Wednesday, January 16, 2008

“Ides of March” Pilihan Raya Umum

A Kadir Jasin

[Masih ada pembahas menghantar ulasan menggunakan pengenalan ANONYMOUS. PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

BERITA muka depan Utusan Malaysia hari ini, 16 Jan., melaporkan Perdana Menteri berteka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum (PRU).

Bukan alang kepalang punya teka-teki kerana ia dilakukan beribu batu jauhnya dari tanah air iaitu di Madrid, ibu negara Sepanyol.

Akhbar yang majoriti sahamnya dimiliki oleh Umno itu melaporkan Abdullah Ahmad Badawi sebagai berseloroh: “Seronok pula bila dapat tahu semua orang dah tidak sabar…nak sangat pilihan raya.”

Tetapi Perdana Menteri yang dalam lawatan ke Sepanyol juga dipetik sebagai berkata bahawa PRU boleh diadakan antara sekarang atau bulan depan, atau antara sekarang dengan Mac tahun hadapan.

Utusan Malaysia seterusnya melaporkan Abdullah sebagai memberitahu media massa (Malaysia) bahawa sehingga sekarang dia “belum membuat apa-apa lagi” untuk mengadakan PRU.

“Belum membuat apa-apa lagi” ada kenyataan politik yang mempunyai pelbagai maksud yang tersurat dan tersirat.

Hakikatnya, para pemerhati politik dan masyarakat umum sudah pun tahu yang pelbagai persediaan telah dilakukan, termasuk pembatalan cuti kakitangan awam dan polis, ujian dan pengundian olok-olok, pengumpulan dana dan kegiatan spekulasi di Bursa Malaysia.

Lagi pun, Perdana Menteri adalah orang terakhir yang perlu berteka-teki mengenai tarikh PRU. Sebaliknya dialah punca teka-teki kerana dialah yang akan menentukan tarikhnya.

Yang perlu berteka-teki adalah pembangkang, orang politik yang bercita-cita menjadi calon, para pemilih yang berasa mereka mahu mengubah selera dan sesiapa sahaja yang berminat dengan pilihan raya kerana sesuatu sebab tertentu.

Ini termasuklah para pelabur dan spekulator pasaran saham, promoter unit trust, penganjur judi haram, pembekal makanan, pemilik kenderaan awam dan orang yang cari makan waktu pilihan raya.

(Seorang pembahas blog ini, Zainal A Kasim, menulis: “Datuk, Berhati-hati bila bercakap pasal tarikh pilihanraya. Nanti ada orang marah. Baru-baru ini ada orang tua kena marah dengan budak kecik pasal cakap tarikh pilihanraya.”)

Apa salahnya kita turut berteka-teki? Setidak-tidaknya kita mengasah dan mencanai minda (mentalite) kita. Kalau takut kena marah dengan orang muda, kita tak boleh jadi tualah! Tapi hukum alam, yang muda akan jadi tua juga akhirnya.

Saya tidak menjangka Perdana Menteri akan menunggu sehingga Mac 2009 untuk mengadakan PRU. Risiko mengadakan PRU terlalu lambat adalah besar. Tiada siapa tahu apa akan berlaku antara sekarang dengan tarikh itu.

Yang pasti adalah ramalan bahawa ekonomi global akan mengalami kemerosotan dan inflasi akan meningkat tahun ini akibat krisis pinjaman perumahan sub-prime di Amerika Syarikat.
Malah pertumbuhan ekonomi Malaysian diramalkan lebih rendah.

Tanpa kesan krisis itu pun, pengguna di Malaysia sudah mula merasa kesan negatif kenaikan harga barang dan perkhidmatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Salah satu sebabnya adalah dasar ekonomi bebas dan penjurusan kepada keuntungan oleh Pentadbiran Abdullah yang mahu memaksimumkan keuntungan dan mengurangkan subsidi minyak.

