan DAP. Tapi sampai hari ni (pagi ni) akhbar online PAS masih tidak mengeluarkan sebarang artikel atau komen. Bila kata ke akhbar arus perdana ketakterbukaanlah, pilih kasihlah dan sebagainya macam macam. Tapi bila kena ke batang hidung sendiri, menikus sunyi. Itulah parti yg kononnya memperjuangkan Islam tapi cakap tak serupa bikin. Bangkai kuman seberang laut nampak, bangkai **** depan mata buat buat tak nampak. Sekian TQ.

Ahmad Perang said...

Dato;

Saya tahu Dato merojok puisi yang di tulis ini kapada Pentabiran Najib.Tun Mahathir dah mula bersuara.

Yang sedehnya tiada siapa di dalam Kabinet Najib(Pemimpin UMNO) yang berani kata No.

Dengar kata dalam masyuarat MKT baru2 ini TS Mahayuddin ada memberi MKT yang ia akan mengumumkan perubahan polisi untok mengajat Math dan sain kadalam bahasa Malaysia samula.Najib setuju.Semua ahli MKT senyap kechuali sdr Tajuddin Abd Rahman yang membangkang,jadi Najib minta Mahayuddin tanggoh samula.

Anonymous said...

Pak Belalang berkata:
"Kita jangan jadi "bodoh sombong" menolak UMNO.


Saya berkata:
Kita jangan jadi bodoh memberi kuasa sekali lagi kepada UMNO...

melainkan.... UMNO memecat ahli-ahlinya yang korup; yakni ahli-ahli yang didapati korup oleh Lembaga Disiplin parti itu sendiri

melainkan...UMNO berhenti memberi kontrak kepada kroninya yang sebenarnya tidak mampu dan tidak tahu bekerja, sehingga bumbung runtuh dan bangunan ranap sana sini.

melainkan...UMNO benar-benar meastikan kerajaan ke tiga, yakni PBT dan ahli-ahlinya bebas korup, dan bekerja untuk rakyat, bukannya untuk diri sendiri dan ahli keluarga mereka.

Rakyat bersedia menerima UMNO. Rakyat juga bersedia menolak UMNO. Pandang dan dengarlah suara rakyat. Cakap tu...kurang-kurangkanlah.



DuaMataTelinga SatuMulut

abu said...

Dimanakah pemimpin2 melayu di negara kita ni?

Anonymous said...

Salam Dato'

Dengan izin ya?

Salam pakbelalang

"Kita jangan jadi "bodoh sombong" menolak UMNO."

Selepas kekalahan tidak diduga (oleh Pak Lah, mantan MB Perak, mantan MB Selangor, mantan MB Kedah serta segelintir pemimpin & ahli UMNO), pelbagai analisis telah dilakukan (dari profesor-profesor universiti sehingga lah ke rakyat jelata at gound zero). ASTRO, RTM & TV3 menyiarkan analisis mereka ini 24/7 selama berminggu-minggu.

Dari analisis mereka "bodoh sombong" bukan lah punca pengundi menolak UMNO (sekaligus BN).

Punca utama adalah kerana rakyat Malaysia amat yakin bahawa barisan pemimpin BN adalah barisan yang mengamalkan rasuah, pembaziran berbillion-billion wang rakyat untuk projek-projek mega yang tidak membawa manafaat kepada rakyat (sila rujuk blog chedet untuk mengetahui angka RM sebenar yang disumbang oleh Petronas kepada negara sepanjang zaman pemerintahan Pak Lah) dan tidak peka akan masalah yang dihadapi oleh rakyat biasa serta kenyataan-kenyataan samada angkuh atau pengecut yang dikeluarkan oleh mereka.

Faktor Pak Lah yang sentiasa lena dan leka (oleh itu, sudah pasti not in control of the country), KJ serta anak lelakinya adalah the final straw that broke the camel's back.

Pucuk kepimpinan negara gagal dan tidak mahu mendengar keluhan-keluhan rakyat yang diluahkan at ground zero & blogosphere.

Jikalau pakbelalng membaca blog Dato' ini sahaja, ada lagi segelintir rakyat yang rasanya bukan penyokong UMNO atau PAS atau PKR atau DAP.

