Tuesday, July 29, 2008

Muqabalah: Helah Atau Demi Perpaduan Ummah?

A Kadir Jasin

[TOLONG JANGAN BUANG MASA ANDA. ULASAN ANONYMOUS TIDAK AKAN DISIARKAN. SILA BACA BETUL-BETUL PERINGATAN DI BAWAH].

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 31 Julai]

1. Khidmat pesanan ringkas (SMS) The Star melaporkan Presiden PKR dan Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail, telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi membuka jalan kepada suaminya, Anwar Ibrahim, bertanding pilihan raya kecil.

Sementara itu, portal berita bebas Malaysiakini memetik Anwar sebagai mengumumkan yang dia akan bertanding kerusi Parlimen berkenaan. Dr Wan Azizah kekal Presiden PKR.

2. SMS The Star juga melaporkan Presiden Pas, Abdul Hadii Awang sebagai berkata Pas menolak sebarang usaha mengadakan kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional yang bertujuan menubuhkan kerajaan campuran.

[Posting asal]

HARAKAHDAILY, pada hari Ahad, 27 Julai melaporkan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai mempelawa ahli serta penyokong Umno menyertai PAS bagi memastikan Islam dan nasib orang Melayu lebih terbela.

Akhbar Internet Pas itu memetik Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebagai berkata bahawa muqabalah di antara pemimpin PAS dan Umno boleh diadakan bagi mencari kaedah satu parti sahaja bagi orang Islam dan Melayu di negara ini.

"Ini kerana PAS telah lama berjuang di atas landasan Islam. Saya pun tak faham mengapa orang Umno tidak mahu menyertai PAS, apa yang tidak kena bagi Umno terhadap PAS.

"Sedangkan kita terima hakikat bahawa Islam mesti diutamakan," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.

(Muqabalah diistilahkan sebagai perbincangan/soal jawab/wawancara/pertemuan.)

Dalam permainan catur, kenyataan Tok Guru Nik Aziz itu disebut “checkmate” iaitu menyekat atau mematikan pergerakan Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi.

Seandainya tujuan Abdullah menghebahkan pertemuannya dengan Pas itu untuk mendapat perbatuan politik (political milage) maka matlamat beliau mungkin tidak tercapai. Sebaliknya ia telah mencetuskan keresahan di dalam Umno dan di kalangan parti-parti komponen Barisan Nasional.

Pada hemat saya, antara matlamat utama Abdullah mendedahkan pertemuannya sebanyak tiga kali dengan Pas adalah:

1. Percubaan menenangkan perasaan ahli dan penyokong Umno yang berasa hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai bangsa induk semakin dipertikaikan dan Abdullah tidak melakukan apa-apa;

2. Cara tidak langsung memberi amaran kepada orang bukan Bumiputera mengenai bahaya mengancam atau mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu/Bumiputera;

3. Bukti bahawa dia masih berkuasa dan mampu berunding dengan sebuah parti lawan yang kuat; dan

4. Untuk memecahbelahkan gagasan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan syak wasangka di kalangan mereka.

Malangnya, ketidakmampuan Abdullah berartikulasi dan sikap media massa arus perdana yang tidak kritikal, seperti biasa, menyebabkan kenyataan itu menjadi bahan pertikaian dan gurauan.

Sepatutnya dia menjawab pertanyaan media secara rasional dan meyakinkan, sebaliknya Abdullah membalas: “Tidak perlu bagi saya memberi butir kerana akhirnya kamu semua akan membuat bermacam-macam spekulasi.”

(Akhbar The Sun, 20 Julai -- "There’s no need for me to give you the details because you will end up speculating all kinds of things.")

Mungkin bukan tujuan Abdullah menggabungkan Umno dan Pas, tetapi tawaran Nik Aziz untuk membubarkan Pas dan bergabung dengan Umno bagi menubuhkan sebuah parti Islam yang besar adalah perang psikologi yang mantap.

Dengan merujuk kepada Islam sebagai landasan bagi menyatupadukan umat Islam, Nik Aziz mengepung Abdullah ke satu penjuru yang sukar baginya untuk melepaskan diri.

Adakah Abdullah dan penyokong-penyokong fanatiknya sanggup membubarkan Umno dan menghumbankan ideologi nasionalisme untuk bergabung dengan Pas dalam sebuah parti Islam yang besar?

Pendukung, ahli dan penyokong Pas tidak akan rugi apa-apa dengan membubarkan parti itu dan bergabung dengan Umno untuk menubuhkan sebuah parti Islam universal kerana ideologi dan perjuangan Islam mendapat anjakan besar.

Seperti biasa, bergegaslah pengikut Abdullah yang setia memberi pelbagai interpretasi dalam usaha mempertahankan ketua mereka dan menjaga periuk nasi.

Mufti pseudo Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang suatu waktu dulu pengikut fanatik Anwar Ibrahim, misalnya mendakwa pendekatan muqabalah itu tidak semestinya membabitkan penyatuan Umno dan Pas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilaporkan berkata bahawa konsep muqabalah tidak semestinya menjadi landasan bagi kedua-dua parti untuk membincangkan penggabungan tetapi lebih berupa kaedah membincangkan masalah yang dihadapi negara.

"Apa yang penting muqabalah itu nanti bukan bermakna Pas masuk UMNO atau UMNO masuk Pas. Tidak semestinya kita tidur sebantal mimpi sama, jika bersatu pun masih berlaku perbezaan pendapat, lebih baik lupakan saja,” katanya.

Bagi Pas, ia tidak rugi apa-apa dengan bertemu Abdullah. Pertamanya ia bertemu Perdana Menteri dalam kedudukan yang kuat setelah mengalahkan BN di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang – negeri Abdullah – Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

(Gabungan Pas/PKR memperoleh 34.8 peratus undi popular berbanding 35.5 oleh Umno. Dengan bantuan DAP, gabungan Pakatan Rakyat memperoleh 51 peratus undi popular di Semenanjung.)

Melalui pertemuan itu, Pas boleh merisik banyak rahsia daripada Perdana Menteri. Abdullah tidak terkenal sebagai seorang yang pintar menggunakan maklumat atau berhati-hati menyimpan rahsia.

Pas juga boleh menggunakan pertemuan seperti itu untuk mendalami dan mengukur pemikiran serta keadaan minda (state of mind) Perdana Menteri.

Secara peribadi saya tidak menjangka pertemuan itu akan membawa sebarang hasil konkrit. Ia sekadar ulang tayang cerita lama dengan "promo" baru.

Sebagai Perdana Menteri, Abdullah bebas bertemu dan bermuqabalah dengan sesiapa sahaja. Itu adalah hak dan budi bicara seorang Perdana Menteri. Tetapi sebagai Presiden Umno, beliau terikat dengan hasrat dan pendirian parti.

Saya rasa tidak ramai pembesar dan ahli Umno yang faham, yakin dan gembira dengan langkah Abdullah itu kerana daripada aspek psikologi dan perang saraf, kemenangan nampaknya memihak kepada Pas.

Penggunaan istilah dan bahasa berkod seperti muqabalah dan muzakarah sahaja sudah cukup untuk memberi gambaran bahawa Pas mempelopori penetapan agenda dan pembentukan pendapat umum.

Ini adalah khazanah bahasa – lazimnya bahasa Arab – yang sering digunakan oleh Pas sebagai senjata melemah dan melembutkan hati orang Melayu yang taasub dengan istilah-istilah yang eksotik yang mereka sendiri tidak fahami.

Pas pastinya tidak mahu mengulangi sejarah disingkir daripada BN seperti yang dilakukan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sebarang pakatan dengan Umno dan BN pastinya dengan syarat yang ketat dan daripada kedudukan yang kuat.

Lagipun, kalau Abdullah dengan bantuan kabinetnya gagal menamatkan “pemberontakan Mercedes” oleh kerajaan “renegade” Ahmad Said di Terangganu, apakah harapan dia melakukan “checkmate” terhadap Pas melalui muqabalah dengan tokoh-tokoh parti itu?

Anekdot: Bekas Ketua Pemuda PKR dan “returnee” terbaru Umno, Ezam Mohd Nor, dilaporkan bersedia mencabar bekas mentornya, Anwar, dalam pilihan raya kecil jika dicalonkan. Bagaimanapun, dia mengaku bahawa harapannya menang adalah tipis memandangkan faktor politik dan ekonomi semasa.

92 comments:

Anonymous said...

Saya tak pandai nak beri ulasan, tetapi saya memang suka pandangan oleh Datuk. Saya harap YB Karpal dapat memahami maksud yang tersirat dari kenyataan Dato Nik Aziz.

The Botak Man said...

Sdr. A Kadir Jasin,

Pertemuan and perbincangan diantara parti-parti politik, terutama sekali UMNO dan PAS, adalah perkara biasa. Ia memang pernah diadakan. Cuma perbezaan kali ini adalah penglibatan Presiden UMNO sendiri.

Saya sependapat dengan Sdr. bahawa tidak ada apa-apa konkrit akan lahir dari perbincangan-perbincangan ini.

Ahli-ahli UMNO terutama sekali para pemimpin tidak akan setuju dengan pengabungan dua parti ini. Ini adalah kerana UMNO sekarang wujud atas dasar materialistik dan bukan sekali atas dasar agama ataupun bangsa. Dasar bangsa adalah secara kebetulan sahaja (convenient coincident). UMNO sekarang lebih mementingkan kuasa dan kekayaan kekal bersama pemimpin mereka.

Sanggupkah para pemimpin UMNO "meninggalkan" segala kekayaan demi agama serta bangsa? Saya rasa semua orang tau akan jawapan sebenar!

Sekian.

Anonymous said...

Salam Dato' AKJ

Seperti yang dipaparkan, usaha UMNO-PAS ini adalah ulang tayang yang entah kali ke berapa tetapi bak filem P Ramlee, walaupun dialognya telah dihafal, penonton masih berminat menanti tamatnya. Almarhum Datuk Fadhil Noor sebagai Presiden PAS serta YABhg Tun Dr, Mahathir sebagai Presiden UMNO bukan sahaja pernah bertemu, bahkan bersama-sama menandatangani dokumen yang senada dengan apa yang didendangkan kini. Sudah menjadi resmi Pak Lah, apa juga usaha YABhg Tun mahu dilakukan rebranding sambil mendabik dada bahawa dialah perintis sejarah. Sedangkan orang Umno sudah ramai yang menolak Pak Lah, masakan PAS mahu mendokongnya pula. Sama-samalah kita menanti dan menyaksi kali ini "siapa yang kena?".

encik MIE said...

http://dewawang.blogspot.com

UMNO ajak PAS 'bermaaf-maafan' sebagai perang psikologi terhadap PR di mana janji anwar hendak jadi PM pada bulan september (kalau tidak silap saya).

Siapa perangkap siapa tidakpasti kerana PAS juga mahukan UMNO kerana DAP tak boleh jadi kawan.

UMNO nak kan PAS sebab nak tumbangkan PKR dan DAP.

Kalau nak kira, PAS adalah pesaing politik utama UMNO dan PAS menjadi 'pilihan' kepada undi protes atau tidak puas hati kepada UMNO.

Soal negara Islam, tidak timbul kerana kuasa raja-raja Melayu masih kuat untuk menjamin undang-undang Islam tepelihara. Lagipun UMNO, PAS, PKR, Cina Muslim atau India Muslim sekalipun, mereka hanya menyembah Allah dan kiblatnya sama serta RasulNYA juga sama.

TAK TIMBUL LANGSUNG PASAL ISLAM.

Anonymous said...

THE FAREWELL SONG OF THE TO' MINDOK TO NENEK JIN HITAM MUQABALAH
Go ! and wait at the end of the Earth,
With all thy hungry followers,
From the four corners of the Earth,
Beceive tax and tribute.
Gather together all the jin,
Evil spirits, devils, goblins and ghosts,
From Land and Sea, from Jungle and Valley,
From Hill, Mountain and Village,
Go ! eat the feast offered.
-makangaji

Unknown said...

Hi,

Heh heh, Nik Aziz could also mean as Kelantanese would say "Muka Balah"

Face to Quarrel with....

anakbuah said...

Salam Dato',

"Pendukung, ahli dan penyokong Pas tidak akan rugi apa-apa dengan membubarkan parti itu dan bergabung dengan Umno untuk menubuhkan sebuah parti Islam universal kerana ideologi dan perjuangan Islam mendapat anjakan besar.

# Yg pasti, sekali lagi Umno cuba mengguna dan mempermainkan kaum Melayu untuk keuntungan parti dan BUKAN utk memperkukuhkan Melayu atau Islam di negara ini. Bila rasa lemah, ajak PAS berbincang dan bila kuat, mengata PAS parti yg mengkafirkan org Melayu Islam. Saya yakin PAS tahu muslihat dajjal-dajjal ini dan diharapkan PAS tidak tergelincir drp asas perjuangan yg dibina di atas tekanan, dianaktirikan dan sikap pilih bulu kerajaan Umno/BN selama ini. Kita boleh lihat siapa yg berpendirian dan siapa rasa yg begitu terancam bila kekuasaan semakin hilang. Umno/BN dilihat cuba utk mengawal keadaan yg amat parah, bala akibat kerakusan serta ketamakan pendajjal-pendajjal di dlm Umno/BN sendiri. Terima kasih kepada TDM ke atas "jasa-jasa" dan "ketokohan" beliau dan terima kasih juga kepada kelemahan pentadbiran PakLah sekarang yg merealisasikan semua ini berlaku. Kuat atau lemah Umno dan PAS adalah relatif. Jadi, jangan salahkan pihak lain jika Umno semakin lemah.

# Dan dlm kelembutan Nik Aziz, masih mampu menahan dan mematikan pergerakan PakLah dan penasihat2 beliau w/pun media perdana tidak habis2 cuba mngelirukan rakyat dan cuba memecah-belahkan Pakatan Rakyat. Siapa sebenarnya yg berpecah dan makin hancur sekarang? Keris menikam diri sendiri? (Dan bulan nampak makin cerah!)

Anakbuah

Anonymous said...

PAS memang pakar perang saraf tapi politik kawen-kawen katurunan Che Wan Che Nik, Said, Seripah sangat tidak bertamadun. Pelacuran istilah-istilah arab seperti Muqabalah, Mughalazah, Muzakarah adalah satu yang lumrah. Dakwah mereka adalah melalui pendekatan mengejek dan menghukum.

PAS juga menjaja syurga dengan harga yang sangat murah. 5 tahun sekali pangkah PAS dijamin masuk syurga. Kawen dengan orang kuat PAS dijamin masuk syurga.

Melalui pendekatan kawen, kalau tak dapat kawen, ejek pelacur kemudian menjaja-menjaja menyebabkan mereka ketandusan idea untuk pembangunan ekonomi dan insaniah yang relevant untuk alaf 21 yang serba mencabar ini. Kalau tidak mandul ide, kenapa setelah lama memerintah Kelantan, rakyat Kelantan datang mencari kerja di Melaka, walaupun kerja kilang yang gaji setakat RM700.00 sebulan?

Saya tidak mempertikaikan jika mereka berhijrah kerana mencari kerja peringkat profesional, tapi kalau odd jobs pun kerajaan Islam Che NIK Kelantan tak mampu nak sediakan, campak ke laut sajalah gelar nama Tuan Guru Che Nik, Che Wan tu.

Buat buang masa sembahyang sampai bengkak-bengkak kaki kalau yang dia nampak dalam mimpi hanya muka bakal suami-isteri pada anak-anak dia yang taklah cantik mana pun, cantik dan lawa lagi anak-anak Che Wan Azizah.

