Wednesday, August 06, 2014

Kemelut Politik Selangor: Bapa Borek Anak Rintik


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]


MUTAKHIR, 9 Ogos - Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan sebulat suara menyingkirkan Abdul Khalid Ibrahim daripada parti kerana enggan meletak jawatan Menteri Besar Selangor.

[Temu ramah saya dengan mobtv.my. Kalau ada masa, tonton di sini.(http://www.mobtv.my/talkshow-5703.html).]

NASIB kita Labu. Ingatkan bila ada Pembangkang yang kuat, Kerajaan pun lebih terbuka, berjaga-jaga, telus dan lurus.

Rupa-rupanya dua kali lima. Walhasil balik asal, itu pasal tak hasil. Pembangkang pun sama. Baru dapat sikit saja kuasa, sudah naik tocang, hilang akal, rebut kuasa, kumpul harta.

Itulah gambaran yang terbit daripada krisis kepemimpinan Pakatan Rakyat di Selangor yang semakin keliru dan lucu.
Kerana perebutan kuasa dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berupa parti terkecil dalam PR Selangor, pekung di dada didedahkan.


Setelah gagal memujuk, mendesak dan mengasak Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim, mengundurkan diri, PKR kini mengancam menggunakan taktik gasak pula.

Daripada laporan media massa, nampaknya ada pihak dalam PKR yang bersedia mendedahkan pekung di dada semata-mata untuk menjatuhkan Abdul Khalid dan membuka jalan kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi MB baru.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, yang berupa pengikut setia Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, dilaporkan sebagai berkata parti itu akan mengemukakan “dosier” 40 muka mengenai dakwaan salah laku oleh Abdul Khalid kepada kepemimpinan tertinggi PR.

Rupa-rupanya pemimpin PR pun tidaklah sebersih kain putih seperti yang cuba mereka gambarkan setiap kali mereka membelasah BN.

Kalau betul dalam dokumen rahsia itu ada tuduhan salah laku oleh Abdul Khalid maka dalam almari PR pun ada rangka-rangka bergantungan!

Abdul Khalid Tiru Anwar?

Inilah nasib kita Labu. Walhasil balik asal, itu pasal tak hasil.

Apa yang Anwar buat, Abdul Khalid tiru. Kalau kita masih ingat, pada tahun 1998 pun Anwar enggan letak jawatan dan undur diri.

Jadi kita janganlah terperanjat kalau Abdul Khalid juga mengamalkan strategi yang serupa, iaitu menunggu disingkir dan bukan meletakkan jawatan. Bapa borek anak rintik.

Alasannya mudah saja. Kalau letak jawatan, beliau akan hanyut begitu saja dan akan ada orang yang percaya beliau telah melakukan sesuatu yang buruk seperti yang dibayangkan oleh Saifuddin.

Tetapi kalau beliau mempertahankan kedudukan dan dipecat, beliau akan dianggap hero oleh sesetengah pihak dan dihormati manakala yang lain pula menganggap beliau mangsa konspirasi dan memberi simpati.

Bayang-Bayang Yang Menggerunkan

Anwar sudah nampak “spectre” – bayang-bayang yang mengerikan – sekiranya hal ini terjadi apabila beliau menyebut mengenai kemungkinan pilihan raya negeri (PRN) terpaksa diadakan sebagai penyelesaian mutakhir.

Pilihan raya negeri boleh diadakan walaupun mungkin ada pihak membantah dan membawanya ke mahkamah. Tetapi dalam suasana sekarang adalah berbahaya bagi PR melaksanakan jalan penyelesaian itu.

Setelah kekecohan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang, rakan-rakan kongsi PKR dan pengundi mungkin tidak mahu lagi diperkotak-katikkan oleh Anwar dan kelompoknya.

Inilah dilema PR Selangor sekarang. PAS yang berupa parti terbesar dalam DUN dan DAP (kedua terbesar) sedang diseret masuk ke dalam lanyau politik PKR yang berkisar di sekitar Anwar, keluarga dan pengikut tegarnya.

Kita telah lihat bagaimana kemelut dalam PKR menumbangkan kerajaan PR Perak pada tahun 2009 dan sekali gus membolehkan BN mengambil alih kuasa.

Cuma hal ini mustahil berlaku di Selangor kerana BN tertinggal terlalu jauh ke belakang untuk mengambil kesempatan. Ia adalah parti terkecil dalam DUN Selangor. Kalau PRN diadakan pun, BN belum tentu boleh memperbaiki prestasi dengan barisan kepemimpinan yang ada. BN Selangor memerlukan "overhaul" besar-besaran.

Inilah nasib rakyat Selangor Labu. Bila si Luncai terjun ke sungai dengan labu-labunya, kita tidak ambil kisah sangat. Yang dia bawa terjun itu labu-labu miliknya sendiri.

Tetapi kalau orang politik terjun ke sungai, kita perlu bimbang sebab labu-labu yang dibawanya itu adalah milik kita. Kitalah yang memberikan mereka labu-labu itu. Kalau mereka curi sekali pun, mereka curi daripada kita dan labu-labu curi itu tetap milik kita.

Wallahuaklam.

43 comments:

Unknown said...

two quotes:-

"Nearly all men can stand adversity, but if you want to test a man's character, give him power." - Abraham Lincoln

"A politician thinks of the next election; a statesman of the next generation. " - James Clarke

aboudiabydoo said...

