A Kadir Jasin
THESE are the little, everyday things that make live worth living. The antidotes for the pain and suffering that life inflicts on us. The little mercies that we should all appreciate.
|
Helang (eagle) dari jendela rumah saya |
Thanks to Tun Dr Mahathir's city in the garden campaign during the opening days of his administration in 1981, most of our towns and cities are greener today.
|
Murai Kampung/Murai Cacing (Oriental Magpie Robin) - kicauannya pelbagai |
Speaking to the Press after chairing his first Cabinet meeting, he said he issued two instructions - plant more trees and clean up public toilets.
|
Dua Kamera Lama Saya |
|
Punai Daun (Treron c. curvirostra) from my balcony |
|
|
|
|
We can say that he succeeded in the first but failed rather miserably in the second. Our public toilets - except in upmarket malls - are as third world as before.
But I now notice that the Kuala Lumpur and Petaling Jaya City Hall are cutting more trees - some hundred of years old - than planting them. And Kuala Lumpur no longer enjoys weekend patrol by the PM as it did during Dr Mahathir's time.
Still, the birds and the bees that were once found in the villages and belukar have now become city dwellers, thanks to the greening efforts.
|
Tekukur (Spotted dove) |
These birds are found in and around my properties. Apart from nuts and fruits from the trees I planted, I also supplemented their diets with offerings of grains, fruits and bread.
|
Kunyit Besar (black-naped oriole) | | | | |
|
Sekumpulan Perling Mata Merah (Asian Glossy Starling) lawan seekor Tiong Gembala Kerbau (Myna/Mynah) |
|
|
44 comments:
Salam Datuk
Semoga dirahmati Allah s.w.t.
Bila melihat burung2 dalam blog datuk terkenang kepada kampung halaman. Alangkah bertuahnya Datuk kerana dapat menikmati segalanya di Malaysia berbanding saya yang kini berada di perantauan untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga dan negara.
Bila behijrah dari Malaysia barulah ekonomi keluarga dapat distabilkan berbanding duduk bekerja di dalam negara dengan kadar upah yang tidak setimpal dengan produktiviti. Kekadang saya pelik melihat situasi di Malaysia golongan pekerja dieksploitasi dengan kadar upah yang tidak setimpal dengan kos sara hidup. Perkara ini perlu dibetulkan semula oleh BN jika hendak mendapat mandat pada PRU akan datang. Memang bila pendapatan kita besar kita rasa semuanya murah dan tiada isu harga barang naik, kerana pendapatan kita mempunyai cukup lebihan. Bagi rakyat marhaen termasuk saya KOS SARA HIDUP DI MALAYSIA tidak selaras dengan kadar upah. Akhirnya mereka pun jadi burung2 seperti dalam blog datuk kena berkunjung ke rumah datuk untuk mendapat makanan. Kesimpulannya majoriti rakyat Malaysia semakin menjadi watak burung liar yang kelaparan. Burung2 ini akan mematuk semboerono demi kelangsungan hidup dan mungkin patukan yang terkini akan dibuat terhadap sate kajang.
Salam Dato,
Hahaha….. I really admire you Dato and you really know how to get your mind off the argument in a diplomatic way. Yes…!! As you may observe I purposely I did not post any comment in your last 2-3 published articles simply because I wanna give other people time to cool down first.
Dato, I used to go camping with my wife in the isolated jungle especially in the state of Pahang (e.g Cameron Highland, Ulu Tembeling, Fraser’s Hill, Merapoh & Kuala Kenong in Kuala Lipis) just to escape from hectic pressure of everyday city life. I just love to see as many different kinds of birds as I can and it doesn't matter if I know their names or not. You can even make up your own names if you want too :))
If you take away all the flies including birds from this earth the world will suffer (no pollinators) and if we take away human from this earth the world will be in peace. Allah doesn’t like MISCHIEF MAKERS to this world : 2:205
Peace… NO war..!!
Salam
Abg Sam,
Tajam sungguh pengamatan abg sam tentang suasana di sini. Saya tertarik dengan kesimpulan abg sam "....Burung2 ini akan mematum s3mboerono demi kela gsungan hidup dan mungki patukan terkini akan dibuat terhadap sate kajang"
Sejak lepas PRU 13 lalu,fenomena ini semakin menjadi-jadi dibeberapa negeri di negara kita. Jika kita amati patukan-patukan untuk semakin me4bahaya sehingga ugama telah dimainkan dengan tanpa segan silu lagi. Agaknya tahap kelaparan yang abg sam maksudkan semakin parah jika kita lihat aksi-aksi dalam sebulan dua ini yang semakin mengila.
Saya hanya duduk dirumah pangsa di KL dengan kengkawan wanita. GAJI CUKUP MAKAN DAN SEWA RUMAH PUN MAHAL. Setiap kali berada di rumah (unit atas) hanya nampak `atap` rumah lain, pucuk pokok dan awan saja. Tiada burung yang datang dan hanya menunggu kedatangan BRIM 3.0 saja......
Kalau tiada BRIM maka tunggu pula kedatangan `announcement` potongan subsidi seterusnya dari kerajaan.
Team regu laskar siber terbaru din melaka - timbang tara. yang lain macam biasa lah pengundi ampang, zed85 & loose
Dato.
PM dan Menteri yang ada kini tak sempat nak memikirkan masalah yang kecil-kecil ini.
Depan mereka masalah manusia pun tak selesai dan bertimbun.
Bandar raya atau mana-mana penempatan yang indah dan menarik bila ada tumbuhan yang menghijau.
Bila ada tumbuhan dan pokok bolehlah burung-burung serta haiwan lain tumpang berteduh.
Pokok dan tumbuhan juga penting sebagai penyumbang udara oksigen pada kita.
Manakala pokok buluh amat berguna pada kita sebagai penangkap debu-debu yang berterbangan diudara.Kerana dalam debu itu sendiri banyak kotoran dan kuman.
Bila ada pokok makan adalah burung yang hinggap.Sekurangnya walaupun kita tak pelihara burung tetapi dapat nikmati kemerduan suara burung dan kelincahan burung didahan pokok dekat kediaman kita.
Akhir kata Dato.Dalam haiwan atau manusia.Dalam kelompok manusia pula ada haiwan.
Terima kasih Dato.
Datuk,
Pokok macam api, masa kecil jadi kawan sudah besar jadi lawan.
Eloklah pokok yang besar ini ditebang. Banyak kejadian buruk dari pokok besar ini.
Lagipun ruang makin sempit. Kita perlu fikir sama ada ruang yang sikit ini kita perlu kongsi dengan pokok.
Salam Tok Kadir..
Saya memang berminat menghijaukan keliling rumah.. walaupau memang dah hijau tapi tidak tersusun..
Dikampung pagi-pagi sebelum matahari terbit burung murai memang cukup bising berkicau sambut menyambut begitu riang meraikan kedatangan siang sambil terbang disekeliling rumah.. walau pun murai tidak cantik tapi kerianganya menjadi simbolik bagi manusia yang berjiwa halus..
Saya teringat tempat berkelah pada tahun 70an "Templer Park" yang terletak diantara pekan Rawang dan KL begitu sejuk dan hijau.. air terjun dan sungai yang mengalir jernih cukup bersih dan cantik..