Tulisan ini agak emosional, kerana memang berlaku kepada sahabat saya yang terpaksa berzina hati dan perasaan selama 6 tahun kerana mentuanya sudah ada arrangement mau menjodohkan anak lelakinya dengan anak dara Tuan Guru Nik Aziz.

Badr said...

Datuk AKJ

Memang telah jelas sekarang, seperti dijangka oleh banyak orang, isu ini sengaja "dicipta" untuk divert pemikiran rakyat dari isu kenaikan harga minyak, isu "peralihan" kerajaan dan lain2 isu yang tidak mampu ditepis oleh pemimpin agong malaysia. Selain bertujuan divert perhatian dan tumpuan rakyat, isu ini juga sengaja diciptakan oleh juak2 pemimpin agong malaysia untuk mencuba nasib mencari "rawatan alternatif" bagi "merawat" barah politik pemimpin agong malaysia yang sudah berada di tahap 4.

Bagaimanapun, seperti selalunya juga, strategi pemimpin agong malaysia dan juak2nya dalam menghadapi apa jua isu dan krisis tidak pernah menjadi atau "mengena". Seperti kebiasaan, setiap langkah yang diambil dalam menyelesaikan satu2 isu akan menimbulkan masalah dan isu baru yang akan menyerlahkan lagi ketololan mereka! Banyak contoh yang kita dapat kutip dan lihat. Dalam masa dua tiga hari ini saja, berlambak contoh2 ketololan mereka terkeluar dan tersebar dimerata media (media mereka atau media alternatif).

Quantum Metal Consultant said...

Penulisan Dato' tentang muqabalah atau cadangan pembubaran UMNO/PAS agak terlewat atapun sudah kurang panas, selalunya saya dapati ulasan Dato' terhadap isu isu semasa selalunya ketinggalan dua hari dari masa kejadian. Saya berharap Dato' cepat2 kemaskinikan maklumat ( kena ada spy kenit macam dunia tiger ) supaya dapat diperbahaskan segera.

Tawaran Nik Aziz sudah cukup membuatkan Dolah sasau untuk memnjawab kepada pemberita dan kini beberapa parti komponen mendesak UMNO menjelaskannya. Kata seorang ahli UMNO, takdak pasai caghi pasai, gatai..mampuih pi kat hang..

Berhubung pembubaran UMNO dengan PAS adalah sesuatu yang mustahil ia boleh berlaku ketika UMNO sedang mencaturkan pemilihan, ekonomi tidak cukup baik, kes Anwar masih terumbang ambing dan banyak lagi isu dalaman dan antarabangsa yang tidak menentu.

Cadangan pembubaran oleh Nik Aziz adalah 'strategi politik' yang paling bijaksana di abad ini untuk terus mengilas tangan UMNO supaya lebih berhati hati selama lamanya jika mahu
mempergunakan 'muzakarah' setiap kali UMNO terantuk/terhantuk.

Jika UMNO dan PAS terbubar, harapan untuk menyatukan Islam dan Melayu (menjadi 1)sebenarnya menjadi 'salah pengiraan' kerana sebaliknya Melayu dan Islam atau Islam dan Melayu akan lebih berpecah dari 2 kelompok (UMNO/PAS) kepada ada 3 kelpmpok.

Kelompok yang per 1 ialah ahli ahli UMNO yang masih mahu kekal di dalam UMNO atas Melayunya. Kelompok yang ke 2 ialah ahli ahli PAS yang masih mahu kekal di dalam PAS atas Islamnya.
DAN Kelompok ke3 ialah PARTI GABUNGAN BARU.

Ini belum diambilkira kelompok ke 4 iaitu ahli ahli UMNO Sabah dan Sarawak yang akan mengambil haluan masing masing.

Jika ini terjadi suara Islam dan Melayu semakin mengecil dan akan diperlekehkan dengan mudah oleh DAP dan PKR.

Memadailah dengan mengadakan muqabalah walau dengan niat ikhlas, baik atau tipu helah sekalipun, UMNO dan PAS perlu ujud sedia ada dan pembubaran boleh berlaku di masa hadapan dengan cara peralihan dan pemubaran umpama 'menarik rambut di dalam tepung'.

Anonymous said...

Asm Dato Jelas pertemuan dijadikan senjata untuk menunjuk2 atau membunuh pehak lawan Bukan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi kepentingan umat Melayu Islam.

Pengumuman pertemuan oleh PM telah memberi tamparan pada dirinya dan juga umat Melayu Islam seluruhnya. Seolah-olah orang Melayu Islam sanggup 'menipu' bangsanya sendiri demi menjaga kepentingan politik sendiri.

Akhirnya lain-lain bangsa di dalam negara ini melihat mereka juga lebih mudah diratah dan diperkudakan. Jelas kini kedudukan kaum Cina lebih selamat kerana mereka berada di dalam kedua-dua pehak samada BN atau Pakatan Rakyat.

Jelas sekali kemunafikan lebih bahaya dari musoh yang nyata.

dari Apple Hijau

Unknown said...

Kekuatan PAS bergantung kepada orang Melayu.

PAS tidak boleh pergi jauh tanpa sokongan orang Melayu. PAS adalah parti yang membawa wadah untuk memperjuangkan Malaysia sebuah Negara Islam. Sudah tentu orang bukan Islam tidak akan menyokong dan berminat dengan PAS, kepada orang bukan Islam, Negara Islam dan pemerintahan Islam menggambarkan suatu yang menakutkan.

Peluang untuk PAS menang pilihanraya di kawasan yang mempunyai ramai bukan Melayu adalah hampir mustahil.


Oleh kerana orang Melayu Islam di Malaysia yang boleh mengundi tidak sampai 60% dari jumlah penduduk, sudah tentu secara demokrasi PAS sukar untuk mencapai cita-citanya kalau tanpa sokongan padu orang-orang Melayu.

Tawaran yang dibuat oleh UMNO untuk bergabung dengan PAS adalah suatu perkara yang tidak boleh ditolak begitu sahaja, peluang yang datang ini sama seperti orang mengantuk disorongkan bantal atau pucuk dicita ulam mendatang.

Sekalipun orang Cina melalui MCA dan orang India melalui MIC tidak mengalu-alukan kemasukan PAS ke dalam BN, ini tetap tidak akan menjadi masaalah yang besar kepada UMNO, kerana perpaduan orang-orang Melayu di bawah UMNO dan PAS yang bergabung itu sudah cukup untuk memberi kemenangan kepada BN.

Tanpa sokongan orang Cina dan India yang kuat pun BN tetap boleh menang jika undi orang-orang Melayu disatukan melalui PAS dan UMNO yang bergabung, kerana orang Melayu adalah merupakan majoriti penduduk Negara ini.

Dengan kata lain kemasukan PAS ke dalam BN akan memberi suara yang kuat kepada orang Melayu. Di ketika itu suara orang Cina dan India tentu tidak dapat mengatasi suara orang Melayu yang telah bersatu.

Dengan kuasa yang diperolehi melalui pergabungan dengan UMNO itu nanti, mudahlah PAS untuk menjayakan hasrat mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang mereka impikan selama ini. Melalui jalan demokrasi PAS akan berjaya membentuk ‘Negara Islam’ walaupun tanpa kerelaan orang-orang bukan Islam yang minoriti.

Tetapi itu hanyalah secara teori, realitinya banyak masalah yang bakal dihadapi apabila PAS menyertai UMNO.Persaingan dan Perlumbaan untuk mendapatkan kuasa tetap akan berlaku antara orang PAS dan orang UMNO sekalipun telah berada bawah bumbung yang sama.

Kalau kita lihat di masa ini di dalam parti UMNO itu sendiri pun sering wujud puak-puak yang berebutkan kuasa, begitu juga di dalam parti PAS walaupun tidak begitu ketara. Apatah lagi bila PAS dan UMNO berada di bawah satu bumbung, mungkin perbalahan dan perbezaan pendapat menjadi lebih besar dan hebat lagi.

Di dalam Negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, sukar untuk mengelak dari kewujudan parti politik yang berasaskan kaum atau agama. Sudah tentu parti dari kaum yang terbesar mendapat kelebihan untuk menang dan berkuasa dalam sebuah Negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Inilah yang berlaku kepada orang Melayu di Malaysia yang merupakan kaum terbesar di Negara ini. Oleh itu tidak hairanlah kalau parti UMNO yang memang mewakili orang Melayu selama ini mudah untuk berkuasa dan memerintah Negara ini sejak merdeka.

Hanya di akhir-akhir ini sahaja, orang Melayu telah mula dipecahkan kepada parti PAS dan PKR yang yang juga dianggap sebagai parti serpihan UMNO. Apabila parti-parti serpihan orang Melayu ini menjadi semakin kuat, ia boleh menggugat dan melemahkan parti UMNO itu sendiri. Menambah buruk lagi keadaan bila orang-orang Cina dan India tidak menyokong parti-parti mereka dalam BN.

Keburukan parti berasaskan kaum ialah kaum yang terbesar akan dapat menang dan berkuasa dengan mudah dalam pemilihan secara demokrasi. Parti kaum yang berkuasa sudah tentu akan menjaga kepentingan kaumnya sahaja, sudah tentu kaum yang minoriti tidak dapat untuk menyuarakan kepentingan mereka, kalaupun boleh bersuara, suara mereka tidak akan diambil perhatian kerana suara dari kalangan minoriti.

Ketidakadilan, diskriminasi dan penindasan terhadap kaum minoriti mungkin akan berlaku kerana kaum yang terbesar tidak memerlukan undi kaum minoriti untuk memenangkan mereka dalam pilihanraya.

Apabila ini berlaku, kaum minoriti akan berasa terpinggir dan rasa tidak puas hati sentiasa terpendam di kalangan mereka. Mungkin kaum minoriti ini akan mencari jalan alternatif untuk menyuarakan atau menuntut hak dan kepentingan mereka. Mereka mungkin akan menggunakan jalan keganasan atau kekerasan, mereka akan bertindak balas dengan melakukan sabotaj dan pemulauan yang boleh menghuru-harakan Negara.

Perbezaan dan jurang perkauman akan terus melebar,ini kerana setiap kaum melalui parti politik kaum mereka akan terus memperjuangkan kepentingan kaum mereka sahaja. Sentimen perkauman akan dimainkan setiap kali menghadapai pilihanraya supaya orang ramai bersatu menyokong dan mengundi parti politik kaum mereka. Akhirnya perasaan benci dan curiga antara kaum akan terus disemai demi kepentingan politik.

Memang banyak keburukan kalau parti politik diwujudkan berasaskan kaum dan agama dalam Negara yang berbilang kaum yang mengamalkan sistem demokrasi.

Mungkin ada dua cara sahaja untuk kita mengatasi masalah ini, pertama dengan cara menggubal undang-undang yang tidak membenarkan parti-parti politik ditubuhkan berasaskan kaum, atau kedua kita sebagai rakyat kena menolak parti-parti politik yang berasaskan kaum.

Sekiranya kita semua ada kesedaran tentang bahaya dan keburukan yang dihasilkan oleh parti politik berasaskan kaum ini maka hendaklah kita berani membuat perubahan.

R@duan said...

Dato'
DiMalaysia ini bukan semua orang peka politik, bahkan ramai yang tak peduli langsung. Namun apabila kedengran 2 parti politik utama negara seperti Pas dan Umno hendak berbaik-baik, muzakarah atau muqabalah, mereka ini mungkin kalangan orang yang paling gembira. Bagi mereka sejarah adalah sebagai panduan untuk mencapai ke arah penyatuan. Sejarah tidak sepatutnya diungkit untuk membelahkan retak. Tetapi kita ini sering kalah dengan emosi dan perasaan sendiri.Alahai bangsaku.....

https://www.suteramalaya.blogspot.com/

Anonymous said...

bukan setakat UMNO,semua pihak politik tengah menggelabah sekarang.Pakatan Rakyat menggelabah mungkin sebab takut sekiranya jadi gabungan PAS+UMNO akan menjadikan Pakatan Rakyat lemah kerana kurang penyokong dari pengikut PAS.Parti-parti komponen dakam BN juga menggelabah jugak mungkin sebab mereka risaukan kedudukan bukan melayu dalam masyarakat.

tetapi bagi saya tiada apa yang perlu dirisaukan.di kalangan pemimpin PAS dan UMNO ada yang bersetuju dan tidak bersetuju.tidak mengapa.kita tengok bagaimana seterusnya.dalam politik ni macam-macam boleh jadi.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Ulasan Dato' tepat sekali.

Faktanya, semua pihak memperakui, tiga pertemuan UMNO-PAS itu memang berlaku.

Faktanya, ketiga-tiga pertemuan itu dilakukan secara tertutup.

Faktanya, setiap pertemuan itu diminta oleh pihak UMNO.

Faktanya, pemimpin tertinggi UMNO ada terlibat dalam pertemuan itu tetapi tidak pemimpin tertinggi PAS.

Faktanya, ketiga-tiga pertemuan itu tidak membuahkan apa-apa persetujuan, kata sepakat dan sebagainya.

Faktanya, Pak Lah yang mengumumkan pertemuan-pertemuan ini kepada orang awam.

Walau apapun motifnya pertemuan-pertemuan tadi. Walau apapun reaksi penyokong UMNO dan PAS.

Yang saya nampak, UMNO yang mengajak.

Yang saya nampak, PAS tidak setuju apa-apa, sekadar pergi pasang telinga sahaja.

Yang saya nampak, persetujuan untuk duduk semeja telah tiada lagi selepas Pak Lah mengumumkan pertemuan-pertemuan tadi kepada umum.

Yang saya dapat simpulkan, satu pihak bersikap terbuka dan tidak bersangka buruk. Manakala satu pihak lagi suka tikam belakang.

Malang! Can't even win in your own game!

Anonymous said...

Salam Dato. Sekali lagi saya amat bersetuju dengan pandangan Dato. Memang Dato mempunyai fikiran yang tajam, luas dan berfikir di luar dari kotak. You are a true Journalist/Writer. Syabas.

Anonymous said...

Salam Datuk,

Bukan semua yang nampak seperti yang Datuk nampak.

Ada yang dah berpangkat Dato', memegang jawatan tinggi, dengan penuh gembira menyatakan sokongan muqabalah PAS-UMNO.

Itulah kualiti pemimpin (lupakan saja Pak Lah) dari peringkat bawah hingga ke peringkat atas.

Kepimpinan Masih Tidak Memahami

Anonymous said...

asal bunyi arab sikit je kita tafsir islam.. asal bunyi lebai arab sikit je kita tafsir bagus..

pengalaman saya bekerja di middle east ni.. orang arab tak pernah regards pun orang melayu malaysia, indonesia, ataupun moro sebagai islam arab.. pernah kami minta bantuan nak tolong islam moro orang arab cakap ini bukan masalah orang arab.. terus dema takmau layan..

sekali keluar pulak istilah mukabalah.. mubahallah.. musabhahah.. dan mu mu lagi.. buat saya meluat.. saya meluat dengan bangsa sendiri yang lebih arab dari orang arab..

mungkin ramai yang tak tahu bahawa orang yahudi separhadim pun boleh baca quran dalam bahasa arab dan paham isi al-quran..

tapi kat sini kita melayu buat pendekatan yang apa benda bunyi arab semua bagus.. macam dah janji kita masuk syurga kalau lebih arab dari arab..

maaf saya tok kadiaq, saya cuma meluat tgk melayu lebih arab dari orang arab yang tak berapa nak jadi arab sekarang.

Anonymous said...

DATUK, Your father's anger and comments speak for the people of Malaysia.

Anonymous said...

