Wednesday, July 11, 2007


Melayu Paling Banyak Berhijrah

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.]

UPDATE, 20 Julai
(Dipetik daripada The Star)
Only 1,720 Malays have migrated

MUAR: Only 1,720 Malays have surrendered their citizenship to migrate to other countries between 1996 and April this year, Home Affairs Minister Datuk Mohd Radzi Sheikh Ahmad said.

He said the total number of Malaysians who had left the country since Independence was 106,003, of which 10,411 were Malays, 86,078 Chinese, 8,667 Indians and other races 847.
“I want to clarify the figures given by my deputy (Datuk Tan Chai Ho) who said recently that more than 79,000 Malays have surrendered their citizenship to live abroad,” he said.
Mohd Radzi said that between 1996 and April this year, 28,527 Malaysians had surrendered their citizenship.
POSTING ASAL
SEKADAR menokok tambah perbincangan yang sedia ada mengenai perihal rakyat Malaysia membatalkan kewarganegaraan mereka dan berhijrah ke luar negara.

Jadi tidak tepatlah tanggapan dan cakap-cakap selama ini bahawa orang bukan Melayu sahaja berhijrah ke luar negara kerana tidak puas hati dengan untung nasib mereka di negara ini?

Kalau perangkaan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Tan Chai Ho baru-baru ini boleh dipercayai, maka jelaslah bahawa lebih banyak orang Melayu meninggalkan negara ini daripada kaum-kaum lain.

Bukan sahaja di segi jumlah sebenar malahan di segi peratusan juga lebih banyak orang Melayu berhijrah.

Antara tahun 1996 dan April tahun ini (2007) sebanyak 106,000 rakyat Malaysia membatalkan kewarganegaraan mereka.

Daripada bilangan itu, 79,199 atau 70 peratus adalah Melayu, 25,107 Cina, 1,347 India dan 350 kaum-kaum lain.

Walaupun bilangan orang Melayu kurang daripada 60 peratus tetapi bilangan yang membatalkan kewarganegaraan dan berhijrah ke luar negara lebih tinggi iaitu 70 peratus.

Sebab mengapa mereka berhijrah ke luar negara penting. Tetapi lebih penting ialah hakikat bahawa mereka tidak berasa perlu lagi memegang kewarganegaraan Malaysia. Mereka berkerat rotan berpatah arang.

Takdirnya mereka menolak kewarganegaraan Malaysia kerana mereka tidak lagi mencintai negara ini atau kerana tidak lagi boleh bergantung kepadanya, maka jelaslah bahawa bukan orang Cina dan India sahaja yang berperasaan demikian, malah orang Melayu juga sudah menyertai aliran itu.

Kalau Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mahu kita mendalami dan mengetahui mengapa orang Islam meninggalkan agama mereka, mungkin kita juga perlu bertanya mengapakah semakin banyak orang Melayu meninggalkan negara mereka?

Apatah lagi apabila Abdullah sendiri berkata “the government will not reinstate the citizenship of Malaysians who have given up their citizenry (sic) of this country,” -- (Bernama).

Kerajaan tidak akan mengembalikan kewarganegaraan mereka!

33 comments:

Anonymous said...

now you'll believe the song "Siapa kata gadis Melayu tak menarik" :)

denai said...

Saya bersetuju dengan ungkapan Datuk ...'Kalau perangkaan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Tan Chai Ho baru-baru ini boleh dipercayai,'...
kerana secara imbas lalu seperti sukar untuk mempercayai peratusan yang begitu tinggi tentang orang Melayu berhijrah ke luar negara.

Atau data tersebut termasuk pelajar-pelajar Malaysia yang belum pulang ke tanahair selepas tamat pengajian?

Anonymous said...

Datuk bagaimana dengan memberian taraf penduduk tetap kepada pelarian Filipina di Sabah? Rakyat Malaysia berhijrah tetap ke negara lain, Pelarian Filipina ganti tempat mereka? Adakah ini munasabah?

Zukri Valenteno said...

Pak Kadiaq yang dihormati,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Saya berpendapat bahawa data yang diberikan oleh Tan Chai Ho itu mempunyai kebarangkalian yang amat tinggi untuk dipercayai. Lagipun tiada penafian daripada kementerian yang berkenaan selepas beliau membuat kenyataan.

Malahan selepas Perdana Menteri mengulas mengenai kenyataan itu pun tiada penjelasan daripada mereka yang terbabit. Maka ia adalah perangkaan rasmi, justeru bertukar daripada status kebarangkalian kepada ketentuan.

Bagi saya tidaklah menghairankan apabila Melayu menyahkan-warganegara dirinya dan berhijrah ke negara asing, mungkin untuk mencari apa yang mereka tidak ketemui di negara kita ini. Ini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana kini MELAYU SUDAH GLOBAL dan dunia kepada Melayu yang berduyun-duyun mengangkat kaki untuk "al-vamus" itu sudah besar dan luas.