Kalau lepas PRU-13 ituhari DS Najib ada telur (berani) dan lantik orang baru yang bersih, yang muda, yang bertenaga untuk ketuai jentera Selangor, maka mungkinlah ada harapan. Rakyat pun boleh lah bagi can. Bukannya orang yang muda-muda ini tak bagus. Tapi balik-balik diambil politikus tua yang dah berkali-kali gagal, yang masing-masing dah bermusuh sesama ahli parti. Balik-balik Noh, cubalah yang muda-muda, YB-YB Muda macam Budiman ke, macam Irmo ke. Ataupun yang bukan YB, tapi semangat anak Selangor nya kuat. Ini tidak, takut. Ambik balik yang tu juga. Bila peluang diberi musuh dalam pinggan emas sebegini, pun masih tak mampu diambil. Oh UMNO Selangor.

Unknown said...

Composition of ADUN: PAS 15, DAP, 15, PKR 14 and UMNO 12. So Pas and Dap have equal number of ADUN.

RD. said...

Saya sokong pendapat Dato mengenai 'Labu-labu' yang rakyat beri kepada orang politik.
Selamat Hari Raya kepada Dato & Keluarga.

aku bukan politician said...

paling teruk rakyat selangor bangsa melayu. pemimpin melayu dok sibuk kayakan diri dan jaga kepentingan diri (pemimpin kedua-dua belah), pemimpin bangsa lain dok sibuk dengan agenda bangsa masing-masing.

Hailah labu.

yang lagi haru, yang jadi bidak caturnya, orang melayu lah. itu cerita di selangor, di selatan pula, lebih kurang je jalan ceritanya. cuma, skrip dan karakternya sahaja yang berbeza.

hailah labu.

orang melayu suka berpolitik,
berpolitik untuk kepentingan diri,
rakyat dikuda untuk berkorban diri,
peduli apa dengan nasib rakyat dan negara, asal aku dapat berkuasa memuaskan nafsu diri.

tahniah.

aku bukan politician

Nurhaziq Abdul Hafiz said...

Saya setuju dengan Datuk. PR pun bukannya bersih sangat nak bongkarkan keburukkan BN

OKJ said...

Salam Dato’ A kadir Jasin

Lambat Dato’ tidur hari ini?

2 artikel Dato’ yg terakhir ini memang saya setuju. Seronok juga melihat mereka berkelahi sesama sendiri. Habis terkeluar semuanya, dari dengki mendengki, tamak haloba, tuduh menuduh, sampai tahap fitnah memfitnah. Rasanya, sehinggakan laporan kepada SPRM telah dibuat oleh ahli sendiri nak melihat siapa yg makan siapa. Tak tahu nak jadilah. Teruk !!!! Teruk !!!!!! BURUK betul perangai mereka ni. Sesama mereka pun dah begitu, inikan pula terhadap orang lain.

Yg kesiannya, ramai rakyat tertipu masa PRU 12 & PRU13 dulu sehingga tumbangnya UMNO di Selangor.PAS juga teruk terkena tempiasnya. Nampaknya dah ada 2 kem, satu sokong Anwar dan satu lagi sokong Nik Aziz dan Hj Hadi yg sokong Khalid. Padan muka. Macam-macam petunjuk dah Allah tunjukkan di depan mata, nak nasihat macam mana lagi agaknya kepada pak-pak lebai ni??????…….

W/pun begitu, saya rasa undi dari kaum Cina masih sama je. Cuma, harapan saya ialah supaya org-org Melayu melihat dgn mata kepala sendiri yg manakah kaca dan yg manakah permata termasuklah Dato’ Kadir sendiri.. Sekian TQ.

Mustapha Ong said...

Tahniah kepada sahabat saya Kadir Jasin yang menganalisakan kedudukan politik dan kemelutan merebut kuasa untuk mentadbirkan Kerajaan Negeri Selangor berpunca daripada masalah dalaman Pakatan Rakyat. Pada pendapat saya Anwar memang berniat untuk merekakan satu dinasti bagi ahli keluarga beliau untuk memimpin PKR tanpa prinsip politik yang adil dan berteras kepada demokrasi. Yang sebenarnya Anwar sudah lama tidak relevan dalam suasana politik negara oleh disebabkan perangai beliau yang menjijikkan serta memalukan negara Malaysia pada keseluruhan nya.

Kenapa kepimpinan UMNO/BN dibawah DS Najib terpaksa memberi muka kepada Anwar sedang hukuman Mahkamah telah memutuskan keadilan kepada salahlaku Anwar dalam kes rasuah dan sodomy? Saya percaya jika Kerajaan masih dipimpin oleh Mantan PM Tun Mahathir, Anwar sudah lama merangkup di Sungai Buloh.

Kerajaan Selangor yang diterajui oleh Khalid Ibrahim selaku MB bukan ada masalah yang serius sejak beberapa tahun dalam penggal dua kali PRU12 dan 13. Kenapa Anwar dan PKR berniat buruk untuk menjatuhkan kepimpinan Kerajaan di bawah Khalid semata-mata untuk merebut jawatan MB untuk Wan Azizah semoga Anwar dapat bersuara dan berkuasa untuk mentadbir Negeri Selangor di belakang tadbir? Anwar dan keluarga memang gila kuasa tanpa mendahulukan kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Pada hakikat nya, jawatan MB Selangor harus dipegang oleh seorang pemimpin dari negeri Selangor yang layak mengikut peraturan Undang-Undang Tubuh negeri yang diamalkan. Tidak ada tolak ansur nya dan Tuanku Sultan harus tegas dalam hal ini. Wan Azizah bukan anak Selangor dan tidak layak untuk dicalunkan sebagai MB Selangor. Pemimpim yang lain seperti Azmin Ali dan Dr. Idris yang layak dipertimbangkan untuk menggantikan Khalid.