Dato',

Nampaknya PakLah kalah dari segenap segi dengan TokGuru Nik Aziz. Nak kata warak, TokGuru Nik Aziz lebih warak, nak kata bijak bercakap, TokGuru Nik Aziz lebih petah bercakap, nak kata pandai berpolitik, nampaknya TokGuru Nik Aziz lebih bijak membaca caturan politik (malah lebih dahulu menghidu jerat Umno daripada HajiHadi)... yang saya nampak PakLah hanya mempunyai kelebihan daripada berbini muda sahaja. Jadi kalau ada gabungan UMNO/PAS (mustahil) takkan orang Umno nak berketuakan PakLah lagi!

ALI MAIDIN said...

Jika Umno bersih, dia akan survive. Jika dia rasuah, biar Pas jadi pilihan. Jika Pas rasuah, dia akan reput juga. Jika kedua2 rasuah, baik DAP perintah. Baru padan muka Melayu kerana gagal menjaga pemimpinya yang menyeleweng.

Anonymous said...

Dato'

Saya rasa Tok Guru Nik Aziz (TGNA)bukannya nak bubarkan PAS tapi hanya nak serah 'bola ragbi' balik kat PakLah. Hari tu PakLah campak kat PAS (umum dah tiga kali jumpa) menyebabkan habis Pakatan Rakyat terutama DAP, Kelab Penyokong PAS dan Non Muslim yang pangkah PAS menyerbu (nak tackle) pemimpin PAS.

Nah sekarang TGNA dah serah bola kat PakLah. Takkan PakLah tak sanggup bubar Umno untuk tubuh parti Islam Hadhari. Lebih sayangkan Umno daripada Islam! tapi yang saya pasti PakLah lebih sayang Jean dan Khairi daripada Umno. Bila bola ragbi dalam tangan PakLah terus Samy Velu, Pemuda Gerakan dan PPP terkam/serbu. Boleh patah riuk PakLah. Maklumlah otak slow, bila terima bola lambat nak passing kat PAS balik.... rasakanlah

Anonymous said...

Saudara DKJ,

Izinkan saya menyambut pendapat ex-diplomat yang menyatakan orang Melayu bertopeng "arab", tetapi orang Arab tidak menghiraukan kearaban kita. Saya juga akur kepada penjelasan bahawa orang Melayu kita ini memang terasa diri mereka amat bertaksub dengan semua yang dikaitkan dengan bahasa dan budaya Arab.

Namun demikian bukan semua orang Melayu betul-betul memahami bahasa Arab dan ada yang setakat berpura-pura sahaja, asalkan bunyi nya mu disini mu disana seperti istilah muzakarah atau muqabalah.

Orang UMNO nak jadi Pak Lebai tetapi orang PAS nak jadi Ulammah yang disegani oleh bangsa kita sendiri, dan pernah menuntut di sekolah Arab sehingga ke Mesir.

Dari sedut pandangan aliran politik dan mengikut adat orang Melayu, usaha muzakarah ini amatlah penting untuk tujuan menyatupadukan satu bangsa yang bertamaddun dan berlandasankan unsur-unsur Islamiah dan hukum hakam fitrah yang perlu dipatuhi.

Usaha untuk mengadakan muzakarah di antara kepimpinan UMNO dan PAS pernah dilakukan, setelah berlaku nya apabila bangsa Melayu telah dicabar oleh bangsa yang lain pada pertengahan tahun 1964 dan 1969.

Rakyat akan yakin kepada usaha untuk mengadakan muzakarah sekira nya kedua-dua pihak dapat mempertengahkan kepentingan politik masing-masing demi menjamin kesejahteraan bangsa tanpa sempadan. Sikap demikian juga penting bagi menjaga kepentingan bangsa Malaysia yang lain mengikut undang-undang yang sedia ada tanpa perasaan curiga dan bersifat ekstremisme atau perasaan nasionalisme yang terlaluan.

Saya kurang setuju bahawa ada pihak yang mendesak bahawa parti UMNO dan PAS harus dibuburkan untuk digabungkan sebagai satu parti orang Melayu, yang hanya menimbulkan berbagai-bagai masalah antara kaum dari segi politik, ekonomi, sosial budaya yang akan merugikan bangsa Malaysia yang terjalin, selepas kita mencapai kemerdekaan atas perjuangan negara yang perlu dihormati oleh semua rakyat jelata.

JJBlues said...

Datuk, ulasan saya hanya pendek taP minta2 diterima semua. Saya harap ada orang sudi merekrut Mahathir Jr...
Tiada guna bercakaran taP tiada tindakan..

Kembalikan kegemilangan Melayu...

Melayu takkan layu!!!

din said...

roti planta punya komen is the best!

A KADIR JASIN said...

Sdr Kluangman,

Cadangan sdr diambil maklum.

Tetapi seperti yang telah saya nyatakan berulang kali,blog kita ini bukanlah blog berita. Kita tidak bercadang berlumba dengan sesiapa untuk menyiarkan berita terbaru.

Tujuan blog ini adalah untuk menganalisis dan membincangkan berita.

Terima kasih.

Quantum Metal Consultant said...

Sekadar memberi pandangan dan ia bukannya mengajak bersaing atau berlumba dengan sesiapa, kecuali bersaing dengan minda diri sendiri seumpama orang bermain golf.

Saya tidak rugi apa apa jika tidak berada di dalam blog Dato' dan tentulah Dato' juga tak kesah semua itu, tak jadi kudis pun..

Dato' boleh mempunyai perlbagai pandangan dan saya juga demikian, cuma terkilan, Dato' lebih teruk dari Dolah, tidak mampu menyiarkan sesuatu yang mempertikaikan diri Dato'. Inilah agaknya sikap yang Dato' ada semasa di puncak kuasa dan pengaruh suatu masa ketika dulu..

Saya hanya baru menjentik tetapi Dato' mengadoi satu kampung..

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Mardhiah, apa kena-mengena hajat pak mertua kawan awak dengan politik PAS? Orang cerita lain, dia cerita lain, macam Shabery je lah!

Orang UMNO kata orang PAS terlebih arab dari orang arab. Jangan tak tahu, orang PAS ramai yang kata orang UMNO terlebih orang putih dari mat saleh. Ada kesudahan ke cerita macam ni? Membangun sangat lah hujah begini....

Tetapi saya terima realitinya. Begitulah kebanyakan orang melayu. Sembang deghaih (loghat kedah - Dato', sila betulkan saya jika loghat saya tak betul.).

Sekurang-kurangnya akar umbi PAS rajin kritik pemimpin mereka secara terbuka terutama dalam isu muzakarah/mukabalah ni. Takde pulak akar umbi PAS takut masuk neraka kalau lawan ketua.

p/s
Ramai yang bercakap tentang kelantan dan orang kelantan. Dalam yang bercakap tu sebenarnya tak ramai pun yang pernah pergi kelantan.

Jangan tak tahu, kebanyakan rakyat kelantan bangga dengan tag-line berikut; "kerajaan susah, rakyat senang". Jika tidak percaya atau tidak boleh membayangkan fakta ini, datang dulu ke Kelantan pada cuti sekolah hujung bulan ni. Tengok sendiri.

Dan mengikut statistik resmi, negeri paling miskin di semenanjung bukan Kelantan tetapi Terengganu yang Exconya pakai Mechedih. Malah kalau tak silap, Kedah lebih miskin daripada Kelantan. Sila semak data Jabatan Perangkaan Negara.

Kalau hak pendaratan gas dari pantai kelantan diberi kepada negeri Kelantan, entah nombor berapa lah ranking Kelantan agaknya....

Maaf Mardhiah, saya tengah emosi (macam saudari) kerana saya adalah orang Kelantan yang miskin dan merantau.....

Heical said...

Salam Datok
Sekarang masa main Wayang PAS & UMNO,
Cakap saja tapi saya percaya tak buat.
PAS sayang parti dan UMNO pun sama.
Parti lebih penting dari segala yg lain.

Anonymous said...

TUAN

...isu ini begitu penting untuk diperdebatkan, supaya semua faham.

...dalam isu ini, saya sependapat dengan tuan, ianya bukan sekadar berita, tetapi sesuatu yang perlu diurai leraikan supaya kefahaman yang jelas dan mendalam oleh semua rakyat berada ditahap yang tinggi.

...kekuatan blog ini juga hamba rasa, adalah disebabkan pemilihan topik dan isu yang kena dan tepat. ditambahkan lagi dengan cara pengolahan yang pelbagai.

...masyarakat perlu dipimpin dalam memperkatakan isu. tahniah.

donmny said...

TUAN

...pas juga sewajarnya mengambilkira dengan mendalam sokongan bukan melayu terhadap mereka dalam PRU yang lalu. ini kerana, mereka (pas) membawa imej 'islam'.

...hamba tidak peduli apa pandangan bukan islam terhadap pas sebagai sebuah entiti politik. tapi hamba gusar kiranya mereka melihat pas itu islam dan islam itu pas.

Anonymous said...

Yg Bhg Datuk,

PAS sebenarnya tidaklah perlu bergabung dengan UMNO BARU untuk menjadi parti pemerintah. PAS, terutamanya Datuk Nik Aziz sendiri sudah amat bersyukur apabila diberikan peluang untuk memerintah beberapa negeri sahaja. Beliau tidak perlu bergabung dengan UMNO BARU yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir, yang mana beliau sendiri SUdah pun keluar dari parti UMNO BARU ini, dengan alasan kononya parti ini adalah parti Pak Lah dan akan menjadi ahli semula setelah Pak Lah berhenti menjadi Perdana Menteri. Itulah yang nampaknya Tun beria-ia sangat minta Pak Lah berhenti sekarang juga agar beliau akan mudah masuk semula menjadi ahli UMNO BARU secepat mungkin.

Coretan Datuk tentang kisah ORANG TUA YANG SANGAT MARAH itu telah pun mengingatkan saya kepada peristiwa tahun 1987, di mana keseluruhan keluarga dan orang kampung saya terutama ninda dan ayah saya merasa begitu amat dukacita dan sangat benci kepada Tun Mahathir yang bertanggungjawab bersama Tengku Razalei mengkuburkan UMNO ketika itu.

Mereka, yang juga peneraju awal parti UMNO yang asal bersama-sama semasa zaman Datuk Onn sendiri dan parti PERIKATAN, ssbenarnya amat muak membaca coretan KUNTA-KUNTE dalam media arus perdana ketika itu. Alhamdulillah kebanyakan dari mereka tidak langsung menjadi ahli UMNO BARU sehingga kini dan selama-lamanya.

Wallahu'alam.

Rakan20G

Anonymous said...

Salam Tok AKJ,

Tupae lalu, nok ghoyak sekkaro ke Nik...

Nik said... Heh heh, Nik Aziz could also mean as Kelantanese would say "Muka Balah" (Face to Quarrel with)

["Muka Balah" can also be "Face Off" no? :D]

Whatever, memae keno atah butir.

Ambo sapa tergolek atah lata baco "Muka Balah"!

TG Nik Aziz lepah sedah jo, tapi keno multiple sasarae, Pok Loh dengae Hj Adi & gang. :D

What a move!

zainal abidin awang kechik said...

tok.. saya elok juga depa duduk bincang.. untuk tanah air mereka.. ini kerana UMNO pun dah tak dak perminpin yang boleh di gantung harap oleh rakyat..
yang menariknya bagaimana rancangan "saya" untuk menjadi perdana menteri selepas Pak Lah berhenti nanti..
"saya" adalah isu besar negara yang belum selesai lagi ....

maaf kan tok.. "saya"

Anonymous said...

Saya sependapat dengan Dato AKJ. Kita tak perlu terburu-buru mendapat berita panas atau berita sensasi. Yang penting kupasan penuh dengan inti dan isi yang boleh menjadi santapan minda pembacanya.

Selain itu, ianya boleh dijadikan bahan ilmiah kerana hasilnya dipungut berdasarkan beberapa hipotesis yang boleh diterima. Bukan main cekup dan terus muat. Biarlah masyarakat diajar memiliki budaya berfikir, menganalisa dan mengkritik berdasarkan fakta dan bukti, bukan kerana emosi dan ikut hati.

-ADAM AMIN-

Abi Ayyub said...

Melayu atau Islam ???

Kalau Melayu tak semestinya Islam, melainkan istilah yang diguna pakai di Malaysia.

Kalau Islam tak semestinya Melayu, kerana diseluruh dunia berapa ramai orang yang mengaku Islam.

Itulah pasal dunia Islam porak peranda. Tapi dah memang jelas dah, kan ada sabda Nabi SAW yang mengatakan "akhir zaman, Islam akan berpecah menjadi 73 golongan, 72 ke Neraka, 1 ke Surga ...
Yang menariknya, semua mengaku dialah yang satu, jadi yang lain tu sesat. Akhirnya apa ???

Selagi manusia dimuka bumi ni, tak memahami isu pokok tentang yang mana lebih utama, yang mana lebih penting ... bencananya dah jelas.

Oleh yang demikian, nak pilih Islam biarlah yang berpandukan AlQuran dan Sunnah Rasulullah SAW, yang bertentangan kita tolak. Hukum tetap hukum, perintah kerjakan, larangan jauhi, cerita yakini.

Niat yang ikhlas menjadi tanggungjawab kita. Muzakarah ke muqaballah ke ...apa apa ajelah.

Anonymous said...

Salam Dato'AKJ
UMNO sedang luka&tenat. Ada orang melayu yang cuba selamatkan dan ada juga yang nak biarkan 'meninggal'. Strategi PAS dalam PRU12 mengena. UMNO merasakan dari dulu lagi SUARA orang melayu yang mahukan PEMERINTAHAN ISLAM tidak akan kemana-mana. UMNO akan tindas,anaktirikan dan perli habis-habisan. Rupa-rupanya bilangan UNDI PAS adalah undi PENENTU kepada DAP,PKR atau UMNO...mungkin.
Pandamgam saya,
1. Cadangan TGNA hendaklah diambil secara serius oleh orang melayu/islam walaupun akan ditolak oleh sesetengah pemimpin PAS/UMNO
2. Setelah 50thn peluang diberi kepada UMNO menjadi 'ketua' kepada orang melayu/islam,melayu menjadi juara kepada perkara yang negatif.
2.1 Rasuah pemimpin/ketua jabatan-melayu jadi juara
2.2 Syarikat gulung tikar-melayu jadi juara
2.3 Gejala sosial remaja- melayu jadi juara
2.4 Lemah pengurusan,sombong dengan rakyat miskin- melayu jadi juara
Kesimpulan-'Lebih baik bermula sekarang dari tidak pernah langsung bermula'
Allah yang maha kuasa akan bertanya kepada pemimpin,'Apa yang kamu lakukan kepada umat Islam di dunia dahulu'

Anonymous said...

Salam!
Dato AKJ, Apa pun yang pimpinan PAS buat Muqabalabah/Muzakarah/bersemuka apasaja dengan UMNO pada waktu ini adalah tidak kena pada tempatnya. Yang mendapat keuntungannya Pak Lah sendiri kerana Perhimpunan Agung UMNO dah semakin dekat, (kerja kuat mau tunjuk ma!).

