Tuesday, July 14, 2009

Pas Menang Tipis Di Manek Urai

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PAS berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan dengan kelebihan hanya 65 undi berbanding 1,352 dalam pilihan raya umum tahun lalu.

Calonnya, Mohd Fauzi Abdullah, 50 memperoleh 5,348 undi mengalahkan calon Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat, 39 yang mendapat 5,283 undi.

Manek Urai mempunyai 12,293 pemilih, 99.2 peratus daripadanya Melayu. Bilangan pemilih yang keluar mengundi adalah tinggi, 87.3 peratus.

Pada PRU ke-12 lalu, calon Pas, Ismail Yaacob memperoleh 5,746 undi manakala calon BN Zulkepli Omar memperoleh 4,394 undi memberikan calon Pas majoriti 1,352 undi. Sejumlah 84.23 peratus keluar mengundi.

Keputusan ini mempunyai implikasi besar bagi kedua-dua parti itu, khasnya Umno yang berjaya memikat lebih ramai pengundi berpindah ke pihaknya.

97 comments:

mie@nis said...

Alhamdulillah.Sekarang kedua pihak boleh kembali muhasabah diri dengan tenang.
Kenalpasti menerusi lubuk hati yang terdalam apakah kesimpulan yang boleh membawa manafaat kepada bangsa dari keputusan Pilihanraya Kecil ini.
Buka minda,lapangkan hati,kenali diri.
Sekian,terima kasih.

Ir Mustapha said...

Bezanya BN dengan PR(ikatan tak rasmi) ialah BN mempunyai sistem yang lebih terurus, ahli parti yang berdisiplin, dan ini sebenarnya jalan terbaik untuk mentadbir negara.

Ya, memang terdapat salah-guna kuasa di dalam pentadbiran BN, tapi mereka mempunyai sistem yang berkesan, dan bergerak sebagai 1 parti semasa berurusan dengan pihak lawan. Lain pula dengan PR di mana setiap parti ada agenda tersendiri.

Kita sebenarnya letih melihat cara parti-parti di dalam PR berurusan antara satu sama lain. Ya, mungkin mereka dimotivasikan dengan 1 tujuan, iaitu 'kononnya' untuk merungkai segala permasalahan rakyat yang didakwa ditindas oleh kerajaan BN selama 50 tahun. TETAPI, dengan cara pergaduhan yang terbuka, ahli-ahli parti yang suka mengambil jalan mudah untuk melakukan demonstrasi jalanan, serta tiada hormat kepada undang-undang, apakah ini yang kita mahu untuk Malaysia?

Suka atau tidak, PR perlu belajar daripada BN kalau inginkan peluang nak mentadbir negara. Rakyat mungkin berada di sebelah mereka. Tetapi, dengan melihat peluang selama 5 tahun yang diberi ini, mungkin susah nak bagi peluang pada PR nak memerintah negara.

BelokKiriKanan said...

Tahniah kepada Pas yang menang walaupun sekadar menurunkan penjual ikan berbanding calon BN yang merupakan seorang pengurus yang berpelajaran tinggi.

BN tidak tewas, cuma tidak menang. peningkatan undi yang ketara diterima BN menunjukkan Umno masih diterima rakyat terutamanya orang2 Melayu di kawasan pedalaman. Umno juga menang di peti undi di mana TS Muhyiddin menjanjikan jambatan baru. Diharap Tan Sri dapat menyediakan jambatan baru demi kemudahan bangsa melayu.

pakbelalang said...

Tahniah kepada UMNO. Kalah dalam kemenangan. Cuba lagi.Saya kira satu pencapaian yang baik ke arah kebangkitan semula image UMNO.
Ada hikmahnya !!

abdrahim kassim said...

Patutnya BN dah boleh menang dah MU tapi nasib tak ada. Tunggulah PRU 13 nanti, boleh kot.

Wartawan Muda said...

Secara peribadi, saya langsung tidak terkejut dengan keputusan pilihan raya kecil Manek Urai. Ia sememangnya telah diduga namun sebenarnya, saya sendiri menduga Pas akan terus terhimpit, BN paling tidak akan mengurangkan majoriti Pilihan Raya Umum 2008 lalu. Apa yang pasti, propaganda, usaha gigih bahkan tidak dilupakan, agenda perpaduan yang diuar-uarkan Barisan Nasional khususnya UMNO menampakkan hasil. Bagi penduduk Parlimen Kuala Krai, mereka sebenarnya banyak terketinggalan dan peluang pilihan raya kecil di salah sebuah kawasan DUN di situ diguna sebaik mungkin oleh UMNO/BN. Pas pula sejak sebulan lalu memperlihatkan `teladan' yang tidak sepatutnya dipamerkan kepada khalayak.

Kita kena akui, Tok Guru MB sendiri menyumbang kepada kemerosotan undi Pas. Jika dia menghentam dan mengkomuniskan UMNO, mungkin ia tidak seberapa kerana perbuatannya itu merupakan tindakan politik iaitu memburuk-burukkan pihak lawan. Tetapi apa yang berlaku, Tok Guru MB secara terbuka menghentam Timbalan Presiden, yang dipilih para perwakilan Pas dari seluruh negara pada Muktamar Tahunan. Bagi rakyat, pengundi Pas..sedikit sebanyak tindakan semberono Tok Guru MB ini dilihat tidak kena. Begitu juga pengharaman Timbalan Presiden untuk menjejakkan kaki dan berkempen. Dia mana letaknya budaya menghormati pemimpin? Harus diingat, Tok Guru MB pemimpin, begitu juga Timbalan Presiden.

Pengikut Pas juga ramai yang jelek, belum ditambah pengundi atas pagar. Jika sentimen beremosi Tok Guru MB diteruskan sebegini, Datuk Mustapa Mohamed atau Datuk Awang Adek bakal menggantikan tempat anda pada pilihan raya umum akan datang. Percayalah....

izhamjaafar said...

salam DKJ
Saya rasa TPM wajarlah mengotakan semua janjinya untuk pengundi di Manik Urai atas dasar sokongan bertambah.
Jika TPM kotakan janjinya rakyat akan melihat bahawa kerajaan yg ada skg ini bertanggungjawab.
Tidak mengapa separuh pengundi Manik Urai masih menyokong PAS yang penting nasib pengundi BN harus juga di bela.
Mohon TPM lapangkan dada.

pakbelalang said...

Najib mesti gentleman kalau hendak dianggap PM yang bermaruah. Tunaikan segala janji di Manek Urai. Kalah tak apa. Tak menjadi kudis. Yang penting ialah keikhlasan dan kehormatan parti mesti di jaga.

Darul Iskandar said...

The Empire Strikes Back !Tahniah BN!Kita belajar dari kesilapan..

antubiul said...

BN sepatut nya menang, malangnya bila KJ terbabit turun di MU (Manik Urai bukan Manchester United)adalah malapetaka bagi UMNO. Stratergi terakhir BN dengan memampangkan poster Nikky Azzy dg LKY memakan diri. BN patut sedar bahawa mereka tidak perlu ikut rentak tari pembangkang dengan menari cara mereka!

warga tumpat said...

Alhamdulillah, semoga menerusi keputusan pilihanraya dun manik urai ini akan menguraikan yang kusut di dalam UMNO dan memberikan inspirasi agar tetap bersatu, bersetia, berkhidmat demi Negara Malaysia yang tercinta. Ini adalah titik permulaan, bersatulah ahli2x UMNO dan BN, agar negara ini akan terus diperintah oleh parti yang keramat selama atau lebih 50 tahun lagi.. Allah Maha Besar, jauhilah Negara ini dari pengkhianat bangsa yang bertopengkan agama.... AMIN!!!

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum,

Keputusan pemilihan ini menunjukkan PAS dan UMNO mempunyai sama banyak penyokong Melayu. Implikasinya adalah samada mereka sedar jika mereka tidak bersatu kekuatan mereka hanya 30% dari keseluruhan pengundi.

Jika mereka berkeras hati juga tidak mahu mencari titik persefahamanan PAS dan UMNO masih bolih menjadi sebahagian dari kerajaan yang akan dibentuk selepas pilihan raya umum ke 13 bergantung samada BN atau PR menang tetapi bilangan wakil rakyaat Melayu Islam dalam Kerajaan cuma antara 30% ke 40 % peratus bagi tiap-tiap parti sahaja.

Sebelum pemilihan Manik Urai dilakukan ramai yang berpendat PAS akan menang mudah.Sekarang berbagai alasan diberi mengapa PAS hanya menang tipis kali ini.Yang terfikir pada saya adalah pada tahun 2008 PAS tertekan dengan kekuatan BN dan sentiasa memohon pertolong Allah. Pada pemilihan Manik Urai ini PAS merasai dirinya kuat sehingga yakin dapat menguburkan UMNO. PAS Kelantan juga sungguh yakin dapat memenangi pilihan tanpa bantuan pihak luar.Ini mungkin diantara sebab mengapa PAS mungkin tidak mendapat pertolongan Allah sepenohnya.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain.

OKJ said...

Dear DAKJ

First of all, I would like to congratulate to Pas for winning in this election. Although won by 65 votes in one of the strongest PAS stockade, the conclusion is still winning in the contest. Hmmmmmm.

At least, starting from today, I hope that all PAS leaders will change their attitude and personality. People listen to what you talk and people look at what you do. Hopefully, there will be no more bogus accused, talk nonsense, liar, arrogant, snobbery, and hypocrite and there will be no more short cuts to go to heaven.

On the same time, I would like to congratulate BN for reducing the majority vastly to less than 100. It means that Malay people still love UMNO and now UMNO are able to treat and manage the wrong perception effectively among people, although not 100%. Keep up the good works.

If the trend maintains until the next general election, I think, BN is able to recapture all 5 states and 1 federal territory which we have lost before. With good planning, strategies and pray to Allah, Insyaallah, it will happen. Remember, Muslims are brothers. Thank you.

saji said...

Dato'

Dengan PAS meletakkan calon penjual ikan, PAS berpecah dua dan DAP bergaduh dengan PAS di Kedah, di satu pihak, dan di pihak lain, PPSMI dimansuh, rating DSN naik dan TGNA tak jawab cabaran TPM Mahyuddin, saya meramalkan UMNO akan menang tipis,tetapi Dato' ternyata meleset.

Mengenai implikasinya, PAS yang sudah berpecah akan terus berpecah, manakala UMNO akan mendapat kekuatan baru.

zabri mokhtar said...

SALAM DATO & SEMUA,

AMAT MALANG BERIBU KALI SAHAM,

KENAPA BANGSA MELAYU RAMAI YANG BODOH. BODOH KERANA TIDAK PANDAI MENGUNAKAN KUASA (MENGUNDI) YANG ADA DITANGAN.

DAH TERANG DAN NYATA PM NAJIB BANYAK MENGHAPUSKAN KEPENTINGAN BUMIPUTRA TAPI RAMAI MELAYU MASIH MENGUNDI UMNO.

SEPATUTNYA GUNAKAN KUASA UNDI INI DENGAN MENGUNDI PAS DAN TUNTUT DIKEMBALIKAN DAN DIJAGA KEPENTINGAN BUMIPUTRA.

LIHAT CINA BIJAK MENGUNAKAN KUASA UNDI , LIHAT HINDRAF (INDIA)BIJAK MENGUNAKAN TUNTUTAN DAH DAPAT 15 JUTA DUIT UNTUK USAHAWAN MUDA INDIA.

NAJIB TIPU DENGAN KONSEP 1 MALAYSIA. KALAU BETUL KONSEP 1 MALAYSIA. KALAU INDIA DAPAT 15 JUTA UNTUK USAHAWAN MUDA. BAGAIMANA USAHAWAN MUDA CINA, MELAYU, JAWA, MINAG, KADAZAN, BAJAU, ORANG ASLI, IBAN, SEAMANG, BUGIS, DLL.

SEHARUSNYA MEREKA JUGA DAPAT 15 JUTA UNTUK USAHAWAN MUDA MEREKA.

DENGAN PERTAMBAHAN/MEMBERI UNDI KEPADA UMNO INI. MENUNJUKAN/MEMBERI ISYARAT BAHAWA APA YG DIBUAT OLEH PM NAJIB. KO ORANG SOKONG DAN SETUJU DIDALAM PENGHAPUSAN HAK2 BUMIPUTRA. BODOH..BODOH…BETUL LAH

IKHLAS,

zizie said...

Mana mungkin TS Muhyidin (read: duit rakyat) kasi jambatan.

Bukankah UMNO hanya berjuang untuk UMNO-Putera ?

Itupun if you belong to the right camp.

kijangbakti said...

Dato'

Salam
Parti PAS jangan berbangga dengan kemenangan ini. ini kerana majoriti mereka berkurangan. Peristiwa antara Tok Guru dgn Nasarudin memberi kesan. Pengundi sentiasa memerhati gerak laku perkembangan politik PAS. Mereka boleh berubah jika keyakinan mereka sudah hilang pada PAS

UMNO jangan pula berbangga kerana dapat mengurangkan majoriti. Ini kerana selepas berusaha sehabis-habisnya seperti menabur janji pembangunan, UMNO masih kalah.

Bahkan ada yang mengatakan bahawa jentera UMNO/BN berada ditahap yang terbaik, pilihan calun yang tepat manakala parti PAS berada di dalam keadaan yang lemah, UMNO/BN masih gagal memenangi ADUN Manek Urai.

Satu lagi mainan politik di Kelantan adalah berbeza dengan kawasan lain. Bagi gula... kacau, bagi kain... pakai. sebahagian pengundi tak taksub pada parti. Mereka berani untuk mengubah keadaan dan suasana jika mereka fikir perlu.

