Tuesday, January 07, 2014

Wajib Kritikal Kalau Mahu Ekonomi Selamat


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

MUTAKHIR - 8 Jan - Berikut adalah jawapan Sdr HishamH pemilik blog Economics Malaysia.

Hafiz is correct, you've misrepresented what I've posted. The excerpts from my blog post come from YB Rafizi Ramli, not myself (links to his blog are provided in the post). Perhaps I wasn't as clear as I should have been, but in no way do I agree with Rafizi's analysis or conclusions.”

Jawapan penuh beliau dalam ruang komen. Saya ambil maklum dan mohon maaf kepada beliau, kepada pembahas dan pengunjung. Terima kasih.

 POSTING ASAL

ADA pembahas yang mengherdik saya kerana mengkritik Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, mengenai pengurusan ekonomi tetapi tidak memberi nasihat dan tunjuk ajar.

Saya rasa pembahas berkenaan tidak terbaca "nasihat" saya yang berjela-jela kepada Mohd Najib dan kerajaan melalui blog ini dan dalam tulisan saya di tempat-tempat lain berkaitan pengurusan ekonomi, mata wang, percukaian dan sebagainya.

Kadang-kadang, bila kita membincangkan isu ekonomi, banyak orang tidak peduli atau mudah bosan.  Tetapi kalau kita tidak bincang, mereka kata kita hanya pandai kritik.

Sejak tahun 2006 lagi, apabila kerajaan Abdullah Ahmad Badawi membuat potongan drastik subsidi petroliam sehingga menyebabkan harga minyak dan gas naik mendadak dan dengannya harga barang dan perkhidmatan, saya menulis beberapa buah rencana mengingatkan kerajaan mengenai kesan buruk tindakan itu dan bagaimana mengurangkan beban pengguna.

Pada 28 Februari 2006 saya menyiarkan dalam blog ini rencana bertajuk “Mengatasi Beban Kenaikan Harga Minyak” (kalau berminat baca arkib ini.)

Bukan tugas saya memberi tunjuk ajar terperinci kepada kerajaan mengenai pengurusan ekonomi. Itu tugas kementerian, jabatan, agensi dan para penasihat Perdana Menteri yang sangat ramai, hebat dan tersohor.

Tugas saya adalah memberi maklum balas dan membuat kritikan. Malangnya ada pihak menganggap kritikan sebagai penentangannya. Inilah akibatnya apabila masyarakat tidak berfikiran kritis ditambah pula oleh sikap partisan yang melampau.

Saya berulang kali berkata subsidi tidak lestari (unsustainable), mengherotbenyotkan (distort) ekonomi dan menyebabkan pergantungan terhadap kerajaan.

Tetapi saya mempertikaikan cara kerajaan, khasnya pada zaman Abdullah dan Mohd Najib, menguruskan subsidi, memantau dan mengawal kenaikan harga, mengagihkan penjimatan subsidi dan mengurangkan pembaziran sumber kewangan negara.

Tidak Cekap Urus Kewangan

Saya menuduh pentadbiran Abdullah dan Mohd Najib boros dan cemerkap menguruskan kewangan negara dan tidak sensitif terhadap perasaan rakyat jelata.

Ketika rakyat dilanda banjir, Abdullah sibuk ke Perth, Australia untuk merasmikan pembukaan kedai makan. Beliau pulang sebentar menjenguk mangsa banjir di Johor dan terbang semula ke luar negara.

Mohd Najib pula dua tahun berturut-turut bercuti di luar negara ketika tahun baru dan kali ini, pada saat tahun baru menjanjikan khabar buruk kepada rakyat jelata akibat dasar beliau memansuhkan  dan mengurangkan subsidi secara serentak.

Apakah salah saya dan sesiapa juga menegur dan mengkritik Mohd Najib dan para penasihat beliau yang bernilai berbilion ringgit itu?

Adakah beliau raja berkuasa mutlak yang tidak boleh disentuh barang sedikit pun?

Atau adakah dia keramat hidup yang bebas daripada segala bentuk kesilapan?

Mohd Najib dan kerajaannya wujud kerana rakyat jelata yang memilih mereka. Lagipun bukan rakyat jelata yang berjanji dan berikrar tidak menaikkan harga malah mengurangkannya. Yang berjanji tidak menaikkan harga adalah Mohd Najib dan para perancang Bilik Perang pilihan raya beliau. Sekarang siapa yang mungkir?

Ada Masalah Lain Selain Subsidi

Sebenarnya, bukan subsidi dan kenaikan harga saja yang wajar kita bahaskan. Banyak lagi isu yang bercanggah dengan dakwaan yang diuar-uarkan melalui media arus perdana.

Contohnya nilai ringgit yang terus merosot berbanding dengan dolar Amerika dan mata wang utama lain sedangkan ekonomi kita lebih kukuh daripada ekonomi Amerika.

Kenapa defisit belanjawan dan hutang negara semakin meruncing sedangkan kita dilambakkan dengan berita bahawa ekonomi kita mantap, hasil kerajaan meningkat dan pengurusan kewangan berhemah?

Tetapi adakah orang yang mengherdik saya kerana mempertikaikan pengurusan ekonomi Mohd Najib sedar bahawa ada rancangan untuk menjual aset negara bagi mengatasi masalah kewangan kerajaan?

Ini bukan cerita khayalan rekaan saya. Bukan fitnah. Ini adalah kata Bank Dunia yang kita menjadi anggotanya. Saya ambil ringkasan dari “Malaysia Economic Monitor: December 2013” ( muka surat 10) seperti berikut:

“… the government reaffirmed its headline deficit target for 2013 (4.0% of GDP vs 4.5% in 2012). This target will be achieved through additional tax revenues (Figure 13). Of the additional RM11.8 billion in revenues expected to be raised compared to budgeted estimates, RM7.4 billion originated from non-tax sources, including RM1.4 billion of proceeds from asset sales and RM4.2 billion from the securitization of government mortgages…” 

Ringkasnya Pentadbiran Mohd Najib telah, sedang atau akan menjual harta negara dan mengubah gadaian kerajaan menjadi saham untuk dijual kepada orang ramai bagi menampung defisit belanjawan. Perniagaan "derivatives" macam inilah yang membawa kepada krisis kewangan dunia pada tahun 2008 dan 2009.

Blog ekonomi “Economics Malaysia” dalam rencana bertajuk “Debt, Deficits, and Government Assets” pada 26 Disember 2013, antara lain mengulas:

“Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta-harta negara (melalui securitization of government mortgages) untuk menampung keborosan dan pembaziran kerajaannya.”

Pemilik blog itu menambah:

“Saya syak rancangan menjual aset negara ini telah pun berlaku kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit 4% bagi 2013 yang sebenarnya telah gagal. Ini bermakna, harta-harta negara ini telah pun dijual dan digadai supaya hasilnya itu diperolehi dalam tahun 2013 untuk menutup jurang pendapatan dan perbelanjaan negara….” (Baca di sini).

Pendek kata, masalah kita sebenarnya tidak terhad kepada kesan-kesan negatif rasionalisasi subsidi sahaja. Ada banyak isu dan masalah lagi yang membimbangkan. Kita perlu terus bertanya, menegur dan mengkritik.

Tetapi kalau ada orang yang berasa itu salah kerana mereka terlalu sayangkan Perdana Menteri, saya rasa tidak perlulah kita bersusah payah mengadakan pilihan raya untuk memilih kerajaan. Kita hapuskan demokrasi dan lantik saja kerajaan yang ada sekarang  sebagai pemerintah seumur hidup. Habis cerita. Wallahuaklam.

93 comments:

Hafiz said...

Salam Dato,

apa yang dato quote dari Blog 'Economics Malaysia' hanyalah ulasan dari Rafizi mengenai laporan Bank Dunia, bukan ulasan dari penulis blog itu sendiri.

Berikut merupakan pandangan penulis blog mengenai ulasan rafizi sendiri: "Here he (rafizi) makes the comparison between the government’s securitisation of civil servant housing loans with the sub-prime crisis. That’s plain silly"

Dan saya bersetuju dengan pandangan penulis. Mengapa? sila baca entire blog untuk pemahaman penuh mengenai isu ini. Bukan sekadar ambil separuh isi sahaja

Sekian, Wasalam.

zainal abidin awang kechik said...

SALAM TOK.. "ORANG LUAR KITA AGONGKAN DAN MEMUDAHKAN, RAKYAT SENDIRI MATI TAK MAKAN"



teringin nak tinggal di st regis

A KADIR JASIN said...

TK Hafiz

1. Adakah petikan mengenai Bank Dunia tepat?

2. Saya sudah sertakan "link" kepada blog berkenaan.

3. Bukankah kerajaan telah mula menjual beberapa aset Khazanah yang dianggap "non-core"?

4. Seelok-eloknya, bila jual aset yang non-core, hasilnya digunakan oleh membeli atau mewujudkan aset baru yang lebih berdaya maju bukan untuk belanja harian.

5. Dulu zaman Daim jadi Menteri Kewangan dia guna rizab untuk bayar balik hutang lebih awal.

Terima kasih.

ab said...

Salam Dato,


Marah benor dato ni...!


BUKAN DATO SAHAJA YANG MARAH, saya pun marah,isteri dan anak saya pun marah,ipar ipar dan biras biras saya pun marah,anak anak saudara saya juga marah..



KALAU PARLIMEN dibubarkan sekarang ni bole la dapat kerajaan baru,lepas tu ramai ramai
la depa mansuhkan perlembagaan!.




KERAJAAN sekarang ni,sudah silap belanja dah pun...DEPA DAH SALAH KIRA DUIT MASUK la, tetapi dah `terkena' janji duit belanja(DAH disain dah),suka tidak suka kena bayar juga..



INCOME is less than expenses...


Nak tambah hutang lagi dah macam tempah maut....la ni dah sampai peringkat `squeeze duit dalam tabung' dan`tindih' serta `tekan' rakyat.



JANGAN LA NAK TIRU US dan EU, lagi banyak depa cap duit,depa cerdik `pusing' sampai lagi naik nilai duit depa, dan depa turunkan interest rate dan pandai pusing belanja sehingga inflasi rendah...



LAGI banyak depa cap duit lagi tinggi nilai saham dan earning bank bank depa yang banyak hutang,depa `cancel' hutang bank tersebut dengan cepat!. lagi la berebut orang beli saham bank depa..

DEPA CERDIK BETUI....




APA YANG KALUT SANGAT NAK JADIKAN MALAYSIA NEGARA MAJU NI? sudah lah tak mungkin tercapai dalam 10-15 tahun ni, depa pelingkup `kesejahteraan kehidupan' rakyat terbanyak disebabkan runaway prices.


USA pun beratus tahun baru sampai jadi negara maju.



Australia dan New Zealand tu pun baru di katakana negara maju..




BUKAN saja nilai ringgit dah `divalued', real inflation rate pun dah bertambah(>3%) dah ni,dan income increment pula is below devalued ringgit and interest rate combined, ditambah dengan tambahan harga barangan dan perkhidmatan, dan cukai baru... MAMPUIH LA rakyat kalau lagu ni.





PM CAKAP APA PUN la ni orang tak percaya dah, kalau tak percaya juga,minta buat la survey betui betui...jangan la buat survey kat PMO dan jabatan PM saja no!.





WHICH IS MORE RELEVANT, a reasonably prices/living status of the people or a status of a develop country?.




JANGAN LA BERMUSUH DENGAN RAKYAT.
gomen mana pun kalah kalau bermusuh dengan rakyat.


NASIHAT SAYA, cut down your cabi net ministers by half.


GET ALL THE PROFESSORS OF ECONOMY AND/FINANCE dari semua universiti tempatan kat Malaysia ini, kurung mereka dalam conference hall, beri makan minum,jangan bagi depa balik sampai dapat keluarkan satu cadangan baru,BUKAN repair repair yang dah lama,yang melingkup punya cara pengendalian ekonomi negara ini...LEPAS TU BUAT DAN BENTANG BAJET BARU KAT PARLIMEN dan ikut A-Z seperti cadangan mereka.





Yang kedua nya, kumpulkan semua hasil hasil penyelidikan disemua universiti dimalaysia...IKLAN HARI HARI SUPAYA DAPAT DIJUAL kepada usahawan dalam negeri/luar negeri..dengan patent sekali.




KETIGA, kumpul remaja,tanya apa depa pandai dan apa produk/ prototaip mereka...buat crowfunding,buat bisness baru,REMAJA PUNYA, gomen financed dan tanpa interest...




DAN YANG TERUTAMA, yang paling mustahak ialah TERIMA LA hakikat PEMANDU tu silap..apa salahnya mengaku silap dan buang mereka...JANGAN SIMPAN RACUN,nanti terminum lebih lagi seisi rumah, lagi susah lo!.



Abu Bakar Ab Rahman

fed up said...

DAKJ ingat bagaimana Idris Jala "menghidupkan" MAS dulu?

Ya, dengan cara menjual aset. Tiba-tiba buku akaun MAS nampak cantik.

Kini Idris jadi siapa dalam kerajaan? Apa pula kedudukan buku MAS selepas era Idris Jala?

Idris Jala hanya bagi MAS nampak cantik walaupun MAS hakikatnya kekal tak cantik.

Sesuailah kerana Najib pun tidak keperluan untuk menjadikan buku Malaysia BENAR-BENAR cantik. Yang penting buku Malaysia NAMPAK cantik.

Tanda-tanda amaran dah lama ada tapi masa itu, tak ramai yang mahu percaya.

Malah sekarang pun, masih ramai yang tidak mahu percaya.

p/s Orang lain tak faham tak apa asalkan DAKJ sendiri faham apa yang saya cuba sampaikan.

Masih Fed Up

Hafiz said...

1. Laporan dari Bank Dunia itu tepat. Tapi penjualan aset(jika dilakukan dengan betul) bukanlah sesuatu petanda ekonomi negara bermasalah.

2. Saya setuju, jika aset kerajaan menghadapi kesukaran / tiada kepakaran untuk membangunkan sesebuah aset (Proton sbg contoh, lebih baik dijualkan sahaja aset tersebut daripada terus disimpan dan membebankan kerajaan.

3. bagi saya, masalah hanya akan berlaku jika aset dijual kepada mereka yang berkepentingan dengan harga dibawah anggaran harga pasaran. dalam isu ini, jika kerajaan dapat mengeluarkan senarai aset yang dijual dan senarai pembeli, mungkin rakyat dapat menilai samaada penjualan aset2 itu tindakan yang bijak atau tidak.

Unknown said...

Isu ni sebenarnya telah pun dijawab oleh Kementerian Kewangan pada Disember tahun lepas. Saya lampirkan di sini petikan kenyataan media dari MOF bertarikh 24 Disember 2013:-

Penjelasan terhadap kenyataan Mengenai Penjualan Aset Kerajaan dan Pensekuritian Hutang Kerajaan

Kenyataan Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli mengenai maklumat di atas adalah berdasarkan Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM, December 2013) yang dikeluarkan oleh World Bank (WB) pada 1 Disember 2013.

Untuk makluman, sumber maklumat di dalam penerbitan MEM tersebut diperolehi daripada Laporan Ekonomi 2013/2014 dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013/2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Kedua-dua laporan tersebut telahpun dibentang di Parlimen pada 25 Oktober 2013. Oleh itu, cadangan untuk mengadakan satu sidang Parlimen tergempar seperti yang diwar-warkan di dalam media bagi membincangkan isu ini adalah tidak berbangkit.

Pengewangan Aset Kerajaan (Monetization of Assets)

Untuk makluman, penjualan tanah adalah di bawah inisiatif pengewangan aset Kerajaan (monetization of assets) bertujuan bagi memajukan tanah berkenaan serta membangunkan kawasan sekitarnya.

Inisiatif pengewangan aset Kerajaan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2008. Langkah ini telah merangsang lebih banyak penglibatan agensi-agensi Kerajaan, Syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs) dan sektor swasta di dalam memacu pertumbuhan ekonomi Negara.

Aset tersebut dipindah milik pada harga pasaran dengan penilaian dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH).

Sebelum sebarang penjualan tanah dilaksanakan, pandangan dan persetujuan daripada agensi pengguna akan diperolehi terlebih dahulu mengenai perancangan penggunaan tanah tersebut. Penjualan tanah ini tidak akan dilaksanakan sekiranya agensi tersebut tidak bersetuju atau mereka mempunyai perancangan untuk membangunkan tanah tersebut.

