Friday, January 11, 2008

PM Terkejut Jenayah Tinggi

A Kadir Jasin

[Masih ada pembahas menghantar ulasan menggunakan pengenalan ANONYMOUS. PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PADA 8 Jan., media massa melaporkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sebagai bertanya: “Apa yang sedang berlaku? Mengapa tinggi sangat?”

Dua soalan serentak daripada Perdana Menteri itu merujuk kepada peningkatan besar kadar jenayah yang dilaporkan kepada polis pada tahun 2007.

Jadi adakah Perdana Menteri atau kita semua perlu berasa terkejut dengan berita “kehilangan” Sharlinie Mohd Nashar, lima tahun, pada 9 Jan. lalu?

Saya rasa kita tidak terkejut lagi. Sebaliknya kita berasa semakin sedih, semakin marah dan semakin ketakutan kerana keselamatan kita, keselamatan orang yang kita sayang dan keselamatan orang yang patuh kepada undang-undang semakin tidak terjamin.

Apakah Perdana Menteri terkejut kerana beliau menyangka negara ini terus selamat atau masih selamat? Atau apakah sebelum ini pihak polis tidak memaklumkan kepada menteri mereka sendiri bahawa jenayah semakin menjadi-jadi?

(Saya tiba-tiba teringat kepada "ancaman" persatuan-persatuan polis tidak lama dulu untuk membiarkan jenayah berlaku jika pemerintah melaksanakan cadangan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salahlaku Polis (IPCMC)).

Dalam taklimat kepada Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Menteri Kewangan itu, polis memaklumkan yang jenayah pada keseluruhannya meningkat tujuh peratus tahun lalu.

Dalam suasana yang membimbangkan ini, kita berdoa dan berusaha sebaik mungkin agar Sharlinie tidak menjadi satu lagi angka dalam statistik jenayah.

Secara kebetulan, sedang saya menulis mengenai “kehilangan” Sharlinie, telefon selular saya berdering. Perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) agensi berita Reuters memaklumkan: “Ethnic Indian politician S. Krishnasamy shot dead in Malaysia.” (Ahli politik etnik India S. Krishnasamy ditembak mati di Malaysia.)

Maka sekarang giliran saya bertanya kepada para pembesar pemerintahan Malaysia; apa yang sedang berlaku? Mengapa Malaysia tiba-tiba menjadi begitu tidak selamat? Apakah ini petanda kita sedang ditimpa bala dan balasan?

Mungkin ada hikmah di sebalik pembunuhan S. Krishnasamy yang berupa Timbalan Ketua MIC Johor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tenggaroh.

Menurut laporan Bernama, beliau ditembak di Ibu Pejabat MIC di Johor Baru oleh seorang yang tidak dikenali pada kira-kira jam 2 petang tadi (11 Jan.).

Oleh sebab dia seorang pembesar politik pemerintah, pembunuhannya sudah tentulah menimbulkan kegusaran dan ketakutan di kalangan para pembesar lain.

Harap-harap daripada kegusaran dan ketakutan itu timbullah kesedaran dan kesungguhan untuk menangani masalah jenayah yang semakin meruncing itu dengan lebih bersungguh-sungguh.

Menurut taklimat polis kepada Perdana Menteri, jenayah ganas meningkat 13.4 peratus. Kes rogol naik 30 peratus manakala rompakan berkumpulan melonjak 160 peratus. Mencabul kehormatan naik 12.4 peratus, pecah rumah waktu malam bertambah 21.7 peratus, pecah rumah siang hari naik 4.2 peratus, curi motosikal meningkat 3.2 peratus, curi kereta naik 11.4 peratus dan kecurian lain naik 5.1 peratus.

Jika Perdana Menteri yang dilindungi oleh tembok pengawal dan pegawai keselamatan 24 jam sehari boleh bertanya “What’s going on? Why is it so high?”, apa halnya dengan rakyat biasa?

Apa halnya dengan rakyat jelata yang tidak mampu mengaji bekas komando polis dan tentera untuk mengawal keselamatan mereka dan tidak mampu tinggal di projek perumahan berpagar?

Apa halnya dengan mereka yang terpaksa tinggal dan membesarkan anak-anak mereka di kawasan sesak yang turut dihuni oleh pengedar dan penagih dadah, pencuri dan pesalah seks?

Di kawasan seumpama inilah Sharlinie dan Nurin dibesarkan dan akhirnya menjadi mangsa kebinatangan manusia. Sampai hari, janji membawa pembunuh Nurin ke hadapan pengadilan masih tidak tertunai.

Ke atas bahu siapakah hendak kita pertanggungjawabkan beban kemerosotan keselamatan dan keamanan negara yang begitu ketara pada tahun-tahun kebelakangan ini?

Apabila bekalan minyak masak tiba-tiba hilang dari pasaran, kita persalahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd Shafie Apdal.

Apabila isu AP meletus, kita persalahkan Menteri Perdagangan Antarabangsa Rafidah Aziz, walaupun dia menafikannya dengan sekeras-keras hati.

Apabila lebuh raya runtuh kita persalahkan Menteri Kerja Raya S. Samy Vellu dan beliau sebaliknya menyalahkan takdir (“act of God).

Tetapi apabila kadar jenayah meningkat dua tahun berturut-turut, siapa yang hendak kita pertanggungjawabkan?

Menteri Keselamatan Dalam Negeri atau Perdana Menteri orangnya sama?

Tidak guna kita cuba berlindung di belakang jari kelengkeng dengan mengatakan kadar jenayah naik kerana polis menggunakan kaedah pengkategorian baru. Jenayah tetap jenayah tidak kira apa kategori atau labelnya.

Sebaliknya, pemerintah perlu mengkaji kaitan antara peningkatan kadar jenayah dengan kenaikan kos sara hidup, pengangguran, keruntuhan struktur sosial, pembanjiran pendatang asing, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Amat tidak meyakinkan apabila kadar jenayah semakin meningkat tetapi berpuluh-puluh malah beratus-ratus kereta peronda polis “tersadai” di balai-balai polis entah kerana apa.

Mungkin kerana masalah kewangan atau kekurangan kakitangan. Sebab itulah agaknya Perdana Menteri membawa Menteri Kewangan Kedua Noor Mohamed Yakcop apabila menghadiri taklimat PDRM itu.

Apa pun sebab dan alasannya, peningkatan kadar jenayah ini tidak membantu usaha mencapai matlamat pemerintahan cemerlang, gemilang dan terbilang, dan masyarakat bertamadun – hadhari.

48 comments:

Anonymous said...

Saya amat berharap agar menteri keselamatan dalam negeri / Perdana Menteri tidak menggunakan semula alasan menteri yang menjaga hal-hal kepenggunaan iaitu 'pertambahan penduduk Malaysia yang mendadak'.

Moga-moga kita mengambil ikhtibar dan dapat bertindak sebelum terlambat.

bakaq a.k.a ~penarik beca said...

Edisi Khas Berita Bukit Aman

Saya hanya ingin bertanya, Polis Diraja Malaysia atau polis raja di Malaysia? Tak perlu jawab di sini. Cukuplah jawab dalam hati.

Anonymous said...

Jenayah dan Nilai-nilai Ketimuran

Minta Bapak Che Dollah kaji lapuran lama ini dahulunya:

In Japan, the crime rate also rises

dan kemudian selami lapuran yang lebih terkini ini:

Interpol's head 'to be charged'

Yang lebih hormatnya dicadangkan bahawa Bapak Che Dollah meluahkan buah fikiran yang dapat mengupas isu keruntuhan ahlaq yang jika adanya kebenaran ini terbukti telah sedang dan akan berlaku sepanjang ketamadunan manusia bagi menjawab persoalan yang amat logis yang timbul dengan semulajadi dari urutan kenyataan yang penuh aneh lagi pintar YBhg The Scribe:

Sebaliknya, pemerintah perlu mengkaji kaitan antara peningkatan kadar jenayah dengan kenaikan kos sara hidup, pengangguran, keruntuhan struktur sosial, pembanjiran pendatang asing, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Sambil kita fikirkan akan kenyataan usang ini:

Sabar itu separuh dari iman dan Manusia dan Jinn itu akan dihidupkan semula setelah mati dan keadilan hakiki akan berlaku keatas semua ciptaan Tuhan yang Maha Esa.

BoxxTomoi said...

