Sunday, August 14, 2016

Saman “Class Action” Untuk Dapatkan Balik Harta Negara


A Kadir Jasin


LEBIH setahun susah berlalu tetapi Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak, belum menunaikan ancaman saman terhadap akhbar Wall Street Journal (WSJ) kerana kononnya memfitnah beliau.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Utusan bohong: Sampai sekarang PM tak saman
Sebaliknya dua saman sivil telah dikemukakan ke atas beberapa orang yang dikaitkan dengan beliau dalam skandal 1Malaysia Development Berhad.

Akhir Julai lalu, Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) kemukakan saman KARI (Kleptocracy Assets Recovery Initiative) ke atas lima orang termasuk anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz, di Los Angeles.

Kemudian, pada 13 Ogos media massa atas talian melaporkan yang dua orang rakyat Malaysia – peguam Matthias Chang dan wakil rakyat Husam Musa – telah juga mengemukakan saman ke atas Riza dan gengnya di New York. (Baca di sini)

Patriot: Husam Adun Salor, Kelantan
Kedua-dua saman sivil ini bertujuan menghukum dan mendapatkan balik duit 1MDB yang disyaki dicuri dan digunakan untuk kesenangan peribadi oleh yang dinamakan.
 
Chang adalah bekas Setiausaha Politik Tun Dr Dr Mahathir Mohamad dan Husam, Ahli Dewan Undangan Salor, Kelantan.

Chang: Wira rakyat
Mereka mengemukakan apa yang dipanggil “class action suit” yang bertujuan mendapatkan ganti rugi ke atas kecurian duit milik negara itu dan merampas harta benda yang dibeli dengan duit curi tersebut.

Saman class action adalah sejenis saman di mana salah satu pihak yang terlibat adalah sekumpulan orang yang mewakili anggota kumpulan mereka. Ia berasal di Amerika Syarikat tetapi telah berkembang ke Eropah, Australia, New Zealand, Kanada, India dan Argentina.

Chang and Husam menamakan pengasas bersama syarikat perfileman Red Granite Pictures iaitu Riza dan Christopher Joey McFarland sebagai defendan.

Turut dinamakan adalah sahabat akrab keluarga Mohd Najib, Low Taek Jho atau lebih terkenal sebagai Jho Low, peguam cukainya, Debra Whelan Johnson dan bekas eksekutif kanan kumpulan kewangan Goldman Sachs, Timothy Leissner.

(Dari kiri) Jho Low, Putera Turki bersama Najib anak beranak
Juga dinamakan adalah Goldman Sachs and firma milik Johnson - Metropolis IX Capital Advisors LLC.
 
Husam dan Chang mengemukakan saman itu bagi pihak rakyat jelata Malaysia.

(Dari kiri) Leissner, isterinya aktres Kimora Lee, Najib dan Azman Mokhtar (Khazanah Nasional)
Mereka memfailkan saman itu pada hari SELASA, 9 Ogos, di Mahkamah Daerah Southern District, New York.

Hakikat mereka memfailkan saman itu pada hari Selasa cukup bermakna kerana Mohd Najib pun berjanji akan saman WSJ pada hari Selasa. Bezanya Selasa Mohd Najib sudah lebih setahun berlalu dan dia belum saman. (Kalau berminat boleh baca di sini)


Menurut kertas mahkamah, Chang dan Husam mendakwa defendan secara sedar menggunakan duit yang dicuri daripada 1MDB untuk faedah peribadi termasuk mengadakan majlis suka ria untuk bintang filem Hollywood, Leonardo DiCaprio dengan tujuan mengambil hati beliau.

DiCaprio memegang watak utama dalam filem “The Wolf of Wall Street” yang dibiayai oleh syarikat filem anak Rosmah Mansor.

"Serigala Wall Street" cerminan gaya hidup hedonistik Riza dan Jho Low
Mereka mengemukakan enam tuduhan dan tuntutan ke atas defendan.


Tahniah dan terima kasih kepada Husam dan Chang kerana susah payah, pengorbanan dan risiko yang mereka tanggung mengemukakan saman sivil itu.

Mereka adalah patriot dan wira rakyat.

Wallahuaklam.

44 comments:

mamintangjung said...

Datuk,
Teiori Rahman nampaknya nak jadi kenyataan.
Kata kata bekas ketua parti berhaluan ugama, bahawa Dr akan hancurkan UMNO nampaknya nak jadi kenyataan.

Mr.Taipan Jr said...

As'Salam... YBhg Datuk "Maestro" AKJ & Sahabat3 MY Semua2..


