Wednesday, July 08, 2015

Tak Menghairankan Jika PM Didakwa


A Kadir Jasin



MUTAKHIR, 9 Julai – Tak payah tunggu 14 hari. Dengan cepat Dow Jones & Co, pemilik Wall Street Journal, bagi tahu peguam Mohd Naji yang “We stand behind our fair and accurate coverage of this evolving story” (Kami berpegang kepada laporan kami yang wajar dan tepat mengenai sebuah peristiwa yang berterusan). Dengan itu, Mohd Najib wajib saman kalau dia ada bukti yang laporan WSJ itu bohong.

Mohd Hafarizam Harun, ketua peguam Mohd Najib

POSTING ASAL

PEMBAHAS Zed-85 dalam komen 12.52AM menulis: “Sekadar perbandingan, dahulu Anwar berjawatan TPM disabitkan kesalahan didapati bersalah dalam rasuah walaupun tidak ada nilai satu sen pun dalam kesalahan.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Sekarang ini terdapat lebih RM2 ribu juta yang dipersoalkan dalam siasatan.

Kita mungkin boleh anggapkan ini adalah "Stress Test" untuk sistem yang sedia ada sama ada prinsip "Nobody is above the law" benar-benar berfungsi di negara (kita).”


Ramai orang mempunyai sentimen yang serupa dengan pembahas Zed-85. Tetapi ramai terkejut dan berasa tidak masuk akal apabila timbul cakap-cakap dan ramalan bahawa Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak mungkin menghadapi tindakan undang-undang.

Kemungkinan ini menjadi semakin jelas apabila dakwaan akhbar Wall Street Journal (WSJ) bahawa beliau pernah mempunyai simpanan AS$681 juta (kira-kira RM2.6 bilion) tidak dinafikan, sama ada oleh beliau sendiri atau oleh bank yang dinamakan, iaitu AmBank Berhad.

Sama ada akaun berkenaan masih cergas, tidak aktif atau sudah ditutup bukan isunya. Persoalannya ialah Mohd Najib pernah ada RM2.6 bilion dalam akaun itu.

Dalam posting Facebooknya, beliau sekadar berkata: “Let me be very clear: I have never taken funds for personal gain as alleged by my political opponents – whether from 1MDB, SRC International or other entities, as these companies have confirmed.”

(Biar saya katakan dengan jelas. Saya tidak pernah ambil tabungan untuk kegunaan peribadi seperti yang didakwa oleh musuh politik saya – sama ada daripada 1MDB, SRC International atau pihak-pihak lain seperti yang telah disahkan oleh syarikat-syarikat ini.”)

Sampai hari ini beliau tidak menafikan bahawa akaun atas nama beliau dengan simpanan AS$681 juta itu pernah wujud, tetapi ditutup tidak lama selepas pilihan raya umum 2013.

Kalau akaun itu tidak wujud, apa susahnya beliau sekali gus menafikannya atau AmBank menafikan yang akaun atas nama Mohd Najib itu tidak pernah wujud. Tetapi yang lebih utama bukan kewujudan akaun itu tetapi daripada mana datangnya dana AS$681 juta itu dan apa kegunaannya.

Sebaliknya beliau dan penyokong-penyokong beliau membuat laporan polis terhadap WSJ dan peguam beliau mengutus e-mel kepada penerbit WSJ di New York “meminta akhbar itu mengesahkan sama ada ia mempertahankan laporan itu atau tidak” dalam masa 14 hari. Ia dilihat sebagai langkah melengah-lengahkan kerana WSJ telah pun secara terbuka berkata ia mempertahankan dakwaan terhadap Mohd Najib itu.

Sejarah Mengajar Kita

Sesiapa yang mengetahui sejarah atau tidak lupa sejarah tentu tahu bahawa sudah ramai orang politik dituduh di mahkamah kerana rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah. Ada yang didapati bersalah dan ada yang tidak.

Jadi kemungkinan Mohd Najib dihadapkan ke mahkamah bukanlah sesuatu yang luar biasa. Cuma belum ada Perdana Menteri yang diseret ke mahkamah atas tuduhan jenayah sebelum ini.

Sejak zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra lagi berlaku kes pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa melibatkan orang kanan politik. Ada yang berakhir di mahkamah dan ada yang tidak, tetapi umumnya ahli politik yang terbabit meletakkan jawatan. Antaranya adalah:

1. Allahyarham Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran merangkap Menteri Kesihatan dalam Kabinet Tunku pada tahun 1964. Beliau kalah kes sivil melawan S.P. Seenivasagam yang memberi implikasi bahawa beliau terlibat dengan rasuah. Allahyarham mengundur diri daripada Jemaah Menteri.

2. Menteri Besar Perak, Allahyarham
Ahmad Said didedahkan memiliki hampir RM1.2 juta. Daripada jumlah itu RM330,000 dirampas kerana didapati diperoleh secara rasuah. Beliau meletakkan jawatan pada Februari 1970.

3. Menteri Perumahan, mendiang Khaw Kai Boh diarah berundur daripada menjadi anggota Kabinet pada September 1970.

4. Pada era Allahyarham Tun Hussein Onn, seorang pemimpin politik yang sangat berpengaruh dan dipuja umum, iaitu Allahyarham Harun Idris dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah, didapati bersalah dan dipenjarakan enam tahun. Beliau mendapat pengampunan diraja apabila Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981.

