Friday, June 03, 2016

Calon Amanah Pilihan Deklarasi Rakyat


A Kadir Jasin



MUTAKHIR, 5 Jun – Sungai Besar, Selangor menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Azhar Abdul Shukur (Amanah/Pakatan Harapan), Dr Abdul Rani Osman (PAS) dan Budiman Mohd Zohdi (Umno/Barisan Nasional).
 
Kuala Kangsar, Perak melihat pertarungan empat penjuru antara Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah/PH), Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Mastura Mohd Yazid (Umno/BN) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

POSTING ASAL


MEMBANDINGKAN matlamat Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia dengan pencalonan Pilihan Raya Kecil Sungai Besar (SB) dan Kuala Kangsar (KK) maka jelas “calon” Deklarasi Rakyat adalah calon Parti Amanah Negara (Amanah) yang mewakili Pakatan Harapan (PH).

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Setakat ini, tiga buah parti telah mengumumkan calon untuk dua kerusi Parlimen itu – Pakatan Harapan/Amanah, PAS dan Barisan Nasional. Penamaan calon adalah pada 5 Jun dan pengundian 18 Jun.


Dua matlamat pokok Deklarasi Rakyat adalah penyingkiran (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri dan mereformasikan sistem pemerintahan negara.

Tanpa penyingkiran Mohd Najib, reformasi sistem pemerintahan negara mustahil boleh dilakukan.

Azhar Abdul Shukur calon Amanah/PH Sungai Besar
Mengapa calon Amanah/PH adalah “calon” Deklarasi Rakyat? Sebab-sebabnya seperti berikut:

1.Umno/BN tidak melakukan apa-apa untuk menyingkir atau mendisiplinkan Mohd Najib. Sebaliknya bersekongkol dengan beliau dalam skandal 1MDB, “derma” RM2.6 bilion dan pengalihan haram RM42 juta duit SRC International Sdn Bhd;

2. Antara Umno dan PAS kita tak pasti lagi siapa lawan siapa. Besar kemungkinan mereka sudah berpakat di dalam kelambu.

3. Mohd Najib, Presiden PAS (Datuk Seri) Haji Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, (Datuk) Harun Din kini berahi dalam asmara dana tiga penjuru.

4. Abdul Hadi mengaku berunding dengan “kerajaan” mengenai pembentangan Rang Undang-Undang Bukan Kerajaan (Private Member’s Bill/PMB) untuk meminda Akta (Bidang Kuasa Jenayah) Mahkamah Syariah Kelantan. “Kerajaan” dalam konteks ini adalah Mohd Najib.

5. Keutamaan Mohd Najib bukan menjaga kepentingan dan perasaan ahli dan penyokong Umno, tetapi mengambil hati Abdul Hadi dan Harun kerana dihantui kemungkinan dipecat melalui akuan berkanun oleh ahli Dewan Rakyat.

Dr Ahmad Termizi Ramli calon Amanah/PH Kuala Kangsar
6. Antara hilang undi dan hilang jawatan, Mohd Najib lebih rela memperjudikan undi PRK SB dan KK.

7. Mohd Najib percaya sebarang kemarahan pengundi Umno/BN kerana bersekongkol dengan Abdul Hadi dan Harun boleh diubati oleh penawar “cash is king.”

8. Abdul Hadi pula tergesa-gesa membentangkan PMB berkaitan Hudud dalam percubaan mengambil hati ahli dan penyokong PAS yang sedang digoda “imannya” oleh Amanah.

9. Umno/BN dan PAS sudah tidak pedulikan undi Cina dan India lagi. Mereka sudah mengaku kalah kepada DAP dan PH.

10. Peranan wakil Cina dan India dalam BN sudah diturunkan ke taraf penghibur lara saja. Apa yang mereka kata dan lakukan – termasuk ancaman keluar Barisan – tidak dipedulikan lagi. Mereka sekadar penggenap bilangan dan makan gaji.

Kesimpulannya, calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah adalah calon terbaik bagi penyokong Deklarasi Rakyat.

Peserta Deklarasi Rakyat boleh berkempen bagi pihak calon Amanah/PH.

Walaupun jalan di hadapan adalah mencabar bagi peserta dan penyokong Deklarasi Rakyat, namun apa yang mereka pamerkan sejak 4 Mac lalu memberi harapan baru kepada rakyat jelata yang ditindas akibat penyalahgunaan kuasa dan ketidakcekapan kerajaan Mohd Najib.

Wallahuaklam.

42 comments:

awang batuburok said...

Presden PAS AND UMNO(PAU) yang banyak persamaan dan sedondong sudah tidak peduli tentang pandangan dan aspirasi rakyat diperingkat akar umbi.
Yang penting bagi kedua mereka adalah kuasa dan nafsu untuk dipuja dan disanjung oleh pengampu2 setia dlm parti masing masing.

Kasihan rakyat yg terus menerus diperbodohkan dengan retorik2 kosong.

dt rahman pekan said...

salam dato.
saya telah membuat comment/cadangan melalui berberapa blog yang saya ingin berkongsi dengan pembaca dato :

"saya tiada kesempatan menghadiri sesi ceramah tun m. apa yang di usahakan olih tun harus/wajib d beri sokongan olih semua lapisan rakyat.

ada 3 perkara yang ingin saya utarakan/cadangkan (jika ia nya belum d usahakan)

1)uutuk membantu tun d peringkat pusat dlm meyampaikan hasrat rakyat kpd DYMM Agong,elok d tubuhkan 'pressure group' d kalangan bijak pandai (6 orang)d setiap negeri yg beraja agar mereka juga akan dpt menyembah kpd dymm raja/sultan tentang tujuan 'DR". mungkin dgn cara ini majlis raja2 akan dpt membantu Agong membuat keputusan yg tepat.

2)usaha yg gigih perlu juga d ambil bagi mengadakan sese ceramah khusus nya d kawasan parlimen Pekan, Pahang (bak kata perpatah inggeris 'going into d lion's den).banyak yg tidak mengetahui isu yg melanda pentadbiran Negara sekarang.saya yakin banyak pengundi yg sudah 'meyampah' dgn karenah orang2 keliling pihak yg berkuasa akan bertukar menjadi 'meyumpah'.