Sepatutnya ianya tidak lagi memeranjatkan kerana kita Melyu yang ada di sini sewajarnya tidak terkejut dengan perkembangan ini, sama seperti kita tidak perlu terkejut bahawa sudah ramai Islam/Melayu yang murtad atau merasakan diri mereka tidak lagi Islam atau bertindak keluar dari Islam ataupun sekurang-kurangnya menganggap diri mereka beragama lain dan "meninggalkan" Islam atas nama kebebasan atau pilihan hati.

Pendek kata kalau kita tidak terkejut dengan fenomena Islam/Melayu murtad mengapa pula kita perlu terkejut dengan bilangan Melayu yang tidak lagi warganegara Malaysia dan berhijrah ke luar negara.

Saya juga tidak terkejut sekiranya ada pertalian antara kedua-dua fenomena ini, iaitu mereka yang melupuskan kewarganegaran Malaysia dan mereka yang bertindak "keluar Islam" mungkin individu atau kelompok individu yang sama!! Saya tidak akan terkejut.

Perkara yang menarik perhatian kita atau sekurang-kurangnya saya ialah bilangan jantina iaitu wanita yang merupakan majoriti mereka yang bertindak melupuskan warganegara Malaysia mereka, semuanya kerana sebab perkahwinan.

Apabila kenyataan itu memberitahu bahawa wanita adalah majoriti mereka yang berbuat demikian, yang belum dimaklumkan kepada kita adalah pertalian antara kedua-dua fenomena ini. Namun, sekiranya kita membuat kajian sedikit kita mungkin akan dapat melihat sesuatu yang saya rasa tidak akan lagi memeranjatkan kita.

Anakbukit, Alor Setar, Kedah

Unknown said...

well, seandainya pak lah serius tentang keputusan tidak akan mengembalikan hak kewarganegaraan kepada mereka yang sudah berhijrah keluar dari malaysia, yang rugi adalah negara kita ini. kerana mereka berhijrah bukan tanpa sebab yang kukuh.

sewajarnya satu kajian dijalankan untuk mencari sebab utama mengapa mereka mengambil keputusan keluar dari malaysia. dan seandainya sebab utama keputusan mereka adalah kerana situasi dalam negara yang tidak memberangsangkan, tindakan sewajarnya perlu diambil. walaupun secara umumnya, dikatakan bahawa mereka berhijrah atas sebab perkahwinan, bagi saya itu bukan sebab utama. ada sebab lain yang lebih kukuh di sebalik sebab yang mereka nyatakan.

Antabax said...

sayangilah Malaysia.

Anonymous said...

it will be good if we can have the details. of Malays who migrated especially in term of their previous jobs and education level.

A KADIR JASIN said...

Sdr Zakri Valenteno, antara lain mengulas:

"Saya juga tidak terkejut sekiranya ada pertalian antara kedua-dua fenomena ini, iaitu mereka yang melupuskan kewarganegaran Malaysia dan mereka yang bertindak "keluar Islam" mungkin individu atau kelompok individu yang sama!! Saya tidak akan terkejut."

Saya tidak berani mengatakan demikian. Banyak orang Melayu/Islam yang berhjirah lebih kental akidahnya daripada banyak orang Islam pura-pura yang berserban, berketayap dan berpurdah tapi hambar akidahnya.

Cucu saya bernama Omar kacukan Melayu-Swiss berusia tiga tahun akan berkata "nein schwein" setiap kali dihidangkan sausage. Diajar agar memaklumkan yang dia Islam dan tidak makan babi. Dia tinggal di Zurich. Apakah kita di Malaysia perlu berbuat demikian setiap kali dihidangkan sausage? Jawannya tidak kerana orang tahu kita Islam tak makan daging babi dan ada tanda halal di mana-mana.

Lagipun, dunia Islam tidak terhad kepada Malaysia sahaja. Islam tiada sempadan. Allah memerintahkan kita mengerjakan solat dan bertebiran di muka bumi mencari rezeki. Bumi Tuhan tidak terhad kepada Malaysia.

Lagipun undang-undang dan amalan di Malaysia “memaksa” banyak wanita Melayu yang berkahwin dengan orang asing “mengenepikan” kewarganegaraan Malaysia kerana sukar bagi suami mereka menjadi permastautin tetap apatah lagi untuk menjadi warganegara.

Itu bilangan yang membatalkan kewarganegaraan Malaysia mereka.

Bagaimana pula dengan bilangan yang pergi bekerja di luar negara?

Baca laporan The Star berikut:

"Thursday July 12, 2007

Architects slipping away

PETALING JAYA: Malaysia will not be able to achieve its target of 10,000 architects by the year 2020 because many architects are leaving the country, according to Malaysian Institute of Architects (PAM) president Dr Tan Loke Mun.

“There were some 1,600 professional architects in Malaysia 10 years ago. It is surprising that the number remains the same now,” he told a press conference after the annual PAM architectural students works exhibition 2007 here yesterday.

