Friday, July 10, 2009

Walhasil Balik Asal Itu Fasal Tak Hasil

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PEMBAHAS Mohdainul yang mengulas dalam tampalan saya yang lalu, antara lain, berkata:

“Belum lagi reda dengan kita dikejutkan oleh pengumuman PM mengenai dasar liberalisasi ekonomi dan langkah-langkah affirmatifnya, sekarang TPM pula mengumumkan pengajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat.

"Baru saja PM mengumumkan yang kita harus bersedia di dalam menghadapi era globalisasi dan sebagaimana yang kita maklum, globalisasi ini didukung oleh negara-negara barat seperti AS dan Kesatuan Eropah. Bahasa rasmi pertuturan mereka adalah Bahasa Inggeris dan Perancis. Pusat pembelajaran sains dan teknikal serta bahan-bahan ilmiah kebanyakannya di tulis didalam Bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman.”

Kata orang putih, “spot-on”. Terima kasih kepada pembahas Mohdainul dan semua yang membangkitkan isu itu walaupun saya tidak membincangkannya.

I still do not propose to comment on the decision.

Rasa-rasanya saya tidak mempunyai kemampuan dan kecekalan minda untuk memahami dan menghadapinya.

Ada tidak pun, saya hanya hendak bercakap sedikit mengenai betapa nenek moyang kita sudah memberikan kita pelbagai ilmu, petunjuk dan peringatan. Mungkin elok kita melawati semula kebijaksanaan mereka.

Mereka berkata, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Tetapi, kata mereka, kalau malu bertanya (atau dalam konteks semasa tak tahu guna Google Maps) sesat jalan.

Bunga yang cantik warnanya dan wangi baunya, akan hancur rosak jika diberikan kepada kera. Kera yang diberikan bunga itu tetap kelaparan. Kera tidak tahu apa gunanya bunga.

Tetapi jika bunga yang wangi dan cantik itu ditemui oleh lebah ia akan mengumpul madunya dan diterbangkannya balik ke sarang. Madu yang manis banyak khasiatnya.

Beri labu kepada tikus, labu yang baik menjadi rosak labu yang rosak jahanam terus.

Berikan labu tempat mengisi air kepada si Luncai dia akan terjun ke sungai bersama-samanya. Biarkan, biarkan.

Tidak mengapalah jika labu itu milik si Luncai, tetapi apa halnya jika labu itu milik kita semua dan yang terjun ke sungai itu bukan si Luncai tetapi para Yang Berhormat kita?

Kerbau suka tanah berlumpur. Dijadikannya kubang. Seekor kerbau membawa lumpur habis satu kandang terpalit.

Tetapi ada rahsia di sebalik kegemaran kerbau berkubang. Lumpur menyejukkan badan, membunuh kutu dan pijat serta mengelak lalat dan langau.

Beri ketulan tanah dan kayu mati kepada anai-anai dan ia akan membina busut yang kukuh dan kalis air. Kata nenek moyang kita, berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit.

Buatlah dasar dan rancangan sehebat mana pun tetapi kalau ibarat bunga ia diberikan kepada kera ia tidak akan berjaya. Akhirnya anak cucu kita menjadi kera sumbang – tak laku dan diketepikan.

Teringat saya kepada lirik lagu Allahyarham seniman agung P Ramlee yang, antara lain, berbunyi:

Walhasil balik asal
Walasal balik hasil
Walhasil cari fasal
Itu fasal tak hasil.

Mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, melalui blog raksasanya membuat pungutan suara dengan bertanya soalan berikut:

“DO YOU SUPPORT THE GOVERNMENT'S DECISION TO TEACH MATHS & SCIENCE IN BAHASA MALAYSIA?”

(Adakah anda penyokong keputusan Kerajaan mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia?)

Sehingga beberapa waktu sebelum saya membuat tampalan ini, 23 peratus (4,117 orang) berkata “yes” dan 77 peratus (13,603) berkata “no”.

Saya akhiri dengan mengucapkan syabas kepada para “pejuang bahasa”. Tahniah kepada para cauvinis semua kaum. Bravo kepada si penakut dan yahoo kepada para hipokrit.

117 comments:

Tayadih Maysia said...

Mungkin Datuk lebih ke arah menyokong dasar ini. Tapi saya menyokong pengajaran matematik dan sains dalam BM.

Saya berpegang bahawa untuk menguasai sesuatu bahasa, perlu melalui bahasa itu sendiri.

Siapakah si "penakut" itu?

NOOR MOHAMAD said...

DATUK,

Saya boleh membaca dan memahami apa yang tersirat disebalik susunan kata-kata dalam artikel ini. Amat dalam maksudnya. Amat sedih bila saya terkenang nasib anak cucu kita kelak.Saya tetap tak setuju PPSMI dimansuhkan.

rais said...

ekonomi dah liberalize...
bila pulak nak sama-ratakan sistem persekolahan?
buat satu sistem sekolah kebangsaan sahaja..
tiada lagi vernakular..
baru betul2 1Malaysia..

Mustapha Ong said...

Salam Jumaat kepada sahabat saya DKJ,

Dear Tok, I think you are trying to be more poetic than the wise Indian poet Vikram Seth.

I can't understand the mentality of some Malaysians, who had skirmish knowledge of a particular issue and like to jump the gun.The teaching of Maths and Science introduced by former PM Tun Mahathir in 2003 was hurriedly implemented without the necessary resources and logistics.

We have failed miserably in the matter, and yet we hope that if prolonged for another 10 years, we will make it to the educational agenda. Just like the DEB for more than 39 years and yet only less than 29% achievement target.

I wish to ask all Malaysian parents, if they really have any genuine objection to backtrack their children's ability to change the medium of instruction gradually from English back to BM from the year 2012.

The true answer is a big fat NO.Our children, especially the non-Malays are able to catch up easily if the teaching of Maths and Science if reverting to BM.Are there any problems with our Malay children?

Where do go from now, if the previous educational review on the subject was to be considered "flip-flop"? Well, it's the teaching of English that really worries us as the language had deteriorated over the decades, not that we are from the Senior Cambridge stream of education in the 40s, 50s, 60s and 70s. How can we teach and improve English language by just explaining certain things in Maths and Science (English) if we do not understand.Maths and Science are basically "formula objectives".You know the formula and equations,you just score and pass with flying colors.

So, look into the mirror and admit that we want our children to be highly educated in English, an international communication tool.A friend told me recently,that she walked into a Chinese (Halal) restaurant and the service was messy. She asked for the menu and what are their specialities, the waiter answered "ONLY CHINESE TEA" from a Malay looking guy. So the rest is history and do not be emotional and reject all things that sound suspicious without valid reasons and remorse.

OKJ said...

Salam DAKJ

PPMSI & Communication skills

PPMSI memang bagus tapi lebih bagus jika dibatalkan saja. YAB Tan Sri Muhyiddin sebenarnya telah membuat satu keputusan yg tepat. Serampang dua mata. Kajian-kajian yg dibuat dan 5 persidangan meja bulat memang menunjukkan sebaliknya. Cuma menteri dulu je yg nak menegakkan benang yg basah.

Untuk cemerlang, asas (BASIC) kena kuat. Agak agaknya jika kita disurah lompat beberapa halangan dihadapan, dimula dengan yg rendah dulu ke dengan yg tinggi dulu akan berjaya. Logic pun boleh fikir. Inikan pula budak-budak yg baru nak belajar. Memanglah ada beberapa orang yg lepas, tapi lebih ramai yg kandas. Sebab itulah bila kita buat treadmill stress test, start dengan stage I dulu baru naik perlahan lahan. Kalau tak ramai yg dapat heart attack. Untuk pengetahuan, kalau dapat heart attack, lebih dari 50% tak sempat sampai ke hospital. Yg sempat sampai ke hospital pun, 20% jalan.

Masalah sebenar adalah ‘communication skills’. Sebenarnya pelajar kita dulu pun pandai bahasa inggeris. Yg menjadi masalahnya adalah ramai yg tak boleh berkomunikasi bahasa Inggeris dan yg cakap Inggeris pelajar kita masih pelat melayu. Itu je sebenarnya. Standard sekarang, bila cakap Inggeris mesti ada pelat UK ke, US ke, Australia ke barulah betul dan mat saleh pun respect. Contohnya cuba dengar anak anak Singapore cakap Inggeris.

So tak kena mengena pun PPMSI dengan ‘communication skills’. Kajian pun menunjukkan tak tercapai matlamat. Macam saya kata dulu, sebelum buat sesuatu keputusan, buatlah pilot study dulu ke, servey dulu ke. Ini main bantai je. Dah dekat satu generasi rugi. Bukan je anak-anak rugi tapi BN pun rugi sekali sampai terlingkup dekat 5 negeri.

Macamnilah, saya ada beberapa cadangan tambahan:-
1. perkenalkan cara sebutan setiap perkataan dengan betul ikut English International. Bila dengar kat luar kelas, macam bunyi anak mat saleh tengah belajar.
2. Tambah satu matapelajaran baru iaitu Communication skills
3. Kaedah pembelajaran dua hala iaitu bukan saja guru yg mengajar tapi murid murid kena buat presentation dalam English. Untuk lebih menarik lagi, presentation dalam bentuk power point, slide show, round table discussion, VIVA dan sebagainya. Barulah anak anak kita teruja, lebih yakin dan bagus pertuturannya.
4. Setiap peringkat peperiksaan ditekankan kedua dua aspek iaitu teori dan practical. So, ujian VIVA adalah wajib untuk semua matapelajaran untuk menilai communication skills setiap pelajar.
5. VIVA dimasukkan ke dalam setiap peperiksaan yg penting seperti SPM, STPM dan seterusnya.
6. dalam masyarakat IT ni, saya rasa BI yg diperlukan adalah English for science and technology bukannya BI yg berbunga-bunga macam zaman Romeo and Juliet..

Maaf Dato’ terpanjang sikit sebab banyak sangat pula nak ditulis. Banyak lagi cadangan tapi cukuplah. Sekian TQ.

idocare7 said...

Tun mungkin antara orang paling bijak di Malaysia, tetapi tidak semua keputusan yang Tun buat betul. Lebih 20 tahun Tun memerintah Malaysia dan parti terbesar iaitu UMNO. Tetapi adakah Tun berjaya mendidik orang-orang UMNO? Lihat sahaja apa yang jadi sekarang. Tidak perlu menyalahkan Pak Lah seorang kerana Tun pun ada saham sama kerana dia lebih lama memerintah. Satu masa yg lama tetapi Tun gagal mendidik ahli partinya sendiri. Tidak dinafikan Tun dapat membangunkan pembangunan fizikal Malaysia tetapi tidak yang lain2. Jadi kenapa harus kami ikut kata Tun lagi. Kami berjiwa besar, kami yakin Bahasa Melayu dipertanggungjawabkan oleh Tuhan kepada kami dan kami harus rasa berbangga memilikinya dan berusaha memperkasakannya. Lagipun bukan kerajaan sekarang hendak meminggirkan B. Inggeris pun.

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Pak Kadir,
Selepas satu-satu keputusan pemerintah kita mulai nampak ke mana akhirnya kerajaan kita ini. So just satu jea soaalan saya : APAKAH ORANG MELAYU SEKARANG INI MEMPUNYAI NILAI POLITIK SEBAGAIMANA ORANG BUKAN MELAYU DI MATA PEMERINTAH?. Terima kasih.

Mr. Mahid said...

Dato', saya tampalkan blog entry saya di sini. Pendapat ini juga sudah saya tampalkan di chedet.cc

ini sekadar memberi pendapat kepada pengikut2 blog Dato'.


1. Satu tindakan yang bijak daripada Kerajaan.

2. Kerajaan melalui Menteri Pelajaran, Dato' Seri Muhyiddin Yassin mengumumkan pada 8 Julai 2009 bahawa PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012. Matapelajaran Sains dan Matematik akan diajarkan menggunakan bahasa ibunda pelajar masing-masing.

3. Tindakan ini bijak kerana boleh menyambung kelangsungan politik UMNO dengan mendapat sokongan orang-orang Melayu di kampung pedalaman yang hanya boleh bercakap dan faham dalam Bahasa Melayu.

4. Dan bijak kerana boleh menyambung kelangsungan politik Barisan Nasional dengan mendapat sokongan segelintir orang-orang bukan Melayu di bandar-bandar besar yang tidak suka dasar PPSMI ini kerana taksub dengan bahasa ibunda masing-masing.

5. Bijak kerana Kerajaan mendengar keluh kesah segelintir warga pendidik yang malas. Malas hendak belajar Bahasa Inggeris walaupun mereka boleh dengan segala kemudahan dan peralatan yang disediakan. Malas untuk mendidik anak-anak kita menggunakan bahasa utama Sains dan Teknologi.

6. Bijak juga kerana kita mendengar rengekan segelintir anak-anak Melayu yang manja di kampung-kampung kerana mereka tidak faham bila diajar Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Merengek untuk mendapat A dalam matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah di kampung tetapi mati minda apabila berpindah ke Universiti atau Matrikulasi dan kelu lidah di majlis-majlis ilmu untuk berkongsi pendapat dan pengetahuan dengan bangsa-bangsa asing.

7. Keputusan telah pun dibuat. Lagipun, kerajaan telah memaklumkan keputusan ini berdasarkan kajian menyeluruh yang dibuat selama 6 tahun. Mesti banyak fakta dan data telah diterima oleh Kementerian.

8. Tapi, fakta apa? Dan data siapa?

9. Ini kerana jika kita rajin membaca tulisan-tulisan pembaca akhbar Utusan Malaysia (golongan pembaca Melayu dari bandar dan kampung) dan akhbar The Star (golongan pembaca Cina, India dan Melayu dari bandar), kita dapat rasakan satu sokongan padu terhadap dasar PPSMI ini. Ini menunjukkan juga pihak akhbar amat mendokong dasar ini.

10. Jadi di mana silapnya? Adakah Kementerian mendengar maklumat dari pihak yang salah dan berkepentingan, seperti contoh, pihak yang menjuarai isu memartabatkan Bahasa Melayu tetapi tidak membuat apa-apa ke arah itu?

11. Tanya saja kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Apa peranan mereka untuk memartabatkan keilmuan di dalam Bahasa Melayu selama 50 tahun Malaysia merdeka? Berapa banyak buku-buku ilmiah dan bukan ilmiah yang diterbitkan oleh mereka di dalam Bahasa Melayu?

12. Tanya saja kepada pihak IPTA. Berapa banyak pula buku ilmiah yang diterbitkan di dalam Bahasa Melayu yang boleh diguna pakai oleh budak-budak Melayu di kampung-kampung untuk mempelajari ilmu Sains dan Teknologi.

13. Ataupun adakah suara rakyat yang diluahkan melalui akhbar-akhbar tidak dihiraukan oleh kerana mereka ini hanyalah rakyat biasa yang sudah boleh sedikit sebanyak berbahasa Inggeris hasil pelaksanaan dasar PPSMI tersebut?

14. Bijakkah Kementerian Pelajaran kita?

hafiz said...

CARA SESEORANG BERCAKAP DAN MENULIS TERUS DAPAT MENGGAMBARKAN TAHAP PEMIKIRAN, TINGGI - RENDAH, BAIK - BUSUK. JIKA GAYA TULISAN SUKA MENYINDIR, MERENDAHKAN ORANG LAIN TANPA SOKONGAN FAKTA DAN KAJIAN, TAHULAH KITA TAHAP KEBIJAKSANAAN DIRI SENDIRI.
BIARLAH BERAPA RAMAI SETUJU ATAU BERAPA RAMAI YANG TAK SETUJU. YANG PENTING SESUATU PERKARA MESTI DIBERI PADA YANG AHLI.

sridzuan said...

najib is a populist

pencetus stratigic vision said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum,
Kita bersyukur melalui blog Dato' kita tahu serba sedikit pemikiran orang Melayu khasnya dan bukan Melayu amnya.

Orang Melayu terdahulu jauh pandang mereka berbanding sebahagian dari kita yang terburu-buru membuat keputusan .

Ada orang berpendapat DEB membataskan orang Melayu kepada 30%kepentingan negara sahaja walhal ianya patut lebih dari itu.Sebenarnya kerajaan dan rakyat pada masa dasar itu digubal sedar bahawa keseimbangan pengagihan hasil negara sangat penting bagi keharmonian dan keselamatan negara. Memanglah jumlah yang perlu dipegang Bumiputera idealnya adalah 70%. Setelah tawar menawar maka telah diputusan kerajaan bertanggung jawab menentukan sekurang-kurangnya 30% kepentingan negara hendaklah diperuntukan bagi bumiputera. Ini tidak bererti bumiputera terhad kepada 30%. Mereka boleh berusaha mendapat sebanyak mungkin mengikut kemampuan mereka.Kerajaan bertanggung jawab menentukan sekurang-kurangnya 30% dipegang oleh bumiputera untuk menentukan terjaminnya keharmonian dan keselamatan negara.Apa yang dikesalkan sebahagian besar dari rakyat mengapa pada masa genting ini kerajaan memilih untuk menukar dasar yang telah dipersetujui oleh semua pemimpin negara (selepas tawar-menawar ) dahulu.Mengapa kita tidak kekalkan dasar itu disamping mencari jalan yang lebih baik untuk mencapainya jika ada.

Bersabit dengan bahasa pula orang tua kita dahulu melihat bahawa bahasa Melayu adalah yang ke 5 pengaruhnya di Pertubuhan Bangsa Bersatu.Tanah Melayu boleh menjadi pengerak utama mewujudkan ekonomi ,sosial , bidang keilmuan berteraskan bahsa Melayu pada masa itu.

Melayu sudah mula kurang jati diri.Mereka tidak berkerjasama serantau seperti apa yang berlaku di Eropa bagi menjana perkembangan ilmu dan ekonomi setempat. Di Malaysia sebahagian dari pemimpin kita lebih rela menjadi pengguna pihak barat. Mereka tidak mempunyai semangat seperti Iran dan Korea Utara dalam membangun kemajuan sains dan tenologi dalam bahasa mereka. Pihak Barat dan sekutu-sekutunya tidak mahu melihat Iran dan Korean Utara membangun kuasa nuklear mereka sendiri. Mereka menawar kepada kedua-dua negara tersebut kemudahan nuklear yang mereka ada supaya mengekalkan kedudukan eksklusif mereka sebagai peneraju dalam bidang tersebut. Orang tua kita mengharapkan kita menjadikan bahasa kita sebagai bahasa perhubungan dan bahasa ilmu. Nampaknya setengah dari kepimpinan kita berat dalam hal tersebut. Mereka lebih suka mengikuti jalan pintas dengan berkiblatkan Barat termasuk mengagong-agongkan martabat bahasa Inggeris. Apa yang kita perolihi dari sikap tersebut. Sebahagian besar dari industeri pembuatan kita adalah industeri pemasangan untuk dieksport. Kita tidak mempunyai teknologi hakiki hanya sebagai negara yang menyediakan tempat untuk orang lain mendirikan kilang dan menyediakan buruh murah.Apa bila kilang ditutup semasa zaman ekonomi tidak menentu ini maka huru-haralah negara.

Bayangkanlah jika kita dari dahulu berkerjasama memajuku ekonomi serantu rumpunan Melayu mungkin kita bolih jadikan Indonesia sebagai pengeluar peralatan penerbangan (seperti membuat kapalterbang ),Malaysia sebagai pengeluar otomobil (pembuat kereta , bas dan sebagainya ) , Philipina menyediakan jurusan perkhidmatan , kita pasti sudah bolih berdiri dengan yakin diri dan tidak bergantung kepada ekonomi Barat yang sebahagian besar darinya meliputi spekulasi yang tidak pasal-pasal menjadikan ekonomi dunia huru-hara.

Saya tidak menafikan adalah penting mempelajari bahasa kedua atau ketiga tetapi janganlah menutup perkembangan bahasa kita. Amat mudah untuk meningkatkan kebolihan bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris. Gunakan cara pembelajaran dahulu dengan membuat murid-murid membaca , membuat ringkasan apa yang dibaca (comprehension ), adakan perbahasan dan sebagainya. Saya difahamkan pada masa sekarang penekanan diberi menjawab soalan secara objektif yang tidak menggalakkan seseorang bertutur.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Petaling Jaya.

