A Kadir Jasin
﷽
BUAT kali kedua Pengarah
Strategik Barisan Nasional, (Datuk) Abdul Rahman Dahlan dilaporkan telah
menamakan Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng
Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, sebagai orang yang digelar “Malaysian
Official 1” (MO1) oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ). (Baca di sini)
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Tetapi konco, macai dan balaci
Najib kelas mamat dan pemakan dedak tetap menafikan. Mereka mencari
berbagai-bagai helah dan alasan untuk menimbus bangkai gajah Tok Mia yang reput dan busuk.
Ahli Parlimen BN Langkawi,
Nawawi Ahmad, misalnya cuba mengabui mata rakyat jelata dengan mengaitkan MO1
dengan Yang di-Pertuan Agong. Dia kemudian memohon maaf atas perbuatan bodohnya
setelah menyalahkan orang lain kononnya menyalahtafsirkan kenyataan beliau.
Tetapi pengesahan Abdul Rahman
ini bukan calang-calang pengesahan. Ia adalah pengesahan taraf Kabinet dan standard global oleh salah
seorang pembela terulung Perdana Menteri.
Ia bukan pengakuan lawak
standard Ahli Parlimen Langkawi. Ia pengesahan rasmi yang dibuat bukan kepada
media arus perdana tempatan yang boleh diperkotak-katikkan tetapi kepada
penyiar global – British Broadcasting Corporation (BBC). Bukan sebarang orang
boleh dapat “airtime” di BBC. (Baca/tonton di sini).
Jadi, akibat pengesahan Abdul Rahman
itu bertambah kuat dan jelaslah bukti yang selama ini cuba dipertikaikan iaitu
Najib adalah numero uno – orang nombor satu – 1MDB.
Atau adakah Abdul Rahman juga
akan buat macam Ahli Parlimen Langkawi dengan mengatakan kenyataan beliau diputarbelitkan
atau disalah takrif? Boleh buat tapi sudah terlambat.
Masih Tak Percaya?
Soalnya, dengan pengesahan
kepada BBC oleh Abdul Rahman bahawa MO1 adalah Najib, masih adakah lagi konco, macai dan balaci
pemakan dedak akan cuba putar-belit dan adakah lagi pihak yang tidak percaya?
Ini termasuklah para ulama dan
agamawan PAS. Berpandukan pengalaman lalu, saya rasa segelintir mereka akan
terus tidak percaya walaupun pengakuan itu dibuat oleh menteri Najib sendiri.
Kita sudah lihat macam mana
Presiden PAS, (Datuk Seri Tuan Guru) Haji Abdul Hadi Awang, dan Mursyidul Am (Datuk
Tuan Guru) Haron Din dengan keras menafikan pembabitan Najib dalam dakwaan
salah guna kuasa dan rasuah berkaitan 1MDB.
Malah mereka kini menjadi kayu
penongkat mahligai politik Najib yang condong dan goyang.
Tetapi penafian Abdul Hadi dan
Haron menjadi semakin sukar dipercayai dan dipertahankan dengan semakin
banyaknya pendedahan baru yang sangat sensasi mengenai penipuan dan
penyelewengan duit 1MDB.
Sebelum Abdul Rahman
menggugurkan bom nuklear ke atas Najib, media massa antarabangsa melaporkan
kemungkinan sebahagian duit yang disonglap daripada 1MDB telah digunakan
untuk membiayai empayar hiburan antarabangsa milik seorang Arab.
Kelab malam Las Vegas ini dikatakan dibiayai duit curi 1MDB |
Laporan itu mengatakan bahawa
pada 18 Ogos lalu, seorang Arab bernama Khadem Abdullah al-Qubaisi telah
ditangkap oleh pihak berkuasa Abu Dhabi kerana disyaki menyelewengkan duit
sebanyak AS$470 juta (kira-kira RM1.8 bilion) dalam urusan usaha sama negara
itu dengan 1MDB.
Apa yang al-Qubaisi dituduh buat
dengan duit itu saya rasa Abdul Hadi, Haron dan semua orang PAS boleh
faham. Cuma sama ada mereka hendak mengaku atau tidak.
Al-Qubaisi ditahan oleh pihak berkuasa Abu Dhabi |
Al-Qubaisi adalah orang di
belakang Hakkasan Group, sebuah empayar hiburan yang memiliki kelab malam,
hotel dan restoran mewah di merata dunia.
Kalau betul alasan penangkapan
al-Qubaisi oleh pihak berkuasa Abu Dhabi itu, jelaslah duit yang disonglap
daripada 1MDB telah digunakan untuk kegiatan yang dilarang oleh Islam.
Tak tahulah saya kalau Abdul Hadi
dan Haron boleh meyakinkan kita bahawa kelab malam Hakkasan di bandar raya judi
Las Vegas itu patuh Syariah.
Yang sudah jelas adalah
sebahagian duit yang dibocorkan daripada 1MDB telah digunakan oleh anak tiri
Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz, dan rakan kongsinya, Jho Low untuk membiayai
penerbitan filem separuh lucah “The Wolf of Wall Street” serta membeli kediaman
mewah di Amerika serta lukisan mahal. Harta itulah yang hendak dirampas oleh DoJ melalui saman sivilnya di Los Angeles.
Tapi kalau Abdul Hadi dan Haron
tak faham lagi atau tak peduli, saya tak tahu apa nak kata. Nak kata mereka
masih tunggu empat orang saksi misteri pun tak masuk akal juga sebab satu dunia
sudah tahu.
Susah nak fikir. Nak tuduh atau
syak mereka terima dedak daripada Najib tentu tak kena pada tempatnya sebab
mereka orang agama.
Masakan ulama besar sanggup jadi
tali barut dan bersekongkol sembunyi perbuatan salah yang membebankan rakyat
jelata sekarang dan pada masa akan datang?
Wallahuaklam.
58 comments:
Datuk.
Aku tak percaya cakap si(Datuk) Abdul Rahman Dahlan ni...lagi lagi la bila dia cakap di BBC...bukan, di Putrajaya...atau di Kota Belud...jadi dia ni saja saja la buat cerita begini...
Suruh dia buat ucapan penuh di Kota Belud...tengok kalau dia berani ke atau tidak...tak payah la suruh dia main sumpah sumpah...lagi baik dia cerita sama orang orang kampong daripada di BBC...
Kurang asam ba si (Datuk) Abdul Rahman Dahlan ni...nakal.
Copy & paste from KL chronicle
1 September 2016
1. As I told the BBC, it's obvious that the so called “Malaysian Official 1” (MO1) referred to by the U.S. Department of Justice is our Prime Minister.
2. Many others were also referred to by the DoJ. But, critically, none of them including MO1 were named as subjects of the investigation.
3. As any lawyer will confirm, the difference between being named as the subject of a civil lawsuit, and merely being referred to in an investigation, is black and white.
4. Tun Mahathir Mohamad and his new allies in the opposition are deliberately mixing the two up to deceive the Malaysian people. The failed protests their proxies organised asking who MO1 is are irrelevant, as MO1 was not named as the subject of any DoJ civil suit.
5. Meanwhile, after comprehensive investigations by multiple authorities, our Prime Minister has been cleared of any wrongdoing. So the evidence is clear. And Tun Mahathir's smears will fail once again – just as all his attempts to topple Malaysia's democratically elected government have failed miserably.
Dato' Abdul Rahman Dahlan,
Barisan Nasional Strategic Communications Director,
Minister in the Prime Minister’s Department.
Allahuakbar!, Pak Kadir apa mau jadi dengan mereka yang bergelar dan berada dipenghujung hayat maseh tidak nampakah lagi benang basah yang ditegak dengan bermacam warna.Adakah buta mata atau buta hati.Hanya kita boleh menyeru mereka-mereka ini bertaubat dan tinggalkan dunia politik,masa yang berlalu dengan masalah yang kita bena tak akan kembali dan mungkin dikenang sebagai pengkhinat bangsa.
Duit RM90 juta bila nak saman? Kalau tak saman, mmg sah lah ulama pun suka dedak
Salam Dato.
Dulu2 30 tahun lebih mana2 pelajar diUITM dlm kursus Diploma in Business Studies atau DBS...akan digelar pelajar2 "Dah Bodoh Sombong".
Hatta...lanjutan dari lontaran Dato tentang sikap Parti PAS...sy rasa gelaran itu cukup bersesuaian sekali dituju kpd 2 org personaliti terunggul PAS Hadi dan Harun Din.
DAH TERANG LAGI MAHU DISULUH KAH...tentang bagaimana Bugis HZ ini terpalit dlm salahlaku yg tidak bermoral masih many disokong lagi oleh mereka.
Bila kita imbas kembali..."Fatwa Kafir" oleh Hadi dulu2...sy kira org ini memang DBS...dan nmpknya...dia tidak berubah....menjadi2 lagi pula.
Lihat sahaja dia berkata....
"apa2 saranan atau aktiviti menjatuhkan Najib tidak perlu disokong kerana semua itu adalah kerja2 yg tidak berfaedah sia sia....kerja yg memecahkan bangsa sahaja".
Huh!!!
Dangkal sekali pandangan dia.
Serupa juga dgn kes "Video Mustaffa Spnd@"...bilamana dia remehkan isu itu dgn berkata....video cuma besi yg tidak boleh dibuat bahan bukti dsb.