Dalam soal diatas tak salah saya katakan bahawa kenapa majoriti PAS berkurangan ialah kerana BN menjanjikan jambatan dan pembangunan lain. Bagi mereka kali ini baik undi BN sebab nanti BN buat jambatan. Kalau BN menangpun dia tak mengugat keadaan politik Kelantan.

terimakasih

SAMSUDIN said...

Samal,Manik Urai.Walaupun BN terlah berusaha menawan hati rakyat kelantan...Tetapi terbukti mereka ini TIDAK mahukan pembangunan...
Ayuh BN kenapa membuang Masa,Kita perlu berkerja keras membangunkan Negara...yang taknakkan pembangunan dan merasa selesa dengan apa yang ada kita lupakan...Jambantan Yang Dijanjikan hanyalah SEKIRANYA BN Menang dan rakyat Manik Urai menerima mahu menerima PERUBAHAN..nampaknya mereka TIDAK
kenapa perlu membuang masa BN janji AKAN membina jika menang...Jadi PERLULAH..Salurkan aja Peruntukan kepada yang perlu dan yang MAHUKAN pembangunan...JANGAN PANDANG BELAKANG...

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,

TAHNIAH KEPADA PARTI PAS MENANG DENGAN MAJORITI 65 UNDI DI MANEK URAI.

SELAGI DATUK SERI HJ. NIK AZIZ MASIH MEMERINTAH DAN SELAGI KEBANYAKAN RAKYAT KELANTAN MASIH 'TAKSUB' KEPADA 'TOK GURU' NYA, SELAGI ITU PAS AKAN MEMERINTAH.

PERCAYALAH, PADA SUATU KETIKA NANTI APABILA RAKYAT KELANTAN DAPAT MENILAI DAN SEDAR AKAN 'PROPAGANDA' PERJUANGAN PAS YANG MENGELIRUKAN DAN MEMISKINKAN LAGI RAKYAT KELANTAN, MAKA BARULAH UMNO DAPAT MENGUASAI PENTADBIRAN NEGERI KELANTAN .. INSYAALLAH.

ALFATIHAH, AMIN.

RHareez said...

Salam Dato'
Kemenangan majoriti dengan hanya 65 kerusi itu besar ertinya kepada PAS dan PR. Ini baru PRK belum PRU lagi.
Fikir-fikirkanlah apa yang akan terjadi kepada UMNO di PRU13 nanti jika mood pengundi masih berterusan begini?
Mungkinkah UMNO juga akan menerima nasib yang sama seperti GOLKAR di Indonesia?
Sama-samalah kita tunggu.

Anonymous said...

PAS menang tipis kerana Najib tak turun.

mat royan

Tok Ma said...

Datuk,

Pas menang tipis mungkin kerana tidak ramai penggundi-penggundi bukan Melayu khususnya Cina di Manik Urai.Ini jelas membuktikan dalam Pilihanraya Umum ke 12 lalu Pas menang kerana undi bukan Melayu begitu juga dengan PRK Bukit Gantang.

Sebab itulah Pas khususnya Nik Aziz begitu berhutang budi dengan DAP. Hinggakan pengikut-pengikut Pas sanggup berguling-guling di atas jalan raya di Kuala Kangsar dulu kerana begitu kesal dengan kejatuhan kerajan DAP Perak.

Kemenangan yang begitu kecil mungin juga kerana Allah ingin mengingatkan pemimpin-pemimpin Pas supaya jangan takbur dan busuk hati. Lebih-lebih lagi jangan salahgunakan agama untuk kepentingan diri sendiri.

Hingga hari ini Pas yang mendakwa berjuang untuk islam sejagat tidak berani membuat kenyataan mengutuk pembunuhan umat islam Uighur di Xinjiang China. Mengikut laporan media antarabangsa (bukan media kroni UMNO)antara punca rusuhan dan tidak puas hati penduduk-penduduk islam ialah dasar-dasar deskriminasi terhadap penduduk-penduduk Uighur yang merupakan penduduk asal (bumiputera) di Xinjiang. Malahan aktiviti-aktiviti keagamaan khususnya agama islam turut disekat. Saya tidak hairan kerana saya sendiri pernah merasainya ketika tinggal disebuah negara komunis hampir-hampir 30 tahun lalu.

Selain daripada Pas yang hanya berani mengutuk BN, NGOs yang konon-kononnya memperjungkan hak asasi juga sunyi sepi. Mungkin yang menjadi mangsa orang-orang islam jadi perduli apa. Tapi kalau yang menjadi mangsa bukan islam, orang-orang islam Malaysia yang tidak ada kena mengena dengan sesuatu kes tertentu akan turut dikecam melalui blog-blog dan sebagainya.

weber said...

saya setuju dengan Ir Mustapha tentang sistem BN yang terurus.. tapi agak skeptikal sikit dengan 'ahli parti yang berdisiplin'. tidak sedikit laporan yang saya dengar tentang ahli UMNO-BN gaduh sesama sendiri, pulau calon, dsb.

Berbalik kepada parti PAS, secara moralnya mereka telah kalah. UMNO-BN juga menjanjikan kemewahan ketika PRU12 yang lepas, bukan setakat jambatan sahaja tetapi PAS menang dengan cemerlangnya. jadi isu jambatan bukanlah faktor utama kekalahan moral PAS di MU.

Orang Melayu mahu memberi sokongan kepada PAS tetapi PAS mestilah terlebih dahulu dilihat dominan di dalam PR. PAS kalau boleh bersepakat dengan UMNO dalam isu2 yang menguntungkan orang Melayu.

Biarlah sesiapapun menang atau kalah,asalkan rakyat tetap menang.

Ahmad Nawawi said...

Pas seakan sengaja memberi kemenangan kepada BN dengan meletakkan calon yang sebegitu, namun ternyata jentera BN dan kerajaan yang digunakan masih tidak berjaya memenangi PRK di MU. Pas perlu menilai diri sendiri seperti juga BN. BN tak boleh berbangga sangat dengan majoriti ini kerana pengundi MU mahukan kemenangan ini bagi mendapatkan projek pembangunan tanpa menggugat kerajaan negeri. Sebab itu berlakunya perpindahan pengundi, dan sebenarnya PAS dan BN perlu lebih berdemokrasi dalam kempen mereka.

Mustapha Ong said...

Dear Datuk AKJ,

I am sorry that I do not share the title of your lead story "Pas Menang Tipis Di Manek Urai", and the over reaction to the slim victory of PAS by just a small majority of 65 votes. It should have been entitled,"PAS menang tipis, tetapi BN menang atas prinsip dan moraliti."

PAS is also disappointed with the unexpected result, of just a majority win of 0.61% of the total turned out voters. PAS had expected to win by a majority of not less than 2000 votes.Thus BN had morally won the by-election, as the underdog but the signal by the increased support for UMNO/BN is a sweet political victory.

In a simple political analysis, I believe that the PAS popularity in the governance state of Kelantan is now at the shoulder blade edge,to command a comfortable rule in the state, whereby BN is still an opposition force in the State Assembly.

PAS is now in disarray and the poor result of the Manek Urai by-election will have negative and moral impact in their quest to recapture Perak,which is now under BN rule and gradually acceptable to the Perakians.

In this new political development, I believe there is no way that the incumbent BN will allow further claim from PR to regain control of Perak through the demand of the disputed democratic process.Thus the demand for "a vote of no confidence to end the PR rule is totally unacceptable and neither the need for a Statewide by-election."

It is also unlikely that the Appeal Court will revert the previous legal decision that the BN government is legal in accordance with the Federal Constitution and Perak Constituted Law.

abdullahngah said...

Kawan saya yang berkerja dengan berita harian berkata pada hari khamis 9 julai bahawa kedudukan BN dan PAS 50-50.

manakala kawan saya yang lain pula berkata jangan diharap UMNO hendak menang.

50-50 sudah pun berjawap bahawa PAS menang dengan majoriti 65 undi sahaja dengan kata lain tipis berbanding pilihanraya 2008.

Bagaimana pula dengan kemenangan UMNO dalam pilihanraya umum 2004 dahulu.

Umno menang dengan majoriti tipis iaitu 46 undi sahaja, kerana Pak Su mail tidak dipilih bertanding semula.

Itulah kedudukan DUN Manek Urai yang diperlakukan oleh BN dengan apa cara sekalipun untuk menang, tapi kalah juga.

Polis dikatakan betugas naik rumah turun rumah untuk merampas semula DUN Manek Urai.

Tentera juga dikatakan dikerah untuk bantu Umno merampas DUN itu. Malangnya ia tidak terlepas juga.

Projek mee segera yang dikatakan oleh perdana menteri tiada lagi begitu tetserlah.

Tekun nasional didatangkan khas untuk memberi pinjaman lulus ala mee segera juga sangat berkesan kerana berjaya menarik pengundi 1000 orang mengundi UMNO.

Inilah yang membuat PAS menang dengan majoriti tipis.

PAS juga harus ingat bahawa pengundi di kelantan sudah makan umpan macam pengundi negeri lain juga.

Mesti ada silap yang harus dilihat secara terperinci sebab musababnya.

Mungkin PAS dilihat sudah lari dari perjuangan asalnya, termasuk boleh bekerjasama sama dengan mujrimun dan akan dijadikan ahlinya pula nanti.

Atau kes kerajaan perpaduan yang hebuh dek tidak berhati hatinya presiden mencetuskan gagasan itu.

Atau PAS sekarang sudah jadi banyak puak yang menyebabkan menang dengan majuriti tipis.

Atau PAS sekarang tidak lagi memperjuangkan agama yang menjadi dasar parti sepertimana UMNO yang sudah lama tinggal dasar membela melayu?

PKR boleh menang bergaya di Penanti.Mengapa PAS di Manek Urai boleh jadi begitu teruk sekali dalam situasi politik kini.

berfikirlah wahai para pemimpin yang diberi amanah.Kita takut ia akan jadi punah ranah macam parti islam di Indonesia yang kalah teruk dalam pilihanraya terkini.

Man Ysf said...

Ini adalah kemenangan p'raya kecil PAS yang pertama di Kelantan semenjak 1997..lainnya semua UMNO menang with the last win di Pengkalan Pasir di Pasir Mas..
This time around p'raya kecil pun UMNO kalah...go figure...

ahmadsofian said...

DKJ,
Terlebih dahulu tahniah kepada parti PAS diatas kemenangan di Manek Urai. Pada pandangan saya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan PAS hanya menang tipis di Manek Urai.

Taktik dan strategi yang lebih lembut tetapi secara halus menikam belakang PAS yang digunakan oleh BN kali ini jelas sekali berkesan.

Diantara isu-isu tersebut adalah:-
1. Isu kerajaan perpaduan yang dipergunakan oleh BN secara halus untuk mencalarkan PAS.
2. BN membeli undi dengan pemberian wang tunai RM300
3. TPM secara terang-terang mengugut para pengundi dengan jambatan baru.
4. Hari mengundi yang sengaja dipileh pada hari kerja untuk mengurangkan pengundi luar balek untuk mengundi.

Walau bagaimanapun, alhamdulillah mereka tetap menang.

Anonymous said...

Usaha Najib untuk menawan kembali hati bekas penyokong UMNO sudah berkesan nampaknya. Tapi kalau nak tawan hati pengundi atas pagar di seluruh negara, senang, keluarkan puak-puak perasuah dari BN. Orang dah meluat dengan puak-puak ini. Jangankan orang bandar, orang kampung pun dah meluat.

Grik Airways

Yangretibase said...

Assalamualaikum semua,
Biarlah saya seorang sahaja yang bodoh berpendapat bahawa kemenangan PAS di Manek Urai itu merupakan satu kemenangan yang sangat besar serta istimewa! Dari segi perhitungan logik akal, sewajarnya calon PAS Abe Uji tauke ikan itu hilang deposit. Betapa tidak! Bayangkan kekuatan sebuah kerajaan 1Malaysia yang lengkap dengan segala janji dan perangkap berlawan dengan hanya sebuah parti yang lemah (tetapi parti ISLAM!), namun PAS masih menang.

Sesungghuhnya, PAS akan sentiasa menang, insya-Allah, selagi pengundi Islam beriman penuh dengan sekurang-kurangnya lima Ayat al-Quran yang berikut:

i. Al-Maidah: 44, 45, 47 dan 49
ii. Ibrahim: 3

Tolong maafkan saya. Wassalam.

pakbelalang said...

UMNO kalau hendak terus berjaya dan kekalkan pemerentahan ianya mesti ada KPI tiap-tiap 6 bulan dan adakan brain storming sessions untuk meninjau status kekuatan UMNO. Pantau dengan secara saintifik dan berterusan untuk mencari kelemahan yang ada dan perbetulkannya supaya kelemahan yang terdapat tidak akan menjadi isu yang melemahkan UMNO. Yang penting UMNO mesti juga perhatikan dengan teliti perkembangan dan aktiviti yang berlaku dalam parti lawan dan adakan strategi tindak balas yang berkesan untuk menanmgkis segala isu yang dibangkitkan oleh pihak lawan.

So what next now for UMNO?
1. Perbetulkan perlembagaan UMNO secepat mungkin supaya ianya betul-betul memaparkan parti yang MESRA RAKYAT.

2. Pemimpin-pemimpin UMNO jangan MELATAH dan masih berperangai arrogant seperti apa yang dilakukan oleh Nazri terhadap Tun M membuat kenyataan yang sombong mengatakan Tun M sebagai "crook". Nazri mesti ingat pengaruh Tun M masih kuat didalam UMNO dan dikalangan rakyat. Jangan di nafikan pengaruh Tun M. It can be backfired and cause damage to UMNO. Pemimpin UMNO mesti selalu cermin diri dan sedar diri.

3. Najib jangan membuat dasar-dasar baru atau slogan-slogan baru yang terlalu controversial hinggakan pemikiran orang Melayu jadi celaru dan menggugatkan hak mereka.