Anonymous said...

Salam Datuk,

Saya post (lebih kurang) begini diblog lain tapi tak disiarkan, kenape ek ?

----
I thought Tun AAB was the only one trying to undo things that Tun MM did.

Now, DSNTR is following Tun AAB footsteps.
----

Adekah 'one step backward' ni boleh 'one leap forward later' ?

Atau 'one step backward' ini akan jatuh tersungkur kerana kita berada ditingkat teratas bangunan dan belakang kita hanya jalan raya yg nun dibawah.

Hanya ucapan kesal atas keputusan (servival) kabinet untuk PRU13 nanti.

Nani Cheras

MNB said...

Salam Datuk,

Penggunaan BM dalam mata pelajaran yg asasnya dibina dalam bahasa Inggeris mengingatkan saya pada zaman di universiti dulu bila pensyarah mengajar Undang-undang dalam dlm bahasa M'sia. Bunyinya lebih kurang begini:-
Akta ini TIDAK BERPAKAIAN (inapplicable) di Malaysia... Kami yg di tahun 1 masa itu hanya mampu tersenyum mendengarnya.

A KADIR JASIN said...

Sdr Hafiz,

Sdr mungkin orang muda. Menjadi orang muda, kita berhak membuat kesilapan. Kalau dipanjangkan usia, ada banyak lagi masa untuk menebus kesilapan.

Saya sudah tua. Dan mungkin saya terperangkap dalam dunia yang saya tahu. Dunia yang memberikan saya ilmu, idealisme, prinsip dan perjuangan.

Siapakah orang Melayu dan orang Malaysia yang memonopoli pemikiran, membentuk minda dan menguasai pendapat umum?

Orang yang tahu bahasa Inggeris. Malangnya, di kalangan mereka ada yang munafik, hipokrit ... memutarbelitkan kata-kata.

Kepada massa mereka kata nobatkan bahasa Melayu. Daulatkan bahasa Melayu. Perjuangkan bahasa Melayu.

Tetapi dalam kelompok eksklusif mereka, mereka berturur bahasa Inggeris dan menghantar anak cucu mereka ke sekolah swasta yang berlandaskan bahasa Inggeris.

Mungkin orang sebegini perlu didedahkan. Mereka bercakap mengenai kesamarataan, tetapi mereka membina kelompok feudal baru untuk terus membelenggu Melayu massa.

Saya bangga dan bersyukur dapat menguasai dua bahasa ini. Saya juga bangga kerana anak-anak saya berdaya maju dan menguasai dua bahasa walaupun pergi ke sekolah kebangsaan.

Terima kasih.

Cikgu Metal said...

Yang Berbahagia Dato’,
Kalau kita ada buah rambutan yang sedang meranum, tapi buahnya tinggi melangit, maka kita ada dua pilihan. Sama ada kita panjat sendiri pokok rambutan tersebut, atau kalau kita terasa gayat di tempat yang tinggi, kita gunakan sahaja galah. Galah kita itu mestilah bersesuaian dengan kemampuan kita. Dan yang lebih penting, galah kita itu mesti mampu mencapai rambutan yang tinggi melangit. Kalau galah kita itu nampak cantik, sebab diimport dari Amerika atau England, tapi kalau tak mampu digunakan, maka rambutan yang melangit itu akan hanya membusuk di tangkainya. Paling-paling pun mungkin akan dimakan tupai dan monyet sahaja.
Begitu juga dengan Matematik dan Sains. Belajar dalam bahasa penjajah memang nampak “class” dan “smart”, tapi apa gunanya kalau banyak anak Melayu di desa yang terkial-kial nak memahaminya. Apa gunanya sesuatu ilmu kalau tidak difahami? Enam tahun kita menjadi bangsa “yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran!”. Berapa tahun lagi yang harus kita korbankan anak-anak bangsa?

Kalau dahi kita yang luka, mengapa pula kepala lutut yang kita bebat?

Anonymous said...

YBhg Datuk AKJ,
Tahniah dengan tulisan datuk yang mudah, kaya dengan kata-kata peringatan nenek moyang kita tetapi penuh dengan maksud yang tersirat!
Saya di antara rakyat Malaysia yang begitu kecewa dengan keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI. Bukan saya tidak patriotik dan tidak mencintai bahasa saya sendiri, tetapi kita wajib realistik bahasa ilmu adalah dalam bahasa-bahasa yang datuk sebutkan dalam rencana. Oleh yang demikian untuk menguasai ilmu, kita wajib menguasai bahasa tersebut, ketepikan dulu sentimen kita!
Saya adalah seorang pesara tetapi masih memberi tuisyen kepada pelajar dalam mata pelajaran BM dan sejarah. Saya pernah bertanya pelajar (tingkatan 4 & 5) pandangan mereka tentang PPSMI.Secara sepontan mereka kata susuh!
Secara kebetulan topik sejarah yang diajar ketika itu adalah Kerajaan Islam zaman Bani Ummaiyah dan Abbasiyah. Jadi saya berikan hujah tentang faktor-faktor menyebabkan kerajaan Islam terbilang ketika itu. Mereka menguasai ilmu, buat penyelidikan ilmu baru di samping menterjemah dan menambah baik ilmu-ilmu daripada tamadun awal i.e Yunani dll. Saya terangkan kepada mereka bahawa sudah tentu mereka terpaksa dahulu menguasai bahasa tersebut. Begitu juga dengan masyarakat Eropah ketika itu dalam zaman kegelapan, mereka berusaha bersungguh-sungguh menguasai ilmu dan mereka gigih menguasai bahasa Arab. Akibatnya mereka menguasai dunia sekarang!
Apabila kerajaan mengumumkan pemansuhan PPSMI, saya kata kepada mereka, "sukalah awak sekarang"!. Ada antara mereka menjawab, "kita ini mengundur ke belakang"!
Datuk, ada lagi kata-kata peninggalan nenek moyang kita untuk panduan dan nasihat. Antaranya, kalau tidak dipecahkan royong mana kan dapat sagunya. Pemimpin kita mengambil jalan mudah untuk mengatasi masalah penentang PPSMI. Belum tentu keputusan ini akan akan menyebabkan mereka menyokong kerajaan. Yang saya takut akan timbul lagi tuntutan-tuntutan lain. Bila pilihan raya takut kalah lagi.
Saya amat merindui zaman TDM menjadi PM. Saya ingat piliharaya tahun 1999, kesan mata lebam AI menyebabkan undi Melayu lari ke pembangkang. Tetapi BN masih menang. Ini adalah kerana undi bukan Melayu masih pada BN. Kenapa ini terjadi? Mereka yakin dasar ekonomi TDM yang cemerlang. Saya masih ingat golongan bukan Melayu cuba ambil kesempatan mendesak itu dan ini selepas PRU. Saya tabik TDM bijak dalam menangani isu ini.
Ramai antara kita mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah. Walaupun cara itu mungkin tidak memberi kuntungan jangka pendek dan panjang. Mereka masih belum dapat menghayati pandangan jauh TDM. Nampaknya selamanyalah kita akan menjadi pengikut 'sains dan teknologi' dan bukan ketua atau pencipta 'sains dan teknologi'. Betapa saya amat meridui seorang lagi pemimpin seterbilang TDM!

Rakyat Setia

abdullahngah said...

sesiapa yang merasa sedih dengan keputusan yang dibuat oleh kabinet memansuhkan pengajaran BI dalam matapelajaran matematik dan sains akan ditukar kepada BM balik, mereka mempunyai otak pejajah, iaitu otak mujrimun.

Mujrimun memang benci dengan muslimun. Demikian syaitan.

Syaitan tidak pernah ajak manusia buat baik, kecuali kebaikan menenuhi hawa nafsu.

Hawa nafsu tidak larang minum arak, tetapi agama sahaja yang larang.

Hawa nafsu sangat cenderung dengan zina, kerana zina itu suatu yang tersangat lazat tapi agama sahaja yang larang.

Demikian juga fitnah. fitnah adalah kerja syaitan.

Jadi sesiapa yang sedih dengan keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI mereka berotak penjajah.

Tiada sebab melayu rugi jika BI tidak diajar pada mata pelajaran matematik dan Sains.

Malah melayu akan rugi besar jika BI diteruskan kerana ia berfungsi melahirkan rakyat otak penjajah.

menjadi generasi penjajah moden. Mereka ini kumpul duit hantar ke negeri penjajah setelah tidak habis bina istana.

Kalau dahulu pejahah yang datang ambikl hasil negara tapi sekarang peminpin sendiri yang hantar masuk dalam bank bank pejajah.

penjajah goyang kaki senang hati kerana orang melayu di malaysia sudah berjaya di didik jadi penjajah.

Orang mabuk minum arak terlalu banyak boleh cakap bahasa inggeris miskipun tidak tahu berbahasa Inggeris.

Jika bahasa Inggeris didewa dewakan sudah tentu mereka tergamak mempersendakan sendakan islam.

Macam TUN Dr Mahathir yang pernah senda sendakan Nabi suatu mas dahulu.

Fikir fikirlah wahai orang melayu yang tiada niat khianat bangsa sendiri dan hari jelas dan nyata mengkhianat bangsa sendiri.

Profesor Engku Aziz bukan keturunan melayu, tetapi dia berjiwa melayu.

Malangnya Tun Mahathir yang mengaku melayu tidak benci pada Melayu.

Jangan jadi macam Tun Mahathir yang mengaku Melayu tapi tidak pro Melayu.

Kenapa saya kata begitu? kerana beliau mahu BI dijadikan penghantar disemua sekolah di negara ini macam Singapura.Wal hasil balik asal.

sujini said...

Salam Hormat Datuk Hj.A Kadir,

Kenapa bersifat duduk diatas pagar?
Takut pendapat bercanggah dengan sahabat Datuk, pengasas PPSMI?

Datuk Hj, kita tidak akan mempunyai apa-apa penyesalan dan kesedihan dalam hidup sekiranya kita sedar akan kesilapan dan kelemahan sendiri dan mengaku akan kesilapan itu.

Paling mustahak kita perlu memaafkan diri kita diatas kesilapan yang telah dibuat kerana sebagai seorang Islam , sifat maaf memaaf adalah salah satu sifat yang terpuji.
Setelah kita sedar jalan yang salah itu maka kita bertekad untuk tidak melalui jalan yang sama.

Memang wajarlah kerajaan mengambil tindakan ," Walhasil Balik Asal...."
Saya tambah lagi, kalau sesat di tengah jalan balik ke panggal jalan.

Kita harus balik ke pangkal jalan.
Balik kepada apa yang telah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan .
Didalamnya tertulis , Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Resmi negara kita.

Tidak salah kita belajar bahasa kedua , ketiga dan keempat, tetapi hanya untuk menimba ilmu.
Sayugia diingatkan, dimasa yang sama kita orang Melayu patut menjunjung Bahasa Ibunda kita.

Sekiranya dirasakan Bahasa Melayu itu sempit dan lemah kita harus pergunakannya selalu dan ditokok tambahkan perbendaharaannya. Kita boleh pinjam daripada Bahasa Sanskrit, Bahasa Urdu atau Bahasa orang Peribumi, (Kadazan, Iban, Murut, Jawa, Kedah atau Kelantan sekali pun).

Bahasa Melayu ini kalau tidak diguna selalu maka ia ibarat tulang kaki orang yang lumpuh. Orang lumpuh tidak boleh berjalan. Akibat daripada lumpuh ini, lama kelamaan kelihatan kaki tersebut mengecil. Oleh itu walau pun lumpuh Doktor nasihatkan kaki itu dibawa bersenam melalui fisioterapi. Dengan cara ini akan menguatkan tulang kaki tersebut.

Janganlah Datuk Hj merasa rendah diri. Semua orang tahu , sekurang-kurangnya pengikut blog ini bahawa Datuk Hj seorang Ahli Persuratan, Ahli Bahasa dan penegak Bahasa Melayu.

Kalau tidak masakan Datuk Hj menolak permintaan seorang pembahas di ruang "Wajarkah DEB diKorbankan kerana Undi Minoriti?" untuk mengalih bahasakan ke Bahasa Inggeris.

Akhir kata , sebab " Walhasil cari fasal itu fasal tak hasil."
( Saya ingin tambah lagi disini :- Anak saya bertanya , " Why the need to mend something when it's not broken?")

Selamat beristirehat di hujung minggu.

mustafa ht said...

salam dato.betul kata dato belum habis satu,satu lagi timbul.kalau dari dulu kita stick dgn bahasa tak jadi kalut macam ni.UMNO,UMNO.TunM lah dulu pandai pandai.saya tak setuju dgn balik asal ke bahasa ni. bukan tak suka bahasa.tapi tak setuju
dgn dasar yg tak tegas.flip flop
nampaknya bukan hakPakLah saja.sekarang pun sama.yg jadi
mangsa ialah anak cucu kita.tak lama lepas 2012(kalau Umno masih memerintah)akan
tukar balik ke bahasa inggeris sebab
masa tu nanti bukan-melayu yg dah
dapat bahasa ibunda mereka sekarang
akan mendesak supaya bahasa tersebut di teruskan ke sekolah
menengah.UMNO takut lalu akan ber
kompromi 'ok kita guna bahasa inggeris' untuk mengendurkan desakan.begitulah UMNO. sentiasa takut nak guna kuasa.UMNO masih
tidak mengakui bahawa ramai graduan
UKM yg berbahasa melayu berjaya
mendapat ijazah lanjutan drp univer
siti luar negara yg menggunakan bahasa lain.bermakna lulusan bahasa
melayu sudah teruji boleh maju.pokoknya mereka
diasuh untuk maju.bukan dijadikan
bahan untuk political mileage.

jabsp said...

Dato,
Selagi diamalkan politik memihak selagi itulah apa saja yang dilakukan olih pihaknya dikatakan betul walaupun nalurinya ia mengatakan salah.
Orang poliik kadang kala cekap dalam menipu dan memutar belit kenyataan demi mempertahan apa yang dilakukannya.
Dalam semua ulasan,dalam semua perbincangan,dalam semua forum TIDAK ada seorang pun yang menyatakan BI tidak penting.Tetapi majoriti mengatakan menjadikan PPSMI itu yang salah.Prof DiRaja Engku Aziz tidak semesti betul dalam semua perkara,tetapi ulasan beliau berkaitan PPSMI memang tidak bolih dipertikai.Sejak mula hingga sekaang beliau tetap dengan keputusan ini.
Umum didedah dalam UMNO sendiri terdapat kelompok yang menentang PPSMI terutama UMNO Johor tetapi demi politik berkepentingan suara daripada "anak sendiri terus diabaikan". Jika tidak berkepentingan seharusnya tidak perlu tunggu hingga 2012 untuk dihapuskan dan tidak perlu tunggu Manik Urai dijadikan lokasinya.

Anonymous said...

Tok,

Dedahkan mereka yang hipokrit...dedahkan di mana anak-anak mereka belajar.

Blues Kampung

NJ said...

Salam Sejahtera Dato',

Mengambil kesempatan atas isu PPSMI ini, saya ingin komen sedikit atas isu penggunaan bahasa. Izinkan saya menggunakan bahasa Inggeris.

I have come across comments by others made elsewhere which were made when discussing the topic PPSMI. The comments touched on language.

One commentator began with “What do you call a monolingual?”. One responded as “monoglots?” while another wrote “moron-lingual” when a monolingual was seemed to be compared with bi-lingual and multi-lingual.

The question of “multi-lingual” need not asking because I am sure everyone would like to be as multi-lingual as he/she can be. But “Are you even a mono-lingual?”, I feel, is a MUST question. Think basic first, and the “desirous” should only come after you settled the basic question.

When I followed the Wikipedia link given for a “monoglot”, the explanation was, “monoglot” seems to refer to those Americans, Australian, British etc where they have a singular language, namely English. Their National Language is also an International Language.

So I wonder why such ridicule against a so-called “monoglot”? I will be very proud when my national language is also an international language.

Now, for a “moron-lingual”, seems like a picture painted over a “mono-lingual”. Let us now compare ourselves with a mono-lingual. A mono-lingual has one language, what about us?

Are we “anything-can-la-but-not-a-single-thing-is-lingual?” Look at ourselves. The National Language is Bahasa Malaysia but everyone seems to be at liberty to speak and uphold any possible language that exists within this country. You, me right up to the Prime Minister! It seems the chineses are at liberty to speak hokkien, cantonese, mandarin etc where as Indians the tamil or what ever else language there is. The Ibans, Kadazans, Muruts, Bajaus etc have their own languages but at least their languages are the languages of the Pribumis. The Malays seem to have been silenced on Jawi. All of these are in the face of Rukun Negara & Perlembagaan Persekutuan Malaysia which states the national language of Malaysia is Bahasa Malaysia. Tinggal air liur saja? Cakap tak serupa bikin?

When discussing PPSMI, we seem to get ourselves confused. Are we voicing out for Science & Mathematics or are we voicing out for the use of Language? Are we a “confused-lot” as opposed to a “monglot?” which our “anything-can-la-but-not-a-single-thing-is-lingual”? How moronic are we then when compared to those of “mono-lingual”, the so-accused “moron-lingual”?

Oleh itu, demi kedaulatan Bahasa Kebangsaan, saya ingin menyerukan kepada kempen SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA. Tandatangan petition di sini

Iszad Jeffri said...

Pada pendapat peribadi saya, tindakan mengundur semula pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu lebih kepada survival politik, bukan kepada daya untuk meningkatkan kemajuan anak bangsa kita dalam Matematik dan Sains.

Perlu diingatkan, PPSMI tidak lah untuk meningkatkan tahap penguasaan dalam bahasa Inggeris tetapi lebih kepada meningkatkan kemahiran kita dalam ilmu matematik dan sains. Amat jelas, apabila pelajar melangkah ke alam universiti untuk ambil engineering, matematik dan sciece related course, rata-rata journal, buku teks dan artikel adalah dari bahasa Inggeris.Lebih2 lagi pada masa akan datang, kita sibuk untuk menyediakan institusi kita sebagai hub pendidikan tinggi rantau ini yang mana sudah tentu medium pengajaran dalam Bahasa Inggeris dan pelajar kita mesti berupaya bercakap mengenai sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris.

Sepatutnya, ia dikekalkan dan satu mekanisme harus diperkenalkan supaya 'handicap' diberi kepada sekolah luar bandar cth dari segi peratusan markah lulus yang lebih rendah, supaya berlaku adil kerana di sekolah luar bandar, sukar untuk mendapat peluang seperti kelas tuisyen dan capaian Internet mungkin rendah. Tetapi sekurang2nya usaha perlu dilakukan awal supaya generasi muda selesa untuk berkomunikasi berkenaan sains dan math dalam bahasa Inggeris.

Kenapa Kerajaan hari ini begitu manjakan rakyat sehingga tidak sedar bahaya globalisasi pada masa akan datang? Walaubagaimanapun saya setuju dengan usaha Kerajaan untuk memantapkan kembali pengajaran bahasa Inggeris.

Tetapi tiada satupun langkah dilaksanakan bagi memartabatkan Matematik dan Sains. Bagaimana kita hendak menjadi negara maju jika Matematik dan Sains tidak kita kuasai?

Saya lebih takut dan khuatir dengan masa depan anak2 saya akibat kepincangan dasar sedia ada. Pejuang bahasa, ahli politik dan penggerak cauvinis boleh berbangga dengan 'perjuangan' mereka mentang2 anak mereka sudah berjaya di menara gading dan mampu berkomunikasi dalam kedua2 bahasa dengan baik.

Jangan sampai (mungkin sudah adapun) orang ramai tidak percaya lagi dasar Kerajaan berkaitan pendidikan tidak mampu memberi masa depan yang cerah untuk anak2 mereka sehingga ada antara ibu bapa sanggup menghantar anak2 ke kelas tambahan dan tuisyen bagi meneruskan minat anak2 belajar matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris.

wanbaki said...

Ayuh pejuang Bahasa Melayu, jangan lah jadi barua kepada suku-suku tertentu. Ayuh kita turun ke jalan-jalan raya unutk menentang pembelajaran dalam bahasa tamil dan bahasa cina kerana MEMPERJUANGKAN BAHASA MELAYU...

