Monday, April 23, 2007

Undi Protes Unsur Baru Pilihan Raya

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.]

UPDATE 26 April

Is Tun Dr M Courting Expulsion?

[A Malaysiakini Report] -- The Ijok state seat by-election this Saturday is the right time for the voters to shatter the government’s propaganda that all is well, said former premier Dr Mahathir Mohamad.

While he did not outrightly called on the 12,000-odd Ijok voters not to back the ruling Barisan Nasional coalition, he nevertheless urged them to vote wisely this Saturday.

“If you don’t think (about) what you are doing, you don’t use your vote intelligently, then of course, you are to be blamed,” he told malaysiakini yesterday.

“Unless you send a signal to the government that, ‘Look, if you don’t behave yourself, you may not get my vote at the next election,’ then the government will say, ‘You see? The people are voting for us. We are doing well,’ he said.

He added that if the Ijok voters got swayed by the by-election goodies in the form of new development in the state constituency, they will only have themselves to blame if a ‘rotten’ government is voted in.

ORIGINAL POST

ADAKAH pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Ijok di Selangor akan memperkukuhkan aliran ini?

Kita telah melihat di Batu Talam, Pahang dan Machap, Melaka penambahan peratusan undi rosak yang sedikit sebanyak mempamerkan unsur protes atau tunjuk perasaan.

Sejak beberapa waktu kebelakangan ini, banyak pembahas dalam blog kita ini bertanya mengenai kuasa rakyat jelata menentukan hala tuju negara, khususnya peranan mereka dalam pilihan raya.

Soalan mereka banyak menjurus kepada ketidakpuasan terhadap pemerintahan negara pasca-Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat sebagai tidak menepati keperluan dan aspirasi mereka serta menyimpang daripada janji pilihan raya umum 2004.

Tiada ada jawapan atau petunjuk mutakhir kepada persoalan ini. Demokrasi dan pilihan raya bukanlah penawar bagi semua penyakit pemerintahan.

Kalau pilihan raya menghasilkan pemerintahan yang unggul dan menepati kehendak setiap pengundi, maka masanya sudah lama tiba apabila pilihan raya tidak diperlukan lagi kerana sudah wujud sebuah kerajaan yang unggul.

Hakikatnya berlainan sekali. Pilihan raya tidak menghasilkan pemerintahan yang unggul. Malah ia boleh menghasilkan pemerintahan yang lebih buruk daripada pemerintahan penjajah, diktator atau feudal atau, setidak-tidaknya, lebih buruk daripada kerajaan sebelumnya.

Namun, oleh sebab Perlembagaan memberikan kita hak mutlak untuk memilih kerajaan melalui pilihan raya dan bukan melalui rampasan kuasa atau revolusi maka itulah jalan yang terbaik bagi kita menentukan siapa yang kita mahu memerintah kita.

Kita harus sedar bahawa akan perbezaan yang sangat besar dan ketara antara memerintah dengan memimpin. Semua orang yang kita pilih dalam pilihan raya diberi kuasa oleh Perlembagaan untuk memerintah. Tetapi tidak semua daripada mereka boleh atau tahu memimpin.

Seorang Perdana Menteri, Presiden atau Canselor boleh memerintahkan supaya parit digali. Tetapi ini tidak bermakna dia boleh memimpin para penggali parit kerana dia bukan pakar mengenai cara menggali parit.

Tetapi ada Perdana Menteri, Presiden atau Canselor yang bukan sahaja boleh mengarahkan orang menghasilkan kereta tetapi boleh memimpin kerana dia tahu selok-belok industri automotif.

Selain pilihan raya, kita tiada pilihan lain untuk menentukan siapa memerintah negara. Justeru itu, adalah amat penting kita mendaftar sebagai pemilih sebaik sahaja mencapai usia 21 tahun dan mengundi pada pilihan raya.

Kedua, kita pastikan di mana tempat mengundi kita. Sekarang kita boleh memeriksa daftar pemilih dan tempat mengundi melalui laman web Suruhanjaya Pilihan Raya.

Ketiga kita pangkah calon pilihan kita. Itu saja.

Bagaimanapun, sudah ternampak wujudnya satu aliran atau trend di mana pemilih sengaja merosakkan kertas undi sebagai cara memprotes.

Cara ini dianggap lebih berkesan untuk menunjukkan ketidakpuasan terhadap parti pemerintah berbanding tidak keluar mengundi atau memulaukan pilihan raya.

Alasannya ialah kalau seseorang pemilih tidak keluar mengundi, sebab dia berbuat demikian mungkin boleh dipertikaikan. Misalnya mungkin kerana dia sakit, berada di luar kawasan mengundi atau keciciran pengangkutan.

