Thursday, November 21, 2013

YB Shahidan, Siapa Labur Siapa Lebur?



A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

Maria Sharapova di Tenis Terbuka Qatar. Terima kasih Sdr Lembah Tasnim


KALAU laporan media atas talian (online) tepat, maka bolehlah saya membuat kesimpulan iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim telah mencabar wartawan agar menjadi agen penggalak pelaburan.

Saya rasa, wartawan dan media massa sudah pun memainkan peranan itu. Bukankah laporan positif media massa tempatan selama ini telah membantu meyakinkan pelabur dalam dan luar untuk menanam modal di negara kita?

Itulah peranan wartawan – menulis berita dan bukan menjadi wakil negara untuk menarik masuk modal asing.

Lagipun, mana ada wartawan yang ada jet peribadi atau boleh guna jet eksekutif milik negara untuk ke sana sini menggalakkan pelaburan?

Tumpang sekali sekala tu ada lah. Itu pun kalau Perdana Menteri atau menteri ajak.

 

Rakyat Susah Nak Percaya. Tahun 2007 Pak Lah nafi beli pesawat ini dengan harga AS$55 juta. Sekarang terpampang depan mata.



Shahidan yang jaga hal ehwal Parlimen, antara lain, telah dipetik sebagai berkata kepada wartawan: “Jika kamu seorang yang baik, kamu akan membawa pelabur ke sini. Kamu telah mencipta banyak kebencian terhadapnya.”

Terhadapnya dalam konteks kenyataan Shahidan itu merujuk kepada isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Rosmah sekali lagi bermandi cahaya lampu limpah apabila beliau menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk menghadiri persidangan tidak rasmi di Qatar baru-baru ini.

Label tidak rasmi itu datangnya daripada MP Pengerang, Azalina Othman, yang khabarnya turut sama dalam rombongan isteri PM itu.

Kontroversi jet eksekutif itu berlaku hanya beberapa hari setelah Parlimen dimaklumkan yang penggunaan pesawat milik negara oleh pemimpin politik dan pembesar tahun lalu menelan RM182 juta duit negara tahun lalu.

Pada mulanya Shahidan memberitahu Parlimen yang Kabinet membenarkan Rosmah menggunakan pesawat itu.

Kemudian semalam dia berkata pula bahawa mesyuarat Kabinet yang memberi izin kepada Rosmah menggunakan pesawat itu dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Mohd Yassin.

Shahidan dilaporkan sebagai berkata bahawa penampilan negatif media baru terhadap Rosmah boleh menyebabkan pelabur tidak mahu datang ke negara kita.

Katanya: “Maafkan saya, awak tidak berlaku adil kepadanya. Jika kamu seorang yang baik, kamu akan membawa pelabur ke sini. Kamu telah mencipta banyak kebencian terhadapnya. Pelabur akan takut untuk datang ke sini.”

Beliau menambah: “Beliau (Rosmah) telah membina negara ini.”

Kita boleh bahas hal ini sebab itulah demokrasi, ketelusan, keterangkuman dan rakyat didahulukan.

Shahidan boleh mempertahankan Rosmah dan pembangkang boleh mempertikaikannya atas prinsip sekatan dan imbangan (check and balance).

Dengan perwakilan yang lebih besar dalam Dewan Rakyat, pembangkang akan dikutuk dan dianggap gagal sekiranya tidak bersuara.

Kita rakyat jelata pun boleh berbahas, membuat andaian dan kesimpulan. Kita wajib bersuara kerana ini negara kita dan duit yang kerajaan belanjakan adalah duit kita.

Janganlah terlalu gundah gulana. Tidak sampai lima tahun dari sekarang kita boleh pangkah semula, insya-Allah. Cuma yang kita takut adalah dalam jangka masa itu banyak yang dipelekuh. Wallahualam.

64 comments:

Hanezam said...

Salam semua,

Sampai ke tahap ini kaduk dah naik junjung, rakyat jelata tetap tak boleh buat apa-apa, kan ? Tengok sajalah.

JohorMali said...

DAKJ,
Talking about politicians having exceeded the shelf life, the subject of your article is representative of such.
But come to think of it, maybe he is of use to Najib to be at the forefront to face the marauding lions ever so eager to pounce on a slightest faux pas of UMNO/ BN in general or Najib in particular.

ab said...

Salam dato,



WALAU APA PUN, dan walau panjang mana pun dan kuat mana pun suara penerangan, saya kata itu masih TAK BETUI jugak.



PM SEHARUSNYA menolak keizinan kabinet tersebut...., dalam hal ini dia pun setuju,MAKNANYA DIA PUN BERSUBAHAT juga membiarkan isterinya MENGGUNAKAN HARTA KERAJAAN MALAYSIA untuk isterinya dan dan rakan rakan nya.



ITU yang dinamakan conflict of interest, atau pelekuh ikut kemahuan sendiri...ni nepotism ka wifeism?



Sebagaimana saya tulis sebelumnya , isteri PM bukan satu jawatan didalam kerajaan Malaysia.


BOLIH TOLONG BAYAQ BALIK SEWA KAPAI TERBANG,SEWA HOTEL,BELANJA MAKAN DLL untuk rombongan tu ....eh, kan mereka ni kaya raya, kalau sikit seciput tu,no hal punya....



Eileh... PM pun bolih bayaq balik in cash anytime,tak gitu?


Abu Bakar Ab Rahman




OKJ said...

Salam Dato’ A Kadir Jasin

Semasa saya di Dubai, saya ada makan tengahari di kedai Pakistan dekat Gold Soak. Tak nampak seorang pun Pak Arab makan dekat situ. Tapi, apaibla saya pergi ke Dubai Mall, rupanya, penuh dengan Pak Arab sedang makan & minum dekat Starbucks café. Dalam hati sayalah, Pak Arab memang menitik beratkan status mereka.

Ini baru Dubai UAE, belum lagi Qatar. Sebabnya, kalau Arab Saudi terletak ditengah-tengah telaga minyak, Qatar pula terletak di tengah-tengah telaga gas asli. Masa saya berborak dgn staff duta kita di Qatar, beliau berkata reserve telaga gas asli mereka dari 160 hingga 300 tahun lagi baru habis. Bayangkanlah betapa kayanya Qatar.

Jadinya, untuk berniaga dgn Pak Arab ni, status memang kena jaga. Maka sesuailah Datin Seri Rosmah pergi ke sana menaiki kapalterbang Malaysia mewakili Malaysia ke persidangan saudagar-saudagar kaya di Qatar atas jemputan mereka. Apa yang salahnya?

Yg salahnya ialah, kalau beliau pergi naik “Commercial flight”, buat malu Malaysia je. Status negara kenalah jaga terutamanya kalau nak menarik pelabur asing. Kita kenalah “study” dulu siapa “client” kita kalau “business” nak maju. Kalaulah Dato’ masih ingat pepatah melayu; “masuk kandang kambing, mengembik; masuk kandang harimau, mengaum”.

Akhir kata, maaf cakaplah, agak-agaknya, kenapa tiada pelabur Arab melabur di Kelantan dah lebih 2 dekat, yg katanya negeri serambi Mekah? Sekian TQ.

Competente said...

Datuk,

After talking about "Apes" and the Billion-Ringgit Consultants, now about another heavy spender of the tax-payers' coffers?


-Competente-

zainal abidin awang kechik said...

MAHA SUCI ALLAH MAHA MENGETAHUI.
SELAMAT BERJUANG TOK

awang batuburok said...

Salam dato,

rakyat berhak bertanya kenapa harta negara disamun begitu rupa oleh pembesar2 negara dan keluarga mereka.

Namun amat malang sekali tidak ada penguatkuasaan undang2 menyebabkan rakyat menjadi "ayam daging" yang boleh dijual dengan harga kurang dari rm5 sekilo setiap kali PRU dan PRK diadakan khususnya rakyat diluar bandar.

sujini said...

Datuk,

1. Sekiranya dalam mesyuarat ahli kabinet yang dipengerusikan oleh TPM telah meluluskan DS Rosmah mengguna jet eksekutif untuk tujuan menyampaikan ucaptamanya di Doha maka apa isunya?

2. Kalau Dato' Shahidan mempertahankan DS Rosmah munkin beliau peminat tegar DS Rosmah.

3. Saya kira jika parti pembangkang yang memerintah mereka juga akan menggunakan kuasa kabinet untuk meluluskan itu dan ini.

4. Sekarang di Malaysia apa pun boleh terjadi dan tidak menjadi hairan.
Diantaranya:-
i. Akhbar New Straits Times tarik balik kenyataannya yang melibatkan Bersih 2.0,Suaram CIJ dan Merdeka Center menerima dana dari luar negara untuk menjatuhkan kerajaan.

ii. DS Anwar menyangkal beliau berkata terdapat 40,000 rakyat Bangla mengundi semasa PRU13.

iii. DS Anwar menuduh Ghani Patail dan Shafee Abdullah adalah agen CIA.

iv. Kerajaan Malaysia hanya hantar surat bantahan kepada Obama selepas beberapa lama berita terbongkar mengenai berlakunya kegiatan pengintipan melalui kedutaan Amerika dan Australia.
Lain pula cerita dengan kerajaaan Indonesia yang memandang serius mengenai pengintipan ini. Kerajaan Indonesia serta merta menghentikan segala perhubungan diplomatik dengan Australia.