4. Segala perubahan dasar yang penting hendaklah dikaji dengan teliti dan diterangkan dengan sejelas-jelasnya kepada orang Melayu khasnya supaya tidak timbul salah faham.

5. Tumpuan mesti diberi kepada generasi muda peringkat 30han dan 40han. Mereka inilah yang paling sensitif dan aggresif dalam mengkritik kerajaan dan UMNO. UMNO mesti memahami their "hopes and aspirations in life". They want to better themselves for their young families. They want to have policies that can have immediate impact on their quality of life.

6. Keperluan ratusan ribu mahasiswa disemua universiti tempatan mestilah diambil perhatian. Mereka inilah yang paling penting dalam mempengaruhi parti mana keluarga mereka akan memihak. Biasanya kalau mereka berasal dari kalangan keluarga kampong mereka dianggap sebagai "the elite of the family". Seluruh keluarga mereka akan memberi "penghormatan" kepada mereka dan akan terpengaruh dari aliran sikap pemikiran mereka.

Banyak lagi benda yang pemimpin UMNO boleh buat untuk mengembalikan image parti. Saya perhatikan UMNO ada harapan untuk dipulihkan. Just stay FOCUS and everything will be nicely in place come PRU13 !!

I am very confident there is light at the end of the tunnel for UMNO !! Insya'allah !!

Anonymous said...

Salam DAKJ,

PRK baru ni sebenarnya kemenangan mutlak adalah pengundi, kerana mereka sudah bijak memilih. Kenyataan yang harus diterima adalah golongan atas pagar inilah penentu kejayaan sesebuah parti yang bertanding. Keputusan PRK semalam tidak mampu untuk PR atau BN mendabik dada. Cukuplah mereka bertikam lidah. Jalankan tanggungjawab sebagai ADUN atau MP sebaik mungkin kerana pengundi menilai anda.

Carl

ajijasin said...

salam alaikum Dato'...

undi = 10631
pas = 5348 = 50.30%
BN = 5283 = 49.69%
undi rosak = 117 = 1.10%

beza undi pas dan BN
cuma 65 = 0.61%

tak sampai pun 1% pun!!!!!

kalao ikut laporan dalam banyak surat khabar hari ini itulah jumlahnya!!!!!

jumlah yang mengundi = 10631***

pas = 5248
BN = 5283
undi rosak = 117
jumlah sepatutnya = 10748***

mengapa jumlah keluar undi
dengan jumlah sepatutnya berbeza!!!!!!

macam mana dia orang kira?????
tak faham aku?????

Dato' tolong fahamkan saya!!!!!

5348 + 5283 + 117 = 10748!!!

yang mengundi = 10631!!!

betul ke apa yang dilaporkan???

Ekeng A/L Etong said...

PAS nak buat 'post mortem'.

Biasanya orang kalah yang akan buat 'post mortem'. Pasukan sepak takraw negara kalah teruk di Bangkok buat post mortem. Kalau Pak Cu Mael kalah lawan burung ketitir pun dia buat post mortem pasai selalu dok jadi juara.

Post mortem dibuat pasai nak cari punca kalah. Dalam PRK Manek Urai, UMNO yang kalah. Maka UMNO yang kena buat 'post mortem'.

Tapi PAS yang menang pun nak buat 'post mortem'. Ertinya PAS sebenarnya mengaku mereka kalah di PRK Manek Urai.

Macam mana pun PAS boleh senyum pasai menang tapi hati di dalam menangis pilu sebab undi merosot. UMNO juga boleh senyum pasai dapat kurangkan majoriti undi tapi hati di dalam menangis juga kerana patutnya BN boleh menang.

PAS dan UMNO boleh menyanyu lagu "senyum dalam tangisan"!

Tom Yam said...

Kemenangan PAS dengan majoriti tipis dan undi rosak lebih banyak berbanding dengan majoriti, membuktikan ada perkara yang membuatkan aliran mengundi berubah, PAS untuk menjaga maruah diri akan menyalahkan UMNO, dan sedikit pun tidak akan menyalahkan diri, banyak perkara harus direnungi PAS dan UMNO,

Orang Melayu secara jauhari tetap menolak kerjasama PAS dan DAP, tindakan Nik Aziz yang menghukum UMNO komunis dan ayah pin sebenarnya memakan diri, kini imej Nik Aziz sedikit sebanyak rosak dikalangan orang Melayu atas pagar.
Cuba bayangkan Parti islam tidak mendapat sokongan orang Islam kemana hendak dibawa parti tersebut, sedangkan halatuju parti seakan terikut dengan dasar parti lain. Di saat ini PAS harus memikirkan adakah mungkin wujud undi protes dikalngan penyokong PAS tehadap kerjasan PAS + DAP dan kecelaruan pakatan rakyat. Anak muda dan orang Melayu sebenarnya tidak melihat tindakan Nizar di Perak sebagai menguntungkan orang melayu, tenyata strategi PAS membawa nizar ke sana dan kesini membuktikan PAS tidak ingin membela nasib orang Melayu.

Kepada UMNO walaupun undi begitu banyak meningkat, namun ia bukan beerti orang melayu sudah kembali menyokong UMNO/BN, undi tersebut mungkin protes dikalngan orang PAS dan orang muda terhadap Polisi PAS sekarang. Saya difahamkan UMNO sebenarnya masih tidak All_out bekerja di manek urai, hingga saat ini UMNO masih tidur dan leka dibuai dengan kerja lobi-melobi dan kerja mencari kekayaan, difahamkan juga Mustafa muhamad keseorangan dalam melaksanakan kerja di Manek urai,

apa punj tahniah kepada PAS, dan UMNO selamat berjuang, yang paling risau aliran undian ini ialah Anwar Ibrahim, kerana selepas ini dia mungkin tidak semudah ingin melaksanakan plilihanraya kecil lagi, dia akan berfikir 10 kali sebelum meminta ahli parlimennya letak jawatan untuk diadakan pilihanraya.

Anonymous said...

Datuk,

PAS melakukan kesilapan yang sama sepertimana dilakukan oleh Pak Lah, KJ dan kawan-kawan sebelum PRU12 dulu iaitu bersikap SOMBONG, ANGKUH dan BONGKAK. Pukul 3 petang, orang tak habis undi lagi PAS dah keluarkan kenyataan mereka dah menang majoriti 2,000 undi. RIAK SUNGGUH. Dulu semasa "Press conference" PRK Manek Urai yang pertama oleh PAS, Mustafa Ali awal-awal cakap, UMNO tak payah masuk bertanding la... sebab disini PAS menang majoriti besar. UMNO tak ada peluang. Buat buang duit dan masa saja.

Kita masih ingat, dulu Pak Lah berkata "SAYA PANTANG DICABAR" dan dikuti dengan sorakan restu tidak sedar diri perwakilan2 UMNO di PWTC. Kemudian KJ dengan sombongnya nak rampas Kelantan dari PAS. Berderet-deret bas bawa balik pengundi dari KL ke Kelantan. Ada juga pembesar UMNO yang BONGKAK buat kenyataan nak kalahkan pembangkang hingga semua hilang deposit.

Orang politik ni tak faham la, Datuk. Kita rakyat tak suka kata-kata RIAK dan TAKBUR begitu. Tak kiralah dari PAS ke UMNO ke, rata-rata umum berasa JELAK dengan cakap-cakap SOMBONG, ANGKUH dan BONGKAK sebegitu.

Sejarah telah membuktikan, apabila RAKYAT MENYAHUT CABARAN Pak Lah itu, UMNO dan BN patah riuk kena siku dan makan penendang serta penerajang! PAS pun kalau berterusan dengan sikap SOMBONG dan ANGKUH mereka, akan pasti terima nasib yang sama macam Pak Lah dan kawan-kawan.


Datuk,

Peningkatan pengundi Melayu yang kembali mengundi BN memang telah lama berlaku lebih-lebih lagi selepas pengunduran Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Di PRK Bukit Gantang dahulu, kalau tidak kerana "swing" 3,000 undi kaum Cina kepada PAS di Kuala Sepetang, Nizar Jamaludin akan kalah. PAS sedar akan kehilangan lebih 2,000 undi di kawasan orang Melayu tetapi memandangkan mereka memperolehi swing undi yang lebih banyak dari pengundi bukan Melayu, PAS telah mengambil sikap tidak ambil peduli.

Saya bersetuju dengan pendapat weber 7.16am. Ramai orang Melayu yang mengundi PAS di PRU12 dahulu, mengharapkan PAS menjadi parti yang dominan dalam Pakatan Rakyat dan alternatif kepada UMNO. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sejak kejayaan di PRU12, tindakan PAS banyak dilihat sebagai terlalu ingin mengambil hati pengundi bukan Melayu hingga sanggup membelakangkan kepentingan orang Melayu. Mereka tak sangka yang PAS hanya akan jadi pak turut dalam Pakatan Rakyat.

Keputusan PRK Manek Urai ini diharap dapat memberi amaran kepada PAS bahawa hati dan kepentingan orang Melayu perlu juga dijaga. Jangan terlalu leka dibuai kejayaan hingga timbul sikap RIAK dan menyombong diri. Janganlah ikut perangai KJ tu.

Tolonglah ... tolonglah ...


-sinbad-

Non-partisan said...

UMNO janganlah berada dalam keadaan yg terlalu bereuporia dengan kekalahan tipis kepada PAS. UMNO pernah menang di sini. Dengan segala bala tentera serta logistiknya yang dikerah dan dibanjirkan UMNO seharusnya boleh menang dalam p/raya kecil tersebut.

Berbanding p/raya umum ke-12, PAS kekurangan 398 undi manakala UMNO memperolehi pertambahan 834 undi. Pada saya PAS masih mepunyai penyokong tegar yang relatif besar dan akan terus menyokong parti tersebut dalam apa jua keadaan dalam p/raya2 akan datang. Berbeza dengan UMNO bilangan yang menyokongnya kali ini belum tentu akan menyokongnya di masa hadapan. Trend sokongan terhadap UMNO mencernminkan pasang surut yang amat ketara. Faktor utama yang menyumbang ke arahnya ialah strategi UMNO yang berteraskan materialisma dan juga korupsi yang dikatakan berleluasa di dalam UMNO.'Material needs' tidak ada titik noktahnya dan persoalannya sejauh manakah UMNO mampu memenuhinya. Kita harus sedar landskap politik dan ekonomi Kelantan berbeza dengan negeri2 lain.

Pengundi yg menyokong UMNO kali ini sedang memerhatikanya.

abdullahngah said...

Ramai yang hairan dengan keputusan itu PAS menang dengan majuriti tipis.

Mengapa tidak? Umno dengan segala bala jentera turun untuk menang, Tapi kalah juga.

Kita tidak tahu beratus juta ringgit dihabiskan untuk menang di DUN Manek Urai.

Adalah salah apabila perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata bahawa keputusan itu seolah olah kepercayaan rakyat pada BN sudah dapat dpulihkan.

Mereka undi umno di DUn Manek Urai bukan atas nama rakyat sudah percaya dengan BN yang berperdanamenterikan Najib.

Rakyat beri undi kerana dapat wang atau disogok dengan wang yang begitu banyak.

Sebab itu tidak munasabah PAS boleh menang, kerana betapa banyak wang dibelanjakan untuk tawan hati rakyat Manek Urai.

Tapi itulah kehendak Allah, BN kalah dengan majuriti tipis yang akan menjadi ujian kepada pas dan UMNO.

Selama ini pun UMNO menang dengan wang, kalau tidak dengan wang sudah lama umno kalah dan tidak menjadi pemerintah.

Ramai Orang UMNO yang beritahu saya UMNO tetap menang dan memerintah selagi wang masih ada.

Bermakna umno menang dengan taktik sogokan wang kepada pengundi disamping menggunakan bala jentera semua pihak.

Anonymous said...

Salam Dato',

Faktanya, PAS menewaskan UMNO di MU. Bahawa undi PAS merosot manakala undi UMNO meningkat adalah fakta yang amat sedap untuk di bahaskan untuk sehingga beberapa minggu lagi dari sekarang. Tidak akan ada apa-apa kesimpulan jitu yang boleh dibuat berdasar fakta itu. Yang optimis membayangkan satu permulaan baik bagi UMNO manakala yang pesimis membayangkan permulaan kebinasaan PAS. Mudahnya, zaman mengambil mudah pengundi sudah berakhir.

Dato',

Orang Islam hari ini semakin jauh daripada agamanya bukan kerana diperangi secara fizikal oleh musuhnya (Yahudi dan Nasrani) tapi melalui strategi melekakan kita (Islam) dengan kelazatan dunia.

Awal 1990an dulu saya berkesempatan pergi ke Kota Bharu atas urusan temuduga calon program perguruan. Menjelang maghrib berdekatan stesyen bas ramai peniaga membuka gerai makanan di atas padang letak kereta. Keadaan hiruk pikuk sama seperti di Chow Kitt KL dengan segala macam bunyi lagu, dangdut dsb. Begitu azan dilaungkan di musolla bersebelahan keadaan agak senyap sedikit tapi tak semua peniaga meninggalkan gerai untuk solat. Maknanya, orang Kelantan ni macam Melayu negeri lain juga (negeri kubu UMNO). Minat pada kelekaan (lagho) dan boleh dilekakan. Alahai! Mereka tidak taksub dengan Nik Aziz. Jika Nik Aziz terlalu kerap melatah mereka pun boleh nampak hal itu.