5. Kata orang putih, “the stake became higher” pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad apabila Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah (salah guna kuasa) dan liwat.

6. Banyak lagi kes di mana pembesar politik dituduh di mahkamah kerana rasuah seperti Kasitah Gadam (dibuang kes), Tun Ling Leong Sik (buang kes) dan Mohd Khir Toyo (didapati bersalah/tunggu keputusan rayuan).

7. Ada kes-kes SPR/MACC yang kuat terhadap anggota Kabinet atau bekas anggota Kabinet dibakulsampahkan kerana tujuan politik.

Merenung Bola Kristal


Berasaskan fakta-fakta di atas maka adalah tidak mustahil kalau Mohd Najib dihadapkan ke mahkamah.

Daripada kenyataan Peguam Negara, Abdul Gani Patail, sejak beberapa hari kebelakangan ini, kesimpulan rambang boleh dibuat bahawa ada bukti pembabitan Mohd Najib.

Malah kenyataan bersama pasukan petugas pelbagai agensi mengenai pembekuan enam akaun bank milik pihak-pihak yang dipercayai terlibat dengan kes akaun Mohd Najib pada 6 Julai memberi gambaran mereka tidak mahu berselindung lagi.

Ini bukan calang-calang kenyataan media. Ia ditandatangani sendiri oleh Abdul Gani, Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Abdul Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Abu Kassim Mohamed.

Ia memperkukuhkan lagi bukti bahawa akaun yang didakwa oleh WSJ itu wujud!

Seperkara lagi, penubuhan pasukan bertindak itu boleh mengelak agensi-agensi terbabit daripada ditekan, dipujuk malah diperas ugut sekiranya mereka bertindak bersendirian.

Soalnya sekarang, adakah Abdul Gani bersungguh mahu menghadapkan pihak-pihak yang terlibat, termasuk Mohd Najib, ke muka pengadilan?

Beban Maklumat

Beban beliau sangat berat kerana maklumat yang ada di tangan beliau, juga ada di tangan badan-badan penyiasat  seperti Polis, SPRM dan Bank Negara.

Selain itu, sebahagian maklumat dan dokumen berkaitan telah pun bocor dan jatuh ke tangan pihak ketiga, termasuk media massa asing.

Kalau Mohd Najib tidak dituduh sedangkan ada bukti yang kukuh, satu dunia akan ketawakan kita dan sahlah kita tidak serius membanteras rasuah dan salah guna kuasa di peringkat tertinggi.

Peguam Negara terpaksa meyakinkan Polis, SPRM dan Bank Negara mengapa pendakwaan tidak dilakukan. Kalau tindakan tegas tidak diambil, ia akan menyebabkan pegawai-pegawai yang bertungkus-lumus menyiasat dan mengambil risiko, berasa putus asa dan hilang semangat. Dan mereka mungkin bercakap kerana mereka tidak mahu dituduh bersekongkol atau tidak cekap.

Beban yang sama beratnya dipikul oleh orang seperti Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Mohd Yassin kerana beliau juga mempunyai maklumat yang sama dan berkuasa untuk melakukan sesuatu.

Beliau perlu segera bertindak dengan berani dan tegas kalau mahu menyelamatkan negara daripada krisis imej dan keyakinan yang semakin meruncing yang telah merebak menjangkiti ekonomi dan kesejahteraan rakyat jelata.

Wallahuaklam.

50 comments:

Unknown said...

Kalau maklumat mengenai akaun najib dlm komputer dan juga audit trailnya dihapuskan bagaimana?

Kalau terdesak perkara begini boleh berlaku walaupun terlewat.

hazleezaiton@yahoo.com said...

Salam Dato,



What `beban' you are talking about Dato?.



IF ONLY A PIECE or a line of a statement from the mountainous of papers is indeed implicating the PM, he must then face the law as the rest of the citizens.


If he is innocence, he will be found innocence later anyway, and the law is rightly on his side...


Is it VERY CRUEL of us the citizen of this nation, if our PM is charged under criminal law for criminal charges?.



Is it VERY UNBECOMING of Malaysia if the Prime Minister is arrested and locked up pending further investigation if there is unequivocal piece of evidence?.


Is it not that nobody is above the law in Malaysia?.


SO WHAT is the fuss of arresting the Prime MInister, charge him accordingly,locked him up and he appears in the court as the rest of the citizens?.



IF ALL of above are not applicable to him and his associates, THEN STOP TALKING AND WRITING ABOUT ANYTHING ELSE!.


JUST change the government and the constitution,period.


He talks alot of anticorruption,tranparency, values of muslim ,blah blah blah.


IF the yahudi PM pun bolih masuk jail,dia ni bugis warrior no hal punya laa..tak ada value and not quoted dalam quran pun!....




Abu Bakar Ab Rahman.

joe black said...