Tapi hari ini semuanya sudah berubah air sungainya kotor dan cetek, hutan batu mengganti pohon hijau sejak dari tahun 90an dulu lagi..
Terima kasih..
Assalamualaikum Datuk,
Pisang yang berbuah di depan rumah, kami biarkan ranum di pokok hanya untuk burung-burung seperti yang Datuk gambarkan juga tupai ... memang bertuah melihat mereka gembira berebutan :)
terimakasih.
Salam DAKJ
Izinkan saya bertukar pendapat. Saya rasa hobi Dato’ dengan saya dekat nak sama. Dato’ suka tanam sayur tepi rumah, saya pula suka tanam pokok bunga. Saya tanam bunga kertas, bunga pecah periuk, bunga qasidah, bunga raya, bunga taik ayam, balung ayam, orkid, kaktus, rose, bunga cina dan sebagainya. Ada yg berbunga dan ada yg tak berbunga dan dah mati pun.
Satu lagi, Dato’ suka ambil gambar burung. Saya pula suka ambil gambar landscapes yg sayup-sayup. Biasanya saya guna kamera DSLR dan lensnya dari jenis telephoto dgn focal length dari 70 mm hingga 200 mm.
Cuma saya nampak gambar yg Dato’ ambil tu kurang sedikit pencahayaan. Jadinya saya cadangkan Dato’ guna lensa Carl Zeiss dgn focal length 35 mm, “wide aperture” dan juga “wide angle” serta “medium telephoto”. Saya rasa ia sangat sesuai utk ambil gambar burung punai yg tak berapa jauh dari Dato’ dan ditempat teduh (low light intensity) serta burung tiong yg nampak kepala saje tu. Ataupun Dato’ naikkan ISOnya. Tapi kalau Dato’ nak guna tripod, mungkin boleh ubah shutter speed atau aperture. Sekian TQ.
Dato
Saya lihat di kawasan Tropikana banyak juga pokok ditebang.
Unit Landscape bandar raya dan local council amat lemah.
Bagitu juga dengan Public toilet.
Di Singapore Public Toiletnya amat cantek.Ada di buat competition pula untok kebersehan Public Toilet.
Land scape nya juga amat detail dan cantek.Ia nya juga ada spice garden untok di gunaakan Oleh sekolah culinary yang terbesar di Asia.
Jangan harap Najib akan melawat kawasan bandar raya saperti yang di lakukan oleh Tun Mahathir.
Najib lebeh suka main golf.
Sekarang dia sedang mencari Tanag untok membuat padang golf di Putra jaya.
Komen OKJ 1:20 AM dirujuk
Anda telah member fakta yang salah lagi mengelirukan kepada Dato serta peminat2 photography diluar sana berhubung dengan teknik penggunaan camera DSLR. Apalah gunakannya menggunakan lens yang mahal berharga beribu2 ringgit seperti Carl Zeiss jika anda tidak memahami ilmu photography?
1) Kenapa anda mengesyorkan supaya Dato menggunakan telephoto lens 70-200 mm untuk landscape? WIDE ANGLE LENS adalah lens yang paling sesuai untuk landscape dan bukannya telephoto lens. Ini akan membolehkan anda memuatkan seberapa banyak objek2 kedalam satu kerangka photo.
2) Bagi wildlife photography pula kebiasaannya juru photo akan menggunakan TELEPHOTO LENS (zoom lens) dan BUKAN nya wide angle lens seperti yang anda syorkan. Ini adalah bagi memudahkan anda untuk mengambil gambar dari jarak yang amat SUKAR dihampiri.
3) Kenapa anda harus menggunakan 35mm lens untuk wildlife? Kenapa tidak 70-200mm? Bukankah telephoto lens (zoom lens) lebih sesuai untuk wildlife?
4) Untuk wildlife photography kebiasaannya juruphoto akan mengubah kepada HIGH SHUTTER SPEED dan bukannya low shutter speed. Anda juga boleh menggunakan aperture yg lebih kecil seperti lens f1.8. Ini adalah kerana objek yang akan diambil sering membuat pergerakan badan terutamanya binatang2 yang sedang makan atau terbang. Low shutter speed lebih sesuai untuk gambar yang lebih STATIC seperti potrait ataupun landscape.
Saya tidak pernah memberi sebarang reaksi keatas komen2 anda yang disiarkan sebelum ini. Hahaha…. Ternyata anda memang berpura2 pandai ataupun tidak mau kalah didalam apa jua bidang serta lain2 isu yang dibangkitkan sebelum ini. Patutlah anda sering DIBALUN oleh pembaca2 seperti DIN MELAKA dan lain2.
Jangan marah bro…. saya turunkan pada anda ILMU tanpa sebarang bayaran balik mcm PTPPN. Ini adalah kerana semua ilmu itu datang dari Allah dan FREE OF CHARGE.
Salam hormat
Salam Dato,
Photography sebagai hobi.
1.Sekira Dato peminat photography saperti OKJ saya juga begitu.Isteri saya pula peminat tegar photography dan juga gardening.Pernah dizaman 70han ketika belajar dulu isteri pergi ke lokasi olympic Montreal, dan juga ketika persiapan Seoul Olympic (Masa saya bekerja setahun di Korea pertengahan 80han membina pelantar minyak laut di Daewoo Shipyard ) bagi mengambil architectural details .Malah kami lebih banyak meggunakan slides bagi tujuan 'presentation' ketika itu.Teringat saya pada slide projector Kodak Carousel.Phew..cerita lama untuk orang antik.
2.Zaman student dulu saya menggunakan Nikon FE analogue (Ketika itu tidak ada digital camera lagi) dengan 50mm 1.4 aperture Nikkor lens dan juga wide angle Nikkor lens dan Tamron zoom.lens.Kami juga punyai Leica analogue point and shoot camera untuk gambar biasa.Hobbi photography ini memang kami minati dari zaman dulu lagi dan kini kami tidak lagi punyai masa kerana ada prioriti lain pula. Walaubagaimana pun saya sentiasa bawa Kamera Leica LX 3 kecil didalam kereta bagi tidak mahu terlepas rakaman gambar santai yang penting.Satu hobi baik yang saya suka galakkan pada anak muda kita.
3.Setiap pagi burung balam jiran akan singgah di garden dan halaman rumah kami makan bijiran yang isteri saya taburkan.Yang peliknya burung balam ini tidur di rumah jiran tetapi makan dirumah kami !.
Begitulah jugalah dengan rakan rakan kita yang tinggal di Segambut tapi makan satay di Kajang.Oleh kerana terlalu jauh ke Segambut mereka punyai rumah inggap di Country Height.Yang penting ianya dekat dengan satay Kajang Dato kan .
Need to go out to water the plants now.Good article Dato and thanks a lot.Amat menenangkan.Syabas.
Aslkum Dakj
Terima kasih kerana peringat kita semua tentang betapa penting memelihara pokok dan persekitaran yg bersih agar terdapat suasana harmoni yg lebih lestari.
Bukankah manusia diberi amanah memelihara bumi?
Pemanasan global adalah satu mala petaka yg mengundang pelbagai penderitaan .