Cukup berat pandangan dan pemikiran Ketua serupa dia...'tak leh pakai langsong' kata org Kedah.
Makin berat lagi bilamana Harun Din pun seiya sekata dgn dia.
ITU LAH DIA KETUA2 MELAYU DBS.
Sy tidak terkejut jika dia berkata..."duit 1MDB sbnyk USD470million yg disonglap untuk membuka kelab mlm diVegas oleh Arab kenalan Bugis HZ....ITU tidak salah apa2 sebab bukan berlaku didlm negara ini dan tidal terikat dgn undang2 Syariah Malaysia....jadi hukum nya tidak salah dari segi ugama".
Malah...dia 'capable of anything' pun.
Kit Siang dan DAP pun dia tenyeh....begitu saja.
Memang sah desus desas Umno milik Bugis HZ sedang berbaik2 dgn PAS....sebab Bugis HZ memang suka sngat dgn org2 DBS terutama Hadi.
As salam
"Kita sudah lihat macam mana Presiden PAS, (Datuk Seri Tuan Guru) Haji Abdul Hadi Awang, dan Mursyidul Am (Datuk Tuan Guru) Haron Din dengan keras menafikan pembabitan Najib dalam dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan 1MDB." - Apa yg disangkal Tn Guru dan Haron Din adalah mengenai 1mdb.
Yg "MO1" tu mengenai siasatan DoJ di mana DoJ pun belum dpt apa2 bukti utk kaitkan 1mdb atau Najib dlm dakwaan mereka.
Saya yg tak faham atau Dato yg nk kelirukan saya?
Salam Dato....
Betul apa yg Nabi saw pernah prophesied
"There will come a time upon the people when nothing will remain of Islam except its name only and nothing will remain of the Quran except its inscription. Their mosques will be splendidly furnished but destitute of guidance...
".... And the uluma will be the worst creatures beneath the sky"
Wallahualam...
Sallam Dato’
Berkenaan dengan PAS, saya dapati pemikiran PAS sekarang ini bukan di bumi yang nyata tetapi di alam yang berlainan.
Pemikiran PAS tidak mengambil kira atau menghiraukan “Cause and Effect” dalam pendirian mereka sekarang ini dan mereka syok sendiri dengan dunia masing-masing.
Sebagai illustrasi dan contoh pemikiran PAS yang saya nampak, saya berikan analogy,
Kalaulah kereta kita rosak, maka kalau kita bertanya kepada Parti Amanah, Bersatu, PKR, DAP atau pun juga BN sekali pun, jawapannya adalah mencari punca kerosakkan kepada kereta. Boleh jadi adalah disebabkan oleh “Alternator” ataupun “Bateri” yang menjadi punca kepada kerosakkan. Ini merupakan “Cause” atau punca dan “Effect” iaitu akibatnya kereta menjadi rosak dan tidak berfungsi.
Kalaulah kita bertanya kepada PAS berkenaan kereta rosak, pada pengalaman saya, jawapannya adalah “Kita kena balik kepada dasar iaitu balik kepada Islam”. Perkara punca kepada sesuatu masalah dia tidak ambil kira.
Kemungkinan besar PAS akan mengeluarkan hadith yang mengatakan setiap sesuatu yang terjadi termasuk kereta rosak adalah kerana kekuasaan Tuhan.
PAS menganggap segalanya adalah berpunca daripada Tuhan. Perkara “Cause and Effect” tidak diambil beratkan.
Mungkin tanggapan PAS, kalaulah kita menyokong hudud, maka kereta kita mungkin tidak rosak atau segala masalah yang ada akan selesai.
Sebab itulah, pada pandangan saya PAS tidak berminat dengan aktiviti rakyat untuk kebaikkan negara dan lebih berminat untuk menjalan hukum sebat di khalayak ramai di negari Kelantan.
Oleh itu bagi saya, PAS bukan sebuah Parti yang boleh kita jadi sandaran untuk menyelesaikan masalah dalam negara seperti masalah ekonomi, masalah rasuah, masalah pentadbiran yang memerlukan analisa secara rasional dan logic.
Pemimpin PAS adalah penting dalam menyelesaikan masalah alam ghaib seperti kerasukkan, masalah sihir dan buatan orang yang banyak berlaku ketika ini.
Jelas Rahman Dahlan ini kurang bijak.Kenyataannya akan memberi tekanan MACC dan AG supaya membuka balik file yg ditutup oleh AG.
Akhirnya yg benar tak boleh nak dinafikan lagi. Dan yg fitnah akhirnya terbongkar. Apakah reaksi macai macai terutama yg tinggal di manchester???
Assalamualaikum Datuk Scribe...
Saya dah tak heran pun kalau Hadi Awang dengan Haron Din ni pakat tutup mulut bila orang minta komen berkenaan 1MDB & Najib. Sejak tersebar foto Najib melawat depa 2 orang dalam wad hospital tahun lepas, sejak itulah pendekatan PAS mula berubah bila bercakap pasal UMNO. Sejak itulah PAS sanggup pinggirkan dan buang keahlian mana-mana pemimpin PAS yang menyoal Hadi & Haron hal hubungan mesra 'suami isteri' PAS-UMNO hinggakan parti sanggup keluar dari gabungan Pakatan Harapan. Tiada siapa dikalangan PAS yang tahu kerana Hadi tak pernah perjelaskan pada ahli pun. Tapi lepas saja kelompok penentang dah keluar dan tubuhkan parti AMANAH barulah Hadi mula buka mulut bahawa PAS tidak berniat nak gunakan isu skandal 1MDB untuk jatuhkan kerajaan Najib sebaliknya PAS hanya mahu jadi penasihat kepada kerajaan saja.
Memang benarlah kata orang-orang tua. Kalau tidak berada ada masakan tempua bersarang rendah dan kata orang-orang tua lagi rupa rupanya ada udang disebalik batu.
Laporan Sarawak Report yang membuat pendedahan bahawa parti PAS terima 90 juta dari Najib di iyakan tidak dinafikan pun tidak tapi dikatakan bahawa 'dalam tempoh sebulan' PAS akan pergi ke London untuk saman Sarawak Report. Najib pun senyap jugak. Iyakan tidak nafikan pun tidak akan kebenaran laporan Sarawak Report tu.
Jadi sama-samalah kita tunggu apakah benar atau fitnah kisah 90 juta 'sadakah' dari Najib untuk PAS tu. Bilakah akan disaman Sarawak Report atau PAS sekarang ni tengah pening nak pilih hari yang sesuai pasal hari Selasa dah pun Najib pilih untuk saman WSJ yang dikatakan buat fitnah jahat untuk perjatuhkan dia.
Kadiag, salaam.
Pasai apa hang pi sentuh pasai gajah tok miah, lebih korang kata orang minang, buet den tokonang jo kampowong...hak ngimbau ngimbau den pulangggg...dan macam2 lagi. Teringat kawan yg dah lama pi takkan balik lagi, Dr Abdul Aziz Mad Shah (Jackson Su) asai Seberang Paya, Ayag Itam, Pulau Pinang, dulu kerja kad MARDI, luluih UM lepaih tu U dekat kilang biskut di London in Scotland. Masa sekolah dulu, kami pangge dia Ajit Tok Miah. Allah cucoglah keampunan dan rahmat ataih ruh dia, aamiiin.
Macam mana pon, sekali lagi aku nak terima kasih kad hang pasai tonjoikan satu 'kontradiksi' dlm masyarakat semasa, yagni korang 'kepedulian' sebagian 'agamawan' dlm isu selingkuh duit sekala besag sakan ni. Tapi hang pi pakai qoidah 'transposisi' atau silang kepentingan dgn duit rakyat yg katanya pi ke rangkaian kelab malam dan restoran di Amerika milik seorang tauke Arab, yg bulih di'musykil' kepada sebagian 'agamwan' tu sama ada bisnes rangkaian kelab malam dan restoran tu patuh syari'ah ke dak...
Teringat aku cerita seorang (yg suka2, magnanya bukan tepaksa) curi ayam, kumudian pi sembelih ayam cara 'patuh syari'ah'.
Mintak maghap Kadiag no, hang pon tau, ada lagi tonggak lain, munkin yg lebih 'hebat' dari sebagian 'agamawan' ni, yg kepala hukum, yg kepala agama tapi bukan 'agamawan'...tapi hang insya'Allah, akan cerita kod dlm 'coretan2' lain, no...
Wallahua'lam.
Aku
Datuk.
1. Walaupun, (Datuk) Abdul Rahman Dahlan dapat "airtime" BBC...itu airtime "dibayar" melalui PR agency...bukan betul...semua staged performance...lagi pun, itu untuk audience segelinter kecil rakyat Malaysia saja macam Datuk dan mereka mereka yang pernah baca DoJ document...semua audience begini tau siapa MO1 sebab "hanya yang bodoh saja tak tau siapa MO1".
2. BBC...bukan channel media terkenal di Amerika...apatah lagi dalam kesibukan liputan media media Amerika tentang Presidential Election...seorang pun tak menonton berita pasal 1MDB di BBC Amerika...maka itu la, suruh si Abdul Rahman buat interview di CNN, CNBC, Fox News...dia kan Pengarah Strategik Barisan Nasional...lagi pun DoJ, berpengkalan di Washington DC bukan di London.