Dasar anti-subsidi ini jelas menjadi mercu tanda pemerintah apabila ia dijadikan perkara penting dalam ucapan dasar Abdullah dan ucapan “jurucakap” Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, pada Perhimpunan Agung Umno yang baru lalu. Kedua-duanya sekata subsidi terlalu tinggi.

Akhbar Business Times Singapura pada 8 Jan. lalu memetik agensi berita Reuters sebagai berkata: “Malaysia is likely to push through cuts in fuel subsidies this year as high crude prices burn a hole in its budget, but that risks depressing consumer spending and alienating voters in what may be an election year.”

(Malaysia mungkin meneruskan dasar mengurangkan subsidi bahan bakar (petroleum) tahun ini kerana harga minyak yang tinggi menjejaskan belanjawan negara, tetapi ini akan menekan turun perbelanjaan pengguna dan menimbulkan kemarahan pengundi pada tahun pilihan raya.)

Selain faktor ekonomi, Abdullah juga terpaksa mengambil kira sentimen rakyat mengenai isu-isu lain seperti peningkatan jenayah, dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, kronisme dan nepotisme, pengangguran dan masalah berkaitan pendatang asing.

Turut menjadi persoalan ialah tempoh pengharaman berpolitik secara cergas ke atas bekas Timbalam Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Jika PRU diadakan dalam masa beberapa bulan ini, Anwar tidak dapat bertanding.

Abdullah pasti tidak mahu Anwar bertanding kerana jika dia bertanding, pembangkang akan mendapat suntikan moral yang besar.

Mengambil kira faktor-faktor ini, ramalan terbaik ialah PRU akan diadakan dalam masa beberapa bulan yang akan datang.

Oleh sebab sekolah dan guru adalah komponen utama operasi pilihan raya, maka adalah tidak memeranjatkan jika ia diadakan Mac ini apabila sekolah ditutup antara 8 Mac hingga 16 Mac untuk cuti penggal pertama.

Dalam tempoh itu, ada dua Sabtu, hari pengundian kerap kali diadakan, iaitu Sabtu, 8 dan 15 Mac. Sabtu 8 Mac terlalu suntuk untuk menyediakan sekolah menjadi pusat mengundi dan mengganggu jadual guru. Jadi 15 Mac adalah lebih logik.

Tetapi “penasihat” Abdullah yang berorientasi Barat mungkin memberi amaran bahawa 15 Mac bukanlah tarikh yang “berkat” dalam politik.

Hari itu dikenali sebagai “Ides of March” dalam takwim Roman yang merujuk kepada hari ke-15 bulan Mac, Mei, Julai dan Oktober dan hari ke-13 bulan-bulan lain.

Dalam zaman moden, “Ides of March” dikaitkan dengan pembunuhan Emperor Julius Caesar pada tahun 44 sebelum Masihi (BCE) oleh sekumpulan Senator Rom yang didalangi oleh kawan akrabnya, Brutus!

33 comments:

sniper said...

ini antara asas masalah kat malaysia .. dalam zaman moden, kita diajar untuk kerja dengan timeframe, deadline, perancangan korporat dan sebagainya.. tiba-tiba tiada jadual khusus untuk pilihanraya ..semua kena jadi nujum pak belalang.. mcm mana org nak merancang strategi korporat kalau tarikh pilihanraya tak menentu.. semua asyik kena tunggu nak lihat.. pelabur pun tunggu dan lihat .. come on la.. kalau asyik nak kena tunggu dan lihat ..jenuh la ..

Anonymous said...

Salam dari Guar Chempedak,

Tu quoque, Brute, fili mi? ( You too, Brutus? )

perlakonan itu tidak sesekali membosankan saya, datok. malah, menakjubkan kerana Jeneral terkemuka di dunia, akhirnya jatoh di tangan darah dagingnya sendiri.

ada yang berkata, Caesar mengetahui perkara berkenaan. namun dia MAHUKAN perkara itu berlaku demi kejayaan Rome yang lagi berganda setelah kematian beliau.