Tan said that while the population of Australia was almost equivalent to that of Malaysia, Australia had around 12,000 architects.

He said out of the 20 architecture institutions nationwide, only five were recognised while another 15 were still going through the recognition process.

“Due to this, most of the students from these institutions end up going overseas to further their studies, and the current trend is that they don’t come back.”

Lagipun amalan mempolitikkan ekonomi orang Melayu menyebabkan banyak usahawan dan ahli profesional Melayu terpaksa berhijrah ke luar negara setiap kali berlaku pertukaran pucuk pimpinan Umno.

Terima kasih.

affendi hussain said...

Org Melayu seperti juga bangsa2 lain mempunyai naluri mencari peluang , kesenangan & kebahagiaan hidup.

Jalan terlalu berliku atau sinar mentari nampak gerhana buat mereka di sini atau dirundung rasa kecewa menyebabkan mereka bertekad berkerat rotan berpatah arang meninggalkan tanah sekangkang kera Malaysia :- 329,847sq.km of area on earth populated by estimated 27,140,000 people (Mac 2007).

Sedih juga bila fikir, jika kadarnya berterusan hingga ke tahap drastik populasi pertumbuhan negatif, maka apakah kesannya kepada corak kuasa sosiopolitik majoriti? bagaimana dgn Perkara 156 Perlembagaan? Wajarkah mereka ini di cap durhaka & dilucut taraf kerakyatan buat selama-lamanya tanpa kita selidik akar puncanya?

Dari segi ekonomi mungkin mereka ini dapat membawa masuk matawang asing apabila balik menjengah ke kampung melawat saudara-mara atau mengirim wang kpd ibu bapa mereka, sesuatu yg menguntungkan negara apabila dapat mengimbangi kebolosan hasil negara yg dibawa pulang pekerja warga asing.

Para pelajar kita pula dibelenggu hitung diri untung nasib peluang pekerjaan di negara kita selaras dgn bidang yg diambil, selain di himpit tuntutan hutang pinjaman pendidikan. Kita digalak & diseru ambil jurusan hebat seperti aeroangkasa, aeronautik, bioengineering dan lain-lain tetapi infrastruktur asasnya belum pun tersedia di Malaysia. Para pembesar dgn mudah mengatakan para graduan inilah yg bertanggungjawab membina kerangka asasnya..cubalah ambil contoh negara-negara maju & banding perlaksanaannya di sini.. Berasaskah angan2 mat jenin politik? bolehkan dana berjuta-juta disalurkan kepada graduan ini tanpa banyak liku belitnya?..sedangkan kita sendiri tahu fenomena kepincangan, korupsi & kronisma yg membelenggu pembangunan negara? Peluang dimonopoli oleh golongan tertentu sahaja? Lihatlah jurang pertalian antara pelbagai sektor industri negara dgn institusi akademik..tiada siapa ambil peduli sangat. Lebih suka import 'kepakaran asing'.

Walau apapun, Melayu berjati diri takkan lupa resam & asal usulnya w/pun bukan lg warganegara. Sistem didikan konservatif yg hanya berpaksi ikut-hafal-ikut & terus ikut membabi buta tanpa kaedah betul utk memahami menyebabkan rapuhnya pegangan akidah Islam sesetengah Melayu. Maka jadilah mereka Melayu yg tidak mengenal Islam sebenar dan Tuhan. Lahir automatik Islam tidak membuatkan seseorang itu automatik memahami Islam sebenar.. A muslim is not a racist (ada Negro Islam, Mat Salleh Islam, Cina Islam, India Islam - a unifying universal religion and all are termed as muslim).. memelayukan Islam.. itu 'racist!' sepertimana Yahudi meletakkan agamanya hanya selayaknya dianut oleh bangsanya sahaja.

Tanah sekangkang kera ini sajalah yg Allah Taala kurniakan untuk Melayu di dunia ini..renungkanlah

Anonymous said...

Dato'

Look at the excerpt below, from the 'DEB Sedang Tenat Atau Sudah Ditalkinkan?' forum.. by joeyhuang

"As a Malaysian age 51, so happen to be born into a Chinese family, I see Malaysia going NOWHERE!
When ASEAN countries are growing globally be it Thailand, Vietnam or Singapore, we are struggling with RACE, CORRUPTIONS, INEFFICIENCIES! NEP?
After 50 years, as working parents, we brought up our 3 kids PROUDLY without even thinking of government support!
My next challenge to my kids, build your future in Singapore, Taiwan, Japan and China. I see they can benefit more and contribute to their host countries.
I don't want my kids to suffer the mental frustrations and racial discriminations I face in Malaysia. Simple!
As for me, take it easy and retire happily, Live longer."

Dato', my questions;

1. Do you think the Malay doesn’t think like what joeyhuang think?

2. Do you think that Malay is really a terrible race then? When somebody says above, my wonder, who says that? Their own leaders? Their own newspaper? Or should I say their own voted party that makes a government?

