A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
ISNIN lalu, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak mengumumkan ciri-ciri Petunjuk Utama Prestasi (Key Performance Indicators – KPI) dan menamakan menteri yang bertanggungjawab ke atas enam bidang keputusan utama nasional (National Key Results Areas -- NKRA).
Menteri-Menteri NKRA adalah:
1. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin bagi memperluas akses kepada pendidikan bermutu dan mampu diperoleh;
2. Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein bagi pencegahan jenayah;
3. Menteri Jabatan Perdana Menteri Mohd Nazri Abdul Aziz bagi memerangi rasuah;
4. Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil bagi menaikkan taraf kehidupan orang berpendapatan rendah;
5. Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal bagi menaikkan taraf kemudahan infrastruktur luar bandar dan pedalaman; dan
6. Menteri Pengangkutan Ong Tee Keat bagi memperbaiki pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.
Laporan Bernama memetik Mohd Najib sebagai berkata bahawa kerajaan beliau beriltizam melaksanakan perubahan melalui pengurusan yang berpaksikan pencapaian dengan menggunakan kaedah NKRA dan penilaian KPI.
Walaupun PM hanya mengenal pasti enam bidang utama, kita harap ini tidaklah pula bermakna bidang-bidang seperti kewangan dan fiskal, kesihatan, perdagangan, pelancongan dan belia tidak penting dan menteri-menterinya terlepas daripada penilaian KPI.
Saya harap itu bukanlah maksud Perdana Menteri. Namun begitu, jika pada penilaian Perdana Menteri, ada kementerian yang dirasakan tidak perlu dan tugasnya boleh diagih-agihkan kepada enam kementerian NKRA maka kementerian itu eloklah ditutup.
Kerajaan wajib mendahului dan memberi teladan kepada rakyat jelata dengan memulakan proses berjimat-cermat dan berbelanja dengan berhemah.
Oleh sebab Mohd Najib sendiri berikrar yang dia akan memikul tanggungjawab mutakhir ke atas matlamat NKRA dan pencapaian KPI, maka, seperti kata ungkapan bahasa Inggeris “the buck stops here.”
Dalam erti kata yang lain, jika matlamat NKRA dan KPI terlaksana dan kehidupan rakyat jelata menjadi bertambah sejahtera, aman dan makmur seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Barisan Nasional 2008 maka Perdana Menteri wajar dipuji dan disokong.
Sebaliknya jika matlamat NKRA dan KPI tidak terlaksana dan kehidupan rakyat jelata menjadi semakin tidak sejahtera, tidak aman dan tidak makmur maka Mohd Najib wajar dicaci (lawan puji) dan ditentang (lawan disokong).
Meminjam hujah Mohd Najib sendiri, sebagai ketua kerajaan dia sedar bahawa akhirnya rakyat jelatalah yang akan menilai kepemimpinannya.
Mengenai kesesuaian menteri yang dinamakan untuk memikul tanggungjawab NKRA itu, saya tidak berhasrat membuat sebarang ulasan untuk sementara waktu ini. Saya tahu majoriti pembaca dan pembahas blog ini mengenali siapa mereka.
Harap-harap tidak berlakulah keadaan di mana kita menyerahkan bunga yang cantik molek lagi harum kepada sang kera dan meminta sang tikus memperbaiki labu.
Sekiranya ini terjadi dan si Luncai terjun ke sungai dengan labu-labu yang kita amanahkan kepadanya maka kita tahu siapa yang wajib kita pertanggungjawabkan – held responsible.
Wednesday, July 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- A KADIR JASIN
- I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
40 comments:
Salam dato'
Ada ke tidak model KPI NRKA ni didunia ini,selama ini?..
Kalau tidak ada kenapa perlu `testing the endpoints blindly'.
KALAU DSNTR betul- betul serious dalam perkara ini, kenapa tak buat
akta dan undang-undang khusus didalam perkara ini,beserta dengan hukuman tertentu keatas menteri,timbalan menteri dan Ketua-ketua kementerian jikalau tidak berjaya?....
ATAU ini ADALAH LANGKAH-LANGKAH
sekejap buat,sekejab tak buat, sekejap ubah,sekejab buat lain dsb macam semua langkah lintang pukang berpusing berkecai selama ini?.
KALAU BUAT TAK BISING LAGI BAGUS!
Abu Bakar Ab Rahman
This is a comment I put on a blog discussing 'lack of ambition' of some government bodies, which is relevant here.
There is lack of ambition because...
There is no one who are responsible because..
There is no one made to be accountable for the things he had done or NOT DONE because…
The KPIs and performance based evaluation are not done properly because…
The information to do such evaluations are not accesible to citizens and the people cannot objectively and systematically evaluate and pressure them to do a better job…
Hiding between secrets
Assalumualaikum Dato'
Menteri-menteri yang terlibat dalam NKRA ini adalah orang-orang penting (big-shots) dalam kerajaan.
Saya ingin bertanya, apakah yang Dato' Najib akan lakukan jika menteri-menteri tidak dapat mencapai KPI yang sepatutnya? Lebih teruk lagi jika KPI dicapai lebih rendah dari yang diharapkan. Apakah mereka ini akan ditukar atau diberhentikan?
Kita tidak mahu orang-orang ini menjadi seperti kera ataupun tikus di dalam kerajaan.
