Showing posts sorted by relevance for query Perdana Menteri Wanita. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query Perdana Menteri Wanita. Sort by date Show all posts

Sunday, January 16, 2011

Perdana Menteri Wanita: Kenapa Isteri PM Tak Boleh?

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

LATEST, 28 Jan -- The directory page of the Prime Minister's Office website carrying information on a mysterious and much debated "FLOM division", has been removed.



That division has been the subject of widespread ridicule on blogs and various online forums, all unanimously agreed that the acronym stands for "First Lady of Malaysia".


Some bloggers argued that the listing on the directory shows that it is a full-fledged division in the PMO meant to serve Rosmah Mansor, wife of Prime Minister Najib Abdul Razak. -- Malaysiakini



[MUTAKHIR, 22 Jan.] - Terima kasih kerana terus berbincang. Berita berikut boleh dianggap sebagai jawapan rasmi kepada beberapa hal yang kita bangkitkan dalam tajuk ini.


Lawatan Rosmah Mengikut Peraturan - Rais Yatim

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Pihak yang mengkiritik lawatan rasmi isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ke luar negara tidak faham dengan peraturan yang telah diperuntukan oleh kerajaan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata lawatan isteri Perdana Menteri itu ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh baru-baru ini dibenarkan mengikut Peraturan Etika Anggota Pentadbiran 1988/1999 yang diputuskan oleh Kabinet.

Mengikut Perkara 1180A di bawah peraturan itu, seseorang isteri anggota pentabiran dibenarkan untuk mewakili seseorang suami atau membuat lawatan ke luar negara atas urusan rasmi berkaitan sesuatu aspek atau perkara asalkan tidak bercanggah dengan kerja rasmi dan urusan kementerian atau menteri berkenaan.

Rais berkata demikian bagi membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan lawatan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang diketuai oleh isteri Perdana Menteri ke tiga buah negara itu.

"Teguran ini bangkit dari rasa politik jahat yang pada akhir-akhir ini dengan apa yang dibuat oleh kerajaan dibangkang dan pembangkang gemar memperli, memperkecilkan dan memfitnah orang-orang yang berkenaan," katanya pada sidang media di sini.

Rais juga berkata terdapat pihak-pihak, terutama pembangkang, yang tidak mengetahui alur serta peraturan pentadbiran negara dengan menganggapnya sebagai sesuatu di luar keadaan yang dibenarkan.

Menyentuh mengenai lawatan ke Oman atas jemputan kerajaan negara itu, Rais berkata Rosmah hanya menjalankan tugas sebagai seorang wanita yang prihatin terhadap pendidikan anak-anak, orang kurang upaya, aspek pendidikan dan hubungan antara wanita yang sememangnya digalakkan.

"Beliau (Rosmah) harus memainkan peranan untuk membantu negara dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam kerja-kerja sampingan yang memberi kepentingan kepada negara," katanya.

Rais berkata adalah tanggungjawab pihaknya untuk menerangkan kepada rakyat mengenai status kepentingan lawatan Rosmah dalam membantu negara.

Beliau berkata secara tidak langsung lawatan sedemikian dapat merapatkan hubungan antara Malaysia dengan negara luar, serta membantu mengharumkan nama di persada antarabangsa yang akan membawa perkembangan yang baik kepada negara.

Rosmah dilaporkan berkata beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadapnya berhubung lawatan rasminya ke luar negara kerana semua lawatannya itu diatur selepas menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita sesebuah negara yang terlibat.

-- BERNAMA



[MUTAKHIR, 21 Jan.]

MUSCAT, 20 Jan (Bernama) -- Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau berhubung lawatannya ke seberang laut.

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata semua lawatannya diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita sesebuah negara yang terlibat.

Bercakap kepada media Malaysia pada akhir kunjungan empat hari ke Oman pada Rabu, Rosmah berkata beliau akan membuat lawatan itu apabila diperlukan bagi menyampaikan ucaptama di majlis-majlis tertentu.

"Jadi, biar mereka kata apa yang mereka nak kata, tapi saya rasa bahawa lawatan ini sangat berfaedah bukan sahaja kepada kita tetapi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau malah parti apapun yang mereka wakili," katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.

"Saya berada di sini bukan untuk mewakili seksyen tertentu masyarakat tetapi kami di sini mewakili rakyat Malaysia," kata Rosmah menjelaskan bahawa beliau dan anggota rombongannya diterima baik di sini dan pemerintah Oman, Sultan Qaboos Bin Said, sendiri mengambil berat lawatan itu.

[POSTING ASAL]

PEMBAHAS “Bawal” dalam perbincangan mengenai tajuk “”Hantu” PRU Ke-13 Bagi BN dan PR.” antara lain, berkata: “komen la sikit pasal lawatan bini PM ke Timur Tengah. Ini lawatan rasmi Dato', siap ada perjumpaan ngan Timbalan Menteri kat sana.

Dah takde ke menteri kat Malaysia ni atau Jawatan sebagai bini PM adalah jawatan kerajaan.”

Terima kasih Sdr Bawal. Sebenarnya beberapa orang pembahas lain juga turut membangkitnya hal ini dan isu-isu lain yang melibatkan kegiatan dan tindak-tanduk isteri Perdana Menteri.

Seperti yang telah tegaskan berulang kali, dalam sistem kita tidak ada satu jawatan yang dipanggil “First Lady” atau Wanita Pertama. Kalaupun ada seorang yang boleh diberikan jolokan “First Lady” atau Wanita Pertama, orang itu adalah Seri Paduka Raja Permaisuri Agung kerana “First Gentleman” atau Lelaki Pertama dalam sistem kita adalah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Hak Guna Duit Negara

Mengenai bolehkah duit negara digunakan membiayai lawatan dan kegiatan isteri Perdana Menteri, saya ingin merujuk Sdr Bawal dan para pembaca sekalian kepada laporan New Straits Times pada 12.11.2010 yang berbunyi:

NO permanent or contractual staff are provided for Datin Seri Rosmah Mansor, wife of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.


In a written reply to Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib said officers from his office sometimes helped his wife in carrying out her official duties.


However, the Members of Parliament (Remuneration) Act 1980 states that the prime minister's wife is entitled to claim food, lodging and winter apparel allowances when she accompanies her husband on his official duties overseas.”

(Tidak ada pegawai tetap atau kontrak diperuntukkan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib berkata pegawai dari pejabatnya kadang kala membantu isterinya menjalankan tugas rasminya.

Bagaimanapun, Akta Ahli Parlimen (Gajian) 1980 mengatakan isteri Perdana Menteri berhak membuat tuntutan elaun makan, penginapan dan pakaian musim sejuk apabila mengiringi suaminya dalam tugas rasmi di luar negara.”)

Terpulanglah kepada pembahas dan pembaca membuat interpretasi dan mencari kesimpulan mengenai lawatan Rosmah ke Asia Barat tanpa diiringi oleh Perdana Menteri.

Cadangan Rosmah Masuk Politik

Dalam bahas blog ini, ada beberapa pembahas mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan bertanding pilihan raya umum akan datang. Bagi saya, cadangan sebegini bukan jenaka tetapi boleh dilihat sebagai sesuatu yang serius dan berkemungkinan berlaku.

Malah seorang bekas menteri kanan yang diketahui cucup akrab dengan Mohd Najib dan Rosmah berkata isteri Perdana Menteri itu berpengaruh dan berpotensi memanfaatkan kedudukan istimewanya untuk satu peranan yang lebih besar.

Kita boleh bincang dan bahas hal ini, tatapi saya minta tolong berhati-hati dan bersopan santun. Saya tidak akan menyiarkan ulasan yang berunsur fitnah dan hasutan yang boleh membawa padah.

Soalnya kenapa tidak Rosmah? Buat permulaan, beliau sudah pun mempunyai profil yang cukup tinggi dan mempunyai kedudukan de fakto dalam sistem pemerintahan negara memalui Projek Permata Negara untuk kanak-kanak pintar yang mendapat peruntukan langsung dari Perbendaharaan sebanyak RM111 juta dalam belanjawan 2011 dan RM100 juta pada 2010. Beliau juga memperoleh dan menikmati liputan berita yang cukup rapi dan meluas daripada media massa arus perdana.

Kenapa tidak? Bukankah sudah wujud gandingan suami-isteri dalam landskap politik Malaysia iaitu Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail? Malahan, gandingan bapa-emak dan anak pun sudah ada – Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Selain itu wujud dinasti politik lain seperti gandingan Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng, Karpal Singh dengan Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh Deo. Malah Mohd Najib, Anwar, Hishammuddin Hussein, Mukhriz Mahathir dan ramai lagi adalah pewaris dinasti politik.

Jadi kenapa tidak Rosmah? Kalau Rosmah tidak ada peranan yang berkesan dan definitif, masakan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, membuat pertemuan khas dengan beliau dalam rangka lawatannya ke Malaysia pada tahun 2009 dan secara terbuka mengiktiraf kesepakatan Rosmah-Mohd Najib?

Jadi apa salahnya atau memeranjatkan sangat jikalau Rosmah bertanding pilihan raya dan akhirnya menjadi pengganti suaminya?

Gandingan Ahli Keluarga Perkara Biasa


Hal ini berlaku bukan sahaja di Singapura di mana Lee Hsien Loong menjejaki bapanya menjadi Pardana Menteri, malah ia juga berlaku di banyak negara di dunia.

Contohnya di India di mana Indira Gandhi menjejaki bapanya Jawaharlal Nehru, menjadi Perdana Menteri. Indira digantikan pula oleh anaknya Rajiv Gandhi. Indira dan Rajiv kedua-duanya mati dibunuh. Kini isteri Gandi, Sonia seorang keturunan Itali menjadi Presiden parti pemerintah, Indian National Congress dan anak mereka, Rahul adalah Ahli Parlimen dan diuar-uarkan sebagai bakal Perdana Menteri.

Di Sri Lanka, Chandrika Bandaranaike Kumaratunga yang menjadi Presiden dari 1994 hingga 2005 adalah anak kepada dua Perdana Menteri -- bapanya S.W.R.D Bandaranaike dan ibunya Sirimavo Bandaranaike.

Di Filipina, apabila calon Presiden Benigno “Ninoy” Aquino dibubuh, isterinya, Corazon Aquino bertanding dan menang. Kini anak mereka, Benigno Aquino III, menyandang jawatan itu. Presiden Gloria Macapagal-Arroyo pula adalah anak Presiden Diosdado Macapagal.