3. Kita tau juga mungkin si Abdul Rahman tidak bolih buat semua tu...kesian dia...apa kata, kita suruh dia buat ucapan di Kota Belud depan penyokong penyokong tegar UMNO...jemput lah MAP dan Harakah saja...Datuk rasa berani ke si Abdul Rahman buat yang senang begini???
4. Jangan buat pendedahan tersebut di KL atau Putrajaya...itu tempat orang pengecut...mungkin di Pekan depan penyokong Najib lagi seronok.
5. Mana PM Najib?...please say something...anything...
Mana agong?
Mana sultan2 malayu?
Mana mufti mufti, hadi dan harun den?
Hanya satu orang UMNO saja ke?...satu malayu saja ke yang membela bangsa, agama dan negara?
Kalau barisan pembangkang masih terus cenderung bercakaran sesama sendiri sambil melayan karenah masalah dalaman parti masing2, BN akan menang besar dlm PRU14 nanti.
BN tak perlu risau lagi sebab PAS ada sebagai pemecah undi utk memenangkan BN.
Oleh itu jika pembangkang benar2 serius, berilah kepercayaan dan sokongan sewajarnya kpd Tun Dr Mahathir. Manfaatkan segala pengalaman, kebijaksanaan dan kewibawaan yg ada pd beliau.
Jika tidak, pembangkang harus terima hakikat bahawa mereka sudah tewas sebelum pertempuran bermula.
Erti kemerdekaan bagi MO1 adalah bebas dari segala isu yang berkaitan dengan 1mdb
Mereka bukan ulamak dato....tanya mereka dah berapa orang mereka islamkan....adakah kengkawan bukan islam mereka tertarik dengan akhlak mereka lalu mereka masuk islam...mana karya besar mereka ...masih mengaku ulama?
Hahahaha...Dato, mmg geng tu mau tunggu 4 saksi, mungkin gambar agung warna kelabu,dan gambar agungvmerah, gambar agung hijau dan gambar agung biru....namun tergelak besar saya bila di kabarkan bahawa kejadian semasa di PRN Sarawak, menunjukkan Allah swt mmg memilih Pahlawan Bugis..ceritanya;
Sekonyong konyong nya sipahlawan bugis pergi berkempen di To'kong Cina di Sibu, berjumpalah ia dgn si "imam" kuil, tatkala itu berbunyi lah gong kuil dan isyarat itu menandakan ahli ahli kuil tak perlu mengundi ...si pahlawan pulang dan datang keesokan harinya,
Kali ini gong berbunyi lagi, tetapi bunyi nya lain sekali dan si "imam" kuil memerintah para ahli kuil keluar mengundi dan memangkah dacing...dan itu lah sebab parti si Pahlawan Bugis dapat sokongan di PRN Sarawak dari org cina..
Hikayat ini di"jual" kpd ahli ahli parti keris telanjang, maka satu konklusi di buat, Pahlawan Bugis mmg pilihan Allah swt utk memimpin..
Dan para penyokong parti keris telanjang percaya 110% bahawa Pahlawan Bugis di pilih Allah swt..utk memimpin dan menang PRN Sarawak
Salam Datuk
Mengikut Hudud PAS...tuduhan tanpa 4 saksi tak boleh pakai.
Mengikut Harussani...tak ada kepakaran kewangan antarabangsa tambahan AG Pandi dah sahkan Najib tak bersalah. Mufti mufti lain nampaknya akur dengan fatwa Harussani...kecuali Dato Asri.
Rahman Dahlan mengesahkan Najib adalah MO1...tapi sebab dia tak paham inglis atau memang buat bodo...dia kata MO1 tak terlibat dalam siasatan DoJ. Saya rasa dia buat bodo sebab itulah yang membuatkan dia naik sebagai pahlawan Najib.
Apa apa pun...Menteri Najib telah memperakui bahwa Najib adalah MO1. Full stop.
MERDEKA tahun ini amat mengharukan.
Benarkah kita masih MERDEKA?
Kebawah Duli Raja Raja...MERDEKA kah kita?
Rakyat mohon perlindungan Kebawah Duli Raja Raja Melayu.
Andai kita masih MERDEKA...
Kenapa rakyat masih dijajah minda?
Kenapa Rakyat ditindas?
Kenapa rakyat dizalimi?
Kenapa rakyat dibohongi?
Kenapa Rintihan rakyat tiada dipeduli?
Kenapa Wang menjadi Raja?
Adakah perjuangan Dato Onn dan rakyat menentang Malayan Union hanya tinggal sejarah?
Atau rakyat Malaysia kini telah memilih "Wang" sebagai Raja?
Ternyata Wang memang Raja yang amat berkuasa.
Cash is King!
Ampun Tuanku.
Rahman's belated admission that the MO1 as mentioned in the DoJ document is Najib is indirectly also the Cabinet's admission that Pandi is a stupid and half past six former Federal Judge whose appointment to the AG's post was solely to protect Najib from prosecution.
The DoJ document clearly stated that US$681 of the monies stolen from 1MDB was credited into the account of MO1. That fact flies in the face of the corrupted and crooked Pand's assertion that it was an 'Arab' donation. Pandi is now accessory to the crime of receiving the stolen 1MDB funds by Najib making him also a criminal that warrants arrest, if not now, then in the future.
"Attorney-General Apandi Ali has been urged to reopen investigations into 1MDB and Prime Minister Najib Razak following an affirmation by cabinet minister Abdul Rahman Dahlan that Najib is the Malaysian Official 1 (MO1) mentioned in the US Department of Justice’s suit connected to the alleged misappropriation of 1MDB funds.
The call was made yesterday by Amanah Youth’s deputy chief, Faiz Fadzil.
Speaking to FMT, Faiz said he was maintaining his stand that the civil action in the US was related to criminal offences such as breach of trust, misappropriation of public funds and money laundering.
Besides demanding fresh investigations by the Attorney-General’s Office, Faiz also called for the establishment of a royal commission of inquiry to investigate the scandal.
“No less than a federal minister has admitted that Najib is MO1,” he said. “Najib must take responsibility and resign.”
Abdul Rahman, in an interview with the British Broadcasting Corporation, said MO1 was indeed Najib, confirming what foreign media have reported."
Rahman Dahlan forgot to read the DOJ report.
The DOJ says the "donation" came from 1MDB.
Hence Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone has been lying all along.
Hence the "donation" story is false.
Hence Apandi was wrong to clear him.
AsSalam Datuk n sumo .
Tak perlu jadi saintis roket untuk faham hebahan DOJ dulu .
Mereko cubo kaitkan isu " money laundering " dongan DSN tapi tak berani sobut namo sobab takdo bukti . Memang tak boto pun dan dah diputuskan olih AG dan PAC Kito .
DOJ Lynch tu pun tak beghani nak kontek pihak berwajib kito sobab siasatan AG dan PAC tu komprehensif dan bipartisan (bersamo pihak pembangkang ) ... sign , seal n delivered .
So .. nak puehkan hati client DOJ tu .. Cik Lynch ni terpakso buek announcement jugo lah . Untuk yang tak tau ator jalan urusan takbir US tu ... non citizen kono engage senator sano kalau nak dapek perhatian . Mereko ni jadi penasihat dan penyokong proposer . Tapi bukan free yo . Bayaran fee sebagai penasihat tu RM1 million yang dibayar olih Tun M , DS Khai dan ANC gang .
So ... Cik Lynch kono buek hebahan walaupun kes tak joleh dan kabor . Kalau tidak akan kono tiau kaw2 olih senator berkenaan .
Yang pasti , Hj Arul dah umum , secaro resmi , takdo aset yg hilang . Eviden iolah dalam catatan kewangan tahunan yang disahkan olih 2 auditor antarobangso .
So .. duit siapo yang hilang ...
Itu sobab eh Cik Lynch tak sobut namo yang spesifik . Dio tahu Qubaisi dah di tahan di Abu Dhabi . Di Malaysia kes dah close . Jadi isunya bukan 1MDB lah.
Duit dermo yang DSN akui terimo tu dah disahkan olih Rajo Arab Saudi sebagai dermo . So kes close lagi .
Cik Lynch dah poning kepalo , nak konokan Arab Saudi atau Abu Dhabi . Duo2 ni penyokong kuek AS dan Hillary.
So yang paling sonang ..perkonokan MO1.
TGHA dan TGHD dan ulamak2 dah nampak langkah silat sumbang Tun M dan ANC gang . Iolah dah dicopkan sebagai Mahafiraun .. camno nak percayo .
Ehhh banyak sangat ni ...cukuplah yo.
Wassalam.
Waghih.
Macai Manchester?
Org ni 1 cent pun belum tentu laku.
Siapa tabur dedak lebih ...dia serbu...jilat habis.
Dia rasa...dialah yg paling pandai dan tahu semua.
Masa jadi balaci Anwar...dia jilat peliwat ini sampai habis air liur....bila dah tak boleh lagi sebab peliwat berihat diSg Buluh... dia kutuk bagai nak rak.
La ni dia jilat Najib pula....Tak tahulah smpai bila.
Kalau Najib jatuh...pungkuk sapa pula dia nak jilat.
Salam sdra Zed-85.
Satu analogy yg tepat.