Ahli-ahli PAS sendiri ramai yang tak suka dengan pertemuan tersebut, termasuk saya, malah pimpinan-pimpinan muda PAS pun ramai yang setuju, ini boleh kita baca dalam blog-blog mereka. Kalau ahli dan pimpinan muda tak suka bagaimana pula pengundi atas pagar yang mengundi PAS tempohari! Bertambah-tambahlah tak suka mereka..
Cuba Dato' Bayangkan, rakyat Malaysia belum lagi hilang marahnya kepada kerajaan BN selepas pilihan raya 12 lalu, tup-tup harga minyak naik petrol 78 sen, harga letrik naik berpuloh sen,, yang mana kedua-dua ini keperluan asas, tak termasuk keperluan makanan harian, maka rakyat marhaen kelas 3 macam saya bertambahlah lagi marahnya kepada BN dan UMNO amnya. Tup-tup dengar cerita PAS dengan UMNO dah 3 kali buat pertemuan, apa cerita niii,
Buka tak boleh nak bertemu, tapi waktu dan masa in amat tak sesuai, lagi pun kita dah 50 tahun merdeka, sekim baru lagi 8 tahun dan masuk usia pencen tak kan tak kenal perangai dan hati budi pemimpin UMNO, memang dah jenis ketegak, tak payahlah nak dok pi muqabalah,
Saya ada terbaca satu kata-kata yang agak menusuk kalbu dari pimpinan PAS iaitu UMNO ni degil manakala DAP pulak jahil, jadi diharapkan Pimpinan PAS Pusat dapat menilai kembali.
Apa pun saya tetap sokong 101%kenyataan dan saraan Tuan Guru Nik Aziz MB Kelantan.

abdrahim kassim said...

Datuk,

Ramai orang UMNO beranggapan keenganan PAS untuk meneruskan muzakarah, menunjukkan parti itu tidak ikhlas untuk memperjuangkan Islam.

Sebagai parti Islam, PAS sepatutnya menyambut baik pelawaan UMNO itu, demi kebaikan orang-orang Melayu dan Islam.

Pada pandangan saya, dalam Islam tidak semua yang baik itu akan jadi baik kalau dilakukan.

Umpamanya sembahyang, sembahyang adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam, selain yang wajib digalakkan juga yang sunat.

Tetapi ada waktu-waktunya, Islam melarang sembahyang seperti diwaktu matahari mahu terbenam.

Begitu juga dengan puasa. Walaupun ibadat puasa itu dituntut oleh Islam tetapi ada hari-harinya dilarang berpuasa seperti hari tasyrik, dan hari raya.

Oleh itu untuk bermuzakarah dengan UMNO bukannya tidak boleh tetapi tidak kena dengan harinya.

Betul seperti kata Tuan Guru Nik Aziz, kalau nak bermuzakarah nanti selepas PRU 13.

Anonymous said...

Datuk Scribe,

Tumpang lalu.

Teringin menjawab komen sdr Kluangman, yang antara lain mengatakan "saya baru menjentik tapi Dato' mengadoi satu kampung".

Sebelum itu, salam perkenalan kepada sdr Kluangman.

Saya rasa sdr Kluangman juga sama macam apa yang sdr katakan terhadap Dato'. Dato' sekadar memberi penjelasan ringkas kepada kenyataan sdr yang awal mengapa Dato' kadangkala mengambil masa sedikit untuk menyiarkan entri berhubung sesuatu berita semasa, tapi sdr sudah mengutuk Dato' sampai tak ada had. Inilah yang dikatakan mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Daripada pengamatan saya, blog Dato' lebih berupa analisis terhadap sesuatu isu dan bukannya penyalur berita. Sebab itu saya dapati entri Dato' disimpan sehingga berhari-hari untuk memberi peluang kita berbincang dan berbahas. Cuma sesekali apabila ada berita terkini berhubung perkara yang disentuh, beliau masukkan di dalam entrinya.

Minta maaf sdr Kluangman kalau saya terkasar bahasa. Saya tidak kenal sdr tapi saya selalu juga baca komen-komen sdr di dalam blog Dato' kita ini - menarik dan ada ketikanya mengusik minda, membuat kita berfikir dan bertanya.

Jadi bila sdr bersahut-sahutan dengan Dato' berhubung hal yang remeh (yakni tentang entri Dato' yang lewat) maka saya terpanggil untuk mencelah kerana berdasarkan komen-komen yang disiarkan di dalam blog Dato' ini saya dapati ada juga yang mengutuk Dato'. Jadi tidak benarlah kalau sdr mengatakan "Dato' lebih teruk dari Dolah, tak pernah menyiarkan sesuatu yang mempertikai diri Dato'.

Selamat berjumpa lagi di alam maya.

CT Tanjung Perak

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ dan para pembahas.

Saya sangat tidak bersetuju dengan tindakan Pak Lah bermuqabalah (atau apa-apa terma arab lain) dengan PAS. Bertujuan kononnya untuk menyatu padukan ummah (baca: Melayu yang berugama Islam) tetapi pada hakikatnya tindakan itu lebih kepada menutup kelemahan Pak Lah mentadbir parti dan negara.

Bertambah malang lagi, UMNO pula diseret ke dalam kancah muqabalah ini dengan harapan agendanya akan ternampak besar dan penting.

Benarkah ummah sudah berpecah belah?

Mungkin terdapat ‘isolated cases’ di sana-sini mengenai pergeseran Melayu sesama Melayu, tetapi secara umumnya orang-orang Melayu masih hidup dalam harmoni menjalankan aktiviti seharian mereka dengan aman damai.

Pada pendapat saya, ianya cuma perbezaan pendapat yang begitu ketara dan kritikal mengenai kepimpinan UMNO / BN. Walaupun masih ada golongan yang menyokong UMNO/BN, tetapi golongan yang tidak menyokong sudah menjadi lebih lantang dari hari ke hari. Ini menyebabkan kepimpinan UMNO menggelabah mencari-cari alasan untuk kekal berkuasa.

Jika perbezaan fahaman/pegangan politik hendak dijadikan sebagai alasan bahawa ummah sudah berpecah belah, saya katakan ianya mengarut. Perkara ini sudah berpuluh tahun kita hadapi tetapi belum pun ummah berpecah belah.

Saya berpendapat, muqabalah UMNO-PAS untuk mencari perpaduan ummah akan menimbulkan banyak prejudis di segi politik terutama di dalam keadaan semasa ini. Jika benar niat kita hendak mencari perpaduan Melayu/Islam, janganlah sampai menyinggung parti-parti bukan Melayu yang lain. Mereka juga telah memainkan peranan mereka menyatu-padukan masyarakat Malaysia amnya.

Tidak bolehkah Mesyuarat Raja-Raja Melayu yang dihadiri juga oleh Menteri Besar dari setiap negeri berbincang mengenai agenda ini? Bukankah platform ini adalah satu platform yang paling sesuai kerana Raja-Raja Melayu bertindak sebagai Ketua Agama dan adat resam Melayu? Janganlah pinggirkan pula Raja-Raja Melayu apabila hendak bercakap mengenai hal ehwal Islam dan Melayu.

Perbezaan fahaman politik adalah satu yang sihat. Individu yang berpolitik itulah yang wajib memastikan dirinya berpolitik dengan cara yang berhemah. Janganlah cuba hendak menangani “isu perpaduan ummah” yang lebih besar aspeknya sedangkan isu perpaduan parti pun terhegeh-hegeh hendak diselesaikan.

Azman Mohd Isa
Shah Alam

Anonymous said...

Dato'
Muqabalah, PAS UMNO pada pandangan saya mempersetujui kata-kata Dato' bahawa itu 'chekmate' PAS. Dan padangan saya UMNO akan tertiarap.

Perjuangan sipiritual dan perjuangan nasionalisma tidak mungkin akan bersama dan perjuangan nasionalisma akan sentiasa patah dengan perjuangan spiritual.

Sejarah telah menulis banyak contoh dan kali ini tidak mengasingkan UMNO dan PAS.

UMNO pada pandangan saya kali ini akan tersepit. PKR menghantam isu kehakiman dan Pak Lah beli. Sangka Pak Lah boleh guna menghantam Mahathir. Tapi UMNO/BN yang kena akhirnya. Semenjak sebelum pilihanraya Pak Lah membeli idea kehakiman perlu dibaiki. Hasilnya SPR terpkasa berlaku telus dimana undi BN merudum.

Kemudian kes liwat atau sodomi. Jika kehakiman dicuci bersih, maka apa akan jadi dengan kes liwat? apa akan jadi dengan kes Altantuya? Bagaimana dengan komisyen RM500 juta kapal selam? Ini soalan yang akan terjawab menyebabkan checkmate untuk BN. Dalam muqabalah UMNO PAS, Hj Hadi memberi 4 perubahan, termasuk kehakiman di bersihkan.

Kemudian Nik Aziz bersuara, bubar PAS bubar UMNO. Tubuh parti baru berlandaskan Islam. Sudah tentu begitulah kehendak PAS. Apakah Pak Lah tidak dapat membaca halatuju PAS? Tidak mungkin satu parti berlandaskan Islam dibubar dan mengikuti parti nasionalis.Tetapi sebaliknya boleh berlaku. Perkara ini harus Pak Lah fahami sebelum mencanang keadaan pertemuan UMNO dan PAS.

Pada perspektif saya Pak Lah dan UMNO hanya membina permasalahan baru. Penjelmaan masalah ini hanya akan menyusahkan UMNO walaupun pada awal melihatkan keberanian dan keikhlasan UMNO atau Pak Lah. Akhirnya Pak Lah kena 'checkmate' oleh PAS setelah di 'cornered' PKR dalam kes sodomi.

Disaat ini kerisauan terus menyelubungi jiwa rakyat dan ketandusan idea menghantui UMNO. Akhirnya rakyat tidak sepenuhnya terbela dengan ekonomi terus merudum.

zulkufli
zulkufli.blogsopt.com

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Apa itu UMNO? Apa pula UMNO Baru? Dan apa itu Semangat 46?

Saya bukan ahli kepada mana-mana pun diatas. Namun, berdasarkan kepada apa yang kita semua tahu, asas perlembagaannya kalau tidak sama pun, hampir serupa.

Yang benar-benar membezakan parti-parti di atas adalah cara ia dikendalikan. Tentunya ini merujuk kepada pemimpin yang ada bagi setiap parti berkenaan.

Justeru, apalah parti tanpa pemimpin yang menggerakkannya. Tanpa pemimpin, parti hanya punya nama sahaja.

Oleh itu, penting kita tumpukan sokongan kita kepada pemimpin. Pada masa yang sama kita perlu sedar parti yang diwakili mereka adalah sekadar nama.

Sejak lama dulu, ramai yang suka menyokong parti tanpa mengambil kira siapa calun ADUN/Parlimen mereka.

Malah pada PRU12 pun, khalayak memilih parti. Cumanya pada 2008, ramai yang memilih apa sahaja yang bukan UMNO/BN.

Adakah kita telah membuat keputusan yang cukup matang dalam memilih kerajaan? Bagi saya tidak. Kerana ketidak matangan itu lah, kita kini dihidangkan dengan drama-drama di dalam dan luar parlimen.

Bagi saya, parti apa tidak penting. Yang penting siapa yang kita pilih. Noktah.

Jadi jika kita terhutang budi, kita terhutang budi dengan pemimpin dan bukan dengan parti itu sendiri.

Mengambil prinsip ini juga, saya berpendapat, penggerak pertemuan PAS-UMNO diwakili oleh Pak Lah dan sekutunya manakala PAS tidak diwakili oleh pemimpin tertinggi mereka.

Dan saya percaya, badan pengurusan tertinggi kedua-dua parti tidak merestui pertemuan-pertemuan ini.

nota : jika kita mahu melihat seutuh mana gabungan PAS, PKR dan DAP, kita tunggu pertemuan MB/KM lima negeri pimpinan PR pada Ogos nanti. Harap Dato' akan membuat post-mortemnya disini nanti.

Anonymous said...

Saudari Mardhiah,

Ternyata cara saudari berfikir berlandaskan perasaan, kecamukan emosi bukan berlandaskan kematangan dan kekuatan akal.

Saudari juga nampaknya begitu terpengaruh dengan propaganda UMNO terhadap PAS, soal pangkah PAS masuk syurga, kahwin dll.

Baiklah, secara profesional, kematangan fikiran dan keterbukaan, siapakah pemimpin PAS yang cakap pangkah PAS masuk syurga? Apakah saudari fikir umat Islam di Malaysia terlalu dangkal ilmu agama untuk menerima kenyataan tersebut?

Saudari menyatakan "Dakwah mereka adalah melalui pendekatan mengejek dan menghukum" seolah-olah itu satu kesimpulan yang tidak dijelaskan dengan jelas serta contoh yang menyokong kenyataan tersebut.

Saya ambil contoh, dalam UNDANG-UNDANG SYARIAH NEGERI PULAU PINANG, hukum lelaki yang sudah berkahwin dan wanita yang sudah berkahwin BERZINA adalah denda RM3000.00. Saya suka bertanya, apakah ini undang-undang syariah? suka saya "mengejek" kitab fekah mana yang digunapakai, ayat Quran yang mana, Hadis yang mana? Maka, saya "menghukum" bahawasanya INI BUKAN UNDANG-UNDANG SYARIAH. Sekali lagi saya suka "mengejek", Yahudi menemui Nabi s.a.w mengenai lelaki sudah kahwin berzina, selepas diteliti Nabi s.a.w menyatakan hukumannya adalah bunuh, tetapi Yahudi menjawab, kalau disebat 100kali kami menerima tetapi kalau di bunuh kami tidak sekali-kali akan ikut kamu. Jadi, denda RM3000.oo itu juga bukan ikutan Yahudi, tetapi lebih teruk dari Yahudi.

Apabila kita bercakap mengenai Negara Islam, kita bukan semata-mata melihat hukum-hukum atau undang-undang Islam, tetapi pentadbiran kenegaraan melangkaui lebih dari perkara tersebut, akan tetapi jangan kita lupa bahawa KEMUNCAK kepada sistem pentadbiran negara adalah undang-undang. Soal ekonomi,pendidikan, sosial,kebudayaan amat diambilkira dalam pentadbiran Islam.

Saya bukan ahli PAS, bukan PKR, bukan UMNO, tetapi pengkaji pemikiran politik Islam.

Sudah kah saudari bertandang ke Kelantan? Saya syorkan, sekiranya saudari bertandang ke Kelantan, datanglah berjumpa Nik Aziz MB kelantan sebagai kunjungan sahaja, tak susah nak jumpa dia.

Selamat Datang ke Kelantan

Unknown said...

"""""""""""Umno Perak offers to merge with PAS

IPOH - UMNO in Perak has offered to merge with Parti Islam SeMalaysia (PAS) and together rule the northern state, upping the ante in the so-called Malay unity talks.
Umno's Perak chief Tajol Rosli Ghazali said that the merged parties in the state could continue to have a PAS leader as Menteri Besar.

Datuk Seri Tajol said the Umno-PAS Perak government would be more stable than the current one made up of the Pakatan Rakyat, New Straits Times reported yesterday.

'To develop and achieve Vision 2020, we must have political stability. And it cannot exist without cooperation between Umno and PAS,' Mr Tajol said. Malaysia plans to become a developed nation by 2020.

The offer, although immediately spurned by PAS leaders in Perak, is sure to add to worries in Pakatan about the strength of their alliance.

'As far as PAS in Perak is concerned, we will be in Pakatan forever and ever. There is no way we will pair with them,' said Perak Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin, who is from PAS.

Pakatan is made up of the multi-racial Parti Keadilan Rakyat, the Chinese-based Democratic Action Party and Islamic party PAS.

Prime Minister Abdullah Badawi two weeks ago surprised many Pakatan leaders, including those in PAS, when he said he had held low-key meetings with PAS chiefs to talk about Malay unity and the future role of Islam in the country.

Leaders of PAS have since been split over the issue of working with Umno, seen by many as a bitter opponent for Malay votes.

Influential PAS spiritual leader Nik Aziz Nik Mat last week said that the two parties should disband and form a new party for all Malays. This was rejected by most central Umno leaders, but seemed to have found support in Umno Perak.

Mr Tajol, who was Menteri Besar in the previous administration, added another sweetener for PAS: that the party would get 'three or four' state executive councillor posts, the equivalent of state ministerial posts.