Dato'

Task Force yang terdiri dari Governor Bank Negara, Attorney General Malaysia, Inspector General of Police dan MACC Chief Commissioner yang ditubuhkan bolih dilihat bukan sahaja dari segi menyelidik dan mengambil tindakan terhadap apajua salah laku olih 1MDB dan Syarikat Syarikat dibawahnya, bahkan juga dari segi menangani krisis kebolehpercayaan terhadap Institusi Institusi yang terbabit dan Ketua Ketua mereka yang telah dengan tidak sengaja terheret masuk olih 1MDB dan penasihatnya. Jadi tidak heranlah jika mereka terpaksa mengambil tindakan terhadap DS Najib dll. jika didapati berlakunya salahlaku dari segi undang undang untuk kabaikan mereka semua dan Negara.

ras abu said...

mana perginya slogan indah - pemimpin bukan sahaja perlu bersih TETAPI mesti kelihatan bersih

ras abu said...

mana perginya slogan indah - pemimpin bukan sahaja perlu bersih TETAPI mesti kelihatan bersih

Razali said...

peguam beliau mengutus e-mel kepada penerbit WSJ di New York “meminta akhbar itu mengesahkan sama ada ia mempertahankan laporan itu atau tidak” dalam masa 14 hari.

Yang saya baca dari blog lain, bukan itu penjelasan yang dipinta oleh peguam najib. Tetapi, surat berbunyi seperti berikut:

to state unequivocally and with clarity as to whether it is your contention that our Client misappropriated about USD 700 million belonging to 1Malaysia Development Berhad.

"Sama ada anda percaya bahawa najib 'menyalahgunakan' USD700 juta milik 1MDB". Bukannya nak tanya tentang kewujudan akaun itu, dengan amaun sebanyak itu, atas nama Najib.

Sumber:https://jebatmustdie.wordpress.com/2015/07/08/did-najibs-lawyers-sent-the-most-pathetic-legal-letter-ever/

ADUHAI said...

Salam Datuk,

Saya percaya tidak ada cara lain untuk UMNO/BN mengembalikan sokongan selain dari menyumbat semua pesalah rasuah 1MDB kedalam penjara sebelum membubarkan Parlimen. Tidak kira samaada Najib, Arul, Sharol Halmi dan mereka-mereka yang bersekongkol seperti Jho Low, Lee Seet Sin, Tarek Obaid.

Josefharrys said...

Task Force yg diketuai oleh Gani Patail skrg ni dalam keadaan yg rumit kerana penyaluran wang yg didakwa oleh WSJ ini secara umumnya telah diketahui oleh pihak ketiga iaitu Moneytary Authority of Singapore(MAS) kerana dana yg disalurkan melalui Singapura itu lah maka BNM terpaksa membuat kenyataan bersama pihak task force dan ini menunjukkan kes ini adalah serius dan berkemungkinan melibatkan beberapa individu lain tidak dapat dinafikan jadi sebagai yg datuk katakan bahawa kemungkinan Najib akan didakwa dimahkamah juga mungkin terjadi memandangkan apa yg sdg berlaku sekarang and provided segala siasatan dijalankan secara telus dan adil.

Abdullah Ngah said...

memang Datuk Seri Mohd Najib Razak tak ambil duit itu, orang yang masukkan duit itu dalam akaunnya. Sebab itu sebelum ini ramai yang didakwa bebas kerana mereka yang kena dakwa itu tidak ambil duit itu.betul duit itu ada dalam akaun mesing masing, tapi mereka tak ambil. Orang lain yang masukkan duit itu kedalam akaun masing masing.

MOKHTAR said...

Salam Datuk,

Satu impian yang tak akan menjadi realiti..

ZakiahSaffiya said...

Ke mana pula pergi dana rm2.6 billion selepas itu? Mustahil di keluarkan secara tunai. banyakkkk briefcase kalau wang tunai. di transfer ke dalam akaun siapa pula?
agaknya ramai yang terlibat nanti....

The New Yoke Times said...

Kini dilapurkan dalam The New York Times !

http://www.nytimes.com/2015/07/08/world/asia/inquiry-into-malaysian-fund-also-puts-spotlight-on-prime-minister.html?ref=world&_r=2

Malu betul !

Urang Awak said...

Salam Ramadhan al-Mubarak,

Nampaknya kini isu 1DMB semakin hari semakin panas dan Najib tidak akan mampu memulihkan nama baiknya walau apa jua tindakan yang bakal dibuatnya nanti.

Saya pasti akan banyak lagi document2 panas yang ada berkaitan dengan Najib akan bakal menyusul selepas ini jika najib enggan berundur.

Sejarah bakal menyaksikan si Najib merupakan menteri kabinet yg paling banyak terlibat didalam skandal2.

Wallahualam

GST/FGV victim said...

Salam DAKJ,

I found that PM currently knew that is days are over and its matter of time before he makes his non-surprising exit.

The main issue right now is how is he thinking of escaping from going to jail. Can he negotiate with the DPM and other cabinet members so that he can exit from the political scene without any prosecution. Also, how can he save his legacy of what still remains?

Now, I think his fortune is not in his hands anymore.I think Tun already told him to quit previously and I assume there is a willingness for backdoor negotiation to allow him to retire gracefully and with his dignity remain intact.

I think he has blown his chances and played his last trump card. There is no going back and it is up the courts to determine his fate.

Kawanlama said...

Terima kasih Datuk dan memang betul kita menghadapi krisis imej dan keyakinan ketika ini.

Mengapa tidak kita tunggu dan menghormati sistem keadilan negara ini...kenapa tidak hendak melihat sendiri apajua 'fact finding' process yang sedang dijalankan oleh badan siasatan khas ini yang akan lebih menjelaskan fakta sebenar.

Boleh Datuk jelaskan di sini.

ismailrosiah said...