5. Gamaknya rakyat telah tersalah pilih calon semasa PRU13 yang lepas. Calon yang dipilih sebenarnya bukan pemimpin tetapi pelakon popular Berita Harian, pelakon terbaik Anugerah Skrin TV3 dan yang terkini selebriti popular Shout Awards.

Nak buat macam mana, Datuk?

Unknown said...

Aslkum Dakj

Shahidan jawap dalam parlimen kata kak ros pergi atas urusan rasmi.

Agaknya nak serah kad jemputan pd PM Qatar lawat Malaysia.

Zaman Mahathir dan Dollah tak pernah pulak isteri PM kena hantar kad jemputan bagi pihak kerajaan.

Hairan jugak. Kita mungkin tak perlu Duta buat kerja.

Walaupun pun aturcara lawstan kak ros yg lain tu macam peribadi tapi kerana secebis kad undangan maka pengunaan wang rakyat dah jadi halal.

Ha ha ha the boleh land. Maklum lah rakyat terutama orang Melayu kaya raya

Tapi si Azalina pulak kata lawatan kak mah bukan rasmi. Siapa yg cakap benar?. Bagaimanapun tapi kabinet yg dipengerusi TPM waktu tu murah hati beri izin kak mah dan the gang guna pesawat rakyat.

Yg dah tentu saham TPM dan Shahidan naiklah ye. Terutamanya Shahidan , siap boleh tegur wartawan pulak sebab tak cukup kipas. Macamlah pelabur2 tu bodoh. Atau tektik basi Shahidan nak minta sokongan pengundi yg 46% tu.

Soal Shahidan mungkin berbohong dalam parlimen ( kalau kata Azalina tu betul) bukan hal besar. Speaker kan ada kuasa diktator yg boleh merugikan PR tapi tidak terhadap UBN!.

Ada sesiapa nak buat laporan Polis atau pd SPRM?

Simpanlah masa dan tenaga anda untuk tujuan yg lebih bermanafaat.

Satu hari Allah akan selamatkan jua negara drpd lanun2. Mari terus berusaha. Berdoa je tak cukup.

maae said...

Salam Datuk,

Jika kita tidak belajar dari kesilapan, dari apa lagi? atau dari keangkuhan ?

Politik Malaysia memang penuh persepsi. Persepsi benar dan persepsi penipuan semata-mata. Memainkan sentimen perasaan rakyat. Suka tidak suka wujud nya watak belakang tabir yang sentiasa mengabui keadaan.

Bagaimana menjadi maju dari serba serbi jika dasar-dasar nya hanya platfom aksi fantasi ?

Bila pangkah memangkah begitu asyik di kalangan pelakon-pelakon politik, mana lagi ruang yang di beri untuk rakyat memangkah secara waras..... realiti nya tokoh-tokoh pilihan dahulu hanya puaka belaka.

Jangan ada yang asyik teringin jadi tuhan haron sudah lah.

Lahuma said...

Dato.

Shahidan .Dia jalankan tugas kerana menjaga nama baik majikannya.Demi poket dan uncangnya.Itulah caranya kalau hendak hidup lama dalam kerjaya politik.Politik juga adalah satu perniagaan.Bukan pertanian saja sebagai perniagaan.

Mengenai wartawan saya tengok ramai yang hidup dibawah paras miskin.Penerima tetap BRIM.Kereta pun kancil saja.
Lebih malang ada wartawan yang kerja tanpa KWSP,Perkeso ,Insuran dan sebagainya.Dalam agensi media kerajaan pun ada keadaan begini.

Wartawan pun macamlah juga orang politik.Ada yang senang.Tetapi ramai yang bawah kemiskinan.

Dato,

Dengan suasana yang ada kini.Segala maklumat sudah tiada rah sia lagi.Cerita siisteri gedik lebih pun belum reda..

Kabinet pun meraka punya.Buatlah apa yang mereka suka.Barangkali kabinet sama dengan kabinet dapur.

PRU 14 masih jauh dan lambat lagi.Pengundi mudah lupa.Terutamanya orang kampung.

Yang ini Ketua Odit Negara tak buat pemeriksaan kah.Tak pernah dengar pun laporan mengenai hal ini.

Penoreh getah sedang berehat panjang kerana musim hujan.
Orang buat bendang mengeluh ancaman siput gandang dibendang.
Pekerja kilang sudah ada yang gelisah kerana ada yang menanti untuk ditamtkan kerja .
Pegawal keselamatan berpakaian segak tetapi gaji murah.
Suami isteri pendidik muda tekanan jiwa.Isteri di Sarawak /Suami di Perak.Anak kecil dijaga nenek tua.

Seronok jadi pemimpin kerana selalu bermandi cahaya.

Terima kasih Dato.

Unknown said...

Mereka semakin sombong sekarang ni. Orang yang sombong tak akan faham kenapa orang lain meluat dengan mereka. Api sudah membakar sekam

Kampong man said...

Salam Dato,

1.It is IMPROPER for our first lady to be using government private jet for use in a function of not national interest, without cabinet approval,period.

2.Rosmah could have used MAS first class flight and get away with this controversy. However, she is an abitious lady with brains.She eanted to contribute more as a PM wife.She came from an elite school TKC , graduate from University Malaya(Social Antropology) and did her Masters (Education) in Louisiana States University.

3.Coincidently, I know her from far.We were neighbours in Gedong Lalang, Ampangan, Seremban in the early 80's and was even invited to her wedding reception (Feb 1986) with Najib.

4.She was married to my current office partner Mr AANC (Sorry folks not Farid Ismeth the newscaster OK) who was a head of Reservoir Engineering in the E&P Division, Petronas in 1975.Petronas commenced business in 1974 through Petroleum Development Act (PDA) 1974.Mr AANC was an engineering graduate from Camborne Scholl of Mines, Cornwall, UK - a famous school and did his Masters in Petroleum Eng from Louisiana States University as well.AANC is a respectable name in O&G a very polite, intelligent, religious and a down to earth man.He was married to Rosmah for 10 years and had two beautiful children.Jodoh hanya sampai disitu sahaja.AANC never talk bad about his ex wife and never seek any favours from her.We are O&G professionals. Enough said.

5.PERMATA is a noble cause for the development of our children. Rosmah initiated it and she is the current Penaung. "Setiap anak PERMATA Negara".Satu usha murni.PERMATA kini diserapkan di dalam JPM dan perolehi sumbangan dari kerajaan. Politicians are politicians always on the look out for political mileage on controversial issues so are some bloggers Dato.

Sekian, terima kasih Dato.

jab sp said...

Dato'
Ada orang makan tengahari di Dubai.Kemudian pergi pula Qatar.Lihat kemewahan disana.Orang kaya lah tu.Tetapi Dato',orang kaya tidak semestinya kaya dengan fikiran.Dikala kita sebok dengan persoalan "siapa Rosmah" yang melayakkan dia gunakan JET KERAJAAN atas urusan peribadi,masih ada yang terngaga dengan penuh ketaksuban atas peluang kaya kaya kaya yang dimilikinya.
Maaf Dato',jika yang gunakan jet itu,Rosmah merangkap secara rasmi Menteri yang dilantik,lantaklah dia naik apa sekali pun.
Dato',tranformasi apakah ini.
Berbalik pada Shahidan,nampaknya saling berganti menteri yang tidak berapa cerdik yang sengaja dibuat buat diminta olih Najib untuk menjaga hal ehwal parliment.Kalau jawab yang benar,akan ada soalan yang merimaskannya,so jawablah supaya ada hati yang bakal sakit dengan jawabannya.Menteri menteri ini telah menjadikan parlimen sebagai gelanggang sarkas,sama label dengan beberapa MP tak kira dari BN atau pembangkang.Hansard akan kekal dan ia bukan bukan RASHIA RASMI sebagai mana Kertas kabinet.So,bohonglah kamu wahai menteri menteri kerana RAHSIA RASMI menyelamatkan kamu daripada terdedah bahawa kamu memang pembohong(atas jawaban).

Azmi Bakri said...

Melihat kpd foto2 yg terpapar dlm FB kedutaan di Doha, begitu ramai & besar rombongan yg mengiringi Rosmah di luar negara. Ahli tetap spt VC UKM, Azalina wife si polan si anu dll. Tak mungkin pemergian ini ditanggong sendiri melainkan guna duit awam.
Org yg mengiringi Ros ke luar negara bukan kosong2. Byak yg ambik peluang melobi.. Kabarnya surat pelantikani Fuad Jarkasi jadi Pengerusi Felda ditarik balik kerana isteri isa samad yg turut menyertai rombongan, melobi supaya isa disambung. Hebat bebenau org pompuan ni....
Begitu jugak kpd bos2 lain yg nak tamat kontrak. Kontrak VC UKM sudah berapa kali sambung & silap2 kekal. Dah jadi KUP khas utk pemyandang.
Kita berbuih berckp di luar. Kita riuh berbunyi. Kita bertempik menegur pemimpin. Nampaknya mcm mencurah air di daun keladi. Makin ditegur makin menjadi2...

joe black said...

Dato'

Pembaca Dato' sangat teruja dengan kekayaan kerajaan dan rakyat Qatar. Dan pihak kerajaan pula sangat bangga dengan betapa terkenal nya Rosmah dengan Tok Arab Tok Arab yang kaya raya ditimur tengah.

