Wednesday, December 04, 2013

Sejak Bila Umno Bukan Parti Rakyat Jelata?


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

MUTAKHIR, 7 Dis - PRESIDENT Umno Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan mandat (amanat?) yang cukup bererti kepada 3.4 juta anggotanya apabila beliau menuntut kesediaan mereka untuk berkorban demi memastikan kelangsungan parti, agama, bangsa dan negara, lapor Berita Harian Online (baca disini).
 

MUTAKHIR - LIMA ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan salah laku Peguam Negara, Abdul Gani Patail, oleh Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mat Zain Ibrahim yang, antara lain, mengaitkan Abdul Gani dengan kekalahan kes Pulau Batu Puteh. Soalnya adakah perwakilan Umno berani membahaskan isu ini atau mereka akan mengutuk pembangkang kerana membuat laporan berkenaan?

Posting Asal

TAJUK berita akhbar The Star pada 3 Disember berbunyi “Najib: We must be the people’s party”. Dalam bahasa Melayu “Najib: Kita wajib menjadi parti rakyat”. “Kita” dalam ayat di atas merujuk kepada Umno.

Soalnya, sejak bila pula Umno bukan parti rakyat? Atau, jadi benarlah seperti didakwa oleh sesetengah pihak bahawa Umno sudah menjadi parti orang bangsawan, parti “warlords” dan parti laki-bini.

Ataupun Mohd Najib Abdul Razak sebagai Presiden Umno mengakui selama ini parti itu tidak cukup mengutamakan rakyat jelata, terutamanya orang Melayu dan Bumiputera?

Itulah yang terserlah ketika Pilihan Raya Umum (PRU) 5 Mei lalu apabila Mohd Najib begitu menguar-uarkan undi Cina dan India sebagai pemangkin kemenangan Barisan Nasional (BN).

Tetapi yang akhirnya menyelamatkan beliau daripada dihanyutkan oleh tsunami Cina adalah orang Melayu dan Bumiputera di kampung-kampung.

Umno Dahulukan Rakyat?

Berita Harian pula, pada hari yang sama, memetik beliau sebagai berkata kepemimpinan parti “perlu beri isyarat jelas bahawa Umno sentiasa dahulukan rakyat.”

Dalam Mohd Najib berikrar, berjanji mendahulukan rakyat, muka depan The Star memuatkan berita bertajuk “Painful but necessary” (sakit tapi diperlukan) yang merujuk kepada kenaikan 14.89 peratus tarif elektrik bagi Semenanjung dan 16.9 peratus bagi Sabah mulai 1 Januari ini.

Tarif tidak naik di Sarawak kerana negara itu memilih untuk melaksanakan autonominya dengan tidak menurut jejak kerajaan pusat. Sarawak menjana dan mengedarkan sendiri keperluan elektriknya.

BN Sarawak pun tidak serupa dengan BN pusat. Ia terdiri sepenuhnya daripada parti-parti politik negeri. Baru-baru ini, Johor pun menggunakan juga autonominya yang terhad untuk mengembalikan cuti hujung minggu daripada Sabtu dan Ahad kepada Jumaat dan Sabtu.

Apakah perhimpunan Umno akan menutup mata kepada keingkaran sivil yang sedang dipamerkan oleh negeri-negeri, termasuk yang diperintah oleh BN, terhadap kuasa kerajaan pusat?

Negeri-negeri jelas tambah berani mengambil kesempatan daripada kelemahan kerajaan pusat berikutan PRU 5 Mei lalu untuk melakukan hal-hal yang mereka tidak berani lakukan sebelum ini.

Berubah atau business as usual?

 Soalnya, adakah para pembesar Umno dan perwakilan yang berhimpun di PWTC untuk persidangan tahunan parti itu sekarang sedar akan perubahan yang sedang melanda mereka atau bagi mereka, “it’s business as usual”?

Apakah slogan rakyat didahulukan akan terus menjadi pemanis kata dan perwakilan akan memberi ‘standing ovation” kepada setiap patah perkataan yang Presiden ucapkan?

Kalau benar seperti kata Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin bahawa persidangan Pemuda Umno perlu memberi fokus kepada isu rakyat dan kepada peranan kerajaan, melalui agensinya untuk menangani masalah rakyat serta kepentingan Melayu, adakah beliau tahu apakah isu-isu yang mengacau fikiran rakyat?

Adakah Pemuda sedang menyusuri laluan yang sama dengan Wanita?

Adakah beliau, seorang yang pandai dan memimpin pergerakan yang ramai orang cerdik, berani bercakap dan bertindak isu-isu rakyat seperti beliau ikrarkan?

Adakah beliau berani bertindak membanteras rasuah, penyalahgunaan kuasa, pembaziran serta kefoya-foyaan pembesar Umno, anak bini dan konco-konco mereka?

Adakah beliau berani menghurai mengapa 1MDB, sebuah syarikat milik negara menghantar RM7 bilion ke syurga cukai (tax haven) Cayman Islands sedangkan kita mempunyai tax haven sendiri di Labuan?

Atau adakah Khairy juga sudah disedut ke dalam lubang hitam (black hole) politik yang tidak ada jalan keluar melainkan kemusnahan dan Pemuda Umno sedang menyusuri laluan yang sama yang menjadikan Pergerakan Wanita bahan senda kawan dan lawan?

Dan adakah Pergerakan Puteri sekadar penyeri majlis sahaja atau menjadi suara lantang generasi baru wanita Malaysia?

Adakah isu mendesak seperti inflasi, pengangguran graduan, rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik  (TPPA) yang diilhamkan oleh Amerika, ekonomi Bumiputera yang makin terumbang-ambing dan diskriminasi sektor swasta terhadap pekerja Bumiputera akan mendapat tempat dalam perbahasan?

Cintakan Bangsa, Agama dan Negara atau Cintakan PM?

Atau ia akan terus menjadi pentas memuji memuja ala “I love PM” atau menunjukkan kehebatan berlawak jenaka ala Raja Lawak?

Wallahuaklam.

83 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Apakah Dato' fikir saranan di atas menusuk hati menjadi hiba dan insaf kepada pemimpin umno?

Lebih baik Dato' bercakap soal yg sama kepada tunggul, ada juga baiknya.

safiai saad said...

Sdr Kadir, it can be seen you are rather angry with the the present UMNO leadership. I certainly understand your feeling but the fact is what the underlying reason that can menifest the real outcome.
For me UMNO refuse to change because the organisation is too big.Span of control and management become the unchained melody.The top down approach is still continously dominate how the decision making is being done. The dissenting opinion is not well come and treated as inneundo.
Ther speakers who speak in UMNO generally is being validated by stingent process.Any speaker who tend o be critical will not be selected to speak.
Now is not the time for forwarding new proposal and strategise for next general election but the time for loyalty reward. I have worked for you day and night to make what you are today,and dont you think my children deserve Kentucky Fried Chiken or at at least Pizza with lot of Cheese. em,em,em. I like the chesse aroma.
If you were to ask the delegate at the recent Umno delegate meeting to swear tha there was no more money politics,would they willing to do it.Why kill the goose that lay the golden egg.
Najib will not be willing to do changes that is to his wassatiah opinion not market friendly.
The question is who are the market participants,big conglomerates,special interest group,UMNO putra,the power might be,cronies,nepotism.I hope our social scientist will study the phenomena. There seemed to be unseen hand even though the public policy has been agreed to be executed.
In the end the rhetoric become the rule of the day,after the completion of the UMNO annual general meeting, the business as you said back to usual.Those who forgot history will compell to repeat it.

ahli biasa UMNO said...

Umno sekarang sudah menjadi parti kawan kawan yg syok sendiri

Najib Presiden umno paling lemah dari segala segi.... Dengan penasihat dengan isteri.dan dengan tukang puji

Nakhoda Kuala said...

Salam Datuk,

Saya berusaha untuk bersangka baik, namun setelah sekian lama saya dapati DS Najib telah gagal melakukan sesuatu untuk Umat Melayu.Kegagalan DS Najib menjawab pelbagai ' persoalan ' yang timbul juga menggusarkan saya. Pembaziran,ketidakcekapan mengurus kewangan, semuanya menjadi isu yang menghantui rakyat.
Rakyat juga tidak dapat menerima peningkatan kos hidup yang melampau. Kepada saya DS Najib dan barisan Menterinya telah hilang kawalan...

maae said...

Salam Datuk,

1. Tkasih Datuk. Persoalan sama dalam benak pemikiran ini. 100% setuju dengan luahan.

2. Terlampau banyak pembaziran belasan tahun lama nya. Apa yang di dapati oleh Melayu hanya " face value". Jasad nya mati dan roh nya di awangan. Zaman PM Najib, Melayu tersiksa dengan penghinaan jelek dari bangsa Cina dan India. Malah Agama Islam dan Sejarah Melayu di olah, dan di persendakan pada tahap paling jelek !

3. Dalam blog rocky bru, pasal Petronas, saya andaikan persamaan dalam filem " The Pentagon Wars ". Kita boleh kaitkan dalam semua keadaan jika di hayati dialog dan jalan cerita tersebut.

4. Menggapai Negara berpendapatan tinggi, kenaoa rakyat terbeban ? Ekonomi dalaman sudah berada di landasan betul, namun pendapatan rakyat biasa di cengkam dengan kenaikan harga terhadap semua barangan dan servis. Akhir nya, bak kata Datuk, walhasil balik asal. Kaya menjadi bertambah kaya, miskin masih di himpit ruang yang sama.

5. GLCs kerajaan, di dokong MTEM dan Pemandu masih berlegar dalam ke'elit'an mereka. Dasar-dasar kerajaan bukan objektif utama KPI demi pembangunan malah tidak dapat mengimbangi tanggung jawab sosial dan membangun bersama rakyat. Ini juga melibatkan badan berkanun yang tidak sederap dengan nadi negara. Lihat kepada majoriti kakitangan menyokong pembangkang. Amat ketara juga dalam kakitangan awam.

Adakah politik sekarang berkisar kepada anjing kurap, kucing kurap, liberalisme, buang agama, menghina rakyat, malah sentiasa menuding jari pada yang benar Di katakan melakukan salah ?

Politik kita terlalu kotor. Tidak beradab. Air sungai yang kotor, di saring, di tapis dan di serasikan piawai, air nya menjadi jernih dan bersih akhir nya selamat di minum, di gunakan untuk untuk semua orang....

zaidonn said...

Berkongsi kerisauan yang sama. Tapi saya sekadar rakyat marhain tanpa suara.
Kalau menyoal tiada yang jawab.
kalau berkata tiada yang dengar.

kampong lad said...

61.2 o you who believe, why do you say what you do not do? 61.3 most abominable in the sight of god is that you say what you do not do.

depa ni bukan saja dok cakap tapi tak bikin, malah depa buat bertentangan dgn apa yg diucap. masa pru/prk (la ni sidang pau)...pheeww
bila bercakap, bersemangat gila2 semuanya utk rakyat sampai malaikat pun tak mau dengar & terus terbang naik ke langit.

so, are they the believers?

wankamarul701 said...

Kalau jeneral kalah dalam perang, jeneral kena tukar..

BN kalah dalam pru-13.. Kenapa jeneral BN tak kena tukar?

Unknown said...

Aslkum Dakj

Sudah berapa dekad saya kenal nama AKJ, nama besar dalam dunia wartawan.

Walaupun menurut sejarahnya rapat dgn ketua2 UMNO, tapi sejak dulu terkenal masih mampu mengkritik bila perlu.

Tapi tulisan kali ini padat dgn luahan perasaan seorang budiman.

Mungkin ada yg kata Dakj membawa suara pembangkang, lupa diri, musang berbulu ayam , emo, personal dll.

Dgn budaya samseng sesetengah ketua2 UMNO tidak boleh terima perbezaan pendapat, rasa saya kritikan tentulah akan dibalas keras oleh mereka.

Golongan bangsawan mungkin semuanya betul belaka. Sebab ramai pembodek yg sanggup jadi psriah.