3. Who normally involved in corruptions? Who, if not their own leaders. Who killed Altantuya? Who? Who goes to SPA and entertain themselves with the SPA girls? Who damage their own race? If not the Malay leaders themselves.

It's true dato'.. Malaysia is going nowhere. It is always the Malay leaders that tarnished the images of the Malay, while most of them already realized just like what joeyhuang did.

You know what; today politicians are nothing except opportunist that curse their own race.


Thank you dato'.

Anonymous said...

Salam Datuk.

Saya adalah seorang yang berbangsa Melayu yang telah menyerahkan kewarganegaraan Malaysia saya untuk kewarganegaraan Amerika Syarikat.

Ini disebabkan selepas saya habis belajar di Michigan, saya bekerja sebagai ekonomis di Ann Arbor. Saya telah berkahwin dengan seorang perempuan Islam yang berbangsa Negro dan kami dikurniakan oleh Tuhan dua orang anak.

Saya memperkenalkan identiti saya sebagai seorang Melayu Amerika, iaitu saya berbangsa Melayu tetapi adalah warganegara Amerika Syarikat. Kesetiaan saya adalah kepada AS sebab negara itu adalah tanah air saya.

Yang benar,
Hafiz Noor Shams

Anonymous said...

The Scribe
Salaam

I have to go along Sdr Drmuzi.
The complete breakdown of the figures if possible, Dato'; the age, gender and their new citizenship etc.

I know we may not know what they are doing right now, as in profession.

Thank You.

A KADIR JASIN said...

Sdr (_earth) aka Hafiz Noor Shams, antara lain, menulis:

"Saya adalah seorang yang berbangsa Melayu yang telah menyerahkan kewarganegaraan Malaysia saya untuk kewarganegaraan Amerika Syarikat."

Salam bahagia buat sudara dan keluarga saudara di Michigan.

Saya bangga ada orang Melayu macam saudara di Amerika dan di mana-mana saja di bumi Tuhan ini.

Kalau saya ambil saudara dan jati diri saudara saudara sebagai contoh, maka istilah Melayu itu tidak terhad kepada orang Melayu yang tinggal di Malaysia atau Gugusan Kepulauan Melayu.

Melayu adalah orang yang darah keturunannya Melayu dan bangga mengakui dirinya Melayu walaupun bukan warganegara Malaysia.

Adalah lebih baik menjadi Melayu Amerika yang berjaya di Ann Arbor daripada menjadi Melayu totok yang terpinggir dan dipinggirkan di Charok Kudung atau Machang Bubuk.

Saya dimaklumkan oleh seorang kawan yang baru pulang dari Bosnia-herzegovina, ada sekumpulan orang muda Bosnia yang lulus pengajian di Malaysia yang menggelar diri mereka "the Bosnian Malays" (Melayu Bosnia atau Bosnian Melayu/Malaysia).

Dua daripada anak-anak saya hadir universiti di Amerika. Salah seorang di negeri Muichigan yang saya dapati amat dingin dan penuh salji pada musim sejuk.

Kalau Mohd Najib mahu Melayu mengamalkan ciri glokal, saudara sudah lama menjadi Melayu global. Tahniah dan salam sejahtera.

Kepada yang lain terima kasih atas sumbangan.

Anonymous said...

Salam bertaut datuk,

"Tanahair" definisi ikut org putih fatherland or native land...ikut bahasa melayu asal-usul bangsa itu...ikut definisi saya mana uri saya tanam itulah tanahairku..walaupun migrate sekali pun tanahairku tetap tanah melayu...walaupun depa demolish mcm bosnia atau palestin tanahairku tetap tanah melayu...depa haalau gua tetap pam duit untuk tanahairku..so banyak beza jadi warganegara atau tanahairku...even dapat pr lain tanahariku tetap tanah melayu...kerana ada melayu kat luar tak ngaku melayu coz we are american..bukan kat luar dlm tanahairku ni jugak ade yang cakap gua american style...saya setuju & tahniah pada melayu yg gi duk luar sana bertungkus lumus mencari rezeki untuk keluarga dan membina hidup baru...yg lebih bagus..tapi ada kah melayu-melayu ini seperti di blog kudakepang yg duk south africa membawa bendera johor untuk anak cucu ingat mana mai asal usul tanahair...ini jatidiri...renug-renugkan laaa


p/s: gua pun dulu duk michigan..EMU (cikanos payung kulit same) ..ann arbor bandar arab ..kalamazzoo ..melayu sesajer..tapi berapa banyak jatidiri melayu saya pun tak tau...syukran to tanah melayu...dilimpahi rahmat

Walski69 said...

IMHO, there is a simple explanation why the high percentage of females - our Immigration laws that discriminate between male and female foreign spouses. A foreign male spouse, as I understand, will find it next to impossible to get permenant residence status, as the current mindset is the female must follow the citizenship of the husband. I believe this is one aspect that no one has brought up thus far (I may be wrong).