UMNO guna taktik yang salah di Kelantan. Taktik tabur janji atau istilah yang baru timbul sekarang, ugut janji. Kenapa tidak bina jambatan di MU walaupun tewas dan bawa pembangunan bajet Persekutuan ke Kelantan. Rakyat Kelantan akan buka mata dan lebih senang UMNO Kelantan hendak berhujah semasa kempen PRU13 nanti. Setahu saya orang Kelantan adalah antara Melayu yang cukup bijak dalam menghitung dan mentaksir @ "costing". Jangan gelembong mereka dengan angka-angka yang bersifat maya; mereka hendak tengok yang konkrit. Saya percaya pinjaman TEKUN ada impaknya pada PRK MU yang ini.

Cukup-cukup lah mengatakan Kelantan negeri miskin, menghina Melayu Kelantan yang mereka tidak mahukan pembangunan. Hakikatnya, Melayu Kelantan tidak kurang meriah hidupnya, jika tidak lebih pun berbanding Melayu negeri lain. Tak payahlah tunjukkan video footing rumah rakyat termiskin di Kelantan kerana rumah semacam itu boleh dijumpai di serata Malaysia. Apabila dihalusi, paparan semacam itu adalah manifestasi kegagalam kerajaan pusat yang memerintah bukan kerajaan negeri. Samalah misalannya (umpamanya) dengan polis memberitahu media bahawa drebar bas ekspres yang terlibat dalam satu kemalangan maut mempunyai 50 saman trafik. Tidak apa yang hendak dibanggakan kerana apa ke jadahnya orang yang dah ada 50 saman masih bebas bawa bas ekspres?

Secara peribadi saya nampak Kelantan masih terlalu jauh dari jangkauan UMNO kerana peti undi MU menunjukkan PAS masih lagi pemenang di sana walaupun menang tipis. UMNO telah mainkan semua kadnya tapi tewas juga.

Pak HJ JB

goblok88 said...

SEMANGAT JUANG TINGGI, MANEK-MANEK HAMPIR TERURAI

KEPUTUSAN PRK Manek Urai boleh memberikan kita beberapa kesimpulan awal. Meskipun PAS berjaya mempertahankan kerusi yang dimenanginya dalam PRU Ke-12 lalu, jelas pengaruhnya semakin merosot. Manek Urai tidak boleh lagi dianggap sebagai kubu kuat PAS, kerana kedudukan sokongan antara kedua parti hampir sama .
www.goblok88.blogspot.com

haji said...

salam datuk KJ (bukan khairi jamaludin).

Kekalahan BN disemua PRK di semenanjung sejak DSN menjadi PM agak memalukan BN. Tak kira undi 65 atau undi 1000. Jelas menunjukkan rakyat tetap menolak UMNO/BN.

Saya melihat kegagalan TPM menjadi Pengarah Pilihanraya2 kecil BN sejak dari Bukit Gantang, Bukit Selambau dan kini manik Urai, dan orang UMNO kena melihat kredebiliti TSMY adakah masih relevan menjadi orang NO.2. Najib telah meletak harapan kepada beliau ttp hasilnya tetap gagal dan mendukacitakan.

mad said...

kekalahan tipis bn hanya disebabkan satu perkara iaitu ketiadaan sdr ezam dengan kotak2nya pada prk kali ini. kalau dia hadir tentu majoriti kemenangan pas lebih banyak. nasib baik kj turun berkempen membantu pas

Mr. Mahid said...

Manek Urai: Who's gonna Cry?

1. The Manek Urai (Kelantan's DUN 41) by-election was concluded yesterday with the candidate from PAS winning with a very slim majority of only 65 votes, down from 1,352 in the previous 12th general election in 2008.

2. Mohd. Fauzi Abdullah from PAS received 5,348 votes while UMNO's Tuan Aziz Tuan Mat, 5,283 votes.

3. It is a slap in the face for PAS which predicted earlier that they could easily garner a comfortable 2000-majority vote.

4. That slap translates into a sweet defeat for UMNO. It is even sweeter since the voters from Manek Urai represent the voice from the heart of Malay hinterland and it is within Kelantan, the strong fortress and turf of PAS.

5. It is the kind of support UMNO/BN has been longing for and expecting for so long.

(Let's just pray that Pak Lah's bad luck has ended!)

6. The result - the slim majority - was not at all surprising though.

7. There had been many issues within PAS which could have influenced the sudden mood swing of voters towards UMNO, among which are a) Nik Aziz's rejection of the Unity Government - a move to unite the Malays, and b) the crack within PAS itself when there was a clash of opinions (thus supporters) between Nik Aziz dan Nasharudin over the Unity Government.

8. The rhetorical "Develop with Islam" did not prove potent either. The people in Manek Urai of course want to develop with Islam, but let it be done in a more concrete way - the UMNO way! The development agenda from UMNO seemed to be working very well for the locals.

9. It seems that PAS needs to do some very deep soul searching, since the problem really lies within.

10. What is obvious from the result was it was a moral boost for UMNO/BN after defeats in a series of by-elections such as Kuala Terengganu, Bukit Gantang and Bukit Selambau.

11. It is the gift for Najib in conjunction of his 100 days in office.

12. So, who is going to cry in Manek Urai? I guess the answer is obvious.

Anonymous said...

Dato'

Org PAS yg tak tahu lagi, sila rujuk petikan ini dari buku LIM Kit Siang berjodol “BA & Negara Islam”. Petikan wah adalah dari blog http://azlishukri.blogspot.com/

PAS mula berbohong kepada rakyat sejak tahun 2001 lagi berkenaan penubuhan Negara Islam. Setiap kempen mereka, sedikit sebanyak akan diselitkan dengan kenyataan bahawa PAS ingin menubuhkan negara Islam di Malaysia dengan erti kata sebagai mana yang mereka faham. Namun demikian, sikap lidah bercabang mereka telah dikenal pasti melalui tulisan Lim Kit Siang sendiri , melalui buku tulisanya bertajuk, BA & Negara Islam yang diterbitkan oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada tahun 2001. Lim Kit Siang menulis di muka surat 101 yang berbunyi,

"JAMINAN YANG DIBERIKAN OLEH MURSYIDUL AM PAS, NIK AZIZ NIK MAT BAHAWA PAS MENGIMPIKAN SEBUAH MASYARAKAT ISLAM DAN BUKAN SEBUAH NEGARA ISLAM. NIK AZIZ MEMBERIKAN JAMINAN INI DALAM DIALOG BELIAU DENGAN SEKUMPULAN KRISTIAN - MAJLIS GEREJA-GEREJA MALAYSIA PADA BULAN MEI LALU (2001) DI MANA BELIAU MENEGASKAN BAHAWA PARTINYA MENGIMPIKAN SEBUAH MASYARAKAT ISLAM DAN BUKANNYA SEBUAH NEGARA ISLAM. PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS JUGA TELAH MENGATAKAN BAHAWA RUJUKAN "NEGARA ISLAM" TIDAK WUJUD DALAM PERLEMBAGAAN PAS."

Mata kecik sebelah..

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

TAKBIR!!!!
menang tetap menang
masih ada yg yg berkata "...tak kalah tapi tewas" lawak la komen2 sebegini

apa-apa pun, pengundi2 kawasan manik urai baru dan lama yg BN menang itu tolong tuntut JAMBANtan kamu, janji tetap janji
kepada tpm wajib tunai janji

satu malaysia perhatikan janji politik (rasuah pilihanraya) kalau tak tunaikan dah 2 dosa....rasuah dan menipu

nasihat saya, jangan dok menipu rakyat sahaja, buktikan di manik urai anda ubn sudah berubah!!!

HAMBA ALLAH

Bola said...

Kalau PAS/DAP/PKR boleh bawa jeneral-jeneral mereka berkempen..

Umno lagi hebat bawak kertas-kertas gambar agong...

Cuba teka mana lagi pintar?

guru said...

wan kb,
Tahniah kepada penyokong PAS kerana berjaya memenangi DUN Manek Urai yang pada hakikatnya mereka tidak menduga yang mereka akan menang! kenapa saya mengatakan demikian kerana PAS sebenarnya tidak mahu kemenangan pada pilihanraya ini, kerana mereka ingin melihat pembangunan yang dijanjikan oleh BN dikotakan, dan apabila pembangunan telah dijalankan dan berjaya dilaksanakan maka pada pilihanraya akan datang baharulah mereka akan ambil kembali, itulah cara orang Kelantan main politik, itulah yang telah terjadi 20 tahun dahulu, mereka membiarkan BN membangunkan Kelantan, dan setelah Kelantan telah stabil dari segi ekonominya, akhirnya mereka telah menggerakkan jenteranya habis-habisan dan akhirnya mereka mendapat Kelantan. Dan satu lagi kenapa BN akan kalah pada PRU akan datang?? BN kalah kerana jentera BN tidak bekerja habis-habisan bermula dari sekarang, mereka cuma hanya menunggu pada PRU sahaja untuk bekerja, tetapi jentera PAS telah menggerakkan jentera mereka bermula dari sekarang lagi, mereka telah bergerak di kampung-kampung dan di universiti-universiti, mereka telah berada dalam premis kerajaan dan swasta, inilah pergerakan mereka, tapi jentera BN langsung tidak bekerja, mereka hanya bekerja untuk mendapatkan projek sahaja, jadi kalau BN tak nak kalah sepatutnya kita kena bergerak sekarang, tak perlu menunggu siapa sepatutnya yang akan menjadi calon, PAS tak kira siapa calon mereka, mereka akan sokong parti mereka, tapi BN menunggu pada saat akhir untuk bekerja kerana menunggu dan melihat siapa yang akan dicalonkan

zabri mokhtar said...

SALAM DATO & SEMUA,

DEMDAM KESUMAT NAJIB KEPADA BUMIPUTRA MEMBARA LAGI.

HARI INI TV3 MELAPURKAN BAHAWA PNB MELEPASKAN DANA ASM MILIK BUMIPUTRA SEBANYAK 1.6 BILLION RINGGIT (RM 1,6000,000,000.00 ) KEPADA BUKAN BUMIPUTRA.

MANA PEJUANG2 PEKIDA? BRAHIM KATAK? TOK MISAI(UITM) DLL.

HABIS SEMUA PEMILIKAN BUMIPUTRA DIGADAIKAN DEMI KONSEP 1 MALAYSIA KONONNYA. TAPI BILA USAHAWAN MUDA INDIA DAPAT 15 JUTA USAHAWAN MUDA IBAN, KADAZAN, BAJAU, BUGIS DLL TAK DIBAGI PULAK?

IKHLAS,

p/s dato, boleh tlg edit posting sy sebelum ini. iaitu amat malang beribu kali malang (bukan saham).. tq dato

Anonymous said...

Dato

Perlu diingat bahawa PRK manek urai adalah sebuah pilihanraya kecil dimana UBN boleh menumpukan mencurah segala resourcesnya pada satu tempat termasuk menggunkan jentera-jentera kerajaan semaksimanya.

Tolak semua PRK selepas tsunami 0308, statistik menunjukkan bahawa UBN memenangi semua PRK yang telah diadakan.

Jadi, kekalahan UBN di manek urai dengan 65 undi belum menjamin apa yang cuba digembar gemburkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO(Baru). Sepatutnya dengan penumpuan resources di manek urai baru-baru ini, sepatutnya UBN boleh menang dengan mudah kerana the might of the resources used tak dapat dilawan oleh pembangkang/PAS.

Taking into account bahawa manek urai terletak dikelantan, keputusan tersebut lebih merupakan fenomena PRK dan tidak mengambarkan keadaan semasa pilihanraya umum.

Dalam pilihanraya umum, UBN tidak dapat mencurahkan kesemua resources yang ada pada kesemua kerusi yang ditandingi sebagaimana dalam RPK.

Ambil contoh PRK Ijok dahulu. UBN telah mencurahkan begitu banyak resourcesnya, hatta kerajaan BN selangor sendiri telah mencurah RM 26 juta semasa RPK tersebut.BN menang dalam PRK ijok.

Datang PRU12,BN tewas di Ijok.


bat8

Anonymous said...

Sdra mustapha ong

heran juga saya, anda sebagai seorang lulusan oxford yang begitu pintar boleh cuba menjual minyak urat.

Dalam sejarah PRK, UBN tidak pernah tewas melainkan dalam PRK Pulai Condong,Kelantan dalam tahun 1977.Ini trend yang PRK.

Mengapa UBN selalu menang dalam PRK? Mau tak menang, UBN mencurahkan pelbagai resources yang ada dalam pelbagai bentuk: janji pembangunan, projek-projek ala mee maggi dsb. UBN akan mengunakan sepenuhnya jentera-jentera kerajaan termasuk polis dan tentera untuk membantu kempennya dalam sesatu PRK. Media tak payah nak ceritalah baik media elektronik atau cetak untuk memburuk-burukkan lawan.

Jika dikira kekuatan yang dimiliki dan dicurahkan oleh UBN di manek urai baru-baru ini, sepatutnya UBN dah menang besar.

Tapi trend ini berbeza semasa PRU. Dalam PRU, UBN terpaksa mengagih-gagihkan resources tersebut keseluruh negara. Kena share ramai-ramai.

ice

Dato Nik Din said...

dato kadir,

Saya ingat tidak ada apa impekasi yang serious dengan kemenagan calon PAS itu.

Di banding dengan Pilehan raya yang lepas,Calun Pas mendapat kurang 400 undi dari calun yang lalu dan calun Bn mendapat lebeh 900 undi.

Dengan wang yang di tabor,dengan janji membena jambatan,dengan pemindahan pengundi2 kaklawasan itu.kelebehan 900 undi itu taka "berbalui"

Najib berkata ia memberi kemenagan moral kapada BN.Kalau berani cuba bubar parliment dan buat pilehan raya samula.

Saya ingat tidak lah usah lah buang masa.Tak lah payah hendak membuat bermacam interpretasi.Jika BN berasa ia menang dari segi moral,Bn sepatutnya mengumumkan menbena jambatan di situ.Ini baru gentlement.Baru orang Kelantan boleh percaya BN.