Satu persoalan.
Kita mempunyai antara bilangan penjawat awam yang tertinggi.Tapi bila kita tanya enforcement officer mereka akan kata kakitangan tak cukup!
After 50 tahun kita masih membuat recruitment pekerjaan yang tak seimbang dan our universiti masih mengambil ramai pelajar untuk degree yang tak market competitive .... Terlalu banyak Menteri kot penyebabnya ?

Anonymous said...

Betapa Gembiranya Kanan-Kanak Dahulu

Melihat situasi keselamatan masa kini denga peningkatan kadar jenayah (rogol kanak2, culik, pecah ruamh dsb) saya terkenang kehidupan masa kana2 dahulu dimana anak2 bebas bemain di taman permainan, padang, semak, sawah padi tanpa dibimbangi akan diculik atau diroghol oleh manusi berhati binatang yang semakin ramai pada masa sekarang. Dahulu anak2 kelaur bemain pada pagi, balik sekejap untuk makan tengahari dan kembali ke rumah sebelum maghrib. Ibubapa tidak perlu runsing atau bimbang keselamatan anak2 kerana pasti anak akan balik sebelum Maghrib!.

Tapi sekarang.... hanya sekelip mata kita boleh kehilangan orang tersayang dan lebih dashyat lagi apabila mereka diperlakukan sepertimana terjadi pada Nurin. Siapa perlu dipersalahkan? Bilakah perkara ini akan dapat diatsi? Siapakah 'binatang' ini? Kenapa dengan ketinggian peralatan dan komunikasi, kita masih gagal mengesan mereka? ... dan pertanyaan yang penting lagi kenapa masyarakat 'kurang' untuk memberikan kerjasama kepada pasukan polis? Adakah mereka sudah kurang dihormati?.... kenapa?

Susah untuk saya memahami kenapa kanak2 yang sepatutnya kita sayangi diperlakukan dengan kejam...

Sebagai ibubapa adalah amat sukar untuk kita menjalani kehidupan seharian tanpa memikirkan dan khuatir tentang anak2. Pada pagi terpaksa hantar ke depan pintu sekolah kerana bimbang mereka berjalan kaki atau berbasikal ke sekolah. Waktu petang terpaksa tunggu lebih awal takut kalau2 anak2'dijemput' oleh orang asing. Waktu petang semasa ditaman permainan, kami terpaksa tunggu kerana bimbang melihat 'pekrja asing' berkeliaran di padang permainan. Waktu malam semasa tidur, dibimbangi penceroboh pecah masuk kerumah..... nak tidur pun tidak nyenyak. Nak pakai bekas askar atau komando untuk jaga rumah tak mampu malah barang dapur pun dah kena catu. Nak pasang CCTV mana boleh, malah nak gantikan TV lama pun tak mampu.

Sesekali terfikir, adakah aku masih tinggal di rumahku, syurgaku!

Anonymous said...

Dato',
Mungkin kita kena mulakan dengan memagar semua kawasan perumahan negara. Pagar hendaklah dari jenis kalis 'vandalism'dan tinggi binaannya. Tak kira rumah kos rendah atau pun kos tinggi. Hadkan unit berpagar kepada 50-100 unit sahaja. Pasang CCTV di kawasan amam dan pintu2 masuk. Jadikan kepreluan ini sesuatu yang wajib dipatuhi dan masukkan dalam undang2 kecil bangunan dan undang 2 yang berkaitan dgnnya. Dengan cara ini kita tak perlu lagi mengganggu tidur nyenyak pemimpin negara. (atau mungkin dia tak terganggu langsung dgn apa2 masalah negara)

Kos penyediaan ini hendaklah ditanggung oleh kerajaan. Saya rasa kerajaan mampu menyediakannya memandangkan kepada kemampuan negara membeli kapal terbang mewah untuk VVIP, membazirkan duit dalam menyelamatkan Pantai Holdings, memberi secara percuma ECM Libra kepada individu dll. Ini baru namanya tindakan drastik.
Kalau tidak, tak cukup drastik.

Anonymous said...

Salam tahun baru masehi dan hijrah, Tok Scribe!

Perdana Menteri ... boleh bertanya “What’s going on? Why is it so high?”

Pada saya, soalan (retorik?) PM ini bunyinya tak ubah macam komen jahil "let them eat cake" Marie Antoinette apabila diberitahu sebab ramai rakyat Perancis marah dan merungut ialah kerana kekurangan gandum.

Seperti yang kita tahu drp sejarah, tak lama selepas itu, penjara bastille digempur rakyat dan seterusnya Louis XVI, Marie dan lain2 pembesar dan golongan atasan Perancis tidak lagi berkesempatan untuk mengguna kepala mereka...

LIN LIANI said...

Matlamat asal Dasar Ekonomi Baru ialah menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Namun nampaknya, matlamat ini telah jauh menyimpang.

Sebaliknya ia telah memperkayakan lagi golongan ahli-ahli korporat yang mempunyai kepentingan dengan pemimpin UMNO. Golongan yang sebelum ini hidup mewah kini semakin kaya-raya dan menjadi jutawan dalam sekelip mata.

Akibat penyelewengan kuasa, rasuah yang berleluasa, akhirnya golongan yang tertindas terus hidup merana dan dihimpit kemiskinan yang berterusan. Kaum India khususnya golongan bawahan dan pertengahan adalah antara golongan yang dimaksudkan.

Mereka akhirnya menjadi penjenayah dan angka PDRM boleh membuktikan bahawa kumpulan kongsi gelap yang paling banyak ditubuhkan dalam lima tahun kebelakangan ini adalah daripada geng berbangsa India.

Ini menepatikan lagi kenyataan Dato dan saya bersetuju dengan kenyataan ini bahawa kadar jenayah yang tinggi mempunyai kaitan rapat dengan soal kemiskinan.

Peningkatan kadar jenayah yang tinggi memang tidak boleh menyalahkan individu tertentu. Namun kita tidak boleh membiarkan menyepi begitu tanpa mencari siapakah mesti dipertanggungjawabkan dan siapa perlu mengatasinya dengan segera.

Kita tidak ada pilihan lagi kecuali menuding jari ke arah pemerintahaan dan PDRM yang mesti mencari langkah drastik untuk mengelak penjenayah bebas bertindak dengan sewenang-wenangnya? Apakah mungkin Presiden MIC akan menjadi mangsa seterusnya? Kia cukup takut untuk mendengarnya namun ia tidak mustahil berlaku jika berdasarkan perkembangan yang sebegini ganas ketika ini.

Anonymous said...

harap-harap polis Malaysia tidak hanya melindungi golongan atasan sahaja.

Anonymous said...

Dato' PM ABDULLAH has failed as Finance Minister with uncontrolled price hike and increasing inflation. He failed as a Home Minister as well due to escalating crime rate.

He failed as OIC Chairman as well as NAM Chairman , in doing so tarnish the good standing of Malaysia abroad.

If he is the Good Moslem as he used to boast now and then , he should RESIGN.

drmuzi

Anonymous said...

Salam Dato'

Pada saya Dato, PDRM tidak serius di dalam menjaga keamanan dan banteras jenayah yang semakin berleluasa. Ini disebabkan oleh satu faktor aje, Kepala PDRM tidak serius.

Ini kerana PDRM banyak dikerahkan untuk kerja-kerja yang tidak sepatutnya, sebagai contoh diberi tugasan mengacau bilau himpunan, ceramah dan aktiviti parti lawan, bukan setakat kacau malah siap dengan tangkapan lagi. Apa ke jadah nie, tinggalkan tugas yang sepatutnya semata-mata mahu melunasi nafsu serakah orang yang berkepentingan.

Yang pelik tetapi benarnya, kerahan dan tangkapan yang dilakukan terhadap parti lawan begitu serius, lebih serius dari jenayah bunuh.

Mengapa tidak digunakan konsep dan strategi yang digunapakai ke atas parti lawan digunakan ke atas Jenayah yang berleluasa sekarang nie. Saya rasa boleh berjaya Dato'.

serangkap pantun Dato' (baru belajor)

Bapak Borek Anak Rintik
Makan angin ditempat Cantik
Walau Susah Pakai Batik
Buek kerja setitik-setitik.

pokiok

Rockybru said...

Tok Scribe,

Jikalau kita tak mudah lupa, tahun 2006 bulan Ogos (bukan tahun lepas) sudah ada suatu saranan dari seorang ahli Parlimen kem pembangkang yang meminta Pak Lah melepaskan portfolio Menteri Keselamatan Dalaman (Internal Security Ministry).