Saya rasa rakyat mahukan barisan pemimpin yang bersih dari rasuah & skandal-skandal peribadi, yang bijak berbelanja wang rakyat (terutama dalam keadaan krisis ekonomi sekarang) serta yang "quick on their feet" & courageous dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda negara sekarang ini.

Rasanya by the time report KPI dikeluarkan, rakyat sudah pun mempunyai penilaian mereka sendiri. Penilaian mereka mungkin tidak setepat dan sejitu KPI yang bakal dikeluarkan tetapi they will have a very good idea or sense about where this country is really heading.

But all is not lost yet. In between now and the next PRU - who knows?

Melati

Budak Baru Belajar said...

Dato',

Tertarik dengan comment anakbukitgantang tentang kejayaan anak kampung kerana menerima bantuan kerajaan.
Saya salah satu seorang yang berasal dari kampung, sekarang alhamdullillah berpendapatan agak lumayan bekerja dgn syarikat gergasi nasional.

Saya akan sentiasa bersyukur dan berterima kasih dengan bantuan pinjaman kerajaan yang membolehkan saya belajar di IPTA dan berada dalam keadaan selesa seperti sekarang.

Tapi saya berasa amat marah apabila bila membaca banyak blog2, yang menyatakan orang melayu hanya berjaya kerana menerima bantuan kerajaan ini. Melayu dilabel bangsa pemalas, hanya menunggu bantuan dan biasiswa.

Terasa amat pedih, saya berazam dengan apa yang saya ada sekarang saya takkan meminta sesen pun bantuan kerajaan untuk anak2 saya.

Saya percaya tanpa bantuan kerajaan kita masih mampu untuk berjaya. Yang penting kita berusaha bersungguh-sungguh seperti mana bangsa lain. Tak perlulah merungut bila kemudahan yang disalurkan selepas hampir 50 tahun ditarik balik. Bangkitlah bangsa ku, kita bangsa yang berdikari dan bukan hanya perlukan 'tongkat' untuk berjaya.
'Tak Melayu Hilang DiDunia'.

- Budak Baru Belajar -

pakbelalang said...

DuaMataTelinga SatuMulut,

Saya lihat UMNO sedang berusaha kearah membersehkan image parti dan pemimpinnya. Sudah ada nampak perubahan. Saya yakin UMNO boleh dipulihkan jika ada komitmen dari pemimpin dan juga ahli-ahli UMNO. Benar kita akui bahawa UMNO dan pemimpinnya telah meyimpang dari agenda perjuangan parti tapi belum terlambat untuk balik kepangkal jalan menuju kearah meningkatkan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO.

Pemimpin-pemimpin UMNO boleh dianggap sebagai orang dewasa yang dah lupa daratan dan cuba hendak lari dari tanggong jawab dengan "berpoya-poya" untuk nak menikmati segala kemewahan yang dikecapi hinggakan tak sedar diri. Akhirnya padah yang menimpa mereka.

Satu pengajaran yang patut diambil iktibar. Belum terlambat untuk bertaubat dan memperbetulkan keadaan.

pakbelalang said...

Selepas pilihan raya lepas parti Pakatan Rakyat tak habis-habis cerita pasal babi, babi, babi!!

Apa halnya? Macam dah tak ada modal lain. Babi, babi, babi.

Naik mual di buatnya !!!

rozana said...

Biasalah tu, belum jadi PM mestilah tunjuk ultra-nasionalis utk dapat undi perwakilan dlm parti satu bangsa itu, bila dah jadi, mestilah jadi PM utk 1Malaysia utk dapat undi semua bangsa.

Indigo said...

Dato' AKJ

Your article?

THE MAS SELAMAT POSER

THE DETENTION of Jemaah Islamiah (JI) suspected militant, Mas Selamat Kastari, under the Internal Security Act (ISA) is worth noting.

The Malaysian Government committed him to ISA detention because he was considered a threat to the national security of Malaysia and Singapore.

Why was he not returned to Singapore? After all, he escaped from `Fortress Singapore' and was accused of plotting terror against Singapore.

Even if we have something to learn from him, could our Special Branch not have extracted the necessary information when he was in their lengthy custody?

I am not saying that we should not be buddy-buddy with Singapore, but keeping Mas Selamat on our soil could pose an additional security threat to us.