Saya tetap berdoa yang terbaik kepada pelaksana-pelaksana NKRA ini. Amin.
Semoga kali ini, jawantankuasa yang ditubuhkan benar-benar berfungsi dan relevan dengan situasi sebenar.
Jangan nanti jawatankuasa ini nanti menjadi sindiran sinis dan kutukan masyarakat akibat menjadi pasukan badut yang terloncat-loncat.
Lebih baik tidak ada daripada ada.
Kembalikan keyakinan kami.
Sayang Malaysia.
relaxjom
PM's promise to undertake final responsibilty in keeping track of progress in key performance areas of his administration is pleasing to the ear.
Pleasing not because he is doing something extra beyond his terms of reference as the head of the executive. It's more because, hitherto, the government, especially it's executive branch, had not been known to be of the the-buck-stops-here kind.
No cabinet minister we know of had resinged or been fired from his post for national blunders/disasters made by their minions.
Hopefully a more accountable governance culture is in the offing. But, as they say, the proof of the pudding is in the eating.
Good promises, they already have half each of my State and Parliament votes. If they want my full votes, very easy; they only have to deliver their promises, and get rid of those guilty umno officials.
Windtalker
Ah, after Najib spends at least 20 million ringgit on a PR company that helps him to look like bunga cantik, he comes out with these initiatives within initiatives. He fails to mention when these KPIs to be realised. ( How can objective be an objective without the 'T" element - time based) . Anyway, 20 million ringgit can alraedy build more schools in pedalaman. I doubt we will see anything but 'good report' at the end, thanks to the PR spins.
Sdr Anonymous/Windtalker,
I agree with you entirely when you said:"If they want my full votes, very easy; they only have to deliver their promises, and get rid of those guilty umno officials."
Charity begins at home. If Umno is filled with corrupt people who hold important party and government positions, it cannot talk about fighting corruption.
I think of the six NKRAs, fighting corruption is key to redeeming Umno's image and the people's trust in the government.
For as long as people who were found guilty of money politics by Umno's own court are still allowed to hold party and government posts, and are not acted upon by the MACC, the image of Umno and the government it leads remain blemished.
Thank you.
Y.Bhg Datuk AKJ,
Dari apa yang saya baca, KRA yang kedua -- memerangi rasuah, tidak disertakan dengan apa-apa KPI.
Apa yang disebutkan hanyalah kaedah perolehan kerajaan (open tender, selective tender and dll) dan meningkatkan taraf SPRM.
Apa KPI nya untuk KRA ini? Macamana hendak diukur samada bertambah baik atau sebaliknya? Mana "targeted dateline" nya?
Jika tidak boleh diukur, bagaimana hendak diurus peperangan terhadap rasuah ini?
Mengenai KRA yang ke-4 iaitu menigkatkan pendapatan rakyat yang berpendapatan rendah -- bukankah angka-angka yang dinyatakan oleh PM itu (i.e. 11,000 keluarga miskin di Semenanjung dan 14,000 di Sabah & Sarawak) adalah merupakan angka-angka yang sudah pun dijadikan objektif rancangan Malaysia ke 9 yang akan berakhir pada 2010?
Mengapa "redundant"? Mana "value added" nya KRA ini?
Selain daripada itu, adakah tumpuan KRA ini hanya kepada 11,000 dan 14,000 keluarga tersebut tanpa mengambil kira rakyat berpendapatan rendah yang lain-lain?
Adakah kedua-dua KRA yang disebutkan ini bertujuan untuk menyenangkan KPI menteri atau hendak menyenangkan rakyat (atau hendak mengaburi mata rakyat)?
Terima kasih
Azman Mohd Isa
Salam Dato',
Pengumuman PM DSNTR mengenai 6 NKRA itu adalah satu keberanian luar biasa memandangkan kabinet beliau masih samar-samar lagi tentang 1Malaysia. Banyak isu berkaitan idea 1Malaysia masih belum terlerai.
Mudah kita mengucapkan KPI tetapi kenalah pihak yang dipertanggungjawabkan itu mengeluarkan kepada umum rubrik (matriks)instrumen penilaian KPI bagi semua 6 NKRA dan juga lain-lain kementerian. Misalnya, bagi yang berkaitan dengan jenayah, senaraikan semua jenis jenayah dan tahap-tahap penilaian pencapaian kadar pengurangan jenayah. Mesti juga libatkan tahap prestasi kerja semua balai polis berdasarkan piagam pelanggan yang mereka sendiri janjikan (ikrarkan). Kalau PDRM mengumumkan penurunan kadar jenayah adakah statistiknya berwibawa? Adakah semua laporan jenayah diterima? Apakah kita semua sudah lupa Balai Polis Dang Wangi tak mahu terima laporan aksi samseng melibatkan anak Ketua Polis Negara sedikit masa dulu (skandal Bazar Ramadan di KL). Tidak ada maknanya nanti selepas 3 atau 6 bulan PM mengumumkan rasa puashati kerana semua 5 NKRA itu melepasi tahap KPI yang beliau sasarkan. Pengisytiharan jenis syok sendiri, kata Mat Saleh, self-proclaim success tak membawa kita ketahap yang lebih baik. Slogan dan retorik semata-mata.