Pada ketika itu pun sudah nampak tanda-tanda peningkatan indeks jenayah di seluruh negara. Ahli Parliment tersebut, YB Fong Po Kuan, telah berkata bahawa tanggungjawab Menteri Keselamatan Dalam Negeri memerlukan seorang menteri sepenuh masa (full-time minister).

Ketika ini Pak Lah memegang tiga jawatan -- Perdana Menteri, Menteri Keselamatan Dalaman, dan Menteri Kewangan. Umum sudah pun tahu bahawa PM Malaysia yang ke-5 ini tidak mempunyai kaupayaan untuk memegang ketiga-tiga portfolio.

[Walaupun mempunyai timbalan-timbalan, karisma, masa dan pengalaman menteri amat perlu untuk menangani isu dan masalah harian; jika tidak, apa perlu seorang menteri, baik punya timbalan menteri sahaja!]

Tambahan, PM Malaysia juga memegang jawatan-jawatan lain dan tanggungjawab kepada perbagai pihak.

Antaranya, beliau memegang jawatan pengerusi OIC [yang tidak pernah tidak dihantui krisis], presiden Umno, pengerusi Barisan Nasional [yang sekarang ini menghadapi masalah yang macam-macam and semacam], Imam Besar Islam Hadhari, bapa mertua Khairy Jamaluddin [dengan sendirinya, suatu problem yang unik], Ahli Parlimen, dan juga suami baru.

Tahun 2006, saya memikikan mungkin ada bagusnya saranan YB Fong -- give up one portfolio, Pak Lah.

Tapi sekarang ini, saya rasa Pak Lah tiada pilihan. Letak jawatan sebagai Menteri Keselamtan Dalaman dan lantik orang yang lebih bertenaga sebagai pengganti. Jangan sampai nasi jadi bubur.


p.s. Kalau berdegil tidak mahu melepaskan jawatan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, mungkin Pak Lah mahu melepaskan salah satu daripada dua portfolio Kabinet lain yang didudukinya sekarang .... kot?

matbondkg said...

YBhg Datuk,

Apa susah sangat nak cari jawapan beb! Jenayah menjadi-jadi kerana penjenayah dah berani, kerana buat jenayah pun lari dan tak kena gari. Jenayah menjadi-jadi kerana polis tak boleh selesai kes dah banyak hari. Juga fasal penjenayah mubngkin lebih ramai dari polis. Dalam negara hari ni, kalau kereta atau motor kena curi, polis kata dia tak dapek nak menolong. Katanya itu dah jadi perkara biasa. Maknya, jenayah dah jadi kerjaya lah tu! Kerajaan nak bikin apa? Gigit jari bolehlah..

Bailey said...

what? pak lah terkejut kadar jenayah tinggi di malaysia?

dia baru bangun dari tidur ek?

Anonymous said...

Datuk, apakah bezanya antara komen anonymous dengan komen nama samaran yang sesuai?

Bukankah ulasan itu yang lebih utama?

Andainya ulasan tak sesuai, yang menggunakan nama sebenar pun tidak sesuai.

zainal abidin awang kechik said...

tok..krisis keyakinan rakyat kepada kepimpinan negara mula di rasai..saya melihat perkara ini sebagai satu tanda "BALASAN ALLAH KEPADA PERBUATAN MUNGKAR"

PDRM sendiri pun sudah mula hilang hala tuju.ini kerana kelengkapan PDRM jauh ketinggalan dengan tuntutan masa.. saya lihat di PULAU SEBATIK sabah.di sg golok.. Angota PDRM..daif tok.. pakai mereka pun dah usang..Khemah meraka pun buruk.. dan lain lain kelengkapan..
KDN..perlu peka dengan masalah ini. KESIAN PDRM..teramat sangat.meraka di logistik PDRM takut nak bersuara kepada KPN..
PDRM perlu peruntukan KHAS sebanyak 5 billion RM untuk menaikan taraf PDRM..

tok tangok la..pistol lama pun PDRM masih guna lagi.

semoga MENTERI KDN mengambil sedikit masa untuk lihat keperluan PDRM ..dengan kadar segera.

Unknown said...

assalamualaikum saudara ku sekalian.

rupa nya pm kita baru sedar dari tidur yang panjang. lain kali jangan ganggu pm kita nak tidur!
kita semua kena tempias bala dari Allah dari segala jenayah yang berlaku kat malaysia ni. sebab kita di pimpin oleh orang yang suka tidur.
mula dulu dia kata nak bongkar rahsia kitab suci. lepas tu nak cari dimana As-syafie dan Al-ghazali, namun tak jumpa kerana tidur lelap. hanya mimpi! kemudian lancar islam HADHARI yang yang memang tak tahu sumber rujukan dri mana? kata ia CUCU ULAMA TERSOHOR??
maka bila pemimpin yang bohong, yang tidak peduli dan hirau serta boleh di kategorikan ZALIM pada rakyat, maka Allah tidak akan memberikan pertolongan kepada pemimpin tersebut. seperti ayat '......nakaalamminallah'.
bahkan rakyat akan menerima sekali segala bala musibah dari Allah. sebab rakyat yang mengangkat dan merestui pemimpin yang mempunyai sikap dan sifat yang melampaui batas malah lebih zalim jika dibandingkan dengan haiwan ternakan. ingat, orang yang dizalimi oleh pemimpin zalim, Allah makbulkan doa tanpa hijab. direct.
mulai tahun hijrah 1429 ini maka saya harap semua orang beubah kepada yang lebih baik.jangan peduli nasihat umno lagi. kita tinggalkan karat-karat haprak umno.
fikir sendiri untuk kebaikan diri dan keluarga serta umat manusia sekalian.
wassalam.

Anonymous said...

Ini persoalan yang mudah sahaja. Pak Lah secara tegas perlu mengingatkan PDRM agar hanya fokus pada "perniagaan teras" mereka iaitu memerangi jenayah. Ada pun kerja-kerja seperti siasatan kecenderungan pengundi yang dijalan oleh cawangan khas tak perlu dilakukan.

Atan
Anak Penoreh Getah

Anonymous said...

assalamualaikum dato', selamat tahun baru hijrah dan tahun baru Gregori.

Pak Lah pun terkejut lihat jenayah yang tinggi.pecah rumah 160% naik? nampaknya terpaksalah kami menyimpan parang panjang sehasta di rumah...

pada pendapat saya, masalah keruntuhan akhlak adalah akar bagi jenayah, dan sesuatu negara itu keadaannya bergantung kepada pemudanya (syabab).jika rosak akhlak muda mudinya, maka pada masa depan negara itu lambat laun akan digantikan dengan suatu golongan (generasi) baru yang akan menyebarkan kerosakan....yang banyak tenaga dan kudrat melakukan jenayah mestilah golongan muda.

mat-mat rempit pun dah tak takut pada undang-undang...VCD lucah dipasarkan secara terbuka...minuman keras dinikmati berleluasa oleh anak-anak muda tanpa disekat...budaya mementingkan hiburan...semuanya tidak takut tuhan dan ikut hawa nafsu!

Jadi, apa yang penting untuk selesaikan masalah ini adalah pendidikan...'nip it at the bud'

Jannah said...

The way PM reacted as though he wasn't informed earlier by his personal secretary what to expect. At least with proper preparation he wouldn't have given that "kenapa tinggi sangat" comment as though he's been away on a business trip in Alaska and haven't been in Malaysia the past year.

I say blame the secretary. Scapegoat. Mbekkk.

Anonymous said...

Dato',

"Menurut taklimat polis kepada Perdana Menteri, jenayah ganas meningkat 13.4 peratus. Kes rogol naik 30 peratus manakala rompakan berkumpulan melonjak 160 peratus. Mencabul kehormatan naik 12.4 peratus, pecah rumah waktu malam bertambah 21.7 peratus, pecah rumah siang hari naik 4.2 peratus, curi motosikal meningkat 3.2 peratus, curi kereta naik 11.4 peratus dan kecurian lain naik 5.1 peratus."

Statistik peningkatan dlm betuk peratusan saja sudah cukup tinggi apa lagi jika kita ditunjukkan angka sebenar dan kumulatif, tentu kita tak larat nak terkejut tiap kali laporan dihebahkan kepada umum.

Saya sebenarnya lebih terkejut apabila PM sendiri terkejut dgn statistik tersebut. Seperti biasa, mungkin sebab PM sering menerima laporan-laporan yang 'cantik' atau 'dicantikkan'. Perkara dan masalah sebenarnya tidak sampai terus kepada beliau. Sebab itulah PM boleh sempat tidur nyenyak walaupun dalam upacara rasmi dan penting mungkin kerana selama ini langsung tiada masalah keselamatan dan jenayah sampai ke pengetahuan beliau. Seperti kata Sdr buyong "atau mungkin dia tak terganggu langsung dgn apa2 masalah negara".