AKU CABAR PEJUANG BAHASA MELAYU INI AGAR BERJUANG SUPAYA SEMUA SEKOLAH MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU UNUTK MENGAJAR SAINS DAN MATH.

ADAKAH MEREKA INI..PEJUANG-PEJUANG BAHASA MELAYU SUDAH HILANG MARUAH UNUTK MEMERTABATKAN BAHASA MELAYU.?

mad1 said...

najib is a hypocrite populist copycat

ajai62 said...

Salam Dato'

Saya sangat kecewa kerana dasar PPSMI dimansuhkan. Hak anak2 saya untuk memperolehi ilmu untuk kesejahteraan masa depan mereka dihancurkan oleh manusia2 yang bertopengkan modal bahasa yang pada saya telah didaulatkan sejak zaman nenek moyang kita.Kalau nak mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kenapa masih perlu ada sekolah bahasa cina dan India.Adakah 2 bahasa itu nak didaulatkan sebagai bahasa kebangsaan wahai pejuang bahasa...Apa hak mereka untuk merampas hak anak2 saya untuk menimba ilmu?.

dan kajang said...

As'kum Dato',

1. I have made my comment in your earlier posting though the topic was not related to PPSMI. I simply couldn't wait to forward my comment on the stupid decision by the goverment.

2. To me the decision was purely political. The polical survivor by the present goverment. They simply dictate the song played by the opposition. They thought their stupid decision will secure their winning in the next GE13. I don't think the goverment cares of what will happen to the present student if they will be backward in the Science & Maths in the near future. My simple analysis on the decision is it will be the advantage to the opposition. It will end up with the losing of support from the rakyat to the BN goverment.

3. To me the decision made is a mistake. Not only to the nation but most of all to the future generation. The goverment should realise that the teaching of English as a subject and the teaching of Science and Maths subjects in English is two difference thing altogether. A persons can be good in English but if the subjects are thought in Malay then if will still be a handicap and difficult for a student to master the subjects.

4. The goverment should not reverse the decision on PPSMI just because their study showed the result was not up to their expectation. They should realised that the 6 years period of implimentation will definately not show the best result. They instead should improve the teachig technic of the teachers. These teachers are a paid teachers and not a voluntary. So improve them and not reverse the decision.

5. Jika benar Kerajaan mahu menghadapi dunia globlisasi maka anak2 kita perlu diajar berani menghadapi cabaran, bukan tukar keputusan semata kerana mereka susah untuk lulus. Kita hendak generasi akan datang yang berkualiti bukan yang takut menghadapi cabaran.

pakbelalang said...

Saya memang nak anak cucu saya belajar orang putih pasal bapak saya susah payah hantar saya dan adik beradik saya belajar sekolah orang putih (English medium school). Bapak saya tak sekolah orang putih dan tak tahu sepatah haram pun cakap orang putih, tapi dia telah buat keputusan yang bijak hantar semua anaknya sekolah orang putih di bandar Muar, Johor sungguh pun sekolah kami jauh dari bandar lebeh kurang 10 batu. Keluarga saya duduk di pendalaman kampong tanpa bekalan air dan elektrik diwaktu tahun 50han. Banyak kawan-kawan kampong yang seangkatan dengan saya yang sekolah English medium telah berjaya dalam career mereka. Ada yang jadi professor, doctor, lawyer dan juga politician. Dan saya dapat berkerja digedung syarikat orang putih.Saya rasa mereka semuanya juga bersyukur dan berbangga kerana bapak mereka menghantar mereka ke sekolah orang putih sedangkan sekolah Melayu ada berdekatan di kampong. Bapak saya berwasiat kepada adik beradik saya supaya cucu-cucunya mesti sekolah orang putih dan pandai cakap orang putih.

Jadi saya beruntung boleh cakap orang putih, cakap jawo dan of course pandai cakap Melayu lah !! he, he,he, kah, kah, kah.

Rasa saya sasterawan-sasterawan yang berdemo tempoh hari juga fasih berbahasa Inggeris kerana bapak mereka pun bijak menghantar mereka ke sekolah English medium.

Jadi mengapa mereka sekarang cuba menghalang anak-anak orang lain untuk belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Adakah itu adil? Anak mereka bagaimana pulak?

PPMSI gagal bukan kerana sistemnya tidak baik tapi Menteri dan Perdana Menteri pada ketika itu lembab dan kuat tidur tidak memberikan perhatian yang wajar untuk memperbaiki infrastraktur supaya ianya tidak mengalami kegagalan hinggakan ibu bapa di luar bandar meragui tentang keberkesanan PPMSI. Akhirnya apa sudah jadi. Semuanya dah jadi bubur !!

For heaven sake, please forget about being too nationalistic as far as getting knowledge is concerned.

Shah said...

DAKJ,
Saya membuat komen melalui pengalaman saya dan anak-anak saya. Empat dari anak saya belajar sebelum ada PPMSI. Hanya seorang ambil PPMSI, dia baru memasuki program foundation. Saya belajar di sekolah menggunakan bahasa Melayu sampai darjah 6, selepas itu di sekolah menengah dan universiti menggunakan bahasa Inggeris.
Keputusan LCE dan Senior Cambridge saya dalam matematik dan sains tidak bagus.Tetapi penguasaan bahasa Inggeris saya bolehlah di letakkan di tahap 'A'. Pada pandangan saya kemampuan saya ini boleh sumbangkan oleh beberapa faktor. Pertama, kerana semua subjek yang diambil di sekolah dan universiti adalah dalam bahasa Inggeris, kecual subjek Bahasa Melayu dan Ugama.Di samping itu saya mengambil juga English Literature semasa di sekolah menengah yang mana kita kena membaca banyak karya-karya klasik dan moden dan sajak dalam bahasa Inggeris ( karya-karya Shakespeare,Charles Dickens).D
i luar sekolah, saya rajin membaca buku-buku, majalah-majalah dan akhbar berbahasa Inggeris( termasuk majalah kartun BEANO,DANDY dan MAD). Masa lapang tengok filem Elvis Presley , John Wayne atau James Bond atau siri The Saint,Mission Impossible atau Dallas.Kalau dengar radio dengarlagu-lagu Cliff Richards atau Matt Monroe.Dari segi pergaulan pula, kerana sebahagian dari dunia persekolahan saya adalah di sekolah yang multi-racial, hendak tak hendak kami berbicara dalam bahasa Inggeris.
Kalau berasaskan kepada pengalaman saya seperti di atas, maka kalau objektif kita ialah untuk meningkatkan kualiti penguasaan bahasa Inggeris, maka nampaknya bahasa pengantar di semua sekolah perlulah dalam bahasa Inggeris, di samping dipaksa murid-murid mengambil English literature. Adakah ini betul? Saya juga ada rakan-rakan pelbagai bangsa yang melalui pengalaman pendidikan yang sama, tetapi bahasa Inggeris mereka tidaklah setaraf dengan saya ( bukan angkat diri sendiri).Ada juga rakan-rakan saya berbangsa China yang bahasa Inggeris mereka berterabur tetapi keputusan matematik dan sains mereka cemerlang.
Anak-anak saya pula belajar di sekolah rendah dan menengah dengan menggunakan bahasa pengantar Bahasa Melayu, kecuala matapelajaran bahasa Inggeris.Keputusan bahasa Inggeris mereka semuanya A1`, begitu juga Matematik Moden dan kredit tinggi dalam matapelajaran sains yang lain.Kemudian mereka ke Universiti , ada yang dalam negeri dan ada yang di luar negeri, tetapi menggunakan bahasa Inggeris pula sebagai bahasa pengantar.Pada pemerhatian dan penilaian saya , penguasaan bahasa Inggeris anak-anak saya itu, samaada lisan atau tulisan adalah cemerlang, bahkan mungkin lebih baik daripada saya, terutamanya bila saya membaca blog-blog mereka. Maknanya, walaupun matapelajaran matematik dan sains diajar dalam bahasa Melayu, ia tidak menjejas kebolehan mereka dalam bahasa Inggeris.Kemungkinan besar mereka menjadi begitu kerana faktor-faktor lain dan luaran.
Kesimpulannya, idea dan hipotesis Tun Mahathir bahawa penguasaan bahasa Inggeris dan matematik dan sains boleh dicapai serentak melalui PPMSI adalah sesuatu yang tidak terbukti, dan terus kekal di tahap hipotesis sahaja.Pada pandangan saya, yang lebih penting ialah memperbaiki sistem pengajaran bahasa Inggeris di sekolah supaya lebih berkesan di samping menggalakkan penuntut-penuntut membaca bahan-bahan bacaan dalam bahasa Inggeris, mendengar dan melihatbahan-bahan audio-visual dalam bahasa Inggeris, berbual dalam bahasa Inggeris dan sebagainya. Mungkin itu lebih berkesan.

pakbelalang said...

Nine experts join economic advisory council


PETALING JAYA: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has appointed nine experts to the National Economic Advisory Council (NEAC).

comment:

Najib should consider inviting Jeffrey Sachs, the Director of The Earth Institute who has written a book "The End of Poverty". Maybe he could give some valuable input.

tano kemalak said...

salam. funny thing about this english in maths and science, as told by some teachers, the koreans and japanese are following our footsteps in using english and it had been proven to be a good way of teaching and more than 80% of our students tried to answer questions in english and yet it was found that the style is not good...???

Man Memali said...

Datok,

Banyak orang cakap fasal Bahasa Inggeris, fasal Bahasa Melayu.

Kasihan, tiada orang nal bincang fasal BAHASA ARAB, bahasa AL-Quran.
Bayak orang tahu baca tapi tak faham tapi lebih banyak lagi yang tak tahu baca Arab.

Ini akibat "ghazwatul fikr" yang telah melanda umat Islam. Inilah hasil UMNO dulu memansuhkan Sekolah Agama Rakyat.
UMNO, UMNO . Dalam Ekonomi pun tak capai matlamat . Dalam Hal Agama pun semakin jauh dari sasaran sebenar.

Kenapa kita tidak wajibkan Anak Orang Islam belajar Bahasa Arab? Supaya mereka tidak buta Al-Quran nanti.

Ahmad Syukri said...

Yang tersirat itu sebetulnya jelas. Saya tidak menyangkal bahawa bahawa BI itu penting tetapi proses implimentasinya terlalu banyak kelemahan dan mudarat pada nank bangsa.Sebaaiknya ia dikaji dan ditambahbaikkan. Malangnya, dinegara kita ini kepentingan politik melangkaui segalanya.

buyong said...

Dari pembacaan saya, dari segi penguasaan bahasa Melayu maupun kesusasteraan bahasa melayu, kalau tak setanding pun, Dato' adalah lebih bagus daripada Sasterawan negara Samad Said. Bahasa yang indah, maksud yang jelas.

Dari segi penguasaan bahasa ingeris, Dato jauh lebih bagus dari Samad Said. Berilmu, berpengetahuan dan berwawasan.

Cuma Samad Said bertopengkan janggut putih yang panjang mengurai, kelihatan hebat bagai pendeta dari kayangan yang melagukan ayat-ayat sekerat yang tak siapa memahaminya termasuk lah dia sendiri (mungkin).

Ramai anak2 muda yang memilih jalan singkat untuk jadi sasterawan terpengaruh dengan cara ini. Lihat saja di Central market, suatu waktu dahulu, ramai anak2 muda yang berambut panjang, berjean lusuh, berkaca mata bulat, duduk di tepi sudut dan cakap merepek melewati 7 petala langit dan 7 petala bumi. Sasterawan lah tu kununnya.

Sayang seribu kali sayang, sasterawan negara cuma melompat2 dalam tempurung sempitnya.

saji said...

Salam Dato',

Kerja pembinaan bangunan boleh dipercepatkan dengan dua cara berikut:

1. Menggunakan dry construction technique atau melibatkan penggunaan bahan binaan utama jenis kering seperti besi, kayu dan precast concrete,

2. Menggunakan kontrak pembinaan jenis fast track atau cara cepat seperti Turnkey, Design and Build dan Managemant Contract.

Maksud saya, kalau tidak menggunakan salah satu daripada dua cara di atas, maka akan terjadilah kejadian bangunan runtuh ketika pembinaan, runtuh selepas pembinaan seperti Stadium Sultan Mizan di Trengganu dan mengalami kecacatan berterusan.

Jika kita kaitkan dengan isu PPSMI,
maka salahkah jika diperkatakan bahawa Dr M dan UMNO sekali gus merupakan golongan yang tidak tahu membezakan diantara membangunankan manusia yang ada roh dengan benda mati seperti bangunan?

Dengan maksud, membangunkan manusia tidak boleh dicepatkan kerana memerlukan perancangan dan mengambil masa yang lama, berbanding dengan benda mati?

farouq said...

datuk...disini saya ingin mengucapkan
"tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga" kepada a. samad said, gapena,pejuang demonstrasi jalanan,tun abdullah badawi,Dr Mohd Puad Zarkashi,Dato' Haji Abdul Ghani Othman seta semua yang terlibat yang berjaya memansuhkan PPSMI...anda semua adalah hero bangsa yang berjaya mengubah dan memperjudikan masa depan anak bangsa anda...

disini saya ingin menceritakan sedikit mengenai hidup saya ini..saya bersekolah rendah dan menengah di kampung saya...belajar dalam bahasa melayu ketika itu...di setiap peperiksaan boleh dikatakan saya mendapat keputusan yang baik dan memberangsangkan...ibu bapa saya begitu gembira...di sekolah menengah saya mengambil jurusan sains tulin dan cita-cita saya ingin menjadi jurutera supaya dapat membantu ibu bapa saya yang hidup sederhana ini...apabila keputusan spm keluar dan keputusan saya bagus dan layak untuk ke ipta saya telah memohon untuk ke matrikulasi UIA di dalam bidang kejuruteraan...Alhamdullilah saya berjaya memasuki matrikulasi UIA dalam bidang yang saya pohon..ketika itu pelajar yang diterima masuk adalah seramai 800 orang pelajar di dalam bidang kejuruteraan ini...ketika belajar disini saya menghadapi masalah, belajar di dalam bahasa inggeris, tidak ada satu mata pelajaran pun yang belajar dalam bahasa melayu termasuk tafsir Al-Quran...di dalam kelas fizik pun begitu..disekolah saya pandai fizik yang diajar dalam bahasa melayu akan tetapi di UIA, ketika peperiksaan saya tidak begitu faham dengan soalan yang ditanya..gunakan kamus untuk menukar maksud perkataan yang tidak dapat difahami...apabila maksud ditukarkan, ada sesetengah soalan telah bertukar daripada maksud sebenar soalan yang dikehendaki...nak tukar maksud melalui kamus juga memakan masa...kesimpulannya banyak soalan yang tidak dapat dijawab kerana banyak masa yang digunakan untuk menukarkan maksud...apabila berakhirnya semester pertama sebanyak 300 pelajar yang rata-ratanya berbangsa melayu telah dibuang dan juga ada yang menamatkan pelajaran..ramai dikalangan pelajar-pelajar ini tidak dapat memahami pelajaran kerana diajar di dalam bahasa inggeris...bila semester kedua berlalu seramai 200 orang lagi dibehentikan...ini termasuk saya yang juga tidak memahami bahasa inggeris..ketika itu saya begitu sedih kerana tidak dapat mencapai cita-cita dan juga membantu keluarga saya...akan tetapi alhamdulillah saya menjual pakaian-pakaian dan sekarang saya telah berjaya membuka kedai pakaian..itu nasib saya...bagaimana pula nasib 500 orang pelajar yang dibuang dan menamatkan sendiri pelajaran tadi...adakah mereka semua berjaya..apabila PPSMI diadakan, saya berasa begitu iri hati kerana mengapa PPSMI tidak diadakan ketika saya belajar di sekolah dahulu..jika PPSMI ada ketika saya belajar dahulu nescaya sekarang saya akan berjaya menjadi seorang jurutera sekarang ini...

orang-orang yang memperjuangkan pemansuhan PPSMI ini banyak dikalangan mereka yang ada duit untuk menghantar anak-anak meraka ke tadika-tadika berbahsa inggeris,sekolah international,kolej-kolej swasta...bagi orang-orang dikampung,mereka hanya mampu untuk hantar anak mereka ke tadika kemas,sekolah kebangsaan dan ipta...adakah dgn memansuhkan PPSMI orang-orang kampung ini dapat berjaya dengan mudah...sama-samalah renungkan...

Anonymous said...

Datuk..,

Walaupn Datuk masih sembunyikn pendapat Datuk mengenai dasar ini tetapi melalui penulisan Datuk dpt disimpulkan Datuk cenderong kearah mana. Bg sy PPSMI wajar dimansuhkn dan subject Inggeris itu sendiri diperkasakan. Math/science bnyk guna nombor/formula jd tk relevan Bahasa Inggeris. Guru pl menggunakan bahasa rojak semasa mengajar. Sbb itu kt melihat skrg budaya bahasa rojak semakin berleluasa.
Cuma satu je sy nak penjelasan Datuk. Dahulu sistem sekolah kita ada aliran Inggeris dan Melayu. Siapa yg mansuhkan sistem ini dahulu tidakkah Menteri Pelajaran diwaktu itu iaitu TDM. Jka sistem itu masih ada kemungkinan tida wujudnya masalah skrg.


Mangkukrule

Hang Jebat said...

Datuk,

Dasar dan matlamat asal PPSMI tu sebenarnya tepat dan amat bagus untuk pembinaan modal insan pada masa hadapan. Malangnya semasa pelaksanaannya beberapa kelemahan telah berlaku atau terlepas pandang. Hasilnya pencapaian yang diharapkan tidak kesampaian dan sekaligus membayangkan kegagalan. Seperti kata sebahagian pembahas, terdapat kepincangan dalam pelaksanaan dasar PPSMI ini yang telah dibiarkan berlarutan tanpa kajian semula atau tindakan susulan. Asas kepada keperluan ini tidak diberikan perhatian. Paling serius ialah keupayaan guru-guru yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar PPSMI ini masih ditahap yang rendah. Skop dan bidang pelajaran BI sendiri masih ditakuk lama. Bagaimana kalau subjek BI itu sendiri tidak diperkembangkan dan PPSMI pula hendak dilaksanakan? Nak cakap pun tak pandai, nak baca pun merangkak dan nak faham pun tak jelas. PPSMI??

Muhammad Azli Shukri said...

pejuang bahasa keliru antara dua anak mata.

Anonymous said...

Datuk, ASKM.

Yang tersurat dan tersirat

1. S&M dalam bahasa Melayu di Sek Kebangsaan;
2. S&M dalam bahasa Cina di SJK Cina;
3. S&M dalam bahasa Tamil di SJK Tamil;
4. Sebelum PPSMI semua dalam bahasa Melayu;
5. Dengan keputusan ini, bahasa Cina dan Tamil didaulatkan sama taraf dengan Bahasa Kebangsaan;
6. Melalui pemansuhan PPSMI, orang Cina dan orang Tamil diberi konsesi sangat besar;
7. Syabas pejuang bahasa Melayu!

Yang tersirat?

Makin ramai orang yang mampu akan hantar anak mereka ke sekolah swasta.

Tauke-tauke pelajaran swasta yang ramainya bukan Melayu dapat untung lagi.

Syabas pejuang bahasa! Syabas 1Malaysia.

Hang Nadeem

Anonymous said...

Tok,

Anak Samad Said yang namanya Az mengaji di Amerka tok? Universiti mana di Amerika guna bahasa Melayu tok?

Az belajar MA Muzik Tok.

Samad Said baca buku orang putih. Dia buat sajak pun tiru stail orang putih tok.

Melayu bodoh yang dengar terpancut kesukaan Tok.

Anti Hipokrit

Tun Perak said...

salam Datuk,

saya bersetuju, PPSMI bukan sahaja merujkuk kepada masalah penguasaan bahasa inggeris di kalangan rakyat malaysia terutamanya bangsa MELAYU tetapi lebih kepada pemahaman dan penguasaan SUBJEK-SUBJEK TEKNIKAL iaitu sains dan matematik yang menjadi asas kepada penguasaan teknologi..melentur buluh biarlah dari rebungnya

Mr. Mahid said...

Pemansuhan PPSMI: Memartabatkan BM?

1. PPSMI sudah dimansuhkan.

2.Dan slogan "Martabatkan BM, Mantapkan BI" disogokkan kepada rakyat.