Terbukti bahawa, selepas itu, Brutus dan rakan2 di lenyapkan dari bumi Rome dan anak saudaranya mengambil alih. Rome terus berkembang. Malah lebih pesat dari zamannya.

Itu cerita Rome. Ini cerita malaysia.

Tidak menjadi masalah kepada pembesar bila masa pun pilihanraya JIKA mereka benar2 BEKERJA. yang menjadi masalah ini, mereka terpaksa BEKERJA untuk dipilih semula.

Tapi sudah menjadi kebiasaan di Malaysia ni, kalau kita nak tau bila pilihanraya, ialah ketika akhbar MENSPIN berkenaan dengan pelbagai cerita - ekonomi, sosial, dan lain2.

semuanya begitu seronok dan menyenangkan.

masa tu, pilihanraya akan diumumkan.

tapi, untuk MAC, tidak mungkin. sebab lama sangat terlepas dari Chinese New Year. gembira dah pudar.

agak2nya alah.

drMpower

Anonymous said...

Dato,pada pendapat saya...

Apa pun pilihanraya, bila pun pilihanraya, dimana pun pilihan raya, siapa pun calon pilihan raya... yang pasti BN dan Pak Lah akan membentuk kerajaan kembali.

Kenapa saya berkata begitu? Bagi saya dengan pegangan rakyat bahawa hanya BN yang dapat menjaga ketenteraman, kebajikan dan masa depan rakyat, jadi hampir pasti majoriti rakyat akan mengundi BN lagi. BN sudah dianggap 'agama' tidak rasmi rakyat malaysia dimana rakyat mesti percaya sepenuhnya, patuh segala arahan, turut dan mengagongkan arahan pimpinan dan jangan sekali-kali mempunyai sebarang kemuskilan kepada dasar2 dan arahan pimpinan BN. Bukankan itu ciri 'agama baru'?

Pembangkang boleh membangkitkan isu-isu seperti harga barang, penyelewengan dana negara, moral dan bla-bla... tetapi pernahkan rakyat mengendahkan hujah2 pembangkan dengan menterjemahkan dengan kertas undi? Sejarah mengatakan tidak!. Rakyat keluar menukar di kertas undi hanya bila melihat lebam di mata Anwar!. Mereka tidak pedulikan apa sahaja isu. Sekuat mana isu yang ada, selemah mana pimpinan kerajaan yang ada, sebanyak mana kehilangan duit negara, seramai mana pengundi mendengar ceramah pembangkan dan bla-bla...yang pasti majoriti rakyat pada pagi (15hb Mac?) akan mengundi BN!.

Adakah rakyat yang mendapat VSS ('dipenganggurkan'), rumah dipecahkan, motosikal dicuri, anak diculik dan sebagainya disebabkan kemasukan pekerja asing akan juga mengundi BN? Mereka yang makan sekali sehari, berhutang yuran sekolah anak, bawa bekal air sejuk ke pejabat dan mengikat perut sampai terpaksa tebuk lubang lain pada talipinggang pun rasanya masih sayang kat BN. Kalau mereka yang kena batang hidung sendiri pun (disebabkan dasar kerajaan) masih mengundi BN, apatah lagi dengan MatRempit, KakiArakBear, KakiJudi, KakiKroniSonglap dan sebagainya... adakah mengharapkan mereka mengundi pembangkang? Mereka ini hanya boleh hidup dengan mengekalkan kerajaan yang ada.

Dalam sejarah negara dan pilihanraya, walau sekuat mana pembangkang pada masa pilihan raya, mereka gagal mendapat 1/3 pun kerusi Parlimen, apatah lagi dengam pimpinan sapubersih dan tidurdiam PakLah sekarang.

Jadi kalau pembangkang 'mahu' jadi kerajaan maka tidurlah sebantal, sekatil dan sebilik. Gunakan logo yangs satu dan matlamat yang satu demi kesejahteraan rakyat Malaysia dengan berteraskan kesucian agama Islam yang menjaga hak2 bukan Islam seadil-adilnya. Mingkin logo yang satu tu dah terlambat (lima tahun dulu pun cakap macam tu), belum terlambat untuk menggunakan manifesto yang sama, ceramah bersama dan membentuk kabinet bayangan daripada berbilang kaum dan tokoh yang berkalibar.