Muba said...

Datuk,

Saya rasa Pas akan menemui ajalnya tak lama lagi berpunca dari tindak tanduk pemimpin-pemimpinnya sendiri. Paling terakhir Pas menyeru pengikut-pengikutnya menghadiri demonstrasi anti ISA bulan Ogos ini. Pas mesti sedar sebahagian besar Melayu tidak ada masalah dengan ISA.

ISA wujud berpunca dari keganasan yang dilancarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Sebahagian besar ahli PKM adalah kaum China termasuk yang dilahirkan diluar Malaya. Yang menjadi mangsa utama ialah Melayu. Mungkin orang Cina menentang ISA kerana tidak senang dengan sejarah yang dikaitan dengan PKM.

Pas dan PKR (Melayu) terpaksa menentang untuk mendapatkan sokongan DAP dan bukan Melayu. Jadi untuk mendapatkan sokongan majoriti Melayu ISA mesti diharamkan. Sejarah hitam mesti diputihan.

Yah...bila ISA diharamkan semua orang boleh tulis apa yang dia mahu. Bangkitkan isu perkauman. Buat pelbagai tuntutan hingga melanggar batas. Setiap hari ada demonstrsi dibandar-bandar dan kampung-kampung. Keadaan sudah tentu akan menjadi panas dan lebih panas dari Mei 69.

Sebenarnya, kita tidak perlu bimbang kalau tidak membuat salah dan mengikut undang-undang. Melainkan kalau mempunyai niat tidak baik. Undang-undang/akta yang sama juga wujud dibeberapa buah negara termasuk di Singapura, US dan UK. Tapi rakyat bersatu dalam isu-isu keselamatan.

Pas dan PR serta penyokong-penyokong anti ISA akan berarak ke Istana Negara. KL akan jadi kelamkabut. Jalan raya bersesakan. Pas, PR dan kumpulan-umpulan Anti Isa mesti juga sedar yang sebahagin besar rakyat Malaysia inginkan keamanan dan keselamatan.

ZURICH AL Qaaf said...

TOK...

SAYA ke manik urai untuk makan sop di sebuah kedai di tepi jalan di kampung disitu.Menarik jugak lala tak pi tengok orang orang kita mai ke kampung..ada yang lupa gear motor di kaki..
SATU yang menearik NYA..TOK PA..terpancar kesungguhan di wajah nya untuk menawan semula DUN MANIK URAI..tapi bagi masih ada lagi tanggapan bahawa UMNO perlu lagi sekali membuat tukaran PERMIMPIN secara total..saya harap tok, paham maksud saya...salam

pakbelalang said...

PPSMI ISSUE

I think the main issue now is for the students to be proficient and comfortable with English language first. So now the government is going to overhaul the teaching of the language from basic to advance level so that when they finish their studies they are marketable. Once they are proficient in English language I am sure they are able to continue their higher education to take up medicine, engineering and other science based subjects and understand the subject better in English language. I think this is the right move. Extra emphasis must be given to the teaching of English Language as a second language. The government must improve the infrastructure by training qualified English teachers by the thousands and priority is to send these qualified teachers to rural areas. The teaching hours must be increased and the timetables for English lessons must be everyday. In the primary school they must learn the basic first ie spelling, writing, dictation, reading and communication. When they are in the secondary school they can start learning grammar and English literature.

Do you think this is the right strategy?. No doubt we have lost one generation who is hopeless in English Language but never too late to rectify the situation.

The problem is that we do not have enough teachers who are really proficient to teach Maths and science in English. As a result those students whose parents are not English speaking in the rural areas found that their children could hardly understand simple term and they simply could not express it in English. The teachers themselves are also having problems teaching them in English because their English is also horrible. So back to square one. Most of the rural students suffered very badly compared to those students in the towns where their exposure is totally different from rural setting. So the only way is to get the students and the teachers be proficient in English first. Get them really able to speak and write good English and then they will understand better subjects in science and maths. They must understand the basic language first or else it is just like the blind leading the blind. I think this time Tun M got it wrong. Tun M’s idea is of course very good indeed but there is no follow through to improve the infrastructure to make the teaching of science and maths effective. Pak Lah and Hisham were sleeping all the way for not making any effort to provide the necessary tools.
Najib has got no choice but to revert to Bahasa Malaysia. I think they have done a very detailed research about this issue and finally made this unpopular decision in order to safeguard the future of the children of the rural bumiputras ie Malays, Iban, Dayak, Kadazan ,Malanau etc.

Anonymous said...

Salam Dato'

Keputusan pilihanraya yang menarik. Siapa sangka PAS boleh menang tipis di negeri kebanggaannya sendiri terutamanya di bawah kepimpinan Najib yang menjadi PM dengan pelbagai skandal mengekori beliau sekeluarga yang dilaungkan semasa persidangan parlimen, di kempen-kempen PR, di sana, sini dan sinun.

Jika apa yang ditulis oleh Saudara ahmadsofian itu benar, rasanya umpan-umpan sebegitu memang biasa digunakan oleh mana-mana parti yang bertanding. Bezanya kategori umpan sahaja. Tambahan pula, tiada siapa memaksa pengundi-pengundi membuka mulut untuk menggigit umpan.

Gamaknya apa kah faktor utama yang menyebabkan segelintir pengundi-pengundi di serambi Mekah ini bertukar haluan untuk mengigit umpan BN dan menolak umpan PAS?

Manik Urai mengingatkan saya kepada kempen Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1992 di mana Bill Clinton (the underdog)berhadapan dengan George Bush Snr. Clinton memenangi pilihanraya kerana kepintaran strategis kempen beliau, James Carville, yang cukup memahami bahawa pilihanraya 1992 boleh dimenangi atas tema/slogan ekonomi. Ketika itu lah Carville melahirkan frasa, "It's the economy, stupid." - yang kemudiannya dicedok pula oleh Obama semasa kempen Presidennya. Beliau juga telah memenangi pilihanraya itu untuk mengalahkan parti George Bush Jnr.

Kalau ekonomi lah punca PAS menang tipis di tempatnya sendiri, maka all I have to say is that the voters in Manik Urai are a very get-real type indeed. Not simpletons as many would like to believe.

But then again, I may be wrong. I wasn't there.

"Is the glass half full or half empty?" for PAS and BN movers and shakers?


Melati

tokperak said...

Salam Dato,

Siapa juga yang menang samada BN atau Pas di manik urai, usah kita hiraukan. " Itu soal enteng sekadar nak mempastikan samada nik aziz dengan timbalannya bergaduh atau bersendiwara sahaja" Nasib baik BN kalah tipis,itulah hikmahnya. kalau tidak mungkin kerajaan persekutuan terpaksa menjadi bapa angkat pulak lagi letih..

Seharusnya orang kelantan sedar betapa kerajaan BN sentiasa membuka ruang kepada mereka untuk maju. Tetapi soal mengambil manik urai menjadi "anak angkat" kerajaan persekutuan itu yang harus kita fiirkan bersama kerana akan timbul rasa tak puashati segelintir golongan warga BN. Mereka yang berjuang berhempas pulas selama berpuluh2 tahun menegak kerajaan BN pun belum pernah di anak angkatkan. Tetapi orang kelantan baru sekali nak pangkah BN, dah bertimbun2 janji pembangunan nak diberikan. malah dapat pulak title "anak emas".

Rasanya amat tidak wajar dan hentikanlah bermanja2 dengan orang kelantan. Sikap perkauman dan fanatik kelantan tidak boleh dijadikan tunjang kekuatan agama, bangsa dan negara.

Orang kelantan hanya sanggup berkorban mempertahankan maruah bangsa jika seluruh warga malaysia adalah orang kelantan. Ingatlah hanya orang berjiwa umno saja yang kekal teguh dengan perjuangan dan taat setianya kepada agama, bangsa dan negara.

" Tetapi kelate... Ingat pok nik aziz sore saje pejuangnya, ibarat makan budu ingat nik aziz" Biarkan..biarkan,, seandainya rakyat kelate menolak kemajuan, InsyaAllah di masa hadapan tok guru selaku ulamak islam tersohor sekian alam merangkap menteri besar kelate boleh bersedekah membantu setiap rakyat miskin kelate yang bernafas di bawah pentadbirannya dengan syarat kena buat demontrasi jalanan seperti yang tok guru amalkan..

p/s.. Tahniah kepada jentera BN di prk manik urai, walaupun hanya menurunkan kekuatan umno yang minima namun prestasinya amat dibanggakan. maaf jika terlanjur.

mzk2257 said...

Asm semua, bagi saya kemenagan tipis pas kali ini kena di perhatikan sebaiknya oleh pemimpinan tertinggi Pas. Ia kelihatan agak sedikit terkeluar dari arus perdana suara rakyat yang inginkan perubahan pada pucuk pimpinan secara total. Nampaknya segelintir pengundi pas kelantan (MU)yang boleh di kira 'TEGAR' juga boleh di lenturkan dengan janji-janji manis yang di panggil pembangunan. Tak payahlah kita bincangkan stertigi BN yang sememangnya menggunkan sepenuhnya jentera kerajaan dalam kempen mereka.

status quo said...

Dear Datuk,
Bagi saya kalau satu parti itu merampas kerusi dari parti lain baru dikata menang, kalau kita menang, memang tempat kita itu dinamakan Mempertahankan Kerusi.

Nik said...

Dato'

Walau Apa, Pun Manek Urai menunjukkan bahawa BN masih belum dapat meraih lebeh dari 50% sokongan Orang melayu. Ini Kerana pengundi Manek Urai lebeh kurang 99% Melayu.

Jika DS Najib tidak menghayati hakikat bahawa lebeh kurang 50% Orang Melayu masih sangsi dengan UMNO, Pilihanraya Umum Kelak akan memberi petunjuk kepada beliau.

Man Memali said...

Datuk dan Ir ,

Salah guna kuasa BN lah yang merosakkan segala-galanya. Cukuplah atas sebab itu saja untuk rakyat menolak BN. Betul PR mestilah belajar dari BN tetapi bukan dalam aspek 'salah guna kuasa, rasuah, peras ugut dan macam macam lagi dosa besar yang dilakukan.

BN sekarang sudah tidak relevan. Apa maknanya mempunyai sistem yang terurus jika matlamatnya pemerentahannya tidak jelas. Mau mencari keredzoan Allah dengan salah guna kuasa, rasuah dan dzalim. Ingat, janji nak bena jambatan itu RASUAH BESAR.

Kasihan Ir sedang menghadapi 'krisis nilai'. Memanglah orang (PR) yang kekurangan wang tak dapat urus dengan baik berbanding dengan orang (BN) yang menyalah-guna kuasa dan wang rakyat. Ini jelas.

Zaman dulu BN jarang kalah dalam PRK tetapi mutakhir ini ashik kalah aje. Kenapa? Rakyat sudak bijak menilai. Kecuali yang mementingkan habuan dunia yang sedikit dengan sanggup menerima rasuah.

Selama mana BN terus menyalah-guna kuasa, rasuah dan peras ugut selama itu BN akan dihantui kekalahan demi kekalahan. Insaflah Ir.

M.Kate said...

I think this marginal win is good for Pas and PR. It is time for them to pull their socks and everything up. The people had so much confidence in them in the past and they have not yet shown their strength yet. There is still time for more change, big drastic ones, for both parties.

pakbelalang said...

Merapoh to build RM36bil oil refinery in Kedah


Country’s biggest such facility to take shape in Yan by 2014

KUALA LUMPUR: Merapoh Resources Corp Sdn Bhd aims to complete the building of a US$10bil (RM35.7bil) oil refinery in Yan, Kedah, which will be the biggest in the country, by 2013 or early 2014, said executive chairman Md Nazri Ramli.

“We have appointed South Korea’s SK Group, which owns one of the world’s largest oil refineries and the third largest industrial group in South Korea, to do the engineering and construction of the project and the maintenance of the refinery,” he said at an agreement signing ceremony for the project here yesterday.

comment:

It is a very interesting development. What a huge investment for Kedah. Hopefully, the Kedah govt. would monitor the project's progress.

Jangan pulak akhirnya sekerat jalan jadi "project white elephant".

Syok sendiri je tapi "projek TIN KOSONG". Inilah yang biasanya berlaku kepada pengusaha tempatan. Buat projek berbillion-billion tapi "haprak". !!Hanya "cheap publicity" untuk nak bagi gempak. !!

Mullah TTDI said...

Salam Datuk KJ

Alhamdulillah,PAS menang dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai setelah tewas dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir beberapa tahun lepas. Pada pendapat saya, jika BN dan UMNO hendak memenangi hati nurani orang Melayu dan rakyat Malaysia adalah dengan kembali kepada prinsip dan dokongan ajaran Islam; mengadili semua pemimpin yang terlibat dalam rasuah dan korupsi serta bersama dengan Pakatan Rakyat membangun dan memajukan Malaysia bersama-sama....

mtgbertam said...

Salam,

Umpama dalam medan perang, satu pihak datang dengan kelengkapan ketenteraan yang serba lengkap. Manakala satu pihak lagi dengan persediaan yang ala kadar, yg termampu diadakan.
Logiknya, tentera yang ramai dan kelengkapan lengkap pasti menang !!

Tetapi bila kalah, tentu ada yg tidak kena. Kekalahan kecil bukan justifikasi kerana perbezaan persiapan yg amat ketara.

IrMustafa.

Kalo anda benar2 Ir, tulisan anda amat cetek isinya. Bolehkah di bandingkan pengalaman anak berumur setahun lebih dengan seorang dewasa yang berumur 50 tahun lebih?

Rakyat mahukan perubahan, dan ia pasti berlaku !!

Pakbelalang said...