Pengewangan aset adalah aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh mana-mana Kerajaan bagi menjana aktiviti ekonomi. Sebagai contoh, tanah Kerajaan UK di Canary Wharf, London yang dijual kepada sektor swasta untuk dibangunkan sebagai hub kewangan antarabangsa. Langkah yang sama juga dilaksanakan oleh Kerajaan Singapura dan Hong Kong.


Pensekuritian Hutang Kerajaan

Pensekuritian hutang Kerajaan dilaksanakan bagi mewujudkan modal pembiayaan tambahan untuk pinjaman perumahan penjawat awam. Hasil pensekuritian hutang Kerajaan bukan merupakan sumber utama hasil Kerajaan Persekutuan kerana ia hanya mencakupi 1.9% daripada jumlah hasil Kerajaan Persekutuan. Pensekuritian hutang adalah satu aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh bank-bank komersil sebagai satu strategi pembiayaan.

Kesimpulan

Dalam RMK-10, Kerajaan komited untuk mengurangkan paras defisit fiskaldaripada 5.4% pada tahun 2010 kepada 3.0% pada tahun 2015 dan seterusnya mencapai bajet berimbang pada tahun 2020. Sasaran ini penting bagi mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan. Pencapaian sasaran ini bukan bergantung kepada penjualan aset Kerajaan dan pensekuritian hutang Kerajaan, tetapi dirancang menerusi konsolidasi fiskal Kerajaan.

Oleh itu, semua pihak dinasihatkan meneliti laporan yang dibentangkan di Parlimen sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas, demi kebaikan bersama.

Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli adalah tidak bertanggungjawab kerana dengan sengaja telah memutarkan isi kandungan laporan tersebut bagi kepentingan politik.

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
PUTRAJAYA
24 Disember 2013

Urang Awak said...

At last, The TRIBE ( Opps sorry… THE SCRIBE) has spoken,

Dato, the reason why politicians break their promises is that Malay voters don't rationally punish political promise-breaking and among other reasons are ;

1) Orang2 Melayu takut…. dan amat takut digelar PENGKHIANAT,

2) Orang2 Melayu TAKUT Raja2 Melayu akan terhapus dan negara akan menjadi sebuah Republik,

3) Orang2 Melayu dari dulu diajar jangan jadi KURANG AJAR dan dituntut supaya selalu BERSYUKUR & TUNDUK terhadap apa saja yg dilakukan oleh pemerintah. Kata Mufti Perak ...Kalau membantah bermakna DARAH mereka akan Jadi HALAL

4) Orang2 Melayu diKUTBAH JUMAATKAN supaya menerima apa saja KETENTUAN termasuk kenaikan harga barang2 keperluan.

5) Orang2 Melayu takut untuk membantah, akan disuruh BERHIJRAH ke negara lain kalau tidak sehaluan dengan KERA~jaan.

6) Orang2 Melayu dari dahulu lagi amat suka kepada apa jua jenis BANTUAN dan yang paling POPULAR sejak kebelakangan ini adalah bantuan BR1M.

7) Orang2 Melayu suka CIUM TANGAN kerana ianya terbukti resepi MUJARAP untuk berubah menjadi kaya

8) Orang2 Melayu sejak dizaman penjajah lagi amat takut kepada TUAN PENGUASA hinggakan tukang kebun dan budak peon tukang bawak briefcase Tuan Inggeris pun dipanggil tuan.

9) Orang2 Melayu suka barangan2 FREE termasuk, beras, gula, kicap, T’shirt, air mineral, bag, lawatan2 melancung dll.

10) Orang2 Melayu menganggap UMNO adalah parti PENYELAMAT. Sepertimana Reezal Aziz pernah sebut bahawa UMNO adalah PARTI PILIHAN TUHAN.

11) Orang2 Melayu amat suka pada semua jenis JANJI2 termasuk janji pembinanaan sebuah jambatan walaupun TIADA kedapatan sungai dikawasan mereka.

12) Orang2 melayu selalu TERGELIAT LIDAH apabila marah dan selalu settle hal2 SAMAN-MENYAMAN diluar mahkamah.

13) Orang2 ALIM Melayu banyak belajar agama dari buku2 dan bukannya secara BERGURU.

Wallahualam

Unknown said...

salam dato..
dolah dan najib boleh terbang ulang alik sbb tak payah kuar duit sesen pown...jet peribadi ada..boleh buat mcm kereta sendiri...kemusykilan saya...adakah tatacara penggunaan jet peribadi ini...adakah boleh digunakan tanpa urusan kerajaan/urusan peribadi ditulis sebagai urusan kerajaan..siapa yg memantau penggunaan jet peribadi ini...5 buat tu...tidak ke banyak sgt...sibuk sgt ke pemimpin kita ke luarnegara....bkn apa dah kata sabsidi membebankan negara /tak buat gst negara akan bengkrap...heran gak depa ada 5 buah jet....la ni siapa yg bg beban kat negara...saya kompius...hangat hati pown sama sbb gaji sebulan saya pon 1300 jew..pastu dok dimomokkan negara nak bengkrap lah sabsidi membebankan negara la semua rega naiklah...tup2...pemimpin dok ada 5 jet dan 7.2 bilien tu p mana....maaf...betul2 keliru ni...

ab said...

Salam Dato,


Marah benor dato ni...!


BUKAN DATO SAHAJA YANG MARAH, saya pun marah,isteri dan anak saya pun marah,ipar ipar dan biras biras saya pun marah,anak anak saudara saya juga marah..



KALAU PARLIMEN dibubarkan sekarang ni bole la dapat kerajaan baru,lepas tu ramai ramai
la depa mansuhkan perlembagaan!.




KERAJAAN sekarang ni,sudah silap belanja dah pun...DEPA DAH SALAH KIRA DUIT MASUK la, tetapi dah `terkena' janji duit belanja(DAH disain dah),suka tidak suka kena bayar juga..



INCOME is less than expenses...


Nak tambah hutang lagi dah macam tempah maut....la ni dah sampai peringkat `squeeze duit dalam tabung' dan`tindih' serta `tekan' rakyat.



JANGAN LA NAK TIRU US dan EU, lagi banyak depa cap duit,depa cerdik `pusing' sampai lagi naik nilai duit depa, dan depa turunkan interest rate dan pandai pusing belanja sehingga inflasi rendah...



LAGI banyak depa cap duit lagi tinggi nilai saham dan earning bank bank depa yang banyak hutang,depa `cancel' hutang bank tersebut dengan cepat!. lagi la berebut orang beli saham bank depa..

DEPA CERDIK BETUI....




APA YANG KALUT SANGAT NAK JADIKAN MALAYSIA NEGARA MAJU NI? sudah lah tak mungkin tercapai dalam 10-15 tahun ni, depa pelingkup `kesejahteraan kehidupan' rakyat terbanyak disebabkan runaway prices.


USA pun beratus tahun baru sampai jadi negara maju.



Australia dan New Zealand tu pun baru di katakana negara maju..




BUKAN saja nilai ringgit dah `divalued', real inflation rate pun dah bertambah(>3%) dah ni,dan income increment pula is below devalued ringgit and interest rate combined, ditambah dengan tambahan harga barangan dan perkhidmatan, dan cukai baru... MAMPUIH LA rakyat kalau lagu ni.





PM CAKAP APA PUN la ni orang tak percaya dah, kalau tak percaya juga,minta buat la survey betui betui...jangan la buat survey kat PMO dan jabatan PM saja no!.





WHICH IS MORE RELEVANT, a reasonably prices/living status of the people or a status of a develop country?.




JANGAN LA BERMUSUH DENGAN RAKYAT.
gomen mana pun kalah kalau bermusuh dengan rakyat.


NASIHAT SAYA, cut down your cabi net ministers by half.


GET ALL THE PROFESSORS OF ECONOMY AND/FINANCE dari semua universiti tempatan kat Malaysia ini, kurung mereka dalam conference hall, beri makan minum,jangan bagi depa balik sampai dapat keluarkan satu cadangan baru,BUKAN repair repair yang dah lama,yang melingkup punya cara pengendalian ekonomi negara ini...LEPAS TU BUAT DAN BENTANG BAJET BARU KAT PARLIMEN dan ikut A-Z seperti cadangan mereka.





Yang kedua nya, kumpulkan semua hasil hasil penyelidikan disemua universiti dimalaysia...IKLAN HARI HARI SUPAYA DAPAT DIJUAL kepada usahawan dalam negeri/luar negeri..dengan patent sekali.




KETIGA, kumpul remaja,tanya apa depa pandai dan apa produk/ prototaip mereka...buat crowfunding,buat bisness baru,REMAJA PUNYA, gomen financed dan tanpa interest...




DAN YANG TERUTAMA, yang paling mustahak ialah TERIMA LA hakikat PEMANDU tu silap..apa salahnya mengaku silap dan buang mereka...JANGAN SIMPAN RACUN,nanti terminum lebih lagi seisi rumah, lagi susah lo!.



Abu Bakar Ab Rahman





Unknown said...

Salam Dato,

Saya berpandangan langkah drastik yang diambil Najib dalam penstrukturan semula subsidi negara adalah kesan daripada penurunan rating kredit kita. Fitch Rating pada tahun lepas telah menyemak semula unjuran kredit Malaysia daripada stabil kepada negatif. Ini disebabkan kurangnya langkah reformasi fiskal diambil kerajaan dari segi percukaian, subsidi dan perbelanjaan awam.

Risiko daripada downgrade ini mneyebabkan kerajaan terpaksa meminjam wang dari luar dengan lebih mahal. Aliran masuk pelaburan asing ke dalam pasaran ekuiti dan bon negara akan lebih perlahan.

Kerajaan mensasarkan defisit fiskal diurus daripada 4.5% pada 2012, kepada 4% pada 2013 dan 3.5% pada 2014. Untuk mencapai sasaran ini, langkah rasionalisasi subsidi seperti menaikkan harga petrol, menghapuskan subsidi gula dan pelaksanaan GST diambil.

Moody’s dalam laporannya menyatakan langkah reformasi fiskal perlu diteruskan terutama sistem subsidi negara. Oleh itu, kita perlu menjangkakan Najib akan terus dengan tranformasinya. Najib dalam ucapannya di JPM semalam mempertahankan tindakan kerajaan "demi kekukuhan ekonomi negara".

Saya percaya Najib mahu negara ini keluar dari perangkap negara berpendapatan sederhana kepada negara pendapatan tinggi. Ini dapat dilihat dalam program highly ambitious seperti ETP, GTP dll. Malangnya, kita tak nampak ke mana hala tuju negara sekarang. Inflasi semakin meningkat, kuasa membeli rakyat makin mengecil, hutang negara mengikut data Bloomberg semakin menghampiri paras maksimum 55% kepada KDNK.

Bolehkah kita simpulkan pelan ekonomi Najib telah gagal? Adakah Najib mahu melihat rakyat hidup terhimpit semata-mata demi mencapai status negara maju? Rakyat khususnya pengundi BN memang ditipu Najib hidup-hidup PRU lepas.

Anonymous said...

I have to agree with Mat. One of the real reason is the rating has dropped. The question that Mat should ask is why rating drop IN THE FIRST PLACE. Think about it

Api Sekam said...

AKJ, Kalau Pakatan Rakyat. Manisfesto mereka bukan JANJI dan kalau BN/UMNO pula manisfesto mereka pula ialah MUNGKIR JANJI dan yang kena janji bohong ialah tuan, saya dan 47% pengundi BN, ha ha ha.

Hidup Ah Jib Ngok, pemungkir janji tersohor dekad ini!

Norm said...

Saya bukan penyokong BN dan secara jujur saya undi Pakatan pilihanraya yang lalu. Setuju dengan penulis, kita harus kritikal kepada kerajaan malangnya kebanyakan daripada kita sempitkan pemikiran dengan menyokong mebuta tuli atau membangkang hanya kerana untuk membangkang. Politik partisan menyebabkan kita tidak kritikal berdasarkan isu tapi lebih mudah mengikut apa sahaja yang dikatakan oleh pemimpin parti politik tanpa usul periksa dan ini berlaku di kedua-dua belah Barisan mahupun Pakatan.

Walaubagaimanapun suka saya maklumkan pada penulis tentang isu penjualan aset negara bernilai RM1.4bil yang disebut dalam laporan Bank Dunia yang sebenarnya dipetik daripada Laporan Ekonomi tahunan negara yang disediakan oleh Perbendaharaan Negara (Treasury/MOF). Untuk makluman jualan aset negara (atau lebih tepat aset kerajaan) adalah amalan biasa sejak dulu lagi malah pada zaman Tun Mahathir selaku perdana menteri amalan jualan aset kerajaan ini adalah normal. Ia dikategorikan sebagai hasil bukan cukai dan boleh dirujuk di dalam Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan di dalam laman web perbendaharaan. Kerajaan meraih ratusan juga dan bilion (kadang-kadang) daripada penjualan aset kerajaan ini. Aset yang dijual berbentuk tanah, bangunan, saham dan secara jelas dihurai di dalam Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan setiap tahun.

Isu defisit dan hutang negara adalah subjektif. Defisit fiskal kerajaan sememangnya semakin berkurang dan bakal mencapai target 3-4% bagi tahun yang mendatang. langka rasionalisasi subsidi yang menaikkan harga barangan sememangnya akan membebankan rakyat, tetapi kita tidak boleh merungut tentang hutang persekutuan yang tinggi dan berharap pengurangan hutang kerajaan tidak akan mempengaruhi hidup kita. subsidi harus dikurangkan dan sampai satu peringkat ia harus dihapuskan. ekonomi harus berfungsi tanpa penetepan harga artifisial oleh sebab subsidi gas. petrol, diesel dan lain-lain.

Isu ringgit yang jatuh berbanding US dollar juga berkait rapat dengan ekonomi US yang kembali berkembang dan tindakan Federal Reserve mengurangkan program pembelian aset (bon pajakan hartanah & treasury bills) atau Quantitative Easing menyebabkan US dollar meningkat berbanding matawang negaea membangun yang lain contohnya Rupee, Lira, Rupiah, Baht, Peso semuanya jatuh juga berbanding US Dollar. Saya tak bermaksud Ringgit jatuh teruk hanya disebabkan tindakan Federal Reserve tapi dalam konteks kejatuhan Ringgit baru-baru ini adalah lebih tepat mengukur relativiti kejatuhan matawang dengan matawang ekonomi atau pasaran membangun yang lain.

teruskan mengkritik walaupun saya meragui suara seperti saya dan lain-lain akan didengar oleh mereka-mereka yang di atas. sekian.

Urang Awak said...

Salam Dato,

The most effective way to reduce government budget deficits is to reduce government spending. I totally agree with Tun Mahathir who aligned himself with many other Malaysians who urges Najib administration to cut costs instead of raising prices of goods and services.

Proposals to boost marginal tax rates at a time of elevated budget deficits are a bad idea. Sudden increase in tax, fuel and other utilities will not only cause higher inflation and also have direct impact to our national revenue since higher tax rates tend to slow growth and therefore will reduce the tax base.

Why not they do it in stages? Why no prior study/projection been made at least in the past 5-10 years and why rakyat must pay the price when the previous administration made blunder? The RM5 billion rakyat money wasted in the most poorer state Terengganu for Monsoon Cup & Crystal Mosque are most regretted. Bear in mind foreign tourists are not that stupid to come to Trengganu as they prefer to visit Paradise Thailand which is less than 100km from Malaysian border.

Dato, I still ambiguous regarding its effectiveness and I don’t really understand how our government manage our economy and its recourses. Spending extravagant of taxpayer funds on various unnecessary things is like nobody business now days. Huge obscene amounts of money paid to Con~sultan, extremely large amount spent for 5 units exclusive jets, building a new castles, and more recently spening RM15 million of taxpayer money for the 2014 New Year’s Eve celebration is extreme and ridiculous in a way that most people find unacceptable.

I truly believe people need to wake up from their slumber.

Walluhualam..

merlimau9 said...

