Monday, August 01, 2016

Lambat Nafi Perkuat Teori Konspirasi


A Kadir Jasin



MUTAKHIR, 2 Ogos – (1) Khairy kata wajib pertahan ketua dan “kebenaran” walaupun digelar macai dan balaci. Hebat! Bagi mengiktiraf kedudukan Khairy sebagai “capo di tutt’i capi” kepada segala macai dan balaci Pemuda Umno, saya cadangkan kita beri beliau gelaran khas – kamjat.

(2). (Datuk Seri) Anwar Ibrahim telah mengemukakan saman pemula (originating summons) bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 adalah bercanggah dengan Perlembagaan. Beliau juga memohon injunksi menyekat Majlis Keselamatan Negara daripada menjalankan kuasa di bawah akta itu sehingga kes diselesaikan.

Posting Asal
 


PADA 29 Julai, empat hari selepas Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis dengan tuduhan yang sangat berat barulah Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, bersuara.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Beliau berkata tindakan Khairul Azwan - orang nombor dua pergerakan pemuda itu - adalah tindakan peribadi dan bukan tindakan parti.

Pada 26 Julai, Khairul Azwan membuat aduan polis di Jalan Dang Wangi terhadap bekas Peguam Negara (Tan Sri) Abdul Gani Patail, bekas Gabenor Bank Negara (Tan Sri) Zeti Akthar Aziz dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), (Tan Sri) Abu Kasim Mohamed.

Beliau mendakwa ketiga-tiga individu itu dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Mohd Najib dan kerajaan Malaysia.

Soalnya mengapakah Mohd Najib mengambil masa begitu lama untuk mengulas satu isu besar yang menyentuh batang tubuh beliau sendiri?

Begitu juga dengan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin. Hanya pada 30 Julai, sehari selepas Mohd Najib membuat kenyataan, barulah beliau bersuara dengan berkata bahawa tindakan Khairul Azwan itu bersifat individu dan tidak mewakili pendirian Pemuda.

Khairy (kiri) tak tahu apa Khairul Azwan (kanan) buat?
Mengapa mereka mengambil masa begitu lama untuk memberi penjelasan sedangkan tindakan orang nombor dua Pemuda itu sudah dibincangkan secara meluas oleh media atas talian dan sosial?

Tanda Tanya

1. Adakah kerana Umno begitu demokratik sehingga seorang pemuka pertengahan seperti Khairul Azwan bebas bertindak atas kapasiti peribadi ke atas hal-hal yang menyentuh kebajikan presiden parti sendiri?

2. Kalau Umno begitu demokratik, mengapakah Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan ahli Majlis Tertinggi (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) dibuang parti dan Naib Presiden (Datuk Seri Shafie Apdal) digantung keahlian kerana mengkritik Mohd Najib?

3. Adakah kebebasan dalam Umno hanya untuk memuji, memuja, mengampu dan mempertahankan Presiden dan konco-konconya sahaja?

4. Adakah Khairy juga begitu demokratik atau tidak peduli hal ehwal parti sehingga orang bawahan beliau membuat laporan polis yang jelas boleh menjadi senjata makan tuan kepada Presiden parti?

5. Atau Khairy tahu dan bagi restu tetapi buat-buat tidak tahu kerana laporan polis Khairul Azwan itu adalah jenis senjata makan tuan dan udang sebalik batu?

6. Atau Mohd Najib sendiri baru sedar bahawa laporan Khairul Azwan itu sangat berbahaya ke atas diri beliau sekiranya polis menyiasat aduan itu tanpa rasa takut dan bebas?

Konspirasi Dalaman Umno

Penafian dan penjelasan lewat oleh Mohd Najib dan Khairy mengukuhkan lagi teori bahawa wujud unsur-unsur persekongkolan (conspiracy) dalam tindakan Khairul Azwan itu.

Lagi teruk ia bukan satu tetapi dua konspirasi yang berlainan dan bercanggahan tetapi dengan kesan yang sama buruk terhadap Mohd Najib.

Pertama, konspirasi untuk memperluaskan tindakan undang-undang ke atas semua pihak yang terbabit dalam usaha menggesa Mohd Najib meletakkan jawatan.

Laporan polis ke atas Abdul Gani, Zeti dan Abu Kassim adalah kes ujian (test case) dan pendahulu kerana peranan mereka dalam siasatan ke atas SRC International Sdn Berhad, “derma” RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Mohd Najib dan skandal 1MDB.

Kedua, konspirasi dalaman Umno untuk menggunakan tiga tokoh itu bagai “membenamkan paku terakhir atas keranda” Mohd Najib.

Konspirasi pertama adalah langkah Pemuda untuk mengambil hati Mohd Najib dan yang kedua, pemberontakan Pemuda terhadap Mohd Najib.

Kalau saya andaikan bahawa Pemuda Umno masih ada keberanian, kepedulian terhadap keluh kesah akar umbi dan mementingkan kelangsungan (survival) parti, tindakan Khairul Azwan itu jatuh dalam kategori kedua, iaitu pemberontakan terhadap Mohd Najib.

Kalau konspirasi itu adalah untuk menyelamatkan Mohd Najib, kesannya adalah sebaliknya. Lebih ramai rakyat jelata bersimpati dengan tiga orang itu dan bertambah benci terhadap Mohd Najib dan Umno.

Tetapi sekiranya konspirasi itu adalah untuk menggugat (undermine) Mohd Najib dari dalam maka ia mengukuhkan lagi satu teori yang sedang rancak dibincangkan.

Teori itu mengatakan bahawa sedang berlaku penjajaran (alignment) di kalangan pemimpin tertinggi Umno yang melibatkan Pemuda sebagai pelakon utama.

Pemuda mempunyai kepentingan (stake) yang tinggi dalam penjajaran tersebut. Kalau Umno selamat, Pemuda akan menjadi pewarisnya tetapi kalau Umno musnah kerana Mohd Najib, Pemuda terpaksa membangsat mencari perlindungan.

Akan tetapi, sekiranya apa yang saya coret di atas hanyalah khayalan saya mengenai keintelektualan dan komitmen Pemuda Umno kepada perjuangan maka tindakan Khairul Azwan itu - seperti kata ramai pembahas sosial media - adalah tindakan otak udang dan publisiti murahan.