Sy menambah....bagi Pas kini..didlm mempertahankan survival Parti terutama Ketua2 yg 2 org ini...maka konsep "the end justify the means"telah diguna pakai pula.
kita faham sahajalah..demi survival Parti dan kekal relevan...dana sgt2 diperlukan...maka cerita2 Bugis HZ bermesra dgn Ketua2 2 org ini dan SR tentang RM90 juta itu ada bnyk kebenaran nmpk nya.
Sudah smpai masa...ahli2 baru dan lama bertanya..apa sebenar perjuangan Parti ini selain Hudud....dan apa yg Islam nya tentang Parti ini bila Perompak harta rakyat pun disokong?
Datuk yang bijaksana,
"Masih Tak Percaya?"
1. Bukan tak percaya cakap si rahman dahlan ni, Datuk...tapi, yang dia sibuk ni apa hal?
2. Kita tau la dia ni pandai sebab katanya "hanya orang bodoh saja yang tak tau siapa MO1?"
3. Rahman kata "MO1 ada Najib" dalam kontek bahawa "Najib bukan disiasat olih DoJ"...bermakna, kalau Najib kena siasat maka "MO1 bukan Najib".
4. Dalam erti kata lain MO1 tidak bersalah apa apa pun...dan ini memang pun betul dari segi dimana harta harta yang di sita olih DoJ di Amerika itu bukan harta atas nama MO1.
5. Yang aku "masih tak percaya" bukan soal "MO1 itu Najib"...tanpa si rahman dahaklan pun, aku rasa banyak yang pandai pandai pun sudah tahu...contoh orang2 yang pandai, besar kemungkinan MACC...mungkin juga PDRM...atau BNM...tak pasti aku pasal si AG pula...
Tunaikan la tanggung jawab kamu di Malaysia sebab DoJ itu sudah tunaikan tanggungjawab dia dengan apa yang berlaku di Amerika.
Kami ingin mengucapkan terima kasih pada kerajaan Amerika...kerajaan Singapura...kerajaan UK...kerajaan Switzerland kerana tegas dan prihatin pada isu isu penggubahan wang haram di negara mereka.
Kerajaan Malaysia...bila lagi?...buat la kerja dengan baik supaya kami rasa puas hati.
Datuk,
KENYATAAN MEDIA
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao
Tajuk : DOJ Amerika Menafikan Menyebut Nama Atau Akan Mendakwa Najib Dalam Siasatan Kes Sivil 1MDB
Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) menafikan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sebahagian dari subjek siasatan kes sivil melibatkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam perkembangan terbaru itu, jabatan itu turut mengesahkan tidak pernah menyebut nama Najib sebagai "Malaysian Official 1" (MO1) dalam kes berkenaan.
Malahan sebelum itu, Peguam Negara AS Loretta Lynch juga sudah menyebut bahawa Najib tidak disiasat dalam kes itu dan bukan defendan dalam sidang media berkenaan kes itu sebelum ini.
Sementara itu Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan media hari ini meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan kepada pihak pembangkang atau mana-mana pihak yang menyebut Najib adalah pihak yang disiasat dalam kes itu.
"DOJ sudah mengesahkan bahawa mereka tidak terlibat dan tidak pernah menamakan Najib sebagai MO1 dalam kes sivil mereka.
"Pihak DOJ juga tidak bertanggungjawab atas sebarang kenyataan berbentuk spekulasi yang dibuat oleh pembangkang dalam isu itu.. Oleh itu, pihak berkuasa diharapkan dapat siasat dan tangkap mereka yang buat kenyataan bahawa Najib terlibat sebagai defendan dalam kes itu," kata Ramesh.
Pihak DOJ tidak bertanggungjawab atas apa sahaja kenyataan menghasut yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang dalam soal itu.
Dalam kes ini, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga telah mengatakan bahawa dalam saman sivil DOJ, tiada fakta yang menamakan Najib sebagai defendan atau mendakwa beliau sudah melakukan sebarang kesalahan jenayah.
“Sehingga kini, tiada bukti dari sebarang penyiasatan yang dilaksanakan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang dalam pelbagai bidang perundangan yang menunjukkan bahawa wang yang telah disalahgunakan dari 1MDB.
“Selain itu, tiada penyabitan kesalahan jenayah dilakukan terhadap mana-mana individu bagi kesalahan penyalahgunaan dana daripada 1MDB,” katanya dalam satu laporan di akhbar tempatan.
2 September 2016
Ini lah cara 'Clown'bercerita...balik2 cerita pasal Tun M.
Ko tak ada modal ke?
Dah hampir 15 tahun Tun M berhenyi jadi PM...apa pula salah dia bila Pak Lah dan Najib melakukan huru hara.
Ko dah tak boleh fikir lagi kah?
Oooops 'clown' mcm ko memang bebal nmpknya.
Ko tak fahamkah....dlm menulis berita/lapuran....semasa dlm investigation dan proses mendakwa..nama memanglah tidak disebut lagi...
tetapi ko lupa...
DOJ ada sebut..'MO No1'...hah yg Rahman Dahlan sahkan.
Ko baca surat khabar dak?
Ko memang lucu....oops ' clown'.
Salam Datuk
What new wayang are the 24-hour replacement and the Twitter playing?
They have to pura2 "investigate" and somehow avoid implicating Mappadulung.
So they need to think.
a) Shahrol is obviously not capable of being the kambing hitam, unless they try the Baginda trick where he ends up in rich exile. He just has to take the blame. But he cannot, the evidence shows otherwise.
b) Jho Low? Very risky. Our chubby friend has already complained about Umno trying to frame him. He could squeal.
c) Two Arabs? Even worse. They can easily turn the tables.
The evidence of all money flows is always among the "Big Four" members of the Kongsi Gelap-Songlap Bugis/Arab/Cina.
Who will squeal first?
Salam Jumaat Datuk...
Fu la mak... Apa la yang ada pada perkataan/gelaran. Di ukur dari sudut mana yea fu la mak ini?
-Di janjikan tak sakit apa till hembusan nafas terakhir ke?
-Tidak akan rasa lapar ke sepanjang hayat tanpa makan apa-apa?
-Tidak akan ada nafsu terhadap perempuan ke sepanjang hayat.
Tebuk sana tebuk sini demi kepentingan 'perut dan ?????' je sebahagian mereka ini. Adakah selepas kehadiran fu la mak then orang Islam kini menjadi lebih hebat dari zaman Nabi terakhir kita...?
Saudara MSH,
Kita ada masalah dalam negara kita dengan masalah kos sara hidup yang tinggi, ekonomi, rasuah, ketirisan dan lain-lain.
PAS sibuk hendak melaksanakan hukum sebat di khalayak ramai bagi orang berzina dan minum arak.
Yang sebenarnya orang yang berzina dan minum arak bukan di Kota Bharu tetapi di Golok Thailand.
Penat orang-orang berusaha hendak membetulkan keadaan di Malaysia ini tetapi ada kemungkinan tak tercapai kerana PAS hendak memecahkan undi.
Kalaulah PAS lawan tiga penjuru boleh menang, satu hal juga tetapi tak boleh menang.
Sebenarnya hukuman sudah yang sedia ada di Mahkamah Syariah adalah maksima 3 tahun. Adakah hukuman 3 tahun untuk orang minum arak dan berzina tidak cukup berat?
Adakah masalah orang berzina dan orang minum arak menjadi satu masalah yang besar di Kelantan berbanding dengan negeri lain. Saya tidak pernah dengar orang makan nasi dagang dengan minum beer di Kelantan.
Kalau di Golok Thailand memang ya.
Bagi pandangan saya, banyak lagi masalah negara yang patut menjadi keutamaan yang mana ulamak PAS tidak ada kebolehan untuk atasi. Yang mereka pandai Hudud
Datuk yang arif,
"Masih Tak Percaya?...Tapi kalau Abdul Hadi dan Haron tak faham lagi atau tak peduli, saya tak tahu apa nak kata."
1. Hadi dan Haron orang politik, BUKAN ulama besar...atau ulama keciil...atau ulama...
2. Banyak orang Melayu fikir Hadi dan Haron orang ulama sebab pandai dalam bidang agama, tahu bahasa Arab dan Quran dan pandai keluarkan fatwa...
3. Banyak orang Melayu pandai baca Quran, tetapi bukan faham pun...jadi, antara buta dan bodoh, kita percaya la Hadi dan Haron sebagai ulama sebab dia lebih tahu dari kita....disini la kelemahan Melayu...bukan la kita tidak tau langsung, ada terjemahan kita bolih baca sikit sikit dimasa lapang...
4. Yang penting bukan tau semua isi kandungan Quran...begitu juga tak payah la kita tau semua undang undang yang ada di Malaysia...jadi, macam mana pun cantiknya ilmu si Hadi dan si Haron hingga bolih halau hantu, jin dan iblis...yang penting, buat apa dengan ilmu itu?...
5. Pandai pun si Hadi dan si Haron dengan ilmu mencakar langit sebagai "ulama", sayang kita tak nampak...itu la nama nya "ulama Melayu"...lemah makan taik...tapi kalau bercakap bukan main...cukup dengan potongan ayat Quran dan Hadis..."jual agama" macam orang Yahudi (bukan aku yang cakap, dalam Quran ada)...supaya dapat pangkat dan kedudukan...ini perkara biasa...mufti mufti Melayu kita pun begitu juga...