Bila kuasa2 ekonomi dunia dan pemimpin tamak asyik mencari kekayaan tanpa berpandu hukum Allah, inilah akibatnya.
Pokok ditebang, bukit digondol. lautan dan sungai dicemari. Pembakaran berleluasa. bom nuklir.
Jangka pendek beberapa kerap manusia akan kaya raya.
Tapi dalam jangka panjang rakyat dunia menderita .
Bukankah Allah dah tunjuk banyak bukti kemurkaanNya.
Kalau Mahathir kotakan cakapnya tentulah hutan2 di Sarawak masih terpelihara. Tempuh 22 tahun perintah tu sangat lama.
Apatah lagi kalau 33 tahun macam Taib Mahmud
Moral cerita ialah lanun ada dimana2.
Syukur masih ada org spt pemimpin PR berani lawan lanun ketua2 UBN.
Environment,natural habitat,balance ecosystem,nature lovers,climate change....
Salam Sdr Kadir,These are foreign terms that we dont realyy understand and care about. What happen to cameron Highland, Fraser Hill.Kuala Lipis,Bukit Larut. These are what the colonial master have left us.We need to sustain it, thats all.Do we do it...emm......RM, RM, is what we care.
Look at Penang all, the hill near ferringgi beach are very sexy. Why because they are topless. we dont have the political will to save nature.We only have the political weed.That is why our political system seem to be on the high side.I rest my case sdr Kadir.
Saya amat tertarik dengan komen abg sam 4:26 PM diantara lain ada menyebut “Bila behijrah dari Malaysia barulah ekonomi keluarga dapat distabilkan berbanding duduk bekerja di dalam negara dengan kadar upah yang tidak setimpal dengan produktiviti”
Saya juga mempunyai anak yang berada diluar negara belajar diatas biayaan sendiri. Iaitu 2 orang di Waterloo & Winnipeg Canada (Actuarial Science) dan seorang di Stoogard Germany (engineering). Salah seorang dari mereka telah pun menamatkan pembelajaran dan telahpun bekerja dengan salah sebuah Multi National Company di Canada dengan gaji yang agak lumayan.
Tidak dinafikan didalam berita2 luar negara yang kita pernah dengar sebelum ini ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG sering dibolot oleh pelajar2 yang datang dari lain2 negara dari BENUA ASIA berbanding dengan pelajar2 dari barat serta anak2 Pak Arab yang sering berjoli sakan dan bermewah2 serta malas.
Menurut anak saya, di Canada sendiri terdapat banyak pelajar2 Malaysia yang telahpun berkerja dan seterusnya bermastautin disana dimana kebanyakan mereka tidak terikat dengan mana2 sponsor (belajar atas biayaan sendiri). Mereka adalah golongan professional yang berjaya dan amat dihormai kerana mereka sememangnya telah dipupuk dari kecil didalam nilai2 adat ketimuran serta mempunyai pegangan agama yang kuat.
Sudah sampai masanya KERA~jaan tidak lagi menyusukan KERA dihutan dan menamatkan CON~sultan dari luar (sebagai contoh dalam bidang ICT) yang dibayar gaji yang tidak munasabah dan memikirkan langkah yang sesuai untuk memanggil balik mereka untuk berkhidmat disini.
Sekian sekadar pendapat dari saya
Salam Dato
Ternyata laskar siber PR akan mempolitik kan apa saja tajuk atau entry yang Dato utarakan.
Ini lah bangsa Melayu yang lebih gemar melangok 24 jam di depan komputer atas arahan dewa mereka dari membuat kerja yang lebih bermanfaat dan di berkati.
Di harapkan mereka faham dengan maksud yang tersirat dan tersurat pada gambar yang terakhir (sekumpulan burung yang sedang mengharungi habuan yang di letakkan di tepi tembok itu ).
Terima kasih Tuan OKJ ajar Datuk cara-cara ambil gambar. Bukan itu saja, Tuan OKJ pun sudah banyak kali ajar Datuk tentang kelemahan kritikan Datuk dalam posting-postingnya yang terdahulu, terutama berkaitan kerajaan dan kepemimpinan. Tuan OKJ akan bidas Datuk kaw-kaw sebab asyik kritik kerajaan BN/Umno dan Mohd Najib serta ahli keluarga dan konco-konconya. Syabas Tuan OKJ! Tuan OKJ memang ada kelas!
Saya tabik kepada Tuan OKJ. Saya percaya tuan mengikuti tulisan Datuk dari zaman dia menulis ruangan Other Thots di NST sampai sekarang sebab itu tuan berani mempertikai tulisan Datuk.
Kalau Tuan OKJ ingat, Datuk pernah menyebut dalam beberapa tulisan dia mengenai bangsa Melayu yang taat. Dan Tuan OKJ adalah contoh yang baik untuk menunjukkan ketaatan bangsa Melayu kepada pemerintah. Orang macam inilah pemimpin lemah kita suka dan mahu.
Tuan OKJ ada ilmu, tapi ilmunya letak di kaki. Tuan OKJ orang berada tapi lupa kepada bangsa. Tuan OKJ orang Melayu tapi Melayu yang layu.
Saya tidak perlu beri bukti dan fakta sebab orang macam Tuan OKJ, hatinya sudah buta dan jiwanya belum merdeka....
Kesimpulannya Datuk, usah dilayan orang macam OKJ. Jangan juga mengharapkan Perdana Menteri macam Mohd Najib akan berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur pandu kereta sendiri, ambil gambar, buat catatan dan kemudian bentangkan dalam Kabinet macam yang dibuat oleh Tun Dr M dulu...
Maaf zahir dan batin.
Assalam Datuk,
Elok Datuk cadangkan pada Din Melaka suruh dia pi buat medical check-up. Saya rasa otak kawan kita tu bermasalah...
Kalau dia ditahan di wad, Datuk jenguk-jenguk la. Bila dia dah keluar, bawa dia pi tengok macam mana gondol dan gonjengnya hutan-hutan di Kelantan yang diperintah oleh PAS. Lepas tu suruh dia pi jenguk kawasan nak ke Batu Feringgi tu...tengok macam mana puak LGE tutuh bukit-bukau di situ.
Kalau dia tak nampak juga, lepas tu bawa dia pi check mata pulak.
Salam Dato, zaman sekarang org tak kenal ikan cekik leher. Harganya pun dah berbelas2 ringgit. Oleh kerana permintaannya tinggi disebabkan ikan yg mampu dibeli org kampung, maka tak sempat nak dibuat ikan kering. Harga ikan tenggiri, senangin, merah, kurau dah jadi rm30sekilo. Tak mampu dibeli org biasa kecuali sesekali sekala bila dapat gaji. Nasib baik la harga ayam bertahan2. Itu lah pilihan utk makanan dimasak.
Harga getah makin turun jatuh merundun. Tambah pulak musim panas kering. Susu getah tak banyak. Harga sawit nampak pulih tetapi buahnya di musim melawas. Itu ini nampak sama, harga senyap2 naik walaupun pemimpin tunjuk2 muka buat pemeriksaan atas harga barang. Org tengah ada di mana2 tepi pantai, darat hilir hulu merata2. Nelayan bersekengkang mata tangkap ikan, naik ke pantai hasil tangkapan diambik org tengah. Nelayan tiada pilihan, serahkan hasil kpd org tengah sebab hutang lama makin bertambah2. Ada Majuikan entah jadi apa? FAMA pun dua kali lima.