"AhJibGO - The EXclusive PM (Pengkhianat Melayu aKa Prime Munafiq)"

-------

Malaysia 2k16 - The Journey Ahead

-Syukur Alhamdu'Lillah! KITA Semua telah berjaya menghadapi segala "keperitan & kepayahan" demi kelangsungan Ibu Pertiwi ini... Time for Us All to push forward & to "look back no more"..

-TQ DAKJ & All Our Fellow Patriots in staying true with the struggle.. "Malaysia KITA Perlu Dipulihkan".. Menjadi tanggungjawab setiap 'Warganegara Sejati' utk menyokongnya..

-Masa yg ada haruslah diutamakan bagi menjayakan segala usaha Menyelamatkan Negara KITA...

-Moga Allah SWT memandu KITA Semua kearah Kebenaran... Ameeenn!


Malaysia 2k16 - A Kleptocratic Nation ?

-Bukti demi bukti telah "terburai" diserata dunia berkaitan "MO1 aKa Mr.117 aKa Panglima Bugis".. 'Kleptocracy' = 1 perkataan yg TERAMAT HINA utk dikaitkan pada se-sebuah negara..

-TETAPI masih ada dikalangan KITA yg BUTA, PEKAK, BISU, TULI.. Masih lagi menafikan Kebenaran yg JELAS NYATA.. Demi "cebisan dedak" & demi kelangsungan "kehidupan palsu" mereka.. Mereka memilih utk mempertahankan yg Haram!

-Bila Negara KITA "dianggap mempunyai" Kleptocracy.. Akan ada kesan "ripple-effect" yg "amat dalam" darinya.. "Adakah KITA Semua Segolongan Manusia Korup Dari Sebuah Negara Yg Korup & Menyokong Kepimpinan Yg Korup?".. Itulah "anggapan" Dunia Luar terhadap KITA Semua sekarang ini.. MALU Ooii!!

-Tidakkah mereka semua menyedari bahwa yg Haram adalah amat tidak baik bagi Kehidupan Mereka.. Tidak baik bagi diri mereka sendiri.. Dan amatlah tidak baik bagi keturunan mereka..

-Menentang 'Kepimpinan yg Zalim' adalah FARDU bagi umat Muslim.. The fight against tyranny is A MUST for any human being.. Staying silent does not help at all..

-By choosing not to do anything is the same as "letting things run on Auto-pilot".. Negara KITA akan hancur.. Hanya kerna KITA Semua tidak berbuat apa-apa..

-Sedih rasa dihati...


Malaysia 2k16 - True Patriots Among Us

-Our salute to those who "without fear or favour" continue fighting for 'A Just Malaysia'...

-Tanpa jemu atau lesu masih terus-menerus memperjuangkan 'Hak3 Rakyat2'.. Walaupun diri mereka terdedah pada segala macam "gangguan kerajaan".. 'Pejuang3 Rakyat2' ini tetap tabah & cekal..

-Perhaps We All should learn to support 'Righteous Deeds' & do all that we can to uphold it...


Malaysia 2k16 - Consolidating Our Motherland

-As the 'old saying' goes.. "United We Stand, Divided We Fall".. KITA Semua sepatutnya BERSATU dlm MEMPERTAHANKAN Negara Kita..

-AMAT MALANG masih ada dikalangan KITA yg menyebarkan fitnah terhadap 'Veteran3 Negara2'.. Mereka sepatutnya menyokong pemulihan Negara KITA.. Bukannya masih mempertahankan kepimpinan munafiq..

--May God Almighty SEDAR-kan 'Mereka3 Semua2' yg masih BUTA, PEKAK, BISU, TULI ini... Ameeenn!

-------

"Having Knowledge gives you power,
but having Character grants you respect"
-Bruce Lee

"Stupidity cannot be forgiven because it can be prevented"
-Taipan Jr

"There are 2 ways to be fooled.
1 is to believe what is not true;
2 is to refuse to accept what is true"
-Soren KierKegaard

"A man who stands for nothing will fall for anything"
-Malcolm X

"The difference between Stupidity & Genius, is that Genius has its limits"
– Albert Einstein

-------

"Fight The Battle AND Win The War...Insy'Allah"


***May Allah AWJ bless & protects KITA SEMUA from Iblis & Dajjal**

***Ameeenn**



"The AhJibGO Factor"



"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

P/S: Stay sharp Malaysia! Now & Foreva!
P/S: DAKJ & Others... Stay safe.. No Fear! :-)

Unknown said...

Well done Mathias Chang and Husam Musa for doing something for the sake of the nation.

wak segen said...

Datuk,
Dah mula dipercakapkan di warung2 teh tarik.
PRU 14 awal tahun depan(2017).
Pendaftaran BERSATU akan di lewat kan.
Apa Benar?