Jika ini semua benar kenapakah Kerajaan Qatar tidak hantar Salah sebiji Private Jet Mereka untuk Mengambil dan menghantar Rosmah untuk perjumpaan di Negara Tersebut. Kan Mereka Amat Kaya dan Rosmah Amat Terkenal degan Kepandainnya? Jet Jet private diQatar macam teksi biasa tak kan tak bolih spare satu untuk Rosmah?

jebat said...


Salam DAKJ,

Kejujuran pemimpin ?

Mari kita imbas semula cerita Sayidina Omar Al Khatab ketika beliau melayuani kunjungan Govenor Mesir di ISTANA NEGARA di Madinah.

Apakah pemimpin kita yang terpelajar seperti NAJIB (AH JIB GOH) dan Mahyudin (anak seorang guru agama ) tersohor, tak menghayati cerita ieu ?

Tak heran lah MLAYSIA menuju keleburan nya menjelang 2050.

ALLAH telah menunjukkan kita contoh contoh terdahulu.

ALLAH TUTUPKAN HATI MEREKA, MATA MEREKA, DAN PENDENGARAN MEREKA. DAN BAGI MEREKA AZAB YANG PEDIH. (Surah Al Baqarah).

RD. said...

Alangkah baik dimata Rakyat, jika kerajaan tidak membenarkan isteri PM menonjolkan diri atau mencampuri urusan pentadbiran. Memadailah setakat aktif di dalam pertubuhan seperti BAKAT dan Pandu-Puteri.

Tidakkah rakyat sakit hati, jika mereka diminta berjimat-cermat tetapi pada masa yang sama melihat pemimpin berbelanja WANG Negara secara boros dan bergaya mewah?
Adalah bijak jika DSRosmah dan gerombolannya pergi dengan penerbangan commercial.

Ghab said...

It may be a figment of our imagination that the Prime Minister to relying on the counsel of his wife and so far the PM himself has not responded and admitted. Thus the imagery of fabricated perception makes matter worst by which of rhetorical and contradictory is in perspective.

However, since much of the communication between Najib and his wife is private and personal, it is reckless yet impossible to assess the role of his wife is interfering or soliciting in the decision making of her husband. It must be that the abuse of her privilege as wife of the prime Minister too.

Which left us behind to wonder, wife of the Prime Minister is not addressed in the Constitution and not an elected member seems to have the uncalled privileges. Taking the husband and the country for a good ride is thought to be Rosmah's misgiving. She travelled in the US 55 million luxurious jet belongs to the Government of Malaysia "She should be going by ship or fly with the commercial airline Man!" In addition to that, "You know! It costs the Rakyat a fortune to fly her to Qatar and return!",  "It is a shame, she has done it again", "we are furiously mad of her doings, we know what to do when the time comes in about five years time", so what?

But the role of the Prime Ministers' wives have shifted and formalized over the years from housewife, serve as  hostess and to public services. The role of the Prime Minister wife has grown. She is not merely a housewife anymore. She is also representing the country. The fact is, many were misrepresented by rambling about and then condemning her to the gallows.

Great minds discuss ideas 
Average minds discuss events
Small minds discuss people 

This above quotation has been pondering in our mind since reading a rack of articles written about Najib and Rosmah. It has gone beyond the ideal, "All man are created equal". A lesson that is to be learned, great minds do not need to gossip or belittle others. How in the hell to learning for a 'free mind and moderate mind' to deal with this approximation? 

Small minds discuss people by injecting emotion, selfishness and jealousy. With the intention to put others down by idiom in blowing his own trumpets, more or less with an narcissistic sense. Indeed, great minds discuss the underlining cause and effect of its ideas. The event and after the event is the discussion of an average mind. But no one can fit into only one category even with the smallest mind. I guess the smallest mind with moderation has its moment of fleeting greatness.

ali mamak said...

APA ADA PADA NAMA???

R.O.S.M.A.H...Ramai Orang Suka Malaysia Akan Hancur..

rakyat malaysia harus berwaspada dgn org nama rosmah..

ReentryCapsule said...

Nak menangis baca statement penjilatan Shahidan.
Wooooo....Wooooo.....

Abgbent said...

Salam Datuk AKJ,

Mohon izin untuk memaparkan pandangan di sini Datuk.

Perkara tersebut harus dilihat secara serius oleh Kerajaan kerana ianya memaparkan Foto Integriti.

Selain itu, paparannya juga memperlihatkan seolah-olah pihak Pemerintah kurang berminat menanggung bersama masalah rakyat khususnya berkaitan dengan ekonomi iaitu kemiskinan, di mana rata-rata rakyat merasainya sekarang.

Ceritera sebegitu menguatkan lagi dengungan seolah-olahnya parti Pemerintah membelanjakan duit negara sesuka hati, sewenang-wenangnya.

Sedih! sungguh menyedihkan.

Abgent

din klang said...

Salam Dato

Kalau kita nak harapkan wakil rakyat atau ahli parlimen kita baik dari BN atau pun PR berbahas demi rakyat macam tahap din melaka... Alamat nya tak lama lagi Malaysia jadi macam kelantan lah... Jenis minda mundur ke belakang kelas tiga.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Dikaca mata sorang blogger UMNO ni asalkan Rosmah dah dapat izin kabinet maka semuanya dah jadi ok dan sesiapa pun tak perlu pertikai.

Jalan pemikiran spt inilah yg boleh menjuruskan kantong negara cepat kosong.

Blogger ni lupa kabinet tu cuma hamba rakyat yg sepatutnya menjaga amsnah dgn sejujurnya .

Inilah bahananya kalau dpt kuasa pun dgn cara haram. Jadi selagi boleh bedal depa pun bedal.

Kerja menghalalkan tabiat buruk merka jadi lebih mudah kerana semua aparatus kerajaan patuh. Dgn habuan secukupnya maka polis , hakim, SPR,SPRM, pegawai kerajaan, pengarang akhbar dan peguam kanan kadang2 cekap kadang2 bengap bergantung pd situasi dan kondisi

Nasib baik Allah ada sediakan Syurga yg dikhaskan untuk manusia yg masih ada maruah serta tak akan tunduk pd pemerintah zalim..

Rakyat Melayu yg sokong kerajaan UBN majoriti 46% bagaimana pulak?

Unknown said...

Aslkum Dakj

Sdr RD

Hari ni Azmin Ali ahli parlimen Gombak dakwa bukan pertama kali kak ros guna pesawat rakyat tanpa suami.

Kalau kenyataan Azmin tu tak benar maka itu fitnah namanya.

Tapi saya percaya Azmin ada bukti menyokong pernyataannya.

Siapa tak kenal kak mah.

Lembah Tasnim said...

Salam Tok..

Kalau orang secantik MARIA SARAPOVA yang pernah main tennis di Qatar Open 2013.. jadi wakil Malaysia nak tarik pelabur Arab.. adalah jugak harapan..

Nasiblah..

TQ Tok..

Anonymous said...

Hahahahaha! Hahahaha! OKJ, kalah tak apa, gaya mesti ada. Kalau macam itu, boleh tak OKJ bayar 80% income tax untuk biayai perbelanjaan Losmah.

I got a solution for Rosmah. Ask Azalina to duck off from Penggerang & let Rosmah stand for MP. Then appoint her as Deputy PM by asking Muhyiddin to vammosse

Aiyo....Then Losmah & Lajib can do las chicos con las chicas in Dubai. Chicos = Boys, Chicas = Girls

https://www.youtube.com/watch?v=PQWsAvaSMEE

anti syaitan said...

Politik "kitchen cabinet" sedang berlaku di mana-mana...dalam umno,pas,pkr maupun dap. Semuanya sama saje. Pengikut yang bodoh dan taksub kapada individu pemimpin parti terus diperbodohkan dengan slogan dan retorik kosong. Amat malang politik di Malaysia sudah merudum mcm ranking pasukan bolasepak negara sudah berada di tahap corot dibelakang zimbabwe, myanmar, bangladesh dll.

ku_seman said...

Baru hari ini saya tahu bahawa tugas wartawan adalah membawa pelabur ke negara ini. Ini yang perlu diajar kepada pelajar yang mengambil jurusan kewartawanan bahawa menjadi wartawan bukan lagi menukis tentang perihal rakyat seperti zaman dulu. Wartawan sekarang tugasnya lebih tinggi daripada menteri untuk menarik pelabur ke negara ini.

Mengenai ungkapan Shahidan bahawa Rosmah membina negara ini, saya fikir tidak perlu diulas. Shahidan tentu lebih tahu daripada kita kerana dia menteri di jabatan perdana menteri, orang yang paling dekat dengan perdana menteri.

Saya teringat saranan Datuk Kadir dulu suruh Rosmah bertanding dalam pilihan raya. Saya fikir itu saranan yang bernas sekali kerana dengan masuk pilihan raya dan menang Rosmah boleh dilantik sebagai menteri. Sebabnya apa yang dibuat sekarang adalah tugas menteri.

Tak ada salah dan peliknya kalau Rosmah bertanding dan dilantik jadi menteri. Lebih pelik pula sekarang bila Rosmah yang tak ada jawatan membuat kerja kerja menteri. Untuk PRU 14 Rosmah perlu bertanding supaya peranan untuk membina negara boleh dilakukan tanpa boleh dipersoalkan oleh sesiapa.