Harga baja pun berlipat2 ganda naik. Dulu kat TV ada lah dicanangkan Felda Felcra risda buat konsortium bina kilang baja utk bantu petani, pekebun kecil, peserta, peneroka seluruh negara. Dah masuk 4 tahun diumumkan Najib, bayang2 nak bina kilang pun tak nampak.
Nasib org kg Sabah Sarawak lagi sedih. Dah macam Kemboja pulak sehinggakan ada kalangan penduduk di Semenajung buat program bantu org luar bandar Sabah. Entah mana silapnya masih ramai penduduk tempatan menumpang di tanah org.
Kadang kala ada jugak tidak adilnya media arus perdana memaparkan kisah2 kesusahan penduduk petani nelayan di Negeri2 yg dikuasai pembangkang seolah2 Malaysia mempunyai 3 buah negeri saja sedangkan cerita2 kepayahan hidup rakyat Malysia disorok sembunyi. Entah lah
Apakah negeri2 diperintah UBN x gondol? Ha.....ha.... tepuklah air di dulang! Trilion duit dan harta dibalun. Hutang negara ratusan juta. Kata tun mahathir nilai wang kita merudum teruk. Pandai betul pemimpin UBN. TERJUNLAH LUNCHAI. HI....HI....
Terima kasih kepada para pembahas yang memberi petunjuk mengenain fotografi kepada saya.
Saya tak pun kata saya pandai ambil gambar. Lagipun saya tidak ada peralatan fotografi yang canggih dan mahal seperti sesetengah orang. Saya guna Canon Power Shot murah saja.
Saya daripada generasi box camera dan view finder. Kemudian baru ada SLR. Lihat gambar-gambar baru dalam post. Kita masuk Camera Club, belajar cuci dan cetak gambar dalam dark room. Bau kimia hebat. Guna filem Kodak, Agfa atau Konica. Roll 12 atau 24 exposures saja kita mampu. Guna jimat-jimat.
Dengan adanya kamera digital, budak-budak tak belajar lagi angle, composition, depth of field, speed dan aperture. Ambil gambar sesuka hati saja.
Mengenai komen pembahas Safiai Saad yang berbunyi: “Environment,natural habitat,balance ecosystem,nature lovers,climate change....
Salam Sdr Kadir,These are foreign terms that we dont realyy understand and care about. What happen to cameron Highland, Fraser Hill.Kuala Lipis,Bukit Larut. These are what the colonial master have left us.We need to sustain it, thats all.Do we do it...emm......RM, RM, is what we care.” Pendapat saya ialah kita sebagai orang Islam wajib ambil berat penjagaan dan kelestarian alam semula jadi.
Lama dulu saya menonton sebuah dokumentari National Geographic mengenai padang pasir (sahara) yang memetik sebuah hadis.
Hadis yang dimaksudkan itu ialah “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai.” (Sahih Muslim).
Adakah ini akibat global warming dan pencairan polar ice?
Wallahualam.
Terima kasih.
Komen Miss Passat dirujuk.
"Tuan OKJ ada ilmu, tapi ilmunya letak di kaki. Tuan OKJ orang berada tapi lupa kepada bangsa. Tuan OKJ orang Melayu tapi Melayu yang layu.
Saya tidak perlu beri bukti dan fakta sebab orang macam Tuan OKJ, hatinya sudah buta dan jiwanya belum merdeka...."
Sila ambil perhatian .Ini bukan cara berbicara.Apa kata sekira saya kata sedemikian pada saudara/ri?.Tuan /Puan Miss Passat boleh ulas apa yang dimaksudkan ilmu di tapak kaki,lupa pada bangsa, Melayu layu ?.Jiwa belum merdeka ?
Anda telah sama saperti Din Melaka jugak sudah jadi low kelas lebih membaham peribadi dan tidak faham pada tajuk perbincangan sibuk dengan isu politik saje.Bukan kah kita sedang membincangkan isu alam sekitar, pokok pokok flora dan fona?.
Busuknya hati Miss Passat.Pada OKJ pedulikan Miss passat boring ni.Kenapa mengajar orang Melayu kurang ajar dan tidak taat pada kerajaan demokratik?.Siapalah anda.Poodah...
Salam Dato,
Walaupun saya sering tidak setuju dengan komen dari The Kampung Man, namum pada kali ini saya amat menyanjung tinggi ilmu beliau sejak terlibat didalam bidang photoghaphy lebih2 lagi berkenaan dengan pengalaman beliau yang terlebih dahulu menggunakan camera jenis analogue sebelum terciptanya camera digital. Malah beliau lebih berilmu jika dibandingkan dengan OKJ yang cuba mengajar DAKJ bagaimana cara untuk menggunakan camera untuk wildlife photography. Saudara OKJ mudah terlupa bahawa JOURNALIST & CAMERA adalah satu dunia yang terlalu SINONIM sifatnya. Seterusnya saranan Kampung Man menggesa supaya anak2 muda menjadikan seni photography dijadikan hobi harus DIPUJI.
Berkenaan dengan komen Pemerhati (11:21 AM) pula, menuduh bahawa laskar siber PR Melayu lebih gemar melangok 24 jam di depan komputer akan mempolitik kan apa saja tajuk atau entry yang Dato utarakan adalah amat sesat lagi menyesatkan.
Computer dan internet adalah satu alat ALAT sebagai pengganti BUKU2 ilmiah serta bahan2 rujukan dan banyak ilmu2 dunia serta ilmu akhirat yang anda boleh cari didalam internet. Sebagai seorang persara yang berumur awal 50an saya sering menghabiskan masa saya menggunakan internet untuk mencari apa saja bahan2 seperti resepi masakan, general knowledges, kemuskilan ugama dari ilmuan2 yang berbangsa MAT SALLEH yang tidak bersifat hypocrites (munafikun). Anda boleh melayari kuliah2 agama yang disampaikan di Youtube dan diantara penceramah agama favorite saya adalah Yusuf Hamza Hanson, Timothy John Winter, Bilal Philips, Tariq Ramadan, Imam Yusuf Estes, Imam Suhaib Webb, Joshua Evans dan lain2.
Apakah anda beranggapan bahawa penggunaan computer hanyalah sekadar untuk melayan nafsu melihat video2 pornography atau sekadr untuk bermain video games sahaja…???
Wallahualam.
Maksud Din Melaka lanun-lanun gondol bukit itu ialah Lebai Pas Kelantanlah dan DAp Pulau Pinang atas jambatan pun dah nampak.
Birds of a feather will flock together.
The proverb in its phrase has been in use since the mid of the 16th century. It is in relation to in a version of satire of many forms, contexts and characters referred to a society.
What it seems interesting, the Malaysian Glossy Starling is the most noisiest species of birds found. The numbers are growing and often move in large groups. These birds are parasites. They live on garbages. Huge numbers of them inhabiting and take refuge living in towns and cities.