He said recently that the Pakatan government in Perak would fall by Aug 31, hinting at defections from Pakatan assemblymen. """""""""""""""""



Now, heres what i dont understand. If UMNO were really sincere, why dont they offer to merge with PAS in the states where they control! and give up the Mentri Besar-ship to PAS. Say in Johor, Melaka or Pahang?

Why does it have to be in states held by Pakatan? states like Perak and Selangor Why?

You can tell here its because they want to create a backdoor opening back into power

they will never give up their own states, wake UP PAS!!!!!

Iskandar PT said...

Salam Dato' AKJ,

UMNO dah gila talak dengan PAS kerana PAS mampu dimadukan dengan PKR dan DAP.
UMNO terdesak waktu lemah dan akan ceraikan PAS waktu kuat serta memfitnah PAS dengan macam-macam tuduhan.
PAS tak sudi dengan UMNO yang asyik meliwat serta membunuh ahli sendiri sedangkan PAS masih suci dan bersih.

Alahai UMNO..makin terpinggir dan gila talak.

Anak_Parit

bat8 said...

Dato

saya minta ruang untuk divert skit dari topic perbincangan kali ini.

rakan 20G

Izinkan ambo perjelaskan skit tentang pengharaman UMNO dan penubuhan UMNO(baru).

Semasa UMNO diharamkan, presiding judge, Allahyarham Tan Sri Harun Hashim antara lain memberi remedy bagi menghidupkan UMNO.

Kata beliau, hanya menteri dalam negeri masa itu ia itu TDM sahaja yang boleh memulihkan kembali UMNO menggunakan kuasa sebagai menteri dalam negeri sebagaimana yang diperuntukkan dalam akta terbabit.

Dalam akta pertubuhan yang digunakan untuk mengharamkan UMNO, menteri dalam negeri diberi kuasa untuk mengecualikan mana-mana pertubuhan ( yang menghadapi masaalah dgn akta tersebut atau yang telah dibatalkan pendaftarannya) dari akta tersebut. Keputusan menteri dalam negeri tersebut tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

Persoalan yang paling penting yang perlu kita tanya - MENGAPA TDM TIDAK MENGGUNAKAN KUASANYA UNTUK menghidupkan umno? Sebaliknya dia pi daftar UMNO(BARU)!

Kuasa yang sama telah digunakan oleh Paklah beberapa tahun lepas bagi menghidupkan semula SNAP ( parti BN dari sarawak) yang dibatalkan pendaftaran dibawah akta yang sama.

Jadi soalannya masih - MENGAPA TDM TAK HIDUPKAN BALIK UMNO sedangkan Paklah boleh menghidupkan balik SNAP?

sEBAB- sekiranya dihidupkan balik, pertama-tama beliau akan menghadapi tekanan agar pemilihan semula jawatan presiden diadakan semula.

kedua, beliau tidak dapat memastikan kedudukannya tidak akan dicabar sekali lagi oleh KULI dalam pemilihan-pemilihan yang akan datang.

Jadi bagi menjamin kedudukannya tidak akan dicabar maka adalah lebih baik beliau menubuhkan parti baru dimana beliau mempunyai 100% control untuk memastikan selamat dari sebarang cabaran. Bagaimana beliau lakukan?

pertama, beliau pastikan bahawa keahlian UMNO(baru) tidak terbuka secara otomatik kepada ahli UMNO yang diharamkan. Dengan cara ini beliau dapat memastikan orang-orang yang boleh mencabar kekdudukan beliau spt Kuli, musa hitam dsb tidak diterima masuk dalam UMNO(Baru).

Kedua, memperkenalkan peraturan-peraturan baru dari masa kesemasa bagi memastikan keddukannya tidak dicabar. Undi bonus, keputusan tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan, sistem kuota dsb.

So dari 1988-2003, bermacam-macam peraturan telah diperkenalkan oleh TDM, so much so that he had tailored UMNO(baru) just suit him and only him.

Now coming back to current situation - mengapa blame PAklah bila UMNO buat keputusan agar Paklah dan najib dicalonkan sebagai presiden dan timbalan?

Paklah just follow the precedence yang dibuat oleh TDM sahaja. Sistem kuota juga bukan ciptaan paklah. TDM dah buat lama dulu.

Hope that this little explaination is of help to understand apa yang berlaku dalam UMNO(baru) sekarang.

Paklah sememangnya tidak akan tunduk kepada desakan ahli untuk berundur kerana beliau tahu TDM telah meletak pelbagai peraturan yang boleh beliau manipulasikan untuk terus kekal memegang jawatan presiden UMNO dan PM.

bat8

Anonymous said...

Ybhg Dato,
sebenarnya Pak Lah cuba menonjolkan diri bahawa beliau masih ada mempunyai otak sebagai PM, walhal sebenarnya Pak Lah tak lagi dihormati oleh rakyat malaysia dan hanya masih dihormati oleh kabinet dapur beliau.Pada masyarakat umun beliau sudah tiada karisma sebagai pemimpin dan tidak ada kawalan terhadap Umno dan BN.Cuba-cuba tonjolkan diri dengan mengaitkan agama dan bangsa....tak payahlah......rakyat dah tak peduli dengan apa-apa yang Pak Lah cakap, malah meluat tenguk muka PM.
Helang79

anakbuah said...

Salam Dato',

Nampaknya kita tak boleh mengelak drp menyebut syurga dan neraka bila kita membincangkan mengenai Pas dan Umno. Memang politik negara telah berjaya mendaftarkannya di dalam pemikiran kita begitu. Bukankah ada ahli Pas yg seperti "hantu" dan juga ahli Umno seperti "malaikat" dan sebaliknya?

Saya amat setuju dgn Sdr sawit futures trader, jangan menilai org lain (di sini, org Kelantan dan negeri Kelantan) dgn apa yg kita dengar dan yg kita lihat di media perdana sahaja. Saya pergi lebih jauh lagi drp saranan Sdr sawit futures trader: cuba tinggal di Kelantan dan bercampur dgn org Kelantan di sana selama mungkin 3-6 bulan. Dlm masa itu, pergilah solat jemaah selalu di surau-surau dan belajarlah serba sedikit tentang budaya masyarakat di sana. Baru kita boleh berkata "kita sedang berada di syurga atau di neraka"! Gelaran Kelantan sebagai Serambi Mekah itu bukan 'for nothing' (ada org nak gelar negeri2 lain seperti Johor contohnya Serambi Madinah pula? Maaf org Johor, contoh sahaja) - tentu ada sebabnya tinggal lagi kita sahaja yg perlu bertanya kepada diri sendiri dgn ikhlas, bila berada di Kelantan itu, kita ini "hantu" yg sedang berada di syurgakah atau "malaikat" yg sedang berada di neraka!?

Saya pernah tinggal di negeri2 lain di Semenanjung tetapi saya tidak pernah segirang dan seperti berpesta mengharung banjir seperti di Kelantan bila sampai musim tengkujuh dahulu. Saya akan terus doakan Kelantan kekal berada di bawah gerakan Islam seperti Pas sebagai "sempadan" dan menjadi contoh yg baik kepada negeri2 lain.

Utk Sdr/i Mardhiah, nama Sdr/i baik/cantik (drp bahasa Arab juga tu). Balasan org yg bersembahyang sampai bengkak-bengkak kaki itu bukan kita manusia yg menganugerahkannya - Allah. Adakah sahabat Sdr/i akan mempertahankan Sdr/i bila disoal-siasat di mahkamahNya nanti? Ingat, Nik Aziz atau Wan Azizah mungkin tidak pernah menyentuh apa2 pun tentang Sdr/i.

Anakbuah

Anonymous said...

Maaf Datuk dah lama tak masuk.

Saya hanya mahu bertanya apa pendirian Ketua Pemuda Hishammuddin tentang:-

1. Bapanya Tun Hussein memecat Pas daripada BN pada tahun 1977;

2. Bapanya mengguna ISA bagi menangkap anggota Kitchen Cabinet Tun Razak (birasnya dan bapa saudara Hishammuddin);

3. Dan bapanya cuba menghapuskan legacy Tun Abdul Razak.

Abdullah sedang berusaha menghapuskan legacy Tun Dr Mahathir.

Adakah Najib atau sesiapa selepas Abdullah akan menghapuskan legacy Abdullah atau menyiasat tuduhan terhadapnya?

Ex-Banker.

Tayadih Maysia said...

Kenapa muzakarah/muqobalah selepas kekalahan teruk UMNO dalam pilihan raya umun yang lalu?

Kenapa? kenapa? kenapa?

Orang PAS kena cari udang yang menyorok di balik batu...baru tahu sebab apa timbul muzakarah selepas pilihan raya.

Anonymous said...

aliasmohdyusof ni bercakap tak tahu fakta...kalu ikut PRU12 Pas bnyak menang di kawasn yang orang cina dan india lebih 30%.. tengok KOta Raja Dr mariah menang majoriti 22000... tengok statistik pengundi di sana.. sekarang ni kelab Penyokong PAS hampir 10000 ahli... yang ni UMNo takut wahai aliasmohdyusof yang akan tengelam bersama UMNO.. aku sedang melihat kehancuran UMNO setiap hari.. Allahuakbar

anakbuah said...

Mr Lee,

"If UMNO were really sincere, why dont they offer to merge with PAS in the states where they control! and give up the Mentri Besar-ship to PAS. Say in Johor, Melaka or Pahang?

Why does it have to be in states held by Pakatan? states like Perak and Selangor Why?

You can tell here its because they want to create a backdoor opening back into power"


# It's really true! Umno is not so sincere. 50 years are long enough to know them and they doesn't change. Simple proof? Umno/BN said 10 years ago Anwar is bad guy and involve in sodomy (the case was dropped). Now, they still reuse the same method hoping that people like us (with all the conspiracies and bad intentions) to believe on it.

# Today, I don't believe in police investigation anymore. They're (police) part of them already and it's really bad. Because tomorrow, you might suddenly lost your identity or have been erased!!! They control the system and they well known capable to do it!

Anakbuah

Anonymous said...

Aslm.
Pada yang dok mengata K'tan gitu gini, pergilah jalan ke K'tan, duduk sebulan dua.
Kawan saya orang Yaman yang belajar kat sini dah rasa duduk Penang, duduk Kolumpo, duduk Kota Bharu. Dia rasa lain benar duduk Kelantan ni. Dia rasa sedap lagilah duduk kat K'tan ni.
Pak mertua saya yang asal kelantan, retiree Petronas(ex GM) pun gantung gambar TGNA kat family hall.Jgn ingat kitorang sembah dia pulak. Mcm jbtn kerajaan la gantung gambar Agung dgn PM kat dinding. Bagi motivasi dan tazkirah(peringatan).
Tak de salahnya berbahasa al quran, Allah bagi pahala.
Jgn anggap orang arab ni semuanya jahat. Ada yang berhati mulia juga. Mana yang melaksanakan Islam tetap merasakan persaudaraan. Saya pernah dalam kesusahan pernah di tolong oleh orang arab juga.
Muqabalah tu hanya bermaksud perjumpaan sedangkan muzakarah tu bermaksud perbicangan, kan lagi serius maknanya.

#Nabi pun suruh belajar byk bahasa.

Money4Free said...

Dato,

Muzakarah dan Muqabalah.

Apa peliknya dengan 2 perkataan ini?Kenapa satu Malaysia kecoh dengan hanya 2 perkataan ini?

Sebenarnya PR telah lama bermuzakarah dan juga bermuqabalah dengan MP UMNO pada awal selepas keputusan PRU.Pada waktu itu tiada digunakan dua perkataan ini.Melalui muzakarah dan muqabalah tersebut, maka ramai MP UMNO menyatakan persetujuan untuk meyertai PR.13 Sept depan akan menentukan hasil muzakarah dan muqabalah antara PR dan MP UMNO.

Untuk makluman,kelantangan SUPP di Sabah dan beberepa MP dari Sabah adalah kesan dari muzakarah dan muqabalah tersebut.

DAP juga telah bermuzakarah dan muqabalah dengan MCA dan MIC.Hasil dari tersebut maka ada tokoh MCA yang cabut lari meninggalkan MCA, begitu juga MIC.

Muzakarah dan muqabalah antara PAS dan UMNO pula adalah kemuncak kepada muzakarah dan muqabalah yang telah dijalankan sebelum ini.Nesacaya dalam sedikit masa lagi akan ada MP UMNO yang akan meninggalkan UMNO.

Maka akan terkontang kantinglah Imam Hadhari.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Pada PR11, UMNO/BN mencapai prestasi yang terbaik.

Sejajar dengan itu, kita juga dapat melihat majoriti ahli parlimen adalah bumputera. Jika tidak di ambil kira MP dari Sabah dan Sarawak sekalipun, MP melayu masih lagi majoriti.

Seperti kebiasaan, EXCO di negeri-negeri di semanjung Malaysia juga majoritinya melayu (saya tidak pasti di Sabah dan Sarawak).

Pada PR12, UMNO/BN mempunyai pencapaian yang amat tidak baik.

Walaupun begitu, bilangan MP melayu di parlimen bertambah. Malah dominasi melayu sebagai EXCO negeri-negeri di semenanjung Malaysia juga kekal (saya tidak pasti dengan komposisi kaum).

Persoalannya, apakah petunjuknya yang mengatakan umat melayu/islam telah berpecah?

Melayu masih kekal sebagai dominan di dalam politik Malaysia.

Mungkin signifikan perbezaannya adalah pada PR11, kebanyakan MP melayu berada di barisan kerajaan manakala pada PR12, MP melayu jelas terbahagi kepada barisan kerusi kerajaan dan kerusi pembangkang.

Malahan melalui post-mortem PR12 oleh kebanyakan pihak (baik kerajaan mahupun pembangkang), undi melayu adalah kekal sebagai status quo seperti pilihanraya-pilihanraya yang sebelumnya.

Yang berbeza pada Mac 2008 lepas adalah pengundi bukan melayu yang beralih daripada BN kepada PR termasuklah PAS.

Selain itu agak ramai juga penyokong UMNO sendiri yang tidak keluar mengundi sebagai tanda protes mereka.

Kita juga tidak melihat melayu yang keluar beramai-ramai membuat protes seperti pada 1998/1999 dahulu.

Jadi dimana yang dikatakan adanya perpecahan ummah/melayu?

Setakat ini, tindakan memecahkan melayu yang ketara adalah mengadakan JKKK persekutuan walaupun JKKK negeri sudah ada.

Kalau sekadar perbezaan pendirian politik, itu tidak banyak berubah. Malah lebih kurang sama sahaja seperti tahun-tahun sebelum ini.

babiPAS-islamDAP said...

http://anwarpm.blogspot.com

mana boleh berlaku. ini gimik semasa. orang dah lupa pasal kenaikan tambang BAS 100% ke?

Quantum Metal Consultant said...

Dato'

Terlebih dahulu saya memohon maaf di atas apa jua niat dan maksud dua tulisan saya yang lalu.

Kita boleh tidak senada tetapi rasanya saya tetap perlu menghormati Dato yangg lebih usia dan berpengalaman.

Sekali lagi, maaf.

CUCU TOK KEDU said...

DATUK YANG DIHURMATI.

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ BERJAYA MENJADIKAN UMNO SEBAGAI BURUNG PUNGGUK YANG MENDAYU-DAYU RINDUKAN BULAN NUN JAUH DI ANGKASA RAYA!

SEMAKIN BULAN MENGAMBANG SEMAKIN KUAT LAH DAYUAN RINDU SI PUNGGUK (UMNO)!

TERIMA KASIH DATUK KERANA MENGULAS SECARA ILMIAH POLITIK TENTANG ISU YANG MENGHANGATKAN AHLI-AHLI POLITIK NEGARA INI.

TAPI BERAPA RAMAI AHLI UMNO YANG MEMBACA HURAIAN ILMIAH INI?