3)secretariat 'DR' harus juga menyediakan'fact sheet' yg senang d fahami dlm semua bahasa dan d sebarkan k merata pelusuk Tanah air (khusus d Pekan) mengenai 1MDB serta aliran wang yg masuk k dalam akuan individu2 secara tidak 'ethical'. maklumat2 ini akan membuat rakyat lebih mengetahui serta sedar dan faham bahaya kpd Negara jika ia nya tidak d bendung.

selaku anak kelahiran Pekan, saya dato Abdul Rahman b hj mohd noor sedia membantu."

sekian. wassallam.

sukasamasuka said...

Datuk.

1. Aku tidak pernah mengundi party lain selama ini kecuali BN dan UMNO, walaupun bukan ahli mana mana party dalam BN, termasuk lah UMNO. Selama ini perjuangan ku berteraskan perjuangan UMNO atau party dalam BN yang sama dengan perjuangan UMNO.

2. Aku bangga dengan perjuangan ku selari dengan UMNO dan sanggup mempertahankan kan nya selama ini, walaupun ada kawan-kawan dan keluarga pernah mencaci sebab mereka di party pembangkang tempatan dan juga nasional.

3. Bukan senang mau meyakinkan die-hard UMNO supporter macam saya bertukar party sebab pada lazimnya orang macam saya sudah pun "mengundi UMNO atau BN", walaupun tiada pilihanraya, bukan kerana ada kawan atau keluarga yang duduk di peringkat tinggi dalam party UMNO dan juga dalam kerajaan. Haram satu sen pun saya tidak pernah dapat atau diberikan projek-projek dari zaman Tengku Abdul Rahman hingga la ke Mohd Najib. Kawan kawan dan keluarga dapat bermillion million projek-projek UMNO/BN dan banyak juga yang sudah jadi jutawan. Itu rezeki mereka, bukan rezeki aku.

4. Aku ingin berterima kasih pada "orang-orang" UMNO yang menghulur pakej umrah sambil makan angin di Istanbul tahun lalu, 2015 bersama dengan "ahli keluarga" ku. Pada mulanya aku menerima tawaran itu sebab free. Tetapi bila aku sudah tau pakej tu ada-lah hasil dari duit curi dari UMNO, aku terpaksa menolaknya last minit. Walaupun aku ni bukan la "religious" sangat, tetapi sampai juga hati "kamu" menghina aku pakai duit yang dicuri. Ini lah tahap orang-orang UMNO pada saat ini.

5. INI BUKAN PERJUANGAN KU LAGI KALAU ADA "KELUARGA SENDIRI" YANG SANGGUP MEMBUAT KERJA YANG PALING HINA BEGINI.

INI BUKAN PERJUANGAN KU LAGI DALAM UMNO ATAU BN.

KALAU INI LAH PERJUANGAN TERAKHIR UMNO SELEPAS 60 TAHUN......MAKA BUKAN LA SUSAH AKU MEMBUAT KEPUTUSAN...TETAPI INI HANYA AKU SAJA, BUKAN UNTUK SESIAPA.

6. Aku berdoa moga-mogan calon-calon Amanah akan menang di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar!

adion said...

Nothing will change if the Malay voter give a big win to pakatan harapan.
Just a wake up call for Umno members before the next GE.

adion said...

The Malay voter should be reminded that this is their last opportunity to show thier dissatisfaction towards Umno MT. Take note : No more PRK after this regardless any vacant seat until the next GE.

sukasamasuka said...

Datuk.

"PAS Ulama chief apologises for ‘belittling’ Sarawak Muslims...June 3, 2016.

PENGKALAN CHEPA: Mahfodz Mohamed has apologised for saying that the Malays in Sarawak were not practising the true Islamic way of life...

Mahfodz said if indeed many Sarawakians did not understand PAS’ brand of Islam, then the Ulama Council would have a discussion and send our committee members to explain the party’s Islamic politics and policies in the Borneo state.

“We will take turns going to Sarawak to preach. It is after all the duty of the ulama to preach, and God-willing once we are there, we will go to Sabah and do the same.”

(http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/06/03/pas-ulama-chief-apologises-for-belittling-sarawak-muslims/)


WOW!

Ini ke yang dipanggil ulama PAS?

Begini saja la, Mahfodz Mohamed...pergi cari cermin muka dan tengok muka sendiri dalam cermin...nampak apa???...nampak muka "ulama"??

Mungkin orang-orang di Kelantan...minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki...kamu yang bernama Mahfodz Mohamed ini, disanjung dan dihormati sebagai ulama...itu di Kelantan!!!

Di Sarawak kamu macam meow saja...cuba la cakap di Kuching begitu KALAU KAU ANAK LELAKI DAN ULAMA TERULUNG DI MALAYSIA....CUBA...SILA DATANG!!!

Lepas tu suruh ulama ulama PAS termasuk kau sendiri, Mahfodz Mohamed datang ke Sabah seperti yang kau cakap dan kalau berani sebab kan kau ulama, berucap lah macam begitu.

Datang la ke Sabah...berucap la macam begitu...sila datang!

I like watching "Planet of the Apes"...miss that program so much!!

PutraKraken said...

Salam Datuk

UMNO dan PAS siok sendiri...tidak ada yang boleh diharapkan dari mereka.
UMNO yang tetap dengan pendirian biar parti terkubur demi pimimpin. UMNO umpama harimau yang patah taring dan kuku luka dek pertarungan dengan penghuni rimba. kini UMNO berulat dan berbau busuk.PAS pula tak ubah seperti sekor kucing yang telah dikasi (neuter) bejalan dengan ekor dicelah kaki menghampiri si UMNO harimau yang parah dengan harapan berganding tenaga menggelapkan mata penghuni rimba. Ngauman dan Ngiauan si harimau dan sikucing bersahut sahutan dikegelapan malam. Namun siang pastinya tiba dan penghuni rimba dapat melihat jelas persekongkolan mereka. Gi mampos kamu berdua...kini sang seladang menghambat tahta.