Apa kata sekiranya 20% drp 30% kes rogol melibatkan keluarga menteri dan VIP? Begitu juga, apa kata jika 100% drp peningkatan rompakan berkumpulan dan 20% pecah rumah melibatkan keluarga dan harta benda mereka? Tentu polis dan anggota keselamatan lain berhempas-pulas siang malam menyelesaikan kes-kes mereka. Lihat saja kes bunuh Timbalan Ketua MIC Johor S. Krishnasamy, cepat sahaja polis menubuhkan skuad khas mencari penjenayah tersebut. Kes-kes melibatkan kematian dan keganasan rakyat biasa, polis terkial-kial mencari petanda dan bila kelemahan polis dihebohkan, barulah ada sedikit perkembangan. Itu pun setelah beratus hari. Adakah nilai kematian dan nyawa VIP lebih tinggi daripada rakyat biasa?

Dalam hal memilih bulu ini, saya bersetuju dgn Sdr pokiok - "PDRM tidak serius di dalam menjaga keamanan dan banteras jenayah..." Walaupun alasan polis daif, tak cukup kakitangan atau kurang budget, keselamatan sesiapa juga di dalam negara ini langsung tidak boleh dikompromi. Bukankah PM sendiri Menteri Keselamatan Dalaman dan Menteri Kewangan? Bagaimana polis boleh dikatakan daif dan tidak cukup budget? Sekali lagi, adakah laporan tidak sampai kepada beliau atau memang beliau sendiri tidak berdaya memikirkannya?

Akhirnya polis sendiri menerima suapan, rasuah dan menjadi pelindung kepada penjenayah-penjenayah ini daripada ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Disebabkan tidak serius dan kurang teliti, berapa banyak kes-kes jenayah berat maupun ringan terlepas begitu sahaja apabila dibawa ke muka pengadilan. Jangan terkejut jika diberitahu gangster2 dan penjenayah2 ini bergerak dibelakang VIP yang bergelar Datuk atau Tan Sri yang mengaburi mata rakyat dengan kemewahan dan kebajikan atas kejayaan perniagaan dan aktiviti peras ugut, wang haram, penyeludupan, aktiviti tidak bermoral dan jenayah2 lain. Mereka ini semacam dipagari polis, berani dan bebas. Tidak hairanlah kes-kes jenayah tidak berubah dan meningkat setiap hari. Kalau begini, menaikkan gaji polis sampai bila2 pun tidak akan merubah keadaan dan tidak akan meningkatkan keupayaan dan perkhidmatan pasukan polis. Tidak hairan juga penjenayah2 ini semakin berani dan daring bertindak sehingga tahap membunuh dgn senjata api dan bahan letupan (ingat kes Altantuya?).

Jadi siapa penjenayah2 ini dan siapa pula 'bapa' penjenayah2 ini? Benarkah adakalanya polis menjadi pelindung mereka? Jawapan kepada soalan2 inilah yang membuatkan kita tidak larat untuk 'terkejut' lagi.

Hanturaya said...

Soalan : Sebab apa kadar jenayah meningkat?
Jawapan : Sebab Perdana Menterinya terlalu perlahan.

S : Sebab apa Perdana menterinya perlahan

J : Sbb beliau terlalu byk jawatan (PM, Finance Minister, Menteri KDN, pengerusi OIC dsbgnya)

J : Sebab dapat banyak tawaran.

S : Sbb apa byk sgt tawaran?

J : Sbb dia mahukan penghargaan.

S : Apa jawapan2 ini kena mengena dengan soalan?

J : Bila banyak jawatan, tentu tidornya kekurangan. Bila kekurangan tidor selalu lentok dan tidak tajam fikiran.

Sekadar renongan . . .

Anonymous said...

Salam.

Kalau dah kerja polis pun banyak sangat pantang larangnya..saya pun kalau jadi polis pun susah nak dapat maklumat.

Penjenayah pun tahu..polis la ni tak payah ditakuti sebab kalau kena tangkap pun polis kena bagi salam bila nak bertanya soalan itu dan ini...nak buat lebih nanti melanggar IPCMC punya dasar lak. Penjenayah pun makin berani..apa nak takut...

Anonymous said...

Salam Dato'
As the Chinese say, The fish starts to rot from the head. Inilah yang saya nampak berlaku di negara kita - things start to rot right from the "head" (the leadership & his memanda 'yes-men' menteris & politicians). These are the very people who have been entrusted with the amanah to lead; instead many abused the amanah to fatten-up their own & their cronies' bellies... as you said, 'bala' could be in many forms, from tsunamis, earthquakes, etc. to states of anarchy and insecurity for the citizens. And when we have a 'leader' terkejut besar about the crime stats in the country (after being in office for more than four years), it says a lot about the quality of the 'head' that we have... it seems he's more interested in some 'global' issues and overseas holidays than knowing what's going on in his own backyard! And I bet we Malaysians, as usual, will elect this 'head'& his memanda menteris again in the next election after being promised with another round of 'fish-head curry'... so, who's to blame?

Anonymous said...

Y. Bhg Dato',
Setiap manusia dijadikan dengan nafsu dan akal.Tiada manusia yang tiada bernafsu dan nafsu itu pula bermacam macam hala, bercabang cabang. Manusia pula tidak dapat dirantai seperti beruk peliharaan, maka yang bertanggungjawab mengawal tindakan dan nafsunya hanyalah akalnya.

Bagi yang mempunyai pegangan agama, nilai-nilai yang diterapkan kemungkinana besar dapat membendung nafsunya.Namun, kita tahu bahawa bukan semua manusia percaya kepada agama dan bukan pula semua yang percaya kepada agama itu, percaya dengan penuh keimanan.

Maka ada satu faktor bersama yang dapat mengawal kebanyakan manusia (yang normal)daripada melakukan sesuatu yang diluar batasan undang-undang, iaitu ketakutan kepada hukuman, kehidupan yang menyusahkan dirinya berbanding dengan apa yang dimilikinya pada masa sekarang.

Tetapi apa akan terjadi jika seseorang itu tidak memiliki kehidupan yang disayanginya.Kita tahu ada rakyat Malaysia yang mengalami kesukaran hidup yang lebih teruk daripada kehidupan dipenjara, bagi mereka yang melalui kehidupan sebegini, apakah yang dapat menghalang mereka daripada melakukan jenayah?Masih banyak rakyat yang bergelut untuk sesuap nasi, sedangkan dipenjara, makanan sentiasa ada.

Pada mereka, apa salahnya jika mereka cuba mencuri, untung-untung dapat hasilnya, jika tertangkap, dipenjara pun, ianya lebih baik berbanding dengan kehidupan diluar, makan dan tidur percuma. Dorongan sebegini semakin menjadi realiti dalam kehidupan dengan peningkatan sarahidup dan juga inflasi sebenar (bukan inflasi gambaran kerajaan) yang keterlaluan. Faktor halangan semakin berkurang dan faktor penggalak semakin banyak, ini semua adalah akibat langsung dari tindakan tidak bijak kerajaan dalam mentadbir ekonomi.

Menteri KPDNHEP berkata beliau berjaya mengawal harga gula dan minyak masak, tetapi beliau tidak tahu pun bahawa harga borong gula adalah sama dengan harga runcit, maka peruncit akan menaikkan berpuluh lagi harga barang lain yang tidak dikawal untuk mendapatkan kembali kerugian akibat menjual gula/minyak pada harga kos.Bayangkan, perkara sebegini mudah tidak difaham oleh seorang menteri, apatah lagi perkara yang lebih kompleks.

Saya tidak dapat menulis satu persamaan matematik sepertimana Bernoulli, Eular atau pun Newton yang dapat digunakan berzaman lamanya, namun saya berani mengatakan: "Kenaikan kadar jenayah adalah berkadar songsang kuasa dua dengan kuasa membeli penduduk".

Ia sangat berkait rapat kerana kuasa beli akan mempangaruhi cara hidup, pendidikan, tekanan perasaan, kesihatan dan lain-lain komponen kehidupan.

Apa yang ada kini hanyalah hasil dari usaha Perdana Menteri terdahulu, dan ia semakin hilang momentumnya. Walaupun gaji kakitangan kerajaan tidak naik setinggi sekarang, tetapi kuasa membeli dahulu adalah lebih baik.