NOTA KAKI: Hari ini, 1 Ogos 2016, berkuat-kuasalah Akta Majlis Keselamatan Dalam Negeri (AMKDN) 2015 walaupun tidak mendapat perkenan rasmi Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

Wallahuaklam.

42 comments:

Dapatgajibukanpengorbanan said...

Bakal pesara Kerajaan dan pesara Kerajaan ada locus standi untuk buat laporan polis supaya siasat wang KWAP' yang dipinjam SRC kemudian masuk akaun Najib dan dia belanjakan. SRC dah bayar balik ke? Najib dah bayar balik ke? Pesara Kerajaan akan dapat pencen bulan depan? Tahun depan? Ini mesti dijadikan sekarang!

Zalman A said...


"Laporan polis ke atas Abdul Gani, Zeti dan Abu Kassim adalah kes ujian (test case) dan pendahulu kerana peranan mereka dalam siasatan ke atas SRC International Sdn Berhad, “derma” RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Mohd Najib dan skandal 1MDB. Kedua konspirasi dalaman Umno untuk menggunakan tiga tokoh itu bagi “membenamkan paku terakhir atas keranda” Mohd Najib."

Salam Datuk,

Let us repeat here:

b) MACC investigation: Clearly there was a case, otherwise the MACC would have closed the files on their end. Blocked by 24-hour replacement. MACC request for MLA, not granted by 24-hour replacement. MACC panels wanted to ask for review of decision, but were disbanded before this could be done.

c) PAC found that up to US$7 billion is unaccounted for in 1MDB, BNM evidence (deleted by the Carimakan Chairman) that US$700 million was siphoned to the wrong people.

So let's be accurate:

Mappadulung "aku sain buta2 jer" Karaeng Sanrobone's only talent seems to be appointing very hungry people who are "looking for lunch" to oversee, edit and block these investigations into himself.

But to say there was "no evidence" or that "local investigations had completely cleared the PM and 1MDB" is wrong.

Let's be accurate:

The MACC and BNM and TS Ambrin found plenty of evidence of wrongdoing, but a bunch of dedak-eating barua swept it under the carpet.

Hence.....

.....if Abdul Gani, Zeti dan Abu Kassim simply tell the truth in court, then, yes, Mappadulung is finished. It will indeed be the "paku terakhir atas keranda” Mohd Najib.

He can only be saved by lies now.

His own, and those of his inner circle of thieves.


Fendi Ahmad said...

Pemuda UMNO hari ini secara majoriti ada dua jenis (majoriti tidak bermakna 100%, ada pula yang melenting nanti):

1) golongan kontraktor, golongan bisnes
2) golongan sekolah tidak habis SPM atau SPM adalah penamat akademiknya

Hakikatnya, majoriti besar "pemuda-pemudi" Malaysia hari ini yang kebetulannya dilahirkan di zaman PM Malaysia ialah "Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad" tidak berada dalam dua kategori itu.

Apalah nak diharap sama Pemuda UNNO yang ketuanya sendiri tidak lahir dan tidak lengkap sekolah di negara ini. Ada ke dia belajar subjek Sejarah PMR, SPM agaknya ?

Zalman A said...


UMNO officials have refused to acknowledge the scandal. In one particular flight of fancy Abdul Rahman Dahlan, the strategic communications director for the ruling  Barisan Nasional, accused the FBI of simply taking the plethora of charges laid  bare by Clare Rewcastle Brown and Sarawak Report, “which has a heavy political agenda against the government, the BN and the prime minister,” and printing them, apparently without checking them.

Let us help Abdul Rahman Dahlan out here.

Your story, and the entire MTPDN (Majlis Tinggi Parti Dedak Najib), is that his wealth was a "Saudi donation", yes?

Even the hasty replacement A-G accepts this.

How?

On the basis of 4 forged letters (how do we know they are forged? Because the "donation" to Riza Aziz and the artwork transfers to Jho Low are identical to the 4 "Saudi letters". Any court will throw them out immediately.

Do you have forensic bank transfers for the "donation", Abdul Rahman Dahlan?

No.

Will the "Saudi royals" come to court?

No.

Will the Saudi government make any further statement on this?

No.

Why?

Because the money was stolen from 1MDB bonds, transferred to Tanore Finance (operated by Jho Low's office boy), and then transferred to a Bugis AmBank account.

The money was stolen from 1MDB. Pendek kata.

There is very, very, ample evidence of that.

That is why international action is being taken.

I hope you are clear now.

Zalman A said...


“Adakah betul Najib terima wang berbillion-billion ke dalam akaun peribadi?”


Jawapan 1 : (Diam)

Jawapan 2 : Akaun itu tidak wujud.

Jawapan 3 : Ejaan nama Najib Razak oleh WSJ adalah silap.

Jawapan 4 : SWIFT Code di dalam dokumen WSJ adalah tidak benar

Jawapan 5 : Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi.

Jawapan 6 : Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah.

Jawapan 7 : Saya akan saman WSJ pada hari Selasa.

Jawapan 8 : Najib tidak jadi saman WSJ kerana dia tidak terkenal di Amerika Syarikat

Jawapan 9 : Adalah bodoh jika Najib Razak guna akaun peribadi sendiri untuk terima wang

Jawapan 10 : RM2.6 billion itu tidak wujud.

Jawapan 11 : RM2.6 billion itu adalah derma

Jawapan 12 : Akaun peribadi Najib sebenarnya adalah akaun amanah atas nama Umno

Jawapan 13 : Lebih baik Najib pegang wang dalam akaun peribadi dari dipegang oleh proksi

Jawapan 14 : Penderma RM2.6 billion itu adalah adalah dari Timur Tengah

Jawapan 15 : Sedekah RM2.6 billion datang dari penyokong-penyokong Umno

Jawapan 16 : Najib berhak untuk merahsiakan derma kerana ianya untuk akaun peribadi

Jawapan 17 : Duit derma lebih selamat di dalam akaun peribadi Perdana Menteri

Jawapan 18 : Ahli-ahli Umno memang dah lama setuju wang sumbangan boleh masuk ke dalam akaun peribadi Presiden