Setiap kali RTM buat lintas langsung ucapan berapi3 ketua2 Umno, entah berapa puluh juta masa dan wang rakyat menjadi sia2 dipaksa mendengar temberang rethorik mereka.

Kalau diandaikan 1 juta penduduk menghabiskan masa dihadapan tv mendengar ucapan berdegar2 Najib selama 2 jam maka masa terbazir dianggar 2 juta jam. Dan kalau ditukar dgn kadar upah sejam rm10 maka rm20 jt dibazir mendengar ucapan rethorik Najib yg selama ini penuh dgn slogan kosong....kosong...kosong.

Kalau lima tahun Najib berucap di PAU maka pembaziran waktu rakyat diabggar rm100 jt.

Najib sangat layak dinobat " Bapak Slogan Malaysia"

Fazillah said...

Salam tuan, saya baca article ini dan rasa point2 yang tuan ajukan has merit. Soalan saya, bagaimana kah kita nak suarakan ketidak puasan kita kepada PM dengan cara efektik iaitu - dia mendengar dan mengambil kira rungutan rakyat dengan serius dan buat sesuatu utnuk atasi perkara2 ini.

PM kini tidak beraksi samada secara lisan atau bertulis untuk menjawab segala rungutan ini. Nak katakan dia tak tahu mustahil tetapi how do we make him sit up, listen and provide solutions. Can we suggest an open dialog with him and without the CON sultans.

I have voted bn all the time and i will continue voting bn but things have to change.



zm.azami said...

Asalam Dato AKJ..

saya amat bersetuju dengan Dato AKJ.. mohon share

Prince of Noob said...

salam datuk,

saya cuma nak komen betapa palsunya demokrasi di malaysia dan tidak bebasnya media arus perdana. umno adalah satu2nya parti politik yang mendapat liputan siaran langsung di kaca2 tv semasa persidangan dan pemilihan.

adakah semua rakyat malaysia memang menyokong umno dan kisah dengan hal2 umno? kenapa persidangan tahunan parti2 lain tidak pula disiarkan secara langsung di kaca tv?

sedangkan semua perlawanan bola sepak epl disiarkan secara langsung di kaca tv tanpa memilih bulu demi tontonan penyokong2 mereka, inikan pula parti politik di dalam sebuah negara yang dikatakan demokrasi ini.

matpenang said...

Salam dato'.

Lawak boria pm kata umno parti rakyat sebaik tnb umum kenaikan beban rakyat. Para bangsawan umno ditanggung segala bil. Kami dah sesak sangat di kampung ni.

cannonkapit said...

Tak hairanlah orang Melayu tak mahu UMNO masuk Sarawak.

SkuadSiasat said...

Enche Kadir,

Dalam 28 juta jiwa rakyat, harap ada satu marhaen yang Allah angkat rintihan dan qunut nazilahnya untuk dilempar kepada UMNO yang khianat.

Kesusahan hidup memberi hikmah untuk orang kembali kepada agama, ini fitrah.

Teruskan perjuangan Enche sebagai satu dakwah mengingatkan rakan dan bekas rakan dalam kelompok burgoise itu.

FMZ



tebing tinggi said...


Dah lama dah , UMNO lari dari menjadi parti rakyat biasa ,dan banyak rakyat jelata hanya kenal UMNO diwaktu pilihanraya sahaja ,walaupon begitu apa pilihan yang ada terutama orang Melayu.

Dkhabarkan dahulu UMNO adalah jambatan perhubongan rakyat dengan setiap lapisan peringkat yang dilantik ,segala masaalah rakyat sentiasa ada yang mendengar dan mendapat penyelesaian tetapi sekarang usahkan diperingkat tertinggi ,diperingkat cawanganpon pon masyarakat setempat tidak mengenali siapa (hanya aktif bila ada pemilihan atau pilihanraya)mengenal ahli-ahli bahgian jauh sekali.

Kalau ada kesedaran Najib begitu ,moleklah kot ,itulah cara UMNO begerak diawalnya ,dari rakyat kepimpinan bukan dari pimpinan kerakyat.

Me Lu At said...

UMNO is fast becoming irrelevant to the majority of the Malays (i.e. rakyat biasa bukan bangsawan)who have all these years given their undivided support and loyalty to the government. Najib and his lieutenants, their wives, families, cronies and friends are abusing and enjoying their positions at the expense of the rakyat. The majority of the rakyat are struggling to make ends meet now, soon it will get worst with rising cost of living and the shrinking of the value of their income. Cemas dan lemas melihat kepemimpinan Najib dan UMNO yang korup,kurap,tidak kompeten,penuh retorik. Bangsa Melayu dan agama islam di Tanah air sendiri sedang dihina dan akan terus dihina kerana pemimpin yang tidak amanah. Rakyat berasa cemas, pemimpin terus dibuai dan terlena dengan kuasa dan kemewahan. Lihat saja Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung - bergelak ketawa,berucap berapi-api, bertepuk membodek, membuat resolusi yang penuh retorik sedangkan rakyat melihat dengan wajah yang kosong sambil memikirkan bagaimana nak memberi makan anak2 - bagaimana nak hidup. Bagaimana nasib masa depan anak cucu kita?

Abdullah Ngah said...

Bercakap pasal pemimpin negara saya teringat dengan ayat Al Quran yang bermaksud: " Dan kami menjadikan mereka itu sebagai pemimpin pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami" ( surah Al-Anbiyaa: 73)

Firmannya yang bermaksud: "Dan kami jadikan mereka para pemimpin yang mengajak manusia ke neraka" (surah al- Qashash: 41).

Kesimpulannya, bahawa pemimpin terbahagi kepada dua golongan. golongan pertama, mereka mengajak manusia masuk syurga dan golongan kedua, mereka pula mengajak manusia masuk neraka.



Unknown said...

Salam dato yang di ingati yang tetap unggul dan terbaik dengan kekayaan pengalaman yang luas dapat mengesan keburukan umno yang dah masuk ke angka nazak ini mukadimah saya dato, Yang sebok pada masa ini umno sudah berdiri di tiang yang sebenar adalah media prima yang diterajui oleh TV3 pembodek nombor wahid bagi umno sehingga pemimpin umno pun ada yang tenggelam dengan pujian tersebut.Saya malam tadi pun merayau-rayau di sekitar pwtc satu2 nya pusat yang bernama melayu campur orang putih yang melahirkan perwira2 sumpah sanggup mati demi tanah tercinta sumpah dilapaz atas permaidani lembut yang tak rasa kaki seperti di bendang kat rancangan tanah mada kedah hebat sungguh perwira2 kita ya dato bersamping nan cantik berbaju kurung warna merah siapa yang melihat mesti terpesona, OK dato cerita nya di pwtc masih sama macam tahun2 sudah juga yang wanita tunjuk gaya fesyen nya yang pemuda nya tunjuk gaya dan gelagat seperti orang yang teramat kaya macam jutawan la senang cerita. Masuk dewan cerita pasal umat melayu seram sejuk mendengar nya pasti kita akan terpesona dengan perbahasan yang disifatkan dalam filem p.ramlee sebagai sekolah sarkis, Tiap2 tahun diperkatakan masaalah orang melayu tiap2 tahun diperkatakan masaalah agama namun tindakan nya sama sahaja iaitu indah diatas kertas cantik di meja pembahas kerana masa perbahasan memang indah bunyi tapi keluar dewan lupa segalanya dan nasib melayu sama sahaja tanpa ada penghujung nya. Ok dato esok mungkin akan ada oarang menangis sedu sedan dengan syahdu seperti di sg limau semasa PRK hebat nya melayu kita dato menangis pandai ketawa lagi pandai membohong pun lagi bijak. Wahai umat melayu berubah la padang la masa depan yang gemilang tanpa mengharapkan tongkat umno tapi harapkan la redha ALLAH dan berusha la dengan ikhlas insha-ALLAH kita akan selamat dunia dan akhirat...bersihkan hati bersihkan diri agar hidup tidak hancur dimamah usia...wassalam...sekian dari saya yang merapu ini...

din klang said...

Dato

Parti di Malaysia yg bukan milik rakyat tetapi memjadi milik pusaka kaum keluarga dan sahabat handai...1.umno 2. Pkr 3. Dap 4. Mca 5. Mic...

Kamal said...

Datok

Mana lah Najib hendak faham masaalah raayat.Ia kan datang dari golongan Aristokrat.Dari kechil hingga besar ada amah jaganya.tidak bisa mandi ayer telaga,tidur dalam bilek aircondition,Pergi sekolah chauffer bawa kereta.Dari kechil pergi belajar di England.

Najib boleh bercakap soal kemiskinan tapi dia tidak tahu bagaimana kah pedih nya hidup sabagai saorang miskin,
Menjadi penjaja dan burok kasar,anak ramai,dudok rumah setinggan,anak tidak ka sekolah atau jika ka sekolah kena berjalan berbatu batu.

Sama lah juga dengan khairy ketua Pemuda dan Sharizat ketua wanita.
Semua mereka datang dari keluarga yang kaya dan senang.

Merekantidak akan faham apa itu kemuskinan.

OKJ said...

Salam DAKJ

Molek artikel Dato’ kali ini. Tak salah kita beri pendapat yg membina dan sekali sekala memuji kerajaan UMNO BN. Ini kerana negara kita telah diiktiraf antara Negara Islam terbaik dan termaju di dunia. Dan ada yg kata Malaysia sebenarnya sebuah Negara maju dah pun w/pun belum lagi tahun 2020. Kalau rakyat sendiri tak sokong, siapa lagi?

Saya berharap Dato’ dapat memperbanyakkan artikel-artikel yg positif pula selepas ini, selaras dgn nasihat Tun iaitu ramaikan kawan dan kurangkan musuh. Kalau Dato’ betul-betul menghormati Tun, ikutlah cakapnya. Bukan sekadar pergi ke rumah beliau semasa “open house hari raya” dan di IJN sambil bergambar. Itulah cara sebenarnya kita menghormati sahabat sejati.

Saya juga memohon maaf kepada Dato’ dan pembahas blog kerana terkasar sedikit baru-baru ini. Orang berbudi, kita berbahasa. Akhir kata, kalau takut dibadai ombak, jangan berumah di tepi pantai. Selamat bersidang. Sekian TQ.

Syed Akbar Ali said...

S'kum Dato. RM7.0 Billion telah dilabur di Cayman Islands? Sebelum ini saya ingat RM3.0 Billion ++ saja.

Daripada jumlah RM7.0 Billion yg dilabur itu rasanya berapa billion sudah "lebur"? Maksudnya hancur dan tidak akan kelihatan lagi?

Siapa yang telah beri arahan untuk melabur atau melebur RM7 billion dpd duit rakyat kita di sebuah pulau yang begitu jauh sekali dari tanah air kita?

Apakah Lembaga Pengarah 1MDB yang telah muafakat membuat keputusan ini? Atau pun mereka mendapat "arahan" supaya RM7 billion itu diterbangkan atau disedut melalui saluran elektronik dari sini ke Cayman Islands?

Ini adalah satu lagi kes "truth is stranger than fiction". Malangnya dalam pentadbiran Najib, kes2 seperti ini menjadi amalan harian.

Syed Akbar Ali

Fikir Tajam said...

Assalam DAKJ,

Pengamatan yang amat tajam lagi kritis oleh DAKJ ternyata BENAR dan CUKUP MENGGUSARKAN rakyat.

Perihal Najib yg kesasar dan tak ketentuan haluan dalam meneraju tanahair tercinta ini amat melukakan, tragis, sadis malah dilihat sangat menjengkelkan serta mengkhianati Melayu khususnya.

Najib kelas tak punya idealisme perjuangan yg nyata dan jelas. Beliau hanya SEBOK bicara dengan pelbagai jenis mantera yg diakronimkan dengan wayang 1Malaysia itu sebagaimana Pak Lah yg kecundang meski berapi melolongkan slogan Cemerlang, Gemilang, Terbilang.