Baguslah PM DSNTR mengatakan rakyat adalah penilai KPI. Tapi umumkanlah rubrik penilaiannya supaya kami boleh bantu menilainya secara objektif
Pak Hj JB
KRA dan KPI adalah ibarat kulit bawang dan putik dalamnya, jika di lihat sebiji bawang besar yang segar. Sekiranya sebiji bawang besar itu adalah sebuah Kementerian, logiknya KRA itu tidak terhad kepada 6 sahaja!
Jelas, 6 NKRA itu lebih menjurus kepada menyelesaikan "permasaalahan sedia ada". Apakah ianya yang paling strategik dalam pembangunan Negara, atau lebih bersifat "reaktif dan bermusim"?
Jika "1Malaysia: Rakyat DIDAHULUKAN, Prestasi DIUTAMAKAN" diambil sebagai Halatuju Strategik Negara, sewajarnya NKRA itu digunakan sebagai proses penterjemahannya.
Saya yakin "prestasi" yang dimaksudkan bukan sekadar pencapaian "target" KPI semata-mata. Dan saya percaya juga PM telah dipersembahkan dengan suatu "PETA STRATEGI" yang jelas dalam merangka NKRA dan KPI Menteri-Menteri sebelum itu?
Jika itu telah dilakukan, sewajarnya "...jika pada penilaian Perdana Menteri, ada kementerian yang dirasakan tidak perlu dan tugasnya boleh diagih-agihkan kepada enam kementerian NKRA maka kementerian itu eloklah ditutup!..." tidak timbul.
Salam Dato',
Berdasarkan pengalaman saya diKPIkan dalam organisasi pembinaan, KPI sememangnya mampu meningkatkan tadbir urus sesebuah organisasi atau syarikat. Apatah lagi, bagi organisasi yang sudah lama melaksanakan sistem piawaian ISO yang diiktiraf oleh SIRIM dsb.
Menyentuh 6 NKRA menteri2 yang diKPIkan berkenaan, NKRA 1,2,4,5 & 6, berdasarkan pengalaman dan kefahaman saya tentang KPI, ia saya anggap bidang yang tidak sukar untuk dicapai sasaran prestasinya, berbanding dengan NKRA 3. Ia atas alasan berikut.
NKRA 1,2,4,5 &6 tidak perlu mencipta sistem baru atau daya pemikiran yang tinggi atau inovasi untuk meningkatkan prestasi 5 bidang tersebut masing2. Yang mereka perlu atau akan lakukan ialah meningkatkan darjah pemantauan daripada tahap yang seadanya, disamping memastikan mereka dibekalkan dengan sumber tenaga/ kemudahan/peralatan pengurusan yang mencukupi yang tentunya tidak akan diabai oleh PM, DSN.
NKRA 3 iaitu bidang memerangi rasuah, sebaliknya, memerlukan komitmen untuk mewujudkan sistem baru atau inovasi atau daya pemikiran tinggi dalam hal mencegah rasuah dan melakukan siasatan kes rasuah.
Salam Satu Malaysia Dato' AKJ,
Najib is in the right track. He is the CEO of the country. Let him design the most effective strategy to achieve national objectives.
We should not be concerned too much over trivial matters how he is going to implement his strategy of "peoples first,performance now".
At the end of the day as stakeholders we want a reasonable retun on our investment. He has to declare a satisfactory dividends during the "AGM".
If the results do not show anything significant changes then it is only appropriate for the stakeholders not to renew his contract,period.
The less we criticize the better for him to focus with his job as the saying goes too many cooks spoil the soup.
Salam Dato'
Najib dan pasukannya tidak mempunyai masa yang panjang sebelum PRU 13 walaupun dalam dunia politik seminggu pun boleh dikatakan panjang. Dalam lain perkataan, apa-apa pun boleh jadi.
Walaubagaimana pun kenapa Najib dengan sengaja mahu mendedahkan diri dan partinya dalam kedudukan yang "vulnerable" dengan memperkenalkan pelbagai konsep saperti 1Malaysia, KPI dan sekarang NKRA? Not now, anyway when BN is not exactly the favourite party and time is not on their side.
Konsep 1Malaysia bukan saperti mee Maggi Segera. Ia adalah satu konsep yang bukan mudah untuk dicapai (jika ia adalah satu konsep yang boleh dicapai oleh negara heterogeneous)dalam jangkawaktu yang singkat terutamanya apabila politik dan rakyat di negara ini masih lagi dibelenggu dengan sentimen perkauman dan ugama. Kita sudah banyak melihat bahawa cara paling mudah untuk mendapatkan political mileage adalah dengan menggunakan dan memanipulasikan sentimen perkauman, ugama, ketidakcekapan PDRM, MACC, ketidakadilan sistem perundangan negara, dll.
Saya menjangkakan memulihkan ekonomi negara adalah prioriti paling utama tetapi nampaknya tidak. Lets face it, dalam keadaan ramai rakyat Malaysia kehilangan kerja, dipotong pendapatan bulanan dan ditahan kenaikan pangkat, menanggung beban kenaikan harga barang, bas dan teksi, dll, I would have thought the way to garner more votes is through the tummy. A hungry and financially-strapped voter does not make a happy voter and he or she doesn't give a hoot about fancy ideas like 1Malaysia, KPI or NKRA. The last person an angry and frustrated voter would want to vote for most probably is the ruling party's candidate.