This species is a pain in the neck. Besides being noisy, they often shit on you, while you are walking and parking your car under the trees. Mind you, they flock together in huge numbers and could together shit on you at the same time.
I wonder, "birds of a feather flock together", could rephrase, "as commonly birds of a feather will fly together", probably to the subtropical or tropical moist lowland of China.
Salam Dato A Kadir Jasin
Jika di banding kan blog Dato sewaktu ia mula di buka dahulu, komen dan perbahasan pembaca lebih demi kepentingan masyarakat kerana minda yg lebih rasional dan terbuka.
Malang sekali blog Dato sekarang sudah menjadi sarang pencacai politik walaupun Dato bercerita tentang alam yg selalu menjadi mangsa kerakusan manusia.
Jika Dato check semula komen blog Dato zaman dahulu, mereka semua seperti sudah hilang atau menyepi diri. Hilang sudah platform kita untuk mencurah dan berkongsi pendapat.
Salam Dato’ A Kadir Jasin
Seronok juga bila Dato’ tulis selain dari politik sekali sekala. Tapi ada juga pembahas yg masih marah-marah dekat saya. Itulah nasib saya Dato’. Jadi Dato’, izinkan saya beri respond secara berkhemah.
Buat pengetahuan Sdri Misspassat, saya cuma bertukar pendapat je dgn Dato’ Kadir tentang burung punai yg diambil gambarnya tu. Relaxlah sikit. Sebabnya, cara penulisan you tu nampak macam sedang stress dan paranoid. Tanya sikit boleh? Adakah Miss didepan tu menunjukkan you dah single balik sekarang? Jangan salah anggap OK sebab saya cuma nak bertanya saja.
Kepda Sdr Uruk Awak. Terima kasih kerana memberi nasihat secara free. Macam professor saya kata; “cheap is good, free is better”. Izinkan saya memberi sedikit pendapat.
Pertamanya, Carl Zeiss lens yg saya cadangkan kpd Dato’ bersesuaianlah dgn taraf beliau. Takkanlah saya nak cadangkan lens Sigma ke, Tamron ke, Tokina ke. Soal mahal ke murah adalah relative kpd setiap individu.
Keduanya, bagi sayalah, setiap ilmu mestilah melalui 2 peringkat iaitu teori dan practical. Jadi apa yg you cakap tentang photography termasuklah aperture, shuttle speed, wide angle lens, telephoto lens memang betul dari segi teori. Cuma dari segi practical tu, kadang kala ia tak berapa kena. Misalnya, Dato’ cuma nak ambil gambar punai dan tiong yg hanya beberapa meter dari tingkap banglonya. Jadi takkanlah beliau nak menggunakan telephoto lens. Cukuplah pakai Carl Zeiss Vario Sonar SAL1635Z yg juga cover wide angle serta ada medium telephoto dan juga mempunyai wide aperture utk low light situation. Sekurang-kurangnya tiong tu taklah nampak kepala saja. Bukankah ianya lebih mudah menggunakan 3 in 1 lens? Lainlah kalau Dato’ pergi ke Fraser Hill utk bird watching yg memerlukan high performance telephoto lens yg harganya dekat nak sama dgn sebiji kereta.
Tentang telephoto lens yg saya bawa utk ambil gambar sayup-sayup tu, saya mengaku memang tak berapa kena dari segi prinsip tetapi kena dari segi ergonomic. Prinsip photography saya mudah saja iaitu seperti apa yg selalu diingatkan oleh Sdr Fed Up. Setiap gambar mestilah mempunyai penceritaaan apa, bila, siapa dan dimana. Sekian TQ.
Saya juga nampak cara penulisan OKJ macam orang stress dan paranoid. Macam orang bongkak pun ada jugak. Ya lah, dah dewata OKJ juga mempunyai ciri-ciri sifat yang serupa jadi orang bawahannya mengikut je lah, tak gitu?
Tak ada salah kalau sekadar nak tau penggunaan Miss di depan Passat...saya pun tak salah anggap apa-apa sebab saya tau niat OKJ ikhlas bertanya. Cuma nampaknya OKJ ni suka jaga tepi kain orang sampai lupa tepi kain sendiri tak berjahit! Pandai ajar orang, diri sendiri tak terdidik!
Maaf zahir batin
Sdr urang awak
Siapa yg makan cili dia yang terasa pedasnya.
Bab mencari ilmu pula bukan semua yang ada di internet ada lah sahih.
Kecuali jika kita membaca novel fiksyen.
Sebab itu setiap buku yg di tulis perlu di nyata kan sekali bahan rujukan nya.
Dan bila kita membaca kitab agama, perlu ada ustad atau pakar agama yg mengajar kita.
Dikhuatiri nanti jika di baca sendirian nanti syaitan akan mengambil kesempatan.
Dan sebagai orang yg sudah berumur, saya nasihatkan saudara agar kurangkan sedikit makan garam...
Salam buat Dato & Saudara OKJ,
Terasa sayu pulak dihati saya apabila membaca komen balas saudara terhadap komen saya sebelum ini berkenaan dengan kaedah penggunaan camera DSLR. Ini merupakan satu kelemahan yang terdapat pada diri saya dan saya selalu berasa bersalah apabila sebelah pihak juga mengaku berasa bersalah.
Setelah saya fikir semula hujah saudara saya dapati kedua2 pendapat kita walaupun berbeza tetapi kedua2 nya TIDAK SALAH sama sekali. Mungkin saya berhujah secara teori & practical manakala saudara pula berhujah secara teori. Saya katakan begitu kerana dengan apa jua kaedah atau cara yang digunakan, pada akhirnya kedua2 ianya akan menghasilkan gambar yang sama iaitu burung punai atau burung helang dan bukannya gambar gajah atau harimau :))
So… the case in now closed with no hard feeling & thousand apologies buat bro OKJ. Salam hormat dari saya.
Aslkum Dakj
Kepada yg berkenaan
1. Tidak dapat dielak DAKJ terpaksa menulis tajuk2 semasa yg releven dan panas2.
Kalau tidak siiapa nak baca.
Tak timbul doal boring, tak ada topik lain ke selain politik bla bla bla.
Sebenarnya org berkenaan rasa dah tak tahan sebab parti UMNO pujaannya saban hari kena balun.
2. Din Melaka ada pendirian tersendiri dalam menyantun komen peminat blog ini.
Komen yg tiada value adding atau bertaraf sampah dikaca mata Din Melaka, tidak akan dipedulikan langsung.
Hanya org tak berakal akan menyalah guna kebaikan tuan punya blog mengantar kutukan satu dua perenggan tanpa isi atau hujah.
3. Soal hutan dan bukit gondol.
Pernah dengar polis dan penguasa jahat.
Di negara barat yg rata2 kerajaannya baik pun, terdapat polis, askar, pendakwa, hakim, pegawai kerajaan dan pegawai PBT yg malaon.
Inikan pulak dinegara dunia ketiga bila kersjaan sendiri jahat maka sangat susah yg dibawah jadi baik..
Dalam kes hutan gondol di Sarawak, Din Melaka yakin 100% gejala kerajaan jahat.....pusat dan negeri.