Datuk,

Persoalan ekonomi mudah - perut rakyat tak boleh diisi dengan pelbagai jenis slogan yg molek-molek belaka. Pendekatan populis dan kemaruk mahu dilihat popular oleh Najib ternyata diwarisi dari era Pak Lah yg kematu tak tahu apa.

Najib tidak menyelesaikan pokok permasalahan rakyat. Beliau terlalu bergantung kepada para konsultan yg diragui prestasi mereka. Jelas Najib hanya budak suruhan para penasihat yg punya agenda tersembunyi pekong dan virus melahap untung nasib rakyat khususnya kaum Melayu sebagai majoriti yg hidup serba kekurangan.

Kegagalan Najib bermakna kegagalan para perwakilan UMNO membaca dan menterjemah hasrat, gusar, rintih rakyat.

Perwakilan UMNO yg impoten telah melahirkan pembnesar yg play safe seperti Najib.

Justeru saya berkali-kali sarankan supaya semua jawatan tertinggi UMNO dipertandingkan.

Transformasi tahi klucing ala Najib = pertandingan hanya harus berlaku di peringkat cawangan, bahagian dan MT/Naib presiden sahaja.

Kesian Najib...tak jantan rupanya dia...

KPI Najib = 0 (FAILED) jika diambil kira prestasi beliau sebagai Ketua Badan Perhubungan UMNO Selangor yg terus tumbang di PRU13 lalu.

Najib...Najib... Mediocre rupanya...

wahi said...

tuan,

telah berkali2 rakyat jelata meluahkan perasaan tidak puashati kepada kerajaan terhadap pembaziran yang dilakukan tetapi sedikit pun tidak diendahkan oleh pemimpin2 kita. apakah perubahan hanya akan berlaku apabila kuasa tidak ada lagi ditangan kita?

ab said...

Salam Dato,



`ain' saya rasa tak baik semacam la ni.




Saya sangat pentingkan kedudukan duit orang melayu...


Kebanyakan orang melayu yang bekerja makan gaji (kakitangan kerajaan/swasta)sekarang ni dijangkiti penyakit `serabut kepala'...pendapatan sebulan cukup untuk belanja 3 minggu lebih kurang....




Saya rasa keewangan negara pun `mengaahh' dah ni...kalau bolih gomen nak pinjam lagi, tapi takut
downgrade on the credit status, naik interest rate keatas pinjaman,bon dan nilai ringgit kena `tekan' lagi....




LAA NI buat plan B, kutip cash upfront from the people, tak kena interest rate,tak kena credit downgrade watch....lagi pun kerajaan bolih `punish' rakyat bila bila depa suka pun..




TIPU LAA kalau kata kurang subsidi
berbilon akan jimat perbelanjaan gomen.......CUBA TUNJUK BUKU AKAUN SUBSIDI PUNYA, akaun subsidi tu dah KOSONG/tak nampak duit kut ni!. kalau tak ada cash dalam tabung subsidi tu macam mana nak jimat,ADA KA JIMAT DARI TABUNG YANG KOSONG?.




Laa ni gomen dok `pelekoh' rakyat untuk dapat duit baru tanpa faedah dan gomen selamat dari kena bayaq faedah tinggi kat pinjaman/ bon depa...



TAPI GOMEN KATA RAYKAT MELAYU/BUMIPUTRA teramai didalam kategori berpendapatan rendah kurang dari 3-5 ribu ringgit sebulan.KATA GOMEN NAK TOLONG RAKYAT TERAMAI, laa ni dok pelekoh rakyat teramai...kutip duit baru(new cash) dari harga mahai gula,petrol,disel dan elektrik.


Nanti depa `tibai' lagi dari air, tol,parking lot, cukai pintu,IWK,GST dll..ASALKAN DAPAT `NEW CASH' udah laa...




Olih sebab itu,KENA LAA pujuk rakyat teramai ni...HARAPAN GOMEN ialah jangan depa mengamuk!.




Yang buat bisness kecik ka besaq ka( cina yang paling ramai dalam hai ni), gomen tak takut sangat sebab gomen tau DEPA AKAN DAN PASTI NAIKAN HARGA BARANGAN DAN PERKHIDMATAN,,cover naik kos perniagaan kata depa,TETAPI nak untung lebih depa tak kata pun.




YANG BERNIAGA BESAQ BESAQ dan GLC pulak depa `baik sungguh' puji gomen sebab BOLIH UNTUNG LEBIH DAN BAYAQ elaun,bonus dan gaji diri mereka lebih lagi. KALAU KUTUK GOMEN nahas la depa, tu kes nak jaga `nyawa depa' BUKAN JAGA KITA rakyat teramai...




OLIH KERANA SEMUA ITU , orang berpangkat besar,kaptan kaptan GLC,Tun tun dan bini,Tan Seri Tan Seri dan bini serta berlungguk lunguk datuk dan dato' serta bini yang `kena mengena' dengan duit baru ni mesti la puji dan ikut kata PM!.



Saya sangat sangat bimbang kalau tiba tiba PM jatuh sakit dan `arwah'..MAMPUIH LA KITA sebab credit down grade dan faedah akan melambung...depa ni bukan bolih dipercayai punya dalam hai hai sakit ni.LAA ni pun ada menteri sakit jantung depa kata sakit arteri tersumbat..BAHASA SEDUNIA IALAH CORONARY ARTERY DISEASE, tu pun depa `chong' habis...ni kan pulak kalau PM sakit.



KECUALI TUN MAHATHIR..dia beri tahu penyakit jantung dia.



DAH BERAPA PM malaysia dan menteri menteri Malaysia jujur tentang penyakit penyakit mereka?

Kalau hai sakit depa pun depa tipu, ni pulak hai duit negara tak ada/tak bolih ada pulak, JANGAN HARAP depa akan jujur.


Selamat berdebat,cadang tu,cadang ni kat PWTC ramai ramai,TETAPI JANGAN terkejut PM dan cabinet tak buat apa apa punnn....


Pujiii ,jangan tak pujiii.




Abu Bakar Ab Rahman

Ghab said...

Cool lah sikit Dato'! Dalam erti kata saolah siaran Aspan Alais dan Sakmongkol dibawa bersama bergema diangkasa.

Tiada besanya diantara Parti Umno, Pas dan Dap. Ada setengah pihak mengata Parti Pas sudah mejadi Parti Nik Aziz dan parti Dap pula ialah Parti Tokong dan Parti anak beranak. Begitu juga dengan gelaran diberi kepada Parti Pkr ditambah pula bahawa Parti Pkr ialah Parti Brother Anwar Bin Ibrahim. Tetapi semua parti parti ini membawa semboyan bersama iaitu mendakwa tuntutan bahawa sabuah parti 'Parti rakyat untuk rakyat'. Sorak-sorai ini merupakan penerbitan yang relatif.

Isu negeri Serawak tidak niakan tarif elektrik ialah isu kuasa kerajaan Negeri dengan kerajaan pusat menurut perjanjian dan perlembagaan. Biarlah pemimpin Negeri dan Pusat mencari jalan penyalesaian untuk selaras dengan keniakan itu didalam kadaan dan suasana berkaitan dengan ekonomi dunia yang tidak menentu. Ini juga disebabkan oleh saling bergantung antara perusahaan ekonomi dunia. Satu kenyataan, hakikat dan realiti yang patut diambil kira. Bukanlah saja apa yang didakwa dari ketagihan isu kerajaan suami isteri yang borus saja diambil pertimbangan.

Adalah menjadi penhitungan bagi semua pihak apa yang akan dibangkitkan oleh pembesar Umno dan perwakilan nanti. Perhimpunan Umno kali ini tidak akan lari daripada retoriknya, sindiran demi sindiran, gelak ketawa dan tepukan gemuruh sebagai reaksi. Inilah budaya Umno dan juga budaya parti lain apabila berhimpun sama sendiri bertemasakan politik yang tidak disenangi oleh sesiapa yang berpartisan.

Namun, disebaliknya dan yang mungkin tersirat dalam pehimpunan kali ini akan mempolarisasikan lagi kesatuan kemelayuan dalam Umno. Nada ini tidak akan memberi makna kepada Negara yang berbilangan kaum yang mana satu reaksi kesedaran daripada apa yang dikatakan 'dihanyutkan oleh tsunami Cina', sungguh membimbangkan!

Walaubagimanapun, dari satu sudut pandangan tidak acuh, Perhimpunan Umno kali ini ingin dilihat seperti berikut:

Would it be a demonstration of perennial hand-over over one who thinks that man is born evil or that man is born good which its concern for human nature?

Moreover, a pessimistic view portraying of one who is depressed. Being man own nature, he sees himself is not only evil but nasty, ugly, brutish, arrogant and hypocritical as yet he himself ought to be realized. But then come man who engages himself into civilization, he becomes a good man who by mean has saved himself to be good. A thought that man without civilization, man would regress to a beast-like state.

The irony is, there is also belief that man is born good, though he is free but everywhere he is in chains. Civilization is not good for man. It follows, he has to be free from the social contract in placed. At the same time he should restore himself from the technological life and lead to more of natural existence could be the awareness to his-self interrogation. 

It is interesting with this jargon mind-warbling interest, Umno convention would be there to demonstrate the actually of practical in human nature.

shamal66 said...

Kami yg sokong Bn la ni menyesal..penjawat awam yg celik IT da tak mahu UMNO..tak mau BN, Peruntuk x ada, claim lambat, kertas A4 kena beli sendiri x boleh Claim sebab..prosedure..agnesi keselamatan di sabah dan sarawak hancus..BN yg menang sebab BN sarawak dan sabah..bukan Semenanjung.. Kenap negeri pakatan rakyat dan negeri yg BN x boleh menang di bela, di tatanng, bangsa yag tak memberi undi d dewa dewakan..Ahjibgor masih x dgr cakap..Punahsihat buat keputusan bukannya kabinet, meka pak turut, Semua da mcm kayu mati..BN n umno sure akan d talkinkan tanpa batu nisan..caya lah, tak ada satu program Ahjibgor tersemat si hati rakyat, semua buang duit..yg untung pihak pihak tertentu..terus terang kami anggpa najib gagal.. Gagal leib teruk dari paklah..

ab said...

Salam Dato,



`ain' saya rasa tak baik semacam la ni.




Saya sangat pentingkan kedudukan duit orang melayu...


Kebanyakan orang melayu yang bekerja makan gaji (kakitangan kerajaan/swasta)sekarang ni dijangkiti penyakit `serabut kepala'...pendapatan sebulan cukup untuk belanja 3 minggu lebih kurang....




Saya rasa keewangan negara pun `mengaahh' dah ni...kalau bolih gomen nak pinjam lagi, tapi takut
downgrade on the credit status, naik interest rate keatas pinjaman,bon dan nilai ringgit kena `tekan' lagi....




LAA NI buat plan B, kutip cash upfront from the people, tak kena interest rate,tak kena credit downgrade watch....lagi pun kerajaan bolih `punish' rakyat bila bila depa suka pun..




TIPU LAA kalau kata kurang subsidi
berbilon akan jimat perbelanjaan gomen.......CUBA TUNJUK BUKU AKAUN SUBSIDI PUNYA, akaun subsidi tu dah KOSONG/tak nampak duit kut ni!. kalau tak ada cash dalam tabung subsidi tu macam mana nak jimat,ADA KA JIMAT DARI TABUNG YANG KOSONG?.




Laa ni gomen dok `pelekoh' rakyat untuk dapat duit baru tanpa faedah dan gomen selamat dari kena bayaq faedah tinggi kat pinjaman/ bon depa...



TAPI GOMEN KATA RAYKAT MELAYU/BUMIPUTRA teramai didalam kategori berpendapatan rendah kurang dari 3-5 ribu ringgit sebulan.KATA GOMEN NAK TOLONG RAKYAT TERAMAI, laa ni dok pelekoh rakyat teramai...kutip duit baru(new cash) dari harga mahai gula,petrol,disel dan elektrik.