Walau apa pun...bak kata Datuk kalau calon Deklarasi Rakyat pastinya bukan PAS.
Amanah...juga serpihan PAS dan perlu tunjukkan kepada rakyat...kamu benar AMANAH...
Jangan Amanah pada nama sahaja...baju ditukar tapi badan tetap yang sama.

Wahai rakyat Malaysia...khususnya melayu...
Lihatlah cermin...dan fikirkan dimanakah letaknya melayu di Tanah Melayu?
Adakah kamu tetap melayu yang lama?
Atau kamu telah merentasi lonjakkan paradigma?

Hayatilah puisi "Melayu" oleh Tongkat Warrant.
Semoga melayumu berubah.

Anep said...

Sama mcm tuan..bkn ahli UMNO tp slama ni mmperthankn kerajaan kerana lbh percaya pda polisi BN.TP skrg terpaksa pilih asalkn bukan BN kerana BN nk sgt tanggung biawak hidup

sukasamasuka said...

Datuk.

"3. Mohd Najib, Presiden PAS (Datuk Seri) Haji Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, (Datuk) Harun Din kini berahi dalam asmara dana tiga penjuru."

Ish! ish! ish!...seronok nya berasmara dana tiga penjuru...dalam kelambu pula tu...ish!ish!ish. Jangan kena tangkap basah pula...nanti marah si Rosmah.

Maka sah la, mereka tiga ekor ni berkhalwat...memang perangai binatang, jadi macam binatang la juga!

Tapi, zaman sekarang mana ada orang pakai kelambu...apa laaaa Datuk ni. Itu zaman aku dulu waktu kecil laa...anak aku sendiri pun tidak tau apa erti "marah nyamuk kelambu dibakar" sebab mereka tidak pernah nampak kelambu dan bunuh nyamuk pun pakai penyambur Ridsect.

Tapi tak apa, kalau mau berasmara dana zaman sekarang ada cara lain...yang lagi mudah...main tukar-tukar baju saja pun sudah bolih...nampak gagah macam pahlawan hulubalang Melayu sikit...tapi mesti ingat itu baju bukan simbol pahlawan Melayu zaman Islam, tetapi zaman saki baki kerajaan Majapahit-Hindu-Animisma. Kesian! Pakai baju pun tak betul. Kesiaaaaan!

Mat Safian said...

Kit Siang pun sanggup sokong Tun M utk selamatkan malaysia, kita patut malu. Kita yg mengaku pejuang Melayu patut malu dgn Cina. Cina DAP sendiri hentam Jho Low inikan pula Najib and the gang berhempas-pulas melindungi Jho Low. Lepas tu bila turun ke kampung2 Melayu, BN & PAS berkempen sakan kata Cina nak ambik alih Malaysia.

Ayuh, pastikan Deklarasi Rakyat terus menyelamatkan malaysia.

Waghih said...

Salam Datuk ...

Secara jujur nyokong PAN samalah nyokong DAP .

DAP di P.Pinang tolah anak tirikan oghang2 yang bukan Tionghua .
Kampong tradisional habih dimusnahkan dan digantikan ngan pencakar langit yang tak mampu dimilik olih oghang bukan Tionghua.

Peluang kojo swasta dimonopoli 90% olih oghang Tionghua (jawatan executive) .

Bilo buek pengstrukturan syarikat ni akan buang 90% oghang bukan Tionghua .

Sumo shopping mall baru (maso DAP perintah )... warong halal yg ado cumo 1 jo .. kalau nasib baik .

Jadi , apo yang PAS khobar an tu adolah boto , sahih dan jelas . Ioitu DAP cukup anti Islam .

So , kalau DAP tu anti islam ... mako PAN pun anti islam ... camtu gak Deklarasi Rakyat tu ANTI ISLAM .

Patutla... DYMM Agong tak mau jumpo Tun M .

Subhanallah ... selamat berposo.

Waghih.

aku said...

Kadiag, salaam.

Alhamdulillah, dan tahniah.

1. Munkin sokong geng Deklarasi Rakyat (DR) kad Parti Amanah satu lajakkan lojig bila nampak anak Rahah dgn anak Awang dari Marang macam dok 'kerjasama'.
Munkin hampa (DR) bulih buat gerak kerja bersama Sama dgn Parti Amanah untuk tebagkan seluaihluaihnya maklumat secara seni atau mikro ke semua pengundi pengundi di Big Riba dan Kola Kangsa.

2. Macam mana pon, gelanggang 3 penjuru ni tetap bagi kelebihan atau 'tactical advantage' pd UMNO, makanya aku rasa la, munkin hampa kena buat gerakkan sisi atau 'flanking manoeuvre' untuk menjahanamkan muslihat depa. Munkin antara lain, hampa bulih rujuk atau tarik sekali YB Kluang, apek yg ada sarjana politik dari Belanda tu, jugak Hj dari Salog tu, Prof kad U Batang Berjuntai, sasterawan negara... dan ramai lagi yg hang pon kenai...

3. Aku harap jugak, breder kad bambu riba tak tersinggong ka apa ka... rakyat di luag ni pon rasa perit jerih hase kerja malag2 tu, munkin tak se parah macam dia dok rasa... munkin cukup baik kalu breder pon bulih sokong sekali'gagasan' ni....

Mintak maghap Kadiag no...

Aku

Zalman A said...


The agreement between Hadi and Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone is quite simple:

PAS is to create 3-way fights to split the vote.

The reward for PAS will be the states of Kedah, Terengganu and Kelantan, by a pre-arranged plan. There will be a "performance bonus" for Selangor.

One should not deal with liars and thieves.

Perhaps the Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia should become Gerakan Rakyat Selamatkan Malaysia, that should be an NGO that tries to unite the parties for GE14.

Datuk, many UMNO grassroots are not happy with Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone.

I think Tun and TSMY can provide the push for their voices.

I think the Amanah candidate is a well-regarded man locally there.

There is no fear in supporting him.

A vote for PAS is a vote for Mappadulung is a vote for corruption and deceit.

I hope the video of Mappadulung openly lying about his 'donation' last year is made compulsory viewing at every ceramah.

PAS should also play it.





Unknown said...