Saya hanyalah seorang rakyat biasa yang tidak pandai menerangkan situasi ekonomi menggunakan terma-terma dan indeks-indeks yang mengelirukan, namun saya faham apa yang berlaku disekeliling saya.

Salam dari Pendang...

Anonymous said...

Probably many people will agree with me that to date we've not seen anything serious from the PM himself on how he would personally oversee measures to tackle the rising crime rate, the rising cost of living and the massive number of foreign workers legal or illegal (both of of which are harmful to the well being of the ordinary wage earning rakyat)in this country of ours. To make matters worse not a single MP dared to make any honest statement on why policies regarding these matter are failing society. It's probably cliche by now but true what they say, the PM is trully sleeping on the job.

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Pada pandangan saya, kita jadi begini kerana kita keliru dan celaru. Banyak sangat tanggungjawab sehingga kita lupa hendak meletakkan prioriti.

Saya yakin, cadangan supaya seorang menteri penuh bagi menjaga hal ehwal keselamatan adalah yang terbaik.

Semoga di pertimbangkan oleh pembesar kita dalam rombakan yang akan datang.

Anonymous said...

Tok..

Asal ada kes sex dan lucah aje...dua tiga hari lepas tu...cerita budak kena bawak lari....adakah ini TREND?

Lagi satu...Mana ada LOGIK...VIDEO LUCAH boleh super imposed!!! Gambar bolehlah....Moving Picture??! Ramai selebriti dan mungkin Pak Menteri(s) yang memang gila sex...tapi tak di ditangkap pun...(ini reality yang mungkin lari dari tajuk)

Saya rasa kalau ikut statistik (cara Pak Lah)...dah lama dah kes-kes macam ni mungkin dah lama ada..cuma tidak dihebahkan secara besar-besaran...

RAKYAT pun akan disogok dengan pelbagai janji manis (nak tubuh BADAN tu la BADAN inilah - cerita sebaliknya adalah untuk create JOB untuk sanak sedara kaum KERABUT makan gaji BUTA!)

dan kemudian RAKYAT yang sememangnya dah BENGONG(maaf saya) ditabur janji MANIS ini pula digalakkan menyokong dan mengundi DACING demi perpaduan NEGARA...

Adakah ini propaganda untuk cuba menutup mata RAKYAT?

Kasihan sungguh saudara mara dan kaum keluarga mereka yang dijadikan propaganda POLITIK!

Wallahu'alam...


Statistik

Anonymous said...

Datuk,

Pada saat habis membaca warkah dari Datuk...saya terasa amat merindukan TUN MAHATHIR....

Walaupun tahu dengan keuzurannya...nak juga tahu apa pandangan TUN tentang apa yang terjadi pada RAKYAT yang pernah dipimpinnya selama ini...minta Datuk dapatkan sedikit ulasan dan pandangan barang satu dua patah perkataan dari TUN....semoga dapat dijadikan panduan untuk semua...

Apakah akan lahir lagi seorang PEMIMPIN sehebatnya dibumi MALAYSIA?

Maha Suci Allah!

Unknown said...

YBhg Datuk,

The crime rate has increased by almost 15% and our Home Minister and the Inspector General of Police shamelessly keep their cushy jobs. In any other country, they would have resigned. By holding on to their power although incapable, they are doing gross injustice to every Malaysian tax payer who deserve a safer place to live.

I think our police intelligence can do a better job policing the streets and gathering information to prevent crime, if they are not too busy spying on Opposition political parties and politicians. But we cant blame them, they are only taking instructions from their bosses.

GOD HELP THIS COUNTRY!

A KADIR JASIN said...

Apa kata kita main teka teki?

Hari mengundi Pilihan Raya Umum nanti adalah 15 Mac, 2008.

Hari Sabtu, sekolah cuti penggal.

Terima kasih.

Anonymous said...

Sebab jadi jenayah tinggi tu banyak, tak muat ruang ni kalau nak senaraikan dan huraikan satu persatu. Ada yang kata bermula dengan sistem pendidikan, kecuaian ibubapa, polis tak cekap, kos saraan hidup mendadak meningkat, peluang kerja tak ada, kalau adapun gaji sikit sangat dan macam-macam lagi. Semuanya betul.

Namun, kemuncak kepada pengaturan hidup masyarakat/negara termasuk membendung jenayah adalah undang-undang serta penguatkuasa undang-undang(pemerintah).

Dalam sejarah BUMI, hanya ada 2 undang-undang. 1.Undang-undang ciptaan Manusia. 2.Undang-undang ciptaan Allah s.w.t.(bagi saya dan orang Islam).

Undang-undang Malaysia berasaskan pemikiran penakluk British 1945, yang digunapakai hingga ke hari ini. Sedangkan kita yakin bahawa pemikiran manusia itu terlalu banyak kelemahan kerana dipengaruhi oleh semangat kebangsaan(kaum/bangsa),nafsu, budaya hidup dan persekitaran. Apabila sesuatu kaum bercakap, tidak boleh tidak, beliau lebih menjurus untuk kepentingan kaumnya (contohnya perdebatan mengenai DEB).

Walhal, Islam bersikap Universal tanpa dipengaruhi oleh warna kulit atau budaya. Agama ciptaan Allah lengkap dan sesuai sepanjang zaman sampai kiamat.

Bagi saya dan sebahagian yang beragama Islam percaya bahawa dengan mengikuti hukum Allah, kita dijanjikan ganjaran keamanan dan ketenangan serta balasan yang baik dalam masyarakat.

Sesuai dengan ayat 52 surah An-Nur "Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah, serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada AZAB Allah,maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan". Ayat ini jugalah yang selalu guru-guru agama kaitkan dengan BALA yang menimpa jika melanggar perintah Allah.




Undang-undang dan hukuman ciptaan manusia sudah lama terbukti tidak mampu membendung jenayah. Ini dipersoalkan oleh Allah dalam surah al Maidah ayat 50 "Sudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahalnya, kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tiada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah".

Arahan mengikuti hukum Allah banyak terdapat dalam Al-Quran terutama dalam surah Al-Ahzab dan Al-Maidah. Dalam surah Al-Ahzah ayat 36 bermaksud, "Dan tidaklah harus bari orang-orang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan bagi sesuatu perkara, mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya,maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata".

Ayat ini ditujukan kepada pemerintah. Hari ini,para pemerintah lebih mengagungkan undang-undang British 1945 lebih tinggi dari undang-undang Ilahi--atas alasan pelbagai kaum!!! Lebih mengecewakan bila Islam digunapakai untuk gimik politik, Islam Hadhari. Islam Hadhari Mazhab Badawi tidak menghukum bahkan membenarkan Soi Lek berzina. Manakala bagi Muslim yang berzina undang-undang syariah hadhari mengenakan bayaran RM3000.00 sahaja. Apakah ini Ajaran Islam yang sebenar?

Berbalik kepada perkara pokok perbincangan, saya secara peribadi bersetuju dengan pendapat Dato' dan semua pembahas disini tentang punca-punca kenaikan kadar jenayah terutama sekali bebanan tekanan hidup menyebabkan manusia hilang pertimbangan dan melakukan jenayah.

Kadang-kadang terfikir kepada saya apa akan jadi kalau Jibrail Ali Jamaludin Bin Khairi berada di tempat Adik Syarlinie?

Anonymous said...

Saya amat dukacita juga apabila kita sering mempersoal "what is happening?" "what is going on?" dan dalam mencari jawapannya kita menuding jari kepada agensi kerajaan seperti PDRM.

PDRM pada hemat saya telah menjalankan kerja dengan sebaiknya dan mengikut kemampuan yang ada. Siapa yang suka jika kadar jenayah semakin meningkat.

Setengah jawapan berkemungkinan peningkatan taraf hidup, jurang antara miskin kaya, keruntuhan sosial dan sebagainya. Ini tidak termasuk ramainya pendatang asing di negara ini.

Mari kita renung sejenak beberapa perkara yang ada berlaku di sekeliling kita. Moga-moga kita mengambil iktibar dan dibuat pedoman masa akan datang.

Saya bukan prejudis dan bukan anti perkauman. Saya lahir dalam negara yang berbilang bangsa serta punya ramai sahabat berbilang bangsa.

Perkara No.1 - PATI

Kerajaan tidak mengetatkan keperluan visa semata-mata kerana ingin menarik seberapa banyak pelancong ke negara ini. Kita telah lihat bagaimana kemudahan "visa on arrival" ini disalah guna.