Lagi pun kita kekurangan menteri wanita, Shahrizat pun dah tak mahu jadi menteri. Kerana potensi luar biasa Shahrizat Perdana Menteri lantik dia jadi penasihat hal ehwal wanita hingga menteri yang ada seolah olah berada di bawah Shahrizat. Tak mengapa, itu kuasa Perdana Menteri.

Saya fikir kalau Rosmah diberi jawatan yang jelas misalnya jadi menteri , pembangkang kehabisan modal untuk serang Perdana Menteri dan Rosmah. Tetapi sekarang mereka ada peluang sebab Rosmah tak ada jawatan tapi macam ada jawatan.

ku_seman said...
This comment has been removed by a blog administrator.
joe black said...

Nampaknya Rosmah bukan Sahaja amat popular dengan Cabinet Malaysia bahkan juga popular di dunia Antarabangsa dengan project Pelajaran untuk kanak kank otak geliga dan preschool. Dia memang lebih terpelajar dari DPM dalam bidang Education.

Untuk tidak lagi menumbul komplikasi masa depan dengan kegunaan harta kerajaan lebih baik Najib melantik Rosmah sebagai DPM mengganti Muhyideen dengan alasan Rosmah lebih terpelajar dan popular dari Muhyideen. Dengan ini maka Rosmah juga bolih mempengurusi meeting Cabinet jika perlu. Sudah tentu beliau akan berusaha untuk memajukan lagi Malaysia menerusi Cabinet dan badan badan kerajaan.

A KADIR JASIN said...

Sdr Joe Black,

1. Saya harap Sdr serius mengenai pelantikan DSRM sebagai Menteri Pelajaran.

2. Saya banyak kali cadangkan dia bertanding PRU, jadi ahli politik bona fide dan dilantik ke jawatan penting. Mungkin sebagai pawaris jawatan PM.

3. Belum terlambat. Suaminya boleh labtik dia sebagai senator dan lantiknya ke Kabinet.

4. Nak lantik DPM pun boleh sebab ada ura-ura, cakap-cakap dan desas-desus Muhyiddin dah penat, dah letih.

5. Sekadar maklumat, semalam saya dan Tun Daim melawat Tun Dr Mahathir di IJN. Ketika kami sampai, beliau sedang menulis. Syukur Alhamdulillah beliau sudah banyak pulih.

Terima kasih.

azhar said...

salam DAKJ

menteri tanpa jabatan dan lantikan.

tapi tugas rasmi,kemudahan kerajaan setaraf PM.

RD. said...

Saya rasa Najib mahu meniru semangat Nepotisma yang diamalkan oleh ketiga-tiga Party dalam Pakatan. Mungkin Najib segan dengan Tun Dr.M yang melarang anak-bini beliau bergiat aktif dalam UMNO, selagi beliau PM.

Jika diamati nepotism dikalangan ahli politik pembangkang, ada baiknya juga Najib mencalonkan isteri dan anak beliau betanding PR14 nanti. Sudah tentu issue Nepotism tidak akan timbul, kerana mereka pun mengamalkannya.

Saya berpendapat, Najib tesilap langkah PRU13 lepas, dengan meletakan ramai calon dikalangan 'Penasihat' beliau. Dari berbelas orang, hanya satu yang menang di Kuala Selangor. Ramai orang tidak sedar hakikat ini.
Sepatutnya Najib/kabinet lebih berani melantik isterinya sebagai Senator atau ke dalam kepimpinan UMNO, jadi tiada masaalah membenarkan isterinya mengetuai gerombolan guna pesawat kerajaan. Jika PKR membuat perlantikan 'Ketua Umum' yang tidak dipertandingkan, apa masaalahnya Najib melantik isterinya sebagai Senator.

Saya tak hairan pun, jika Din Melaka kata, yang Azmin Ali berkata, Rosmah sudah banyak kali naik pesawat kerajaan tanpa suami. Ahli Parliment memang dibenarkan berkata apa pun di Dewan tanpa takut disaman. Karpal Singh dan Mat Sabu pun pernah menuduh Anwar Ibrahim di Parliament.

Buah Kerdas said...

Leluasanya kebobrokan tingkah-laku kalangan yang berkuasa menjelang fasa kehancuran kuasa mereka adalah fenomenon yang terus berulang dalam sejarah tamaddun manusia.

Menjelang kejatuhan Melaka dahulu, Sultan mabuk dengan kelazatan dunia diuliti oleh pembesar negara yang bermuka-muka, korup dan menyeleweng. Sultan terakhir Empayar Ottoman juga sedang mabuk dengan kelazatan dunia semasa pembesar dan orang-orang kepercayaannya menyalahguna kuasa dan korup. Tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa mereka akan kehilangan kuasa.

Saya fikir Dato' bukan seorang penyokong Pembangkang, maka luahan hati Dato' adalah luahan jujur kerana sayangkan UMNO. Sama seperti Sultan Melaka dan Sultan Ottoman yang terakhir, saya syak pembesar UMNO yakin bahawa tidak mungkin UMNO tumbang dan hancur. Sindrom penafian ini termanifestasi semakin jelas saban hari melalui gelagat mereka selepas PRU13.

Adakah orang Melayu sedar? Saya khuatir kerana majoriti Melayu belum sedar kerana yakin UMNO dan Raja Melayu sebagai benteng kukuh untuk mereka. Apa yang telah berlaku kepada Shah Iran, Ghadaffi dan Sadam Hussein tidak meyakinkan mereka bahawa manusia yang diagungkan melalui sistem kuasa sebenarnya berada di kedudukan itu bukan kerana zat tubuhnya yang istimewa atau berkuasa tetapi kerana sokongan rakyat. Bila sokongan itu hilang maka hilang sama kemampuan untuk melindungi orang lain, malahan untuk melindungi ahli keluarga dan diri sendiri pun tidak mampu.

Orang Melayu yang beum sedar ini meliputi semua golongan, dari orang kampung sampilah ke profesor universiti.

Sufian Idrus said...

Datuk,

Nampaknya Shahidan, Azalina dan kabinet yang meluluskan Rosmah supaya menggunakan jet yang menggunakan wang rakyat, sering terlupa siapa mengundi mereka dan siapa yang membayar gaji mereka sehingga ke tahap mereka memegang amanah siapa.

Jikalau Rosmah yang mengundi mereka, Rosmah yang membayar gaji mereka, maka bolehlah mereka memegang amanah dari Rosmah.

Maka kita pakat-pakatlah jangan undi mereka lagi, ibarat kacang lupakan kulit. Jangan Melayu mudah lupa.

Sufian Idrus

Unknown said...

Aslkum Dakj

Minta izin menyinpang

Puji pujian kpd Allah yg maha kuasa yg membuka pintu hati hambanya Sultan Johor agar mengarahkan agar kerajaan pimpinan UMNO di Johor agar mengguna pakai balik Jumaat sebagai hari cuti.

Untuk lihat syiar Islam tak perlulah nak tunggu PAS perintah Johor.

Tepat sekali dgn kata bijak pandai berbunyi " raja adil raja di sembah "

Tak sia2 rakyat di suruh mendoakan mereka dalam khutbah Jumaat.

Nrgeri lain bila nak berhijrah macam Johor.

Lahuma said...

Dato.

Ramai kata jet tersebut adalah jet rakyat.Oleh itu teringin juga kalau boleh hendak tumpang sekali.Saya juga adalah rakyat Malaysia.
Khabarnya dalam jet tersebut macam mahligai angkasa.

Begitulah gebangnya kita hal-hal kepunyaan rakyat.Pada hal istilah rakyat juga adalah retorik yang paling palsu.

Cakap sahajalah jet itu kepunyaan PM dan isterinya sahaja.Senang cerita.

Hari ini BN perintah.Kalau PR perintah pun lebih kurang sama sahaja.Paling tidak pun 2x5=5x2 sahaja.

Peraturan penggunaan jet ini tak jelas dan longgar.

Eloklah satu undang-undang perlu digubal sebagai akta parlimen tentang perihal penggunaan jet ini.

Harap MP dari pembangkang buatlah satu usul agar undang-undang ini digubal dan disokong oleh MP BN.

Mana lebih berkuasa kabinet atau dewan parlimen.

Bila ada undang-undang barulah jelas segalanya.

Nama saja harta rakyat.Pada hal rakyat tak boleh buat apa-apa.Macam tikus gigit besi.

Terima kasih Dato.

Anonymous said...

Kadir Jasin,
Kalau di singapura ada menteri kanan (senior minister) & minister mentor, di Malaysia, kami ada mentor suami......Hahahaha!
Ni untuk kenangan semua......Diktator romania

https://www.youtube.com/watch?v=bp3sZbGmR2c

https://www.youtube.com/watch?v=eJ6q1a6aDbA

http://www.ceausescu.org/ceausescu_texts/ceausescu_chronology.htm

Hey, siapa tu Elena? Tapi Elena tak gemuk macam Rosmah?

http://en.wikipedia.org/wiki/Elena_Ceau%C8%99escu

Anonymous said...