Namun demikian, jalan keluar daripada kemelutan politik di negeri Selangor yang terbaik adalah membubarkan DUN untuk mengadakan pilihraya (snap election) dengan secepat mungkin, Walau tindakan ini akan membazirkan duit rakyat semata-mata untuk menyelesaikan kemelutan politik yang disebabkan oleh perebutan kuasa didalam PKR dibawah kepimpinan Anwar Ibrahim. Beliau telah mengakibatkan banyak masaalah kepada Kerajaan BN di pentadbiran pusat selama ini. Anwar memang dipersalahkan untuk menjahanamkan pembangunan negara dan kejahteraan rakyat sejak tahun 1998.

Lahuma said...

Dato.

PKR-Parti Keluarga Raya.
Yang paling berkuasa bukan Presiden.Tetapi namanya Ketua Umum yang sama taraf dengan Mursyidul.
Mana mana parti yang ada Muryidul begitulah jadinya.
Mana yang lebih berkuasa.

Betul macam Dato kata pemimin politik banyak tipu rakyat dengan slogan retorik.
Bersih konon .Sekarang Khalid sendiri pun kena londeh oleh Saifudin yang taatnya lebih daripada buta dan tuli.

Selalu saya kata UMNO ke ,Pas ke ,PKR ke 2x5 sahaja.

Rebut kuasa sampai hancur negeri dan negara.Rakyat diajak berpecah kerana ideplogi gila gila mereka.

Bapak Borek Anak Rintik.
Bapak kencing berdiri Anak berak dslam seluar.
Bapak dan Emaka ketam .Suruh anak jalan betul.Pada hal mereka pun jalan macam orang mabuk.
Labu dan Labi.Dua nama Ciptaan P.Ramlie yang amat lucu dan karton.

Pemimpin politik Melayu hari ini ramai dari spesis Labu dan Labi.

Ramai juga dari aliran Pak Pandir Moden.

Politik Selangor pun macam cerita filem Labu Labi

Yang saya nampak Kaum Cina asal bukan UMNO sahaja.Lain daripada UMNO siapa pun ok sahaja.

Pas ada harapan jadi MB Selangor kalau ada perpaduan yang baik

UMNO macam Dato kata dan ramai orang pun kata yang sama.Kena tukar pemimpin yang ada.Malahan dari UMNO sendiri pun kata yang sama.Rakyat sudah muak dan melaut dengan pemimpin yang ada.

Pas pun kalau main selamat atau takut macam tikus tanah.Eloklah bubar sahajalah Parti islam Pas ini.

Kesian Pak Labai yang pertahan Pas dan Islam.Tiba-tiba hasilnya tin kosong.

Macam di Pulau Pinang tarian bogel.Nasib baik EXCO Agama bukan dari Pas.Apa pun Pas ada dalam kerajaan PR Pulau Pinang.
Mat Sabu dan Mahfuz agaknya sedang cari jalan cara hendak jawab.

Bala lagi negara kita.Disaat MH 17 17 sedang bersedih.Ada pula manusia anjur tarian bogel.

Sekarang Rakyat Melayu Selangor kena buka mata dan hati kalau hendak pilih karajaan masa akan datang.

Itulah kepentingan peribadi pemimpin politik.

Terima kasih Dato.

maae said...

Salam Datuk,

1. Rujuk Surah Al Baqarah ayat 6 hingga 20. Bukan sahaja pasal keimanan tetapi juga perilaku manusia yang sangat hina terhadap Tuhan nya, kehidupan nya dan kepada masyarakat.

2. Maka di kemukakan kitab 20 helai nya membuka aib orang lain bagi tujuan 'membenamkan' nya, walhal diri sendiri dan ketua yang ditaksubi nya juga mempunyai kitab jahat yang di sembunyikan tetapi pihak lain sentiasa memegang dan membuka nya kelak bila tiba waktu nya seperti kemelut menyisihkan MB Selangor ini.

3. Itu kenapa Allah SWT melarang kita memfitnah, mengadu domba dan mendabik dada ! Sesungguh nya apa yang di perlakukan akan di balas sama kepada pelaku-pelaku nya. Allah SWT itu sebaik-baik pembalas tipu daya ! Apa lagi manusia yang di tipu itu melibatkan Ummah / Masyarakat yang memerlukan kepimpinan dan pembelaan melalui sahsiah pemilihan.

4. Manusia tamak selalu rugi. Manusia yang bermuhasabah dan selari dengan hukum Allah SWT akan sentiasa bernaung di bawah Arasy NYA. Percaya lah, manusia itu sentiasa bangga dengan kemunafikan. Hati yang sakit bertambah sakit. Umur yang panjang, Allah tambahkan lagi kerana dos-dosa nya terlalu banyak yang sukar di ampunkan kecuali melalui kesukaran, kesakitan dan penderitaan sehingga di kembalikan ke tahap perilaku kanak-kanak nya(nyanyuk/tidak tahu apa-apa lagi - rujuk Surah Yasin) yang tidak lagi di terima Allah Taala.

5. Kemelut Selangor tidak lain Hidayah Allah. Balik semula ke pangkal jalan. Kepada Melayu Islam yang mencorak politik Malaysia, pembangunan Ummah sudah di abaikan sepenuh nya. Perlakuan sudah melampaui batas mengagongkan kronisma dan nepotisma. Kita tidak lagi bersatu kerana Islam sudah di tinggalkan di dalam rumah atau sudah tidak di amalkan ! Kebathilan dan fahaman syaitan sudah meresap kearah kebinasaan dan kehancuran.

Bermuhasabah dan bermuzakarah lah. Islam itu Satu dan SATU itu untuk semua. Bukan kepentingan diri sendiri. Siksa Kubur dan Siksa Neraka itu Benar. Syurga itu Benar !

( Saya bukan merapik Tuk, itu lah kebenaran nya...)