Sheikh Hasina Wazed, Perdana Menteri Bangladesh sekarang adalah anak sulung Sheikh Mujibur Rahman, pengasas dan Presiden pertama negara itu manakala Begum Khaleda Zia, bekas Perdana Menteri, adalah janda Presiden Ziaur Rahman yang dibubuh.

Di Pakistan, Allahyarhamah Benazir Bhutto menduduki kerusi yang pernah diisi bapanya, Zulfikar Ali Bhutto sebagai Perdana. Zulfikar mati di tali gantung, Benazir mati dalam pengeboman bunuh diri.

Di Argentina, Presiden Néstor Carlos Kirchner digantikan oleh isterinya Cristina Fernandez de Kirchner. Eva “Evita” Peron hampir menjadi Naib Presiden Argentina di samping suaminya kalau tidak kerana mati batuk kering.

Kini, isteri Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, Ibu Kristiani Herawati diuar-uarkan akan bertanding jawatan Presiden apabila tempoh perkhidmatan suaminya tamat.

Tidak Mustahil Rosmah Jadi PM

Kesimpulannya, adalah tidak mustahil Rosmah Mansor atau mana-mana wanita selebriti bertanding pilihan raya dan, jika dikehendaki oleh majoriti pembesar parti mereka, dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Saya rasa pembangkang pun akan pening kepala kalau Rosmah bertanding. Hubungan beliau yang akrab dengan bintang-bintang Bollywood, boleh digunakan untuk menarik puluhan ribu hadirin ke ceramah-ceramah pilihan rayanya.

Yang perlu hanya membawa bintang-bintang filem Bollywood dalam kempen beliau. Selain itu, beliau juga seorang penyanyi yang bagus yang tentunya boleh memikat hati pengundi Melayu yang rata-rata gilakan Bollywood dan sukakan hiburan.

Kalau negara Islam yang lebih besar dan konservatif seperti Pakistan dan Bangladesh boleh menerima Perdana Menteri dan Presiden wanita, pastinya Malaysia yang lebih progresif tidak akan menolak kepemimpinan wanita.

Hatta Pas pun sedang hebat mempromosikan penyertaan wanita dalam hierarkinya manakala PKR sudah pun dipimpin oleh wanita. Wallahualam.

Friday, May 10, 2013

Kabinet: Satu Lagi Nasihat Yang Tidak Diminta


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

KITA pun tidaklah terlalu tidak cerdik untuk mengetahui bahawa melantik anggota Kabinet adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri.

Orang macam kita tidak ada hak dan bukan “prerogative” kita melantik anggota Kabinet. Tetapi, sebagai rakyat jelata, pengundi dan pembayar cukai, kita ada hak dan “prerogative” kita memberi pandangan, menegur dan mengkritik Perdana Menteri.

Atas dasar dan semangat itulah, saya akan memberi nasihat yang tidak diminta dan, boleh jadi juga, sangat-sangat tidak disenangi oleh Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, yang kita semua tahu mempunyai banyak penasihat, perunding dan pegawai khas, termasuk lima yang kalah PRU 5 Mei lalu.

Pembaca dan pembahas pun bebas bersetuju dan tidak bersetuju dengan saya, dan bebas juga membuat cadangan.

Berikut adalah pemikiran dua sen saya mengenai Kabinet yang bakal Perdana Menteri tubuhkan.

1. Ia hendaklah jangan terlalu besar. Kita tidak perlu sampai 30 orang Menteri. Yang kita mahu bukan kuantiti tetapi kualiti. Maksimum mungkin 25 sahaja.

2. Mohd Najib perlu jadi Perdana Menteri sahaja. Seperti sudah berbuih mulut saya katakan, Perdana Menteri tidak boleh jadi Menteri Kewangan atau Menteri lain kerana beliau adalah “adjucator of last resort”. Lagipun tugas Perdana Menteri sudah cukup berat.

3. Wajib beri keutamaan kepada calon yang menang pilihan raya, tetapi mereka perlulah bersih dan dilihat bersih oleh rakyat jelata.

4. Hanya calon tewas yang luar biasa kebolehannya dan besar jasanya kepada negara sahaja boleh dipertimbangkan. Dalam konteks ini, saya setuju dengan Lim Kit Siang supaya Abdul Ghani Othman, bekas Menteri Besar Johor yang beliau kalahkan di Gelang Patah, diberikan jawatan Kerajaan Pusat.

5. Tambah bilangan Menteri dan Timbalan Menteri di kalangan YB muda dan wanita. Saya ulangi cadangan agar YB Khairi Jamaluddin diberikan jawatan menteri penuh dan diberikan portfolio Luar Negeri. Dia Ketua Pemuda Umno, pintar dan petah berhujah dalam bahasa Inggeris. Kalau YB Mukhriz Mahathir yang kalah pertandingan Pemuda diberikan jawatan Timbalan Menteri dan kini Menteri Besar Kedah, adalah tidak adil meminggirkan Khairi.

6. Wanita Umno wajib diberikan semula jawatan Menteri yang hilang apabila ketua mereka, Shahrizat Abdul Jalil, terpaksa berundur akibat kontroversi yang membabitkan suami beliau. Dalam PRU kali ini, Pergerakan Wanita tawar hati dan nyata tidak 100% komited kepada parti kerana kurang pengiktirafan kepada mereka dalam pelantikan calon. Lagipun, perwakilan wanita dalam dewan perundangan di negara kita adalah antara yang terhambar di dunia.

7. Hidupkan semula Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (sekarang Kementerian Dalam Negeri) kerana keselamatan negara nyata sangat membimbangkan dengan jenayah semakin berleluasa dan lantik seorang penjawat yang benar-benar berwibawa, tegas dan berwawasan. Tolonglah.

8. Hidupkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan yang pada masa hayatnya (sebelum ditamatkan oleh Mohd Najib) sangat berguna kepada usahawan kecil dan sederhana, khasnya Bumiputera yang kurang modal, kepakaran dan pasaran. Berani mengaku silap adalah tanda orang berhemah. Ular menyusur akar tidak hilang bisanya.

9. Kementerian Sumber Manusia perlu dinaikkan taraf dan diberikan kepada seorang Menteri yang kreatif dan boleh berunding secara berkesan dengan negara-negara jiran yang membekalkan pekerja kepada kita. Masalah kita dengan Indonesia dalam hal pekerja adalah kerana kita menghantar Menteri “junior” berunding dengan mereka. Menteri Melayu/Bumiputera lebih sesuai untuk kementerian ini.

10. Tamatkan amalan mengekhaskan Kementerian tertentu kepada kaum atau parti tertentu. Jangan kosongkan Kementerian atau buat pemangkuan semata-mata kerana parti dan kaum tertentu tidak diwakili.

11. Berikan keutamaan yang lebih besar kepada Sarawak dan Sabah melalui pelantikan Kabinet (dan jawatan-jawatan pusat yang lain) kerana menyelamatkan BN daripada kekalahan dengan mengakui bahawa kedudukan kaum dan agama di dua buah negeri itu adalah unik.

12. Dan boleh lantik perwakilan Cina dan India dari kalangan bukan politik, misalnya perniagaan, profesional dan akademik, tetapi mereka bukanlah wakil orang Cina dan India sebaliknya berkhidmat atas kapasiti individu.

Itulah yang terlintas dalam fikiran saya buat masa ini. Wallahualam.

Tuesday, March 18, 2008

Line-up of New Cabinet

[When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

[Versi Yang Dirombak, 19 Mac]

MOHON
maaf kepada para pembahas dan pelawat kerana tidak mengulas mengenai penubuhan Kabinet semalam (18 Mac).

Elok juga sekali sekala para pembahas mendahului perbincangan dan dengan itu memberi petunjuk kepada saya.

Saya setuju dengan banyak pembahas, khasnya yang mengatakan kita wajar memberi cukup masa kepada para menteri kita itu untuk membuktikan kesungguhan, kemampuan dan integriti mereka.

Saya juga sengaja tidak mengulas kerana saya mahu melihat dulu sama ada senarai itu akan berubah atau akan berlalu penentangan terhadap lantikan Perdana Menteri itu.

Seperti saya bimbangkan, integriti pelantikan oleh Perdana Menteri sudah mula dicabar apabila delegasi Wanita Umno dilaporkan “mengancam” untuk mengadakan protes waktu malam di hadapan Seri Perdana.

Ini berkesudahan dengan bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil, secara tergesa-gesa dilantik menjadi Penasihat PM mengenai wanita dengan taraf menteri.

Ini sekali gus menyebabkan timbul persoalan sama ada pelantik itu perlu dan tidakkah ia akan mengganggu gugat kedudukan Dr Ng Yen Yen sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Saya setuju dengan banyak pembahas yang mengatakan bahawa Wanita Umno yang begitu setia dan berkesan peranannya jelas telah dianaktirikan manakala perwakilan bukan Melayu dan perwakilan dari Sabah nyata kurang.

Banyak pembahas yang terperanjat dan mempertikaikan pelantikan Muhammad Muhd Taib sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah memandangkan latar belakang peribadinya yang penuh kontroversi. Pelantikan beliau jelas tanda balas budi dan hadiah taat setia.

Kita juga mendengar khabar mengatakan dua Timbalan Menteri -- Anifah Aman dari Sabah (Pengangkutan) dan Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dar Pahang (Luar Negeri) menolak pelantikan mereka.

Sementara itu, kawan akrab Perdana Menteri, Radzi Sheikh Ahmad, telah meletakkan jawatan Setiausaha Agung Umno atas alasan dia tidak dapat lagi berfungsi dengan berkesan. Bagi Radzi berpisah jalan dengan Presiden Umno pada saat ini pastilah menghangatkan lagi tanda tanya mengenai kepemimpinan Abdullah.

Manakala perubahan sikap Pemuda Umno malam tadi mendalamkan lagi misteri mengenai siapa sokong siapa dalam pergerakan itu.

Daripada begitu marah dengan Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir kerana menggesa Perdana Menteri meletakkan jawatan, pergerakan itu secara tiba-tiba mengambil sikap yang luar biasa lembutnya.

“Mukhriz: Tiada Tindakan” bunyi tajuk berita Utusan Malaysia, 19 Mac yang memetik ketua pergerakan itu Hishammuddin Hussein. Berbeza sekali dengan tajuk beritanya pada 16 Mac yang memetik pembesar yang sama berbunyi: “Mukhriz Dibidas”.