Adakah Rosmah akan jadi Malaysia punya Elena? Hahahahaha!

https://www.youtube.com/watch?v=WXdMZCKCTU8

Unknown said...

Salam dato dan salam tahniah juga kepada kerajaan negeri johor yang telah mengembalikan cuti mingguan nya kepada hari jumaat dan sabtu yang telah dirobek oleh mahyudin yasin pada masa itu beliau sebagai MB johor semasa kresis perlembagaan antara raja2 dan kerajaan umno...ok itu dulu kisah lama yang kita katakan sekarang syukur alhamdulillah...apa yang berlaku umpama kadok naik junjung sahaja dato...fikir2 la ya...

orang lama said...

Dato pi melawat Che Det pun dengan best friend lagi ka...
Moga Che Det cepat sehat semua.

doncin cai said...

..buat malu TKC aje

ajaklenga said...

Asalamualaikum


Saya terpanggil untuk mengemukakan pendapat saya yang tidak seberapa dalam perbahasan tajuk kali ini kerana saya rasa sudah sampai masanya untuk saya bersuara dan menyuarakan sesuatu yang datang daripada lubuk hati saya.

1. Sepanjang 1990 hingga kini saya masih berasa bahawa kerajaan yang ada sekarang dapat memberikan sesuatu kepada rakyat dan menjamin masa depan rakyat ke arah yang lebih baik. Oleh yang demikian sokongan penuh saya berikan kepada kerajaan sedia ada bagi melaksanakan apa yang telah dijanjikan selama ini. Menjelang pilihanraya yang lalu saya masih mengekalkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan sedia ada. Ianya juga bertitik tolak daripada kebimbangan saya yang lebih besar jika sekiranya kerajaan sedia ada dapat ditumbangkan dan diambil alih oleh parti anak beranak . Maka itulah dinding yang memisahkan antara saya dan pembangkang.

2. Saya sedar bahawa DSRM sukakan publisiti. Tetapi beliau nampaknya bukan berada pada tahap suka bahkan sudah sampai ke tahap mendambakan publisiti. Dalam perkiraan beliau mungkin segala gambar yang dipaparkan akan memberikan natijah positif kepada semua rakyat Malaysia bahawa beliau boleh menyumbang sesuatu kepada negara ini, bahkan mungkin dalam telahannya beliau wajar disanjung dengan segala pekerjaan dan sumbangannya dalam pelbagai kegiatan bercorak sosial dan kebajikan sehingga menjangkau ke arena antarabangsa. Beliau tidak sekali-kali ingin berhenti daripada menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam memastikan negara ini mencapai sesuatu kejayaan.

3. Dalam pada beliau begitu aktif, banyak warga mula memandang negatif tatacara dan tingkah laku yang dipaparkan olehnya. Orang sudah mula melihat bahawa beliau menjadi watak penting dan bukan lagi watak sampingan. Bahkan ada orang berpendapat beliau sudah menjadi bayang pada hero. Inilah yang sedang berlegar dalam benak dan fikiran rakyat apabila disogokkan dengan begitu banyak pemandangan beliau di media massa dan media cetak tempatan bila mana dipaparkan wajah beliau yang berkunjung/ bermesyuarat/ berceramah/ menyampaikan hadiah/ cenderamata/ melawat sesuatu tempat. Orang kebanyakan akan menggelarkannya sebagai “ boleh buat album ” memandangkan banyaknya jumlah gambar yang terpapar di dada-dada akhbar. Mungkin barangkali jenuh juga setiausahanya mengumpulkan gambar beliau untuk disusun suai mengikut tema dan penyertaan . Mungkin perlu disusun semula mengikut gambar beliau dengan siapa untuk menentukan manakah satu gambar yang paling beliau sukai. Dalam pada itu mungkin ada orang akan terlepas cakap lebih sudu daripada kuah apabila terdapat gambar beliau yang tersisip di majlis yang beliau tidak perlu hadiri kerana memerlukan locas standi untuk memasukinya.

4. Ketokohan beliau sebenarnya boleh diukur atau dibandingkan dengan seorang lagi watak iaitu TDSHMA . TDSHMA yang kita kenali dapat mengekalkan sifat dan berjiwa keibuan selama lebih dua dekad lamanya.Ya, selama 22 tahun lamanya. Ini satu rekod peribadi. Nama beliau hanya terserlah dalam menaikkan nama BAM dan badminton di negara ini. Itulah sumbangan terbesarnya sehingga beliau berjaya menggapai Piala Thomas yang terakhir dimenangi oleh Malaysia. Itulah antara catatan yang boleh dikenangkan oleh kita semua apabila mengenangkan watak TDSHMA. Beliau hanya berkecimpung dalam satu sahaja bahagian / perkara dan berjaya dengannya.

5. Apa yang orang marhain nampak daripada penglibatan DSRM ialah beliau mahu berkecimpung/ melibatkan diri dalam banyak bahagian tidak kira bahagian sosial, sukan, kebajikan, pendidikan kanak-kanak , oku, perdagangan luar negara, hal ehwal wanita dan sebagainya.Bahkan penglibatan beliau juga seringkali diiringi dengan segala macam peruntukan yang datang dari belanjawan . Pendek kata segala penglibatan beliau mempunyai kos tertentu yang perlu ditanggung. Mari kita bandingkan sekali lagi watak DSRM dengan TDSHMA. Cuba kita bandingkan peranan yang dimainkan oleh keduanya semasa pemerintahan suami masing-masing sebagai Perdana Menteri.

ajaklenga said...

bersambung
....
Persoalan

Banyak persoalan sedang berlegar dalam kepala kita sekarang ini berkaitan dengan DSRM. Antaranya ialah:

1. Kelayakan / Kenapa tak orang lain

a. Perlukah dia dijadikan jurucakap untuk menghadiri majlis di Qatar itu.
b. Apakah kriteria yang diberikan oleh pihak yang terlibat sehingga membuat keputusan Malaysia perlu menghantar beliau ke sana.Adakah wujudnya senarai calon-calon yang dikemukakan bagi maksud menghantar delegasi tersebut telah dibuat dan diperhalusi
c. adakah pemergian beliau akan memberikan lebih impak berbanding jika orang lain yang pergi ke sana/ adakah ketokohan beliau mampu diterjemahkan dalam usaha mencapai objektif pemergian delegasi ke sana.
d. adakah semasa keputusan dibuat persetujuan sebulat suara diambil tanpa ada sebarang tekanan mahupun kerisauan ? di pihak pembuat keputusan

2. Cara pergi

- memang terdapat dua pilihan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah pergi ke Qatar iaitu dengan menaiki pesawat biasa ataupun menaiki jet .
- Memang sangat dramatik jika kita menjangkakan bahawa DSRM akan menaiki pesawat MAS atau pesawat yang seangkatan dengannya memandangkan tarafnya sebagai wanita pertama di negara ini . Bukan tarafnya untuk naik kapal terbang biasa. Itu kita sedia maklum dan sanggup berkompromi. Serendah-rendah taraf wanita utama paling tidak dapatlah naik fist class .
- Namun begitu pilihan yang boleh kita ambil sebagai alernatif lain ialah dengan menyewa sebuah pesawat .Pilihan inilah yang seharusnya diambil oleh barisan kabinet yang membuat keputusan bagi mengizinkan pemergian delegasi ini ke Qatar/ atau ke mana-mana pun memandangkan segala macam kos yang terpaksa ditanggung apabila menggunakan pesawat persendirian .

3. Natijah pemergian delegasi

- kita sudah tentu ingin bertanyakan apakah kesan atau kejayaan paling besar hasil pemergian delegasi ini .
- dengan perbelanjaan bersifat juta-jutaan , bagi orang kampung hasil yang sepadan dengannya tentulah berkali-kali ganda. Ibarat merantau apabila pulang ke kampung tentulah hasil yang dibawa pulang lebih lumayan daripada perbelanjaan yang dibawa semasa meninggalkan kampung.
- saya mengakui bahawa keberhasilan pemergian delegasi ini tidak dapat diukur secara semerta. Namun begitu pendapat rakyat terbanyak adalah jelas bahawa jika pemergian itu tidak mendatangkan apa-apa kesan maka kita telah menghumbankan sekian banyak wang ke dalam laut. Bahasa paling mudah bagi orang kampung ialah buat rugi aja.

Kesimpulan

Sebagai pendokong kerajaan sedia ada saya berasa sangat bersalah memberikan kepercayaan kepada mereka yang berkuasa sekarang ini yang menggunkan kesempatan ini untuk membelanjakan duit rakyat dengan cara sebegini rupa. Cuba bandingkan nasib kami rakyat yang perlu mengikat perut bagi menanggung perbelanjaan keluarga. Mereka pergi ke Qatar tanpa menggunakan duit sendiri dan jumlahnya bukan sedikit.

Ibarat kapal semakin bocor , begitulah keadaan sekarang yang sedang dilakukan oleh DSRM terhadap kerajaan yang dipimpin oleh suaminya. Beliau barangkali cuba melakukan yang terbaik tetapi saya berasakan bahawa beliau akan menjadi faktor utama kejatuhan suaminya suatu hari nanti. Mungkin tercatat sejarah BN akan tumbang pada pilihan raya akan datang gara-gara rakyat sudah muak dengan pelakon politik daripada versi sebegini rupa.Berubahlah sebelum terlambat.

sayangmalaysia said...