Selamat 'menikam'. Tikam tarikh pilihanraya, tikam parti nak dipangkah, tikam bilangan kerusi dan lain2 tikam menikam. PakLah juga pasti tengah menikam calon2 Menteri Kabinetnya! Tengok siapa yang kenaaaaaa.......

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Jangan percaya sangat kepada nombor. Itu semua tahyul. Tak boleh pakai. Ianya tidak ada kaitan dengan bala atau pun keuntungan.

Contohnya no. 13. Di sesetengah tempat dan budaya, no. 13 di tiadakan. Dalam bangunan yang tinggi, contohnya tingkat 13 di tukar kepada 12A. Ini kerana mereka beranggapan no. 13 itu membawa bala dan ada kaitan dengan hantu.

Tetapi ada juga yang beranggapan no. 13 tu membawa kebaikan dan keuntungan. Maka no. ini digunakan di dalam pelbagai aktiviti harian sebagai contohnya di no. kereta.

Jadi eloklah jangan percaya dengan nombor. Sebaik mungkin ialah mengadakan sembahyang sunat dalam mempertimbangkan satu-satu keputusan. Sebagai contohnya, dalam membuat keputusan untuk mengadakan PRU akan datang ini. Eloklah PM buat sembahyang sunat memohon panduan dari Allah SWT. Itu lebih afdal dari melihat kepada nombor.

Tetapi, kalau tak silap saya kita ada 13 bulan lagi sebelum mandat kepada pemerintah sekarang tamat. Tapi harap jangan Datuk hebohkan, nanti ada orang yang buat tilikan tentang kelebihan 13 bulan berkenaan.

He, he.... gurau Datuk. (Saya suka no. 7)

A KADIR JASIN said...

Sdr Zainal,

PM suka nombor 13.

Terima kasih.

Anonymous said...

Awwt Dato',

Rukun Sembahyangkan 13. Sbb tulah PM suka nombor tu kot..

Wslm.

Anonymous said...

Harap-harap betul teka-teki PRU12 the Scribe!

Tikaman dalam seloka adalah sebuah puisi dan 'precept' Ides of March bagi beberapa pembesar-pembesar BN saperti Caesar yang dahulunya itu bukanlah teka-teki tetapi menunggu hari.

Saya tikam nomber 2 kerana itu saya yang punya.

Anonymous said...

The Scribe

Cerita Subsidi

Dasar anti-subsidi ini jelas menjadi mercu tanda pemerintah apabila ia dijadikan perkara penting dalam ucapan dasar Abdullah dan ucapan “jurucakap” Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, pada Perhimpunan Agung Umno yang baru lalu. Kedua-duanya sekata subsidi terlalu tinggi.

Siapa kata subsidi itu terlalu tinggi!? Masih rendah...dan ini cerita dari Land of the Pharoahs sebagai contoh:

Bread, the (subsidized) staff of life in Egypt
By Michael Slackman
Published: January 16, 2008

CAIRO: "Get out! Get back! Get back! I am not selling to you!" Ibrahim Ali Muhammad, a bread seller, is shouting at his customers. His teeth are brown and misshapen from decay, and he says the stress of his 20 years on the job has given him diabetes. He is standing behind bars, jail-like bars, shouting into a crowd that is pushing, punching, thrusting money at him.

"I already sold to you," he screamed, again, this time distracted by a young man in a blue windbreaker who swiveled on his heels and punched the man behind him...

LIN LIANI said...

No bilik 1301 telah mendatangkan sial kepada Dr.Chua Soi Lek.

Unknown said...