Tetapi dengan merosakkan undi, pemilih menghantar mesej yang jelas iaitu manakala mereka tidak mengundi pembangkang kerana dia bukan ahli atau penyokong parti pembangkang, tetapi mereka juga tidak mengundi parti kerajaan kerana dia tidak puas hati dengan kerajaan.

Kita sudah boleh membayangkan bahawa pada pilihan raya akan datang, kemungkinan-kemungkinan berikut akan berlaku:

1. Pengundi baru akan mendaftar kerana mereka mahu mengubah keadaan;

2. Mereka tidak akan mendaftar kerana mereka tidak peduli politik negara atau kerana tidak yakin undi mereka akan mengubah apa-apa;

3. Banyak pemilih berdaftar tidak keluar mengundi kerana mereka tidak lagi menyokong parti kerajaan tetapi tidak berhasrat berpaling tadah kepada pembangkang; dan

4. Pemilih akan merosakkan kertas undi sebagai tanda protes terhadap parti dan calon yang bertanding, khasnya parti dan calon parti pemerintah.

Dalam pilihan raya kecil DUN Batu Talam pada 28 Januari lalu, 3,445 daripada 10,525 pemilih berdaftar tidak keluar mengundi. Daripada 7,080 yang mengundi, undi rosak berjumlah 385.

Pada pilihan raya umum 2004, sejumlah 8,322 pemilih keluar mengundi tetapi undi rosak hanya 238. Jelas daripada perangkaan ini bahawa berlaku protes di kalangan pemilih pada pilihan raya kecil Januari lalu.

Dalam pilihan raya kecil Machap pula, kita melihat bilangan pemilih yang keluar mengundi agak tinggi iaitu 74.35 peratus. Ini adalah kerana BN dicabar secara serius oleh pembangkang yang diwakili oleh DAP. Justeru itu tidak berlaku pemboikotan yang ketara.

Bilangan undi rosak pun rendah – 166 – daripada 7,142 kertas undi. Ini menunjukkan bahawa unsur protes tidak ketara kerana pemilih diberi peluang memilih calon dari dua parti politik Cina yang utama iaitu MCA dan DAP.

Komposisi pemilih DUN Machap yang pelbagai -- 39.3% Melayu, 45.9% Cina dan 14% India – turut mempengaruhi bilangan yang keluar mengundi dan corak pengundian.

Yang menarik ialah walaupun BN menggunakan segala kekuatan yang ada kepadanya – tenaga manusia, kewangan dan jentera rasmi – namun DAP masih mampu mendapat undi yang lebih tinggi berbanding pilihan raya umum 2004.

Calonnya, Liou Chen Kuang mendapat 1,452 undi berbanding calon BN, Lai Meng Chong, yang memperoleh 5,533 undi. Ini memberikan BN kelebihan undi yang lebih rendah sebanyak 4,081 berbanding 4,562 pada pilihan raya umum 2004.

Daripada aliran pengundian dalam dua pilihan raya kecil kini, kita boleh membuat kesimpulan rambang bahawa selera dan pendekatan pemilih mungkin mengalami perubahan yang ketara pada pilihan raya umum akan datang.

Manakala kekuatan BN di segi tenaga manusia, kewangan dan keupayaannya menggula-gulakan pengundi tepat tidak tercabar, namun usaha mempengaruhi pengundi mungkin lebih sukar kerana ia tidak dapat memberi tumpuan seperti dalam pilihan raya kecil.

Trend di mana seorang Perdana Menteri baru memperoleh mandat besar pada pilihan raya umum pertamanya tetapi diikuti oleh kemerosotan sokongan pada pilihan raya umum berikutnya besar kemungkinan berterusan.

Adalah sukar bagi pemerintahan sekarang mengulangi kejayaan cemerlangnya pada pilihan raya umum 2004. Soalnya ialah sama ada pemilih bersedia untuk menghantar mesej yang jelas kepada BN mengenai ketidakpuasan hati mereka.

9 comments:

Anonymous said...

Pada pendapat saya selaku org muda yg begitu berminat mengikuti perkembangan politik negara, saya rasa bilangan undi rosak mungkin menjadi satu isi penting untuk perbincangan.

Malangnya, mungkin kerajaan tidak ingin langsung menganmbil tahu mahupun mengkaji trend ini, MELAINKAN mereka kalah dalam pilihanraya tersebut.

Selagi pengundi2 tidak dapat menentukan faedah2 yg bakal mereka perolehi dengan merosakkan undi, maka selagi itulah tahap kesedaran mereka berada di tahap lama.

Mereka akan memilih parti yg menguntungkan mereka, atau mereka rela terperuk di rumah. Kesedaran ini harus dibincangkan dengan lebih mendalam, IMHO

Anonymous said...

Salam.

Saya setuju ianya dijadikan satu lagi pilihan "calun" untuk diundi!!

Anonymous said...

Undi rosak memanglah satu cara menunjukkan tanda protes anda. Malangnya ia mungkin tidak berkesan terhadap parti politik Malaysia.