Zed-85 said...

Dato'

Bukan ke Pak Lah pun sama juga disuruh turun tahta?

BN dan PR dua kali lima dol juga. Yang mana intan, yang mana permata? Dua-dua bukan diamond pendekata.

Tapi kalau ada dua parti BN/PR tak apa, biar dia bersaing. Lama-lama mungkin ada yang jadi permata.

Sallam

Unknown said...

In late 90s, I was working in a photocopy shop in Bandar Baru Bangi. At that time, Bandar Baru Bangi is an intellectual and industrial town in Selangor. Lots of intellects from the UKM was having discussion about the circulation of a book called "50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM" and they were making copies of the book at the photocopy shop. The book was actually banned during that late 90s. Daily newspaper from the opposition such as Harakah was openly sold in shops in Bangi and currently Bandar Baru Bangi is an area under PAS since many GE ago.
After 15 years, another dosier purportedly by Saifuddin Nasution Ismail revealing the nature of Khalid Ibrahim impropriety shall be released to the PKR leadership.
History is repeating itself again!

Unknown said...

Salam Eidul Fitri Dato',

Sejujurnya saya bertanya :-

Kalau Dato' berada ditempat TSK, apa keputusan Dato'?

Terima kasih,

Pawang

wankamarul701 said...

1. Dalam terdapat 3 sebab sesuatu Jemaah ditubuhkan. 2 antaranya ialah kerana kesedaran dan dasar tidak puas hati.

2. Barisan Nasional (BN) atau Perikatan dahulunya ditubuhkan atas kesedaran hendak mendapatkan kemerdekaan.

3. Barisan Alternatif ditubuhkan atas dasar tidak puas hati kepada Barisan Nasional pada tahun 1999.

4. Apatah lagi Pas dan PKR serta Semangat 46 sebenarnya merupakan parti serpihan Umno kerana tidak puas hati kepada kepimpinan.

5. Saya percaya bahawa pakatan yang ditubuhkan atas dasar tidak puas hati tidak akan kekal lama.

6. Begitulah yang terjadi kepada Parti Semangat 46 yang sudah dibubarkan.

7. Apa yang terjadi kepada parti semangat 46 tidak mustahil berlaku kepada Pakatan Rakyat di mana ia akan dibubarkan.

Suffian said...

Pak Kadir....

Saya boleh bersetuju dgn Pak Kadir mengenai perebutan kuasa pemimpin2 PKR di Selangor sebabnya adalah tidak normal kalau ahli politik tidak ketagih dgn kuasa . Namun saya tidak dapat bersetuju dikatakan mereka menyeleweng kuasa/mengumpul harta kerana belum ada tanda2 mereka berbuat demikian lagi, at least pertontonkankanlah harta2 mereka berupa kereta2 mewah , rumah2 mewah dsbnya . SPRM pun tak buat apa2 lagi dgn pemimpin2 PKR Selangor.
Saya yakin modus operandi utk menyingkirkan Khalid jauh lebih bersopan jika dibandingkan cara Mahathir mrnyingkirkan Anwar. Seawal 1997 plot menyingkirkan Anwar dgn menghantar si-diliwat & Umi Hafilda berjumpa/mengadu dgn mendiang Karpal Singh dan beberapa pemimpin PAS. Karpal & Mat Sabu termasuk perangkap, diikuti beberapa bulan kemudiannya buku 50 Dalil yg diedar semahu-mahunya. Mana mungkin Anwar mahu meletak jawatan setelah namanya dibusukkan. Plot melondehkan Khalid dimulakan oleh Saifuddin setelah Khalid begitu tegar tidak mahu meletak jawatan secara baik. Terimakasih.

Unknown said...

I have forgotten to say the most important message of all:

Selamat Hari Raya to A Kadir Jasin and family!

Suffian said...

A L TAN....

Have you compared the materials brought by Saifudin with 50 Dalil ?
To me 50 Dalil was a disgusting & stupid book I ever read . Thanks.

ab said...

Salam Dato,




Ni skrip lama....,

kalau bolih buat kecoh sampai ada demonstrasi ka, baling kerusi ka, putaq kereta ka,lori ka,bakar bas ka..LEBIH BAIK pada hari bos depa kemahkamah sat lagi....




Lepas tu masuk CNN,BBC,ABC, Foxnews, Bloomberg ,etc... cerita
gomen kejam ka, zalim ka dan tak guna punya dll..




Tak payah cerita gomen Selangor ka gomen Malaysia ka....to the world this is gomen Malaysia... IT IS VERY CRUEL to put bos ni kat jail!. The world will collapse without him around, Malaysia will goes bankrupt without him and every body will die young without him!! hehe.




Baik kalau hantaq kat ISIS saja,cerita bicara depa sat saja,lepas tu gone with a bang,satu kali saja murah punya belanja!...sat saja.





Abu Bakar Ab Rahman

Mat Tobias said...

Hai, baru hari tersedar ke Datuk Kadir? Orang dah lompat masuk Star Cruise, kamu masih naik tongkang.

Dah-dah la tu sokong peliwat. Cepat-cepat lah lompat kapal, nanti hanyut pulak tongkang kamu tu. Tekong dia pun nak masuk jel dah 8hb ni.

Timbangtara said...

Salam Tok..

Kemelut di Selangor ibarat cancer yang sudah berada ditahap 4.. Hanya pertolongan ALLAH diatas usaha manusia akan menyembuhkan penyakit tersebut..

Tunggu 10 ogos, 3 hari dari sekarang..

T kasih ToK..

Abdullah Ngah said...

Tak hairan, kerana orang orang PKR itu asal usulnya umno.

Demikianlah orang orang umno dalam umno.