Datuk AKJ,

sorry for my naivity and lack of understanding of our own democracy history.

my question is why can't we just fix the date for election instead of waiting for some feng shui master to tell our Sleepy Head when to hold an election?

if it is every 4 years for GE, example 3rd march 2008, why can't set the next one to be 3rd march 2012? this guessing is the opposite of the democracy spirit that i understand,a fair and unbias? perhaps u could englightened a youngster like me why is it like this?

anyway, knowing Sleepy Head..whatever he said not true will become true eventually. he said he's not going to remarried, but eventually remarried. he said the govt didn't purchase the new jet for his usage, eventually he admitted the govt does..albeit thru some creative accounting.

ohhh..and his recent speach in Spain is soooooooo lame! i think he himself doesn't understand half of what he's talking/reading about. school debate will be more interesting to watch.

Anonymous said...

Seronok juga main teka-teki. Tapi,bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam politik(khususnya parti kerajaan),perkara ini bukan lagi teka-teki, tapi strategi!

Apapun, mengundi bagi memilih kerajaan bagi saya adalah "wajib". Orang yang tak keluar mengundi, bererti beliau membenarkan siapa saja jadi pemimpinnya. politik dalam Islam tidak begitu. Islam menggariskan dengan tepat siapa yang wajar dipilih sebagai pemimpin.

Dr.Yusof Qardawi menyebut, “ Saya wajib mengumumkan dengan jelas di sini bahawa Islam adalah tidak lengkap tanpa politik. Apabila dipisahkan Islam daripada politik, maka ia akan menjadi agama yang lain seperti Budha atau Kristian, bukan lagi Islam”. (Dr.Yusof Qardawi)

"Karekter orang Muslim yang dibentuk Islam dan diwarnai akidah, syariat serta ibadahnya, merupakan karekter politis, kecuali jika pemahamannya terhadap Islam atau penerapannya tidak tepat". (Dr.Yusof Qardawi)

Maka, berteka-teki untuk pilihanraya juga merupakan ciri-ciri karekter politis-mengambil berat tentang pilihanraya.

Patah tumbuh hilang berganti,
Teruskan berteka-teki

Anonymous said...

Dato dan Para Perayap sekalian,
Tarikh pilihanraya tu Pak lah dan tahu cuma tak umum kan aje. Jadi relaks la semua.

Banyak faktor yang diperturunkan untuk Pak Lah mendapatkan ilham pilihanraya. Kalau pilihanraya sebelum Mac...begini....kalau selepas Mac...begitu.

Jika faktor Mac makanya biarlah saya simpulkan aje begini...Pak Lah takut dengan Nuar sebenarnya. Sekalipun Nuar tak dapat bertanding tetapi Nuar mendapat kemenangan yang paling manis dalam hidupnya.

Bahwa usahkan dirinya, usahkan bayangnya...mendengar namanya sahaja pun berlaga segala gigi-gigi Pak Lah. Nuar ni umpama 'hantu' lah.

Malulah punyai PM yang takut dengan 'hantu'.

Terima kasih.

Anonymous said...

Dato',

Betul kata Sdr. revelation, sepatutnya dalam negara demokrasi seperti Malaysia ini, tarikh pilihanraya umum telah ditetapkan dan semua rakyat maupun kerajaan sepatutnya sudah bersedia bila sampai masanya. Bukan berteka-teki atau menunggu ilham atau mimpi dalam tidur!

Heran saya bila kita boleh bergurau dan bersandiwara dengan tarikh pilihanraya. Pelabur dan pemerhati luar negara juga merasakan ianya 'laughable'. Dan Pak Lah pula berasa seronok dan tersenyum kambing bila para wartawan mengajukan pertanyaan mengenai tarikh pilihanraya 'pilihannya'.

rocky said...

our PM is a joke.

lucky this date decided by him, if not I don't know.

as it is opposition is always at disadvantage and surprising them with a date is not going to bring more benefits. and as usual there is leaks and indicators of an upcoming election.

PM might as well be a jantan and tell everyone that it will be at so and so date. what to be scared other than of Anwar.

zainal abidin awang kechik said...