Be that as it may, the restrictions, be they from the perspectives of law, politics and socio-economics, if left unchanged will only make our nation, Malaysia, the primary loser in the final analysis.

But if there is (apparently) such a big resistance to liberalize, then we only have ourselves to blame.

p.s. my apologies for not posting in Bahasa Malaysia - I'm more comfortable articulating my thoughts in English.

spycatcher03 said...

KDN owe us further deliberations as to reasons for giving up c'ship and categories of these people . YB2 umno pl raise this in Sept parlimentary session. You all should be perturbed by this development!

Pak Nujum said...

Datuk,

Orang Melayu terkenal dengan ilmu pelayaran pada waktu dulu - orang Melayu merupakan kelasi kelas dunia pada masa dulu - sebelum orang Eropah belayar ke Asia - orang Melayu telah belayar ke Eropah terlebih dahulu dan telah menakluki dunia terlebih dahulu - maka kita akan lihat orang Melayu Sri Lanka, orang Melayu Afrika Selatan - pelbagai lagi kalau kita mengkaji sejarah orang Melayu.

Melayu itu bangsa datuk, walau dimana kita menetap kita tetap bangsa Melayu - Malaysia ni hanya sebuah negara dan mungkin tempat asal usul kita - tidak salah kita bermastautin ke negara-negara lain kerana dunia ini milik Allah s.w.t. - semuanya di bawah ketentuannya. Dimana kita berada kita tetap bangsa Melayu - sama ada kita beragama islam atau tidak - itu urusan mereka dengan tuhan.

Cuma kita jangan lupa asal usul kita - seperti mana bangsa Cina - walaupun mereka warganegara lain - mereka tetap memandang ke negeri China sebagai tanah asal usul mereka.

Wassalam

BoxxTomoi said...

Sorry Sir, tak ada kena mengena dengan tajuk.
Baru tengok gambar datuk at TDM birthday. Boleh cerita sikit.
Tun nampak sihat and looking at his face selalu membuat saya merasa bangga jadi rakyat Malaysia.

Maaf ..lari tajuk.

A KADIR JASIN said...

Sdr BoxxTomoi,

Saya pun nak menyimpang sikit. Saya tidak akan cerita panjang mengenai majlis kesyukuran hari jadi Tun Dr M yang ke-82 dan Tun Dr Siti Hasmah yang ke-81 pada 11 Julai.

Memadailah kalau saya katakan bahawa yang dijemput dan yang hadir adalah kawan dan rakan Tun.

Antara mereka adalah Tengku Razaleigh, Tan Sri Sanusi, Tan Sri Megat Junid, Tan Sri Dollah Kok Lanas dan Tan Sri Mustapha Kamal.

Dengan izin Sdr Datuk Ahmad A Talib, blogger Pahit Manis, saya ingin ulang cetak komen saya kepada blog beliau yang berbunyi:

"Dulu, ketika orang tua ini masih berkuasa,
tiadalah harapan manusia kerdil macam kita menganjurkan majlis seperti ini untuknya.

Para tauke, para gergasi korporat dan para politikus memonopolinya.

Kita terpinggir dan kalau hadir pun adalah atas ehsan mereka.

Mereka berlumba-lumba mengingati hari jadinya.

Kini orang tua ini tiada berkuasa lagi. Kalau harimau, sudah tiada gigi.

Dipinggirkan oleh anak-anak didiknya sendiri.

Apatah lagi dia bersuara menegur mereka.

Maka mutlak, mutakhir dan sahihlah dosanya kepada mereka.

Maka dipinggir dan dicela, dicaci dan dikata.

Pun ada baiknya. Kini, bolehlah orang macam kita mendekati beliau dengan lebih mudah dan selesa.

Tetapi ingat, balanya ada.

Kepada yang berkuasa, berdampingan dengan orang tua ini adalah dosa.

Maka tiadalah banyak lagi yang berani bergambar denganya, kecuali manusia bebal macam kita.

Mudahnya mereka lupa.

Namum mereka mengaku juga yang mereka tahu bahasa, berbudi mulia dan mengenang jasa.

Mudah saja saudara. Apa yang kita lakukan kepada orang tua kita, anak cucu kita akan lakukan kepada kita.

Suatu hari kita akan tua juga dan suatu hari kita akan turun jua dari takhta kuasa.

Pada waktu itu, barulah kita tahu siapa kawan siapa haiwan.

Maka kita jangan lupa. Ada ubi ada batas. Ada budi orang balas. Budi mulia kekal selamanya. Budi cela membawa binasa.

All said and done, we must thank the organisers for the sumptious mee rebus and nasi kambing lunch. Thank your Sdr Syed."

Anonymous said...