Salam Datuk

Ini salah satu peluang penyokong Deklarasi Rakyat dan Selamatkan Malaysia menunjukkan keikhlasan mereka untuk mereformasikan pentadbiran negara. Di harap dapat digunakan dengan sebaik mungkin.

Jangan ada yang tikam belakang.

Ya...Amanah tidak perlu mengikut acuan sesiapa.

SELAMATKAN MALAYSIA!

Mustapha Ong said...

Assalamualaikum Dan salam bro DAKJ,

Hahaha Melayu nak terus berkuasa seperti mengikut perjanjian semasa negara mencapai kemerdekaan pada Ogos 1957. Bagus tetapi dah hampir 60 tahun Merdeka bangsa Melayu yang bodoh, angkuh dan SOMBONG ini masih nak bergaduh dan menikam lidah! UMNO telah dilahirkan pada tahun 1946 di pekarangan Istana Besar Johor Baharu dan kini berusia genap 70 tahun masih tidak stabil dan Kalam bin Kabut. Adakah bangsa Cina, India termasuk Mamak kesah selagi mereka dapat berkuasa dan menjaga periok nasi rakyat kita untuk pembangunan negara Malaysia yang tercinta ini..sekarang dikenali dengan slogan Malaysia Boleh!

Soal Deklarasi ini dan itu, masuk angin dan keluar ASAP..semua nak menipu rakyat.. Berjuta borang-borang yang palsu dan dah jadi medan "perjudian politik" dan bukan perjuangan untuk agama, bangsa dan negara! Dengan pengalaman saya yang telah sudi meninggalkan jawatan saya PTD di Kementerian Luar Negeri dan rela membantu sahabat sekampung dan sekolah saya di English College JB semasa arwah Tok Mat dilantik sebagai Menteri Penerangan merangkap SUA UMNO daripada tahun 1982 - 1990 sehingga lah KSU KLN minta Tok Mat melepaskan saya Mustapha Ong sebab dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Pertama dan juga Penasihat atau Counselor kepada Duta Besar/KetuaPerwakilan di Kedutaan atau Persuruhjaya Tinggi sensitif di luar negara. Terpaksa lepas jawatan SUS Khas setaraf dengan SUSPOL satu jawatan politik yang perlu diluluskan oleh PM Arwah Tun Hussein Onn atas dasar perkhidmatan pinjaman. Mulai 1982 - 1990.

Tetapi semasa saya bertugas di Kedutaan Malaysia di Jakarta dengan Tok Mat sebagai Pegawai Khas bertaraf Setiausaha Pertama, saya telah di rekomen untuk dianugerahi DSSA dari CM Sarawak Tun Taib Mahmud yang dah lama saya kenali sejak Tun menjadi Menteri Peusahaan di Kabinet dahulu. Saya terpaksa menerima anugerah Darjah ini dengan syarat saya yang perlu disetujui...tiada istiadat pengurniaan, tiada publisiti, tiada rakaman bergambar tetapi cuma ada Watikah sahaja. Penganugerahan saya hendalah dirahsiakan sebagai P& C dan tidak boleh beri tahu kepada KLN. CM menerima semua syarat-syarat ketika itu sebab saya tidak boleh meletak jawatan disebabkan tugas saya di sektur KLN adalah secara Sulit sebagai perisik atau Foreign Intelligence Service bukan sebagai diplomat biasa. Di MINDEF sebagai Military Intelligence Service atau MI. Jika polis macam Special Branch kut! The rest is history dan pada ketika ini saya dianugerahi DSSA (dah diganti dengan lain sejak tahun 1989) SSA Selangor, AMN SPD YDP Agong dan PIS Johor. Lepas itu CM Taib nak saya berkhidmat di Pejabat CM sebagai SUS Kanan untuk menggantikan Serudu yang dilantik sebagai Ketua Administrasi di Bintulu atas kepentingan CM. SEkalinlagi saya terpaksa tolak tawaran sebab Tok amat nak saya balik ke KL dan membantu beliau. Jika tidak saya dah kaya raya di Sarawak tetapi itu mungkin bukan rezeki saya yang diuji oleh Allah swt. Alhamdulillah.

UMNO/BN pun ada Deklarasi ini dan itu dan pada hari Khamis yang lalu HQ minta saya bantu dan akan dianugerahi Darjah Datukship peringkat Federal. Saya tolak cadangan sebab ketika dulu saya dipilih sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Veteran AJK yang pertama 2006-2009 semasa Mantan PM Pak Lah...satu habuk pun tiada. Cuma buang masa dan duit but couldn't walk the talk sebab semua Ahli politik pencen. The rest is history dan sekarang nak saya tolong lagi...beberapa kali di polan Mus ini nak tolong UMNO? Apabila Melayu membunuh UMNO pada tahun 1987 Tok Mat, Ikwan Nasir, Baharom Ghani dan Mustapha Ong tolong hidupkan semula sebagai UMNO (Baru) untuk bantu Mantan PM Tun Mahatir. Sekali lagi apabila UMNO dicabar semasa Pak Lah minta Mus tolong dan kita tubuhkan Veteran UMNO yang dirasmikan pada tahun 2006 oleh Presiden UMNO Pak Lah...habuk pun tiada cuma dapat Sijil Penghargaan.

Orak GoBlog said...

Bagi kawasan luar bandar jika calon tunggul diselimuti bendera BN pun boleh menang. Orang Melayu hanya mengikut ketua sahaja kerana tidak punya pemikiran yang bebas.

aku said...


Lagi satu Kadiag, semoga kita selamat sempornakan posa Romadhan ni. Aamiiin.

Aku.

Zalman A said...


Salam Datuk

PAS latest spin is a vote for Amanah = vote for DAP.

But a vote for PAS = vote for Najib Razak.

"Choose your poison" as the saying goes.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Nampaknya kita ada 3 parti bertanding, satu parti melayu, satu parti Islam dan satu parti Amanah.

Yang mana satu hendak pengundi pilih ?

Parti orang melayu kata orang melayu kena pilih parti melayu.

Parti Islam kata orang Islam kena pilih parti Islam.

Parti Amanah adalah parti baru. Daripada nama parti, parti ini pentingkan sifat Amanah dan juga reformasi supaya rakyat dipentingkan, pencapaian diutamakan.