Jawapan 19 : Duit itu guna untuk pilihanraya dan kerja kebajikan

Jawapan 20 : Duit itu guna untuk melawan ISIS

Jawapan 21 : Duit itu guna untuk melawan DAP dan YAHUDI

Jawapan 22 : Duit itu guna untuk melawan Muslim Brotherhood

Jawapan 23 : Duit itu sebagai tanda terima kasih kerana Malaysia berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jawapan 24 : Duit itu bukan duit rakyat, jangan dengki dengan rezeki seseorang

Jawapan 25 : BERSIH dan pembangkang juga menerima duit derma dan perlu isytiharkan penderma mereka

Jawapan 26 : Jangan ganggu pentadbiran Najib, zaman Tun Mahathir sudah berlalu

Jawapan 27 : Dulu Tun Mahathir pun mesti dapat derma dalam akaun peribadi untuk pilihanraya

Jawapan 28 : Bank Negara sudah lama tahu, dan saya tidak melakukan apa apa kesalahan

Jawapan 29 : Ada ramai penderma, bukan seorang penderma

Jawapan 30 : Zahid Hamidi jumpa wakil-wakil penderma

Jawapan 31 : Saya telah membelanjakan kesemua RM 2.6 billion untuk kegunaan Umno

Jawapan 32 : Henti kan fitnah. Saya tidak pernah menyoal Pak Lah bagaimana dia cari duit untuk pilihanraya

Jawapan 33 : Menuduh Najib adalah sama seperti menyerang umat Islam Malaysia

Jawapan 34 : Walaupun saya telah memecat ramai orang, saya berjiwa besar

Jawapan 35 : Jangan persoal cara Najib Razak memerintah. Dia perintah mengikut sunnah Nabi

Jawapan 36 : SPRM jumpa penderma tunggal, bukan lebih dari seorang

Jawapan 37 : Raja Arab sebelum meninggal memberi sedekah RM2.6 billion kepada Najib

Jawapan 38 : RM 2.03 billion telah di pulangkan kembali kepada Raja Arab sebab tak habis digunakan

Jawapan 39 : Derma sedekah itu adalah hal peribadi antara Najib dan Raja Arab

Jawapan 40 : Tiada kesalahan jenayah di lakukan oleh PM. Minta SPRM mengugurkan kertas siasatan dan kes di tutup kerana tiada fakta jelas dan tiada bukti.

Zalman A said...


UMNO hanya ada ahli seramai 3.5 juta. Itu kata mereka. Diatas kertas mungkin ada 3.5 juta. Reality nya, jumlah nya lebih kurang dari itu. 3.5 juta disebut sebut hanya untuk buat show dan menakutan orang lain.

Mungkin jumlah ahli sebenarnya tinggal 2.5 juta. Orang Melayu pula ada 15 juta. Ertinya, hanya 1 dari 5 orang Melayu ialah ahli UMNO. Maka bagaimana UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO? Lebih ramai Melayu bukan ahli UMNO.

Demikian juga dalam PRU13 tahun 2013. UMNO memperolehi jumlah undi sebanyak 3.2 juta. Andaikan semua pengundi yang mengundi UMNO ialah Melayu. Jumlah pengundi Melayu yang keluar mengundi dalam PRU13 ialah hampir 7 juta orang. Jika UMNO dapat 3.2 juta undi dan semua nya Melayu pula, bererti 3.8 juta orang Melayu tidak mengundi UMNO.

Jadi bagaimana UMNO tanpa segan dan silu, mengatakan mereka mewakili Melayu? Lebih ramai orang Melayu mengundi parti bukan UMNO.

Tapi kita tahu, dari 3.2 juta yang mengundi UMNO, bukan semua nya Melayu. India kaki pembodek dan cina yang mahu kesenangan, ada juga mengundi UMNO. Mungkin 15% dari undi yang diperolehi oleh UMNO datang dari bangsa bukan Melayu.

Zalman A said...


Apa ertinya ini? Ertinya, daripada 3.2 juta undi yang diperolehi oleh UMNO- hanya 2.72 juta sahaja orang Melayu, jika jumlah pengundi Melayu ialah 7 juta orang, maka Melayu yang tidak undi UMNO adalah sebanyak lebih 4 juta orang. 4 juta Melayu tidak undi UMNO.

Jadi bagaimana UMNO boleh mendabik dada mengistiharkan mereka mewakili majority Melayu? Lebih ramai Melayu tidak undi UMNO.

Ini menjawab soalan- adakah orang Melayu mati jika UMNO di tolak? Jika UMNO ditolak, hanya 1 orang Melayu akan kecundang. 4 orang Melayu lain boleh terus hidup.

Pengajaran nya ialah: orang Melayu secara mutlaknya, tidak memerlukan UMNO untuk terus hidup.

Mereka sebetulnya memerlukan sebuah kerajaan yang adil dan melaksanakan dasar2 yang adil dan saksama. Mereka memerlukan undang2 lebih daripada memerlukan UMNO.

Lebih penting, mereka memerlukan pemimpin yang amana, jujur, tidak rasauh, tidak mencuri wang rakyat, dan bukan pembohong bersiri.


https://senapangsakti.wordpress.com/2016/07/29/sahih-umno-itu-parti-politik-bukan-bangsa-melayu/


kampong lad said...

1.samada peribadi atau bagi pihak sayap pemuda maupun parti umno baru, sila tengok balik maklumat peribadi pengadu didlm laporan polis.'2. selepas keterangan diambil, what's next, tarik laporan?

Dapatgajibukanpengorbanan said...

Cuba teka siapa lah di antara pemimpin wanita UMNO ada ladang anggur di Amerika, California, agaknya. Atas nama dia atau nama suami dia atau anak2nya. Rafizi kalau benar2 bijak tentu boleh dapatkan maklumat bertugas.

pemikir said...

Salam,

Kalau pandai buat report, kena pandai ler tarik report tu balik.

Masalahnya report telah dibuat.

Saya cadangkan ketiga tiga mereka membuat report yang sama kepada Polis untuk menafikan tuduhan ke atas mereka serta membela diri.

Report Polis ini hanyalah sebagai alasan untuk Polis mengambil tindakan ke atas ketiga tiga mereka bila bila masa sahaja.

Wallahualam.

Pakcik said...