A brief lesson in regional geopolitics may be useful in understanding why Singapore is vulnerable to international terrorism.

Post-World War 11, Singapore was a hotbed of radical ideologies, including communism. Now, Singapore is attracting terrorism.

In the days of communism and socialism, Singapore was a place of choice because of its strategic location,intellectual freedom and the diversity of its residents.

Today, Singapore remains a vibrant place although it's no longer as diversified and certainly less tolerant of intellectual freedom. Singapore has degenerated into a democracy that has no viable opposition.

This new political environment and Singapore's position as the Eastern listening post of Israel, have turned the republic into a magnet for regional extremist groups.

The democratisation of Indonesia in the postSuharto era and the collapse of its economy in the aftermath of the 1997/98 regional financial crisis have spawned religious and ethnic radicalism and extremism.

Understandably, the Singapore Government jumps at the opportunity to use the spectre of terrorism to clamp down on civil liberty as a means of keeping Singaporeans glued to the ruling People's Action Party (PAP).

From the geopolitical point of view, we cannot blame Singapore for wanting to keep its population in check. The whole region, minus Burma and Brunei, is enjoying new and wider democratic freedom.

The Singapore rulers are not unaware that unless they keep the lid on their wealthy-but-democratically sterile republic, the island too will be engulfed by this wave of democratisation.

Along came the likes of Mas Selamat and his JI lackeys to give them the justification to continue to clamp down on democratic freedom.

But are we not getting entangled in Singapore's domestic politics by keeping Mas Selamat on our soil?

Would it not be wiser to hand him over to Singapore from where he made his daring escape?

Mas Selamat became our problem only when he escaped from Fortress Singapore where he was the guest' of the Internal Security Department (ISD).

After releasing a handful of local and foreign ISA detainees just weeks ago, why do we have to smear our name by using the law to solve what is essentially a Singaporean problem?


Or, are we embarrassed by the fact that Mas Selamat had not only slipped into our country, but had also merrily lived in our midst for months on end without being detected?

Just a thought, do we get to claim the S$i million (RM2.4 million) bounty on Mas Selamat's head?

Well, RM2.4 million is a handy sum. It can partly be used for Mas Selamat's upkeep while he's in our custody.


i think mas selamat should be blown up! with the tambak johor - what do you think?

Azhar Husin Enterprise said...

Salam Dato'

Untuk berjaya kita perlukan keberanian untuk membuat perubahan.

Tidak perlu takut pada bayang-bayang dan perkara yang belum terjadi. Kalau dah kita beri mandat pada BN untuk memerintah Malaysia, Perdana Menteri BN wajar diberi peluang untuk mentadbir mengikut pandangan beliau baik untuk negara.

Kita semua ada peranan.Ahli kabinet, ahli politik, pengubal dasar, doktor, jurutera dan kita semua. Kita mesti berani untuk menegur secara ikhlas tanpa memikirkan sangat periuk nasi kita. Kalau benar berkata benarlah. Walaupun ia pahit sekalipun.

Kita kena berani buat perubahan (hendaklah mengikut undang2)kalau kita rasa perlu. Cakap dan buat. Mulakan dengan diri kita dulu. Apa yang mampu kita buat, kita buat.

Rakyat Kelantan boleh diambil contoh. Mereka berani membuat perubahan dalam pemerintahan negeri dari dulu lagi. Kalau dia rasa kerajaan sedia ada tak bagus, mereka tukar 100%, mereka tak kisah apa orang negeri lain kata.

Rakyat Kelantan berani buat perubahan untuk berhijrah untuk mencari rezeki yang lebih baik di negara/negeri lain. Peluang untuk memajukan diri akan diambil walau ada dimanapun.

Rakyat Kelantan juga berani untuk menceburi bidang perniagaan. walaupun mereka cuma berniaga jagung ditepi jalan atau berniaga etak (sejenis makanan).

Maaf bukan bermaksud untuk menidakkan keberanian rakyat negeri lain. Mungkin mereka lebih berani dalam membuat perubahan. Mungkin ada keberanian lain yang boleh dikongsi oleh orang lain selain dari di atas. Contoh dibuat kerana saya orang kelate.