Datuk, harap ramai lagi orang yang mengaku Melayu keluar dan menjadi rakyat dunia dan bukan hanya rakyat Malaysia yang kenit ni. Trend ini adalah sesuatu yang positif dan bukan negatif. Dalam pada itu kalau mereka nak balik dan bawa kepakaran dan kebaikan untuk Melayu sejagat apa salahnya. Orang lain datang kita sambut dengan meriah dan tangan terbuka walaupun kita tak tahu hati budi mereka, saudara saudara kita yag nak balik kita tak nak terima. Fikirlah panjang sedikit, jangan ikut hati dan sedap mulut politik sahaja.

Rockybru said...

Datuk,

Saya ni pun sebenarnya Melayu hijrah - selepas dilahirkan di Melaka telah dihijrahkan oleh ayahanda ke Temasik sehinggalah dewasa dan setelah dewasa berhijrah pulang ke negeri bertuah ini. Semasa membesar di Singapura, jiran-jiran di rumah panjang ada yang Bugis dan ada yang Boyan. Yang dari Malaysia, seperti keluarga kami, menganggap diri mereka Melayu jati Singapura. Melayu pendatang termasuk orang Jawa, anak mami, dan kacukan Arab. Keseluruhannya, Melayu di Singapura adalah kaum minoriti. Aborigines. Red Indians. Masa berumur 17 tahun, ayahanda saya berkata kepada saya supaya "pulang" ke Malaysia sebab tidak ada masadepan untuk orang Melayu di Singapura.

Ada ribuan lagi anak kelahiran Malaysia yang bermastautin di Singapura, ada yang jadi penduduk tetap dan ada yang sudah menjadi rakyat. Masih ada lagi yang "pulang" ke Malaysia kerana percaya masadepan mereka sebagai orang Melayu lebih cerak di Malaysia dari di Singapura. Bilangan mereka, bagaimanapun, amat rendah saya kira. Saudara-mara saya di Singapura makin ramai yang sudah hilang minat untuk "pulang" ke Malaysia kerana mereka lebih berkeyakinan. Mereka bukan saja lebih yakin dengan kerajaan PAP atau dengan negeri mereka yang sejemput itu, tapi mereka juga lebih berkeyakinan dengan kemampuan diri mereka sendiri.

Begitu jua dengan Melayu di sini. Masalahnya, ada ke Melayu lagi kalau semua yang Melayu dah ditukar ke "Malaysia"?

Tapi bila dipikir dalam2, Hang Tuah betul, takkan hilang Melayu di dunia. Kalau hilang Melayu di Malaysia pun, masih ada Melayu si Spura, Indon, Belanda, Afrika, London, Amerika, Kanada, Australia, Taiwan. Maori pun Melayu jugak.

Anonymous said...

Datuk,
Entahkan betul entahkan tidak, Isteri saya yang sekarang ini menjadi hamba di Arab Saudi sebagai Jururawat memberitahu saya bahawa Visa untuk berkerja di Arab Saudi telah tidak digalakkan pengeluarannya.Kerana banyak kawan-kawannya telah tersadai kerana Visa tidak di keluarkan kepada mereka.Ada kes dimana syarikat yang ingin menerima mereka bekerja telah confirm yang mereka diterima bekerja, tetapi, oleh kerana konunnya PM tidak membenarkan mereka bekerja di luar negara, Visa telah tidak dapat dikeluarkan kepada mereka.Kalau betullah begitu saya hairanlah.Mengapa Rakyat marhaen yang hendak mencari rezeki yang lebih di luar negara hendak di sekat-sekat? Bukankah mereka itu membawa akan balek dana ke negara ini. Walaupun umpama semut hitam yang memikul sebutir gula mambawanya kedalam negara?
Datuk,
Allah memberikan kita Ibu bapa famili dan negara.Tetapi syukornya Allah memberikan kita pilihan dalam memilih pemimpin dan kerajaan dan pekerjaan.

makangaji.

Unknown said...

"Saya tidak berani mengatakan demikian. Banyak orang Melayu/Islam yang berhjirah lebih kental akidahnya daripada banyak orang Islam pura-pura yang berserban, berketayap dan berpurdah tapi hambar akidahnya."

Saya tidak setuju kenapa Datuk perlu sentuh Berserban, Berketayap & Berpurdah??? ianya tidak ada kaitan dengan atikel Datuk malah ianya adalah cara kehidupan yang telah ditujukan oleh Nabi SAW. Harap lebih Prihatin.

A KADIR JASIN said...

Sdr Zool,

Mohon fahami maksud saya tersurat dan tersirat.

Saya tidak membuat sebarang pendirian atau hukum tentang pakaian.

Yang saya maksudkan adalah banyak juga manusia yang dari aspek pakaiannya mencerminkan keimanan, tetapi perbuatan dan tingkah lakunya berlainan sekali.

Itu saja.

Terima kasih.

happysus said...

Saya ingin benar nak tahu jumlah Melayu yang berhijrah nengikut negara. Sebab orang Sarawak ramai yang berhijrah di Brunei.

affendi hussain said...