Dato
Dlm ucapan bulanan PM akan terus melaksanakan pelan Tranfomasi Ekonomi yg telah dirancang.Ini menunjukan saranan atau analisis kedai kopi Dato tidak membuat merubah pelan tersebut.
PM amat yakin dan percaya dgn keputusan beliau utk merubah stuktur ekomoni Malaysia.
Perangkap 'middle income' dan lower income rakyat Malaysia adalah keutamaan PM Najib utk beliau terlaksana.
Perubahan drastic kenaikan kos sara hidup ini perlu dilihat oleh rakyat secara positive dgn bertindak secata bijaksana dgn berbuat sesuatu yg lebih berdaya maju dan mendapat suntikan idea idea dr kedai kopi Dato.
Dato kena buat kes study berapa ramai rakyat Malaysia bercuti ke luar negara London Paris New York Seoul Tokyo membawa anak anak mereka...PM pun manusia biasa nak cuti juga.
Pd posting terbaru Tun Mahathir ekonomi Malaysia berkembang walau rakan dagangan US dan UERO bergelut dgn masalah.
Ini memberi isyarat yg Tun bersama dan bersetuju dgn pelan ekonimi PM.
Tun adalah org yg paling layak mengkritik krana Tun adalah Arkitek yg bertanggungjawap membawa kejayaan dan kekayaan Malaysia.
Lihat ETP program Dato..kot mana boleh Dato buat sesuatu kpd lepsan Universiti yg grad bidang Dato....sediakan mereka peluang pekerjaan.
Gunakan network Dato utk itu...dan jgn salah guna network yg meruntuhkan anak bangsa Dato.
Sy suka berada diYayasan Perdana.
Sekian.

Urang Awak said...

Hahaha Dato' malam ini ada 2 berita terbaru dari Najib's Administration:-

a) Menteri Ku Nan ok OK dengan Hard Rock dibuka di Putrajaya, tapi mesti 'versi nasyid'
sumber : http://v9.malaysiakini.com/news/251121

b) Datin Paduka Nor Hayati Onn telah mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik yang baru kepada Perdana Menteri di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Siapa dia Nor Hayati Onn? sila rujuk lapuran pengakuan yg telah dibuat oleh suami beliau Ir Muhd Suffian Abd Aziz.
Sumber http://manjongmari.blogspot.com/2014/01/jom-kita-kenali-siapa-setpol-ds-najib.html#more

Hahaha hancus... Malaysia akan hancus dalam masa terdekat kerana orang2 disekeliling Najib adalah dari species akhlak yang sama.

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato'

Kenyataan media oleh Kementerian Kewangan saperti dipaparkan oleh Nadia Azlan memberikan gambaran yang sebenar untuk menangkis tomahan bahawa Kerajaan terpaksa menjual dan mengadai asset Negara untuk mencapai matlamat mengurangkan deficit perbelanjaan Negara bagi tahun 2013.

Kita yang berada diluar pentadbiran Kerajaan mempunyai tanggapan yang sangat negative kepada kebolehan Kerajaan untuk mengatasi sesuatu isu yang berbangkit.

Kerapkali tafsiran kita berasaskan kepada andaian-andaian buruk dan kita jarang sekali mahu keluar dari batasan-batasan negative tersebut.

Pemikiran kita sudah terarah kepada sesuatu kesimpulan yang buruk dan kita enggan sekali untuk berfikir di luar kotak tersebut.

Akibatnya setiap dasar yang diperkenalkan kita kritik habis-habisan.Kita amat kurang sekali untuk memberi pujian walau pun dasar yang dilaksanakan amat baik.

Kerajaan dibentuk dan ditadbir oleh sabuah birokrasi yang sangat besar.

Sesuatu keputusan dasar yang dibuat oleh Najib atau oleh sesiapa sahaja yang menjadi PM adalah berasaskan kepada input dari jabatan dan agensi pusat yang lain.

Menghentam Najib membabi buta adalah tidak betul kerana saya yakin setiap keputusan Najib adalah melalui pertimbangan yang wajar mengambil kira input dari Jabatan dan agensi Pusat yang lain.

Sebagai contoh Kerajaan telah komited untuk mengurangkan defesit Negara kepada 3% pada tahun 2015 dan seterusnya bajet seimbang menjelang 2020.

Kerajaan mesti patuh kepada komitmen ini dan dilaksanakan melalui dasar fisikal yang mungkin memberi kesan agak membebankan rakyat dalam jangka pendek tetapi boleh menyelamatkan Negara dalam jangka panjang.

Kerajaan tidak boleh mengambil dasar populis kerana dalam jangka masa panjang akan meruntuhkan atau Kerajaan mungkin muflis.

Saya pasti dasar transformasi Najib dibentuk,dilaksanakan dan dipantau oleh orang-orang yang bertanggong jawap di EPU dan Kementerian Kewangan.

Saya menyarankan supaya kita jangan terlalu berperangsangka buruk kepada Najib sebaliknya cuba kita lihat kepada kekuatannya.

Kita harus berfikir diluar batasan andaian-andaian negative dan cuba membantu memahami komitmen Najib untuk membawa transformasi kearah pencapaian wawasan 2020.

Anjing menyalak bukit tidak ada faedahnya!

maae said...

Salam Datuk,

1. Marah Datuk sebagai orang lama.Orang baru mesti ambil iktibar dan berhati-hati demi masa depan.Ini lah salah satu fitrah manusia.

2. Kekalutan Pembangkang memainkan sentimen dan fitnah mesti di kekang. Ini semua punca segala masaalah. Dari segi ekonomi dan perundangan negara amat buruk sekali kerana "berita" juga satu spekulasi mempengaruhi pasaran saham dan nilai mata wang. Dulu memang beberapa faktor penentu ekonomi. Sekarang ia amat berkait rapat dengan jenama Pemimpin Negara. Di sini amat ketara PM Najib tersilap perhitungan akibat pengaruh dari para penasihat nya, yang tidak di terima oleh rakyat dan sebahagian pengurusan tertinggi kerajaan. Jika di lihat dan di kaji hanya "booby trap" belaka.

3. Kenapa PM Najib begitu terdesak menghapus subsidi, menaikkan caj lain, tiada rasionalisasi, dengan peratusan yang mendadak dalam satu jangka kritikal ! Dalam segi lain aset kerajaan tidak pula dapat bertindak sebagai penyelamat. Statik atau sentiasa dalam kerugian. Sengaja di biar dalam keadaan "red". Anih nya bila di swastakan, boleh pula meraih berbilion keuntungan !

4. Malah aset kerajaan alih dan tidak alih menjadi sasaran belukang-belukang. Kenapa terjadi ? Bukan kah ini semua "lencongan" ? Kenapa dalam hal ini, ambil contoh baik dari jiran Indonesia -Mereka sudah jelaskan hutang dengan IMF tiga tahun lebih awal. Rezab minyak negara mereka juga banyak, di salah guna secara rakus. Tidak kah semua ini di salah urus ? Sekarang Petronas di lihat menjauhkan diri dari kerajaan. Bertahun pentadbiran nya amat "moderate' mengisi lompang pembangunan negara. Kenapa di putuskan wasilah ini ? Dengan agihan bahagian nyata, semua negeri-negeri dalam Malaysia boleh sejahtera dengan pembangunan kendiri dari bajet dan pendapatan sebenar servis dan percukaian. Bukan kah MEB secara bersepadu dapat di gerakkan ? Malah pengangguran, kemiskinan boleh terbela? Pendapatan dan harta rakyat bertambah. Ekonomi saling menyokong dan akhir nya menuju negara maju berpendapatan
tinggi.

5. Jika rakyat tidak selesa, bererti ekonomi juga dalam gundah gelana. Apa guna menjadi rakyat jika ia hanya untuk kegunaan tidak bermanfaat ! Ambil contoh pembaziran yang di lakukan. Terlalu banyak dan tidak secara sopan. Jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Fenomena alam. Tapi pokok - pokok di goyang siang malam, buah nya gugur bertaburan bakal busuk dan di makan ulat-ulat kelaparan yang juga sentiasa kekenyangan.....

Hati rakyat boleh di tawan jika kerajaan dengar dan membaiki kelemahan melalaui teguran. Lihat saja kemelut agama - Kalimah Allah berulang-ulang di pertikaikan. Sesungguh nya rakyat kian tidak berdisiplin dan patuh - akur dengan apa yang termaktub, melangkaui kuasa eksekutif dan di biar bercelaru sehingga memanggil pihak luar untuk menyelesaikan. Apa semua ini ? Seolah Negara ini tiada kerajaan, tiada Perlembagaan, malah begitu lemah dari segi pelaksanaan aduan dan tindakan.
Bila ekonomi boleh di pertingkatkan ? Bila lagi hati rakyat di ikat dan di satukan. Kehadiran dan retorik pembangkang tidak lagi mencari keseimbangan - mereka sudah melampaui batas demokrasi Negara.

PM Najib, balik semula ke pangkal jalan. Buang semua belukang-belukang. Majoriti Melayu masih berdiri teguh di belakang. Jadi lah Tuah, hargai Jebat yang sentiasa menghadapi lawan dan kemungkaran. Pegang lah Amanah Allah SWT. Ingat lah Ayahanda tercinta. Betapa Melayu dan lain rakyat Malaysia menangisi pemergian nya - kerana arwah memang berjiwa murni sehingga anak-anak tidak mengerti pun menyanjungi nama nya... amin.

( Maaf Tuk. luahan suara Kedai Kopi macam ini lah. Tidak tahu sebab kenapa PM tidak mendengar kali ini. Harap dia Tlanya semula pada DSR Rosmah - apa makna "bangang"... kemudian, bangunlah bersama seindah nya mentari pagi... perkasakan ekonomi domstik demi langkah hendak di jangkau
tanpa sempadan. Bukan ikut endless possibilities ! Kita ber "wassatiyyah". InsyaAllah.

maae said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

Aslkum Dakj

Kritik atau tegur atau hentam kalau dah degil sangat macam Najib adalah wajib dibuat oleh org yg sayang pd diri, anak cucu , agama dan bangsa.

Dulu saya sering kritik Najib dan Dollah.

Tapi saya tak perlu tunggu lama untuk sunpah seranah kerajaan ini bila lihat:

Najib malas berfikir hingga terlalu bergantung pd penasihat. Ramai kafir pulak tu.

Isteri Najib suka undang dakwaan kontrovesi yg datang satu persatu. Kisah FLOM, wanita Mongolia, bomoh2, beg tangan, cincin boleh terbang sendiri, jet peribadi rakyat, anak beli rumah mewah rm110jt dll

Najib jaguh pinjam duit untuk belanja hinggakan pertambahan hutang negaradari rm298b kepada rm550b beliau buat dalam tempuh 4 tahun saja.

Najib perlu berundur kalau negara nak selamat. Veteran UMNO termasuk Mahathir dan Dolah mesti campur tangan.

Penyokong UMNO. Anda sebenarnya berhadapan dgn PM mscam org tak sekolah.

PM sekolah akan buat arahan belanja ikut buku tanpa dipengaruhi kroni yg giler berlebihan tahap superb



Buat yg diatas, dan batalkan PLKN serta bantuan kpd kolej swasta dan IPP maka penjimatan yg kerajaan dpt lebih drpd cukup untuk tampung sabsidi minyak fan letrik

Tapi kalau swasta dah lebih power drpd rakyat maka inilah padahnya.

Apa persnan Raja2 dan Agong?
.

Syed Acheh said...

Dato Kadir,
Jangan ambil hati apa mereka kata dekat you.Jika mereka tidak betul tegor.
Masaalah nya Najib sudah tidak boleh di tegor kerana terlalu banyak campor tangan dari Bini yang tersayang.

Sokong bawa rebah.
Hari ini Tun Mahathir membuat komen pasal leadership UMNO.Dia setuju Najib amat lemah dan tidak tahu mentabir dengan baik.

Kawan saya kata apa kata kita ganti Najib dengan Mahayuddin.
Tun kata Mahayuddin lagi terok.Dianya macam Mahayuddin smartly dress but otak macam Tun Ghaffar Baba.

Ha haha.
UMNO memang mempunyai kerisis Kepimpinan.

fed up said...

Nadia,

Pengewangan Aset Kerajaan (Monetization of Assets) tu canggih bunyi istilahnya. Tapi sdr tahu ke maknannya? Maknanya masih lagi bermaksud jual atau pajak!

Kalau ada yang dibangunkan dan kemudiannya disewa, sila nyatakan. Setahu saya, tak ada.

Lebih tenat lagi, bila di jual atau di pajak, adakah diletakkan syarat pembangunannya kelak? TIDAK kerana kebanyakannya akan dibangunkan untuk dijual semula ke pasaran terbuka.

Jadi di mana silapnya Rafizi?

Dan di mana silap DAKJ bila mempunyai pendapat sama dengan Rafizi dalam hal ini?

Saya cuma nak tanya satu soalan yang tidak ditanya Rafizi di parlimen :

BERAPA BANYAK AKTIVITI PEWANGAN KERAJAAN (MONETIZATION OF ASSETS) INI YANG TELAH MELIBATKAN TANAH RIZAB MELAYU?

Nadia muda lagi - kurang tahu sejarah tapi tentunya celik IT. Sila cari, 1957 ada berapa luas tanah rizab melayu; kini ada berapa luas pula.

Mat Lambak kata,

"Fitch Rating pada tahun lepas telah menyemak semula unjuran kredit Malaysia daripada stabil kepada negatif. Ini disebabkan kurangnya langkah reformasi fiskal diambil kerajaan dari segi percukaian, subsidi dan perbelanjaan awam."

1.Percukaian - Tidakkah monopoli sewajarnya dikenakan cukai lebih tinggi dari perniagaan lain? Mereka ini bukan kecik-kecik anak ikan.

2.Subsidi - Dalam perbandingan harga dalam matawang ringgit, harga proton lebih murah di luar negara berbanding di dalam negara. Bukankah ini juga subsidi dalam bentuk cukai? Anugerah AP itu bukan subsidi? Perjanjian subsidi IPP tidak boleh diusik tetapi perjanjian pilihanraya, boleh pula?

3.Perbelanjaan awam - lapuran audit tahunan selain laporan ketirisan wang haram menceritakan segala-galanya. Juga jangan lupa, yang paling tinggi bajet tahunannya adalah di JPM.

Masih Fed Up

D'zong said...

Tok.

Jawapan Nadia bagus. Kenyataan birokrsai ala Dewan Bahasa. Nadia ni saya rasa orang muda. Orang tua mana ada nama Nadia. Limah dan Tujah ada la.

Statemen dia saya pun pening. Macam manala Mat Deris dari Kg Lana Bulu nak faham tok? Profesor pun pening.

Yang saya faham, masa Dr Mahathir bena Putrajaya dan KLIA dia tak jual tanah kerajaan nak cari modal. sebaliknya dia beli tanah swasta.

Tanah swasta berpuluh ribu ekar jadi tanah kerajaan.

Najib jual tanah kerajaan nak bayar hutang. Kita pun buleh buat kalu setakat nak jual rumah dan tanah pesaka.

Bunyi hebat, tapi ini kerja orang yang kurang akal dan bergantung kpd penasihat half past six.

Kesian Nadia.

A KADIR JASIN said...

Rahimlpp, antara lain, berkata:

"Kita harus berfikir diluar batasan andaian-andaian negative dan cuba membantu memahami komitmen Najib untuk membawa transformasi kearah pencapaian wawasan 2020.

Anjing menyalak bukit tidak ada faedahnya!"

Kalau saya anjing yang menyalak bukit, saya bangga.

Saya menyalak, bukit tidak akan runtuh.

Tujuan saya menyalak pun bukan untuk meruntuhkan bukit.

Tujuan saya menyalah adalah bagi menghalang bukit dibalak haram, diruntukkan dan untuk menjaga agar kebun dan dusun peninggalan nenek moyang kita dapat dinikmati oleh anak cucu kita.

Saya tidak mahu bukit digadai dijual kerana hendak bayar hutang akibat kesilapan mengurus kewangan.

Sdr Urang Awak, sila ambil maklum surat peguam Datin Paduka Nor Hayati Onn dan Dr Abdul Rahman. Rujukan: http://www.thestar.com.my/story.aspx/?file=%2f2006%2f12%2f1%2fnation%2f16194046&sec=nation.

Terima kasih.

orangkampung said...

Assalamualaikum Datuk,

Saya ni orang kampung. Tak pandai hal ekonomi ni. Ilmu ekonomi bagi saya setakat, ada duit, belanja. Ada lebih, simpan.
Tapi bodoh-bodoh saya pun, rasa-rasanya banyak juga dah tenaga yang saya habiskan untuk UMNO/BN ni. Dah 25 tahun tak renti-renti dok pertahan dan perjuangkan UMNO.