Begitu jugalah orang orang PKR dalam PKR dan kerajaan Selangor.

Ada yang gila kuasa. Buat apa sahaja. Demi kepentingan diri sendiri.

Macam umno, pemimpinnya tetap melayu, tetapi jiwanya adalah jiwa kafir.

Asyik kumpul harta, bangsa sendiri jadi mangsa oleh pengkhianatan para pemimpin sendiri.



zainal abidin awang kechik said...

mak saya kata.. tulisan tok kali teramat dan pedih sampai tulang som som.



selama berjuang

Lahuma said...

Dato.

Kemelut MB Selangor.
Pas nampaknya sudah pasti kembali pangkal jalan yang betul.
Pas baru nampak kelentong mantan TPM Malaysia satu masa dulu.
Itu pun belum pasti pendirian Pas secara muktamad.
Mat Sabu Timbalan Presiden Pas masih diam diri.Dalam zone buat percaturan untung rugi.
Mahfuz pun diam diri lagi.Juga sedang buat congak hasil nya.

DAP sudah muktamad mahu Wan Azizah jadi MB Selangor.
DAP jelas asal bukan UMNO atau PAS saja .

DAP sudah kuasai pengudi Cina.Sebab itu dia yakin dan kental.

Pas akan retak dan pecah dua.Satu naik kapal Anwar.Satu lagi naik kapal asal Hadi dan Nik Aziz.

Hancur lagi parti orang Melayu angkara pemimpin bernafsu besar.

Masa dia kena turun dia tak mahu turun.Dia kata zalim dan fitnah.

Kini giliran dia tarik orang turun macam Khlaid tak mahu turun.

Dia londeh pula.

Sekarang dunia politik berpatah balik masa Anwar Dr M pecat dia dulu.

Dia pun tiru stail macam dia kena dulu.Kalau degil pecat sahaja.

Selangor negeri kaya hasil mahsulnya.

Maka berebutlah pemimpin Melayu nak berkuasa.Dalangnya faham sendirilah.

Masa depan PAs dalam PR akan bermula disini.

Pas mahu pilih kebenaran atau mahu pilih kemngkaran.

UMNO masih kelam kabut.Mimpi kemenangan Ketua bahagian dan MT belum tamat.
Banyak cakap dan teori .Kerja belum nampak lagi.
Harap promosi media kerajaan.
Syok sendiri macam biasa.

Syoknya jadi MB Selangor.Gaji lebih besar dari PM.

Terima kasih Dato.

msh said...

Salam Dato.

Luncai terjun bawa labu curi.....
labu yg dicuri dari kita.

Tetapi kalau kita betul2 tahu ceritanya...kira luncai ini medpt 2 kali untung...

Pertama dpt lepas diri..
Kedua dpt labu curi.

Dato.
Melayu bnyk dgn Peribahasa...Perumpamaan dan Kata2 Hikmat...peninggalan org cerdik pandai dahulu ..disamping nasihat2 dari pihak lain...untuk dibuat sandaran atau di guna pakai....tetapi sedihnya ramai dari ketua2 Melayu kita....tidak kira Umno atau pembangkang....telah tidak menggunakan nya.

Contohnya;

..."org cerdik belajar dari pengalaman....org bijak pun begitu tetapi dia juga belajar dari pengalaman org lain"...

Manakala org yg tidak cerdik atau tidak bijak dgn kata kasar...kira org bodoh lah.. lbagaimana pula?

Kalau org itu tidak cerdik atau pun bijak;

Dia jadi Pas lah.

Pas bodoh...sebab itu....dgn apa alasan yg diberi pun.....Pas ini masih dikira tidak cerdik.

Lihat saja lah..kuasa Pas diSelangor....apa yg ada?
...kira Kosong langsung.

Dulu Hassan Ali yg berkuasa pasal hal2 ugama pun disergah dan dihumban begitu saja oleh Pkr dan Dap...

Yg ada Khalid Samad....
Itu pun kurang cerdik.....banyak buat hal...entah apa2 pula smpai dimurkai oleh Sultan.
Bila bercakap mcm org mabuk saja.
Penuh kompromi dgn Dap dlm perkara2 ugama.

Itulah 'standard' Pas.
Setakat gempar bolehlah.

Ada yg berkata...permuafakatan yg dipersetujui dulu sebelum GE12....jika Selangor atau Kedah jatuh ketangan pembangkang....wakil Pas dpt jadi MB Kedah sahaja..
Selangor milik Anwar.....Kelantan status quo...

Apa jadi selepas itu...anda semua tentu tahu..

Parti Pkr Anwar tak mampu pun menandingi parti Pas dlm ke2 Negeri....tetapi masih juga dpt jadi MB Selangor....ini yg Anwar mahu...ini yg Pas tidak nampak...

Pkr kuat kerana Pas...
Tanpa Pas....Pkr...habok sahaja.

Bagaimana terjadi begini?
Sebab org yg tidak cerdik atau bijak.....memang pun mudah diperbodohkan.

Ini lah 'standard' parti Pas pd Anwar dan yg syoknya..Dap tumpang sekaki...balun Pas...ha ha.

Org bodoh memang makanan org cerdik.

Tetapi dgn kuasa Allah SWT.....kemelut MB Selangor ini terjadi..

Ini juga memberi peluang untuk ketua2 Umno...terutama yg No1 dan Pak Menteri ....agar dpt menangguk di air keruh.....
Itu pun kalau cerdik atau bijak....

Tetapi nmpak mcm bukan kedua2 pula.

Tidak ketinggalan juga kemelut ini menduga dan mencabar Pas sama ada .cerdik..atau bijak atau...bodoh untuk bertindak seterusnya.