Kita korbankan hak mutlak kita sebagai NEGARA MALAYSIA kerana wang ringgit. Bolehkah wang ringgit itu memberi pulangan setimpal dengan penyalahgunaan visa, kegiatan pelacuran, kes rogol, curi, dan sebagainya. Kita lihat sendiri bagaimana PATI negara CINA berdagang tubuh badan di kelab karaoke, hotel dan di restoran kampung.

Kita juga lihat bagaimana PATI Uzbekistan berbuat perkara sama. Kita lihat bagaimana PATI Afrika menjual tali pinggang, dompet, jam di kaki lima. Kita lihat PATI Indonesia menjual kuih muih, nasi lemak, tinggal di kabin-kabin kontraktor dengan mendapat segala kemudahan air dan elektrik.

Kita lihat PATI Myanmar menjual sayuran di Pasar Borong Selayang, merayau-rayau di Kotaraya, KL. Kita lihat PATI Vietnam berlonggok di KLCC setiap hari minggu. Ini tidak termasuk PATI India yang bekerja di restoran mamak dan kedai besi buruk.

APA KITA SEMUA BUTA?

KENAPA MEREKA BEGITU BEBAS?

APAKAH MEREKA INI PELANCONG?

Apa tindakan kita?

Mari kita ke Sabah. Sabah juga punya ramai PATI. Tetapi satu perkara yang menarik yang boleh kita jadikan contoh adalah penguatkuasaan agensi kerajaan di Sabah.

Siapa yang bertanggungjawab?

Siapa yang tidak kenal dengan "TOPI MERAH"! Ini adalah Pasukan Polis Hutan yang telah ditukar nama dengan Pasukan Gerak Am.

PGA Sabah sentiasa mengadakan sekatan jalanraya untuk memeriksa setiap PATI tidak kira dimana. In tidak termasuk serbuan-serbuan ke atas penempatan PATI yang dilakukan dari masa ke semasa.

PGA kat Semenanjung buat apa? Banyak masa dalam hutan! Dah tak ada komunis nak dicari lagi.

KENAPA SEKATAN JALANRAYA ATAU APA-APA PEMERIKSAAN TIDAK DILAKUKAN KE ATAS PATI?

Selama 10 tahun saya pulang ke KL dari Sabah, sekalipun saya tidak lihat PGA mengadakan sekatan memeriksa PATI. Semua pemeriksaan dibuat RELA.

Dan apabila RELA dipersoal kuasa dan hak mereka, semua mengelabah dari peringkat bawah sampai ke ATAS. Bila Al-Jazeera dah buat temubual, semua melompat!!! Tapi Al-Jazeera itu agak bodoh sikit sebab tidak temubual orang yang sepatutnya. Tanya Bar Council apa boleh dapat!!! Dia orang tu berlagak pandai. Tetapi, PANDIR.

Oleh itu, saya berharap agar PGA dapat digembeling tenaganya untuk mengadakan pelbagai pemeriksaan dan sekatan bagi menunjukkan bahawa kita benar-benar serius menangani PATI.

Hanya dengan pemeriksaan yang konsisten boleh sekurang-kurangnya membenteras isu PATI. Ini terbukti di Sabah di mana PATI tidak berani menunjuk muka atau merayau di mana-mana kerana serbuan dan pemeriksaan sentiasa dilakukan PGA.

Kita bukan ingin menunjuk bahawa dengan kehadiran PGA ini boleh diberi tanggapan kerajaan mengadakan "military nation". Kalau bar Council nampak, mesti isu military nation dibangkitkan.
Tetapi, setidak-tidaknya kita berusaha menangani isu PATI.

Perkara No.2 - VISA

Sila lihat di Kedutaan Amerika, British di KL. Rakyat Malaysia yang ingin ke sana sanggup berdiri beratur di tengah panas semata-mata ingin mendapatkan cop visa bagi membolehkan mereka pergi ke sana.

Tiada pun satu bangku, pendingin hawa disediakan melainkan berdiri ditengah panas.

APAKAH MORAL SERTA PENGAJARAN INI?

Negara Amerika dan British mempertahankan hak mutlak mereka dengan tidak sewenang-wenangnya memberi visa kepada mana-mana individu. Dan mereka tidak pun terjejas dari segi ekonomi dengan berbuat demikian.

Malaysia adalah 5 negara terpantas di Asia yang membangun serta punya struktur serta prestasi ekonomi yang kukuh.

APAKAH PULANGAN KEMASUKAN PELANCONG BENAR-BENAR MEMBERI IMPAK KEPADA EKONOMI KITA?

APAKAH PELANCONG INI BENAR-BENAR PELANCONG ATAU GOLONGAN OPORTUNIS MENCARI MAKAN DI MALAYSIA?

Sila ke Heathrow. Dan lihat bagaimana pengasingan kaunter dibuat untuk rakyat Kesatuan Eropah dan lain-lain. Yang lain-lain berbaris dengan panjang menunggu giliran mengesahkan pasport. Sebelum disahkan, kena temubual lagi. Tidak pandai nak jawab, naik kapal terbang pulang balik lah ke Malaysia.

Tidakkah ini memberi kita kesedaran bahawa hak mutlak kita seharusnya kita pertahankan.


Perkara No.3 - Keruntuhan sosial

Dunia bergerak pantas. Jangan kita bermimpi untuk bermain pistol berpelurukan terung (yang kecik-kecik tu, yang dibuat sayur juga oleh nenek kita), mandi di sungai, mencari ikan di bendang.

Generasi kini lebih terdedah kepada dunia tanpa sempadan. Dengan sekali "Klik" ianya merentasi segalanya sekeliling dunia. Segalanya disitu. Yang baik, yang buruk adalah pilihan masing-masing. Bukan anak-anak sahaja yang terjebak, orang tua pun merentasi dunia tanpa sempadan tanpa segan silu.

Jadi, pilihan itu adalah diri sendiri. Pepatah Melayu"mengajar anak ketam berjalan lurus" mungkin ramai yang sudah lupa.

Penjenamaan barangan juga tidak lagi membezakan yang haram dengan yang halal. Kita yang terleka menganggap semuanya sama sahaja.

Rumah hiburan ada dimana-mana. Kedai menjual minuman keras juga ada dimana-mana. Sila lihat di surat khabar, hari-hari ada orang dapat lesen jual minuman keras.

APAKAH AGENSI KERAJAAN TIADA KOUTA ATAU HAD UNTUK LESEN RUMAH HIBURAN ATAU KEDAI MENJUAL MINUMAN KERAS?

ADA PERMOHONAN, LULUS SAHAJA!!!

Kita dihidangkan dengan hiburan muzik di TV dan radio. semua jenis muzik dimainkan. Kita bercakap tentang lirik lucah tetapi kita sendiri terlupa. Air Supply dengan lagunya "making love, out of nothing at all" apa maksudnya? Lagu popular dari tahun 70an sampai hari ini boleh didengar di radio. Semua stesen radio.

Cuba-cuba dengar juga yang lain. Dari yang lucah hingga terpesong akidah, semuanya ada disitu.

Lihat juga cerita tayangan TV. Dari pakaian yang serba tidak lengkap sehingga adengan yang menjolok mata. Semua ada. Kita lihat anak gadis bermain bolatampar pantai dengan "2 piece" atas nama sukan!!!!

Kita lihat arena olahraga dengan peserta juga memakai "2 piece" dengan alasan sukan.

DIMANA KITA SEBENARNYA?

Tidakkah ini semua pokok kepada segala persoalan sosial yang kita hadapi masa kini.

Kita juga sendiri ghairah dan rakus melengkapkan diri seiring dengan arus kehidupan yang kita hadapi. Kita rakus menambah harta, rumah baru, kereta baru dan segalanya. Kita tamak mengumpul duit dan tidak pedulikan mereka yang miskin. "Duit aku, aku punya".

Kita mewahkan anak kita dengan segalanya atas alasan agar mereka tidak jadi seperti kita seperti dahulu tanpa soal. Tanpa pertimbangan. Tanpa fikiran. TANPA MENYEDARKAN MEREKA MENGAPA KITA BERBUAT DEMIKIAN.

Anak kita menerima kemewahan membuta tuli tanpa kita sedar kita telah merosakkan pemikiran dan akhlak mereka.

Kesalahan anak kita sembunyikan. Kita lindungi atas alasan kasihkan anak.

APAKAH KITA SEDAR APA YANG KITA LAKUKAN?