Dalam kes bukit gondol di Pulau Pinang mungkin kerana pembangunan pesat. Ingat Din Melaka kata bukit bukan hutan gondol.
Dan di Pulau Pinang mana mungkin PR yg baru setahun jagung perintah dipersalah menggondolkan bukit.
Jadi 100% kesalahan terletak pd kerajaan lama UBN.
Kecuali pembahas lain ada bukti lain.
Silalah kutuk PR dan Din Melaka.
Kalau nak kutuk Kelantan cermin dulu Perak, Pahang, Kedah dan Selangor.
Kelantan tak ada polis sendiri. Nak harap polis kerajaan persekutuan, mereka mungkin sibuk intai apa Anwar sedang buat.
Kalau penyamun belasah hutan negeri Kelantan, jangan tetus nak salah kerajaan negeri.
Sekali lagi, kecuali ada pembahas lainpunya dalil mematahkan hujah Din Melaka
Salam Dakj,
Saya agak terperanjat apabila pekerja2 Indon saya yang mengunjugi kebun saya di Telok Panglima Garang berkenaan baru2 ini mengatakan, di kampungnya burung, munyet, biawak, tengiling, kura2 macam dah pupus. Saya tanya, kenapa?
Mereka kata, jadi makanan terutama bagi suku Batak.
SAJI
Salam Datuk,
Sesungguh nya ciptaan Allah itu gunung ganang sebagai kekuatan pasak bumi, pokok, tumbuhan dan serangga, binatang melata di bumi dan dalam lautan, tidak lain perhiasan bumi Allah dan makanan untuk manusia agar sentiasa bezikir dan bersyukur kepada yang Esa....
Maka burung, simbol kebebasan kita jika tahu menilai nya dengan berbagai-bagai kecantikan bulu, kecil dan besar dan hubungan mereka dengan alam dan sesama sendiri. Cantik nya, keluar pagi perut kosong, balik petang nya kekenyangan, anak-anak gemok di beri makan. Mereka semua berzikir dan bersyukur menerjah rutin hidup yang di janjikan...
Sarawak sungai nya sempit,
Sungguh sempit bercabang lima,
Tuan Merak saya nan Pipit,
Manakan boleh terbang bersama.
Sarong kebaya kain imbangan,
Tenun berlapis pakan di tepi,
Burung Tuan burung kayangan,
Minum bertapis makan bertampi
Umpama burung bangau, balik juga hinggap di sawah dan belakang kerbau....
Salam Dato,
Saya ingin sangat nak jumpa dengan Miss Passat ni, in person...
Mana tau bolih tunjuk dan guna burung!
Abu Bakar Ab Rahman
Datuk
1. Salute! Paul McCartney pernah berkata; You can judge a man's true character by the way he treats his fellow animals
2. Saya tak menonton raja lawak seperti menteri di KPDNKK, namun membaca komen di blog datuk ini cukup menghiburkan terutama ketika stress.
3. Orang lama 2:12 PM, saya bersetuju dengan saudara. Saya berpendapat pengikut lama tetap menjadikan The Scribe sebagai blog wajib singgah/baca walaupun tidak memberi komen.
Toolbox
Nasib baik ‘burung kakak tua’ tidak ada diluar jendela untuk ditangkap gambarnya oleh Dato. Kalau tidak, sudah tentu saya dan Kg.Man akan tergelak berdekah-dekah. Maklumlah saya, kerap digelar seperti haiwan itu oleh seorang manusia diruangan komen ini. Disebalik kepandaian haiwan ini mengajuk percakapan manusia ia juga diminati kerana kecantikan warna yang dimilikinya. Jika haiwan mempunyai fikiran seperti manusia, sudah tentu ia mampu menilai tabiat manusia terkenal pada tempat tidak betul, tamak-haloba dan sangat pandai berpura-pura demi kuasa dan kekayaan peribadi. Agama pun sanggup gadai.
Walaupun saya sayang pada binatang, ‘burung kakak tua’ bukanlah haiwan yang saya minati kerana rupanya yang boleh dikatakan hodoh. Tidak boleh di nafikan ia mempunyai warna yang sangat cantik, tetapi rupa dan terampilanlah yang selalunya membuatkan manusia mudah terpedaya.
Burung yang paling saya minati ialah Gembala Kerbau. (Bukan seperti yang ada dalam gambar Dato, tapi yang species biasa, tanpa ‘jambul’).
Semasa saya tingkatan 3, saya menjumpai seekor anak burung gembala kerbau (agak-agak 1 minggu menetas), terjatuh dari pokok kelapa selepas ribut. Apabila sudah mulai pandai terbang, pada satu petang, menghampiri waktu berbuka-puasa hari pertama, selepas pulang dari mencari belalang, 'Awang' hilang. Sambil menangis teresak-esak dan memanggil ‘Awang’, saya mencarinya sekeliling 2 kampung tempat saya tinggal. Ya, saya namakan burung itu Awang. Kebetulan datuk saya juga bernama Awang. Keesokan hari ia dijumpai mati oleh kanak-kanak kecil yang bermain di bawah tangga tanpa kecederaan yang boleh dilihat secara fisikal. Sehingga kehari ini saya hanya mampu mengesyaki, ia dibunuh oleh bapa ataupun kawan saya yang mempunyai sifat dengki dan cemburu berlebihan. Namun saya hanya mendiamkan diri, tidak berani bertanya mereka untuk menjaga hati. Abah menjadi mangsa disyaki kerana beliau kerap memarahi saya tidak baca buku dan kerap membuang masa mencari belalang dan menyuap makan burung. Pernah beberapa kali Abah mengugut akan menghempas anak burung itu kelantai jika tidak belajar.
Mengenai penebangan balak di Malaysia, terutamanya di Sarawak, kita tidak seharusnya terpedaya hasutan pencintaan alam sekitar, terutamanya dari barat dan yang mempunyai agenda politik seperti Anti-Lynas. Mereka kebanyakannya dibiayai oleh syarikat dan negara yang ada kepentingan seperti pengeluar dan pengekspot barangan berasaskan kacang soya. Jika direnungi, Negara Barat dan Amerika ketandusan hutan balak yang ditumbuhi secara semula-jadi. Di akhir 1800 dan awal 1900, mereka telah menghabiskan hampir kesemuanya pokok balak untuk tujuan membuat rumah, perabot, peralatan berasaskan kayu dan kapal laut. Mengapa mereka tidak sedar kepentingan hutan kepada iklim dunia ketika itu. Apabila mereka sudah maju dan mempunyai alternatif lain, mereka cuba menyalahkan negara membangun pula dengan mengunakan ayat ‘Orang-Utan species 99% paling hampir dengan manusia’ sambil menyemai belas kasihan masyarakat dunia menentang penebangan hutan tanpa menhiraukan keperluan manusia dinegara membangun yang perlu juga ‘isi perut’.
Mengapa Din Melaka hanya memberi contoh Sarawak yang lebih sistematik pengurusan hutan balaknya? Mengapa Din Melaka tidak memberi contoh ‘indiscriminate logging’ di Kelantan dan Kedah, sehingga bukit-bukau menjadi gondol dan air sungai menjadi keroh? Mungkin Din Melaka tidak tahu, di setengah tempat di Sarawak, balak di keluarkan dari hutan mengunakan helicopter.