Ini mencetuskan tanda tanya apakah Hishammuddin kini menghadapi tekanan atau pemberontakan daripada anggota majlis kerja pergerakan itu. Saya dimaklumkan mesyuarat Exco pergerakan itu hangat. Naib ketua pergerakan itu merangkap Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin hadir.

Serentak itu cakap-cakap mengenai usaha mencalonkan Ahli Parlimen Gua Musang dan bekas Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan presiden semakin kencang dan lantang.

Tengku Razaleigh sendiri dikatakan bersedia menerima tanggungjawab itu demi “parti dan orang Melayu.”

[Terbaru --Akhbar Internet NST (www.nst.com.my) melaporkan bahawa Tengku Razaleigh telah mengumumkan di Kota Baru hasratnya untuk mencabar Abdullah bagi jawatan Presiden Umno dengan janji menyembuhkan parti yang disifatkannya dalam keadaan teruk.]

Dalam Umno sendiri semakin ramai yang berasa perlu diwujudkan pemisahan antara jawatan Presiden Umno dengan jawatan Perdana Menteri. Mereka berkata dikotomi antara parti dan kerajaan perlu diwujudkan bagi membolehkan Umno dipulihkan dan kepentingan Melayu diperjuangkan secara lebih gigih dan terbuka.

Proses itu sudah pun bermula dalam MCA dan MIC apabila ketua-ketua parti yang tidak terbabit dengan jawatan Kabinet mempunyai lebih banyak masa dan kebebasan untuk memulihkan parti sambil memperjuangkan hak kaum masing-masing.

Mungkin masanya sudah sampai bagi Umno dan orang Melayu memikirkan isu pemisahan kuasa ini secara serius memandangkan penolakan oleh pengundi Melayu terhadap Umno kerana prestasi kerajaan yang tidak meyakinkan dan persepsi mengenai amalan pilih kasih oleh pucuk pimpinan.

Pada hemat saya, faktor berikut mempengaruhi pelantikan anggota Kabinet dan Timbalan Menteri:

1. Bilangan ahli Dewan Rakyat yang tidak mencukupi akibat prestasi buruk Umno dan BN dalam pilihan raya;

2. Ketidakupayaan Perdana Menteri membuat pembahagian yang jitu berasaskan negeri, parti dan jantina;

3. Keperluan memberi tempat kepada yang setia dan menyingkirkan yang dicurigai kesetiaannya;

4. Membuat percaturan agar kedudukan individu dan kelompok yang setia dan yang disayangi bertambah kukuh; dan

5. Memberi amaran dan seterusnya melemahkan individu dan kelompok yang kesetiaannya dicurigai.

[Original Post]

Prime Minister - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Deputy Prime Minister -- Datuk Seri Najib Tun Razak

Ministers in the Prime Minister's Department:
Tan Sri Bernard Dompok, Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Mohd Zaid Ibrahim and Datuk Amirsham Abdul Aziz

Deputy Ministers in the Prime Minister's Department:
Datuk Johari Baharom, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Datuk K. Devamany and Datuk Hassan Malik

Finance -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Second Finance Minister -- Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Deputies - Datuk Ahmad Husni Hanadzlah and Datuk Kong Cho Ha

Defence - Datuk Seri Najib Tun Razak
Deputy - Datuk Wira Abu Seman Yusop

Internal Security and Home Affairs -- Datuk Seri Syed Hamid Albar
Deputies - Datuk Chor Chee Heong and Senator Wan Ahmad Farid Wan Salleh

Housing and Local Government -- Datuk Ong Ka Chuan
Deputies - Datuk Robert Lau and Datuk Hamzah Zainuddin

Works Minister - Datuk Mohd Zin Mohamad
Deputy- Datuk Yong Khoon Seng

Energy, Water and Communications - Datuk Shaziman Abu Mansor
Deputy- Datuk Joseph Salang Gandum

Agriculture and Agro-based Industry - Datuk Mustapa Mohamed
Deputy - Datin Paduka Rohani Abdul Karim

International Trade and Industry -Tan Sri Muhyiddin Yassin
Deputies- Loh Wei Keong and Datuk Jacob Dungau Sagan

Foreign Affairs -Datuk Seri Dr Rais Yatim
Deputy- Tunku Azlan Abu Bakar

Education -Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Deputies -Datuk Wee Ka Siong and Datuk Razali Ismail

Higher Education - Datuk Khaled Nordin
Deputies - Khoo Kok Choong and Datuk Idris Harun

Transport - Datuk Ong Tee Keat
Deputy - Anifah Aman

Human Resources -- Datuk S. Subramaniam
Deputy- Datuk Noraini Ahmad

Women, Family and Community Development-Datuk Dr Ng Yen Yen
Deputy- Noriah Kasnon

National Unity, Culture, Arts and Heritage- Datuk Shafie Apdal
Deputy-Datuk Teng Boon Soon

Science, Technology and Innovation- Datuk Dr Maximus Ongkili
Deputy- Fadilah Yusof

Entrepreneurial and Cooperative Development - Datuk Noh Omar
Deputy- Datuk Saiffuddin Abdullah

Natural Resources and Environment - Datuk Douglas Unggah Embas
Deputy - Datuk Abu Ghapur Salleh

Rural and Regional Development - Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Deputy- Tan Sri Joseph Kurup

Domestic Trade and Consumer Affairs - Datuk Shahrir Samad
Deputy - Jelaing Mersat

Plantation Industries and Commodities - Datuk Peter Chin Fah Kui
Deputy- Senator A. Kohilan

Youth and Sports - Datuk Ismail Sabri Yaacob
Deputy - Wee Jack Seng

Health - Datuk Liow Tiong Lai
Deputy- Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Information - Datuk Ahmad Shabery Cheek
Deputy- Datuk Tan Lian Hoe

Tourism - Datuk Azalina Othman
Deputy - Datuk Sulaiman Abdul Rahman Abu Taib

Federal Territory - Datuk Zulhasnan Rafique
Deputy- M. Saravanan.

Wednesday, July 29, 2009

Rakyat Penilai Mutakhir KPI Menteri

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

ISNIN lalu, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak mengumumkan ciri-ciri Petunjuk Utama Prestasi (Key Performance Indicators – KPI) dan menamakan menteri yang bertanggungjawab ke atas enam bidang keputusan utama nasional (National Key Results Areas -- NKRA).

Menteri-Menteri NKRA adalah:

1. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin bagi memperluas akses kepada pendidikan bermutu dan mampu diperoleh;

2. Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein bagi pencegahan jenayah;

3. Menteri Jabatan Perdana Menteri Mohd Nazri Abdul Aziz bagi memerangi rasuah;

4. Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil bagi menaikkan taraf kehidupan orang berpendapatan rendah;

5. Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal bagi menaikkan taraf kemudahan infrastruktur luar bandar dan pedalaman; dan

6. Menteri Pengangkutan Ong Tee Keat bagi memperbaiki pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

Laporan Bernama memetik Mohd Najib sebagai berkata bahawa kerajaan beliau beriltizam melaksanakan perubahan melalui pengurusan yang berpaksikan pencapaian dengan menggunakan kaedah NKRA dan penilaian KPI.

Walaupun PM hanya mengenal pasti enam bidang utama, kita harap ini tidaklah pula bermakna bidang-bidang seperti kewangan dan fiskal, kesihatan, perdagangan, pelancongan dan belia tidak penting dan menteri-menterinya terlepas daripada penilaian KPI.

Saya harap itu bukanlah maksud Perdana Menteri. Namun begitu, jika pada penilaian Perdana Menteri, ada kementerian yang dirasakan tidak perlu dan tugasnya boleh diagih-agihkan kepada enam kementerian NKRA maka kementerian itu eloklah ditutup.

Kerajaan wajib mendahului dan memberi teladan kepada rakyat jelata dengan memulakan proses berjimat-cermat dan berbelanja dengan berhemah.

Oleh sebab Mohd Najib sendiri berikrar yang dia akan memikul tanggungjawab mutakhir ke atas matlamat NKRA dan pencapaian KPI, maka, seperti kata ungkapan bahasa Inggeris “the buck stops here.”

Dalam erti kata yang lain, jika matlamat NKRA dan KPI terlaksana dan kehidupan rakyat jelata menjadi bertambah sejahtera, aman dan makmur seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Barisan Nasional 2008 maka Perdana Menteri wajar dipuji dan disokong.

Sebaliknya jika matlamat NKRA dan KPI tidak terlaksana dan kehidupan rakyat jelata menjadi semakin tidak sejahtera, tidak aman dan tidak makmur maka Mohd Najib wajar dicaci (lawan puji) dan ditentang (lawan disokong).

Meminjam hujah Mohd Najib sendiri, sebagai ketua kerajaan dia sedar bahawa akhirnya rakyat jelatalah yang akan menilai kepemimpinannya.

Mengenai kesesuaian menteri yang dinamakan untuk memikul tanggungjawab NKRA itu, saya tidak berhasrat membuat sebarang ulasan untuk sementara waktu ini. Saya tahu majoriti pembaca dan pembahas blog ini mengenali siapa mereka.

Harap-harap tidak berlakulah keadaan di mana kita menyerahkan bunga yang cantik molek lagi harum kepada sang kera dan meminta sang tikus memperbaiki labu.

Sekiranya ini terjadi dan si Luncai terjun ke sungai dengan labu-labu yang kita amanahkan kepadanya maka kita tahu siapa yang wajib kita pertanggungjawabkan – held responsible.

Friday, August 17, 2007

Image and video hosting by TinyPic

Kibarkan bendera
Demi negara
Demi Raja
Demi Malaysia
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!


Apakah Blogger Mampu Jadi Pemangkin?

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat dan kasar tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[UPDATE, 26 OGOS]

Zam Kata Blogger Penyanyi Karaoke

BLOGGER adalah penyanyi karaoke yang seronok dengan ‘nyanyian’ mereka yang tidak berpengaruh, demikian menurut Menteri Penerangan Zainuddin Maidin yang sebelum ini menyifatkan blogger sebagai goblok dan mereka yang seronok menulis untuk bacaan satu sama lain.

Akhbar lama beliau, Utusan Malaysia melaporkan beliau sebagai berkata ini kerana ada di kalangan penulis blog mendakwa mendapat kunjungan sehingga enam juta hits tetapi ia bukanlah terdiri daripada pengundi yang menentukan kerajaan.


Sebaliknya, kata beliau, akhbar aliran perdana tetap mempunyai kuasa mutlak kepada majoriti rakyat dan kebanyakan web serta penulis blog sendiri mengharapkan bahan mereka dipetik oleh akhbar.