Pemuda umno sendiri dah byk skandal, mana berani nak lawan bos. Kena gertak terus terkucil

rahman jpc said...

salam d kj,

dlm blog ini saya pernah memetik kata2 proff sahitapi (pakar krimilog Indonesia):-

"politicians r just like thieves. we can never catch them except red handed" - politikus serupa mcm pencuri. kita tidak bolih menangkap mereka kecuali tangkap tangan (tangkap basah).

saya berani mengatakan bahawa hampir semua pemimpin menyalah guna kuasa. perbezaan nya adalah perbuatan mereka tidak dpt d kesan atau pun mereka berjaya menutup nya.

Ds najib dgn jelas d dapati tlh menyalah guna kuasa. 'he is caught wth his pants down. n may b 4 d lady wth her panty down. he/she is trying his/her level best 2 cover their private parts wth a thin tissue paper'.

masaalah nya kertas tisu akan musnah bila terkena air. begitu lah agak nya keadaan ds najib sekarang.

namun dlm keadaan bertelanjang bulat, masih ada cai2 nya yg masih bersedia utk memberi perlindungan.

saya amat mengenali ds musthapa mohd. n saya percaya hanya dia seorang sahaja yg masih mempunyai sedikit 'integrity'. saya masih tertanya tanya mengapa dia masih berada dlm cabinet najib yg tlh teruk tercemar.

selain drpd beliau, saya tiada hormat langsung dgn menteri2 UMNO yg masih berada dlm cabinet.

kembali kpd tajuk, jia sekira nya terdpt konsprasi utk menjatuh kan ds najib maka anggap lah ia nya sebagai 'fardhu kifayah'.

Aku said...

Kadiag, salaam.
Dlm 'coretan' hang kali ni, andaian hang yg akiag sekali, aku rasa yg paling tepat, seperti aku tempek ni:

"Akan tetapi, sekiranya apa yang saya coret di atas hanyalah khayalan saya mengenai keintelektualan dan komitmen Pemuda Umno kepada perjuangan maka tindakan Khairul Azwan itu - seperti kata ramai pembahas sosial media - adalah tindakan otak udang dan publisiti murahan."

....dan dari Bloomberg (Julai 22, 2016) macam ni:

"At the center of the alleged web of transfers that drained the fund and fooled global banks is Low, 34. In recent years Low has attracted attention as a zelig of high living -- confidante of the prime minister’s family, buyer of rare paintings, companion to Paris Hilton. Prosecutors portray him as a puppet master with a frat boy sensibility."

Teori orang Amerika pon seakan kata depa ni macam badut2 saja, dan tok dalangnya atau 'puppet master'nya ialah anak tauke hak dari Penang tu, jugak yg depa kata miliki 'frat boy sensibility'. Guna lojik aku yg serba dhoif ni, kalu bos2 depa bulih diputag begitu mudah olih seseorang yg ada 'frat boy sensibility', takkan yg bawah ni cerdik kot... kalu sapa2 terasa, mintak maghap no...! Tapi pada orang2 yg terasa tu, yakin lah sunggoh2 aku dan ramai lagi telah lama di zalimi olih pemerintah, tak kira laa dia kepala pendakwa ka, kepala polisi ka apa ka...

Macam mana pon satu drpd ciri seorang 'frat boy' ialah 'feeblemindedness', lebih korang 'otak tahap longkang', atau 'otak udang' lagu mantan timbalan UMNO Batu Kawan tu selalu dok kata...

Yg sangat gerun dgn 'azab Allah 'azza wa jalla,
Aku

PutraKraken said...

Salam Datuk

Satu analisa yang tepat....seperti yang saya katakan sebelum ini...Pemuda UMNO memang "Brilliant"....melontar boomerang....yang pastinya akan kembali kepada si pelontar...sama juga seperti kata orang...bermain guli dalam rumah kaca...keep it up pemuda!

Berbalik kepada KJ...Ketua Pemuda yang tiada pendirian...tak dak teloq. KJ bukan seorang pemimpin yang dapat kita harap...jauh daripada itu...KJ hanyalah seorang ketua yang oportunis...Menantu Pak Lah...ketua jaga tingkat 4 sewaktu Pak Lah sedang tidur...tak lebih dari itu...Masih ingat skandal politik wang dalam pemilihan ketua pemuda satu ketika dulu?...Itulah KJ sebenarnya...pemgamal DEDAK.

Dimanakah gagasan sayap Pemuda UMNO yang menjadi kumpulan pendesak yang lantang seperti di zaman Dato Harun? Bermula dengan si lembik Hishamuddin dengan kerisnya...Pemuda ternyata lembik dan makan dedak. Tak pedulilah korang lulusan Cambridge ke? Oxford ke? Havard ke?...kalau membesar dengan dedak...tak akan jadi manusia berakhlak dan berguna....seperti kata Datuk...Jadilah garam jangan jadi langau! Tapi nampaknya semua pemimpin UMNO semunya LANGAU...dah tentunya bangkai 1MDB hasil buruan Najib jadi tumpuan.

Trio Zeti, Abu Kassim dan Gani Patail adalah golongan Professional. Rekod perkhidmatan mereka bukan rahsia kepada umum...tak dak kena OSA. Begitu juga dengan IGP yang baru dapat anugerah "Tan Sri" kerana kecemerlangan melindungi Najib bersama dengan "Tan Sri" AG.

WHAT DO YOU EXPECT FROM THEM?...
Wal hasil balik asal...Wal asal tak dak hasil!

Bring on Pemuda...Nak masuk gelanggang PRO...silakan...kita lihat macamana jagoan kampung dalam gelanggang PRO ni...tapi satu yang sepoil betul...Tan Sri IGP...adakah beliau seorang yang PRO jugak?...yang pastinya ProNajib nya telah membuahkan "Tan Sri" untuk dirinya.

Satu lagi nak tanya Datuk...Si Husni mana ye...diam je?...dah kenyang ke?
Si Wahit pon dah dapat Tan Sri dan kini jadi pengerusi PNB...lumayan jugak ye.
Tak lah macam Tan Sri Muhyiddin yang tolak tawaran tu...kan dah melepas.

Husni, Wahit..tak ingat lagi ke dengan beban rakyat bangsat dan haramhjadah yang dah kena kencing ni?...Wahit boleh jugak tolong kan?...declare dividen ASB 100% hujung tahun ni...apa macam?...tapi rakyat mana ada simpanan ASB lagi...habis korek buat belanja raya.