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

Anonymous said...

Dato AKJ,

Saya tertarik apabila membaca komentar Dato dalam blog ini, khususnya mengenai komen Dato tentang strategi Pak Lah mengenai pendedahan beliau berhubung dengan MUZAKARAH DAN MUQABALAH antara Pas dan UMNO. Apabila pendedahan Pak Lah mengenai Muzakarah dan Muqabalah antara Pas dan UMNO maka beberapa perjumpaan sulit di antara kedua-dua parti selepas PRU ke-12 telah diketahui umum, termasuklah budak-budak sekolah rendah.

2. Kita bukan tidak menyokong perbincangan dan pertemuan antara kedua-dua pihak untuk menyatukan orang2 Melayu tetapi sejarah membuktikan bahawa Pas dan UMNO tidak boleh bekerjasama, kalau pun boleh bekerjasama hanya untuk sementara waktu sahaja.


3. Jika Pas bersetuju untuk bersama-sama UMNO, maka dikuatiri pengaruh Pas akan merosot dan sekaligus tidak dapat mengekalkan Kelantan di bawah pentadbirannya. Sebenarnya mengikut ramalan saya Pas akan menawan Terengganu pada PRU-13nanti.

4. Pada akhir2 ini Perak sanggup memberikan hak Menteri Besar kepada Pas sementara Pahang pula sanggup memberikan jawatan Exco kepada Pas.

5. Kenyataan Tuan Guru Dato Nik Aziz di berita TV3 (30.7.2008) patut juga difikirkan oleh semua khususnya ahli2 Pas.

6. Pihak lawan biasanya sanggup buat apa sahaja asal kuasa kekal di tangan mereka.

babiPAS-islamDAP said...

http://anwarpm.blogspot.com

semua main politik. PAS jadi pembangkang dan penyokong PKR.

PAS vs UMNO bukannya

PAS=UMNO

Anonymous said...

Dato,

Apalah ada pada melayu kalau tak disandarkan pada agama islam. Contohnya:

1. Hari Raya, Islam punya
2. Maulidul Rasul, Islam punya
3. Awal Muharram, islam punya
4. Doa dan ibadah pun islam punya

Yang ada pada Melayu hanya bangsa dan keturunan. Kalau kita pisahkan melayu dari islam jadi sunyi sepi lah dunia melayu.

Islam hanya agama rasmi. Maknanya guna islam bila nak merasmikan majlis. Ada la sebaris doa sebab nak cukupkan syarat. Cara ini dah sebati dgn resam UMNO.

PAS disebut nak memperjuangkan Negara Islam. Tapi rata-rata orang PAS bersolat tapi tak menjaga solat dan ada juga solat tak cukup 5 waktu. Takut nanti negara masuk islam orang PAS masuk neraka.

Tanpa Tuan Guru Nik Aziz, PAS ni macam UMNO jugak akhirnya.

P.Ramlee kata "Dah kena dah penyangak jual penyamun. Apa salahnya"

-Antony Russel (Madu3)-

A KADIR JASIN said...

Terima kasih kepada semua.

Blog kita mencecah 2,000,000 lawatan hari ini.

Terima kasih.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Pertama sekali, tahniah atas capaian angka 2,000,000 bagi pelawat blog ini.

Saya ingin merujuk kepada berita paparan Malaysiakini, artikel bertarikh 30 Julai 2008 bertajuk PAS-UMNO BERSYARAT, PAKATAN TIDAK?

Ahmad Shabery, Menteri Penerangan dipetik sebagai berkata;

"Cadangan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan pelaksanaan hudud sebagai syarat penggabungan PAS dan Umno hanya pandangan "seorang pemimpin PAS" dan tidak boleh dianggap sebagai keputusan muktamad parti itu"

Mesti ada tujuan apabila UMNO meminta pertemuan-pertemuan tersebut dengan PAS. Takkan lah sekadar sembang kosong sahaja. Jika sekadar bersembang, tak perlulah PM bersusah payah umum di MSM.

Dalam pertemuan yang ada tujuan, tentunya setiap pihak akan menyatakan pendapat dan kehendaknya. Ini normal.

Saya fahamkan bahawa bubar UMNO, bubar PAS ini adalah pendapat dan kehendak PAS. Tentu PAS ada hujah-hujah mereka sendiri.

Yang saya TIDAK faham, UMNO hanya menyatakan tujuan mereka meminta pertemuan-pertemuan itu adalah umunya untuk mencari jalan merapatkan perpaduan ummah. Itu tajuknya, mana isinya?

Adakah pengisian matlamat mereka meminta pertemuan dengan PAS adalah dengan menimbulkan syak wasangka antara anggota PR? Atau mungkin matlamat mereka jelas seperti di Perak iaitu untuk meminta PAS meninggalkan PR dan masuk dibawah payungan BN?

Sepatutnya UMNO yang menyatakan halatuju pertemuan-pertemuan ini kerana mereka dipihak yang meminta muzakarah/muqabalah.

Sebaliknya Menteri Penerangan bertindak merendah-rendahkan pendapat Mursyidul Am PAS yang jelas mempunyai pengaruh besar pada setiap peringkat dalam PAS.

Merujuk pula kepada komen anwar ibrahim pm-6, saya teringat berita (kalau tak silap) dua minggu lepas dimana pemandu teksi akan menikmati petrol pada harga RM1.92 seliter.

Kesian pengguna bas awam. Rasional perbezaaan pendekatan antara kedua-dua jenis pengangkutan awam ini mungkin kerana khidmat bas awam tidak digunakan oleh anak cucu ahli politik dan ahli korporat.

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ dan para pembahas.

Saya tak buleh tidoq lepaih baca cerita mengenai German Blitzkrieg lah Datuk. Cerita combat. Syok!

Anyway, tentang anecdote Datuk – pada asalnya saya teramatlah musykil mengenai motif sebenar Pak Lah mengizinkan Ezam masuk semula ke dalam UMNO.

Sekarang ini, apabila Ezam menawarkan diri untuk bertanding mencabar bekas mentornya, saya berpendapat ianya semacam satu bentuk ganjaran untuk bertanding bagi Ezam selepas beliau bersetuju untuk masuk UMNO semula.

Jika pendapat saya itu betul, ia menambahkan lagi musykil saya mengenai ganjaran bertanding tersebut – adakah Ezam yang meminta untuk beliau dijadikan calon atau adakah ianya memang ditawarkan kepada beliau oleh pihak-pihak tertentu?

Mungkin pendapat saya itu salah tetapi saya tetap tidak bersetuju jika Ezam dicalonkan mencabar Anwar. Itu akan menjadi satu lagi bentuk “free parachute ride”. Jika perkara ini berlaku, kepimpinan UMNO akan sekali lagi membelakangkan calon-calon layak yang telah bertungkus lumus untuk UMNO beberapa tahun kebelakangan ini.

Soal menang atau kalah adalah soal lain. Jika calon yang layak sudah dipersetujui oleh akar umbi, seluruh jentera UMNO dan BN mestilah digunakan bagi memasti kemenangan calon tersebut.

Ezam bukanlah “panacea” kepada kemelut UMNO berhadapan dengan Anwar/PKR. Bagi saya, Ezam hanyalah “a dull placebo” yang mencari kesempatan memasuki Parlimen.

Azman Mohd Isa
Shah Alam

Anonymous said...

Tak taulah Tok apa nak kata
Hidup di kampung tambah derita
Projek kurang kos naik berganda
Durian banyak yang nak beli tak ada.

Pak Lah dia nak duduk dua tahun lagi
Kata dia nak selamatkan negeri
Mat kata dia nak tengok kita mati
Pasai dia ada ajenda peribadi.

Mat taulah pasai apa nak duduk lagi
Nak jaga anak menantu dan bini
Menega mereka kena dikemas kini
Sebelum mereka angkat kaki cabut lari.

Depa ni menega projek mega
Hutang bank bertatus juta
Kontrek kerajaan semua hak depa
Kalau Pak Lah tak ada tentu merana.

Mat Najib bolehlah dok angan-angan
Peluk tubuh lepaskan tangan
Keluh kesah rakyat ambik ringan
Pasai Pak Lah dah janji nak bagi habuan.

Tapi Mat Najib kena jaga-jaga
Janji Pak Lah selalu tak bermakna
Sebab Khairi yang buat kira bicara
Silap-silap Mat Najib mulut ternganga.

Dengan Mat Najib saya dah meluat
Dengan Khairi dia takut sangat
Dengan bini dia lagilah hormat
Kena maki hilanglah semangat.

Macam ni ka nak jadi Perdana Menteri
Takut kat Khairi takut kat bini
Rakyat susah dia buat tak peduli
Rakyat di surah pandai-pandai sendiri.

Muqabalah Muzakarah Mat tak peduli
Mat tak paham mat tak reti
Melayu dah nak ranap satu negeri
Pak Lah baru meraba mencari.

Inilah nasib orang kita
Sokong parti sampai jadi buta
Bila susah baru nak mengata
Nasik dah basi tak ada guna.

Mat Tunjang Enterprise undur diri
Nak pik Sik Kampung Jeneri
Kawasan Pas Dewan Undangan Negeri
Buat sikit projek tanam pisang dan ubi.

Mat Tunjang Enterprise

anakbuah said...

Sdr Azman,

"Sekarang ini, apabila Ezam menawarkan diri untuk bertanding mencabar bekas mentornya, saya berpendapat ianya semacam satu bentuk ganjaran untuk bertanding bagi Ezam selepas beliau bersetuju untuk masuk UMNO semula."

# Bila berburu, jika anjing buru mengejar mangsa ke sana-sini dan sampai masuk ke dlm sungai atau gaung utk menangkap mangsa sambil pemburu memerhatikan sahaja drp jauh, tentulah pemburu telah menjanjikan "sesuatu" jika anjing itu berjaya. Mungkin ada daging salai yg sedap di dlm beg pemburu utk anjing itu.

# Ezam sudah tentu dijanjikan sesuatu jika dapat memerangkap Anwar di mana juga Anwar bakal bertanding. Dia kalah pun tidak rugi apa2, yg gigit jari veteran2 dlm Umno sendiri.

Anakbuah

p.s.: Saiful bersumpah al-Quran selepas siasatan selesai? Kenapa tak berjawap dgn JAWI atau mahkamah syariah dahulu? Apa gunanya undang2 syariah di M'sia ini - utk kes kahwin-cerai saja?

Anonymous said...

Tahniah kerana telah mencapai kiraan pengunjung 2 juta, Tok Scribe!

Anonymous said...

Sdr. A Kadir Jasin,
Tahniah kerana blog Sdr telah mencecah angka 2 juta!

Sdr. Antony Russel (Madu3)
“Apalah ada pada melayu kalau tak disandarkan pada agama islam…”

Komen Sdr amat tepat. Saya dah banyak kali kata tiada ada apa pada “Melayu” jika dipisahkan “Islam”. Jika Melayu dipisahkan dari Islam, mungkinkah Melayu akan “balik” kepada “Hindu”? Sehingga kini mesyarakat Melayu masih lagi mengagung-agungkan budaya Hindu yang telah dibudayakan sebagai budaya Melayu. Majlis tepung tawar adalah antara yang paling ketara. Banyak yang lain yang dibudayakan olih Melayu sehingga sukar dipisahkan walaupun ia tidak selari dengan ajaran Islam. Inilah sebab saya setuju dengan satu blog (tak ingat yang mana satu) yang mengatakan bahawa Melayu adalah bangsa yang “confuse”!

Jikalau Melayu benar-benar memperjuangkan Islam maka hak “istimewa” sepatutnya pada agama bukan bangsa. Jika seseorang bangsa Cina beragama Islam, adakah dia akan diberi layanan sama? Memang tidak. Malah beliau mungkin dipinggirkan olih bangsa Melayu yang mengaku beragama Islam. Adakah ini adil disisi Islam? Saya yang tidak berpelajaran ini rasa ia adalah tidak adil kerana Islam tidak mengenal bangsa. Islam is a universal religion and it transcends ethnicity.

Sdr. Sawit Futures Trader,
“Jangan tak tahu, kebanyakan rakyat kelantan bangga dengan tag-line berikut; "kerajaan susah, rakyat senang". Jika tidak percaya atau tidak boleh membayangkan fakta ini, datang dulu ke Kelantan pada cuti sekolah hujung bulan ni. Tengok sendiri.”

Saya baru saja balik dari Kota Bahru dan saya setuju dengan komen Sdr mengenai Kelantan. Malah Kelantan nampak lebih kemas dari negeri-negeri lain termasuklah Negeri Sembilan. Kita tidak bolih “equate” penghijrahan dengan kemiskinan untuk Kelantan sahaja. Jika nak buat, masukkan Negeri Sembilan sekali. Ramai orang nogori telah berhijrah ke tempat lain untuk mencari rezeki.
Kalau penghijrahan dikaitkan dengan kemiskinan semata-mata, bolihkah kita katakan Negeri Sembilan adalah negeri miskin seperti Kelantan?

Adakah kita tidak mengaitkan penghijrah oang nogori kerana Nogori Sembilan diperintah olih BN so we “close one eye”?

Bagaimana pulak dengan Sarawak? Ramai orang Sarawak pergi merantau kerana hendak mencari rezeki. Bukankan Sarawak sebuah negeri kaya? Apa dah jadi?

Sekian.
Dari Borneo ke Minang

A KADIR JASIN said...

1. Saya rasa lebih tepat kalau kita kata 2 juta lawatan daripada 2 juta pelawat sebab pelawat yang sama melawat berulang kali;

2. Sdr Dari Borneo ke Minang, Islam akui bangsa ..."Maka Aku jadikan masunia daripada berbagai kaum dan bangsa.....";

3. Anakbuah merujuk kepada Saiful Bukhari Azhar nak bersumpah al-Quran selepas selesai siasatan polis.

Saya keliru dan curiga. Kalau kita percaya kepada al-Quran, kita tak payah tunggu polis atau sesiapa.

Al-Quran adalah yang paling mutakhir. Janganlah cemar dan persendakan al-Quran.

Apa kata kalau siasatan polis itu memihak kepada Saifool, adalah dia akan bersumpah juga dengan menjunjung al-Quran?

Atau dia akan bersumpah hanya jika siasatan polis tidak memihak kepada dia?

Rasa-rasa sayalah, sebelum kita biarkan orang liwat kita, kita ingatlah al-Quran. Masa tulah kita guna al-Quran!

Rasa-rasa sayalah kalau si peliwat itu Islam, dan mangsanya baca al-Fatihah, meratib, mengucap dan selawat Nabi, yang nak liwat itu pun fikir dua kali.

Kalau dia nak liwat juga, kita tendang sekali dan kita cabut lari. Dok tunggu buat apa? Cari pasai!

Terima kasih.

bat8 said...

Hujah Mardhiah tentang penghijrahan anak muda kelantan keluar mencari rezeki diluar kelantan - samalah hujah anuar musa dan lain-lain pemimpin UMNO untuk memburukkan kelantan.

Ia adalah hujah orang UMNO yang frust kerana dari 50 tahun kita merdeka, UMNO hanya dapat memerintah kelantan hanya 12 tahun sahaja ( 1978 - 1990).

Perlu diingat bahawa satu tabiat orang kelantan adalah suka berkelana. Dari dulu sampai sekarang. Sebab itu kita boleh jumpa mereka dimana-mana. Nothing unsual.


Mardhiah kena ingat, bumi kelantan ke, bumi selangor ke, bumi johor ke bukan bumi milek UMNO/BN - ia adalah milik Allah. Kalau Mardhiah tak kasi, kata selain bumi kelantan, semua milik UMNO bermakna UMNO merampas hak kepunyaan Allah.