Tapi sejak semenjak dua menjak ni ni saya dah tawar hati. Kawan-kawan pun ramai macam tu. Jauh dalam hati kami dah mula rasa malu ada ketua macam Najib ni.

Secara peribadi saya tak kisah sangat tentang barang naik. Nak buat macam mana. Setakat mana boleh telan kita cuba telan, kut-kut la jangka panjangnya menguntungkan negara (macam depa kata).

Yang saya tak boleh terima ialah perangai 'mendiamkan diri dan mengelak daripada berdepan dengan isu-isu besar' yang Najib amalkan sekarang. Dah tu, dalam diam, dok ulang pula buat kesilapan (contoh; pi melancong time dok suruh rakyat berjimat - contoh apa yang dia nak tunjuk?). Dia ingat bijak sangat la biar bagi isu-isu itu luka bernanah baru nak buka mulut.

Ni dah nak masuk 5 tahun dia jadi PM. Cuba habaq mai sat, apa sangat kejayaan yang dia bawa? Yang dok ada cuma makin bercelaru tak habis-habis. 1Malaysia dia pun dah hancai boncai.

Sungguh Datuk, saya dah mula cemuih. Yang menyebabkan saya bertahan ialah saya masih sayangkan UMNO. Tu saja...

Lahuma said...

Dato.

Kalau macam ini punya cerita.Apa Biro Ekonomi UMNO Malaysia telah dan akan buat.
UMNO parti kerajaan.Tak kan Biro Ekonomi UMNO tak ada astu kerangka atau pelan yang terbaik untuk PM Najib dan kerajaan.

Adakah antara Biro Ekonomi UMNO dan kerajaan tak boleh duduk sekali.

Orang-orang UMNO ternyata syok sendiri dengan jawatan mereka yang akan berakhir pada PRU 14 ini.

Terima kasih Dato..

arfauzi said...

Dato,
"I may not agree on some that you have said, but I will defend to the last your right to say it"
However,in totality, I find your views inspiring.
The minimum the government should be doing is to listen and understand your mesage. Wonder whether they are listening!
Keep on writing as your audience have brain and I find your writing to be refreshing.
Thank you for making me to reflect!!

zahari said...

Syed Acheh bilang,

" Ha haha.
UMNO memang mempunyai kerisis Kepimpinan."

Yang tak ada krisis kepimpinan adalah:

a. PKR- Anuwar OK.Diramalkan jadi PM menggantikan Najib salepas pru 14.

b.DAP -Lim Guan Eng akan dibolehkan menjadi PM salepas Anuwar.

c. PAS -Kira boleh juga lah.dengan kerjasama baik bersama DAP dan Mat Sabu Shiah bakal Presiden Pas dan Timbalan PM Malaysia.

Rakyat Malaysia jangan lupa undi PR ya.! ABU jangan tak ABU.

zed-85 said...

Dato’

Ada dua pandangan, satu yang mengatakan bahawa pentadbiran kita memuaskan dan satu lagi mengatakan sebaliknya.

Pada pandangan saya, perlu ada satu piawaian yang boleh kita gunakan untuk kita menilai samada satu pentadbiran itu baik atau sebaliknya.

Dari segi kesihatan tubuh badan, kita ada piawaian untuk kita menilai samada kita sihat atau tidak, umpamanya tahap gula, kolesterol, lemak, tekanan darah dan sebaliknya. Melalui piawaian ini kita boleh mengambil tindakan susulan supaya tahap gula, kolesterol , lemak, dll dapat dikawal dan kesihatan kita baik.

Di sekolah juga, kita ada penyata tahunan (report card) yang menunjukkan markah matapelajaran murid. Sekiranya, markah rendah, perlu diperbaiki.

Dalam pentadbiran kerajaan, perlu juga ada satu piawaian. Piawaian ini perlu untuk kita menilai dan juga memperbaiki keadaan yang ada.

Angka GDP digunaka untuk menunjukkan pertumbuhan ekonomi. GDP bermakna jumlah nilai keseluruhan barangan yang dijana atau dikeluarkan dalam tempoh setahun.

Malaysia, menunjukkan pertumbahan GDP setiap tahun. Begitu juga, Thailand, Philipines dan juga Singapura. Sekiranya GDP menurun, maka diishtiharkan kegawatan ekonomi (recession).

GDP per-kapita pula memberikan indikasi kekayaan sebuah negara (standard of living), angkanya lebih kurang, Malaysia (US17,000), Indonesia (US5,000), Thailand (US5,500), Singapura (US 62,000) dan Australis (US63,000).

Angka GDP sahaja tidak memadai untuk kita menilai samada pentadbiran sebuah negara baik.
Oleh itu Bank Dunia (World Bank) mencadangkan 6 perkara yang sepatutnya dinilai dalam pentadbiran sebuah negara, ini dinamakan Governance indicator.
Sila rujuk
http://info.worldbank.org/governance/wgi/index.aspx#home

• Voice and Accountability
• Political Stability and Absence of Violence
• Government Effectiveness
• Regulatory Quality
• Rule of Law
• Control of Corruption


Secara ringkas, “Voice and Accountability” merujukkan kepada sejauh mana peranan rakyat dan suara rakyat dalam pentadbiran sebuah negara. Ini mencakupi kebebasan media perdana daripada politik dan juga ketelusan pentadbiran.

Dalam konteks artikel ini, saya berpandangan, adalah tidak salah jika kita berfikiran kritikal kepada pentadbiran negara sekiranya ada hujah-hujah yang munasabah dan betul demi untuk kesejahteraan negara. Apatah lagi jika ini melibatkan perkara seperti pembaziran yang melampau sehingga jutaan ringgit. Wang rakyat yang sebegini banyak boleh disalurkan kepada yang memerlukan terutamanya ketika waktu kini yang mana terdapatnya kenaikkan kos hidup yang tinggi.

Adalah tidak wajar untuk menganggap rakyat mesti meletakkan kepercayaan secara membuta tuli 100% kepada kerajaan. Sebagai orang Islam, dalam rukun iman tidak ada menyatakan kita wajib percaya kepada kerajaan.


“Political Stability and Absence of Violence” merujuk kepada kestabilan politik dimana pentadbiran sebuah negara adalah kukuh dan tidak wujud sebarang keganasan..

“Governent Effectiveness” merujuk kepada kecekapan pentadbiran samada rakyat puashati dengan tahap pentadbiran yang disediakan samada dari segi infrastruktur, perkhidmatan dan lain. Umpamanya, jika ada hospital yang di bina runtuh, jalanraya banyak berlubang, tahap perkhidmatan kerajaan yang tidak baik, pembaziran yang berleluasa dsb, ini memberikan implikasi yang tidak baik.

“Rule of law” merujuk kepada peranan pentabiran samada undang-undang negara dapat dapat dijalankan dengan efektif, mahkamah yang bebas dan juga tahap berkesan polis dalam keselamatan negara.

“Control of Corruption” merujukkan kawalan kepada rasuah. Tidak guna bajet yang dibentangkan yang angkanya berbillion ringgit tetapi kesannya tidak kesampaian secara efektif kepada kesemua rakyat.

Bersambung,

zed-85 said...

Dato'

Sambungan,

Setakat ini, mengikut angka-angka yang ditunjukkan (report card), tahap pencapaian Malaysia dari segi pentadbiran berbanding dengan negara lain adalah sederhana.

Sekiranya dibandingkan dengan negara Afrika, kita adalah baik tetapi jika dibandingkan dengan dengan negara maju seperti Jepun, Singapura, Hong Kong, kita ketinggalan.

Sila rujuk maklumat dari Bank Dunia.
http://info.worldbank.org/governance/wgi/wgidataset.xlsx

Sekiranya kita hendak mengisytiharkan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020, kita juga perlu mencapai tahap pentadbiran yang setanding dengan negara maju yang lain.

Mungkin ada pihak yang tidak puashati dengan cara bagaimana Bank Dunia menilai tahap pentadbiran sebuah negara. Sekiranya ada, perlu dinyatakan alternatif yang lain. Ini perlu untuk membuat penilaian supaya pentadbiran negara dapat diperbaiki dan rakyat di negara kita dapat menikmati standard hidup yang lebih baik.

hishamh said...

Salam Dato,

Hafiz is correct, you've misrepresented what I've posted. The excerpts from my blog post come from YB Rafizi Ramli, not myself (links to his blog are provided in the post). Perhaps I wasn't as clear as I should have been, but in no way do I agree with Rafizi's analysis or conclusions.

To summarise:

1. As per Nadia's comment above, the sale and acquisition of assets is a normal part of government operations, and has been going on for decades. As I showed in my blog post however (in the two charts), such practices have been minimised relative to government revenue under the present administration. In any case, the amounts being talked about are far too small to have much effect on government finances or borrowing.

2. In addition, sales of assets will have no impact on the deficit under the present system of government accounting (or in the new system to be implemented next year). Instead, any such proceeds would go towards financing the deficit, not reducing the deficit itself i.e. a reduction in borrowing. You can sell all of Najib's private jets, the government's official cars and our submarines, and it won't change the deficit one whit. In other words, Rafizi's conclusion is wholly wrong.

3. More pertinently, we should look at the data holistically:

1Q2013: +RM8.979b
2Q2013: -RM5.757b
3Q2013: -RM3.289b

Total: -RM0.066b

On a net basis for the first three quarters of 2013, the government has actually acquired slightly more assets than it sold last year.

Some other points of interest:

1. Khazanah's sale of non-core assets is in line with the GLC transformation programme (which was started under Pak Lah) and is also covered under the NEM and ETP. The main point was to reduce government involvement in the economy and to increase the free-float of shares in the capital markets. Proceeds are kept under Khazanah and used to fund their other investments including overseas, not to finance government operations. I see no evidence that Khazanah has increased their dividend payout to the government.

2. During Daim's time, the situation was far more dangerous and critical as debt to GDP was almost twice as high as it is now (peaked at 103% in 1986). The government at that time also had more assets to sell, as the 1980s marked the transition from Keynesian-style industrial policy to free market liberalism. Tenaga, Telekom, Hicom etc were all put up for sale back then - but you can only sell these types of assets once. There's much less scope for privatisation now.

And before anybody asks, yes, I'm old enough to remember all of this.

besi said...

dato..
saya bukan pakar ekonomi,agak pening juga dengan entry terbaru ini.Tapi yg saya tahu, saya memang suka baca blog dato ni...harap dato teruskan menulis..kata orang "kita bersetuju untuk tidak bersetuju".

"maknanya amalan pajak atau jual harta negara memang salah satu cara dalam ekonomi."

"Amalan ini bukan untuk mengurangkan defisit yg dicita-citakan."

"Amalan penjualan aset negara ini baik utk menambah hasil negara."

"Amalan ini mempunyai risiko yang minumum kepada negara."

BETUL ke Dato? atau saya yang salah faham....

fed up said...

Hishamh,

Jika anda sudi untuk berbalas pendapat dengan orang tak sekolah tinggi macam saya :

1.Monetization of assets masih lagi merujuk kepada aktiviti jual dan pajak harta kerajaan. Ini disokong oleh Nadia (Untuk makluman, PENJUALAN tanah adalah di bawah inisiatif pengewangan aset Kerajaan (monetization of assets) bertujuan bagi memajukan tanah berkenaan serta membangunkan kawasan sekitarnya.) dan sdr sendiri (As per Nadia's comment above, the SALE and ACQUISITION of assets is a normal part of government operations).

2.Pengsekuritian Hutang Kerajaan merujuk kepada bon dan sukuk yang merupakan kaedah pinjaman kerajaan dari rakyat dengan pelan pembayaran berserta bayaran faedah/untung secara berkala yang dipersetujui terlebih dahulu.

3.Saya boleh terima perbelanjaan defisit sebagai amalan normal tapi defisit yang ditanggung oleh penjualan aset, bon dan sukuk itu untuk apa? Cuba bandingkan jumlah bayaran BR1M dengan jumlah jualan aset. Jika ditambah jumlah BR1M itu dengan yuran CONSULTAN, kemudian baru dibandingkan? Atau tambah pula bonus dan dividen dari petronas kepada jumlah BR1M dan jumlah bayaran KONSULTAN dan kemudian buat perbandingan baru? Sdr kata buat perbandingan holistik kan?

4.Sejak 2008, apa penarafan terhadap bon dan sukuk kita? Menaik, konsisten atau menurun?

5.Sdr kata "In any case, the amounts being talked about are far too small to have much effect on government finances or borrowing.". Jadi apa gunanya amalan menjual aset ini. Untuk menyusun semula aset dengan meningkatkan aset strategik dan menurunkan aset tidak strategik? Boleh senaraikan apa yang strategik dan apa yang tidak? Sebab orang biasa tak rasa dan tak nampak. Yang nampak adalah lapuran audit dan lapuran wang bocor. (Soalan tambahan - adakah strategik menjual MEASAT?)

6.Berapa banyak khazanah tanam modal di dalam negara dan diluar negara? Maksud saya nisbahnya. Yang saya tahu, di London kini entiti dari Malaysia adalah kedua terbesar selepas China sebagai pelabur hartanah. Berasaskan "lapuran terkini", "mungkin" tak lama lagi di New York pula.

7.Pada 80an, adakah kerajaan mengurangkan hutang melalui kaedah mengurangkan subsidi dan menaikkan cukai? Adakah dividen tabung haji susut? Bila proton dilancar, selepas begitu banyak wang dilaburkan, apa harga sebuah? Harga rumah masa tu?

Saya setuju sdr cukup usia untuk mengingati semua fakta yang telah saudara tulis. Bagaimana pula soal keluasan tanah rizab melayu pada 1957, ingat atau tidak?

Masih Fed Up

Anonymous said...

Again there is always an element of truth behind all arguments tabled by Rafizi as well as Hishamh.

Hishamh has mentioned that sales of assets can only be used towards the financing the deficits. Wait a minute, that means paying the interest incurred on the debt. That shows to the extent how massive debt is. I am sure that Hishamh would argue further that there are many wealthy countries including Singapore has massive public debt. Of course, the key would be how the public debt comes about.

Hishamh has said that it's normal to have sales of assets. One wonder why such good deal with singtel refused to be materialised. No thanks to Mahathir.

Anyway, there is more to discuss about with this gentleman whom I respected far better than slimy characters such as kampung man as hishamh reasons with facts even though I suspect he's kinda pro establishment. Hence, would be great to have your engagement in din merican's blog.

P.S : You see I never hentam people all the time

hishamh said...

@Masih Fed Up

Terlebih dahulu, saya meminta maaf kerana memberi balasan dalam BI, kerana beberapa perkara yang perlu dibincangkan agak teknikal

3. Deficits are normally financed by issuance of debt, so I do not understand your objection here. In any case, refer to my previous comment - there has been no net sales of assets in 2013. In fact, checking back, there has been no net sales of assets since Najib took over.

4. Further details on Malaysian government debt available here:

http://econsmalaysia.blogspot.com/p/faq-on-malaysian-government-debt.html

5. Most of the sale of assets being talked about here is largely due securitisation of civil service housing loans, not land. This is to reduce the need for the government to borrow to finance such loans.

6. Lebih kurang 90:10

http://www.khazanah.com.my/docs/KAR2013_Brochure_170113.pdf

7. Semasa Daim mengambilalih Menteri Kewangan, subsidi hanya 2% daripada perbelanjaan megurus kerajaan. Pada 2012, subsidi melebihi 21%.

I'd also point out that EPF, Tabung Haji, PNB etc funds are not part of the government accounts.

Last point - tanah (termasuk tanah rizab Melayu) adalah dibawah pengurusan kerajaan negeri, bukan kerajaan persekutuan.

Saji said...

Salam Dakj

Dalam posting ini, Dato' kritik/ bincang mengenai tindakan Kerajaan UMNObn melakukan potongan drastik subsidi petroliam yang Dato' anggap sebagai PUNCA masalah yang, dari sudut menyelesai masalah cara Islam, ia mampu menyelesaikan masalah mengenai cara Kerajaan UMNObn mengurus ekonomi negara di masa akan datang.

Sebaliknya,sebilangan pembahas, media arus perdana dan kerajaan sendiri bincang mengenai harga sara hidup/barang naik, yang Dato' anggap ianya KESAN daripada PUNCA masalah di atas yang, dari sudut penyelesaian masalah cara Islam, ia jika cuba di atasi sekadar penyelesaian sementara kerana ia akan berulang di masa akan datang.

SAJI

din klang said...

Lebih baik menkritik dari tidak berbuat apa apa.