“Ini menunjukkan bahawa penulis blog juga percaya kepada kuasa yang ada pada akhbar-akhbar arus perdana,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kecemerlangan akademik sempena perayaan Yulan-Sheng Hui, Tokong Hock Teck Soo, Kampung Baru Bedong, Kedah.

Menurut Zainuddin, keadaan blog juga kini semakin parah apabila ia disertai oleh golongan penipu, penulis upahan dan desperado yang menulis bukan kerana kebenaran tetapi untuk kepentingan peribadi.


“Bagaimanapun, saya merasakan perkembangan ini sebagai sesuatu yang positif kerana dengan adanya peluang untuk ‘menyanyi’ di karaoke ini, pihak terbabit mampu untuk melegakan dan melepas gian mereka,’’ ujarnya.

Zainuddin yang juga Ahli Parlimen Merbok berkata, pihaknya turut mendapati pada masa ini semakin ramai golongan seperti bekas komunis, penulis-penulis yang ditolak oleh arus perdana dan mereka yang bermasalah menyuarakan pandangan mereka di laman blog.

“Mungkin ada golongan yang suka dengan nyanyian mereka tetapi tidak kurang juga yang menolak kerana nyanyian itu disifatkan sumbang,’’ katanya.

Tambah beliau, tindakan kurang bijak sesetengah penulis blog terbabit telah mencemarkan kedudukan penulis blog lain yang profesional.”

Saya tidak pasti jika Zam seorang penyanyi karaoke. Yang saya pasti Menteri-Menteri Penerangan yang mendahului Zam seperti Tan Sri Tok Mat Rahmat dan Tun Mohd. Khalil Yaakob adalah penyanyi hebat.

They are crooners in the class of their own. They could sing with orchestra.

Tidak apalah kalau penyanyi karaoke seronok mendengar suara sendiri. Tetapi nasib mereka tentulah tidak sebaik orang yang ada stesen radio dan TV sendiri yang hari-hari boleh dengar dan lihat wajah sendiri --- lagi hebat, lagi seronok, lagi syok.

Apatah lagi ratusan ribu penonton ternanti-nanti untuk mendengar suaranya dan memuja wajahnya.


Bagi kita yang tak ada stesen radio dan TV dan akhbar raksasa arus perdana, blog pun bloglah. Lepas gian pun lepas gian lah. Terima kasihlah kepada media massa arus perdana kerana terus mempromosikan kami penyanyi karaoke.

POSTING ASAL

DARIPADA laporan laman-laman berita web bebas, blog dan beberapa buah akbar arus perdana, terdapat dua mesej pokok dalam ucapan mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kepada para penulis, termasuk blogger, yang mengunjungi beliau pada 15 Ogos.

Pertama, hanya laman-laman berita web bebas dan para blogger yang boleh diharapkan untuk melaporkan kebenaran dan mengubah keadaan negara yang merunsingkan sekarang.

Kedua, sesuatu yang keras dan jelas perlu dilakukan kepada Pentadbiran Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi bagi menyekat negara daripada terus menuruni jalan kemusnahan.

Laman berita web bebas Malaysiakini memetik Dr Mahathir sebagai berkata bahawa blogger adalah satu-satunya saluran yang masih boleh diharap untuk bersuara mengenai masalah negara.

Katanya Umno kini lumpuh sepenuhnya dan tidak lagi boleh melakukan apa-apa untuk memperbaiki dirinya apatah lagi menyelesaikan masalah negara.

Mengenai perkara pertama, soalnya apakah mampu laman berita web bebas seperti Malaysiakini dan laman sensasi Malaysia-Today yang dikemudikan oleh Raja Petra Kamaruddin serta blog-blog politik menggerakkan pendapat umum untuk melakukan perubahan seperti yang diharapkan oleh Dr Mahathir itu?

Jawabnya YA dan TIDAK.

YA kerana kegiatan memblog sudah menjadi begitu luas dan semakin mendapat perhatian umum, khasnya daripada pemerintah dan partinya yang berasa terancam dengan apa yang dibincangkan di dalam blog.

Boleh dikatakan tiada hari berlaku tanpa pembesar politik dan pengendali (handler) mereka membuat kenyataan mengecam, mengancam dan mengutuk blogger. Ini secara langsung memberi publisiti percuma kepada saluran baru maklumat dan pendapat ini.

TIDAK kerana sebaran dan liputan Internet yang masih terhad dan disertai pula oleh tindak balas pemerintah yang keras. Sudah ada blogger yang menutup laman masing-masing kerana takut.

Sebaran dan liputan blog masih terhad kepada kawasan bandar dan di kalangan masyarakat kelas menengah. Penduduk luar bandar dan golongan berpendapatan sederhana dan rendah, yang berupa majoriti daripada pengundi, masih tersisih.

Malah dikhuatiri bahawa ledakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) akan mewujudkan suatu lagi kekangan antara kumpulan yang berada dengan yang tidak berada iaitu jurang maklumat (information gap).

Selain itu adalah tidak mustahil unsur-unsur sabotaj digunakan untuk menyekat sebaran dan tebaran maklumat berasaskan Internet, terutama menjelang pilihan raya umum nanti.

Misalnya, pembekal jaringan Internet yang dikuasai pemerintah seperti Telekom Malaysia (TM) dan Minos boleh dikenakan tekanan agar “menyukarkan” komunikasi Internet.

Ini tidak susah dilakukan, khanya di kawasan luar bandar dan pekan-pekan kecil di mana perkhidmatan telefon tidak dianggap keutamaan.

Sejak pelancaran komunikasi selular, pembekal-pembekal perkhidmatan telekomunikasi seolah-olah tidak lagi memberi keutamaan kepada pembekalan dan penyelenggaraan talian tetap (fixed line). Mereka lebih mengutamakan perkhidmatan selular yang menjanjikan pulangan lebih tinggi.

Lagipun, dengan menyukarkan komunikasi Internet kawasan luar bandar kesannya kepada kegiatan ekonomi dan perniagaan tidaklah terlalu buruk, tetapi memberi kesan yang cukup positif menyekat pengundi luar bandar daripada terus dibom oleh maklumat Internet dan blog.

Mengenai objektif “mengubah” Pentadbiran Perdana Menteri Abdullah “bagi menyekat negara daripada terus menuruni jalan kemusnahan”, saya rasa ia adalah sesuatu yang amat sukar dilaksanakan.

Pertama sekali, Perdana Menteri nampaknya mengamalkan sikap tidak ambil peduli, tidak ambil kisah, buat bodoh, buat sadin dan berdiam diri terhadap isu-isu penting yang dibangkit oleh pelbagai pihak.

Harus diakui bahawa Abdullah adalah Perdana Menteri dan Presiden Umno yang amat berkuasa – lebih berkuasa daripada Dr Mahathir ketika beliau Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Abdullah bukan sekadar Perdana Menteri dan Presiden Umno, beliau adalah Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Menteri Kewangan – dua kementerian yang paling berkuasa di negara kita.

Selain itu, beliau mempunyai kawalan terus ke atas peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak hampir RM50 bilion di bawah Jabatan Perdana Menteri, Kewangan dan Keselamatan Dalam Negeri.

Dengan kuasa politik, pentadbiran, kewangan dan propaganda yang begitu besar dalam genggamannya, apakah mampu bagi sesiapa pun melakukan sesuatu untuk menggugat Abdullah sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri?

Yang perlu difikirkan dan dikhuatiri, khasnya oleh ahli dan pembesar Umno, adalah kemungkinan kedudukan Abdullah tidak tergugat tetapi Umno dan Barisan Nasional tercabar.

Dr Mahathir dan sesiapa juga yang sependapat dengan beliau harus realistik bahawa kemutlakan kuasa dan kedudukan Abdullah hari ini berpunca daripada tindak-tanduk dan keputusan-keputusan yang berlaku pada era mantan Perdana Menteri itu sendiri.

Abdullah dan petugas-petugas peribadinya setakat mengambil kesempatan mengeksploitasi dan memaksimumkan kuasa serta keistimewaan yang wujud dalam Umno dan Kerajaan sejak zaman Dr Mahathir lagi, khasnya sekatan dan halangan untuk bertanding jawatan-jawatan tertinggi parti.

Ini adalah realiti yang perlu diakui bukan sahaja oleh Dr Mahathir malah oleh setiap ahli dan pembesar Umno, jika mereka mahu parti mereka kembali demokratik dan pentadbiran negara tidak dilarikan (hijacked) oleh pihak-pihak tertentu.

Saya sedikit pun tidak berasa bersalah atau teragak-agak mengungkit perkara ini. Saya sudah membayar harga tinggi bercanggah pendapat dengan kepemimpinan Umno mengenai perkara ini.

Pada penghujung tahun 1999, akhbar New Sunday Times yang saya sunting ketika itu menyiarkan sebuah rencana oleh penulis Askiah Adam yang mengutuk keputusan “tiada pertandingan” oleh Majlis Tertingg Umno bagi jawatan-jawatan tertinggi parti pada pemilihan tahun itu.

Ia adalah rentetan kepada peristiwa penyingkiran Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Secara kebetulan Anwar berupa pemimpin tertinggi Umno yang terakhir naik pangkat melalui pertandingan.

Bagi jawatan presiden, tali terakhir berlaku pertandingan adalah pada tahun 1987 apabila Dr Mahathir ditentang oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Sebelum itu, Musa Hitam dicabar dua kali oleh Tengku Razaleigh untuk jawatan Timbalan Presiden – 1982 dan 1984. Allahyarham Abdul Ghafar mencabar dan mengalahkan Musa pada tahun 1987. Manakala Anwar mencabar Ghafar pada tahun 1993 menyebabkan Ghafar menarik diri.

Tetapi selepas itu semua jawatan tertinggi Umno – Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Wanita, Naib Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan Ketua Puteri semuanya “menang tanpa bertanding.”

Kalau ada pun pencalonan atau ura-ura pertandingan ia sekadar wayang kulit untuk memberi gambaran bahawa masih ada saki baki demokrasi dalam Umno.

Kerana keputusan tiada pertandingan inilah Umno semakin hari semakin ketandusan daya kepemimpinan, autokratik dan jumud mendefinisikan pengertian taat setia. Semakin banyak pembesar Umno yang berasa bahawa jawatan yang mereka pegang adalah hak dan bukan keistimewaan. Sokongan ahli ditukar menjadi taat setia.

Berlatarbelakangkan kesedaran dan realiti ini, saya bimbang bahawa Dr Mahathir mungkin meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap para blogger.