Kalau kita bandingkan negara kapir, perkara bangsa atau ugama sahaja tidak cukup. Soal kerajaan buat kerja atau tidak menjadi ukuran.

Soal yang utama adalah kos sara hidup, soal perkerjaan, soal pendidikan, soal harga rumah, soal kos servis hospital waktu sakit atau tua dan soal pihak berkuasa tempatan menjaga bandar dan kebersihan. Ini adalah perkara-perkara yang penting yang diberikan keutamaan di negara-negara maju.

Soal rasuah juga menjadi soal yang utama kerana segala cukai yang dikutip perlu disalurkan kepada rakyat secara terbaik dan bebas dari rasuah dan ketirisan.

Pemimpin yang berpenyakit rasuah sudah tentu akan menyebabkan penyakit ini berjangkit kepada orang bawah apatah lagi sekiranya pemimpin yang tertinggi terpalit dengan rasuah.

Oleh itu Parti yang Amanah amat penting dalam pilihan.

A KADIR JASIN said...

1. Pemakan dedak Najib kata, undi Amanah undi DAP.

2. Kita kata, undi PAS undi Najib.

3. Undi Najib undi Jho Low.

4. Siapa yang tipu kita semua, Lim Kit Siang atau Jho Low?

6. Kita kata, lebih baik berkawan dengan Kit Siang daripada terus ditipu oleh Jho Low.

7. Orang Umno kampung tak tahu hubungan dalam kelambu Najib-Haji Hadi-Haron Din. Najib sanggup tipu mereka dengan janji bagi Kedah dan Terengganu kepada PAS dalam PRU akan datang.

8. Hadi sanggup jadi boneka Najib sebab duit. Bila Pas keluar Pakatan Rakyat, Pas hilang sumber duit. Dulu PKR yang bagi derma kepada Pas. Haron Din dia dari awal lagi berniaga. Jadi kita faham pendirian dia.

9. Maka yang mana lebih baik, kerjasama dengan DAP atau dengan Jho Low? Najib jaga Jho Low lebih daripada dia jaga seluruh rakyat Malaysia.

10. Kit Siang tubuh DAP tahun 1967. Selama itu pernah ka dia tipu kita macam Jho Low tipu kita semua dengan restu dan perlindungan Najib?

11. Melayu jagan la terus jadi bodoh dan hamba macam pemakan-pemakan dedak Najib. Mana maruah kita? Mana pegangan agama kita?

Wallahuaklam. Terima kasih.

Waghih said...

Salam Datok ...

Cubo Datok poi tengok kek P.Pinang tu ...
Tanyolah oghang2 melayu sano ...

Akan buko minda Datok.

Subhanallah.
Waghih.

Zalman A said...


Ha ha, well said, Datuk - you took it to its logical conclusion - "Undi Najib undi Jho Low".

Indeed so!

The people must be made to understand why Hassan Carimakan's interference with the PAC Report, and the blocking of TS Ambrin Buang's Report by the OSA are merely a failed attempt to cover the crime committed against the rakyat. It is all part of the Kongsi Songlap Bugis-Cina-Arab trying to cover their tracks.

"Everything2Hide".

Little wonder that the whole Private Bill, to distract attention, was (no surprise) the work of Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone himself:

"Instructions to speed up the motion to table PAS president Abdul Hadi Awang's Private Member's Bill in Dewan Rakyat came from majority leader Prime Minister Naijb Abdul Razak and chief whip, Deputy Minister Ahmad Zahid Hamidi.

Minister in the Prime Minister's Department Azalina Othman Said revealed this when asked if she had cabinet approval before she moved the motion to bump up Hadi's Bill from the bottom of the queue to the top of House business on May 26."

This trick cannot be played more than once.

Mappadulung is so desperate that he played it now, not in GE14.

But if the Borneo MPs vote en block to reject it, then Mappadulung ends up weaker than before.

It is his Bill as much as Hadi's.

Where is the sincerity?

Using religion for gimmicks and politics is very detestable behaviour.

And the truth cannot be hidden by Carimakan and the OSA.

sukasamasuka said...

Datuk.

"11. Melayu jangan la terus jadi bodoh dan hamba macam pemakan-pemakan dedak Najib. Mana maruah kita? Mana pegangan agama kita?"


1. Aku bukan bodoh mengundi UMNO selama ini.

2. Perjuangan UMNO selama ini ia-lah untuk menaikkan mertabat bangsa Melayu dan agama Islam. Ini-lah asas perjuangan aku sebagai penyokong tegar party UMNO, walaupun bukan sebagai ahli party UMNO. Perjuangan begini lagi penting bagi aku sebab ini perjuangan suci dan baik.

3. Kerana perjuangan UMNO, ramai anak anak Melayu yang miskin dikampung macam aku ini dapat keluar dari kemiskinan melalui pelajaran, dengan sekali gus dapat menebus mertabat anak bangsa. Ada pelajaran baik...aku dapat kerja yang baik..aku dapat gaji..gaji yang tak seberapa itu sudah cukup kasi makan pakai ibu-bapa ku...dapat kasi makan dan bagi sekolah adik-adik ku...ini saja lah perjuangan ku selama ini sebab aku anak Melayu miskin...AKU TIDAK TAU ADA PERJUANGAN LAIN SELAIN YANG INI...syukur alhamdulliah ini semua kerana UMNO....aku berterima kasih pada UMNO.

JADI SELAMA INI AKU BODOH LA, MENYOKONG UMNO??

BODOH KE AKU NI?

4. Aku bodoh sebab AKU MALU party UMNO yang aku perjuangkan selama ini sudah jadi party durjana yang membangsatkan BANGSA KU SENDIRI, BANGSA MELAYU...AGAMA ISLAM, ia-itu agama datuk-datuk-nenek-nenek moyang-moyang ku yang tiada agama lain, selain Islam.

5. AKU MALU...AKUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU MALUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!!!!

Ini la maruah ku!

Ini la perjuangan ku!

UMNO menjatuhkan maruah ku...AKU MALU!

Putus sudah maari'fat ku sama UMNO.

6. UMNO MUST DIE!

sukasamasuka said...

Datuk.