Kalau kita rasa BN dah tak mampu untuk memerintah kita tukar pada BA. Kalau kita rasa BN dan BA tak mampu kita tubuh parti baru.

terimakasih

bulan said...

Saindah puisi bersulam seni
warna warni misteri masa ini
Mungkin kah kelabu itu debu
Atau sabenar habok sarupa abu

Mana mungkin lepas bebas luas
Budi dan pangkat jadi pengalas
Tiada suatu pun kata pemberi ingat
Maka datanglah mereka menyengat

Membawa globalisasi meritokrasi
Kita ta mengerti mahu juga di isi
Walaupun bayangan nampak ta sarasi
Tetap menjadi agenda dan diplomasi

Samakin melihat samakin meluat
Kepencangan cerita mulai termuat
Kesemerataan kekal juga di buat
Walau bukan semua melayu kuat
Tanggong jawab hak kuasa tersurat
Yang lemah itu janji di ambil berat

Mahu ta mahu polisi kesemerataan
Suatu tututan menjadikan perkataan
Antara berjalan kaki dan berkenderaan
Tujuannya satu,hanya untok penguasaan
Perbanyakan hak milek gulongan atasan

Lihat kaji apa yang mereka sokong
Jambatan bengkok nyata terpesong
DEB pula di ganggu di ura potong
Satu malaysia bukan agenda kosong

Kini cakap majoriti di belah dua
Dari cerok merata manoriti ketua
Keluar mulut rimau masok mulut buaya
Begitu budaya melayu mudah terpedaya

saji said...

Dalam keadaan indstri filem Iran menghadapi kekangan agama sejak Revolusi Iran seperti halangan melakukan adegan sex, mereka dilihat mampu menghasilkan filem yang inovatif dan bertaraf dunia.

Maksudnya, kekangan perlu dilihat sebagai suatu peluang dan ruang untuk kita menghasilkan produk atau pemikiran inovatif bertaraf dunia.

Tetapi, lain ceritanya dengan pemerintah Melayu (PM)kita hari ini di bawah.

Kekangan berdepan dengan masalah kekurngan pelabur luar negara dan dalam negara, di satu pihak, dan di pihak lain, parti Gerakan dan MCA ditolak oleh kaum Cina masing-masing pada PRU 12 lalu dilihat sebagai satu peluang dan ruang oleh PM kita untuk melepaskan pelung dan ruang perniagaan dsb. yang sudah dikuotakan kepada orang Melayu.

Adakah tindakan PM kita menggurangkan kuota biasiswa anak Melayu kita satu inovasi?

Adakah tindakan PM kita melibralisasikan 27 sub-sektor ekonomi satu inovasi?

Adakah tindakan PM kita menghapuskan tender terbuka kepada quotation bagi projek kerajaan bernilai RM 300,000 ke bawah satu inovasi?

Adakah tindakan PM kita menganugerhkan tender kepada projek-projek yang sedang menunggu untuk dianugerhkan kepada kontraktor-kontraktor terbabit bagi tujuan mencepatkan proses pelaksanaan projek di bawah pakej rangsangan 1 dan 2 satu inovasi?

Tepuk dada tanya selera.

Anonymous said...

KEMENANGAN MENERUSI KACA
MATA JAGUH KAMPUNG
=========================

Dato' AKJ,
Moderator yang disegani,

Sesiapa saja berhak mempamerkan perasaan keterujaan dan kebanggaan (pada tahap tertentu) apabila melihat adanya atau merasai adanya atau mengalami adanya sesuatu yang ditakrifkan sebagai sebuah “kejayaan”. Cumanya cara bagaimana seseorang itu mengkategorikan, mengiktiraf dan seterusnya menghargai sesebuah kejayaan adalah berbeza dengan seseorang yang lain.

Perbezaan ini timbul kerana aspek kesignifikinan sebuah kejayaan dipengaruhi oleh faktor seperti pencapaian keseluruhan individu/puak, pengalaman sosio-budaya, tuntutan agama, sistem politik yang dihayati dan pengalaman sosio-ekonomi di tempat di mana individu/puak itu bermastautin adalah tidak sama menurut lokaliti.