Whaat?? said...

Datuk,

Umno president Najib Abdul Razak today told a tale of two handshakes, one of loyalty and one of animosity.

The first handshake he said, happened when he arrived at today's Kota Tinggi Umno division assembly in Johor.

"A Wanita delegate held my hand, and kissed it not once, but twice," he said to cheers from over 1,000 delegates present.

"I'm sure my wife won't be jealous, because this is a manifestation from your hearts, that all of you not only support me personally, but also as the president, and are loyal to Umno," he added.

Read more: https://www.malaysiakini.com/news/352255#ixzz4HIGE4Psm

Are we going bonkers hearing such things? Loyalty, kisses, handshakes? Whaat???

husin lempoyang said...

Zaman TDM lah Malaysia terkenal di seluruh dunia dan di puji oleh rakyat negata Islam kerana usahanya. Bangga jadi org Malaysia tak kira bangsa apa pun

Sekarang kalau kita keluar negeri bila sebut pm malaysia semua kenal tapi bab 2.6b. Terpaksa sorok passport tak mau dia org tahu

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ

Izinkan,

"DALAM PENENTU BELUM PENGHUJUNG, MENGORAK LANGKAH MENGATUR CARA, MENITI PERMATANG PENENTU JUANG..."

THANK YOU Mr Taipan Jr ... WELL SAID!!!

Semoga segala usaha memperbaiki dan memulihkan maruah bangsa negara dan agama di'KUN FAYA KUN' Allah Swt...

ALFATIHAH, AAMIIN

dina said...

sibuk nak saman coz they want to keep the 1mdb issue alive...on the pretext to bring back the 'people's' money....awwwww....lol.
bukan ke doj tengah investigate? tapi doj pun dah senyap skrg ... and reza and jho low continue with their life as usual....hehe
did doj realise it was a mistake? did they also realise that this was all a plot to bring down the PM of malaysia? did they realse the documents given to them was without malaysian gov approvals therefore not liable for any form of actions? did they also realise that tun m n family had acquired 100's of millions of ringgit from the people when he was PM?...something to think about...

Nothing to hide said...

Datuk.
It has been reported that umno div meetings are not attended to the max. Some are giving out free bread gula tepung and beras to bait the malays.
So it is safe to say that many are not supporting umno but doing it quietly to maintain good relations with the ketua kampung. After all nobody knows whom you'll be voting for. So don't expect to see much open support for BERSATU. The quiet supporter will still mingle with the umno diehards but say to himself 'pergi mampos lah engkau umno'.

Unknown said...

Salam Datuk

Matthias Chang and Husam Musa are the REAL PATRIOT of this nation. Syabas dan saya amat berharap sekali majoriti rakyat memberi dukungan dan bantuan pada mereka. We must not stop fighting to save our beloved country from ruins and being controlled by foreign powers especially the West

Secara kebetulan, Facebook saya yang setiap hari saya upload komen2 tentang Penyangak Najis has been blocked starting from 6.00 pm today. I am not sure about other Facebookers.

Wallahualam

Zalman A said...


Despite the criticism hurled at Parti Pribumi for keeping its membership to only Malays and bumiputeras, it also re-emphasises the point that Muhyiddin understands the country’s political pulse well – the kingmakers are the Malays.

"It is determined to be another Umno party. The challenge is whether it can succeed when others before it have failed. Veteran Umno leader Tengku Razaleigh Hamzah’s Parti Semangat 46 died a natural death.

But the more difficult part will be to carve out the seat allocation – will PKR and Parti Amanah Negara, a splinter group of PAS, want to give up what they feel is theirs to Parti Pribumi? And of course, don’t forget that there is still PAS, whose organisation structure in the rural Malay areas is strong.

If the Opposition cannot get things right, we can expect to see many three or four-corner fights and this can only benefit the Barisan, in particular Umno."

We have heard about 1 on 1 fights, but to win against Parti Dedak Najib will require 3 against 1 fights.

It has to be Bersatu, Amanah & PKR working closely together for Malay seats.

Nothing can be done in Sarawak, but Sabah is another matter.

Will PAS wake up in time from their mistakes?

Let us see.

But last-minute infighting over seats will doom the Opposition.

The strategy must be set now.

TSMY and Azmin, Salahuddin Ayub can lead the negotiations. Wan Azizah should retire immediately and foerver. Lim Kit Siang should do two things: keep the DAP away from ceramah in Malay areas, and stop DAP from fighting with PKR. That is enough to keep him busy.

May Malaysia be saved.



zainal abidin awang kechik said...