TOLONG LA DATUK...AKU MINTA TOLONG...JANGAN LA KITA MENARUH HARAPAN BESAR PADA ULAMA UNTUK MENYELESAIKAN PERKARA BEGINI...ATAU SULATAN SULTAN MELAYU...KITA GUNAKAN KEPAKARAN DARI LUAR....QUEEN COUNSELS DARI ENGLAND...ITU SAJA!
Sallam Dato’
Agak menarik hari ini, WSJ mengeluarkan rencana bagaimana US1 billion masuk ke dalam akaun Perdana Menteri.
WSJ menunjukkan carta graphic “Money Trail”.
http://www.wsj.com/asia
Kali ini mesti saman
Minister in the Prime Minister's Department and BN strategic communications director Abdul Rahman Dahlan, if you have to ask why the US Department of Justice (DOJ) has not named Najib Abdul Razak, and if you state that since he has not been named he is not part of the DOJ’s investigation, then your intellect, your understanding of courtesy, your general knowledge, and your grasp of the English language are very much wanting.
You obviously have not a clue as to what the DOJ’s complaint is all about. Therefore, I will now enlighten you. The DOJ is seeking to seize assets acquired with dirty money passing through financial institutions in the United States, liquidate those assets, and pass the money to Malaysians who are the rightful owners.
It has sufficient evidence to prove that the assets it has listed out have been acquired in the manner already stated. As it has sufficient evidence, it has been able to name the individuals concerned.
If the DOJ has not named certain individuals and, instead, has assigned abbreviations to denote those persons, the possible reasons are that: 1) it has not yet gathered sufficient evidence to either, i) confirm which assets other than those that it has listed out that it may legally request to be seized, or ii) charge the person(s) for money laundering; and 2) no assets in the US are registered under the names of those persons.
All this, however, does not mean that those persons will not face legal action at a later date. The DOJ’s recent action is only its first. Those individuals are still very, very deep in the woods, so to speak.
By the end of last month, the US Securities and Exchange Commission has already paid out more than US$100 million to whistleblowers. The largest payout for this year was US$22 million; the largest so far was US$30 million.
US$22 million is about RM90 million. That is a highly tantalising, exquisitely enticing sum by most standards. Someone in the know in Malaysia just might succumb to the temptation. After all, he and his family will be well set up for life, and his anonymity will be guaranteed (by the US government).
Based on the DOJ’s description of the person whom it has denoted with the abbreviation MO1, the individual cannot be anyone other than Najib. You do not have to be an (‘an’ because the first name is pronounced with the 'H’ silent) Hercule Poirot or a Sherlock Holmes to deduce that.
You and the rest in your camp are merely trying to take the heat off Najib by throwing up one revolting mass of undigested food after another. It is an exercise in total futility attempted only by idiots.
Assalam all,
1 There are too many wrong information on the nation state of economy.It is alarming and can be frightening.Again appear like the election is just around the corner.2017?.Dai. said this and Daim said that.
2 I trust this official gomen info better
than those irresponsible speculations.Hehe.
3. Jawapan Dato Johqri Ghani, MK2 terhadap fitnah terkini berhubung ekonomi Malaysia
Fakta ekonomi negara as at 31st July 2016: Jgn kita diperbodohkan oleh pembangkang;
1. Bank Negara reserve approximately RM400 billion.
2. Our GDP growth among the best in Asean. Despite of global economy slow down our economy still grew by 4.1% in the 1st half of this year. Spore grew only 2%.
3. Our debt to GDP is only 54.5% compare to Spore 89% of GDP.
4. Our current account for 2015 surplus about RM95 billion and 1st 6 months of 2016 RM45 billion.
5. Our country rating by Fitch, Moody and Standard & Poor remain as A- compare to all Asean country except spore we are much better.
6. Our Capital Market very strong RM2.8 Trillion. Equity market RM 1.7 trillion and Sukuk/Bond RM1.1 trillion. Our financial system is very resilient. Banking sector well capitalised.
7. Our economy is well diversified. Service sector 54% of our GDP, follow by 23% manufacturing, Mining 9%, agriculture 8% and 4% construction.
Dato' Johati Ghani
Menteri Kewangan II.
Have a good weekend .
Salam
Hadi dan Haron ini melacurkan ugama utk kepentingan politik mereka.
Saya pernah tulis tentang sultan sultan kita tp tidak di siarkan. Kalau kita lihat seluruh dunia dah ramai sultan dan raja di jadikan rakyat biasa dan yg maseh ada pun ini kerana di negara2 mereka hanya ada SATU sultan atau raja. Beda di negara ini.
Hanya rakyat yang mampu jatuhkan Najis dan kerajaan dia. Terserah pada rakyat cara apa yg bagus utk menggulingkan dia.
Dah samak ke mulut tu waghih oiii...montekodaroh dodak takdo bezonya dongan tokak pelandok kampung ...moga botambah boncit porut yo waghihhh
salam d kj.
melaliu blog ini saya dgn rendah diri ingin membuat rayuan ikhlas kpd ya bhg tun rahah - ibu mithali kpd anak2 tun razak.
"salam hormat y a bhg tun,
semua nya telah terburai sekarang. sebelum perkara yg lebih hina berlaku kpd legasi keluarga tun, maka sudah sampai masa nya najib d pengaruhi utk melepaskan jawatan PM. segenap lapisan rakyat sudah mengetahui najib menyonglap wang rakyat. beliau begitu rakus dgn perbuatan nya kerana mungkin beranggapan ia nya bolih d sorok drpd pengetahuan umum. dgn berbuat demikian maka tun tlh melaksanakan tugas selaku ibu. terpulang lah kpd najib sama ada utk mendengar nasihat tun. wassallam".
kpd rosmah ,pandangan saya senang saja - jadi lah isteri mithali. harta yg melimpah ruah tidak menjamin kebahagiaan. puan bukan saja tlh menyumbang terhadap pencemaran nama baik arwah tun razak,bahkan membuat Malaysia d pandang serong olih masyarakat dunia.
'enough is enough'.
wallahuaklam.
Mengapo la bangang sangat ko ni Waghih.
"DOJ Lynch tu pun tak beghani nak kontek pihak berwajib kito sobab siasatan AG dan PAC...."
Tak kan la DoJ Amarika bangang macam ekau...'nak kontek pihak berwajib' yang jelas melindungi Najib.... buek apo? Buek kono tipu jo.
Takkan DoJ nak botanyo ngan 'tali-barut' penyamun...botol ko PM ekau... klepet duit Rakyat?
Tak perlu kontek sesiapa pun...semua transaksi kewangan dan asset yang DoJ mahu sita berada di Amerika.
Lagi pun...kes civil itu hanya mahu mahu...anak-tiri Najib & Jho Low, buktikan...dari mana dapat WANG sebegitu banyak biayai filem lucah (Syarikat but filem -Granite), beli... penthouse2 mewah, jet bombardier, lukisan... Itu belum termasuk punca WANG yang mereka guna untuk bayar hutang judi dan buat party mega-mabuk, bergomol dengan Paris Hilton...takkan free je jemput Paris Hilton?
Kalau Reza & Jho Low tak dapat buktikan...dari mana puncanya WANG itu...baru tindakan criminal menyusul.
Nama akta yang diguna DoJ pun, sudah menjelaskan hakikat ini...Kleptocracy Asset Recovery Initiative...Inisiatif Pengambilan-semula harta daripada Pemerintah-pencuri.
Waghih tulis laie:-
"...siasatan AG dan PAC tu komprehensif dan bipartisan (bersamo pihak pembangkang ) ... "
Aduh Waghih...DoJ tak pandang langsong pun...apa yang dilaporkan mereka berdua ni. AG baru dan Pengerusi-baru-PAC...jawatan yang ambil-alih secara meragukan dan atas lantikan Najib...mana orang nak percaya cakap balaci.
Lebih-lebih lagi setelah Najib menipu Rakyat... Janji TIDAK ditepati...Dulu dia suruh Rakyat bersabar, tunggu Laporan Audit...bila dah siap...di OSA kan pula.
Satu lagi Waghih...Ekau dah torlopaih bas dah...
"Yang pasti , Hj Arul dah umum , secaro resmi , takdo aset yg hilang . Eviden iolah dalam catatan kewangan tahunan yang disahkan olih 2 auditor antarobangso ."
Kedua-dua Penyata Kewangan 1MDB untuk 2013 & 2014...sudah tak laku la'ie. (Dah la lewat dikeluarkan. Penyata untuk 2015 pun belum keluar lagi, tertangguh..sampai tak tahu bila.)
Berikut adalah kenyataan dari Lembaga Pengarah 1MDB sendiri:-
"Walaupun lembaga tetap yakin bahawa tiada kesalahan dilakukan 1MDB, dan penyata kewangan yang telah diaudit sebelum ini terus menunjukkan gambaran sebenar dan saksama mengenai hal ehwal syarikat pada masa berkenaan, lembaga memutuskan, sebagai langkah berjaga-jaga, penyata kewangan 2013 dan 2014 yang diaudit tidak lagi boleh digunakan oleh mana-mana pihak sehingga keputusan muktamad mahkamah dibuat berhubung dakwaan tertentu seperti dinyatakan aduan (DOC) berkenaan,"
Dibawah pula, kenyataan dari Deloitte:-
"On July 20 2016, the Office of the Attorney General of the United States of America announced that the Department of Justice filed a civil forfeiture complaint against certain entities and individuals and contemporaneously filed related actions seeking the civil forfeiture of numerous assets held in the names of these parties (complaint). According to the complaint filed, this is a civil action to forfeit assets involved in and traceable to an international conspiracy to launder money misappropriated from 1MDB.