Cerita penghijrahan anak muda kelantan ni senang sahaja nak selesai. Kalau ada pelabur nak datang kelantan, MITI jangan sekat. Yang tak berminat pun sepatutnya MITI patut pujuk pergi kesana. Kelantan hampir 95% melayu- yang mendapat nikmatnya pun orang melayu juga.

Mardhiah tentunya lupa bahawa anak-anak kelantan yang merantau ini merupakan satu sumber ekonomi negeri kelantan. Tiap-tiap bulan mereka hantar wang ke kampung. wang-wang ini akan digunakan dan mengerakkan ekonomi negeri. Puluhan , may be Ratusan juta jugalah pendapat negeri dari sumber ini.

Tidakkah bijak anak muda kelantan, mardhiah. Ke lagi elok anak muda melayu kat penang yang dok bergelumang dengan dadah?

bat8

Anonymous said...

Sdr. A Kadir Jasin,

Terima kasih atas penjelasan Sdr tentang Islam mengenai kaum dan bangsa.

Rumusan dari terjemahan ayat Al-Quran yang Sdr. utarakan bolihlah diolah seperti berikut. "Manusia dijadikan dalam berbagai kaum dan bangsa, dan agama mengikat persaudaraan antara mereka."

Jesteru itu bolihkah saya katakan yang Islam memberi taraf serta hak saksama untuk semua umat Muhammad? Taraf hanya dipisahkan olih keimanan, ketaqwaan dan sebagainya?

Persoalan saya yang tidak mengetahui adalah seperti berikut.
(1) Kenapa kita lebih mengutamakan bangsa dari agama?
(2) Adakah suatu bangsa itu lebih mulia dan lebih tinggi taraf mereka dari bangsa lain?

Harap Sdr. serta pengomen lain dapat menjelaskan kepada saya yang kurang arif dalam hal-hal yang berkaitan.

Sekian.
Dari Borneo ke Minang

Anonymous said...

Salam Dato'

I agreed that it looks like there will be nothing concrete that will come out from the discussion. Instead it looks like UMNO has been cornered to a concrete wall after the statement made by Dato' Nik Aziz.

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Orang Melayu berpegang pada prinsip ketaatan kepada pemimpin yang mutlak. Dari zaman sultan Melaka hingga ke hari ini, asal sahaja dia menjadi ketua, dia akan ditaati, dibenarkan. Kalau benar PAS dan UMNO hendak bersatu, telah lama perkara ini boleh dibuat. Mungkin kerana keadaan sekarang yang menyulitkan UMNO, maka perbincangan itu sengaja diada-adakan sekadar mencari pengaruh baru...

Yang penting, umat Melayu Islam tidak diperkotakkatikkan oleh politius yang tamak haloba. Membaca dunia politik Melayu kini, meloyakan sangat...

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Tiga berita yang baru saya baca di laman web Malaysiakini;

PAS menolak sebarang kerjasama dengan Umno atau BN bagi membentuk kerajaan campuran sama ada di peringkat negeri atau pusat, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

dan

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.

dan

Siasatan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disiapkan dan kertas siasatannya itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, demikian disahkan oleh menteri dalam negeri.


Saya simpulkan bahawa soal muzakarah/muqabalah telah di hentikan dan PAS akan menumpukan perhatiannya kepada pilihanraya kecil di Permatang Pauh.

Dan keputusan Anwar untuk bertanding, secara sengaja atau tidak, akan mencabar percaturan kerajaan seterusnya.

Jika dalam masa terdekat, Anwar tidak ditangkap maka kecohlah Permatang Pauh.

Jika dalam masa terdekat, Anwar ditangkap maka kecohlah satu Malaysia.

Kalau boleh, saya doakan kekecohan 1998/1999 dulu tidak berulang. Jika berulang maka ISU HARGA MINYAK tentunya akan terus dilupakan.

Anonymous said...

Singapore's Minister Mentor, Lee Kuan Yew, who was Singapore's founding father, has always been very direct in his comments. This was the man who outsmarted the communists in Singapore (with the innocent help of Malaya then and the willing help of the British) and who later outwitted the British and outpaced Malaysia in all spheres.

Singapore practices corrupt-free meritocracy and Malaysia affirmative action. The former attracted all the best brains and the latter chased out all the brains. The Singapore cabinet consists of dedicated and intelligent technocrats whereas Malaysia has one the most unwieldy cabinets. Not only that, brain wise it was below par not even good for the kampong.

With that kind of composition, one that is very brainy, naturally Singapore , with no natural resources could outstrip Malaysia in every aspect of development.

Malaysia, on the other hand, was too much preoccupied with its Malayness and the illusory ‘Ketuanan Melayu’ and was also more interested in useless mega iconic development rather than real social and economic development.

Whenever Kuan Yew utters anything that deemed to be a slight on Malaysia , voices were raised admonishing him. Malaysia would never dare to face reality. That Singapore had shown that it could survive was a slap on those who believed that Singapore would fold up once it left Malaysia . Therefore it was natural that these doomsayers would try to rationalise their utterances to be in their favour to combat on whatever Kuan Yew commented. Its political jealousy.

Singapore achieved its development status without any fanfare. But here in Malaysia , a development that was deceptive was proclaimed as having achieved development status. It was trumpeted as an achievement that befits first world status. This was self delusion.

Malaysians are led to believe into a make believe world, a dream world. The leaders who themselves tend to believe in their own fabricated world did not realise the people were not taken in by this kind of illusion.

Lee Kuan Yew believed in calling a spade a spade. I was there in Singapore when the People’s Action Party won the elections in 1959. He was forthright in his briefing to party members as to what was expected of them and what Singapore would face in the future.

Ideologically, I did not agree with him. We in the University of Malaya Socialist Club had a different interpretation of socialist reconstruction. But he was a pragmatist and wanted to bring development and welfare to the Singaporeans. Well! He succeeded.

Malaysia was so much embroiled in racial politics and due to the fear of losing political power, all actions taken by the main party in power was never targeted towards bringing wealth to all. Wealth was distributed to the chosen few only. They were the cronies and the backers of the party leadership to perpetuate their own selfish ends.

Seeing the efficiency and the progress achieved by Singapore caused the Malaysian leadership to suffer from an inferiority complex. That Malaysia should suffer from this complex was of its own making.

In a recent interview, Kuan Yew said that Malaysia could have done better if only it treated its minority Chinese and Indian population fairly. Instead they were completely marginalised and many of the best brains left the country in drove. He added that Singapore was a standing indictment to what Malaysia could have done differently. He just hit the nail right there on the head.

Malaysia recently celebrated its 50th year of independence with a bagful of uncertainties. The racial divide has become more acute. The number of Malay graduates unemployed is on the increase. And this aspect can be very explosive. But sad to see that no positive actions have been taken to address these social ills.

Various excuses were given by Malaysian leaders why Singapore had far outstripped Malaysia in all aspects of social and economic advancement. Singapore was small, they rationalised and therefore easy to manage. Singapore was not a state but merely an island.

There was one other aspect that Malaysia practises and that is to politicise all aspects of life. All government organs and machinery were ‘UMNO-ised’. This was to ensure that the party will remain in power. Thus there was this misconception by the instruments of government as to what national interest is and what UMNO vested interest is.

UMNO vested interest only benefited a few and not the whole nation. But due to the UMNO-isation of the various instruments of government, the country under the present administration had equated UMNO vested interest as being that of national interest. Thus development became an avenue of making money and not for the benefit of the people.

The fight against corruption took a back seat. Transparency was put on hold. And the instruments of government took it to be of national interest to cater to the vested interest of UMNO. Enforcement of various enactments and laws was selective.

Thus a ‘palace’ in Kelang, APs cronies and close-one-eye umno MPs could exist without proper procedure. Corruption infested all govt departments, the worse is the police and lately even in the judiciary.

Singapore did not politicise its instruments of government. If ever policisation took place, it is guided by national interest. To be efficient and to be the best in the region was of paramount importance. Thus all the elements like corruption, lackadaisical attitude towards work and other black elements, which would retard such an aim, were eliminated.

Singapore naturally had placed the right priority in it’s pursuit to achieve what is best for its people. This is the major difference between these two independent countries.

Malaysia in its various attempts to cover up its failures embarked on several diversions. It wanted its citizens to be proud that the country had the tallest twin-tower in the world, although the structure was designed and built by foreigners. Its now a white-elephant wasting away. It achieved in sending a man into space at an exorbitant price.

What for purpose? These are what the Malays of old would say “menang sorak” (hollow victories).

It should be realised that administering a country can be likened to managing a corporate entity. If the management is efficient and dedicated and know what they are doing, the company will prosper. The reverse will be if the management is poor and bad. The company will go bust.

There are five countries around this region. There is Malaysia , and then Indonesia . To the east there is the Philippines and then there is that small enclave called the Sultanate of Brunei .

All these four countries have abundance of natural resources but none can lay claim to have used all these resources to benefit the people. Poverty was rampant and independence had not brought in any significant benefits to the people.

But tiny Singapore without any resources at all managed to bring development to its citizens. It had one of the best public MRT transport systems and airlines in the world and it is a very clean city state. Their universities, health care, ports are among the best in the world.

It is impossible to compare what Singapore has achieved to what all these four countries had so far achieved. It was actually poor management and corruption, and nothing more. Everything is done for the vested interest of the few.

Malaysia, Indonesia and the Philippines and the Sultanate of Brunei need good management teams. They would not be able to do this on their own steam. I would advise that they call on Kuan Yew to show them what good governance is. Why look East to Japan when it is just next door across the causeway.

Anonymous said...

"MB Perak buat tawaran balas kepada Tajol


IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini membuat tawaran balas kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dan semua 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) yang lain untuk menyertai kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu.

Beliau berkata tawaran itu dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas pusat di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini menolak sebarang usaha mengadakan kerjasama dengan Umno dan BN untuk mewujudkan kerajaan campuran sama ada di peringkat pusat atau negeri.

“Saya ingin membuat tawaran itu setelah keputusan pusat menyatakan tidak menerima ataupun tidak mengiktiraf (kerjasama itu).



"Maka saya lebih cenderung hari ini membuat tawaran supaya Tajol Rosli dan rakan-rakan Yang Berhormat dia masuk ke dalam Pakatan Rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat di Jabatan Agama Islam Perak di sini hari ini.

Sebelum ini, Umno Perak menawarkan kepada Pas untuk bergabung bagi menubuhkan kerajaan negeri yang lebih kukuh malah Tajol Rosli sendiri pernah menjamin kerusi jawatan Menteri Besar Perak kekal di tangan Pas jika cadangan perkongsian kuasa itu direalisasikan.

Ditanya sama ada Pakatan Rakyat Perak mampu menerima semua 28 Adun BN, Mohammad Nizar berkata mereka boleh menyertai mana-mana komponen Pakatan Rakyat sama ada Pas atau Parti Keadilan Rakyat manakala wakil rakyat tunggal MCA Dr Mah Hang Soon boleh menganggotai DAP.

Sambil akur dengan keputusan pucuk pimpinan Pas pusat menolak segala bentuk kerjasama itu, beliau berkata Pas Perak tetap dengan pendirian untuk bersama dengan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Katanya semua 31 wakil rakyat Pakatan Rakyat telah berjanji untuk sama-sama mempertahankan kerajaan yang mendapat perkenan Sultan Perak. — Bernama"

saya harap mereka akan mempertimbangkan perkara ini... demi masa depan orang islam sendiri.. walaupun mungkin mereka xiklas menyertai pas... sekurang-kurangnya mereka akan memperkuatkan pemerintahan islam di perak... dan terikat dengan peraturan parti pas..

anakbuah said...

Sdr Dari Borneo ke Minang,

"Malah Kelantan nampak lebih kemas dari negeri-negeri lain termasuklah Negeri Sembilan. Kita tidak bolih “equate” penghijrahan dengan kemiskinan untuk Kelantan sahaja. Jika nak buat, masukkan Negeri Sembilan sekali. Ramai orang nogori telah berhijrah ke tempat lain untuk mencari rezeki.
Kalau penghijrahan dikaitkan dengan kemiskinan semata-mata, bolihkah kita katakan Negeri Sembilan adalah negeri miskin seperti Kelantan?

Adakah kita tidak mengaitkan penghijrah oang nogori kerana Nogori Sembilan diperintah olih BN so we “close one eye”? "


# Org N.Sembilan ni lain sikit Sdr. Kalau 'originally' org Minang, memang mereka ini bangsa yg merantau dan suka berhijrah. Sebab itu mereka merantau drp Tanah Minagkabau di Padang, Indonesia ke N.Sembilan dan Melaka dahulu.

# Dan pada pendapat saya, org N.Sembilan merantau mencari rezeki zaman moden ini disebabkan oleh usaha org lelaki yg mahu mencari rezeki dan kekayaan di luar kampung atau N.Sembilan sendiri, yg saya rasa byk dipengaruhi oleh kekangan adat Perpatih yg menurunkan harga/tanah pusaka ke kaum wanita. Ini terjadi apabila kilang banyak didirikan di sekitar bandar besar seperti Senawang dan tanah2 serta sawah bendang tidak lagi mengeluarkan hasil seperti dahulu kala. Sebabnya, punca air semakin kecil akibat pembalakan dan pertanian lain. Dan harga getah yg rendah suatu masa dahulu serta infrastuktur yg lama tidak diperbaharui menyebabkan pemuda2 kampung tiada pilihan lain kecuali berhijrah.

# Berbeza dgn Kelantan (yg dikuasai Pas sejak sekian lama), di sini kita bertanya, apa yg BN buat di N.Sembilan selama berkuasa? Dlm masa yg sama, saya dapati ramai 'hardcore' Umno/BN di sana (terutama veteran2 dan org2 lama) memilih dan menyokong Umno/BN sehingglah baru2 ini.

# Cukup dgn melihat barang kemas wanita2 Kelantan di pasar2 atau di mana juga di sana, org Kelantan memang lebih kaya drp N.Sembilan. Dan saya akui, selama ini, org lelaki maupun wanita Kelantan lebih pandai dalam memilih kerajaan drp org negeri saya, N.Sembilan. Saya amat berharap semua ini akan berubah dan saya rasa generasi baru N.Sembilan tidak sesetia generasi lama dalam berpolitik.

# Tak ada salahnya merantau utk memperbaiki diri dan keluarga - Nabi sendiri berhijrah. Betul, cuba MITI jgn pilih kasih dan kerajaan jgn pilih bulu bila hendak memajukan rakyat sendiri. Seperti dengarnya lebuhraya Pantai Timur, berakhir di Jertih sahaja, kenapa tidak terus sahaja ke Tumpat? Itu pun "nasib baik" BN masih berkuasa di T'ganu, jika tidak, tentu sampai di Kuantan sahaja. Bersebab, bukan?
Atau tentu sudah lama kerajaan melalui Petronas menaikkan minyak dr luar pantai Kelantan kalau dpt merampas negeri itu. Dan Kelantan maupun T'ganu sebenarnya boleh menjadi negeri terkaya. Soalnya, apa akan jadi dgn masyarakat bila menjadi negeri kaya seperti P.Pinang dan Selangor/K.Lumpur? Materialism menjadi raja dan kita akan menjadi cepat lupa diri.

Anakbuah

p.s.#1: "Janganlah cemar dan persendakan al-Quran."!!! Melayu memang tiada apa tanpa agamanya, Islam. Kalau difikirkan, org bukan Melayu dan bukan Islam menghormati org Melayu yg tidak makan babi, yg tidak amal rasuah dan riba', yg tidak bersekedudukan/berzina dan wajib solat 5 kali sehari bukan kerana MELAYU tetapi kerana ISLAM yg dianutinya. Roh ISLAM itu yg sebenarnya amat mulia, bukannya akhlak MELAYU!

p.s.#2: Tahniah di atas lebih 2 juta 'hits' blog Dato' ini sekarang. Saya memang 'jealous' dgn kebolehan Dato' menulis dan menganalisa. W/pun akan semakin sibuk, saya akan terus mengunjungi blog ini bila ada masa terluang.