Tok

DIA ...melihat selama 22 tahun bagaimana keris taming sari Di Guna untuk tikam musuh dan rakyat derhaka

Buat la apa pun .. Yang BOLEH hanya maliakat muat ambik nyawa Dia

Salam

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Memang kedua-dua orang ini berani.

Pepatah melayu kata berani kerana benar.

Kes skandal ini masih berjalan di luar negara walaupun "case closed" di Malaysia.

Praxis said...

World-class action, spirit, and acumen!

Inspiring!

We still capable of somw world-class action to match the US's blazing world-class governance standard setting, here at least.

Praxis said...

God has favoured us with world-class humiliation, in proportion with our genius. God is fair, he humiliates, he exalts, according to our sins.

Waghih said...

Mengapo duo oghang ni ajo ?
Kan ado ghamai gang ANC yang jutawan ...poi la buek tuntutan saman tu ..

Atau pun gang ANC ni dah hilang percayo pado diri sendiri ..?
Nampak gayo camtu lah .

Yolah .. DOJ pun tak percayo diri sendiri disobabkan wang rakyat US yang bernilai USD 16 Trillion pun tak dapek nak caghi .

Nampak ehhh kono tunggulah sampai awan runtuh ...

Dongar khobar DOJ dah kowtim dongan penamo2 tu ... sobab eh DOJ tak pasti duit siapo yang hilang .
Gomen Malaysia kato takdo duit/aset yang hilang .
1MDB kato takdo duit/aset yang hilang.
So mungkin duit yang hilang tu duit Mathias dan Husam .
Wowww ... mano mereko dapek duit tu .

Waghih.

NajibNazak said...

DAKJ,

Maaf..

Kita di bkig Dato kena terima aad 2 orang BODOH...

DINA.. ITS HE, NOT A SHE. Berlindung dgn nama perempjan. Dayus ..

Waqhih... org N9. Jenis takut bini sbb kalau cerai, waghih mau telanjang saja sbb bini cilok semua harta...

Hahahab

Tuan Punahsihat said...

Tahniah Sdr Husam Musa dan Sdr Matthias Chang diatas keberanian dan kesungguhan melaksanakan prinsip "amar maaruf, nahi mungkar".
Disaat lebai lebai dan ahli agama diam menikus mengampu sang penguasa yang menipu rakyat, Alhamdulillah masih ada insan yg berjiwa berani menentang segala penipuan dan kezaliman....

Syaitan sedang berpesta,
SiJahil menipu dan berdusta,
SiAlim aminkan untuk bermuka muka,
Rakyat menderita ditimpa bala.

banggoi petai said...

Susah breakfast dedak@khinzir hari ini ?? Moga bertambah buncit tu perut yaa waghih ...

Aku said...

Kadiag, salaam.
Baguih kelas eksyen di New York ni...mahkamah di Malaya ni dok sejuk beku saja, aircond kuat kod, depa tau bil api rakyat yg tanggung.... bangunan dan pintu ja besag2...nak mohong kad sapa gamaknya. Eksesori dan subahat untuk menutup pemerintah kelepet duit rakyat ka ? ....sebuah kleptokrasi.
Tahniah Husam, tahniah Matthias.
Tapi mana kakitangan yg nak pencen dan dah pencen..? Duit Kumpulan Wang Amanah Pencen pon katanya turut kena sapu...bila nak tuntut?
Duit SRC International, anak syarikat Kementerian Kewangan tu, macam mana..? Majlih Peguam tak bulih tolong ka ?
Penghuni Bambu Riba pon bulih mola 'originating summons'...yg kat luag ni, lagu mana...?
Keh laksana 'fiduciary duty' ka apa ka tu, nasib macam mana...?
Munkin parti2 baru tu dapat bagi pencerahan sikit no....

Aku

dt rahman pekan said...

kita harus ucapkan syabas kpd sdr husam n mathias.

ini lah saja cara utk rakyat Malaysia mendapatkan keadilan.

nak harapkan tindakan dlm negeri adalah satu khayalan. semua nya hampeh !.

lihat saja gelagat orang2 melayu UMNO yg sedang bermesyuarat sekarang. semua nya dayus n pengecut !.

kita amat berharap pihak berkuasa kuar negeri akan dpt membantu mensabitkan kesalahan k atas beberapa kes yg sedang mereka siasat. pihak berkuasa USA n Switzerland tlh pun hampir selesai dgn siasatan n dakwaan.

satu 'conviction' sudah memadai utk meruntuhkan benteng rintangan yg sudah amat rapuh. sebaik sahaja ia nya terjadi maka yg lain nya akan roboh 'like a hse of cards'

mari lah kita sama2 berdoa agar ia nya akan berlaku dlm masa terdekat.