Salam Dato'
Sejak mula berkenalan dgn blog ini rasanya ada tarikan magnetik utk saya bersama menjadi warga bloggers..bukan kerana ibu saya juga org Pendang (Junun) & bapa saya org Alor Jawi, Kuala Muda..hijau kuning..tetapi kerana apa yg disajikan rasanya sedondon dgn jiwa saya yg suka rencah berilmiah yg disadurkan fakta yg mudah dicerna w/pun 3.5 dekad jurang zaman kita..Dato ternyata bukan warga emas yg duduk dalam kotak, tidak seperti sesetengah blog lain yg hanya mengapikan emosi dgn bahan bakarnya hampas..

Buku Dato' 'Mencari Dugalia Huso' suatu perspektif global..menarik & sarat dgn fakta..rasanya x ramai org seusia saya yg memasang minat utk baca benda2 sebegini.

Bila difikir balik, kewarganegaraan hanyalah berkisar tentang dokumen persempadanan..sbg insan di bumi Tuhan kita berhak & bebas menjadi warga global berbekal semangat jati diri..menerokai peluang yg ada...dunia tanpa sempadan..malah alam semesta.. bukan itukan yg disaran dlm Al-Quran ul Karim..?

Jika berpeluang..saya juga ingin menjadi warga dunia. (itupun setelah mendapat Ir. mungkin ,jika tidak, tiada modal insan yg mampan utk diperdagangkan.)

Berhubung dgn kerisauan Dato' berhubung usaha menyekat pengaruh blog..ia telahpun bermula melalui 'secret order'. Syarikat saya bekerja (sebuah GLC yg tak boleh saya namakan) telah menyekat semua access yg mempunyai kaitan dgn blogspot. Sungguh mengecewakan..

God The Most Gracious never distinguish & discriminate His creation.. but human tends to view based on color & differences...to err is human indeed..

salam

A KADIR JASIN said...

Sdr Mohd Affendi,

Ah, Bukit Jenun. Romantik. Terletah antara bukit dan sawah padi.

Sebelum ada interchange Pendang/Kota Sarang Senut, saya keluar melalui Gurun dan ikut Pokok Tai, Kilang Kecil dan Besar, Jenun, Air Putih dan Pendang untuk sampai ke kampung saya Tanah Merah (Pendang).

Tidak lama dulu saya singgah tengok stesen kereta api Bukit Jenun. Amat usang dan saya nostalgik.

Dulu, kereta api dari Alor Star atau Butterworth singgah di situ.
Sekarang hanya digunakan sebagai "siding" untuk kereta apa barang sahaja.

Tapi Jenun sudah maju. Sudah ada air paip, elektrik, telefon dan sekolah. Dulu memang hulu.

Pada tahun 50'an, Jenun adalah kawasan hitam dan kerap diserang komunis bersenjata.

Alhamdulillah, budak Jenun boleh bekerja dengan GLC. Tapi GLC kini tertutup minda dengan dasar anti-ICT mereka. Malang!

Apakah ini petanda positif sebuah masyarakat Islam yang diuar-uarkan sebagai bertamadun, sebagai hadhari?

Wallahhualam!

affendi hussain said...

Salam Dato'
Jika waktu zaman kanak2 dulu pengalaman mandi sungai,tangkap ikan & ayam bersama sepupu-sepupu, potong batang rumbia utk ambil getah buat gam layang2, menunggu keretapi lalu, main layang2 di bendang mmg menggamit nostalgia..
Stesen keretapi Jenun tu selalu jd tempat lepak..ada kedai kat situ..mak saya cakap dulu saudara mara dari Patani pun selalu dtg naik keretapi turun Jenun.. keretapi penumpang dah tak singgah lg..mungkin bila projek landasan berkembar RMK9 Ipoh-Padang Besar yg dicanang berjalan semua akan berubah.
Tapi pemandangan indah bendang saujana mata memandang dah tersekat dgn binaan konkrit lebuhraya PLUS. Balai polis pun dah pindah. Suasana kampung dah tak rasa semasa balik beraya.Dah tak menarik.Budak2 pun dah tak mandi sungai lg. Semua dah berjiwa moden termasuk lah saya yg menulis ni. Tanah Merah? tak ingat pernah sampai atau tak (maklumlah masa kecil hanya mengikut ke mana saja diheret)..mak saya tentu tahu..