Pada masa yang sama, saya khuatir ahli akar umbi Umno mungkin begitu hampa dengan kepemimpinan parti hingga menolak calon parti mereka sendiri pada pilihan raya umum akan datang seperti yang berlaku pada tahun 1999.

Friday, April 10, 2009

Jemaah Menteri: Kita Akan KPIkan PM

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[Versi Yang Dirombak]

SAYA
ambil maklum komen yang para pembahas hantar mengenai kabinet baru Malaysia di bawah Perdana Menteri Baru, Mohd Najib Abdul Razak ke post yang terdahulu. Terima kasih.

Buat sementara waktu ini, seperti saya sebutkan dalam rancangan “Analisis” di stesen satelit Astro Awani semalam, saya hanya akan mentakrifkannya sebagai menarik -- “interesting.”

Saya akan memberikan masa enam bulan sebelum membuat kesimpulan yang lebih kukuh kerana itulah masa yang “diperlukan” oleh Mohd Najib sendiri untuk menilai prestasi kabinetnya melalui Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Index) – KPI.

Kata Mohd Najib dalam siaran langsung TV ketika mengumumkan Kabinetnya semalam:

“Saya akan terlibat secara peribadi dan langsung untuk mengkaji prestasi semua menteri pada setiap enam bulan.”.

Bagi kita rakyat jelata, selepas enam bulan kita akan membuat kajian KPI kita sendiri bukan sahaja ke atas menteri yang seramai 28 orang dan timbalan menteri seramai 40 orang itu, tetapi yang lebih utama, kita akan KPIkan Mohd Najib sendiri.

Itu janji kita kerana Mohd Najib sendiri sudah memberi berikrar yang “era kerajaan yang bertindak mengawal secara keterlaluan” dan mengamalkan sikap “kerajaan lebih mengetahui” (government knows best) SUDAH BERLALU.

Terima kasih dan syabas Datuk Seri.

Saya katakan menarik dengan mengambil kira apa yang tersurat dan tersirat dalam pengumuman Perdana Menteri itu, termasuk ucapan khasnya kepada Media sebelum mengumumkan senarai kabinet. Antaranya:-

1.Bilangan kementerian yang lebih kecil – 25;

2. Bilangan menteri yang lebih kecil – 28;

3. Pelantikan lima menteri baru;

4. Ada menteri yang tidak dilantik semula;

5. Ada watak tertentu yang tidak dipertimbangkan untuk dilantik, termasuk yang akrab dengan Mohd Najib tetapi dianggap bermasalah;

6. Pelantikan semula beberapa orang yang pada jangkaan umum perlu digugurkan;

7. Pesalah politik wang tidak dilantik ke mana-mana jawatan;

8.PM nampak “desperate” untuk penuhi “kuota” parti komponen dan wanita;

9. Parti komponen yang tidak berjaya pada pilihan raya sebenarnya tidak berhak menuntut atau mengharap mereka diberi layanan yang serupa;

10. Mereka tidak berhad menuntut kuota kalau mereka sendiri gagal menyumbang kepada kuota kemenangan Barisan Nasional;

11. Parti komponen BN tidak boleh jadi talam dua muka dengan terus menuntut kuota walaupun mereka tidak “perform” dan ditolak oleh kaum mereka tetapi pada masa yang sama menuntut meritokrasi;

12. Ada menteri yang tidak “perform” tetapi dikekalkan. Ini boleh jadi kerana Mohd Najib mahu mengikat mereka untuk mendapatkan maklumat serta rahsia tindak tanduk mereka ketika dalam kabinet lama;

13. Selepas enam bulan, jika KPI mereka tidak memuaskan atau taubat serta komitmen mereka tidak meyakinkan, Mohd Najib perlu menyingkirkan mereka.
Sementara itu beliau perlu memerhatikan dengan rapi gerak-geri “musang-musang berbulu ayam” ini;

14. Pengekalan jawatan Menteri Kewangan oleh Mohd Najib wajib dengan alasan dan matlamat yang sangat kuat atau seelok-eloknya untuk sementara sahaja kerana gabungan jawatan Perdana Menteri dengan Menteri Kewangan terlalu “explosive” apatah lagi jawatan Menteri Kewangan Kedua diberikan kepada penjawat "junior" yang tidak teruji. Takut-takut kemelut MK2 yang lalu berulang kembali;

15. Pemberian jawatan Menteri Pelajaran kepada Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, penting kerana pendidikan sekolah perlu diperkuatkan dan segala pertikaian mengenai pendidikan ditangani dengan lebih berkesan;

16. Penubuhan Majlis Penasihat Ekonomi (Council of Economic Advisers) yang diketuai oleh seorang pengerusi bertaraf menteri amat dialu-alukan; dan

17. Ikrar memperbaharui ekonomi negara dengan berpaksikan konsep satu Malaysia, rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan adalah sangat wajar.

Kesimpulannya, oleh sebab Mohd Najib memberikan anggota kabinetnya tempoh percubaan enam bulan, maka dengan mengguna pakai piawaian yang sama kita memberikan beliau enam bulan juga untuk membuktikan kepada kita yang beliau menunaikan janji.

Oleh sebab kerajaan tidak lagi berhasrat mengawal kita secara keterlaluan dan mengakui bahawa kerajaan tidak tahu semua, maka kita wajib terus memberi maklum balas kepada beliau.

Meminjam ungkapan daripada pakar spin era Perdana Menteri yang baru berlalu --- kita maklumkan kepada beliau apa yang beliau perlu tahu bukan apa yang beliau suka dengar.

Justeru itu, sebaik yang mungkin kita akan bekerjasama dengan beliau kerana beliau wajib bekerja untuk kita.

Monday, March 12, 2012

Shahrizat Korban Diri Kerana Kabinet dan Umno?

A Kadir Jasin

[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]

MUTAKHIR - Pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Salleh Ismail (suami Shahrizat) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 juta milik syarikat itu. Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan mengikut Akta Syarikat 2001 kerana melakukan kedua-dua perbuatan itu tanpa kebenaran mesyuarat agung. Salleh mengaku tidak bersalah dan dikenakan ikat jamin RM500,000. Beliau dituduh menyalahgunakan RM9,758,140 untuk membeli dua unit kondominium dan memindahkan RM40 juta ke dalam akaun syarikat milik keluarganya, National Meat Livestock Corporation Sdn. Bhd.



Posting Asal


KALAU kefahaman kita mengenai kenyataan ringkas Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, berkaitan “pengunduran” Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Shahrizat Abdul Jalil, tepat, maka antara kesimpulan yang boleh kita buat adalah Perdana Menteri tidak campur tangan.


Ini adalah kerana Media massa, antara lain, memetik Mohd Najib sebagai berkata bahawa Shahrizat “mengorbankan diri demi Kabinet dan Umno.” Untuk itu, Mohd Najib memuji beliau.


Perdana Menteri memberi tahu pemberita di Pekan petang semalam yang tindakan Shahrizat meletakkan jawatan apabila tempoh pelantikan beliau sebagai Senator berakhir 8 April ini adalah tindakan tepat.


Mohd Najib menambah, walaupun tidak ada bukti setakat ini yang Shahrizat melakukan apa-apa kesalahan, tetapi kerana isu NFC telah mencetuskan kontroversi dan pertikaian, beliau bersedia mengundurkan diri daripada kerajaan.


Daripada kenyataan Perdana Menteri yang dilaporkan oleh media massa itu, kita boleh membuat beberapa kesimpulan dan mengemukakan beberapa persoalan. Antaranya:


1. Perdana Menteri tidak campur tangan sama ada Shahrizat kekal dalam Kabinet atau meletakkan jawatan;


2. Shahrizat mengambil pilihan “mengorbankan diri” demi Kabinet dan Umno” bukan kerana didesak oleh sesiapa;


3. Kita tidak akan tahu sama ada Perdana Menteri telah mengambil keputusan sama ada menyambung atau tidak tempoh pelantikan Shahrizat sebagai Senator selepas 8 April ini; .


4. Adakah peletakan jawatan Kabinet akan mengurangkan pengaruh Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno atau mengurangkan tekanan ke atas pergerakan itu bagi mempertahankan kewibawaan ketuanya?;


5. Adakah anggota Kabinet lain yang ada masalah kewibawaan kerana mereka sendiri atau kakitangan mereka dibabitkan dengan kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa akan mengikut jejak Shahrizat; dan


6. Adakah Perdana Menteri akan menggugurkan watak-watak bermasalah seperti itu daripada senarai calon “winnable” (calon boleh menang) beliau dalam pilihan raya umum yang menjelang?


Wallahualam. Hanya Allah yang tahu, tetapi menjelang PRU tentu ada manusia yang mendongak ke langit melihat sama ada bulan, bintang dan matahari berbaris di angkasa atau menemui kiai Indonesia, sami daripada pelbagai agama dan burung serindit yang pandai menilik.


Wednesday, July 25, 2007


Perihal Malam Wartawan, PM dan Ingatan Kepada Blogger

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[TERKINI, 28 JULAI

Perdana Menteri nampaknya sudah kembali berada di tanahair. Sebentar tadi beliau berucap di Balik Pulau, Pulau Pinang. Laporan Bernama berkata Abdullah mahu usahawan wanita komited dalam perniagaan. Sila rujuj kepada Bernama.com. Terima kasih.]
POSTING ASAL
TAHNIAH kepada Institut Akhbar Malaysia (MPI) ‘baru’ kerana sekali lagi berjaya menganjurkan Malam Anugerah Kewartawanan Malaysia yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak.
Saya sengaja menggunakan istilah ‘baru’ kerana beberapa pembaharuan dilakukan pada malam anugerah itu. Baguslah, sekali sekala kita memerlukan pembaharuan.

Pertama, kad jemputan majlis itu dengan jelas mengatakan bahawa kod pakaian bagi lelaki adalah lounge suit berwarna gelap, menggantikan batik yang sejak sekian lama menjadi pakaian ‘rasmi’ majlis.

Saya juga begitu terpegun melihat kesegakan ahli-ahli Majlis Pentadbiran MPI yang mengenakan tali leher dan sapu tangan kocek atas yang seragam. Tapi mintalah, tahun depan jangan suruh pakai tuksido (tuxedo) pula. Batik pun dah lebih daripada ok.

Saya perhatikan kategori hadiah pun bertambah, tabung kewangan bertambah dan penyampaian anugerah pula dibahagikan kepada dua seksyen. Anugerah utama disampaikan oleh Najib manakala anugerah selebihnya disampaikan oleh Pengerusi Yayasan MPI, Azman Ujang.