Insya'allah.

Zalman A said...


Salam Datuk

GE14 rumours abound.

They may drag their feet in approving Bersatu.

Taking over KITA would be faster and easier.

What an easy choice for the Malays:

Do you want a leader who is a liar, thief and swindler and yet claims to be the "Chosen One"?

The battle is in the heartlands.

The Malay parties must unite and plan a strategy.

This must be done in detail.

I hope it is happening now.



Kampong man said...

Waghih,
Den cayo cakap kau waghih.Orang kampong Den semuo suko si Najib ni.Den baco di Malaysia Today hari ni RPK kato berjumpo buku dengan ruas ehh...

It takes less than three years for Tun M to topple Pak Lah and now for Najib dah lobeh dari tigo tahun pulak ni.Camnoo tu....

UMNO kato they lost the urban support.Pado Den orang Melako,Nogori 9 ,Johor dan Pahang ruang until parti lain tak nampak bayang ehh....Samo samo kito tunggu PRU 14 yo..Alahai.Hmmm.....

budak jawa said...

Aslm DAKJ,

minta maaf saya tidak segagah dan seberani tun m dan rakan2 yang berjuang secara terang-terangan menentang kebatilan. In shaa Allah saya akan berjuang dalam ruang lingkup saya yang dibenarkan dan tiba harinya saya akan buat keputusan menolak pemimpin rasuah.

budak jawa

boy said...

kpg man,
pretty much reasonable, sir. those mentioned states in general r d most traditional. therefore d malay there r d most submissive… esp from d interiors. umno is their domineering thinking. gaming them aren’t going to be easy.
but in general, d traditional, d submissiveness, to their younger generation, those attitudes r so outside d norm these days. they ve more guts for change. fo I think in some ways or another d old acquiescing culture ‘d to give way to d much needed dynamic thinking. it’s a fair go.
yea…that’s me but to my uncle, d umno beneficiary contractor, its easy to look at d right thng but hard to do. so am not confuse if he must die in umno!

anti pemakan dedak. said...

Wangih.

aku cukup terhibur dgn rentetan kamu.
benda yg serius ko jadi bahan lawak.
bukan mudah nak tulis begini...hanya org2 yg ada jiwa 'clown' spt ko sahaja yg mampu buat begini.
memang ko sokong Najib HZ...tetapi biar lah ada isi dan fakta yg kuat.

keep 'clowning' bro Wangih...sebab itu sahaja kepandaian kamu menolong selamatkan Najib HZ.

Diny Yusof said...

Waghih dan juga Kampong man ...

Janganlah anda berdua buat malu orang nogori jo .

PRU lopes , BN nyaris tumbang .

Mat Hassan sendiri mengaku kalau India tak sokong dio , dah gerenti bungkus . Sobab tu di Rantau , apo jo India mintak .... beres .

KJ monang kek Rombau bukan nyo sobab dio hebat ... tapi lawannyo lobih bangang , lobih siot , lobih tak boguno sesen pun . Sapo namo budak tu ??? haaa kalau tak tau diolah Che' Gu Bard . Dio ni anak sedaro Nuar Sg. Buloh tu tapi sekarang ni Najib favourite guy . Dulu orang tampa gambar dio kek pintu jamban . Sekarang ni muko dio selalu koluar paper UMNO dan TV 3/4 .

A KADIR JASIN said...

1. Untuk makluman semua, pautan yang didakwa bagi mendaftar ahli parti baru adalah palsu. Demikian saya dimaklumkan.

2. Parti baru belum membuka pendaftaran ahli.

3. Ia akan berbuat demikian hanyalah setelah diluluskan oleh RoS.

4. Pautan yang dihebahkan itu mungkin kerja penyokong yang terlalu seronok atau percubaan mensabotaj oleh penentang parti baru.

5. Harap berhati-hati.

Terima kasih.

Kampong man said...

DAKJ,

1.Saya tidak fikir ada halangan dari mana mana pihak pun termasok ROS bagi membenarkan parti baru BERSATU ini didaftarkan sekira borong permohonan nya lengkap.Pengtaksub tidak harus bimbang dan tidak perlu timbulkan kebencian.

2.Sekira doterudkan momentum kemenangan di Sarawak dan Sungai Besar dan Kuala Kangsar besar kemungkinam PRU 14 diadakan lebih awal,satu strategi UMNO/BN meneruskan kemenangan.