Semoga kalian tidur lena...dan tersentak dek igauan ngeri yang ternyata bukan mimpi.
Malaysia tergelincir...Democratic KLEPTOCRACY...politik UMNO Najib.

dina said...

deii tambi...ko kena marah dgn tun ek sbb gelojoh sgt....lol
soalan2 ko tu tak relevant dahhhh....
laporan polis dah pun dibuat...tunggu jer la polis siasat ye...x yah sebok!
ko kata najib lambat jawab...ko pun ambik masa beberapa hari nak keluar article bengong ni
ko kata najib lambat jawab..ko apasal tak suh tan sri 3 ekor tu jawab?
ye...malaysia negara demokrasi...pasal tu lah tun m dedak tu dapat jadi pm 22 tahun ...pastu meroyan jambatan bengkok tak buat!

#respectmypm

niesa said...

Assalam Dato,
Tengok tarikh 1 ogos kat nota kaki tu, tarikh yang sama jugalah langkawi ditarik balik sebagai pulau bebas cukai (baca dalam chedet). Selepas ni agaknya berapa ramai lagi yang akan melawat langkawi. Selain dari tarikan pantai yang menarik, produk bebas cukai sgt menggamit pelancong ke langkawi. Mungkin tarikan baru ke langkawi adalah hotel st Regis, yg bertaraf 6 bintang yg telah berjaya mengubah laluan asal feri ke kuala perlis.

Zalman A said...


Why have we appointed a contractor banned by the World Bank?

CCCC is alleged to be "covering" IPIC and Jho Low debt by working with the govt to double the price of the East Coast Railway.

"A large construction firm from China was debarred from bidding for World Bank projects following “fraudulent practices” in a major Philippines road improvement project. The World Bank has blacklisted China Communications Construction Company Ltd until January 2017.

See an extract from a World Bank statement here:

Washington, July 29, 2011 − The World Bank today announced the debarment of China Communications Construction Company (CCCC) Limited, and all its subsidiaries, for fraudulent practices under Phase 1 of the Philippines National Roads Improvement and Management Project.

Under the sanction, CCCC is ineligible to engage in any road and bridge projects financed by the World Bank Group until January 12, 2017. This action is based on recent changes in the World Bank sanctions system to clarify that successor organizations – through purchase or reorganization – will be subject to the same sanctions applied to the original firm."

I would not take CCCC's denials too seriously.

After all, Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone is going to sue the WSJ "next Tuesday", but that was 58 Tuesdays ago.

In the meantime, the entire WSJ reporting has been corroborated in the 136-page DOJ report.







Zalman A said...



The Malaysian government planned to double the cost of the East Coast Rail Project from 30 billion ringgit to 60 billion ringgit, a difference of about $9.8bn. A company nominated by CCCC would then assume $US5.6bn of 1MDB’s debt in return for assets held on the sovereign fund’s books at the same amount.

Are Zimbabwe and the Maldives more intelligent than our govt?

MALDIVES:

http://maldivesindependent.com/politics/world-bank-blacklisted-chinese-company-awarded-maldives-bridge-project-119849

"A Chinese contractor chosen for the US$200 million Malé-Hulhulé bridge project was blacklisted by the World Bank over fraudulent practices during a road improvement project in the Philippines.

The CCCC Second Harbour Engineering company was sanctioned in 2009 and barred from engaging in any road and bridge projects financed by the World Bank Group until January 2017.

Housing Minister Dr Mohamed Muiz said at a parliamentary committee today that the bidding process for the ‘China-Maldives Friendship Bridge’ was conducted by the Chinese government last week."

ZIMBABWE:

http://source.co.zw/2016/06/chinese-contractor-for-beitbridge-chirundu-highway-banned-by-world-bank-for-corruption/

"HARARE, June 6 (The Source) – The company that won a lucrative $2 billion contract for the construction of Zimbabwe’s most important highway is under a World Bank ban for tender rigging and fraud.

Zimbabwe recently named Chinese firm China Harbour Engineering Company Ltd (CHEC) as the main contractor of the Beitbridge-Chirundu highway dualisation project. An Austrian firm based in China, Geiger International, was named as the financier of the project.

However, according to a World Bank listing of firms that are ineligible for contracts that it finances, state-owned China Communications Construction Company (CCCC) Limited, CHEC’s parent company, is banned until 2017. According to the World Bank, companies that it places on its blacklist would have been found in violation of its “fraud and corruption policy”.

Does CCCC only deal with countries desperate to make a quick buck, more so because they may have to pay the UAE RM27 billion shortly?

hasnie said...

Memang betul Pesara Dan bakal Pesara patut fikir Dan ambil Jln terbaik bg mengelak kesan buruk terhdo mereka. Bukan setakat duduk diam saja, krn kesan nya bakal ditemouh setiap kita.

merepek said...

Jadi, zeti, abu kasim dengan gani ada buat report penafian tak sampai skrg?

Nak kira macam mana tu? Nak bercakap dengan peguam dulu? Abis tu, geng2 kerajaan tak kena bincang dengan peguam dulu jugak ke? hahaha. Abis la, dah kalut semua. Game dah kantoi.

Zalman A said...


Datuk,

You were right.

Case hastily closed by IGP.

"Police will not investigate a report filed by Umno Youth vice-chief Khairul Azwan Harun alleging a high-level conspiracy against Prime Minister Najib Abdul Razak. Inspector-general of police Khalid Abu Bakar said the report was based on an "andaian" or assumption, and it therefore did not warrant further investigation."

if Abdul Gani, Zeti and Abu Kassim simply tell the truth in court, then Mappadulung is finished. It will indeed be the "paku terakhir atas keranda” for him.

Mappadulung does not want the truth to be known.

Even 40 lies may not be enough for Parti Dedak Najib.

There will be more.

But the truth cannot be avoided.

It will come out.



Zamri said...

Laaaaa, #suspectmypm lah. Bohong 40 kali x cukup ke? Ko sembahyang ke?

LaM said...

Memang sah, budak Umno tu buat repot atas arahan Najib & Khairy. Munkin nak ugut ke3 org tu supaya tak bukak mulut fsl rasuah Najib dlm 1MDB.

Budak umno tu diinterview police pd 29hb dan tidak dapat mengemukakan apa2 keterangan menunjukkan ada 'criminal conspiracy' diantara 3 org tu utk menjatuhkan Najib.