Lastly, I have a sense of deja vu (semacam ketika saya mula-mula melihat senarai nama Majlis Tertinggi UMNO sedulu) apabila melihat nama-nama dan agenda yang diketuai orang-orang Najib untuk NKRA. Dato', saya mohon ribuan maaf but I just have to say this: NO SHIT!
Melati
jom wahai muslimin n muslimah kita sama baca ayat kursi demi menerangi sgala kegelapan yg menyelubungi tanah air kita umat kita..
Dari 6 menteri yang dipertanggong jawabkan saya rasa pencapaian Hisham akan tercorot sekali apabila dibuat penilaian KPInya nanti. Ini adalah berdasarkan dari apa yang telah dicapai olehnya semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran. Hancur !!
He is noted to be non-performer!!
KPI is a new modern management tool to assess the performance of managers and executives. It has been scientifically proven to be an effective tool to measure staff performance.
Najib is applying this management tool technique for his ministers. I think he is the first Head of government in the world to apply this KPI to his cabinet ministers. Soon if proven successful many other Head of governments would follow suit. Syabas, Najib for your innovative idea!!
Salam DAKJ
Berikut adalah KPI yg dapat saya berikan selepas 100 hari PM kita disertai sebabnya sekali. Ubat memang pahit untuk ditelan tapi kena ambil juga untuk cepat sembuh.
KPI dengan kepujian cemerlang (excellence)
Tempat Pertama:
YAB Tan Sri MuhyiddinYassin.
Alasan: berani kerana benar walaupun pahit untuk ditelan teutama isu PPMSI. Tahniah Tan Sri.
Tempat kedua:
YAB Dato’ Seri Najib
Alasan: pelbagai idea dan pembaharuan dibuat. Sedikit masalah ialah telalu mengikut kata pembangkang sehingga terbentuknya inkues yg saya rasa tak perlu. Juga diucapkan tahniah.
KPI yang perlu diperbaiki
YB Menteri Dalam Negeri. Alasan; pembangkang tabur pelbagai fitnah terhadap BPR, Polis, kerajaan dan UMNO tapi tak dibuat apa-apa. Pelbagai akta telah disediakan tapi tak digunakan. Kalau diteruskan, habislah Malaysia. Janganlah ulangi kesilapan semasa jadi Menteri Pelajaran dulu.
KPI yang tak lulus
YB Tuan Guru Hj Hadi
Alasan, tak berani nak menegur orang bawahnya dan pemimpin pakatan yg terang terang telah menyimpang dari Islam termasuk bertafakkur dengan lilin sambil ketuanya memegang gambar simati dan satu lagi tunduk hormat pada colok cina yg Karpal Singh pun tak buat. Dua negeri nak sponsor anak luar nikah pun tak beri kenyataan apa-apa. Parti kononnya memperjuangkan Islam ke menggunakan nama Islam. Nak jadi ketua kena betul betul la.
KPI yang tak lulus-lulus
Tuan Guru Nik Aziz
Alasan, Maaf cakap ye. Antaranya, keluarkan kenyataan lebih suka berkawan dengan syaitan, kafir, berdendam sehingga kini, mencaci sesama Islam tapi memuji kafir laknatullah, mulut laser, bagi fatwa merapu-rapu dan cakap selalu flip flop. Cuba nak pertahankan candlelight vigil yg mufti pun menyampah, dan pada masa yg sama kata undi PAS masuk syurga. Satu lagi, tugas menteri besar adalah untuk memajukan negeri tapi dekat 20 tahun negeri tak maju maju. Tak payahlah nak diberikan contoh rasanya. Dalam Islam pemimpin sepatutnya tahu akan tahap kebolehannya. Kalau tak berkebolehan, sepatutnya diserahkan kepada orang yg lebih mampu. Berdosa tu. Maaf ye. Saya rasa ramai yg dulunya begitu menghormatinya tapi sekarang dah lain jadinya. Kerana mulut badan binasa. Ubat panadol pun sebenarnya pahit kecuali guna perasa limau ke, strawberry ke, tapi kena makan juga untuk hilang demam dan pening. Sekian TQ.
Dato AKJ,
1. KRA korupsi menggunakan KPI persepsi terhadap korupsi. Maka wang akan disalurkan kepada meningkatkan pengukuran persepsi.
2.Maka penghulu di kampung yang menamakan dirinya dan sanak saudara sebagai orang miskin tidak diperangi.
3. KRA mengurangkan miskin tegar juga akan terpengaruh dengan perangai seperti penghulu di atas.
3. Bagaimana fikiran dato'?
Orang Parit Perak
Sdr Melati,
Benar, konsep 1 Malaysia, rakyat didahulukan, prestasi diutamakan bukan mudah untuk dicapai bagi negara yang berbilang kaum, agama dan budaya seperti yang sdr timbulkan.
Tetapi, sekadar bertanya, tidakkah konsep yang sama (kalau pun tak serupa) telah berjaya dilaksanakan oleh Nabi Muhamad SAW, atau, dalam bahasa mudah, sudah ada contoh dahuluannya? Soal zaman berbeza, tahap kepimpinan berbeza, ciri2 kaum berbeza, cabaran berbeza, mengambil masa yang lama, keutaman berbeza dsb itu soal lain. Yang penting pemimpinnya ialah orang Islam.