The complaint contains information, which, if known at the time of the 2013 and 2014 audits of 1MDB, would have impacted the financial statements and affected the audit reports and, accordingly, those audit reports issued by Deloitte Malaysia dated March 28, 2014 and Nov 5, 2014 respectively in connection with the 2013 and 2014 financial statements of 1MDB should no longer be relied upon."
Satu lagi Waghih...sejak 2 Feb. 2016 lagi...Deloitte Malaysia dah tak mahu laie jadi juruaudit 1MDB. Sampai sekarang 1MDB belum menamakan penganti.
Patut la ramai penyokong Najib bangang... Najib sendiri...lebih suka pilih yang setia daripada yang cerdik.
Datuk.
" Susah nak fikir. Nak tuduh atau syak mereka terima dedak daripada Najib tentu tak kena pada tempatnya sebab mereka orang agama.
Masakan ulama besar sanggup jadi tali barut dan bersekongkol sembunyi perbuatan salah yang membebankan rakyat jelata sekarang dan pada masa akan datang?"
1. Perut, Datuk...perut!
2. Orang kampong percaya cakap orang agama sebab orang kampong takut pada agama.
3. Dan orang agama tiap hari sama orang kampong...disurau surau kecil terpencil...dan di masjid masjid terbesar dikota...
4. Pergelutan politik PRU14 akan datang...macam dulu juga...70 tahun yang lalu...bukan di bandar, tetapi dikampong...dan ulu sungai.
5. Politik kampong, politik perut...jaga la perut mereka sebab mereka orang susah.
Boleh percaya ke WSI? Lainlah kalau Malaysia Today.
Sallam Dato’
Najib kata dia tak takut kepada sesiapa pun kecuali tuhan.
Muhyidin pun kata dia tak takut kepada sesiapa pun, kecuali tuhan.
Yang mana satu yang betul?
Orang kampong pun pening.
Suratkhabar WSJ memberitahu semalam macamana US1 billion masuk ke dalam akaun Najib siap dengan gambar-gambar sekali.
Najib tak takut kepada sesiapa pun kecuali Tuhan. Oleh itu bila nak saman WSJ itu?.
Salam Datuk
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, kelihatan aneh tindak tanduk macai-macai Najib.
Rahman Dahlan di BBC. Khairy dengan lakonan pendrive-nya. IGP dengan kenyataan dan penafian kenyataan medianya. AG dan anggota kabinet menari-nari (nak release tension kot). PM sendiri dengan kenyataan sedih "I am only human"nya.
Mungkinkah tidak lama lagi kita akan menyaksikan Najib menyerahkan kepimpinan negara kepada Zahid? Dengan janji beliau akan terus dilindungi oleh kerajaan. Adakah kita sedang menyaksikan satu 'pivot' oleh UMNO sebagai persiapan untuk menghadapi pilihanraya?
Perancangannya mungkin sebegini :
1. PM Najib meletak jawatan dan diberikan "hero's send off" oleh UMNO. Kononnya dia korbankan diri untuk parti
2. Zahid kemudiannya akan mula bercakap mengenai reformasi, nafas baru
3. Menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin UMNO mula mengambil tindakan ke atas apa-apa salah laku di bawah kementerian mereka kononnya mereka pemimpin berintegriti.
4. Ahli UMNO, yang sememangnya mudah lupa, tak jadi nak lompat parti dan mendapat semangat baru.
4. Mereka akan cakap pada rakyat "barang lepas jangan dikenang", "biduk berlalu kiambang bertaut', "bersatu teguh bercerai roboh", "UMNO lah satu-satunya pembela Melayu", "undi lah UMNO sebab kita sayang UMNO"
5. Kemudiannya tabur duit kepada rakyat "to close the deal". Masalah-masalah orang kampung seperti jalanraya, jambatan, air semua selesai. Tak cukup lagi, bagi BR1M supaya rakyat boleh beli handphone baru. "Feel good factor".
Akhirnya BN menang pilihanraya walaupun semuanya lakonan semata. Selepas pilihanraya rakyat akan kembali hidup susah. Pemimpin kembali berasuah. Ekonomi negara terus punah.
Kita harus bersedia untuk senario ini Datuk. Kita harus terus ingatkan rakyat, terutamanya ahli UMNO, akan keperibadian buruk macai-macai ini semasa di bawah Najib. Mereka tidak boleh lari dari dosa mereka kepada rakyat. UMNO harus dijatuhkan kerana parti ini membinasakan orang Melayu.
Assalam DAKJ,
1.I am privileged to have known Tun M as my neighbour for 17 years at Sri Perdana. Privileged to have my classmate a director of Deloitte Malaysia.Privilaged to have Riza Aziz father in my office for more than seven years now and he was in Petronas since 1975.He could have been a potential PETRONAS President had he not left Petronas for Sarawak Shell in mid 80s.Privileged too to have Anina Ainudin (Orang kuat,AJK,Peribumi BERSATU bersama Tun)as friendly neighbour (hardly 100 metres between her house and mine). Privileged too to have your NST buddy Mustafa as my neighbour (Hardly 60 metres) too beside Anina in the locality.Being good neighbours Anina and Mustafa do not talk politics in our community WA.Both do not seem to share the only surau the community has ,unfortunately though.So much in their mind now must be.They go to other mosque may be.It is their choice anyway.
2.As for my buddy AzizNC,i have written here in your blog years ago(That time you were very pro gomen /establishment unlike now being Tun M staunch supporter) the last time he met and spoke to his only son was in 2007 at Bangsar.zThey never met again.AzizNC has nothing bad to talk of the PM and wifey whatsoever despite all.I am impressed with Aziz,Anina and Mustafa being good buddy and neighbours.Come to think of it neighbour TS Yusoff Noor too do not talk politics as we are all jemaah of the only Surau in the community to maintain silaturrahim between good neighbors.
3.Personally i too know the ever controversial Kamaruddin (Tun M strong man) more than 15 years ago when he was a 'duda' seeking advise from me,Pak Lang.Hehe....
3.Why do i say all these ?.As i have maintained i have no or very little room for kebencian and fitnah in my heart whatever one preferences and political ideologies are,however different from mine you see.
4.I read how Hadi and Harun Din of Pas are hard hit here by my old friends RD,Zed 85 ,msh and many others.Sudxenly these Pas ulamaks become less holier than racist DAP eversince Pas left Pakatan Rakyat and bwcome more friendly wth UMNO/BN and Najib.Surely Pas has its own Perjuangan.I wouldn't want to underestimate them (Pas).
It would be interesting to see how this new party BERSATU,if formed, wiil fair in the next GE 14.Alah tak lama lagi pun.
5.I still have faith in this BN gomen say what you want about 1 MDB scandals.Is there a scandal?.The initial intention of 1 MDB was good as an investment arm like Khazanah.Just that 1 MDB over borrows.But they have assets worth more than their borrowings as collateral thpgh. The 1MDB restructing should help resolve any debt it has anyway,with excess some more maa... Singapore Temasik lost billions ada rakyat Singapore kisah?.
Back to dirty politic again ya.Welcome to Malaysia.It is politics and politics on daily basis.
6.In fairness,lets give this mandated gomen a chance to focus on building this nation.Next GE we can all kick them out.Fair ?.
Have a good sunday.Salam subuh.
MERDEKA !
Sallam Kampong Man,
Kebiasaannya “Reserve” negara atau simpanan disebut dalam matawang US. US 100,000, Ini lebih mudah untuk dibandingkan dengan negara lain.
US100,000 bersamaan lebih kurang RM400,000. Kalaulah duit Malaysia jatuh dengan nisbah US1:RM8, maka nilai angka simpanan menjadi lebih besar iaitu RM800,000 tetapi ini sebenarnya tidak baik.
Orang kampong sebenarnya “innocent” ramai tidak berpelajaran, ramai belajar pondok sahaja bukan di Scotland. Oleh itu maklumat kepada orang kampong perlulah menggambarkan keadaan yang sebenar.
Sebenarnya, reserve atau simpanan negara semakin jatuh menurun dan lebih rendah berbanding dengan Singapura.
Kedua, soal hutang negara 54.5% dari GDP berbanding dengan Singapura iaitu 89% dari GDP.
Sebenarnya, had (limit) GDP yang ditentukan oleh Bank Negara adalah 55% dari GDP.
Kita sudah sampai di atas pagar. Kalau diambil kira hutang daripada 1MDB, maka hutang negara sudah lebih daripada had 55% daripada GDP.
Walaupun hutang Singapura 89% daripada GDP, GDP per kapita Singapura adalah lebih lima kali ganda daripada Malaysia.
Walaupun negera Singapura kecil, penduduknya 5 juta dan tidak mempunyai hasil bumi seperti Malaysia. Saiz ekonominya dengan Malaysia adalah sama. GDP Singapura adalah hampir sama dengan Malaysia.
Saya berikan anologi kek (cake). Sekarang ini ramai yang beli kek ais krim dari Baskin and Robbins untuk sambutan Birthday.