Seperti biasa...spt dulu sebelum Najib dituduh dimahkamah olih Macc atas arahan Gani & Khalid pecah lubang pd Najib sehingga Gani dipecat..Khalid tweet dlm kes ni juga maklum pd Najib.." Boss, my officer record that boy's statement....there is nothing we can hold to proceed further...we have to close the case...& u better come out with some statement". Tu fasl lambat sangat nak buat denial....selepas statement budak umno tu didapati negative.

Setelah dibrief olih machai dia, baru Najib dan Khairi dissociate themselves from the stupid report.

Ikut amalan biasa..budak Umno tu akan didakwa atas tuduhan membuat 'false report'. The fact that Khalid ckp no charge for false report..adalah kerana Najib n Khairy terlibat sama. Berani ke budak tu buat rpt kalau tak diarahkan. Sila bayangkan sekira budak umno tu dincharge atas tuduhan buat false report...dlm defence nya dia akan ckp...'Tuan magistrate..Boss saya Malaysian Official 1 dan Khairy arah saya"....

LaM said...

tambahan:

Sbb apa Khalid tweet kalut dgn report palsu ni????? Sbb budak umno tu mesti ada beritahu dlm statement dia yg boss Khalid ie Najib & Khairy arahkan dia buat report.

Ni kes pertama yg diketahui, org buat report palsu dilepaskan bagitu shj. Khalid jugak bertindak spt lawyer ikut style Pandi Dobi yg pertahankan Najib, untuk pertahankan kenapa budak umno tu tidak patut dituduh buat repot palsu. Khalid jugak sudah dihinggapi penyakit Pandi Dobi..clear org cuci bersih. Pandi tipu satu Msia dan dunia, RM2.6billion adalah derma arab sedangkan Sprm blumn habis siasatan & mintak MLA dari dia. Sekarang terbukti, RM2.6billion duit curi dari 1MDB.

Zalman A said...


"Khairy kata wajib pertahan ketua dan “kebenaran” walaupun digelar macai dan balaci. Hebat! Bagi mengiktiraf kedudukan Khairy sebagai “capo di tutt’i capi” kepada segala macai dan balaci Pemuda Umno, saya cadangkan kita beri beliau gelaran khas – kamjat."

HA HA HA!

Terbaik, Datuk : )

Fendi Ahmad said...

Datuk AKJ,

Ada laporan akhbar Cina kata parti baru idea Tun M mungkin dinamakan Barisan Rakyat. Hmmm, harap Datuk sampaikan (jika benar) pada Tun M atau jawatankuasa penajanya tolong jangan ada perkatan BARISAN di situ kerana ianya seperti mahu menjelmakan kembali Barisan Nasional.

Nama perlu "fresh," tiada bebanan memori lama (BARISAN nasional, pakatan RAKYAT??)...

Saya harap nama Wawasan digunakan ... Wawasan Negara

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Rupa-rupanya mengikut kata Ketua Polis, laporan yang dibuat itu adalah berdasarkan andaian-andaian dan juga cakap dengar.

Cakap Dengar dalam bahasa orang putih atau Mat Solih adalah “Hearsay”

“Hearsay” tidak boleh diguna pakai dalam mahkamah.

Orang nombor dua pemuda buat laporan polis berdasarkan “Hearsay” kepada 3 orang Tan Sri memanglah tak patut.

Orang seperti Zeti sudah banyak berjasa, beliau bukan sembarangan orang. Kalau hendak tuduh pun biarlah yang betul.

Zalman A said...


Tidak pasti apa tujuan naib ketua pemuda itu. Apakah dia memang ada bukti sahih, atau pun dibuat kerana ada motif tertentu. Namun dalam tilikan saya ia ada kena mengena dengan politik Umno di masa depan. Ia semacam satu yang dipelankan untuk menyingkirkan Khairy dari kedudukannya hari ini.

Apakah tindakan itu sudah dimaklumkan kepada Khairy? Khairy pula enggan mengulas tindakan rakannya itu dan melarikan diri daripada wartawan. Kalau laporan polis itu atas restu Khairy, tidak munasabah pula. Sementara kalau ianya tidak dimaklumkan kepada Khairy dan tindakan itu atas inisiatif Naibnya itu, maka jelas ia cuba memberi mesej tertentu. Ia satu tindakan tidak beretika.

Seperti yang ditafsirkan oleh penulis veteran tadi, tindakan Khairul Azwan itu meletakkan Khairy dalam keadaan terjempit. Perhatian terhadak aksi yang diharapkan ialah daripada ahli-ahli Umno khas Pemuda.

Zalman A said...


Apakah Khairul Azwan hanya menjalankan skrip yang ditulis oleh orang tertentu atau ia memang ideanya sendiri dalam mendekatkan lagi diri dengan Najib dan Rosmah Mansor? Siapa Rosmah?

Khairy tidak boleh terus mendimkan diri dan melarikan diri dari wartawan yang mahu penjelasan daripadanya. Dia perlu jelaskan apakah tindakan naibnya itu mendapat restunya atau pun tidak. Kalau beliau mendiamkan diri orang akan menganggap beliau juga ada saham sama.

Dalam hal ini saya rasa bukan jenis menantu bekas PM itu melempar batu sembunyi tangan. Apa yang kita kenal selama ini Khairy seorang yang berani termasuk menggelarkan para demostran sebagai Kera.


“Kempen rebut jawatan dalam Umno bermula”

http://msomelayu.blogspot.my/2016/07/kempen-rebut-jawatan-dalam-umno-bermula_28.html

Zalman A said...



"(Datuk Seri) Anwar Ibrahim telah mengemukakan saman pemula (originating summons) bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 adalah bercanggah dengan Perlembagaan. Beliau juga memohon injunksi menyekat Majlis Keselamatan Negara daripada menjalankan kuasa di bawah akta itu sehingga kes diselesaikan."

I believe Anwar will not succeed.

This law, sneaked in at the very last minute, has earned great mistrust from the public.

The govt can only blame itself.

s.124 of the Penal Code (amended) was also against terrorism. The "economic sabotage" referred to there is about blowing up bridges or destroying banks. Yet it was abused to arrest DS Khairuddin and M. Chang merely for lodging perfectly valid (and we now know, true) reports.

The 24-hour replacement should stop asking publicly why the people do not trust him.