3. Harap-harap, penyokong-penyokong Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris puas hati. How convinient! Kill two birds with one stone.

4. Di dalam laporan Utusan Malaysia semalam (9 Julai 2009) terdapat 12 langkah yang akan diambil Kerajaan untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, termasuk mengambil lebih ramai tenaga pengajar Bahasa Inggeris, menambah jumlah jam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah dan Matrikulasi, penambahan peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi Malaysian University English Test (MUET), dan memperkenalkan program Sastera Kontemporari Bahasa Inggeris kepada para murid sekolah rendah tahap dua.

(Rasa kasihan pula kepada guru-guru Bahasa Inggeris kerana di bahu mereka tergalas tugas yang mencabar dan memerlukan tenaga yang lebih. Tapi nak buat macam mana? Dah diri sendiri memilih guru Bahasa Inggeris sebagai kerjaya. Terima sajalah.)

5. Tapi, bagaimana pula hendak memartabatkan Bahasa Melayu? Apa formula untuk mengangkat bahasa itu supaya ia dimartabatkan seperti yang Kerajaan umumkan sebagai kehendak majoriti Rakyat? Tidak pula diumumkan. Pelik.

6. Bukankah jika kita ingin memartabatkan Bahasa Melayu, bahasa tersebut mestilah digunapakai secara meluas bukan saja di dalam sistem pendidikan tetapi juga di bidang pekerjaan? Dengan kata lain, semua rakyat Malaysia mestilah menggunakan Bahasa Melayu. Tidak kira bangsa.

7. 1Bangsa, 1Bahasa, 1Malaysia!

8. Tapi pelik. Dengan pemansuhan PPSMI, pengajaran di sekolah kini mengikut bahasa ibunda pelajar masing-masing. Melayu cakap Bahasa Melayu. Cina cakap Bahasa Cina. Dan India pula cakap Bahasa Tamil.

9. Jika itu keadaanya, di mana titik pertemuan anak-anak Melayu, Cina dan India ini? Di mana pula titik pertemuan 1Malaysia? Dan di mana kesedaran rakyat Malaysia yang bukan berbangsa Melayu untuk menggunakan dan sekaligus memartabatkan Bahasa Melayu?

10. Saya selalu terfikir bila Tun Dr. Mahathir memperkenalkan dasar PPSMI, selain ingin mendidik pelajar peri pentingnya menguasai Bahasa Inggeris yang menjadi salah satu bahasa utama Sains dan Teknologi, dan juga komunikasi, beliau ingin sangat melihat anak-anak Melayu, Cina dan India mempunyai one common language untuk mereka bertemu, berinteraksi dan bermesra.

11. Lebih-lebih lagi Sekolah Wawasan yang hendak diwujudkan untuk tujuan tersebut di tolak mentah-mentah oleh kaum bukan Melayu.

12. Jadi, dengan pemansuhan PPSMI itu, adakah Kerajaan mempunyai political will untuk benar-benar mengangkat dan memartabatkan Bahasa Melayu dengan memastikan semua insitusi pengajian (Sekolah, Matrikulasi dan Universiti), dan semua syarikat dan perniagaan (tempatan dan asing) menggunakan Bahasa Melayu?

13. Bukankah itu yang selalu dicanangkan oleh pejuang-pejuang bahasa dan bangsa bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa yang cukup mampu menyatukan rakyat, cukup ampuh di arena pendidikan dan pengetahuan, dan cukup diperlukan di bidang pekerjaan?

14. Dan dengan idea bernas itu jugalah kita kuburkan PPSMI.

A KADIR JASIN said...

Pembahas Sujini, antara lain, berkata: "Kenapa bersifat duduk diatas pagar?
Takut pendapat bercanggah dengan sahabat Datuk, pengasas PPSMI?"

1. Saya tidak duduk atas pagar. Duduk atas pagar bahaya. Silap-silap disula kayu atau jatuh gedebuk!

2. Sahabat saya pengasas PPSMI? Alhamdulillah kalau dia sahabat saya. Kita orang Melayu (dan rakyat) tidak banyak sahabat macam itu.

3. Saya berkias mudah dalah bahasa Melayu. Kalau tidak faham juga, janganlah mengaku Melayu atau Malaysian.

4. Apa guna bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan kalau kiasan yang mudah pun kita tidak faham.

5. Sebenarnya bahasa Melayu yang saya tahu dan saya pelajari sudah "hancai".

6. Hatta bapak menteri pun ramai yang bercakap bercampur aduk macam peniaga di pasar ikan.

7. Kalau saya penakut sangat, tidaklah saya buatlah blog ini dan saya tidaklah layan komen-komen yang akan membebankan saya. Saya pun cari makan juga. Dalam hidup ini tidak ada apa yang percumana, hatta air dan udara!

Terima kasih.

Veteran tak reti omputih said...

Datuk,

Ybhg TM, mahukan pembelajaran teknikal dlm bahasa inggeris sahaja,

Contoh bahasa teknikal :piston,crank shaft kalau nak dimelayukan omboh, aci engkol...reti ke dia org ni,sendiri mahu ingatlah

Kalau nak dimelayukan buatlah betul-betul..segala mesyuarat,surat menyurat dan apa-apa yg berkaitan dlm malaysia baik kerajaan mahu pun syarikat swasta mestilah berurusan dlm bahasa melayu,

Kalau tidak terbangak-bangak budak-budak yg habis belajar untuk cari pekerjaan di Malaysia

Anak Temasek said...

PPSMI was done in a hasty manner, though the intention was well-meaning.

To make English a compulsory subject to pass in local major exams is a positive move, but the implementation of a revised English language syllabus for all levels must be fine-tuned.

Time is not by our side. Therefore need more quality foreign talents in teaching the Malaysian students the English language. Cannot depend on local teachers alone, who also need to be further trained in the English language.

Like it or not, the decision has been made. It's not a matter of who wins or who lost. It is a matter of garnering effective means to brush up the command of English amongst the local Malaysian students, regardless him/her being a Malay or not.

Anonymous said...

Datuk,

Masih ramai yang tidak jelas dengan objektif PPSMI ini. Mereka masih menganggap bahawa PPSMI itu adalah satu bentuk pembelajaran bahasa.

Tun Mahathir telah memberi penerangan mengenai objektif PPSMI ini dalam blog beliau, yang bagi saya penerangan yang begitu jelas sekali.

Beliau menjelaskan bahawa PPSMI ini bukanlah satu bentuk pembelajaran bahasa yang "bulat-bulat". Kalau ada peningkatan dalam aspek bahasa pun, itu bukanlah objektif utamanya.

Objektif utama PPSMI ini adalah untuk mempertingkatkan penguasaan ILMU sains dan teknologi. Memandangkan perkembangan ilmu sains dan teknologi sekarang ini begitu pesat sekali hingga menyebabkan usaha untuk mengalih bahasa buku-buku rujukan sains dan teknologi ke bahasa Melayu tidak mampu lagi untuk mengejar kepesatannya; kerajaan pada ketika itu telah mengambil tindakan berani untuk membawa ILMU sains dan teknologi ke sekolah-sekolah tanpa perlu melalui rintangan "pengalihbahasaan".

Saya hairan mengapa PPSMI ini dikait-kaitkan dengan "english literature". PPSMI bukan subjek bahasa. Kalau hendak belajar bahasa, pergilah masuk kelas bahasa.


Datuk,

Masih ramai orang yang tidak faham bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam hal-hal berkaitan sains, teknologi dan kejuruteraan adalah sangat berbeza dengan penggunaan bahasa Inggeris dalam hal-hal sosial dan pertuturan biasa. Terma-terma dan perkataan Inggeris yang digunapakai dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan banyak yang tidak boleh didapati dalam pengajian english literature ini.

Saya pernah terbaca dalam suratkhabar beberapa tahun lepas, seorang editor kanan sebuah syarikat percetakan mendedahkan bahawa novelis terkenal Jeffrey Archer adalah seorang yang lemah dalam penulisan "proper english" dan banyak melakukan kesilapan bahasa dalam penulisan novelnya. Sungguhpun begitu, ia tidak menghalang Jeffrey Archer menghasilkan karya-karya yang hebat dan novel-novelnya dijual berjuta-juta naskah diserata dunia.

Begitulah juga halnya dengan PPSMI ini. Kita mahu lahirkan jurutera, ahli sains, pakar komputer, usahawan techno yang hebat dan bukan seorang ahli sains yang hanya pandai berfalsafah ala-ala William Shakespeare. Tidak mengapalah kalau penguasaan bahasa Inggeris mereka tidak "perfect" asalkan mereka boleh mencipta sesuatu yang hebat atas penguasaan ILMU yang dipelajari.


-sinbad-

afah said...

..salam, DAKJ..my 1/2 cents worth..

..saya sentiasa berpendapat bahawa orang politik dinegara kita hanya memetingkan perjuangan politik mereka...kepentingan raayat akan sentiasa diketepikan..yang sampai kita ketahap ini pun adalah akibat daripada dasar yang mereka buat dahulu..kalau dahulu meeka tidak kisah..mengapa pula sekarang?..

Dato Atan Long said...

Dato Kadir.

Pada tahun 1970 Tun Rahman Yaakob sabagai Menteri Pelajaran telah m engambil tindakan drastik dengan menukarkan Sekolah Ingeris ka Sekolah Kebangsaan.

Sekarang sudah hampir 40 tahun.Generasi yang awal yang keluar Sekolah kebangsaan sekarang ini sudah menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian.Ada pun yang jadi menteri saperti Zaid Hamidi.Mereka tidak faseh berbahasa Inggeris.mereka tidak dapat berunding dengan baik.Mereka mempunyai sikap rendah diri.

Empat generasi Masharakat malaysia telah rosak.Sekarang Tan Sri Mahayuddin menyambung apa yang di buat oleh Tun rahman Yaakop.Saya tidak tahu kenapa kah dia berbuat bagitu.

Saya amat kesal.Kenapa memperjudikan nasib kanak yang tak berdosa.Yang akan me3nyumpah Mahayuddin 40 tahun lagi saperti generasi sekarang yang menyumpah Tun Rahman Yaakob.

a.z said...

Macam takut buat keputusan saja TSMY ni. Dah la lama nak buat keputusan, bila dah buat, tangguh perlaksanaan sampai 2012, mungkin bersebab tapi masa nak laksanakan program ni dulu, tak payah tunggu lama-lama pun.
Kabinet pun sama la jugak, pak turut semuanya, bila dah buat keputusan sebegitu i.e No to PPSMI, semuanya baik2 saja. Dulu bila Yes to PPSMI, ooihh bagus rancangan ni...
Penyakit koro dah mai balik

Anonymous said...

Unfortunately, Najib is as spineless as Dolah.
Whatelse can I say.
Maaf.

Mat Sabun

ab said...

Salam dato'

Ini masalah pembelajaran ke,pemahaman ke, berfikir ke,aqal ke??.

Kalau matematik tu saya fikir,banyak nombor..1 bolih disebut satu,one(inggris),one(tamil),yek,wahid dll.....tetapi yang hendak diajar ialah konsep 1 itu..laa.

OLIH ITU SAYA setuju subjek itu diajar didalam semua bahasa kalau lah bolih. Olih kerana ramai sangat berbahasa melayu, guna bahasa melayu lagi baik,bolih faham bahasa dan berfikir matematik dalam bahasa itu juga.

Undur sikit mengikut masa, kenapa quran diturunkan didalam bahasa arab?.Itu olih kerana ramai disemenajung arab berbahasa arab.

Kitab ibbu sinna dialih kebahasa latin sebab ramai dieropah berbahasa latin diwaktu itu...

SAYA menyesal tak belajar bahasa arab!...


Belajar sains dalam bahasa melayu tidak ganjil....diantara rakan-rakan saya, seorang belajar sains didalam bahasa jepun,seorang lain didalam bahasa italy,seorang lagi didalam bahasa arab...MENGAPA?
Seorang itu adalah orang jepun,yang lagi seorang dari italy,seorang lagi dari syria.

TIDAK GANJIL untuk mempelajari sebarang subjek didalam bahasa MELAYU, dengan PRASYARAT (kata isteri saya)...CIKGU mesti BERMINAT,berkualiti dan diberi
KEBEBASAN untuk mengajar subjek yang dilatih. Jangan hantar cikgu
fizik untuk mengajar subjek biologi atau kemahiran hidup!!.


TENTANG BAHASA INGGERIS...MESTI DI PERTAHANKAN dan diajar didalam BAHASA INGGERIS......JANGAN AJAR BAHASA INGGERIS dengan menggunakan BAHASA MALAYSIA!!!!!lingkup budak-budak tu nanti.

Kalau bolih perkenalkan bahasa peranchis, spanyol,bahasa mandarin (mandarin negeri cina punya...sekali saya dibeijing dengan seorang rakan,dia cakap mandarin dengan pemamdu teksi dan receptionist hotel macam itik berbual dengan lembu, bahasa mandarin bejing tak sama dengan bahasa mandarin malaysia!!!.


Kepada tuan-tuan yang pernah keshanghai dan guanghou ikut muslim tour akan diketuai olih
tourist guide cina yang sangat fasih berbahasa melayu dan bolih sebut beberapa ayat quran dan tunjuk kitab dalam mesjid disana...dalam bahasa melayu sepenuhnya sepanjang seminggu...KENAPA?.

MEREKA BELAJAR BAHASA MELAYU 4 tahun diUNIVERSITI BEIJING dan selepas itu bekerja sebagai pemandu pelancung....

SO there is no isu....belajar apa pun bolih dengan bahasa pengantar bahasa melayu,bahasa malaysia, bahasa inggeris dan sebagainya ..ONLY YOUR
MIND WILL STOP YOUR FROM LEARNING ABOUT ANYTHING AT ALL!.

DATO'...JANGAN hadiahkan/rasuah?
bunga atau labu-labu kepada ahli politik. Nanti jahamam bunga dan labu-labu....


Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

Awatlah susah sangat nak faham kenapa PPSMI dimansuhkan? Bukankah sudah jelas yang ianya dimansuhkan kerana sebab-sebab tertentu. Lagipun bukankah PPSMI dimulakan atas sebab-sebab tertentu juga?

Persoalannya adakah tanpa PPSMI akan mengurangkan keupayaan berBI dalam kalangan sebahagian besar rakyat? Jawapannya sudah tentu tidak. Penguasaan sesuatu bahasa tidak semestinya menerusi saluran persekolahan semata-mata.

Adakah tanpa PPSMI, murid-murid tidak boleh belajar BI? Jawapannya juga adalah pasti iaitu tidak. Subjek BI akan terus menjadi subjek yang diberikan keutamaan. Apakah itu tidak cukup meyakinkan?

Apakah dengan mempelajari S&M dalam BM akan membantutkan penguasaan BI di kalangan pelajar? Jawapan ini adalah bergantung kepada tahap kesedaran masing-masing.

Kalau seseorang itu berasa perlu mempelajari BI lebih daripada apa yang diajar di sekolah sudah tentu mereka akan berusaha menimbanya dengan berbagai pendekatan dan saluran. Hendak seribu daya tetapi kalau tak hentak seribu alasan boleh disenaraikan.

Lagipun bukan semua orang perlu menguasai BI untuk berjaya dalam kehidupan. Dalam konteks ini, tidak sedikit ahli politik terutama pembangkang yang berjaya dalam dunia kepolitikan walaupun tanpa penguasaan terhadap bahasa berkenaan!!!

Kurangnya penguasaan BI di kalangan pelajar sudah tentu mencerminkan keupayaan para pengajarnya. Justeru, kalau ada keseriusan untuk mempertingkatkan penguasaannya apa kata bekalkan murid2 terutama di sekolah luar bandar dengan tenaga pengajar2 yang terbaik termasuk yang diimport?

ANAK BAPAK -- ALIRAN MELAYU

dan kajang said...

As'kum Dato,

1. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, keputusan yang dibuat oleh Kerajaan itu adalah keputusan politik bukan hasil kajian yang rasional. Ini kerana mana mungkin dibuat rumusan berdasarkan tempoh pencapaian murid selama enam tahun.

2. Yang pasti dalam tempoh 6 tahun lepas, Bahasa Melayu tidak turun standardnya. Malah ramai(termasuk pelajar bukan Melayu) mendapat markah terbaik dalam peperiksaan UPSR,PMR dan SPM. Mereka adalah hasil PPSMI. Bagi mata pelajaran Sains dan Matamtik pula walau pun peratus kelulusan cemerlang tidak sehebat BM tapi ia cukup memberangkan untuk membukti bahawa PPSMI is on the right track.

3. Apa yang sepatutnya dilakukan ialah tingkatkan lagi kecekapan teknik mengajar dalam Bahasa Inggeris terhadap Guru2 ini. Saya yakin produk PPSMI ini kelak akan menghasilkan keputusan yang terbaik dalam Sains dan Matematik diperingkat lebih tinggi, termasuklah peringkat Sarjana dan Phd.

4. Tapi apa yang merisau saya sekarang ialah oleh kerana ini adalah keputusan politik dan perubahannya hanya akan berlaku pada tahun 2012 maka saya kuatir orang2 politik kita ini akan memastikan bahawa PPSMI ini gagal. Caranya ialah dengan menjadikan keputusan peperiksaan bagi pelajar PPSMI semasa sehingga 2011 ini merosot untuk menjustifikasi keputusan mereka. Yang akan menjadi mangsa ialah anak2 kita produk PPSMI.

pakbelalang said...

A friend of mine unfortunately a drop out after his primary school Std Six who is a penarik beca in Muar is able to speak and understand English.

Now you have a graduate who could not even speak decent English. That's the difference having your education in English medium school and Malay medium school.

pakbelalang said...

I think the poll in chedet.com blog is not reflecting the total voice of the people.I don't think it reflects the general feeling of the public from different background especially from rural parents and the lower income group of society. Furthermore the poll initiated by Tun M is rather too late. It should have been done before the decision is made by the governmment. Most of the parents in the rural areas just do not bother at all either yes or no. They don't understand the real issue. Those parents who are not English speaking would prefer the teaching of Maths and Science in Bahasa and those whose parents are English speaking would certainly prefer in English.

pakbelalang said...

Walhasil Balik Asal Itu Fasal Tak Hasil

Pi Mai Pi Mai Tang tu !!

geleng-geleng, anggok-anggok,ia-ia!!

Tipah tertipu lagiiii !!

psssmkbg said...

Salam datuk,
saya ingin pandangan terus dari datuk tentang dasar ini. Saya rasakan datuk lebih banyak mengembara dan melihat anak2 bangsa yang banyak ketinggalan dari segala segi. Bg mereka Mempelajari sc dan mate bukan untuk melanjutkan pelajaran sahaja tetapi cukup sekadar mendapat pengetahuan untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Tetapi bila belajar dalam bahasa yang sukar difahami oleh mereka, ilmu sc dan mate langsung tidak diperolehi. Oleh itu mana mungkin, anak2 ini dapat menggunakan ilmu sc dan mate tsb dalam kehidupan seharian. Saya akui bahasa inggeris itu bahasa penting dan sedunia, tapi bagi anak2 ini lingkungan hidup mereka tidak lebih dari kawasan sekolah dan kampung halaman mereka. Apa gunanya pada mereka bahasa tersebut? Pada mereka ilmu sc dan mate itu lebih penting agar mereka dapat menjadikan tanaman lebih baik, dapat membeli barang dengan tidak ditipu oleh peniaga2.

psssmkbg said...

mmmmmmmmm

zainal mohd jais said...