Memang patut diselidik, dari yang pernah saya dengar ini bukan kali pertama DSRM guna jet kerajaan keluar negara tanpa PM.

Mungkin pihak Kedutaan di Shanghai boleh bagi maklumat. Pernah saya dengar shopping trip sakan ....

Benar kata Dato' Kadir, DSRM patut diberi tugas resmi dengan lantikan sebagai Senator. Lepas tu masuk bertanding sebab beliau nampak lebih bertenaga dan mungkin lebih cerdik dari ramai Menteri. Jika tidak kenapa isteri PM yang mewakili Malaysia, bukannya Menteri.

Patut ditanya juga kenapa ramai sangat para isteri yang menyertai rombongan ini? Adakah mereka ini paling layak mewakili Negara?

Kampong man said...

Salam semua,

1.Din Melaka kata...

"Kg man kena jugak belajar sejarah. Jangan sibuk biat duit je hingga lupa nak beri nasihat baik2 pd ketua2 UMNO kenalan kg man."

Mengikut cerita tok wan saya sejarah negeri Melaka ni unik.Pada masa tu saya baru darjah tiga di sekolah melayu Kuala Linggi di kampong dan dia dok perbuat satu cerita lagu ni (slang negeri Dato).Katanya:

"Sebenarnya Portugis sudah sampai ke negeri Melaka pada tahun 1509 lagi tetapi gagal menawan Melaka kerana terdapat 5 orang "Hang" yang handal lagi perkasa (Hang Tuah, Jebat, Kasturi,Lekir dan Lekiu).

Maka Armada Portugis terus belayar ke Kedah dan cuba menawan Kedah yang lebih besar dari Melaka !.Satelah sampai di Kedah askar askar Pertugis mendapati rupa rupa nya dinegeri Kedah lagi kuat dan hebat dan semua orang adalah "Hang".
Sekira dengan 5 Hang di Melaka adalah sukar menawan Melaka bagaimana pulak dengan ribuan " Hang "di Kedah?.Mana mungkin?.

Pada tahun 1511 Portugis dengan armada yang lebih besar balik ke Melaka pula dan menyerang Melaka sekali lagi dan akhirnya berjaya menawan Melaka pada tahun itu " Wallahwualam begitulah cetitanya.

Din Melaka mungkin ada versi sejarah Melaka yang lain pula , mana tahu.He..he...

2.Kampong man sempat belajar sejarah hanya sampai di Tingkatan 3 sahaja.Teringat buku History karya Joginder Singh Jessy.Kampong man pakat hafal saja.Dato pasti tahu buku sejarah ini.Tingkatan 4 hingga ke Tingkatan 6 kami dari jurusan Pure Science terus tidak belajar sejarah.Din Melaka dari jurusan sastera pasti hebat sejarah.Tapi sayang Din Melaka saya lihat tak bijak dalam penguasaan bahasa London.Habis cammnoo...nak tinggal di Australia macam Mr Hussein budak MCKK tu?.Tolong jawab.Jangan tak jawab (Anak bongsu saya guna expression zaman sekarang yang ini ).

3. Sebenarnya Din Melaka harus jangan BERPERANGSAKA buruk.Ramai tahu Sdra RD dan Kampong man adalah dua individu yang berasingan dan bebas memberi pandangan yang sealiran dan yang berbeza.Awatnya hang dok pikiaq kami sama lagu tu ?.Pak aku selalu dok pi kerabat pokok kelapa dan pagi pagi lagi dok penaik gerek; hang tau ?.How about that Kedah slang coming from a Melaka Kampong man Dato?.

Lagi pun mengikut banyak keritikan pembahas lain yang saya baca tidak setuju dengan penulisan Din diblog ini , rasanya agak sukar bagi pembaca mempercayai sdra Din Melaka.Maka itulah saya berkata "You have a lot to learn young man".Jangan marah Din ya. Biasalah orang Melaka nampak macam laser tapi hati baik.Saya pasti Din orang baik.Lagi pun PRU 14 ada kurang lebih 4 tahun lagi.Tidak perlu komen dan kempen bermatian.But do keep on writing kerana ada komen Din yang baik.

Sekian, maaf sekira terkasar bahasa dan terguris hati.

Terima kasih Dato.






jebat said...


Salam takzim DAKJ,

Mejerit lah kita mengulas kepincangan kerajaan, Apa kesan nya??

Makin di keritrik makin MENJADI. Kerana mereka menganggap keritan ini satu POPILARITI.

Hari ini kritik fasal penggunaan kapal terbang.

Esok lain pula .

Kenapa tak keritk waktu Nak mengundi dan terjemahkan dalam UNDI PROTES !!

Saya rasa itu adalah lebeh baik !!

Mungkin kali ini jumlah nya tidak banyak.

Tapi setiap kali akan berganda, hinggalah tercapai PROTES KITA. Sila rujuk Pilihan Raya Umum 1969 - Dewan Undangan Negeri Pontian Kechil(pertama kali UMNO/BN kalah di kubu kuatnya sendiri).YB Ahmad Maslan tentu masih ingat.

Jangan berhenti berjuang selagi Maksud Tak Tercapai !!!

Unknown said...

Salam dato dah breakfast ker. Kalau nak bersih imej negara kita kabinet perlu dibersihkan dari kekotoran dan orang yang benar2 tahu mengurus sahaja duduk dalam kabinet. Kabinet umpama lembaga pengarah bagi syarikat jika ada anggota pengarah yang lemah dia perlu disingkirkan jika tidak syarikat akan jadi parah......begitulah kabinet namun kena tengok la adakah kebinet kita memang bersih dan terbaik...

Lembah Tasnim said...

Salam Tok.

Terima kasih juga untuk Dato yang menghargai sumbangan yang tak seberapa dari saya sebagai seorang pembahas..

Sebenarnya ada beberapa gambar MARIA SHARAPOVA sedang berbincang sesuatu semasa Tennis Terbuka Qatar 2013 dengan keluarga Di Raja sana tapi saya tak tau nak insert image di sini ada sesiapa bolih tolong tunjuk.. maklumlah orang kampung..

Cuti-cuti sekolah ni banyak kawan-kawan lama buat kenduri kahwin..

Din Kalut said...

Din Melaka kena juga tanya bila negeri PKR,Dap,Pas Selangor,Penang nak cuti Jumaat.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Najib gelar org tak bayar cukai sebagai pengkhianat negara.

Kalalu gitu saya nak gelar org2 berikut sebagai bapak segala pengkhianat:

Yg gagal mengutip hasil negara hingga berbillion rgt melalui skim murah hati pd kroni spt pemberian AP terbuka, lesen2 , konsessi, subsidi dll.

Yg dengan sengaja menganugerah projek kerajaan pd kroni tanpa peraturan yg betul dan telus serta harga yg merapu tinggi yg mengakibatkan rakyat terpaksa menanggung bala dalam bentuk hutang negara yg bertimbun dan pembatalan subsidi yg selama ini telsh meringankan beban kewangan mereka.

Mereka yg semasa krisis kewangan Asia mengarahkan penggunaan wang Petronas berjumlah 1.8b untuk menyelamatkan perniagaan anak sendiri.

Unknown said...

Aslkum Dakj

1 maaf Dato akj. Sejak bila Dato dpt gelaran Tan Sri hingga di gelar demikian oleh RD

Kalau saya tak perasan, saya minta maaf.

Tapi kalau RD yg silap , saya tak hairan.

Sebab zaman sekarang digelar akhir zaman pun dia tak tau

Dan disuruh semak erti nepotisme dan fitnah di kamus dia degil tak mau.

Yg dia ulang2 dan bangga ialah Mahathir semssa berkuasa tak lantik anak dalam hiraki UMNO. Jadi tiada nepotisme lah.

Tapi RD lupa sebut hebatnya penglibatan anak2 Mahathir dalam perniagaan sewaktu bapanya jadi PM?

Unknown said...

Aslkum Dakj

Sdr kg man

Sejak dulu Din Melaka dah mengaku tak fasih berbahasa London macam kg man. Tiada apa yg nak dimalukan. Tapi tiada apa juga nak di bongkakkan.

Gara2 anak org miskin, Din Melaka tak berpeluang ke sekolah Inggeris.

Atas kesedaran pentingnya bahasa itu cukuplah Din Melaka beritau kesemua anak beliau dihantar dgn biayai sendiri belajar di sekolah antara bangsa dan Australia/ England.

Cuma pesan saya kpd anak2 kalau dah pandai bahasa tu, jangan nak berlsgak .Jugak jangan pandang rendah pd Melayu yg kurang bahasa Inggeris. Ingat bukan pilihan mereka tak dapat belajar di sekolah Inggeris.

Tapi mereka diperdaya oleh sesetengah ketua Umno yg didepan masyarakat Melayu bukan main mengagongkan sekolah kebangsaan. Tapi tak malu sesetengah tu terang2 hantar anak mereka ke sekolah antara bangsa.

Cuba kg man teka siapa menteri pelajaran yg akhirnya jadi PM, menghantar anak beliau belajar di sebuah sekolah antara bangsa di KL.

Akhirnya orang kata , kalau org suka bengkok2 dalam bust bisnis di Australia dan England , susah . Nak tanya kg man betul ke.