Datuk,
Saya berpendapat wajar diadakan NRKA untuk menangani masalah kemiskinan bandar @ urban poverty.
Usaha terbaru DS Najib ini boleh diberi pujian tetapi yang menentukan samada ianya elok atau tidak akan terletak pada perlaksanaanya.
Rakyat tidak mahu kecewa lagi dengan janji-janji pembesar kerajaan. DS Najib harus sedar buruk padahnya nanti jika rakyat rasa diri mereka ditipu.
-sinbad-
1. Setuju rakyat penilai mutakhir KPI Menteri.
2. Sila hebohkan indikator KPI tersebut kepada rakyat di akhbar supaya rakyat boleh mengetahui sama ada KPI tersebut relevan kepada akar umbi.
3. Jangan pula KPI hanya indah khabar daripada angin.
4. Rakyat sepatutnya dinilai oleh menteri. Menteri perlu membentuk indikator tentang keadaan fizikal, sosial kehidupan rakyat, barulah rakyat setuju dengan pelaksanaan KPI ini.
5. boleh tukar tajuk iaitu MENTERI PENILAI MUTAKHIR KPI RAKYAT...
Sesiapa sahaja boleh lafazkan ikrar. Ikrar itu dan ikrar ini. Ia bukan suatu yang payah. Ia mudah. Lidah tidak bertulang, Yakni boleh sahaja menanam tebu dibibir mulut.
Manusia boleh ikrar apa sahaja. Tapi praktisnya memang tidak serupa bikin.Lebih lebih bagi mereka yang hatinya hasil dari rezeki yang haram jarang boleh jadi kenyataan.
Ini bukan prejudis. Ia suatu yang realiti. Bagaimana mungkin orang yang mengamal rasuah dan riba boleh laku suatu kebaikan.Apapun macam harapkan pagar, maka pagarlah yang makan padi.
Lazimnya,orang yang penuh dengan kerja mungkar jangan diharap berupaya membuat bunga yang diberi kepadanya dijaga dengan sebaik baiknya.Ia pasti macam kita berikan bunga kepada kera.
Saya percaya bak bunga diberi kepada kera dan tikus disuruh baiki labu, selagi tidak ubah feelnya. Macam mana hendak berubah, sedangkan mereka kelihatan tidak pernah berubah. Yang dilihat, Cuma cakap cakapnya sahaja mahu buat rakyat jadi baik.
Allah tidak akan mengubah feel manusia jika mereka tidak ubah feel mereka. Jadi bagaimana mereka boleh berubah miskipun diberi amanah mentadbir negara ini. Betul Allah boleh ubah manusia dari baik kepada jahat. Tapi kita kena ingat dari baik ada yang diubah kepada jahat sejahatnya.
Pada awal hidup mereka mereka beramal dengan ahli syurga tapi penghujung hidup mereka diubah beramal dengan ahli neraka.Ada awal hidup mereka beramal dengan ahli neraka, tapi penghujung hidup mereka beramal dengan ahli syurga.
Yang kita lihat hari ini mereka yang diberi amanah sentiasa kekal beramal dengan ahli neraka. Oleh itu mereka tidak segan silu menjadi pengkhianat bangsa sendiri setelah diberi amanah oleh rakyat.
Realitinya ia akan jadi macam lucai terjun dengan labu labunya. Biarkan biarkan atau Pak pandir yang berkata anak orang mati juga.Inilah sifat yang ada pada para pemimpin yang memerintah negara sekarang.
Demikianlah kita yang mengharapkan perdana menteri demi perdana menteri yang diberi gelaran bapa pembangunan konon, bapa perpaduan konon,bapa kecemerlangan konon, tokoh pembaharuan konon.
Pendek kata pelbagai gelaran diberi, tetapi tidak menepati sasaran.
malah mereka itu boleh kita beri gelaran tokoh pengkhianat bangsa Melayu.
Lihat sahaja Kuala Lumpur, Johor Baharu, Pulau Pinang, Ipoh dan Melaka. Apa sudah terjadi pada orang Melayu.Orang Melayu dihalau dibumi sendiri.
Apalah nasib orang Melayu dibumi sendiri.Perdana menteri melayu tapi Melayu hampir hampir akan hilang di Malaysia.
Apapun satu Malaysia harus difikirkan semula, kerana ia merupakan fungsi membuat bangsa dan agama orang Melayu hilang entah kemana.
Bro amoker,
I think you have completely missed it. The targeted deadlines are by year end 2010 and 2012 according to the respective key areas. Go check it out.
-sinbad-
datok! adakah tidak terpanggil utk
mengulas tentang pemilikan sharikat
hongkong terhadap sebahagian dari saham bernas.bukankah beras buleh
mengancam keselamatan negara di masa hadapan?adakah negara dgn sewenang2 memberi kebenaran pemilik
an saham2 itu berdiri atas asas2yg
kukuh? tulung lah datuk analis perk
ara ini ,bukan utk menghuruharakan
kerajaan,tetapi demi masa depan rak
yat malaysia.bukankah bangsa kita
telah kehilangan 4 wilayah selatan thailand (perjanjian british/siam 1906)buat selama2 nya kerana beras
juga?.
datok! adakah globalisasi/librali
sasi bakal kita kehilangan kedaula
tan atau penguasaan kita terhadap
diri kita sendiri?.