NAK BANGUNKAN BANGSA
TAK BOLEH HENTAM KEROMO

Dato’,
Nak bangunkan bangsa, bukan macam nak buat kilang bertih/keropok. Ada cara untuk mempercepatkan pembinaan sesuatu tamadun, tapi tak ada jalan singkat menjanjikan kejayaan. Kebangkitan empayar Rom memakan masa hampir seratus tahun, tetapi kebangkitan Islam pimpinan Nabi dan sahabat cuma mengambil masa sekitar 30 hingga 40 tahun sahaja. Ada modelnya, tapi pun bukan jalan singkat.
Kaji kekuatan dan kelemahan tamadun dan bangsa-bangsa besar lain, adaptasi pengalaman dan ilmu mereka, tetapi kita bina tamadun berteraskan acuan kita sendiri. PPSMI saya kira adalah manefestasi ketidaksabaran untuk membangunkan bangsa dengan tergesa-gesa dan mengguna acuan orang lain, akibat ketidakyakinan kepada acuan sendiri, dan akibat keserakahan menghadapi provokasi globalisasi.
Satu lagi, nak bina tamadun, bukan macam nak bina istana pasir. Anggaplah macam nak bina piramid. Berjaya dibina dan kukuh bertahan beribu tahun. Jangan lupa bahawa yang nak kita bina ialah manusia. Baik matematik, sains, atau teknologi, atau benda apapun, ia cuma alat kepada manusia. Bukan bermakna alat itu tidak penting, tetapi dia mungkin nombor dua.
Bahasa adalah salah satu komponen yang sangat dominan dalam aspek budaya dan jatidiri. Satu perkara yang tidak nampak, tidak boleh dinilai dengan mudah oleh ujikaji makmal. Ia bukan sekadar manifestasi naluri dan perasaan, malah salah satu unsur dalam roh, dan denyut nadi sesuatu bangsa. Kesilapan besar kita ialah apabila menganggap enteng perkara yang tidak boleh kita lihat atau kita pegang, sedangkan ia perkara tunjang kepada jawapan kenapa kita boleh berdiri. Seperti graviti. Seperti falsafah hidup. Seperti weistanchung.
Ia satu perkara yang agak akademik,sehingga barangkali para pendukung bahasa dan budaya menjadi begitu sukar untuk berkomunikasi dengan rakyat dan meyakinkan pemimpin untuk mendengar nasihat mereka. Langkah Najib mengembalikan pengajaran subjek itu dalam bahasa Melayu, sangat tepat dalam keperluan kita membina sebuah bangsa dan tamadun, mengikut acuan sendiri.
Salah satu ciri globalisasi ialah kemungkinan bangsa kecil ditelan oleh gelombang besar yang didominasi bangsa tertentu. Dan dasar PPSMI sebelum ini ialah satu langkah membenarkan bangsa kita ditelan ular besar itu. Tidak pula bermaksud kita mesti jumud, bertahan dan menolak segala kebaikan. Kita mesti terbuka, tetapi dalam masa yang sama, kita membina kehebatan sendiri.

Tun Dr. Mahathir sendiri mengakui pada detik akhir sebelum berundur, beliau gagal mengubah sikap orang Melayu. Tun Abdullah juga sudah mengesan kepincangan itu, dengan memberikan fokus yang besar kepada aspek bina insan dan mentaliti kelas pertama. Namun masih tiada pelaksanaan yang jitu dan konkrit. Saya kira, ini adalah satu vakum yang terbiar selama beberapa dekad. Najib sudah melihat vakum itu. Maka sewajarnyalah beliau memberi fokus yang besar kepada segala aspek yang berkaitan dengan isu membina manusia, membina jatidiri, membina bangsa ini. Kita tidak harus terperangkap dengan memberi fokus besar kepada isu luaran yang kadangkala cuma kosmetik.
Kita boleh membantu seorang usahawan berjaya sekelip mata, tetapi tanpa kekuatan dalaman yang kukuh, dia boleh bankrap keesokan harinya. Atau dia mungkin sangat berjaya sepanjang hidupnya, tapi tanpa pembinaan budaya usahawan atau budayaniaga di kalangan generasi pelapis, kejayaannya gagal diwarisi hatta oleh generasi keduanya pun. Berbanding bangsa yang memiliki jatidiri, daya saing yang tinggi, kejayaan satu generasi akan menjadi landasan kepada kejayaan lebih besar generasi seterusnya.
Kebudayaan adalah teras dalam membina satu bangsa. Sementara bahasa pula adalah teras kepada kebudayaan. Satu aspek non-fizikal, yang sangat dominan tetapi selama ini dipandang remeh, malah dipinggirkan setiap kali kita merangka sebarang dasar. Saya fikir Najib jelas tentang itu, dan beliau perlu diberi sokongan dan nasihat yang sewajarnya untuk menjayakan segala gagasannya itu.

Anonymous said...

Salam Dato',

Dasar PPSMI adalah dasar top-down dari seorang PM kepada rakyatnya. Dasar itu datang bagaikan ribut menghingar bingarkan ramai orang. Lazimnya dalam mana-mana kejadian ribut maka akan ada yang menjadi terpinga-pinga tidak tahu apa yang hendak dibuatnya. Nasib tidak baik jika baju yang dipakai pun tanggal diterbangkan ribut.

Dasar PPSMI adalah perubahan besar dalam kurikulum tetapi tidak dibuat melalui kaedah inovasi kurikulum seperti yang sewajarnya. Oleh kerana kita tidak mendengar apa-apa bantahan daripada Ketua Pengarah Pelajaran masa itu maka tidak salah jika ada orang berpendapat macam-macam terhadap KPP masa itu. Sama jugalah kepada Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum (atau apa saja namanya sekarang). Mereka semua asalnya adalah guru, bermakna sekurang-kurangnya ada Diploma Pendidikan, bermakna pernah belajar mata pelajaran Pembangunan Kurikulum, besar kemungkinan pernah membaca buku "Curriculum Development..." karangan Hilda Taba yang lazimnya dijadikan teks atau rujukan. Nampaknya bila sudah bekerja apa yang dipelajari sebelumnya dibuang ke dalam longkang.

Dato',

Saya tidak pernah bersetuju dengan dasar PPSMI. Hujah, alasan, atau justifikasi (BM: pembenaran) yang diberikan semasa pelaksanaannya dulu tidak disokong oleh kajian saintifik, semata-mata pendapat seorang PM berdasarkan pemerhatian kualitatifnya sendiri. Kata Mat Saleh "Does not hold water". Kalaulah orang Yaman atau Gujerat yang datang membawa Islam dulu ajar kita sembahyang dan ilmu Islam lainnya dalam Bahasa Arab saya rasa orang Melayu sekarang ini masih ramai yang amalkan anamisme.

Pada pendapat saya JIKA kita percaya kualiti insan negara ini amnya, orang Melayu khasnya akan meningkat jika kita menguasai BI maka kita kena buat macam Singapura guna BI sebagai bahasa pengantar tunggal di sekolah dan universiti. Period. Sebaliknya jika kita mahu memartabatkan BM sebagai bahasa negara dan rakyat kita menguasai BI dengan baik maka kita perlu tingkatkan kualiti P&P untuk BI sehingga mata pelajaran BI menjadi antara mata pelajaran popular yang dinanti-nantikan waktunya oleh anak-anak kita di sekolah.

Baru-baru ini NUTP (baca: Selepas enam tahun pelaksanaan dasar PPSMI) memberitahu prasarana pengajaran BI masih tidak mencukupi. Kalau untuk BI pun tak cukup, apa ke jadahnya ajar Sains dan Matematik dalam BI? Amat naïf jika kita fikir P&P untuk PPSMI akan berkesan semata-mata dengan menggunakan softwer pengajaran, notebook dan LCD sedangkan majoriti cikgu-cikgunya tak mahir BI.

Dato',

Ramai yang mengeluh kononya orang Melayu akan semakin ketinggalan dalam Sains dan Matematik apabila PPSMI dihentikan. Sains dan Matematik adalah ilmu, atau lebih tepat dikatakan disiplin ilmu yang bersifat logic, objektif, dinamik, dan yang penting, neutral. Ilmu ini tidak eksklusif kepada bangsa yang bertutur BI, sebaliknya terbuka kepada siapa atau bangsa yang mahu mengembangkannya. Kalau Melayu hendak maju dalam Sains dan Matematik, kita mesti giat dalam penyelidikan saintifik. Ambil contoh mudah aja; walau sehebat manapun BI atau Bahasa Jepun yang kita ada, jangan harap kita akan dapat ilmu membuat aloi yang baik untuk dijadikan blok engine kereta Proton, baik dari orang Inggeris atau orang Jepun. Kita kena kembangkan sendiri ilmu sains dan kejuruteraan kita melalui R&D. Kerajaan perlu mewujudkan dasar yang betul dan praktikal untuk menyemarakkan aktiviti R&D dalam bidang Sains dan Kejuruteraan. Suatu yang betul sepanjang yang menyangkut kaitan Sains dan Matematik dengan BI ialah penggunaan BI dalam dua bidang ini adalah terhad. Penggunaan BI yang paling mencabar ialah dalam bidang philosophy dan literature.

Pak Hj JB

JY said...

I studied science and maths in Chinese during my primary school years, then Bahasa Melayu in my secondary school days and English in A Levels and University.

From my experience, the language of instruction is not the key in learning science and mathematics. The Germans, Chinese, French and Japanese are very advanced in both fields despite not having English as the medium.

Having said that, as a Malaysian, I still feel that it is better to learn science and maths in English from the practical point of view (business, career) if one has good command in the language. However, the standard of English in Malaysia has declined over the years to the extent that it is worrying.

PPSMI, which is only 6 years old, has not bear fruit because our teaching profession is not able to build up good command in English amongst the students. The teaching profession has become so unattractive in today's job market that it is now the 'last resort profession'. As a consequence, many teachers from the younger generation are weak especially in English. How can we expect this policy to achieve its goal without capable teachers? By reverting to Bahasa Melayu, the decline in science and mathematics may still continue, hopefully not accelerate, if the root of the problem is quality of the teaching profession.

The flip-flop in government policies in recent years will only result in further confusion and more wastage of resources due to implementation.

In my opinion, the better policy is to make the teaching profession more attractive in order to improve the quality of delivery.

As for the question "where would our leaders send their children?", all I can say is many of them, including the Prime Minister's children have studied or are studying in English based schools, colleges and universities, usually abroad. Such is the level of hypocrisy amongst politicians.

To me, the move to abolish PPSMI is merely to score political points with little or no regard to the fate of our future generations.

Anonymous said...

Hang Nadeem,

Sedikit pembetulan tentang SJK(C) dan SJK(T). Sebelum PPSMI, Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil, bukan Bahasa Melayu yang didakwa oleh tuan.

Tan Lawrence

sap said...

Dato'..apa la masalahnya PPSMI tu..kita ada geografi, sejarah, ekonomi,akaun,kajian tempatan dsbg yg d ajar dalam BM..xkan la baru 2 matapelajaran ni (math&Science) diajar dlm BI dah marah2..septtnya melentur buluh biarlah dari rebungnya..anak2 murid yg masih kecil sewajibnya didedahkan dgn perkataan2 atau terms dalam math&science (dlm BI)ini sedari awal..rasionalnya di universiti kelak semua ini akan diajar dalam BI..masuk alam pekerjaan, semua pun BI..haih..sy kecewa la dato'...kenapa senang2 je nak tukar balik BM..

Anonymous said...

Mangkukrule...



Bukankah Menteri Pelajaran yg tukar semua peperiksaan dan bahasa yg digunakan ke BM tahun 1979 adalah Rahman ?

Mendan

dahalmi said...

Assalamualaikum Datuk KJ,

The government is trying to play politics with childrens' education, just like the opposition.

They theorise that only Malays in the kampungs have strong sentiment on Malay language, but forgetting that many Malays now live in the cities, they vote both in the cities and the kampungs.

Just look at the response of survey on Tun Mahathir Blog. Just in two days, 50,000 people responded, and 85% want PPSMI to continue.

This is only a result for two days, just wait for full result in the next few days.

If the government ignores this signal, be prepared in the next general election for having hurt a large section of Malays, Chinese and Indians.

There are only a few things people hold dear to their heart, one of which is childrens' education.

When one is angry because of this, he will blame the government, rightly so because the government made the decision. They will forget the opposition's role in this.

What is worse, their anger will not die down soon, but reach the climax in 2013, ie the date of the next election, happens to be a year after PPSMI is abolished.

It is not too late to modify the decision. Allow PPSMI to continue in selected schools based on the schools' own choice and capability.

Better still reintroduce English stream in those schools. Isn't this more democratic?

In fact it is better to have only bahasa Malaysia and English streams in the country. Isn't this a better way to stop racial polarisation and to ensure the success of 1 Malaysia?

If anyone like this idea, please visit my blog and read research articles on PPSMI.

DAH IKHWAN

http://dahalmi.wordpress.com

saji said...

Mr Mahid

Setelah saya baca komen Mr, apa yang ingin katakan di sini mengenai tindakan kerajaan UMNO/BN memusnahan PPSMI dan memarabatkan BM merupakan suatu usaha pembetulan kesilapan perancangan dan pembangunan manusia yang rasanya macam menarik benang dari tepong- benang cantik terkeluar tepong tak berselarak.

Tetapi,jika dirujuk kepada konsep perancangan bandar dan desa, ia dapat menjelaskan sinonimnya pemikiran para perancang UMNO/BN kepada apa yang dinamakan sebagai infill planning atau Melayunya perancangan sisipan atau piece meal planning atau Melayunya perancangan suku-suku.

Ada beberapa kelebihannya seperti;

1. Tidak memerlukan pengetahuan dan kepakaran berkitan yang tinggi
untuk memikirkan usaha tersebut.

2. Tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk memikirkan usaha tersebut.

Tetapi bagaimana dengan kelemahan-kelemahan berikut:

A. Tidak mampu mengesan punca masalah yang ingin diatasi?

B. Penyelesaian masalah bersifat sementara?

C. Sering menimbulkan masalah kepada pembangunan persekitaran sedia ada?

D. Kos pembaikan atau penyelenggaraan yang mahal jika berlaku kesilapan yang dikesan setelah pembangunan dilakukan. Contoh klasik ialah Hentian Puduraya.

penpusaka said...

Saya TIDAK SETUJU pertukaran PPSMI kepada PPSMBMMT.Alasan saya ada di blog http://penpusaka.blogspot.com

Jika sudi silahlah komen untuk percambahan fikiran.

Anonymous said...

Dato'

Satu lagi bukti yang kerajaan mengambil jalan mudah demi kepentingan politik. Memang agak susah dan tidak untung politik untuk mencari sebab kenapa perlaksanaan PPSMI itu tidak baik.

Juga agak tidak untung politik untuk kerajaan mengaku yang masalah sebenar adalah tahap kemahiran dan kemahuan guru.

Hasinya akan timbullah semula satu kumpulan elit dan satu kumpulan kampung yang akan tertinggal dan tidak mampu bersaing.

PPSMI bukan untuk kemahiran Bahasa Inggeris, sebaliknya memudahkan pelajar Malaysia menguasai ilmu teknologi!

Juga jelas BN/UMNO hanya mendengar mereka yang berdemonstrasi di jalan. Kerajaan pulatakut dengan MCA, MIC kerana UMNO amat 'kemaruk' sokongan bukan Melayu. Suara moderate Melayu tidak perlu dihargai lagi...


Sayangmalaysia

zamrar said...

Ada pembahas yang kesal kerana gagal di peringkat U akibat kelemahan BI. Saya boleh katakan andai PPSMI dilaksanakan di peringkat beliau di SR mungkin dia tak jejak kaki ke U pun.

Asasnya, untuk menguasai ilmu yang sukar seperti Matematik dan Sains mestilah dalam bahasa yang paling mudah difahami, iaitu bahasa ibunda. Kedua-dua matapelajaran ini perlu kepada kefahaman konsep yang mantap, bagaimana ia boleh berlaku kalau diajar dalam bahasa asing? Kita perlu lebih realistik, pergilah ke luar bandar atau Felda, pelaksanaan PPSMI lebih menyukarkan kerana anak-anak ini tidak dapat dibantu langsung dalam kedua-dua matapelajaran, akibatnya kadar keciciran akan lebih tinggi.

Bagi pembahas yang menyokong PPSMI dan banyak yang memberi komen dalam BI mungkin anak-anak anda tiada masalah kerana di rumah anda mungkin menggunakan dwi bahasa, tetapi cuba fikirkan tentang nasib majoriti masyarakat kita. Penguasaan ilmu lebih penting dan dalam masa sama BI perlu dimantapkan tetapi bukan melalui PPSMI.

Perlu diingat telah ramai yang berjaya sebelum ini sebelum pelaksanaan PPSMI, cuma mungkin yang kurang adalah kemahiran berkomunikasi dalam BI, maka itu yang perlu ditingkatkan, sekali lagi bukan melalui PPSMI

Jangan salahkan pejuang bahasa, kerana memperjuangkan isu ini. Lihat apa bahasa utama di Jepun dan Filipina, negara mana lebih maju?

Anonymous said...

DAKJ yang dihormati,

Setiap cita-cita yang mega sifatnya yang dilancarkan atas apa jua platform (agama, sosial, ekonomi, politik dsbnya)tidaklah sesenang itu laluannya yakni sudah tentu akan berhadapan dengan berbagai RINTANGAN DAN DUGAAN yang mega juga karekternya.

Kekecundangan dalam menyempurnakan sesuatu usaha bukan bermakna usaha berkenaan tidak boleh direalisasikan tetapi mungkin jalan yang diikuti tidak menuju ke matlamatnya. Mungkin dengan mengambil laluan alternatif, usaha yang sama akhirnya dapat menuju kepada matlamat yang sama.

Ambil contoh pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Untuk memudahkan sesiapa jua bergerak menuju ke sesuatu destinasi lalu diadakan sistem perhubungan. Ia bukan sistem yang tunggal sebaliknya terdapat tidak kurang dari tiga sistem iaitu sistem perhubungan darat, laut dan udara. Di masa mendatang mungkin ada sistem keempat, kelima dan seterusnya. Tidak mustahil.

Dalam lain perkataan, untuk menyempurnakan sesuatu perjalanan dan sampai ke destinasinya, pemilihan laluan tidak semestinya terlalu tegar malah tidak kurang kesannya kalau ianya fleksibel. Contohnya, bagi sesuatu perjalanan yang dirancangkan, mungkin ada yang menetapkan sistem udara adalah paling praktikal dan pantas. Tetapi kalau ada aral yang melintang dan perhubungan melalui udara tidak dapat diteruskan tidaklah bermakna perjalanan tersebut tidak dapat disempurnakan. Masih ada laluan darat dan air yang boleh ditelusuri.

Ini belum mengambil kira faktor takdir dan suratan alam. Dalam konteks ini sesiapa jua boleh merancang sesuatu perjalanan tetapi hakikatnya mereka tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada akan sampai ke destinasi yang ditujui atau sebaliknya. Kalaulah ditakdirkan sampai ke destinasinya maka dapatlah dipamerkan rasa kesyukuran tetapi kalau sebaliknya yang berlaku, ia bukanlah penamat tetapi setidak-tidaknya dapat juga diteliti dan dipetik-petik hikmahnya.

Sekali sekala ada baiknya menoleh ke belakang bagi menilai kembali faktor yang menghambat atau merintangi sesuatu perjalanan. Mungkin dengan berbuat demikian akan memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap apa yang lebih dan apa yang kurang yang pada awalnya tidak berapa jelas atau tersisih pandang.

Sememangnya kalau diikutkan naluri, peribahasa kalau mandi biar basah; dan alang-alang menyeluk pekasam biar sampai pangkal lengan seolah-olah mengajak mereka agar jangan berganjak ke belakang. Begitupun ada yang sanggup berpatah balik dengan berbekalkan hujah: kalau sesat di hujung jalan maka mulakan semula dari pangkal jalan.

Cumanya apakah ada bidalan yang bersesuaian antara dua nilai yang 'ekstrem' berkenaan -- jalan tengahnya? Bukankah dalam banyak hal, jalan tengah adalah jalan yang yang seimbang dan tidak kurang kebaikannya?

Andikarya Maya

azienmat said...

Datuk marah atau mengamuk? Tapi saya suka cara ini. Kalau saya, saya sumpah seranah maki hamunnya..

el-Barokhas said...

Sebelum pengumuman ini dibuat saya jangkakan dasar yang dibuat oleh PM Mahathir dulu akan dikekalkan walaupun ianya berasaskan skewed logic. Tetapi alhamdu Illah, sekurang-kurangnya Jemaah Menteri sekarang berani membuuat keputusan berasaskan fakta dan bukan emosi Mahathir. Cuma yang dikesalkan mengapakah perlu mengadap Mahathir sebelum keputusan diumumkan.