Anonymous said...

Assamu'alaikum Dato'AKJ

Mula-mula muzakarah , lepas tu muqabalah lepas mughallazah lah pula dengan umno tu padan dgn. muka dia.

Siapa yang terhegeh2 sangat nak muzakarah dgn. umno.Sebenar nya pertemuan dah pun berlaku selepas keputusan PRU 12 diumumkan dulu, umno parti yang kalah di beberapa negeri telah mengadakan pertemuan dgn. PAS tetapi segera dikesan oleh DSAI. Amaran DSAI jgn. sekali2 dok berpakat dgn. umno.Masa dia susah dia ingat kat kita, masa dia senang dia terajang kita keluar. Tak kan nak jatuh 2 kali dalam lubang yang sama. Bak kata org. utara tobat lahum dgn. umno ni. Kecuali dia bubarkan umno dan tubuh parti baru yang berperlembagaan berlandaskan Quran dan Hadis spt. yang disarankan oleh Tuan Guru Dato' Nik Aziz, kalau tidak no way, good bye , biar dia mereput. Bukan kah Allah dah menjanjikan bahawa selain daripada sistem Islam semuanya itu akan hancur. Lihat sistem komunis boleh bertahan selama 70 tahun sahaja, sekarang kita tunggu pula sistem kapitalis yang kian merudum pula . lihat USA satu hari negara itu juga akan jatuh tersungkur seperti komunis jua. Hanya Islam yang akan menang diakhir zaman nanti.

Wallahu'aklam.

donmny said...

LEGA.LEGA DAN LEGA

....'lega' atas keputusan pimpinan PAS hari ini kerana tidak melawan arus rakyat.

....PAS boleh melawan apa-apa arus pun dengan syarat penyokongnya difaham dan dijelaskan bahawa PAS itu bukannya Islam dan Islam itu bukannya PAS.

....Ini terutamanya buat penyokongnya yang bukan islam, demi kemurniaan agama Islam itu sendiri.

Kesatria21 said...

Saya setuju dengan anda sdr Langit Biru, Anakbuah, Sawit Futures Trader...Terima kasih Dato' kerana komen yang tidak bersifat BIAS.

Anonymous said...

ruyom,

I must say, your english is excellent. But, I believe, all lecturers/teachers in Malaysia and Singapore who mark your writing, will still give you an "F" for your effort simply because you are not writing according to the question or topic.

The topic in question now is "Muqabalah: Helah atau Demi Perpaduan Ummah". Now, please take a deep breath and read the question carefully. If you use your smart brain, you will realize that the topic is nothing to do about Singapore and LKY.

----------------------

Dato,

Berbalik pada topik perbincangan. Pada pendapat saya politik orang Melayu ni terlalu kepartian. Apa sahaja yg datang dari UMNO, org PAS akan tolak. Apa sahaja yg datang dari PAS, UMNO akan tolak. Perkara ini hendaklah dihentikan segera. Kedua-dua pihak hendaklah belajar menghormati perbezaan pendapat dan ideologi.

Sepatutnya UMNO tidak terlalu rakus untuk menawan Kelantan dari PAS. Apa salahnya membiarkan Kelantan ditadbir PAS sebagai "kubu terakhir orang Melayu @ the last bastion". Kalau apa-apa musibah terjadi pada UMNO, sekurang-kurangnya tidak kesemua kubu-kubu orang Melayu akan ditawan.

Sekarang ini, kita dapat lihat sendiri bagaimana musibah yang melanda UMNO. Ditakluk dan dirasuk pemimpin-pemimpin korup dan penting diri. Andai pemimpin-pemimpin korup ini boleh dibeli oleh negara pujaan si ruyom, sekurang-kurangnya negeri Kelantan dibawah pentadbiran PAS tidak terjebak sama.

Bagi pemimpin PAS pula, janganlah terlalu cenderong menggunakan politik kebencian @ politic of hate untuk mendapat sokongan. Pemimpin UMNO dan ahli-ahli UMNO adalah 2 perkara yg berbeza. Orang PAS benci pemimpin UMNO. Ramai juga ahli-ahli UMNO yg benci pemimpin UMNO ini. Sepertimana dibuktikan dalam GE12, ahli-ahli UMNO sendiri yg menghukum pemimpin mereka dgn memilih calon PAS. Jadi, tidak perlulah membenci UMNO secara keseluruhannya.

Jika Pak Lah ingin menggunakan muqabalah ini sebagai helah, saya amat mengharap agar PAS meletakkan syarat "KJ mesti keluar dari UMNO dahulu" sebagai salah satu syarat muqabalah tersebut.

Saya amat yakin, demi perpaduan Ummah, manusia KJ ini perlu dinyahkan, kerana kita tahu manusia ini lah musuh sebenar orang Melayu,tidak kira Melayu PAS atau Melayu UMNO.


-sinbad-

A KADIR JASIN said...

Sdr Sinbad,

1. Berilah peluang dan ruang kepada Sdr Ruyom menyatakan pendangannya. Tak apalah keluar tajuk sedikit.

Itu mungkin tesis atau rencana yang dia karang untuk all and sundry.

Mungkin juga dia seorang cadre PAP yang lebih fanatik daripada ahli DAP, Umno atau Pas.

Mungkin juga dia tukang propaganda Singapura atau seorang yang kecewa dengan Malaysia.

2. Mengapa harus Pas mengenakan syarat supaya KJ dipecat daripada Umno -- bukankah KJ antara sebab musabab Umno menjadi kucar-kacir,lemah dan kalah kepada Pas?

3. Gabungan/Pakatan Umno-Pas tidak semestinya baik buat orang Melayu dan Malaysia. Orang Melayu perlukan kepelbagaian suara macam kaum-kaum lain di Malaysia.

4. Sistem satu parti untuk orang Melayu akan menjadikan bangsa Melayu lebih feudalis tik dan diktarorial.

5. Di peringkat akar umbi orang Melayu, sama ada yang menyokong Umno atau Pas, lebih bersatu padu selepas PRU ke-12. Orang Umno pun secara terbuka memuji pemimpin Pas kerana tidak bongkak dan tidak terlalu mata duitan.

Terima kasih.

Hartini Omar said...

salam dato'

maaf saya tidak mengomen tajuk. saya cuma tak mahu terlepas untuk mengucap tahniah pada dato'. blog dato' makin hangat, makin banyak dapat sambutan. bukan hanya yang menyokong, yg membangkang pun dato' tak abaikan

itu sebenarnya yg memeriahkan THE SCRIBE. berbagai kelompok manusia dpt dilihat dalam blog dato' sendiri. ada kumpulan penyokong tegar, ada kumpulan penentang tegar dan tak kurang yg atas2 pagar

itu menandakan blog dato' banyak membuat manusia berfikir. tidak salah jika kita tidak sependapat. krn bila tak sependapat, kt perlu lebihkan info dan bacaan untuk memberikan hujah dan maklumat

tahniah dato'. semoga perjuangan menulis dan membantu manusia berfikir menjadi penolong buat dato' di akhirat nanti. semoga diberkati

terima kasih

tipulagi said...

salam dato ...
teringin nak komen mengenai menteri dlm kabinet dollah iaitu Dato Noh.. yang mana saya antara dengar dengan tidak di buletin utama semalam yang mengaku sendiri kerajaan BN yg dia dukung sekarang tidak popular dan tidak diterima rakyat... mengapa saya katakan begitu?? kerana dia mengulas cadangan anwar untuk bertanding di Permatang Pauh sebagai bukan anak jantan.. yang mana anwar cuba menang dengan kepopulariti yg ada di permatang pauh..

Jika benar kerajaan BN sekarang diterima rakyat dan popular dan still menang besar selepas PRU12, sepatutnya dia sebagai seorg menteri kabinet dollah tidak berkata begitu kerana jika BN diterima rakyat sekarang dimana saja dia lawan pembangkang mereka mesti yakin boleh menang..tetapi sebalik nya Noh sendiri tidak yakin BN boleh menang..

abdrahim kassim said...

Datuk,

Muqabalah pun nampaknya tak jadi juga kerana PAS sudah buat kata putus, tidak ada pakatan dan kerjasama dengan UMNO/BN. Yang pasti kedua parti ini akan terus berbalah.

Tindakan Dato' Seri Wan Azizah mengosongkan kerusi parlimennya, satu tindakan yang baik ke arah mengekang perlanjutan sistem "dinasti" dalam PKR.

Sebagai pemimpin harapan rakyat, DSAI telah melakukan sesuatu yang cukup bijaksana.

Adalah lebih baik dia meminta isterinya mengosongkan kerusi dari meminta kerusi orang lain dikosongkan.Maklumlah mulut orang....

Tindakan yang baik kearah menghapuskan nepotism dan kroni...

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

Dato' AKJ dan sahabat-sahabat sekelian,

Bagi pihak UMNO ada kemungkinan helah lebih banyak dari perpaduan. Cuba cari rekod perpaduan UMNO wujud ke atau cuma mewarisi semangat "divide and rule". UMNO tak kenal erti perpaduan hakiki, cuma jika ada habuan duniawi - itulah perpaduan. Cuba tak ada habuan seperti di dalam PAS dan Keadilan serta Pakatan, UMNOlah yang dulu cabut lari. NASIHAT : PERJUANGAN, BUKAN USAHA MENUMPUKKAN KEKAYAAN PERIBADI, MALAH CUBA PERKAYAKAN BANGSA DAN NEGARA TERCINTA. Bagi Muslim pula, pertingkatkan penghayatan Islam agar tidak dimurkai Allah swt di dalam usaha membina kemajuan dan kemodenan di dunia, kerana semuanya akan di bawa pahalanya menuju akhirat. DI SANA RUMAH KITA YANG ABADI.

PAS dengan penuh baik sangka menyahut dialog supaya banyak masalah Pakatan Rakyat diselesaikan kerana banyak TIPU HELAH MEDIA yang UMNO lakukan. Pertemuan untuk jelaskan pendirian, BUKAN PENGGABUNGAN PARTI DENGAN ACUAN UMNO. BUKTINYA LIHAT SIKAP MURSYID AAM PAS SANGAT JELAS DAN TERANG SEKALI MENGGAMBARKAN PERJUANGAN DAN PRINSIP BELIAU DAN PAS.

Jika sungguh inginkan perpaduan, BUANGKAN SIKAP PERJUANGAN UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI DAN UNTUK DUNIAWI SEMATA-MATA. Umat Islam adalah makhluk dua alam; ALAM DUNIA DAN AKHIRAT. Mengapa UMNO tak mahu sangat gabungkan kedua-dua perjuangan ini SERENTAK...MENGAPAAAA..???JAWAPANNYA SIMPLE - MUDAH. SELAGI ADA PERJUANGAN UNTUK DAKI DUNIA ITU MELEKAT DI HATI DAN DIRI TIDAK MAHU TUNDUK KEPADA ALLAH SWT DAN SYARIATNYA, GOLONGAN ITU TIDAK AKAN BERJUANG UNTUK KEPENTINGAN ISLAM DAN ORANG RAMAI (RAKYAT).

Dato' dan sahabat2 sekelian, awasilah golongan berkepentingan diri - self interest figures. Mereka dikuasai oleh LINGKARAN HAWA NAFSU DAN SYAHWAT sahaja. Sedangkan PEJUANG TULIN dikuasai kemuliaan AKAL WARAS DAN SYARIAT ILAHI yang menjadi fokus perjuangan memartabatkan bangsa dan Islam yang menjadi anutannya. MANUSIA MULIA KERANA ISLAM, LEMAH MEREKA KERANA MEMINGGIRKAN ISLAM DARI HIDUP MEREKA - 'UMAR AL-KHATTAB.r.a.

Arau

PERLIS DARUS SUNNAH

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

Saudara anonynous,

Saudara menimbulkan "budaya permusuhan" dalam PAS dan UMNO. Saya nak tanya kalau anda diletakkan sebagai seolah-olah "subversif" di dalam percaturan parti di negara demokrasi INI dari sudut media, layanan, kecenderungan, label negatif dan sebagainya diberi UMNO kepada kepada ANDA, apakah sikap anda???...

Pokok pangkalnya hentikan gaya politik FEUDAL ini dari merebak. Kembalikan demokrasi yang betul. Kepada kumpulan PAS pula, golongan yang faham dan terdidik dengan usrah dan majlis ilmu itu insya Allah swt mereka faham. Cuma ada yang bersemangat tanpa belajar di majlis-majlis ilmu tu..ada problemlah. Hakikatnya perjuangan Islam mestilah dengan FAHAM ilmu-ilmu Islam dan sikap yang adil Islam semaikan kepada penganutnya.

Saya sokong sangatlah jika semua orang kembali kepada pendekatan berilmu dan tinggalkan sengketa hanya kerana JAHIL dan BERSEMANGAT yang tak terkendalikan, AKHIRNYA akan merosakkan perjuangan suci. Maaf dengan teguran saya ini.

Arau

PERLIS DARUS SUNNAH

anakbuah said...

Sdr tipulagi,

"kerana dia mengulas cadangan anwar untuk bertanding di Permatang Pauh sebagai bukan anak jantan.. yang mana anwar cuba menang dengan kepopulariti yg ada di permatang pauh.."

# PakLah yg "jantan" sendiri pun kalah kat Penang, nak kata apa lagi? Berani org mcm Najib bertanding di Kelantan atau di Kedah? Kalau mereka buat begitu, mereka kata "bijak". Kalau pembangkang buat, kata "bukan anak jantan"!?? Kelakar....

Anakbuah

mod said...

Tahniah Dato'. Dato telah memberi suatu kupasan idea yang langsung tidak tergambarkan oleh golongan bawahan seperti saya. Ternyata "buah tangan" Tuan Guru masih lagi berbisa dan mampu melemahkan sesiapa sahaja yang cuba menggangu gugat kestabilan dan kesyumulan Islam. Apatah lagi dengan olahan dan penulisan dato yang amat berwibawa. terima kasih.

Anak Muda Reform said...

salam..saudara, mungkin apabila orgh politik berkata, statement lebih banyak dipengaruhi idea2 politik..tapi saya berpandangan, dalam islam tidak ada pemisahan antara agama dan politik, segala percakapan seorang muslim adalah berhubung dengan dosa pahala, syurga neraka, semua itu adalah ibadah yang menjadi perhitungan dalam islam..dan pandangan saya ini ada asasnya, sewaktu mendengar Kuliah Pagi Jumaat tok guru nik aziz di kota bharu, tok guru sering kali mengulang2 kata, jika umno sanggup meletakkan alquran dan hadis sebagai perlembagaan parti, kita akan bubar PAS..so??tak jelas lagi ke matlamat kata2 tok guru ini, sebab inilah cita2nya sejak sekian lama..bahkan islam memang mengharapkan penyatuan di antara sesama muslim..muslim dalam erti kata sebenar, meninggikan kalimah allah ditempat yang tertinggi..dan saya rasa, jika umno sanggup, memang sejarah malaysia bakal berubah sebelum malaysia berubah kepimpinan negara kearah Pakatan Rakyat..wallahualam

CUCU TOK KEDU said...

DKJ

PAS nakkan Muqabalah.
UMNO nakkan pecah belah.
MELAYU diperalatkan oleh Pak Lah.
Untunglah Nik Aziz ingat sejarah.
Kalau tidak Melayu/Islam punah ranah.

http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).