3.Kecelaruan dalam parti pembangkang Pakatan Harapan(PH)itu sendiri termasok isu DAP,Lim Guang Eng, di Pulau Pinang dengan jambatan ketiga,terowong dan projek Sungai Manggis kini mula menghakiskan kepercayaan rakyat pada parti baru PH terutama DAP yang konon nya perjuangkan ketelusan dan anti corruption.Politics corrupt,they say.Huh...

3.Umum tahu pertelingkahan dalaman PKR antara pihak Azmin Ali dan DS Wan Azizah akan mendedahkan kelemahan PKR di Selangor.Ini tidak akan membantu PKR di Selangor (14 kerusi DUN di Selangor di PRU 13) .Diramalkan jumlah ini berkurangan di PRU 14 dengan terkeluarnya Pas dari PR.

4.UMNO/BN kini sedang mengushakan satu strategi bagi membolehkan satu kerajaan campuran bersama Pas di Selangor nanti.Apakah Khalid Samad masih boleh menang di Shah Alam dibawah AMANAH?.Mana mungkin.

5.Bagaimana pulak BERSATU ?.Adakah parti baru ini boleh memikat hati peribumi atas kehendak Pengurusinya Tun M mahu menjatuhkan Presiden UMNO dan PM Malaysia.Saya ragui akan kejayaayaan parti baru ini.I may not be popular here but i am being realistic as usual as an analyst.

5.As i have said UMNO and BN is bigger than Najib ,Tun M and let alone DSMY.It will be interesting how DSMY will fair in Pagoh and even Johor.Johor voters has not forgotten his performance while he was their MB then.Perjuangan Dato Onn untuk orang Melayu dan UMNO bermula di Johor.Teringat balik Malayan Union.Tahukan?.

5.On the positive note BERSATU has the support of my collegue Ibrahim Ali and his supossedly NGO ,PERKASA.Appear like PERKASA has now become associated with this new party.I attended the launching of his book few months ago by my idol Tun M.BUT i will stick with a winning team UMNO/BN and honestly not the new BERSATU.Sorry lah.Itu biasa.

All the best to the new party ya.Respect democracy and democratic process.PEACE.

Zalman A said...


Malu orang Melayu bila Melayu UMNO kata Amerika hendak bunuh orang Melayu. Bila kenyataan seperti ini keluar, malu kita, kerana satu dunia sekarang tahu bahawa kebodohan orang Melayu tidak ada sempadan.

Mungkin tanggapan seperti itu memberi setengah orang perasaan yang membanggakan.

Mungkin pemimpin UMNO tahu apa yang kita tidak tahu; bahawa majoriti ahli UMNO ialah pandir kampong atau village idiots. Jika tidak, bagaimana kenyataan2 dangkal seperti ini boleh mereka terima?

Mengapa Amerika hendak bunuh orang Melayu? KM Melaka-Idris Haron kata dahulu Amerika tipu dan bunuh orang Iraq. Sekarang giliran Malaysia.

Kenapa? Adakah Malaysia ada seorang Saddam Hussein? Saddam Hussein seorang diktator.Saddam bunuh rakyat Iraq dan curi wang rakyat.

Dan orang macam Saddam Hussein ini adalah kurnia Tuhan kepada Malaysia? Tidak ada perasaan malu lansung kah bila mengeluarkan kata2 seperti ini?

Gembira Najib dengar ungkapan kata2 seperti ini. Sekarang najib benar2 tahu ahli UMNO boleh diperbodohkan. Membingkas Najib kata perjuangan UMNO ialah memelihara negara ini dari dijajah. Dia kata jangan kacau dia- dia jaga kebajikan 30 juta rakyat Malaysia.

Zalman A said...


Bangsa yang terpilih tidak berfikiran dungu dan tongong seperti ini. Mustahil Melayu tidak ada langsung kesantunan dan kesopanan intelek.

Apa yang sebenar terjadi ialah begini:- Maruah bangsa hilang. Agama hanya mainan. Intellectual decency luput. Itu yang para pemimpin UMNO lakukan. Ahli UMNO duduk berdiam diri. Keadaan mereka seperti gambaran dalam Al Quran. Sama seperti Bani Israil, bangsa Melayu menyifatkan diri mereka sebagai golongan yang terpilih.

Banyak sebab yang lebih rasional untuk menerangkan mengapa UMNO terpilih. Janganlah seret nama Allah kedalam politik kamu. Allah bukan ahli UMNO.

UMNO terpilih sebab orang Melayu majority dalam negara ini.
UMNO teripilih sebab prinsip satu-orang-satu-undi tidak dipakai.
UMNO terpilih sebab sempadan kawasan pilihanraya memihak kepada mereka.
UMNO terpilih kerana membeli pengundi.