Tapi mengkritik lah dengan beretika dan berfakta.... Nanti kita jadi seperti din melaka

jab sp said...

Dato'
Hehehe,bersunggoh beberapa orang yang "pakar" dalam ekonomi mempertahankan apa yang telah Najib lakukan.Berbagai istilah ekonomi digunakan untuk menjadikan apa yang dilakukan olih Najib atas nasihat semua penasihatnya wajib diterima.
Kepada semua penasihat dan pakar itu,kami rakyat jelata sekadar mahu berkata "Lantaklah apa yang kamu buat,asalkan apa yang dibuat tidak membebankan rakyat".

Mungkin pakar pakar ini tertidur dalam bilik berhawa econ hingga tidak sempat melihat apa yang rakyat hadapi.Pakar pakar yang gajinya berpuloh ribu ringgit ini tidak berada dipasar,supermarket malah dipasar malam untuk mengetahui berapa yang rakyat belanja pada Jan 2014 berbanding dengan Januri 2013.
Untuk musim persekolahan anak anak mereka hanya dihantar olih orang gaji yang tak perlu bawa duit dan apa apa kerana yuran yang seolah kacang saja bagi mereka telah dilunaskan.
Maaf saya perlu berbahasa dengan sedikit bahasa yang tidak indah didengar."Hoi,yang diuruskan ini adalah sebuah kerajaan yang lahirnya dari sebuah pilihanraya.So dengarlah suara rakyat kerana yang merasanya adalah rakyat.Ini bukan sebuah syarikat hak milik keluarga yang jikanya ia bangkrup hanya keluarga itu yang bangkrup".
Walaupun tidak cerdik,bukanlah bodoh sangat untuk bertanya:Jika sebelum ini ekonomi diuruskan dengan baik,kenapa perlu menjual aset.Tidak cukupkah hasil negara dalam pelbagai bentuk?.Pernahkah pakar pakar ini dengar kata kata pakar kerajaan hutang yang meningkat kerana pihak yang bagi hutang percaya kita bolih bayar hutang".Malaun pun jawaban.Jika ada duit,untuk apa kita berhutang.
Untuk Dato' dan yang memahami erti kehidupan rakyat-Wassalam

Saji said...

Salam zed-85

"Angka GDP sahaja tidak memadai untuk kita menilai samada pentadbiran sebuah negara baik.
Oleh itu Bank Dunia (World Bank) mencadangkan 6 perkara yang sepatutnya dinilai dalam pentadbiran sebuah negara, ini dinamakan Governance indicator.
Sila rujuk
http://info.worldbank.org/governance/wgi/index.aspx#home

• Voice and Accountability
• Political Stability and Absence of Violence
• Government Effectiveness
• Regulatory Quality
• Rule of Law
• Control of Corruption"

Sering diuar2kan oleh para pemimpin Kerajaan UMNObn Malaysia sebagai negara Islam contoh.

Tetapi mengapa Negara Qatar dan Emiretes secara keseluruhan mendahului Malaysia dalam 6 perkara di atas?

SAJI

Unknown said...

Salam Datuk
Saya adalah penyokong Datuk dulu kini dan selamanya. Memang wajar Datuk bersuara sebab segala tunggul kayu, batu bata dan pak pacak haprak dah teruk sangat dan hampas. Tapi semalam petang saya lalu depan Sri Satria melimpah ruah kereta tepi jalan. Harap2 tunggul kayu kat situ ada cara menyelamatkan negara ini. Untuk makluman pembaca dan pengikut blog datuk zaman berpm najib habis harta benda kerajaan dijual. Hasil mahsul negara banyak habis di sebat oleh musibat. Kalau sape ada free pergilah check tanah kompleks kerajaan jalan duta dengar kata ada taikun dah beli nak jadi pusat komrsial. Situasi sekarang semakin genting bagi Malaysia dengan kejatuhan ekonomi, lambakan pendatang asing rakyat semakin terhimpit kalau tak takan keluar cerita Datuk bayar yuran sekolah cucu pakai syiling. Apa lagi rakyat seperti saya nak harapkan pada kabinet hampas sekarang yang ada ni. Kalau taknak bayar tol ikut jalan lama kata Menteri cap ayam. Kata Pak Abu yang bela ayam kat kampung pula kalau taknak barang naik jangan undi BN.

Sata Saalimun @1974 said...

Salam Datok

UMNO kini semuanya BETUL..

yg x betul boleh jadi BETUL..

Ekonomi kini semakin baik

sebab tiada rakyat sembelih kucing untuk makan seeprti Indon..

Ahakss

Tinta Hitam said...

Datuk,

Pemimpin pemimpin yg rasuah akan mentadbir kerajaan yg korup.Bila pentadbiran korup segalanya jadi caca merba..Yg berkebolehan diketepikan.Kaki ampu diambil memegang jawatan penting.Yg ada skandal pun dilantik sama..Akhirnya negarw tunggang langgang.Semua menderita.Yg sokong UMNO pun menderita,yg sokong PR pun menderita.Cuma saya perhatikan penyokong penyokong UMNO ni menderita merek masih dgn setianya menjunjung kasih pd pemimpi2 korup ini.Saya cuba menerangkan isunisu sebegini kepada mereka ygnmenyokong UMNO.Mereka setuju dgn hujah saya tapi mereka sendiri mengaku tidak sekali kali akan mengubah undi mereka..Saya tabik kesetiaan mereka.Sbb bukan senang nak dpt pengikut pengikut mcm ini..Biar mereka susah asalkan pemimpin pemimpin mereka dan kaum keluarga mereka senang...

Pemimpin pemimpin UMNO tak takut pd sesiapa.Yg mereka takut ialah kalau rakyat tak undi mereka..Majoriti org org melayu bersedia sekali lagi utk mengundi UMNO didlm PRU14 nanti..

Pd golongan sebegini jika negara ini hancur itu bkn salah UMNO.Itu salah Lim Guan Eng,Anwar Ibrahim,Hadi Awang..Untung sungguh BN bila monda rakyat berjaya dibonzaikan

fed up said...

Hishamh,

Terima kasih kerana sudi dengan pelawaan saya.

KOMEN BALAS #3:

Saya tak kata saya bantah defisit. Malah saya ada kata saya boleh terima amalan defisit sebagai satu amalan yang normal.

Yang saya persoalkan, kenapa perlunya ada defisit.

Dan saya sangka kita tidak hadkan perbincangan kita kepada amalan 2013 sahaja.

Jika perlunya ada defisit adalah hanya khusus untuk membiayai pinjaman perumahan kerajaan, kenapa prospektus BON dan SUKUK tidak menyatakan hal ini juga secara khusus?

KOMEN BALAS #4:

Artikel berkenaan hanya memberi pengkelasan hutang dan ulasan impaknya kepada kerajaan. Sedangkan saya bertanyakan penarafan antarabangsa terhadap bon dan sukuk kita.

KOMEN BALAS #5:

Seperti dalam KOMEN BALAS #3.

KOMEN BALAS #6:

Pening saya baca, tulisannya kecil-kecil. Jika benar 90% pelaburan khazanah berlaku di Malaysia, terbukti sudah apa yang saya kata kan dalam ruang komen artikel DAKJ sebelumnya - tangan kerajaan ada di mana-mana ceruk perniagaan.

Kecualilah, duit itu hanya diguna untuk mengapung saham di bursa (pegangan jangka singkat - lebih pantas beli dan jualnya berbanding pegangan jangka pendek).

KOMEN BALAS #7:

Semasa Daim ambil alih Kementerian Kewangan, juga tidak ada subsidi untuk IPP atau program penswastaan Jabatan Telekom, Bernas, Jabatan Elektrik Negara dan sebagainya. Sebahagian besar bajet setiap tahun pergi ke JKR, pendidikan dan pertahanan.

Itu bezanya definisi pembangunan fiskal dahulu berbanding sekarang.

KOMEN TAMBAHAN:

Walau pun buku EPF, Tabung Haji, Perkeso, PNB dll itu berbeza dengan buku kerajaan tapi pinjaman mereka dijamin kerajaan, bukan?

Kenapa pula saban tahun Najib mengumum dan melantik orang itu dan orang ini bekas pegawai tinggi kerajaan sebagai pegawai besar di badan-badan berkanun itu?

KOMEN BALAS AKHIR:

Adakah anda benar-benar percaya kerajaan persekutuan tiada suara dalam kerajaan negeri?

Masih Fed Up

PENGUNDI AMPANG said...

Datuk AKJ,

Topik ini bergerak kepada 'peperangan sesama pakar ekonomi/kewangan'. Istilah-istilah atau terma-terma yang dilontarkan dengan begitu bergaya agak menggerunkan dan asing bagi kebanyakkan orang yang tidak terlibat dengan bidang itu.

Elitnya atau canggihnya mereka sehingga ada yang meminta izin untuk menulis dalam bahasa Orang Putih.

Kecuali di kalangan pembangkang tegar yang sikap mereka tidak dapat dicerahkan lagi,hujah-hujah 'pakar-pakar' itu kelihatan begitu ilmiah dan meyakinkan bagi orang kebanyakkan.

Perlu difahami bahawa blog DAKJ ini mendapat perhatian banyak pihak. Justeru itu, ada kemungkinan 'squad penggempur' dari pihak 'sebelah sana' masuk menyusup dengan tujuan mencerahkan pandangan/pendapat DAKJ yang pedas dan berbisa.

Sebagai rakyat yang baik dan bertanggungjawab seharusnya menerima dengan hati terbuka jika pandangan/ulasan/pendapat 'pakar-pakar' itu ada benarnya.

Sehubungan ini adalah diharapkan pihak yang tidak sependapat dengan hujah 'pakar-pakar' tersebut perlu menyanggah dengan hujah-hujah yang ilmiah juga.

Dengan ini kami yang tidak mahir dengan theory-theory ekonomi/kewangan yang hebat dan rumit dapat menilai kedudukkan sebenar perkara yang dibincangkan.

Rasanya YB Rafizi yang saya percaya turut mengikuti blog DAKJ tidak sesuai tumpang semangkuk menghujah-balas.

Warrior 231 said...

1.Terlebih dahulu saya ingin utarakan bahawa penjualan asset Negara untuk membiayai deficit adalah satu yang lumrah di seluruh pelusuk dunia dan merupakan suatu perkara yang harus di gemburkan sangat bak riuh sekampung kerana telur sebiji.

a.http://www.hsc.csu.edu.au/economics/policies_mgt/2484/Topic4Tutorial3.html

b.http://www.imf.org/external/pubs/ft/survey/so/2013/res050813a.htm

(a)Untuk 101 dan (b) mengenai langkah2 kontemporari

2.Tambahan pula mengsekuritikan hutang seperti pinjaman perumahan kerajaan adalah sesuatu yang mampu meringankan beban kewangan kerajaan serta satu tindakan yang membawa risiko yang rendah kerana ‘risiko default’adalah hampir tiada memandangkan si pemiutang adalah kakitangan kerajaan yang berpendapatan tetap.

3.Pada umumnya, saya rasa ekonomi Negara masih berada dalam keadaan memberangsangkan walaupun terdapat beberapa isu yang mampu mengugat kestabilan tersebut. Saya kira kita bertuah mempunyai Gabenor Bank Negara yang arif menangani masalah ekonomi yang mungkin timbul terutama dalam kebijaksanaan melaras kadar faedah bagi samada mengekang inflasi maupun memudahkan pertumbuhan.
Justeru itu saya rasa pembaca harus merujuk kepada ringkasan laporan IMF selepas sessi perundingan dengan Malaysia

(sila lihat peranggan 1 kenyataan En Mourmouras dan keseluruhan kenyataan beliau di sini: http://www.imf.org/external/np/sec/pr/2013/pr13510.htm)

Namun dalam keghairahan kita mencanang kejayaan ini,kita harus mengambil kira beberapa perkara yang boleh membantutkan pertumbuhan ekonomi mampan.

Antaranya kadar hutang isirumah yang tinggi, inflasi asset, inflasi barangan keperluan asas yang kian meningkat, keadaan ekonomi dunia (khususnya Negara Cina yang kian malap) serta kekangan dalam mengatur respon fiiskal anti-kitaran (countercyclical fiscal response) untuk menyokong pertumbuhan sekiranya perlu.

Semuanya di utarakan dalam kenyataan diatas dan pada hemat saya faktor Cina bakal memainkan peranan penting. Saya nyatakan ini berdasarkan laporan IMF 2012 di sini :
http://www.imf.org/external/pubs/ft/scr/2013/cr1351.pdf (sila lihat lampiran 1 : Risk Asessment Matriks).

Malah,jika di baca dengan teliti banyak saranan IMF berhubung pengurangan deficit dan hutang menjadi intipati polisi kerajaan sejak September 2013 hingga kini dan selanjutnya dan tidak di perlukan di hairankan sangat bagi mereka yang mengetahui (saya menunggu laporan 2013).
Namun jika ekonomi Cina terus malap, dan Eropah tidak menunjukkan pertumbuhan yang baik, Malaysia mungkin menghadapi bahana yang teruk.

Saya nampak masalah utama selain dari dunia luar, ialah pengurangan dalam perbelanjaan tempatan(lower consumption) akibat kos hidup yang kian meningkat dalam tahun 2014 walaupun ekspetasi “inflasi” yang lebih tinggi pada 2015 akibat GST mampu memaksa pengguna berbelanja “awal”. Saya juga melihat impak gaji minimum akan lebih terasa dalam tahun 2014 bila dikaitkan dengan kos produksi yang turut meningkat dan susulan itu akan membawa impak negatif kepada data pengangguran. Yang paling serius ialah penerimaan rakyat kepada beberapa kenaikan lagi yang pasti bakal tiba serta pelebaran jurang pendapatan (Gini bertambah) tetapi saya kira itu masalah politik.

Itu serba sedikit pendapat saya yang bukan ahli ekonomi tetapi berminat dalam bidang tersebut mengenangkan Allahyarham abang saya yang pernah berkhidmat sebagai pakar ekonomi dalam penggubalan pelan kawalan capital (Capital Control) 1998.Juga perlu di tegaskan bahawa nukilan tak seberapa ini bukanlah bertujuan mendokong mana-mana pihak dalam sandiwara politik Malaysia.Secara peribadi saya rasa kesemua itu adalah natijah pengamalan sistem demokrasi ala liberal, suatu sistem yang tidak menjamin kesejahteraan rakyat di mana jua ia di praktikkan.

Wallahualam.

Warrior 231 said...

Salam

Buat mereka yang berminat tentang jualan aset oleh mana2 kerajaan, kajian ini insyaallah boleh membantu:

http://www.imf.org/external/pubs/ft/wp/2013/wp1395.pdf

Wallahualam

Mustapha Ong said...

Salam saudaraku AKJ ,

Baru- baru ini saya rasa terkilan atas tajuk perbahasan yang diutamakan di blog Datuk yang menjadi peminat ramai di luar sana. Saya juga berpendapat bahawa penulisan saudara itu amat menyingung hati orang ramai yang masih menyayangi DS Najib termasuk saya yang telah mengenai beliau dari sedut jauh dan dekat. Saya juga membuat kritikan terhadap pentadbiran dan pengurusan beliau dalam Kerajaan dan parti UMNO dibawah kepimpinan beliau, tetapi ada batasan nya.

Sebaliknya, penulisan saudara tidak begitu dan seterusnya mengundang berbagai-bargai reaksi daripada pandangan pembaca dan pengikut blog saudara. Pada saya itu bukan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah politik parti, khusus nya UMNO/BN dan pengurusan Kerajaan. Kita sebagai para pemerhati daripada luar senang nak cakap dan tegor tanpa bukti yang kukuh mahupun cadangan alernatif untuk menyelesaikan masalah politik orang-orang Melayu yang masih kukuh tetapi amat lemah, oleh sebab telah hilang pedoman.

Banyak orang-orang kuat UMNO/BN hanya tahu cakap, tetapi pada masa yang sama takut nak tegor berterusan kerana mereka khuatir akan hilang sokongan dan jawatan-jawatan masing-masing. Di dalam parti-parti UMNO/BN terlalu ramai yes men dan kaki pengampu. Hanya orang seperti kita meluahkan tegoran dari hati terbuka, tetapi adakah pimimpin mereka mengambil kesah. Sudah tentu tidak oleh sebab kita sudah pencen dan suara kita tidak akan memberi sebarang kesan. Sebagai Ahli Veteran UMNO yang juga berjasa, pendapat kita walaupun ada lojik nya diketepikan.