Nanti depa `tibai' lagi dari air, tol,parking lot, cukai pintu,IWK,GST dll..ASALKAN DAPAT `NEW CASH' udah laa...




Olih sebab itu,KENA LAA pujuk rakyat teramai ni...HARAPAN GOMEN ialah jangan depa mengamuk!.




Yang buat bisness kecik ka besaq ka( cina yang paling ramai dalam hai ni), gomen tak takut sangat sebab gomen tau DEPA AKAN DAN PASTI NAIKAN HARGA BARANGAN DAN PERKHIDMATAN,,cover naik kos perniagaan kata depa,TETAPI nak untung lebih depa tak kata pun.




YANG BERNIAGA BESAQ BESAQ dan GLC pulak depa `baik sungguh' puji gomen sebab BOLIH UNTUNG LEBIH DAN BAYAQ elaun,bonus dan gaji diri mereka lebih lagi. KALAU KUTUK GOMEN nahas la depa, tu kes nak jaga `nyawa depa' BUKAN JAGA KITA rakyat teramai...




OLIH KERANA SEMUA ITU , orang berpangkat besar,kaptan kaptan GLC,Tun tun dan bini,Tan Seri Tan Seri dan bini serta berlungguk lunguk datuk dan dato' serta bini yang `kena mengena' dengan duit baru ni mesti la puji dan ikut kata PM!.



Saya sangat sangat bimbang kalau tiba tiba PM jatuh sakit dan `arwah'..MAMPUIH LA KITA sebab credit down grade dan faedah akan melambung...depa ni bukan bolih dipercayai punya dalam hai hai sakit ni.LAA ni pun ada menteri sakit jantung depa kata sakit arteri tersumbat..BAHASA SEDUNIA IALAH CORONARY ARTERY DISEASE, tu pun depa `chong' habis...ni kan pulak kalau PM sakit.



KECUALI TUN MAHATHIR..dia beri tahu penyakit jantung dia.



DAH BERAPA PM malaysia dan menteri menteri Malaysia jujur tentang penyakit penyakit mereka?

Kalau hai sakit depa pun depa tipu, ni pulak hai duit negara tak ada/tak bolih ada pulak, JANGAN HARAP depa akan jujur.


Selamat berdebat,cadang tu,cadang ni kat PWTC ramai ramai,TETAPI JANGAN terkejut PM dan cabinet tak buat apa apa punnn....


Pujiii ,jangan tak pujiii.




Abu Bakar Ab Rahman

pengundi Melayu said...

Setelah puas berbalas pantun sambil berlawak jenaka sesama pemimpin dan perwakilan, maka mereka pun pulang dengan pelbagai buah tangan dan rakyat pula terkonteng konteng di biarkan tak berhaluan.

Pru 14 nanti menangis la kamu untuk merayu undi aku.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Sejak bila UMNO jadi parti perjuang nasib rakyat?

Berhentilah menunggu buah tak gugur, kucing bertanduk atau bulan jatuh ke riba.

Untuk meningkat martabat kehidupan rakyat, saya tak fikir UMNO ada maruah dan tindakan kongkrit jangka panjang.

Dasar pejam mata terhadap masaalah Melayu memang trademark UMNO.

Kerja yg boleh dibuat oleh org Melayu SENGAJA dinafikan. Biar org Melayu terus miskin, merempat, mengambil dadah dan merempit

Perwakilan asyik dewakan pemimpin. Mereka tak sedar hutang PTPTN ciptaan ketua2 UMNO dah lebih rm40b yg kebanyakannya diguna untuk membiayai kolej dan U swasta kroni mereka.

Kalau UMNO benar parti rakyat Melayu tak mungkin mereka tak ada otak hingga membiarkan penderitaan org yg berimakan atau undi pd mereka

Yg hairan bin ajaib masih ramai mengharap ketua2 UMNO akan berubah.

PENGUNDI AMPANG said...

Senario negara sangat meresahkan;

Anak-anak menganggur, pendatang bermaharaja lela, bahan api (minyak)telah naik, GST,tarif letrik naik, pemimpin dan keluarga bermegah-megahan,..................

Adakah semuanya ini sememangnya satu kejadian biasa atau tidak dapat dielakkan?

Adakah ini kelemehan mereka yang diberikan kuasa?

Adakah ini kelemahan sayap penerangan yang gagal memberi penerangan yang meyakinkan kepada rakyat?

Lahuma said...

Dato.

Tak mumngkin UMNO akan menjadi parti rakyat.Tak kan UMNO nak undur kebelakang.UMNO sudah dilihat terlalu jauh sebagai sebuah parti ala koporat yang di lingkungi bangsawan dan atau separuh bangsawan cukup menebal.

Persidangan UMNO hanyalah pesta atau karnival politik untuk meraikan kemenangan pemimpin mereka.Tidak ada pun lambang kejayaan rakyat jelata.

Hujah dan usul yang telah dikawal dan di adun dari awal.Satu kewajipan memuji dan memuja pemimpin.

Sebenarnya PM Najib dan TS Mahyudin pun gusar akan kepayahan PRU 14 nanti.

Sebab itu UMNO terpaksa berlakon bermacam gaya.Kadang -kadang lembut gigi dari lidah.Ada kala pula bujur lalu melintang patah.

Soalan Dato.Sejak bila UMNO bukan parti rakyat jelata.
Jawabnya mudah sahaja iaitu sejak pemimpin mereka menjadi kelas atasan hasil agihan yang tak seimbang.

Percayalah seperti lazimnya bukan mudah nak mengembalikan UMNO sebagai parti rakyat yang sebenar.
Hangat-hangat tahi ayam sahaja.

Mereka ingat pada rakyat masa hendak undi sahaja.Masa itu berkamponglah mereka.Selepas itu rakyat bersama rakyat juga asalnya.

Mahu tak mahu pemimpin UMNO terpaksa mencipta retorik baru setiap tahun.

Inilah gambaran kegusaran PM Najib.

Terima kasih Dato.


choc-mint said...

Assalamualaikum..
minta maaf yew...pemimpin umno sekarang nih dah mcm anuwar ibrahim dah perangai putar putar tak jugak sampai sampai...biler perhimpunan jew..waaaaaaah...sangattttttt kemelayuan..cakap...bumi pown gegar giler...air lior kalo laku..takung juai bleh jd jutawan oo...perlaksanaan..hampeh haprak habuk pown tarak...wat to do...
haaa...tu lah...kan dah dpt balsan kitew semua...tun m dulu kitew dok kata tun m tak sayang melayu..segala mala pembangunan dikata pembaziran...haa..hambik la ni...sakit mata telinga jiwa dan raga..stressss manjang..najib muhyidin keri hisam dan yg sewaktu dgnyew adaa kesah...la ni baru tao pm mana sayang bangsa negara dan agamanyew...kalo kowang nak marah haku..haku terima...sbb haku kuciwa dgn 2 pm las nih..putih putih melati...merah merah dellima..siapa baik hati..akan kuterima...ganer haku nak terima depa nih..dah la xseputih melati..delima lagik merah..ader baik hati kew...dak kowt..daaakkk...najib pemimpin yg hanya mendegar apa yg nak di dgr..najib ada meronda sorang sorang masa ujung minggi/pabelik holidei tak...ada..ada..klo ada takkan tak dgr hapapown...sabo jew la haku...

Lembah Tasnim said...

Salam Tok..

Nak tolong rakyat..? tolong apa..? Tak sampai sebulan tahun 2014.. Takrif elektrik naik.. lepas tu pekilang kata "Kos pengeluaran bertambah tinggi" menteri pulak kata "Pekilang jangan ambil kesempatan" drama berulang.. kitar semula cerita lama..

Nak hiburkan hati mari tengok siri "Bujang Lapuk atau Labu Labi".. filem lama P Ramlee.. orang kaya tindas orang miskin tengok "Penarik Beca" yang boleh menitis air mata tengok "Ibu Mertua Ku"..

Kerana kita bakal menitiskan air mata dengan "KOS SARA HIDUP"

TQ Tok..

Kamal said...

Syed.
Scandal 1MDB $30 billion exposure.
Ini mak segala scandal.
Lebeh besar dari Carrian scandal and Bank Bumi.

PAC hendak siasat pun mereka kata 1MDB ini private co jadi Parliment tak ada hak untok memangil siasatan.

Tapi part of $30 billion tadi ada govertment guarantee.

Kawan saya cakap jika kita mula siasatan atas 1MDB ,Najib dan Rosmah lari malam.

Where is Tun Mahathir .Kenapa dia membisu.

Unknown said...

Salam Datuk
Amat memalukan di sebalik kerancakan di pwtc berdegar degar rakyatbdi pantai timur dan diberitakan esok dan lusa separuh semenanjung akan tenggelam dek baniir. Kalau berjiwa rakyat minta PM dan MT tangguhkan dulu persidangan...kerahkan YB YAB segala pendekar turun membantu rakyat yang kesusahan. Takut depan PWTC tenggelam juga sehab sebelah nya sungai klang. Ayuh tunjukan kerakyatan parti kita.

Unknown said...

Salam dato....baru bersidang dah ada yang mengampu cadangan pak TPM untuk menjadikan rang undang2 suni di sokong dan di puji lambong melambong la pelampong di pwtc esok pasti belon akan pecah.....yang pasti pwtc hanya akan jadi tempat pesta atau lebih popular masa kini karnival la kat situ ada jualan pasti banyak yang sinsing lengan nak tunjuk emas berketul di jari dan lengan itu la budaya melayu bawaan umno...sekian dato kemerapuan saya..

bard langgar said...

Din Klang,

setakat tu saja ka kemampuan hang memberi komen ??

Unknown said...

Aslkum Dakj

ISU UST KAZIM DITAWAR JADI AHLI MT UMNO.

Mendengar ceramah2 beliau di tv, sukar untuk saya menidakkan bahawa ust Kazim sehaluan UMNO.

Bila UMNO istihar Najib ingin melantik Kazim jadi ahli MT, terdetik jugak hati ni. Hebat jugak org ni. Apa kelebihan beliau berbanding dgn ust2 UMNO diluar sana?

Dalam komen awal, Kazim kata PAS patut malu pd UMNO kerana selama ni tak tawar apa2 jawatan pd beliau.

Yg saya tak faham, mentang2 dapat tawaran, org lain pulak nak dihentam.

Selepas itu, Kazim yang mengaku masih ahli PAS , mengistihar keluar PAS.

Tentulah sehari selepas itu, setiausaha agong menjelasksn bahawa Kazim dah kena pecat sejak Ogos lagi.

Selepas itu menurut Kazim, beliau brrjumpa Najib selama satu jam untuk dapatkan penjelasan lanjut tentang tawaran tersebut.

Tapi yg hebatnya, Kazim tolak tawaran Najib

Kenapa Din Melaka pulak sibuk ulas pasal isu ini?

1. Banyak masa rakyat terbazir kisah tawaran ni.

2. Cara tawaran ni diwar2kan macamlah Kazim ni ulamak besar sangat.

3. Beberapa kali Kazim beritau beliau dipanggil dgn macam2 gelaran oleh orang PAS. Adakah adil mengulang2 tuduhan ini tanpa menamakan org yg terlibat secara spesifik?

4. Najib tak mungkin tawar jawatan MT pd ahli PAS. Pd bekas ahli PAS mungkin.

5. Dari segi protokol agar tidak dimalukan, sesuatu tawaran hanya akan diumum jika yg empunya diri dah beri green light tanda setuju. Ini tidak. Macam ada yg tak kena. Tak malu ke Najib bila Kazim tolak tawaran.

Kesimpulan: Drama tawaran Najib mirip kpd usaha menonjolkan imej Islam UMNO DAN MENGGUNAKAN KAZIM UNTUK PERLEKEH PAS.

Saya tak fikir Kazim perasan maksud yg tersirat . Ada org tiba2 boleh jsdi besar kepala mendengar tawaran hebat.