Saya pun tak faham konsep pembinaan tamadun yg perlu mengikut acuan tertentu yg menafikan hak kebebasan percambahan idea, kreativiti & minda yg kritis & menganggap rakyat berfikiran tahap budak tadika.
Ini seumpama menanam radioaktif dalam bumi Malaysia ini yg membawa radiasi penyebab barah kepada perkembangan tamadun insan yg sihat..kesannya sgt lama seperti mana mutasinya genetik penduduk Hiroshima & Nagasaki diwarisi turun temurun..6 dekad sudah berlalu..sistem pendidikan pun di ajar hanya ikut-hafal-ikut & terus ikut membabi buta tanpa kaedah pemahaman yg betul seperti yg saya pernah sebut sebelum ini. Ini pun mungkin kunci permasalahan sosial & akidah generasi muda kita..

agaknya para pembesar lebih suka memerintah 'zombie' &'balaci'..perkembangan tamadun boleh import kepakaran asing.. habuan lumayan menanti..

kalau inilah acuan tamadun hadhari, tak usah bermimpilah meletakkan negara kita setaraf Jepun, Korea atau negara2 maju di dunia..baik kita sama2 tidur juga & terus dilamun mimpi..tak perlu risau hadapi dunia nyata..

sedih..
wallahualam

Budakboy said...

Datuk,

The minister said his deputy made a mistake. There is a big difference between 79,000 and 10,411. If indeed the deputy's figure is wrong, what was his intention?

Anonymous said...

The deputy minister tan chai ho cannot understand anything but in chinese script.
Ask him to read rumi and he goes bonkers as in this case.
Actually chai ho is a DAP man.

Wak Karto said...

Saya berpandangan tentang peluang..

Bagi kebanyakan Melayu, peluang yang paling besar berada di sektor awam, kerajaan. Walaubagaimanapun, tempat terhad.
Ramai yang berhijrah ini berkelulusan tinggi. Peluang di swasta bergantung kepada siapa yang berada di bahagian pengurusan teratas. Walaupun iklan menyebutkan "Bumiputera dialu-alukan", kita kemudiannya mendapati bahawa yang mendapat jawatan tersebut adalah dari kaum yang di"favour" oleh pengurusan. Malah ramai yang pencapaian akademiknya lebih rendah dari beberapa Melayu lain yang turut memohon.
Bukan rahsia lagi telah ada majikan yang secara jelas memilih kaum pilihan mereka dalam iklan. Keadaan di Singapura malah lebih teruk (walau pun Ahiruddin Attan mungkin tidak bersetuju) hingga ada MP Cina yang telah menjadi "the other Malay MP" kerana terlalu banyak kes-kes majikan enggan menerima pekerja Melayu yang ditanganinya.

Di US dan UK, semasa temuduga, dengan menanyakan sesuatu yang bukan berkaitan pekerjaan, kerja dan kelayakan sahaja sudah boleh mengheret majikan ke mahkamah. Apatah lagi mengambil pekerja atas alasan yang sama.

Itu belum lagi dengan kehidupannya. Datuk tentu pernah membaca bagaimana sebuah keluarga yang sebelumnya menetap di UK tidak menghadapi masalah untuk mengawal anak-anak selepas gelap (tiada aktiviti luar), tetapi di Bangsar (malah kebanyakan tempat di KL), terlalu banyak aktiviti (songsang dan tidak) di luar. Makanan halal, malah aktiviti keagamaan semakin meluas di barat. Malahan saya pernah berpandangan bahawa barat akan di penuhi umat Islam suatu hari nanti.
Tentu datuk pernah membaca "lebih ramai umat Islam sembahyang di Masjid berbanding Kristian di gereja di Eropah". (Nabi Isa akan lahir/hadir di akhir zaman sebagai umat Islam - wilayah yang 'pre-dominantly' Kristian akan menjadi Islam?). Barangkali ini juga satu sebab penghijrahan beramai-ramai Melayu/Islam.

Ini juga bermaksud yang saya tidak setuju langsung penghijrahan ini dikaitkan dengan melayu murtad..

__mars said...

sir, yet again the poster using the name "__earth" and then claiming to be me, is done by an impostor.

Kind see this for more information.

I kindly request for you to remove any comment made by the impostor.

Melati said...

Saya hairan kenapa lah saudara orang Melayu di Malaysia sibut mertikai kan soal bangsa Melayu , saya sudah bermsustatin di Jerman hampir 24 tahun,saya bangga sebagai keturunan Melayu dan warga negra Malaysia. Ibarat kata pepatah hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri. Meski ada undang-undang yang tidak adil , tapi di negeri mana ada keadilan?
Saya bukan tidak hendak pulang ke Malaysia, tapi pengalaman yang saya alami untuk mendaftarkan sekolah anak saya pada tahun 1994, saya merasa di anak tirikan olih undang yang tidak adil , saya terpaksa turun naik tangga 2 jabatan pelajaran , kementerian pelajaran,kedutaan Jerman and sekolah dari Shah alam higga ke Jalan Damnsara.
Sedang kan di Jerman kanak yang satu pehak penjaga nya bangsa jerman atau penduduk tetap di Jerman kami tidak payah turun naik tangga mana-mana pejabat. Di Jerman memasuki sekolah rendah adalah wajib bagi kanak di sini, sama ada mereke warganegara Jerman pekerja asing dan pendatang yang meminta kindunga politik.

Salam mesra dari Jerman

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).