Telah dinyatakan dalam buku undang2 tiada siapa yang kebal di sisi nya mana2 pihak yang terlibat dalam kes jenayah dan ada bukti maka tindakan akan di ambil keatas nya kerana undang2 adalah asas paling atas dalam sesuatu sistem bernegara....Adalah tidak mustahil PM akan di ambil tindakan jika pihak AG mendapati ada kes keatas PM.....Itu sahaja pendapat saya,

Hanezam said...

Yay !

raya nanti, baju baru kasut baru, PM baru ...!

Unknown said...

Aslkum Dakj.

Kalau AGC benar2 berpegang kpd peruntukan Akta Money Laundering maka memang dah ada kes.

Sedangkan setiap penerimaan wang yg dalam amoun ribu2 pun akan harus beri penerangan pd bank atas perintah BNM, inikan pulak dah berbillion.

Tak masuk akal betul.

Inilah peluang terbesar pasukan task force tunjuk pd dunia bahawa Msia ada undang2 dan tiada siapa boleh berlagak melebihi undang2.

Cukuplah dgn pendakwaan terpilih.

Cukuplah dgn perbicaraan di mahkamah yg diragui kebebasannya.

Cukuplah pendakwaan bermotif jahat.

Cukuplah sekali pihak imigresen di paksa atau terdelete rekod masuk keluar Altantuya.

Kali ini dah tak sempat nak delete rekod akaun individu terbabit.

Rekod keluar masuk Altantuya hanya dipegang oleh satu Jabatan.

Tapi rekod pindahan wang paling tidak diketahwi oleh 3 pihak iaitu bank pengantar, bank penerima dan BNM.

WSJ bukan akhbar cop ayam macam Utusan.

Ada berapa kali dalam sejarah mereka lapor kebangsatan pemimpin negara dunia?

Najib memang cari pasal. Maklumlah dia fikir siap

ADUHAI said...

Datuk,

1. Saya percaya selepas menyambut Eid Mubarak nanti lebih ramai rakyat dikampung-kampung akan menolak Najib kerana korup.

2. Ini kerana sudah pasti anak-anak menjenguk ibu bapa dikampung serta teman-teman dikampung dan memberi maklumat yang lebih dipercayai dari MSM terutamanya Utusan Malaysia dan TV3.

3. Walau RTM ada menjemput anak Al-Qubra dan cuba memberi galakan kepada perantau supaya jangan balik kampung dengan alasan kos tinggi untuk balik kampung, ianya telah ditolak bulat-bulat.

4. Meneliti emel yang dikirim oleh peguan Najib kepada Dow Jones, dalam perenggan akhir jelas telah melontarkan pertanyaan kepada Dow Jones samaada telah melantik peguam mereka di Malaysia untuk menghadapi tindakan undang-undang. (cukup lucu)

5. Ini jelas memperlihatkan Najib tidak berani saman WSJ di bumi Amerika. (hahahahah ketawa saya)

Kemaluan Sangat Besar said...


In the morning, the UMNO lawyers issued an embarrassing and pathetic letter to Wall Street Journal.

In the evening the AG issued stern warning against those who leaked the information to Wall Street , meaning the AG is confirming to the universe that the information published by Wall Street on 3 July 2015 that US$700 million was remitted into the personal accounts of Najib Razak is indeed true.

This is real shame and disgrace to the whole country!

aku said...

Kadiag, sekali lagi, salaam. Terima kasih banyak, terutama bila hang timbui nasib breder kat bamboo river tu, yg hang petik dari komen Zed 85, masa breder tu didapati bersalah keh risyuah sungguhpon takdak satu dit pon tukak tangan. Aku dok ingat orang dah lupa dah benda tu (selain orang yg dekat sangat dgn keh tu). Sekali lagi Alhamdulillah banyak2. Bulan posa kali ni, banyak tabir Allah bukak, buat kita renong dan ambik pelajaran.
Ni loyar depa pi tanya soalan pelik kat Asia Wall Street nak buat apa laa...munkin nak kelirukan isu atau mat salih kata 'obfuscate' yg memang satu senjata yg depa kerap pakai. Antara lain, untuk bagi orang naik marah (dan munkin hilang kontrol). Soalan aku, tak cukup lagi ka kerosakkan yg depa tebag satu Malaya ni...aku tak mau tulih panjang2, tapi setiap kelakuan burok ada kos nya... bila mungkag berleluasa, ada 'systemic breakdown' ramai huru hara dan aku perati, buat masa la ni, yg tanggung, biasanya orang yg paling lemah diantara kita, macam budak 5 tahun, Yaya,,. di Rantau Panjang, yg depa kata patah 11 tulang, bayi yg sebagian badan dia depa jumpa dalam saloran najih tu dan macam2 lagi. Na'uzubillah.
Aku pon dah lama tak balik kampong, ikan puyu doh perongoih lagi ka ?

Si Biasa said...

"Ada kes-kes SPR/MACC yang kuat terhadap anggota Kabinet atau bekas anggota Kabinet dibakulsampahkan kerana tujuan politik."

Biasalah, kenapa tak sekali lagi?

mrcukup said...

From the PM’s blog

https://najibrazak.com/blog/kenyataan-yab-dato-sri-mohd-najib-razak/

“4. Siasatan sedang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas untuk menentukan sama ada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal bahawa saya telah mengambil dana 1 MDB untuk kepentingan diri sendiri berasas atau tidak. Siasatan mesti mengambil kira kesahihan dokumen yang telah disiarkan bagi menyokong tindakan akhbar tersebut.