As'kum Datuk,
1. Saya pernah menyatakan dulu bahawa saya akan menunggu 100 hari lagi untuk menilai prestasi PM DS Najib.Ini kerana during his first 100 days as PM he has not shown his true capability as a PM that most rakyat (especially the Malays) espect.
2. Then came this announcement of the KPI and NKRA or whatever he has named it.To me it's just another rhetorics.I am quite sceptical with all these.For what I have noticed he has done nothing much for the Malays.All we know he has robbed the Malays to feed the non Malays.See what he has done to PNB when the goverment decides to sell all the unsold Bumi lots of over one billion ringgit to the non-bumis.I almost cried when I heard this decision and became very angry when were told the whole lots were taken away within few days.PM has humiliated the Malays for making that uncalled decision.Orang Melayu ini seolah-olah terlalu sengkek hingga terpaksa menyerah hak mereka kepada bukan Bumi.
3. He should have leave the Bumiputra rights in PNB as it is though it has not been taken by the Bumis.Why give it to the non Bumis.Memang betul kata TDM,apa yang ada pun telah rampas untuk diberi kepada orang lain.Lama2 UiTM pun akan diberi kepada bukan Bumi.Akhirnya Bumiputra akan tinggal di bumi yang bukan lagi menjadi hak mereka.
4. Jadi apabila rakyat jadi penilai mutakhir KPI Menteri dan PM maka tidak ada apa lagi yang boleh dinilai, kecuali kehilangan hak kita dibumi kita sendiri.
Salam pakbelang,
Don't forget, KPI ia also a new modern marketing tool.
YBhg Dato'
SpotThebloggers, dan beberapa bloggers lain sedang highlight isu terjualnya saham BERNAS kepada pelabur Cina Hong Kong. Sebagai anak petani @ pesawah, sudilah kiranya Dato' dapat bawakan isu ini didalam posting tuan yang akan datang. Tk.
Salam Dato'
Maaf Dato'. Sebagai orang yang kecil dan kerdil dari semua segi saya tak kisah sangat mengenai istilah KPI ke NRKA ke atau apa-apa lagi.
Apa yang penting bagi saya ialah melihat apa yang terjadi sekarang dan berharap ia akan berubah kepada yang lebih baik di masa hadapan.
Sekarang apa yang saya tahu ialah;
i. nak buat pinjaman perniagaan dengan MARA payah sebab MARA bagi tau dia tak ada duit.
2. nak dapat kerja susah(saya kontraktor kelas F)sebab tak banyak kerja yang ditawarkan oleh jabatan-jabatan kerajaan. Sampai satu tawaran kerja yang datang untuk lawatan tapak sampai 50 orang.
3. Harga barang dan perkhidmatan asyik naik aje. duti stem perjanjian jugak dah naik. dulu RM10 saje sekarang dah ratus2. nak kirapun tak reti.
4. Kecekapan polis dan SPRM menangani isu rasuah dam salah laku pihak lain/pembangkang. Hari ini report besok dah serbu pejabat.
5. kecekapan kehakiman bila melibatkan pihak kerajaan. Hari ini keputusan mahkamah tinggi esok atau lusa mahkamah lebih tinggi dah bersidang untuk menilai semula keputusan.
6. Dibantu oleh kecekapan media media arus perdana yang cekap mencari fakta untuk menyokong semua tindakan pihak kerajaan. Its ok tapi janganlah menghentam orang lain yang tak menyokong seolah-olah tiada esok bagi mu.
Bagi saya peluang perlu diberi pada kerajaan sekarang untuk membuktikan bahawa mereka ingin melakukan perubahan. Kalau mereka tak berubah.. kita tukar kerajaan lain.
Sekian terima kasih.
Salam Mr Mahid,
Apa yang saya tahu melalui akhbar, menteri2 yang pencapaian KPInya rendah dari sasaran tidak akan diberhentikan atau ditukar.
Alasan yang diberikan setakat ini ialah, KPI digunakan untuk berkongsi idea antara kementerian dari segi mengatasi kelemahan pengurusan kerajaan yang dikesan melalui proses penilaian KPI.
Datuk,
Terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai KPI dan NRKA. Biar kita tunggu dan lihat dulu.
Pada pandangan saya KPI ini mirip kepada Laporan Prestasi (LP) penjawat awam. Setiap tahun setiap penjawat awam dinilai prestasi mereka oleh pegawai penilai pertama, kedua dan ada yang sampai penilai ketiga. Tapi apakah penilaian ini benar-benar menggambarkan pencapain seseorang penjawat awam. Ada yang mendapat markah sampai 99.9 peratus malahan 100 peratus. Ini bermakna dia cukup perfect. Tidak pernah buat silap langsung. Ini juga bermakna dia mendapat markah penuh untuk sukan sedangkan markah penuh (5 peratus) hanya untuk ahli-ahli sukan yang pernah mewakili negara. Bagaimana seorang yang cuma main badminton diperingkat jabatan umpamanya boleh mendapat markah penuh.
LP ini sebenarnya tidak memberi apa-apa makna. Kalau boss sayang dan mahu "anak emasnya" naik pangkat, tulislah apa saja termasuk yang buruk-buruk mengenai "anak emasnya" pasti dia tetap akan naik pangkat.