"6. Kita kata, lebih baik berkawan dengan Kit Siang daripada terus ditipu oleh Jho Low."

Of all the men that I come to know in public..in Malaysia...I love Kit Siang the most!

I love his fighting spirit...his honesty...his no-nonsense direct talk.

The only thing this country ever had, is to stop him from becoming our Prime Minister...he could be one of the best Prime Ministers we ever had...the like of Tun. Dr.Mahathir.

NONE OF THEM IS PERFECT...none...they have flaws..afterall, they are human, but, Tun had proved how the best of Malaysian should be....UNFORTUNATELY....very very unfortunate...we will never ever see Kit Siang in the same light.

We are still a "young" country Mr. Lim Kit Siang...I believe one day, perhaps not in my generation...that this country will stand tall among nations, that a person like you shall become our Prime Minister!

We lost that opportunity, Kit Siang...yes, we lost that opportunity...but, one day this nation shall become great again because we believe in the good of men, not in the colour of his skin.

Until such time....

Shame on them said...

JLow has brought the greatest disgrace to Malaysia. He does not deserve to be a rakyat of the country and if true he has a US passport, he has invalidated himself from being a citizen of Malaysia.
He has also disgraced his own chinese race, bringing shame and dishonor to the Malaysian chinese. Shame on him, shame on him. If ever we meet him face to face, we will be sorely tempted to throw a pot of piss and shit on him. And that his active partner in the 1MDB crime is the Putrajaya leader, both of them do not deserve to live in our beloved country. Shame on them, shame on them!

sukasamasuka said...

Datuk.

"1. Pemakan dedak Najib kata, undi Amanah undi DAP."


1. So what?

Amanah sudah dapat satu undi kalau ia bertanding di kawasan aku pada PRU14...kalau tiada, tidak apa la...maka DAP tetap dapat satu undi...insyallah.

2. Aku tak kisah DAP dalam Pakatan Harapan ke atau tidak. Pandai pandai la DAP mencari kawan kawan politiknya untuk bersama-sama menubuhkan kerajaan baru selepas PRU14, sekurang-kurangnya di peringkat negeri selain di Pulau Pinang.

3. Kalau bolih kerajaan campuran, BUKAN ala BN, tetapi kerajaan campuran dimana party-party kawan masih mempunyai identiti sendiri, tetapi memperjuangkan dasar yang sama, salah satunya, adalah seperti:

3.1 Dasar Pelajaran berdasarkan Bahasa Inggeris untuk Sabah/Sarawak khususnya, mengikut system pembelajaran antarabangsa UK (British Education System).

3.2 Program ekonomi yang akan membasmi kemiskinan tanpa menzalimi mana-mana bangsa, suku kaum dan agama.

3.3 Kebebasan beragama mengikut piawaian Bangsa-Bangsa Bersatu dan Hak Asasi Manusia.

4. Party-party yang mau memerintah negeri atau negara mesti ada program untuk memerintah rakyat, bukan hanya tau bercakap tentang membalas dendam kesuma.

5. Yang salah tetap salah. Tunjukkan sama rakyat, kamu bolih mendukung undang-undang negara. Rakyat mau keadilan, bukan dendam mendendam dengan party yang kalah, kalau kamu memerintah negara. Itu politik lama yang sudah lapok. Tunjukkan yang kamu bolih memerintah untuk semua rakyat Malaysia.

Kit Siang, you take the lead. You can do it...Tun M is with you.

panglimo potaseh said...

Ooo .. rupanya Hadi dan Najib dah geng ye. Sampai sanggup PAS melondeh jubah dan serban untuk mengenakan persalinan pahlawan melayu .. kunonnya. Menjilat kembali irama woyam kulit yang berunsur kapir tu. Tapi keris yang di hunus Hadi tu potong stim la .. tak masuk akal panjang nya. Baik aku tengok Diyana dengan pedang Obi Wan nya .. sangat ayu hingga terpancar nur islamnya.

Harun Din ni saudagar besar ke. Kalau politik dah dicampurkan dengan perniagaan, apa pon dia sanggup jual .. pakej nak masuk suurga pon ada. Tapi kok ya pon berniaga, sesekali sedekahkan lah air jampi tu .. ala macam air jampi cina ti la, guru besarnya beri percuma pada muridnya, siap basuh sekolah dengan air suci tu sekali.

Dato ni pepandai je kata Najib kamceng dengan J.Low. Kan Najib dak kata yang dia tak kenal sosok ni. Takkan perkara cam ni kita nak heret Najib bersumpah lagi dalam masjid .. tak sanggup lagi aku dengar belon terhempas, banjir besar di pergunungan dan memacam malapetaka lagi .. cukuplah tu.

Kit Siang semua melayu kenal. Pada aku Kit Siang ni besar jasa nya. Jasa dimana nama nya digunakan dengan semahunya untuk mengakalkan orang melayu. Tiap kali UMNO ada masalah dan konflik, maka Kit Siang ini akan digambarkan sebagai hantu raksaksa yang suka makan darah melayu .. maka penyelamatnya adalah UMNO juga. Masalah ekonomi, sosial dan politik melayu, semua disebabkan oleh Kit Siang lah .. walaupun yang mengurus dan mentadbir negara ini adalah 95% melayu.

Tapi Dato dalam keadaan masyarakat kita hari ini .. yang berebut tudung dan ulang-alik umrah untuk menjadi lebih islamaik. Nak boikot yahudi kunonnya, tapi dalam masa yg sama usung badut Spiderman untuk diperagakan pada kekanak sekolah. Aku lihat melayu dah semakin kehadapan bodohnya .. ini adalah perkhabaran baik untik Najib dan partinya.

Seperti kata Dato. Jadi mana maruah kita, mana pegangan agama kita. Aku teringat satu unggapan daripada cerita Pirates Of The Carribian .. melanun tak ada salahnya, jika hasil lanunan itu dikongsikan sesama kita. Jadi selamat berpuasa dan mengundi .. cuba teka camna negro di Amerika yang penduduknya hanya 10% je dengan taraf ekonomi yang rendah dapat jadi presiden Amerika. Kesian Kit Siang?

sukasamasuka said...

Datuk.