5. Meskipun begitu, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri. Tuduhan Wall Street Journal merupakan satu niat jahat yang didokong dan disokong oleh pihak tertentu dalam negara yang bertujuan memaksa saya melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno.”



Mein Gott!

That is not what the investigation should be about, it should be whether the money was transferred to these accounts (whoever it is), why it was transferred in and what happened to the money after.

Here the PM is creating his own question, his own accusation and saying that is what should be investigated.

WSJ never ever said the money was for his personal interest of gain, it just said this is where the money went to.

The terms of reference of the investigation must be released immediately.

Cukup

zainal abidin awang kechik said...

RAMAI yang ikut pi sama tok...
Bila hujan turun... KJ rasa sama


Salam

Joe Black said...

Dato'

The Governor of Bank Negara must remember that her Father is very high regarded by all Malaysians and Internationally. His Goodness and Services will always be remembered by Educators alike. Please do not allow the good name of his family to be brutalised in the same way that Najib compromised the good name of his father. We hope that as a member of the Task Force, you will not compromise integrity for the sake of Political Expediency.

vasantha said...

Dear Dato,
I would advise every Malaysian to also read Abuhassanadam's blog, besides yours. He writes passionately and with anguish about the current affairs of the country. I am baffled as how some can still remain unmoved by the chain of events. Nothing seems to affect us anymore. We are like robots, going through the motions. It is eerie like the scenario in George Orwell's 1984.Brainwashing is being slowly instilled in us. It is like why should we care anymore? It is a scary situation alright. Will we ever see the light?

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Belum pernah dalam sejarah negara kita eksekutif kerjaan yang paling tinggi di dakwa.

Kita mengharapkan kedilan dapat dilaksanakan.

Jumlah wang yang terlibat adalah begitu besar sekali dalam transaksi yang mengikut pahaman saya ke dalam akaun persendirian.

Hadi Awang mengatakan kita perlu ada 4 saksi dalam membuat pengadilan. WSJ sudah pun apungkan bukti dalam internet yang mana saya fikir lebih dari ribuan saksi sudah dapat melihatnya.

Beberapa bulan sebelum Presiden Nixon meletakkan jawatan, Nixon telah berucap depan media yang ramai dan nyatakan dengan penuh perasaan, "I am not a crook".

msh said...

Salam Dato.

"Tak tumbuh tak melata....tak sungguh org tak kata."

Inilah dia cerita Pahlawan Bugis yg terlalu 'over confident' dgn kekuatan diri....hingga terlupa yg pihak lawan pun kuat juga.

Mcm org Kedah kata..." Ini kes belajark tak habieh....tak khatam ....last2 langark tembok".

Org serupa dia bila belajar tak habis tentu tersalah langkah....lebih2 lagi kerana terlampau yakin dgn saranan dari penasihat2 ....dan penggilap2 epal...hingga dia lupa bahawasa nya;

"Penasihat2 dan Penggilap2 ini peduli apa sngat.....mereka cuma berbisek ketelinga dia apa yg dia mahu dengar sahaja seperti 'not to worry Boss...everything is under control..we must fight till the end.....bla bla".

Hah....akhir kata...inilah jadinya pd Pahlawan Bugis yg ....'belajark tak habieh'..... rupa2nya pahlawan kampung sahaja.

Maaf berkata2 sedemikian rupa...
...kerana sy sbg rakyat merasa cukup tertekan ... kecewa dan juga marah bila diperlakukan sebegini oleh seorg ketua yg sebangsa.

Tambahan pula setelah hampir 7 tahun dia memegang tampuk permerintahan.. dia bukan sahaja lemah dan terbabit dgn pelbagai kontroversi .....tetapi dia juga mementingkan diri serta keluarga dia sahaja....juga org2 yg terdekat serta penggilap2 dia sahaja.....dari menjalankan amanah untuk menjaga rakyat...ugama dan negara.

Kita tunggu dan lihat sahaja apa kesudahannya....sama ada undang2 negara ini memilih bulu atau memang adil.

Terima kasih.


Lahuma said...

Dato.

Tokoh tokoh kanan PM minta rakyat bertenang, bertenang dan bertenanang.
Kedaan makin serabut.
Dalam sejarah lah bila seorang PM dikaitkan isu berbagai bentuk yang berat pula.
Setakat Ketua UMNo Bahagian sudah tak mampu hendak berdepan dengan rakyat jelata.
Itu pun kerana mereka diberi sagu hati tutup mulut dan angguk.
Memang betul lah pemimpin umno banyak buat harta dari bela rakyat.
Saya rasa Pasukan Petugas Khas ini sudah tahu segalanya.
Bangkai gajah mana boleh tudung.

Kepimpinan Melayu dilanda krisis dan rakyat sudah hilang keyakinan terus.

Semoga kerajaan Malaysia jangan jadi kerajaan cap ayam.

Terima kasih Dato.

maae said...

Rosmah kata berserah pada Allah SWT. Jadi :-

1. Sebagai Islam itu lah jawapan terbaik.

2. Sebagai Islam juga kita mesti jujur dan amanah. Sebagai Pemimpin mahfum nya memimpin dan memberi keselesaan dan keselamatan untuk jemaah. Sunnah Nabi Besar kita.

