A Kadir Jasin
[KOMEN
anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL
untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]
MUTAKHIR, Jan 5 - A film company run by Riza Shahriz Abdul Aziz, the son Rosmah Mansor from her previous marriage, has threatened to sue
veteran British journalist Clare Rewcastle Brown over the latter's
article on the source of the 37-year-old's wealth.
New York-based entertainment website Buzzfeed.com reports
that lawyers for Red Granite Pictures had sent Brown a five page letter
demanding that she retracts the article and compel other media outlets
who wrote about her piece to do the same. (More here).
MUTAKHIR, 30 Dis - Kepada pembahas dan pelawat yang berasa blog kita ini tidak lagi sesuai dibaca kerana penuh dengan gossip dan fitnah, sila ambil maklum nasihat dan peringatan pembahas OKJ seperti berikut:
"
OKJ said...
POSTING ASAL
KESIAN Allahyarham Tun Abdul Razak. Tidak
pasal-pasal namanya dikaitkan dengan penerbit filem Hollywood yang tidak ada talian darah dengan beliau.
Penerbit filem itu namanya Riza
Shahriz Abdul Aziz. Selain daripada dia anak tiri kepada anak Tun Abdul Razak
iaitu Mohd Najib, dia tak ada apa-apa pun pertalian dengan Tun Abdul Razak.
Mengikut cerita media Amerika
dan media atas talian Malaysia, Riza Shahriz ini adalah anak isteri Mohd Najib,
Rosmah Mansor dengan suami pertamanya yang dikenali sebagai Abdul Aziz bin Nong
Chik.
Selain Riza Shahriz menjadi
penerbit filem Hollywood yang sedang meningkat naik, dia juga menjadi bahan
berita di Amerika kerana dikatakan telah membeli sebuah apartmen berharga
AS$33.5 juta (kira-kira RM110 juta) di Central Park, New York.
Tun Abdul Razak diseret ke dalam
cerita sensasi ini semata-mata kerana dia bapa Mohd Najib. Orang putih keliru
dengan sistem pengenalan kita.
Dalam sistem mereka, ada surname
dan given name. Surnama adalah nama keluarga/keturunan. Given name ada nama
sebenar seseorang. Misalnya George Walker Bush. Bush adalah nama
keluarga/keturunan. George Walker adalah given name. Dalam given name itu pula
ada middle nama. Dalam nama George Walker Bush, Walter ada middle nama atau
nama tengah.
Jadi, bila wartawan America buat
carian Internet nama Mohd Najib, dalam Wikipedia misalnya, mereka jumpa Dato’
Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Jadi mereka petik nama Tun Abdul Razak sebab pada anggapan mereka itulah
surname Perdana Menteri Malaysia.
Saya pun bila ke luar negara,
terpaksa guna nama Jasin Abdul Kadir bagi memudahkan kefahaman. Kalau tidak,
terpaksa habiskan masa bagi penerangan kepada pegawai imigresen yang memang tak
faham sistem identiti kita. Silap-silap kita dituduh pengganas.
Kalau ada orang Malaysia yang
ada banyak duit sampai boleh kerjasama dengan pengarah tersohor Hollywood macam
Martin Scorsese dan boleh beli apartmen AS$33.5 juta, saya tabik spring lah.
|
Pengarah Tersohor Hollywood Scorsese | | |
|
Filem Yang Katanya Dibiayai Riza Shahriz |
Seorang lagi Melayu yang
direstui Hang Tuah – Melayu yang tak hilang di dunia.
Sesiapa yang berminat mengenai
dunia perfileman Hollywood dan mengenai kehidupan mewah – highlife – boleh baca di sini.
Bagi sayalah Sdr Dr langitbiru Penang, saya cukup bersetuju dgn pendapat Sdr Kampungman yg menasihati Dato’ Kadir supaya kurangkan gossip yg mengarah kepada fitnah, dan Sdr. Mustapha Ong serta Professor Dr Muhaya tentang rasional kenaikan harga barang. Begitulah contoh cara org-org beriman kepada Allah dan dianugerahi otak yg bergeliga berfikir.
Jadinya, saya berasa cukup KESIAN bila standard artikel Dato’ Kadir sekarang hampir menyamai standard Din Melaka. Kalau tulisan Din Melaka penuh dgn sampah dan fitnah, saya mengharapkan Dato’ lebih bertanggung jawab di atas artikel Dato’ di dunia dan akhirat. Akhir kata, saya menasihati Dato’ supaya mengikut nasihat dari Sdr Kampungman. W/pun blog ini Dato’ yg punya. apa salahnya kita sama-sama berpesan kearah kebaikan. Sekian TQ."