Akhirnya, hanya orang-orang yang tidak ada kepentingan dalam perjuangan parti yang berani menghentam kepimpinan parti dan Kerajaan tanpa batasan yang boleh diambil kesempatan oleh pihak pembangkang yang bertujuan untuk merebut kuasa dan menumbangkan Kerajaan BN.

Pada pendapat saya semua Ketua-Ketua parti politik dan Kerajaan dibawah perdana menteri dulu dan kini ada jasa dan peranan mereka sewaktu mereka berkuasa. Yang paling susah adalah pengalihan kuasa daripada kepimpinan Pak Lah kepada Najib dan beliau terpaksa mengambil hati pandangan Mantan PM Tun Mahathir walaupun amat pahit. Saya yakin bahawa Najib adalah seorang pimimpin yang amat baik dan serderhana, maka adalah puak-puak yang mengambil kesempatan untuk cuba menjatuhkan cara pentadbiran kuasa parti dan Kerajaan beliau.

Saya juga yakin bahawa segala tindakan politik dan sosial ekonomi adalah baik dan mempunyai wawasan panjang yang akan mengambil masa panjang untuk menghasilkan program-program transformasi nya. Kita perlu sabarlah dan pandang jauh ke hadapan dan beri lah peluang kepada PM kita untuk mentadbirkan parti dan Kerajaan tanpa sebarang gangguan yang boleh menggugat kesetabilan politik dan ekonomi negara.

A KADIR JASIN said...

Pembahas Mustapha Ong, dalam komen terbarunya, antara lain, berkata: “Saya juga berpendapat bahawa penulisan saudara itu amat menyingung hati orang ramai yang masih menyayangi DS Najib termasuk saya yang telah mengenai beliau dari sedut jauh dan dekat.”

Sdr, maybe you voted for a PM to “sayang” him (or in future her). But I think most people elected a PM to rule effectively. So since my premise is not sayang but effectiveness, I will judge the PM accordingly.

Nak sayang-sayang ni di rumah saja la kot? Sayang bini (atau bini-bini), anak, cucu, cicit dan piut. Alhamdulillah, emak saya baru dapat piutnya yang pertama. Jadi kami ada lima generasi yang masih hidup.

I am not making up issues. I have no reason to dislike Mohd Najib for the look of his face and cherry lips. Things were are discussing here are real things. Just because average rakyat do not know or do not understand does not mean these issues are not real or should not be discussed.

We have two former PMs (Dr Mahathir and Abdullah) and five former Finance Ministers (Dr M, Abdullah, Tengku Razaleigh, Daim Zainuddin and Anwar Ibrahim) still alive.

They too are worried about the way the PM is running the country and have spoken up in various forms and fourums.

This, in part, is what Ku Li said just after the 2014 Budget presentation:

“The Budget 2014 projects that GDP growth rate next year will likely be around 4.5 to 5% and 5.5% in 2015. These figures had remained in that range for the past budgets since 2000, reflecting some kind of paralysis of policy given the global economic situation and our own model of growth that depends so much on our external markets and the optimism of foreign interests in our economy. But, these figures conceal some forewarnings that are not highlighted.

“Take for instance, the budget deficits, which had remained in negative territory for over twenty years; now the Najib government has promised to bring the budget into balance by 2020. The federal deficit has been sustained by borrowings that are now reaching close to the statutory debt ceiling of 55% of GDP.

“In fact the federal debt levels in absolute terms doubled since Dato’ Seri Najib took over as Prime Minister. Coupled with private debt currently at 83% of GDP (an issue I will come back to later), the total debt exposure which will have to be carried over into the next generation will now approach 140% of GDP at current prices by the end of the year.

“Of course this is not yet a worrying figure compared to the likes of Greece recently and Ireland previously. We know that the rule of thumb for sustainability (whether it can be funded by current output) of the national debt is something like: for any given year government debt plus outstanding loans of commercial banks must NOT be more than five times the sum of government revenues plus net foreign inflows.”

If Sdr Mustapha and others don’t want to listen to me fine. But can we ignore these knowledgeable former leaders?

Can we “sayang-sayang” PM when federal debt levels in absolute terms doubled since he took over as Prime Minister and Finance Minister in 2009?

You can read more of what Ku Li said at http://news.malaysia.msn.com/community/the-economic-reality-of-malaysia-today-%E2%80%93-tengku-razaleigh-hamzah

Thank you.

MissPassat said...

Sdr Mustapha Ong kata: "Banyak orang-orang kuat UMNO/BN hanya tahu cakap, tetapi pada masa yang sama takut nak tegor berterusan kerana mereka khuatir akan hilang sokongan dan jawatan-jawatan masing-masing. Di dalam parti-parti UMNO/BN terlalu ramai yes men dan kaki pengampu. Hanya orang seperti kita meluahkan tegoran dari hati terbuka, tetapi adakah pimimpin mereka mengambil kesah. Sudah tentu tidak oleh sebab kita sudah pencen dan suara kita tidak akan memberi sebarang kesan. Sebagai Ahli Veteran UMNO yang juga berjasa, pendapat kita walaupun ada lojik nya diketepikan."

Nah,sdr sendiri sudah memberi jawapan kepada persoalan mengapa The Scribe menulis sedemikian rupa.
Jadi mengapa sdr harus marah kepada tulisan-tulisan The Scribe?

Sayang ada batasannya. Sayang juga biarlah bertempat. Kita tegur sebab kita sayang. Kita marah sebab kita peduli. Kita kritik sebab kasih. Kita sayang akan negara kita. Kita peduli akan nasib masa depan bangsa kita. Dan kita kasih akan agama kita.

Maaf zahir batin.

ku_seman said...

Datuk Kadir, saya amat puas membaca dan mendapat pencerahan.

din KOLOT said...

Kalau takut di lambung ombak jangan lah jadi pemimpin.

Kalau mahu di lambung pujian sahaja baik jadi kucing .

XERONINE said...

Datuk ... terima kasih lah kerana usaha juga merakyatkan hal-hal di luar jangkauan rakyat miskin di luar sana yang tak pernah tahu apa benda nya blog tu ...apa lagi nak baca blog ...

our people especially the womenfolk at the lowest echelon of society are very hardworking ... anything they will do to provide for their children ... but it is hard to pull out of the quagmire ... kais pagi makan pagi ... kais petang makan petang ... sama juga macam kerajaan but at a different level - yang hidup berterusan dalam deficit ... despite what the pakar-pakar said ...

terima kasih juga pada Sdr Fed Up yang sentiasa mengutarakan soalan-soalan yang saya pasti ramai ingin tahu akan jawapannya ... tetapi biasalah macam dalam kelas sekolah ... when we are not sure how to formulate a question we pend it ...

terima kasih

joe black said...

Datuk,

Memang susah bagi orang saperti Mustapha Ong dll untuk menilai DS Nsjib dari segi keberkesananbeliau. Tambahan apabila ada kepentkngan dari segi masa depan anak atau keluarga yang bergantung pada kewujudan DS Najib. Tiada DS Najib, tiada kerja lah anak dan keluarga mereka.

Jadi mereka ini tiada hak untuk menilai KPI DS Najib.

Kami semua berharap Dato' akan terus memantau kerja mereka yang telah mendapat mandat untuk bekerja untuk rakyat supaya masa depan anak dan keluarga rakyat Malaysia terjamin.

ab said...





Salam Dato,




Kali ni takdak ka lagi `reply' dari PMO?.




ATAU MASIH tunggu pemandu bangun tidoq untuk cari akai nak tulis putaq macam mana....



Wahai pakar pakar ekonomi semua.
Tolong lah tulis dengan cara yang paling mudah dan terang,supaya pembaca tak susah nak faham..


Tulis la macam saudara Fed up, terang satu... satu, satu, sampai faham.




Kalau ekonomi sebagus dan sebaik yang di war warkan, pasai apa nilai ringgit turun? Kenapa credit rating diturun?, KENAPA DSTR KENA TAMBAH pinjam duit banyak banyak sangat tu ?.


I AM NOT conviced at all lah.


Ni macam cerita kalau saya ada kedai runcit,dan sangat laku, dan pendapatan keuntungan saya sangat banyak, olih itu saya kena lah PINJAM BANK LAGI LAGI BANYAK,sebab perniagaan saya untung besar!.


Saya pikiaq saya akan bayaq hutang bank lagi banyak dan lagi kerap, supaya cepat habis hutang dan lepas tu bolih pinjam lagi untuk besarkan perniagaan kedai saya, BUKAN KA MACAM TU?.


Lagi banyak PM cerita hai hai ekonomi, lagi lah susah hidup
kita...


Saya tak la dengaq presiden US,presiden Russia,PM China,PM India dok cerita hai hai ekonomi siang malam.....


Atawa PM kita tu terbaik `ilmu' ekonominya berbanding dengan presiden US,presiden Russia,PM China dan PM india...tak gitu?





Abu Bakar Ab Rahman

Warrior 231 said...

Komen saya seterusnya berpandukan laporan lengkap IMF 2012 :

http://www.imf.org/external/pubs/ft/scr/2013/cr1351.pdf

Kita juga seharusnya tidak memperlekehkan impak kesan-kesan lain seperti penurunan harga asset, keterbalikkan aliran modal dsbnya seperti yang di paparkan dalam bahagian 'Risk Assessment' laporan IMF tersebut

Begitu juga, para pembaca harus mengambil tahu akan impak negatif yang bakal menjelma sejajar dengan saranan IMF:

“Possible measures could include: a reform that eliminates fuel subsidies by end 2015 and replaces them with transfers targeted to low income households of about ½ percent of GDP (net savings of ½ percent of GDP); introducing the GST at a higher rate of 8 percent (net savings of 1 percent of GDP);restraining public sector wage growth by limiting new hiring (½ percent of GDP); improving the efficiency of government spending; adopting measures to improve tax administration; and closing tax loopholes and exemptions” (Kotak 4)

aya perhatikan beberapa saranan yang mengimpak marhaen telah di laksanakan. Pun begitu, saya kaget kerana saranan “restraining public sector wage growth by limiting new hiring” di endahkan dengan pengumuman pengambil pekerja awam untuk tahun ini. Begitu juga, saya juga musykil tentang ketiadaan langkah2 mengekang pembaziran selaras dengan saranan “improving the efficiency of government spending”. Adakah ini petanda tuduhan marhaen itu bagai 'baghal penanggung' ada kebenarannya?

Kalau ini semua tidak segera ditangani saya khuatir saranan GST pada 8% terpaksa menjadi kenyataan dengan implikasi yang lebih serius untuk golongan marhaen.

Dan pada hemat saya, kenaikan harga yang bermula pada penghujung tahun lepas akan berterusan tahun ini.Dan kemungkinan impak gaji minima(MW) akan beterusan seperti dalam peningkatan kadar pengangguran yang sudah mula ketara kebelakangan ini.(untuk scenario sila lihat Kotak 1 Laporan IMF)

Mungkin kesilapan Mohd Najib bin Tun Abdul Razak terletak pada “timing” beliau. Contohnya menetapkan MW pada tahun ini serta sekali gus menaikkan kos pengeluaran melalui kenaikan tariff letrik, petrol dsbnya serta kos penyediaan prasarana untuk perlaksannan GST bukannya langkah yang cerdik.Wallahualam

Saji said...

Sdr ab

"GET ALL THE PROFESSORS OF ECONOMY AND/FINANCE dari semua universiti tempatan kat Malaysia ini, kurung mereka dalam conference hall, beri makan minum,jangan bagi depa balik sampai dapat keluarkan satu cadangan baru,BUKAN repair repair yang dah lama,yang melingkup punya cara pengendalian ekonomi negara ini...LEPAS TU BUAT DAN BENTANG BAJET BARU KAT PARLIMEN dan ikut A-Z seperti cadangan mereka."

Cadangan lain saya ialah, setiap firma/grup/individu konsultan yang sudah dilatik oleh Kerajaan UMNObn di bawah PEMANDU,di JPM dalam semua sektor kerajaan yang meliputi ekonomi dan kewangan itu diarahkan supaya melantik professor2 atau Doktor2 Falsafah berkaitan masing2 dengan dikenakan syarat khusus supaya mereka sudah terlibat dalam R&D sebayak 10 tahuan dan menghasilkan sebilangan penulisan berkaitan yang antaranya sesuai untuk menyumbang kepada Pelan Transformasi Kerajaan.


SAJI

Zed-85 said...

Saudara Saji,

Saudara Saji,

Negara Qatar dan Emirates kaya dan penduduk tak ramai. Lebih kurang macam negara brunei.. Pendapatan per kapita juga setanding dengan Eropah. Dengar cerita tak perlu bayar cukai pendapatan.

Dekat Malaysia kerajaan UMNOBn mengatakan kita sebuah negara Islam contoh. Dekat sana agaknya, pemimpin mereka pun kata mereka negara Islam contoh.

Ada juga yang kata negara kita sebenarnya tak perlu tunggu tahun 2020, sekarang ini dah pun maju.

Yang paling penting pada saya, rakyat hidup dengan bahagia
.
Apa guna melaungkan itu dan ini tetapi rakyat tertekan dengan masalah sara-hidup tinggi, masalah keselamatan dari kes jenayah, masalah lalulintas, toll, letrik dan bas sekolah, GST dan masalah lain yang tidak ada kesudahan.

din klang said...

Mustapha ong

Kami menegur kerana kami perlu mempertahankan agama Islam bangsa Melayu dan Tanah Melayu.... Inilah sahaja peningalan nenek moyang kami

Lahuma said...

Dato.

Ramai orang luar bandar yang kurang faham fasal hal ehwal ekonomi yang bakal menimpa negara.
Mereka rasa cukup puas hati bila dapat tilam,peti sejuk dan TV.
Ini bukti negara tidak ada apa-apa penyakit ekonomi.

Pemimpin UMNO/BN pun tahu yang Melayu mudah lupa.

Sebab itu PM Najib dan kabinetnya sedikit pun tidak risau.Tarikh PRU 14 lambat lagi .Ada 53 bulan.

Para Menteri pun buat-buat bodo saja pekak telinga.Masa mana mereka kelam kabut dekati segala denyut nadi rakyat bila dekat pilihanraya.

Inilah perangai pemimpin UMNO/BN.

Tapi kali ini agak berlainan.Suara dan rintihan rakyat makin resah dengan kenaikan harga barangan yang himpit mereka.

Pelbagai cara UMNO/BN cuba alihkan isu ini.Tetapi tidak berjaya.Resah rakyat terus hidup.

Pihak pembangkang juga kenalah adil dalam menyuarai isu rakyat ini.Rakyat memang harapkan pembangkang dapat menjuarai isu rakyat.

Pro UMNO/BN dan pembodek bukan lagi bersuara membela rakyat.Mereka berlakon sahaja depan rakyat.Belakang rakyat mereka RAYA SAKAN.

Maka jadilah pemimpin senang lenang.Rakyat derita zahir dan batin.

Harta pemimpin sudah cukup untuk tujuh generasi.Mereka apa susah.

Terima kasih dato

zainal abidin awang kechik said...

salam , tok,

di malaysia ni bak kata sahabat yang memegang jawatan menteri, menegor Perdana Menteri ibarat menderhaka kepada sultan, mereka di luar sana tak tahu berita tak dapat info, yang mereka tahu mengampu dan cium tanggan perminpin,

tok, awah ayah saya berkata hanya orang yang bijak dan berani sahaja yang boleh hidup di malaysia ni
saya berdoa semoga tok dan datin seisi keluarga di rahmati allah,

anak saya kata ada kala perdana menteri terlupa bahawa petani dan nelayan yang undi BN untuk mereka terus menyalahkan kuasa yang ada,

SAYA AKAN SALAK KAN BUKIT WALAUPUN BUKIT TAK RUNTUH.. SETINDAK TINDAKNYA JEMBALANG DI BUKIT LARI JUGAK"

inilah padah bila yang lemah info nak joint untuk komen dan cerca

Lahuma said...

Dato

PM Najib kata makmal sedang buat kajian kenaikan tol.

Boleh yakinkah dengan makmal dimana kenaikan tol tak berlaku.

Makmal ini buat kajian condong sebalah rakyat atau condong sebelah konsesi lebuhraya.

Sudah pasti kajian makmal ini conodng 180 darjah keopada konsesi lebuhraya.