3. Jika melakukan pecah amanah, rasuah dan demi diri, kaum keluarga dan kroni - ini LARANGAN Islam kepada jenis sebegini berjenama musyrik dan munafik ! Allah SWT sebaik-baik pembalas tipu daya !

4. 1MDB telah di serbu dan dokumen telah di rampas. PM Najib teruskan saman WSJ (?) Jadi beliau "berhak" juga pertahankan diri. Semua bergantung badan siasatan, AG da Gabenor BNM - walaupun mereka juga menerima arahan PM. Biar lah Melayu selesaikan masalah Melayu ! Apa pun mereka semua akan menjawab kepada Allah SWT.

5. LKS tanpa rasa malu berterusan 'memancung !' walaupun beliau sendiri sentiasa bersilang kata dan juga punya "rentetan" sejarah hitam yang Datuk tidak tuliskan. Teruja ke Putrajaya ? Layak kah ? Rujuk blog Just Read.

6. Sebagai Melayu, punya Tanahair, kemelut Najib, kita seharus nya bukan menggadai masa depan. Masaalah Najib di jadikan IKTIBAR untuk menjadi lebih kuat dan berwawasan. Ingin Negara kita hilang ?

7. Tidak mengapa Najib 'bakal hilang' kerana 'kesalahan' beliau (?) kerana mungkin ada 10 pengganti yang lebih baik dari beliau, Insya Allah.

PRU 14, Melayu mesti bersatu ! Kenapa pula, kerana Najib, Melayu mesti hilang segala-gala nya ? Najib bodoh atau Melayu itu masih bodoh ?

anak kedah said...

Tok sah berdolak dalik la pm najib...org tanya betoi ka dak ada duit masuk dlm akaun hg pada tarikh2 tersebut? Bukan org tanya hang pakai ka dak duit tu tuk anak bini hg..itu pun payah ka nak jawab?..kalu ya..just step downla..hg dh byk menyusahkan rakyat...cukup2 la..jgn sampai polis p rumah hg p gari hg pulak..kan payah...sat g dgn bini hg sekali depa cekup...cant wait to see the day a front page headline "najib: i quit"

joe black said...

Dato'

Dalam kekalutan yang sedang melanda negara sekarang, WSJ, setelah menerima surat lawyer DS Najib terus memberi jawapan yang diberitakan saperti berikut;

“We stand behind our fair and accurate coverage of this evolving story,” a spokesman for Dow Jones told The Star when contacted.

WSJ yesterday posted documents detailing the money trail online, and said it was sourced from a "Malaysian government investigation”.

Apa yang dikatakan olih WSJ sebagai "Malaysian government investigation" itu berkemungkinan besar siasatan yang telah dibuat olih Bank Negara. Jika benar, adakah DS Najib sanggup berhadapan dengan hakim (berkemungkinan ianya hakim luar Negara) bersama dengan wakil Bank Negara sambil bersumpah bahawa siasatan yang dibuat olih Bank Negara tidak wujud?

Nampaknya apa yang sedang terjadi diMalaysia sekarang mirip apa yang telah terjadi diAmerika Syarikat yang dikenali sebagai "The Watergate" Scandal, dalam mana President America Richard Nixon terpaksa letak jawatan kerana salahlaku semasa berada di White House. Scandal itu didedahkan olih dua Wartawan America dimana rahsia telah diterima olih pemberita pemberita tersebut dari orang dalam yang diberi Name "deep throat". Aneh sekali sebelum pendedahan berlaku, Nixon pernah berkata "I am not a Crook" . Buat masa sekarang sudah tersebar diseluruh dunia kata kata Najib "I am not a thief" sedangkan tiada siapa yang menuduh beliau mencuri (cuma wang dikatakan masuk account beliau sahaja).

Tidak pernah kita mendengar tersebar diseluruh dunia seorang Ketua Negara berkata "Ï am not a Thief". Kepada sipendengar diluar negeri yang tidak tahu menahu, imaginasi kes pencurian olih Ketua Negara Malaysia akan berleluasa diminda masing masing dan akan memberi kesan negatif terhadap Negara.

Unknown said...

Aslkum Dakj.

Bahagia sungguh dapat jadi PM negara yg penduduknya majoriti cop ayam.

Buat la apa pun. Curi la brp bnyk pun.

Tipu la semau2nya.

Tetap Melayu akan salahkan Cina, org asing dan pembangkang.

Bukan senang nak berpisah dgn pangkat kuasa dan harta.

Bukan senang nak kehilangan beberapa biji jet peribadi.

Maka dicari lah pelbagai alasan bodoh lagi memperbodohkan.

Kerana wang IMDB yg di katakan di pindah ke akaun peribadi PM dan diguna untuk pelbagai tujuan antaranya didakwa membiayai PRU13.....dan selepas menang diangkat menjadi PM, .....lagi muka tak malu sanggup kata beliau tidak mendapat keuntungan peribadi.

Manusia jenis apa org macam ni.

Nak buat macam mana. Kalau dah mental org Melayu di cuci jadi kotor hingga tak boleh beza antara pemimpin jahat dgn yg baik.

wara said...

silly lawyer. must go for drafting and basic english course.

Bank Bugis said...

Tan Sri Zeti was the BNM governor (now also is) during the period where the US$700millions funds moved in, out and accounts closed.