Orang UMNO bebas melihat diri mereka macam mana pun- bangsa terpilih, parti keramat, dipimpin oleh najib yang di kirimkan Tuhan. Kita tidak ada isu dengan perlakuan membesarkan diri. Manusia mahukan self esteem.

Zalman A said...



Kualiti pimpinan UMNO sekarang seperti penari gelek di Kota Bharu. UMNO sudah berjaya mentarbiyah/cultivate suatu jenerasi melayu yang hedonists yakni yang mengejar kehidupan berpoya dan gaya hidup golongan bangsawan yang mahu enjoy kehidupan sementara rakyat jelata berkerja untuk mereka.

Jenerasi ini hanya tahu kehidupan berpoya boya. Mereka hanya memimpikan kehidupan yang dekaden. Pemimpin2 nya hanya mahu tahu, dari mana projek berikut nya datang.

Apa yang mereka boleh cakap dan apa lagi cara perwakilan sambut pengkisahan demikian? Tentulah setuju menyetujui dan sokong menyokong.

Allah ada deskripsi yang baik untuk golongan ini. Hipokrit dan munafik.

Golongan hipokrit atau munafik memang akan sokong menyokong satu sama lain dan akan menentang dengan keras kumpulan yang enggan melanggani pemikiran mereka.Mereka menyeru kepada kemungkaran dan menyekat orang dari melakukan kebaikan dan kebenaran.

Al Quran 9: 67 ada sebut perkara ini.

Demikian lah keadaan Bani Melayu UMNO.


https://senapangsakti.wordpress.com/2016/08/14/bani-melayu-bani-pilihan/


LaM said...

Matthias dan Husam bagitu confident dgn sistem keadilan USA.

Yg curi duit 1MDB Jlow dan Najib. Najib ada diMsia. Dia dh mengaku rembat duit RM42million wang SCRI dan Rm 2.6billion yg semua tahu sekarang adalah duit curi 1MDB. Patut Matthias dan Husam file jugak saman terhadap Najib diMhkamah Msia utk daptkan balik wang rakyat yg dicuri olih Najib. Apandi jugak patut disaman bersama najib kerana melindungi Najib dari pendakwaan. Kalau Najib didakwa, lagi senang utk recover duit2 tu dari Najib melalui denda dan penalti. Sbb Apandi cover Najib, dia pun patut disaman sekali.

Zalman A said...



The letter from the Swiss Prosecutor continues:

“The sovereign fund 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) was despoiled of several billion US dollars in the context of several international financial operations. 1MDB notably secreted these within contracts with the oil company PetroSaudi and the Abu Dhabi International Petroleum Investment Company IPIC, through its subsidiary Aabar.

In this context the enquiry has revealed a suspicion of corruption with regard to former representatives of 1MDB (Casey Tang, Jasmine Loo) and from IPIC (Khadem Al Qubaisi, Mohamed Al Husseiny).

The criminal proceedings opened against these four people have raised suspicion with regard to each of their many banking relationships in Switzerland, in that these accounts may have received funds of criminal origin.”

MO1 is trying to buy off the UAE with cash siphoned from the CCCC deal for the simple reason that if 1MDB's transfer to the fake Aabar was a 3-way conspiracy with MO1, then IPIC wins.

Khadem Al Qubaisi and Mohamed Al Husseiny are beyond the reach of any Malaysian tong simen. And they are too rich to bribe. And they know everything that MO1 has done.

How worrying.

All the anti-ageing treatments in the world cannot cure this kind of stress.

Nothing to hide said...

When Badawi took over tun he ordered his officers to open up every contract under tun to see if tun was involved in any hanky panky. Badawi was so frustrated when nothing was found. This investigation is still ongoing under najib. After 13 years they found NOTHING. Otherwise do you think najib would have kept quiet? Tun himself has dared anyone with proof of any corrupt practices on his part to come forward. To date not a squeak.

All out said...

Datuk,
is it too late for Zahid to reconcile with Muhydeen? As it is, it is already hopeless to hope for Zahid to be handed the PM's post from his boss, irrespective of guarantees, promises, etc.
Recent imbroglios on shortage of passports, defective chips, and didnt lifeofannie posted that Malaysian passports and security microchips to be wholly made in China?
Malaysian passports are now and previously made locally and under the close supervision of the government.

What happened to our country's sovereignity and security, can be breached any time now!@ China is a big copycat producer. Looks like these issues were deliberately brought up.
Thus if Zahid wants to become the next PM, he really has to break free and go all out with Muhydeen and Tun M.


TESSA said...


Bravo!

Unknown said...