Saya taklah sampai tahap menuduh Najib dan Kazim dengan sengaja nak pekena PAS.

Kepada petwakilan bernama Datuk Zaleha, sejak bila pulak UMNO jujur nak muzakarah dgn PAS.

Nak perjuang tembolok sendiri ramaivdlm UMNO.

Kampong man said...

Salam Dato,

1.Tidak ada masaalah Dato kini menjadi super dan hyperkritical pada Najib dan UMNO sama saperti blogger Outsidethebox Tuan Syed kita walaupun Rocky Bru dan Jebatmustdie ada kelainan mereka.Saya mengalu alukan perbezaan pandangan dan pendapat yang kritikal. Yang penting kita semua saling hormat menghormati walau apa juga pendirian ideologi politik kita tanpa perlu emo dan over.

Jika ada yang lebih baik dari Najib kita tukar sajalah saperti apa yang terjadi pada Pak Lah dulu.Cuba lah .Mana tahu kot kot Malaysia kita boleh lebih berjaya.

Tun kata UMNO kini sudah lebih kuat dengan peningkatan kerusi ke 88 dari 79 hampir menyamai seluruh kemenangan PR (89). Bukan kah it is time for condolidation and strengthening the party ketika semua parti lain bercelaru tanpa arah?.

2.Mungkin ada yang saya tidak tahu dan terlepas pandang.Sungguh tidak gunalah nampaknya si Najib ni rupanya.Pada ahli ahli UMNO Najib lah yang paling terbaik hingga tiada pencabar beliau pada pemilihan UMNO yang lepas.Rupa rupanya slogan 'Janji di tepati ' saolah olah nampak macam tidak di tepati dari komen yang saya baca setakat ini.Ayuh apa lagi di PRU 14 kita semua tolak UMNO dan kita cuba pulak yang lain.Kita semua pangkah Pas, PKR dan DAP dan kita berdoa supaya pakatan baru PR ini dapat berjuang untuk ugama , bangsa dan negara dan rakyat Malaysia.Bodoh rupanya saya dan orang orang kampong saya di seluruh Melaka memilih BN pada pilihan raya yang lepas gamaknya !.

3.Dato hari ini saya akan luangkan masa dan akan cuba ke PWTC untuk kali pertama dalam hidup saya mendengar dari luar dewan perbahasan perhimpunan Agong UMNO.Saya tidak pernah mengharapkan apa apa walau satu sen pun wang atau projek politik selama ini.Manalah tahu untung untung dapat saya berjumpa orang kampung sdra Idris Haron Ketua Menteri Melaka saya yang baru.Ada banyak idea yang ingin saya majukan bagi kebaikan Melaka.

Maaf Tok saya terlambat ni.Kena menjadi Pak super (drebar)bagi isteri yang terlibat dalam Lembaga Arkitek membuat penilaian menyeluruh Accreditasi satu Universiti di sekitar Putrajaya pagi ini.

Kepada semua mereka di Persidangan Agong UMNO kali ini saya ucapkan selamat bersidang.Pada saya UMNO tetap untuk semua rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu dan bumiputra.Salam hormat.



ahli umno said...

umno sudah menjadi parti mengaut dan berkongsi harta kekayaan secara cepat dan senang

parti rakyat jelata ? itu semua sejarah sahaja

sebab itu mereka sanggup bergolok gadai untuk mendapat jawatan paling tinggi... untuk apa ...anda fikir la sendiri

OKJ said...

Salam Dato Kadir

Saya sebagai ahli biasa UMNO cukup menghormati keputusan Ustaz Kazim tidak menerima perlantikan MT UMNO. Salah satu sebabnya ialah beliau takut UMNO akan difitnah lagi. Beliau juga sedih kerana belum lagi menyertai UMNO, org PAS telah melebelnya dgn pelbagai kata nista. Akhirnya beliau mengumumkan keluar PAS. Itulah PAS!!!!

YB Kuantan dari PKR terpekik terlolong di dalam dewan parlimen tanpa ada perasaan malu yg beliau diperhatikan oleh seluruh penduduk Kuantan. Sehinggakan YB Kinabatangan menegurnya & suruh balik Kuantan cepat untuk membantu apa yg patut. Bagi saya rakyat biasa, inilah dia wakil PKR yg banyak cakap tapi tak reti langsung buat kerja dan tak perasan pun ketidak cekapannya. Itulah PKR!!!!!!!.

Saya cukup gembira melihat wakil HAMAS dan FATAH Palestin menghadiri perhimpunan org-org UMNO. Dan HAMAS secara terbuka meminta UMNO jadi org tengah kerana lebih percayakan parti UMNO dari parti-parti lain di dalam dunia. Partai GOLKAR dari Indonesia juga ingin mencontohi formula UMNO menerajui Negara sehingga berjaya. Inilah UMNO!!!!!!

HIDUP UMNO!!!! HIDUP MELAYU UMNO!!!!!! Sekian TQ.

din klang said...

Parti di Malaysia sekarang lebih mengutamakan kepentingan individu dan penyokong nya dari kepentngan rakyat...

Ideologi ?..ia sudah tidak lagi ujud atau hanya sebagai gula gula sahaja

Unknown said...

as salam dato,
kadang kadang saya tertanya tanya bhw tidakkah pak pak menteri di malaysia ni pernah membaca surat khabar yang mengisahkan tentang penderitaan serta ketakutan rakyat di negara kita sekarang. sepatutnya walau pun 1 nyawa dari rakyat negara ini yang terbunuh apa lagi dibunuh mati sudah menggusarkan hati mereka. dan tidakkah mereka pernah mengisi petrol kenderaan mereka sendiri sambil melihat raut muka rakyat yang terpaksa berhempas pulas menyara hidup sehingga pendidikan agama anak sendiri jadi berterabur . berapa ramai rakyat yang susah dan terderita tiap kali mengisi petrol akan memaki pak pak menteri yang seperti buta dan bengong mcm kayu. barangkali dalam semua cacian dan makian itu, ada 40 orang yg sampai doanya ke langit. habis depa semua..tak takut ke mereka..aduhhh..

Foo said...

Tuan Kadir,
The same questions that all right-minded Malaysians would like to ask. As usual all we get is just "elegant silence" even it is one's honour that is at stake. Will UMNO change, should UMNO change will be the response. Did UMNO not win MORE seats in GE13 than GE12? So why change the WINNING formula?

awang batuburok said...


Salam Dato,

Saban tahun saya perhatikan tidak ada apa yang boleh diharapkan daripada PAU selain dari cakap-cakap kosong yang akhirnya duit rakyat yang kena "PAU" samada ada hasil kerugian GLC yang diperkudakan oleh "warlord" UBN maupun kerugian akibat pembaziran "PAU sana PAU sini".

Masih ramai orang-orang Melayu mengharapkan hasil yang lebih baik tetapi menggunakan formula lama yang telah gagal iaitu undilah UMNO dari dulu, kini dan selamanya.

Kesian Melayu Luncai yang telah lebih 50tahun tertipu dengan slogan basi tersebut.....

ku_seman said...

Datuk Kadir yang dihormati, apakah akan berlaku kepada UMNO selepas Pilihan Raya Umum 14 lebih kurang lima tahun lagi? Walaupun pada PRU 13 kerusi Parlimen UMNO meningkat tetapi saya fikir belum cukup kuat untuk hadapi gelombang pihak lawan. Dengan pelaburan yang besar untuk ambil hari orang Cina dan India pada PRU13 tetapi masih gagal, apakah untuk PRU14 sekali lagi orang Melayu akan dikorbankan untuk "memujuk" orang Cina dan India? Kalau sebelum ini saya anggap PRU13 paling sengit bagi orang Melayu, rupa-rupanya PRU14 lagi suspen. Pada perhimpunan agung kali ini, saya tengok banyak skrip lama yang dibaca semula. Alif Ba Ta bermain di mulut tetapi tidak pasti sejauh manakah UMNO menzahirkan Alif Ba Ta yang menjadi janji UMNO kepada umat Melayu Islam negara ini.

Lahuma said...

Dato.

Elok dan tepat sekali keputusan yang dibuat oleh Ust Kazim untuk tidak menerima tawaran PM Najib jawatan MT UMNO.

Kalau tengok masa yang lepas kalau tak ada duit janganlah main politik UMNO.Sampai bila PM Najib kena lantik bila habis tempoh dan pemilihan nanti.

Ada seorang dua tokoh agama pun tengelam timbul dalam UMNO.Contohnya Dr Masitah dari Kedah.Bertanding EXCO Wanita pun tewas.Shahrizat pun tak lantik sebagai EXCO Wanita lantikan.

PM Najib nampak kurang teliti bila buat lantikan terhadap Ust Kazim.Ust Kazim kena ingat masa popular.laris,market tengah naik semua orang nampak.Bila merudum hanyut ketepi dan terus tenggelam.

Sebagai pendakwah Ust Kazim bebas berdakwah pada semua muslimin dan muslimat walaupun Ust Kazim nampak mirip pada UMNO.Ust Kazim boleh berdikari dengan stattusnya sebagai pendakwah bebas atau pun tidak bebas.

Politik UMNO ini dia bukan kenal kawan atau lawan.Amalan pancung memancung tetap berlaku.

Kalau PM Najib memerlukan bantuan dan sokongan dari idea atau apa jua apa salahnya ambil Ust Kazim berada dalam agensi Kerajaan seperti Tabung Haji,Jakim atau mana-mana yang sesuai.Lebih terbaik berilah bantuan pada Ust Kazim dalam aktivitinya berdakwah.

Lagi pun Ust Kazim sudah kata keluar dari Pas.Memang Pas pun bukan seronok sangat dengan Ust Kazim kerana condong pada UMNO.
Dalam cari kepentingan parti UMNO dan Pas serupa sahaja.

Walau bagaimana pun ust Kazim sudah dilihat sebagai set pada UMNO.

Tahniah Ust Kazim kerana buat keputusan yang cukup wajar.Ust Kazim tidak rugi apa-apa pun.Tapi kalau bergelumung secara terus dengan jawatan UMNO belum ada jaminan masa depannya sebagai pendakwah yang disegani dan dikagumi kini.

Ust Kazim tegakkanlah syiar Islam bersama lain-lain pendakwah.

Diatas cara pendekatan yang Ust Kazim tonjolkan itu boleh saya labelkan Ust Kazim sebagai SENIMAN DAKWAH.

Selamat berjuang Ust Kazim

Terima kasih Dato.

wakil sayap pembangkang dalam Umno said...

Salam Dato

Dipendekkan cerita. Saban tahun kita lihat di PAU, ahli cuma setakat mendengar retorik pemimpin dan perwakilan sahaja..masih apply one way communication....walaupun kita sudah memasuki zaman cyber.

Jika kesuntukan masa di jadikan alasan , Mengapakah UMNO tidak meniru sahaja seperti blog Dato di mana isu semasa negara dan masyarakat sentiasa di lontar kan untuk di hujah dan diberi cadangan serta penyelesaian oleh ahli ahli UMNO sendiri dan setiap isu serta cadangan serta penyelesaian di bincang oleh MT secara bulanan.

Setiap ahli yang mahu turut berhujah, memberi pandangan ataupun idea cuma perlu mendaftar dengan password no.keahlian sendiri agar ia lebih telus dan ikhlas....

Dan segala perkara berbangkit yang priority ini kemudian di compile dan di hujah kan sewaktu PAU...

Ini secara tidak langsung UMNO kekal relevan dalam menjaga kepentingan rakyat.

Dan dgn cara ini juga secara tidak langsung UMNO dapat mencungkil suara dan bakat bakat pemimpin yang terpendam yg samada tidak di beri peluang oleh ketua mereka ataupun tidak.mempunyai skill public speaking. dengan ini yg penting segala idea bernas dari akar umbi boleh di kongsi oleh semua pembaca dari presiden umno hingga ke ahli biasa......