Oleh kerana GDP Malaysia dan Singapura hampir sama, maka saiz kek Ais krimnya adalah sama.
Tetapi penduduk Malaysia 30 juta manakala penduduk Singapura 5 juta.
Oleh itu boleh diibaratkan, di Singapura kek Ais Krim tadi dibahagikan 5 orang, manakala di Malaysia kek itu dibahagikan dengan lebih halus oleh 30 orang.
Kalau gitu, sedaplah orang Singapura makan kek ais krim menakala orang Malaysia berebut 30 orang. Tak apalah, asalkan dapat orang kampong merasa.
Masalahnya, oleh kerana masalah rasuah dan penirisan. Kek yang kita dapat tengok mungkin separuh sudah hilang.
Ramai yang buat bising supaya kek yang separuh itu dibahagikan dengan lebih adil supaya orang kampong dapat juga merasa. Walhal, separuh kek dah hilang. Oleh kerana orang kampong terlampau ramai, ada yang dapat tengok dan bau sahaja kek ais krim Baskin and Robbins. Itu pun cukuplah.
Kalaulah rasuah RM100 juta dalam kementerian belia dan sukan berlaku di Singapura atau di Scotland, saya rasa menteri yang terlibat sudah letak jawatan, tidak kiralah samada dia nak jadi Macai atau Balaci.
Berkenaan komen dengan surplus dalam belanjawan.
Kita kena tengok juga, bagaimana dapat surplus. Kalaulah belanjawan untuk hospital dan pelajaran dikurangkan, subsidi dikurangkan. Kemudian depa berbangga dengan “Surplus”...
While the recent special Auditor General Report on 1MDB stated that US$7billion of 1MDB's fund are lost or could not be accounted for, the latest WSJ article reported that a total of US$6.13billion was stolen by fraudulent means. So the figures quoted by both are not far off from each other. And out of the monies stolen, US$1.05 was found in Najib's account. The irresistible conclusion is that the 1MDB monies were stolen with Najib's concurrence or collaboration since he knew where the source of the monies come from.
Like Louis XV1 and Queen Antoinnet, both Najib and his queen should be 'guillotined' by malaysians. And we shld include all the Ministers, Pandi and the tweeter King. Despite the loss of such colossal sums.... tweeter King is unmoved. It is now proven beyond doubt that he was the rat who spilled the beans on the other 3 Tan Sri about their move to arrest and charge Najib.
Datuk.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan beliau tidak gentar menghadapi musuh dan tidak akan sesekali berundur daripada perjuangann....
"Berbekalkan semangat itu, kita akan bangkit semula. Lawan tetap lawan. Saya tidak takut pada sesiapa, hanya takut pada Allah SWT.
"Saya tidak takut pada orang yang khianati Umno selepas jadi pemimpin sepanjang 22 tahun. Patutkah saya takut pada orang yang sudah berusia 92 tahun? Kita tidak payah cakap banyak tentang orang yang sudah banyak terbabas. Insya Allah, kita boleh mencapai kemenangan berkat kebersamaan kita," katanya."
(http://www.malaysiakini.com/news/354564)
1. Biadap!
2. "...kita akan bangkit semula."?
Hanya orang yang sudah jatuh saja yang cakap begini...dan, dia sudah terasa yang dia sudah jatuh, itu la dia mau bangkit semula.
3. "...Saya tidak takut pada sesiapa, hanya takut pada Allah SWT."
Sesiapa saja yang cakap begini ada lah pembohong termasuk Datuk sendiri...aku minta maaf kalau Datuk pernah cakap begini, tetapi aku rasa tidak pernah.
Kita tau PM Najib takut sama siapa.
4. "...Patutkah saya takut pada orang yang sudah berusia 92 tahun?"
Rupa2nya dia takut sama yang ini...siapa dia?
Kesian juga PM Najib bukan takut sama Datuk AKJ sebab Datuk AKJ masih muda, baru 69 tahun...mau kasi garang sikit itu misai Datuk, macam panglima Melayu dulu dulu...tukar baju, kena pakai baju pahlawan, siap dengan keris...bukan keris telanjang pula, nanti susah kalau kena barang lain...
Atau Muhyddin...
Atau mama nyer (83)...
Atau bini nyer...yang dulu dan yang sekarang...
Atau Agong (89)...
Lim Kit Siang????...vely soly bos...lu masih muda oooo...balu 75 taun maaa...
Tuhan dia???...siapa tuhan PM Najib?...mudanya tuhan si Najib?...baru berumur 92 tahun?...
Jadi siapa la?
5. Siakap sinohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-Lama mencuri....selama 40 tahun kau Najib dalam politik, ini la hasilnya.
Minister in the Prime Minister’s Department Paul Low has been reminded of his promise last year to extricate the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) from the Prime Minister's Department to improve independence.
Low, during the 16th International Anti-Corruption Conference (IACC) 2015 in Putrajaya last September also said there were plans to place the Auditor-General's Office under Parliament.
"A year has passed, we have not heard any news regarding these two promises," said Segambut MP Lim Lip Eng in a statement today.
"Was Paul Low tricked by his own boss, Prime Minister Najib Razak when the latter (presumably) rejected his suggestions to strengthen the independence of these two important national institutions?
This is how to escape justice.
With independent institutions, Parti Dedak Najib would be mainly behind bars.
Lagi satu Waghih...
Jika Penyata Kewangan 1MDB untuk 2013 & 2014 tidak lagi diperakui atau tidak lagi boleh diguna sebagai rujukan...bermakna laporan PAC dan Ketua Audit Negara (yang diOSAkan)...juga tidak sah, tidak sahih dan meragukan.
Sudah tentu...'Cari-makan' dan Ambrin Buang mengguna-pakai Penyata Kewangan 1MDB (2013 & 2014) sebagai rujukan ketika menghasikan atau compile... laporan mereka.
Dan... jika Deloitte dan Lembaga Pengarah 1MDB tidak lagi memperagui kedua-dua Penyataan Kewangan itu... bermakna segala urusan dan perjanjian yang dimeterai pada tahun-tahun selepas itu juga akan menjadi tidak sah, terbatal atau... haru-biru.
Oh ya...bila 'Hj. Arul' nak keluarkan Penyata Kewangan 2015? Sekarang dah bulan Sept. 2016. Penganti Deloitte, dah jumpa ke belum?
Masih ada lagi kah, Firma Juru-Audit Antarabangsa yang bangang... sanggup 'mencemarkan' reputasi mereka, 'cari-makan' dengan 1MDB?
Pandai Najib... lantik Jho Low sebagai orang-tengah... tubuh 1MDB dengan WANG-hutang atas nama-Rakyat, tanpa dibawa berbincang dalam kabinet. Bila... dah kelam-kabut... baru lantik 'Hj.Arul' sebagai CEO baru dan longgok segala beban keatas kabinet-bodoh beliau.
I'm perplexed, as to why our government have a penchant for 'mendukung biawak hidup'... on the expense of the Rakyat.
Must be Najib's own fault... that most of his cabinet ministers are made of... dimwits.
After-all, Najib value loyal people over 'smart people'.
The latest bangang decison was...by Zahid... to extradite, jailed Thailand's citizens, involved in Wang Kelian's human-trafficking.
Just like the last time... when some politicians suggested, the government extradite Jamalul Kiram who was dying of chronic diabetes and needs blood transfusion, 3 times a week. Luckily they scraped that idea. If not...it would have created lots of problem... for Health ministry, prison personnel and the Police to escort, every-time he needs blood transfusion or brought to court and back to prison.. then dying under our care and we have to bare his funeral expenses too.
Therefore... please don't congest our prison further and waste more Rakyat's money, hosting and feeding needless foreign criminals.
Apologise...it is not Kamarudin.It is Khairudin.Thank you.
Kampong Man,
There are a lot of people commented negatively about the current administration not because of hate but because people are very concern.
People are very concern about the future, what will happen to our country?
There are assassinations in broad daylights, corruptions in the millions, cost of living is increasing. Kampong folks earning less than RM500 because of the fall of rubber prices. Students do not have enough money for studies.
These are real problem, not imaginary.
Meanwhile, the politicians are juggling with racism and religion to keep in power. Are they doing enough for the people that gave them the mandate?
You mentioned a lot about mandate.
A head of state that is given a mandate by the people does not mean that he/she can do whatever he/she pleases.
A head of state is a human being, flesh and blood. He/she can be susceptible to human deficiencies such as greed, etc. As such, if a head of state cross the line, then the power can be removed like what happened in the rest of the world.
We should not hate people who have different views on politics but when there are irresponsible politicians that are doing harm to our country; we have to point them out.
Datuk.
"Kita sudah lihat macam mana...Hadi..dan Haron Din dengan keras menafikan pembabitan Najib dalam dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan 1MDB."
1. kalau apandi kata najib tak salah, mesti lah hadi dan haron pun cakap begitu...siapa juga hadi dan haron mau lawan cakap si apandi?
2. aku suka PAS...termasuk si hadi dan si haron din...sebab kawan yang main guli masa kecil dikampong, pernah jadi commissioner PAS negeri...kami belajar disekolah rendah yang sama, tapi dia pandai belajar, lalu keluar negeri, di London...aku pula otak udang terpaksa la kerja di kilang papan Cina...itu pun, nasib ada kilang Cina kasi kerja pegang mesin potong kayu balak dan buang sampah, kalau tidak, entah apa jadi.