Assalamualaikum DAKJ,

Nampak gayanya ramai yang menyebut PM NAJIB sentiasa, mereka semua melontarkan segala macam perkara-perkara tentang PM NAJIB, sudah semacam terkenal dan kukuh karakter PM NAJIB. Gosip tanpa henti inilah melonjak semahu-mahunya nama PM NAJIB tanpa ada sekatan dan tapisan keras agar segala cerita PM NAJIB telah tamat dan tiada berfungsi. Jika cerita tentang PM NAJIB berterusan ia di ibarat disokong dan ditolong oleh sesuatu unsur untuk menghidupkan dengan galak ini pasti menjayakan apa jua PROPAGANDA(dimasuknya kejam=PM Penyayang, dimasuknya bahagia=PM Murung, dimasuknya pelbagai2) untuk kesinambungan air sungai yang terbukti berjaya sampai ke laut.

Kesimpulannya:
Ketika tentera VIETKONG berperang mereka menyekat segala apa jua gerakan, garis sempadan,propaganda, taktikal, emosi, kepintaran, ingatan, akhbar, radio, tv dan pelbagai akhirnya AMERIKA tidak berjaya menakluk VIETNAM.

Oleh itu hentikan mensensasikan PM NAJIB lagi, sensasilah kewibawaan AZMIN, ANWAR, LIM, ABDUL HADI secara berhemah. Cubalah sedikit-sedikit lama-lama merasa kenikmatannya iaitu kemenangan dari usaha ikhlas jitu.

Rakyat Malaysia Baru said...

Assalam DAKJ & Semua...


Sila perhatikan dengan teliti setiap nukilan2 "Golongan2 Balaci2 @ Macai2 Panglima Bugis" disini & dimana-mana...

...semua mengikut cara "MO1" @ Modus Operandi 1..

Semua ikut cara yg sama...


...semua akan berBICARA MENGARUT..


...semua akan berBICARA TANPA HUJAH KUKUH..


...semua akan berBICARA BERDASARKAN FITNAH..


...semua akan berBICARA KELAM-KABUT..


...semua akan berBICARA DENGAN BIADAP..


Semua TANPA rasa MALU berperangai sedemikian... Sama seperti individu "MO1"!!!


Adakah ini semua satu kebetulan??? Sila perhati & analisa sendiri...

Rakyat Malaysia Baru said...

Assalam DAKJ & Semua...


Sila perhatikan dengan teliti setiap nukilan2 "Golongan2 Balaci2 @ Macai2 Panglima Bugis" disini & dimana-mana...

...semua mengikut cara "MO1" @ Modus Operandi 1..

Semua ikut cara yg sama...


...semua akan berBICARA MENGARUT..


...semua akan berBICARA TANPA HUJAH KUKUH..


...semua akan berBICARA BERDASARKAN FITNAH..


...semua akan berBICARA KELAM-KABUT..


...semua akan berBICARA DENGAN BIADAP..


Semua TANPA rasa MALU berperangai sedemikian... Sama seperti individu "MO1"!!!


Adakah ini semua satu kebetulan??? Sila perhati & analisa sendiri...

Rakyat Malaysia Biasa said...

Perasan hebat Rakyat Malaysia Baru kita ni.Tanpa malu mengutuk pandangan orang lain yang berbeza.Apa tak sedar diri ke yang awak juga belachi dan pencacai pembangkang yang TIDAK berfakta.Sudah sudah lah mengutuk orang lain yang lebih ramai di belakang Perdana Menteri NAJIB.
Lihat diri sendiri dulu.HIDUP UMNO.

Kampong man said...

DAKJ,
1.Assuming Najib is proven guilty because of 1 MDB which i doubt so from my analysis,he will relinquish his post after his mandated term.If he still enjoys the support of his UMNO members,which he is still,he will continue his premiership with ease under UMNO and BN.

2.This blog to me has become more of an opposition blog different than what i know when Tun M and DSMY were all staunch UMNO men before which is no longer now.See,these are typical problems faced by UMNO rejects as expectedi i.e Problems associated when one who is no longer in power.

3.Let us have a fair view of real situations and not just discussing this hackneyed stories of only 1 MDB.Read the opposite views as welk ya.Thanks.

Min said...

Well said ! Well said. I quite look forward to yr feedbacks in AKJ's blog.

Tinta Hitam said...

Datuk,

Didalam isu 1MDB ni kita dapat melihat parti parti pembangkang sebahagian dari bekas orang orang UMNO,NGO NGO amat vocal mengkiritik isu 1MDB ini..Yg jarang kendengaran ialah suara suara dari PAS..Adakah menentang kemungkaran 1MDB ini tidak menepati piawaian amar ma'aruf nahi mungkar mereka.Kih3..

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).