Dalam konteks ini, dapat dilihat bagaimana nilai ambang terhadap perasaan keterujaan dan penanda aras bagi sebuah kejayaan menyaksikan perbezaan ketara iaitu ada yang pada paras terendah dan ada yang pada paras tertinggi. Justeru, kalau paras berkenaan adalah rendah makanya sudah tentu mereka ini akan cepat berasa terpanggil untuk mempamerkan perasaan bebangga cuma kerana memperoleh kejayaan yang tidak seberapa nilainya, baik kejayaan yang dicipta sendiri mahupun yang dicipta oleh puak yang sama bangsa atau sama agama.

Atas pentas global, dari sudut agama, apabila satu atau dua orang yang dianggap ternama dan terkenal yang menetap di satu penjuru dunia yang berasingan (yang pada asalnya tidak pula satu agama dengan kita) tetapi cuma kerana dengan tiba-tiba timbul berita yang orang ini telah memeluk agama yang kita anuti, kenapakah kita perlu menganggapnya satu keistimewaan dan satu kejayaan besar yang perlu dibangga-banggakan sehinggakan perlu diiktiraf dan dirakamkan sebagai satu peristiwa bersejarah kononnya?

Dalam konteks politik lokal juga ada banyak yang tidak kena. Bukankah premis perniagaan haram, tanpa lesen yang kehadirannya menyentuh sensitiviti dan kesejahteraan masyarakat setempat tidak hanya terhad kepada rumah sembelihan haram atau gerai jualan haram semata-mata? Apakah pusat judi, pelacuran, karaoke dan kafe siber haram misalnya tidak dirasakan menyentuh sensitiviti dan mengganggu kesejahteraan? Oleh itu apakah dengan hanya satu kejayaan dalam menumpaskan kegiatan haram tadi telah dianggap satu kejayaan yang bersifat holistik?

Dalam konteks yang lebih khusus, perlukah isu merobohkan pusat sembelihan haram yang menjejaskan 'flora dan fauna' dan dalam masa sama mengabaikan sensitiviti masyarakat di sebelah Kedah dianggap satu kejayaan tiada tolok bandingnya oleh pihak tertentu dan seterusnya pihak-pihak yang dilihat telah menyempurnakannya harus mendapat pujian dan penghargaan seolah-olah semua premis atau entiti perniagaan yang sama jenis/kategori/statusnya tetapi masih terus beroperasi akan dianggap semuanya terhapus secara otomatik?

Oleh itu, kalau diperhalusi, tidakkah reaksi segelintir pihak (Melayu Pembangkang) terhadap isu rumah sembelih di Kedah hanya sekadar keterujaan yang tidak bertempat yang dipengaruhi oleh sentimen assabiyah yang mengajak mereka melihat isu ini dalam kerangka politik yang mahukan mereka melihat setiap isu menerusi pengamatan sempit lagi simplistik semata-mata?

Untuk maju ke depan, bukankah kayu ukur bagi apa jua bentuk kejayaan perlu dinaikkan agar bersesuaian dengan tahap kemajuan yang diingini? Kalau itulah kayu ukurnya. Kalau itulah penanda aras dan nilai ambangnya yang mahu digunakan dalam konteks mengejar kejayaan berterusan maka mampukah mereka ini melangkah maju ke depan supaya setanding dengan individu/puak yang telah lama dan secara konsisten berada didepan?

ANDIKARYA MAYA

rakyat biasa said...

maaf Dato'....

kalau ditanya pendapat saya, pihak yg menduduki senarai paling atas yang bertanggungjawab atas perpecahan orang melayu/Islam ialah pihak media. kalau mereka tidak terlalu mementingkan keuntungan, tentu mereka boleh berperanan dlm menyatupadukan orang melayu/Islam kita ini.
namun mereka lebih utamakan keuntungan dan survival ahli2politik. mereka juga tak peduli apa jadi pada remaja2 melayu yang lebih suka pada hiburan asal saja majalah dan rancangan hiburan di tv punya rating yang tinggi.

tentu Dato' lebih arif dlm hal ini.....

tokperak said...

Salam dato,

Kalau nasi menjadi bubur,
Tambah ramuan enak dimakan,
Kalau melayu sudah berkubur,
Hilang Islam Agama anutan..