"10. Kit Siang tubuh DAP tahun 1967. Selama itu pernah ka dia tipu kita macam Jho Low tipu kita semua dengan restu dan perlindungan Najib?"



Kalau tidak silap...aku ni bukan orang berpelajaran tinggi atau tau hal cerita politik...DAP di Malaysia...tetapi "abang dia", PAP di Singapura.

Wow! kalau la cerita ini betul...salute to DAP!...you have an awesome Singaporean brother!...same genetic breed, so to speak.

Luckily, Singapore is not part of Malaysia. Very smart move...minta maaf Tun..I know how you feel about that...sorry bos, bukan membuka luka lama...aku ingin minta maaf Tun...but, on the hindsight Lee Kuan Yew was right all along..but, I am with you Tun for I love you more than Kuan Yew...but, I respect both the same.

I am happy that Tun works with his "younger brother" Kit Siang now. It's a wonderful sight. I give my soul 100% for such initiative...please guide Kit Siang...for he is a good man. He wants to do good stuffs for us Malaysians too, Tun....guide him.

We know Tun has deep respect for Kit Siang...the story run very very deep...deeper than most of us..mere mortals...come to know.

Kit Siang...did your brother do anything in Singapore in regard to 1MDB?... nothing?.. you mean PAP Government did nothing in Singapore?...my god..you also same same lah like these anak Razak and anak Rahah. Sama kepala la...ka lin ni chi bai lu!



On a sideline note, not important for this discussion: CIMB chairperson Nazir Razak did not misuse his position with regard to the US$7 million which he had confirmed he received from his brother Prime Minister Najib Abdul Razak. This is the conclusion of the INTERNAL REVIEW conducted by the CIMB boards, which commenced on April 5. Internal review????..ehem..ehem..ehem...no BNM investigation??? what about MACC???...biasa la...adik beradik ni sama saja kan...same genetic breed...anak-anak si Rahah...after both of them f****d the Malaysian banking system...and the banking system in other parts of the world....here in Malaysia....NOTHING!

sukasamasuka said...

Datuk.

"Crime is the disease, hudud is the only cure, says Hadi.

5th June, 2016: PAS president Abdul Hadi Awang has likened stealing to a disease that can only amputation of limbs under hudud law can cure.

Using the analogy of diabetes, he questioned why nobody criticises doctors for committing an act of cruelty when they amputate to cure the patients."

(http://www.malaysiakini.com/news/344141)


Oh my god...Jesus is love.

Can we get a referendum for Sabah and Sarawak, please. That will settle the issue once for all.

sukasamasuka said...

Datuk.

"Hudud: Never in Sarawak, says Adenan...June 5, 2016.

KUCHING: Hudud would never be practiced in Sarawak, says Adenan Satem, the state’s chief minister, after a leadership meeting of the ruling Parti Pesaka Bumiputra Bersatu.

“...We are not Kelantan,”

“...on principle, we are against the hudud bill.”

Five political parties in Sabah and Sarawak have stated their opposition to the bill.

(http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/06/05/hudud-never-in-sarawak-says-adenan/)


There you are, BN and Mohd Najib!

Referendum is the only way to resolve this issue once for all.

Husin lempoyang said...

Mengundi PRK kali ini adalah satu satu nya saluran yg kita masih ada sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Najib yg korup.
Segala saluran lain telah di tutup sepenuhnya oleh Najib dan kuncu kuncu nya. Waima suara ahli umno kini pun telah di cantas oleh ketua bahagian dan cawangan masing masing. Undi anda adalah harapan rakyat Malaysia.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Sepatutnya, Parti Islam lebih mementingkan Da'awah kepada orang Islam dan bukan Islam sepertimana waktu Era TGNA.

DAP pun ada mengatakan mereka mengamalkan "Amar Makruf Nahi Mungkar" iaitu mengajak kepada kebaikkan dan mencegah keburukan.

Adakah PAS sekarang ini setelah ketiadaan TGNA mengamalkan Amar Makruf Nahi Mungkar atau setakat memperjuang hukum hudud sahaja.?

Perjuangan Nabi kita adalah Daawah kepada orang bukan Islam dan orang Islam, bukan hanya setakat hendak menghukum orang Islam. Tidak ada dalam sejarah Islam Nabi hanya berjuangan untuk mengadakan hukum hudud sahaja di tanah Arab. Perkara-perkara lain menjadi keutamaan iaitu Da'awah, Amar Makruf Nahi Mungkar, mempertingkatkan adab dan akhlak orang Islam dan lain-lain.

Tingkah laku orang PAS dalam muktamar yang lepas iaitu menyebut tentang menyiku, melutut orang Islam seperti samseng bukan ajaran Islam. Ini adalah ajaran golongan "The Mohican" dan "Apache" iaitu golongan Dayak di Amerika Utara satu masa dahulu.

Bagi saya PAS memerlukan orang yang betul-betul layak terutamanya ketua Majlis Syura supaya perjuangannya adalah benar-benar mengikut ciri-ciri Islam.

Selamat Berpuasa dan beribadah.

Husin lempoyang said...

Salam Dato

Maaf side track sikit. Apa kesah nya Nstp group chdief editor sudden resign ?

Waghih said...

Datuk ,

10." Kit Siang tubuh DAP pada tahun 1967. Selama itu pernah ke dia tipu kita macam ..."

Jawapan : lobih dari itu , 13 mei 1969 , dio samo gang ultrakiasu dap berarak di KL bawak penyapu monjorit dan bermakian dongan kato "melayu balik hutan ..." .
Mungkin datuk lupo oghang yang koncing bendero Malaysia kek umah Datuk Harun .

11. " Melayu jangan la terus jadi bodoh dan hamba macam pemakan dedak nagib .."

Yo lah , melayu mudah lupo macam Tun M khobar an ..
Mungkin ghamai dah lupo Bersih 2 , oghang chino bawak penyapu ... makno nak sapu bersih oghang melayu dari KL.

Di P.Pinang adun PKR ,Dr Norlela , monangis teresak di tv sobab kawasan dio ,80% melayu ,diabaikan dan dianaktirikan . Kilang2 haram , milik chino bersepah , tanpo tindakan dari pihak berkuaso yang dikuasoi DAP .
Dr Norlela , sekutu DAP pun diperbodohkan olih Ultrakiasu DAP .