Moral of the story: Kita tidak boleh percaya pendapat atau hujah sesaorang yang ada kepentingan tertentu, lebih-lebih lagi ‘orang Agama’ (tak kira apa agama sekali pun), yang mempunyai kepentingan politik. Hanya kerana imej, perwatakan dan pakaiannya yang alim dan warak, tidak semestinya orang itu mulia dan katanya boleh dipercayai. Orang yang sentiasa suruh kita taubat juga tak semestinya dia sendiri baik betul belaka.
Dato.
Kalau burung jadi penghias dipokok-pokok tanaman atau tumbuhan liar amat baik sekali.
Diutara masaalah kera cukup membimbangkan penduduk.Habis tanaman di rosakkan.Nak marah sangat pun nama dia pun KERA.
Katanya kera ini dibawa dari Pulua Pinang oleh pehak tertentu.Sekarang banyak negeri diutara jadi negeri kera dan monyet.
Kera ini pernah saya lihat diangkut secara lori kemudian dilepaskan dikawasan ladang getah atau kelapa sawit di tanah besar kawasan utara.
Saya rasa kalau haiwan kera ini dilepaskan kawasan bandaraya KL atau Putra jaya pun bagus juga supaya orang bandaraya dapat berjinak dengan kera.
Kera ini dalam kelaparan dia akan buat apa saja.
Nak berlaku zalim pun kesian juga padanya.Dia bukan ada otak.Malah yang ada otak pun lebih teruk dari kera.
Inilah Dato masalah dengan kera terutama di kampung saya sendiri.
Terima kasih Dato.
Salam pembaca,
Manusia dan hobi.
1.Photograpi memang menyeronokkan terutama di zaman digital ini.Benar kata Dato dahulu di zaman analogue kita harus berjimat cermat menggunakan roll 12,24 dan 36.Oleh itu kita lebih berhati hati memikirkan shutter speed, aperture, iso, composition ,depth of field , filters and appropriate lenses for various purposes bercermat sebab takut terlepas suruk pulak nanti.Variable ini semua penting diexploitasikan bagi mendapatkan satu photo yang baik untuk berbagai tujuan photograpi potrait, landscape, nature dan wildlife, scenic, sports ,speed dan motion, macro photography untuk close up objects dan berbagai bagai lagi.It is an endless possibilities and most importantly gambar gambar yang kita ambil dapat diabadikan untuk album kenangan kelurga dan harus disimpan rapi di perpustakaan keluarga sebagai rekod.
Saya masih punyai banyak gambar arwah ayah saya ketika beliau muda sebagai rekrut polis tahun awal 1940han dan berbagai tempat balai polis tempat beliau bekerja dimerata Selangor dan Negri Sembilan. Sembahyang jumaat saya selalunya di Pulapol Jalan Semarak lebih mengingati arwah ayah yang selalu menceritakan kisah hidupnya di zaman rekrut polis sebagai AC ketika era komunis dulu.Teringat tragedi Bukit Kepong.Kami masih simpan songkok bulat jambul di atas 50han tu.Beliau punyai no polis 457 !!.Ya tiga digit.
2.Beliau adalah polis yang sangat committed , berdisiplin, jujur dan amamah ketika menjalankan tugas setahu kami.Mengajar kami erti disiplin, komitmen dan perjuangan. Sebagai ketua polis di balai polis kecil beliau punyai kamera view finder (Yang tengok screen dari atas tu) Roleiflex hanpir vintage juga bagi tujuan penyisatan kes.
3.Hobi yang baik saperti photography dapat melahirkan kreativiti dalam diri sasaorang.It is challenging it takes your mind away from other undesirable elements .It is you ,your camera and your hobby.Start simple and cheap.
Sekarang cycling sudah menjadi satu hobi kegilaan baru yang juga seronok dan baik dengan aktiviti sihat dihujung minggu dibukit bukit dan hutan .You your bicycle and nature man....Phew !! Age is taking a toll on you as you progress through life until one closes one's eyes.
Pursue any hobby that you enjoy doing.I have too many when I was young.Most sports except cricket at competitive level football, tennis,badminton, basketball, futsal (Played futsal in early 70s !!) Windsurfing in the 80s and sailing(sharing boat ownership with friends park at RSYC Klang).
Took up classical guitar fingerstyling lessons ten years ago(to avoid from kegilaan GOLF- Game Orang Lupa Family)and now I can play smoothly using tablatures most pieces be it classical , jazz, rock and pop whenever I have time to play them.Have a few collection of classical and acoustic guitars like Taylor and Martin to name a few.Agak gila sikit kan?.One has to have hobbies and purdue new hobbies to make life interesting.Yang penting peliharai solat lima waktu sentiasa dan giving back to society whatever you can.PEACE.. Wallahwuallam.
Salam Dato,
1.SYABAS pada Urang awak dan OKJ yang berdamai kerana keduanya betul.Saya nampak kejujuran dihati kedua pembahas ini.Alhamdulillah.
2.Dalam hobi photographi ini kita lebih banyak belajar dari kesalahan teknik dan cara pengambilan gambar.Begitu juga kita manusia kerdil saperti saya ni selalu belajar dari kesalahan cuma saya jarang jarang ada temperament atau ada mood swing yang unpredictable dan mengelirukan.Emotions, stress and mood have to be properly managed .So is WEALTH(If any) it has to be managed else hanyut beb. (Ref:The Rules Of Wealth-Richard Templar).Get a copy and read if you have time.
3.Carl Zeiss and Leica are excellent lens makers from Germanany like the Benz and the BMW in cars.We are not talking here about that luxury HASSELBLAD cameras that were excludively used for Apollo program before yet.Not many can afford that luxury, not me.
4.Market demands requires that some of these excellent lenses from Carl Zeiss and Leica are used by other camera manufacturers like Sony (Carl Zeiss) and Panasonic/Lumix (Leica lense) to reach a wider and bigger camera enthusiasts around the world at reasonable prices.Sssh......I did my engineering calculation before calculators even exist !! using log table and 'Slide Rule' and when the only universiti in Malaya then was Universiti Malaya.I have enough reasons to contribute my thoughts through writing now that I have a bit of free time.Not many of my contemporaries even care writing in blogs let alone talking about dirty politics.I don't know whether how long I can go through this life and LEISURE as what William Hendry Davies rightfully write:
What is this life if, full of care,
We have no time to stand and stare.
No time to stand beneath the boughs
And stare as long as sheep or cows.
No time to see, when woods we pass,
Where squirrels hide their nuts in grass.
No time to see, in broad daylight,
Streams full of stars, like skies at night.
No time to turn at Beauty's glance,
And watch her feet, how they can dance.
No time to wait till her mouth can
Enrich that smile her eyes began.
A poor life this if, full of care,
We have no time to stand and stare.
A poem I picked up while in secondary school.
Maaf membebel.Cheers and PEACE.