Permasalahan sosial bukan seharusnya dibebani kerajaan. Kerajaan perlu melihat jauh kehadapan serta menerima hakikat bahawa dunia kini tiada sempadan.

Program-program kenali diri, motivasi dan seumpamanya adalah usaha berterusan kerajaan membentuk generasi yang berfikiran. Selebihnya adalah diri sendiri.

Kita bukan negara komunis yang menyekat segala bentuk maklumat. Tetapi, maklumat berbentuk hiburan perlu juga disemak dari masa ke semasa agar unsur-unsur pemesongan akidah dan berbaur lucah boleh dibendung.

Penguatkuasaan undang-undang juga harus ditegakkan tanpa melihat kedudukan dan pangkat. Jika operator rumah hiburan salah laku, ambil tindakan. Sita. Batal lesen. Senarai hitam. Seharusnya tiada kompromi.

Denda RM2000.00 atau penjara 1 bulan bukan penyelesaiannya. Duit kutipan pintu masuk sehari pun sudah 10 kali ganda dari denda.

Gerakkan PGA, RELA, Jabatan Imigresen untuk mengadakan sekatan jalanraya, pemeriksaan rumah ke rumah, serbuan dan pelbagai lagi. Dalam bas penuh PATI. Dari kat kampung sampi lah ke KL.

Anonymous said...

Dato',
Saya tak berani teka tarikh yang tepat, tekaan saya ialah separuh pertama Mac.

Pilihanraya hanyalah proses memangkah calon dan parti, tetapi apa yang lebih menarik ialah perjalanan kearah pilihanraya tersebut dan apa yang akan berlaku hasil keputusan pilihanraya tersebut.

Banyak perkara akan berlaku menjelang pilihanraya, seperti pemberian ex-gratia kepada kakitangan kerajaan, peruntukan itu ini, pelancaran koridor, lebih kepada mengeluarkan belanja.

Dan kemudian, selepas pilihanraya, masa untuk mengutip hasil, terutamanya jika kemenangan tersebut merupakan kemenangan besar.Kenaikan tol, kenaikan harga minyak,cukai-cukai tidak nampak keatas institusi yang seterusnya akan dikembalikan kepada rakyat untuk menanggungnya.

Saya orang UMNO, dan saya tidak akan mengundi UMNO sekiranya paklah tidak mengubah 1. Polisi "tidornya" 2.Tidak meneruskan jambatan bengkok 3.Membina jambatan Pulau Pinang dengan jarak paling jauh 4.Trek keretapi pada harga berkali ganda 5.Penjimatan subsidi minyak untuk meningkatkan pengangkutan awam yang tidak kelihatan sehingga kini.

Kesan undi saya dan keluarga saya mungkin tidak besar, namun saya boleh gandakan kesannya dengan mengundi pembangkang.

Tun Dr. Mahathir telah memberi pembayang supaya kita menggunakan undi, kata beliau setiap undi berharga dan saya lebih percayakan orang yang tidak ada kepentingan seperti Tun untuk menentukan undi saya.

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Berhati-hati bila bercakap pasal tarikh pilihanraya. Nanti ada orang marah. Baru-baru ini ada orang tua kena marah dengan budak kecik pasal cakap tarikh pilihanraya.

Anonymous said...

Itu bukannya teka-teki, YBhg The Scribe!

Itu cuba korek-korek rahsia BN!

Try again.

AFRAR YUNUS said...

salam dato'
gaji pm hampir RM60,000.00 sebulan. pernahkan pm keluar ke kedai runcit membeli bawang, tepung, minyak, ayam, daging dsb? tahukah pm harga barang naik? tidak! tahukah dia jenayah sudah meningkat sejak beberapa tahun yg lalu ? tidak!
bagai nak nangis mengenangkan kehidupan rakyat malaysia yg dipimpin oleh seorang yg 'kaki lena'. malaysia menangis mendapat pemimpin seperti pm sekarang. malaysia menderita sepanjang kariernya sebagai pm. sampai bila?

sniper said...

teka teki.. saya tetap harap PRU12 ni 8 mac..sebab kalau 15 mac, dah plan nak bercuti..huaaaa...

pasal jenayah tinggi ni, semua berpunca daripada seorang yang menerima amanah tak laksanakan amanah .. dari PM, ke KPN..sampai la constabel cabuk kat balai tu..

tak payah dok hurai, sendiri mau ingat la.. tak kan tak ingat sendiri buat apa ...

affendi hussain said...

Salam maal hijrah semua,

Lama tak jengah blog the scribe..

Pemimpin didunia selagi mana berkuasa sememangnya boleh melontar persoalan utk org lain jawab seolah-olah menutup kelemahan diri...

Tetapi tidak di depan penciptanya dikala dia kembali & disoal..tiada talian hayat kerana dah di dunia lain!

Renung sejenak intipati Al-Baqarah:247 ...
Adakah mereka & kita semua:
- Terpilih & memenuhi kreteria Allah sbg pemimpin terpilih?
- Pemilih yg memilih pemimpin berlandaskan kreteria Allah s.w.t.??

Santapan minda kita semua sebelum pilihanraya..kembalikan diri kpd tuntutan tanggungjawab beriman kpd Al-Kitab.

wasallam

Anonymous said...

tok Scribe...

rasa2 macam 29hb je parlimen bubar...dapat berita dalam mimpi..

A KADIR JASIN said...

Sdr Zurich,

Sdr serius Zahid Hamidi lawan Wan Azizah di Permatang Pauh?

Sdr berjenaka ni.

Hantar Zahid ke PP, macam hantar kambing muda yang gemuk berminyak ke dalam kandang harimau yang dah sebulan tak makan.

Dalam politik, macam Sdr sendiri tahu, dendam tak kesudahan, berahi tak kekal lama.

Kita semua tahu siapa Zahid dalam mainan politik pada era gemilang Anwar Ibrahim.

Itu komen dua sen saya.

Sdr Kawan, mengenai Zam saya tak perlu komen. Rasa-rasa macam Sdr pun kenal baik Mamanda itu.

Terima kasih.

Lim Wing Hooi said...

Selamat sejahtera Datuk Kadir,

Secara umumnya,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk kerana menyuarakan masalah mereka yang tidak mampu untuk mengupah komando atau unit 'gerak khas' serta duduk di rumah dengan pondok pengawal (yang berfungsi).

Masalah jenayah, sama ada meningkat atau tidak, wujud kerana terdapat masalah di akar umbi yang tidak diselesaikan, atau biasanya disapu bawah permaidani.

Kalau dilihat dari perspektif ekonomi yang menganggap manusia membuat keputusan berdasarkan logik, boleh dikatakan mereka yang terlibat dalam jenayah memilih kehidupan seorang jenayah daripada seorang yang patuh kepada undang-undang atas 2 sebab:

1) Kehidupan seorang jenayah lebih bermanfaat

2) Logik mereka telah dicemari (corrupt)

Kenapa hidup sebagai penjenayah lebih bermanfaat? Jika seseorang penjenayah, kekurangan pendidikan yang membawa ke kelemahan komunikasi, tidak akan dapat tawaran untuk bekerja. Dalam keadaan tersebut,mereka menggunakan apa yang boleh untuk meneruskan hidup- survival atau undang-undang hutan. Keganasan merupakan teknik yang mereka boleh aplikasi, apabila mereka gagal memahami trigonometri dan tidak tahu apa lagi yang mereka boleh buat. Ditambah pula dengan rempitan hidup di kota, kekurangan sokongan (dari keluarga, sahabat, agama dan sebagainya), mereka tidak tahu apa lagi pilihan yang mereka ada.

Selain itu, mereka juga secara kasar tahu kebarangkalian mereka ditangkap adalah rendah.

Untuk renungan anda, siapa yang mahu jadi penjenayah sekiranya mereka mempunyai pilihan?

Dalam kemungkinan yang kedua, iaitu logik mereka dicemari, saya berpendapat institusi pendidikan berperanan membuat analisis secara menyeluruh dalam silabus mereka. Dasar 3M (mengira, membaca, menulis) adalah satu idea yang amat baik tetapi adakah memadai dalam era globalisasi? Adakah sekadar mempunyai 3M adalah cukup untuk menjadi seorang manusia yang boleh berfungsi dalam masyarakat mereka?

Izinkan saya menaip dalam Bahasa Inggeris supaya maksud saya disampaikan dengan lebih dekat dengan maksud sebenar.