Dulu bila kita berasa sakit, kita telan Panadol. Tetapi sekarang banyak lagi pain-killer yang ada di pasaran. Jika kita sakit kepala elok kita cari sebabnya dahulu dan tidak semata-mata bergantung kepada Panadol walaupun Panadol itu berkesan. Dalam kes sakit kepala yang disebabkan tekanan darah tinggi umpamanya obat lain mungkin lebih mujarrab.

Jika masalah kita ialah tentang kepercayaan kita bahawa Panadol sekarang tidak lagi a cure-all drug seperti yang pernah kita percayai, maka penyelesaiannya memperbaiki kemujarabannya, bukan terus menggunakan Panadol yang kurang mujarrab untuk sakit kepala darah tinggi dan mengharapkan penyakit darah tinggi akan lama-kelamaan mengalah dengan Panadol. Dan kalau sampai enam tahun keberkesanannya terus munurun, takkanlah kita nak berdegil menggunakannya. Usaha memantapkan lagi Panadol sepatutnya sewajarnya menjadi satu usaha berasingan.

Tentang Mahathir mengadakan opinion poll dalam laman webnya, adakah ianya representative of Malaysian population. Takkanlah pendapat Pak Tani dan Nelayan di desa tidak penting.

Orang Jauh said...

Dato

Saya cuma kesian kat anak saya.
Dari tadika belajar S&M dalam english, tup-tup kena tukar ke BM.

Selama ini, saya dan orang rumah punyalah usaha nak beri anak kami mahir inggeris agar dia tidak ketinggalan dalam subjek S&M. Bila dia dah mahir, nak kena pulak tukar balik. Rasa ralat sangat.

Yang saya herannya, Mahyudin kata keputusan dibuat selepas dikaji. Tapi adakah dia buat survey kat sekolah-sekolah, tanya murid, tanya mak-bapak? Takdela pulak saya dapat apa-apa survey dari sekolah. Kalau tanya cikgu yang pemalas, memangla camni jadi hasilnya!, Mana boleh keputusan dibuat kalau tengok keputusan peperiksaan yg lepas-lepas. Kita kena forward thinking, bukan backward thinking.

Tak paham la macammana pejuang bahasa ini berfikir. Mungkin ini aje yang mereka boleh perjuangkan, kalau tak, nak buat apa pun, tidur aje kat rumah. Selama ini, tak nampak pun usaha mereka. Bila isu PPSMI ini, baru saya tahu wujudnya "pejuang bahasa".

Walaubagaimanapun, apala daya kita ni sebagai rakyat. Sekalipun survey dalam blog DrM peratusan tinggi menyokong PPSMI, takkan kerajaan nak jadi flip-flop. Mereka pasti dah belajar dari kesilapan Pak Lah.

## rasa malas la pulak nak mengundi nanti. Nak pangkah BN pun tah apa-apa, nak pangkah PR lagila punah.

Yang benar
Orang Jauh

Edira Azreen Mustapha said...

salam Datuk...

Saya amat sedih selepas kerajaan memansuhkan PPSMI.banyak wang kerajaan telah dilaburkan dan terpaksa dilaburkan kembali untuk melatih semula guru2 dan segala peralatan untuk mengajar...Syabas!!!saya terkesan disini,anak saya yang makin fasih berbahasa inggeris terpaksa menjadi mangsa....walaupun untuk belajar,kita mempunyai pelbagai cara,tetapi persekitaran memainkan peranan penting.Kita terpaksa akui...orang melayu sendiri akan megatakan orang melayu berlagak kerana bercakap dalam bahasa inggeris diluar rumah...mangsanya sebagai contoh anak saya sendiri terpaksa bercakap bahasa inggeris hanya didalam rumah untuk saya elakkan orang menambah dosa mengata saya...Hidup Melayu!!!

usoPkuChai said...

apa nak heran?

1malaysia.. malaysian malaysia?
hapus kouta ipo.. hapus deb?
mansuh ppsmi.. perkukuh bahasa melayu, cina dan tamil?

apa agaknya silapmata seterusnya?

desperate governance = desperate housewives(?)

manletih said...

Dato',

Bahasa itu penting. Tidak kira bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Farsi, Mandarin, Tamil dll. Kalau kerja kita memerlukan kita mahir bahasa Inggeris, pastikan kita mahir, kalau tidak kita tidak akan berjaya. Kalau tidak dipecahkan ruyungnya, manakan dapat sagunya.

Kalau penguasaan dan kefahaman mengenai satu2 bahasa dikata lemah, belajar dan teruskan belajar bahasa itu sehingga yang lemah menjadi kuat.

Tapi kalau keputusan matapelajaran bahasa itu dikatakan lemah, jangan salahkan sistem pembelajaran matapelajaran lain. Salahkan sistem pembelajaran bahasa atau guru bahasa itu sendiri.

Apa yang saya perhatikan, kebanyakan orang kita, termasuk pensyarah di universiti, mahukan bahasa Inggeris yang digunakan oleh bakal saintis atau bakal pakar matematik, atau yang seangkatan dengannya, menggunakan bahasa Inggeris yang setanding dengan pelajar TESL. Maksud saya bila bercakap secara teknikal, yang didengarnya bukan intipati teknikal, tetapi grammar, ejaan dan sebutan.

Anda tidak akan dapat semua. Manusia bukan makhluk yang sempurna. Mungkin ada 1 dalam sejuta di dalam kategori hebat. Manusia yang berada dalam kategori hebat ini tidak ada masalah untuk mahir bahasa walaupun bahasa tersebut tidak dipelajarinya di sekolah.

PPSMI yang saya faham ialah belajar mengajar dalam bahasa Inggeris. Kalau yang diajar tidak mahir bahasa Inggeris bagaimana hendak belajar.

Contoh. Anak2 saya semua pandai tulisan jawi. Tapi sejak dulu, bila bapa saya beli Utusan Melayu, mereka tidak akan membacanya walaupun mereka boleh. Kenapa?

Kerana alternatif yang ada, surat khabar Utusan Malaysia, Berita Harian, Harakah dan TStar dicetak dalam tulisan yang lebih pantas untuk mereka baca.

Akhirnya, ke mana tulisan Jawi dalam kehidupan seharian kita?

Perkara yang sama akan berlaku kepada Bahasa Malaysia. Sekarang pun di mana2 saya akan terdengar emak ayah yang mengajar anak yang kecil berbahasa Inggeris.

Ya mereka akan pandai berbahasa Inggeris. Tapi, ingat, yang pandai berbahasa Inggeris di Amerika Syarikat pun berjuta jadi penagih, penjenayah, tinggal di tepi jalan dll. Mereka ini idak jadi saintis pun walaupun mahir bahasa Inggeris.

Adakah cerita2 dari bacaan buku Melayu mengajar anak2 kita menjadi orang berguna tanpa kita sedari? Adakah itu masih lagi diamalkan? Atau harry potter menjadi pilihan sekarang?

Saya sangat berharap agar sistem pelajaran di sekolah rendah mengutamakan pelajaran bahasa. Kanak2 sangat mudah menguasai bahasa. Di sekolah rendah cuma
perlu ajar MEMBACA MENULIS MENGIRA dan AKTIVITI SUKAN ATAU MUZIK. Subjek lain ajarlah di sekolah menengah apabila mereka telah menguasai bahasa. Ajarlah membaca membaca menulis mengira di sekolah rendah dalam pelbagai bahasa. Saya cadangkan sekurang-kurangnya 3 bahasa.

Semoga bukan beruk yang mendapat bunga.

*manletih*

A KADIR JASIN said...

Pembahas sekalian,

1. Nampaknya ramai yang keliru matlamat sebenar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

2. Tujuan asalnya, kalau tidak silap saya, adalah untuk membiasakan pelajar Malaysia dengan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris atas alasan banyak ilmu, maklumat dan penemuan baru dalam dua mata pelajaran itu adalah dalam bahasa berkenaan.

3. Hujah yang kerap digunakan ialah tidak cukup bahan saintifik dan matematik dalam bahasa Melayu dan memakan masa untuk menterjemah semua ilmu berkenaan ke bahasa Melayu.

4. Justeru itu, Sains dan Matematik dipisahkan daripada mata pelajaran lain untuk diajar dalam bahasa Inggeris.

5. Bagaimanapun, hasil yang tidak dijangkakan daripada dasar itu ialah ibu bapa yang dulunya tidak mengambil berat mengenai penguasaan bahasa Inggeris oleh anak-anak mereka tiba-tiba memberi penekanan kepada penguasaan bahasa Inggeris.

6. Ramai pembahas beranggapan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah bertujuan memperkasakan bahasa Inggeris.

7. Namun saya bersetuju bahawa kelemahan berlaku kerana sistem pendidikan kita yang gagal memperkasakan penguasaan bahasa, sama ada bahasa Melayu atau Inggeris. Malah rakan saya, Ketua Pengarang sebuah akhbar Cina memberitahu bahawa penguasaan bahasa Cina juga semakin hari semakin lemah.

8. Daripada laporan media jelas bapak-bapak menteri kita pun keliru di sebalik berbahas mengenai pencapaian Sains dan Matematik, mereka berdebat mengenai bahasa.

9. Penguasaan bahasa bagi saya adalah isu berlainan. Selepas ini, Kementerian Pelajaran wajib mengkaji dan berusaha memperbaiki penguasaan bahasa-bahasa. Hatta bahasa Melayu yang menjadi bahasa pengantar utama itu pun semakin hari semakin hancai. Lihat sajalah bagaimana bapak menteri kita berbahasa.

10. Dan paling memeranjatkan saya apabila seorang ahli politik yang saya anggap cerdik seperti Dr Puad Zarkashi dilaporkan membuat kenyataan dungu bahawa pembatalan dasar ini akan menyelamatkan Kerajaan RM40 juta setahun. Apakah RM40 juta lebih penting daripada masa depan anak cucu kita?

Terima kasih.

Anonymous said...

Datuk,

Pemansuhan PPSMI lebih berlandaskan keperluan politik semasa.

Pada hemat saya 'kegagalan' PPSMI untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris lebih disebabkan oleh kemalasan guru untuk mengajar mata-mata pelajaran tersebut di dalam bahasa Inggeris. Orang awam maklum bahasa penguasaan bahasa Inggeris sebilangan besar para guru tidaklah seberapa, malah ada yang lebih teruk dari penguasaan murid.

Saya sangat setuju dengan pengalaman saudara Shah yang mendapat pendidikan awal di dalam bahasa Melayu. Shah berkata:

...luar sekolah, saya rajin membaca buku-buku, majalah-majalah dan akhbar berbahasa Inggeris( termasuk majalah kartun BEANO,DANDY dan MAD).

Maksudnya penguasaan sesuatu bahasa itu memerlukan penggunaannya setiap hari. Inilah tujuan sebenar PPSMI -- untuk menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris di dalam sekolah dengan harapan murid (dan guru) selesa dengan bahasa tersebut.

Dan seperti kata JY

In my opinion, the better policy is to make the teaching profession more attractive in order to improve the quality of delivery.

Satu faktor yang mungkin tidak sering diutarakan ialah terdapat guru tak tidak terlatih di dalam pendidikan matematik dan sains mengajar mata-mata pelajaran tersebut. Kalau tidak percaya, sila semak dengan kementerian.

Kita tidak perlu takut dengan penlabelan mata pelajaran matematik dan sains sebagai bidang 'teknikal', justeru ianya automatik lebih susah untuk dikuasai. Seperti kata Prof Ungku Aziz, matematik banyak menggunakan simbol dan maksud simbol itu sama di dalam apa jua bahasa pun.

Lagipun terdapat kecacatan di dalam logik alasan yang PPSMI tidak membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris: adakah pemansuhan PPSMI diharapkan akan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu?

prof_ridcully

MUBA said...

Datuk,

Kenapa sekolah-sekolah Cina dan Tamil menolak PPSMI. Adakah mereka tidak percaya kepada bahasa Inggeris?. Sebaliknya bermati-matian mempertahankan bahasa ibunda mereka.

Hairan juga bagaimana pelajar-pelajar lepasan sekolah Cina berjaya menjadi doktor, jurutera, akauntan, arkitek dan sebagainya. Sedangkan bahasa Inggeris mereka bukannya bagus sangat. Lebih kurang lepasan sekolah kebangsaan sahaja.

Bagaiman pula dengan lepasan-lepasan sekolah kebangsaan yang kini menjadi doktor, jurutera dan sebagainya sedangkan dimasa itu semua matapelajaran diajar dalam bahasa Melayu. Dalam lain perkataan sebelum PPSMI dikuatkuasakan tahun 2003.

Bagaimanapun, saya harap kerajaan bersungguh-sungguh dalam usaha mempertingkatkan standard bahasa Inggeris di sekolah-sekolah dan juga di institusi pengajian tinggi. Kejayaan program ini bergantung sepenuhnya kepada sikap para pelajar dan guru-guru.

bulan said...

Tidaklah mengejutkan, ketika saja Tun Dr Mahatir meletak jawatan, segala polisinya yang akan mendatangkan kebaikan untuk Malaysia, pada umumnya dan orang Melayu, utamanya, akan digugurkan buat selama-lamanya. Kelihatan pengganti Tun mengabaikan segala impian yang diatur oleh Tun dan sekarang ini pula, pengganti yang satu lagi pun membuat demikian. Apa yang sedang dicadangkan, jika terlaksana, akan menjadikan nasib orang Melayu seperti waktu Malaya di jajah oleh British dahulu - hamba dalam negara sendiri.

Mempelajari Mathematiks dan Sains dalam bahasa Inggeris sudah banyak menunjukkan yang polisi ini sangat baik untuk meninggikan taraf orang Melayu. Mengapakah mesti ditukar, kecuali ada udang disebalik batu?

Bahasa Inggeris adalah bahasa sains dan teknoloji dan seharusnya dan juga sekurang-kurangnya, dua mata-pelajaran penting sekali, ia-itu Mathematiks dan Sains harus diajar dalam bahasa Inggeris, semasa sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Bahasa Malaysia adalah baik untuk dijadikan bahasa nasional dan haruslah dihormati. Bahasa ini tidak akan dapat menggantikan bahasa Inggeris, sebagai bahasa high-tek dunia hari ini.

Semasa zaman British, penghulu kampong dinasihat British untuk menyebarkan berita palsu yang sesiapa jua belajar di sekolah Inggeris, nescayalah sipelajar akan tertukar ugamanya, dari ugama Islam ke ugama lain. Nampaknya penghulu British ini menjelma sekali lagi dizaman sekarang ini dan cuba menghancurkan orang Melayu dan juga negara Malaysia.

Memang selepas mendapat kelulusan dalam bahasa Malaysia, seseorang itu tak boleh mati kerana boleh dapat pekerjaan sebagai office-boy, pemandu kereta (driver), parking attendant ataupun hamba kilang. Biarlah yang menjadi doctor atau peguam itu orang bukan Melayu kerana mereka boleh dapat peluang keemasan, ia-itu belajar dalam bahasa Inggeris dan seterusnya menuntut di universiti luar negeri. Yang sipelajar berkelulusan dalam bahasa Malaysia akan tersadai sebagai kuli batak.

Polisi Tun adalah cukup baik, bukan sahaja untuk orang Melayu, tetapi Cina dan juga India, dalam masa ukuran panjang.

OKJ said...

Salam DAKJ

Budaya orang Melayu yg tersirat.

Berbeza pendapat sebenarnya baik didalam Islam. Tapi janganlah sampai pecah belahkan umat Islam atau menuduh saudara sendiri macam macam. Satu lagi budaya salahkan orang lain. Bila anak berjaya, dikata anak bijak pandai tapi bila anak tak berjaya dikatanya guru dan sekolah / sistem tak betul. Satu lagi budaya nasihat dan arahan. Janganlah jadikan nasihat sebagai arahan pula. Satu lagi adalah budaya along atau budaya ugut. Kalau tak sekata terus merajuk dan ugut yg bukan bukan.

Maaf cakap tapi macamnilah. Mungkin ramai yg tak perasan. Kalau dulu jika dilihat pada carta pakar perunding (consultants) di IJN dan yg terkini, nampak tak bezanya. Ini menunjukkan sistem belajar Sains dulu dah terbukti dengan apa yg diasaskan oleh Tun Razak pada orang Melayu. Cuma masalah pada awal dulu adalah kemahiran bercakap (communications skill). Tapi disebabkan nyamuk seekor, habis dibakar kelambu semuanya. Sepatutnya kita menyelesaikan masalah itu dan bukannya menukarkan keseluruhan sistem yg telah terbukti.

Akhir sekali ialah budaya sindir menyindir. Kemahiran berkomunikasi (communication skills) memang begitu penting. Contohnya, dengan kemahiran yg begitu padu, peliwat dengan teori konspirasinya dan To’Guru yg cakap merapu rapu pun masih lagi disokong oleh penyokong tegar tanpa pikir pun atau dengar pandangan sekalipun dari mufti.

Akhir kata, Dato’ janganlah marah sangat. Dato’ orang lama dan saya pula bukannya muda sangat pun. Hidup macam roda, kadang kadang kita kat atas, kadang kadang kita kat bawah. Nabi Ayub pun diberi kenikmatan dan kekayaan sehingga berpuluh tahun dan juga diberi kesusahan dan kepayahan cuma pada beberapa tahun. Tapi iman dan takwa baginda tidak sesekali berubah. Sekian TQ.

Anonymous said...

Dato

Penguasaan sains dan matematik dan penguasaan bahasa adalah dua perkara berbeza.

Yang penting ialah kaedah dan sistem pengajaran yang sistematik dan berkesan. orang jerman, orang jepun, orang korea hatta orang iran menguasai sains dan teknologi menggunakan bahsa ibunda mereka.

Sains dan matematik boleh difahami oleh murid-murid kita jika diajar dalam bahasa swahili( dailek afrika) jika kaedah pengajaran bahasa tersebut dibuat secara efektif.

Penguasaan matematik dan sains bergantung keada kefahaman. Kalau asas bahasa yang menjadi asas kepada kefahaman itu kuat, ajarlah dalam bahasa apapun, murid-murid akan dapat menguasai kedua-dua matapelajaran tersebut

Berbalik kepada PPSMI ni, yang jelas ia dilaksankan secara terburu-buru walaupun mendapat tentangan dari pelbagai pihak. TDM berkeras juga untuk melaksankan serta merta. Pada hemat saya, pada masa itu political expediency BN yang menjadi asas kedegilan TDM.

Sebenarnya PPSMI itu adalah satu idea yang baik jika dilaksankan dengan perancangan yang teliti. Segala infrastrukturnya, terutama guru-guru yang benar-benar terlatih untuk mengajar kedua matapelajaran ini dalam bahasa inggeris telah cukup.

Juga, usaha-usaha seiring untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa inggeris juga dibuat secara menyeluruh. Penyedian infrastruktur ini memerlukan masa dan jumlah wang yang banyak. wang sahaja seperti yang dicurahkan oleh TDM hanya satu pembaziran.

Inilah akibatnya jika sesuatu dasar itu dibuat atas dasar keentingan politik sempit yang terdesak.

Izinkan saya menceritakan sedikit tentang salah seorang yang menentang pengajaran sains dan matematik ini secara tergesa.

Antaranya ialah Profesor Shahrir Mohd Zain dari UKM. Beliau adalah presiden persatuan matematik malaysia kalau saya tak silap.

Prof shahrir adalah anak melayu yang pertama mendapat Phd matematik dari Universti Londan. Beliau mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama dalam bidang matematik.

Dia menetang perlaksanaan PPSMII secara tergesa-gesa atau secara tangkap muat oleh TDM. Disebabkan penentangan tersebut beliau telah dikenakan pelbagai tindakan oleh kerajaan. kalau tidak silap saya beliau juga dikenakan tindakan tata tertib oleh UKM kerana menentang dasar PPSMI.

Beliau adalah pakar matematik melayu yang ulung dinegara kita dan peringkat antarabangsa.

Now, 6 tahun kemudian, apa yang beliau tentang dan korbankan proof to be right.

now, cadangan kerajaan sekarang sebagaimana yang dicadangkan oleh kerajaan lebih munasabah. Diharap ianya akan mencapai kejayaan.