8/3/08..

selamat mengundi..tok

BARISAN NASIONAL..
untung nasib
Bangsa KU di Tangan Peminpin MU .

Anonymous said...

dato kadir jasin/anak buah

Terperanjat saya setelelah membaca di akhbar..mengenai kurangnya minyak masak vesawit...apa dah jadi??setahu saya,m'sia adalah pengeluar nombor satu di dunia dalam pengeluaran minyak kelapa sawit...??
Di akhbar sana-sini..sudah dikeluarkan pemberitahuan..supaya orang asing tidak dibenarkan..membeli terutama sekali minyak masak vesawit..nampaknya ada orang juga yang cuba mengambil kesempatan untuk berdegil dan membeli juga...

Anonymous said...

anak jawa,

Walaupun mereka selalu mengeluarkan pernyataan yang seakan-akan bodoh (intelectually insulting statements!) bila tertekan, pemimpin kita sebenarnya berakal. Maksudnya, mereka bukanlah bodoh seperti yg kita sangka dan kita selalu hamburkan. Mustahil mereka tidak tahu langsung masalah semasa dalam negara (contoh: kekurangan minyak masak, penigkatan jenayah & sebagainya) dan apa atau siapa punca masalah tersebut. Mereka ni kan ada SB, ada pengintip berbayar dan ada kakitangan berbayar gaji disetiap kementerian dan jabatan kerajaan. Kalau tidak pandai mengekses internet sekalipun, paling kurang mereka juga membaca akhbar.

Jadi janganlah kita terlalu terkejut/heran sangat dengan perkara-perkara 'pelik' itu. [Pernah dengar teori konspirasi? Samada percaya atau tidak, negara ini tidak terlepas malahan semakin banyak timbul akhir-akhir ini.]

Dengan 'buat-buat' terkejut, mereka sebenarnya bersandiwara, menguji siapa yang bodoh dan siapa yang diperbodohkan. Jangan salahkan mereka sebab semuanya itu semata-mata untuk survival politik. Mereka yang memegang kuasa sahaja tahu bagaimana pentingnya mengekalkan kuasa. Rakyat walaupun adakalanya tahu pemimpim tertentu bersandiwara, masih juga rela diperbodohkan. Ramai yang rela membiarkan kecerdikan mereka dihina oleh pemimpim-pemimpin yang 'bijak' ini.

Sedar atau tidak, kita juga berakal dan rakyat juga perlu survival seperti pemimpin-pemimpin ini? Survival kita sebagai rakyat. Rakyat juga tertekan dan jika kita bermati-matian mempertahankan yang kita ini berakal dan tidak boleh dihina kecerdikan kita, gunakanlah hak yang wajib untuk memilih pemimpin semasa pilihanraya nanti dengan bijaksana. Rakyat dalam memilih pemimpin yang baik, tidak boleh lagi buat berteka-teki seperti PM menetapkan tarikh pilihanraya.

Atau masih ada lagikah yang berpendirian (selepas semua pengalaman, kes-kes semasa kehakiman dan polis, tekanan isu kenaikan harga barang/perkhidmatan, isu pendidikan, isu kebebasan & lain-lain) memilih pemimpin ini satu perkara main-main, berteka-teki atau bersandiwara? Kita sendiri yang menentukan samada adakah pemimpin-pemimpin ini atau kita yang menghina kecerdikan kita sendiri nanti.

Anonymous said...

PM suka 9. Beliau dihadiahkan nombor AA0000009 untuk RM50 baru.Mengapa bukan AA0000001? MB Pahang beli CCC9 untuk bodek PM bila PM melawat Pahang nanti

Anonymous said...

YBhg The Scribe!

You dah dapat senarai calon-calon saperti yang diuar-uarkan YB Padang Besar?

Ada copy?

Saya suka The Loaf. Do they serve nescafe there?

A KADIR JASIN said...

Sdr Copy-boy akadirjasin,

bertuah kalau saya ada senarai calon. Maklumat dan kuasa macam tu, besar nilainya.