Same goes for the govt.

The other point is that the passing of the Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 while ignoring the Rulers' requests is supreme arrogance bordering on derhaka.

The next time PDN (Parti Dedak Najib) comes out to "defend the honour of the Raja2 Melayu" (konon), they should be reminded of their hypocrisy.

They should not spreak about Bangsa and Agama either, because a bunch of corrupt, self-enriching thieves has no right to lecture others.

Zalman A said...


Dalam bahasa yang mudah, bermakna kes ini telah tutup fail dengan serta-merta. Tiga Tan Sri yang didakwa oleh Khairul Azwan iaitu Abu Kassim Mohamed, Gani Patail dan Dr Zeti Akhtar Aziz juga tidak akan dipanggil polis untuk memberi apa-apa keterangannya lagi.

Jika hanya berdasarkan andaian-andaian saja, kenapa Khairul Azwan tergamak membuat laporan polis terhadap tiga tokoh terkemuka terbabit? 

Hello bro, bukankah andaian lebih sesuai dijadikan modal sembang kedai kopi sahaja?

Mana wibawa dan harga dirinya sebagai Naib Ketua Pemuda dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, jika berdasarkan andaian saja sudah sanggup pergi ke balai polis untuk membuat dakwaan terhadap orang lain?

Dengan kenyataan dan pengesahan Khalid itu, apa yang akan dilakukan oleh Khairul Azwan selepas ini?

Adakah beliau akan memohon maaf secara terbuka kepada ketiga-tiga Tan Sri itu dan membeli iklan di akhbar-akhbar arus perdana bagi tujuan yang sama?

Atau hanya akan berdiam diri dan selamba saja?


http://shahbudindotcom.blogspot.my/2016/08/tiga-tan-sri-wajib-saman-malu-atau.html

Rez Jay said...

Khairul telah membuat pre-emptive strike yang tidak dijangka, betulkan Tuan? JIka tidak, pastinya press conference yang dirancang bakal menjadi kenyataan? (and you know what I'm saying!)

rahim said...


Y.Bhg Dato,

Terdapat beberapa cara Melayu boleh kaya, hidup mewah, memiliki harta cukup untuk beberapa keturunan, mempunyai gelaran dan berkuasa.

Pertama menjadi pegawai tinggi kerajaan memegang jawatan strategic dan mengamalkan perbuatan rasuah. Harta terkumpul melimpah ruah, hidup diluar kebiasaan dengan gred gaji diterima dan berpengaruh dalam masyarakat. Kita bersyukur kerana golongan ini sangat kecil.

Kedua menjadi peniaga, kontraktor atau usahawan yang berdamping rapat dengan orang politik. Menjadi penyokong tegar kepada kedudukan ahli politik terpileh. Kekayaan yang diperolehi menggunong, hidup mewah dan sangat berpengaruh. Kekayaan terkumpul boleh cukup untuk beberapa keturunan mereka.

Ketiga golongan yang mencari kedudukan dalam politik bermatlamat untuk membina kekayaan. Kebanyakan ahli politik adalah dari golongan biasa tetapi kegigihan mereka dalam politik meletakan mereka didalam kelas mereka tersendiri. Mereka tidak akan mengambil risiko untuk melawan arus tetapi rela menjadi pengikut setia. Ibaratnya saperti lembu dicucuk hidung. Boleh disuruh, diarah atau apa saja untuk memperkukuhkan parti.

Kebanyakan tidak akan melawan arus perdana. Maka tidak pelik sekiranya sebahagian besar orang melayu tidak ambil hirau kepada beberapa isu semasa walaupun kerugian berbilion ringgit kepada negara.

Tun Dr Mahathir akan kecundang kerana golongan Melayu yang berpengaruh tidak akan melawan arus perdana. Semua pihak bersalah kerana budaya ini berkembang dari era kekuasaan Tun Dr Mahathir lagi!.

Pemuda UMNO hari ini tidak lagi saperti dulu. Mereka melihat arena politik sebagai peluang untuk membina kekayaan dan menempatkan diri ditempat yang berpengaruh. Berapa ramai dari mereka yang masih muda sudah berkereta mewah, mendapat gelaran dato dan dato seri. Mengapa perlu mereka melawan arus kerana sudah pasti tewas!.

Golongan wartawan dan penulis pun sama. Berapa kerat yang sanggup melawan arus kerana menegakan keaadilan sehingga sanggup hilang kedudukan dan imbuhan bulanan. Y.Bhg Dato’ Kadir jasin berani melwan arus kerana beliau sudah berada dalam kategori wartawan pencen.


Zed-85 said...

Sallam Dato’

Khairy kata tidak mengapa kalau orang melayu digelar Macai demi untuk pertahankan ketua.

Dulu masa kecil saya sekolah cina.

Perkataan “Maa” dalam bahasa cina bermaksud “Kuda”

Perkataan “Chai” lebih kurang bermaksud seseorang.

Erti macai bermakna “Seseorang yang boleh dikudakan”

Kalau dulu di negara Cina, pembesar-pembesar cina duduk diatas beca beroda tapi tidak ada basikal. Seseorang akan tarik beca kesana dan kemari guna tulang empat kerat.

Seorang Macai, tak persoalkan kepada bosnya. Kalah bos kata berdiri dia berdiri, kalau duduk dia akan duduk.

Akal fikirannya (Cognitive Thinking) macai adalah orang yang hanya untuk menerima dan menjalankan arahan bukan untuk berfikir.

Kalau Khairy dan gengnya hendak jadi Macai saya rasa beliau boleh teruskan.

Saya sebagai orang melayu tidak rela menjadi Macai kerana saya ada akal fikiran untuk bezakan yang mana betul dan mana tak betul.

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Zaman sekarang golongan perempuan sudah mengatasi golongan lelaki.

Perdana Menteri UK sekarang perempuan, Theresa May.

Chancellor (Ketua Kerajaan) Jerman juga perempuan. Merkel.

Presiden Amerika iaitu orang paling berkuasa di dunia, juga kemungkinan besar perempuan, iaitu Hillary Clinton.

Kalau Khairy dan gengnya lebih minat untuk menjadi Macai sepertimana yang diberitakan, saya rasa elok Puteri UMNO mengambil alih perkara-perkara yang lebih penting yang memerlukan tenaga pikiran dan kepandaian dalam UMNO dan menjadi pelapis untuk pemimipin akan datang.