How did she deal with exceptional reporting arising from those unusual transactions?

Has this so-called Task Force issued any show cause letter to this Tan Sri Zeti by now ?

Can Tan Sri Zeti be charged ?

Ibrahim D said...

Bagaimana PERKASA, tak ndak ambil tindakan ke ? Malu kita orang Melayu kalau terbukti Najib telah melakukan kesalahan jenayah. Dato Hem kena ambil tindakan mantap untuk kembalikan maruah Melayu.

GST victim said...

Salam DAKJ,

Saya rasa sekiranya didapati wang memang ada ada didalam akaun Najib,memang patut didakwa dan di lucutkan jawatan. Samada wang itu digunakan untuk kepentingannya atau parti, itu tidak relevan...Kalau dia nyatakan yang wang itu sumbangan pak Arab untuk parti Umno memang jawapannya karut-ngarut dan memang patut sumbat dalam jail.

Saya pasti kalau UMNO masih buat dek aje macam benda itu tak salah walaupun NAJIB terima RM700 juta atau RM42 juta, saya pasti akan terjadi demo secara besar-besaran....Samada pakatan atau tak pakatan, rakyat jelata tak boleh terima alasan yang tak boleh masuk akal dan jauh lebih teruk dari baghal

Pompuan said...

Salam bahagia DAKJ
Is it? For real? That you sound so confident Najib will be dragged to court.
Sorry Siree to burst your buble. No, he won't. Last night IGP said Najib's bank account was not among those which are frozen.
And Auditor-General said nothing suspicious found in the IMDB preliminary report.
AG said probe team not based on WSJ report. But if Najib sues WSJ he may lose. As a staunch supporter of UMNO, I really don't agree Najib doing it. Just get a retraction which the rag must published since they accused Najib and he has a right to defend himself. I love both Tun M and Najib equally.
As for the probe conducted by AG, Zeti team Najib too may be cleared. One of two officers may be investigated further, but finally no case to answer. The happiest person is Jho Low. Bagi nak rak kita kutuk dia dan dia kutuk UMNO, pfft takde apa-apa terjadi kepadanya.
Kira-kiranya DAKJ dan kawan-kawan blogger senada rugi masa jelah. Tak lekatpun.
More than a month I was away, I see that Pakatan lover Umar Abdul Aziz trigger-happy condemning Malays and UMNO.
Mr Aziz may I ask you is Anwar behind all these expose? The unseen hands. Am not accusing bit asking you. Nampak macam modus operandi dia je. Dari IMDB ke Mara Inc, ke kes Sirul dan tak lama lagi kes Altantunya. A concerted move to bring down Najib.
And now his princess is filing to declare the 2013 GE null and void. Tak mustahilkan he's got tentacles everywhere?

Unknown said...

At the end of the day Najib still wins. As PM he controls everybody..the Ministers..PAC..MAAC..IGP..all Heads of Govetnment Depts and he can plead with the Spore, Thai,Aussie,Arab gments to protect him. And of course ' you scratch my back and I will scratch yours incl yr balls ' will be done.

Our only hope is Allah swt prove that Najib and his cohorts have commit the biggest sins to the country and rakyat. Allah hu Akbar3

ANOT said...

Dato.. Najib ada berbillon ...pecayalah dia tidak akan di adili di bawah undang undang negara. Ingat dia ada berbillon dan ramai yg berdekatan beliau perlukan keselesaan yg NAJIB boleh jaminkan termasuk lah dewan kehakiman negara.KALAULAH PENDIKA dewan rakyat boleh di biuskan ini kan kehakiman negara.saya sebagai rakyat biasa yg selama ini memangkah BN pun pernah di ketepikan hak keadilan saya sebagai orang naif dan jujur dalam mempecayai perlembagaan undang undang negara..pecayalah NAJIB amat berkuasa sebab dia adalah BERBILLION MEN.

A KADIR JASIN said...

1.Debater Pompuan, in part, said: “Is it? For real? That you sound so confident Najib will be dragged to court. Sorry Siree to burst your buble. No, he won't. Last night IGP said Najib's bank account was not among those which are frozen. And Auditor-General said nothing suspicious found in the IMDB preliminary report.…”

2.I did not say Mohd Najib will or SHALL be charged. All that I said, it is not surprising IF he is charged. I am too old to be blowing bubbles! But I have seen Tunku’s downfall. Harun Idris’ downfall. Anwar’s downfall. I still have some faith left in our collective decency and sense of moral – of what is right and what is wrong.

3.I know an investigation can be carried out for different reasons. Among them (1) To establish a case. (2) To dismiss a case. (3) To establish a case but not to charge the suspect or suspects, and (4) To establish a case and charge the suspect or suspects.

4.If a case cannot be established against 1MDB, then something is terribly wrong with the AG’s Chamber, the Police, the MACC and the Bank Negara.

5.We might as well close them down and let the Bukit Bintang-type underworld run this country. After all these people are better than some governments in making money and in maintaining their own brand of law and order and in delivering justice.

6.Or maybe Malaysia is not for real. We are just someone’s imagination. Just a scary dream. In reality we don’t exist. We are merely a pigment of the imagination of an extraordinary storyteller.

Wallahuaklam.

A KADIR JASIN said...