Tapi saya tahu yang anda pun tahu siapa yang pasti ada senarai macam itu. Tak kira senarai sahih atau senarai bayang-bayangan.

That person may not even be leader of a party. But he is certainly a very powerful insider -- sangat rapat dengan gerbang kuasa.

This very same person played key role in vetting the candidate list of the 2004 GE.

Saya tak hairan sikit pun kalau nama dia ada dalam senarai tahun ini untuk Adun (jadi MB) atau Parlimen (jadi Menteri atau busuk-busuk pun Timbalan Menteri).

Tentang The Loaf, saya tidak pernah ke situ. Ke Pavillion pun belum. Ada sekali dua makan roti The Loaf yang dibawa balik.

Jadi saya tak tahu sama ada Nescafe dihidangkan di situ.

Di kampung saya, dah tak banyak orang mampu minum Nescafe. Kos sara hidup di kampung pun dah banyak naik.

Terima kasih.

Anonymous said...

YBhg Dato,
Saya rasa kalau nak tahu tarikh pilihanraya, wartawan semua disarankan tanya Lingam .....pasti dia tahu....

Anonymous said...

Eloknya biarlah kasi peluang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sama. Tapi siapa saya. But I can always pray to ALLAH am I?

Mardhiah

Da Real Deal said...

Salam Datuk.

Betul. Hamba Allah yang satu itu benar2 berkuasa dan berpengaruh dalam menentukan siap yang menjadi calon.

Beliau memang cerdik dan belum ada lagi orang yang boleh gunakan kecerdikannya dengan begitu efektif pada firasat saya.

Tentang tarikh PU. Jika Pemilihan UMNO dibuat bulan Ogos, kita work bckwards Datuk. Proses dari mulanya mesyuarat cawangan ke perhimpunan agong adalah 3 bulan. Lingkungan 60 hari dari pembubaran parlimen ke PU, that makes it 5 months. 5 months backwards from August= March. BINGO!!!!

Anonymous said...

Salam Datuk,

pada pandangan datuk, apakah faktor Anwar Ibrahim menjadi pertimbangan Pak Lah dalam menentukan tarikh pilihanraya ke 12.

Atan
Anak penoreh Getah

Anonymous said...

Ybhg Dato' Kadir,

Boleh tak Dato' jelaskan dekat sini apa masalahnya kes mengatur perlantikan hakim yang tengah kecoh sekarang ni.

Bukankah perlantikan ketua hakim ni hak mutlak PM untuk menasihat YDPA? Depa nak lobi ke apa ke, apa masalahnya. Itu budaya biasa dalam dunia ni. Tak ke buang duit rakyat tubuhkan Jawatankuasa DiRaja untuk siasat benda-benda ni?

Tolonglah Dato' ya. Rakyat kawasan kampung ni tak berapa faham sangat dah keadaan Malaysia yang sebenar pada hari ni.

Terima kasih Dato'.
Assalamualaikum.

A KADIR JASIN said...

Sdra Anak Pokok Sena, antara lain, bertanya:

Bukankah perlantikan ketua hakim ni hak mutlak PM untuk menasihat YDPA?

Pada fahaman saya begitulah. Adalah hak (prerogative) PM mencalonkan Ketua Hakim dan menasihatkan YDPA mengenainya.

Suruhanjaya atau jawantkuasa ditubuhkan bila orang yang berhak dan berkuasa:-

1. Tidak mahu melaksanakan kuasa;

2. Takut melaksanakan kuasa;

3. Malas berfikir untuk melaksanakan kuasa;

4. Tidak tahu bagaimana melaksanakan kuasa;

5. Baling batu sembunyi tangan.

Bila laporan dikeluarkan, belum tentu akan dilaksanakan kerana orang yang menubuhkan suruhanjaya atau jawatankuasa itu tidak tahu bagaimana melaksanakannya.

Lihat saja apa yang terjadi dengan laporan Suruhanjaya memperbaiki operasi dan pentadbiran PDRM!

Terima kasih.

Anonymous said...