Saya juga berasa gembira kerana Najib turut menyebut mengenai blogger dan peranan yang boleh mereka laksanakan bagi menyokong aspirasi kerajaan, selain sumbangan besar oleh media massa arus perdana.

Rujukan Naib kepada blogger itu saya anggap penting kerana pada hari yang sama akhbar-akhbar arus perdana memetik beliau sebagai berkata bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk mengawal kebebasan blog, selain menasihatkan mereka supaya lebih bertanggungjawab.

Tetapi seperti umum maklum, pada hari itu juga tersiar berita mengenai laporan polis ke atas akhbar Internet Malaysia Today oleh pengerusi Biro Penerangan Umno Pusat, Muhammad Muhammad Taib atas dakwaan menghina Raja dan Islam.

Saya tidak ada masalah dengan saranan Timbalan Perdana Menteri itu kerana saya sendiri berpendapat pengendali blog, khasnya blog-blog berbentuk politik, sosial dan ekonomi, harus lebih peka terhadap tulisan mereka dan ulasan pembaca yang mereka siarkan.

Sayogia diulangi bahawa blog saya dari awal lagi mengamalkan kaedah mengawal selia ulasan pembaca di mana ia tidak disiarkan terus tetapi melalui proses moderating oleh saya. Hanya ulasan-ulasan yang bebas daripada unsur lucah, fitnah dan hasutan sahaja disiarkan. Namum apa jua ulasan yang disiarkan adalah disiarkan tanpa sebarang bentuk penyuntingan (editing). Saya juga mengelak daripada menyiarkan ulasan-ulasan yang mengandungi serangan peribadi keterlaluan.

Tidak kurang menarik pada Malam Anugerah Kewartawanan itu ialah penjelasan pemangku pengerusi institut, Chamil Wariya mengenai tetamu kehormat majlis. Katanya, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sepatutnya menjadi tetamu kehormat seperti yang tertera di dalam kad jemputan.

Kata Chamil lagi, Abdullah sendiri yang memilih tarikh majlis malam itu. Bagaimanapun, di saat-saat akhir dimaklumkan yang beliau tidak akan hadir kerana “sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.”

Saya tidak pasti jika hadirin dan penaja maklum lebih awal bahawa Perdana Menteri tidak akan hadir. Namun Chamil berkata, beliau bersyukur dan bergembira kerana Najib dapat menggantikan bosnya.

Selain menyatakan Abdullah tidak dapat hadir kerana “sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan”, Chamil tidak pula menyatakan apa yang terjadi kepada beliau atau di mana berada.

Ini secara spontan memanaskan lagi spekulasi dan khabar angin mengenai apa yang terjadi kepada Perdana Menteri atau di mana beliau kini berada.

Daripada beberapa wartawan kanan (media arus perdana) yang semeja dengan saya dan yang saya temui di majlis itu, spekulasi mengenai ketiadaan Perdana Menteri berbeza-beza.

Ada yang mengatakan beliau memang tidak dapat hadir kerana “sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan” dan ada yang mengatakan beliau sebanarnya “ok” dan sedang bercuti di Australia. Ada pula yang mengatakan, selain Australia beliau akan ke Macau. Malah ada membuat spekulasi yang beliau mungkin meneruskan "bercuti" di pantai Waikiki, Hawaii.

Disebabkan ketiadaan kenyataan rasmi mengenai di mana dan apa yang terjadi kepada Perdana Menteri buat masa ini, mahu tidak mahu saya terpaksa mengambil maklum spekulasi dan khabar angin itu sebagai ‘penjelasan’ terbaik.

Manakala masih mengenai subjek blogger, saya mengucapkan tahniah kepada Centre for Media and Information Warfare Studies (CMIWS), UiTM kerana mengadakan persidangan kebangsaan mengenai media dan teknologi dengan penekanan khas kepada blogger di Shah Alam pada 24 Julai 2007.

Saya agak terperanjat mendapati begitu ramai peserta persidangan itu yang sama ada mempunyai blog sendiri atau membaca dan menghantar ulasan kepada blog.

Saya harap perjalanan dan hasil persidangan itu, khasnya rumusan mengenai tanggungjawab blogger dan percubaan memburuk-burukkan blogger, dapat dibukukan sebagai panduan (manual) kepada masyarakat blogger, khasnya golongan muda yang ingin memperbaiki mutu dan kebertanggungjawaban blog mereka.

Tuesday, September 24, 2013

Sejarah Pemilihan dan Status Quo Umno


A Kadir Jasin


[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]


[Versi Yang Diperbetulkan]

SEDIKIT mengenai sejarah. Kali terakhir Presiden Umno dicabar dalam pemilihan parti adalah pada tahun1987. Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Dr Mahathir Mohamad. Tengku Razaleigh kalah. Umno berpecah.

Kali terakhir Timbalan Presiden Umno dicabar pada tahun 2008 apabila Muhyiddin Mohd Yassin dicabar oleh Muhamad Muhd Taib. Muhyiddin menang.

Pertandingan sensasi Timbalan Presiden berlaku pada tahun 1993 apabila Anwar Ibrahim mencabar Abdul Ghafar Baba. Setelah Anwar mendapat pencalonan yang banyak, Abdul Ghafar menarik diri daripada bertanding. Anwar menang tanpa bertanding. Sebulan kemudian Abdul Ghafar meletakkan jawatanTimbalan Perdana Menteri dan Anwar menggantikan beliau.

Abdul Ghafar sendiri menjatuhkan Musa Hitam daripada Timbalan Presiden dalam pertandingan tahun 1987.

Sejak tahun 1987, jawatan Presiden tidak ditandingi lagi. Apabila Dr Mahathir bersara pada bulan Oktober 2003 dan digantikan oleh Abdullah Ahmad Badawi beliau juga mengambil alih sebagai Presiden Umno.

Apabila Abdullah dipaksa meletakkan jawatan pada bulan April 2009, Mohd Najib Abdul Razak menggantikan beliau. Untuk pemilihan 2008-2011 (yang diadakan pada 2009), Mohd Najib menang tanpa bertanding.
 
Dalam konteks itu, Muhyiddin Mohd Yassin adalah pemimpin tertinggi Umno masa ini yang mendapat mandat daripada ahli. Beliau menang pertandingan tahun 2008-2011.

Selain Dr Mahathir, hanya Tunku Abdul Rahman Putra dan Hussein Onn pernah dicabar sebagai Presiden. Tunku dicabar oleh Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang ulama dan Pengerusi Badan Agama Umno, pada pemilihan tahun 1951.

Ahmad Fuad adalah sahabat akrab Onn Jaafar. Beliau keluar Umno, mengasaskan PAS dan menjadi Yang DiPertuanya yang pertama pada tahun 1951. Pada tahun 1953 beliau keluar PAS setelah cadangannya menggabungkan PAS dengan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pimpinan Onn gagal. Beliau  kemudian menyertai IMP dan selepas itu Parti Negara yang menggantikan IMP.

Hussein menghadapi cabaran kamikaze oleh Haji Sulaiman Palestin dalam pemilihan 1978. Beliau menang dengan mudah dengan memperoleh 898 undi berbanding Sulaiman sebanyak 250.

Kita lihat bagaimana, sejak pemilihan 1987, Umno begitu takut mempertandingkan jawatan Presiden dan sejak itu. Jawatan Perdana Menteri seolah-olah penentu kepada jawatan Presiden Umno.

Serentak itu juga, garis pemisahan antara Umno dan kerajaan menjadi semakin kabur. Maka tidak hairanlah apabila kerajaan tidak popular Umno turut tidak popular sebab orang ramai keliru antara Umno dan kerajaan, kerajaan dan Umno.

Pemilihan agung tidak lagi instrumental dalam menentukan siapa menjadi Presiden dan nasib Presiden sebagai Perdana Menteri.

Nasib Presiden Umno sebagai Perdana Menteri Malaysia ditentukan oleh pendapat umum dan oleh kebangkitan ahli seperti yang berlaku ke atas Abdullah pada tahun 2009. Hal yang sama akan menentukan kekal atau tidak Mohd Najib sebagai Perdana Menteri.

Naib Presiden Tumpuan 2013

MEMANDANGKAN jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, aksi pemilihan pucuk pimpinan Umno kali ini tertumpu kepada tiga jawatan Naib Presiden.

Penyandang - Ahmad Zahid Hamidi (berusia 60 tahun), Hishammuddin Hussein (52) dan Shafie Apdal (55) - ditentang oleh Mohd Ali Rustam (64), Mohamed Isa Abdul Samad (63) dan Mukhriz Mahathir (48 tahun).

Dalam pertandingan jawatan nombor tiga ini, apa sahaja boleh berlaku. Daripada tiga penyandang, Ahmad Zahid nampak kukuh, tetapi Hishammuddin dan Shafie boleh dicabar.

Kalau pemilih tahu dan masih ingat, Mohd Ali dan Isa pernah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin dalam pemilihan parti sebelum ini.

Dalam pemilihan 2008, Mohd Ali cuba mempertahankan jawatan Naib Presiden yang dimenanginya pada tahun 2004, tetapi dihalang setelah Lembaga Disiplin mendapati beliau melanggar peraturan pemilihan berkaitan tuduhan politik wang.

Mohd Isa memenangi kerusi Naib Presiden dalam pemilihan 2004 dengan undi terbanyak tetapi dibatalkan setelah Lembaga Disiplin mendapati beliau terbabit dengan politik wang dan digantung keahlian selama tiga tahun hingga 2008.

Satu-satunya muka baru dan termuda dalam barisan calon Naib Presiden adalah Mukhriz. Selain usia, kelebihan Mukhriz adalah beliau berjaya memimpin Umno merampas balik Kedah daripada PAS dalam Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu.

Namun pengaruh Mohd Ali and Mohd Isa tidak boleh dipandang remeh. Kedua mereka mempunyai sokongan akar umbi yang kuat dan pemilihan kali ini, dengan bilangan pemilih kira-kira 150,000 orang, unsur akar umbi adalah kuat.

Khairy Mempunyai Jalan Mudah

KETUA Pemuda, Khairi Jamaluddin, dicabar oleh empat orang iaitu Ketua Pemuda Umno Cawangan Bukit Setiawangsa, Irwan Ambak, Ketua Cawangan Umno Bendang Baru, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi,  Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, dan bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Abdul Karim Ali.