Nmpak mcm kelam kabut pula....mungkin masih kurang cerdik dan tak pernah belajar apa2.

Tidak perlu lah kita berkata apa2 tentang Dap...sebab parti ini memang cerdik serta bijak....lihat saja pencapaian parti ini;

# berjaya memecah belahkan org Melayu
# berjaya mndpt kuasa secara proksi.
# berjaya membenamkan MCA
# berjaya menanam semangat benci org Cina pd apa saja Melayu dan Umno.
# berjaya memperbodohjan berberapa org Melayu dan berberapa wanita muda Melayu menjadi ahli parti sebagai 'boneka semata untuk tontonan'....kunon Dap parti semua bangsa...walau pun sah 'for show' sahaja.
dll.

Malah dari GE12 hingga kehari ini....segala apa yg di capai kira cukup membanggakan buat parti ini.

Jadi sy berharap agar org Melayu terutama ketua2 kita yg dlm Umno cuba belajar dari pengalaman...dari sejarah dan dari nasihat atau kata2 hikmat....serta pengalaman lampau atau dari pengalaman org lain agar lebih bijaksana dan dpt menghindar banyak bahaya buat bangsa dan ugama.

Terima kasih.

din klang said...

Elok la terjadi semua ini...
Hikmah nya agar kita sebagai pengundi membuka mata dan berfikiran lebih matang bila memilih pemimpin di masa hadapan.

Cuma jangan kita cepat lupa sudah la

rahimlpp@yahoo.com said...

Dato'@ Ada dua jenis labu. Pertama adalah labu sayong yang menjadi produk kraf tangan popular di Kuala Kangsar. Zaman dulu labu sayong berwarna hitam digunakan sebagai tempat simpan air sejuk untuk minum kerana zaman dulu tidak ada peti ais. Sekarang peranan labu sayong dah berubah. Lebih sebagai kraf hiasan, diukir dengan seni tangan yang cantik.

Jenis kedua adalah labu dugunakan untuk buat pengat atau dimasak lemak cili api. Kedua-dua masakan adalah kegemaran saya.

Saya kurang faham mengapa siluncai dikaitkan dengan labu. Juga saya kurang pasti siluncai ini manusia atau monyet.

Dalam senario politik semasa di Selangor, saya berpendapat mereka yang ingin menjatuhkan TS Khalid adalah si luncai bersifat monyet. Satu kelakuan monyet adalah tidak boleh menghargai kecantikan. Sebab itu ada peribahasa berbunyi " saperti memberi bunga kepada monyet". Habis dikerosek sampai hancur.

TS Khalid telah mengukir sabuah labu sayong yang cantik semenjak dia berada di tampok kuasa. Sekiranya kuasa ini diserahkan kepada beberapa luncai yang berkualiti monyet maka hancurlah labu sayong yang cantik itu. Mereka akan terjun dan terhempas berderai labu sayong yang dibuat dari tanah liat berkualiti.

Satu puak lagi yang memberi sokongan supaya TS Khalid terus berkuasa kerana mereka sangat enak dengan jamuan pengat labu dan masak lemak cili api labu. Tetapi cukup ke hidangan ini. Buat sementara ini masih lagi selesa tetapi masa depan belum pasti.

Kita tunggu dan lihat perkembangam seterusnya tetapi yang sudah pasti ialah beberapa. buah labu sayong ukiran TS Khalid telah pecah bertaburan kerana berlaku perebutan antara beberapa ekor luncai yang berperangai macam monyet.


Iklas,
rahim


Timbangtara said...

Salam Tok..

Datuk pernah menulis dan mengulas dulu, kita memerlukan pembangkang yang kuat begi mengimbangi dan menjadi penimbang tara kapada BN..

Jadi saya masih berharap kemelut PR di Selangor dapat diselesaikan dengan cara yang baik supaya faedahnya dapat dirasai oleh rakyat Selangor dan negara keseluruhanya..

Untuk ada pembangkang lain di Malaysia mengganti PR buat masa ini belum nampak lagi..


T kasih Tok..

Ahmad Muaz said...


Assalamulaikum Datuk A kadir Jassin,

Datuk dilahirkan era sebelum merdeka.Datuk menjadi wartawan semenjak muda lagi..Datuk hidup dizaman semua perdana menteri...

Maafkan saya Datuk bg saya Datuk sepatutnya menjadi rujukan terbesar maysarakat Melayu..

Kesilapan Datuk mengharap UMNO berkubur merupakan langkah paling tidak bijak.Sokongan Datuk kpd PAKATAN menjadi rebah

malah cukup memalukan.

Datuk maafkan saya

Saya rasa Datuk tahu ketua PAKATAN DS Anwar adalah orang paling tidak boleh dipercayai di dunia hari ini.Penjelasan Datuk tentang

isu kemelut PAKATAN di selangor tidak menjadi kejutan krn semua sudah tahu.Yg menjadi persolan sokongan rakyat masih utuh

dikalangan PAKATAN.

Maafkan saya Datuk sekali lagi

Majoriti bangsa Cina menyokong PAKATAN bkn kerana meletakkan kedilan no 1 tetapi mengaharapkan Cina mengusai 100% harta di

bumi tanah melayu. Bangsa Cina bukanlah ingin melihat masyarat majmuk hidup kesamarataan ttp hanya ingin tengkolok mereka

diberi sebanyak mungkin. Datuk percaya tak?

Datuk TS Muhiydeen seorang berjiwa besar keupayaan menentang Najib memang ada.Jangn perkecil kemampuan TS Muhiydeen.Saya

percaya cukup dengan langkah 3 tahun TS muhiydeen boleh kalahkan Najib.