Kalau tak percaya tunggulah.

Makmal ini dia bukan kenal peritan rakayt.

Begitu juga lain-lain makmal.Penubuhan makmal hanyalah menampakkan sandiwara Kerajaan terhadap rakyat.

Adakah PM Najib akan agur 100 peratus dengan kajian makmal ini.

Makmal bagi masa depan UMNO/BN ialah Makmal Rakyat Jelata.

Janganlah makmal pula akan menikan rakyat.
Rakyat sudah takut dengan istilah Rasionalisasi.Kini istilah Makmal pula menghantui rakyat.

Kerajaan joli dan belanja besar .Kemudia minta rakyat berjimat.Apa benda yang rakyat nak jimat.Tak ada apa pun yang nak dijimatkan.

Terima kasih Dato.

Anonymous said...

Joe,
People like Mustapha Ong & hence they say so this way. I am ok with healthy debate but not bullshit statement. One of a good debater is hishamh who seems to be pro establishment. At least, he talks fact. The rest is haprak so it seems

SAJI said...

Sdr zed-85

"“Governent Effectiveness” merujuk kepada kecekapan pentadbiran samada rakyat puashati dengan tahap pentadbiran yang disediakan samada dari segi infrastruktur, perkhidmatan dan lain. Umpamanya, jika ada hospital yang di bina runtuh, jalanraya banyak berlubang, tahap perkhidmatan kerajaan yang tidak baik, pembaziran yang berleluasa dsb, ini memberikan implikasi yang tidak baik."

Jalanraya banyak berlubang sudah di atasi di Selangor di bawah PR dengan memberikan kontrak penyelenggaraannya secara yang dipanggil dalam ilmu kontrak sebagai "continuous contract". Ia memang berkesan.

Masalah bangunan kerajaan runtuh atau bahagian2nya runtuh mahupun retak, terbengkalai, lambat siap dan lain2 belum diatasi. Saya kira ini yang diperhatikan oleh World Bank kerana lebih besar amaunnya.


SAJI

Unknown said...

Aslkum Dakj

Kerajaan UMNO dan pembodek jangan loyar buruk dan nak tipu rakyat dgn macam2 dalih.

Rakyat yg pilih termasuk yg 46% penundi yg dah mula kesai tu tak mengharapkan bulan dan bintang. Mereka sangat bertimbang rasa.

Mereka cuma mau.

Pendapatan atau gaji yg cukup untuk makan minum, beli rumah 3bilik, anak mampu pergi sekolah, boleh beli sebuah kereta dgn minyak serta tol, kalau sakit ada hospital kerajaan yg banyak dan murah dan baki gaji untuk simpanan hari tua.

Sekarang cuba kerajaan dan pembodek dan si hipokrit macam din klang adakah gaji rm1500 sebulan boleh cukup untuk semua itu?

Ini soal asas keperluan hari2.

Ketua2 UMNO......... sekarang ni nak bayar gaji kaki tangan awam pun dah tercunggap2 inikan pulak nak penuhi keperluan asasi RAKYAT yg lain?

Mau tak Najib jual 4 pesawat peribadi dan tinggalkan cuma satu.

Mau tak Nsjib hapus kontrek direct nego dan ganti dgn tender terbuka.

Mau tak buat sekolah kecil di luar bandar , bukan jadi gajah putih tanpa cukup pelajar.

Mau tak Najib ikut perjanjian asal konsesi lebuh raya iaitu lebuh raya tanpa tol bila tamat tempuh konsesi.

Saya dah tau jawapannya.

Tak mungkin boleh sebab bagi setiap ketidak cekapan maka adalah ketua UMNO dan kroni yg kenyang tembolok.

MEREKA MANA TAKUT API NERAKA.

Mereka dah kebal drpd api neraka agaknya.

Maaf OKJ. Saya baru lepas sarapan di Madinah. Jangan kata Din Melaka tak sembahyang Jumaat pulak.
h

bat8 said...

Umum kenaikan dulu baru nak kaji? Akal yang waras mengatakan ini stail tunggang langgang yang tak patut diamalkan. Padahnya amat besou.

Tapikan ini yqng dikatakan " blue ocean management" yang Najib katakan tu kot dan budgetnya beratus juta?

Unknown said...

Aslkum Dakj

Najib dan Nur Jazlan kata jangan salah kerajaan bila harga barang naik.

Din Melaka mungkinsukar nak salahkan kerajaan jika kenaikan kos berpunca faktor dunia luar.

Tapi di Malaysia kenaikan harga brg berpunca drpd kebodohan, kebebalan, kecuaian, keborosan , dan kesonbongan kerajan UMNO yg sememangnya lupa diri. Tak kenang budi siapa yg beri mereka kuasa.

Senang je. Kalau memang dah tak tau atau malas nak jadi kerajaan, sila bubar parlimen. Biar rakyat lantik kerajaan baru yg pandai belsnja berhemat hingga tak tarik balik pelbagai sabsidi.

Jangan kalut2.

Buah Kerdas said...

Ekonomi selamat bermakna semua orang berpeluang memperolehi pendapatan untuk menyara hidupnya. Tidak ada maknaya jika unjuran ekonomi yang nampak hebat dinyatakan dengan terma dan jargon ekonomi, baik jargon ekonomi fiskal atau ekonomi makro sekiranya kedapatan rakyat yang gagal memenuhi keperluan hidupnya yang asas. Atas takrifan tadi, buat masa ini, ekonomi Malaysia masih lagi selamat; tidak ada rakyat yang mati kebuluran atau mati kesejukan kerana tiada peluang pekerjaan di sini.

Terlanjur mengatakan yang ekonomi kita mash selamat itu tidak bermakna kita boleh senang hati dan berpuas hati. Agihan kek ekonomi menjadi semakin tidak berimbang; jika dulu mengikut garis etnik tetapi kini dimensinya bertambah mengikut garis kuasa politik walau pun ini bukan sesuatu yang asing dalam konteks sosio-politiko-ekonomi dimana-mana jua.

Zimbabwe adalah conth ekonomi yang gagal manakala Singapura pula ekonomi yang berjaya. Apabila pemerintah mengambil jalan mudah mencetak wang (yang sama saja dengan meminjam wang) yang tidak selari dengan produktiviti, semata-mata kerana kepentingan politik, maka hasilnya ekonomi Zimbabwe. Tidak mustahil Malaysia menuju ke arah ekonomi Zombabwe apabila pemerintah mahu popular dengan pelbagai ???RIM?? dan pada masa yang sama menaikkan gaji perkhidmatan awam yang produktivitinya masih dipersoalkan. Semalam CEUPACS telah meminta kenaikan gaji sama dengan peratus GST walhal baru sangat Skim Saraan 1 Malaysia dilaksanakan. Kalau tuntutan ini dilayan bermakna semakin bertambah peratus hutang negera bebanding KDNK.

Perbahasan dalam blog ini menjadi hidup kerena memang ada isu-isu berkaitan ekonomi yang perlu diselesaikan, antaranya ketirisan dan rasuah. Ada juga isu berkaitan gaya hidup pemimpin yang nampak ala bourgeois sedang rakyat dingerikan dengan berita kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Teruskan menegur mana yang DAKJ fikir wajar ditegur. Dalam blog ini ramai penyokong PR dan penyokong gomen, masing-masing ada agendanya. Ramai juga yang atas pagar macam saya. Keep up with your good arguments fellas, I like...

Quantum Metal Consultant said...

Membaca hujah, arguement dan fakta masing2 di atas tidak banyak membantu rakyat untuk memahami kerana hasil apa yg kerajaan buat dan kesannya kpd rakyat adalah lebih utama.

Rata2 rakyat merungut bukan kerana kenaikan harga tetapi cara rakyat tangani isu kenaikan harga.

Harga naik ibarat sudah jatuh, cara kerajaan menjadikan sudah jatuh ditimpa tangga.

Saji said...

Sdr Zed-85

"Negara Qatar dan Emirates kaya dan penduduk tak ramai. Lebih kurang macam negara brunei.. Pendapatan per kapita juga setanding dengan Eropah. Dengar cerita tak perlu bayar cukai pendapatan."

Kalau itu jawanpan sdr kepada pertanyaan saya, "mengapa Negara Qatar dan Emiretes secara keseluruhan mendahului Malaysia dalam 6 perkara yang dinilai oleh World Bank ( Voice and Accountability
• Political Stability and Absence of Violence
• Government Effectiveness
• Regulatory Quality
• Rule of Law
• Control of Corruption)?", dengan maksud, penduduk Malaysia yang ramai menjadi halangan bagi para pemimpin UMNObn meningkatkan penilaian World Bank terhadap 6 perkara di atas, tidakkah jalan keluarnya ialah, keperluan mendesak mengecilkan pentadibiran Negara Malaysia mengeikut negeri2 yang sedia ada?


SAJI

Mustapha Ong said...

I am not being offended by ur negative remarks about my thoughts on this posting in response to saudaraku AKJ, but seriously speaking I don't think u are better than me, the commentator from Klang and also Looes74. "Tak berani nak keluar daripada sarong, nak mengajar orang lain di dalam perbahasan ini. No balls!!!!"

As for saudaraku, perhaps he had missed my points and thought that I am against his posting on this subject, now very closed to the hearts of the people. No, I am not although my views are different due to my personal experiences and having lived in eight different countries at differ time of my diplomatic career.

Now, let me ask saudaraku AJK whether he is keen to relive the story of ISA, now that Tun Mahathir has raised the issue in public again in his Recent interview or talk show (Hello Malaysia) a few days ago.

I have written on this ISA issue some years ago and also participated in other discussions in the social media, workshop and seminars. I certainly share the same view as Tun Mahathir that we need to revisit the ISA and see whether it is appropriate move to revive ISA partially whatever, and apply it to certain people who had distinctively abused their freedom of speech and actions.

These political, economic and social instigators need to be taught a harder lesson by punishing them within the law, even considering the application of ISA. Saudaraku and other commentators, do u wish to debate further on the ISA?

banggoi petai said...

tok kadiaq. .banyak dah bau hanyiaq cybertrooper dalam ruang comment the scribe ni. .....sahih bos depa dok panas pungkok pasaitu antaq mai anak keroq sini. ......boh lagi jangan dok brenti. .. hat mna tak betoi kita tibai. ...saya slalu share page ni d whatsapp. .....biaq ramai lg yg sedaq apa tengah dok jadi laa ni. ...

A KADIR JASIN said...

Sdr Mustapha Ong,

I was against the repeal of ISA. I have said so many times. Full stop.

As for the PM asking us not to blame the government for price hikes, I leave it to debaters to think about it.

I will not comment on it for now. Too mind-boggling!

Thank you.

Din Kalut said...

Din Melaka nak beritahu yang dia sedang kutuk orang diMadinah sambil berumrah.

Saji said...

Salam Dakj dan pembahas

Boleh sesiapa jelaskan kenaikan harga barang di Malaysia sekarang berpunca daripada faktor dunia luar?

xairlinepilot said...

Salam Dato AKJ...

Mustapha Ong .. live in his own fantasy...

supporting Si Najib for his lifeline..

DAKJ .. live in REALITY for being vocal on behalf of RAKYAT MALAYSIA..

Mustapha, Pls don't be like a toad... JUST MAKING A NOISE .. ONGG..ONGG ONGG...

Saji said...

Salam Dakj

"As for the PM asking us not to blame the government for price hikes, I leave it to debaters to think about it."

Salah satu ciri penting yang dimiliki oleh masayarakat di negara maju atau perlu diwujudkan (bagi negara yang bercita2 menjadi negara maju) ialah, berpengetahuan yang meliputi sanggup menerima pandangan orang lain dan suka kepada perubahan daripada yang kurang baik kepada yang baik, daripada yang baik kepada yang lebih baik dan seterusnya.


SAJI

Zed-85 said...

Saudara Saji,

Saudara Saji,

Komen Saudara,

"Negara Qatar dan Emirates kaya dan penduduk tak ramai. Lebih kurang macam negara brunei.. Pendapatan per kapita juga setanding dengan Eropah. Dengar cerita tak perlu bayar cukai pendapatan."

Kalau itu jawanpan sdr kepada pertanyaan saya, "mengapa Negara Qatar dan Emiretes secara keseluruhan mendahului Malaysia dalam 6 perkara yang dinilai oleh World Bank ( Voice and Accountability
• Political Stability and Absence of Violence
• Government Effectiveness
• Regulatory Quality
• Rule of Law
• Control of Corruption)?", dengan maksud, penduduk Malaysia yang ramai menjadi halangan bagi para pemimpin UMNObn meningkatkan penilaian World Bank terhadap 6 perkara di atas, tidakkah jalan keluarnya ialah, keperluan mendesak mengecilkan pentadibiran Negara Malaysia mengeikut negeri2 yang sedia ada?

Komen Saya,

1. Betul ke Qatar dan Emirates mengatasi Malaysia dalam semua criteria di atas.

Cuba check betul-betul.

2. Kita boleh membandingkan negara seperti Brunei, Qatar dan Emirates. Tetapi kita kena ambil kira factor “minyak” dan factor lain. Umpamanya , di Emirates, penduduknya berjumlah 8 juta orang tetapi warga emirates hanya 13% sahaja, yang lain hanya warga asing yang bekerja di UAE. Ini adalah kerana UAE memerlukan warga pekerja asing untuk merancak ekonomi dan juga untuk diversikasi ke sektor bukan minyak seperti pelangcongan

Ke-enam factor yang saya nyatakan adalah cadangan daripada Bank Dunia sebagai kayu pengukur (gauge) pentadbiran dalam sesebuah negara.

Kalau kita tidak percaya dengan angka dari Bank Dunia, kita boleh membuat penilaian sendiri berdasarkan 6 faktor yang dicadangkan oleh Bank Dunia.
Umpamanya adakah kita baik dalam “Government Effectiveness” , “Voice and Accountability”, “Rule of Law” atau “Control of Corruption”

Kalau tidak ada kayu pengukur bagaimana kita hendak menilai samada satu pentadbiran itu baik atau tidak?

Mengikut sesetangah pakar ekonomi, kita tidak ada masalah. Hutang negara masih di paras 55% daripada GDP iaitu lebih RM500 billion.

IMF mencadangkan untuk negara membangun seperti kita, kadar hutang dicadangkan 40% daripada GDP. Limit untuk negara kita adalah sekitar 55% daripada GDP dan kita sekarang duduk di atas pagar. Pakar ekonomi kita mengatakan kita masih selamat.

Persoalannya angka GDP tidak tetap, pada tahun 2009, terdapat kegawatan ekonomi dunia, GDP menurun dan hutang negara melonjak daripada dari sekitar 42% pada ke lebih 55% daripada GDP. Sekiranya berlakunya lagi kegawatan ekonomi dunia, hasil negara akan jatuh, GDP akan menurun dan hutang negara akan naik melebihi paras 55% dan kita yang sekarang duduk atas pagar 53-55% akan jatuh daripada pagar.

Tun Mahathir baru-baru ini menyatakan negara kita sekarang sudah banyak duit dan boleh membeli “private jet” tidak seperti zaman dahulu.

Saya rasa link Datuk AKJ yang menyertakan komen daripada Tengku Razaleigh (rujuk komen AKJ di sebelumnya) paling baik untuk menjelaskan masalah sebenar yang berlaku dalam negara kita.

Terutamanya tentang tahap hutang rakyat malaysia (household debt) yang antara paling tinggi di Asia (81% daripada GDP)dan juga kadar pendapatan rakyat Malaysia yang "flat" tidak banyak berubah berbanding dengan kadar kenaikkan kos barang atau inflasi.

Abdul Wahid Omar, Menteri menyatakan kita sebagai rakyat Malaysia , perlu berjimat cermat. Ini adalah langkah penyelesaian daripada beliau yang gajinya lebih RM15,000.

Saya merujuk semula faktor "Government Effectiveness" yang dicadangkan oleh Badan Dunia.

Zed-85 said...

Saudara Saji,

Komen Saudara,

"Negara Qatar dan Emirates kaya dan penduduk tak ramai. Lebih kurang macam negara brunei.. Pendapatan per kapita juga setanding dengan Eropah. Dengar cerita tak perlu bayar cukai pendapatan."