Apa yang dato luahkan mungkin sama apa yang saya rasakan di saat ini. Mungkin saya boleh meyakinkan hati orang lain dengan kata kata disebaliknya namun saya tidak boleh menipu diri sendiri dengan menyembunyikan kerisauan yang melanda di hati ini.

Semakin hari orang melayu bertambah gelisah dengan konsep keterbukaan yang ingin diterjemahkan oleh perdana menteri kita yang baru dato seri najib tun razak. Walaupun saya jelas difahamkan dengan 1Malaysia namun kebimbangan di hati amat terasa sebab orang melayu masih berpecah belah dan lintang pukang bertaburan.

Biarpun miskin, mahupun kaya, orang melayu sekarang amat bersemangat berpolitik untuk menghancurkan kerajaan pimpinan melayu yang sedia ada, bahkan orang melayu yang makan gaji dengan kerajaan pun masih ramai yang terpesona dengan khayalan dan janji manis pemimpin politik pembangkang sehingga memusuhi kerajaan pimpinan melayu tempat dia mencari rezeki bagi makan anak, isteri...

Bagi melayu yang hidup mewah pula, kebayakan mereka sudah lupa diri, lupa akan perjuangan pemimpin melayu yang membolehkan mereka hidup mewah selama ini. Pemimpin melayu yang tamak kuasa, tak kira apa parti sudah mula mementingkan diri sendiri hingga lupa memikul amanah serta membangunkan ekonomi orang melayu sendiri.

Saban hari kita dengar, kononnya kerajaan sekarang pimpinan orang melayu tak islam, tak telus, malah menuntut agar wujudkan kesamarataan serta keterbukaan dalam semua hal dan bermacam macam fitnah, yang telah memecahkan perpaduan orang melayu sendiri.

" Kalau sikap orang melayu sendiri pun dah macam itu, apatah lagi sikap serta pendirian orang bukan melayu terhadap kerajaan pimpinan orang melayu dan agama islam ..!!! cubalah kita fikir fikirkan "

Dalam hubungan masyarakat yang berbilang kaum di malaysia, perdana menteri yang baru amat memahami akan kehendak dan perasaan setiap rakyat di negara ini. Namun begitu, banyak perubahan yang beliau lakukan sejak akhir ini lebih menjurus kepada merealisasikan tuntutan dan tomahan kaum minoriti di negara ini, dengan harapan mereka akan memberikan sokongan dalam pilihanraya ynng akan datang. Sebagai seorang pemimpin politik tertinggi negara, tindakan tersebut ada kewajarannya.

Namun begitu, sebilangan besar masyarakat melayu yang sedar berasa agak bimbang. Seperti yang kita sedia maklum bahawa perjuangan kaun kaum minoriti di negara ini amat terkenal dengan budaya mencari untung dalam kehidupan seharian mereka. Malah amat berbeza sekali dengan perjuangan serta perasaan kaum majoriti orang melayu yang ikhlas cintakan negara sebab hidup dan matinya adalah keranamu malaysia.

Oleh itu, ds najib perlu lebih berhati hatilah dalam melayan karenah kaum tersebut, jangan sampai kera di hutan disusukan, anak dirumah lapar berkeliaran. Silap langkah buruk padahnya kerana setiap langkah kehadapan, tiada masa untuk undur kebelakang. Mudah cakap, hati dan perasaan serta pandangan kaum majoriti orang melayu wajib diutamakan dahulu sebelum melayan karenah kaum minoriti.

Ketegasan dalam semua hal demi menjaga hak dan maruah kaum majoriti wajib dilaksanakan. Kelembutan serta keterbukaan tidak semestinya baik dan kekerasan serta ketegasan bukan bermakna satu kezaliman dalam mendidik setiap rakyat malaysia agar menjadi seorang warganegara yang baik serta sayangkan negaranya sendiri. Pendirian yang sedemikian patut ada pada perdana menteri yang baru sekiranya ingin mendapat kepercayaan dari kaum majoriti orang melayu di negara ini.

Sesungguhnya maruah orang melayu di negara ini telah pun hancur berderai menjelang dan selepas pru12 yang lalu. Apakah pemimpinku masih terlena di ulik mimpi yang indah ???.. Pulihkan harga diri orang melayu sebelum kuasa beralih ke tangan yang lain...!!!

Rosli Basiran said...