Dear DAKJ,
Reported in the STAR, MACC raided the offices of several Selangor state assemblymen for alleged abuse of consitutuency funds.

Comment
_______
MACC should investigate all MPs and ADUNs of all parties on how they allocate their respective constituency funds.

pakbelalang said...

Dato' AKJ,

Di bawah bukan comment saya. Harap maklum.

Harap dapat Dato' delete.

Pakbelalang said...
Dear DAKJ,
Reported in the STAR, MACC raided the offices of several Selangor state assemblymen for alleged abuse of consitutuency funds.

Comment
_______
MACC should investigate all MPs and ADUNs of all parties on how they allocate their respective constituency funds.

Anonymous said...

Datuk aa..!

Tokey ikan lawan tokey 1Malaysia mmgla kalah datuk. Tokey ikan bleh jnji tong ikan baru je. Tokey 1Malaysia janji jambatan,tekun,blablabla. Lg 1 org MU nak jambatan jd MU Baru & Lama Umno mng jd jambatan knala bina. Tengok pandai tak org Kelantan.


Mangkukrule

saji said...

Dato'

Manik Urai dijanjikan jambatan baru dan bandar agropoliten jika penduduknya mengundi memenangkan UMNO/BN.

Tetapi, jika UMNO/BN yang diumumkan kalah tetapi tetap mengaku dia juga menang, apa salahnya seperuh janjinya itu dilaksanakan?

Maksud saya, jika dua janji itu penting bagi orang Melayu kita dan UMNO dan ianya sepenting memansuh PPSMI, apa ruginya UMNO/BN buat separuh jambatan baru dulu sebelum PRU 13 atau mulakan projek bandar agropolitennya?

Anonymous said...

Datuk,

Saya begitu hairan mengapa ramai pembahas di sini sangat negatif dengan cadangan BN hendak bina jambatan menyeberang Sg Kelantan di Manek Urai dan banyak lagi rancangan pembangunan.

Baguslah macam itu kerana Manek Urai kawasan orang Melayu yang mundur. Inilah kita orang Melayu, bila kerajaan kendak majukan Melayu kita kata macam-macam, tapi bila kawasan Cina dibangunkan kita tak bangkang. Saya harap BN kotakan janji kepada orang Melayu Manek Urai.

Pro-Melayu.

saji said...

Sdr Ir Mustapha,

Hujah kamu menguar-uarkan kelemahan PR itu, sebiji hujah UMNO yang, pada hemat saya, semua orang dah tahu. Maksudnya, tidak membina.

Begitu juga hujah kamu yang menguar-uarkan kehandalan BN.

Anonymous said...

Salam Dato' KJ

Kami anak perantau beranggapan bahawa PRK MU ini bukanlah banyak memberi kesan besar pada corak pentadbiran negeri yg mengusai secara mutlak. Hajat kami pulang kerana merasakan inilah ketika yg sesuai mengukur longgok intan serta emas yg cuba dijanjikan oleh TS Muhyiden. Namun kesepakatan yg tersemat dalam hati masing2 secara senyap hampir menjadi, kalau tak kerana lintasan dan kecelaruan jiwa tatkala memegang pensil untuk melakukan undi.

Memang bagi sesiapa yg hati tidak kering, akan berpeluh dan menggigil bila berhadapan situasi yg sebegini. Ya la, perkara yg tak pernah dibuat, maka susah untuk dibuat2. Dalam jiwa sayangkan TGNA, tapi saat ini inginkan melihat juga benarkah kami di MU ini akan betul2 atau benar2 akan menjadi anak emas sebagaimana yg dijanjikan saban hari itu.

Kami memang sepakat sepanjang perbualan dari KL sehingga Kuala Kerai. Sampai di Kuala Krai, kami jumpa rakan2 sebaya kami di kg. Bagi kami, apabila rakan sebelah pihak lagi mengajak kami menguburkan UMNO, sedangkan kami telahpun berbicara panjang lebar sepanjang perjalanan jauh itu, kalau tak kerana PRK disini pun UMNO akan berkubur juga, itulah pemikiran kami, pemikiran setiap anak kelantan.

Kami pengundi, kami penduduk, maka itu kami tetap akan tetap meneruskan hidup seperti biasa, kalau ada offer yg lebih itu lebih baik. Tapi kalau 'rasuah pilihanraya' yg dilihat tidak menjejaskan mandat yg telah diberikan pada PRU12 atau menggugat kekuatan TGNA, kami bersedia berkompromi. Tapi itulah seperti yang yg saya katakan tadi, bukan semua hatinya kering, maka itu kita lihat yg kalah tidak besar, manakala yg menang tidaklah teruk. Cuma mesej yg cuba kami himpunkan ialah jgn sampai kami lupakan terus UMNO sebagaimana UMNO melupakan janji yg ditabur itu. Sebab kami tahu, kalaupun UMNO menang, jambatan itu bukan dibina menggunakan wang dari tabung UMNO. Maka apabila disebut dari mulut org besar KL, maka bajet untuk itu memang ada, kalaupun ianya tidak diadakan juga maka kami tahu dan sekelian rakyat khususnya anak2 muda yg peka ini boleh merumuskan bahawa perjuangan UMNO bukanlah untuk rakyat, tapi bajet itu sebagai alat untuk survival politik.

Saya akui kami bukanlah peminat UMNO, tapi kami tetap undi Tuan Nik atas konsep persahabatan serta dlm fikiran kami merasakan bahawa keputusan ini tidak menjejaskan sedikit pun kakuatan pentadbiran negeri yg diterajui TGNA. Untuk moral? persetankan moral, kami tahu apa yg kami lakukan dan kami tahu apa yg akan kami akan terjemahkan apabila saat PRU13. Terus terang juga bahawa kami tidak berganjak dari menghormati TGNA. Muktamad. Itulah ikrar anak kelantan. Maaf kami anak2 perantau kelantan. Kami masih cerdik dan bukan bodoh pun. Kami tahu sepatutnya kami ini sebenarnya 'anak kandung' kerajaan Malaysia bukannya anak angkat atau anak emas.

Seperkara lagi, kami tahu juga hak2 yg diperuntukan dlm perlembagaan apa yg hak dan apa yg bukan hak. Kami tahu pun yg SPR itu sepatutnya di'sepak' atau kasar lagi d'ludahi' sebab menyusahkan kami perantau untuk balik mengundi apabila diletakkan ditengah minggu dan ditengah bulan. Suara SPR ialah suara kerajaan pusat, kami tahu juga itupun. Kerjaan mana pun tak akan susahkan rakyatnya kcuali kerajaan BN juga kami sedar. Tapi kami rasa taklah susah sesangat sebab kesusahan digantikan dgn duit tambang. Ketika PRU12 dulu kami juga balik kg, tapi kami tong2duit minyak. Tapi kali ini tak perlu tong2 lagi. Sapa tak mau balik free dah tu musim durian plak. Kami pun bukan suka pun UMNO. Kami tetap balik dan bersumpah wallahidan sebagainya ketika pungut duit tambang dari parti yg penuh 'kemampuan' itu untuk beri undi. Kami juga takut langgar sumpah, biar duit tu berkat apabila kami anggapnya upah perkhidmatan. Kalau kami tipu tak undi UMNO, mana tau ianya dikira dosa, kalu undi parti yg disifatkan 'rasuah undi' hanya dikatakan syubhah. Itu yg kami faham.

Sekali lagi kami anak2 rantau mohon maaf untuk PRK saja. Maafkan kami TGNA.

WAN MAD

Anonymous said...

Yg Bhg Dato',

Cuma yang amat dikesali ialah kenapa masih terdapat pendekatan dengan menjanjikan projek pembangunan untuk rakyat sebagai bahan pertaruhan dalam kempen BN.

Mengapalah pemimpin BN masih tidak berubah sejak 100 hari dipimpin oleh PM dan TPM yang baru ini?

Tidak nampak apa-apa harapan bagi BN akan memerintah Kelantan lagi jika diterus dengan pendekatan peras ugut sebegini....

Bukankah semua wang yang dikumpulkan adalah sumbangan setiap rakyat....BN dan PKR atau non-members of both alliances.. golongan rakyat yang membayar cukai.

Kenapalah Tan Sri Mahyuddin ini terus sombong, mungkin kerana tidak faham atau tidak mahu memahami keadaan sebenar.

Wallahua'alam.

Rakan20G

Anonymous said...

Man Memali, jangan tengok dari sudut pandangan yang cetek, nak mempunyai sistem yang terurus, tak semestinya kena ada duit yang banyak, yang pasti, ahli komponen parti ikatan perlu ada disiplin, jangan bergaduh secara terbuka, menghentam sesama sendiri, yang ini bukankah menyebabkan krisis keyakinan rakyat sendiri?

lagi satu kelemahan pr ni, ia suka bermain sentimen, apakah teruk sangat bn ni? adakah semua disekatnya? adakah malaysia ni taraf myanmar? tak jugak, boleh sahaja man memali masuk internet dan menghentam bn.

sekarang bn mempunyai krisis keyakinan, tapi kalau pr tak 'get the house in-order', terlepaslah windon-of-opportunity ni, hala-tuju ketiga-tiga parti utama perlu diselaraskan, kalau masing-masing mendakwa memperjuang perkara yang sama, kenapa tak bergabung sahaja sebagai suatu entiti?

macam yang cakap mula-mula, kalau nak menang next pru-13, pr kena perbaiki sistem pengurusan, dan terbukti oleh sejarah seperti mana-mana organisasi di dunia ni, hanya boleh ada 1 kepala sahaja, tak boleh ada 3 kepala. thank you.

-Ir Mustapha-

manletih said...

BN kalah di tempat PAS. Biasalah.

Letak Nik Aziz bertanding satu lawan satu di kawasan Karpal Singh pun Nik Aziz kalah.

Tiada apa yang nak dibangga atau kecewa.

Kotakan semua janji. Manik Urai kawasan orang Tanah Melayu. Kalau tak boleh buat kenapa boleh berjanji. Lain kali jangan berjanji kalau tidak boleh ditepati.

*manletih*

rashidan said...

As'kum Dato'

1. Sememangnya pada hakikatnya BN boleh dianggap menang kerana dari awal lagi Pas terlalu yakin untuk menang. Ini terbukti bahawa sejak pukul 2.00 petang hari undi Pas dengan yakin meramalkan akan menang dengan mejoriti 2000 undi. Oleh itu dengan keputusan Pas menang tipis membuktikan BN dari segi moralnya telah berjaya menyakin pengundi MU.

2. Dari PRK MU itu dapat dirumuskan faktor kemorosotan undi Pas seperti berikut:

a) Perubahan kepimpinan PM DS Najib
menyebab pengundi mula menunjukkan keyakinan mereka terhadapnya;

b) Faktor TS Mahyudin dan Tok Pa yang berjaya menerajui kempen BN secara berhemah;

c) Faktor TG Nik Aziz yang menentang perpaduan orang Melayu/Islam meluka hati orang Melayu. Orang Melayu termasuk pengundi MU sesungguhnya ingin melihat perpaduan orang Melayu/Islam. Mesej yang diberi semasa PRK MU itu adalah untuk TG Nik Aziz supaya bermuhasabah dan insaf terhadap tindakannya yang menentang perpaduan orang Melayu/Islam. Mereka tidak bersetuju dengan pendirian TG Nik Aziz dalam isu ini.

3. Bagi BN dan Umno kita harap mereka mengambil iktibar dari keputusan PRK MU ini dan jangan lagi membuat banyak janji yang bukan2 tapi hanya deliver apa yang sepatutnya diharapkan oleh rakyat.

Rosli Basiran said...

Salam buat Dato' AKJ,

BN kalah lagi. Tidak perlu diulang-ulang bahawa BN menang moral. Aliran gelombang biru sudah melanda, kononnya.

Kalau menang sorak, dapat apa Dato'?

Menang sorak! Menang sorak, kampung tergadai! Ini cerita Pak.......! Semua orang tahu!

BN punya peluang yang cukup baik untuk menangkis PAS di Bukit Gantang. Tapi,.......!

Tidak perlu berdolak dalih.

Apa yang masih sukar untuk difahami adalah mengapa "think tank" BN masih belum keluar dari elemen-elemen "comfort zone" mereka. Masih belum dapat berfikir dengan baik.

Sekarang kita kena gula-gula 1 Malaysia.

Dulu, kita ada berapa Malaysia, Dato?

Dulu, apabila Dato Onn bawa Parti Negara, orang hina dan buang dia!

Sekarang, cucu dia sendiri angguk-angguk saja apabila cerita 1 Malaysia!

Sabah, Sarawak dapat peruntukan untuk pembangunan infrastruktur. Apakah selama ini tiada peruntukan untuk Sabah,Sarawak?

Rancangan Malaysia yang ke 10, kita sudah masuki. Apakah dalam Rancangan Malaysia yang ke 9 dan sebelumnya tiada apa-apa untuk Sabah, Sarawak?

Jalanraya Persekutuan, jalanraya negeri, jalanraya bandaran, apakah perbezaannya?

Yang banyak tidak siap adalah jalanraya negeri dan jalanraya bandaran? Kerja siapa ni, Dato'?

Bagi peluang beli rumah rakyat di KL sahaja? Lain tempat dalam Malaysia ini tak ada ke rumah rakyat?

Gimik hebat apabila Menteri-Menteri, Timbalan Menteri, dan yang lain-lain duduk bersila atas padang.

Tapi, bila nak balik pakai "rider" Polis! Bagi siren kuat-kuat! Langgar lampu merah! Suruh pengguna lain ketepi! Tidak ketepi, kena tunjuk jari oleh "rider" Polis! Kena jerit! Tol pun tak payah bayar!

Micheal Jackson dah meninggal! Tapi, dia ada nyanyi,"

Just look at youself,
and, make the change!

man in the mirror!"