Ramai melayu dan UMNO tidak kenal Muhiydeen...sayang pemimpin hebat boleh mengantikan Najib bila2 masa sekiranya Najib

dijemput Oleh Allah .Ramai menyangka TS Muhiydeen tersekat dan sudah tua.Tidak mampu menggugat Najib.

Datuk gandingan Najib dan Muhiydeen lah merancakkan ekonomi semula.Menjaga politik MELAYU agar tidak HANCUR dgn kesedaran

Melayu baik dikalangan UMNO dan PAKATAN yg tidak memahami situasi politik hari ini.TS Muhiydeen akan dikenang sebagai Timbalan

paling setia dan berusaha menjadi teman paling rapat dgn NAjib.

Melayu diambang runtuhnya kuasa politik bukan kerana UMNO GAGAL tetapi Melayu sudah kecundang dengan perkiraan emosi

semata-mata.

Datuk saya dengan rasa rendah diri menyeru dan mengharapkan sokongan Datuk kembalilah kepada landasan perjuangan UMNO

dahulu.Kembalilah dan terus bekerja demi melihat Islam Melayu dan Raja di pertahankan.
Datuk kehidupan Datuk semakin singkat....
Lihatlh sejarah dahulu dan tak mungkin sejarah sekarang tidak boleh berubah...Bangkitlah Datuk perbetulkan UMNO tetapi lihatlah

dengan kaca mata era 1943 ketika Datuk dilahirkan.Percayalah Datuk UMNO sudah berjaya sejak era Datuk........

Datuk adalah Generasi dahulu yg hebat bersama-sama dengan era 5 PM UMNO yg hanya ingin melihat Melayu gagah di

nusantara.Wasiat pemimpin Tertinggi UMNO dahulu buka lah balik jadikan azimat kpd perjuangan yg semakin sukar.....UMNO

semakin lemah Datuk.

UMNO bakal terkubur di era 2020.Kenapa?

1. UMNO gagal memberi kekayaan kpd Melayu??????

doncin cai said...

Din Melaka kat mana sekarang ni

din klang said...

Kena ingat pepatah orang Melayu dahulu. Jangan marahkan nyamuk, kelambu habis kita bakar... kesian kat anak cucu di kemudian hari.

Datuk Apa Problem? said...

Kenapa Datuk selalu blog sinis ? Datuk tak inginkan kestabilan di negara kita ? Datuk lebih sukakan huruhara di negara kita. Datuk pandai sangat kutuk BN tapi takde pun nak kutuk Si penipu Lim Guan Eng dan Anwar. Yang kita nak keadilan, tetapi, kenapa beri sokongan kepada pihak yang paling kurang adil. Adakah Datuk tak tengok udang sebalik batu ? Kalau Datuk sayangkan negara kita, komenlah baik baik negara kami.

Kenapa said...

Datuk,

Kenapa Datuk support media alternative macam MalaysiaKini dan MalaysianInsider. Media ni bias dan semua bukan memberi maklumat yang benar. Sudah beberapa kali saya buat komen dalam portal tersebut dan komen saya diblok saje. Mana adil pun ? Cakap saje adil. Takdepun cakap apa apa kesat cuma tak setuju dengan aliran mereka. Datuk percaya kepada aliran penipuan MKini dan MalaysianInsider ? Memang ada orang belakanag yang control apa jenis info yang dibenarkan keluar dalam portal tersebut. Harap Datuk sedar betapa banyak penipuan kumpulan sedemikian. Jangan sekali Datuk memudaratkan lagi negara kami dan masuk ke aliran tersebut. Biar positive sikit komen Datuk.

A KADIR JASIN said...

Pelawat dan pembahas yang ada masa/hasrat boleh tontoni temu ramah saya dengan mobtv di alamat berikut http://www.mobtv.my/talkshow-5703.html

Terima kasih.

ana ada senyum said...

Rumusan nya akadirjasin ni penyokong pembangkang tapi main sorok2.Bila PR nak melingkop ni di bolih cakap 2 kali 5 plak. Apa tak perasan ke PR ni hanya pakatan untuk nasib individu. Perkataan pakatan itu sendiri menunjuk niat jahat.

anak jati selangor said...

Pemimpin borek
pengikut rintik

bersedia la untuk mengundi tak lama lagi.

undi lah dengan bijak

jangan tergigit lidah dua kali

Lahuma said...

Dato.

Sah Khalid Ibrahim dipecat dari PKR.
Dia adalah ADUN Bebas dan MB Selangor.
Pas dibelakang Khalid Ibrahim.
Anwar tetap mahu singkir Khalid.

Anwar dan pemimpin PKR kata pemimpin Pas belum dapat maklumat lengkap hal Khalid Ibrahim.

Pas tunggu apa lagi dalam Pakatan Rakyat.

Lagi pun Pas sekadar jadi kaldai politik PKR.DAP sahaja.

Semua ini agenda PKR/DAP.
PAS tak ada agenda apa pun.

Pas seperti kayu BENDUL yang lurus.

Nasib Khalid Ibrahim sudah dihujung tanduk.Khalid perlu ada majoriti dalam dewan undangan negeri.

Yang naya ialah Pas.
Yang gigit jari UMNO/BN.

Terima kasih Dato.

safiai saad said...