Namun parti politik di Malaysia lebih cenderung untuk memperbaiki diri apabila berlaku dua perkara.

a. Tewas b.Majoriti merosot.

Nasihat saya...jangan rosakkan undi anda :)

Berita dari gunung said...

Dear Dato and readers.

He could be right in what ever move he engaged on for the moment. He fully understood the few binding principles of being number one.

One has to be seen capable and creative, therefore SJER. One has to create financial institution under one's chin. One has enrich one's immediate supporters (or rather fighters). One has to be careful with number two. One has to put relatives somewhere high up. And interestingly, learning from the past, one has to plan the DEPARTURE with minimal injury and enjoy years left happily.

But playing this principles blindly, may hurt the motherland!!. But who cares.

Of course, little folks like us have roles to play beyond scribbling X on election slips.

Anonymous said...

my entry for the DBP Sayembara Sajak Competition not so long ago...

Kenangan Detik Lalu

Kau masih kenang detik lalu?
Waktu kita rintis bertemu
Mengorak jejak perkenalan,
Jalinan akad berkhabaran
Lelongan katamu mengizinkan ijab.

Kau masih kenang detik lalu?
Ku julurkan cincin tanda sanggaran,
Merayu dengan senyuman.
Benar tangkas menawan
Kering usang, sifar silu

Kau masih kenang detik lalu?
Kau ku tatang, ku julang lewat gerbang janji
Bagaikan menapak ke laman impian,
Dimasyurkan beriringan dondang.
Digilapkan gerak, berkilauan bercerminkan harapan.

Kau masih kenang detik lalu?
Ku hanya mendengar berita nyaman
Pasti serba tempikanmu
Terbinanya perisai taksub
Hepar kau bening, kudus tanpa cemar

Kau masih kenang detik lalu,
Berjabat pada bicara,
Dicorakan warna jernih,
Disuriakan rembang dan dicernakan malam
Disembunyikan gelita dibentangkan pelita

Kau masih kenang detik lalu?

Jarak dua tempoh tahun berlalu,
Apa yang kau luahkan,
Ku togok.
Apa yang kau saatkan,
Ku denyut
Apa yang kau bataskan ,
Ku alur
Apa yang kau keruhkan,
ku rawat

Namun kau cincang hatiku lumat,
Nyata setiap yang ku lakukan hanya dipentas sandaranmu,
Olahanmu terbaik,
Menusuk garapan terperinci,
Sutradara sohor tiada setandingmu,

Bibirmu kelu tiada gerak,
Kelibatmu sayup ditirai fartamorgana
Kaku tanpa arahan susulan,
Masihkan hidup atau sudah mati menunggu hancur,
Ku binggung,
Tegas kecewa,
Nyata menyesal.

Mana sanggaran mu dulu?
Mana sumpah retorikmu?
Mana janji takhtamu?
Mana ikrar tangisanmu?
Dimana?

Syabas YBku,
Kau buatku ternanti,
Mungkin hingga terbujur layu,
Jasad kegelimpangan berulat cacing
Reput,
Hanyut,
Menanti saduran detik

Mungkin kau bersandiwara
Setelah dinobat bertukar arah
Kau lembut tetapi kau seawalnya lemah
Takut membuat perubahan
Takut tersinggung badan
Takut sokonganmu punah
Berjuta yang menyokong,
Hanya segelintir dihabuankan.

Kami ini apa?
Hamas?
Mikrob?
Semuanya hanya dengan satu pangkah

Ku masih menunggu.
Kenangan detik lalu.

Anonymous said...

I've always said if you feel there is no one candidate you like, cast a spoilt vote. Even if they, win tak syok lah.Look at what happen in Thailand to Thaksin and how many people cast spoilt votes.

The govt side steps issue like lower majority and high spoilt votes as in the case of Machap and say that this is our answer to what a great leader Pak Lah is and how we love him. Yes guess that is right, lower majority, more spoilt votes..guess we love him less than 2004 and there is a downward trend till next GE

penganggurpaksa said...

Datuk,

Sukanya hati mereka dapat projek menaik taraf jalan, dapat komputer di sekolah SRJK(C) sebanyak 6 buah dan banyak lagi janji2 manis sebelum mengundi. Selepas undi....batang idung pun tak nampak nak jejak kaki ke IJOK!! Tak sedar lagikah RAKYAT kita? atau masih LEKA DIULIT INTAN?

Mr. Smith said...

This old man is playing monkey with the PM.
He is saying, "Sack me if you can".

Abdullah does not have the wherewithal to act against Mahathir.
Any othe lesser UMNO member would have been sacked long ago.

Anonymous said...

mr smith,
itu menunjukkan abdullah takut utk pecat tdm kerana tembelangnya akan pecah seteruk2nya kalau dia pecat tdm.ada berani ka?

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).