3. jadi bila kawan aku kata kelantan adalah "serambi mekah", bukan aku saja yang percaya tetapi kawan kawan sekampong aku pun percaya juga...dan syukur kami sempat juga "tawaf" di sekeliling "serambi mekah" ini dengan yang hati terbuka.
4. kalau ini la yang dipanggil "serambi mekah"...macam ada yang tidak kena...malas la mau cakap...nanti orang kata fitnah pula...kerana benci PAS.
5. Aku sayang Islam...aku sayang bangsa ku, Melayu...tetapi Melayu bukan PAS, bukan juga Islam...macam UMNO.
Salam Dato,
Kasihan ahli ahli dan penyokong PAS yang diperbodohkan oleh pemimpin yang terkena "mandrum" dedak+nasikangkang umno/bn.
Tidak dapat dinafikan kehebatan Panglima Bugis bijaN mengatur strategi dan menguasai pimpinan PAS melalui ejen ejen dan proksi proksi umno.
Kesian ahli ahli dan penyokong penyokong PAS yang terpedaya dengan gimik politik RUU355 yang kononnya adalah perjuangan menegakkan hukum hudud. Sesungguhnya perjuangan islam itu sangat luas dan lebih menyeluruh seperti mana yang telah ditunjukkan role model terkini Almarhum TG Nik Aziz Nik Mat dan Almarhum TG Fadhil Nor.
Islam for All, rahmatan lil aalamin.
Datuk.
"Taman Tugu setanding taman rimba kota di London, New York"
-kawasan hutan terbiar seluas 26.7 hektar
-dijangka siap pada 2018
-pemuliharaan hampir 1,000 pokok
-penanaman 5,000 pokok baharu.
-nama untuk taman
Najib berkata Taman Tugu...“Projek yang diterajui Khazanah dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bukan berasaskan keuntungan."
(http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/09/04/taman-tugu-setanding-taman-rimba-kota-di-london-new-york/)
"RM650j perindah sekitar Tugu Negara...Tugu Negara dan kawasan di sekitarnya mendapat suntikan RM650 juta"
(http://www.malaysiakini.com/news/354665)
1.WooooooooW!...RM650 juta...ada orang buat dana baru untuk "peperangan terakhir PRU14"...ini untuk bos besar ok.
2. Kutipan fee dari hasil dari pekerja buruh kasar dari Bangladesh...wow!...ini untuk bos no.2
3. Jaga dan tanam pokok...ini untuk ku nan dan orang2 tertentu DBKL
4. Rupa rupa nya si Azman dari Khazanah ada kerja baru...besar juga tugas ni...nama pun Khazanah...dulu Khazanah katanya "We are the strategic investment fund of the Government of Malaysia"...
"01 September 2016....(few days earlier)....Khazanah raises USD398.8 million from issuance of Sukuk exchangeable into Beijing Enterprises Water Group Limited (“BEWG”) shares"
(http://www.khazanah.com.my/Media-Downloads/News-Press-Releases/2016/Khazanah-raises-USD398-8-million-from-issuance-of)
Look very similar to 1MDB...dulu dengan Arab...sekarang dengan China
5. Kalau 1MDB dengan Tun Razak Exchangenya...aku dengan rendah hati ingin mencadangkan namakan Taman Tugu ini sebagai "TAMAN TUN RAHAH"...
Assalamualaikum DAKJ
Sambungan demi sambungan cerita-cerita M01, 1M diteraju mesti ketua. Blog ini pun ada IMAM, jadi jika soal negatifpositif sentiasa ada.
Kesimpula
Manusia wujud untuk menjadi khalifah(ketua) di muka bumi. Kamu, ya kamu yang sedang baca ini, adalah leader.
Para 1. Abdul Rahman Dahlan said the so called MO1 is obviously Mohd Najib Razak. Yes Rahman, you are saying the obvious.
Para 2. Many others referred to are not subject of investigations. Indeed Rahman, they are merely the key players of the deceitful game of stealing our money big time.
Para 3. Being named in suit and merely being referred to in investigations are as clear as black and white. They are equals Rahman, they are equally Penyamuns.
Para 4. M01 not named as the subject of civil suit. Yes Rahman, but his supreme role in facilitating theft as described in the investigations are indisputable. He is key to the repeated thefts.
Para 5. Tun Mahathir's smears. No Rahman, MO1 smears himself big shit. No need to accuse others. Kicking MO1 out of the government is not an attempt to topple an entire government. Even a half past six lawyer can understand that.
Najib depicts the real life version of "The Emperor... And his new clothes."
Him and his Empress obviously absolutely love to be No1. That was the number they wanted to be associated with from the beginning. "Satu Malaysia" was just a front. So of course the husband and wife will not want the title MO1 to go to anyone else.
Assalamualaikum Dato.
Maaf sekiranya post saya ini lambat untuk saya balas.
Apa yang saya nak perkatakan mengenai isu Dato ini hanyalah persoalan yang bermain di benak pemikiran saya. Saya bukan seorang yang taksub melampau pada seseorang individu tak kira apa saja jawatan atau popular. Tetapi saya ada beberapa kemusykilan yang bermain di fikiran saya.
1. Mengenai Mo1, saya nak tahu apakah Mo1 datang dari pihak DOJ sendiri ataupun laporan yang dibuat kepada DOJ sendiri. Siapakah gerangan manusia yang membuat lapiran tersebut.
2. Isu tentang 1MDB yang diceritakan oleh Peguam Negara US Loretta Lynch ini tidak ada langsung menunjukkan sebarang bukti yang sahih pun. Samalah juga dengan apa yang dicanangkan oleh Tun M, Mukhriz, Khairuddin, Anina, Muhyiddin dan beberapa lagi bekas ahli politik UMNO termasuklah Dato sendiri? Saya tidak boleh menerima apa yang diceritakan sekiranya saya sendiri tidak ada saksikan dengan mata kepala saya. Jika sekadar bercerita tanpa bukti didalam ajaran Islam kita bolehkah kita menerimanya? Bukankah menuduh tanpa bukti satu perbuatan FITNAH yang bertentangan dengan ajaran Islam kita. Kenapa masih lagi ada yang mempercayai cerita tanpa ada bukti yang sahih?
3. Juga sekiranya benar apa yang Najib lakukan adalah salahguna kuasa, kenapa kita sebagai rakyat langsung tidak ada melihat apa-apa bukti dan dakwaan terhadap Najib? Kenapa begitu banyak tuduhan dilemparkan kepada Najib, satu bukti pun tidak kita lihat?
4. Lupa pula saya nak beritahu, apa sudah jadi dengan dakwaan dari DAP yang pernah membuat laporan kepada pihak SPRM mengenai akaun Tun M diluar negara yang berjumlah rm 1.194 trillion? Apakah betul Tun memiliki simpanan sebanyak itu? Jika benar, saya minta Dato yang rapat dengan Tun minta Tun buktikan kepada kami semua rakyat Malaysia. Harap Dato boleh memberikan apa-apa bukti yang kuat terhadap isu akaun Tun M ini yang pernah didedahkan oleh WIKILEAKS dahulu.
5. Kenapa juga saya nak tahu Tun M tidak menyaman pengarang buku MALAYSIAN MAVERICK bernama Barry Wain atas tuduhan Tun ada memiliki aset sebanyak rm 44 billion lebih? Sekiranya Tun menafikan, kenapa Tun sekat buku tersebut dan tidak menyaman beliau? Boleh Dato berikan fakta dan kisah yang sebenarnya kepada kami semua.
Bukan saya menolak jasa Tun selama ini tetapi saya sedih kerana Tun sudah lari dari matlamat perjuangan sebenar UMNO yang Tun dukung dahulu. Sehingga sanggup duduk dengan pemimpin yang Tun pernah TOLAK suatu ketika dahulu. Kini apa yang lihat Tun seperti sudah hilang punca akan matlamat perjuangan sebenar didalam UMNO. Sehingga sanggup melemparkan begitu banyak tuduhan yang saya saksikan tidak masuk akal. Seperti Tun kata Najib adalah RAJA YANG BARU contohnya. Masa Tun pegang jawatan PM, siapa yang bertindak mengurangkan kuasa raja? Bukankah itu sama seperti perbuatan seorang Raja yang mampu mengurangkan kuasa raja-raja? Apakah ini kita masih tidak nampak lagi? Malah Tun sanggup mengeluarkan perkataan kononnya Najib telah membuat TAHANAN RUMAH terhadap YDP Agong apabila tidak berjaya menyampaikan deklarasi rakyat. Beginikah ciri-ciri negarawan yang suatu ketika dahulu kita hormati dan sanjungi? Jangan lupa juga semasa pertandingan diantara Tun dan Ku Li dahulu, jika bukan kerana sokongan Najib terhadap Tun, kemungkinan besar Tun akan kalah. Dan apa balasan Tun kepada Najib sekarang? Sukar untuk saya fikirkan benarkah Najib mencuri dan merompak wang rakyat sekiranya BUKTI YANG SAHIH SAMPAI KEHARI INI LANGSUNG KITA SEMUA TIDAK ADA MELIHATNYA. Bagaimana dengan pandangan Dato sendiri.
Harap maklum.
Post a Comment