And it must be from the TOP!

Is it difficult, Dato'?

OKJ said...

Salam DAKJ

Perihal Penipu

Berdusta atau menipu selalunya dilakukan oleh pencuri, penyangak, perompak, perogol, pendusta dan macam macam lagi yg dikaitkan dengan orang jahat. Tapi nampaknya parti yg kononnya Islam menipu dengan mewar-warkan telah menang dengan majority 2000 undi pada pukul 3.00 petang semalam lagi. Bila ditanya balik sebab apa kata macamtu, jawapannya adalah strategi untuk menang. Jawapan yg diberikan lebih kurang sama dengan penyangak, penipu, perogol, peragut dan pendusta di atas. Orang macam inilah menyebabkan Islam dipandang serong oleh satu dunia sekarang. Tak guna punya penipu. To’ Guru tak ajar ke menipu tu berdosa. Kalau nak menang pun bukan cara menipu. Ini yg terdedah, entah apa lagi dusta dusta yg kita tak tahu telah disebarkan. Diharap penipu terbabit buat kenyataan minta maaf kalau nak selamat di padang mahsyar nanti.

Menepati janji

BN berjanji akan memajukan MU JIKA menang dalam Pilihanraya kecil. Paham tak perkataan JIKA menang ; tapi tak menang. So, apa yg dikatakan tak menepati janji pula ??? tapi bila parti kononnya Islam terang-terang MENIPU tapi kata tak apa sebab strategi nak menang. Inilah orang yg cakap berbelit belit lebih dari ular.

Peguam

Peguam adalah satu profession yg tinggi martabatnya dalam Islam. Tapi jangan sekali kali membela orang yg kita sendiri ragu ragu kebenarannya. Satu cara untuk mengelakkan dari dapat balasan di akhirat nanti adalah dengan menarik diri dari menjadi peguambela kepada orang yg kita ragu ragu kesahihannya. Insyaallah selamat dunia dan akhirat. Sekian TQ.

yes said...

Adalah baik jika kadang kadang PAS menang kadang kadang UMNO menang.

Bila Pas menang the next pilihan raya UMNO akan bersungguh sungguh menabur janji, Ketika itu menangkan UMNO. Pilihan raya seterusnya menang kan pula PAS, kerana jika UMNO sentiasa menang dia akan berada dalam zon selesa dan tak ambil perhatian pada rakyat dan terus menerus menghakis hak orang Melayu.
Jangan salahkan PAS yang tak dapat memberi pembangunan, wang negeri telah di sekat olih UMNO.

Yang jadi masalahnya bagaimana cara nak praktik kan perkara itu.

Yang patut kita fikirkan bagaimana nak buat agar rakyat menang, bukan pemimpin saja yang menang.

Pak Lang said...

Datuk,

Saya sebenarnya naik meluat bila membaca komen-komen yang tidak habis-habis mengutuk keburukan kerajaan persekutuan (BN). Paling meluat bila ada yang mengatakan kerajan rasuah, tidak mengamalkan ajaran islam dan sebagainya. Betulkah kerajaan BN begitu teruk sekali.

Pernahkah yang mengutuk dan mengecam ini melawat atau tinggal di luar negara. Cakap fasal rasuah saya rasa Thailand, Indonesia dan Filipina lebih teruk dari Malaysia. Bagaimana dengan Cina (Komunis) sendiri. Dengar ceritanya ramai pelabur-pelabur Malaysia termasuk rakyat Malaysia keturunan Cina sendiri sukar berniaga di negara itu. Terlalu banyak "road blocks" macam Filipina. Begitu juga dengan "pelincir" di Indonesia. Dulu kalau nak masuk Thailand melalui Da Nok/Sadao kena bubuh RM2.00 dalam pasport untuk cepatkan "cop". Tak taulah sekarang.

Saya pernah tinggal lebih 30 tahun diluar negara; kaya dan miskin di lima benua. Malaysia masih jauh untuk sampai ke tahap Zimbabwe, Ghana atau Myanmar. Semuanya bekas tanah jajahan British dan bahasa pertama/kedua adalah bahasa Inggeris macam Malaysia. Usahlah cakap bekas-bekas negara komunis di Eropah Timur bahkan di Asia sendiri.

Kalau Malaysia teruk sangat takkanlah ada hampir-hampir 4 juta pekerja asing baik yang halal dan haram. Tanya orang-orang Africa, Indonesia, Myanmar dan sebagainya kenapa mereka datang ke Malaysia. Heran tidak ada pula rakyat Malaysia yang merantau mencari makan ke negara-negara ini. Apa kurangnya negara-negara Arab sendiri. Rakyat Arab Saudi umpamanya tidak pernah mengundi kerana negara itu tidak ada pilihanraya. Malahan di negara itu wanita tidak dibenarkan memandu kereta. Anehnya mereka mengaku kerajaan islam. Malahan ada juga negara-negara islam yang mengharamkan parti islam.

Janganlah nampak kesalahan sahaja. Sepatutnya orang-orang Melayu berbangga kerjaan BN yang diterajui oleh orang Melayu berjaya meletakkan Malaysia ke dalam peta dunia. Jangan terikut-ikut dakyah orang lain. Mereka mengutuk kerana ada sebab-sebab tertentu. Nasib baik budak-budak Melayu sekarang tidak lagi diejek-ejek macam saya dan kawan-kawan di sekolah Inggeris di awal 60an. Kerana apa? Tentunya orang-orang Melayu sudah maju dan mempunyai harga diri.

Jangan terikut-ikut dengan kutukan beberapa kerat rakyat Malaysia atau bekas rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara. Mereka boleh cakap apa yang mereka suka. Tapi "lebih berat mata memandang berat lagi bahu memikul".

hangnadim said...

Salam Dato',

Seronok baca komen komen kali ini, sambutan cukup bagus. Masing masing ada tafsiran sendiri.

Apa apapun kepada yang kuat sangat sanjung Umno konon parti itu kuat, saya nak minta satu saja, boleh tak tolong suruh Umno bertanding dalam pilihan raya secara gentleman....? Faham kot apa makna bertanding secara gentleman?

Kalau ikut cara bala tentera yang Umno guna secara tidak sah (jentera kerajaan dan juga rasuah) maka kalau menang pun malu, kalau kalah lagi malu. Malu bagi yang ada kemaluan la. Yang tidak ada kemaluan tentu tidak ada rasa malu.

Umno berlawan seperti pondan, sebab tu tidak berani berdepan secara anak jantan. Selagi Umno dok berlawan macam pondan, berhentilah dok mendabik dada.

Tahniah PAS kerana berjaya menang walaupun tipis. Kemenangan PAS umpama sang kancil berlawan dengan gajah. Kalah juga gajah yang berbadan besar tu yeerr...?

Anonymous said...

Assalamualaikum!

Nampaknya imej Umno dah ok sikit. Masa yang sesuai untuk bubarlah dun Perak.

Yob Perak

TEHrasaCOKE said...

Dato'

KALAH JADI ABU,
MENANG JADI ARANG,
MELAYU DOK 'TONYOH' HANG AKU,
BANGSA LAIN DOK SENYUM MANDANG.

Tapi... apa pun ok la, pusat cucuk babi depa tak jadi buat ditempat kita, Pendang Darul Surayati.

La ni orang Gurun pula angin satu badan. Nasib hang la Labuuuuu...

Anonymous said...

Salam Dato’,

Saya ingin respons kepada pembangkang yang tanpa segan-silu memberikan alasan oleh kerana mereka masih mentah oleh sebab itulah prestasi mereka harus diberikan penilaian berdasarkan kementahan mereka itu yakni usah dibandingkan dengan BN yang telah ½ abad usianya!

Sepatutnya usia parti (atau pakatan parti-parti) bukanlah fakor yang perlu diambil kira oleh rakyat apabila menuntut sebuah pengurusan dan pentadbiran yang cekap dan bermutu dari parti yang telah mereka berikan undi pada PRU-12.

Tentulah jengkel apabila pembangkang gagal mengotakan janji untuk memberikan yang terbaik atau setidak-tidaknya sama baik seperti BN, mereka enggan merendah diri mengakui kelemahan tersebut, sebaliknya pembangkang berusaha menutup kelemahan berkenaan dengan menggunakan alasan iaitu mereka baru berusia setahun jagung jika dibandingkan dengan usia BN.

Persoalannya, apakah pembangkang ingat rakyat harus bertolak ansur dan menerima saja semua kelemahan pengurusan dan pentadbiran dari pihak pembangkang atas alasan yang sedemikian itu?

Bukankah pembangkang sendiri yang melaung-laungkan yang mereka akan lebih mampu mentadbir? Bukankah itu bermakna mereka telah bersedia? Dan bukankah berdasarkan laungan retorik tersebut mereka diberikan undi yang diperlukan agar mereka dapat membuktikan dakwaan mereka di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang?

Kini, apabila mereka terkial-kial bagi membuktikan kemampuan sebagaimana yang pernah dijaja ke hulu dan ke hilir satu masa dulu, kenapa pula mereka mengharapkan rakyat akan lebih rasional dan bersimpati dalam menilai ketidakbersedianya mereka itu kerana faktor usia? Tidakkah ini alasan untuk menagih simpati?

Kalaulah perbandingan usia antara pembangkang dengan lawan mereka membolehkan mereka mendapat penghalalan apabila gagal memenuhi jangkaan rakyat, bukankah ini bermakna sampai bila-bila pun alasan ini boleh digunapakai (secara negatif) kerana sampai bila-bila pun usia pembangkang akan 50 tahun lebih muda daripada usia lawan mereka -- BN.

Oleh kerana usia pembangkang akan selamanya 50 tahun lebh muda daripada BN, apakah pembangkang mahu rakyat memberikan mereka masa percubaan 50 tahun iaitu masa yang diperlukan untuk mencapai tahap kematangan? Kalau itulah halnya, apabila negara lain sudah menjejakkan kaki di planet Marikh, walhal kita kat sini akan menghabiskan masa menanti pembangkang menjalani proses tumbesaran iaitu merangkak, bertatih dan berlari! Apakah itu yang dimahukan?

Sekian, tk.

ANAK BAPAK -- ANTILECEH

Anonymous said...

Selagi UMNO/UBN tukar baju aje tapi peel/perangai masih macam dulu dan kurap serta panau yg ada bertukar menjadi barah tidak diubati...walhasil balik asal...sayonara la.

Ahh...bukannya senang nak membasuh tahi dari dalam tong tahi...hmm...

Apa yg pasti negara tergadai...

Sarawak dan Sabah masih takuk lama juga. Jangan pergi bandar tapi pergi daerah terpencil seperti Kapit...Belaga dll.

Junaidi

Anonymous said...

datuk & pengomentar lain,

1. seperkara saya nak sebut di sini, BN (UMNO khususnya) kalau bertanding di kawasan Melayu & Islam menentang PAS akhirnya hanya menambah 'dosa' kepada pengundi Melayu & Islam itu sendiri.

2. Sebab apa?

3. Sebabnya 'janji-janji bersyarat' atau lebih tepat lagi 'ugut@rasuah pilihanraya' yang akhirnya kalau tak menang satu apa pun tak tunai.

4. Siapa rugi?? Orang Melayu & Islam juga rugi..

5. Apa salahnya kalau bertanding lawan PAS masa inilah peluang untuk menurunkan segala bantuan dan pertolongan kepada orang Melayu & Islam.

6. jangan kisah menang atau kalah asalkan BANGSA KITA NI ORANG MELAYU & ISLAM DAPAT NIKMAT (NEGARA KITA ASAL TANAH MELAYU!!!)

7. Ini tidak.. kalau bertanding kawasan cina dan India... habis semua dilondeh.. yang tak diminta pun diberi juga..

8. Nah.. siapa yang khianat kepada bangsa sendiri?? ORANG MELAYU & ISLAM JUGA!! bukan orang lain pun..
Cina dan India 'bijak' ambil peluang 'kelemahan' kita sahaja.

9. Sebab itu saya berpendapat.. Sebenarnya MCA, MIC, Gerakan, IPF dan lain-lain dalam BN sebenarnya punyai 'matlamat' yang sama dengan DAP, KEADILAN (pemimpin bukan Melayu) dalam Pakatan Rakyat.

10. Yang tak pernah sama matlamat kita ni ORANG MELAYU & ISLAM dalam UMNO dan PAS!!

11. Akhir sekali siapa yang untong?

12. Macam dalam lagu M. Nasir & Tan Sri S.M Salim sebut "Seloka Chak Kun Chak"

....Orang Bertandang, Yang Beroleh Untong....Akhirnya kita tak akan dihitong...... rugilah.......


Tuan Haji

pakbelalang said...

Nazri Calls For Improvement In Quality Of Public Transport

KUALA LUMPUR, July 16 (Bernama) -- Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz today called for an improvement to the quality of public transport services in line with the higher fares effective Aug 1 he announced Thursday.

He said enforcement and monitoring would be stepped up to ensure that public transport operators adhered to regulations.

comment:

Cakap tak serupa bikin. Public transport services can never be improved until doomsday,if the license given to people whose personal background are already behaving like "crooks" just like the Menteri who said Tun M, Tun Hanif and Tan Sri Abu Talib are "crooks".

Anonymous said...

dato'

1. saya ingin memberi komen berkaitan kerosakan-kerosakan yang dilakukan kepada bangsa & agama kita sendiri oleh orang kita sendiri.

2. Kecewa, geram, risau dan sedih sungguh dengan DS Najib semenjak beliau ambil alih jawatan PM

3. Banyak 'kerosakan dan pengkhiatan' kepada orang Melayu & Islam kunun-nya atas nama toleransi, liberisasi dan kesaksamaan kaum

4. MECD dihapuskan, Dasar Liberisasi, Dasar Biasiswa, semuanya mengkhianati usaha-usaha datuk-nenek moyang kita yang telah bersusah payah menentang Malayan Union dan perjuangan untuk TANAH MELAYU!!