Tetapi, seperti mana banyak idea-idea yang baik yang dirumuskan kerajaan seperti DEB dsb, ia gagal di prtingkat perlaksanaan. Diharap dalam soal ini tidak berlaku kerana ia melibatkan survival kita sebagai sebuah negara.

Diharap langkah-langkah baru ini tidak menjadi avenue untuk ahli-ahli politik untuk menjadi kaya raya seperti lepas-lepas. Fikirkan pasal nasib anak bangsa diera globalisasi ini bukan tembolok sendiri sahaja.


bat8

Anonymous said...

Pada pendapat saya, opsyen yang lebih baik ialah pemansuhan PPSMI di sekolah rendah sahaja, dan teruskan perlaksaannya di peringkat sekolah menengah. Ini juga pendirian kebanyakan ibubapa Cina dan India. Kebetulan opsyen ini telah disuarakan oleh TDM kepada Muhyddin Yassin dalam perjumpaan mereka dua hari sebelum pengistiharan pemansuhan PPSMI dibuat.

Tan Lawrence

pakbelalang said...

Asked about the relevance of the New Economic Policy, Dr Mahathir said it should be retained but the Malays should use it well.

“We found many abuses. A lot of approved permits were given, but they were sold. A lot of contracts were given, but they were sold. A lot of licences were issued, they were sold.

“It is the fault of the Malays. We have to correct it. It is not the fault of NEP, it is the fault of the Malays.”

comment:

Yes, I tend to agree with Tun M. The NEP should be retained but 30% quota should be liberalised to keep pace with the current globalised economic environment. We have to find new approach and the best option to make the NEP more effective and try to rectify and prevent all the abuses and loopholes that are affecting the success of the NEP.

Semerah Padi said...

Dato'

Saya memuatkan komen di bawah di laman citra yang lain, tapi saya rasa ada relevannya di sini apabila membaca artikel-artikel Dato' sejak akhir-akhir ini.

Sekian, Terima kasih.

"ASAL KITA ORANG MELAYU"

Semerah Padi

___________________

Saudara,

Saya terasa kerdil untuk berbuat apa-apa mengenai isu yang telah saudara utarakan. Saya hanya mampu bersuara untuk mengucapkan terima kasih kerana berkongsi dengan kami. Saya bukan pakar untuk berhujah dengan “pakar-pakar” yang terpilih itu, apabila lagi dengan Perdana Menteri sendiri.

Mungkin saya cuma boleh bersuara begini saja:-

Kepada Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Perdana Menteri, saya rayu agar baliklah semula ke perkara pokok kerana Malaysia adalah di dalam kemelut yang tidak jelas hujung pangkalnya ketika ini. Pokok pangkalnya adalah (bagi saya):-

1. Rukun Negara

2. Perlembagaan Persekutuan

3. Sejarah Malaysia yang asalnya Tanah Melayu

4. Orang Melayu – majoriti penduduk di Semenanjung

5. Pribumi – majoriti penduduk di Sabah & Sarawak.

Saya tidak rasa perkara-perkara asas di atas di ambil peduli oleh kerajaan kerana:-

1. Lihatlah apa jadinya dengan Bahasa Kebangsaan Malaysia

2. Lihatlah bagaimana penduduk majoriti dilayan dibandingkan dengan yang minoriti

3. Lihatlah bagaimana orang Melayu bila hendak bersuara sedikit

4. Lihatlah siapa-siapa yang dok di atas “kepuk padi”. Apa jadi dengan “pelahap-pelahap rakus” yang “memukul habis” kekayaan negara tanpa menghiraukan nasib bangsa dan negara demi ketamakan masing-masing?

Apa kerajaan masih membuta tuli lagi? Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tapi Menteri Pelajaran menolak mentah-mentah usaha-usaha pembentukan negara dan anak bangsa ini yang hendak diterapkan melalui KEMPEN SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA yang lebih bercirikan negara Malaysia yang sejati.

Tolonglah sampaikan luahan ini kepada yang berkenaan.

“Bumi ini Bumi TANAH MELAYU”

Semerah Padi

eddy said...

Salam Dato'. Education for our young in Malaysia has once again been sacrificed on the altars of political expediency.I do not believe for one minute that the cancellation of the PPSMI has got nothing to do with politics. It is inconceivable that just a little over 6 years a study could be made to show that it is a failure.

While I agree that the PPMSI has weaknesses in its implementation especially the teachers needs further training to speak english fluent enough for them to teach, and so, the teachers needs to be trained, but, no need to take the extreme step of cancelling the PPMSI altogether, we are actually moving steps back and ultimately handicapping ourselves when competing for FDIs against our neighbors in the not so distant future.

I GOOGLED the following words:
sains, science, matematik bahasa melayu, mathematics and the results are as follows:

sains 14.1 million results;
science 1 Billion results;

matematik bahasa melayu 192,000 results;
mathematics 134 Million results.

Just simple GOOGLE will show that it would be more useful and beneficial and VERY important for our children to learn Mathematics and Science in the English Language.

There is an interesting comment from a blog which highlight the difference between Najib's understanding of the PPSMI implementation and Dr Mahathir's, and I dare say many parents understanding of why the PPSMI needed to be implemented. A good read Dato, as it seemed that DS Najib seemingly mis-understood what the Dr Mahathir's idea about the PPSMI is all about:

http://sensecredaccountability.blogspot.com/2009/07/patutle-ppsmi-dimansuhkan-ds-najib-pun.html

This country should not be held to ransom by the language extremists whether they are Malay Sasterawans,Gapena or the Chinese and Tamil educationist movement who are in cahoot with the Opposition, threathens BN with deprivation of political votes if their demands are not met. The parents of the students are a huge voting block as well and many are deeply and unhappy about this policy change.

I think in view of the overwhelming response against the cancellation of the PPSMI(Dr Mahathir's poll showed 85% of pollers voted against the cancellation), maybe its a good time for the Government to hold a countrywide referundum on which way this nation's education should go to clear up the education flip flop and mess that we are having now all because politicians and political parties wants to secure votes for the next election for their survival.TQ.

sumoberek12 said...

DAto'

Dato' pandai BI bukan kerana dato' belajar maths & Sc dalam BI,tapi memanglah Dato cerah hati pada BI dalam kelas dulu. Kalu tidak tentulah Dato' dapat keluarkan "A brief History of Time" jika Dato cerah hati pada Sc. Tengok blog Mat Cendana, dia terror BI pasal cerah hati BI. Mathd & Sc nya tak boleh pakai untuk cari kerja.

Kena belajar BI dgn betul dalam kelas jangan nak tumpang subjet lain, nanti kedua dua mati tak tertanggong oleh ramai budak luar kampong dan cikgu

~pemborong payong nasi lemak

abu said...

Kepada pejuang-pejuang bahasa! (Terutama A. Samad Said)

Apa tindakan anda apabila melihat perkara-perkara berikut:-

1. Bahasa inggeris digunakan untuk komunikasi antara kaum di malaysia.

2. Bila di gedung-gedung besar, pelayan dan pelanggan berkomunikasi di dalam bahasa ingeris.

3. Penguatkuasaan bahasa melayu untuk papantanda di kedai semacam melepas batuk ditangga.

4. Banner-banner yang digantung di jambatan, lampu isyarat, kawasan perumahan dll di bentang 100% dalam bahasa asing.

5. Jumlah buku ilmiah dalam bahasa melayu amatlah menyedihkan.


6. dll.

Jangan tudingkan jari anda pada kerajaan, berjuanglah untuk menegakkan bahasa Melayu seperti anda berjuang menentang PPSMI.

Selagi anda tidak melakukannya, tiadalah hormat saya untuk tuan.

Anonymous said...

assalamualaikum wbt....

1. saya tidak menemui sebarang alasan kuat dan teguh untuk mansuhkan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris

2. alasan utama mereka yang tidak bersetuju dengan cadangan ini adalah bahasa ibunda kita kana dilupakan dan ditinggalkan serta kita belum siap dan sedia...

3. sekiranya kta dapat implementasikan semangat nasionalisme dan cintakan negara, bahasa ibunda kita akan tetap segar meskipun bumi yg dipijak bukan lagi bumi malaysia

4. ramai di antara kita berhijrah secara sementara atau kekal ke bumi orang. ke eropah, ke timur tengah dan merata celah dunia. tapi, bahasa melayu masih kekal di lidah dan minda mereka...

5. mari belajar dengan orang cina malaysia...yang bersekolah di sekolah kebangsaan..yang menjadi teman2 saya...bahasa melayu mereka fasih, bahasa inggeris mereka fasih dan bahasa hokkien atau mandarin mereka fasih...jadi belajarla apa bahasa sekalipon, andai kita 'setia' dan sayangkan bahasa kita, bahasa ibunda tetap akan terjaga

6. mengajar sains dan matematik di dalam bahasa inggeris bukan bermakna kita malu berbahasa melayu atau berlagak terhegeh2 mahu berbahasa orang..bukan!..tapi itu lebih kerana demand atau keperluan yang sememamngnya kita harus akui.di universiti, dalam penulisan tesis, dalam penyelidikan dan komunikasi ilmiah sains, teknologi dan matmatik rata2 menggunakan bahasa inggeris.makanya, menguasai bahasa inggeris is a must to be good in science n math.

7. tidak siap dan sedia..kalau tidak dipaksa, sampai bila pun kita tidak akan siap...

8. seperti yang Datuk katakan, mereka yang sangat menolak dasar ini adalah mereka yg sangat fasih berbahasa inggeris. yang anak2 mereka dihantar ke sekolah terbaik, yang pertuturan harian mereka adalah bahasa inggeris...dan sekarang merek mahu menjadi perwira bahasa?aneh dan munafik...

9. kita hidup di era global.kita amalkan dasar terbuka...ekonomi kita terbuka...dan pertempuran kita adalah persaingan...dengan bahasa inggeris yang lemah,kita akan kalah bersaing...dont deny it!

10. itulah kita....keputusan popular itu lebih penting...teruskanlah mendabik dada kerana esok lusa kita sudah tidak ada apa2 lagi utk dibanggakan

syabas, tahniah, bravo dan yahoo buat kalian semua!!

wassalam

semuga Allah memberkati, mengasihani dan menyayngi kita semua...aminnn

-H.A.P.R.A.K-

Anonymous said...

assalamualaikum....

- biro tatanegara bukan masalah...
- dasar ekonomi baru bukan masalah...
- PPMSI bukan masalah...
- UMNO bukan masalah...

setiap perkara itu ada baik ada buruk...ada mudahnya dan ada susanya..kalau kita beranggapan ppmsi itu terburu-bru, kita belum siap...siapkanlah diri kita sebaik2nya..bukan mansuhkannya...

sekiranya kita beranggapan DEB itu sudah lapuk dan penuh maslah...cuba kaji balik, belajar balik...puluh2 tahun DEB dilaksanakan dan negara kita mencuat-cuat tumbuh..tak semestinya dihapus langsung

UMNO sudah haprak. penuh krisis, penipuan, dan tidak relevan lagi..benarkah?anehnya, siapa yg menentang sang british utk menurunkan union jack, siapa yg menyatukan melayu ketika kita masih berbasis kenegerian. jangan kerana ulah serigala beberapa ekor, kita vonis UMNO harus dilenyapkan...bukankah ada jalan yg lebih baik...

kalau kita fikir baik2...kita akan dapati kitalah masalahnya..kitalah hapraknya...kitalah yg menunggang DEB sesuka hati kita, kitalah yg tegas mahu anak kita dihantar ke sekolah basis kaum, kitalah racist ulung dan kita pembenci terbaik dengan segala alasan utk menghalalkannya..

fikirkan...kalian pintar..wassalam


H.A.P.R.A.K

antubiul said...

Datuk,

Pejuang bahasa dan chauvanis adalah umpama wayang kulit negara. Mereka memperjuangkan 'kulit' dan tertingal 'isi'nya.
Orang Malaysia ni terutama MELAYU ni memang aneh!. Bayangkan , orang Indonesia menjadi 'amah' di negara kita malangnya bukannya 'AMAH' ini perlu belajar dan menguasai Bahasa Malaysia tapi 'Majikan' pulak yang bertutur bahasa Indon!. Jadi cam mana yek .

Anonymous said...

Fakta:

1. PPSMI diperkenalkan pada 2003. Tujuan dan halatuju dah jelas.

2. Pada 2004, BN menang besar. PPSMI bukanlah isu.

3. Pada 2008, BN kalah teruk. PPSMI pun bukannya isu. Kalau ianya adalah isu, pasti Perlis, Terengganu, Sabah dan Sarawak pun akan jatuh ke pembangkang.

Jadi, apa isunya? Kalau ianya soal perlaksanaan tak bagus, guru tak mahir, prasarana tak cukup; selesaikanlah isu-isu ini secara berterusan. Di sekolah mana, siapa pengetua, daerah mana, negeri mana, siapa pegawainya, itu semua tugas Kementerian untuk SELESAIKAN isu. Pegawai kementerian ada pelbagai ijazah, Masters, PhD, jadi tak kan lah tak boleh selesaikan masalah?

Isu sebenarnya ialah pegawai-pegawai kementerian kita yang tak dinamik, yang tak mampu selesaikan masalah.

Yang pi dengar pandangan Gapena dan educationists Cina/Tamil tu apahal? Kalau sesiapa yang kehendak sangat pendidikan Cina/Tamil, hantar lah anak-anaknya ke Tamilnadu, Taiwan, atau Cina.

Gapena hebat sangat ke? Berapakah karya ahli Gapena yang sudah diterjemahkan ke bahasa asing dan sudah dijual diperingkat antarabangsa? Di Indonesia ada 200 juta orang berbahasa Melayu, berapa banyak karya Gapena dijual di sana? Mahathir nak anak-anak kita capai tahap global. Apa tahap Gapena?

Siapa nak jadi jaguh kampung pun, itu hak dia. Tapi janganlah pi kacau hak anak-anak kecil untuk mendapat acuan pendidikan yang akan membenarkan mereka bersaing di peringkat global.

Saya setuju sangat dengan pandangan Dato Atan Long. Rugi lagi 40 tahun akan datang.

Blues Kampung.

melor said...

saya cabar yg tak menyokong PPSMI utk mendesak kerajaan supaya math dan sains diajar dlm bahasa melayu disemua sekolah jenis kebangsaan.iniadalah cara yg paling baik utk meningkatkan penggunaan bahasa.tak da maknanya kalau masing-masing membawa haluan sendiri.

saji said...

Dato' dan rakan2 pembalas,

Dalam dasar perundangan Islam mengenai perkara atau masalah baru yang tiada nas atau dalil yang terang dalam al Quran, Hadis, Ijma' dan qias seperti masalah memilih antara kebaikan anak2 kita diajar sains dan maths dalam BI atau BM yang dinamakan Masalih Mursalah, dasar tersebut menghendaki umat Islam, khasnya yang prihatin dengan masalah tersebut menghendaki mereka (yang prehatian itu) menyenarikan secara profesional atau ikhlas antara kebaikan dan keburukan PPSMI bagi masa depan rakyat Malaysia, di satu pihak, dan di pihak lain, antara kebaikan dan keburukan mengembalikan pengajaran dan pemelajaran sains dan maths dalam BM.

Lepas itu, pilih yang banyak kebaikannya bagi menentukan keharusannya di antaranya. Adakah perkara yang mudah ini sudah kita lakukan?

manletih said...

"melor said...

saya cabar yg tak menyokong PPSMI utk mendesak kerajaan supaya math dan sains diajar dlm bahasa melayu disemua sekolah jenis kebangsaan."

Dah puas desak dah che melor oiii!! Kena tangkap ISA saja belum. Dari dalam UMNO pun dah saya cuba, tapi saya disepaknya dan dicop pembangkang.

Dalam UMNO, yang tersiratnya begini: Jangan ganggu orang Cina dan India. Nanti UMNO kalah. Kalau UMNO kalah, orang Melayu jadi hamba di tanahair sendiri.

Alahai... Yang peliknya UMNO menang dan perintah pun, Melayu semakin layu dan menjadi hamba. Warganegara tergadai. Singapura diserah.

*manletih*

Pengajaran apapun biarlah dalam bahasa yang pelajar faham.

Tapi pastikan bahasa Malayasia diperkukuhkan dengan TIDAK memperkosa perkataan teknikal dari bahasa Inggeris. Contoh kan dah banyak. Brek, stereng, tayar dll.

Tidak perlulah mouse pada komputer dipanggil tetikus. Panggil je lah mouse/maus. Tak boleh? Sebab ada makna lain? Mouse dalam bahasa Inggeris pun maknanya tikus. Nape boleh pula guna perkataan mouse pada alat komputer.

Hehehe terperanjat bila search engine DBP ubah jadi ejen gelintar. Huh?? Laman sesawang?? Web dah lerr. DBP oh DBP... Lu punya fasal laaaa ITU FASAL TAK HASILLLLLLL

el-Barokhas said...

Why can't we just democratise our education system? I mean, let's have as much choice as possible as to syllabi, media of instruction, mode of teaching, the whole gamut.

Let each school formulate its own recipe for educating the young and the not so young. Let parents and students have full freedom of choice of what knowledge they wish to seek and choose the schools accordingly. Let them decide on their future and fuure directions.

In this sort of environment, the schools (with the recipe) that are not popular enough will have to change their offerings in order to stay afloat.

In this day and age when information on what the job markets want can be easily dessiminated, the age-old rigid and narrow decided by a top honcho may need to be revisited.

And I'm talking about publicly funded schools, not just private ones.

Non-partisan said...

Puad Zarkashi bukan sahaja dungu malah bercakap Melayu (belum lagi Inggeris) pun tak lancar macam menggigit lidah atau sakit gigi. Kita mesti menunggu lama dan betul-betul mengikuti setiap perkataan yang terbit dari mulutnya untuk memahami apa yang hendak disampaikannya. Inikah Timb. Menteri Pelajaran kita?

Saya tak dapat bayangkan bagaimana kalau dia berhadapan dengan rakan sejawatannya dari Indonesia.

borhan said...

Inilah sikap sebahagian dari orang kita. Masih tidakmempunyai jati diri walaupun selepas setengah adad merdeka.Pemikirannya masih dibalut oleh mentaliti subsidi - bukan sahaja dalam bidang ekonomi malah bahasa pun mahu menggunakan bahasa subsidi. Sampai bilakah kita harus tidak mempunyai keyakinan kepada diri sendiri.

Gulungan elit dan menengah memang merasa terkilan kerana bahasa Inggeris adalah bahasa pertama mereka. Sebenarnya mereka lebih mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan untung nasib majoriti rakyat kelas bawahan yang tidak mendapat faedah dari dasar PPSMI ini.

Saya masih ingat lagi dizaman kita menggunakan Bahasa Inggeris sebelum tahun 70an dahulu pencapaian anak luar bandar (baca : anak Melayu) dalan Cambridge School Certificate bukanlah sesuatu yang dapat dapat dibanggakan.Banyak yang tak lulus English pun - mereka hanya dapat FMC saja. Dalam bidang Sains dan mathematik boleh dibilang dengan jari.Yang ramainya adalah yang dapat gred 3 FMC tanpa kelulusan English atau dapat 7 atau 8 untuk English.Inikah nostolgia yang kita hendak banggakan ? Hanya selepas 1970an apabila persekolahan menggunakan bahasa Melayu barulah nampak kemajuan dalam bidang saions dan mathematik dari anak-anak luar bandar. tanpanya saya tak fikir kita boleh mempunyai bilangan profesional Melayu seperti yang kita ada pada hari ini.

ZURICH AL Qaaf said...

tok....

satu pejam satu celik
"lagi ^6 bulan...
kita tunggu dan lihat"

salam

uton51 said...

DAJK,

Pada bulan Julai 2002 saya salah seorang orang tua yang hadir semasa perbincanganan tentang PPSMI dan tidak bersetuju dengan PPSMI tetapi pandangan saya ditolak oleh KPM dan ahli mesyuarat yang lain termasuk kaki-kaki bodek.

2. Baca surah al-Baqarah ayat 216. Ayat tersebut boleh membantu.

Wak Melan Jr said...

