Wednesday, July 10, 2013

Tabung Haji Layan Media Arus Perdana Saja


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

SEHINGGA saat ini, dasarnya adalah Lembaga Tabung Haji hanya memberi kenyataan kepada media arus perdana.”

Demikian jawapan seorang petugas bahagian perhubungan awam LTH kepada pertanyaan yang saya kemukakan melalui wartawan majalah Malaysian Business.

Maksudnya, LTH tidak melayan isu dan persoalan yang dibincangkan dalam media baru dan alternatif, termasuk blog.

Saya meminta wartawan saya menghubungi LTH kerana setelah menyiarkan komen pembahas bagi tampalan bertajuk “Lima Puluh Tahun Tabung Haji” (baca di sini), saya mendapati beberapa daripadanya memerlukan reaksi LTH.

Tetapi sahlah sekarang yang LTH tidak mempunyai dasar untuk berkomunikasi dengan media baru dan alternatif. Namun kita janganlah putus asa kerana adalah kewajipan kita meneliti perjalanan LTH dan menegur di mana patut.

Mereka tidak peduli tidak mengapa kerana seperti kata nenek moyang kita, ada ubi ada batas, ada hari boleh balas. Hari “pembalasan” bagi pemerintah di Malaysia datang setiap lima tahun sekali.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pegawai LTH itu kerana menjawab e-mel Malaysian Business, tetapi mempertikaikan kebijaksanaan LTH hanya berkomunikasi dengan media arus perdana sahaja.

Saya tidak berani mengatakan yang LTH tidak sedar bahawa kebanyakan debat dan analisis kritikal yang berlaku hari ini mengambil tempat dalam media baru dan alternatif.

Wallahualam.


15 comments:

Mohd Zairi said...

TH penuh dengan orang pembangkang. Berdasarkan pengalaman berurusan dengan mereka :)

Prince of Noob said...

dan mungkin sekarang dia hanya akan layan utusan malaysia sahaja...

pak abu said...

x leh pakai juga minda terkongkong lagi..

Unknown said...

"Big boys only entertain big media". Mereka tidak sedar ia bermula dari tabung buluh kini kepada tabung haji.

zainal abidin awang kechik said...

SALAM TOK ...

AGAK KASAR BILA SAYA BERKATA DI RAMADAHAN INI.. TABUNG HAJI TIDAK MAMPU MEMBUKTIKAN TABUNG HAJI TIDAK RASUAH DALAM URUSAN HAJI..

BERTAMPA SIKSA SYARIKAT SWASTA HAJI MEMINTA SEDEKAH DARI TABUNG ..

YA ALLAH SEJAHTERAKAN LAH TABUNG HAJI.

nota " SAYA Tanya azeez baling.. DIA kata tun Mahathir SUKA DIA JADI JADI pengurusi ..

ASHAMSURI said...

saya tak rasa LTH tidak tahu kekuatan media baru / sosial pada hari ini Dato'. Ini kerasa Pengerusinya juga kita kenali sebagai seorang yang giler dgn kamera..tangkap dan posting di fb hehehe..

Lahuma said...

Dato.

Kenapa LTH tak layan Dato punya wartawan.

Jawapnya mudah sahaja kerana Chairman LTH yang baru dilantik belum beri lampu hijau lagi.

Dato guna lah wartawan-wartawan media perdana untuk mendapatkan maklumat berkenaan.

Suruh mereka utarakan pada LTH.
RTM/TV3/Utusan/Berita/Bernama.

Sudah tentu wartawan ini akan tanya masa PC dengan Jamil Khair .

Begitulah Dato .Lagi pun Dato sudah bersara dari media perdana.Sekarang hanya tokoh wartawan sahaja,Siapa nak pandang.Macam di Malaysia bila sudah bersara langsung mereka tak hormst.

Jangna kata LTH .Yang lain pun lebih kurang sama juga lah.

Betul .Ada ubi ada batas.Ada hari ubi hidup tanpa batas.

Terima kasih.

Unknown said...

tak hairan servis dikaunter th masih ditahap tahun 80an

Rawa lanun-Bahasa said...

The Scribe
Salaams


Kalau bising-bising pasal LTH saya rasa kalau TH dapat take over Bank Muamalat atau lesen megabank saya rasa berbaloilah bising-bising.