5. Hari ini, apa yang dulu ditentang semasa Malayan Union, semuanya boleh belaka.

6. Tolonglah Datuk dan Orang Melayu & Islam sekelian, berterus teranglah kepada DS Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS lain.. janganlah kacau kepentingan Orang Melayu & Islam.

7. Baik sangat kita ni sampai tak boleh nak kata apa-apa dah..takut dituduh perkauman.

8. Saya tetap berpendirian, walau hebat dan maju Bangsa Melayu & Islam kita di Malaysia ni, tak boleh dikurang pun hak-hak dan keistimewaan kita di NEGARA TANAH MELAYU ini!!

9. Nampaknya akhir-akhir ini pemiminpin bukan Melayu & bukan Islam begitu ghairah mendesak supaya diwujudkan kesaksamaan dan kesamarataan kepada semua kaum di Malaysia ni.

10. Kita masih tersenyum lagi kah???


Mr Mama

saji said...

Salam Dato'

Keputusan PRK MU megingatkan saya suatu artikal yang saya baca mengenai Sistem Ekonomi Kapitalis-Islam karangan orang kuat Johore Cop yang beliau cuba diketengahkan.

Teringat, kerana saya menganggap bahawa, lamanya PAS memerintah Kelantan di bawah TGNA dan mengapa PAS menang PRK MU walau ramai yang menyangka kalah bukan sahaja disebabkan faktor TGNA seperti sering diperkatakan selama ini, tetapi faktor rakyat Kelantan yang mengamalkan sitem ekonomi Kapitalis-Islam.

Anonymous said...

manletih

Mengikut statistik, Sebelum pasca 0308, UBN tidak pernah kalah dalam PRK kecuali sekali di Pulai Chondong dalam tahun 1977.

Ingat tak pengkalan pasir, kelantan. UBN menang. Begitu juga PRK Pasir Puteh, kelantan beberapa tahun yang lalu.

UBN juga menang dalam PRK Ijok sebelum PRU 12.

Senario PRK sebelum 0308, berbeza dengan senario semasa semasa PRU.Dalam PRK, UBN akan menumpukan sepenuh kekuatan parti dan kekuatan kerajaan pada satu tempat sahaja yag memang tidak terlawan oleh pembangkang yang serba kekurangan.

Janji-janji pembangunan kepada masyarakat setempat, curahan projek-projek maggi segera yang bertimbun, pengunaan jentera-jentera kerajaan pusat dan negeri - inilah sebab mengapa UBN tidak pernah kalah dalam PRK.

Usahkan kata TGNA akan kalah jika bertanding dikawasan karpal singh - NTR dan Muhyidin pun akan tersungkur kalau bertanding di kubu kuat PAS.

bat8

cmk said...

Salam Dato'

BN tak boleh berbangga dengan "kejayaan" mengurangkan majoriti PAS. BN mesti anggap ini sebagai kekalahan yang memalukan jika mahu menang PRU13 atau mana-mana PRK yang akan datang jika ada.

Jika dengan seluruh keupayaannya, BN sekadar mampu mengurangkan majoriti lawan hingga angka 1 sekalipun, ia tetap suatu kekalahan yang memalukan.

Apa yang pasti UMNO akan kalah jika tidak guna duit, PAS akan kalah jika tidak guna agama.

Apapun, marilah kita sama-sama menanti jambatan baru di Manik Urai...! Mari kita sama-sama pacakkan papan tanda gergasi "SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL"

Anonymous said...

Rashidan,

Tuduhan TGNA melukakan hati orang melayu kerana menolak perpaduan adalah satu tuduhan yang cetek.

Kebanyakan orang melayu selain UMNO(baru) tidak setuju degan perpaduan yang dicadangkan oleh UMNO(Baru) sekarang dikala UMNO(Baru) menghadapi krisis keyakinan kini.

PAS telah mengajak UMNO/UMNO(baru) berbincang, berdebat tentang perpaduan orang melayu dan islam sudah berpuluh tahun.

Setiap ajakan itu tidak pernah bersambut dikala UMNO/UMNO(Baru) kuat dan berada dipuncak singahsana. Keikhlasan PAS dicemuh dan disangsi sebagaimana PAS dan kebanyak orang melayu terhadap ajakan UMNO/UMNO(Baru) sekaarang. Pernah satu ketika, UMNO(Baru) dalam zaman TDM menggunakan nama Yang DiPertuan Agong Agong membatalkan satu seisi debat mengenai perkara yang sama.

Persoalan RM 1 juta yang ditanya oleh semua orang mengenai ajakan UMNO(Baru) sekarang ialah MENGAPA SEKARANG BILA ORANG MELAYU TELAH BERANI MENOLAK UMNO(BARU)?

UMNO(Baru) perlu buat dan buktikan keikhlasannya melalui perbuatan bukan sekadar ajak-ajak ayam je.

Langkah pertama adalah menunaikan semua janji pembangunan semasa MU dulu biarpun kalah. Tunjuk keikhlasan keseluruh malaysia bahawa UMNO(Baru) benar-benar perhatin dan menjaga nasib orang melayu.

Canang kuat-kuat keserata tanah air. Politik mengugut - nak pembangunan undi UMNO(Baru) - orang dah tak percaya dah.

Kedua, Kerajaan pusat kena selesaikan ISU ROYALTI MINYAK/GAS diKelantan. Kalau memang dah hak rakyat kelantan mengikut perjanjian yang didakwa oleh kerajaan PAS kELANTAN, bagi sahajalah. Kelantan tu 98% orang melayu. Maju orang melayu kelantan boleh membawa manafaat kepada kita orang melayu juga.

Kita ambil contoh kemajuan selangor. dengan majunya selangor, rakyat dari semua negeri datang keselangor dan mendapat manafaat dari kemajuannya.

Kalau UMNO(baru) dengan sikap pendendam, dengan sikap menindas, dengan sikap tamak halobanya seperti yang diamalkan selama ini - sorrylah,akan makin ramai orang melayu akan meninggalkan UMNO(Baru).

Ingat, rakyat kita dah bijak dan cerdik. Jangan nak tipu stail tahun 60an lagi. Zaman telah berubah, rakyat dan negara sudah maju.

bat8

pakbelalang said...

1.Kadang kala saya bingung apa lagi orang Melayu nak dengan kerajaan BN.

2.Pada pendapat saya orang Melayu selama 50 tahun dah lebeh terbela hinggakan dah jadi naik lemak.

3.Kalau kita tak berjaya mencapai objektif DEB masaalahnya bukan kerajaan tapi Melayu itu sendiri dari semua lapisan.

3.Pelaksana DEB dan juga penerima dasar itu tidak memainkan peranan yang diharapkan.

4.Banyak penyelewengan dilakukan oleh orang Melayu sendiri dalam usaha untuk mencapai objektif DEB.

5. Takkanlah nak "makan nasi lemak free" (free lunch) atau dalam kata crude language "menenggek" sampai mati.

6. Usahalah sikit. Allah bagi kita tulang empat kerat dan akal yang sempurna untuk kita berusaha gigih lagi.

7.Cubalah jangan bergantung sepenuhnya kepada kerajaan.

8.Kita patut sentiasa bersyukur kepada Allah selalu dan berdoa supaya sentiasa dilimpahkan rahmat. Allah berfirman bahawa tidak akan berubah sesuatu golongan itu jika golongan itu sendiri tidak mahu berubah.

9.Cukuplah bermanja-manja dengan kerajaan sampai kita tak boleh nak berdiri sendiri sungguh pun umur dah lebeh "50 tahun" merdeka.

10. Takkan kita nak jadi orang tempang sampai mati dan menurun ke anak cucu pun tempang juga.

11. Saya fikir kalaulah parti Pakatan Rakyat ditakdirkan dapat memerentah negara kita saya rasa orang Melayu tidak mungkin akan dapat layanan istemewa seperti mana kerajaan BN memberikan masa kini.

12. Dasar Pakatan Rakyat tidak mungkin akan menggubal dasar ekonomi yang menyerupai DEB. Mereka akan berpandukan kepada dasar DAP yang kuat dengan prinsip Malaysian Malaysia dan meritocracynya.

13. PKR memanglah tidak ada dasar langsung. Prinsipnya hanyalah untuk memertabatkan Anwar Ibrahim sahaja.

14. Sementara PAS taksub dengan Tok Gurunya dan sibuk dengan ceramah agamanya siang dan malam. Hal ekonomi langsung "LOPONG". Dia tahu kalau rakyat susah dia akan mengajak rakyat beramai-ramai sembahyang hajat di stadium minta doa restu dari Allah supaya dijauhkan dari mala petaka dan bala' tapi tak ada perancangan bagaimana nak memajukan ummah. Setakat sembahyang hajat je. Cukuplah tu dan tak payah buat apa-apa.

Jadi kesimpulannya wal hasil balik asal. Merempat dan merempitlah Melayu.

Melayu Oh Melayu !! Melayu jadi SHIIIT !!

pakbelalang said...

Saya rasa kalau conflict atau pegeseran terus berlarutan mempertikaikan hak kaum masing-masing adalah lebeh elok rakyat menyerah balik hak mentadbir negara kepada raja. Kita berbalik kepada "absolute monarchy system" dimana segala urusan pentadbiran negara diuruskan oleh Majlis Raja-raja Melayu dan Yang Dipetuan Agong mempunyai kuasa mutlak untuk melantik Menteri-menteri dan pegawai kerajaan untuk menguruskan pentabiran negara.

Seperti mana di Brunei segala urusan negara adalah dalam kuasa hak mutlak Sultan Brunei.

I think parliamentary system is not working well in a multi-racial country like ours. It is messy when everybody is fighting to claim their rights by arrogantly voicing their selfish demand practically in every general election, thus creating unnecessary tension among the races. This democratic parliamentary system is really a mockery and does not augur well to make this country stable, secure and peaceful.Frankly, I am a staunch advocate of absolute monarchy system to administer our country. Being a Johorean my state was the most modern state during the reign of Sultan Abu Bakar and Sultan Ibrahim. So reverting to absolute manarchy system is actually not a bad idea.

What do you think , Dato' ?

kadiology said...

aku heran laaa. bila PAS menang ciput, depa tuduh sebab BN tabur duit, guna media itu ini, guna jentera kerajaan.

penyokong pas ingat pengundi ni bodoh. pengundi ni, kalau dia dah tak suka, tabur duit ke, ada media yang memihak BN ke, ada jentera besar ke, kalau pengundi tak suka, dia TETAP TAK AKAN UNDI parti tu! tabur le banyak mana!

kemenangan PAS dengan undi ciput bukan sebab BN guna jentera, tabur duit atau guna media, tapi sebab pas sendiri yang tak sedar diri!

dulu slogan PAS membangun bersama Islam. skarang dah tebalik jadik PAS for All. BN tak payah tabur duit pon rakyat naik jelak dengan PAS.

E2-3A said...

Nak post mortem macamana kalau play ground sengit? Pelik kalau Professor kasi analisis walhal kita tau what happened on ground zero.

Tak kan dalam blog pun sama macam media perdana. Cover up all the truth. Tak taulah Manek Urai ni kubu kuat siapa? tetapi yang nyata wilayah Kesedar bawah kerajaan persekutuan.

Berapa lama lagi hayat UMNO? Masih main politik konda kondi...sudah 11tahun berlalu. Saban hari rakyat belajar politik dari Universiti terbuka. BN masih main retorik.

Dah pencen baru teringat nak hapuskan ISA...nanti orang tanya kamu pemimpin jenis apa?

INDIGO said...

Scribe,

Puisi Manek Urai
(mengapa rosakkan undi man in the mirror)

Syabas PAS!
Pandai-pandailah memerintah.

"marah-marahkan pemimpin
rosakkan undi bukan kelambu
dalam suasan kelabu tersalut
jerebu mata tidak menentu"
kata si Faqir Farsi tersenyum manis,
ihdinassiraatolmustaqqim"

"hatiku diantara dua jemari tuhanku",
sahut si Saudagar Madu Lebah,
"wa tawaffani minal muslimiin,
wal-hiqni minal-saalihiin"

mereka bertelekan mendengar
irama dan lagu - sungguh merdu

I'm gonna make a change,
For once in my life
It's gonna feel real good,
Gonna make a difference
Gonna make it right...

As I, turn up the collar on my
Favorite winter coat
This wind is blowin' my mind
I see the kids in the street,
With not enough to eat
Who am I, to be blind?
Pretending not to see their needs
A summer's disregard,
A broken bottle top
And a one man's soul
They follow each other on
The wind ya' know
'Cause they got nowhere to go
That's why I want you to know

I'm starting with the man in the mirror
I'm asking him to change his ways
And no message could have
Been any clearer
If you wanna make the world
A better place
(If you wanna make the
World a better place)
Take a look at yourself, and
Then make a change
(Take a look at yourself, and
Then make a change)
(Na na na, na na na, na na, na nah)

I've been a victim of a selfish kind of love
It's time that I realize
That there are some with no
Home, not a nickel to loan
Could it be really me,
Pretending that they're not alone?

A willow deeply scarred,
Somebody's broken heart
And a washed - out dream
(Washed - out dream)
They follow the pattern of
The wind, ya' see
Cause they got no place to be
That's why I'm starting with me
(Starting with me!)


KEDAMAIAN ABADI...


Terima Kasih

Anonymous said...

assalammualaikum...

benar PAS menang undi tipis..tp tetap menang kan...bak kate seorang bekas menteri...kalaupun "satu undi lebih,saye tetap menang"..hiihihihi.....siti007

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).