Kalau itu jawanpan sdr kepada pertanyaan saya, "mengapa Negara Qatar dan Emiretes secara keseluruhan mendahului Malaysia dalam 6 perkara yang dinilai oleh World Bank ( Voice and Accountability
• Political Stability and Absence of Violence
• Government Effectiveness
• Regulatory Quality
• Rule of Law
• Control of Corruption)?", dengan maksud, penduduk Malaysia yang ramai menjadi halangan bagi para pemimpin UMNObn meningkatkan penilaian World Bank terhadap 6 perkara di atas, tidakkah jalan keluarnya ialah, keperluan mendesak mengecilkan pentadibiran Negara Malaysia mengeikut negeri2 yang sedia ada?

Komen Saya,

1. Betul ke Qatar dan Emirates mengatasi Malaysia dalam semua criteria di atas.

Cuba check betul-betul.

2. Kita boleh membandingkan negara seperti Brunei, Qatar dan Emirates. Tetapi kita kena ambil kira factor “minyak” dan factor lain. Umpamanya , di Emirates, penduduknya berjumlah 8 juta orang tetapi warga emirates hanya 13% sahaja, yang lain hanya warga asing yang bekerja di UAE. Ini adalah kerana UAE memerlukan warga pekerja asing untuk merancak ekonomi dan juga untuk.

Ke-enam factor yang saya nyatakan adalah cadangan daripada Bank Dunia sebagai kayu pengukur (gauge) pentadbiran dalam sesebuah negara.

Kalau kita tidak percaya dengan angka dari Bank Dunia, kita boleh membuat penilaian sendiri berdasarkan 6 faktor yang dicadangkan oleh Bank Dunia.
Umpamanya adakah kita baik dalam “Government Effectiveness” , “Voice and Accountability”, “Rule of Law” atau “Control of Corruption”

Kalau tidak ada kayu pengukur bagaimana kita hendak menilai samada satu pentadbiran itu baik atau tidak?

Mengikut sesetangah pakar ekonomi, kita tidak ada masalah. Hutang negara masih di paras 55% daripada GDP iaitu lebih RM500 billion.

IMF mencadangkan untuk negara membangun seperti kita, kadar hutang dicadangkan 40% daripada GDP. Limit untuk negara kita adalah sekitar 55% daripada GDP dan kita sekarang duduk di atas pagar. Pakar ekonomi kita mengatakan kita masih selamat.

Persoalannya angka GDP tidak tetap, pada tahun 2009, terdapat kegawatan ekonomi dunia, GDP menurun dan hutang negara melonjak daripada dari sekitar 42% pada ke lebih 55% daripada GDP. Sekiranya berlakunya kegawatan ekonomi dunia, hasil negara akan jatuh, GDP akan menurun dan hutang negara akan naik melebihi paras 55% dan kita yang sekarang duduk atas pagar 53-55% akan jatuh daripada pagar.

Tun Mahathir baru-baru ini menyatakan negara kita sekarang sudah banyak duit dan boleh membeli “private jet” tidak seperti zaman dahulu.

Saya rasa link Datuk AKJ yang menyertakan komen daripada Tengku Razaleigh (rujuk komen AKJ di sebelumnya) paling baik untuk menjelaskan masalah sebenar yang berlaku dalam negara kita.

Terutamanya tentang tahap hutang rakyat malaysia yang antara paling tinggi di Asia (81% daripada GDP)dan juga kadar pendapatan rakyat Malaysia yang "flat" tidak banyak berubah berbanding dengan kadar kenaikkan kos barang atau inflasi.

Abdul Wahid Omar, menyatakan kita sebagai rakyat Malaysia perlu berjimat cermat. Itu adalah langkan penyelesaian daripada beliau yang gaji bulanannya lebih RM17,000.

Saya merujuk semula fator "Government Effectiveness" yang dicadangkan oleh Badan Dunia.

turun said...

Salam Dato

Bila omar ong kena blame, cepat saja ada orang tolong jawabkan.

Bila kita rakyat ini di perbuat macam pawn.. Takda lah orang yg cepat nak tolong luahkan perasaan kita.

Bak kata org tua.. Anak rintek bapa borek.

zed-85 said...

Dato’

One the subject of price hikes, government said is dependant on “external factors”.

Let see,
Electricity hike – The breakdown for electricity sources are 62.6% gas, 20.9% coal, 9.5% hydro and 7% from other forms of fuel. The natural gas reserved in Malaysia is three times oil reserve.

Toll hike, although is not finalised, a minister had suggest motorist use alternative road to avoid toll hikes. As we know there was a plan earlier to resolve the toll price increase but was shelved.

Sugar, we have sugar plantation in Perlis and Kedah.

Do DBKL assessment proposed hikes and GST have something to do with external factors?

Maybe the Government need to eloborate more on what it means buy "external factors".

I see that there is a pattern that whenever the people are unhappy with something, for instance the cost of living, then something else is brought into the picture such as ISA etc.

I think the Police also need to do some work in catching all the crooks and such.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Ada keluarga namanya Ongggg hidup di Dunia Malaysia pun Ongggg je.

Masa jadi Ptd dulu kena tenyeh dgn atasan yg lebih pandai polish.

Sekarang umur dah senja masih mengharap dunia UMNO.

Org kata kerajaan UMNO siksa rakyat sebab ada bukti kerajaan negara lain sejahterakan rakyat.

Dalamkeadaan hidup rakyat yg yg semakin sesak dan kejadian samun yg makin leluasa dan polis dibuli untuk tindas pembangkang saya harap rumah, harta benda dan keluarga mr Ongggg dan sekutu masih selamat dari jiran yg semakin lapar.

Susah kalau hanya pentingkan diri sendiri saja.

Bukan kah sebagai umat Islam kita hanya dianggap beriman setelah kita mengasihani sdr2 Islam yg lain?

Bukan setakat kasih pd geng songkok tinggi sahaja!

fed up said...

Saji,

Secara umumnya, benar, barang-barang negara kita kebanyakannya naik kerana pengaruh luar.

Contoh 1:

Sayur dari Cameron Highland pergi ke Singapura dahulu. Bila sampai kuota, Singapura akan sekat kemasukan sayur seterusnya dan sayuran yang lambat sampai ini, barulah dipasarkan di Malaysia, di Selatan Malaysia khususnya. Tokey tak rugi walaupun sayur akan dibeli dengan RM (bukan Dolar Singapore) malah kurang segar kerana tempoh masa perjalanan kerana kos minyak ditanggung pembeli tempatan.

Contoh 2:

Minyak dan gas dari telaga tempatan adalah AMAT berkualiti tinggi (dibaca sebagai mahal). Ia di eksport dan kemudian minyak yang lebih rendah kualitinya (dibaca sebagai murah) di import untuk kegunaan tempatan. Tokey minyak dapat 3 kali untung (untung tukaran matawang, untung jual minyak mahal-beli minyak murah dan untung kerana tong yang dijual lebih banyak dari tong yang dibeli).

Contoh 3:

Bila harga di pasaran dunia naik, harga di Malaysia juga naik. Tetapi bila harga pasaran di dunia turun, harga di Malaysia tidak dibetulkan. Rasionalisasi satu hala.

Contoh 4:

Sektor pemakanan masih ada kebergantungan yang amat besar kepada import. Barang kawalan seperti beras, gula dan baja/dedak tidak diberi perhatian dalam polisi galakan pertanian kerana tumpuan lebih kepada pertanian komoditi seperti sawit. Malah dalam bajet 2013, sokongan kepada pertanian yang produknya adalah sumber makanan hanyalah buah-buahan, itu pun untuk eksport. Jika ada usul yang baik seperti NFC, ia menjadi projek yang kandas.

Contoh 5:

Satu tangan yang membenarkan bentuk pelaburan seperti REIT (Real Estate Investment Trust) yang terang-terang menyokong spekulasi hartanah dan satu tangan lagi mengenakan cukai terhadap keuntungan keatas jual-beli rumah yang dibuat dalam keadaan urusniaga singkat. REIT secara tidak langsung membenarkan persaingan (berat sebelah) antara pembeli tempatan dan pembeli luar negara.

Banyak lagi contoh-contoh lain tetapi saya akan hentikan diri setakat itu dahulu.

Kesimpulannya, banyak faktor luar mempengaruhi harga tempatan. Tetapi itulah tugas hakiki kerajaan, ialah mengurus dan mengagih sumber (semua jenis sumber termasuk sumber manusia).

Jika kesan faktor luar itu gagal dibendung, maka kerajaan lah yang sebenarnya gagal dalam mengurus dan mengagih sumber.

Jangan lupa, dikala sub-prima dan kesannya melanda US dan Eropah, China dan India muncul sebagai ekonomi yang paling pesat perkembangannya.

Saya bukan ahli ekonomi dan bukan sekolah tinggi pun. Tapi jika ditanya "apa istimewanya negara China dan India":

Saya akan jawab, kerana dua negara itu amat rendah kebergantungannya kepada faktor luar, terutama soal makanan (keperluan asas rakyat).

Masih Fed Up

PENGUNDI AMPANG said...

looes74 (12.01 PM),

'Beriak Tanda Tak Dalam, Bergoncang Tanda Tak Penuh!'.

Saji said...

Salam Dakj dan pembahas

ANTARA PUNCA DAN KESAN MASALAH:

1. Mengapa saya terpaksa menerima peringatan PM " jangan salahkan kerajaan kerana keranikan harga barang"?

2. Mengapa saya terpaksa menolak alasan PM, "kenaikan harga barang berpunca faktor dunia luar"?

3. Mengapa saya terpaksa mengatakan bahawa, apa yang disebut/dianggap oleh beberapa pembahas dan Dato' dalam perbincangan ini dan sebelumnya sebagai PUNCA yang menyebabkan harga barang naik sebenarnya merupakan KESAN pada masalah yang puncanya belum dikenalpasti?

4. KESAN pada masalah yang puncanya belum dikenalpasti:

a. Ia boleh dilihat/kesan melalui pandangan mata dan akal sahaja.

b. Jika cuba diatasi hanya bersifat sementara atau ia akan berulang di masa akan datang.

c. Kadang2 (jika diatasi) boleh menimbulkan masalah lain yang tidak diduga.

d. Jika menggapnnya (KESAN) sebagai punca (sebagaimana yang diandaikan dalam pembahsan ini) tidak semua pihak mensetujunya atau ia boleh dicabar.

5. PUNCA masalah yang belum dikenalpasti:

a. Ia hanya boleh dilihat/kesan melalui pandangan mata hati iaitu kajian2.

b. Jika diatasi masalah terus
hilang.

6. Tidakkah PUNCA yang menyebabkan kenaikan harga barang yang mula dirasai rakyat ketika ini ialah, amalan beberapa sistem ekonomi kapitalis (dalam melakukan aktiviti ekonomi di dunia ini) yang menghalalkan cara (demi diri sendiri, keluarga, kroni dan kumpulan) yang terang2 ditegah Islam, iaitu; prinsip2 muamalat Islam, yang antaranya, wujud unsur riba, unsur spekulasi, unsur manipulasi dan unsur monopoli?


SAJI

merlimau9 said...

Dato
Result GE 13 menunjukan yg BN tidak dpt undi popular. Ini bererti betullah ramai yg tidak bersetuju dgn tindakan PM Naji.Ini juga bererti yg dok mengaruk ini adalah PRian.
Yg menyokong Khalifah Najib memang minoriti beb...tapi mereka ini BADARian beb.
Mereka mengambil cabaran (ekonomi politik sosial) yg dihadapi dgn positive.
PRian ini buat apapun tentulah tak setuju...dah kerja mereka begitu.
Ekonomist beb..



Dato
Jgn terperangkap dgn propaganda PRian ni.
Tun Mahathir pun tidak bersetuju dgn PM Najib dlm beberapa perkara tapi cuba lihat bagaimana Tun mengkritk.
Wajib krtikal kalau mahu ekonomi selamat perlu dituju kpd semua PRian sebenarnya.

Sekian

MalaysianKita said...

Assalamualaikum Dato'

Ramai Pakar Ekonomi dalam blog Dato ni menyokong tindakan Ekonomi Kerajaan.

Pelbagai istilah ekonomi.......

OK lah....

Saya buat kesimpulan.....

Tarif elektrik naik bukan salah kerajaan, salah rakyat......

Tol naik bukan salah kerajaan, salah rakyat....

Petrol diesel naik, bukan salah kerajaan, salah rakyat

Barang naik, bukan salah kerajaan, salah rakyat....

Ayam naik, bukan salah kerajaan, salah rakyat....

Roti canai naik, bukan salah kerajaan, salah rakyat....

Kerajaan tak pernah salah

Yang salah adalah rakyat

Kenapa pula rakyat yang bersalah?

KERANA RAKYAT YANG MENAIKKAN PEMIMPIN YANG KORUP, YANG ZALIM

Macammana tu...?

Macam,

Pisang di mulut, onak di punggung!

Tak paham lagi?

Di mulut disumbat pisang, di punggung dicucuk onak...


Pisang tu BRIM dan yang sewaktu dengannya....
Onak tu BN, Barang Naik.....

Selangor Ku said...

Saji,

Kontrak potong rumput pun kerajaan PR Selangor yang hebat dah beri secara 'continuous contract' .Hebat!.

Cuma Langat 2 masih belum selesai kerana PR tak suka dengan projek kerajaan pusat.Yang menjadi mangsa siapa ?.

Selangor Ku said...

Din Melaka,

Eloklah pergi ke Madinah.Supaya dapat jauhkan dari fitnah awak yang terlalu banyak di blog Tok kita ni.Semoga din Melaka bertukar haluan kepada kerajaan.Kami di Selangor bermasaalah dengan usu kedegilan gereja dengan kegunaan kalumah Allah.Kerajaan PR berkompromi demi kuasa politik dan menjaga hati DAP.Apa sudah jadi dengan Pas?.Dimana Anwar ?.

Sufian Idrus said...

Datuk,

Malaysia bukan negara maju, Malaysia masih lagi negara miskin. Pendapatan per kapita rakyat Malaysia masih lagi teramat rendah, jauh dari pencapaian negara maju seperti Singapura, Australia dan lain-lain negara.

Tetapi Perdana Menteri Malaysia berbelanja bagai seorang pemimpin di negara kaya seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Salah kah dikritik?

The Sydney Morning Herald
January 12, 2014
"Undeterred by the threat of deep-vein thrombosis, Prime Minister Tony Abbott took to economy class last month to fly overseas for a family holiday."

"It was a commendable look for the leader of a government preparing to take the razor to the budget. And while Abbott's office did not try to publicise his frugal travel arrangements, they did not go unnoticed. A fellow traveller on the flight out of Sydney on December 20 covertly took a photograph of the prime minister looking relaxed in a blue polo shirt as he strode down the aisle to the back of the economy flight, and helpfully posted it to social-media sites. Abbott's office later confirmed he paid for flights for him and his family to visit his eldest daughter, Louise, in Switzerland for Christmas."




Sufian Idrus

Anonymous said...

Kadir,
I believe you would love this show. It's called Carry on Cleo. Hehehe, who's "caesar" in Malaysia? His wife? I hope that mustapha ong would not get a heart attack after watching this

http://www.youtube.com/watch?v=xPEXCpDIrYM

Sufian Idrus said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ridd said...

Teman sokong rencana Dato.....! Umrah tahun ni bior teman tangguhkan dulu.

Kerajaan 1M ni pelik skit dan aneh.
Org umah teman koje gomen surat pekeliling K1M kuor untuk semua agency gomen. Ngatenya ...Semua agency kurang kan guna guna catering kalau ada buat meeting internal bacuh ayor sendiri,snacknya biskut atau pisang dah rupa meeting umno atau surau kat kawasan teman...klu kat kampong meeting setandan orang kampong bawak..kalau dah rupa itu le.

Yang lagi Pelik teman rasa....Tahun ni Tahun Melawat MALAYSIA....K1M ngate kurangkan guna Event company dan company yg buat banner. Ngate buat perubah tak kena waktu...cuba le buat berperingkat- peringkat dan bincang cara rasional untuk mengurangkan atau menaik kan sesuatu benda pun.

Teman rasa le Dato...Najib tu bukan le keramat....ayat keramat yang terbaeek di tujukan buat BINI Najib...itu baru betul. sebab rakyat untuk K1M kena berterima kasih dengan BINI Najib.

Apa yang dinyatekannye dgn semua kenaikkan sebab Rakyat semua tak ucap TAHNIAH kat BINInya. RAKYAT Malaysia ni pun satu .... ADAP kan BUDAYA kita...antor lah kata tima kasih...pasti lepas ni harga RUNTUH.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).