Ingat bahwa suara ahli.biasa juga mewakili.suara sebahagian rakyat.

Semuga idea saya yg tak seberapa ini dapat Dato utarakan kepada orang atasan dalam Umno.

Ps. Walaupun saya dan rakan rakan dalam Umno selalu dilabel sebagai pemecah parti tetapi niat murni kami sebenarnya kerana sayangkan Umno , Melayu , Islam dan Malaysia.

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir Jasin

Hari ini saya berasa cukup sedih apabila mendengar ucapan YAB PM kita tentang terlepasnya peluang RM 40 Billion dari pelabur Taiwan disebabkan pengkhianat Negara. Juga usaha untuk menggagalkan pelaburan sebanyak RM 30 billion ringgit oleh Qatar yg cuba didekatkan oleh Datin Seri Rosmah. Kalau dulunya, usaha utk menggagalkan Lynas yg bernilai RM 1 Billion ringgit dgn fitnah mega.

Bayangkanlah berapa ramai anak-anak Melayu yg mendapat peluang pekerjaan dari pelaburan di atas yg diusahakan oleh kerajaan UMNO BN untuk rakyat Malaysia keseluruhannya, tetapi dikianati oleh pengkhianat Negara. Yg dulunya pemimpin partinya dipuji “Bravo! Bravo! Bravo! 3 kali oleh Dato’ Kadir sendiri.

W/pun syarikat saya kecil je, saya mendapat berpuluh- puluh “resume” dari para siswazah kita meminta diberikan peluang pekerjaan. Saya hanya dapat menolong apa yg termampu sahaja. Tetapi di dalam hati ini, hanya tuhan sahaja yg mengetahui betapa sayunya apabila saya menolak “resume-resume” tersebut dan mendoakan supaya ada syarikat lain yg akan mengambil mereka bekerja.

Sedih bila mengenangkan anak bangsa sendiri yg menyanjung tinggi pengkhianat Negara tetapi mencaci dan mencerca kerjaan UMNO BN yg lebih setengah dekad memajukan Negara. Adakah ini memberi jawapan “Sejak bila UMNO bukan parti rakyat jelata?” kepada Dato?

Akhir kata, anak kecil bermain api, terbakar hatinya yg sepi………..Sekian TQ.

Mustapha Ong said...

Salam Datuk AKJ dan salam Jumaat,

It has been quite a while that I have not responded to whatever articles that you had posted on your popular site. There are lots of interesting topics and issues that should be highlighted by some bloggers and columnists who prefer to delve in sensational news or throw mud at others who are not too concerned about our national affairs.

I have chosen to express my thoughts in English with the hope that some of your readers may better understand, or even whacked my poor English due to some grammatical errors. I have no qualms when my critics condemned my English and style of expressions or some genuine mistakes that may be acceptable in any foreign language (English)which is not our mother tongue.

I believe the contents are more important than the English that we were taught in schools in the 40s, 50s and 60s.Back in those days, we were proud that our academic standard was "Senior Cambridge" and the examination papers and markings were all done in London, UK.So much about the English jest in order to seriously debate on the topics that you have chosen.

Due to space constraints allowed, I should only highlight certain interesting issues that were raised during the UMNO Youth, Wanita and Puteri delegates gatherings as well as to express my comments and concern about certain aspects of the President's opening address to all the delegates, both local and foreign invited guests.

Unfortunately, I did not have the opportunity to bear witness to the grand UMNO event of the year known widely as PAU2013.You have deliberately trying to extract our thoughts on the relevant issue labeled as "Sejak Bila UMNO Bukan Parti Rakyat Jelata?". What the statement really meant was that, "UMNO being a Malay party should now transform itself to serve all Malaysians (rakyat), i.e Malays, Chinese, Indians, Kadazan, Ibans, etc. in order to win the hearts and mind of the people from now until PRU14". However, since UMNO have been around for the last 67 years, we should question ourselves whether UMNO today is only serve their own leaders and some selected grass root at State and Divisional levels.

I was personally cautioned with a sarcastic statement during the PRU13 campaigns that the ordinary kampung folks (Malays, Chinese, Indians and others) had no opportunity to even know their Divisional Heads to get a hand shake from our Federal and State leaders, including MPs and ADUNs. I am not too surprised as some UMNO leaders with positions are not sober when they taste power and authority. They even choose whom they want to help or give some assistance in order to facilitate certain applications and issues with the government.

In a nutshell, our UMNO leaders do not even care about members at branch levels as well as the ordinary kampung folks.If this what the actual situation is reflected, then UMNO is in deep trouble even before the coming PRU14. As an UMNO veteran at aged 70 years, together with my personal involvement in UMNO politics since 1964, I am ashamed to be an UMNO Veteran today that began in the small town in Johor known as Pontian Kecil.Now I know why many modern Malays (Gen Y)do not like UMNO and they publicly despise UMNO during the recent few general elections from 2008 untl today.

Just to conclude my two cents worth of comments, President UMNO DS Najib should ask the delegates for some remedial actions in order to save UMNO from political extinction There is wisdom to agree that "A great leader never sets himself above his followers except in carrying responsibilities" - quotation from JULES ORMONT.

A KADIR JASIN said...

1. Politik bukan isu berbudi dan kenang budi. Ia isu memerintah dengan baik. Isu tanggungjawab.

2. Mak bapa kita membesarkan kita pun bukan kerana budi,tetapi kerana tanggungjawab.

3. Aspek budi adalah kasih sayang yang ibu bapa kita tunjukkan. Bagi makan, pakai dan didikan itu kewajioan ibu bapa.

4. Kita mengundi pilih kerajaan. Kita bayar cukai dan macam-macam yuran untuk bayar gaji wakil rakyat kita. Mereka bukan beri khidmat percuma. Tidak timbul isu terhutang budi.

5. Masalahnya, tak cukup dengan gaji dan elaun, mereka berniaga, mereka balon kontrak yang kita patut dapat pasal kita yang dok bayar cukai. Kalau kita Melayu atau Bumiputera kita kena kowtow pula kepada mereka baru permohonan kita dipertimbangkan. Itu pun belum tentu dapat. Bila dapat ada ejen berbisik tanya habuan. Bukan kontrak besar pun. Puluhan ribu ringgit saja. Lepas tu lambat bayar atau tak bayar langsung. Bila Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi tutup, banyak hutang kepada kontrator kecil Melayu tak dibayar sampai hari ini.

6. Berhentilah bercakap tentang jasa. Cakaplah tentang tanggungjawab. Tentang KONTRAK antara pemilih iaitu rakyat jelata dengan yang dipilih iaitu wakil rakyat.

7. WAKIL RAKYAT bukan wakil anak bini dan kroni.

8. Siapa salah kalau sekarang ada lebih 30,000 graduan yang mengganggur? Tapi statistik kata pengangguran kita rendah, malah dah capai full employment.

9. Siapa sabotaj pelaburan asing? Siapa berpolitik dalam Petronas sampai orang yang diyakini oleh pelabur asing terpekanting daripada Petronas dan diambil kerja oleh Singapura?

10. Mengapa tidak Perdana Menteri atau Tok Pa, Jho Low atau penasihat-penasihat bertaraf menteri yang ramai itu yang menjana pelaburan asing? Ini bukan kerja anak bini. Ini tugas rasmi negara!

11. Mengapa biar sampai 7 bulan lepas PRU nak nafi secara rasmi yang BN tak hilang undi majoriti? Siapa nak percaya?

12. Tak kan semua menteri tudur atau susah nak bangun pagi?

Wallahuaklam. Terima kasih.

joe black said...

Dato'

Memang tepat soalan Dato' tentang mengapa selepas 7 bulan tiba tiba keluar statement dari Najib yang BN menang dengan popular vote!

Kalau nak dapat keyakinan rakyat yang berfikir kena lah beri bukti satu persatu. Kalau tidak ia bolih dianggap sapertimana kata Allahyarham P Ramlee "masuk angin keluar asap". Orang putih kata melepas " Hot Air".

Dalam erti kata yang sama Perhimpunan Agong UMNO ini bolih dianggap sebagai gelanggang untuk ketua wanita, pemuda dan lain lain untuk melepas "Hot Air".

Kampong man said...

Salam Dato,

1.Kerajaan pimpinan UMNO punyai tanggung jawab berat pada rakyat.Peredaran dan kehendak semasa membuatkan UMNO tidak boleh dan jangan mengambil mudah rintihan rakyat majorit yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara dengan pengagihan adil kekayaan negara, sekira masih ada lagi, kepada yang 'deserved' terutama yang diluar bandar sana.

2.Kita lihat bagaimana bencana banjir di negeri pantai timor ,Pahang, Terengganu dan Pahang yang sangat menguris hati kita semua.'Penat mata memandang penat lagi bahu memikul'.Masa untuk membantu dan lupakan pegangan politik Saya yakin kerajaan dapat mengatasinya dengan berbagai cara dari segi bantuan kerana ini bencana tahunan yang dijangka.

3.Walaupun banyak yang tidak senang dengan PAU konon ianya tempat lakonan pentas yang sama year in year out.PAU penting bagi UMNO dimana akhirnya satu resolusi akan tercapai; tempat dimana perpaduan ahli, isu berbangkit, keutuhan parti dapat di semai;kelemahan parti diperbetulkan; pandangan dan rintihan rakyat didengar tanpa 'fear or favour'.Maklumlah UMNO parti untuk semua rakyat Malaysia dan parti tunjang orang Melayu dan bumiputra selama ini.

Parti lain bolehlah dilihat sebagai hanya sekadar' nyamok kecil ' yang bahaya punyai short life span kind of now you see, now you dont.Kadang kadang nyamok ini juga benar benar amat merbahaya kerana ada nyamok yang membawa kuman Aedes yang boleh menyebabkan kematian!.Satu cabaran.

4.Segalanya terletak di atas bahu Najib. Jangan hanya berdengar degar dan rhetorik sahaja di PAU.Semua tahu UMNO hampir tumbang dengan persepsi buruk dilemparkan padanya di PRU lepas.Pada analisa saya PRU 13 adalah masa yang paling terbaik bagi PR dan penyokong mereka menukar kerajaan BN. Sayang mereka terlepas peluang terbaik ini. PR dan kepala de facto nya Anwar kurang jujur dan akhirnya common sense prevails BN masih terus diberi peluang dan diberi mandat
lagi.Jangan hairan.

4.Realitinya ramai yang sayangkan UMNO dan BN cuma BN janganlah besar kepala. Dengar dan Dengar!.Teruskan usha baik kamu demi semua rakyat Malaysia. UMBO tetap unggul, in shaa Allah.Wallahwualam.

Terima jasih Dato.

Unknown said...

Salam dato yang di kasihi sudah breakfast ker warung yang sedap ialah di kawasan taman seri gombak berhampiran batu cave...Ok dato saya yang paling seronok bila perhimpunan agong umno ialah melihat drama kita boleh cakap drama bersiri la apa yang di lihat tak sama yang di ucap yang seronok ialah melihat gelagat orang2 melayu umno itu sahaja yang ada pada mereka. Dari ucapan wakil wilayah persekutuan nampak jelas dan terang mereka ini umpama filem satira lakonan P.ramlee dan S.shamsudin. Aziz satar dalam filem nujum pak belalang harta yang ada hanya boleh di bagi2 kepada mereka sahaja iaitu antara badan dan nyawa iaitu yang paling layak menerima BR1M hanya ahli umno dan penyokong mereka sahaja yang lain2 hanya pandang sahaja cukup......ingat la orang tamak selalu rugi orang yang rugi selalu nya datang dari kalangan orang yang tak cerdik bila tak cerdik mudah masuk kandang jadi haiwan sarkis...negara perlu dibena oleh pelbagai pihak termasuk la kalangan yang membangkang dan juga yang menyokong agar ianya terus memacu pentadbiran yang telus....wahai pembahas PAU kamu jangan jadi buta berapakah hutang negara kita dan beban ini siapa yang menanggung nya?....pelabur tidak masuk kerana mereka sudah melihat tahap RASUAH kita adalah antara yang tertinggi dan birokrasi yang tidak mesra pelabur....saya adalah orang yang pernah berurusan dengan masaalah ini...dato apakah mentelity orang2 umno ini memang rendah sangat ker. T/kasih dato

Unknown said...