Apakah KPI akan mengalami nasib yang sama.
Tertarik dengan komen seorang pembahas tentang saham PNB khas untuk bumiputera yang dijual kepada bukan bumiputera. Kenapa boleh jadi begitu. Sepatutnya kerajaan mencuba seberapa boleh mempertahankan saham ini dan adakan beberapa langkah mudah supaya bumiputera dapat membelinya. Kalau lMalaysia pun takkanlah londehkan benda-benda yang kita ada untuk diberi kepada orang lain. Ini satu tidakan yang tidak bijak.
Salam Dato'
1. Berdasarkan lapuran media, purata 60% projek kerajaan bermasalah -lambat mula, lambat siap, terbengkali, lambat/sukar dapat CF, kualiti rendah, kadar VO (tambahan)tinggi iaitu melebihi 20% daripada kos asal, kos penyeleangaraan tinggi, termasuk insiden berulang bangunan kerjaan dalam pembinaan yang dilapurkan retak, bocor, berkulat dan runtuh.
2. Berdasarkan lapuran media juga, purata 80% projek kerajaan diali-babakan, dimana berdasarkan kajian saya, gejala ali-baba projek kerajaan antara penyumbang utama projek kerajaan bermasalah di atas.
3.Berdasarkan kepada maklumat projek kerajaan yang tidak sedap didengar yang ada data2nya diatas, apakah agaknya alasan PM, DSN tidak meletakkan nama Menteri JKR sebagai sebahagian daripada KPI dan NKRAnya?
Apapun jawapannya, kajian saya mengatakan bahawa;
a) Pihak JKR,khasnya masih belum menemui 'ubat' (meminjam istilah analogi Yusof al-Quaradawi) yang mujarab bagi mengubati 'penyakit' (meminjam istilah analogi Yusof al-Qaradawi) yang dianggap punca yang menyebabkan projek kerajaan barmasalah dan dialibabkan.
b) Dari sudut menyelesai masalah cara Islam pula, pihak JKR setakat ini hanya mampu menemui kesan yang menyebabkan projek kerjaan bermasalah dan diali-babakan itu, yang mana jika diatasi ia bersifat sementara atau akan berulang. Di mana, yang dimaksudkan kesan tersebut ialah kontraktor Melayu kekurangan modal dan kepakaran, pekerja asing yang tidak mahir,gejala ali-baba, sikap / pengaruh kapitalis yang tidak baik, antara contoh2nya.
Salam DAKJ,
Cuma ingin mencelah, merujuk keadaan sekarang H1N1 semakin merebak di negara kita. Sekiranya Dato ada kenalan di JPM mungkin Dato boleh sampai cadangan saya kepada Menteri JPM supaya mengarahkan masjid seluruh negara mengadakan solat hajat bagi memohon perlindungan daripada Allah s.w.t daripada penyakit yang merbahaya ini.
-Carl-
Einstein said "insanity is doing the same thing over and over again but expecting different results"...
Having KRAs for it to be achieved by the same faces who in the first place put us into this sort of mess is likened to what is being said above by Einstetin.
I would have put more faith if new faces are put upfront coz new faces would bring about new ways and new ideas.
But to have a minister as one of the custodians of the KRA who is 'bertudung' by day and 'bukak tudung' by night when attending exclusive functions, to me is like appointing an 'incompetent political munafik'. As what the Malays said ' cakap tak serupa bikin'...
And what this minister know about achievement when she is being rewarded with position for being such a big loser in her own turf to a rookie? That shows even in her small domain, she failed.
Excellence, achievent is not the forte, seeking favour maybe is...and because of that I am skeptical that it will works.
Salam
Datuk..saya sebanrnya tak faham perlunya KPI dalam kabinet.
Perlantikan ahli kabinet pun atas dasar persetujuan politik. Tak perlu pun. Pada saya satu jea...kalau rakyat suka...PM tu soranlah yg bertanggungjawab.
Bila ada KPI...maka PM boleh lepas tangan dgn kata.."saya dah ganti orang baru yg mana orang lama KPI nya rendah"...maa PM lepas tangan.
Tak perlu PM bising2 pun. KPI menteri beliau sorang jea yg perlu tahu...tak gitu?
Mendan
semalam saya dapat panggilan dari income tax mintak saya bayar baki tertunggak dalam masa 3 hari. Berbelas tahun saya kerja tak pernah pun org income tax talipon. Saya tak tau sapa menterinya tapi ini mesti kena mengena dengan KPI
Dato',
Dan Kajang said he almost cried when over 1 bil. PNB shares unable to be taken up by Bumis were offered to the others.
Today, July 31, PM announced the 1Malaysia Unit Trust managed by PNB/ASNB with a fund size of 10 bil. units will be offered to all Malaysians.
One does not have to know rocket science to guess which community will be able to gobble the major part of the fund and its benefits, thereby making economic gap between communities even more stark.
Had this decision been referred to UMNO the party?
And I pray Dan Kajang won't have a massive heart attack on learning this piece of news.
As'kum Datuk,
1. Tomorrow it seem to be another bad day for Malaysian history.The GMI group will demonstrate to demand for the abolishment of ISA.And similarly on the same date,time and same vanue, the rival group will demonstrate to support the existence of ISA.Well it seem the Malaysian can show the world what a democratic country we are.