Walaupun beliau dibebani oleh tuduhan menjadi sebahagian daripada Budak Tingkat Empat era Abdullah, beliau berjaya mengalahkan Dr Khir Toyo dan Mukhriz dalam pemilihan 2008.

Beliau baru berusia 37 tahun dan telah menjadi menteri penuh. Apa pun persepsi umum terhadapnya, prestasi beliau sebagai Ketua Pemuda, pemimpin generasi pasca-DEB dan pemikir semasa adalah memberangsangkan.

Pencabar beliau, termasuk Akhramsyah, adalah pemimpin akar umbi. Tiga persoalan timbul.

Pertama, apakah kepemimpinan Pemuda yang ada sekarang sepakat bahawa Khairy adalah ketua yang baik justeru itu tidak perlu diubah?

Kedua, adakah penyertaan ramai pemimpin akar umbi dalam percubaan merebut jawatan Ketua Pemuda mencerminkan kebangkitan generasi muda Umno?

Ketiga, adakah Khairy tidak popular dengan kepemimpinan ajar umbi?

Apa pun, kecenderungan dan keberanian mereka menawarkan diri adalah dialu-alukan.

Ketua Wanita Penuh Kontroversi

SHAHRIZAT Abdul Jalil (60 tahun) menghadapi cabaran yang tidak diduga daripada bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Muadzam Shah, Pahang. Turut mengemukakan pencalonan adalah Raihan Sulaiman, anak Allahyarham Sulaiman Pelestin.

Dengan beberapa kontroversi di sekelilingnya, kedudukan Shahrizat boleh disifatkan sebagai “goyah” tetapi masih sukar dijatuhkan.

Beliau seorang yang diplomatik dan pandai mengambil hati. Hati terakhir yang dipikatnya ialah hati Perdana Menteri yang baru saja melantiknya sebagai Penasihat Hal Ehwal Wanita bertaraf menteri, walaupun Mohd Najib sudah ada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Rohani Abdul Karim).

Jawatan Ketua Puteri yang ditandingi oleh Ahli Parlimen muda Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin, dan Ketua Puteri Umno Petaling Jaya Selatan, Jamilah Hanim Othman, berupa persaingan sama rata.

Dengan bilangan calon yang mendaftar sebanyak 261 orang bagi jawatan Majlis Tertinggi dan tiga sayap parti, pemilihan kali ini menjanjikan persaingan yang hebat dan terbuka.

Ia boleh menjadi permulaan kepada berakhirnya politik wang atau memburukkannya lagi gejala itu. Tugas Lembaga Disiplin menjadi bertambah berat. Kewibawaan pemilihan bergantung kepadanya.

Wallahualam.

Friday, March 12, 2010

MPM Uji Dasar Umno Dan Pas

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

ADALAH memalukan apabila muncul suara-suara sumbang daripada segelintir orang Umno yang mendakwa kononnya Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM) adalah “outfit” Umno.

Inilah cara kera sumbang yang mahu tumpang sekaki apabila buah di pokoknya mula kehabisan atau tidak sesedap buah di pokok orang lain.

Kera sumbang Umno ini sepatutnya bertanya mengapa begitu banyak NGO Melayu dan pemikir Melayu berdiri di belakang Ibrahim Ali bagi menubuhkan MPM jika bukan kerana kecewa dengan sikap Umno dan parti-parti politik Melayu/Islam.

Seperti kita maklum, pada 27 Feb. lalu, sebanyak 76 NGO Melayu bergabung bagi menubuhkan MPM) dalam usaha mempertahankan dan melindungi hak-hak Melayu serta agama Islam.

Ini adalah perkembangan yang sihat kerana buat sekian lama suara orang Melayu/Islam terlalu dipolitikkan oleh Umno dan Pas sehingga mula hilang taring dan keberanian, khasnya selepas Pas bergabung dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Kemunculan suara alternatif Melayu yang bebas politik seperti MPM boleh menghidupkan kembali kepelbagaian suara orang Melayu/Islam dan menjadi pemangkin kepada penyemarakan semula dialog agama dan bangsa serta mengingatkan Umno dan Pas mengenai peranan mereka.

Secara kebetulan, penubuhan MPM berlaku seminggu selepas Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dilaporkan oleh media massa sebagai menggesa Umno melakukan perubahan cara bertindak (paradigm shift) supaya mendapat sokongan orang Melayu dan bukan Melayu.

Bernama melaporkan yang Perdana Menteri menggesa Umno mengambil berat kebajikan orang lain “agar mereka menghormati parti kita”dan jika Umno dihormati, akan wujudlah integrasi dan perpaduan.

Malaysian Insider pula memetik beliau sebagai berkata, ini boleh dilakukan dengan menyelesaikan masalah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Beliau dilaporkan berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putera di ibu negara pada hari Sabtu, 20 Feb.

“Mengapakah mereka tidak melihat kepada Umno untuk menyelesaikan masalah mereka? Mengapa mereka pergi kepada pembangkang?” tanya Mohd Najib.

Perdana Menteri berkata, kejayaan Malaysia bergantung kepada kestabilan politik dan kepemimpinan orang Melayu, selaras dengan konsep 1Malaysia.

“Kita mesti menjaga kaum-kaum lain agar mereka hormat kepada kita,” katanya.

Tidak ada salah atau celanya saranan Perdana Menteri itu. Malah orang Melayu sepatutnya berasa lebih lega dengan “jaminan” beliau bahawa kepemimpinan Melayu adalah selaras dengan konsep 1Malaysia.

Cuma kita harus bertanya apakah masih tidak cukup apa telah Umno lakukan untuk orang bukan Melayu selama ini dan adakah sudah cukup apa yang dilakukannya untuk orang Melayu sendiri?

1. Bukankah selama ini Umno membela nasib semua kaum di Malaysia secara langsung dan tidak langsung sebagai parti induk Perikatan/Barisan Nasional?

2. Bukankah Umno yang membawa masuk kaum pendatang Cina dan India ke dalam proses perundingan kemerdekaan lebih 50 tahun lalu yang sekali gus menjadikan mereka warganegara?

3. Bukankah kata putus Umno atau lebih tepat kata putus Perdana Menteri Umno menentukan dasar negara yang merangkumi semua kaum?

4. Apakah matlamat Dasar Ekonomi Baru yang dipelopori oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein kalau bukan untuk menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum?

5. Diputar-lajukan ke hadapan ke tahun 2010. Bukanlah Perdana Menteri dari parti Umno yang menliberalisasikan syarat pelaburan yang tidak lagi mewajibkan penyertaan modal Bumiputera dalam 27 bidang industri perkhidmatan?

6. Bukankah Umno juga berperanan membolehkan orang bukan Melayu menjadi senang dan kaya raya di negara ini lebih daripada orang Melayu sendiri?

7. Bukankah Perdana Menteri dari parti Umno yang menguar-uarkan dasar meritokrasi dan membuka pintu institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada calon bukan Melayu sehingga melepasi nisbah kaum?

8. Bukankah dasar kerajaan pimpinan Umno yang membenarkan penubuhan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di mana bilangan pelajar Melayu sangat kecil?

9. Atau Perdana Menteri bermaksud mengatakan yang pembesar dan penggiat Umno perlu terbabit terus membantu masyarakat bukan Melayu seperti memberi derma dan bantuan, menguruskan mayat, menjadi bentara di majlis kenduri kahwin dan mencari gadis Cina atau India yang lari dari rumah?

10. Bukankah tanpa Mohd Najib membuat saranan itu pun, sudah cukup ramai orang Melayu yang berasa Umno lebih menjaga hati dan kepentingan orang bukan Melayu daripada hati dan kepentingan orang Melayu?

11. Atau tidakkah pembabitan terus ala Michael Chong oleh Umno dalam hal ehwal masyarakat bukan Melayu akan mengurangkan dan mengganggu-gugat peranan parti-parti BN yang mewakili kaum-kaum bukan Melayu seperti MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti suku kaum di Sarawak dan Sabah?

12. Benar kata Mohd Najib yang Umno perlu berubah. Tetapi bolehkah Umno berubah apabila Ketua Bahagian hanya peduli kedudukan sendiri dan bukan kepentingan ahli dan orang Melayu?
13. Bagaimanakah Umno boleh diterima oleh orang bukan Melayu sedangkan orang Melayu sendiri muak dengan pembesarnya yang terbabit dengan politik wang, mabuk kuasa dan mementingkan tembolok sendiri?

14. Atau pembesar Umno hanya mahu mendengar puji-pujian, sanjungan dan sambutan besar-besaran dengan dipagari pegawai tinggi kerajaan, pegawai khas, pengawal keselamatan dan kaki ampu?

15. Dan bukankah kerajaan pimpinan Umno yang membatalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kerana ditentang oleh beberapa pihak termasuk Dong Jiao Zong?

16. Jadi apa lagi yang tidak Umno lakukan untuk semua bangsa di Malaysia melainkan menukar namanya kepada United Malaysian National Organisation?; dan

18. Pas pula sudah menjadi kacau-bilau dalam matlamatnya memperjuangkan Islam kerana terlalu bertolak-ansur dengan DAP dan PKR seperti yang terjadi dengan isu kalimah Allah baru-baru ini.

Akhir kalam, buat peringatan kepada orang Melayu, saya petik pesanan Presiden pengasas Umno, Allahyarham Datuk Onn Jaafar, yang berbunyi:

“Kita hendaklah menggesek biola dengan kuat akan lagu gesekan kita, jangan sampai lain orang menggesek (dan) kita hanya menari sahaja menurut lagu gesekannya.” -- (Daripada buku Amanat Presiden Umno 1946-2009 terbitan Berita Publishing.)

Sunday, December 08, 2013

PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

DALAM banyak-banyak tajuk berita media arus perdana dan media baru mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berakhir semalam, satu yang menjadi bahan perbualan adalah puji-pujian yang Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak curahkan kepada isterinya, Rosmah Mansor.

Berucap menggulung perbahasan pada 7 Disember, Mohd Najib memuji Rosmah kerana jasanya kepada negara (baca di sini).

Dia menyebut dua peristiwa di mana Rosmah membantu negara. Pertama, menolong membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Mesir kerana disyaki pengintip.

Kedua, menggunakan hubungan baiknya dengan keluarga Diraja Arab Saudi bagi membenarkan pelajar Malaysia yang lari daripada pemberontakan Mesir untuk masuk ke negara itu tanpa visa.

Berpandukan maklumat Mohd Najib itu, eloklah beliau menimbang semula kedudukan Menteri Luar Negeri, Anifah Aman kerana ternyata beliau tidak seberkesan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa.