Salam Aidil Firi Sdr Kadir,
Wha happen to Khalid,is indeed no suprising due the following reason based on my discussion with PKR hard core supporter;This view points is written without malice or mala fide but trying to explain what realy happening on this episode.Imagine before the elaction you got the best Menteri Besar, now it is the opposite.The rakyat is confusing. This opinion is stand to be corrected
1. It is uncultured for the Malays to go againts the main leader ( reads supremo), look what happen to the Malay warriors who go againts the Sultan.....look at Hang Tuah,hang jebat...our Umno little napoleon,Musa hitam,Tengku Razali...all of them will be punished severely.If you look at Chinese politics,it is even worse...DAP...MCA...MIC. you bite the bullet, the only wayout is to be killed. full stop.
2.Anwar did ask Khalid to do many things in Selangor,like low cost housing,free water,...etc but he seemed to do what the corporate players like.He does not listen
3.To help the reformasi group who are jobless, no income.Can't he help them by providing small projects,business oppurtunities. These are the very people who supported Anuar from the Day One. Khalid is chauffered driven at that time. Yet who gains the benefits for getting the richest state in malaysia. The same privillage few.The reformasi group is disrespect by the very leaders they help to propel.
4.Khalid state policy lack competitive edge,it is mediocre and in consonent with barisan policy, so this policy has been rejected by the rakyat, thus next election the PKR might lose Selangor if this continue.
5. Since Selangor coffer now is getting bigger than the need for political struggle has been diminished.Now every one are looking at what is for me.UMNO culture is creeping into the state.
I rest my case.Thanks Sdr kadir

tin kosong said...

what the selangor voters failed to see now that this is only the first round of Anwar Ibrahim's Family & crony faction in grabbing the power in Selangor from Khalid Ibrahim and his supporter

They failed to see that there are going to be a second round of power struggling.... between Anwar's faction against Azmin Ali team in PKR selangor

And the game will go on until Anwar's faction dictate PKR as what the Lims and Karpals did to DAP.

In politic, everything is about holding to the power...

sayataksukaanwar said...

Kenapa Datuk suka Anwar sangat si penipu tu ?

wankamarul701 said...

Sembang-sembang makan di kedai makan mamak tadi.

Rupa-rupanya Khalid ni hutang dengan Bank Islam sebanyak RM70 juta dan tak boleh bayar semasa menjadi ceo Guthrie.

So, Khalid kena saman.

Nak elak kena saman, Khalid minta tolong dengan Najib dan untuk elak saman.

Khalid ada hubungan dengan kontraktor Lebuhraya Kidex. Kontraktor ini akan membayar hutang Khalid.

PKR akan mencantas Khalid kes ini. Tetapi Pas sokong Khalid sebab takda hitam putih dengan SPRM.

Kalau benar cite ni, hamba tak sokong la Khalid sebab ada kes.

wankamarul701 said...

Khalid kekal. Diharap Anwar Ibrahim jgn gundah-gulana.

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Saya baru je habis menonton interview Dato’ dalam TV tu. Memang professional ulasan Dato’. Dan cadangan Dato’ utk UMNO Selangor mengemukakan org-org baru juga memang bijak dan bernas. Saya setuju 100%. ramai sebenarnya permata UMNO yg berkilauan, tetapi amat patuh mengikuti nasihat YAB Dato’ Seri Presiden kita iaitu “jangan lawan touke”. Sabar itu sebahagian dari iman. Tak lari gunung dikejar.

Berbalik kpd tajuk semasa, kesian betul saya nampak Khalid sekarang. Baru dia kenal siapa kawan dan lawan. Petua sayalah dlm mengenali kawan; “kawan sejati sikit dan menjelma semasa kita dlm kesusuhan manakala kawan berjoli ramai dan dikala kita di dlm kegemilangan.

Jadinya, bukan saya nak puji prinsip Tan Sri TPM kita, tapi katanya UMNO akan menyokong Khalid tanpa apa-apa syarat demi kebaikan rakyat Selangor. Inilah UMNO. Mankala PAS pula kata status qou sehingga mesyuarat pada 17 hb nanti, takut-takut ada U turn w/pun ulama mereka suruh sokong Khalid. Itulah PAS. PKR dan DAP jangan haraplah, jauh panggang dari api.

Akhir kata, bagi MB Khalid dan para pembahas sekalian, Allah dah menunjukkan siapakah kawan sejadi di masa susah, dan kawan berjoli yg menjauhkan diri dikala kesempitan. Tepuk dada Tanya selera !!!!!!!! Sekian TQ.

msh said...

Salam Dato.

Sallehen Mukhyi Exco Pas dari Sabak.......hari ini berkata mengenai
kemungkinan Umno dan Pas serta Khalid Bebas bergabung......"if Umno is in...Pas is out......"

Inilah org Pas...cakap tak fikir.

Tidak melihat 'the big picture'.....walau pun cuma seorg Exco tetapi dgn gah berkata begitu.....tanpa berfikir...mungkin.

Nampak mcm org ini tidak begitu faham dgn kata2 hikmat.....'silence is golden' atau pun...'kerana pulut santan binasa....kerana mulut badan binasa'.

Siapa dia berkata begitu?
Adakah suara dia mewakili Parti Pas?

Sebenarnya....org politik tentu lebih arif tentang perkara2 begini...tetapi nmpak mcm kurang cerdik pula.....dia tak belajar dari Khalid Samad ka?

Kalau dia Ketua Pembangkang....kita faham....sebab apa yg dia kata banyak yg sampah belaka.

Harap2 ketua2 Pas ada sikit kesedaran kalau tidak banyak pun.....tentang betapa besar nya peluang yg ada untuk menggagalkan cita2 jahat Ketua Pembangkang dan Dap ini.

Lagi pun Pas sudah lama sngat dikaldaikan.

Lakukan ini demi Ugama dan bangsa.

Peluang ini juga boleh mengembalikan kepercayaan majoriti Melayu Islam bahawa pemerintah Melayu dinegeri Selangor juga berkebolehan memerintah dgn lebih jujur..telus dan terbuka.....tidak seperti cara Umno....Pkr atau Dap.

Terima kasih

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).