Jangan marah.

din klang said...

Din melaka puji Sultan Johor bab tukar hari minggu tinggi melangit.

Kelmarin Sultan Johor beli plat no www1 guna duit sendiri din melaka melenting tinggi melangit..

Hang ni kalah ular dalam lalang.. Patut la hang tak ada orang nak sokong jadi politikus . mentaliti tahap tikus je.

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir dan rakan-rakan pembahas

Izinkan saya mengingatkan satu artikel lama berkenaan CADANGAN pelaburan Qatar Holding di Malaysia yg berjumlah lebih AS 10 billion atau melebihi RM 30,000,000,000. Kalau berjaya nanti, bukannya hanya org-org UMNO sahaja yg dapat menikmati peluang pekerjaan, bahkan seluruh rakyat Malaysia.

Nama pun CADANGAN, jadi kita kenalah rajin membuat “follow up”. Saya cukup bangga dgn Datin Seri Rosmah kerana beliau rajin membuat “follow up” dgn saudagar-saudagar Qatar tanpa mengharapkan apa-apa bayaran pun dari kerajaan. Jadinya, sekurang-kurangnya, kita bagi pinjam jelah kenderaan negara, takkan itu pun nak berkira sangat macam Hj Bakhil. Begitulah murninya niat Datin Seri, kerajaan UMNO dan Barisan Nasional, tapi macam biasalah, usaha kerajaan akan dipandang sepi je termasuklah tokoh kewartawanan negara sendiri. Yelah, nak buat macam mana! Org nampak yg negative je.

Ahir kata, saya “copy & paste” artikel bertarikh 29 Jan 2013 tersebut sebab ramai Melayu mudah buat-buat lupa. Sekian TQ.

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Qatar Holding LLC (Qatar Holding) bercadang untuk melabur lebih AS$5 bilion (RM15.36 bilion) bagi projek petrokimia di Pengerang, Johor. Jumlah tersebut adalah separuh daripada jumlah keseluruhan pelaburan yang dijangka dilaburkan di Malaysia iaitu melebihi AS$10 bilion (RM30.7 bilion) dalam masa beberapa tahun ini. Naib Pengerusi Qatar Holding, Dr. Hussain Ali Al-Abdulla berkata, pelaburan yang akan dibuat dalam tempoh tiga hingga empat tahun.

"Lambakan kepakaran dan tenaga kerja yang terlatih telah menyakinkan syarikat untuk melabur di negara ini. "Kami masih berbincang mengenai perkara ini. Syarikat mungkin akan melabur lebih dari AS$5 bilion dalam tempoh tiga hingga empat tahun ini dalam projek petrokimia di sini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pecah tanah pembangunan projek pembangunan Hotel Harrods di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, di sini hari ini.Yang turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan wakil korporat Jerantas Sdn. Bhd. (Jerantas), Tan Sri Abdul Aziz Ismail.

Hussain Ali berkata, pada tahun lalu, syarikat turut melabur dalam sektor lain termasuk lebih AS$100 juta (RM307 juta) dalam Felda Global Ventures yang terlibat dalam aktiviti pertanian komodoti."Qatar Holding menyasarkan jumlah keseluruhan pelaburan melebihi AS$10 bilion di negara dalam pelbagai sektor," jelasnya.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Yang ini untuk mereka2 yg sering menganggap UBN dan PR sebagai sama iaitu 2x5 atau 5x2.

Kata mereka kalau PR perintah negara, mereka pun sama rasuah atau tak betul macam UBN.

Pendapat ini adalah ajaran sesat yg merbahaya kerana :

1. Makanan berzat adalah tahu, belum cuba PR belum tahu.

2. Dalam sejarah manusia memang pernah ada raja atauvpemerintah yg baik2. Jadi kalau kita jahat atau mau sokong org jshat , jangan guna alasan2 budak tadika untuk menghalalkan tindakan kita.

3. Di negara maju, rakyat mereka sangat pandai menilai pemerintah. Pemerintah atau calun yg korup jangan harap akan dipilih. Malah sebaik mana pun sesuatu pemerintshan, selepas sepenggal dua, tetap akan di ganti dgn pemerintah baru. Mungkin sekadar berubah angin atau nak rlak pemerintah tutup2 kesilapsn dgn menguasai polis, hakim dsb.

4. Org yg anggap semua org sama mungkin dah terlalu selesa dgn kekayaan peribadi yg mereka dpt walaupun mereka tau rakyat majoriti menderita. Itu sifat tamak atau penting diri srndiri namanya.

Sedangkan Allah menegah kita drpd cenderung menyokong pemerintah yg zalim. Apa tah lsgi kalsu sama2 bertolongan memanjangkan usia kejahatan.

5. Bukankah kita dianugerah otak untuk berfikir agar masa depan kita dan anak cucu lebih baik.. Kalau semua org dianggap sama kenapa bila berkawan kita memilih. Bila cari pasangan juga kita memilih?

A KADIR JASIN said...

Sdr Din Melaka dan Sdr RD,

Saya tak ada gelaran Tan Sri. Datuk persekutuan saja.

Terima kasih.

Unknown said...

Salam dato, Tak ada gelaran TAN SRI pun tak apa yang penting gelaran yang ALLAH bagi itu tetap dijaga iaitu abdul kadir,,,,,kadang2 nak cari sarapan pagi di KL ni pun susah juga dato kerana orang melayu tak banyak buka restauran kalau ada pun gerai2 nasi lemak di hujung simpang atau depan kedai makan cina.....apakah ini satu kejayaan melayu atau peningkatan orang2 melayu yang kita dengar dari mulut para pemimpin juga dari kaca TV dan juga hebahan media cetak saluran utama BN....pelabur luar akan datang kesesebuah negara itu ialah dengan beberapa ciri2 yang ada dalam negara tersebut. pilihan pelabur ialah tiada RASUAH. KESETABILAN POLITIK. TIADA KES DISKRIMINASA KAUM. SUMBER ALAM. KEMUDAHAN PASARANA. PEMIMPIN YANG DIYAKINI. Jika ciri2 ini tiada pelabur tak akan menanam modal kerana tiada jaminan keselamatan. Ok dato tadi sarapan dekat KLCC baru saya tahu rupanya saya tidak boleh sarapan disitu kerana bukan taraf saya...harga yang mahal bukan untuk kita kot dato...my kita makan mee kari di pekan kuala sepatang semangkok cuma Rm4 sahaja, jumpa lagi dato...wassalam.

Kampong man said...

Salam sdra OKJ dan rakan rakan disini,

1.Terima kasih muat turun keratan article Quatar Holding .Ianya penting supaya kita dapat melihat disebalik lawatan Rosmah ke sana ada follow up yang harus dibuat sebagai sampingan. Saya bukanlah sangat peminat Azalina. Saya gembira beliau menarik diri dari bertanding bagi ketua wanita UMNO tempoh hari.Yang penting beliau sebagai MP Pengerang berperanan mengiringi Rosmah kerana berkemungkinan tinggi Quatar Holding melabur US5Billion bagi project RAPID di Pengerang. Sekiranya ini berlaku ianya amat berbaloi sekali bagi negara.Banyak lagi yang harus dilakukan bagi menarik pelaburan asing kedalam negara.Semua kita berperanan bagi mengekalkan political stability, keamanan, keharmonian dalam negara dan bersatu sebagai rakyat Malaysia yang bertanggung jawab.Jangan adakan huruhara.Yang tidak betul kita tegur kerana rakyat melihat.Rosmah juga harus berhati hati kerana kemelesetan ekonomi telah mula dirasa bermula di US dan tidak lama lagi akan sampai disini.Kita tidak mahu pemborosan.Jadi harus juga awas! 'Cash is king' and we have to be prudent in our spending.

2.Sebenarnya apabila hampir dihujung perjalanan hidup tidak ada apa lagi yang mahu dikejar hanya Amanah Saham Akhirat menjadi tumpuan besar dan kita mahu menentukan keluarga dan sanak saudara terdekat perolehi menafaat hasil titik peluh bapa dan uncle mereka memberi bantuan moral dan kewangan untuk mereka terus berjaya dalam pelajaran mereka supaya mereka boleh menjadi insan berguna pada keluarga dan bangsa mereka Yes, it is still the EDUCATION in the end not the big banglos and the exotic cars ( a depreciating assets.)

3.Tahniah pada Din Melaka kerana berkeupayaan menghantar anak ke International school dan ke luar negara.Ini tidak salah.Siapa termasok pak menteri sekira mampu teruskan.Yang tidak mampu kita punyai universiti yang baik baik di negara ini sekarang. Ada diantara anak saudara saya yang perolehi average CGPA 3.8 keatas dalam kursus degree mereka kini kerana saya telah berjanji sebagai incentive akan membayar 50% pinjaman PTPTN mereka apabila tamat pengajian.Maklumlah mereka anak kampong yang jurang mampu tetapi bijak dan pandai didalam serba kekurangan. Malah dengan CGPA yang baik saya akan membiaya hampir keseluruhan Master degree( Islamik Finance program )mereka (anak saudara) di UK sekira layak dan terpilih.Terbaru beliau perolehi CGPA 3.9 disebuah universiti terkemuka.Saya turut bangga.