Begitu juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rohani Abdul Karim dan Menteri Pelajaran, Muhyiddin Mohd Yassin kerana Rosmah juga terlibat di sana-sini dalam tugas-tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri-menteri berkenaan.

Dengan cara ini kita boleh menggugurkan menteri-menteri yang tidak “perform” dan sekali gus menjimatkan perbelanjaan negara dengan mengurangkan bilangan kementerian.

Saya dah berbuih mulut macam lembu kena penyakit kuku dan mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik, dilantik jadi menteri. Malah menjadi Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata.

Lembu kena penyakit kuku dan mulut (FMD)


Walaupun PRU telah berlalu, PM dan penyokong-penyokong Rosmah masih boleh melakukannya dengan melantik beliau Senator dan seterusnya menteri.

Apabila ini dilakukan, tidak ada siapa boleh membantah campur tangan beliau atau menuduh suami beliau dan Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan beliau menggunakan kemudahan kerajaan. Jawatan yang sesuai bagi beliau ialah Menteri Tugas-tugas Khas.

Tetapi saya sangat kecil hati dengan salah seorang penyokong PM yang menuduh semua lelaki, kecuali Mohd Najib tidak sayangkan bini. Saya bantah sekeras-kerasnya tuduhan beliau itu.

Media massa melaporkan wakil Wilayah Persekutuan, Affandi Zahari sebagai berkata bahawa isteri Perdana Menteri elok dibenar menggunakan jet eksekutif kerajaan demi memberi ketenangan kepada suaminya.

“Bolehkah anda bayangkan tekanan emosi yang Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak akan tanggung sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada isterinya ketika terbang dengan pesawat komersial?” kata beliau.

Menurut laporan, Affandi berhujah sedemikian bagi mempertahankan Rosmah yang dikritik kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk perjalanannya.

Kata Affandi, kalau Rosmah berada dalam jet eksekutif, Mohd Najib tidak perlu bimbang keselamatannya dan menambah, yang orang bodoh pun tahu terbang dengan jet eksekutif lebih mahal daripada terbang dengan jet komersial, tetapi kita kena lihat aspek keselamatan.

"Bayangkan tekanan emosi ke atas PM jika sesuatu (yang buruk) berlaku kepada isterinya.

"Dia sayangkan isterinya, tidak seperti lelaki-lelaki lain.” (Baca di sini).

Tidak mengapalah kalau Affandi hendak pertahankan Mohd Najib dan Rosmah. Itulah pun tugas pembahas PAU. Tetapi kalau benar dia mengatakan lelaki-lelaki lain tidak sayang (love) isteri, saya rasa itu satu cemuhan dan penghinaan yang sangat dahsyat.

Takkanlah Osman Koping (tu bulan tu bintang, atas pokok kayu ara, tu dia sudah datang, orang korporat kampung kita – seloka Johan Jaaffar) tak “love” bini?

Cuma sebagai penggali kubur (yang mengaku ahli korporat) tentulah Osman Koping tidak mampu membayar isterinya terbang dengan jet eksekutif tidak kira sehebat mana “love” dia kepada isterinya.

Nenek moyang kita yang bijaksana dan budiman mengingatkan kita tentang sokong yang membawa rebah. Wallahuaklam.

Friday, August 01, 2014

Kedudukan Mohd Najib Makin Kukuh




A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]



DUA peristiwa mencetuskan keinginan saya untuk menulis kupasan yang agak panjang ini.



Pertama, apabila saya terserempak seorang bekas profesor ekonomi berketurunan India sebuah universiti awam di sebuah kedai kopi pada hari raya kedua.



Kedua, hujah bekas menteri undang-undang, Mohd Zaid Ibrahim, dan Ahli Dewan Rakyat DAP Kluang, Liew Chin Tong, bahawa (Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah pemimpin yang lebih kuat daripada Mohd Najib Abdul Razak.

Mohd Najib lebih kuat daripada Abdullah di segi politik
Dalam peristiwa pertama, saya terperanjat melihat wajah cendekiawan akademik itu. Beliau muram dan murung duduk berseorangan.



Saya bertanya adakah dia sakit atau kurang sihat? Katanya, dia tidak ada masalah kesihatan, tetapi jiwanya kacau melihat apa yang berlaku di Malaysia pada akhir-akhir ini dan menambah bahawa Malaysia nampak seolah-olah tanpa kepemimpinan serta berkemungkinan meledak.



Saya katakan, Malaysia mungkin sudah "implode" - meledak dari dalam.



Di kedai kek berhampiran pula, taukenya - seorang wanita Cina - menunjukkan ke arah peti televisyen yang sedang menyiarkan berita. "All bad news (Semua berita buruk)," katanya.



Saya menasihati bekas pengajar universiti itu agar jangan terbawa-bawa dengan gundah-gulananya sehingga merana memakan diri.



Saya katakan kepada beliau: "Buat apa saudara gundah-gulana sehingga memakan diri sedangkan orang memerintah mungkin tidak pun peduli!"



Kepemimpinan Bentuk Baru



Sama ada benar atau tidak tanggapan bahawa Malaysia kini menderita keruntuhan kepemimpinan (leadership breakdown), realitinya (dan ironinya) cukup menarik, iaitu Mohd Najib, sebagai orang nombor satu dalam kepemimpinan negara, telah berjaya meletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri yang kuat dari segi kedudukan politik.



Dari segi pentadbiran, beliau mungkin tidak sekuat Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak Hussein atau Tun Dr Mahathir Mohamad. Tetapi beliau cukup kuat dari segi kedudukan politik; setidak-tidaknya pun secara perbandingan.



Justeru itu, sesiapa pun yang berhasrat menjatuhkan beliau atau mengharapkan kejatuhan beliau sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri adalah bermimpi di siang hari atau lebih mirip kepada mengigau dan meracau.



Mohd Najib mustahil boleh dijatuhkan sebagai Presiden  Umno dan selagi beliau kekal Presiden Umno, beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri.



Hanya Umno yang boleh menjatuhkan Mohd Najib, tetapi selepas lebih lima tahun beliau menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, tidak wujud sebarang tanda bahawa ada pemimpin Umno yang mampu atau mahu mencabar beliau.



Yang terdekat adalah Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Mohd Yassin. Tetapi beliau telah pun mengisytiharkan yang beliau "tired" (letih) dan tidak berminat mencabar Mohd Najib.



Antara alasan beliau adalah beliau tidak mahu dituduh tidak boleh bekerjasama dengan mana-mana Perdana Menteri. Perlu diingatkan yang Muhyiddin adalah pemimpin tertinggi Umno yang tegas mahu Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum 2008.



Baru-baru ini, Muhyiddin membisikkan kepada saya yang beliau sedang mengalami "sindrom Timbalan Perdana Menteri" - merujuk kepada ramainya TPM yang tidak naik menjadi PM - (Tun) Dr Ismail Abdul Rahman (meninggal dunia), (Tun) Musa Hitam (meletak jawatan), (Tun) Abdul Ghafar Baba (meletak jawatan) dan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim (disingkir).



Main Selamat Baik Untuk Najib



Hatta Dr Mahathir yang begitu popular dan cemerlang pun tidak bernasib baik atau kuat dalam parti seperti Mohd Najib.



Tidak sampai lima tahun menjadi PM dan Presiden Umno, Dr Mahathir sudah mula dicabar, bermula dengan peletakan jawatan Musa sebagai TPM pada awal tahun 1986 dan dituruti pada tahun berikutnya oleh cabaran Tengku Razaleigh Hamzah dalam pertandingan jawatan Presiden Umno.



Tidak ada sebarang isyarat bahawa wujud watak-watak seperti Tengku Razaleigh dan Musa dalam kepemimpinan Umno hari ini yang boleh mengancam kedudukan Mohd Najib.



Mohd Najib sering disindir kerana kononnya main selamat (play safe). Apa yang kurang disedari adalah amalan main selamat itu menjadikan Mohd Najib kuat. Beliau tidak mencetuskan permusuhan dengan sesiapa dan berbaik-baik dengan semua. Amalan main selamat membawa tuah kepada beliau.



Dan sejak menjadi PM pada 4 April, 2009 beliau menggunakan kuasa politik, eksekutif dan ekonomi untuk meramaikan penyokong setia, menjinakkan penentang dan memusnahkan musuh. Hasilnya beliau melantik ahli kabinet, penasihat, pegawai khas dan perunding pelbagai kelas paling ramai dalam sejarah PM Malaysia.



Ramai pengkritik beliau di dalam dan luar Umno, termasuk veteran parti, telah menyerah kalah. Mereka sudah mati akal berdepan dengan "elegant silence" beliau. Mereka tidak tahu apa lagi yang boleh mereka lakukan demi Umno dan negara.



Siapa kata Mohd Najib lembek? Kalau ya pun, beliau sekadar mempamerkan sifat itu bagi mengelirukan dan memerangkap penentang-penentangnya - umpama mentadak (praying mantis) yang terenjut-enjut atas daun, tetapi sepantas kilat menerkam.



Nasib Mohd Najib luar biasa baiknya. Kalau kita percaya kepada laporan media massa dalam dan luar negara, hatta tragedi yang menyayat hati seperti penembakjatuhan MH17 pun menjadikan Mohd Najib lebih kuat dan popular.



Ke Mana Arah Tujuan Kita?



Buat waktu ini, kedudukan politik Mohd Najib nampak cukup baik, unggul dan tenteram. Tidak ada siapa yang boleh menjatuhkan beliau.



Dalam situasi itu, Umno yang dikatakan lemah dan Barisan Nasional yang tidak bermaya akan terus memerintah kerana Pakatan Rakyat tidak lagi kuat.



Pergolakan dalam PR berkaitan perebutan jawatan Menteri Besar Selangor di kalangan kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat menguatkan lagi kedudukan Mohd Najib.



Apa yang membimbangkan adalah pengundi bukan lagi akan memilih di antara "the devil that they know" dengan "the devil that they don't know" seperti diungkapkan oleh Dr Mahathir ketika PRU 2013, sebaliknya memilih antara yang terkuat di kalangan yang lemah.



Natijahnya, kalau kemampuan kepemimpinan negara yang diterajui oleh Mohd Najib menguruskan ekonomi hambar, keselamatan tidak terjamin dan kedaulatan negara dicerobohi maka yang akan menderita adalah rakyat jelata.



Mohd Najib kuat, tetapi rakyat jelata belum tentu kuat juga.



Wallahuaklam.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).