Salam Tok,

Saya tinggal di kawasan luar bandar. Anak tunggal saya yang akan mengambil peperiksaan UPSR tahun ini, kebanyakan masa lapangnya dihabiskan menonton siaran kartun-kartun Disney, Cartoon Networks dll di Astro. Apa bila dia bercakap dengan kami ibubapanya dia menggunakan bahasa Inggeris walhal tidak ada seorang pun yang bercakap Inggeris di rumah ini, Jawa tu adalah juga kadang-kadang..

Pernah saya terdengar dia menelefon ibunya menyampaikan pesan neneknya supaya singgah di kedai membeli cili giling.

"Ibu!", katanya, "on your way home please drop by at the shop and buy cili geleng-geleng for nenek ya."

Hendak membezakan antara 'sepupu' dan 'kupu-kupu' pun dia pening..

Nak tergelak pun ada, sedih pun ada.. Tambah musykil apabila melihat keputusan tengah tahun BM nya yang hanya mendapat 30% sedangkan BI, Matematik dan Sains semuanya A.

Persoalan saya, statistik kemerosotan Sains dan Matematik di sekolah luar bandar yang diwar-warkan adakah ianya terhad kepada 2 matapelajaran tersebut sahaja? Bagaimana dengan prestasi BM? Pernah tengok buku BM sekolah rendah anak-anak kita yang kita mak bapak pun kadang-kadang tak reti nak tolong jawab?

Kalau prestasi BM juga merosot kerajaan mungkin telah tersilap membuat aidaian dan kesimpulan. Mungkin kita ada isu yang terlepas pandang dan lebih besar daripada menyalahkan PPSMI semata-mata.

zeqzeq said...

salam Dato'

Sokong periuk yang memasak nasi..
nanti tak berWAP

Anonymous said...

Salam Datok KJ.

Sebenarnya org melayu suka mengikut2. Semuanya nak diikut. Tak yakin diri sendiri. Kalau kita ke kedai Cina atau Cina datang jumpa kita pun kita akan gunakan bahasa melayu dialek cina. Begitu juga dengan bahasa India. Itu dulu. Sekarang ni pembantu rumah warga indon, tapi tuan rumah berusaha berbahasa indon. Malang sungguh majoriti melayu yg akur dengan kumpulan minoriti. India yg berkerja 'cleaner' fasih berbahasa inggeris, mandur estet. kenapa mereka tidak menjadi engineer, sebab bukan semua berbahasa inggeris itu berjaya dlm hidup. Bukan tak suka bahasa inggeris, tapi setuju kalau pendekatan untuk mendapatkan kemahiran bahasa inggeris itu sesuai dgn subjeknya seperti penambahan jumlah jam dan sebagainya. Lu fikir la sendiri...

MAD BALING

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
letih said...

Borhan! Spot on.

"Blogger borhan 10:27 PM said...
Hanya selepas 1970an apabila persekolahan menggunakan bahasa Melayu barulah nampak kemajuan dalam bidang saions dan mathematik dari anak-anak luar bandar. tanpanya saya tak fikir kita boleh mempunyai bilangan profesional Melayu seperti yang kita ada pada hari ini."

Saya 6 beradik. Tiba giliran saya, pembelajaran dalam bahasa Melayu. 4 beradik saya tidak lulus LCE (tktn3) Abg sangkut di MCE. Tiba giliran saya, Alhamdulillah, keluarga semua terperanjat bila saya yang tidak mengenal ABC semasa ke darjah 1 boleh mendapat tempat ke2 terbaik di sekolah.

1. Keluarga saya orang susah. Rumah setinggan. Ibu buta huruf. Ayah jarang di rumah masuk hutan cari rezeki. Air perigi, dapur kayu, elektri tiada. Berjalan kaki 4km ke sekolah. Bahasa Inggeris tidak pernah dituturkan. Contoh majoriti Melayu luar bandar.

2. Kerana pelajaran diajar dalam BM, saya berjaya sedangkan 4 kakak2 dan abang saya gagal.

3. Senyum bila memikirkan BI saya sekarang lebih baik dari mereka.

*letih*

sujini said...

Salam Hormat Datuk Hj A Kadir,

Terima kasih atas teguran Datuk.

Saya mohon maaf sekiranya kedua-dua soalan saya mengusik perasaan Datuk.

Saya bukan pakar bahasa,jadi soalan dan hujah saya munkin tidak tepat.

Saya bersetuju dan sokong ulasan Datuk yang terkemudian pada perengan no.7&8.

Sebenarnya PPSMI atau tidak pun
yang penting anak-anak kita boleh menjawab soalan peperiksaan dengan betul.

Oleh itu memang betul, kita perlu menguasai bahasa tidak kira Bahasa Melayu atau Inggeris (seperti apa yg Datuk nyatakan dalam perengan 7 &8).
Justeru itu tindakan Kerajaan memperkukuhkan lagi Bahasa Inggeris dengan menambah waktu pengajaran dan melabur lagi dengan melatih guru-guru didalam Bahasa Inggeris adalah tepat.
Tetapi pada masa yang sama janganlah diabaikan Bahasa Melayu.

Sekarang ini Kementerian Pelajaran kena laksanakan apa yang telah dijanjikan.
Jangan hangat-hangat tahi ayam.
Kena ada istiqamah dan pemantaun.
Terima kasih.

Anonymous said...

Asalammualaikum Dato'. Tolong bagi ruang kepada saya sedikit untuk mencelah. Mengenai perjuangan menegakkan bahasa ni dah lama diperjuangkan, tapi saya lihat tidak ada kesudahannya jika bangsa itu sendiri sudah lupa diri sendiri. Kebanyakkan bangsa melayu yang ujud sekarang sudah tidak mempunyai pegangan lagi. Hanya pandai berkokok saja seperti ayam jantan "BERKOKOK BERDERAI-DERAI TAPI EKOR BERGELOMANG TAHI" Terfikirkah mereka apabila hendak merencanakan sesuatu itu akan menjadi kenyataan (Hasilnya dapat dinekmati olih bangsanya sendiri). Apa yang saya perhatikan sekarang, mereka-mereka ini berjuang atau merencanakan sesuatu hanya untuk kepentingan sendiri dan kuncu-kuncunya sahaja. Cuba ikut resmi kaum cina, mereka memegang perinsip "DIAM-DIAM UBI" saya tambah sikit "DIAM-DIAM UBI KAYU". Kita bolih lihat sekarang apa yang mereka ada dan miliki. Orang melayu hanya pandai mengkeritik, pandai menegur, pandai mengolah, pandai mengutuk dan berbagai-bagai pandai lagi lah, tapi apa hasilnya?. Disini apa yang saya nak kita semua bangsa melayu yang masih sayangkan BANGSA MELAYU berfikirlah bagaimana cara untuk mengatasi perkara-perkara atau masaalah-masaalah yang bolih diatasi olih orang lain tapi tidak pada kita, dan berfikirlah bagaimana cara mengembalikan semangat bangsa MELAYU dengan tanpa menyentuh perasaan kaum lain yang sama-sama membangunkan negara kita ini. Lupakanlah ungkapan "TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA" Jika melayu yang ada sekarang ini tidak setulin melayu lagi. Bukannya saya nak menjadikan ungkapan "WALHASIL BALIK ASAL" Tetapi saya nak sama-sama kita berfikir dan memberi pendapat dan pandangan bagi tujuan memberi faedah kepada kita bersama, terutama sekali keturunan kita akan datang. Pada saya isu PPSMI tak perlu sangat diperbincangkan, apakah dengan BATAL/TIDAKNYA PPSMI ini kita tidak bolih maju?. Apa salahnya kita fikikan dan cadangkan sesuatu yang mungkin bolih mengatasi masaalah ini. Ambillah contoh-contoh negara maju seperti Japan dan Cina. Sekian. MANKOMANDO.

Anonymous said...

Asalammualaikum Dato'. Tolong bagi ruang kepada saya sedikit untuk mencelah. Mengenai perjuangan menegakkan bahasa ni dah lama diperjuangkan, tapi saya lihat tidak ada kesudahannya jika bangsa itu sendiri sudah lupa diri sendiri. Kebanyakkan bangsa melayu yang ujud sekarang sudah tidak mempunyai pegangan lagi. Hanya pandai berkokok saja seperti ayam jantan "BERKOKOK BERDERAI-DERAI TAPI EKOR BERGELOMANG TAHI" Terfikirkah mereka apabila hendak merencanakan sesuatu itu akan menjadi kenyataan (Hasilnya dapat dinekmati olih bangsanya sendiri). Apa yang saya perhatikan sekarang, mereka-mereka ini berjuang atau merencanakan sesuatu hanya untuk kepentingan sendiri dan kuncu-kuncunya sahaja. Cuba ikut resmi kaum cina, mereka memegang perinsip "DIAM-DIAM UBI" saya tambah sikit "DIAM-DIAM UBI KAYU". Kita bolih lihat sekarang apa yang mereka ada dan miliki. Orang melayu hanya pandai mengkeritik, pandai menegur, pandai mengolah, pandai mengutuk dan berbagai-bagai pandai lagi lah, tapi apa hasilnya?. Disini apa yang saya nak kita semua bangsa melayu yang masih sayangkan BANGSA MELAYU berfikirlah bagaimana cara untuk mengatasi perkara-perkara atau masaalah-masaalah yang bolih diatasi olih orang lain tapi tidak pada kita, dan berfikirlah bagaimana cara mengembalikan semangat bangsa MELAYU dengan tanpa menyentuh perasaan kaum lain yang sama-sama membangunkan negara kita ini. Lupakanlah ungkapan "TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA" Jika melayu yang ada sekarang ini tidak setulin melayu lagi. Bukannya saya nak menjadikan ungkapan "WALHASIL BALIK ASAL" Tetapi saya nak sama-sama kita berfikir dan memberi pendapat dan pandangan bagi tujuan memberi faedah kepada kita bersama, terutama sekali keturunan kita akan datang. Pada saya isu PPSMI tak perlu sangat diperbincangkan, apakah dengan BATAL/TIDAKNYA PPSMI ini kita tidak bolih maju?. Apa salahnya kita fikirkan dan cadangkan sesuatu yang mungkin bolih mengatasi masaalah ini. Ambillah contoh-contoh negara maju seperti Japan dan Cina. Sekian. MANKOMANDO.

ABU BIN SEMAN said...

salam,

Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Zaman sekarang zaman kain aku, kain aku, kain hang, kain hang. Jika tuan mahukan anak-anak tuan pandai bahasa inggeris, tuan boleh hantar anak-anak tuan belajar bahasa inggeris tiada masalah. Atau tuan-tuan sendiri boleh mengajar mereka di rumah.

Kalau tuan2 di kalangan orang berada atau golongan eksekutif gaji puluhan ribuan ringgit, tuan-tuan boleh hulur derma buka tuisyen percuma jika tuan-tuan jenis golongan yang terlalu risaukan nasib bangsa.

Yang saya nampak tuan-tuan (penyokong PPSMI) hanya suka menang berdebat dan mahu tunjuk bahawa tuan-tuan orang berilmu. secara realiti ramai anak-anak bangsa 1 malaysia tersungkur dek PPSMI. Sudahlah lahir sebagai anak miskin, otak sederhana, jadi bodoh kerana PPSMI,tanyalah para cikgu di kampung jika tak percaya.

saya ada kawan masa sekolah rendah yang tak pandai baca al-quran. Ayahnya hantar ke sekolah agama bahasa pengantarannya arab. Apa jadi kepada kawan saya?

Dia boleh baca AlQuran, baca jawi, dan tulis jawi. Bahasa Arab? Dia tak pandai langsung kerana tiada penguasaan asas pada awalnya. Dia berusaha sendiri untuk maju tapi itu yang mampu dia capai. Alhamdulillah, dia dapat ilmu akhirat. Tapi Matapelajaran akademik dia pun tertingggal kerana lemah semangat sebb selalu dapat nombor tercorot dalam kelas. Tuan-tuan tahu berapa subjek bahasa arab di sekolah agama? Lebih dari dua matapelajaran.

Cuba tuan-tuan buat kajian adakah pelajar sekolah agama semuanya boleh berbahasa arab? Hehehe jangan buat sebut / kajian di skolah bagus-bagus saja.

abikhsan said...

Sebagai ayah kepada 2 orang anak di sekolah rendah and next year dah jadi 3 orang amat menyokong PPSMI. Saya pernah luahkan komen saya dalam blog ini.

Tetapi kali ini saya akan luahkan as a regular tax payor citizen. Recent report by Jabatan Audit Negara kata kira-kira RM1.2 billion perlataan PPSMI under utilised or rosak di sekolah. Termasuk di sekolah anak saya yang mana 2 kali saya sudah highlight dalam mensyuarat PIBG tapi tiada tindakan diambil.

And now, government has launched an allocation of RM5 billion untuk memartabatkan BM dan memperkasakan BI or vise versa... hmmmmm whatever....

Again, duit tax payor akan menjadi galang gantinya.... Maka akan menangislah kontraktor dan pembekal PPSMI dan bersorak sakanlah pontential contractor and supplier for the next 'RM5 billion...'

Tebuan said...

Ketika Mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad,hendak mengubah pengajaran Sains dan matematik dalam BM ke BI tidakpun dia membuat pungutan suara, berbincang dengan pakar-pakar pendidikan dan pejuang-pejuang Bahasa Melayu.

Kenapa apabila tindakan sebaliknya pula baru dia teringat bertanya pendapat orang?

Nampaknya risau sangat dia tentang kemunduran Bahasa Inggeris dikalangan rakyat Malaysia. Ada cara lain kalau nak meningkatkan BI. Ada seratus jalan lagi hanya kita perlu berfikir di luar kotak dan berusaha.

Sebagai bekas PM cuba ikhtiarkan masaalah mendesak kebajikan rakyat terbanyak. Antaranya kehidupan harian yang tidak selamat kerana banyaknya jenayah. Keruntuhan moral di kalangan remaja-remaja Melayu dan sebagainya.

Setelah "kurang kerja" sejak tidak jadi PM cuba tumpukan kepada masalah struktur masyarakat Malaysia, masalah perkongsian kuasa yang macam mana terbaik untuk Negara Malaysia yang unik ini. Masalah ekonomi orang Melayu yang tidak selesai. Hasilkanlah sesuatu buah fikiran yang saperti Malay Delima, malah sepatutnya lebih baik kerana pengalaman yang sudah bertimbun sejak menulis buku itu.

Tebuan

makbudak said...

Dato',

Untuk ke sekelian kalinya saya ingin meluahkan rasa terkilan saya dgn pandangan yang mengatakan kalau melayu nak maju kenalah belajar matematik dan sains dlm bahasa inggeris. kenapa? hina sangatkah bangsa melayu ini sehinggakan bahasanya dipandang rendah oleh sesetengah orang melayu sendiri. sehingga dikatakan melayu kalau nak maju, kena belajar matematik dan sains dlm bahasa inggeris. kalau tidak, sampai bila pun melayu tak akan maju! sedihnya hati saya. adakah negara kita ini begitu mundur sedangkan ppsmi ini baru saja diperkenalkan beberapa tahun yang lalu.

maaf cakap, pada pendapat saya, orang yang menyokong ppsmi ini adalah orang yang tidak ada jati diri. menghina bahasa dan bangsa sendiri kerana menganggap orang yang mengutamakan bahasa melayu tiada potensi untuk menjadi menjadi umat yang maju. saya tidak tahu siapakah yang sebenarnya duduk di bawah tempurung. orang yang masih bermentaliti penjajah atau orang melayu yang nampak potensi bahasa melayu sebagai antara bahasa penting dunia sekaligus berusaha memajukan diri dan bangsa.

saya juga sedih, bila ada pihak yang memperlekeh2kan badan2 ngo malah dbp sendiri dlm usaha memertabatkan bahasa melayu. cuba kita tanya diri kita apa sumbangan kita dlm usaha memajukan bangsa dan bahasa kita ni?

bukan saya tentang belajar bahasa inggeris. nak belajar, belajarlah. belum pernah ada mana2 badan di malaysia ini yang menentang pembelajaran bahasa inggeris diajar di sekolah2. belajarlah, kalau perlu ke luar negeri untuk menuntut ilmu silakan. tapi tolonglah jangan sampai merendah2kan bahasa melayu. sampai sanggup kata belajar matematik sains dalam bahasa melayu sampai2 bila2lah kita tak kan maju. sebab kalau bukan kita orang melayu sendiri yang berbangga dan berusaha untuk memertabatkan bahasa malaysia, nak harap siapa lagi? orang puteh?

Madam Curi said...

Dear Datuk AKJ,

I smile reading your post especially the last sentence. Sad indeed for the bright minds from the kampungs. They will never make it to the top echelon of society.

Mohd Khairul Anwar said...

Salaam Datuk AKJ:

PSSMI ni patut diberhentikan selbih awal bukan tangguh lagi tiga tahun. Pasal apa mau tangguh bila 2003 terus dilaksanakan selepas 6 bulan diutarakan? Alih-alih nak tutup perlu 3 tahun? Kontrak buku ke PPSMI ke?

Datuk dulu M&S memang A kot? Maklumlah belajar S&M dalam BI. Ada pelajar saya memang letih BI tapi S&M ok. Justeru mereka tak secerdik orang yang bagus BI walaupun S&M 'agak' lemah?

Philipine bagus ke S&M? Maklumlah BI bagus. Indonesia, Korea, jepun semua bodoh S&M kan? Mereka belajar dalam bahasa ibunda mereka sama dengan Thai, China, Taiwanese, Arab, French, Spanish-speaking nations.

Yang saya sokong kukuhkan P&P BI, lebihkan masa, ambil guru2 luar negara native speaker ajar BI biar bijak.

Manakala ilmu yang banyak konsep ini di kalangan anak2 sekolah rendah bagus diajar dalam bahasa Melayu.

Datuk yang dikasihi;

S&M amat penting kepada nation-building kita. Justeru itu tidak terlambat untuk mengaku kesilapan TDM dalam perlaksanaan PPSMI yang tergesa-gesa itu.

Ada seorang Mat Arab dari Algeria buat PhD di UM; bulan pertama saya hanya boleh becakap Arab sebab BI dia zero. Lepas 3 bulan, dia kata lepas ni cakap BI saja sebab dak ok BI daripada BM. Mamat ni Berber, Arab, French memang fasih; German dan Spanish pun agak OK.

Moral: Penguasaan ilmu akan menyebabkan masalah bahasa selesai. kalaulah untuk memajukan bangsa sesenang itu dengan memajukan BI, takdelah penduduk USA, Uk, Australia, Philippine ramai yang menganggur.

Tahniah kepada DSMNTAR kerana berani.

Jesse said...

Laissez faire.

That's my fundamental belief all along, in response to those who fervently refuse to acknowledge the immense benefits brought about by the learning of Science and Mathematics in English.

The whole idea is simple after all:

"When both Science and Mathematics are learned in English, there is a greater likelihood for the learner (*not a mere student) to experience a domino effect initially; and the butterfly effect much later on in his/her personal learning stage."

PS. Datuk Kadir Jasin -- some things just can't be explained or emphasized too much. :)

manletih said...

Rata-rata penyokong PPSMI guna bahasa Inggeris. Go figure.

"
Madam Curi said... Sad indeed for the bright minds from the kampungs. They will never make it to the top echelon of society.
"

Wondering... Dato AKJ dari BANDAR mana? Najib jadi "the top echelon of society" kerana tidak pandai berbahasa Melayu atau kerana arwah bapanya?

Hmmm let see whois this joker.

Madam Curi

* Age: 46
* Gender: Female
* Astrological Sign: Scorpio
* Zodiac Year: Tiger
* Industry: Education
* Occupation: Educator and Scientist
* Location: Bangi New Town : Selangor : Malaysia

About Me

My mission in life is to be happy and make others happy. I love the little luxuries in life such as owning a nifty Honda Civic 2.0 L, 1 Celine + 2 Coach handbags, Gucci reading and sun glasses, a Tiffany bracelet, 2 cupboards of clothes, 25 shoes, soft luxurious towels and Akemi cotton bed linen. I believe in living life to the fullest, surviving the trials and tribulations of life. My motto: Passion, Patience, Perseverence, Persistence & Partnership
What would you name your ballet inspired by the sight of children leaping through a garden sprinkler?
"

OOO ok. FYI, ramai antara kita bersyukur "little luxuries" ialah dapat mengisi perut yang kosong. 25 shoes? Marcos?

*manletih*

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).