Aslkum Dakj

Sudah banyak kali saya katakan jangan berkawan dgn kepala2 penyamun UMNO.


Dah 7 bulan PRU 13 jangan kata nak turun harga keteta batang hidung pun tak nampak.

Satu persatu janji bohong rakyat mereka tepati.

Dgn menggunakan bahasa rasionalisali subsidi mereka menaikkan harga minyak dan gula.

Bulan depan mereka siksa rakyat dgn tarif letrik naik15% demi kayakan kroni IPP yg sekongkol beri habuan satu untuk engkau satu untuk aku.

Datang 2015 rakyat akan kena penangan GST pulak.

Selepas Dakj beri komen pedas ada pembahas mengaku engineer secara sinis mengaku dirinya bodoh kerana terus menerus menyokong UMNO.

Menurut saya menyokong UMNO memang bodoh. Terus menerus menyokong UMNO berkali2 bodoh. Sebab beliau tak tau belajar daripada negara maju yg rakyat lebih sejahtera berkat mereka bijak mengamal sistem dua parti.

Najib lupa nak bayangkan bahawa tanpa Melayu mungkin beliau dan konco2 sedang meringkuk dalam penjara.

Siapa yg terhutang budi pd siapa?

Najib atau Melayu ?

din klang said...

Salam Dato

Mungkin bapa kepada omar ong tolong jawab persoalan yg Dato lontarkan diatas. dalam bahasa inggeris pun boleh jika beliau tidak fasih berbahasa Melayu

Unknown said...

Salam Dato'.. Umno ketandusan orang melayu muda yang cerdik, berketrampilan.. hasil didikan orang-orang tua yang kuat UMNOnya.. keberhasilan polisi tun razak. Melayu muda cerdik ini nasionalisme nya kuat. Utuh. Tapi sayang mereka tiada tempat dalam UMNO atau memilih untuk melihat dari luar.. Lalu UMNO akan terus hanyut dengan melayu yang temboloknya besar besar dan fikirannya celaru.. Andai anak melayu muda cerdik ini dapat bersatu mencorak semula UMNO barulah kepupusan parti pusaka ini dapat dielakkan.

Lahuma said...

Dato.

Wanita UMNO dan tulang belakang.
Begitulah caranya Shahrizat menonjoklakan dirinya melalui titian Wanita UMNO.
Hebat sekali Shahrizat punya BLUE PRINT politiknya dalam UMNO.Sampai PM Najib.TPM Mahyudin pun termakan umpan Shahrizat.
Janganlah pula sampai ada rakyat jelata mendapat habuan tulang-tulang sahaja.Segala isi dan hati,limpa,jantung di agih kepada pemimpin atasan.
Wanita UMNO jadi tulang belakang.Ahli UMNO termasuk wanita hanya bawa balik tulang.Inilah yang telah dan sedang berlaku.

PRU 14 agaknya Ketua Tulang Belakang ini mahu bertanding di Parlimen mana pula.Kalau pandai merayu bolehlah dia bertanding di Pekan tempat Presiden yang selamat.Maklumlah tulang belakang.

Pemuda mahu jadi tulang apa pula.Tulang paling baik untuk pemuda ialah tulang paha.Berkongsi denga Puteri.Pemuda tulang paha kanan.Puteri tulang paha kiri.

Inilah pembaharuan retorik UMNO untuk 2014.Hujung tahun 2013 semua parti politik BN/PR telah membeharui retorik mereka.

Retorik yang memukau sekelian rakyat dan pengundi jelata.

Mak Cik-Mak cik di akar umbi faham ke tidak semua ini.Pak Cik Pak Cik di kampung-kampung mengerti ke slogan ini.

Inilah kelebihan Ketua Wanita UMNO Malaysia jika dibandingkan dengan Ketua Pemuda dan Puteri yang sama taraf anaknya sahaja.

Semua cakap kena hampiri anak muda demi undi.Adakah itu sahaja matlamat UMNO.Apa yang UMNO buat untuk dampingi anak muda.

Lepas perhimpunan pemimpin anak muda sebuk cari projek untuk meningkatkan gaya hidup.

Sebenarnya bukan masa depan Melayu atau UMNO.Pi Mai pi mai masa depan pemimpin UMNO yang bimbang hilang kuasa.

Begitulah hebatnya mereka.

Terima kasih Dato.

matpenang said...

Dato'

Kesimpulan fakta yg dato bagi 1 - 12, itulah intipati blog dato selama ini.

Sememang tepat.

Usop said...

Kalau surat dan tanda tangan Menteri pun tak laku.Macamana kata nak tolong Melayu.Itulah persepsi anak muda.
.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Mentang2 RTM tu dah buat macam UMNO yg punya, Najib cakap macam orang tak sekolah.

Senang betul hidup PM UMNO ni. Konon bersumberkan jawapan CEO PETRONAS, terus persalahkan PR kerana dikatakan kehilangan pelaboran rm40b dari Taiwan.

Kalau logik itu boleh diterima maka semua bala yg menimpa Negara , Najib akan kaitkan dgn pembangkang.

Tahun depan Najib boleh sebut pulak nama CEO GLC yg lain dgn mengatakan Malaysia kehilangan peluang pelaburan sebanyak rm100b pulak gara2 Selangor dan P Pinang tak investor friendly.

Ya Allah bilalah engkau nak ganti PM kami dgn yg tak hampad.

SI PEMALU said...

Datuk AKJ,

Ulasan susulan Datuk 7.22AM jelas dan sangat serasi dengan saya (silent reader) Din Melaka dan majoriti yang lain.

Namun, yang 'tidak faham' tetap tidak faham dan TERUS mengeluarkan pendapat/hujah sampah berjela-jela.

A KADIR JASIN said...

Melayu mudah lupa atau Melayu, khasnya yang berkuasa, tidak pernah ingat?

Pada 12 Nov 2003, 12 hari selepas (Tun) Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM, rencana saya bertajuk "Abdullah Tiada Kurang Teladan" disiarkan oleh Utusan Malaysia.

Antara lain saya menulis: "Sebuah nasihat yang pastinya tidak pernah jauh daripada ingatan Pak Lah berbunyi - bila kita dah merdeka, jangan pula ada pemimpin-pemimpin kita mengaut kekayaan di atas belakang rakyat."

Kata-kata azimat itu diluahkan oleh nenekanda Abdullah, Allahyarhan Sheikh Abdullah Fahim.

Tetapi apa yang terjadi kepada Abdullah apabila memperoleh kuasa?
Kalau kita belajar daripada sejarah dan tidak mudah lupa, kita tahu apa yang terjadi kepada Abdullah.

PM kita sekarang Mohd Najib Abdul Razak pun apa kurangnya? Bapanya meninggalkan teladan dan legasi yang unggul.

Tetapi adakah pewaris-pewaris pemimpin masa lampau kita yang hari ini berkuasa faham, peduli dan hayati nasihat, teladan dan legasi ibu, bapa dan nenek mereka?

Satu lagi amaran Abdullah Fahim - "Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadin hina." Terima kasih

Unknown said...

Salam dato yang masih segar minda nya.....memang benar kata dato jika mereka lupa mungkin agak mustahil kerana mereka di kelilingi penasihat yang harganya bukan murah kalau mereka lalai tak mungkin juga sebab penasihat nya tak pernah lari kemana-mana pun...Rakyat sudah celik dan sudah pandai menilai apa yang andan buat apa yang anda lakukan sehingga ketandas rakyat pun sudah tahu...Dato rakyat sekarang ini sudah pandai nak beli emas mesti yang tulin jika tak tulin pasti tiada nilai begitu juga rakyat sudah pandai memilih pentadbir negara....sayang sekali para pembahas umno otak nya masih dizaman 60/70an lagi tiada peningkatan cuma tahu apa hak aku tapi tak tahu menilai yang hak rakyat paliang dangkal minta menteri bumiputra mereka tak sedar rupanya jawatan tersebut telah ada tapi dimansuhkan jawatan menteri perusahan awam ialah menteri yang menjaga kepentingan bumiputra la....cepat benar mereka lupa apakah orang2 yang mengantuti umno ini mudah lupa?. Sebelum PRU jaminan mereka tiada kenaikan kos sara hidup dan harga barang2 keperluan serta perkhidmatan akan kekal dan rakyat jangan percaya khabar dari mana2 pihak yang harga barang akan meningkat....tapi selepas PRU baru kita rasa akan perit nya yang perut membuncit akan terus membucit untuk membaham rakyat yang sedang merasai akan keperitan hidup di bumi bertuah ini...sekian dato sekadar merapu dari rakyat marahen mungkin tak macam dato high class...wasalam.

Pak Cik Man Kulim said...

DAKJ,

Pandangan dan definasi budi ,tanggungjawab serta kaitannya dengan pembayar cukai tuan nampaknya macam tidak syncro dan tidak dapat diterima terutama pada point 4..Betul, kita pilih wakil rakyat supaya mereka bertangungjawab.Nampaknya rata rata mereka bertanggungjawab.Orang kampung kami di Kedah hampir semuanya tidak membayar cukai kerana mereka adalah pesawah dan petani dengan pendapatan rendah .Ini DAKJ sendiri pun tahu.Tetapi depa bijak dan tahu membayar budi dengan memilih semula UBN yang nampaknya terbukti serius menaikan taraf hidup mereka dengan infrastructur jalanraya, api, peralatan pesawah dan berbagai subsidi dan berbagai kemudahan lain bagi pesawah. Mereka membalas budi dengan memilih semula kerajaan UBN dan bukan Pakatan Rakyat yang gagal memerintah Kedah satelah diberi peluang dan kurang berjasa pada mereka. Orang berbudi kita berbahasa. kerajaan BN memberi kita semua dapst merasa.

Mereka pembayar cukai tidak boleh sombong dengan hak mereka mahukan macam macam , malah ada yang tidak pandai bersyukur dan mengenang budi pada banyak kemudahan baik yang kerajaan telah beri tak kiralah dari kerajaan BN atau PR. Kumpulan ini selalunya kita panggil mereka sebagai puak KIASU dan mereka sentiasa akan terus tidak pandai bersyukur pada apa juga usha baik kerajaan. Kebanyakan kiasu ini adalah mereka yang dibandar yang memandang rendah pada kami warga pesawah diluar bandr.Pembayar cukai termasok DAKJ sendiri tidak semestinya punyai kesen besar memberi hak pada jenis kiasu ini berlagak sombong dan megutuk kerajaan sewenangnya.Mereka tidak tahu erti bershukur pada jasa dan usha UBN kerana mereka penyokong pembangkang saperti Din Melaka yang tak berapa cerdik.Jangan marah.

Tentang 30, 000 graduan menganggur itu DAKJ jangan semuanya salahkan kerajaan sematamata.Salahkan juga sector swasta yang gagal membantu kerajaan membuka peluang pekerjaan dan ada yang terlalu memilih bulu dan kaum mereka sahaja.Yang penting graduan ini semua telah berjaya menamatkan pelajaran mereka dan sekarang dunia adalah untuk mereka mengejar peluang pekerjaan.Saya pasti dengan kerajaan PR pun keaadaan tidak akan banyak berubah malah akan lagi lebih teruk dan merosakkan. Maklumlah kerajaan pakatan haram yang tidak berdaftar dan tidak pernah berkuasa sebagai kerajaan.Itulah saja pandangan saya dari pekerja kilang ekectronik .

nonpartisan said...

Salam Dato

Din melaka is a mole send by someone who dislike your critics.
Function is to tarnish the reputation of your blog.

Kampong many said...