Apo yang PAS khobar an tu adolah open OPEN SECRET .

Tun M mudah lupo ...

Sokong PAN akan sokong DAP untuk perbodahkan lagi melayu semacam mano mereka perbodohkan Dr Norlela , PKR dan oghang melayu di P.Pinang .

Waghih.

Porak Den said...

Datok, sebagai Islam WAJIB kita sokong hukum hudud & yg ingin memperkasakan hukum syariah. Ini hukum & janji Allah swt.
Untuk politik wajib sokong/bantu parti yg inginkan kehidupan yg aman,ekonomi yg mantap & pemimpin yg tidak amalkan rasuah/penuh dgn tipudaya. Parti yg bersokongkol dgn kejahatan pun tidak blh di sokong.

Concerned said...

Datuk, if I can digress a little. The blog Sakmongkol AK47 has been inaccessible for two or three weeks now. Please do you know what happened? And is Datuk Ariff okay?
thanks.

Laguhati said...

Datuk, Sukar untuk saya faham dan menerima bahawa kerusi wakil rakyat diperlakukan sebagai satu jawatan/gelaran yang boleh di monopoli/wasiat/faraid kepada isteri dan anak-anak atau ahli ahli keluarga seseorang penyandang yang telah meninggal dunia. Bukankah sepatutnya wakil rakyat perlu dipilih dari kalangan rakyat yang berwibawa berkaliber dan berkelayakkan untuk bersuara bagi pihak rakyat didalam sesuatu kawasan ?

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati. Selamat berbuka puasa. Semoga puasa yang kita amalkan diterima Allah sebagai ibadah yang diterima. Terus siarkan pelbagai pendapat blogger kerana ianya adalah satu feed back yang baik mengenai trend pemikiran rakyat masa kini.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision ,
Petaling Jaya.

Jason koji said...

Waghih..hang baru tengok melayu p.pinang sekarang ye.Masa Lim Chong Eu dulu hang kat mana? Atau masa UMNO pegang marjoriti tp bg kerusi KM kat Gerakan hang buat apa?

aku said...

Kadiag, salaam.

Mintak maghap,Kadiag, aku lagi....

Izin aku komen sikit soalan En Husin lempoyang 7.30 pagi, pasai Mustapha kepala pengarang kumpulan NSTP yg depa kata letak jawatan 'serta merta', bunyinya teringatkan 'etika kewartawan' dan 'disiplin kebenaran', iaitu selepas suku abad dlm kerjaya dia dan selepaih ASWJ 'scoop' cereta 1MDB di 'bawah batang hidong' dia....kalu betoi, ini satu tindakkan yg aku kira baguih, yagni sebelum ruh sampai kerongkong, yagni sekiranya dia menyesai habih, tak mau 'bergelumang' lagi, dan nak tobat....

Dgn rendah hati, aku alu alukan, kod2 benda ni akan jadi penggalak pd yg lainnya untuk orang kata hunuih pedang dan campak buang sarongnya.... insya'Allah...

Tapi hang kod lebih tau, Wallahua'lam...

Aku

sukasamasuka said...

Datuk.

"6 Jun 2016...Singapore supplies more water to Johor amid dry spell... this latest request will see Singapore temporarily supplying 22 million gallons a day of potable water to meet Johor’s needs in the present dry weather situation..."


Thank you PAP Government...thank you Singaporean for being very kind to us Malaysian in general, Johorean in particular. We need a lot of water during the Ramadhan and the Hari Raya period. If you have chickens, cabbages, potatos and onions, please send to us too. Don't forget sugar and flour too, please.

By the way, we may need some palm oil for cooking...if PAP Government can make make arrangement with her Indonesian trading partner.

Please include water and all the above food items, including live pigs and fresh milks in the TPPA, so that we, in Malaysia can still get cheaper and competitive pricing from Singapore in the near future.

Thank you Singaporean! We love you, brothers!

Thank you PAP Government!

Terima kasih kerajaan BN kerana dapat bekerjasama dengan kerajaa PAP Singapore untuk dapat bekalan air untuk orang Johor.

Terima kasih PM Mohd Najib, kerana mendapatkan bekalan air untuk orang Johor...jasa baik mu sentiasa dalam kenangan...lagi pun air lagi penting dari duit. Jadi, kita kontra saja payment air dengan... ehem... ehem...you know I know la kan. Jho Low ada di Singapore rupa-rupanya.

Thank you.

By the way, your late Premier, the Most Honourable Lee Kuan Yew made a visit to Ceylon (now, Sri Lanka) in 1956 and was so impressed with the good standard of English in schools and universities as well as her civil servants, so much so, that he once said "Singapore shall try to achieve the same standard as Ceylon in 10 years time". Later though, having the pride of being independent, Sri Lanka replaced English with Sinhala....the rest is history as I am sure Sri Lanka is, by now, must be more progressive and richer than Singapore. Malaysia taking the cue from Sri Lanka, and we too replaced English with Bahasa Melayu a.k.a Bahasa Malaysia...the rest is history too, I guess...but, I am not really sure which part of the history book. After her independent, I am not sure if Singapore replaced English with what as I never visit the country. Only now, I realized pulau Singapura must be the same size as pulau Borneo because she has plenty of water.

Terima kasih la pada orang prang ultrakiasu di Singapura...nasib baik la kami di Malaysia tidak dianaktirikan macam orang-orang Melayu di Pulau Pinang...nasib baik.

Jeff said...

Waghih, hang penah g Penang? Bila Kali terakhir hang mai Penang? Apa yg hang cakap atas nun btol ka APA yg hang nampak? Hang tak tau bgimana umno/gerakan perabih tanah org mlayu di nun sblom rap naik. Aku meluat ngan melayu yg byk retorik. Cakap berdegar2 tapi hampas. Hang p tengok sendiri APA yg brlaku diseremban tempat berak sendiri. Berapa by tanah org melayu yg masih tinggal? Aku bukan nak sokong dap tapi hang berkokok kuat kat byk blog tapi taik penuh berselaput dibontot hang..waghih konon.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).