2. I guess this will be the first task for Datuk Hisham as a Minister of Internal Security to handle the crisis in line with his KPI and NKRA.I hope his famous comment of "Tidak akan berkompromi" with be translated in action.Honestly most Malaysian are fed up with the action by the Opposition.We don't care of what ever laws Datuk Hisham wishes to enforce on the potential demonstrators.What we do care is that he must make sure the country is in peace.No compromise mean no compromise."Jangan nanti apabila orang bising dia melentok habis".
3. The rakyat and the PM will now be able to asses his capibility on this current issue.If he fails,I hope PM will either tranfer him out or he himself should resign.I think it's a fair deal.After all he has make the promise to rakyat and PM to deliver his KPI.
Salam Dato'
Dengan izin
Salam Sdra saji
Bagus lah bila Sdra memberi contoh Nabi Muhammad SAW. Memang sepatutnya lah baginda menjadi idola kita semua kerana baginda adalah seorang pemimpin yang bijaksana, tegas, adil dan juga amat berhemah. Ini adalah w/pun baginda kekasih Allah, baginda amat takut kepada Nya. Baginda juga seorang ketua angkatan tentera yang amat bijak berstrategi demi memenangi peperangan melawan kekufuran, kemungkaran dan kekafiran. Strategi yang digunakan baginda katanya menjadi kajian dan rujukan Barat walaupun mereka tidak bising-bising tentang fokus kajian mereka.
Bagus lah kalau kita mengimpikan pemimpin-pemimpin Islam kita yang menjejakki rasul junjungan. Masalahnya, pemimpin-pemimpin besar kita mahu ke mencontohi Nabi Muhammad SAW? Kalau mendengar slogan-slogan dan ceramah-ceramah macam betul sesangat tetapi bila dinilai pertuturan dan/atau perlakuan masing-masing samada secara peribadi dan/atau di pentas politik peringkat negeri dan/atau nasional, kurrr semangat!
Dalam keadaan negara dilanda pelbagai musibah sekarang, adakah 1Malaysia satu prioriti? Selain dari isu-isu yang saya bangkitkan sebelum ini, baca sahajalah keluhan rakan-rakan kita di sini tentang PNB, Bernas, ekuiti Bumiputra, dll. Itu baru sahaja yang kita tahu.
Najib dan pasukannya boleh menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit yang banyak untuk menjayakan konsep yang bukan mudah untuk dicapai dalam masa yang singkat ini. At the end of the day, rakyat dan pemimpin pelbagai kaum, ugama dan budaya lah yang akan menjayakan atau menggagalkan 1Malaysia. Secara kasarnya, setakat ini, selain PM, saya tidak nampak pemimpin-pemimpin lain yang serius. Ini tidak lah mengejutkan kerana untuk mendapatkan political mileage dan perhatian, cara paling mudah ialah mempermainkan sentimen perkauman dan ugama. Sentimen ini telah dan akan digunakan demi kepentingan diri sendiri atau parti yang dipimpin. Sdra pernah menulis tentang tidak mengapa mempolitikkan isu kematian mendiang Teoh, ratings, memenangi undi pilihanraya, dll. Kalau begitu, Najib ought to have come up with something more achievable sebelum PRU 13 dan bukannya something as lofty as 1Malaysia.
Saya katakan lofty kerana saya melihat negara heterogeneous yang paling maju iaitu Amerika Syarikat sebagai contoh. W/pun telah mencapai kemerdekaan lebih daripada 200 tahun, ia masih belum dapat mengatasi isu whites versus blacks. Obama baru-baru ini terjebak sama dalam isu polis kulit putih versus profesor Harvard kulit hitam. Beliau terpaksa mengadakan drinking beer session dengan mereka di laman Rumah Putih bagi mententeramkan keadaan. Tidak cukup dengan itu, ada kumpulan-kumpulan kulit putih yang masih tidak mahukan presiden kulit hitam dengan mendakwa beliau sebenarnya adalah anak jati Kenya. Saya belum lagi bercakap tentang bilangan kulit hitam yang di penjara, tercicir pendidikan, kemiskinan, penganiyaan polis, dll.
Semasa kempen presiden, beliau menggunakan slogan One Nation demi mendapatkan political mileage tetapi selepas memenangi pilihanraya beliau tidak lagi bercakap tentangnya. Sebaliknya beliau berulang-ulang kali menyatakan mengatasi masalah ekonomi adalah prioriti utama beliau. Now that is something more achievable than One Nation and Mister Barak Obama sure knows it!
Sounds familiar?
Melati
P.S. Saya harap Sdra tidak meminta saya menyenaraikan apa-apa selepas ini. :-)
Salam Dato'
Dengan izin
Salam Sdra saji
Saya telah terlepas pandang: Nabi Muhammad SAW berjaya membentuk "One Nation" setelah keadaan politik negara, ekonomi dan kekuatan tentera baginda berada dalam keadaan yang stabil dan kukuh sekali. Malangnya kita sekarang ini berada dalam keadaan sebaliknya dengan ketiga-tiga pemimpin Islam kita masing-masing berebut mahu menjadi PM.
Melati
Post a Comment