1. My German is confined to rudimentary greetings and I know that "Elvis is tot" means Elvis is dead. That's the headline of German newspapers when Elvis died in 1977. I was then at Das Internationale Institut für Journalismus (IIJ) in Berlin.

2. Those who understand German may want to search this link: http://www.nzz.ch/international/asien-und-pazifik/schockstarre-in-malaysia-1.18576805 The headline reads: Ministerpräsident Najib wankt Schockstarre in Malaysia.

3. My daughter who lives in Zurich and speaks fluent German sent me the link with the comment "embarrassing".

Wallahuaklam.

Thank you.

Zed-85 said...

Saudari Pompuan,

The account in question (the one uploaded by WSJ) had already been closed. That is why it is not part of the 6 which is frozen.

The current sentiment by the public is to have the answer from authorities whether the accounts belong to the accused.

There is no answer.

About PAC, Nor Jazlan had said (youtube) that the Auditor General did not get the full cooperation from 1MDB. This contradict your comment.

You said that you love Tun M and Najib equally.

Tun M is asking the same things all this while which are for those in question to give answers.

I think your love for Tun M and Najib are not equal. The other one much-much more.

How about your love between UMNO and Najib, Which do you love more?

PENGUNDI AMPANG said...

Walaupon selama ini pada hakikatnya agenda memertabatkan Melayu cuma lakonan untuk tujuan kepartian/individu, namun ada juga riak dan bayang-bayangnya.

Namun, apabila hampir semua kepimpinan Melayu samada di pihak pemerintah atau pembangkang terjebak ke dalam perangkap survival yang sangat kronik, semua perancangan musnah. Hancur!

Di sebalik semua kejadian ini banyak hikmah yang yang selama ini disembunyikan tersingkap.

Tidak adalah perkataan yang lebih tepat jika dikatakan hampir semua orang Melayu yang ada kuasa atau kuasa menguatkuasa adalah ' keparat ' - dari pemimpin sehinggalah kepada budak pejabat.

akaz said...

Schämen Sie Najib

Kawanlama said...

Thank you Datuk,

I am really surprised that we have to get foreign media coverage in campaign to change our PM of M'sia.

Nampak jelas media dalam negera amat sukar menggugat kedudukan DS Najib.

Selamat teruskan usaha ini Datuk dan selamat berjuang DS Najib, semoga apajua perubahan demi kesejahteraan rakyat.

.

Rakyat Tertindas said...

Salam Datuk, nak minta Datuk fikir dan jawab dengan sejujurnya bahawa Datuk benar2 percaya BNM, SPRM, PDRM (Ketua Twitter Negara) dan AG betul2 telus, adil dan berintegriti?

Kalau Datuk kata masih boleh dipercayai dan diharap, Datuk sudah "lose the plot". Kerana kalau Task Force ini masih telus, adil dan berintegriti, bermakna ianya tidak effektif pula. Saya percaya tindak-tanduk mereka sudah menonjolkan mereka cuma "for show" sahaja. Contohnya, kalau skandal sedemikian berlaku di Eropah, Amerika, Jepun, Korea, HK atau Taiwan, dah lama banyak suspek, syarikat & akaun diserbu dan ditangkap untuk soal-siasat - mass arrests. Yang ada sekarang cuma pegawai2 rendah ambil dokumen untuk "checking".

Yang Datuk boleh harap ialah setengah2 pegawai yang masih ada "conscience" moral bertindak diam2 menyalur maklumat kepada media2 terkenal dan pihak pembangkang untuk memberi tekanan dari luar supaya rejim lanun ini ditumbangkan.

Unknown said...

Aslkum rakyat tertindas.

Ibarat kata2 dalam filem P Ramli bilangan pegawai kerajaan yg baik dan berani adalah " sedikit2, jarang2 dan kadang2"

Dari pensyarah kpd profesor atau naib censelor.
Dari pegawai PTD bawah kpd KSN.
Dari kapten hingga jeneral.
Dari ASP hingga IGP.
Dari magistrate hinggi ketua hakim negara.
Dari pegawai agama kepada mufti atau KP JAKIM.

Kalau sesiapa ada ciri2 bersih, jujur, berani dan tak UMNO friendly jangan mimpi nak pegang pangkat tertinggi

Inilah yg menyedihkan sebab dahlah yg tak layak mungkin makan gaji haram, mereka jadi hamba org politik buat kerja kotor terhadap masa depan rakyat dan negara.


Yg cop ayam mengapalai jentera pentadbiran kerajaan. Yg betul2 layak di ketepikan dari peringkat bawah lagi.

Yg ni kita harap TDM dan pemuka2 lama UMNO kena tolong betulkan.

Sebab mereka tak boleh terima pandangan berbeda walaupun pandangan pegawai baik untuk negara . Kalau TPM sanggup mereka buang dan fitnah inikan setakat pegawai biasa.

puncanya mudah.

Mana ada kerajaan haprak macam UBN mahu pentadbiran yg terbilang.



Syabas sdr Rakyat Tertindas kerna bangkit isu yg menyedihkan ini..

Tinta Hitam said...

Dari sudut keadilan,negara kita tak byk beza dgn "banana republic" diAfrika.Dimana lemah sentiasa terkena.Yg kuat sentiasa terlepas..Saya tak fikir PM akan didakwa..

K-Dean said...

Apa tiba-tiba makhamah di Australia sibuk dengan Najib dan Pak Lah pasal kontrak cetak wang?

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).