Salam Dato,

1.Bercerita tentang warong yang sedap sudah kah Dato mencuba warong Rm3.50 bawah pokok di belakang TMC tu?.Cerita pasal sudah makan, sudah beradu ni sound very romantic terutama datangnya dari saorang wanita yang sound romantic Dato.Teringat kembali cerita filem lama 'Gone with The wind' dulu. Saya juga peminat TS P Ramlee kerana saya peminat seni.Kita semua punyai fantasi masing masing pada perawan atau kepada jejaka idaman dalam hidup kita dalam hidup kita.Itu cerita lama.

.Oh ya bercerita tentang budi , walaupun ibu dan bapa kita punyai tanggungjawab membesarkan kita BUDI dan jasa mereka tetap di kenang dan dibalas semampu yang kita boleh.Setidak tidaknya pun menghadiahkan alfatihah pada rohnya pada ibu bapa yang telah meninggalkan kita.Tidak salah membalas dan mengenang budi pada mereka atau parti yang pernah membantu kita.


2.Berbalik pula pada PAU ,Najib telah menggariskan lima Transformasi UMNO penting bagi partinya dengan lima pengisian yang amat menarik sebagai kekuatan partinya :Bagi memperkasakan ekonomi Melayu dan Bumiputra; Maqasid Syariah-menjunjungi Islam;KPI UMNO bagi menilai prestasi dan pencapaian bagi cawangan, bahagian dan negeri; Jentera Transformatif bagi menjuarai teknoloji makmulat; Pengkaderan bagi memperbanyakan lagi ahli ahli baru dan orang muda.Semua ini adalah satu Transformasi yang perlukan penekanan dan penekanan . Adakah ianya berkesan sama samalah kita lihat nanti pencapaiannya.Kita semua masih berhak membelasah Najib sekendak hati asalkan membina.No hal punya.Tapi saya tidak nampak Najib boleh ditumbangkan semudah Pak Lah because he is just the best man for the job right now.Ada yang lebih baik ke ?.Sila beri cadangan.Kita evaluate kemampuan mereka.

3.Saya amat teruja pada Tun yang di kasihi ingin menimbangi semula perletakan jawatan beliau sebagai penasihat Petronas.Kita tunggu lah keputusannya nanti.You are still my MAN Tun whether you will stay or not.Tun akan sebaris dengan mendiang Mandela, leaders for the world.

Teringat slogan Land Rover "ALWAYS IMMITATED BUT NEVER EQUAL".Begtulah UMNO pada panda gan saya yang memilih moderation.

Terima kasih Dato.

Lembah Tasnim said...

Salam Tok..

Cantik dan mulia sungguh nasihat Abdullah Fahim kepada anaknya Tok..

Saya ingat dulu zaman Tun Abdul Razak jadi PM.. atas inisiatif beliau.. ada sebuah restoran di Dataran Merdeka "Restoran Rakyat".. tidak mengira apa pangkat dan darjat boleh makan disitu dengan harga murah..

T kasih Tok..

joe black said...

Dato'

Apabila Perhimpunan Agong yang melihat peminat peminat dari kampung dan pekan di hiburi olih peserta yang menguasai pentas dengan ucapan ala "Standup Comedian" masuk hari terakhir, maka ketua penghibur akan mengucap terima kasih kepada peminat peminat yang sanggup datang dari jauh untuk dihiburi olih mereka yang diminati.

Mungkin Perhimpunan akan lebih menarik jika Penghibur Gangnam dengan tarian Gangnamnya atau Korea Pop ditayangkan sebelum ucapan penutup olih President. Dicadangkan supaya salah seorang peserta membuat cadangan menjemput mereka untuk perhimpunan akan datang.

shamal66 said...

Salam dato...perhimpunan era paklah, ahjibgor x menarik minta rakyat nak dengar atau ambil tahu..lain era Tun M, bercakap ada fakta, ada isu, ada idea..lani membodek..abis perhimpunan ahjibgor dgn cara dia..pekak badak, program apa semua gagal, x terasa oleh rakyat,..bila ahjibgor berucap..kedai kopi ubah channel bolasepak..mcm dollah da ahjibgor..mala lagi parah dari dollah samdol...menjerit la ahjibgor mcm tarzan pencen..rakyat ramai da x eduli, yg syok manusia kat dalam dewan tu..

din JB said...

Terbukti Pakatam Rakyat berjaya menakutkan pelabur asing dari Taiwan dan meleburkan harapan penambahan berbillon investment ke dalam negara dengan memburukkan kerajaan Malaysia.Bukan kah ini satu pengkhianatan. Gara gara Anu-war yang kechewa.Muka ini yng nak diangkat sebahai PM.Hanyn Din Melaka gila saja yang seronok sendiri dan suka pulak membodohkan parti lawan. Hampehhh...

lama duk perati said...

Semoga Dato dan semua pembaca sentiasa berada dlm keberkatan Allah.

Saya agak lama dalam umno, bermula dari tugas su cawangan hinggalah banyak jawatan dalam umno.

Saya nak berterus terang zaman pentadbiran najiblah perjalanan parti menjadi seperti tidak berkeruan.. Mesyuarat peringkat perwakilan bahagian ada yang sampai bekali-kali diadakan semulan dek kerana orang harapan Pm telah tewas.

Orang keliling lebih sudu dari kuah, sebagai contoh setiausaha kerja umno Malaysia lebih berkuasa membuat keputusan berbanding setiausaha umno malaysia.

Perlulah diperbetulkan seberapa segera yang boleh elakkanlah perangai berlebih-berlebih dan sombong sesama sendiri yang sudah sampai ketahap gaban.

Presiden parti perlulah berfikir sikit sebelum bercakap, jangan jadi seperti dalam perwakilan semalam slogan 1Malaysia yang dihambur setiap hari oleh pm diminta tukar jadi 1 Melayu, itu bermaana orang tak bolehlah nak terima slogan itu.

Bini buatlah kerja bini berserdahalah. Nasihat Dato Kadir patut diambil ingatan.

Unknown said...

Roti PAU memang enak rasa nya nak kaya ada nak kacang ada nak ayam kari pun ada.....semua nya ada itu la PAU....PERHIMPUNAN....AGUNG....UMNO. Perhimpunan sudah berkhir apa yang rakyat dapat...rakyat tahu betapa besar jasa nya isteri presiden umno kepada negara itu la yang dapat dijelaskan oleh PM kita...hanya sekadar itu sahaja la dato apa yang kita bahaskan disini nampak nya para pembahs disini dengan dewan pwtc masih sama sahaja tahapenyerang peribadi bukan mengenengahkan apa yang patut negara kita buat dalam menghadapi hutang yang semakin meningkat khabar nya dah sampai paras hidung tapi mungkin dato lebih tahu akan masaalah ini..kenapa negara kita perlu berhutang terlampau banyak sepatut nya ini yang para perwakilan lontarkan kepada yang duduk dipentas bukan pujian tinggi melangit...jika hutang kita sudah sampai ketahap 55% dari KNK maka keupayaan negara kita untuk membayar balik akan diragui...soalan ini langsung tidak disentuh oleh para perwakilan...sekian la dato mungkin tidur lebih baik esok kena kerja semula itu la nasib kuli seperti hambo...wassalam

Unknown said...

Roti PAU memang enak rasa nya nak kaya ada nak kacang ada nak ayam kari pun ada.....semua nya ada itu la PAU....PERHIMPUNAN....AGUNG....UMNO. Perhimpunan sudah berkhir apa yang rakyat dapat...rakyat tahu betapa besar jasa nya isteri presiden umno kepada negara itu la yang dapat dijelaskan oleh PM kita...hanya sekadar itu sahaja la dato apa yang kita bahaskan disini nampak nya para pembahs disini dengan dewan pwtc masih sama sahaja tahapenyerang peribadi bukan mengenengahkan apa yang patut negara kita buat dalam menghadapi hutang yang semakin meningkat khabar nya dah sampai paras hidung tapi mungkin dato lebih tahu akan masaalah ini..kenapa negara kita perlu berhutang terlampau banyak sepatut nya ini yang para perwakilan lontarkan kepada yang duduk dipentas bukan pujian tinggi melangit...jika hutang kita sudah sampai ketahap 55% dari KNK maka keupayaan negara kita untuk membayar balik akan diragui...soalan ini langsung tidak disentuh oleh para perwakilan...sekian la dato mungkin tidur lebih baik esok kena kerja semula itu la nasib kuli seperti hambo...wassalam

Lahuma said...

Dato.

KPI UMNO.
Seperti biasa pertama sekali KPI pemimpin UMNO ialah jaga uncang sendiri dulu.Yang perkara wajib.
Sebab itulah berebut-rebut berhempas pulas agar cari tempat dalam GLC.
Semua tahu bila berada dalam GLC bererti bukan rakyat atau ahli UMNO yang senang.Yang ubah KPI adalah penyandang dalam GLC itu sendiri.Kuasa agih-agih dalam GLC ini ialah kuasa Perdana Menteri diperngkat pusat.Manakala diperingkat negeri ialah Menteri Besar.
Begitulah GLC ini menjadi rebutan antara pegawai tinggi kerajaan dengan pegawai tinggi parti UMNO.
Dalam GLC ada elaun mesyuarat,elaun tahunan.elaun bulanan dan elaun cuti tahunan.
Selebih itulah baru kira untung atau rugi.

Ramai pemimpin Melayu terutama UMNO tidak jujor atau ikhlas bela nasib Melayu.Sebab kepentingan mereka diutamakan.

Apa yang suarakan dalam perhimpunan UMNO kalau dihalusi betul-betul apa yang di panaskan bukan isu Melayu tetapi isu kelompok dalam temolok mereka.

KPI UMNO hanyalah mimpi besar PM Najib sahaja.

Para pemimpin UMNO KPI mereka ialah bagaimana mereka jadi lebih kaya dari sebelum ini atau hari ini.

Inilah KPI sebenarnya.

Terima kasih Dato.

Anonymous said...

Din JB,
Billion dollar of investment.....How much poor melayu get? Sorry, you are a UMNO melayu. Different bred one. Special

Shama,
Sorry. Madhater started real cronism in Malaysia

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ
Izinkan,

Sdr Looes74, stop braying 'poor melayu'coz its an insult to us Melayu. We welcome you to Shah Alam and see for yourself how comfortable the 'poor' Melayu that each household can afford to own 2 cars (average). Mind you the ADUN and MP for Shah Alam are PR melayu!

Therefore, pls stop talking thru the arse and farting thru the mouth.

Alfatihah, amin
Ps. Pls note the doa Alfatihah is our appreciation to DAKJ for allowing our comments in The Scribe. Thank you, sir.

din JB said...

Joe black,

Your suggestion to get Gangnam anf K pop in PAU is a stupid proposal and unreasonable .They dont even have ghazal, Mak Yong or even dondang sayang.Please use your grey matter sensibly. PAU is a serious matter for umno..Pl be fair.

Unknown said...

Dalaam..Dato
Betul.....tepat dan padat...apayg dilontarkan...Retorik ada lah cara Umno...dari dulu hingga sekarang...sejak Merdeka...hampir 60 Tahun....
Umno Parti 'Elite'..Ketua2...Pak Menteri ..Timb Menteri....Ketua Wanita...Ketua Pemuda dan koncho2..cukup glamor....
Parti ini dah jadi Parti Sdn Bhd....Parti Suku Sakat....dan yg terakhir Parti Laki Bini.....

Unknown said...

Setuju 100% apa Dato katakan....Parti ini Retorik....dah jadi Parti sukut sakat ..milik kawan2 yg memegang jawatan...dan akhir sekali....PARTI LAKI BINI SERTA KAWAN TERDEKAT PM DAN ISTERI...

Tinta Hitam said...

Datuk,

Dulu saya ada tulis dlm blog Datuk ni,tunggulah PAU yg baru ni,byk perkara yg memeranjatkan akan berlaku..Dah berlaku dah pun..Dont blame men in the street for hating UMNO to the core..

UMNO dah takda apa dah utk dihormati lagi..

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).