Dengan cerita Ketua Puteri ada pelajaran tinggi dan golongan perempuan sekarang yang pas university jauh lebih ramai dari lelaki.

boy said...

dis ketua pemuda, i really like dis guy bfor. it reminded me of a right idea of a smart, boisterous n uncharted persona in politic. my belief tat wat got him here today. he was my idol. but today i need a lot n lot of questions to do tat. he is a none better than d others. i got nearly thrown out when he tried d macai way serving his boss. its stink!

Alif Amir said...

Tak perlu minta maaf, tuan. Macai a.k.a balachi @ pencacai tak akan ada rasa malu. Malah mereka rasa bangga jadi si tongong saudara sang dungu

I think therefore I am... said...

As salam Dato'

Terpanggil saya untuk memberi pendapat yang berbeza dengan En. Rahim di atas yang merasakan Melayu tidak akan berganjak dari UMNO. Sekiranya dilihat daripada PRU13, fixed deposit BN adalah penduduk luar bandar, Sabah dan Sarawak. Tidak dinafikan terdapat melayu yang senang lenang secara rasuah, perniagaan kroni dan sebagainya. Tapi logiknya hampir kesemua mereka berada di bandar yang tidak dimenangi pun oleh BN. Ini menunjukkan angka yang tidak pun mewakili majoriti melayu.
Apa yang ketara sekarang rata-rata melihat pembangkang tiada kesatuan, tiada tujuan dan berpecah belah. Masyarakat cina pun mencemuh kebodohohan dan kerakusan LGE berkaitan dengan skandal rumah dia. Apa yang ditunggu-tunggu oleh rakyat adalah sudah sampai masa untuk parti baru yang bersih, matang dan faham kehendak rakyat. Saya pasti Tun M masih mendapat tempat dihati masyarakat kampung terutama pengundi dewasa. Yang masih tidak ada kepastian adalah pengundi Sabah dan Sarawak.
Berbalik kepada tajuk posting kali ini, obviously the plot has thickened with Azwan's PC. What is he trying to prove? Is he a trojan horse or simply a trojan ass?

sukasamasuka said...

Datuk yang amat berbahagia,

"August 4, 2016....Isteri PM Singapura bawa dompet RM45 ke White House....PETALING JAYA: Isteri perdana menteri Singapura yang dilihat hanya membawa sebuah dompet berharga S$14.80 (RM44.60) ketika lawatan rasmi bersama suaminya ke White House kelmarin menerima pujian ramai....Dompet yang dikepit isteri kepada Lee Hsien Loong, ketika pasangan itu disambut secara rasmi oleh President Barack Obama dan isterinya Michelle Obama, merupakan antara yang dijual The Art Faculty, sebuah kedai online yang menjual hasil seni pelajar kurang upaya dan autistik di Sekolah Pathlight."

(http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/08/04/isteri-pm-singapura-bawa-dompet-rm45-ke-white-house/)

Mdm Ho Ching walaupun kamu CEO Temasek Holding, tetapi akhlak kamu cantik dipandang.

Orang perempuan memang suka berhias...pakai cantik cantik dengan rantai loket dan cincin emas berlian...itu kan perempuan...sudah tuhan jadikan naluri perempuan begitu.

Msh said...

Salam Dato.

Sebelum ini ..Dato pernah Post Topik mengenai Khairy Jamaluddin tentang kewibawaan..ketokohan dan 'leadership quality dia'.

Bnyk pandangan yg diberi...ada positif ada negatif.
Rumusan nya? majoriti merasa skeptik... dan berpandangan negatif tentang dia.

Tentu bersebab.
Mana mungkin semua pembahas2 diblog ini bersatu hati kerana iri hati/dengki dgn beliau atau sengaja mengkriti kewibawaan dia sbg Ketua Pemuda atau Menteri.

Kini....semua yg negatif dan skeptik ramai tentang dia...terpancar kebenaranya.
Memang BETUL ORANG INI MEMANG KAMJAT atau KAMJAIT atau KAMJATUL (sebutan) org Penang pd dia.

Statemen dia mengenai 'taat pd Ketua' aka BUGIS HZ ini adalah 'the moment of truth' tentang siapa Khairy Jamuluddin sebenarnya.

Kamjat...Macai juga Pentedarah Dedak yg tiada tolok bandingnya.

'Survivor to the highest level'!!!!

Sialan dong..

Zalman A said...


Datuk,

DOJ report in BM.

http://documents.sarawakreport.org.s3.amazonaws.com/1MDB-Filing-MALAY_Rev1.pdf

Do not let these crooks escape.

Zalman A said...


1. SRC International ialah anak syarikat 1MDB pada asalnya.

2. Terlibat dengan beberapa masalah kewangan.

3. Namun diberikan pinjaman oleh KWAP.

4. Gagal bayar hutang.

5. Dan diserap ke dalam kementerian kewangan. Ketua dia Najib Razak.

Cerdik tak permainan dorang?

Berita di atas dilaporkan pada 7 April 2016. Sahla yang SRC gagal bayar hutang sampai ke hari ini.

Dan MSTAR pernah melaporkan pandangan KWAP. Katanya SRC peminjam yang bertanggungjawab.

Rujuk : MSTAR.

Pinjaman itu ada bunga. Berakhir pada tahun 2021 dan 2022.

Setakat neh katanya patuh pada jadual pembayaran. Tapi pasal apa pula Kementerian Kewangan serap masuk?

Nampak tak apa yang aku nampak? Sapa tak nampak dia Noh Omar.

Ringkasannya begini.

KWAP bagi pinjam -> SRC terima pinjaman -> Duit tatau ke mana, SRC hadapi masalah kewangan -> Serap masuk dalam Kementerian Kewangan -> Status pembayaran pinjaman kita tatau macam mana -> Jika gagal bayar, rakyat tanggung kerana pinjaman dijamin kerajaan -> Najib terima wang dari SRC -> Acc ditutup -> Rosmah terima kemasukan wang secara berkala -> Kecoh -> Pegawai yang masukkan duit menghilang -> Pasukan Khas siasat kes -> Tapi takde conclusion dan Pasukan Siasatan Khas pun dah bubar -> Najib tak bersalah.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).