Kalau tak silap camera Minolta SLR (Single Lens reflex) lama Dato, adalah paling mahal dan terbaik dunia, sekitar 70an. Model SRT adalah salah satu hasil kerjasama dengan Leica Jerman dari 1972. Mungkin ramai tidak tahu, Minolta, sebelum bergabung dengan Konica, kemudian dijual keseluruhan (Tecnology, R&D dan Sumber Manusia di Jepun) kepada Sony, adalah setanding dengan Nikon pada zamannya. Malah Minolta sangat berbangga kerana sebuah kamera buatannya turut dibawa oleh angkasawan Apollo keangkasa lepas. Dato mesti berasa bangga memilikinya dahulu kerana kualiti yang tahan lasak dan boleh digunakan pada suhu -30degC dan masih boleh digunakan tanpa battery. Zaman sekarang susah la, nak process dan beli film pun mahal. Kamera Digital lebih mudah, tapi hanya boleh di guarantee penggunaan pada suhu 0degC dan tidak dapat berfungsi tanpa battery.
Satu masa dahulu, selain Camera, Minolta juga membuat peralatan pejabat seperti mesin Photostat, laser printer, color meter, peralatan perubatan dan planetarium. Siapa sangka, Planetarium Negara KL, dibuka 1994, dibina/reka guna technology dan lensa projector dari Minolta. Selepas Minolta mengeluarkan kamera Auto Focus (AF) SLR pertama dunia, 1985~1987 ia disaman oleh Honeywell (US) kerana dituduh menciplak teknology Couple Charge Device (CCD), sejenis module kecil, dipanggil ‘honeycomb pattern’ untuk mengira jarak object dan mengerakan lensa, tepat pada fokus.
Nota: CCD menggunakan kaedah ‘Phase detection’ , iaitu subject berkontrast menghasilkan gelombang @ wave. Sebab itu kamera AF yang menggunaknan CCD, tidak boleh fokus pada dinding yang sama contrast atau warna). Ada juga kamera seperti Polaroid menguna ‘gelombag bunyi seperti radar untuk mengukur jarak.
Atas sebab perdagangan, kerajaan Jepun mengarahkan Minolta membuat penyelesaian luar Mahkamah yang menyebabnya kerugian lebih kurang US150Juta dollar. Pada awal 90an pula, terdapat seolah ada konspirasi untuk mengaut keuntungan oleh syarikat pembuat mesin pemproses filem, Fuji, Kodak, Fuji dan Noritsu dengan keluarnya APS (Advance Photo System) yang menggunakan format filem lebih kecil dari 35mm. Syarikat pembuat kamera yang terlibat dalam venture ini adalah Eastman Kodak, Fuji, Nikon, Cannon dan Minolta. Disamping itu ada juga konsipari untuk mengalihkan perhatian dan memperdaya syarikat Jepun, apabila Amerika mahu beralih ke kamera digital.
Yang nyata APS yang di pelopori Kodak adalah malapertaka dalam industri kamera. Ketika mula diperkenalkan di Malaysia, filem APS hanya boleh diprocess di JB, KL dan Pulau Pinang. Minolta mengalami kerugian paling besar kerana keseluruhan sistem kamera, lens, peralatan R&D, mesin pembuatan/pemasangan direka baru dan kamera/lens SLR tidak interchangeable dengan yang tersedia ada di pasaran. Malah kilang Minolta di Sg.Way FTZ pernah mengelek dengan steamroll, berpuloh ribu kamera APS (SLR + Lens & Compact) di Warehouse sewaannya yang terletak di Subang Jaya. Cannon dan Nikon bernasib baik kerana mereka hanya mengolah badan (body) untuk menyesuaikan dengan filem baru APS.
Oleh sebab kerugian, Minolta bergabung dengan Konica pada 2003. Pada 2006, KonicaMinolta mengambil keputusan untuk menjual business kamera dan lensa (R&D, kilang permasangan dan pusat service kamera) yang merupakan 30% dari keseluruhan bisiness mereka, kepada Sony. Kakitangan Minolta diberi pilihan samada menerima VSS atau pun diserap masuk Sony dengan gaji sedia ada.
Moral of the story: Berhati-hatilah dalam perniagaan. Ambil tahu juga perkembangan teknology terkini dan masa depan. Di dunia barat yang amat di kagumi dan pujai oleh Din Melaka, ada syaitan yang lebih jahat terhadap orang timur demi melindungi kepentingan mereka. Jika kita orang Islam, itu adalah sebab yang lebih kuat untuk kita berwaspada. Jangan terpedaya dengan kata-kata manis omputih. LGBT juga berasal dari mereka. Harap Ketua pembangkang tidak terpedaya dengan layanan yang diberi ramai sahabat karib beliau semasa di barat.
Pembahas RD, antara lain, berkata: "Kalau tak silap camera Minolta SLR (Single Lens reflex) lama Dato, adalah paling mahal dan terbaik dunia, sekitar 70an."
1. Tak perasan pula saya kalau kamera itu termahal pada zamannya. Rasanya tidak.
2. Tapi betul tahan lasak. Saya pernah bawa ke padang salji dan pernah jatuh atas batu hingga terkopak tapi boleh digam balik.
3. Boleh guna interchangeable lens. Boleh ambil gambar auto focus atau manual.
4. Berbanding kamera sekarang, ia sangat berat. Kalau timpa kaki, pasti lebam.
Terima kasih.
Maafkan saya Dato.
Sedikit penjelasan.
1. Ya, saya akui, bukanlah yang "paling mahal dan terbaik dunia, sekitar 70an.". Sepatut 'diantara' yang paling mahal. Pada 1979~2003, Minolta, boleh di katakan diantara 'commercial camera' berjenama yang paling terkenal di America dan Eropah. Walaupun Nikon dan Leica paling dikagumi dikalangan photographer professional, terutama pada orang yang banyak wang, production volumenya tidak sebanyak Minolta dan Cannon.
2. Camera lama tahan lasak.
3. Kamera model SRT tidak boleh Auto Focus. Ia jenis 'Manual focus', sepenuhnya, sambil melihat melalui Viewfinder(VF). Image yang melalui lensa ke main-mirror (45deg) dan terpapar atas 'focusing screen' atau fresnel. Apabila melihat melihat melalui VF, kita sebenarnya melihat gambar diatas focusing screen melalui 'Penta Prism' yang menterbalikan image kepada kedudukan asal (tidak terbalik). Focusing screen kamera Dato, berjenis 'split image'. Ditengah ada bulatan bergaris-belah melintang untuk jajaran semasa memutar focusing ring pada lensa. Camera 'Auto Focus atau AF' hanya mula dicipta pada 1985. Mungkin ada yang jenis 'semi-Auto Focus' sebelum 1985, tapi itu pun terpaksa pusing focusing ring pada lensa sambil melihat dalam VF. Dikatakan 'Semi' hanya kerana ada LED merah, pada tepi VF, yang akan bertukar hijau, apabila image berada pada kedudukan tajam.
Camera AF tak perlu pusing focus ring pada lensa.
4. Kamera lama memang berat kerana ia mechanical sepenuhnya. Battery yang diguna, hanya untuk metering dan mungkin untuk release shutter sahaja.
Terima Kasih.
Terima kasih KgMan, RD, OKS dan Urang awak atas pengetahuan anda semua dalam bidang photograpi.Din Melaka hanya boleh melopong aje tak dapat kutuk ketua2 UMNO.
Post a Comment