Salam buat Dato' AKJ,

Gurindam Dato' menyentuh jiwa,
Apakah "mereka" cuba bertanya,
Perkara-perkara yang dipena,
Atau "mereka" kata peduli apa!,

Pinjamkan saya gurindam Dato'..

Sudah bercampur baur,
Pudar,kelabu dan kabur,
Masakan hati tidak lebur,
Takut nasi ditanak jadi bubur,

Tetapi mengapa kita berasa terbatas?
Terkepung, terbendung, terpintas,
Takut berhujah, bimbang berbahas,
Tiada objektif utama terletak di atas,
Maka campur semua macam rojak,
Asal sendiri jadi puas,

Padahal kita keliru, tidak tahu,
Apa ertinya istilah-istilah itu,
Istilah itu tiada zaman dulu-dulu,
Semua ikut melulu,

Lalu kita rungkaikan satu persatu,
Tali yang dulu mengikat kita jitu,
Kepala semuanya sudah keras macam batu,
Mana mungkin jadi lagi satu,

Kita kagumi masyarakat Madani,
Kita berjinak-jinak Islam Hadhari,
Semua pun bertanya apa ini?,
Ramai tak faham sampai kini!,

Atau sebenarnya kita lupa diri,
Umpana anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Kita rasa kononnya sekolah dah tinggi,
Masakan tidak, masing-masing ada "degree",
Orang tak sekolah tinggi, apa peduli!,

Atau anak nelayan dengan anak jutawan?,
Anak buruh dengan anak orang berpengaruh?,
Sekarang ini semua tidak lagi relevan,
Malaysian Malaysia mesti ditaruh,

Orang Melayu dan Bumiputera,
Adalah majoriti rakyat Malaysia,
Pinggirkan mereka bala jawabnya,
Apakah kini ada yang nak bela,
Undi sana ke! undi sini ke! sia-sia,
Memang kena niaya!,

Tetapi apa halnya,
Dengan sekolah di desa?,
Cikgu kat kampung kerja keras macam orang gila,
Usaha murni tak siapa yang bela!,

Jangan abaikan hak majoriti,
Padahnya buruk kemudian hari,
Pena Dato' AKJ siapa nak peduli,
Lagi depa kata tua kutuk dah lali,

Buat jahat jangan sekali,
Usah digadai tanak pusaka,
Nanti bangsa dihina dikeji,
Kepada "mereka", buatlah kerja dengan teliti,
Bukakan minda agar sentiasa peka,
Jangan jadi ayam sabung tak da taji!.

MasAgungKL. The Scribe by Haji Mustapha Ong said...

Salam Datuk DKJ,

Tajuk ini amat bermakna kepada bangsa kita yang agak kurang prihatin kepada masalah orang lain.itulah budaya kita orang Malaysia tidak kira Cina,Melayu,India atau yang lain, khususnya di bandaraya besar di negara ini.

Pagi ini saya nak cerita sedikit perihal komen Tun Abdullah mengenai secepis pandangan Pak Lah terhadap PM Najib yang dapat menantangani kemelutan ekonomi melalui keadah liberisasi yang diumumkan baru-baru ini.

Disini biarlah saya memberi komennya dalam bahasa inggeris seperti berikut:-

Today, the nation is fortunate to have a number of former and past leaders, including two surviving prime ministers who still care for the progress and success of Malaysia, without malice or reservation.These past leaders had their share of their time in office and had made tremendous contributions to the development of this beautiful country.

Tun Abdullah Ahmad Badawi is one of the exemplary leaders, whose positive comments of our national issues made in the right place and at the right time.Pak Lah is a true leader of our time and I hope more Malaysian leaders will emulate his political principle and humility that he had shown us during his ups and downs in his political career and private life.

Pak Lah is a man of perseverance: a lowly virtue whereby mediocrity achieves an inglorious success. However,no man is perfect either, but many people had taken Pak Lah's goodwill for granted and had despised him of his weaknesses wrong doings during his reign in office.

It is absurd to conclude that whatever Pak Lah had done to this nation will not bear dividends in the future. Why should we compare
Pak Lah's KPIs to his predecessor Tun Mahathir or even to current PM Najib?