Nak buat haji semakin sukar; mahal pula
lagipun mekah dapat menampung hanya 2 juta yang nak buat haji dengan selesa;
Sekuriti penting untuk Raja Saudi Arabia;
TH tak penting bagi UMNO si-Mohd Najib Tun Abdul Razak;
pesaingan sehat untuk siapa sheikh haji Malaysia - betul tak?

TSNor MY peduli apa bukan tak faham. MAAF - kuasa terbatas.


Tahniah dan Terima Kasih bebanyak
LTH semasa Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor TH Chairman


salam hormat

Lembah Tasnim said...

Salam Tok Kadir..


Saya menyimpan di TH sejak 12 tahun lagi dengan menggunakan duit belanja sekolah dan lain-lain kerana dipaksa olih datuk saya, walau pun saya menangis tak nak tetap dipaksa jua, sudah melebihi 40 tahun menyimpan hingga hari ini.

Saya tidak tau kenapa datuk saya beriya-iya benar maukan saya menyimpan di TH, "bagus" katanya.

Itu cerita dulu.. Ketika TH dipercayai.

Setelah 50 tahun dan harta pun sudah 36 bilion LTH jadi sombong, tak terima teguran ikhlas dari
penyimpan.

Semoga Datuk dan pembahas semua panjang umur dapat melihat apa yang akan berlaku di LTH.


TQ Tok..

A KADIR JASIN said...

Pembahas Lembah Tasmin dan semua pengulas.

1. Bukan soal nak cabar Mohd Najib saja membuatkan orang Umno dilema dan hipkrit. Dalam hal pelantikan pengerusi LTH pun banyak yang dilema dan hipokrit. Di belakang kutuk dan tuduh habis-habisan bahawa yang dilantik itu guna pintu belakang aka cium tangan tapi di depan sokong cadangan Tun Dr Mahathir supaya jawatan presiden dan timbalan tidak dipertandingkan.

2. Yang mengomel kata pemilihan pengerusi LTH tidak tetap itu bukan orang macam saya, tapi bekas menteri dan bergelaran Tan Sri.

3. Kalau sokong Najib, janganlah dilema dan hipokrit kerana lantikan pengerusi LTH itu dibuat oleh Najib. Terima dan sokong sajalah.

4. Tetapi kalau tak setuju dan Najib tak dengar cakap, biarlah Muhyiddin atau Ku Li ka cabar beliau.

5. Atau Tan Sri bekas Menteri nak tunggu Umno ditolak dalam PRU akan datang baru nak buat perubahan?

6. Saya rasa Umno tidak mampu buat perubahan hinggalah kalah pilihan raya macam yang terjadi kepada Kuomintang (Taiwan), LDP (Jepun) dan Congress (India). Lepas kalah baru berubah.

7. Belum terlambat selamatkan LTH. Caranya kita memerhati setiap gerak langkah dan tindak-tanduk Lembaga Pengarah dan pengurusannya dan kita pertanggungjawablkan Najib dan Menteri Agama Jamil Khir dengan apa saja keburukan yang mungkin berlaku. Hold them accountable!

Terima kasih.

cili padi said...

Dato

Hidup ibarat roda, mungkin sewaktu menjadi ketua di NSTP zaman Mahathir dulu mungkin Dato juga ada terbuat begitu kepada pihak lain tanpa sedari.

abdullahngah said...

Bukti sejarah yang tidak boleh dinafikan lagi bahwa Najiblah yang bunuh KOBENA.

Anwar cuba selamtkan KOBENA, tapi tak selamat selamat juga hingga hari ini.

Tidak mustahil Tabung Haji pula akan jadi mangsa.

Kerana sudah ada tanda tanda yang tabung haji akan diminta berlabur di Afrika negara anak cucu Yakjuj Makjuj yang akan rosak dan buat bencana atas muka bumi Allah ini.


namzaMN said...

pelantikan orang politik dan bekas menteri dalam glc ini berbaloikah. risau dihumbannya glc ni. mengapa tidak diambil orang profesional

Unknown said...

Teruskan usaha Dato' menyampaikan pandangan/komen yg membena lagi bernas untuk kebaikan ramai yg cintakan kebenaran walaupon pahit.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).