The Scribe!

The Relevant, The Irrelevant & The Questions
(no comment)

Can a MP or ADUN still be a member of the legislative assembly when that MP or ADUN is effectively declared a bankrupt - a muflis - by the Courts here?

And can a dead man reach out from the grave - do you think the spirit of Khalid Jefri would be a good case evident - and have his revenge exacted?

And why is it 'dibawa balik' - too busy or the ambience is wanting?

Is it true that even scribes have hungry stomachs?


Merci, Thank You and Terima Kasih
("der schergh-riii-bbe"!)

affendi hussain said...

Salam Dato',

Seorang pemimpin sepatutnya membuat keputusan berdasarkan musyawarah...bukan bermain teka teki mcm kanak2 & membiarkan org lain dibawahnya membuat keputusan bg pihak dirinya..

Inikah ciri2 Imam Hadhari? (..'Pemimpin Masakini'?)

Dimana tulang belakang yg nak menyokong 'Islam Hadhari' ini.. a type of re-branding of 'Islam.'..?

What a mockery to Ad-Din..Islam is a true submission to Allah s.w.t. where leader supposed to decide based on what prescribed in Al-Quran..the words from the Creator..not from some mortal manipulation & fabrication..

too many 'imam' nowdays muslims seems to follow..similar to their condemned 'idol-worshiper'...that's why we become like this!

wallahualam

Semoga ada perubahan sebelum Maal Hijrah ke2 2008.

wasallam

Anonymous said...

Fuhh!! Pedas dan tepat sekali pendapat Dato' tu. Berdesing yang empunya telinga mendengarnya...(kalaulah dia membacanya.....)

Anonymous said...

YBhg The Scribe

Siapa Yang Suruh?
(apa-apa sahaja boleh berlaku)

Terima Kasih atas paparan Syarat Sah-Batal Suruhanjaya/Jawatan Kuasa di Malaysia. Ada lima keadaan tetapi satu cerita: sebarang Suruhanjaya walaupun diRaja-kan tiada kuasa mutlaq.

Tidak tahu bagaimana melaksanakan kuasa: maka ini cerita saya:


Inept pair jailed for bread theft


Two Australians have been jailed for a failed heist which left one of them with a bag of bread rolls and the other with a bullet in the backside.
Benjamin Jorgensen, 38, and Donna Hayes, 36, were sentenced to seven and eight years respectively for the robbery in a Melbourne restaurant.

During the robbery, Jorgensen grabbed what he thought was a bag of money - only to find it contained bread rolls.

He also accidentally fired his gun, hitting Hayes in the buttock...

Apakah Che Dollah bedebar-debar dadanya nanti-nanti diketahui juga umum bahawa dia sangat-sangat takut akibat dari keputusan dan natijah Pemilu-12 disaat diadakan berlaku dibulan hari dan ketika dan yang tidak baik membawa celaka, porak-peranda, dan musibah kepada dirinya Che Dollah, partainya, barisannya dan jangan-jangan Negara.

Maka siapa yang suruh menanya
bila berlakunya hari yang dijanjikan?

Maka berbisik-bisik, merisik-risiklah Che Dollah
siapa yang datang meminang.


Terima Kasih

Anonymous said...

Teka-teki: Enc. Khairy Jamaluddin bertanding kerusi MP

Kepastian: Dtk Mukhriz tidak dipilih untuk bertanding di mana-mana kerusi.

Siapakah calon-calon yang lebih menepati ciri-ciri yang diungkapkan YAB Ketua Menteri Melaka sebentar tadi?

A KADIR JASIN said...

Sdr Tapa Nyai,

Saya tak berani teka mengenai Mukhriz.

Seorang Menteri Umno beri tahu, Umno sekarang bukan sebuah parti lagi, tetapi sebuah kelab.

Saya teka Encik Khairy akan bertanding Parlimen Rembau.

Terima kasih.

MYSON said...

kelab curut ke Datuk?

elit sungguh umno no sekarang ya.

heheh

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).