Tun Mahathir is a political statesman in his own league and I believe even many foreign leaders,including Lee Kuan Yew are considered well below par in many of his own ways and achievements. Indeed Tun may have overstayed in his privilege to continue criticising others without fear or favour.

I recalled that Tun Mahathir once commented, "I will continue to criticise if there is wrong doings."(in his own perception of things though).That's the reason why when Tun speaks his mind,others cringed but the majority will not retaliate out of respect for this wise and elegant old man, Bapa 2020.

Pak Lah's latest comments in support of PM Najib's investment and economic liberalisations is a bold step is highly commendable.We should take Pak Lah's comments positively despite his limited global economic and financial knowledge in order to move this country forward and achieve our national agenda under Najib's administration.

Having said that, I feel that past influential and credible leaders, Tun Mahathir included should not pour cold water and demoralise the PM's efforts to manage this country based on his own visionary of change and agenda.

In this context,I also urge Tengku Razaleigh Hamzah to come forward and assist Najib's administration.I believe Ku-Li still has an important role to play in order to ensure that all Malaysians will live together as 1Nation, despite our diversity and difference of approach in our nation building.

In the words of Francois Fenelon, I quote: "It is imperfection that complains of what is imperfect. The more perfect we are, the more gentle and quiet we become towards the defects of others".unquote.

Indigo said...

1. Pendang District Office Rejects Site For Pig Abattoir

PENDANG, July 5 (Bernama) -- The Pendang District Office has rejected the proposed building of a pig abattoir in Kampung Cina here as the site is found to be unsuitable and also due to objection from the residents.

District officer Abdul Shukor Abdul Ghani said the decision was reached following a study by the relevant departments whose officers visited the village recently.

"From the study, the Department of Environment (DOE), Drainage and Irrigation Department (DID) and Muda Agriculture Development Authority (MADA) unanimously agreed that the location of the proposed pig abattoir is unsuitable as it will be near houses and will pollute the area," he said here Sunday.

Abdul Shukor said the building of the proposed abattoir only about 100 metres away from the residents' homes also failed to meet the condition for a buffer zone which should be 500 metres as stipulated by the DOE.


Besides that, he added, the land owner who had agreed to lease out the land for the abattoir today withdrew from the deal after taking into consideration the residents' interests.

Abdul Shukor was speaking to reporters after receiving a protest memorandum over the abattoir project from the Pendang district 4B Youth movement chairman, Ramli Abu Bakar.

Earlier, more than 100 residents of Kampung China marched from the Pendang Umno building to the District Office to protest the location of the proposed pig abattoir in their village.

A resident, Edin Chok Edin Proot, 52, said the residents protested against the move as the abattoir would also be near the Buddhist temple where most of the Siamese residents prayed.

He said if the pig abattoir was built in the village, the lives of more than 800 residents would be affected as they would be facing a serious pollution problem.

"We object to the abattoir project in our area and hope the state government will reconsider the decision and find another site," he said.
-- BERNAMA


2. Iranian clerical group says vote result "invalid"

so we have a situation where some muallah are agreeable to the Cheif Ayatollah and some are not. Do we send in Nik Aziz?

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

sudah 100 hari dato!!! bila nak kpikan???apa yg saya nampak byk yang telah digadai dijual, apa rasionalnya 30% ekuiti, liberalisasi fic, deb dll dlm mengalakn ekonomi negara...kalau ada pun impaknya sedikit....banyak cara lain!! mengapa tidak dibahaskan di parlimen...bkn ke dasar dan polisi negara perlukan keputusan bijak dan mantap, inilah CM kita yg bodoh SOMBONG....

p/s : H1N1 semakin merebak....tapi gomen kita berani kata "KEADAAN TERKAWAL" sekarang perjudikan nyawa rakyat pulak semata-mata utk menarik pelabur!!!!

HAMBA ALLAH

kamal lekir said...

tp tak semua kemudahan yang ada di bandar itu percuma.kami yang dibandar ini juga sarat dengan masalah kami sendiri.apa yang penting kalau tak dipecah ruyung mana nak dapat sagunya.beranilah menghadapi kenyataan hari ini.status melayu/bumiputera bukan lesen untuk maju dinegara ini jika asyik nak mengharapkan bantuan sahaja.jika sudah terlalu manja disuap itu ini,melayu/bumiputera tidak akan kemana.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).