Public figures who were caught of corrupt public practices, are shown to the public as having a grand time before the law, in making movements in and out of courts, as looking notorious in their luxury vehicles, but little sign of equivalent punishment for their crime.

Worst, most of the time there are either insufficient evidence or political interference that leaves public figures free and continuing business as usual.

It is not impossible for your everyday criminals to have a similar comparison of saying 'If so-and-so can get away with a corruption amounting to several millions, why would the police want to spend people's money, prosecuting me, putting me behind bars for petty RM 10?"

Of course, this is dangerous, because every evil deed begins small as 'siakap senohong ikan berduri, becakap bohong lama-lama mencuri.' The same as the dangers of smoking where nicotine is present, could lead to taking drugs.

There are quite a number of 'Book of records' that are questionable, and our latest voyage to space is no different, noble as it may be.

I always wondered why not put money to where it matters most? If education is a problem, put the money to the education institutions and make them work. If cops are underpaid, or understaffed, improve their salary, hire more people necessary to do the job. But no, we want a man in space for 'long term.'

What is the point of that long term if people do not feel safe at home? I think Datuk Kadir had made that very clear recently (last year, I guess.)

In times like this, we need leadership to steer Malaysia to greater heights, not by making grand visions but by doing what matter most, with his feet firmly on the ground.

Anonymous said...

Setelah 50 tahun merdeka, saya tidak nampak ada perubahan signifikan PRU. Dah jadi satu rutin, parti kerajaan akan menang, cuma yg berbeza adalah peratusan undi, itu saja. Ini kerana parti pembangkang tidak dapat mengemukakan idealisme yg sesuai dgn maslahat negara. Oleh yg demikian, rakyat mahu tidak mahu terpaksa juga memilih parti kerajaan yg sedia ada kerana ada tiada pilihan lain, walaupun parti kerajaan itu tidaklah begitu bagus.

Apabila telah diberi mandat, ini tidak pula bermakna pemimpin kerajaan boleh berbuat sesuka hati, tidak menjalankan tugas dgn cekap, tidak bertanggungjawab, dan tidak jujur dlm mengendalikan kewangan negara. Namun, nampaknya itulah persepsi rakyat terhadap pemimpin kerajaan, tidak semua pemimpin, tetapi sebahagian kecil. Oleh sebab itu, saya menjangkakan PRU kali ni BN hanya akan dapat ngam-ngam 2/3 drpd parlimen, itupun sebab Sabah & Sarawak bagi banyak kerusi.

Ini adalah kali keempat saya berpeluang mengundi PRU, malangnya tidak ada satu pun yang berkenan di hati. Mungkin ada benar kata orang cina, angka empat ini tak ada 'ong'lah.

rizal said...

Dato',

Pada pandangan saya, walaupun peningkatan kadar jenayah adalah masalah global, tetapi jalan penyelesaiannya memang ada.

Kita semua lupa akan tanggungjawab kita sebagai hamba kepada pencipta yang maha esa.

Agama yg diturunkan sudah lengkap dan hanya untuk kita mengguna pakainya sahaja.

Saya memang setuju dengan istilah Inggeris yg berbunyi "we are nothing but a member of humankind and we are all sinners".

Jalan ke arah kebaikan sudah ada dan tunggu untuk diguna-pakai.

Dalam konteks jenayah di Malaysia, pada pandangan saya kajian harus dilakukan untuk mencari penyebab berlakunya peningkatan kadar tersebut.

Setelah kita kenal pasti puncanya, maka harus kita perbetulkan setiap kelemahan yg ada di dalam sistem sosial kita.

Jangan kita meletakkan bebanan,tohmahan, cacian dan kritik kepada kerajaan sahaja.

Pembasmian jenayah adalah tanggungjawab bersama.

Tetapi kerajaan harus memainkan peranan yg lebih kerana mereka dipertanggungjawabkan oleh rakyat yg memilih mereka.

BADAN DAKWAH ISLAMIAH SEKOLAH SERI PUTERI,CYBERJAYA said...

Jumaat lalu sebelum solat Jumaat, imam membaca pesanan dari OCPD daerah (lebih kurang):

"Makmum mesti berhati-hati. Di kawasan kita, jenayah kian meningkat: kian ramai mencuri motor-sikal dan pecah rumah."

Dalam khutbah berikutnya, imam sama membaca khutbah tentang betapa kerajaan negeri Terengganu sedang giat membangun Terengganu.

Strategi pembangunan yang sama diguna di panti barat, kini dilaksanakan di Terengganu.

Jadi apa hairan bila kadar jenayah di Terengganu kini melonjak naik?
Lihat saja betapa kadr jenayah tinggi di mana ada pembangunan ala Barat: A.S, U.K, Singapura dll.

Di zaman jahiliyah, kadar jenayah lebih teruk dari sekarang. Nabi Muhammad s.a.w menjamin bila Islam terlaksana seluruhnya, jenayah akan menurun. Dan memang ini berlaku.

Satu ketika, se orang wanita menunggang unta seorang diri di waktu malam, berjalan dari Iraq ke Mekah dengan selamatnya.

Punca kejayaan ini?

Sistem pendidikan Islam berjaya melahirkan manusia yang terbaik:

[110] Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. ( Al Imran 3:110)

Dan sifat manusia terbaik ialah mereka yang mempunyai hati yang tinggi taqwanya kepada ALlah:.

"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu." (Al Hujarat 49:13)

Sudah pasti hanya sistem pendidikan Islam sepenuhnya dapat menghasilkan suasana aman dan tenteram, satu idaman bagi setiap manusia yang waras.

Muhammad Abdullah

nazirah said...

Setelah 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan kerajaan berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat ini adalah kenyataan yang tidak dapat dinafikan namun adakah ianya samarata itu persoalan yang lain.Namun jelas ianya tidak samarata jika kita ambil kira ramainya rakyat yang masih hidup merempat (Bersamamu TV3).
Ianya adalah berkaitan dengan sistem yang kerajaan gunapakai untuk urus tadbir negara.Islam telah menjamin kejayaan dunia dan akhirat sekiranya kita masuk keseluruhan ke dalam Islam namun kerana goyahnya keyakinan pemimpin yang dipilih oleh MAJORITI rakyat MALAYSIA maka sistem yang salah telah digunapakai.Hasilnya lahirlah MASYARAKAT yang seronok terima RASUAH, melakukan KEROSAKAN dan sebagainya di bumi Malaysia ini.

Anonymous said...

saya sebagai remaja selalu merasa hak wanita semakin berkurang terutama dalam waktu-waktu sekarang ini.Apabila kadar jenayah semakin meningkat ditambah dengan penjenayah yang tidak pernah tahu erti KASIH SAYANG dalam kehidupan bermasyarakat,kehidupan seharian saya semakin tesekat.Nak pergi library pun parents dah larang.Bukan salahkan tindakan ibu bapa,tetapi keadaan persekitaran yang tidak selamat memaksa mereka untuk bertindak sedemikian.Diharap pemimpin negara kita mampu mencari solusi untuk menangani masalah ini.

Lim Wing Hooi said...

Apakah faktor utama jenayah? Atau apa faktor utama keganasan? Kedua- duanya mempunyai satu kesamaan iaitu manusia mempunyai keperluan dan kehendak. Dan apabila keperluan atau kehendak tidak dapat dicapi, manusia menggunakan keganasan melalui jenayah untuk memcapai matlamat individu masing-masing.

Pertanyaan di sini ialah adakah sistem pendidikan kita menyediakan rakyat dan pemimpin masa depan kita ke arah masyarakat yang pentingkan prinsip-prinsip kemanusiaan? Apakah itu prinsip-prinsip kemanusiaan? Sebuah masyarakat yang mempunyai daya fikiran untuk berbincang, berkomunikasi degan sabar dan mencapai persetujuan untuk mencapai matlamat tanpa menggunakan keganasan.

Itu adalah fikiran untuk pelan jangka panjang. Tetapi untuk masa kini, adalah penting untuk pemimpin kita memberi satu mesej yang jelas tentang dasar negara dalam menangani jenayah, termasuk rasuah. Seterusnya adalah penting untuk pemimpin menunjukkan kelakuan yang sejajar dengan dasar tersebut. Ini akan memberi idea yang positif kepada rakyat dan juga penjenayah bahawa pemimpin kita adalah serius untuk menjaga keselamatan dan keamanan rakyat Malaysia.

Lebih penting lagi, ia memberi harapan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa nilai-nilai murni yang menjamin keamanan masih wujud dan masih dijunjung tinggi!

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).