4.Penekanan dan pengusaan bahasa inggeris amat penting bagi berjaya dalam meneruskan kerjaya disamping bahasa kebangsaan yang memang tidak asing bagi kita.Ini lah kekurangan yang saya lihat dan menjadi masaalah beribu graduan melayu sekarang.Salahkan juga kita dan mereka yang terlalu ghairah menggunakan bahasa sms yang kurang disenangi dan bahasa yang tidak betul kerana ini tidak membantu.

5.Tahniah pada mereka yang berjaya di pemilihan Pas baru baru ini.Mat Sabu dan kumpulan Anwarinas /Anwaristas terus terpilih.Kumpulan ulamak masih ramai dalam working commitee Pas .Mari kita lihat parti multiracial PKR pula.Adakah Anwar berani beratanding semula bagi jawatan Presiden parti menggantikan Wan Azizah ? Bukankah beliau kini layak tanpa sekatan lagi untuk bertanding ?.Kenapa mesti 'De facto' berterusan?.

Sdra RD,
If Nepotism works for Anwar/PKR, LKSiang/DAP and Karpal Singh/DAP let it be then(Piak pi depa). Desperate situation calls for desperate measures.One thing for sure LK Siang shall be in an opposition all his political life, say what you want.Cheers and good day mate.

Terima kasih Dato.

RD. said...

Maafkan saya Datuk, kerana lari dari tajuk.
Maafkan saya juga kerana tersilap mengenai gelaran Tan Sri, pasal saya terkeliru, Datuk ada terima 'anugerah', 2~3 bulan lepas.

Saudara Din Melaka nampaknya mengesyaki saya tidak faham akan ‘akhir zaman’.

Pada pendapat saya, istilah ‘akhir zaman’ ini dicipta oleh ‘orang agama’ untuk menakut-nakutkan orang Islam supaya lebih banyak beribadat dan bersedekah. Maklumlah, nak buat apa lagi dengan wang dan harta jika kita sudah nak mati.
Orang Yahudi dan Christian juga percaya pada hari kiamat seperti orang Islam. Mereka kutip ilmu sains yang dilaknati Ulama kuno Islam dan demi masa, mereka mencipta kapal-angkasa dan meneroka angkasa-lepas, mencari kalau-kalau ada lain planet yang mempunyai atmosphera hampir sama dengan bumi. Mereka tahu bumi semakin ‘tenat’. Kalau dulu Columbus meneroka lautan luas, kini mereka meneroka angkasa luas terbentang pula. Ini bermakna mereka sudah mula mencari alternatif lain untuk kelangsongan hidup.

Umat Islam pula, apabila kita berpegang pada hari kiamat, kita mentafsirkan sebagai "bersiaplah untuk mati". Orang agama pula ambil kesempatan menakut-nakutkan kita supaya lebih banyak beramal-soleh. Apakah kita solat kerana takut pada hari kiamat atau sayangnya kita kepada Allah? Adakah ini yang di maksudkan dalam Koran, mengenai hari kiamat? Kerana berebut kuasa dan WANG, kita asyik bertengkar, berkelahi, fitnah-menfitnah, kafir-mengkafir, dan ada yang berbunuhan sesama sendiri. Lebih buruk lagi, kita memperkayakan orang kafir dengan membeli senjata, untuk berbunuhan sesama sendiri. Kerana taksub kepada 'Imam-imam' masa lampau, kita berpecah kepada berbagai mahsab dalam mentafsirkan sejarah selepas wafat Nabi Muhammad SAW, yang tak mungkin terungkai apa sebenarnya terjadi lebih 1000 tahun lalu. Lebih buruk lagi, hadith yang dipegang oleh satu mahsab, tidak dipercayai pula oleh mahsab yang lain. Kerana wang, harta, tamak dan hasad-dengki, kita mudah diperdaya oleh musuh-musuh yang mungkin berpura-pura untuk memecah-belah perpaduan kita.

Adakah orang Yahudi juga mempercayai dan menyanjungi 'Ulama Agama' mereka, selepas wafat Nabi Ibrahim atau Nabi Musa?
Orang Christian juga menghadapi perpecahan seperti Umat Islam. Nasib baik mereka sedar awal dan hanya berpecah kepada 2 Mahsab besar, Protestant & Catholic. Pada masa itu Urusan Negara di pegang oleh Paderi atau orang Agama. Selepas mereka pisahkan Agama dengan Politik, baru mereka menjadi aman, maju & makmur.

Walaubagaimana pun, hanya orang Islam saja yang menuduh, sesama Islam sebagai Kafir, anti-hadith dan sebagainya. Apabila orang kafir sedang mencipta berbagai keperluan hidup zaman moden dan masa depan, orang Islam pula asyik bertengkar, malah berbunuhan sesama sendiri atas apa yang 'para sahabat' bercerita-mulut pada zaman kuno, beribu tahun kebelakang.

Adakah ‘kiamat’ termasuk berbillion-billion bintang di langit? Ilmuan Islam mesti membahaskan semula istilah ‘akhir zaman’ ini. Jika tafsiran mereka salah, umat Islam mungkin pupus jika kiamat hanya melibatkan hanya bumi atau sebahagian cakerawalanya saja.

(Bersambung)

RD. said...

(Sambungan)

Buang bayi, incest, sodomi, rogol budak perempuan, liwat budak lelaki, gay & lesbian; kebanyakannya dari orang Melayu Islam. Mungkin kita terlalu kuat nafsu. Maklumlah kita kurang lihat aurat wanita. Bila lihat wanita yang 'kurang kain' di badan, dalam kepala otak, hanya pikirkan sex. Sibok nak pergi mengendap & serbu orang buat maksiat. Tengok saja dalam portal @ media cetak, mesti ada iklan 'Ubat Kuat’. Semacam tak puas dengan apa yang di kurniakan Allah. Nak yang lebih tegang, besar, power & tahan lebih lama. Yang perempuan pula nak lebih sempit, ketat & kemut power punya. Mungkin ada baiknya kalau ada pusat pelacuran untuk test kesan 'Ubat Kuat' itu. Pusat pelacuran juga boleh dijadikan tempat melepas gian, tanpa perlu mengadai nyawa mengoda & merosakkan anak dara atau isteri orang. Mungkin dosa pun kurang sikit daripada mengoda & berzina dengan anak dara atau isteri orang.
Nak haramkan iklan 'Ubat Kuat“, susah juga, pasal ia sudah menjadi punca rezeki.

Jangan pula kata, semua gejala ini, tanda kiamat dah dekat. Perang sana-sini pun pertanda kiamat dah dekat, juga. Jangan terlampau fikir yang semua gejala & pertanda macam ni boleh terjadi, hanya kerana kiamat dah dekat. Ini yang buat orang Islam lebih ketinggalan di dunia. Bila dah nak kiamat buat apa kerja, belajar & cari duit dan kumpul harta. Hal dunia, kecuali ubat kuat & sex, dilupakan. Semua beribadat macam nak mati esok. Duit dalam bank, sedekah kat masjid @ pergi Haji, 3, 4x. Tutup peluang orang lain. Buat lebih kaya Arab Saudi saja. Tapi perut kena isi juga. Kalau perut lapar macam mana nak nak beribadat dengan khusuk.

Dalam bidang astronomy, 100 tahun bagaikan sekelip mata saja.
Kalau 100 atau 200 tahun lagi baru nak kiamat, macam mana?
Masa tu: Orang Melayu > Ramai jadi Ustaz/Ustazah & Ulama. Masjid kena bina banyak2. Kalau tidak, depa nak kerja apa. Lebih banyak Mazhab & fahaman muncul kerana berbeza pandangan, kerana banyak Ulama nak cari makan. Kita dok bunuh sesama sendiri, nak tunjuk kat Tuhan yang kita lebih Islam dari orang lain.
Bangsa lain bertambah > Doktor, Saintis, Engineer, Architec, Professor, Lawyer, Hakim & PM. Mereka mungkin sudah ada colony di lain cakerawala.
Kita hanya tinggal Raja2, kot. Depa pun mungkin dah jadi Ulama, kerana nak hidup & berkuasa.
Ketika itu, Politik sudah di tangan orang lain kerana kita tidak ada orang cerdik pandai dalam hal-hal keduniaan. Tak apa lah, dah nak kiamat, nak buat apa dengan Negara Islam?

Buat Pengetahuan Saudara Din Melaka, saya tidak setuju Johore menukar hari cuti hujung minggu, ke Jumaat, tetapi saya akan menuruti Titah Tuanku Sultan, jika saya pergi ke Johore.
Ampun Tuanku.

Te

RD. said...

Thank you Kampong Man for yours kind wishes and cheers.

I abhor nepotistic nature in politics. It's fertile breeding grounds for cronyism and corruption.

If Dr.M's sons are successful in business, I think they deserved it, after what he had contributed to the country. What father do not want his sons to be successful, anyway? At least his sons accumulated their wealth, mostly abroad.

Frankly, by hook or by crook, I'll be extremely proud if more of my own kin makes it to the top 10 richest man in Malaysia or the world. The non-Muslims don’t care about ‘halal or haram’ to get rich. So, I’m willing to close an eye if it’s done by Muslims too. If God wills it, then that’s between him and Allah. But of-course not through daylight robbery like they did during 'tingkat 4'.

citi said...

high time to look into PMD budget. What is PMD budget per capital?

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).